Rabu, 21 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


MALAYSIA SYARIKAT SENDIRI RAKYAT DERITA KESANNYA ( korup tamak rakus)

Posted: 21 Oct 2015 10:45 PM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.
Jika berita ini benar maka jelas bukan saja bala malah malaysia diambang musnah kesan kepimpinan bn yg haprak.

Satu demi satu gejala buruk menjejaki kita dan inilah mungkin kesan doa orang teraniya dan Najib siap hadapi bala kasus Altantuya nanti.

Lambat atau cepat pasti balasan karma menunggu di depan pintu.


ISMAILY BUNGSU

Perang Antara Ali Tinju - Jamal Semakin Panas

Posted: 21 Oct 2015 10:00 PM PDT



PETALING JAYA: Datuk Jamal Yunos dan Mohamad Ali Baharom atau Ali Tinju terus melancarkan 'perang' dengan masing-masing membuat tuduhan antara satu sama lain.

Jamal, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar mengingatkan Ali Tinju supaya tidak sewenang-wenangnya mengajar atau mengganggu polis menjalankan tugas.

Ingatan itu dibuat selepas Ali Tinju mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap Jamal yang dilihat kebal walaupun telah melanggar arahan polis.

"Tidak perlu nak mengajar agensi-agensi kerajaan ini terutamanya pihak polis kerana mereka tahu untuk menjalankan tugas tanpa arahan daripada sesiapa," katanya kepada FMT.

Jamal berkata, semua orang berhak bersuara dan mengkritik tetapi ada juga orang yang hanya tahu bercakap namun tidak membuat apa-apa kebaikan untuk masyarakat.

"Jangan kita pandai bercakap tapi tidak buat apa-apa.

"Ali Tinju sahabat saya dan kami tidak mempunyai masalah. Mungkin dia berbeza pandangan, tetapi saya percaya matlamat kami sama iaitu memperjuangkan hak rakyat Selangor," katanya.

Jamal berkata, beliau sedikitpun tidak berkecil hati dengan 'serangan' Ali Tinju itu kerana menganggap mereka berdua masih berkawan baik.

"Negara ini mengamalkan demokrasi. Saya tidak terasa hati dan saya mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mengkritik saya," jelasnya.

Mengulas perhimpunan Ahad lalu, Jamal menyalahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana tidak memberi kebenaran kepada penganjur menggunakan tapak untuk perhimpunan.

Katanya, kerajaan Selangor sepatutnya berterima kasih kepada mereka kerana membangkitkan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

"Kita buat perhimpunan bukan untuk buat kecoh tetapi hendak membuka mata kerajaan negeri supaya memberi maklum balas kepada permasalahan yang dihadapi rakyat. Sepatutnya mereka berterima kasih kepada saya," katanya.

- freemalaysiatoday

Letak Jawatan MB: Pak Mat Temberang Lebih...

Posted: 21 Oct 2015 09:15 PM PDT


Hudud: MB Kelantan tak akan letak jawatan

KOTA BHARU - Adun Wakaf Baharu, Datuk Ahmad Yakob tidak akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di negeri ini tahun ini.

Ahmad, yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas berkata, tanggungjawab beliau untuk membuat persediaan serta membawa perkara berkenaan ke peringkat tertinggi telah selesai.

"(Soal letak jawatan) itu apabila kita tidak dapat membuat persiapan. Sekarang ini kita telah siap semua. Pindaan (Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri) telah buat, (telah) selesai.

"Yang menghalang (pelaksanaan hudud), kerana kita tidak dapat buat pindaan terhadap Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Itu bukan tanggungjawab kita, jadi bahagian saya telah selesai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Promosi Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) dan Himpunan Belia Kelantan sempena majlis sambutan Hari Hududullah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, hari ini.

Ahmad mengulas mengenai janji yang dibuatnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) tahun lepas yang menyatakan beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan jika masih gagal melaksanakan hukum hudud di Kelantan tahun ini.

Ditanya mengenai kemungkinan usul undang-undang persendirian dapat dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat ketika undi ahli parlimen Pas semakin berkurangan selepas ada segelintir daripada calon parti itu melompat ke parti lain, Ahmad berkata, perkara berkenaan tidak melibatkan masalah parti.

"Ini bukan masalah parti atau bangsa, ini masalah orang Islam yang sepatutnya menyokong undang-undang ALLAH. Asal dia Islam, dia tidak terkecuali, itu yang asas.

"Kita tidak kira apa parti, apa jenis bangsa, asalkan mereka Muslim, mereka patut beri sokongan untuk pelaksanaan hukuman ALLAH ini," katanya. - Bernama

ULASAN GB

Maaf cakap, ketara betul Ahmad Yaakob kaki temberang.

Dahulu, beriya-iya kata "sanggup hilang jawatan" jika hudud tidak dilaksanakan di Kelantan semasa bercakap di sesi penggulungan Sidang Dun Kelantan pada tahun lepas.

Hari ini orang yang sama menyatakan beliau tak akan melepaskan jawatan MB Kelantan "walaupun hukum hudud tidak dapat dilaksanakan di negeri ini tahun ini".

Berdusta dan berbohong di dalam dewan undangan negeri.

Penyakit "Uturn" nampaknya sudah berjangkit-jangkit di kalangan pemimpin PAS bermula dengan Tuan presiden sendiri yang melakukan Uturn berkali-kali. Sila rujuk SINI

Bila sampai waktu dan ketika, rupa-rupanya, "prinsip" tidak dipertahankan. Kepentingan duniawi mengatasi segala-galanya.

Marah sangat dekat ahli parlimen tak letak jawatan kerana menyertai AMANAH, sehingga dimakinya mereka oleh Tuan presiden sebagai BARUA, TOLOL & PENGKHIANAT sedangkan pemimpin PAS sendiri tak letak jawatan walaupun gagal mengkotakan janji-janjinya dan tidak istiqamah dengan pendirian mereka.

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kebenaran akan tetap terserlah jua siapa sebenarnya BARUA, TOLOL dan PENGKHIANAT di dalam Islam.

Mahathir hipokrit, tidak berprinsip.. Nazri Aziz kata

Posted: 21 Oct 2015 08:30 PM PDT

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang hipokrit dan tidak berprinsip kerana mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa sehingga menyebabkan siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhalang.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu pada mulanya enggan mengulas mengenai posting blog Dr Mahathir, tetapi menunjukkan semua soalan kepada seorang pemberita yang bertanyakan apakah bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu sebagai "flip flop".

Sebelum pemberita menjawab soalannya itu, Nazri bertanya beberapa kali kepada pemberita itu dan meyakinkannya tidak perlu risau dengan jawapan kerana Malaysia merupakan negara yang bebas.

"Saya setuju sepenuhnya dengan anda. Jangan risau anda mempunyai menteri menyokong anda.

"Beliau seorang yang tidak berprinsip. Jika anda perasan, beliau seorang yang sangat tidak berprinsip selepas meninggalkan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku "Lelaki di Sebalik Pulau" di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc berkata Najib tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa di antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman.

"Pada masa ini, perdana menteri sebagai ketua penggubal undang-undang yang dipilih secara jelas tidak menghormati prinsip ini," kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir merujuk kepada campur tangan Najib dalam siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membawa kepada pembubaran pasukan petugas khas yang bertanggungjawab ke atas siasatan syarikat tersebut.

Nazri menambah tujuan beliau bertanyakan soalan itu semula kepada pemberita kerana berpendapat soalan itu sepatutnya ditujukan kepada rakyat biasa.

Katanya, sekiranya beliau terus menerus menjawab soalan itu, orang ramai akan berpendapat pandangannya sebagai berat sebelah.

"Saya ingin menunjukkan ia (jawapan) bukan daripada saya tetapi rakyat.

"Kerana saya kerajaan, tetapi apabila ia datangnya daripada anda, anda menjawabnya dan saya bersetuju dengan anda, daripada rakyat. Ia lebih efektif," katanya lapor The Malaysian Insider


Saya sudah jangka Ahmad Yakob tidak akan berundur

Posted: 21 Oct 2015 08:00 PM PDT

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob hari ini menamatkan teka teki dan penantian orang tertentu terhadap janjinya yang akan meletak jawatan sebagai MB sekiranya hudud tidak dilaksanakan di Kelantan pada tahun 2015.

Ahmad perlu sokongan.
Ketika berucap menggulung perbahasan di Dun Kelantan Ahmad lebih setahun lalu beliau menegaskan akan sedia hilang jawatan kalau hudud tidak dilaksanakan tahun hadapan (2015).
Penegasan Ahmad itu disifat sebagai satu janji dan ditunggu-tunggu pelaksanaannya apabila sudah tiba masanya. 
 
Dengan mengambil kira beliau berlatar belakangkan pendidikan agama dan kebetulan pula kini merupakan timbalan Mursyidul Am Pas, Ahmad dikira akan berpegang kepada penegasannya itu dan memahami akan kewajiban apabila berjanji?
Itulah yang dianggap umum. Tetapi ia tidak kepada saya. Sejak hari pertama beliau melapazkan penegasan iu saya sudah menjangkakan beliau tidak akan mengosongkan kerusi MB. Dengan memahami dunia dan kerenah orang politik, Ahmad juga saya lihat akan meniru dan berbuat hal yang sama. 
 
Memahami madah saya dalam politik berbunyi; "janji dalam politik bukan untuk ditunai, tetapi untuk dibohongi" maka janji Ahmad itu tidak menjadi kudis gatal pun.
Alasan yang diberikan oleh Adun Pasir Pekan itu untuk tidak meletakkan jawatan kerana dia sudah melakukan sesuatu untuk melaksanakan hudud, jadi tidak timbul kalau beliau tidak melepaskan jawatan itu. 
 
Secara peribadi, kerana saya sudah menduga ia akan tidak terjadi, maka elok juga kalau Ahmad terus menjadi MB setidak-tidaknya sehingga pilihan raya umum akan datang.
Apa lagi dia juga berjanji akan terus melaksanakan hudud, maka berilah masa kepadanya. Jika hendak dikira tempoh dia menjadi MB hanya baru tiga tahun, sedang Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) diiluluskan sejak tahun 1993 lagi tetapi ia tidak pernah diusahakan sehingga cadangan membentangkan usul persendirian di parlimen untuk melaksanakan itu dilakukan.

Dari segi tindakan atau tanggungjawab yang diambil oleh Ahmad jauh lebih besar dan ke hadapan berbanding dengan apa yang berlaku dizaman Tokguru Nik Abdul Aziz yang mana tidak pernah pun terfikir untuk membawa usul persendirian bagi membolehkan Hudud dilaksanakan.

Cadangan hudud di zaman Allahyarham Nik Aziz terhenti sebaik sahaja mendapat surat ugutan daripada Dr. Mahathir Mohamad.

Selain itu ada bagusnya juga kalau Ahmad terus menjadi MB bagi mengelakkan timbul pergolakan baru dalam Pas Kelantan. 
 
Persoalannya kalau Ahmad berhenti siapakah yang akan menjadi MB? Sehingga hari ini tidak ada tokoh yang layak untuk mengganti beliau sebahgai MB baik dari segi pengalaman dan juga keilmuan.
Walaupun Mohd Amar Nik Abdullah menjadi TMB, tetapi beberapa kelemahan dan juga prestasi yang tidak berapa memuaskan ditunjukkan Mohd Amar baik semasa menjadi TMB dan juga Exco tiidak menyerlahkan akan kemampuannya untuk memanggung jawatan itu. 
 
Beberapa isu yang membelit Kelantan ketika ini sedikit sebanyak timbul kerana pendekatan dan stail politik Mohd Amar yang dilihat sebagai "agah". Karektor Mohd Amar juga kurang digemar oleh rakyat Kelantan.
Sementara bekas Exco Husam Musa yang dilihat umum sepatutnya menjadi MB dan layak, tidak pula berada dalam suasana beliau berpeluang untuk menjadi MB. 
 
Kedudukanya kini semakin jauh dari bendul kekuasaan Pas Kelantan setelah dilakukan pengasingan, menyebabkan tidak mudah atau ada jalan pintas baginya untuk menduduki kerusi MB. Husam boleh menjadi MB sekiranya Pas Kelantan sepakat untuk melantiknya menjadi MB.
Justeru keadaan itu semua maka moleklah kalau Ahmad terus menjadi MB, memimpin Kelantan disamping terus memberi peluang kepadanya melaksanakan agenda penting Pas, Hudud daripada jawatan itu dipegang Mohd Amar. 
 
Sekiranya beliau dilihat lemah dan kering idea untuk membangun pengurusan Kelantan, semua pihak hendaklah berpakat membantunya dan tidak menunding jari kepadanya.
Jadi isu bila atau apakah Ahmad akan berhenti kalau hudud gagal dilaksanakan tahun ini, kini sudah tamat. 
 
Dan janji politik Ahmad itu tidak membawa apa-apa implikasi buruk kepadanya, apa lagi janji itu jauh lebih ringan kalau dibandingkan dengan ikrar taklik yang diperkenalkan Pas Kelantan kepada wakil rakyat yang mana itu pun dilanggarinya. [wm.kl.8:59 pm 21/10/15]


Ciri-ciri Atau Sifat-sifat Orang Munafik ! by Makmum Sundari

Posted: 21 Oct 2015 07:15 PM PDT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah, 

Memang kita selalu dengar perkataan MUNAFIK itu dan pernah tak kita tanya apakah ciri-cirinya. Oleh itu saya ingin kongsikan di sini:


Mungkin kita selalu mendengar perkataan munafik di dalam kehidupan kita sehari-hari. Pada kita ia perkara biasa dan tak ade apa pun.

Namun sebenarnya munafik itu adalah suatu sifat yang amat buruk dan mencelakan.



Apakah kita termasuk orang yang munafik?


Mungkin kita dengan tegas mengatakan kita adalah bukan orang munafik kerana kurangnya kefahaman kita mengenai apa itu sifat munafik yang sebenarnya.


Hadis Nabi Muhammad SAW menjelaskan tanda-tanda orang munafik :


Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. 

Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. 

Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. 

Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).




Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik :


1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.


2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.


3. Bila diberi kepercayaan / amanah maka dia akan mengkhianatinya.



Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga syarat di atas iaitu pembohong, pengkhianat dan pemungkir janji. 

Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi sudah ada ciri-ciri munafik dalam dirinya.


1. Berbohong / Dusta


Bohong adalah mengatakan sesuatu yang tidak benar kepada orang lain. Jadi apabila seseorang itu tidak jujur kepada orang lain maka dia boleh menjadi orang yang munafik. 

Contoh bohong seseorang mengatakan dia ada di pejabat untuk menerima temu janji tetapi apabila orang yang di berhajat berjumpa dengannya dia menghilangkan diri. 

Dia berbohong dan memberi alasan yang tidak benar.


2. Mungkir dan Ingkar Janji


Seseorang terkadang suka membuat suatu perjanjian atau kesepakatan dengan orang lain. 

Apabila orang itu tidak mengikuti janji yang telah disepakati maka orang itu telah ingkar janji. 

Contohnya seorang majikan berjanji hendak membayar gaji pekerjanya tetapi bila sampai masa dia mungkir janji dengan alasan yang direka-reka. 

Sifat seperti ini sungguh buruk lebih-lebih lagi dia menunjukkan akhlak yang tidak baik kepada orang-orang dibawahnya. Sifat buruk ini menjadi umpatan orang lain dibelakangnya. 

Apabila sifat mungkir janji ini dilakukan berulang-ulang menyebabkan kepercayaan orang lain kepadanya sudah hilang.


3. Berkhianat/ Tidak Amanah


Khianat mungkin yang paling berat kelasnya dibandingkan dengan sifat suka bohong dan suka ingkar janji. 

Contohnya seorang yang di amanahkan menjaga harta tapi beliau menggunakan harta itu untuk kepentingan dirinya sendiri. 

Ketuanya mengamanahkan wang gaji kepadanya tetapi wang tersebut dilesapkannya untuk membayar hutang peribadinya atau untuk kepentingan dirinya sendiri. 

Hidup orang yang tidak amanah ini tidak akan berkat dan dia akan mendapat balasan kerana sifat pecah amanah yang dilakukannya.


Di Bawah terdapat tambahan 30 sifat-sifat orang munafik yang boleh wujud pada diri seseorang dan membuatkan dia menjadi munafik tulin secara tak sedar. 

Bacalah dan semaklah samada sifat-sifat itu ada pada diri kalian. 

Jika ada usahalah untuk memperbaiki.



32 Sifat munafik yang wujud dalam perbuatan dan hati manusia :


Sifat Yang Ke-1 : Dusta


Sifat Yang Ke-2 : Khianat


Sifat Yang Ke-3 : Fujur dan lemah imannya


Sifat Yang Ke-4 : Suka mungkir janji bila berjanji


Sifat Yang Ke-5 : Malas beribadah


Sifat Yang Ke-6 : Riya


Sifat Yang Ke-7 : Sedikit berzikir


Sifat Yang Ke-8 : Mempercepat solat (malas ketika solat)


Sifat Yang Ke-9 : Mencela orang-orang yang taat dan soleh


Sifat Yang Ke-10 : Memperolok-olokkan Al-Quran, As-Sunnah Rasulullah SAW


Sifat Yang Ke-11 : Bersumpah palsu


Sifat Yang Ke-12 : Tidak mahu berinfaq dan bersedekah


Sifat Yang Ke-13 : Tidak mempunyai sikap prihatin terhadap nasib kaum muslimin


Sifat Yang Ke-14 : Suka menyebarkan berita fitnah


Sifat Yang Ke-15 : Mengingkari takdir (tidak reda qadak dan qadar)


Sifat Yang Ke-16 : Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh


Sifat Yang Ke-17 : Sering meninggalkan solat berjamaah


Sifat Yang Ke-18 : Membuat kerosakan di muka bumi dengan alasan mengadakan perbaikan


Sifat Yang Ke-19 : Tidak ada kesesuaian antara amal zahir dengan batin


Sifat Yang Ke-20 : Suka mengeluh dan tidak reda terhadap ujian Allah SWT


Sifat Yang Ke-21 : Suka membuat alasan dengan berdusta.


Sifat Yang Ke-22 : Menyuruh perbuatan mungkar dan mencegah amal makruf


Sifat Yang Ke-23 : Bakhil harta yang dimilikinya.


Sifat Yang Ke-24 : Lupa kepada Allah SWT


Sifat Yang Ke-25 : Mendustakan janji Allah dan Rasul-Nya


Sifat Yang Ke-26 : Lebih mengutamakan zahir dan mengabaikan batin


Sifat Yang Ke-27 : Sombong dalam berbicara dan suka menegakkan kebatilan.


Sifat Yang Ke-28 : Tidak memahami Islam (Ad Din) sebagai satu cara hidup.


Sifat Yang Ke-29 : Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah SWT dengan dosa


Sifat Yang Ke-30 : Bergembira dengan musibah yang menimpa orang-orang mukmin dan dengki terhadap kebahagiaan mereka.


Sifat Yang Ke-31 : Suka mengungkit-ungkit pemberiannya kepada orang lain (buruk siku)


Sifat Yang Ke-31 : Suka maki hamun dan melaknat orang mukmin.(melampaui batas dalam berhujah)


Sifat Yang Ke-32 : Suka bertindak merampas hak orang lain


Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita jauhi tiga sifat munafik yang dinyatakan oleh Nabi SAW iaitu apabila berkata-kata ia berdusta, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya. 

Selain daripada tiga sifat ini terdapat 32 lagi sifat-sifat munafik yang menjelaskan lagi ciri-ciri munafik tulin yang terdapat ramai dikalangan masyarakat kita.


Semoga kita muhasabah sifat-sifat di atas agar kita boleh perbaiki kelemahan kita dan menjadi hamba Allah yang beriman, bertakwa dan taat dan patuh segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.



Wallahualam.

Saya sebenarnya yang teraniaya – Maria Farida :saya-sebenarnya-yang-teraniaya-maria-farida/ By canang

Posted: 21 Oct 2015 06:54 PM PDT


 
Kuala Lumpur – Baru-baru ini dunia hiburan tempatan kecoh ekoran kontroversi yang tercetus mengaitkan nama aktres jelita Maria Farida, 40, sekaligus beliau didakwa menjalin hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang. 

Tidak mahu namanya terus terkait cerita panas tersebut, bintang filem Datin Ghairah dan Bisikan Cinta menyifatkan semua tuduhan dan gosip yang keluar di laman sosial itu adalah cerita mengarut.
 
"Wanita yang dimaksudkan sebagai kawan baik saya itu sebenarnya sudah bercerai dengan suaminya sejak Ogos lalu. Dan wanita itu (K) tidak lagi bergelar Datin.
 
"Kalau tak percaya, boleh tanya sendiri pada bekas suami dan anak-anaknya," katanya seperti yang dilaporkan portal Mangga online.
 
Tegas ibu tunggal anak satu ini lagi, dakwaan itu timbul gara-gara dia menarik diri daripada terus menjadi duta produk kecantikan wanita berkenaan.
 
"Sejak Ramadan lalu saya sudah tarik diri dan tidak mahu terlibat lagi. Puncanya kerana dia melanggar kontrak perjanjian iaitu perlu membayar saya sebanyak sepuluh peratus hasil produk. Tak sampai setahun pun saya jadi duta tetapi saya tidak dibayar mengikut syarat dan terma kontrak.
 
"Kalau ikutkan memang saya boleh ambil tindakan sebab dia dah langgar syarat kontrak tetapi saya diamkan sahaja memandangkan dia pernah menjadi kawan baik saya selama dua tahun

"Mungkin sejak itulah dia marah dan masa itu pula rumah tangganya sudah berantakan. Saya dapat tahu dia dan suami bercerai selepas Hari Raya baru ini.

"Jadi, apakah kaitan saya dituduh hancurkan rumah tangga dia? Saya dah keluar daripada menjadi duta syarikatnya sejak Ramadan lagi.
 
"Jadi, janganlah buat tuduhan macam-macam dan memburukkan-burukkan nama serta reputasi saya.
"Tak betul tuduhan saya rampas dan hancurkan rumah tangga dia," katanya.
 
Maria juga menyifatkan dirinya dianiaya oleh rakannya itu.
 
"Saya sebenarnya yang teraniaya. Sekarang, apabila saya rapat dengan bekas suami dan anak-anaknya, saya pula yang diburuk-burukkan.
 
"Saya hanya rapat dengan bekas suaminya selepas mereka bercerai. Untuk menjaga keselamatan, sekarang saya pasang bodyguard.
 
"Malahan, saya juga telah membuat beberapa laporan polis di samping sedang berurusan dengan pihak peguam untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Tanda-Tanda Kematian - by: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL; Ahli Penal Syariah HPA

Posted: 21 Oct 2015 06:00 PM PDT


Soalan:
Assalammualaikum, tersebar dalam internet mengenai tanda-tanda sebelum ajal menjelang bagi umat Islam seperti 100 hari sebelum mati badan akan mengalami getaran sesudah asar, 40 hari sebelum meninggal akan berdenyut pusat, juga berlaku sesudah asar. soalannya, sejauh manakah kesahihan tanda-tanda ini sedang tidak diketemui sebarang nas atau dalil dari Al-Quran atau Sunnah. Sedang ada yang mengatakan ia pandangan segelintir ulama. Dan apakah hukum jika ia dijadi iktiqad? dan apakah hukum jika menolaknya? Sekian.

Jawapan:


Sesuatu yang tidak sabit dengan nas dari al-Quran atau as-Sunnah, tidak harus dijadikan iqtiqad. Termasuklah juga perkara-perkara ghaib. Urusan aqidah dan kepercayaan adalah urusan agama. 

Oleh itu, tiada siapapun harus mendakwa sesuatu itu sebagai keyakinan agama atau amalan agama melainkan ia wajib mendatangkan dalil yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah. Sabda Nabi -sallallahu alaihi wasallam-; 

"Sesiapa mereka-reka dalam urusan kami ini (yakni urusan agama) apa-apa yang bukan darinya, maka ia adalah tertolak". Adapun suatu dakwaan yang dibuat atas dasar pengalaman, kajian, penelitian dan sebagainya -bukan atas dasar agama-, itu terserah kepada setiap individu sama ada untuk menerima atau menolaknya berpandukan penilaian akal masing-masing.

Kesimpulannya, orang yang mendakwa tanda-tanda kematian itu adalah dari agama, wajiblah ia mendatangkan dalil dari al-Quran atau as-Sunnah. 

Jika ia mendakwa ianya dari pengalaman atau penelitian, terserahlah kepada masing-masing untuk mempercayainya atau tidak.

Tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah)

Apa yang jelas terdapat nas tentangnya ialah tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) iaitu:
1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah

Sabda Rasulullah –sallallahu 'alaihi wasallam-;

مَنْ كَان آخِرَ كَلامِه لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الجَنَّةَ
"Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga". (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu'az bin Jabar –radhiyallahu 'anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)
2. Berpeluh di dahi

Sabda Rasulullah –sallallahu 'alaihi wasallam-;

اَلْمُؤْمِنُ يَمُوْتُ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ
"Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya". (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu 'anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))

Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. 

Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)

Dalam satu hadis yang lain, Nabi –sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda;

لَقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَإِنَّ نَفْسَ الْمُؤْمِنِ تَخْرُجُ رَشْحًا وَنَفْسُ الْكَافِرِ تَخْرُجُ مِنْ شِدْقِهِ كَمَا تَخْرُجُ نَفْسُ الْحِمَارِ
"Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai". (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas'ud –radhiyallahu 'anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa'id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).
3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh

Sabda Rasulullah –sallallahu 'alaihi wasallam-;

مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ صَامَ يَوْمًا اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
"Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga". (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu 'anhu-.

Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma' az-Zawaid; "Para perawi hadis ini adalah tsiqah". Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)).
(Tuan-tuan/puan-puan yang ingin membaca lebih lanjut tentang kematian dan hal-hal berkait dengannya boleh dapatkan buku tulisan saya "Rahsia Kematian, Alam Barzakh dan Roh". Ebook sila dapatkan di (http://ebook-ilmudanulamak.blogspot.com/)).


Wallahu a'lam.
Rujukan;
1.Rahsia Kematian, Alam Barzakh & Roh, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil.

Sumber: http://fitrahislami.wordpress.com.

DR. QARDHAWI - AMANAH BOLEH AKTIF DI MALAYSIA

Posted: 21 Oct 2015 05:30 PM PDT

 
AMANAH - walau pun pada dasar tidak menjejaskan kedudukan PAS, tapi kepimpinan PAS bercakap dan tidak serupa apa yang di lafaskan, terus di buru oleh buru oleh bayang-bayang sendiri. 
Mereka masih merisaui " kehebatan parti bongsu ini. Walau pun baru beberapa hari lepas kekuatan PAS telah di uji dengan Fastaqim di Kota Baru.
Isu rombongan kepimpinan AMANAH berjuMpa dengan Qardhawi telah di jadikan modal terbaru PAS untuk " membusukkann" AMANAH. 
Ini jelas dengan perbezaan pendapat antara Presiden PAS yang juga Naib Presiden Ulama Dunia dengan Presidennya sendiri kaitan dengan kepelbagaian parti yang memperjuangkan Islam di sesebuah negara.
Ini kata HAJI HADI




Ini pula buku tulisasn Qardhawi



Ini Jawapan Atas Dakwaan AMANAH Diharamkam Oleh Yusuf Al Qardawi 

1. Saya - Salehuddin Ayub ( gambar ) telah mengetuai misi Antarabangsa Amanah ke Doha, Qatar Dan Istanbul, Turki dari 13hb Oktober hingga 18 Oktober, 2015. Misi ini bertujuan untuk memposisi dan memperkenalkan Amanah dikalangan gerakan Islam Antarabangsa . 

2. Bersama saya ialah Ust Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum Amanah dan Hj Asmuni Awi, Bendahari Amanah.
3. Semasa di Doha, Qatar 13hb Oktober, 2015, kami telah mengadakan pertemuan dengan Prof Ali Alqaradaghi, Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Islam SeDunia. Pertemuan hampir 2 jam itu antaranya adalah memperkenalkan kewujudan Amanah. Perbincangan kami amat mesra dan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai Amanah.

4. Kami juga telah bertemu dengan Sheikh Ibrahim Munir , Setiausaha Agong Ikhwanul Muslimin semasa di Istanbul, Turki. Diakhir pertemuan beliau telah mencadangkan agar satu pertemuan diadakan diantara Amanah dan Pas dan mengesyorkan Prof Yusuf Qardawi menjadi pihak ketiga. Pertemuan ini diadakan pada 16hb Oktober, 2015. 

5. YB Dato' Mujahid Yusuf Rawa pula telah bertemu sendiri dengan Prof Yusuf Qardawi di Doha, Qatar pada 18hb Oktober yang membawa mesej yang sama. Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan leh Prof Yusuf Al Qardawi. 

6. Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di Malaysia. 

7. Saya sebagai mewakili Amanah mempertegaskan bahawa Amanah bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu , berbincang dan komited untuk menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah seluruhnya. 

8. Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulamak dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukan sikap terpuji serta mengambil pendekatan terbuka dan memberi peluang untuk berbincang dengan Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan menghukum sewenang-wenangnya.

 Salahuddin Hj Ayub 
Timbalan Presiden Amanah 
Kuala Lumpur 19hb Oktober , 2015 

CATATAN: 

Kepelbagaian Parti Politik Sama Seperti Kepelbagaian Mazhab Figh, 
melalui buku penulisan Dr Yusuf Al Qardhawi, 'FIGH DAULAH' secara tidak langsung menolak dakwaan Hj Hadi mengenai haramnya parti politik Islam lebih dari satu. 







Anuar Yaacob

 
MENGAPA SAYA MERAGUI 'FATWA' PENGHARAMAN PARTI BARU?

Saya mengambil maklum bahawa Tuan Guru Hj Abd Hadi dalam satu ceramahnya telah meriwayatkan satu fatwa daripada al-Qaradhawi yg mengharamkan penubuhan parti baru, berdasarkan kepada konteks ayat, pa
rti tersebut tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada AMANAH.

Susuk tubuh Tuan Guru cukup saya sanjung sebagai ulamak yang memimpin umat dalam politik, namun 'fatwa' al-Qaradhawi tersebut nampak sangat meragukan dengan manhaj yang beliau pegang dan ajar, sekurang-kurangnya dari beberapa sudut di bawah:

1) Al-Qaradhawi seorang yg cukup cermat. Beliau bukan jenis 'ulamak kepalang tanggung' yg suka mengharamkan sesuatu yg tidak jelas dalilnya dan ghairah melihat orang masuk ke neraka. Sikap cermat dan berhati-hati beliau dapat dilihat melalui manhaj yg ditulis dengan panjang lebar pada pendahuluan 'al-Halal wa al-Haram fi al-Islam'. 
 
Beliau menegaskan bahawa pengharaman sesuatu perkara, benda dan urusan yang bersifat Mu'amalat (lawan bagi Ibadat) mesti punya dalil yg 'soreh' (jelas) lagi 'soheh', ada pun dalil yang tidak soreh lagi soheh, maka ia kekal dibolehkan. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m.s. 20. Al-Maktab al-Islami, 1980).

Oleh itu sangat aneh di sebalik sikap cermat yang ditunjukkan, tiba-tiba beliau menfatwakan haram menubuhkan parti baru, tanpa diketahui dalil yg soheh lagi soreh mana digunakan, dan melawan manhaj yang selama ini beliau julang.

2) Fatwa tersebut kontradik dengan tulisan beliau. Al-Qaradhawi sangat terbuka dengan kepelbagaian gerakan dan parti Islam, ini dapat dilihat daripada "Fiqh Dawlah", beliau berpendapat bahawa kepelbagaian parti dalam politik adalah seperti kepelbagaian mazhab dalam fiqh (Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam, m.s. 151. Dar al-Shuruq, 2001).

Jika keharaman menubuhkan parti Islam baru itu sesuatu yang menjadi pegangannya, pastilah penubuhan Parti al-Nur di Mesir lebih awal difatwakan haram, namun itu tidak berlaku.

3) Al-Qaradhawi seorang yang cukup teliti. Beliau bukan jenis orang yg suka menjawab fatwa dengan ringkas. Manhaj ini dapat dilihat jelas dalam "Fatawa Mua'sirah", beliau menjawab soalan dengan terperinci, berkajang muka surat dikarang hanya untuk menjawab satu soalan pendek. Jika satu permasalahan itu haram hukumnya, beliau tidak hanya menulis "Haram", tetapi diperincikan keadaan dan situasi.

Oleh itu kita mohon supaya didedahkan jawapan penuh beliau, beserta soalan yg dihantar. Ini penting supaya kita dapat mengetahui letak duduk perkara ini dengan jelas.

Saya bukanlah ahli AMANAH, hanya peminat al-Qaradhawi semenjak belasan tahun dahulu, 'fatwa' yang dahsyat sedemikian rupa mesti dibuktikan supaya tiada salah faham terhadap beliau, yang selama ini terkenal mempromosikan manhaj al-Wasatiyyah dan sikap toleransi dengan perbezaan.

 
Shahir Arifin Ahmad Fadzil

GST jerut leher anak muda By canang

Posted: 21 Oct 2015 05:00 PM PDT

 
KUALA LUMPUR: Ahli DAP, Young Syefura Othman menyifatkan protes mendesak supaya membatalkan pengurangan subsidi minyak petrol dan menghentikan perlaksanaan GST memang wajar bagi menunjukkan kepada pihak kerajaan bahawa ia adalah sesuatu yang tidak rasional untuk mereka meningkatkan harga bahan bakar tersebut bila harga pasaran dunia mengalami penurunan. 

"Pihak kerajaan mencanangkan kononnya hanya mengurangkan subsidi, namun harga minyak terus meningkat," ujarnya sewaktu ditemui FMT.

"Sebelum ini, kerajaan telah menaikkan harga rokok, dan kini harga minyak ,selepas ini apa pula?" soalnya.
Jelas Syefura lagi, dengan perlaksanaan GST, kos hidup sara hidup anak muda akan meningkat terutamanya kepada pelajar lepasan universiti.

"Perlaksanaan GST ini akan lebih menambahkan derita mereka.

"Kini, hendak mencari kerja pun susah, terbeban pula dengan hutang PTPTN, dan ditambah pula dengan perlaksanaan GST.

"Kerajaan sepatutnya kaji, sama ada rakyat boleh atau tidak membayar cukai GST," jelasnya.

Jelasnya lagi, tindakan pihak kerajaan yang melaksanakan GST ini seakan menjerut lagi leher anak muda terutamanya pelajar lepasan universiti.sumber.
 
Cananglanie
SHARE
Tindakan Lelaki Israel Serang Lori Palestin Bawa Padah (4 Gambar) TINDAKAN seorang lelaki Israel menyerang sebuah lori dipandu rakyat Palestin membawa padah apabila dia digilis sehingga mati. Kejadian itu berlaku apabila lelaki Israel yang tidak dikenali keluar dari keretanya dengan memegang sebatang kayu untuk menyerang lori berkenaan di Tebing Barat pada Selasa. Bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Yahudi, pemandu lori tersebut bertindak memandu lorinya dan menggilis lelaki hempal berkenaan. Sebaik sahaja menggilis lelaki Yahudi itu, pemandu lori berkenaan melarikan diri ke kem pelarian di Hebron untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman tentera. Kemarahan penduduk Palestin semakin meningkat apabila tentera Yahudi menjalankan operasi meroboh dan merampas kediaman penduduk Islam. Pada hari sama tentera Israel bertindak menembak mati dengan kejam seorang penduduk Palestin dengan menuduhnya telah menikam seorang lelaki Yahudi sehingga mati pada tahun lalu. Tentera Yahudi itu turut memusnahkan rumah milik mangsa sehingga menyebabkan penduduk Palestin bangkit menentang kekejaman itu. -mstar-

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

BUAT PEMBACAKU SEMUA...!!

Posted: 21 Oct 2015 04:45 PM PDT




VIDEO - Bajet Pakatan, Tutup 1MDB, Hukum Pesalah !!

Posted: 21 Oct 2015 09:00 AM PDT


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Bajet Alternatif Pakatan Harapan mahu syarikat 1MDB ditutup dan pesalah yang terlibat dalam syarikat tersebut dihukum.

Speaker mahu lihat senarai sokongan sebelum benar undi tak percaya dibahas

Posted: 21 Oct 2015 08:30 AM PDT


Pihak pembangkang sepatutnya menghantar senarai ahli Parlimen yang menyokong undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai salah satu cara untuk meluluskan usul tersebut di Dewan Rakyat, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Speaker Dewan Rakyat itu berkata, sekiranya pihak pembangkang menghantar senarai tersebut, beliau boleh mempertimbangkan kemungkinan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri dibahaskan.

"Siapa sahaja boleh membawa usul tersebut, namun perlu ikut peraturan mesyuarat 26 dan 27 dan ia perlu notis.

"Kalau itu dipenuhi, maka kita boleh letak dalam peraturan mesyuarat tetapi tidak semestinya setiap usul, terutama yang dibawa bukan kerajaan akan dapat dibahas.

"Kerana kita kena lihat peraturan mesyuarat 15," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. – TMI

Zahid - Polis Tidak Akan Siasat Dakwaan 1MDB Sorok Saksi

Posted: 21 Oct 2015 08:00 AM PDT


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata pihak polis tidak akan menjalankan sebarang siasatan berhubung dakwaan tiga saksi utama dalam kes 1MDB disembunyikan.

Ini kerana menurut Zahid (BN-Bagan Datoh) dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, tiada laporan polis yang dibuat oleh bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador atau mana-mana pihak berhubung dakwaan itu.

"Dakwaan oleh bekas timbalan pengarah 1 Cawangan Khas hanya merupakan andaian beliau sendiri yang disiarkan dalam laman media sosial sahaja," katanya.

Zahid menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang memohon supaya beliau menjelaskan mengenai perkembangan terkini siasatan berhubung yang dibangkitkan oleh Abdul Hamid.

Mahfuz antara lain menyoal hasil siasatan dakwaan Abdul Hamid mengenai terdapat pihak tertentu menyembunyikan tiga saksi utama dalam siasatan kes 1MDB serta Cawangan Khas mencampuri dan diperalat untuk kepentingan politik.

Dalam jawapan bertulis juga, Mahfuz yang juga bekas naib presiden PAS menuntut penjelasan Zahid sama ada Abdul Hamid bakal dikenakan tindakan berikutan dakwaan itu.

Bagaimanapun Zahid berkata polis telah mengeluarkan surat tunjuk sebab untuk mendapatkan penjelasan berkaitan kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Hamid (kiri).

"Pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan memneliti reperesentasi yang dikemukan oleh beliau sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Pihak kemneterian tidak berhasrat untuk mengulas lanjut berkaitan perkara ini memandangkan kes berkenaan di peringkat siasatan dan dikhuatri boleh menjejaskan proses menjejaskan proses siasatan dijalankan," katanya.

Tangkap Dan Dakwa Jamal - Ali Tinju

Posted: 21 Oct 2015 07:15 AM PDT




PETALING JAYA : Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos.

Dia berkata, polis patut bertindak lebih adil dengan menangkap dan mendakwa jika Jamal melakukan kesalahan serius seperti menganjurkan perhimpunan haram.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu berkata, Jamal seolah-olah kebal apabila masih meneruskan perhimpunan walaupun polis tidak memberi kebenaran.

"Saya harap Ketua Polis Negara kena berlaku adil , ambil tindakan tegas ..tak kira dia adalah ketua bahagian, dia adalah NGO , parti politik manapun jika melakukan kesalahan tangkap, dakwa," katanya kepada FMT.

Ali Tinju turut memperlekeh Jamal kerana mendakwa pemilik rangkaian Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu sering membuat perhimpunan cacamarba.

Katanya, tindak tanduk yang dibuat oleh Pengerusi Gabungan NGO Melayu itu sering melawan arus dan memberi impak tidak baik kepada kepimpinan UMNO.

"Saya beranggapan Perdana Menteri tak setuju apa yang dibuat Jamal hari ini. Bukan setiap hari kita nak berdemo, rakyat dah bosan..

"Contohnya Jamal kata kerajaan Negeri Selangor cacamarba..lepas ni katakanlah orang kerajaan Negeri Selangor buat bantahan terhadap Kerajaan Pusat, akhirnya benda ini tidak ada titik noktah yang muktamad. Setiap hari, setiap masa ada perhimpunan , ada bantahan," katanya.

Dia merujuk kepada perancangan Jamal untuk mengadakan himpunan di Kelana Jaya dan Subang.

Dalam pada itu, Ali Tinju turut mempersoal mengapa Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu tidak mengadakan himpunan di kawasannya.

"Sekejap dia nak buat kat Kajang, sekejap nak buat kat Ampang, sekejap nak buat kat Subang, mengapa dia tak nak buat kat tempat dia sendiri? Sepatutnya dia kena buat kat tempat dia sendiri sebab tempat dia pembangkang.

"Tempat itu (Sekinchan) adalah tempat DAP, mengapa dia buat kat tempat lain..Contohnya di Kajang ada orang kajang yang jaga. Kalau di Ampang, ada orang yang jaga," jelasnya.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/10/21/tangkap-dan-dakwa-jamal-ali-tinju/







Dewan Rakyat Panas, Speaker Ronyok Kertas Usul Menteri, Beri Lim Kata Dua

Posted: 21 Oct 2015 06:30 AM PDT



Dewan Rakyat petang ini panas lebih setengah jam apabila sekumpulan anggota parlimen pembangkang khususnya wakil rakyat DAP membantah keras dan mempertikaikan notis usul untuk menggantung Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) .

Ini susulan ketua anggota parlimen DAP itu didakwa menghina Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bantahan itu dibuat kerana notis penggantungan itu - yang sepatutnya akan dibentangkan petang ini - diedarkan kepada anggota Dewan Rakyat lebih awal sebelum tokoh DAP itu memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau.

Sebelum kekecohan itu berlaku, Lim bangun memberi penjelasan panjang lebar dan berhujah beliau tidak berniat dengan sengaja untuk mempertikaikan integriti Pandikar.

Kemudian Anthony Loke dan beberapa wakil rakyat kemudiannya bangun mempertikai notis usul itu dan mahu ditarik balik kerana diedar lebih awal sebelum penjelasan diberikan.

"(YB) Pengerang telah mengemukakan (notis) usul untuk menghukum Gelang Patah. Ini zalim. Ia tidak menghormati kerusi speaker. Kerana Speaker minta Gelang Patah memberi penjelasan.

"Sebelum beri penjelasan, (notis) usul ini diluluskan sebelum Gelang Patah untuk beri penjelasan. Ini zalim, tergesa-gesa. Ini keterlaluan," katanya yang disambut dengan sorakan daripada barisan pembangkang.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang mempengerusi debat itu cuba menenangkan kekecohan tersebut dan menegaskan beliau berpegang kepada keputusan Pandikar semalam bahawa Lim diberikan peluang awal hari ini untuk menarik balik dan memohon maaf tanpa syarat dengan dakwaan itu.

Namun Anthony menjawab: " Beliau balik Pulau Pinang semalam, pagi ini jerebu (di sana)".

Kemudian beberapa wakil rakyat Parit Buntar, Ipoh Timor, Bukit Mertajam, Shah Alam turut bangun mencelah sambil mendesak supaya kerajaan menarik balik notis itu.

Selepas itu, Ronald memaklumkan memanggil setiausaha Dewan Rakyat untuk memberi penjelasan kepadanya mengenai hal itu.

Kemudian kelihatan setiausaha dewan berbisik-bisik dengan Ronald sambil beberapa anggota parlimen melaungkan "tarik balik usul itu" dan "kerajaan kemuka usul dengan niat jahat".

'Ini pemberitahuan, bukan usul'

Kemudian di tengah-tengah kekecohan itu, Pandikar muncul menggantikan Ronald, menjadikan suasana Dewan diam dan wartawan di luar dewan bertepuk tangan dan bersorak sementara ramai pemerhati mengerumuni depan televisyen bagi mengikuti kekecohan yang berlaku.

"Ini hanya pemberitahuan, notis... supaya esok Yang Berhormat boleh bahas. Ini bukan usul," katanya sambil diiringi sorakan tidak puas hati di kalangan pembangkang.

"Kalau Gelang Patah ikut cakap saya semalam, yang ini saya boleh buat begini," tegas Pandikar sambil meronyok kertas notis dan menunjukkannya kepada semua wakil rakyat.

"Apa pun kesilapan, ia adalah yang terbaik (minta maaf), atau tarik balik, bukan kita nak tunjuk siapa berani," katanya sambil mengarahkan wakil rakyat lain yang berdiri supaya duduk daripada mencelah.

Selepas itu, perdebatan dan bantahan masih berlaku perdebatan anggota parlimen pembangkang termasuk Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang merayu kerajaan menarik balik.

Bagi mengakhiri perdebatan itu, Pandikar mengingatkan insiden hari ini perlu diambil pengajaran dengan apa yang berlaku dan mengarahkan menteri menarik balik usul itu.

"Saya menarik balik pemberitahuan usul ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said sambil mengecam tindakan Lim yang menurutnya mempunyai masa untuk menarik kenyataannya semalam.

Kemudian Pandikar menamatkan perdebatan itu ketika jam 4.30 sehingga usul mengenai jerebu selesai dibahaskan sehingga jam 5.30 petang ini dan selepas itu beliau mahu Lim memberi penjelasan sama ada mahu menarik balik atau pun tidak.

Bagaimanapun sehingga jam 5.30 petang Lim tidak ada dalam Dewan Rakyat, dan Timbalan Speaker Ronald Kiandee menganggap tokoh DAP itu tidak mahu memberi penjelasan sekalipun dibantah oleh anggota pembangkang lain.

Perbahasan kemudiannya diteruskan dengan membahaskan Rang Undang-Undang KWSP (pindaan) 2015 sehingga jam 6.30 petang.


DUNIA PENJARA BUAT KITA

Posted: 21 Oct 2015 05:45 AM PDT

MELIHAT keadaan sekarang ini cukup jelas menandakan dunia sudah di lokasi titik akhir zaman.

Ismaily Bungsu C's photo.

Kita melihat gelombang kemungkaran bermaharaja di sana sini dan rakyat siap berbodong datang menangkap cium tangan sang pemimpin korup dan berdusta kala bicara.

rakyat pula tersihir ringgit dan sanggup melakukan apa saja demi mencapai duniawi hidup bergaya senang mewah tanpa sedikit mereka rasa kesal dan menyesal yang mati nanti siap di mahkamah Allah.
Fitnah di sana sini.

Yang benar perjuangkan hak di laluan Allah terus dihina2 diejek2 dan disumbat ke penjara kesan fitnah yang dicipta sedang yang mencipta fitnah disanjung mewah bergaya jalannya seperti malaikat disembah2 puji meninggi langit.

inilah dunia kita yang serba salah dan semua orang mula bersama mengangkat piala kemungkaran dan akhirnya kita semua bakal dalam bencana hidup anak cucu cicit bakal melarat jadi miskin papa kedana meminta-minta.

Begitulah memang dunia ini penjara buat orang mukmin dan hidup penuh pahit kesannya.


ISMAILY BUNGSU
sabah

INI LAH SILAPNYA APABILA PENJILAT MENJADI SPEAKER !!

Posted: 21 Oct 2015 05:06 AM PDT



Edward Stephen Edward Stephen's photo.

Muhyiddin: Sebagai anak tok guru, saya reda Zulaikha Zulkifli

Posted: 21 Oct 2015 02:30 AM PDT


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau reda dengan segala perkara yang terjadi terhadap dirinya kebelakangan ini.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, sebagai seorang yang beragama Islam dan anak kepada "tok guru", beliau reda dengan ketentuan serta qada dan qadar Tuhan.

"Tak apalah saya menerima apa sahaja orang kata. Keputusan atau perkara yang sudah ditakdirkan kepada saya, dengan reda saya terima kerana saya seorang Islam. Saya tahu qada dan qadar.

"Apa yang berlaku pada saya sesuatu yang ditakdirkan. Kita harus reda," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab ketika majlis minum petang anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di ibu negara hari ini.

Muhyiddin ditanya oleh seorang hadirin sama ada beliau ingin mengembalikan maruahnya kerana didapati tidak bersalah kerana bercakap mengenai isu 1MDB.

'Adakah itu salah?'


Selain itu, menyentuh isu 1MDB, Muhyiddin berkata beliau hanya menegur.

Menceritakan kembali mengenai video ucapannya di Janda Baik (gambar) yang tersebar di laman sosial, anggota parlimen Pagoh itu berkata, beliau hanya memberi teguran.

Ia berikutan isu 1MDB pada ketika itu diperkatakan secara meluas oleh semua pihak.

"Isu itu dibincang meluas jadi agak janggal kalau saya tak bincang.
"Waktu itu saya pun dah tahu jadi saya sentuh termasuklah tindakan sewajarnya yang boleh diambil kerana disebabkan salahlaku 1MDB, presiden kita tanggung beban.

"Adakah itu kesalahan? Wallahua'lam," ujarnya lagi.

Muhyiddin digugur sebagai timbalan perdana menteri Julai lalu bersama bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal yang juga naib presiden Umno.

Menteri akui Najib terima dana bagi program politik

Posted: 21 Oct 2015 01:45 AM PDT



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulisnya mengakui sebagai ahli parlimen Pekan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada menerima dana untuk aktiviti politik di kawasan beliau.

"Sebagai Ahli Parlimen Pekan, Perdana Menteri ada menerima dana untuk aktiviti politik di kawasan beliau yang telah disalurkan untuk program politik, aktiviti sosial dan kemasyarakatan penduduk tempatan," katanya.

Justeru menurut Azalina, adalah tidak wajar bagi Najib memberi seberang jawapan buat masa ini kerana perkara itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching yang meminta Najib menyatakan sama ada SRC International, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan melalui Ihsan Perdana menderma RM42 juta kepada perdana menteri.

Selain SRC, wakil rakyat DAP itu juga ingin mengetahui sama ada terdapat GLC lain yang pernah menderma duit kepada Najib dan jika ada beliau ingin mengetahui jumlahnya.

~~~~Demokrasi gaya apa Malaysia ni..???..~~~~

Posted: 21 Oct 2015 01:15 AM PDT

Bila turun bantah di jalanraya akan klua la suara2 penjilat...'buat kerja sia2..bantah la ikut saluran yg betul'...

Tp bila bwa mhkmah...hakim dan peguam umno...
Bwa masuk parlimen...speaker pun kuat sgt umno nya..

Keputusan ‘sukar’ bagi capai bajet seimbang, kata Najib

Posted: 21 Oct 2015 12:30 AM PDT


Kerajaan terpaksa membuat keputusan 'sukar', seperti memansuhkan subsidi bahan api dan memperkenal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), bagi membolehkan negara merealisasikan bajet seimbang.

"Seperti sasaran, kita yakin menjayakan bajet seimbang, atau hampir sedekat mungkin, pada 2020," katanya dalam ucapan pada Forum Transformasi Global di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam merealisasikan sasaran itu, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata beberapa keputusan sukar perlu diambil, termasuk memansuhkan subsidi bahan api, dan pelaksanaan GST, pada April tahun ini.

Kedua-duanya kata Perdana Menteri merupakan antara keputusan paling sukar yang diambil oleh kerajaan bagi menggalakkan daya saing serta meningkatkan asas percukaian dengan ketara.

"Bukan semua orang suka dengan langkah ini. Namun tindakan itu perlu untuk kita meneruskan transformasi," katanya.

Strategi perlu disusun semula bagi memastikan objektif dan hasrat negara kekal teguh serta mengekalkan wawasan jangka panjang untuk Malaysia dalam kekangan ekonomi global semasa, kata Najib.

Penurunan harga minyak dan komoditi, jangkaan peningkatan kadar faedah oleh US serta penyusutan nilai Yuan China, sukar untuk negara dagangan seperti Malaysia, katanya.

"Pelaburan semakin berkurangan. Saingan untuk pelabur global semakin meningkat, dan ekonomi kita dalam kedudukan bahaya terperangkap dalam kedudukan pendapatan sederhana. Perlu ada enjin pertumbuhan dan pencergasan," katanya.

Najib berkata negara perlu keluar daripada perangkap pendapatan sederhana untuk meneruskan matlamatnya menjadi negara berstatus pendapatan tinggi pada 2020.

"Kita perlu galakkan pertumbuhan, dan pada masa yang sama mengurangkan ketidakcekapan - tanpa berkompromi ke atas taraf hidup. Kita perlukan transformasi," katanya.

Najib berkata defisit fiskal Malaysia melalui momentum positif setiap tahun sejak bermulanya Program Transformasi Nasional pada 2010, susut kepada 3.4 peratus tahun lalu berbanding 6.7 peratus pada 2009, permulaan tahun pelaksanaan transformasi.

Pencapaian baharu dari segi defisit fiskal akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini semasa pembentangan Bajet 2016, katanya.

Pelan transformasi nasional yang meliputi Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, membantu menangani pembangunan luar bandar, pengangkutan awam bandar dan membantu isi rumah berpendapatan rendah.

"Ini menjadi inti pati transformasi kita memandangkan ia mesti berkekalan dan terangkum. Kita mahu semuanya dikongsi bersama, tanpa mengira usia, lokasi, kepercayaan dan etnik, kerana transformasi adalah untuk semua rakyat Malaysia," katanya.


- Bernama

Doktor Klinik K'jaan Cabuli Pesakit. Ini Cara Selesai.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 20 Oct 2015 11:45 PM PDT


Seorang wanita 29 tahun mendakwa seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Selangor mencabul kehormatannya. 
Hanya mahu dikenali sebagai "Miss T", beliau mendakwa menjadi mangsa doktor lelaki itu pada 8 Oktober lalu ketika mahu mendapatkan rawatan untuk batuk dan sakit kepala.
Beliau mendakwa, ketika sesi rawatan doktor itu mahu memeriksa pernafasan tetapi meraba-raba buah dadanya ketika berbaju beberapa minit.
"Doktor arahkan saya baring untuk periksa dan dia tutup langsir. Saya hanya ikut arahan. Dia sentuh dada saya dan dengar denyutan nadi (pakai stetoskop). Dia sentuh dada saya perlahan-lahan selama tiga minit.
"Selepas itu dia minta saya duduk di katil, dia minta saya angkat pakaian dan buka bra tapi saya tak mahu dan doktor guna tangan dia masukkan ke dalam bra saya, sentuh kedua-dua belah dada saya," katanya.
Beliau juga mendakwa doktor itu turut bertanya padanya tentang status perkahwinannya.
"Doktor tanya sama ada saya dah kahwin atau belum, ada anak atau tidak dan anak macam mana. Saya nak cepat-cepat pergi dari situ," katanya.
Curiga dengan langkah itu, Miss T berkata beliau memberitahu seorang kakitangan klinik selain membuat laporan polis pada hari yang sama.
"Dan esoknya saya ke klinik itu dan beritahu ketua jururawat apa yang berlaku," katanya.
Bagaimanapun, kata wanita itu, sehingga ke hari ini dia masih belum dipanggil untuk memberikan keterangan.
"Saya mahu pihak berkuasa siasat doktor terbabit.
"Saya tak mahu perkara yang sama berulang kepada wanita lain," kata Miss T pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang hari ini.
Kenyataan Miss T dalam bahasa Mandarin pada sidang media itu diterjemahkan oleh seorang jurubahasa.
Beliau hadir dengan memakai baju yang sama ketika hari kejadian tetapi menyembunyikan wajah dengan memakai topeng dan topi.
Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi klinik terbabit.
Polis: Kes sedang siasat
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan menerima laporan tersebut.
Katanya, kes itu disiasat mengikut seksyen 345 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Namun Azman enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana masih dalam siasatan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:

Kalau hal itu menjadi masalah kes, mampukah pihak Kementerian Kesihatan mewujudkan suatu sistem di mana doktor lelaki merawat pesakit lelaki dan doktor perempuan merawat perempuan?
Ini juga sangat sesuai dengan kehendak agama Islam yang menjaga aurat, dan menghormati pesakit. (IH)