Isnin, 19 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kehebatan YB Nurul Izzah Anwar

Posted: 19 Oct 2015 11:00 PM PDT

Aman Shah's photo.

"Pejuang muda...
Kau adalah intan baiduri
Di celah percikan api
Berselerakkan di tunku si tukang besi
Andai kau di meja jauhari
Tentu kau disayang tak terperi
Hitam bertahun di tunku besi
Di mahkota jua seri mu menanti"

Dedikasi untuk Puteri Reformasi.....


#‎BebasAnwar‬ ‪#‎March2Freedom‬

Dari Parlimen Hari Ini....

Posted: 19 Oct 2015 10:15 PM PDT

 

Umum pemuda upko pula

Katanya buah pepaya buah delima soalan nombor lima.

Apa pentingnya pemuda upko diumum di parlimen siar langsung seluruh negara?

Banyak kepentingan sabah tidak diangkat dan ini kesani sabah derita dilupakan.

ISMAILY BUNGSU

SIAPAKAH ROS MAH SEBENARNYA ??!!!

Posted: 19 Oct 2015 09:30 PM PDT

Encik Politik Encik Polotik's photo. FAKTA YANG PERLU RAKYAT TAHU Najib Razak pergi Perlis janji nak bina Hospital Padang Besar adalah 'recycle' janji RMK-9 & PRU13 yang dah diumumkan 'cancel' !!!

Orang Perlis nak percaya lagi pada janji-munafik ka !!! 

Dia janji sebab nak tarik sokongan slps kena tibai pasal 1MDB. esok nanti cancel lagi. 

KAH!! KAH!! KAH!!

Tapi projek ROS MAH gak yg dapat ratus2 juta...

Undi tak percaya: Najib hanya senyum

Posted: 19 Oct 2015 09:00 PM PDT



Undi tak percaya: Najib hanya senyumKUALA LUMPUR -‎ Penantian pemberita selama hampir 45 minit di pintu keluar utama Dewan Rakyat hari ini nampaknya hanya sia-sia apabila persoalan yang diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya dibalas dengan senyuman.

Ketika berasak-asak kedengaran suara wartawan bertanyakan kepada Najib sama ada beliau bimbang dengan undi tidak percaya ke atasnya yang menjadi perdebatan hebat mutakhir ini. 

"Datuk Seri risau tak dengan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri?," soal wakil media dalam suasana yang kelam-kabut. 

Namun Najib terus berlalu pergi dan menjawab persoalan itu dengan senyuman.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang keluar lebih awal juga enggan mengulas sebarang pertanyaan media apabila ketika ditanya apakah pendirian Pas terhadap undi tidak percaya kepada Najib. 

Sementara itu, pembukaan sidang Parlimen bagi mesyuarat ketiga penggal yang ketiga bermula hari ini memperlihatkan suasana agak kecoh.


Pelbagai perubahan dilakukan pihak Parlimen memberikan kesulitan kepada petugas media untuk mendapatkan tempat duduk. 

Penambahan ruang sidang media bagi menteri dan ahli parlimen serta pengurangan kerusi dan meja bagi petugas media menyebabkan ada sesetengah pemberita terpaksa duduk di atas lantai.-SH


Ketua Pmbangkang Yang Berwibawa !!

Posted: 19 Oct 2015 08:37 PM PDT

Orenji Ren Oren's photo.

Tahniah kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden Parti Keadilan Rakyat kerana berani kedepan dan memikul tanggungjawab membawa suara rakyat Malaysia memfailkan sendiri usul tidak percaya kepada Parlimen Malaysia mengikut perintah tetap 26, dengan beri notis 14 hari. 

Sedikit kontroversi yg dimainkan mereka yang 'buta politik' yg mengatakan LGE tidak bersetuju dengan usul undi tidak percaya kepada PM Najib Razak. Soalan aku mudah, dari mana korang belajar politik dan siapa guru korang dalam politik ni sampai bebal sangat?? 

Memang sebaiknya Ketua Pembangkanglah yang sewajarnya membawa dan membentangkan usul tidak percaya ke atas Ketua Kerajaan. 

Tugas membawa usul yg maha besar dan mustahak ini tak bolehlah diserahkan kepada wakil rakyat biasa. 

Terdapat protocol yang tersirat dan tersurat dalam setiap organisasi... 

Contohnya, jika sesebuah negara hendak mengecam tindakan negara lain dalam Dewan Rakyat, ia hendaklah dikemukan oleh PM / Presiden negara itu atau mereka yg berpangkat tertinggi dan bukannya Ahli Parlimen biasa. Ini protokol yg biasa diikut oleh banyak negara maju didunia walaupun tidak ada black n white menyatakan Ahli Parlimen biasa dilarang membuat demikian.

Jelas disini Ketua Pembangkang bukan akur tapi ikut kebenaran dan protokol sebagai sebuah gabungan parti2 pembangkang. 

Aku setuju dgn LGE, 'ini bukan permainan guli' yg sape sape pun boleh lontar. Pekara sebesar dan penting ini mmg patut dan wajib dibentang oleh orang yang berstatus Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia... 

Tiada masalah besar dalam Pakatan Harapan. Isu asasnya kini siapa dan kaedah bagaimana usul ini dibawa. Tapi keyboard worrior 'x cukup ilmu' mula spin cerita membayangkan sesuatu yg mereka sendiri x arif, tak kurang juga yg 'buta politik' dah mula merapu pula.. 

Malah yang 'pandai tapi buat2 bodoh' pun bersuara mewakili satu entiti politik yg tidak berpihak pada Pakatan Harapan mula kedengaran suaranya.

Bagi mereka yang familiar dengan sains politik, mereka akan faham apa yg dimaksudkan oleh CM Lim Guan Eng.. Ini bukan bermakna aku menjilat LGE. Kita sekarang harus sedar, belajarlah apa itu 'real politic', sampai bila nak main politik hoya hoya cakap kosong kedai kopi atau hanya bergegar atas pentas ceramah sahaja???

Pentingnya ilmu politik, fahami apa itu 'real politic', fahami apa itu 'Politic Democration Hierarchy' dan 'Political Hierarchy of Needs'. Perkara sepenting ini memang tak sepatutnya diusulkan oleh Ahli Parlimen biasa. Kita ada Ketua Pembangkang Parlimen. 

Tapi kalau korang rasa korang dah cukup hebat walaupun hanya melalak dalam media sosial, apa kata kalau korang je naik yang bawa usul ni??? 

Oopppssss, sori, korang x layak sebab korang bukan Ahli Parlimen pun.. 

Hanya berstatus cai politikus yang menjadi pengikut buta tuli dan mereka yg hanya tau melalak siang malam dalam media sosial dengan hujah dangkal tanpa pengetahuan asas politik.


Maaf, posting aku agak keras sedikit.. Siapa makan cili dia terasa pedasnya..

Qaradawi Alu-Alukan Penubuhan Parti AMANAH

Posted: 19 Oct 2015 07:30 PM PDT


Usaha Parti Amanah Negara (AMANAH) melobi jaringan Islam antarabangsa mencapai langkah kanan selepas pertemuan dengan tokoh sarjana Islam dunia Yusuf Al-Qaradawi.

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata pemimpin kanan mereka Datuk Dr Mujahid Yusuf telah bertemu dengan Al-Qaradawi di Qatar pada Sabtu lalu.

"Dalam pertemuan itu tidak disebut langsung tentang haramnya wujud sebuah parti Islam lain selain daripada PAS," kata Salahuddin dalam satu kenyataan malam tadi.

Bekas naib presiden PAS itu juga berkata AMANAH berbincang dengan Al-Qaradawi berkaitan "kejelasan fikrah Islam" kerana bimbang terjerumus kepada pemikiran awal ISIS atau seumpamanya.

"Lalu Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi menyokong usaha untuk membetuli salah faham ini di kalangan pengamal politik Islam," katanya lagi.

AMANAH dalam usaha memperkenalkan parti Islam baru itu di peringkat antarabangsa, khususnya di kalangan gerakan Islam antara 13 hingga 18 Oktober lalu.

Selain Salahuddin dan Mujahid, turut menyertai mereka Timbalan Penasihat Umum AMANAH Abdul Ghani Shamsuddin dan Bendahari Asmuni Awi.

Misi mereka bermula dengan pertemuan bersama Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dr Ali Al-Qaradaghi pada 13 Oktober, yang menjelaskan kenapa AMANAH perlu wujud dalam persada politik Malaysia.

"Perbincangan kami berlangsung dalam suasana amat mesra dengan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai AMANAH," kata Salahuddin.

Manakala dalam pertemuan dengan Sheikh Dr Ibrahim Munir, setiausaha agung Ikhwanul Muslimin itu mencadangkan supaya usaha mencapai persefahaman di kalangan parti politik Islam, termasuk PAS digerakkan.

Semua itu supaya politik Islam dapat diperkukuhkan di Malaysia, kata Salahuddin memetik pesanan Ibrahim.

Justeru, kata Salahuddin, AMANAH terbuka untuk bertemu, dan komited untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan umah.

"AMANAH juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulama dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukkan sikap terpuji dengan mengambil pendekatan terbuka, dan memberi peluang untuk berbincang dengan AMANAH dan bukan mengambil pendekatan mencerca ataupun menghukum sewenang-wenangnya," katanya.

'Haram, kata Ayah Chik'

Bagaimanapun, ketika AMANAH mengambil langkah itu selepas, di kalangan akar umbi PAS, idea yang lain pula diketengah.

Pemuda PAS Kuala Selangor dalam Facebook contohnya menerbitkan tulisan berjudul "Petikan ucapan Ayah Chik (Hadi): Haram tubuh parti Islam selagi PAS masih ada: Dr Qaradawi ".

Tulisan itu antaranya menyebut, Qardawi menghubungi Hadi untuk mendengar sendiri pendapatnya perihal parti Islam baru di Malaysia.

"Saya pun menulis surat menerangkan tentang parti baru ini. Selepas surat itu sampai kepadanya, Dr Al-Qaradawi menyatakan haram menubuhkan parti baru kerana PAS sudah ada.

"Pendapatnya ini turut ditulis oleh setiausahanya," kata Hadi seperti dilaporkan Facebook itu.



Tidak benar dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa AMANAH adakah haram

Posted: 19 Oct 2015 07:00 PM PDT


Presiden PAS Hj Hadi ketika merasmikan Wisma I'badurr Rahman di kampung Morak, Tumpat Kelantan malam kelmarin telah mendakwa kononnya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan kepadanya bahawa kewujudan parti AMANAH di Malaysia adalah tidak perlu.

Menurut Hj Hadi, al-Qaradhawi memfatwakan : Tidak wajar tubuh parti baru yang berpaksikan Islam kerana sudah ada PAS

Berikutan kenyataan Hj Hadi tersebut, parti AMANAH negara (PAN) melalui Timbalan Presidennya, Salahuddin Hj Ayub telah mengeluarkan 'Draf Kenyataan' sebagai menjelaskan isu tersebut.

Siapa yang bercakap benar?

Siapa yang berbohong?

Mana mungkin seorang ulama besar , pemimpin parti Islam akan berbohong....Korang fikirlah sendiri.

Apa yang dinyatakan berikut jelas membuktikan ada yang membohong ..... Pertemuan dengan tojoh-tokoh gerakan Islam dunia termasuk Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Se-Dunia Prof Ali Alqaradaghi, di Doha, Qatar 13 Oktober 2015

1. Saya telah mengetuai misi Antarabangsa Amanah ke Doha, Qatar Dan Istanbul, Turki dari 13hb Oktober hingga 18 Oktober, 2015.

Misi ini bertujuan untuk memposisi dan memperkenalkan Amanah dikalangan gerakan Islam Antarabangsa .

2. Bersama saya ialah Ust Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum Amanah dan Hj Asmuni Awi, Bendahari Amanah.

3. Semasa di Doha, Qatar 13hb Oktober, 2015, kami telah mengadakan pertemuan dengan Prof Ali Alqaradaghi , Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Islam SeDunia.

Pertemuan hampir 2 jam itu antaranya adalah memperkenalkan kewujudan Amanah.

Perbincangan kami amat mesra dan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai Amanah.

4. Kami juga telah bertemu dengan Sheikh Ibrahim Munir , Setiausaha Agong Ikhwanul Muslimin semasa di Istanbul, Turki.

Diakhir pertemuan beliau telah mencadangkan agar satu pertemuan diadakan diantara Amanah dan Pas dan mengesyorkan Prof Yusuf Qardawi menjadi pihak ketiga. Pertemuan ini diadakan pada 16hb Oktober, 2015.

5. YB Dato' Mujahid Yusuf Rawa pula telah bertemu sendiri dengan Prof Yusuf Qardawi di Doha, Qatar pada 18hb Oktober yang membawa mesej yang sama.

Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan oleh Prof Yusuf Al Qardawi.

6. Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di Malaysia.

7. Saya sebagai mewakili Amanah mempertegaskan bahawa Amanah bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu , berbincang dan komited untuk menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah seluruhnya.

8. Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulamak dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukan sikap terpuji serta mengambil pendekatan terbuka dan memberi peluang untuk berbincang dengan Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan menghukum sewenang-wenangnya.


Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah

Kuala Lumpur 19hb Oktober , 2015.
Tidak benar dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa AMANAH adakah haram Presiden PAS Hj Hadi ketika merasmikan Wisma I'badurr Rahman di kampung Morak, Tumpat Kelantan malam kelmarin telah mendakwa kononnya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan kepadanya bahawa kewujudan parti AMANAH di Malaysia adalah tidak perlu. Menurut Hj Hadi, al-Qaradhawi memfatwakan : Tidak wajar tubuh parti baru yang berpaksikan Islam kerana sudah ada PAS Berikutan kenyataan Hj Hadi tersebut, parti AMANAH negara (PAN) melalui Timbalan Presidennya, Salahuddin Hj Ayub telah mengeluarkan 'Draf Kenyataan' sebagai menjelaskan isu tersebut. Siapa yang bercakap benar? Siapa yang berbohong? Mana mungkin seorang ulama besar , pemimpin parti Islam akan berbohong....Korang fikirlah sendiri. Apa yang dinyatakan berikut jelas membuktikan ada yang membohong ..... Pertemuan dengan tojoh-tokoh gerakan Islam dunia termasuk Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Se-Dunia Prof Ali Alqaradaghi, di Doha, Qatar 13 Oktober 2015 1. Saya telah mengetuai misi Antarabangsa Amanah ke Doha, Qatar Dan Istanbul, Turki dari 13hb Oktober hingga 18 Oktober, 2015. Misi ini bertujuan untuk memposisi dan memperkenalkan Amanah dikalangan gerakan Islam Antarabangsa . 2. Bersama saya ialah Ust Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum Amanah dan Hj Asmuni Awi, Bendahari Amanah. 3. Semasa di Doha, Qatar 13hb Oktober, 2015, kami telah mengadakan pertemuan dengan Prof Ali Alqaradaghi , Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Islam SeDunia. Pertemuan hampir 2 jam itu antaranya adalah memperkenalkan kewujudan Amanah. Perbincangan kami amat mesra dan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai Amanah. 4. Kami juga telah bertemu dengan Sheikh Ibrahim Munir , Setiausaha Agong Ikhwanul Muslimin semasa di Istanbul, Turki. Diakhir pertemuan beliau telah mencadangkan agar satu pertemuan diadakan diantara Amanah dan Pas dan mengesyorkan Prof Yusuf Qardawi menjadi pihak ketiga. Pertemuan ini diadakan pada 16hb Oktober, 2015. 5. YB Dato' Mujahid Yusuf Rawa pula telah bertemu sendiri dengan Prof Yusuf Qardawi di Doha, Qatar pada 18hb Oktober yang membawa mesej yang sama. Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan oleh Prof Yusuf Al Qardawi. 6. Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di Malaysia. 7. Saya sebagai mewakili Amanah mempertegaskan bahawa Amanah bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu , berbincang dan komited untuk menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah seluruhnya. 8. Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulamak dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukan sikap terpuji serta mengambil pendekatan terbuka dan memberi peluang untuk berbincang dengan Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan menghukum sewenang-wenangnya. Salahuddin Hj Ayub Timbalan Presiden Amanah Kuala Lumpur 19hb Oktober , 2015

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

A HORSE NAMED MAHATHIR: Blogger Umno menyamakan Tun dengan haiwan Oleh Sir Wenger

Posted: 19 Oct 2015 06:30 PM PDT


A HORSE NAMED MAHATHIR: Blogger Umno menyamakan Tun dengan haiwanBlogger UMNU , Big Dog telah menyamakan mantan Perdana Menteri Malaysia dan Negarawan termashyur sebagai seekor haiwan didalam posting terbarunya bertajuk "A Horse named Mahathir."

Tindakan ini dianggap sebagai biadap dan keterlaluan oleh hampir seluruh pelusuk masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu yang telah mendapat pelbagai manfaat dibawah pentadiraan Tun Dr Mahathir. 

Malah belum pernah mana mana blog pembangkang ataupun pro Anwar yang telah menyamakan Negarawan terkemuka itu sama tarafnya dengan haiwan.

Ini pula dinyatakan oleh seorang yang pernah duduk semeja, menjamu sclera dan membolosi pelbagai kontrek disebabkan pengaruh Tun Dr Mahathir. 

Akan tetapi, beliau mengkhianati mentornya dan sanggup mengeluarkan pendapat jijik semata-mata untuk menghiburkan hati CEO 1 MDB yang dijadikan sasaran oleh Tun.

Meskipun ramai bloggers Melayu yang pernah bersalam mesra secara peribadi dengan Tun , namun tiada seorang pun yang bangun untuk mempertahankan Tun dari serangan seorang yang mengiktiraf dirinya sebagai seekor Anjing.

ss

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, Sdr C Sivaraajah menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai seorang racis yang hanya monolong orang Melayu. Beliau meminta perwakilan Pemuda MIC untuk berhenti mengagung-agungkan bekas Perdana Menteri. 

Sungguhpun, ada kebenaraan disebalik kenyataaa Ketua Pemuda MIC itu, namun ramai pemimpin Pemuda MIC tertarik dengan gaya pemerintahan Tun yang tegas dan tidak berkompromi.

Walaupun kecewa dengan pendiriaan Tun untuk tidak berkompromi daripada agenda memajukan orang Melayu, C Sivaraajah tetap menganggap Tun sebagai bekas pemimpin yang berwibawa dan tidak menyamakan beliau dengan haiwan.-BlogSpot

 

Apa Yang SULTAN BRUNEI Ini Buat Di Lapangan Terbang Pulau Pinang Ini Bakal Buat Kita TERGAMAM !!!

Posted: 19 Oct 2015 05:45 PM PDT

61381121342_950x600

 

Apa Yang SULTAN BRUNEI Ini Buat Di Lapangan Terbang Pulau Pinang Ini Bakal Buat Kita TERGAMAM !!! | Peribadi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang amat merendah diri dan berjiwa rakyat dapat dilihat menerusi satu kejadian di Lapangan Terbang Pulau Pinang. 

Joery Hairi menceritakan kejadian itu dan turut memuatnaik beberapa keping gambar.



"Sebaik baik pemimpin adalah pemimpin yang sentiasa menghargai orang bawahan..

Kagum dan respect bila melihat Sultan Hassanal Bolkiah turun dari kenderaannya terus meluru kepada anggota polis yang escotnya untuk bersalam tanda terima kasih sewaktu d Lapangan Terbang Pulau Pinang… biarpun pada waktu itu ramai orang kenamaan menanti untuk bersalam dan mengucap selamat jalan pada tuanku…inilah pemimpin Islam yang harus dicontohi…semoga Allah panjangkan umur Sultan Hassanal Bolkiah." Tulis Joery.

Tindakan Sultan Brunei itu pasti menjadi kenangan manis buat para anggota Polis tersebut. 

Walaupun sudah biasa memberi "Escort" VIP, namun sudah tentu mereka tidak pernah mengalami pengalaman seperti itu yang datangnya dari seseorang yang berstatus Sultan.

Tindakan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersalam dengan anggota Polis Traffik Malaysia sebelum menaiki pesawat  membuatkan ramai orang terkejut dan berasa kagum. KREDIT TENGOKTVONLINE.

Ini Jawapan Atas Dakwaan AMANAH Diharamkam Oleh Yusuf Al Qardawi

Posted: 19 Oct 2015 05:00 PM PDT


Draf Kenyataan Penjelasan Isu AMANAH Diharamkam Oleh Yusuf Al Qardawi 1.

Saya telah mengetuai misi Antarabangsa Amanah ke Doha, Qatar Dan Istanbul, Turki dari 13hb Oktober hingga 18 Oktober, 2015.

Misi ini bertujuan untuk memposisi dan memperkenalkan Amanah dikalangan gerakan Islam Antarabangsa .

2. Bersama saya ialah Ust Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum Amanah dan Hj Asmuni Awi, Bendahari Amanah.

3. Semasa di Doha, Qatar 13hb Oktober, 2015, kami telah mengadakan pertemuan dengan Prof Ali Alqaradaghi, Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Islam SeDunia. Pertemuan hampir 2 jam itu antaranya adalah memperkenalkan kewujudan Amanah. Perbincangan kami amat mesra dan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai Amanah.

4. Kami juga telah bertemu dengan Sheikh Ibrahim Munir , Setiausaha Agong Ikhwanul Muslimin semasa di Istanbul, Turki.

Diakhir pertemuan beliau telah mencadangkan agar satu pertemuan diadakan diantara Amanah dan Pas dan mengesyorkan Prof Yusuf Qardawi menjadi pihak ketiga. Pertemuan ini diadakan pada 16hb Oktober, 2015.

5. YB Dato' Mujahid Yusuf Rawa pula telah bertemu sendiri dengan Prof Yusuf Qardawi di Doha, Qatar pada 18hb Oktober yang membawa mesej yang sama. Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan leh Prof Yusuf Al Qardawi.

6. Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di Malaysia.

7. Saya sebagai mewakili Amanah mempertegaskan bahawa Amanah bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu , berbincang dan komited untuk menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah seluruhnya.

8. Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulamak dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukan sikap terpuji serta mengambil pendekatan terbuka dan memberi peluang untuk berbincang dengan Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan menghukum sewenang-wenangnya.


Salahuddin Hj Ayub Timbalan
Presiden Amanah Kuala Lumpur 19hb Oktober , 2015

CATATAN: Kepelbagaian Parti Politik Sama Seperti Kepelbagaian Mazhab Figh, melalui buku penulisan Dr Yusuf Al Qardhawi,

'FIGH DAULAH' secara tidak langsung menolak dakwaan Hj Hadi mengenai haramnya parti politik Islam lebih dari satu.

Pada 10/20/2015 12:32:00 PG..

VIDEO - Parlimen Kecoh Bila MP Pertikai Kenapa Najib Tak Jawab Sendiri Soalan

Posted: 19 Oct 2015 11:18 AM PDT


Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan tiada keperluan bagi menteri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjawab soalan di Parlimen jika soalan berbangkit boleh dijawab oleh timbalan menteri.


Video Ihsan: RTM

S'wak, Johor sedia berkerajaan sendiri? 9.8K111 Muhammad Ariff Mohamad Nizam

Posted: 19 Oct 2015 08:00 AM PDT


ULASAN Cubaan untuk tidak bersama Persekutuan Malaysia bukanlah polemik baharu. Yang pertama seumpamanya adalah sebelum pengisytiharan Persekutuan ini pada tahun 1963 yang dikemukakan oleh Sultan Kelantan terhadap kerajaan Persekutuan Malaya pada ketika itu.

Polemik ini muncul untuk beberapa ketika dan mutakhir ini, ia muncul sekali lagi, bukan dari Kelantan tapi dari Johor dan Sarawak. Pastinya, ia muncul bersebab, sebagaimana Sultan Kelantan pada tahun 1963 begitu juga dengan Gerakan Sarawak for Sarawakian dan suara para putera Diraja Johor.

Menjawab TMJ

Saya ingin merujuk kembali kepada kursus Pengenalan Undang-undang Antarabangsa tahun lalu tentang hak bernegara. Fokusnya kepada cubaan dan usaha yang seumpamanya di Scotland dan Timor-Timor (kini dikenali sebagai Timor Leste).

Dua entiti ini mempunyai azam yang sama, untuk menegakkan hak bernegara mereka (Dewan Bahasa dan Pustaka menetapkan takrifnya sebagai hak penentuan kebebasan) tapi dengan proses yang sangat berbeza.

Secara ringkas, kedua-duanya mulai usaha untuk berkerajaan sendiri sejak 1970-an. Bezanya antara Scotland dan Timor-Timor; yang pertama diusahakan dengan proses demokratik manakala yang kedua melalui proses pertumpahan darah setelah proses demokratik dinafikan.

Bagi Scotland dan juga Britain, suara rakyat merupakan nadi demokrasi, makanya, ia tidak dinafikan meskipun terdapat usaha politik untuk mengelak. Lantas, referendum digubal bagi membenarkan rakyat menyuarakan hak mereka; sama ada mahu terus bersama atau berpisah.

Usaha pertama gagal tanpa sebarang pertumpahan darah. Usaha tak pernah berhenti dan ia digagaskan sekali lagi pada tahun 2000; diberi pilihan sama ada diberi kuasa autonomi atau bebas merdeka, sekali lagi gagal untuk bebas sebaliknya rakyat Scotland memilih untuk mendapatkan hak autonomi dalam bidang kuasa tertentu.

Tahun lalu, nasionalis Scotland sekali lagi menggembleng usaha untuk merdeka juga melalui referendum rakyat; untung nasib mereka kekal; rakyat mengundi untuk kekal bersama.

Berbeza pula dengan proses seumpamanya di Timor Timor, asalnya mahu merdeka dari penjajah Portugis, sebaliknya ditawan oleh kerajaan Indonesia. Sejak itu, usaha ke arah berkerajaan sendiri bermandikan darah.

Timor-Timor juga telah menjadi model krisis kemanusiaan bagi ASEAN yang mendapat perhatian dunia. Penafian hak rakyat Timor-Timor diperhebat di bawah rejim Suharto dan sebaik kuasa beliau rebah, Pak Habibie mengambil tampuk kuasa dan menjalankan proses demokratik dalam menyelesaikan krisis Timor-Timor.

Dua pilihan diberikan melalui referendum rakyat; autonomi atau bebas merdeka – majoriti rakyat bersuara untuk membentuk sebuah Timor Leste yang bebas merdeka pada tahun 2002.

Yang pasti, ia bukanlah hak suara individu atau keluarga nasionalis mahupun diraja, tetapi merupakan hak rakyat sebagaimana penghakiman oleh Hakim Dillard dalam kes Sahara melalui referendum. Prosesnya terlalu teknikal sebagaimana yang diulas oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Sekali lagi, perbezaan ketara antara Scotland dan Timor Leste adalah soal kematangan demokrasi dan kesediaan rakyatnya. Persoalan pokok, sudah bersediakah rakyat Sarawak dan Johor untuk berkerajaan sendiri? Adakah demokrasi di Malaysia sudah benar-benar matang untuk meraikan hak bernegara ini?

Hasil menegakkan hak bernegara ini melibatkan jangka masa panjang bagi kelangsungan rakyat dan negara. Ia juga soal hak asasi manusia. Jangan kalut keluar dari mulut buaya, tapi akhirnya terperangkap dalam mulut naga.

Sindrom negara dunia ketiga

Senada dengan jawapan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamad, saya berpendapat bahawa rakyat Johor malah TMJ berhak untuk berkerajaan sendiri. Perkara ini tidak dinafikan, tapi biarlah melalui saluran demokratik.

Majoriti rakyat Johor mungkin tidak bersetuju dengan suara putera raja Johor ini kerana semangat kebangsaan masih menebal dalam kalangan anak Johor sebagaimana semangat kenegerian mereka.

Sepertimana yang dinyatakan Nur Jazlan, polemik seperti ini juga pasti menjejaskan usaha mengukuhkan kestabilan sosial di Malaysia.

Berdasarkan pelajaran yang saya ikuti dalam kursus Politik di Negara Membangun pada semester lalu, peranan elitis tradisional juga signifikan dalam menjamin kelangsungan negara bangsa pasca perang dunia kedua meskipun keterlibatan mereka terhad.

Suara mereka ini juga berpengaruh. Jika silap pencaturan, sebagaimana amaran Nur Jazlan Mohamad, bisa menggugat usaha penyatuan dan pengukuhan negara bangsa.

Kerajaan mengenakan tindakan undang-undang ke atas gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), maka tindakan serupa wajar juga dikenakan kepada para putera raja ini, selari dengan cadangan pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari.

Hak bernegara ini akan gagal jika rakyat tidak celik dan faham tentang konsep demokrasi. Akhirnya, usaha seperti ini sekadar menguntungkan sesetengah pihak sahaja atas nama rakyat.



MUHAMMAD ARIFF MOHAMAD NIZAM siswa program kajian antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak.

PERKASA ingatkan speaker, parlimen mesti demokrasi 135 Anne Muhammad

Posted: 19 Oct 2015 07:15 AM PDT

 Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seharusnya melakukan transformasi parlimen terlebih dahulu bagi membolehkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat.

"Sudah sampai masanya, parlimen yang dikatakan hendak melakukan transformasi, speaker seharusnya mengambil kira perkara seumpama ini (usul undi tidak percaya) supaya parlimen dilihat benar-benar mengamalkan demokrasi serta mempunyai integriti.

"Sekarang dan akan datang tidak kira siapa jadi perdana menteri, bila ada usul undi tidak percaya hendaklah dikira sebagai agenda utama parlimen," kata Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Pemimpin kumpulan pendesak Melayu itu berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur petang ini.

Ibrahim berkata, cadangan itu diberikan bukan bermaksud beliau bersetuju Najib ditukar sebaliknya bercakap atas dasar prosedur parlimen.

"(Bukan saya bercakap) soal setuju atau tidak bersetuju (Najib ditukar) tetapi yang penting bukan sahaja usul undi tidak percaya…

"Tetapi apa sahaja usul yang dikira penting dibawa pembangkang harus diberi keutamaan, bagi memastikan institusi ini benar-benar dilihat berwibawa," katanya.


Najib hari ini hanya tersenyum ketika berdepan soalan berkaitan usul undi tidak percaya yang dikemukakan padanya.

Beliau memberikan reaksi itu ketika ditanya sama ada beliau bimbang terhadap usul yang dibuat terhadapnya itu oleh Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) susulan wang RM2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadinya.


Malaysikini.

SPRM tidak perlu buat alasan meleret dan merapu....

Posted: 19 Oct 2015 06:30 AM PDT


DENGKIL: Dana RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi itu tidak boleh dikategorikan sebagai derma atau rasuah kerana siasatan kes berkenaan masih belum dimuktamadkan.

Bagaimanapun, wang itu boleh disifatkan sebagai rasuah jika pemberi memperoleh balasan hasil daripada bantuan yang disampaikan itu. Sehubungan itu, penilaian terperinci berasaskan tiga aspek rasuah yang membabitkan pemberi dan penerima, suapan dan balasan perlu dilaksanakan untuk melengkapkan kes berkenaan.

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, tanpa pengesahan berkaitan ketiga-tiga aspek asas rasuah, dengan itu kes berkenaan tidak dapat dilengkapkan. "Jika ada ketiga-tiganya baru ia boleh dikatakan rasuah, sama ada nak dakwa pemberi atau penerima.

"Ikut cakap-cakap orang ramai, penerimanya adalah Perdana Menteri, tetapi siapa pemberinya, sebab itu kita perlu cari kerana dia akan jadi saksi utama, tetapi kedudukannya di luar negara sudah tentu akan melambatkan proses siasatan," katanya pada temubual khas mStar Online bersamanya baru-baru ini. Bersara selepas 33 tahun berkhidmat, Zakaria menambah, bagaimanapun keterangan pemberi dana yang akan menentukan kedudukan kes berkenaan.

"Jika pemberi itu mengakui dia salurkan dana itu sebagai derma untuk buat surau atau masjid seluruh Malaysia, jadi bermakna ia bukan rasuah. "Tetapi, kalau pemberi kata wang berkenaan memang untuk pembinaan surau atau masjid tetapi dia juga terima balasan daripada bantuan itu, barulah ada unsur rasuah," katanya.

Menjelaskan lanjut, kata Zakaria lagi, suapan yang juga salah satu elemen rasuah boleh diberi menerusi pelbagai kaedah antaranya derma, wang tunai, jawatan, barangan, seks atau komisyen.

Oleh itu, katanya, bukti diperlukan untuk mengesahkan semua aspek berkaitan sebelum tindakan diambil terhadap pihak berktanggungjawab.

"Lebih menyukarkan keadaan kalau pihak terlibat merahsiakannya. "Sebab itu saya kata masyarakat tidak faham, tugas penting sekarang selain menemui pemberi dana adalah mengesan dokumen berkaitan RM2.6 bilion itu dan mencari saksi berkaitan untuk mengesahkannya," katanya.

Bagaimanapun, beliau kesal apabila orang awam lebih gemar membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan termasuk terhadap SPRM hingga ia menjadi viral di media sosial.

"Orang ramai kata dakwwa saja nak siasat apa lagi, tapi nak dakwa macam mana, bukan senang, kena cari dokumen, lepas tu cari orang yang akan bercakap atau saksi sebab dokumen yang ditemui tu tak boleh bercakap dan kita perlukan pengesahan pihak berwajib.

"Tapi, kalau orang ramai faham tugas kami tentu tak jadilah viral macam sekarang.

Janganlah hentam SPRM, jangan tambah masalah, kata SPRM tidur la, macam-macam lagi," katanya. Menjelaskan lanjut, Zakaria memberi satu lagi contoh untuk membolehkan orang ramai lebih memahami isu berkenaan.

"Contohnya dia tok imam yang juga guru besar dan selepas solat dia memaklumkan ada rancangan untuk sambung bumbung di tempat meletak kasut bagi elak basah semasa hujan tetapi bajet tidak mencukupi dan meminta sesiapa yang berhasrat menyumbang memasukkan dana ke akaun masjid.

"Tetapi pada masa sama, dia sebagai guru besar apabila jumpa orang tertentu berkata: "Aku boleh bagi tender kantin dengan syarat kamu derma kepada masjid untuk kerja penyambungan bumbung sebab nak jaga kepentingan aku sebagai nazir masjid. "Dalam keadaan ini, rasuah berlaku dan semua bukti dan keterangan saksi perlu dikumpul untuk disampaikan kepada pendakwaraya jika tidak tiada kes," katanya.

Setakat Ogos lalu, SPRM mengulangi bahawa pihaknya hanya menyebut yang dana RM2.6 bilion adalah sumbangan derma daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan bukannya dana 1MDB. SPRM juga menekankan bahawa siasatan berkenaan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion masih berjalan.~ sumber Komen al-Husseyn :

Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata , Dana RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi itu tidak boleh dikategorikan sebagai derma atau rasuah kerana siasatan kes berkenaan masih belum dimuktamadkan. Katanya , "Tiga aspek rasuah yang membabitkan pemberi dan penerima, suapan dan balasan perlu untuk melengkapkan kes berkenaan.

1) Tapi sebelum ini SPRM umumkan dana RM2.6 bilion yang masuk kedalam akaun peribadi Najib itu adalah sumbangan derma dari Pak Arab ..... Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama: #Meminta/Menerima Rasuah #Menawar/Memberi Rasuah #Membuat Tuntutan Palsu #Menyalahguna Jawatan/Kedudukan Bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, takrif suapan dalam Seksyen 50 termasuk derma. Seksyen ini menyatakan, sebarang bentuk suapan dianggap diterima sebagai rasuah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya. So, DS Najib #Meminta/Menerima Rasuah, right?

DS Najib #Menyalahguna Jawatan/Kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia right? Tidakkah DS Najib layak dihadapkan dengan tuduhan rasuah?

2) Macamana nak melengkapkan tiga aspek tersebut kalau yang dituduh tidak pernah disoalsiasat untuk memberi penjelasan? Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan)

SPRM Datuk Mustafar Ali hingga kini masih enggan menyatakan bilakah SPRM akan menyoalsiasat Najib berhubung dana RM2.6 bilion. Tidak payahlah meleret-leret dan merapu bercerita pasal tok imam @ guru besar.

Cuma dua soalan sahaja yang ingin dikemukakan kepada Najib : i) Siapa yang beri wang sebanyak itu dan untuk apa? ii) Kemana digunakan wang sebanyak itu.

Datuk Khairuddin Abu Hassan, yang telah membuat dua laporan polis keatas syarikat Petrosaudi International dan 1MDB di Balai Polis Chairing Cross, London dan di ibu pejabat polis jalan Cantonment, Singapura; akibatnya kini ditahan oleh polis Malaysia ....

Inilah yang peliknya, orang yang dituduh terus bebas tetapi yang cuba membawanya ke muka pengadilan pula yang ditahan!
SPRM tidak perlu buat alasan meleret dan merapu.... DENGKIL: Dana RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi itu tidak boleh dikategorikan sebagai derma atau rasuah kerana siasatan kes berkenaan masih belum dimuktamadkan. Bagaimanapun, wang itu boleh disifatkan sebagai rasuah jika pemberi memperoleh balasan hasil daripada bantuan yang disampaikan itu. Sehubungan itu, penilaian terperinci berasaskan tiga aspek rasuah yang membabitkan pemberi dan penerima, suapan dan balasan perlu dilaksanakan untuk melengkapkan kes berkenaan. Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, tanpa pengesahan berkaitan ketiga-tiga aspek asas rasuah, dengan itu kes berkenaan tidak dapat dilengkapkan. "Jika ada ketiga-tiganya baru ia boleh dikatakan rasuah, sama ada nak dakwa pemberi atau penerima. "Ikut cakap-cakap orang ramai, penerimanya adalah Perdana Menteri, tetapi siapa pemberinya, sebab itu kita perlu cari kerana dia akan jadi saksi utama, tetapi kedudukannya di luar negara sudah tentu akan melambatkan proses siasatan," katanya pada temubual khas mStar Online bersamanya baru-baru ini. Bersara selepas 33 tahun berkhidmat, Zakaria menambah, bagaimanapun keterangan pemberi dana yang akan menentukan kedudukan kes berkenaan. "Jika pemberi itu mengakui dia salurkan dana itu sebagai derma untuk buat surau atau masjid seluruh Malaysia, jadi bermakna ia bukan rasuah. "Tetapi, kalau pemberi kata wang berkenaan memang untuk pembinaan surau atau masjid tetapi dia juga terima balasan daripada bantuan itu, barulah ada unsur rasuah," katanya. Menjelaskan lanjut, kata Zakaria lagi, suapan yang juga salah satu elemen rasuah boleh diberi menerusi pelbagai kaedah antaranya derma, wang tunai, jawatan, barangan, seks atau komisyen. Oleh itu, katanya, bukti diperlukan untuk mengesahkan semua aspek berkaitan sebelum tindakan diambil terhadap pihak berktanggungjawab. "Lebih menyukarkan keadaan kalau pihak terlibat merahsiakannya. "Sebab itu saya kata masyarakat tidak faham, tugas penting sekarang selain menemui pemberi dana adalah mengesan dokumen berkaitan RM2.6 bilion itu dan mencari saksi berkaitan untuk mengesahkannya," katanya. Bagaimanapun, beliau kesal apabila orang awam lebih gemar membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan termasuk terhadap SPRM hingga ia menjadi viral di media sosial. "Orang ramai kata dakwwa saja nak siasat apa lagi, tapi nak dakwa macam mana, bukan senang, kena cari dokumen, lepas tu cari orang yang akan bercakap atau saksi sebab dokumen yang ditemui tu tak boleh bercakap dan kita perlukan pengesahan pihak berwajib. "Tapi, kalau orang ramai faham tugas kami tentu tak jadilah viral macam sekarang. Janganlah hentam SPRM, jangan tambah masalah, kata SPRM tidur la, macam-macam lagi," katanya. Menjelaskan lanjut, Zakaria memberi satu lagi contoh untuk membolehkan orang ramai lebih memahami isu berkenaan. "Contohnya dia tok imam yang juga guru besar dan selepas solat dia memaklumkan ada rancangan untuk sambung bumbung di tempat meletak kasut bagi elak basah semasa hujan tetapi bajet tidak mencukupi dan meminta sesiapa yang berhasrat menyumbang memasukkan dana ke akaun masjid. "Tetapi pada masa sama, dia sebagai guru besar apabila jumpa orang tertentu berkata: "Aku boleh bagi tender kantin dengan syarat kamu derma kepada masjid untuk kerja penyambungan bumbung sebab nak jaga kepentingan aku sebagai nazir masjid. "Dalam keadaan ini, rasuah berlaku dan semua bukti dan keterangan saksi perlu dikumpul untuk disampaikan kepada pendakwaraya jika tidak tiada kes," katanya. Setakat Ogos lalu, SPRM mengulangi bahawa pihaknya hanya menyebut yang dana RM2.6 bilion adalah sumbangan derma daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan bukannya dana 1MDB. SPRM juga menekankan bahawa siasatan berkenaan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion masih berjalan.~ sumber Komen al-Husseyn : Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata , Dana RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi itu tidak boleh dikategorikan sebagai derma atau rasuah kerana siasatan kes berkenaan masih belum dimuktamadkan. Katanya , "Tiga aspek rasuah yang membabitkan pemberi dan penerima, suapan dan balasan perlu untuk melengkapkan kes berkenaan. 1) Tapi sebelum ini SPRM umumkan dana RM2.6 bilion yang masuk kedalam akaun peribadi Najib itu adalah sumbangan derma dari Pak Arab ..... Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama: #Meminta/Menerima Rasuah #Menawar/Memberi Rasuah #Membuat Tuntutan Palsu #Menyalahguna Jawatan/Kedudukan Bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, takrif suapan dalam Seksyen 50 termasuk derma. Seksyen ini menyatakan, sebarang bentuk suapan dianggap diterima sebagai rasuah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya. So, DS Najib #Meminta/Menerima Rasuah, right? DS Najib #Menyalahguna Jawatan/Kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia right? Tidakkah DS Najib layak dihadapkan dengan tuduhan rasuah? 2) Macamana nak melengkapkan tiga aspek tersebut kalau yang dituduh tidak pernah disoalsiasat untuk memberi penjelasan? Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali hingga kini masih enggan menyatakan bilakah SPRM akan menyoalsiasat Najib berhubung dana RM2.6 bilion. Tidak payahlah meleret-leret dan merapu bercerita pasal tok imam @ guru besar. Cuma dua soalan sahaja yang ingin dikemukakan kepada Najib : i) Siapa yang beri wang sebanyak itu dan untuk apa? ii) Kemana digunakan wang sebanyak itu. Datuk Khairuddin Abu Hassan, yang telah membuat dua laporan polis keatas syarikat Petrosaudi International dan 1MDB di Balai Polis Chairing Cross, London dan di ibu pejabat polis jalan Cantonment, Singapura; akibatnya kini ditahan oleh polis Malaysia .... Inilah yang peliknya, orang yang dituduh terus bebas tetapi yang cuba membawanya ke muka pengadilan pula yang ditahan!

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Persidangan Dewan Rakyat Hari Ini Huru Hara

Posted: 19 Oct 2015 05:45 AM PDT

Dua ahli Parlimen DAP – Lim Lip Eng (Segambut) dan Gobind Singh Deo (Puchong) diarah keluar daripada persidangan Dewan Rakyat hari ini selepas enggan akur arahan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Lim direhatkan susulan tindakan beliau yang bangun ketika Dewan sedang membincangkan usul berkenaan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim dipercayai bangun bagi mempersoalkan usulnya berkenaan kenaikan kadar tol yang ditolak speaker sebelum itu.

Manakala Gobind direhatkan Pandikar apabila beliau bangun mempertahankan tindakan Lim dan mempersoalkan kejujuran speaker serta enggan mendengar arahan memintanya duduk di tempatnya.

Tindakan Pandikar itu kemudiannya mencetuskan kekecohan daripada ahli Parlimen pembangkang yang membantah tindakan tersebut.

"Kecuali sengaja untuk melengahkan mesyuarat, saya tidak nampak alasan lain. Yang Berhormat bercakap mempersoalkan integriti," kata Pandikar merujuk kepada kenyataan Gobind yang mempersoalkan integritinya.

Malah, Pandikar juga berulang kali mengarahkan Gobind meninggalkan Dewan apabila beliau masih lagi berdiri dan bercakap meskipun sudah diarahkan keluar.

Pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, kedua-dua ahli Parlimen tersebut mempersoalkan tindakan speaker itu yang bukan sahaja menolak usul, namun mengarahkan mereka keluar Dewan.

Gobind berkata, Speaker sewajarnya memberi penjelasan dan alasan kukuh di sebalik penolakan usul memandangkan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok juga memberitahu usulnya tidak diterima.

Beliau berkata alasan yang diberikan speaker amat tidak masuk akal kerana menyatakan ada usul lebih penting yang harus disegerakan dan cuma satu usul diterima dalam satu hari.

"Speaker berkata, Dewan menerima usul Teresa. Namun Teresa memberitahu kami, usul beliau juga ditolak. Kerana itu kami mahu speaker mempertimbangkan dan memberikan alasan.

"Kami tidak tahu kenapa beliau (Pandikar) marah-marah. Beliau harus mengawal kemarahan, tidak harus datang ke Parlimen, kemudian marah-marah dan tolak," katanya.

Beliau dan juga Lim turut menggesa speaker menulis surat kepada mereka bagi memberikan penjelasan, bukannya hanya membiarkan mereka membuat andaian.

"Sebagai ahli Parlimen, memang tugas kita untuk bercakap.

"Walaupun betul prosesnya, Speaker mengarahkan untuk diam dan duduk, sebagai speaker kita berpendapat seharusnya ahli Parlimen diberi peluang untuk menjelaskan terdahulu sebelum membuat keputusan," katanya.

Beliau turut berkata tidak mempunyai maklumat sampai bila penggantungan dari sidang Dewan itu berkuatkuasa.

 
ADDIN

Pakatan Harapan setuju Wan Azizah bawa usul tidak percaya

Posted: 19 Oct 2015 05:00 AM PDT


Setuju Wan Azizah bawa usul tidak percaya

KUALA LUMPUR - Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini sebulat suara bersetuju untuk membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau sendiri akan membawa usul tersebut dalam masa terdekat.

"Kita akan adakan satu usul tidak percaya kepada Perdana Menteri yang akan dibawa oleh saya sendiri selaku Ketua Pembangkang.

"Kita akan ikut peraturan 26, kena beri notis 14 hari," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di menara Parlimen, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan-PKR, Hee Loy Sian mengemukakan usul tidak percaya beliau terhadap Najib untuk dibahaskan pada persidangan Parlimen kali ini.

Perkara itu dapat dilihat menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi persidangan ketiga bagi penggal ketiga Parlimen ke-13 yang bermula, hari ini.

Setuju Wan Azizah bawa usul tidak percaya

Dalam pada itu, Wan Azizah juga berkata, melalui keputusan itu, beliau akan meminta wakil rakyatnya itu menarik balik usul tersebut bagi memberi laluan kepada usul bersama itu.

"InsyaALLAH dia akan tarik balik kerana ini tunggu Majlis Pakatan untuk semua parti-parti dalam Pakatan bersetuju bahawa saya akan bawa usul itu.

"Semua parti pembangkang bersetuju," ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata lagi, Majlis Presiden bersetuju untuk melantik bekas tokoh Umno, Datuk Saifuddin Abdullah sebagai ketua setiausaha untuk menggerakkan sekretariat Pakatan Harapan yang ditubuhkan, hari ini.

"Kita juga bersetuju untuk membuat satu polisi framework dengan perjanjian coalition yang dipersetujui bersama. "Kita akan ada Task force, tiga orang dari setiap parti untuk meneliti semua ini," katanya lagi.



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

DAP: Speaker salah guna kuasa tangguh siasatan 1MDB PAC OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 19 Oct 2015 04:15 AM PDT


Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan ahli Parlimen bangkit usul persendirian jika tidak berpuas hati dengan keputusannya tangguh persidangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) susulan pengerusinya dilantik menyertai Kabinet. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015.
 Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan ahli Parlimen bangkit usul persendirian jika tidak berpuas hati dengan keputusannya tangguh persidangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) susulan pengerusinya dilantik menyertai Kabinet.
 
 
 
 

 
 
 
 
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan ahli Parlimen agar membangkitkan usul persendirian dalam persidangan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusannya menangguhkan persidangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) susulan pengerusinya dilantik menyertai Kabinet. 
 
 Pandikar mengeluarkan kenyataan itu selepas Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mengatakan speaker Dewan Rakyat itu menggunakan kuasanya untuk menangguhkan mesyuarat PAC, sedangkan tiada peruntukan dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat membolehkan speaker mengambil tindakan sedemikian.

"Tidak ada peruntukan diberikan speaker boleh berhentikan mesyuarat. Ini salah guna kusa Yang di-Pertua dan sabotaj penyiasatan 1MDB, " kata ketua Parlimen DAP itu merujuk kepada siasatan yang dijalankan PAC berhubung skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Yang di-Pertua jadi diktator, itu tak boleh. Adakah Yang di-Pertua takut 1MDB disiasat," soal Lim ketika mencelah perbahasan dalam pelantikan pengerusi PAC baharu hari ini di Parlimen. 
 
Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini mempengerusikan PAC namun beliau kemudiannya dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri dalam Kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dalam sesi perbahasannya berkata, walaupun speaker Dewan Rakyat mempunyai kuasa pemutus, keputusan itu juga berkemungkinan bukan keputusan yang tepat.

"1MDB hilang, pengerusi pun hilang. Tiba-tiba kita pun hilang arah penafsiran," katanya.

Pandikar bagaimanapun berkata, beliau mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana ahli Parlimen untuk menjadi pengerusi, namun bagi kes PAC ia perlu diputuskan mesyuarat Dewan Rakyat.

"Tetapi dalam soal PAC, tidak boleh menamakan siapa pengganti, mesti dilakukan majlis," kata Pandikar.
"Kalau rasa keputusan speaker tidak betul, bawa usul persendirian. Ini tidak. Kalau ada boleh dibahaskan dan diundi," katanya.

Pandikar berkata, sekiranya siasatan PAC tidak menyentuh isu kontroversi seperti 1MDB, sudah pasti tindakannya itu tidak akan dipertikaikan ahli Parlimen.

"Seandainya kita ada isu 1MDB, sekarang dalam siasatan yang belum tentu siapa salah atau betul, adakah orang kisah siasatan itu cepat atau tidak cepat," kata Pandikar.

Perbahasan berhubung perkara itu kemudiannya bersambung selepas Dewan Rakyat berhenti rehat untuk makan tengahari.
 
 

Mahkamah arah Utusan bayar Anwar RM200,000 MALAYSIAKINI

Posted: 19 Oct 2015 03:30 AM PDT


 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia membayar RM200,000 bersama faedah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng juga menolak usaha peguam Utusan, Firoz Hussein Ahmad yang mahu menimbulkan kesalahan terdahulu Anwar.

Peguam Anwar, N Surendran berkata penghakiman hari ini membuktikan bahawa akhbar milik Umno itu mengamalkan kewartawanan yang tidak bertanggung-jawab.

"Vindikasi tunjukkan Datuk Seri Anwar difitnah Utusan Malaysia yang diketahui dimiliki sepenuhnya oleh Umno.

"Mereka masih mengulangi kes-kes seperti ini. Kita harap ini satu pengajaran. Ini bukan cara akhbar yang bertanggungjawab,"katanya kepada wartawan di luar mahkmah.

Utusan didapati bersalah dalam memfitnah Anwar berhubung rencana yang diterbitkan mengenai wawancara beliau dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung undang-undang homoseksual.

Dalam laporannya, akhbar itu mendakwa Anwar menyokong kumpulan gay, transeksual dan biseksual.

Zahid kata Kerajaan sedia jawab isu panas.. tapi bila usul tentang tol naik dipersoal kenapa usir keluar MP DAP ni?

Posted: 19 Oct 2015 02:45 AM PDT


Melaporlah lidah rasmi UMNO pada 17 Oktober yang lalu.. kononnya Kerajaan sudah bersedia untuk menjawab isu-isu panas yang bakal dibangkitkan oleh pembangkang dalam Persidangan Dewan Rakyat yang bakal diadakan pada 19 Oktober ini (hari ini).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap kali berlangsung Persidangan Dewan Rakyat, akan ada isu-isu hangat dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

Justeru, kata beliau, kerajaan tidak terkejut dengan isu-isu baharu dibangkitkan oleh mereka akan melibatkan kes-kes siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi-agensi penyiasat seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Dalam hal ini, kita bukan sahaja bersedia menyiapkan jawapan tetapi mereka (pembangkang) harus bersedia menerima jawapan-jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan.

"Kita bagi penjelasan dan mereka harus berlapang dada menerima jawapan rasmi itu sebagai penjelasan yang tidak boleh diputar belitkan dengan lontaran atau pandangan yang berbeza,"

Kata Zahid tu.. laporan oleh lidah rasmi UMNO sepenuhnya bolehlah dibaca di ( SINI )

Tapi..

Dua anggota parlimen DAP, Lim Lip Eng (Segambut) dan Gobind Singh Deo (Puchong) diarah keluar dewan hari ini. 
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu selepas Lim campur tangan dalam prosiding parlimen, apabila bangun bertanya kenapa usul membincangkan isu kenaikan kadar tol ditolak. 
Gobind pula diarah keluar selepas mengkritik Pandikar ketika cuba mempertahankan Lim. 
Lim berhujah, usul itu tidak harus ditolak terdapat ruang untuk itu. 
Pandikar bagaimanapun percaya Lim bertujuan mengganggu prosiding dewan. 
Enggan duduk kembali di kerusinya, speaker mengarahkan pegawai parlimen untuk membawa beliau keluar. 
Apabila Gobind bangun, Pandikar berkata usul itu tidak perlu disegerakan dan boleh dibincangkan dalam perbahasan belanjawan 2016 selepas ini. 
Gobind kemudian berkata seseorang speaker mesti jujur ketika membuat keputusan menyebabkan Pandikar memarahinya yang didakwa mempersoal integriti beliau.

Pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, kedua-dua ahli Parlimen tersebut mempersoalkan tindakan speaker itu yang bukan sahaja menolak usul, namun mengarahkan mereka keluar Dewan. 

Gobind berkata, Speaker sewajarnya memberi penjelasan dan alasan kukuh di sebalik penolakan usul memandangkan ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok juga memberitahu usulnya tidak diterima.

Beliau berkata alasan yang diberikan speaker amat tidak masuk akal kerana menyatakan ada usul lebih penting yang harus disegerakan dan cuma satu usul diterima dalam satu hari.

"Speaker berkata, Dewan menerima usul Teresa. Namun Teresa memberitahu kami, usul beliau juga ditolak. Kerana itu kami mahu speaker mempertimbangkan dan memberikan alasan.

"Kami tidak tahu kenapa beliau (Pandikar) marah-marah. Beliau harus mengawal kemarahan, tidak harus datang ke Parlimen, kemudian marah-marah dan tolak," katanya.

Beliau dan juga Lim turut menggesa speaker menulis surat kepada mereka bagi memberikan penjelasan, bukannya hanya membiarkan mereka membuat andaian.

"Sebagai ahli Parlimen, memang tugas kita untuk bercakap.

"Walaupun betul prosesnya, Speaker mengarahkan untuk diam dan duduk, sebagai speaker kita berpendapat seharusnya ahli Parlimen diberi peluang untuk menjelaskan terdahulu sebelum membuat keputusan," katanya.

Beliau turut berkata tidak mempunyai maklumat sampai bila penggantungan dari sidang Dewan itu berkuatkuasa.

PENGGUNA DITIPU LAGI...!!! Berita Gembira Untuk Rakyat Yang Bangang Dari Menteri Yang Bahlol..!!!

Posted: 19 Oct 2015 02:00 AM PDT

Guruyaya OK Papazi's photo.

Harga kad prabayar kembali seperti sebelum GST bermula November - 

Company Mana Yang Mahu Rugi.?..pastinya 6%GST akan dikenakan kembali kpd pengguna, antaranya caj panggilan lebih mahal dan berbagai lagi...jangan ingat pengguna bodoo...!!!~~

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) akan mengumumkan harga kad tambah nilai prabayar telefon bimbit kembali seperti sebelum perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 November ini, lapor Utusan Malaysia.

Memetik Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani, Kastam dilaporkan berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pengguna tidak lagi dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kemudahan tersebut.

Johari berkata, kerajaan tidak akan berkrompromi dengan syarikat telekomunikasi (telko) yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya sekiranya mereka masih berdegil.

Parlimen tolak soalan pemindahan RM42j ke akaun Najib

Posted: 19 Oct 2015 01:28 AM PDT




PARLIMEN Dewan Rakyat hari ini menolak soalan yang ingin menuntut jawapan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sama ada beliau menerima RM42 juta dari sebuah syarikat berkaitan SRC International yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya.

Soalan daripada Gooi Hsiao-Leung (PKR-Alor Setar)yang memetik laporan The Wall Street Journal itu ditolak kerana tiada soalan yang berasaskan kenyataan yang dibuat di akhbar adalah dibenarkan di Dewan Rakyat.

Parlimen juga menolak soalan Gooi yang mahu tahu sama ada Jabatan Peguam Negara telah menghubungi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung dakwaan salah laku rasuah Najib atas alasan yang sama.

Selain itu, Parlimen juga menolak soalan oleh Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (Amanah - Kuala Terengganu) yang mahu jawapan sama ada kerajaan persekutuan menerusi Lembaga Pelaburan Terengganu mahu menggunakan minyak negeri itu sebagai cagaran.

~Adegan Yang Ingin Kita Lihat...Agaknya ada tak MP yg kena ‪#‎Dukung‬ kerana tak mahu keluar Dewan selepas ini..

Posted: 19 Oct 2015 12:30 AM PDT

Guruyaya OK Papazi's photo.

Pandikar Tunjuk Taring - Dua MP Dihalau Keluar Dewan

Kerana usul tol, 2 wakil DAP diarah keluar dewan

Dua anggota parlimen DAP, Lim Lip Eng (Segambut) dan Gobind Singh Deo (Puchong) diarah keluar dewan hari ini.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu selepas Lim campur tangan dalam prosiding parlimen, apabila bangun bertanya kenapa usul membincangkan isu kenaikan kadar tol ditolak.

Gobind pula diarah keluar selepas mengkritik Pandikar ketika cuba mempertahankan Lim.

Pesanan Almarhum Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj

Posted: 18 Oct 2015 11:45 PM PDT