Ahad, 18 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


KENAIKAN KADAR TOL DISEBABKAN OLEH DR MAHATHIR

Posted: 18 Oct 2015 11:00 PM PDT

Andromeda Nebula

KETIKA isu kenaikan kadar tol hangat diperkatakan, laman pro-Umno MyKMU.net mengaitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dalam isu ini.


Dalam perkongsian hari ini, MyKMU mendakwa kenaikan tersebut berlaku akibat perjanjian konsesi yang diwarisi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dari tangan-tangan pemerintah terdahulu.

"Perjanjian konsesi itu memang direka sedemikian rupa, macam mana cara pun diakhirnya rakyat yang kena," tulis MyKMU.

Menurut MyKMU, tidak banyak yang kerajaan boleh lakukan untuk menghalang kenaikan yang sudah tujuh tahun tertangguh.

"Kalau konsepnya memindahkan beban kepada rakyat, itu memang bukan kerja orang lain, selain Tun Mahathir, bapa konsesi negara.

"Dialah yang menganjurkan konsep swasta bina – kerajaan anugerah konsesi – rakyat bayar. Setiap 3 tahun sekali, kadar tol akan dikaji dan kalau kenaikan itu perlu ditangguhkan, kerajaan masih perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi," tulisnya lagi.

Perkongsian dari MyKMU tersebut juga mendakwa mana-mana Perdana Menteri selepas (Dr Mahathir) itu, inilah perjanjian yang mengikat mereka.

"Mahathir dah pastikan dulu ketika semua perjanjian ini dibuat, syarikat konsesi tidak akan mengalami kerugian. Kalau tak rakyat tanggung, kerajaan tanggung (guna duit rakyat), mana ada ruang untuk rugi?

"Jadi rakyat perlu ucap terima kasih kepada Mahathir kerana legasi yang ditinggalkannya ini. Dia memang bijak dan membawa banyak kemajuan ke negara ini, tak perasan harga kepada semua kemajuan itu, kita (rakyat) lah yang membayarnya, bukan percuma," dakwa tulisan yang disiarkan MyKMU, hari ini.
 
MYKMU.NET
mykmu.net

NAJIB SAMAN LING...BOLEE CAYA KAA???

Posted: 18 Oct 2015 10:15 PM PDT

Guruyaya OK Papazi's photo.

Peguam: PM putuskan selepas bajet sama ada nak saman Ling

Jaga Ling, Gua saman Lu Lepas Bentang Budget 2015..gua takut dapat undi ‪#‎Tatakpercaya‬...lagipun gua pakai lawyer ..gua juga sibuk sebab gua ‪#‎takpercaya‬ orglain wakaaakaaa...!!!~~

Wakil rakyat lompat parti umpama 'MONYET' - Hadi

Posted: 18 Oct 2015 09:30 PM PDT


Wakil rakyat lompat parti umpama 'MONYET' - HadiKOTA BARU: Jika sebelum ini mereka digelar 'katak', namun kini kumpulan wakil rakyat yang bertindak melompat parti dirujuk sebagai 'monyet' oleh oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya monyet berkenaan sudah tidak sabar untuk melompat ke pokok lain setelah mereka dapati pokok yang diduduki sebelum ini kehabisan buah. 

Merujuk kepada mereka yang meninggalkan PAS bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), beliau menyifatkan kumpulan itu seperti "monyet yang tidak sabar tidak setia kepada perjuangan."

"Ini monyet tidak tahu makna istiqamah. Sebaik sahaja mereka sudah tidak memiliki buah, mereka segera melompat ke pokok lain yang mempunyai buah-buahan. 

"Mereka meninggalkan pokok itu tanpa memahami makna istiqamah dan cabaran-cabaran yang dihadapi," katanya ketika Himpunan Fastaqim di sini, Sabtu.-Mstar


PKR ‘berpecah’ dalam isu usul undi tidak percaya Najib, kata sumber

Posted: 18 Oct 2015 08:45 PM PDT


PKR 'berpecah' dalam isu usul undi tidak percaya Najib, kata sumberAhli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian mungkin berjaya membuatkan Parlimen menerima usul undi tidak percayanya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi partinya berpecah dalam menyokong langkah itu yang belum pernah berlaku sebelum ini.Sumber parti berkata, satu kumpulan dalam parti itu percaya Najib perlu disingkirkan serta-merta, manakala satu kumpulan lain mahu beliau menghabiskan tempoh perkhidmatannya.

Perpecahan di kalangan PKR ini terjadi walaupun ahli Parlimen pembangkang secara terbuka menyeru pemecatan Najib melalui Parlimen sepanjang 3 bulan lalu."Kumpulan pertama percaya, lebih lama Najib menjadi perdana menteri, lebih hancur Malaysia," kata sumber PKR dengan syarat tidak dinamakan.

"Kumpulan kedua pula percaya, lebih baik Najib kekal sehingga PRU14 kerana ia akan memudahkan pembangkang menawan Putrajaya," tambah sumber itu.Menurut sumber, perpecahan ini juga mengenai sama ada PKR harus bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan pengkritik paling lantang Najib, atau tidak.

"Dr Mahathir adalah paling lantang menggesa ahli Parlimen agar menjatuhkan Najib melalui undi tak percaya, ada pemimpin PKR yang berpendapat usaha ini tidak seharusnya disokong," kata sumber itu."Sementara satu kumpulan lagi berpendapat, kerjasama dengan Dr Mahathir adalah terbaik pada waktu ini agar Najib dapat disingkirkan segera."

dd

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pada Jumaat lalu adalah sukar untuk undi tidak percaya dilaksanakan terhadap Najib dan pembangkang tidak dapat menentukan usul berkenaan akan berjaya atau tidak."Kita kena realistik. Ia (undi tidak percaya) bukan mudah, kita perlu susun semula jangkaan. Kita tidak mahu situasi di mana selepas Parlimen, Najib masih berkuasa, dan orang menyalahkan kita," katanya, dan menambah "Bukan kami yang kawal, Najib dan Speaker."

Usul yang dicadangkan Hee itu, disenaraikan sebagai perkara ke-25 dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman berkata, walaupun ia turut tersenarai, urusan kerajaan akan diberi keutamaan berbanding usul persendirian ahli Dewan.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR N Surendran berkata selain ahli Parlimen pembangkang iaitu DAP, PKR, PAS dan Parti Amanah Nasional (Amanah), ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan turut menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.

"Kami rasa ia boleh dilakukan dan ahli Parlimen BN akan utamakan kepentingan negara, itu isunya. Kami tidak risaukan jumlah ahli Parlimen pembangkang," kata Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai kepada The Malaysian Insider.Seorang lagi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, keberanian speaker Dewan Rakyat menjadi kunci kepada usaha menyingkirkan Najib untuk menyelamatkan Malaysia.

"Prasyarat pertama adalah keberanian dan laluan oleh speaker, dalam senario di mana hanya agenda eksekutif diutamakan di Parlimen."Dan kedua, kalau diluluskan, ia memerlukan keberanian ahli Parlimen kerajaan mendokongnya ketika pasca perbahasan di dalam Dewan Rakyat," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang dilihat enggan terlibat dalam "perpecahan" parti itu.

Nurul Izzah bagaimanapun berkata, semua pihak perlu "tunggu dan lihat" sama ada semua ahli Parlimen pembangkang akan turut sama menyokong usul tersebut, atau tidak.Pengarah Strategi PKR Sim Tze Zin pula berharap tekanan yang kuat akan menyebabkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul berkenaan dibentang sekali gus dibahaskan.

"Saya berharap, kalau ada tekanan yang cukup, speaker akan benarkan usul dipercepatkan."Berdasarkan Peraturan 26 Peraturan Mesyuarat Sidang Dewan Rakyat, sebenarnya speaker ada kuasa percepatkan usul dibahaskan dan kalau mengikut Peraturan 18(1) usul itu boleh dibenarkan untuk dibahaskan, bergantung kepada budi bicara speaker," kata ahli Parlimen Bayan Baru itu.

dd

Terserah kepada budi bicara Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membenarkan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri dibentangkann sekali gus dibahaskan.

Terserah kepada budi bicara Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membenarkan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri dibentangkann sekali gus dibahaskan.

Sim berkata, melalui peraturan sedia ada, adalah sukar untuk usul berkenaan dibahaskan di dalam Dewan Rakyat apabila tidak mendapat kebenaran speaker.

Perpecahan dalam isu menjatuhkan Najib ini terjadi seminggu selepas PKR dilaporkan bertelagah berhubung pelancaran Pakatan Harapan.Surendran bagaimanapun percaya, isu membabitkan perpecahan dalam PKR seperti yang dibangkitkan beberapa pihak sebelum ini tidak berkaitan, dan ia sudah berjaya diselesaikan selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini menerima sokongan teguh daripada ahli dan pemimpinnya.

Beliau berkata, pemimpin PKR di Parlimen akan memberikan sokongan penuh kepada usul seperti itu dan 
menafikan PKR berpecah susulan penubuhan blok pembangkang itu sebelum ini.

"Itu tidak ada kena mengena. Itu kita minta diadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat dan tiada perpecahan dalam PKR."Kami bersatu teguh di belakang presiden. Perbincangan itu tiada kena mengena dengan usul undi tidak percaya," katanya.Sim berkata, Dr Wan Azizah kini menerima sokongan penuh kepimpinan parti tersebut.
"Tiada isu. Isu itu sudah pun diselesaikan dan presiden menerima sokongan penuh. 

Saya berharap tidak mustahil usul itu dibahaskan. Kita berdoa semoga akan menerima sokongan ahli Parlimen BN," katanya. –TMI

 
 

'Tol naik, apa Azmin buat?' soal Pemuda Umno

Posted: 18 Oct 2015 08:00 PM PDT


'Tol naik, apa Azmin buat?' soal Pemuda UmnoAMPANG - Susulan kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara dengan 12 daripadanya di Lembah Klang, Pemuda Umno Ampang menuntut tindakan segera Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali. 

Ketuanya, Muhamad Nizam Shith berkata, kenaikan yang melampau itu membuatkan golongan bawahan dan pertengahan termasuk anak muda tertekan.

"Kali ini (kenaikan tol) RM1 ke RM1.50. Hari ini tol sudah cecah RM2.50, RM3, RM3.5. Amboi...apa kerajaan negeri buat? Apa menteri besar buat? 

"Tolonglah, kita ini rakyat bawahan, rakyat pertengahan yang memerlukan kebajikan daripada kerajaan negeri yang sepatutnya disalurkan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Selamatkan Selangor di sini, hari ini.

Sebelum ini, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama termasuk di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuatkuasa Khamis lalu.Mengulas lanjut, Muhamad Nizam berkata, ketika BN memerintah Selangor, kenaikan kadar tol hanya 10 sen atau 20 sen yang mampu dibayar oleh rakyat.

"Rupa-rupanya kerajaan Selangor ada 'share' dalam semua tol-tol di negeri ini melalui anak syarikatnya. Hari ini tol naik melampau. 

Kalau dulu, zaman kita (BN) memerintah, tol naik 10 sen...20 sen sahaja."Tak ada hal punya. 

Kita anak muda, 50 sen pun kita boleh bayar. Hari ini, kita rasa tertindas. Anak muda di Selangor, rata-ratanya termasuk di Ampang, rasa tertindas. Jadi, kita minta kerajaan negeri tolong tengok.

ss

"Kalau tak boleh, turun. Habis cerita. Kita boleh naikkan orang lain," katanya.Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor dilaporkan menolak kenaikan kadar tol itu berikutan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini.

Azmin dikatakan telah meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad mengadakan pertemuan dengan Kesas Sdn Bhd dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd bagi menyuarakan bantahan itu.-SH


TERBONGKARNYA MISTERI PESAWAT MH370 DAN MH17

Posted: 18 Oct 2015 07:15 PM PDT


Pada 8 March 2014, Pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 orang anak kapal telah berlepas dari Lapangan terbang KLIA pada pukul 00.35 pagi dan dijadualkan akan sampai ke Beijing pada pukul 6.30 pagi.

1.19 pagi: MH370 sempat berhubung dengan menara kawalan di KLIA untuk kali yang terakhir.
1.35 pagi: Sejam selepas berlepas, Pesawat MH370 telah dirampas oleh Mossad (Ejen Perisikan Israel) dengan menggunakan alat kawalan jauh dari pesawat tentera yang digelar AWACS.
Pesawat tentera AWACS
Pesawat tentera AWACS

Pesawat tentera AWACS itu telah berjaya mengawal keseluruhan kapal terbang MH370 dengan menggunakan alat kawalan jauh dan kemudian mula memusingkan MH370 ke arah lautan hindi.


2.00 pagi: Fariq Abdul Hamid iaitu pembantu juruterbang pesawat MH370 telah cuba menghubungi seseorang menerusi panggilan telefon ketika pesawat tersebut terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari tersebut. Difahamkan pesawat Boeing 777-200 ER itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit dikesan oleh pemancar telekomunikasi di darat. Panggilan tersebut bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.



4.00 pagi: Para penduduk di kepulauan Maldives telah memberitahu kepada para pemberita bahawa mereka telah melihat sebuah kapal terbang yang terbang terlalu rendah dan mereka mengatakan bahawa warnanya sama seperti pesawat MAS (Malaysian Airline System).



6.00 pagi: Pesawat MH370 dan juga pesawat tentera AWACS telah mendarat di pulau Diego Garcia.Diego Garcia terletak di Lautan Hindi dan juga merupakan pengkalan ketenteraan laut Amerika Syarikat. Luas wilayah tersebut sekitar 60 km².


Pulau Diego Garcia
 Landasan kapal terbang di Diego Garcia

6.30 pagi: Para penumpang MH370  yang berjumlah 239 orang itu telah ditawan dan dimasukkan kedalam penjara yang terdapat disitu. Mereka telah diikat dan mata mereka telah ditutup serta telah diberi dadah untuk "mendiamkan" mereka.


"Bangunan Hitam" di gambar diatas menunjukkan lokasi penjara di Diego Garcia.

20 Penumpang MH370 terdiri dari pekerja Freescale Semiconductor



Terdapat 20 penumpang MH370 yang terdiri daripada pekerja di syarikat Freescale Semiconductor. Diantara mereka terdapat 4 orang yang memegang hakcipta ataupun 'Patent' yang baru didaftarkan mereka. "Patent" tersebut adalah untuk kegunaan dalam bidang ketenteraan yang terkini.

'Patent' yang baru didaftarkan itu berada dibawah pegangan 5 individu dengan setiap individu menguasai 20% dari royalti.

Dimana 20% dikuasai oleh Peidong Wang, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China, 
20% dikuasai oleh Zhijun Chen, juga dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China.
20% dikuasai oleh Zhihong Cheng, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China, 
20% Li Ying, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China 
dan Freescale Semiconductor sendiri 20%..

Jika salah seorang dari di atas terbunuh atau hilang maka ianya tetap akan dibahagikan sama rata.. dan jika empat dari lima itu terbunuh atau hilang maka keseluruhan royalti akan dibayar kepada yang tinggal..

Siapa pemilik Freescale Semiconductor? Iaitu seorang Yahudi yang terkenal yang bernama Jacob Rothschild melalui Blackstone.


Gambar dibawah menunjukkan wajah 4 pemegang  hakcipta ataupun 'Patent' yang didaftarkan sebelum rampasan MH370.

1) Peid Ong Wang, Suzhou, China, (20%) 
2) Zhijun Chen, Suzhou, China, (20%) 
3) Zhihong Cheng, Suzhou, China, (20%) 
4) Li Ying, Suzhou, China, (20%) 



March 11, 2014.
Gambar dibawah menunjukkan "Patent" yang didaftarkan pada March 11, 2014 iaitu selepas 3 hari kejadian MH370 dirampas.


Jacob Rothschild

Kini hakcipta "Patent" tersebut telah menjadi hak mutlak Jacob Rothschild.
Siapakah dia Jacob Rothschild?
Dia adalah pemilik Bank Dunia dan juga pemilik Bank Negara di semua negara termasuk Bank Negara Malaysia. Dia juga adalah ketua kepada kesemua bangsa yahudi diseluruh dunia dan dia juga adalah ketua untuk NWO (New World Order) iaitu ketua kerajaan dunia (secara sulit).
Setiap peperangan yang berlaku di dunia ini adalah atas arahan Jacob Rothschild.
Setiap bencana yang melanda dunia ini adalah atas arahan Jacob Rothschild.
Rampasan MH370 juga adalah atas arahan Jacob Rothschild.
Dia adalah "Dajjal" untuk seluruh dunia.


INILAH PUNCA SEBENAR MOSSAD MERAMPAS MH370 WALAUPUN TERPAKSA MEMBUNUH 239 NYAWA. TETAPI MATLAMAT MOSSAD YANG PALING UTAMA IALAH MEREKA INGIN MENGGUNAKAN MH370 UNTUK SESUATU TUJUAN YANG LEBIH DAHSYAT LAGI IAITU........................(JAWAPANNYA AKAN DIDEDAHKAN DIBAWAH NANTI)

March 19, 2014.9.22 pagi. Salah seorang penumpang dari pesawat tersebut yang bernama Philip Wood. Beliau adalah pekerja di syarikat IBM Malaysia Sdn. Bhd. .


Pada 19 March 2014, iaitu selepas 11 hari dari tarikh MH370 dirampas, Philip Wood telah berjaya menghantar gambar SELFIE yang diambil dalam penjara yang gelap dan menghantar mesej melalui iPhone ke dalam Internet di website 4chan.com.



Gambar itu terlalu gelap kerana diambil dalam penjara yang gelap.


Apabila gambar tersebut telah dicuba untuk dijelaskan dengan lebih terang melalui komputer maka kita akan dapat imej seperti gambar di bawah. Kelihatan ada bag hitam diatas kepala Philip wood


Keadaan Philip wood adalah seperti gambar dibawah.




Gambar gelap yang dihantar oleh Philip Wood mengandungi maklumat GPS dan lokasi.
Apabila dikaji maklumat GPS tersebut maka lokasinya telah tertera sebagai berikut:

-7 18 58.3 LATITUDE
72 25 35.6 LONGITUDE

Lokasi yang tertera dalam GPS itu apabila dimuatkan dalam "itouchmap.com", maka akan ditunjukkan gambar tempat tersebut.


Jelas dalam gambar diatas menunjukkan lokasi sebenar Philip Wood berada. Dia berada di sebuah bangunan berdekatan landasan kapal terbang di Diego Garcia.



Akhirnya beliau dan para penumpang yang lain telah dibunuh oleh Mossad.
Kemudian MH370 telah diterbangkan semula (dengan cat baru dan logo lain) ke Amerika.

March 24, 2014.
Pada 24 March 2014, Kapal terbang tersebut telah digunakan untuk melancarkan serangan ke persidangan nuclear di The Hague di Netherlands.

Persidangan tersebut telah dihadiri oleh 58 pemimpin dari seluruh dunia. Persidangan tersebut adalah perangkap yang sengaja dirancang oleh yahudi untuk mengumpul pemimpin dari seluruh dunia.


Tetapi kapal terbang itu telah dipintas dan dihalang masuk oleh pesawat tentera belanda. Akhirnya kapal terbang itu terpaksa mendarat di suatu tempat rahsia di Europa.

Gambar diatas menunjukkan pesawat tentera F-16 dari Belanda yang berjaya menghalang MH370 daripada masuk menyerang persidangan nuclear di The Hague di Netherlands.

Mossad sebenarnya ingin menyerang Persidangan Nuclear di The Hague, Netherlands pada 24 March 2014 dengan menggunakan kapal terbang MH370 dan kemudian menyalahkan Iran. Itulah perancangan mereka yang asal tetapi tidak berjaya.


Sekiranya rancangan jahat itu berjaya dilaksanakan oleh Mossad, maka akan bermulalah peperangan dunia ke 3.
Lihatlah liputan media tentang 2 penumpang Iran yang secara kebetulan menaiki MH370 untuk berhijrah ke Eropah.


Inilah helah yang digunakan oleh MOSSAD untuk menuduh IRAN kononnya merancang rampasan pesawat MH370 dan kemudian akan menggunakan cerita ini untuk menuduh IRAN yang kononnya menyerang Persidangan Nuclear di The Hague di Netherlands pada 24 March 2014.
Tetapi rancangan MOSSAD telah gagal kerana MH370 telah dipintas dan dihalang masuk oleh pesawat tentera Belanda pada hari persidangan tersebut.

Mossad tidak pernah berputus asa dalam melaksanakan rancangan jahat mereka. Mereka cuma menunggu peluang yang terbaik.


PESAWAT YANG DITEMBAK DI UKRAINE PADA 17 JULAI 2014 SEBENARNYA BUKAN MH17

Kapalterbang yang ditembak di Ukraine pada 17 Julai 2014 bukannya MH17 seperti yang diputarbelitkan oleh Media.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sepatutnya berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 pada pukul 12.30 tengahari.

Para penumpang yang dikatakan telah menaiki MH17 di Schiphol Airport Amsterdam itu sebenarnya telah diculik oleh Mossad ketika masih menunggu di Schiphol Airport.


Penerbangan MH17 yang sebenarnya telah dibatalkan penerbangannya pada hari tersebut. Lihatlah buktinya dibawah.


Gambar dbawah diambil oleh salah seorang penumpang "MH17" pada pukul 11.03 pagi pada 17 July 2014 dan diposkan ke Facebook dan menulis mesej :"In case my plane goes missing like mh370 here's a photo of it so you can find it".

Cuba lihat perkataan "RC" di bahagian roda depan pesawat MH17.


Tetapi di kawasan tapak kemalangan pula menunjukkan "RD".


Ini bermakna bahawa para penumpang MH17 yang sepatutnya menaiki pesawat "RC" pada pukul 12.30 tengahari itu telah diculik oleh Mossad dan kemudian membawa mereka ke lokasi rahsia.

Schiphol Airport Amsterdam merupakan pengkalan Zionist MOSSAD. Terdapat beberapa peristiwa yang membongkar kegiatan di Schiphol Airport yang dikaitkan dengan kegiatan rahsia MOSSAD. 

Antaranya peristiwa-peristiwa berikut;

1. Kapalterbang Israel mempunyai status istimewa di lapangan terbang schipol. Pada tahun 1992, Pesawat kargo ke Tel-Aviv El Al yang membawa bahan-bahan terlarang untuk perang biologi , yang di buat di US dan untuk dihantar ke Israel, terhempas di Amsterdam melanggar bangunan apartment. Pada mulanya di rahsiakan oleh pihak Belanda atas permintaan Israel tetapi didedahkan dalam satu lapuran rasmi pada Oct 1998, akhbar NRC Handlesblad melapurkan dari dokumen rasmi penyiasatan kapalterbang yang terhempas tersebut membawa 190 litre dimethyl methyl phosphonate, kimia yang digunakan untuk hasilkan gas beracun sarin.

2. Pengakuan bekas menteri pertahanan Belanda Henk Vredeling dalam temubual TV NOS mengaku Belanda menjadi proksi Israel dalam perang Yom Kippur. Mereka menggunakan Schiphol Airport untuk menghantar bekalan senjata secara rahsia ke Israel dalam perang Yom Kippur 1973. Pada 29 Januari 1999, Hakim Besar Belanda mengaku kakitangan sekuriti El Al di Schiphol Airport adalah cabang polis rahsia Israel MOSSAD.

3. Pada 25 Desember 2009, terdapat cubaan untuk meletupkan pesawat Northwest Airlines Flight 253. Seorang lelaki Nigeria Umar Farouk Abdulmutallab cuba meletupkan letupan disembunyikan dalam seluar dalamnya tetapi gagal. Ia didakwa sebagai rancangan al-Qaeda untuk meletupkan kapalterbang tersebut. Terdapat lapuran lelaki tersebut diberi kebenaran memasuki pesawat walaupun tidak mempunyai passport.


JADI KENAPA MEDIA MENGATAKAN MH17 YANG DITEMBAK?

Jawapannya ialah:

Isreal ingin memulakan peperangan darat di Gaza (7 Julai hingga 26 Ogos 2014) dan untuk itu mereka memerlukan suatu insiden atau peristiwa yang besar berlaku supaya pandangan dunia dapat dialihkan. 


Jadi mereka telah merancang untuk menggunakan kapalterbang awam yang telah mereka rampas dan mereka ingin menghempaskannya di Ukraine dan kemudian mereka akan menyalahkan Rusia.

Mereka memasukkan mayat-mayat yang telah mereka awetkan (Besar kemungkinan mayat-mayat tersebut adalah penumpang MH370) itu kedalam kapalterbang tersebut. Mereka juga memasukkan patung-patung yang dibuat dari Silikon yang rupanya hampir sama seperti manusia kedalam pesawat tersebut. Kemudian mereka melancarkannya sebagai MH17. Mereka menggunakan sistem kawalan jauh untuk mengawal pesawat tersebut dan selepas sampai di Ukraine, mereka menembaknya melalui pesawat tempur.


Selepas pesawat itu terhempas di Ukraine, mereka mula membawa serpihan kapalterbang MH370 yang telah mereka hancurkan sebelum ini dan mereka mula menyusun serpihan itu bersama-sama dengan bangkai pesawat yang terhempas itu untuk menunjukkan kononnnya MH17 yang terhempas.
Meraka sangka MH17 adalah sama bentuknya seperti MH370.

Enjin pesawat yang terhempas itu sebenarnya bukan milik Boeing 777 tetapi kelihatan lebih kecil lagi saiznya.


Media-media diseluruh dunia telah diarahkan oleh Mossad untuk menghebahkan bahawa MH17 telah ditembak. Dalam sekelip mata, Amerika menuduh Rusia yang bertanggungjawab meletupkan pesawat itu.

Berikut adalah bukti-bukti yang penting untuk kita renungkan:

1) Mayat-mayat yang dijumpai disitu telahpun reput dan tidak ada sebarang kesan darah. 
2) Terdapat kesan-kesan penyeksaan pada badan mayat-mayat.




3) Patung-patung silikon yang rupanya hampir sama dengan manusia kelihatan di tapak (gambar dibawah).

4) Passport –passport yang dijumpai disitu menunjukkan tidak ada sebarang kesan terbakar dan masih baru.

5) Bangkai kapalterbang yang dijumpai itu jelas menampakkan tanda-tanda MH370. Mereka sengaja meletakkan serpihan kapal terbang MH370 kerana mereka menyangka bahawa tidak ada perbezaan diantara MH17 dan MH370. Tetapi mereka tersilap. Bendera Malaysia yang terdapat diatas tingkap penumpang berhampiran pintu masuk adalah berlainan lokasi untuk MH370 dan MH17.


JENAZAH PENUMPANG MH17 TIBA DI MALAYSIA PADA 22 OGOS 2014

Gambar diatas menunjukkan solat jenazah sedang diadakan. Pelajar Malaysia telah membantu membawa keranda jenazah mangsa tragedi MH17 selepas Solat Jenazah di Rumah Mayat Monuta Ineeme, S-Gravanhage di The Hague,


Ini bermakna, Mossad telah membunuh kesemua 298 penumpang MH17 selang beberapa hari selepas mereka diculik dan jenazah mereka disimpan disitu selama hampir 35 hari. Jenazah mereka hanya dikembalikan ke Malaysia pada 22 Ogos 2014. Bagaimana pula dengan jenazah penumpang MH370 seramai 239 orang?
MH370 = 239 orang dibunuh oleh Mossad.MH17   = 298 orang dibunuh oleh Mossad.Jumlah = 537 orang dibunuh oleh Mossad.

PENEMUAN BANGKAI PESAWAT KONONNYA DARI MH370 DI PULAU REUNION.
Pada 6 Ogos 2015, Serpihan bangkai pesawat yang kononnya adalah dari MH370 telah ditemui di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar di lautan Hindi.

Selepas 515 hari pesawat MH370 dilaporkan "hilang", akhirnya ada segolongan manusia yang cuba menipu penduduk dunia dengan meletakkan serpihan kapal terbang di Pulau Reunion dan mengaku yang kononya itu adalah milik MH370.

Adakah "mereka" fikir bahawa manusia di seluruh dunia adalah bodoh dan akan menerima sahaja setiap apa yang "mereka" katakan?

Jika kita lihat gambar serpihan pesawat tersebut, jelas menunjukkan ada kesan "Barnacles" iaitu sejenis siput laut yang sentiasa melekat pada perut perahu atau tiang yang terendam dalam air. Kenapa siput laut itu masih melekat pada serpihan tersebut?


Ini menunjukkan bahawa serpihan tersebut sebenarnya disimpan didalam kolam yang dikawal oleh orang tertentu selama 515 hari kemudian mereka membawa serpihan tersebut dan meletakkannya ditepi pantai untuk menipu manusia.

Pembuat Kapal Terbang Boeing telah membuat pendedahan bahawa serpihan yang dijumpai di pulau Reunion itu bukannya dari pesawat Boeing.



Lihatlah komen di bawah yang dipetik dari website www.jimstone.is.


Sumber rujukan:

Sidang Dewan Rakyat: Usul undi tak percaya kepada Najib disenarai By canang

Posted: 18 Oct 2015 06:30 PM PDT


BANGI, Sabtu – Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diterima dan  disenaraikan dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat yang akan mula bersidang, Isnin ini.
 
Usul itu diletakkan sebagai usul ke-25 daripada 28 usul dalam kertas aturan urusan mesyuarat untuk dibahaskan,  selepas menerimanya daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.
Bagaimanapun, tidak pasti sama ada usul itu akan dibahaskan atau tidak.
 
Loy Sian menyenaraikan beberapa sebab untuk memulakan usul termasuk wang RM2.6 bilion yang diterima Najib dalam akaun peribadinya.
 
"Bahawa Dewan ini mengemukakan Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan penerimaan 'Wang Derma' berjumlah RM2.6 billion yang pada mulanya dinafikan, kemudiannya mengugut  untuk menyaman akhbar Wall Street Journal dan akhirnya mengakui wang tersebut diperolehi daripada individu yang berasal dari Timur Tengah.
 
"Dengan tidak menjelaskan mengapa 'Wang Derma' ini dimasukkan ke akaun peribadi dan bukan atas nama parti, Dewan juga tidak berpuas hati ke atas siasatan skandal 1MDB yang berlaku di mana 'Special Task Force' yang sepatutnya menyiasat skandal ini dibubarkan tanpa memberi sebarang alasan sehingga Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan, pegawai SPRM dipindahkan, pihak polis mengganggu siasatan SPRM dan Bank Negara, Public Account Committee (PAC) yang sedang menjalankan siasatan vote noterhadap kes 1MDB tidak berfungsi akibat daripada empat anggota PAC yang terbabit telah dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri oleh Perdana Menteri, Pengarah Cawangan Khas (SB) diberhentikan, Timbalan Pengarah Cawangan Khas dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri tanpa diberi tugasan.
 
"Disebabkan masalah yang dinyatakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjejaskan imej Negara di dunia dan menyebabkan pelabur tidak yakin terhadap kerajaan sekarang sehingga ekonomi menjadi tidak stabil, serta pasaran saham menjunam teruk dan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia berbanding dengan dolar Amerika Syarikat.
 
"Maka rakyat Malaysia tidak lagi percaya terhadap Perdana Menteri dan dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk mengemukakan Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri," kata usul yang dikemukakan.
 
September lalu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata hanya beliau saja yang mempunyai kuasa untuk menolak sebarang usul, termasuk usul undi tidak percaya terhadap Najib.
 
Sehubungan itu, katanya, tiada mana-mana menteri yang boleh menolak apa-apa usul di Dewan Rakyat kerana yang berkuasa mengenai perkara itu adalah Speaker.
 
Beliau bagaimanapun berkata, usul undi tidak percaya sepatutnya tidak dibincangkan selagi Dewan Rakyat belum bersidang dan Speaker belum menerima usul itu.
 
Dengan penyenaraian usul berkenaan dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat bermula lusa, ini bermakna Pandikar Amin telah menerima usul berkenaan, tetapi ia diletakkan di kedudukan yang sukar untuk 
 
dibahaskan. sumber

MAHATHIR DAN KUMPULAN VETERAN UMNO GAGAL ? SETELAH MAHATHIR - KU LI - MUHYIDDIN TAMPIL BERSAMA, APA SETERUSNYA?

Posted: 18 Oct 2015 06:00 PM PDT


Zar Ali's photo.

Awal minggu ini Tun Mahathir Mohamad yang agresif mahu menyingkirkan Najib Razak daripada kerusi Perdana Menterinya telah tampil dalam satu sidang akhbar bersama seteru politik lamanya, Tengku Razaleigh Hamzah untuk membantah penahanan Khairuddin Abu Hasan dan Mathias Chang dibawah undang-undang Sosma. 

Turut sama dalam sidang akhbar itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Muhyddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal serta dua lagi pemimpin veteran iaitu bekas menteri, Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat. 

Seorang lagi bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik yang turut mengeluarkan kenyataan bersama membantah penyalahgunaan undang-undang Sosma, tidak hadir dalam sidang akhbar itu kerana dilaporkan mempunyai urusan di luar negara. 

Apa yang menarik dalam sidang akhbar itu ialah kemunculan Tun Mahathir bersama dengan Tengku Razaleigh atau Ku Li dan Muhyiddin Yassin secara sekaligus yang seolah-olah memperlihatkan wujud agenda bersama serta keserasian jiwa antara mereka. 

Semua orang tahu sejarah hubungan Tun Mahathir dengan Ku Li sebelum ini. 

Selepas bertembung dalam pemilihan 1987 dan kemudian Ku Li setuju membubarkan Semangat 46 pada 1996 demi perpaduan Melayu, kedua-dua pemimpin itu tidak pernah duduk semeja atau berada di pentas yang sama untuk bersatu hati dalam sesuatu isu, baik berkaitan UMNO mahupun negara. 

Tun Mahathir dengan cara dan gayanya, manakala Ku Li pula dengan caranya yang tersendiri. Walaupun Ku Li pernah mencuba untuk menentang Tun Abdullah Badawi bagi jawatan Presiden UMNO, tetapi beliau tidak ikut sama bila Tun Mahathir ligat mengadakan "roadshow" untuk penyingkiran bekas Perdana Menteri yang banyak dikaitkan dengan isu "budak-budak tingkat 4" itu. 

Begitu juga apabila Tun Mahathir menarik balik sokongannya terhadap Najib sejak lebih setahun yang lalu, Ku Li turut tidak ikut serta. Beliau banyak berdiam diri dan cuma sesekali bercakap berkaitan isu-isu penting negara. 

Lantaran itu, apabila Tun Mahathir dan Ku Li berjaya duduk semeja untuk membantah Sosma di ketika bekas Perdana Menteri itu semakin agresif mahu menurunkan Najib daripada jawatannya, ia tentu saja menarik untuk ditafsirkan dan ditunggu perkembangannya seterusnya. 

Tidak mungkin rasanya kedua-duanya sanggup duduk semeja hanya semata-mata kerana Sosma. Ia pasti lebih daripada itu yang ada kaitannya dengan perkembangan semasa politik negara. 

Lebih-lebih lagi jika dilihat sejarah perseteruannya dengan Tun Mahathir, seperti nampak mustahil hanya kerana Sosma, Ku Li sanggup berbaik dan duduk semeja dengan bekas musuh politiknya itu. 

Apakah Ku Li sekarang sudah mempunyai agenda yang sama dengan Tun Mahathir untuk saling bergandingan tangan menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara ini? HH

Apatah lagi dalam sidang akhbar kemudiannya, Ku Li turut mengulas mengenai usul undi tidak percaya di Parlimen dan usaha lain yang boleh dilakukan berkaitan kedudukan Perdana Menteri, tetapi enggan mendedahkannya buat waktu ini. 

Begitu juga dengan Muhyiddin Yassin. Sekembalinya daripada lawatan ke Sarajevo pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ada mengatakan tidak akan bekerjasama dengan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib. 

Tetapi, nampaknya sekarang beliau sudah sanggup duduk semeja bersama Tun Mahathir. Walaupun terlihat cuma berkaitan Sosma, kesediaan Muhyiddin menonjolkan dirinya untuk bersama-sama dengan Tun Mahathir seperti menunjukkan beliau sudah mengubah pendiriannya. 

Apakah Sosma hanya permulaan kepada agenda dan gerakan seterusnya oleh Tun Mahathir bersama Ku Li dan Muhyiddin untuk terus menekan Najib? 

Apa gerakan dan agenda seterusnya oleh ketiga-tiga mereka selepas ini? Jika Najib berjaya diketepikan, siapakah calon Perdana Menteri pilihan Tun Mahathir? 

Jika sebelum ini beliau pernah mengatakan Muhyiddin adalah pilihannya untuk menggantikan Najib berdasarkan kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam UMNO, apakah kini pendirian itu masih sama atau sudah berubah? 

Di mana pula tempat Ku Li dalam agenda perubahan yang sedang diperjuangkan oleh Mahathir ini? 

Apakah dalam waktu yang sama Tun Mahathir sebenarnya sudah berjaya mencapai kata sepakat antara Ku Li dan Muhyiddin tentang siapa yang seharusnya menggantikan Najib, lalu menampilkan mereka duduk semeja dengannya untuk rakyat menilainya? 

Dalam masa yang sama, tergugatkah kedudukan Najib dengan wujudnya gandingan Tun Mahathir, Ku Li dan Muhyiddin ini? 

Banyak perkara mula menjadi perhitungan ramai dengan bergabungnya Tun Mahathir - Ku Li - Muhyiddin ini. 

Apakah selepas ini ketiga-tiganya akan lebih kerap tampil bersama bagi meneruskan tekanan terhadap Najib atau masing-masing akan mula menyerang dari sudut yang berbeza? 

Bagaimana pula dengan sessi Parlimen yang bermula pada 19 Oktober ini. 

Meskipun beberapa pihak menyedari usul undi tidak percaya di Parlimen sukar menjadi kenyataan berikutan pendirian awal Speaker yang enggan membenarkannya, apakah akan muncul kaedah lain untuk menggegar dan menggugat kerusi yang sedang diduduki Najib? 

Dengan tampil bersama Tun Mahathir, apa yang jelas Ku Li dan Muhyiddin tidak akan berundur lagi daripada langkah yang sudah mereka mulakan. 

Terus ke hadapan adalah satu-satunya pilihan yang mereka ada, sama seperti Najib yang juga pasti akan berhabisan mempertahankan kedudukannya. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Pelajar IPTA Dirog0l Bergilir-Gilir Oleh Empat Lelaki di Tepi Pantai, Hadapan Teman Lelaki Posted by Kita Bantai

Posted: 18 Oct 2015 05:30 PM PDT


 Dirog0l

Alor Gajah, 18 Okt: Seorang pelajar IPTA bernasib malang apabila dirogol oleh empat lelaki yang menyamar sebagai ahli Rukun Tetangga sebuah kampung secara bergilir-gilir di depan teman lelakinya di Pantai Pengkalan Balak di sini, tengah malam kelmarin.

Mangsa juga turut mendakwa dia ditumbuk sebelum dirogol manakal teman lelakinya dibelasah oleh empat suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam.


Memetik laporan dari sumber Harian Metro, mangsa yang berusia 18 tahun dan teman lelakinya, 21 tahun singgah di kedai makan berhampiran sebelum berkhemah di tepi pantai tersebut.

"Gadis berkenaan dipercayai baru mengenali teman lelakinya beberapa bulan lalu dan ketika dihampiri empat suspek, kedua-duanya dikatakan memadu asmara di tepi pantai itu.

"Suspek meminta pasangan itu menyerahkan kad pengenalan mereka selain mengugut membawa mereka ke balai polis untuk tindakan lanjut bagi menakutkan pasangan itu," katanya sumber terbabit.

Teman lelaki gadis terbabit merayu agar tidak dibawa ke balai polis kerana tindakan itu akan mungkin akan menyebabkan mereka dibuang dari universiti, kata sumber.

Salah seorang dari suspek kemudian menumbuk lelaki terbabit, manakala tiga lagi suspek menarik pelajar perempuan tersebut ke tepi pantai dan merogol manggsa secara bergilir-gilir.

"Walaupun merayu, suspek tetap merogol penuntut wanita itu di depan teman lelakinya yang dalam kesakitan," katanya.

Pasangan terbabit kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Sungai Baru selepas kejadian

Jika kadar tol tidak dinaikkan, BR1M juga mungkin berkurangan - Najib

Posted: 18 Oct 2015 05:00 PM PDT

Najib - Tol Tak Naik BRIM Tak Dapat..




Perjanjian tol ditandatangani 20 tahun lalu di mana jika tiada kenaikan kadar tol, kita perlu membayar pampasan.


SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankankenaikan kadar tol berkuatkuasa 15 Oktober lalu sebagai satu keperluan.

Tegas Najib, kerajaan tiada pilihan selain menaikkan kadar tol, kerana jika langkah itu tidak dilaksana, kerajaan mungkin terpaksa mengurangkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Kita terpaksa meningkatkan kos. Kita tiada pilihan. Jikalau tidak naik, pampasan perlu dibayar. Perjanjian tol ditandatangani 20 tahun lalu di mana jika tiada kenaikan kadar tol, kita perlu membayar pampasan. Jadi apabila kita membayar pampasan, peruntukan untuk perkara lain juga berkurangan. Kurang duit untuk BR1M.

"Gerakan mahu saya meningkatkan harga BR1M. Namun anda perlu pilih, yang mana satu anda mahu kerana kita ada peruntukan yang terhad," tambah Najib dalam ucapan ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan Malaysia di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.

Mengulas lanjut, Najib juga berkata peningkatan kos sara hidup yang turut berlaku di Pulau Pinang dan Selangor menunjukkan peningkatan kos adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan lagi.

"Saya tanya Tan Sri Koh Tsu Koon (bekas  Ketua Menteri Pulau Pinang) apa dah naik di Pulau Pinang? Dia kata tarif air sudah naik, kos pembangunan naik, harga tempat parkir pun sudah naik. Jadi, di Pulau Pinang, dan Selangor, kos pun naik juga," kata Najib.

Terdahulu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata parti itu masih menyifatkan BR1M adalah satu pemberian yang tepat bagi meringankan beban rakyat.

"BR1M ialah seperti skim-skim yang turut dilaksanakan di negara maju seperti Singapura dan Hong Kong. Malah Gerakan menggesa supaya BR1M dinaikkan, di samping langkah-langkah yang lebih berkesan dilaksanakan dengan tujuan mengawal dan mengurangkan kenaikan kos sara hidup," kata Siew Keong dalam ucapan aluannya dalam persidangan yang sama.

Beliau turut mencadangkan semua isi rumah yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan diberikan potongan cukai bagi bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sama seperti potongan cukai untuk insurans, KWSP, dan lain-lain perbelanjaan.

"Ini akan memberi sedikit kelegaan kepada keluarga berpendapatan sederhana, sementara BR1M menyediakan bantuan dalam bentuk wang tunai yang lebih diperlukan untuk golongan berpendapatan rendah," tambah Mah.

- astroawani

Melayu Bangsat Kena Tipu Lagi ?

Posted: 18 Oct 2015 04:30 PM PDT





TAHUKAH ANDA.. sepatutnya kita DAH TAK PERLU BAYAR TOL PLUS SELEPAS 2018..

Tiba2 'penyangak KRONI' UMNO/BN melanjutkan lagi tempoh konsesi PLUS sehingga 2038..

TAMBAH LAGI 20 TAHUN !!!

Buat tol ..DUIT RAKYAT Pampasan tol ..

DUIT RAKYAT Tol naik ..

PON DUIT RAKYAT HAKIKATNYA...

Makin mudah rakyat di-TOL-olkan KERAjaan..



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

PAS Lebih Kuat Bersendirian.......

Posted: 18 Oct 2015 09:15 AM PDT

Asri Asri's photo.
In Sya Allah pru 14 nanti Kelantan kekal dibawah Pas.Terengganu dan Kedah bakal ditawan semula.Perlis dijangka dalam genggaman kerana pengaruh kuat Mursyidul Am.Telah terbukti pengaruh Pas diperhimpunan Fastaqah

Berbagai2 perhimpunan telah dianjurkan..umno tetap "__________"

Posted: 18 Oct 2015 08:30 AM PDT

Zaki Yamani's photo.


Dari BERSIH 4.0 hinggalah himpunan 60k yg dianjurkan PAS...

Telah tiba masanya semua parti politik pembangkang menumpukan kepada permasalahan rakyat khususnya org melayu...

SAMPAI BILA ORG MELAYU HARUS MELUTUT PADA EKONOMI...

SAMPAI BILA ORG MELAYU HARUS MELUTUT PADA PEMILIKAN...

JANGAN SAMPAI ORG MELAYU HARUS MELUTUT PADA POLITIK....

Oleh itu, kita humban UMNO/BN pd PRU14 ini...

Slogan KETUANAN MELAYU yg dilaungkan UMNO hanya sekadar retorik sahaja...

Sebenarnya UMNO bkn, malah tidak ingin pun membela nasib org melayu...

SABAHAN BELUM CUKUP BERANI

Posted: 18 Oct 2015 07:45 AM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.

( di depan kecut di belakang bukan main)

KALAU saya katakan Sabahan ini penakut, tentu ramai melenting dan marahkan saya tetapi rasanya cukup kalau saya katakan sabahan belum cukup berani.

Kalau kita nilai pejuang dulu rata2 yang melawan Inggeris dan jepun kebanyakannya bukan orang kita tetapi orang luar seperti albert kwok dari sarawak dan yang lain bukan bangsa lokal kecuali Antanom dan kamunta, ambo ali dan ada lagi.

Dalam keadaan sekarang siapa saja yang berani menanduk? kalau adapun macam KERANGA takut2 undur dan bila dikasih habuan terus senyap dan lupa perjuangan bangsanya sendiri sebab kekenyangan yang menyebabkan perut mereka boroi berheretan di jalan sambil hidung besar memanjang.

Inikah yang namanya berani? siapa saja yang berani itu dan apa sudahnya?

Keberanian yang saya maksudkan bukan saja berani melawan dan hujjah sambil mendepani, tetapi berani untuk berubah hijrah dari yang lama tua renta kepada yang muda bergaya perintah cara baru adil dan saksama demi anak bangsa.

kalau memang berani, sila ubah pangkahan di PU14 nanti dan jika parti sama juga yang juara, maka saya rasa orang kita memang tidak berani dan bolehlah dikatakan PENAKUT. Ya, memang penakut kecut.

Jika penakut maknanya bukan seorang lelaki tetapi pondan tiada sifat kelelakian dan itu cukup memalukan.
Marah? silalah sebab saya siap untuk dimarah



ISMAILY BUNGSU
sabah
18/10/2015

Ahli Parlimen pembangkang 'b.o.d.o.h' kata Nazri

Posted: 18 Oct 2015 06:44 AM PDT

Tindakan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang berterusan menggesa agar undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri disifatkan sebagai perbuatan bodoh.

Kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mempertikaikan tindak tanduk segelintir dari mereka yang masih tidak faham mengenai urusan aturan mesyuarat di Parlimen.

"Banyak ahli Politik bodoh, nak berpolitik tapi urusan Parlimen tidak faham. Saya sebut ya, bodoh. Kalau tidak reti, eja b.o.d.o.h.

"Ia termasuk sesetengah veteran yang sudah lama jadi Ahli Parlimen tetapi, masih tidak faham lagi," katanya.

Mengulas lanjut, Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, usul undi tidak percaya juga tidak wujud dalam sistem Parlimen di negara ini.

"Banyak kali saya sebut, lebih 14 tahun saya jadi menteri dan lima tahun sebagai menteri yang menguruskan tatacara di Parlimen, tidak wujud mengenai usul undi tidak percaya.

"Malah, tidak ada satu peruntukan khusus untuk sebarang undi tidak percaya kepada Perdana Menteri atau mana-mana Ahli Parlimen," Katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara Tourism Hunt pada Ahad.

Pada masa sama, Nazri turut menjelaskan bahawa usul undi tidak percaya memang tidak wujud, namun, ia tetap boleh dilakukan tetapi dengan cara tidak langsung.

"Sebagai contoh, di dalam Pembentangan Bajet 2016, atau mana-mana Rang Undang-Undang (RUU), kerajaan telah ditolak dan itu secara tidak langsung boleh dibaca sebagai undi tak percaya

"Sebab, sepatutnya kerajaan tidak akan kalah kerana kita ada majoriti," ujarnya lapor Free Malaysia Today

Himpunan Baju Merah Selamatkan Selangor Anjuran Jamal Pak Tongko Gagal

Posted: 18 Oct 2015 06:21 AM PDT



Kurang daripada 200 peserta hadir dalam perhimpunan 'Selamatkan Selangor' yang dirancang Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunos hari ini, berada di ibu pejabat Umno Ampang.

Bagaimanapun Jamal, yang enggan mengakui bahawa ia menemui kegagalan, berkata beliau mendapat mesej kepada sekurang-kurangnya 15 orang di sana.

Hadirin, kebanyakannya remaja, juga enggan mengambil risiko menghabiskan malam dalam lokap, memberikan maklum balas suam apabila Jamal cuba untuk meransang mereka berarak ke pusat membeli-belah Spectrum di Ampang, lokasi asal permulaan perhimpunan.

Bagaimanapun ini telah dibatalkankerana pihak berkuasa melarang perhimpunan itu diadakan di tempat itu.

Bercakap kepada pemberita, Jamal secara sarkastik menjawab hanya 15 peserta hadir dalam perhimpunan tersebut.

"Hari ini hanya 15 orang yang datang, saya tahu kamu akan kata hanya 10 yang datang. Dan ia akan jadi 5,000 jika ia akan diadakan di Spectrum.

Menurutnya lagi, sebelum itu polis telah mengeluarkan permit bagaimanapun polis berkuasa itu tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan dua hari lalu.

Perhimpunan itu berlangsung pada 3.30 petang dan berakhir sejam kemudian selepas enam pemimpin Umno dan NGO termasuk Ketua Umno Ampang Datuk Ismail Kijo dan Exco Pemuda Umno Armand Abu Hanifah berucap.