Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


VIDEO - PAS Bakal Hilang Pengundi Jika Bentuk Kerjasama Dengan PERKASA Iskandar-Samad

Posted: 16 Oct 2015 11:00 PM PDT

Iskandar-Samad_pas_perkasa_600

Pas rugi enggan kerjasama dengan Perkasa [fmt]- Keengganan Pas menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan Perkasa bakal merugikan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad bahawa Pas enggan bekerjasama kerana Perkasa membawa sentimen perkauman telah menyinggung perasan pengundi Melayu.

Katanya, kenyataan Iskandar itu bakal memberi kesan kepada Pas apabila pengundi Melayu tidak menyokong parti itu pada pilihan raya akan datang. Ini kerana, katanya, ahli-ahli Perkasa bebas memilh mana-mana calon sama ada parti kerajaan atau pembangkang pada pilihan raya.

"Iskandar adalah pemimpin sebuah parti di Selangor.

Parti ini sepatutnya menjaga perasaaan orang lain terutamanya perasaan pengundi kerana Pas akan bertanding dalam pilihan raya.




"Kenyataan dia (Iskandar) yang menyatakan bahawa Perkasa membawa sentimen perkauman menunjukkan sebenarnya dia tak pernah mendampingi Perkasa, tidak mendalami perjuangan Perkasa, tidak pernah tahupun tentang Perkasa," katanya kepada FMT.

Abu Bakar berkata, perjuangan yang dibawa Perkasa adalah melibatkan perkara-perkara yang temaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Iskandar membuat kenyataan itu kerana mendakwa media tersilap lapor bahawa Pas dan Perkasa setuju untuk menjalinkan kerjasama membabitkan isu nasional tetapi tidak melibatkan kerjasama politik.

Persetujuan itu dicapai selepas Perkasa diketuai Datuk Ibrahim Ali melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa. Abu Bakar berkata, Naib Presiden Pas itu sepatutnya tidak boleh menafikan laporan yang dibuat kerana media berada di tempat pertemuan itu.

"Dia tidak boleh nafikan kenyataan media kerana media berada bersama Presiden Perkasa dan Presiden Pas membuat kenyataan akhbar . Dia tidak boleh menafikan. Wartawan ada kat sana," katanya. *


PAS Selangor Tolak Kerjasama Dengan PERKASA
PAS Bakal Hilang Pengundi Jika Bentuk Kerjasama Dengan PERKASA Iskandar-Samad_pas_perkasa_600 Pas rugi enggan kerjasama dengan Perkasa [fmt]- Keengganan Pas menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan Perkasa bakal merugikan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14). Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad bahawa Pas enggan bekerjasama kerana Perkasa membawa sentimen perkauman telah menyinggung perasan pengundi Melayu. Katanya, kenyataan Iskandar itu bakal memberi kesan kepada Pas apabila pengundi Melayu tidak menyokong parti itu pada pilihan raya akan datang. Ini kerana, katanya, ahli-ahli Perkasa bebas memilh mana-mana calon sama ada parti kerajaan atau pembangkang pada pilihan raya. "Iskandar adalah pemimpin sebuah parti di Selangor. Parti ini sepatutnya menjaga perasaaan orang lain terutamanya perasaan pengundi kerana Pas akan bertanding dalam pilihan raya. "Kenyataan dia (Iskandar) yang menyatakan bahawa Perkasa membawa sentimen perkauman menunjukkan sebenarnya dia tak pernah mendampingi Perkasa, tidak mendalami perjuangan Perkasa, tidak pernah tahupun tentang Perkasa," katanya kepada FMT. Abu Bakar berkata, perjuangan yang dibawa Perkasa adalah melibatkan perkara-perkara yang temaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Iskandar membuat kenyataan itu kerana mendakwa media tersilap lapor bahawa Pas dan Perkasa setuju untuk menjalinkan kerjasama membabitkan isu nasional tetapi tidak melibatkan kerjasama politik. Persetujuan itu dicapai selepas Perkasa diketuai Datuk Ibrahim Ali melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa. Abu Bakar berkata, Naib Presiden Pas itu sepatutnya tidak boleh menafikan laporan yang dibuat kerana media berada di tempat pertemuan itu. "Dia tidak boleh nafikan kenyataan media kerana media berada bersama Presiden Perkasa dan Presiden Pas membuat kenyataan akhbar . Dia tidak boleh menafikan. Wartawan ada kat sana," katanya. * PAS Selangor Tolak Kerjasama Dengan PERKASA

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

AYUH RAKYAT SEMUA BANGKIT - TUMBANGKAN KERAJAAN YANG ZALIM INI. BEBASKAN ANWAR !

Posted: 16 Oct 2015 10:30 PM PDT


Zar Ali's photo.

Polis Tak Benar Jamal Buat Himpunan Haram Di Selangor

Posted: 16 Oct 2015 10:00 PM PDT


Zar Ali's photo.

Polis hari ini berkata ia tidak akan membenarkan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos mengadakan demonstrasi anti-kerajaan Selangor.

Ia dijadual diadakan Ahad ini di sebuah pusat membeli-belah di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Khairuddin Saad menggesa orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut dan menyatakan bahawa ia tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA), demikian menurut Sin Chew Daily.

Beliau dipetik sebagai berkata, jika pihak penganjur berkeras untuk menganjurkan perhimpunan itu, pihak polis akan mengambil tindakan yang perlu.

Khairuddin berkata, pihak yang merancang protes itu telah memaklumkan kepada pihak polis, dan juga Majlis Perbandaran Ampang Jaya, mengenainya.

Bagaimanapun, beliau berkata majlis perbandaran telah menolak permintaan penganjur untuk menggunakan Spectrum Ampang sebagai tempat untuk mengadakan protes tersebut.

Di bawah PAA, penganjur perhimpunan perlu mendapatkan kebenaran dari pemilik tempat mereka ingin gunakan untuk mengadakan protes.

Khairuddin berkata, polis sehingga ini telah menerima beberapa laporan terhadap perhimpunan tersebut.

Sabtu lalu, Jamal mengancam untuk mengadakan protes di kawasan Dewan Undangan Negeri Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Kajang tetapi kemudian membatalkan rancangan itu dan sebaliknya mahu mengadakannya di Ampang.

Mahathir Bertanggungjawab Diatas Semua Kerosakan Dalam Negara Ini ?

Posted: 16 Oct 2015 09:30 PM PDT

Zar Ali's photo.
PM Paling Bangsat adalah Najib Razak - Dr. Mahathir yang bertanggungjawab melantik dia menjadi PM setelah berhempas pulas menendang keluar Tun Abdullah Badawi... 
Kini giliran Mahathir menerima HUKUM KARMA dari Allah SWT - 

 
Mahathir tidak akan HIDUP AMAN sehingga dia dapat memulihkan keadaan dalam politik negara ini. 
Rakyat menyumpah Mahathir setiap hari kerana kesilapannya memilih Najib sebagai PM.

Ikon Belia ka atau IKON VAPE ??

Posted: 16 Oct 2015 09:15 PM PDT

Encik Politik Encik Polotik's photo.

'KALAU SAYA SAMPAH, AWAK NAJIS'- respon anak melayu-UMNO TPM dan 'IKON BELIA' Dato Nurul Hidayah bila dihentam kerana hisap VAPE !!!

Inikah perangai contoh seorang 'DATO' ??

Dahlah tu pompuan 'melayu-umno'..


Tindak tanduk anak Zahid mampu memberi impak kepada masyarakat khususnya golongan belia. 

Sewajarnya, posisi tersebut dimanfaatkan sebaik mungkIn untuk mempromosikan cara hidup sihat.... 


BUKANNYA PROMOTE HISAP YANG BANGANG CAMNI !

AYUH RAKYAT SEMUA BANGKIT - TUMBANGKAN KERAJAAN YANG ZALIM INI. BEBASKAN ANWAR !

Posted: 16 Oct 2015 09:00 PM PDT

Anwar Ibrahim yang paling gumbira ...

Posted: 16 Oct 2015 08:30 PM PDT


Berita  berhijrahnya Saifuddin Abdullah ke-dalam PKR (KEADILAN) langsung tidak memeranjatkan gurkah-gurkah politik di'port'. Idea, sumpah seranah, maki hamun, kenyataan-kenyataan yang menyindir yang beliau luahkan sejak akhir-akhir ini sepatutnya keluar dari mulut pemimpin-pemimpin dalam Pakatan (DAP,PKR, PAN). Apa saja perkataan atau ayat-ayat yang keluar dari mulut Saifudin maka berasaplah telinga-telinga pemerintah, maka merah menyala lah telinga-telinga mereka-mereka yang dari umno. 

Inilah dia 'kader' baru Parti PKR dan Pakatan Harapan.

Mereka-mereka yang dalam lingkungan politik 'salut' pada Saifuddin kerana dia adalah seorang politikus yang ada nama. 

Sejak kelmarin kebanjiran yang terlalu banyak komen yang dihidangkan dalam media sosial dan alam maya seperti Blog, Fb, WassApp, Twitter, Instagram dan yang sama waktu dengannya berhubung dengan penghijrahan Saifudin ini. 

Yang membuat gurkah-gurkah politik di'port' ini tak tahan dan ketawa berdekah-dekah ialah dua kenyataan daripada UMNO itu sendiri melalui 'tukang salak' mereka iaitu Setia Usaha Agungnya, kata Saifuddin adalah `sampah' dalam UMNO manakala Pengerusi Displin pula berkata 'tiada maaf bagi mu Saifudin !'. 

Kalau betul lah Saifudin ini 'sampah',  mengapa tidak di-tong sampahkan dia sebelum dia membuat keputusan untuk berhijrah ke PKR/Pakatan Harapan untuk bersama-sama yang lain-lain bagi menyambung perjuangan Anwar Ibrahim untuk 'lawan dan terus lawan' ?

Anwar Ibrahim sehari sebelum berita penghijrahan Saifudin itu telah memberi pesanan dan amanat kepada PKR/Pakatan Harapan supaya menjaga dan menghargai harta yang sangat tidak ternilai ini. Ia akan menjadi sumber inspirasi rakyat untuk menyerahkan kuasa kepada PKR,DAP dan PAN dalam Pakatan Harapan untuk mentadbir Negara pada PRU akan datang nanti.

dollah yankee -
 
Kecik tapak tangan,padang bola gurkah-gurkah ini tadahkan buat Saifudin ...

Matthias henti mogok lapar, kumpul tenaga lawan Najib

Posted: 16 Oct 2015 08:00 PM PDT


Peguam Matthias Chang menamatkan mogok laparnya semalam kerana tidak ada pemimpin Umno yang menyahut cabarannya untuk sanggup mati demi perjuangan masing-masing.

Antara mereka yang dicabarnya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pemimpin Umno Tan Sri Mohd Ali Rustam, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Azalina Othman.

"Memandangkan tidak ada mereka yang dinamakan itu (menyahut cabaran saya) dan kerana saya telah mogok lapar selama tujuh hari dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius kepada kesihatan saya, ini adalah bukti bahawa Allah telah melindungi saya," kata Chang dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya.

Katanya, beliau telah menunjukkan keadilan dalam perjuangannya - keadilan, kebenaran dan maruah dan berkata Najib telah gagal untuk berbuat demikian.

Oleh itu, katanya beliau tidak perlu lagi untuk meneruskan mogok lapar.

Chang mengadakan mogok lapar ketika beliau ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) pada 8 Oktober.

Beliau telah pun didakwa bersama dengan anak guamnya Datuk Khairuddin Abu Hassan kerana dituduh cuba mensabotaj sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan negara ini.

Pendakwaan mereka kerana membuat laporan polis terhadap 1MDB di luar negara, telah dikritik sebagai satu percubaan untuk menutup mulut pengkritik Najib.

Chang, yang kini menerima rawatan di rumah sakit penjara Sungai Buloh, berkata, beliau akan mengumpul kekuatan untuk melawan perdana menteri.

Katanya, beliau akan menumpukan segala kekuatan dan tenaganya dengan Khairuddin untuk mendedahkan dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh rejim Najib sehingga mencapai kemenangan untuk semua rakyat Malaysia demi nilai, kebenaran, keadilan dan maruah.

Chang, yang juga seorang Katolik, berkata beliau percaya Allah, dewi Kali Hindu dan dewa-dewa Tao akan melindunginya dan memberinya kekuatan dalam perjuangannya menentang Najib.



Malaysiakini

NIAT & IDEALISME PERJUANGAN UNTUK PERUBAHAN SEBENAR - Saifuddin Abdullah

Posted: 16 Oct 2015 07:30 PM PDT

Teo Kok Seong's photo.

 Saya menceburi politik dengan niat dan idealisme perjuangan yang jelas, iaitu untuk mencapai objektif politik yang lebih tinggi, iaitu membina Malaysia yang lebih baik buat semua rakyat – Negara Ulung (Great Nation) yang makmur dan bahagia. 

Maksud Negara Ulung ialah: 

(1) berlandaskan teras-teras utama: wawasan para pengasasnya, keluhuran Perlembagaan, pemikiran politik dan pembangunan yang demokratik dan progresif, berpijak atas Realiti Baru hari ini, dan mendepani zaman; 

(2) berasaskan nilai-nilai murni seperti yang terkandung dalam Rukunegara, kebenaran dan keadilan, budaya ilmu, lunas undang-undang, integriti dan inklusiviti; 

(3) dekat dengan denyut nadi rakyat, mendengar rintihan dan suara rakyat, menghakupaya potensi dan bakat rakyat, menyelesaikan masalah-masalah rakyat, dan yang rakyat-pemimpin bekerjasama sebagai rakan-kongsi bina-ibu pertiwi;

(4) bebas daripada skandal besar (1MDB, derma 2.6 bilion).

Ini memerlukan perubahan sebenar yang melibatkan pandangan alam, pemikiran dan kerangka baru. 

Untuk merealisasikannya, ia memerlukan dua perubahan utama: perubahan politik dan reformasi institusi.
Perubahan politik: Antaranya, 

(1) meningkatkan proses pendemokrasian yang komprehensif; 

(2) berubah daripada politik lama kepada Politik Baru; 

(3) berubah daripada konfigurasi "consociationalism" (politik tawar-menawar dan pembahagian kerja antara kaum model BN) kepada konfigurasi baru – "centripetalism" (pemikiran politik kesederhanaan dan centrist pelbagai-kaum yang sebenar dan berpijak di bumi nyata, yang dibangunkan PKR/PH). 

Reformasi institusi: Antaranya, 

(1) mengembalikan kedudukan ketiga-tiga institusi utama negara (legislatif, eksekutif dan judiciary) ke tempat dan peranannya yang sebenar; 

(2) memperbaiki dasar-dasar awam (contohnya migrasi daripada "dasar-dasar berasaskan-ras" kepada "dasar-dasar berasaskan-keperluan", penghayatan integriti dan meritokrasi); 

(3) mengembalikan dan melonjakkan kecemerlangan institusi-institusi awam (contohnya perkhidmatan awam, pendidikan, agama dan budaya, hubungan antarabangsa). 

Perkara-perkara ini dibincangkan dengan bernas dan cerdas di kalangan rakyat. Ia diperjuangkan oleh parti-parti pembangkang, seperti Keadilan, dan masyarakat sivil (CSO). Saya mempunyai idealisme dan memperjuangkan perkara fundamental yang sama sejak muda. 

Tetapi, saya tidak melihatnya dibincangkan secara substantif atau komprehensif oleh UMNO/BN (walaupun ramai ahli UMNO/BN, sebenarnya, jauh di lubuk hatinya, punya aspirasi yang hampir sama).

Untuk mencapai perubahan sebenar, kita perlu kepada "gabungan minda" (coalition of minds) antara parti-parti pembangkang, masyarakat sivil (CSO), semua pihak berkepentingan dan seluruh rakyat (termasuk ahli-ahli UMNO/BN). 

Justeru, dengan niat dan idealisme perjuangan yang jelas untuk mencapai objektif politik yang lebih tinggi, maka, saya membuat keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Pelajar Nekad Buat Laporan Polis Selepas Tak Tahan Jadi Mangsa Nafsu Pelajar Senior Posted by Kita Bantai

Posted: 16 Oct 2015 07:00 PM PDT


Rogol
Gambar Hiasan

TAMPIN - Seorang remaja nekad membuat laporan polis yang mendakwa dirinya dirogol oleh seorang senior di dalam tandas sebuah sekolah di Gemenceh kerana tidak tahan dengan ugutan yang diterima dari seniornya.


Remaja terbabit yang berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Gemenceh pada Selasa lalu dengan berkata dia dirogol tiga kali pada Mac lalu.

Mangsa bertindak membuat laporan polis kerana gusar dia sering menjadi tempat melampias nafsu buas seniornya sendiri.

Memetik laporan dari sumber Sinar Harian, semasa kejadian pelajar berkenaan berada di kantin sekolah kira-kira jam 8.30 malam. Pelajar terbabit yang duduk di asrama sekolah menerima pesanan WhatsApp dari suspek yang mengajaknya berjumpa.

"Suspek merupakan pelajar berusia 17 tahun dan bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini mengugut mangsa jika enggan bertemu dengannya, mangsa akan menerima balasan buruk.

"Mangsa yang ketakutan terpaksa berjumpa dengan suspek di tandas lelaki dan dirogol suspek sebanyak tiga kali pada malam berkenaan antara jam 8.45 malam hingga 9 malam," katanya.

Selepas kejadian, suspek mengugut mangsa supaya tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian. Menurut sumber terbabit, mangsa yang takut terpaksa akur dengan permintaan suspek namun suspek bertindak biadap apabila merogol mangsa berulang kali pada Mei dan Jun lalu.

"Mangsa yang pada mulanya takut dan malu akhirnya nekad membuat laporan polis berhubung kejadian rogol berkenaan kerana tidak mahu terus menerus diugut.", katanya.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan kejadian. Beliau berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Tampin bagi pemeriksaan lanjut.

"Suspek telah ditangkap dan direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Aduhai kesian tengok UMNO dok meroyan dengan hijrahnya Datuk Saifuddin sertai PKR

Posted: 16 Oct 2015 06:30 PM PDT

APA PULAK MEREPEK MERABAN NI?

Zar Ali's photo.http://media.themalaymailonline.com

Tentu ramai gelihati dengan reaksi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Megat Najmuddin Megat Khas berkenaan tindakan Saifuddin Abdullah meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, UMNO sama sekali tidak akan memaafkan perbuatan bekas ahli MT itu yang bukan saja keluar parti, tetapi juga mengumumkan secara terbuka.

Bukan sahaja keluar parti, tetapi juga tindakan itu dibuat cara umum dan di hadapan media. Dia nak keluar, keluarlah, katanya sebagaimana dilaporkan oleh TMI.

Ehhh...apa yang salahnya keluar UMNO dan mengumumkannya secara terbuka dan di hadapan media?

Apa yang sampai tak mahu memaafkan tindakannya itu? Apa yang UMNO boleh buat lagi setelah Saifuddin keluar meninggalkan UMNO?

 http://media.themalaymailonline.com/images/sized/ez/saifuddin_abdullah3_1510_(2)_620_413_100.jpg

Apa pula undang-undang dan disiplin UMNO yang dilanggar dengan berbuat demikian? 

Itukan hak masing-masing, lagi pun memang sewajarnya tindakan menyertai parti lain perlu dihebohkan kepada umum dan di hadapan media supaya ia diketahui ramai.

Lagi pun, Saifuddin bukanlah "pemimpin sampah" seperti yang dikatakan oleh Tengku Adnan kerana beliau pernah menjadi ahli MT UMNO dan timbalan menteri sebelum ini. Maka, sewajarnyalah penghijrahan itu diberitahu kepada umum.

Orang kahwin, bertunang dan bercerai pun jemput media, apa pulak salahnya keluar UMNO turut sama panggil wartawan?

Wanita Ini Berbogel, Mengamuk Dalam Restoran, Mengapa? Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 16 Oct 2015 06:00 PM PDT


 
ANCHORAGE, ALASKA - Seorang wanita Alaska ditahan semalam selepas dia menanggalkan pakaiannya dan mengamuk merosakkan barangan dalam restoran Subway di Anchorage.
Menurut majalah Time, Nikki Abrell, 35, memasuki Subway pada kira-kira 5 petang dan dikunci dirinya di bilik mandi selama dua jam, didakwa merokok ganja sintetik.

Apabila dia muncul, dia benar-benar telanjang. Dia mula merobek jubin siling, memecahkan kerusi, mengetuk komputer dan sapukan makanan sekitar dalaman kedai. Menurut seorang pekerja yang kemudiannya mendapati najis manusia di atas lantai. News.com.au melaporkan.

Pekerja menghubungi polis pada kira-kira 07:30 berkata seorang wanita telah bertindak pelik. Abrell telah ditahan dan didakwa tiga tuduhan mendatangkan kerosakan jenayah, gangguan, dan menentang penangkapan. 

Penyelia penyelenggaraan bangunan berkata kerosakan di restoran itu dianggarkan lebih daripada $20,000. Sarjan polis Shaun Henry memberitahu KTVA bahawa varian ganja sintetik boleh membuat beberapa orang tidur dan boleh juga menjadikan mereka ganas. 

 
Ini lain, seorang wanita terekam dalam video juga mengamuk berelanjang di jalan Kota Hongkong..

Itu sebabnya agama Islam mengharamkan arak, menyebutnya sebagai najis, yang di dalamnya termasuk, dadah, ganja dan yang sejenis dengannya. Jauhi najis arak dan kuncu-kuncunya! (IH)

TMJ beri amaran Johor boleh keluar Malaysia jika perjanjian tidak dipatuhi

Posted: 16 Oct 2015 05:30 PM PDT


KES NAJIB MAKIN BERAT







KES SUDAH

BERAT

BETUL BERAT

MAKIN LAMA

NAJIB & 1MDB

MAKIN BERAT

MASALAH

NEGARA 

TMJ beri amaran Johor boleh keluar Malaysia jika perjanjian tidak dipatuhi


Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan semua negeri termasuk Johor mempunyai hak untuk menarik diri dari Malaysia jika mana-mana terma dalam perjanjian antara Johor dan Persekutuan Tanah Melayu tidak dipatuhi.
 
Dalam satu temu bual dalam laman web sukan FourthOfficial.com, Tunku Mahkota Johor itu berkata kenyataannya mungkin akan disifatkan menghasut namun beliau lebih bimbang dan mengutamakan rakyat negeri itu.
 
"Saya akan menjadi Sultan pada masa depan dan tanggungjawab utama saya ialah kepada rakyat Johor. 
"Malaysia sangat penting kepada saya, tetapi Johor dan JDT keutamaan saya," katanya.
 
Tunku Ismail berkata, rakyat mempunyai hak untuk tahu keadaan huru-hara yang berlaku di Malaysia hari ini tidak mempunyai kaitan dengan Istana Johor.
"Bertahun kita hidup aman dan bebas.
 
"Malah, kami hanya menyertai Persekutuan Tanah Melayu, apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan beberapa syarat-syarat asas.
 
"Dan jika mana-mana terma itu dilanggar, kita ada hak untuk menarik diri daripada negara ini. 
 
"Anda boleh menuduh saya menghasut sentimen kenegerian, tapi saya hanya menjalankan tugas saya kepada rakyat Johor, dan mengingatkan mereka tentang sejarah dan warisan tanah yang besar ini. "
 
Jun lalu, adindanya Tunku Idris Sultan Ibrahim mencetuskan kontroversi apabila memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.
 
Dalam status di Instagram yang sudah dipadam antaranya menyebut Johor bersetuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat.
 
Perjanjian itu termasuk Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.
 
Tunku Idris juga tidak terkecuali mengkritik Putrajaya selain bapanya Sultan Johor yang menggesa kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi negara dan penyusutan nilai ringgit.
 
Beberapa bulan lalu, Tunku Ismail turut dibidas dengan Nazri Abdul Aziz ekoran mengkritik  Najib Razak kerana tidak muncul dalam program Nothing2Hide.
 
Beliau juga pernah menegur Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi kerana mengatakan hubungan antara perdana menteri dan Istana Johor baik.
 
Tunku Ismail berkata Puad tidak seharusnya membuat kenyataan jika tidak mengetahui keadaan sebenar.
 
Dalam wawancara bersama FourthOfficial.com, Tunku Ismail berbicara mengenai sukan bola sepak, JDT dan perancangan dalam industri itu. – 16 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tmj-beri-amaran-johor-boleh-keluar-malaysia-jika-perjanjian-tidak-dipatuhi#sthash.SIYyrSnN.dpuf

CELAKA LAH HIDUP MEREKA YANG MENYOKONG "KEMUNGKARAN"

Posted: 16 Oct 2015 05:00 PM PDT

Tol Naik: Patutla Mereka Membisu & Sokong..!!!

Patutler ularmak UMNO sorok & bisu ttg kenaikan kadar tol baru2 ini. Rupa2nya mereka pon bersekongkol gak.. Astaghfirullah...

Najib, Muhyiddin, Tok Pa & Menteri Kewangan II pon ada sama !!!

Patutla negara tak berkat & sentiasa ditimpa pelbagai musibah & bencana.. kerjanya merompak wang rakyat ajer..

FAKTA:

1) PROLINTAS dimiliki sepenuhnya oleh PNB.
2) PROLINTAS memiliki 5 projek lebuh raya bertol.
3) PROLINTAS meletakkan kenaikan peratus antara yang paling tinggi kenaikan kadar tol (KENAIKAN RM6.00)

Kenduri Shafie Apdal Jadi Majlis Orang Pencen

Posted: 16 Oct 2015 04:15 PM PDT



Kemeriahan majlis perkahwinan itu memang tetap terasa. Dengan persediaan di pintu masuknya, penyambut tetamunya, laluan ke dewan utamanya, hiasan dalamannya.

Ketika kedua mempelai tiba, kemeriahan semakin terasa. Pengacara membacakan skrip yang disusun sebaik mungkin. Maklumlah, tetamu yang datang bukan calang-calang orangnya.

Ada yang berdarah raja, ada yang dipertua negeri, menteri dan bekas menteri.

Di hujung waktu menjamu selera Datuk Jamal Abdillah memperdengarkan suaranya dengan lagu Azura. Hadirin jadi semakin teruja apabila beliau menyampaikan lagu Seroja sebelum berundur dari pentas.

Ketika orang ramai masih terngiang-ngiang akan suara Raja Pop Malaysia itu, tiba-tiba bergema lagi suaranya membawakan lagu Kekasih Awal Dan Akhir.

Rupanya ia membayangkan bahawa majlis memang akan berakhir. Sejurus kemudian pasangan pengantin baru itu ditemani Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Shuryani Shuaib di pintu utama dewan menunggu tetamu berangkat pulang – seorang demi seorang.

Maka kelihatan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail bersama Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berangkat pulang. Kemudian ada pula Tun Abdul Taib Mahmud bersama Toh Puan Ragad Waleed Alkurdi serta Tun Sakaran Dandai dan isteri.

Memang ada beberapa menteri yang hadir, tetapi boleh dikatakan mereka adalah kalangan anggota kabinet yang 'berhaluan sederhana' kerana kurang mendapat tempat di media massa berhubung isu panas semasa dalam negara.

Tidak kelihatan – misalnya – Datuk Abdul Rahman Dahlan yang gigih mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak daripada serangan luar dan dalam BN, atau Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Kesibukan masing-masing

Pemimpin utama Wanita Umno juga rasanya tidak kelihatan.

Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin melangkah keluar perlahan-lahan, ramai tetamu bersalaman dan tidak kurang pula meminta beliau bergambar bersama. Permintaan itu tidak dihampakan Timbalan Presiden Umno itu.

Di sebalik kemeriahan berkenaan, seseorang mungkin boleh terlintas di fikirannya bahawa kenduri kahwin anak lelaki naib Presiden Umno itu tidak lebih daripada majlis ramah mesra 'orang pencen'.

Najib yang juga presiden Umno tidak hadir, begitu juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kita memahami kesibukan masing-masing," kata seorang pegawai Mohd Shafie sambil tersenyum.

Menurut beliau, jemputan sudah dihantar kepada semua menteri dan timbalan menteri ketika majlis meraikan perkahwinan Mohd Shazwi Mohd Shafie dengan Siti Aimira Suhaidi dirancang.

Sesetengah menteri atau timbalan menteri, katanya, memberikan jawapan bahawa mereka tidak dapat hadir, manakala sesetengahnya pula tidak memberikan sebarang pengesahan.

Namun apa yang lebih menarik, ada beberapa menteri yang sudah mengesahkan kehadiran pada peringkat awal, tiba-tiba membatalkannya di saat-saat akhir.

Kecewa, kecil hati? Tidak

Tanpa mahu membuat tuduhan, sumber memberitahu, kemungkinan ada arahan daripada mana-mana pihak supaya menteri terbabit jangan hadir ke majlis berkenaan.

"Sebagai pihak yang pernah berada di posisi mereka sebelum ini, kami memahami.

"Mungkin juga kerana kegawatan ekonomi sekarang yang memerlukan mereka bermesyuarat bagi mencari penyelesaian," katanya.

Adakah pihak Mohd Shafie kecewa atau berkecil hati?

"Tidak," kata pegawainya, sambil mengulangi kata-kata bahawa mereka "memahami" apa yang menyebabkan sebahagian anggota kabinet gagal hadir meraikan majlis di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur itu.

Kata beliau, majlis yang diadakan itu dibuat sebagai acara santai dan bersosial sesama kenalan Mohd Shafie dan bukannya berbentuk politik.

"Tapi itulah," katanya.

Menurut beliau, bukan semua pemimpin Umno kelihatan menjarakkan diri daripada Mohd Shafie yang digugurkan daripada kabinet Najib pada 28 Julai lalu.

Umno Selangor, katanya, menunjukkan sikap yang baik apabila semua pemimpin atasan parti berkenaan – termasuk ketua perhubungan dan setiausaha – hadir. Malah, katanya, kebanyakan ketua bahagian di Selangor juga hadir.

Bagaimanapun, Mohd Shafie adalah tokoh dari Semporna, Sabah.

Kehadiran lebih sasaran

"Datuk (Mohd Shafie) rileks saja. Beliau berpesan kepada pegawainya supaya jangan mendesak atau memaksa sesiapa untuk datang.

"Kalau menteri yang dijemput tidak memberi respons, biarlah," katanya.

Ditanya mengenai jemputan yang dibuat, pegawai bekas Menteri kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata seramai 800 orang disasarkan.

Namun kehadiran malam tadi ternyata lebih daripada itu apabila dianggarkan kira-kira 1,100 orang yang hadir.

Selain Mohd Shafie, dua lagi Naib Presiden Umno ketika ini ialah Ahmad Zahid dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mohd Shafie diketepikan daripada kabinet bersama Muhyiddin dalam rombakan kabinet lalu kerana kelantangan mereka membangkitkan cara perdana menteri menguruskan isu 1MDB serta "wang derma" bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Najib.

Mereka menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media bekas perdana menteri itu ketika beliau menyatakan rasa tidak senang terhadap cara kerajaan menahan pengkritik kerajaan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma.

Turut hadir dalam sidang media itu veteran Umno yang juga anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat dan bekas menteri Besar kedah yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid.

Sanusi turut hadir dalam kenduri Mohd Shafie malam tadi. Seorang lagi veteran Umno yang hadir ialah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir


Menteri Diarahkan Jangan Hadir Kenduri Shafie Apdal?

Posted: 16 Oct 2015 09:00 AM PDT







Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menafikan dakwaan ketidakhadirannya dalam majlis kenduri anak lelaki Datuk Seri Shafie Apdal disebabkan arahan pihak tertentu.

Salleh berkata, beliau tidak hadir ke majlis perkahwinan anak naib presiden Umno itu kerana berada di Labuan atas urusan rasmi.

"Tak betul (ada arahan). Saya di Pulau Labuan atas urusan rasmi semalam dan hari ini," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam berlangsungnya majlis perkahwinan anak Shafie, Mohd Shazwi dengan Siti Aimira Suhaidi di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, ketidakhadirannyabeberapa pemimpin, terutamanya dari Sabah, negeri Shafie sendiri, menimbulkan spekulasi pelbagai pihak mula menjarakkan diri daripada bekas menteri yang digugurkan itu.

Menurut sumber, sesetengah menteri atau timbalan menteri, memberikan jawapan bahawa mereka tidak dapat hadir, manakala sesetengahnya pula tidak memberikan sebarang pengesahan.

Namun apa yang lebih menarik, ada beberapa menteri yang sudah mengesahkan kehadiran pada peringkat awal, tiba-tiba membatalkannya di saat-saat akhir.

Tanpa mahu membuat tuduhan, sumber memberitahu, kemungkinan ada arahan daripada mana-mana pihak supaya menteri terbabit jangan hadir ke majlis berkenaan.

Selain Salleh, pimpinan Umno Sabah seperti Datuk Abdul Rahman juga tidak hadir.

Tan Sri Muhyiddin Yassin., timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri yang digugurkan bersama Shafie turut memeriahkan majlis.

Malaysiakini sedang menunggu jawapan seorang lagi menteri kabinet yang didakwa mendapat arahan tidak hadir.

- mkini

LAHAD DATU DEMIKIANLAH

Posted: 16 Oct 2015 08:15 AM PDT


Ismaily Bungsu C's photo.
Tidak pernah terfikirkan demikian jadinya lahad datu kala di jalan terasa berdiri semacam di negara asing yang tiada siapa kukenal. hotel mido selalu saja bercerita kala senja kami sembang ada anak-anak menyapa seperti miskinnya di afrika.

memang aku tidak mengerti kala lahad datu yang dulu cinta bersemi sudah melayang-layang mencari kasihnya yang hilang di mana-mana.

rinduku harusnya kusimpan saja dan untuk kembali seperti dulu rasanya tidak mungkin kala kita jauh beda sambil kupedam segalanya di sini.


ISMAILY BUNGSU
sabah.

SARAWAK PARTI LOKAL

Posted: 16 Oct 2015 07:30 AM PDT


Ismaily Bungsu C's photo.

Memang diakui di Sarawak itu diperintah parti lokal sebab pemimpinnya tidak mahu terima UMNO bertapak di sana dan itu bolehlah dikatakan sedikit bijak.

Meski demikian parti Nasional tiada di sana keadaannya sama juga tiada apa yang bisa dibanggakan sebab Sarawak jatuh termiskin nombor empat dalam Malaysia.

Bukan itu saja, orang lokal terutama dayak iban lagi ditekan hidup mereka di sana dan rasanya KDM/Murut di Sabah lagi dihormati.

Memang benar di sana di perintah oleh parti lokal tetapi parti lokal di sana sekongkol dengan BN sama seperti PBS PBRS dan UPKO di Sabah.

Bila sekongkol denga BN makna WANG DISATUKAN termasuk GST dikutip kuasai oleh kerajaan Najib, semetara polis, tentera, mahkamah, pendidikan, imigesen juga dikuasai oleh Najib dan Sarawak tidak berkuasa langsung dan itu sebab hasil minyak sama juga semcam Sabah hanya dapat 5%.

Namanya saja cantik dikuasai oleh parti lokal tetapi hakikat jelas UMNO Malaya juga yang berkuasa dan kesannya gagal muncul antara negeri termiskin di malaysia.



ISMAILY BUNGSU
sabah

HAKIKAT NYATA TANPA MENANGI LEBIH 112 KERUSI MP ITU SIA2 NAMANYA

Posted: 16 Oct 2015 06:45 AM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.

SEMUA kita tahu kecuali pura2 tidak tahu bahawa tanpa memenangi lebih 112 kerusi MP di PRU-14 semuanya akan sia2 sebab parti yang kuasai lebih 112 kerusi MP secara tak langsung
duduki putrajaya.


Kenapa perlu duduki putrajaya?

Sebabnya putrajaya kuasa WANG DISATUKAN termasuk kutipan cukai/GST, pendidikan, kehakiman, Imigresen, Kastam. Polis, tentera dan sebagainya yang penting termasuk hubungan luar negara.

Parti mana saja yang jelas bakal kuasai Putrajaya?

Jawabannya ialah parti yang siap tandingi 222 kerusi MP di PRU14 nanti dan sudah terang lagi bersuluh hanya BN dan gabungan PKR/DAP dan AMANAH saja bakal tandingi kesemua kerusi yang dimaksudkan.

Yang jelas parti lain tidak akan tadingi kesemua 222 kerusi berkenaan dan kalau menang satu dua kerusipun jawabannya sama seperti kemenangan PBS dalam tahun 1985 yang akhirnya terpaksa akur perintah kerajaan persekutuan.

Rata2 ramai membangkitkan tidak usah sokong parti Malaya dan hakikat sebenar bukan parti Malaya tetapi PARTI NASIONAL sebab parti UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA, MIC adalah parti nasional ada di semua negeri di Malaysia dan ianya bukan parti Malaya.

Memang kepimpinan BN kita lihat Malaysia jadi tidak menentu, tetapi itu bukan salahnya BN tetapi salahnya pemimpin yang KORUP berakar umbi sukar dibaiki.

Jangan kesan pemimpin BN yang berbuat salah parti nasional lain sama seolah pasti melakuka hal sama dan itu tidak adil nama terbukti negeri bawah kerajaan PKR/DAP meski masih dikuasai oleh kerajaan Persekutuan, semuanya telah memperlihatkan kepimpinan yang telus banding negeri bawah BN sepenuhnya.

Makanya keadaan ini rakyat harus mengerti dan lagi pula PKR/DAP yang dulunya atas nama PR belum pernah diamanahkn untuk memerintah Malaysia.

Kita berfikirlah secara matang demi rakyat Malaysia, Sabah khususnya sebab perjuangan kita ialah perjanjian 63 harus dilaksanakan dan kemudian AUTONOMI.


ISMAILY BUNGSU
sabah
16/10/2015

UMNO gagal dalam perjuangan politik - Saiuddin - Faiz Zainudin

Posted: 16 Oct 2015 06:00 AM PDT


Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu mendakwa pembangkang lebih menonjol dalam perjuangan politik untuk membawa perubahan kepada rakyat dan negara.

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan tindakannya meningalkan UMNO kerana parti itu dilihat telah gagal dalam perjuangannya untuk membela rakyat dan negara.


Sebaliknya, pembangkang khususnya PKR yang didakwanya mempunyai matlamat yang jelas untuk membawa perubahan politik.

"Saya tidak melihatnya dibincangkan secara substantif atau komprehensif oleh UMNO-BN (walaupun ramai ahli UMNO-BN, sebenarnya, jauh di lubuk hatinya, punya aspirasi yang hampir sama).

"Untuk mencapai perubahan sebenar, kita perlu kepada "gabungan minda" (coalition of minds) antara parti-parti pembangkang, masyarakat sivil (CSO), semua pihak berkepentingan dan seluruh rakyat (termasuk ahli-ahli UMNO/BN)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Jelasnya lagi, untuk mencapai matlamat tersebut, pemerintahan perlu bebas daripada skandal bersar sehingga boleh memeberi kesan kepada rakyat seperti isu, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma 2.6 bilion yang berlaku di bawah pentadbiran kerajaan UMNO dan BN.

WAK LABU FARM.

Ada Sebab AMANAH Melaka Tangguh Penubuhan Pakatan Harapan..

Posted: 16 Oct 2015 05:15 AM PDT


Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, AMANAH Melaka mengucapkan tahniah kepada kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kerana sepakat menubuhkan gabungan baharu yang diyakini membawa harapan baharu kepada kehidupan rakyat dan negara Malaysia dan juga menghormati keputusan kepimpinan tertinggi yang mengarahkan setiap negeri menubuhkan Pakatan Harapan (PH) di negeri masing-masing.

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan AMANAH Melaka yang bermesyuarat pada malam semalam telah mengambil pendirian untuk :

1. Memohon untuk menangguhkan penubuhan PH di peringkat Negeri Melaka

2. Penangguhan ini dipohon sebab Amanah Melaka ingin mendapatkan kepastian tentang status parti komponen PH yang mengadakan kerjasama dengan PAS: dalam masa yang sama PAS turut mengadakan kerjasama dengan Perkasa.

3. AMANAH Melaka merasakan bahawa keputusan mana-mana parti komponen PH untuk menjalin kerjasama dengan PAS yang mesra Perkasa perlu diperjelaskan kerana semua rakyat tahu bahawa Perkasa adalah NGO yang bersifat perkauman dan mendokong aspirasi Umno dalam perjuangannya. Malah, rata-rata pimpinan Perkasa adalah bekas pemimpin atau masih memegang jawatan di pelbagai peringkat dalam parti tersebut.

4. Sayugia diingatkan bahawa Perkasa telah banyak mengguris hati rakyat Malaysia dengan kenyataan dan tindakan bersifat perkauman melampau, di samping seringkali menyokong dasar pemerintahan Umno/BN yang merugikan rakyat.

5. Oleh hal yang demikian, AMANAH Melaka mengharapkan kepimpinan AMANAH Negara di peringkat Pusat dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.




NGO Melayu Buat Lawak Bodoh, Minta Polis Siasat Zeti

Posted: 16 Oct 2015 04:30 AM PDT

Siasat Zeti, dia bukan malaikat kata NGO Melayu.




Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia, Hamdan Mohd Salleh hari ini membuat laporan polis terhadap Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Seri Zeti Akhtar Aziz yang didakwanya berniat jahat terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

NGO itu juga memberi masa tujuh hari kepada pihak polis untuk memulakan siasatan terhadap Zeti.



RAKYAT LAH yang TANGGUNG: Nak kekal lama dlm kabinet WAJIB JILAT SAMPAI MATI.

Posted: 16 Oct 2015 04:15 AM PDT

Encik Politik Encik Polotik's photo.


(FAKTA No.1) : KERAjaan Pusat lah yg membenarkan & meluluskan kenaikan kadar tol di negara kita.. BUKANNYA KERAJAAN NEGERI !!!

Faham ka machai BN Benjamin Netanyahu !!

[FAKTA No.1] : RAKYAT LAH yang TANGGUNG segala kenaikan kadar tol di seluruh negara..

Umno: Mahathir and Najib in a Titanic Struggle by Ishmael Lim www.freemalaysiatoday.com

Posted: 16 Oct 2015 03:30 AM PDT

Umno: Mahathir and Najib in aTitanic Struggle


din-merican-UCCOMMENT: It is a stalemate at this point in time. Najib clings precariously to power while the anti-Najib camp led by Tun Dr. Mahathir receives a boost from a number of developments.

The continued detention of Khairuddin and Matthias Chang, the  Court's handling of the Azmi Sharom case, the unprecedented Council of Rulers decree on the 1MDB matter, the Red Shirt racism, the resignation of Saifuddin Abdullah from UMNO to join Parti KeADILan Rakyat, the TPPA, and the state of the Malaysian economy and our government's finances which resulted in the toll rate hikes have contributed to  a reversal of fortune in favour of the Mahathir camp. 

 Najib's days in power are numbered. His resort to draconian measures only underscores his desperation, not a source of strength.

So far he has been able to stay in office because he bought support from UMNO leaders like Sharir Samad, Ahmad Maslan and the son of Keruak from Sabah.  How much more will he spend buying loyalty, and where is he going to find the money. 

Our Treasury is running dry. IMDB is under scrutiny ,and his capacity to raise money from the capital markets is restricted and our new loans can be expensive. Maybe he has to go to Saudi Arabia for additional donations or sell some of his assets held overseas to retain his party's fidelity.

At the end of the day, he should realise that unless he can deal realistically with the economy (and we have to wait for his Budget 2015-2016 proposals to know what he has in mind for the economy), he is done for. There is actually nothing much that he can do to boost confidence in his administration. We no longer trust him and want him out the sooner the better.

His resignation is the antidote needed to prevent a serious economic recession. The signs of economic hardship are there for us to experience. 

But neither he nor his panel of economic experts led by Wahid Omar are prepared to acknowledge that our economic woes are serious and must be resolved as a matter of top priority. But he cannot be the man to do it, since he created this mess in the first place.

When the economy turns against him and he can no longer provide the cash to retain the loyalty  of his UMNO greedy and corrupt supporters, Najib will be thrown out of his premiership and UNMO Presidency. And he is smart enough politically to know his end is near. He must now negotiate his way out. Wishful thinking?–Din Merican

 
Mahathir and Najib in the same UMNO pod 
The Titanic Struggle must end soon

It looks like the Samosa law is giving our senior and veteran politicians the thunder belly. Could it be that the triangular pastries from Najib's kitchen were too spicy for them?
Matthias Chang and Khairuddin Abu Hassan, who are known Mahathir helpers, have been sent to the dungeon under the Sosma law. Tummy aches aside, the indignant Chang has sworn not to eat or drink until he is released.

The irrepressible Tun has little choice but to turn the detention of his two proxies into a war cry to extract outrage from the flagging anti-Najib campaign. Any energising drink will do at this stage.

The anti-Najib polemic has worn a little thin in recent days with the media having to recap the same arguments over and over. And now that two of Mahathir's star proxies have been neutralised, how does he keep the momentum going? The impetus is clearly driven by Mahathir's efforts. No effort, no budge.

The dissident camp has had a hard time overcoming its inertia since the UMNO Supreme Council met last month. Muhyiddin effectively painted himself into a corner by saying that he would work for the good of the party above all else. 

So he couldn't well be seen to be disruptive soon after making such conciliatory sounds. The nonagenarian Tun has had to do all the heavy lifting by himself since and spirits have been on the ebb.

Whether arranged or just fortuitous for the Tun, the pre-council meeting of the Rulers' Conference produced a rare statement, calling for a swift resolution to the damaging 1MDB debacle and for those responsible to be brought to book. This provided the much needed shove to get Muhyiddin rolling once again so that the Tun would not have to play it solo.

There is no doubt that the royal decree, or "advisory" as those in the Najib camp would prefer, has invigorated the moderate seniors and veterans of UMNO and BN enough to grace the press meet at Mahathir's Perdana Foundation. 

Ku Li was seated conspicuously on Mahathir's left and Muhyiddin on the right. That the old foes might have buried the hatchet speaks volumes for what could be a sign of interesting days to come. Others seated at the high table were Sanusi Junid, Shafie Apdal and Ong Tee Keat.

While all the talk is about moving a "no-faith vote" at the next sitting of parliament, which starts this Monday, Ku Li said it would be an exercise in futility as it is widely expected that the Speaker would disallow the move. He promised to enlighten the media on the other options later. Ku Li's cryptic options could possibly hinge on the role of parliament as well, provided there are sufficient numbers for the upcoming showdown.

Titanic struggle

All investigative efforts to take the lid off 1MDB's pot of alleged improprieties have come to nought. Whether by hook or by crook, the lid has stayed stubbornly shut, and for whatever reasons, the investigators seem too scared or unsure if they are even supposed to follow the scent trail to conclusion.

Malaysians have never seen a titanic struggle of wills on this scale and with as many bends and twists.

The face-off between Najib and Mahathir was never going to be a duel fought according to Marquis of Queensbury rules. That was clear from the get-go. 

But it is ironic that the veterans, coordinated by Mahathir, should be the innovators by seeking to boldly go where no one has gone before, while the junior incumbents have taken siege positions behind fortress walls, quite willing to stamp out any perceived threats via old-fashioned iron-fisted might and draconian laws dressed up as new. 

There's not even the pretence any more that the shoe must fit the Cinderellas in detention.

The PM's style has regressed towards the kind of iron-fisted authoritarianism that he vowed would not happen under his watch. And the famously conservative and dictatorial style of Mahathir has undergone an unexpected reversal. 

He actually sounds like a progressive democrat when he talks about people's right to protest and the current dangers of having a dissenting view.

This duel is pulling the middle ground apart and the people must decide on which side of the middle they would prefer to be when the dust finally settles.

Whatever Ku Li's cryptic "other options" may be, it must bypass the Speaker of the House and be constitutional. They most probably hinge on parliamentary support being effective against the PM. So the crucial deal is still whether they can muster the numbers in time for D-Day.

We leave the readers to work out what those "other" possibilities might be.This clash of might against savvy is steering our adolescent democracy to a path where no Malaysian has trod before. Just as there is a risk of chaos, there is also a huge opportunity to learn from – and correct – the mistakes that have made the system open to abuse.

Hopefully, the right people will be chosen to advance the system to a higher ethical and moral standard. That would be a governance model that listens and rights the wrongs that are inherent in poorly made laws. 

It would be a system that is sensitive to the peoples' need for space to express themselves within reason, a system equipped to serve all citizens fairly and squarely without having to resort to oppression to justify its existence.

SKMM siasat penyebaran berita palsu babitkan Apandi-Zeti

Posted: 16 Oct 2015 02:45 AM PDT


SKMM siasat penyebaran berita palsu babitkan Apandi-ZetiSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran kenyataan palsu membabitkan Ketua Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali terhadap Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang dikatakan dimuat naik dalam sebuah portal berita tempatan.

Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi SKMM Zulkarnain Mohd Yasin menegaskan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu akan dibawa ke muka pengadilan. 

Menurut Zulkarnain, mereka yang melakukan kesalahan berkenaan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Jangan sesekali menyebarkan berita-berita yang tidak dipastikan kesahihannya. Ini kerana tindakan sedemikian boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini. 

"SKMM ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh atau mempercayai kandungan serta paparan dalam media sosial," katanya dalam catatan di laman Facebook SKMM tanpa merujuk kepada mana-mana kenyataan khusus.

ff
Sambil berkata mereka perlu terlebih dahulu menyemak berita-berita berkenaan dengan sumber yang betul, beliau menegaskan yang SKMM memandang serius penyebaran berita palsu di media sosial. – Bernama

 
 

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT