Rabu, 14 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


NAJIB ADA BANYAK KES FBI...??

Posted: 14 Oct 2015 10:00 PM PDT


KES  CBT

SRC SDN BHD

KES 45 JUTA RM

KES PECAH

AMANAH

1MDB dalam siasatan polis, kata SPRM

14 Oct — Walaupun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), itu tidak bermakna firma pelaburan negara itu tidak berada di bawah penyiasatan mana-mana pihak, kata badan anti rasuah itu dalam satu kenyataan hari…

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM  Rohaizad Yaakob berkata syarikat milik Kementerian Kewangan itu sedang dalam siasatan polis. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/1mdb-dalam-siasatan-polis-kata-sprm#sthash.7ZCNAcKO.dpuf


KAH KAH KAH
woit
selagi najib tak pergi
selagi rosmah tak pergi
kes ini akan hidup
kes ini sedang dibuka
di switzerlamnd
di hong kong
di new york
di london
kah kah kah
najib boleh call KPN
najib boleh call AG
apa hang ingat najib
boleh call james comey
pengarah FBI
kah kah kah




'PAS tiada maruah ke? Tak malu?' - Tajuddin Rahman

Posted: 14 Oct 2015 09:15 PM PDT

PAS sepatutunya sedar bahawa PKR kini menjalin hubungan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, yang mana DAP secara jelas 'menendang' PAS. - 
Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: "PAS tiada maruah ke? Tiada prinsip? Tak malu? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," itu kata ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman ketika diminta mengulas berkenaan persetujuan PAS untuk mengadakan kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegas Tajuddin, PAS sepatutunya sedar bahawa PKR kini menjalin hubungan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, yang mana DAP secara jelas 'menendang' PAS.

"Amanah yang kini dalam Pakatan Harapan, mereka memang tidak sebulu dengan PAS. DAP sudah tendang dia (PAS) keluar.

"Jadi boleh dikatakan ketiga-tiga komponen dalam Pakatan Harapan ini tidak menerima PAS," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Justeru, beliau berpandangan PAS tidak perlu menjalinkan kerjasama politik dengan parti pembangkang yang lain.

Katanya, persamaan hala tuju dan matlamat perjuangan UMNO dan PAS dilihat sebagai sinergi untuk kedua-dua parti itu bekerjasama.

"Saya menyeru kepada pihak PAS, lebih baik kita bekerjasama, kita bersatu, matlamat perjuangan kita sama dan kita akan lebih berjaya lagi.

"Lebih berkesan lagi perjuangan kita kalau kita bersama daripad dia (PAS) masih lagi nak bergantung harap pada PKR ataupun puak pakatan yang secara terang-terang menolak mereka," katanya.

Bagaimanapun, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan, kesediaan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS tidak bermakna UMNO berada dalam keadaan terdesak.

"Saya rasa UMNO bersedia untuk bekerjasama dengan PAS. Bukan kata UMNO ini terdesak.

"Kita tidak terdesak, tapi kalau PAS mahu bekerjasama alangkah cantiknya, kerana ia akan wujudkan kesatuan orang Melayu, kesatuan orang Islam yang boleh menjayakan agenda perjuangan kedua-dua belah pihak," ujar Tajuddin.

Katanya, Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan dilihat semakin bercelaru tatkala PAS pula terpinga-pinga mencari rakan sinergi.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS kini hanya menjalin kerjasama politik dengan PKR dan tiada keperluan untuk menjalin kerjasama politik dengan Amanah dan DAP.

Kerjasama politik dengan PKR itu termasuk dari segi agihan kerusi agar tidak bertembung pada pilihan raya nanti.

"Kita dengan PKR masih meneruskan kerjasama termasuk dalam pengagihan kerusi, (tetapi) DAP dan Amanah kalau masuk kawasan PAS, kita akan lawan walaupun tiga atau empat penjuru," kata Mohd Amar.





VIDEO - KEADILAN PERLU JAUHKAN DIRI DARI PERKASA, ELAKKAN DIRI DARI MENJADI BODOH

Posted: 14 Oct 2015 08:30 PM PDT



Zar Ali's photo.

PERKASA hakikatnya telah lama ditolak oleh rakyat, bukan sahaja dari kaum Melayu tetapi ditolak secara total oleh bukan Melayu. 

Bila sebut Perkasa, terbayang kepada mereka 'rasis' yang terlampau. Ini yang dirasai oleh kaum bukan Melayu, terutamanya kaum Cina.


Bagi kaum Melayu pula, jika mereka rasa mereka sayang sangat kepada Melayu, Perkasa bukan tempatnya.
Mereka ada Umno. Sejarah Umno dulunya tidak menjadi musuh kepada mana-mana kaum. 

Sekarang ini kaum bukan Melayu tidak lagi yakin dengan Umno bukan kerana kaum Melayu tetapi Umno mentadbir negara selaku tunjang Kerajaan Bn sekarang mentadbir dengan secara amat tidak telus. Sikap Umno yang memelihara kroni itu menjadi puncanya. 

 
KEADILAN sudah lama menjauhkan diri dari Perkasa. Kita melihat Perkasa hanya sebagai ejen Umno untuk menjatuhkan KEADILAN terutamanya kerana Umno paling takut dengan KEADILAN berbanding parti Pembangkang yang lain. 

Sebab itu tidak mustahil apa jua program KEADILAN terutamanya program ceramah yang dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim malahan oleh anaknya Nurul Izzah pun sering cuba diganggu oleh Perkasa. 

Begitu juga program Pas, contohnya program Mat Sabu di Rembau dulu cuba digempur oleh puak-puak ini. Usah bicara tentang perangai Presiden Perkasa, Ibrahim Ali. 

Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah bersangka baik kepada raja katak ini dengan meletakkan beliau sebagai calon Parlimen Pasir Mas dengan menggunakan logo Pas. 

Apabila beliau menang saja, Ibrahim Ali lupa segala-galanya. Beliau rasa beliau dipilih oleh pengundi di Pasir Mas atas kehebatan dirinya. Ibrahim Ali dicop pengkhianat oleh Almarhum Tok Guru. 

Bahkan, sehingga Almarhum Tok Guru baru saja disemadikan, Ibrahim Ali terus merendah-rendahkan keperibadian Almarhum. 

Statusnya di dalam FB yang menghina Almarhum Tok Guru selepas kematiannya mendapat cemuhan dari orang ramai sehingga memaksa beliau membuang status tersebut. 

Sehingga kini Ibrahim tidak pernah memohon maaf kepada waris Almarhum Tok Guru. Itulah Ibrahim Ali. Sehubungan itu, 

KEADILAN seharusnya menjauhkan diri dari Perkasa. Kata-kata fitnah jijik Ibrahim Ali terhadap DS Anwar Ibrahim masih kita ingat. 

Beliau mengeji DS Anwar Ibrahim bahkan beliau orang paling kuat berdoa dan bersyukur apabila DS Anwar dipenjarakan semula. 

Seandainya KEADILAN lupa akan semua ini dan cuba untuk berpeluk mesra dengan Perkasa, itulah sejarah KEADILAN yang paling bodoh. 


Dicatat oleh WFAUZDIN NS.

Umno Terkedu Dengan Tindakan Kerajaan Selangor?

Posted: 14 Oct 2015 07:45 PM PDT

Kerajaan Selangor membantah kenaikan kadat tol di 12 lebuh raya bermula Khamis ini kerana ia membebankan rakyat, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, dasar kerajaan negeri adalah membantah kenaikan tol yang membebankan rakyat.

Sehubungan itu, beliau telah meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada Khamis.

PKNS dan KPS mempunyai kepentingan minoriti dalam Lebuhraya Klang Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

"MTES akan meneliti maklumbalas dari PKNS dan KPS. Dasar Kerajaan Negeri adalah jelas membantah sebarang kenaikan tol yang membebankan Rakyat," tulisnya di akaun Facebook.

Kenaikan kadar tol yang diumumkan baru-baru ini melibatkan lebuh raya antara bandar.

Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) menafikan dakwaan bahawa penyelarasan kadar tol baharu yang diumumkan akan memberi keuntungan besar kepada pemegang konsesi.

PSKLM dalam kenyataan pada Rabu sebaliknya menegaskan, penyelarasan kadar tol itu bagi membolehkan anggota syarikat konsesi terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya.


Ucapan Najib sempena Ma'al Hijrah itu adalah nasihat untuk beliau sendiri, bukan orang lain

Posted: 14 Oct 2015 07:00 PM PDT


Najib telah menasihati kita semua supaya mengenal apa itu Islam yang sebenar agar kita tidak terpedaya dengan segala gejala yang menentang Islam itu sendiri. Saya amat tertarik dengan ucapan beliau semasa menyambut kedatangan tahun baru hijriah 1437 semalam. 
 
Saya sangat merasa bingung dengan apa yang diucapkan beliau kerana apa yang diucapkan beliau itu adalah benar belaka tetapi persoalannya adakah beliau sendiri telah melaksanakan tuntutan Islam itu sendiri.

Beliau menyeru supaya kita orang Islam tidak membenarkan pengaruh tempatan dan antarabangsa untuk memecahkan Islam dan beliau berjanji untuk memajukan negara berlandaskan islam sebagai nadi pentadbiran beliau. 
 
Ucapan itu adalah ucapan yang telah disediakan tetapi beliau patut menyedarkan diri beliau sendiri yang beliau lah yang sangat perlu membuat 'soul searching' dan menilai diri sendiri supaya segala elemen dalam pentadbiran beliau itu semuanya berlandaskan Islam. 
 
Adalah tidak mencukupi jika beliau hanya membaca teks yang telah tersedia tetapi segala isi kandungan teks ucapan beliau itu sesungguhnya diarah dan ditujukan kepada beliau sendiri.

Setahu saya yang tidak begitu mahir tentang agama ini ingin juga bertanya kepada Najib, adakah membazirkan wang rakyat dan tidak berusaha untuk memperbaiki keadaan pentadbiran negara itu adalah unsur agama kita yang suci? 
 
Adakah menyalahgunakan kedudukan dan mempermainkan rakyat dengan dengan berbagai tipu helah sebagaimana yang dipersepsikan oleh rakyat terhadap beliau itu merupakan satu unsur Islam?

Adakah menggunakan pengaruh sebagai Perdana Menteri dengan menjadi orang yang penting dalam syarikat kerajaan dengan mengambil keputusan dalam semua hal perniagaan dan kewangan 1MDB itu berunsurkan agama Islam suci kita?

Adakah dengan mengubah dan melakukan 'displacement' terhadap jawatankuasa penyiasat terhadap 1MDB itu satu dari tuntutan agama kita? Menggagalkan usaha penyiasatan kerana untuk menutupi kesalahan diri sendiri itu adalah sangat bertentangan dengan kehendak Islam itu sendiri.

Melaklukan tindakan untuk mencari kebenaran dengan menukar serta menganjak dan mengalih pegawai penyiasat itu tidak perlu mendengar nasihat pakar agama kerana orang yang begitu tidak begitu mengerti dan memahami agama dengan mendalam ini pun tahu tindakan itu salah dan bertentangan dengan agama kita.

Kita hendak menyebut ini kerana beliau adalah pemimpin. Jika orang percaya dengan kata-kata beliau ini maka orang ramai akan beranggapan yang Islam membenarkan dan bebas menyalahgunakan wang rakyat tanpa had. Kita khuatir orang ramai akan terpedaya dengan kata-kata beliau yang membuang pegawai kerajaan kerana takut rakyat mengetahui segala dosa dan noda kepimpinan itu dibenarkan oleh Islam.

Kita tidak mahu Islam itu dianggap sebagai agama yang mempertahankan kesalahan dan menjunjung kegagalan. Kita juga tidak mahu Islam itu dianggap sebagai agama yang menekan sesiapa yang ingin mencari kebenaran dan menangkap dan membawa mereka di depan penghakiman dan berniat untuk menutupi kesalahan sendiri.

Perpecahan yang disentuh oleh Najib itu juga merupakan perkara yang benar, tetapi Najib perlu tahu yang salah satu dari penyebab perpecahan itu berpunca dari ketidak yakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau. 
 
Rakyat jelas mahu beliau berhenti sahaja dari memikul tanggungjawab negara tetapi beliau bertindak membelakangkan tekanan rakyat ini. Di sebaliknya beliau menggunakan pemimpin-pemimpin yang sudah tertutup hijab mereka untuk menyokong beliau walaupun itu bukannya sokongan rakyat.

Sempena kedatangan tahun baru hijriah ini elok kita ingatkan Najib dan pentokong beliau seperti Shahrir Samad dan lain-lain yang mereka perlu melakukan sesuatu untuk kebaikan diri mereka sendiri yang salah satu tuntutan ketuhanan ialah untuk kita berjaya membuka hijab kita agar kita akan mampu menentukan dan menilai yang mana yang hak dan mana yang batil. 
 
Jika kita berjaya membuka hijab kita maka kita tidak akan mendengar Shahrir Samad mengalihkan isu dari berusaha menyelesaikan masalah kepada membuat tuduhan terhadap pengkritik Najib itu sebagai kumpulan yang mempunyai agenda peribadi.

Jika hijab mereka terbuka mereka akan memberikan tumpuan yang lebih bagi mencari penyelesaian dengan meneliti tentang isu 1MDB dan isu 'derma' yang berbillion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. 
 
Pengerusi Kelab Backbencher parliman Malaysia itu sepatutnya membuat penyelidikan kenapa wang 'derma' yang dipindahkan ke Singapura itu di sitar oleh pihak penguasa negara itu. 
 
Selidiklah isu ini dengan teliti sebagai seorang ahli legislatif yang bertanggungjawab, bukannya menurunkan darjat beliau setahap dengan Ahmad Maslan, Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan dan Adnan Mansor serta Ismail Sabri.

Najib perlu memberikan penjelasan kenapa beberapa orang individu yang terlibat dalam pemindahan wang secara haram seperti Nik Faizal dan Datuk Subuh sekarang sudah menjadi 'fugitive' negara. 
 
Sharir sepatutnya bantu rakyat untuk mencari mereka ini dan memberikan penjelasan kenapa mereka perlu melarikan diri jika tidak terlibat melakukan kesalahan seperti yang dituduh rakyat itu? Kenapa perlu lari keluar negara jika tidak bersalah?

Pendeknya apa yang disebut oleh Najib dalam ucapan beliau itu semuanya benar, tetapi seluruh ucapan dan nasihat yang terkandung dalam ucapan beliau itu sesungguhnya adalah nasihat untuk beliau sendiri.
 
 

VIDEO - Restoran Mamak Cuci Kuali Guna Penyapu Ditutup

Posted: 14 Oct 2015 06:30 PM PDT

 
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila sebuah restoran mamak menggunakan penyapu lantai untuk membersihkan kuali. Malah perkara itu bukanlah tersebar di atas khabar angin, tetapi melalui sebuah rakaman video oleh seorang pelanggan di restoran tersebut.
Restoran Mamak Cuci Kuali Guna Penyapu Ditutup

Menurut laporan daripada Harian Metro, restoran tersebut diarahkan tutup kerana kotor selepas diperiksa Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.
 
Restoran Mamak Cuci Kuali Guna Penyapu Ditutup

Jurucakap jabatan itu berkata, restoran berkenaan diarahkan tutup sehingga pihaknya berpuas hati dengan tahap kebersihannya. Katanya, pemeriksaan mengejut dibuat oleh lapan penguat kuasa jabatan berkenaan di seluruh kawasan premis termasuk bahagian dapur selepas menerima aduan orang ramai yang melihat video itu.
 
Restoran Mamak Cuci Kuali Guna Penyapu Ditutup

"Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan di restoran berkenaan tidak memuaskan dan kita beri notis supaya restoran ditutup esok. Kita akan beri kelulusan untuk restoran itu beroperasi semula apabila ia benar-benar bersih," katanya.


Jika anda ingin melihat tahap kebersihan restoran ini dengan lebih terperinci, cuba tengok video pendek di bawah ini. Memang kembang tekak kami. Tidak salah untuk makan di restoran mamak, asalkan kebersihannya terjaga dan tidak kotor teruk seperti dalam video ini.
 
 
Adakah anda pun pernah terlihat perkara yang sama? Bolehlah kongsikan pengalaman anda di ruangan komen agar menjadi pesanan kepada orang ramai untuk berhati-hati memilih restoran yang bersih.

APA YANG PELIKNYA ?

Posted: 14 Oct 2015 06:00 PM PDT


Telah menjadi kelaziman Duta negara asing akan mengunjungi Pejabat PAS untuk kunjungan hormat.Apa tandanya? Ini menunjukkan pengiktirafan sesebuah negara itu kepada PAS selaku partai yang berpengaruh dalam bidang politik di Malaysia.

Ramai Duta termasuk Amerika,Jepun,Jerman telah mengunjungi Pejabat PAS.Tentunya duta yang mewakili negara mereka membawa mesej penghormatan negara yang diwakilinya terhadap PAS.Biasanya di akhir kunjungan itu ada slot bergambar dan berjabat tangan.Biasalah.

Apabila Ketua PERKASA NGO pro UMNO Ibrahim Ali  mengunjungi Pejabat PAS dan berpelukkan dengan Presiden PAS tiadalah yang peliknya.Mereka bersetuju dalam perkara menentang kezaliman dan menegakkan keadilan iaitu TPPA,1MDB dan SOSMA.

3 perkara setuju bersama itu juga turut diperjuangkan sebagai isu oleh DAP,PAN dan PKR.Apa yang peliknya? Barangkali kerana TGHH bergambar sambil berpelukkan dengan Ibrahim Ali dan kunjungan PERKASA ke Pejabat PAS.

Sudah menjadi kelaziman TGHH meraikan tetamunya. Lihat ketika PAS mula memerintah Terengganu 1999 dimana TGHH mengunjungi Sultan Mizan di Istana Badariah dan mereka berdua berpelukkan.Begitu juga semasa Lim Kit Siang datang ke Wisma Darul Iman ketika TGHH menjadi MB.Mereka berdua juga berpelukkan.Tiada yang peliknya.

Kunjungan Ibrahim ke Pejabat PAS menunjukkan Ibrahim iktiraf peranan dan pengaruh PAS selaku kuasa  politik negara setanding UMNO.Ibrahim tahu PAS sudah tidak mempercayainya selepas kes menjadi MP Pasir Mas tempoh hari 2008-2013.Tetapi mengapa Ibrahim sanggup "melompat tangga" bangunan PAS semata-mata mahu jumpa TGHH?Jauh sekali Ibrahim mahu pijak pejabat PKR maupun PAN(PAN ada ibupejabat ke?)

Yang peliknya foto tentang Mat Sabu bersama amoi yang di anggap macam cucunya di BERSIH atau Rosmah berpelukkan dengan Lee Chong Wei selepas kejohanan badminton.

Selepas PERKASA,giliran siapa pula mengunjungi Pejabat PAS ? MCA,GERAKAN,MIC ? Semuanya tiada yang mustahil selagi namanya politik.

PANAS - PEMIMPIN UMNO AKAN SERTAI PKR?

Posted: 14 Oct 2015 05:15 PM PDT



PKR esok dijadual mengumumkan kemasukan pemimpin Umno ke dalam parti itu.

Ia dijadual diumumkan oleh presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail dalam sidang media ibu pejabatnya di Petaling Jaya pada tengah hari esok.

Individu itu tidak dinamakan tetapi ramai membuat spekulasi bahawa ia adalah bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah.

Beberapa pemimpin PKR telah memuat naik poster berkaitan di Internet.


Malaysiakini sudah menghubungi Saifuddin bagi pengesahannya dan masih menunggu jawapannya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ketika dihubungi enggan mengesahkannya tetapi tidak menolak secara pasti.

"Pengumuman esok. Saya tak kata ya atau tidak," katanya ketika ditanya sama ada orang itu Saifuddin.

Kalah dalam PRU lalu

Terus diasak beliau berkata tidak dapat membuat sebarang kenyataan tetapi memberi bayangan individu itu tewas dalam pilihan raya umum lalu.

"Beliau kalah dalam pilihan raya umum lalu," katanya sambil ketawa.

Saifuddun sebelum ini kecundang di tangan calon PAS Nasruddin Hasan di Temerloh.

Saifuddin sebelum ini pernah dispekulasi akan menyertai Parti Amanah Nasional (AMANAH), parti serpihan PAS.

Terkenal dengan kenyataan sering melawan arus dalam Umno, beliau baru-baru ini hadir dalam mesyuarat pembentukan gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan.

Perkara itu menyebabkan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada partinya.

- mkini


CEMBURU DENGKI

Posted: 14 Oct 2015 04:45 PM PDT

Nurliyana Abdullah's photo.

Cemburu dengki itu memang satu penyakit tetapi boleh saja dikatakan bukan penyakit kalau memang di lokasi selayaknya.

Cemburu membabi buta itu buruk kesannya yang kekadang menyesal tak guna kesan ia cipta api sengketa.

Ada yang cemburu dengki tetapi diam ia berusaha sendiri untuk lebih gigih dan ini cukup baik dan harus menjadi amalan.

misalnya cemburu kejayaan jepun, kejayaan korea atau negara lain dan kita terus berusaha semacam mereka maka itu sesuatu yang harus dan itu sebab Nabi kata belajarlah hingga ke negara china.

Bila kita cemburu kejayaan seseorang misalnya dan kemudian kita lontar kata menghina kepada yang berkenaan itu sebenarnya tidak sekali menjatuhkan orang yang dihina sebalik yang menghina itu jadi tidak baik sebab sudah diketahui perangainya memang begitu kata kawan2 dan kesannya menjadi kita kehilangan kawan.

Dalam kritik ini saya berpeggang kata2nya KENNETH TYNAN yang menjelaskan seorang kritikus itu ialah orang yang tahu jalan tetapi tidak bijak atau tahu mengendarai kenderaan.

Sementara itu HEMINGWAY kata itu kritikus2 yang fasih kekadang adalah hakim yang parah.

Memang kritik itu diperlukan dalam hidup kita tetapi yang kritik juga jangan hanya pandai berkata agar yang dikritik berkata berhemah sedang dirinya sendiri tidak berhemah.

Misalnya kalau kita kritik seseorang, rasanya elok kalau kita katakan begini " karya kamu memang bagus, tetapi apa kata kalau kamu menambah ayat itu begini dan begitu..." saya rasa ini lagi baik dan menyenangkan kecualilah kalau memang mencari musuh alias gaduh dan kalau perempuan gaduh memang buruk perangi suami oleh lari.

Kalau misalnya kita kritik karya Khairul Anwar, harusnya kita kaji kehidupan Khairil Anwar terlebih dahulu dan demikian juga kalau kita kritik Pak Samad Said atau siapa saja, tetapi sebaliknya kalau main hentam keromo maka akan kena juga batang hidung kita sediri kecualilah kesan cemburu dengki yang meluap2.

Kekakadang juga kita kritik seorang penulis yang kritik kerajaan dan kemudian dalam kepala seolah dia itu ahli parti pembangkang, padahal sebenarnya tidak dan itu sudah meleset sebab penulis dan politikus dua perkara berbeza sama juga maksudnya politikus dan negarawan yang maksudnya tidak sama perjuangan mereka.

Nah, itu sebab kalau kita cemburu dan dengki kita sendiri berusah untuk jadi hebat maka itu baik sikapnya tetapi jika cemburi dengki dalam hati busuk dan ada sikap budaya membusuk maka sampai bilapun diri sediri tidak akan maju dan akan terus di belakang.

Makanya kita ini harus banyak brIQRA dan banyak kenalan di mana-mana bukan mencari musuh yang akhirnya diri menjadi kera sumbang di hutan dan keadaan itu menjadi hebahan teman2nya sendiri. malulah jadinya!


salam muharam duhai kawan2

NURLIYANA ABDULLAH
tenom

Begitu Mudah Mereka Melupakan Kebusukan Mulut Ibrahim Ali ?

Posted: 14 Oct 2015 01:48 PM PDT

Teruna Aiman's photo.

Siapa tidak kenai dengan Ibrahim Ali ini, Sudah puas aku cari jawapan bagai mana Haji Hadi begitu mudah menerima dan bekerjasama kembali dengan brahim ini. 

Tapi aku rasa Rakyat kelantan tidak semudah itu untuk melupakan mulut busuk brahim ali ini contoh seperti sewaktu kembalinya bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat ke rahmatullah Datuk Ibrahim Ali menerima cemuhan dan dikecam orang ramai terutama masyarakat Islam selepas mengeluarkan satu kenyataan yang disifatkan tidak sensitif.

Ibrahim, dianggap biadap dan didakwa cuba mempolitikkan kematian Nik Aziz apabila mengeluarkan kenyataan Allahyarham gagal melaksanakan hukum Hudud selain tidak banyak membangunkan negeri Kelantan selama lebih 20 tahun menjawat jawatan Menteri Besar.

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu membuat kenyataan berkenaan menerusi laman Facebooknya.


Tidak cukup dengan itu, Ibrahim juga dalam kenyataan yang sama, turut menyifatkan kematian Nik Aziz adalah sesuatu yang tidak mengejutkan.

7 sebab kedudukan kerajaan adalah lemah - Pendapat Anda.com

Posted: 14 Oct 2015 06:15 AM PDT


Rasanya perlu juga tulis sebab rasa dah tak tahan dengan apa yang dilihat sedang berlaku dalam negara Malaysia. Perlu ambil sikap menolak kemungkaran dan memakmurkan kebaikan. Jadi perlu tulis juga.

Dunia sedang mentertawakan negara kita dengan apa yang sedang berlaku. Media antarabangsa dengan terbuka melaporkan kesemua benda yang tak elok terjadi pada pentadbiran negara kita. Ada ramai kawan yang pergi ke luar negara atas urusan bisnes, terasa macam malu nak bagi tahu dia orang Malaysia.

Kita boleh kata, media barat memang sengaja nak pekena supaya negara kita jatuh. Sebab negara kita adalah negara Islam (begitulah dakwaan sesetengah pemimpin), jesteru itu barat yang memang anti Islam ambil kesempatan untuk jatuhkan Malaysia.


 

 Tapi cubalah lihat dengan fikiran yang terbuka. Tak ada kerajaan negara manapun yang dapat bertahan tanpa adanya perhubungan diplomasi dan ekonomi dengan semua negara lain di dunia.

Zaman moden penghujung dunia ini menyaksikan sempadan perhubungan manusia dari kalangan spesis Homo Sapiens terbuka dengan luas. Itu merupakan satu titik tolak kepada perlunya self-correction untuk pastikan manusia dapat bertahan dalam kehidupannya.

Sikap mendabik dada kononnya kita tak perlukan mana-mana dunia atau negara lain untuk menjalani kehidupan moden ini adalah satu pembohongan terhadap diri sendiri. Kita perlu sesuaikan diri mengadaptasi dalam keadaan semasa dan mencatur pergerakan untuk melonjak ke atas.


Kerajaan dalam keadaan paling lemah

Kerajaan kita sekarang dikuasai oleh Barisan Nasional dengan pemerintah tertinggi mereka tidak lain dan tidak bukan dipegang oleh Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone. Seorang lelaki berketurunan Makassar atau Bugis yang berdarah pahlawan hebat.

Memang Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone ternyata beliau seorang pahlawan hebat, pantang menyerah kalah dan berani mengharungi ombak besar. Ternyata dia memang berdarah keturunan pelayar kapal yang amat hebat.

Dalam hebat sangat itulah yang bakal merosakkan keseluruhan kapal dan bakal membunuh keseluruhan anak kapal. Dalam ribut taufan yang tak selamat, ketua perlu tahu buat keputusan yang baik.

Membuat keputusan degil bukanlah bererti baik. Ketua yang hebat adalah ketua yang tahu bila masanya perlu berdegil dan ila masanya perlu beralah. Kalau asyik dengan kedegilan secara konsisten, malapetakan mudah melanda.

Rating ekonomi negara kita jatuh teruk walaupun dari segi perkara asas kita tidak sepatutnya teruk sangat. Namun begitu, segala pertimbangan terhadap ekonomi sesebuah negara bergantung penuh pada kedudukan kerajaannya.


7 sebab kedudukan kerajaan adalah lemah

Dan keadaan kerajaan yang ada di Malaysia sekarang berada dalam situasi yang paling lemah dalam sejarah, ia memberikan kesan kepada perkiraan kedudukan ekonomi negara kita.

Betulkah kedudukan kerajaan kita amat lemah sekarang ?

Berikut saya senaraikan 7 sebab, sebagaimana yang diberikan oleh A Kadir Jasin dalam postingnya yang terkini:


  1. Umno sudah berpecah kepada dua puak – puak Mohd Najib dan puak Muhyiddin-Shafie
  2. Di peringkat akar umbi UMNO pula, kepemimpinan bahagian dan cawangan tidak lagi berani angkat kepala kerana malu diherdik dan dipersendakan oleh ahli-ahli sendiri
  3. Barisan Nasional hanya wujud pada nama
  4. Ramai perwakilan ke Persidangan Agung MCA baru-baru ini secara terbuka menggesa Mohd Najib meletakkan jawatan
  5. MIC lumpuh akibat krisis dalaman
  6. Di Sarawak, parti-parti suku kaum yang membentuk BN negeri mula bersuara mengenai autonomi dan menjauhkan diri daripada krisis pemerintahan pusat
  7. Umno Sabah pun telah berpecah akibat pemecatan Shafie dan penonjolan musuh-musuh politik beliau.



Apa pembangkang boleh buat


Kata orang, kedudukan pembangkang adalah paling kuat dalam sejarah negara. Tapi nampaknya apa yang sedang berlaku sekarang ini menyatakan sebaliknya.



Dalam keadaan Kerajaan BN yang amat lemah dan tidak bermaya, ditertawakan di seluruh dunia, malah dicerca di maki di media alternatif, pembangkang tak boleh buat apa-apa. Kat mana kuatnya pembangkang ?



Kononnya konsep dua parti bersaing dalam sesebuah negara adalah satu konsep terbaik di mana akan berlakunya semak dan imbang. Tapi semakan semuanya diterajang mentah-mentah dan pebangkang tak dapat buat apa-apa.



Dengan bantuan daripada kecaman yang berlaku sesama UMNO dan juga BN, pembangkang tak dapat membantu rakyat Malaysia yang resah gelisah.



Apakah semua kelemahan pembangkang terjadi disebabkan oleh masalah dalam Pakatan Rakyat? PAS salahkan DAP, dan DAP salahkan PAS. Sekarang PAS salahkan PAN dan PAN pula giat merekrut ahli PAS.



Pakatan Rakyat masih ada kata sesetengahnya, dan dalam masa yang sama Pakatan Harapan pula mahu diusahakan. Nampak macam ada perang berbagai penjuru sekarang ini. Semuanya menyerang sasaran yang sama tapi tidak ada kerjasama erat untuk mencipta momentum serangan sekali hentak.



Siapa yang boleh ke depan dan ketuai satu serang padu dan muktamad dan seterusnya selesaikan kesemua krisis ini agaknya ?



Mungkin kita perlu panggil Antonio Banderas untuk melakonkan watak Zorro di negara kita, bagi meruntuhkan dan seterusnya membebaskan DSAI dari penjara...!



Apa pendapat anda ?

Muharam bulan penuh makna

Posted: 14 Oct 2015 05:30 AM PDT

Nurliyana Abdullah's photo.

hari ini titik mula sejarah bulan penuh makna penuh sejarah sengketa perang segera dihentikan sinisnya lebih hebat banding itu.

secara umumnya islam itu agama keamanan bukan agama nafsu yang akur mahunya syaitan yang berjanji rosakkan anak-anak adam agar sengketa berbunuh sesama.

hari ini tarikh awalnya pertama dinamakan 1 muharam yang niat sebenar agar kita ini terus berlarian di jalan illahi terisi dengan sikap dan olah bak di syurga.

sekian waktu kita lalui jalan yang salah api sekitar kita membakar dan terus membakar dengan segala macam cara yang akhirnya ada yang jatuh gagal mencapai keinginan yang dimahu berdasar hukum Illahi.

di sepanjang jalan ada saja onar dan api yang siap kita hadapi kesan perbuatan yang sama sekali tidak bertamadun.

baik di halaman rumah atau dalam rumah termasuk sekitar lokasi kita kerja mulut dan olah kita ada saja yang tidak kena bertentangan sekali dengan sikap yang Allah mahukan.

Ada yang sikapnya hipokrit menunjuk-nunjuk tetapi hati penuh bobrok dan jahat sedang Allah itu melihat dan memerhati malah pencuri kertas karbon tidak akan selamat di mahkamah Allah, inikan pula pencuri wang milik syarikat tempat kita berkerja.

bukan saja itu kala di pejabat kita dikehendaki berkerja 8 jam tetapi waktu berkerja hanya sekitar 3-4 jam sedang yang lain diguna untuk hal-hal lain yang tidak berkaitan seperti ambil hantar anak, hantar suami/isteri itu juga tidak amanah meski beribu alasan yang diberikan.

sinisnya bulan muharam ini ialah bukan saja hentikan peperangan atau hentikan sengketa, malah muhasabah atau sedar diri dalam apa jua segalanya tindakan kita.

yang muslim teruslah menggapai bulan illahi untuk menjadi insan baik dan yang disenangi semua orang termasuk menjadi muslim baik yang boleh dicontohi oleh mereka yang tidak muslim agamanya.



salam muharam buat semua
NURLIYANA ABDULLAH
tenom

Ibrahim Ali Cadangkan PAS Kerjasama Dengan Umno

Posted: 14 Oct 2015 04:45 AM PDT



Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali - turut hadir dalam sidang media itu mencadangkan PAS mengambil langkah bekerjasama dengan Umno demi perpaduan Melayu.

"Perkasa minta PAS proaktif dan bekerjasama dengan semua pihak termasuk Umno.

"Sekalipun perbezaan ideologi dan politik tidak seharusnya memecahbelahkan Islam," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP.

PAS Selangor tolak kerjasama dengan Perkasa

Posted: 14 Oct 2015 04:00 AM PDT


Tidak sampai 24 jam selepas PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) dilaporkan memeterai kerjasama membabitkan isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu, ia menerima 'tentangan' dari dalam parti Islam itu sendiri.

PAS Selangor dalam satu kenyataan malam tadi berkata ia tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa, selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kerjasama antara dua pihak itu melibatkan 3 perkara.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar A Samad berkata, walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional (BN) dengan mereka yang menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS, "tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman".

"Seluruh tenaga rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial perlu digembleng untuk berdepan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa BN," katanya.

Petang semalam, Hadi berkata, PAS dan Perkasa setuju bekerjasama dalam 3 perkara, iaitu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Iskandar yang juga naib presiden PAS berkata, pihaknya menerima penjelasan daripada PAS Pusat mereka hanya menerima kunjungan hormat daripada Perkasa dan tiada persetujuan dicapai untuk menjalinkan kerjasama.

"Mereka membincangkan 3 perkara iaitu 1MDB, Sosma dan TPPA. Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan media," katanya dalam kenyataan itu.

Pada masa sama, setiausaha politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menjelaskan lewat malam tadi, kedua-dua pihak yang bertemu di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam hanya bersetuju mengenai 3 isu itu saja.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang Zainulfaqar Yaacob berkata Samsuri menafikan PAS ada kerjasama rasmi dengan Perkasa, yang diketuai Datuk Ibrahim Ali, dan pertubuhan pelampau itu hanya membuat kunjungan hormat kepada Hadi saja.

Sehubungan itu, Zainulfaqar berkata, Amanah perlu mencari jalan supaya tiada kunjungan hormat daripada Perkasa pula untuk bertemu dengan pemimpin utama yang lain dalam Pakatan Harapan.

"Ini kerana, usaha membawa masuk PAS ke dalam Pakatan Harapan masih berlaku, sehingga kini, dan niat itu cuba dimurnikan pemimpin tertentu PAS sendiri," katanya.

Sekiranya hendak mementingkan "politik kekuasaan" seperti Perkasa yang mesra dengan Umno dan PAS, majoriti rakyat akan pertikai integriti politik kita, kata Zainulfaqar. - TMI

TAK SALAH PERTIKAI MAHKAMAH ( pertikai tak bermakna tak hormat tapi ulang2 salah kita jadi muak memberontak)

Posted: 14 Oct 2015 03:30 AM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.

KITA kekadang mendengar orang perkata konon kita kena hormat mahkamah. Ya, kita memang hormat mahkamah tetapi kala hormat tidak semestinya kita diam saja apa yang diputuskan oleh mahkamah.

Kita hormat PM sebab dia pilihan MP dan sekaligus pilihan rakyat meski
hannya 47% mengundi rakyat kala BN hanya kelebihan 33 kerusi di PRU13 lalu.


Kita hormat PM tak semestinya akur apa saja yang dia putuskan dan kita kuiri tak semestinya semata ditentukan kala election mendatang sama juga kita kuiri kesalahan murid tidak semesti lewat peperiksaan. bukan bgitukah?

Kita hormat Mahkamah sebab tidak semua yang di sana selalu berbuat salah dan ada kalanya keputusannya salah dan memang ada yang betulnya juga dan sedikit tidak benar.

Mungkin tidak benar buat yang teraniaya atau yang gagal pertahankan bicara tetapi itu bukan soalnya sebab untuk puaskan hati semua orang bukan semudah yang disangka.

Mahkamah/sistem kehakiman itu dicipta oleh manusia dan manusia itu bukan malaikat atau Tuhan yang maha berkuasa dan hakim/manusia itu ada salah silapnya di mana-mana dan sebagai sesuatu itu keputusan manusia, maka manusia lain juga punya hak untuk pertikai sesuatu keputusan.

Pertikai sesuatu keputusan tidak bermakna tak hormat, makanya kalau bicara di mahkamah rendah sesiapa juga bisa kuiri di mahkamah lain seperti mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan tetapi itu tidak bermakna tak hormat keputusan.

Misalnya kekadang pencuri ayam kerana mahu makan atau sebaliknya kala di mahkamah pejara 24 bulan, sedang yang mencuri tipu khazanah negara dipenjara 1 tahun sahaja. adilkah itu namanya kalau terjadi sama adik kita sendiri?

Nah, di mana keadilan itu sebenarnya sedang dalam islam kalau memang orang miskin sangat mencuri tidak pula dipotong tangan sebab islam hukum seseorang berdasarkan keadaan dan itu sebab sebelum hudud dilaksana sekurang kemiskinan itu harus diselesai dulu samalah kala darurat makanan tak ada untuk hidup babi jadinya tidak haram ketika itu kalau dimasak meski mentah.

Jadi, kesimpulan yang saya jelaskan tidak menjadi kesalahan sesiapapun pertikai keputusan mahkamah, malah kalau kita rasa tidak benar kita berhak menyuarakan dan islam pula membenarkan malah wajib mempertahakan mereka insan teraniaya tak kira apa bangsa dan agamanya.


begitulah saya fikir dan ini harus dimengerti


ISMAILY BUNGSU
SABAH
14/10/2015

NAJIB SEORANG YG MUNAFIK !!!

Posted: 14 Oct 2015 03:15 AM PDT

MASIH INGAT ucapan Najib di Perasmian Program Jelajah Janji Ditepati di Kudat pada 14/10/2012 katanya...

"Mengikut sepotong hadis, ADA 3 CIRI ORANG MUNAFIK;

Bila dia cakap DIA BOHONG..

Bila dia janji DIA MUNGKIR..

Bila dia galas amanah DIA KHIANATI.."

Ini lah yang senantiasa bersama UMNO !!


MAJORITI RAKYAT MALAYSIA AKAN MUNTAH BILA TENGOK GAMBAR INI...

Posted: 14 Oct 2015 03:00 AM PDT


Nanti bukan kadar tol yang naik, rakyat yang ‘naik’ hantu – Rani Kulup

Posted: 14 Oct 2015 02:15 AM PDT

Encik Politik Encik Polotik

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Rani Kulup (bertongkat) berkata, kenaikan kadar tol hanya menambahkan bebanan rakyat yang selama ini sudah dihimpit kenaikan kos sara hidup.

KUALA LUMPUR, 14 Oktober:


Kerajaan digesa menangguhkan kenaikan kadar tol yang akan berkuat kuasa esok.


Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, kerajaan perlu mencampur tangan dalam perkara itu, supaya kadar tol tidak dinaikkan sewenang-wenangnya, sekalipun wujud perjanjian konsesi.


"Tol ini sebenarnya boleh rileks dulu, sekarang rakyat sudah menghadapi pelbagai kenaikan harga barang.
"Nanti bukan tambang tol yang naik, rakyat yang 'naik' hantu nanti. 


Kita tahu ada perjanjian konsesi, tetapi kerajaan tetap perlu campur tangan," katanya selepas membuat laporan polis berhubung kenaikan tol yang diumumkan kelmarin dan semalam, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pagi tadi.

Tambahnya, kenaikan kadar tol hanya menambahkan bebanan rakyat yang selama ini sudah dihimpit kenaikan kos sara hidup.


"Jangan naikkan lagi harga tol buat masa sekarang, kerajaan harus memahami tekanan yang rakyat lalui," ujarnya.


Setakat ini, sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya telah mengumumkan kenaikan kadar tol antara 20 sen hingga RM6 yang akan berkuat kuasa esok.


Kementerian Kerja Raya menjelaskan, kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM1,108 juta antara 2008 dan 2013, serta RM403 juta pada tahun lalu, untuk penangguhan kadar tol.


Dalam perkembangan lain, Rani Kulup yang lebih mesra dipanggil Ayahanda turut membuat laporan polis berhubung penjualan ubat demam yang dipercayai mengandungi bahan terlarang.

"Ayah menggesa pihak KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) serta Kementerian Kesihatan menyiasat sumber penjualan yang hangat di media sosial.


"Ubat ni ada kandungan dadah yang berlebihan dan boleh menyebabkan ketagihan kepada pengguna, sehingga mendatangkan bahaya pada kesihatan," jelasnya lagi.


Menurut laporan Bernama, Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan telah mengarahkan syarikat Royce Pharma Sdn Bhd menarik balik sirap Paracetamol 120mg/5ml di pasaran, kerana didapati mengandungi alkohol.


Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi itu, Datuk Eisah A Rahman dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan produk mengenai wujudnya alkohol dalam ubat tersebut, maka pihak kementerian telah menerima tawaran syarikat tersebut untuk membekalkan produk itu.


Bagaimanapun, Eisah berkata, produk itu telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), dan didapati mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan.


"Orang awam tidak perlu bimbang kerana walaupun ia mengandungi alkohol dalam had yang dibenarkan, tiada isu keselamatan dilaporkan," katanya.

Wartawan Malaysiakini Dedah Perkara Sebenar Semasa Pertemuan PAS - Perkasa

Posted: 14 Oct 2015 01:30 AM PDT

Apabila telah dibelasah oleh netizen mengenai kerjasama PAS-PERKASA semalam, PAS menafikan berita-berita yang tersiar di dalam Berita Harian, Malaysiakini dan Malaysian Insider. 

Setpol Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang memang dikenali sentiasa membuat penafian apabila Presiden PAS terjerat dengan sesuatu isu, menukarkan perkataan "bekerjasama" dengan "bersetuju" - sedangkan di dalam konteks isu PAS-PERKASA kedua-dua kata perbuatan (verb) itu tidak ada bezanya. 

Wartawan kini juga kesal dengan "penafian" Samsuri itu.


Dan mengenai isu PAS Selangor tak bersetuju untuk bekerjasama dengan PERKASA, ia merupakan sesuatu yang agak lucu dan pelik. PAS Pusat bertindak lain, PAS Selangor bertindak lain. 

PAS Selangor tahu bahawa jika ia melakukan kerjasasama dengan PERKASA, habislah impian PAS Selangor di dalam PRU14 nanti walaupun untuk memenangi satu kerusi. 

Ini kerana PERKASA dikenali oleh rakyat di pantai barat sebagai sebuah NGO yang rasis dan ekstrem yang sudah pasti sebarang kerjasama dengannya akan meletakkan PAS Selangor di dalam keadaan tersepi dan kritikal serta ditolak oleh rakyat Selangor. 

Hal yang sama juga berlaku di dalam isu hudud. Tatkala PAS Pusat berhempas pulas kononnya memperjuangkan hudud (sedangkan yang sebenarnya bukan hudud tetapi hanya pindaan EKJS Kelantan), PAS Selangor mengambil sikap "tidak menyokong hudud" di atas alasan Selangor bersedia semata-mata untuk menjaga hati pengundinya disamping mengekal jawatan dan kedudukan mereka di dalam kerajaan negeri Selangor.

Petikan dari Greenboc

AL FATIHAH - Masih Ingatkah Anak Istimewa Ini? Dia Telah Meninggal Sebentar Tadi..

Posted: 14 Oct 2015 12:55 AM PDT




SEREMBAN: Semaja orang kurang upaya(OKU) adik Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang pernah menjadi bualan hangat sebelum ini disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.

Memetik laporan BH Online, adik Firdaus meninggal dunia selepas diserang sawan.

Difahamkan Firdaus sebelum itu telah pengsan di Rumah Kebajikan Sinar Harapan sebelum ambulans sampai dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Adik Firdaus sebelum ini menggemparkan masyarakat selepas ditemui terkurung oleh pihak imigresen seorang diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan kurus kering dan terbiar di Taman Semarak, Nilai, tahun lalu.

Dalam kes itu, ibu Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 41, telah dijatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban kerana mengabai dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan.

Muhammad Firdaus kemudian ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban.


Rahsia Solat 5 waktu Sehari Semalam

Posted: 14 Oct 2015 12:00 AM PDT

Rahsia Hawa's photo.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. 

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. 


Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. 


Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. 


Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. 

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. 


Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). 

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. 


Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. 

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. 

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. 


 Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. 

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. 


Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. 


Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh..