Isnin, 12 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


'Kita lapor, tapi kita kena tangkap' - Tun M

Posted: 12 Oct 2015 10:00 PM PDT


'Kita lapor, tapi kita kena tangkap' - Tun MPUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penahanan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang adalah satu penyalahgunaan kuasa dan tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia bernasib malang apabila pihak berkuasa memberi 'mesej' bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang melaporkan sesuatu kesalahan mengenai pemimpin tertinggi negara.

 "Mereka guna perkataan 'sabotaj' dari sudut pandangan mereka sendiri. Mereka ketepikan suara dan protes rakyat, kerajaan tidak berfungsi seperti sepatutnya.

"Ini perkara biasa... kita lihat kesalahan kita lapor, tapi sebaliknya pihak berkuasa tangkap kita. Undang-undang untuk kebaikan rakyat bukan untuk untuk kerajaan sahaja…Khairuddin terpaksa buat laporan di luar negara kerana Peguam Negara tak ambil tindakan. Lapor saja, bukan dia pergi pasang bom atau guna senjata," katanya pada sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin.

Sidang media yang berlangsung selama lebih satu jam itu turut dihadiri Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat.
Kesemua mereka hadir bagi menyatakan sokongan dan persamaan pendapat bahawa penahanan Khairuddin dan Matthias adalah satu penyalahgunaan undang-undang dan bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya mereka dibebaskan.
dd

Dr Mahathir berkata, sidang media melibatkan pemimpin dan bekas pemimpin negara ini adalah bagi menunjukkan negara berada pada tahap kritikal dari segi kepimpinan, ekonomi dan perpaduan."Kami setuju bahawa kerajaan telah menyalahgunakan kuasa. Rakyat perlu tahu dan kerajaan perlu respons…bebaskan mereka serta-merta (Khairuddin dan Matthias), jangan tahan orang di bawah Sosma. Sosma berkaitan keganasan.

"Sebagai warga emas yang pernah berkhidmat kepada negara, kami rasa perlu datang bersama dan berbuat sesuatu," tegas beliau.Mengenai kemungkinan ditahan atau dikenakan tindakan oleh parti, Tun M berkata semua mereka berdepan risiko."Seseorang harus mengambil risiko untuk suarakan perasaan dan pandangan tentang kerajaan yang tidak mengambil kira kepentingan rakyat.

"Saya juga seperti orang biasa, mungkin ditahan cuma saya harap kerajaan gunalah undang-undang dengan betul, jangan salah gunakannya," katanya.Dalam pada itu, Dr Mahathir juga menegaskan bahawa tindakan untuk menjatuhkan kerajaan adalah perkara biasa yang berlaku di mana-mana negara demokrasi pada setiap masa, justeru itu tidak wajar ia dikaitkan dengan keganasan.-Mstar


Jamal panggil Tun M ‘Enam Jahanam’

Posted: 12 Oct 2015 09:15 PM PDT

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Beliau menyifatkan enam tokoh yang mendesak Najib meletak jawatan sebagai barang terbuang, tidak ada harga dan nilai serta boleh ditalkin


PETALING JAYA: Enam tokoh yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilabel sebagai 'Enam Jahanam'.

Panggilan itu dibuat Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus.


Selain negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau turut memanggil lima yang lain iaitu Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan juga bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat, dengan gelaran yang sama.


Katanya, kenyataan bersama keenam-enam tokoh berkenaan yang meminta Najib meletak jawatan adalah langkah terdesak.


"Apabila geng enam jahanam ini tidak mampu, untuk menewaskan Datuk Seri Najib dan kepimpinan yang ada sekarang, mereka menyeru rakyat untuk menentang kerajaan dan Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi FMT.


Mengulas lanjut, Jamal turut menyifatkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai individu yang tidak bermaruah apabila menyeru rakyat untuk terus melawan Perdana Menteri.


"Apabila dia berdepan dengan Perdana Menteri, terutamanya ketika mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO lepas, dia tidak suarakan seperti yang dinyatakan hari ini.


"Kalau benar dia bermaruah dan berprinsip, pertama beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden parti terlebih dahulu," katanya.


Ditanya sama ada, Majlis Tertinggi perlu memecat tokoh tersebut Jamal berkata, tindakan tersebut wajar dilakukan memandangkan mereka tidak lagi penting dalam UMNO malah menyusahkan parti.


"Enam jahanam ini seperti barang reject yang sudah tidak ada harga dan nilai, kalau tidak pecat sekalipun mereka ini sudah boleh ditalkin," katanya.

Persatuan pengguna minta k'jaan tangguh kenaikan tol

Posted: 12 Oct 2015 08:30 PM PDT



Kerajaan diminta menangguhkan sementara kenaikan kadar tol di sembilan lebuh raya serta mengkaji semula kewajaran langkah itu memandangkan situasi ekonomi semasa yang mencabar bagi pengguna.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman berkata kenaikan kadar tol itu perlu ditangguhkan kerana keadaan sekarang, sangat tidak sesuai berikutan pengguna baru berdepan kenaikan harga petrol.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, menurutnya walau sekecil manapun kenaikan, memberi kesan psikologi cukup besar kepada pengguna selain tidak menolak kemungkinan ia boleh menyebabkan berlaku kenaikan harga barang keperluan.

"Sudah semestinya berita itu tidak menggembirakan terutamanya kepada mereka yang terpaksa menggunakan laluan tol untuk ke tempat kerja kerana tiada pilihan lain," katanya kepada Bernama semalam.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N Marimuthu berkata kerajaan perlu mengkaji justifikasi kenaikan itu kerana ia tidak menjamin lebuh raya diselenggara dengan baik dan tidak berlaku kesesakan.


"Kita harap ia dapat ditangguhkan kerana kenaikan harga petrol serta kejatuhan nilai ringgit baru-baru ini, sudah cukup memberi cabaran kepada pengguna bukan sahaja yang berpendapatan rendah tetapi juga golongan pertengahan," katanya.

Setakat 7 malam, sembilan syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM3 berkuat kuasa Khamis ini.

Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).

Selain itu, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), manakala kadar tol di semua lapan lebuh raya kendalian PLUS kekal.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) Tajudin Mohamad Yunus berkata pihaknya kesal dengan kenaikan kadar tol itu memandangkan lebih banyak kos bakal ditanggung pengusaha bas.

"Saya kecewa kerana kenaikan itu makin menyusahkan pengusaha bas dan seolah-olah tidak mahu membantu kami meningkatkan pendapatan pengusaha bas Bumiputera," katanya.

Tajudin turut kesal kerana sebelum ini, pihaknya pernah memohon menaikkan tambang bas namun tiada perubahan harga tambang dilakukan.

"Bagaimana nak bantu pengusaha bas kalau semua kos naik? Kami harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin apatah lagi, kini bilangan pengusaha bas Bumiputera kian berkurangan," katanya.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli) Datuk Aslah Abdullah berkata pengusaha teksi dilihat tidak terjejas dengan kenaikan itu, sebaliknya akan membebankan penumpang kerana tol dibayar oleh mereka.

Beliau berkata situasi itu tidak mengurangkan bilangan penumpang teksi kerana kenaikan kadar tol untuk teksi tidak terlalu tinggi.

Kenaikan kadar tol untuk teksi adalah antara 20 dan 50 sen.


- Bernama

INGAT !! Allah Maha Mengetahui....Jangan Kita Pandai2 Nak Menghukum...

Posted: 12 Oct 2015 08:00 PM PDT

Ahmad Dziya
Ahmad Dziya's photo.
Dikisahkan, ada seorang yang hidup bergelimang dosa meninggal di pinggiran kota Bashrah. Perilaku buruknya membuat tetangganya acuh tak acuh dengan kematiannya.

 Sehingga istrinya tidak mendapati orang yg mau membantu membawa jenazahnya ke masjid dan pemakaman. 

Terpaksa istrinya mengupahi dua orang untuk membawa jenazah tersebut.

Dibawalah jenazah tadi ke masjid. Juga tidak ada seorangpun yang bersedia menyolatinya. Orang-orang seperti pura-pura seolah tidak terjadi apa-apa.


Istrinya memutuskan untuk segera membawa jenazah suaminya ke pemakaman.


Di sebuah bukit yang lokasinya bersebelahan dengan pemakaman, ada seorang ulama besar yang terlihat seperti menunggu seseorang. Ternyata beliau ingin menyolati jenazah yang akan melewati tempat tersebut. 

Berita ulama besar akan menyolati jenazah di tempat itu segera tersiar ke seantero Bashrah. Orang-orang berduyun-duyun untuk juga ikut menyolati, serta penasaran jenazah siapakah yang mendapat kehormatan disholati oleh ulama besar. 

Setelah selesai menyolati, orang-orang heran dan takjub. Ternyata jenazah yang mereka sholati adalah orang yang mereka kenal sebagai ahli maksiat. Mereka bertanya kepada ulama tersebut,  "Apa yang membuat anda bersedia datang jauh-jauh ke tempat ini dan menyolati jenazah ini?"

"Ada yang berkata dalam mimpiku, "Datangilah bukit di sebelah pemakaman. Di sana kamu akan melihat jenazah yang pengiringnya hanya satu orang wanita. Sholatilah dia, karena dia orang yang mendapatkan ampunan." jawab ulama.


Bertambahlah ketakjuban orang-orang yang hadir di tempat itu. Ulama tadi kemudian memanggil istri almarhum dan menanyakan keseharian suaminya dan perjalanan hidupnya. Istrinya menjawab, 


"Dia seperti yang sudah dikenal di kota ini. Sepanjang hari dia menghabiskan waktu untuk bermaksiat dan minum arak."

"Coba anda perhatikan lagi, apakah ada amal kebaikan yang dia lakukan?" tanya ulama itu lagi.


"Iya setahuku tiga hal. Yang pertama, setiap dia sadar dari mabuknya pada waktu shubuh, dia mengganti bajunya, berwudhu dan melaksanakan shubuh berjamaah. Kemudian dia kembali mabuk dan berbuat maksiat.


Yang kedua, di rumahnya selalu ada dua atau satu anak yatim. Dia memperlakukan dengan baik anak yatim itu melebihi kepada anaknya sendiri.


Yang ketiga, jika dia sadar dari mabuknya di tengah gelap malam, dia menangis dan meratap, "Ya Allah, di bagian neraka jahanam mana Engkau akan menempatkan hambamu yang kotor dengan maksiat ini."


Sang ulama kemudian pulang, karena dia sudah mengetahui dengan jelas peristiwa aneh yang terjadi disiang hari itu.
( Ihya' Ulumiddin )


Katakanlah: "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. 

Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)

Kesiannnn....Masanya Sudah Tiba Untuk Dipenjarakan ?

Posted: 12 Oct 2015 07:30 PM PDT

Tok Pengetua Ex Umno's photo.

Bapak Haramjadah 1malaysia, mesti korang masih ingatkan..Dengar cerita dia dah betul2 jadi Haramjadah sejak Marangjadah selalu bekupnya..

bukan setakat itu jer.. habis terpalit najis taik palat buat sekeluarga beb.. itulah pasal kalau dari kecik dok makan duit haram (yayasan Noah+genting) sampai 99 keturunan dok usung baka haramjadah.. tok cakap lu.. 

Eloklah tu..anak dia dengan rosmah nih pandai pilih laki.. dah complete set wa cakap lu...bapak kaki songlap duit rakyat.Mak penyamun duit rakyat.. dan menantu kaki penipu.

Lepas PRU14, tok berharap najib altantuya bukan PM malaysia lagi..sebab tok takut menantu jual bapak dan mak mertua..lepas tu dijualnya pulak malaysia nih.. 

Org kazakhstan nih takkan lu orang tak tahu..perangai diorang kan ada dekat2 dengan perangai rakyat negeri setaaaaannnn !!!

Sampai bila nak bela biawak2 hidup spesis penyangak dan penyamun nih?? mcm ni punya spesis pun korang masih lagi angkat jadi PM dan tadbir negara..terutamanya kepada pencacai umnoporno, selama ini lu orang buta ke ? atau memang bodoh + bangang + tolol sejak azali ..

Buat najib altantuya pula, fikir2kanlah.. cara utk meletak jawatan dan berambus dari putrajaya tuuu.. 

~ Port paling tok suka zaman muda adalah BUKIT Damansara, sebab Tok selalu tengok anak anak babi beromen dlm kereta. kahkahkah..

Posted: 12 Oct 2015 07:00 PM PDT

Demokrasi negara akan hancur jika kepimpinan PAS tidak boleh dipersoalkan malah Dr Maza menyamakan kepimpinan ulama yang tidak dipersoal dalam PAS sama seperti syiah. 

Jenama kepimpinan ulama dijajakan sebegitu murah ke sana sini semacam produk kecantikan wanita.

Jenama ini paling kerap digunakan semasa pemilihan PAS yang lepas bertujuan merebut jawatan dalam PAS. Calon yang bertanding cuba sedaya upaya menampakkan diri mereka daripada golongan ulama. 

Ustaz setaraf guru tajwid pun mengaku mereka golongan ulama. Ustaz yang baru beberapa tahun balik belajar dari Timur Tengah pun tumpang sekaki mengaku mereka golongan Ulama.

Jenama yang semakin dibenci anak muda ini meleret sampai ke krisis menteri besar Selangor. Untuk memperkuatkan lagi jenama usang ini perkataan 'walak' ataupun Bahasa Melayunya adalah taat. Pada saya walak' dalam PAS adalah walak' membabi buta, walak' membawa rebah. 


Ahli PAS dibasuh otak mereka persis program Biro Tata Negara supaya walak' kepada kepimpinan ulama. 

Mana-mana ahli atau kepimpinan yang tidak patuh kepada kepimpinan ulama akan dilabel barua Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendokong liberal dan penghina ulama.


Sebelum ada'pewalak' dan pentaksub Hadi Awang yang menuduh saya sebagai anti ulama, anti ustaz, anti golongan agama, golongan sekular perlu saya tegaskan di sini yang saya hanya tidak suka kepada politik presiden PAS dan saya amat menghormati allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat. 

Politik buruk presiden PAS sedang dan akan menghancurkan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) jika beliau masih lagi menjadi presiden. Teguran terhadap presiden PAS sudah bermula lama sebelum PRU13. 


Ahli akademik Prof Dr Aziz Bari sudah berkali-kali menegur presiden PAS dan tindak tanduk politik beliau. Mengambil kira apa yang berlaku hari ini menunjukkan presiden PAS masih tidak berubah.

Sokongan bukan Islam yang begitu kuat sebelum PRU13 sudah jatuh merudum. Orang bukan Islam sudah tidak lagi menghormati presiden PAS. 

ALMARHUM TG HJ NIK AZIZ NIK MAT
Perkembangan ini saya lihat di ruangan komen portal-portal berita popular di mana jika ada berita mengenai presiden PAS kita dapat lihat Hadi dicemuh hingga ke tahap menggunakan bahasa kesat oleh pengguna media sosial bukan Islam.

Mereka berasa dikhianati oleh PAS. Tetapi yang peliknya jika ada berita mengenai Tok Guru Nik Aziz kita dapat lihat pelbagai pujian dan sanjungan diberikan masyarakat bukan Islam. 

Kehilangan Tok Guru juga disambut dengan rasa penuh hiba dan sedih masyarakat bukan Islam. Media sosial dibanjiri dengan komen-komen menghargai jasa Tok Guru yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Politikus dan Penulis - Edisi Bongkar !!

Posted: 12 Oct 2015 06:30 PM PDT



Nurliyana Abdullah's photo.
saya bukan politikus tak jadi ahli mana2 partipun dan saya juga bukan seorang penulis tapi sikit suka menulis.

Saya menulis terserah apa mahunya saya dan sebagai yang suka menulis saya tak minta atau kempen undi parti itu dan ini.

Pendirian saya jelas akan tulis apa saja yang saya rasa tak betul dalam perkiraan saya baik ianya dilakukan oleh pemerintah atau pembangkang.

Berdasarkan kenyataan di atas saya tidak terikat kepada sesiapapun termasuk mana2 parti politik di sabah ini termasuk di semananjung malaysia.


Saya meski bukan penulis yang baik tapi akan terus usaha mencatat apa saja yg dikira tak benar bagi pandangan saya.
rujukan saya menulis biasa berdasar undang2 dilulus di dun sabah seperti enakmen atau akta di.parlimen dan laporan2 kementerian kewangan, bank negara, efu dan sidang dun termasuk sidang parlimen.

keputusannya sama ada benar atau tidak terserah kepada pembaca untuk mengundi mana parti yang mereka mahu.

Penulis dan politikus dua perkara beza dan kekadang bersuara itu memang lagi baik banding diam tak berbuat apa2.


salam semua


NURLIYANA
tenom

SPRM Dedah Sedang Siasat Orang Paling Berkuasa Dalam Malaysia, Paling Besar Sejak 1967

Posted: 12 Oct 2015 05:45 PM PDT




12 Oktober - Bekas Timbalan Ketua Pesurujaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar hari ini mendedahkan SPRM sedang melakukan siasatan terhadap individu yang paling berkuasa di dalam negara ini.

Zakaria yang bersara secara rasmi hari ini berkata, siasatan SPRM merujuk kepada kes SRC International dan dana RM2.6 billion.

"Sepanjang saya berkhidmat di BPR dan SPRM, saya tidak pernah terfikir dan terlintas pada diri saya yang SPRM akan menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat seperti yang dilalui sekarang," katanya.
 
 
 
"Semua sedia maklum SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar sejak 1967. Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini.

"Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara," katanya memetik laporan dari Malaysia Insider.

Selain itu, Zakaria juga turut menyentuh tentang isu 7 pegawainya disiasat sebelum ini.

"Peristiwa ini sepatutnya tidak berlaku sama sekali," katanya.

Zakaria juga menyeru agar pegawai yang terlibat dalam penyiasatan agar menjalankan tanggungjawab tanpa gentar.

"Saya yakin pegawai yang terlibat dalam kes semasa, melibatkan personaliti tinggi dan mendapat perhatian antarabangsa, akan menjalankan tugas tanpa gentar.

"Berdasarkan kepada tradisi, siasatan tetap perlu dijalankan meskipun kita difahamkan ada saksi hilang, lari atau dilarikan," katanya.
 

  

PKR MAHU JADI ABANG BESAR DALAM PAKATAN HARAPAN. SILAKAN, TETAPI...

Posted: 12 Oct 2015 05:00 PM PDT

Kelmarin PKR mengeluarkan kenyataan setelah mengadakan mesyuarat khas. 

Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 11 Oktober 2015 meluluskan resolusi seperti berikut:

1. YB Presiden dan MPP untuk meneruskan usaha-usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu; serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak. 

2. KEADILAN komited untuk memantapkan Pakatan Harapan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keanggotannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan termasuk PAS, PSM, dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak. 

3. KEADILAN akan mengambil langkah-langkah menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan politik yang luas. KEADILAN menyeru semua parti agar menghentikan perbalahan dan serangan antara satu sama lain, dan parti-parti sahabat juga harus menghormati perbedaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat. 

4. KEADILAN akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan berhak untuk mendirikan kerjasama dua-hala di pelbagai peringkat jika perlu. 

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN 
11 Oktober 2015

********************

Walaupun isi kandungan resolusi itu seolah-olah menunjukkan PKR mahu menjadi "abang besar" dalam Pakatan Harapan (perenggan 2 dan 4), parti yang paling muda, Amanah tetap "cool." Berikut kenyataan balas YB Khalid Samad:


KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH) BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN.

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Pusat Keadilan pada 11hb Oktober 2015 selepas sahaja selesai Mesyuarat Khas mereka. Bersama ini dikeluarkan respons AMANAH terhadap kenyataan media tersebut:-

1. AMANAH mengalu-alukan kenyataan media yang dikeluarkan pada 11hb Oktober oleh Majlis Pimpinan Pusat Keadilan. Ianya menunjukkan sikap yang terus fokus terhadap usaha pembinaan gabungan pembangkang yang kukuh dan bersatu demi menangani krisis ekonomi dan kepimpinan negara yang semakin mendesak.

2. AMANAH mengucapkan tahniah kepada saff kepimpinan Parti Keadilan Rakyat atas kemampuan mereka mencapai kata sepakat dalam suasana yang digambarkan begitu mencabar sehingga ada yang meramalkan PKR boleh berpecah dua. Ini adalah bukti akan kematangan dan kebijaksanaan saff kepimpinan PKR, di bawah DS Wan Azizah selaku Presidennya, dalam mengurus perbezaan pandangan.

3. AMANAH berpendirian bahawa pembinaan gabungan pembangkang yang kukuh adalah antara keutamaan ke arah penyelesaian krisis negara. Ini berpaksikan keyakinan bahawa kerajaan BN perlu digantikan dan oleh itu usaha ke arah menyatupadukan pembangkang tidak boleh dilengah-lengahkan. Rakyat ingin melihat satu gabungan pembangkang yang mampu berkerjasama dan sanggup mengenepikan perbezaan dalam usaha menyelesaikan krisis negara yang semakin meruncing.

4. AMANAH mengalu-alukan pendirian PKR untuk memantapkan Pakatan Harapan dan bersetuju untuk membuka keahlian Pakatan Harapan kepada semua yang berminat untuk menyertainya. 
 
Namun disiplin dan kejujuran dalam berpakat perlu ditekankan supaya pihak lawan tidak akan berjaya melaga-lagakan anggota Pakatan Harapan sepertimana mereka telah berjaya terhadap Pakatan Rakyat. 
 
Setiap anggota Pakatan Harapan hendaklah kommitted kepada Pakatan Harapan dan jelas berhubung siapa kawan dan siapa lawan.

5. Ke arah ini AMANAH mengesyorkan supaya segera dibentuk Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya persoalan dasar bersama dan kaedah pengurusan perbezaan pandangan dapat ditetapkan untuk dipersetujui dan didukungi bersama. 
 
Amalan bermusyawwarah demi mencapai kata sepakat dalam menangani semua persoalan tetap merupakan dasar yang perlu diamalkan.

Sekian terima kasih.
 

Khalid Bin Abd Samad,
Pengarah Komunikasi,
Parti Amanah Negara
12 Oktober 2015


Syabbas A
manah kerana enggan diheret ke dalam polemik yang boleh menghancurkan Pakatan Harapan, hanya kerana karenah individu tertentu dalam gabungan yang baru dibentuk itu.

Baca perenggan 4 dan 5. Itulah syarat Amanah dalam pembinaan kerangka baru Pakatan Harapan.

Mana-mana parti yang dipimpin oleh individu yang tidak memiliki ciri-ciri tersebut, maka secara automatik parti tersebut tidak layak berada dalam Pakatan Harapan.

Kejujuran dalam berpakat, mengenali siapa kawan dan siapa lawan, pengurusan perbezaan pendapat, dasar bersama dan amalan musyawarah adalah ciri-ciri yang jitu dalam pembentukan sebuah pakatan yang unggul.
Perlukah diperjelaskan lagi cicir-ciri itu?

********************

Kalau padi katakan padi,
Tidak kami tertampi-tampi;
Kalau jadi katakan jadi,
Tidak kami ternanti-nanti.

Tanah subur selalu gembur,
Ramai orang bersawah ladang;
Jika kita budayakan jujur,
Ramai orang bertambah sayang.

Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
 
 

Ku Li: Undi tak percaya pada k'jaan tak akan berjaya kerana Speaker penghalang utama.

Posted: 12 Oct 2015 09:00 AM PDT

Walaupun ada pihak mengatakan bahawa usul undi tidak percaya perlu dibuat pada sidang Parlimen akan datang, namun Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat tindakan itu tidak akan berjaya.

Katanya, walaupun ahli parlimen boleh membawa usul tersebut terhadap kerajaan yang memerintah, tetapi Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa menolak sebarang usul yang tidak disebut dalam Perintah Tetap Parlimen.

Sehubungan itu, bekas menteri kewangan itu berkata usaha untuk membawa usul undi tidak percaya tidak akan berjaya kerana ia akan ditolak oleh speaker Dewan Rakyat.

 
"Kita ada hak kita untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap kerajaan yang memerintah.

Dunia memerhatikan siri tangkapan baru, kata Rafidah

Posted: 12 Oct 2015 08:15 AM PDT

Dari Isu Jatuhkan Belon Dan Laporan Polis - Dunia Sedang Tertawakan Malaysia




Bekas seorang menteri kanan, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini menyifatkan sebagai tidak produktif tindakan kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan pendekatan yang keras dalam menangani perbezaan pendapat.

Dengan menyenaraikan siri tangkapan dan penahanan individu-individu sejak kebelakangan ini atas pelbagai sebab, seperti menjatuhkan belon dari atas atau membuat laporan polis terhadap apa yang mereka lihat sebagai penyelewengan dan putar belit, Rafidah berkata, ianya jelas bahawa kini terdapat sikap tidak bertoleransi terhadap sebarang perbezaan pendapat dari sesiapa sahaja.

"Perbezaan pendapat kini telah diterjemahkan sebagai 'anti-kerajaan' dan 'anti-kepimpinan', dan bahagian-bahagian tertentu undang-undang yang sedia ada sedang digunakan untuk menjustifikasikan tangkapan," katanya dalam catatan Facebook.

Katanya, ia agak merisaukan terhadap sikap tidak bertoleransi langsung seumpama itu terhadap perbezaan pendapat.

"... pada masa apabila terdapat isu-isu yang melanda rakyat dan membimbangkan mereka.

"Terutamanya jika perbezaan pendapat itu sememangnya mencerminkan perasaan majoriti besar. Dan kini, dengan siri tangkapan, dunia sedang memerhati...," kata Rafidah yang juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri dan bekas ketua Wanita Umno.

Beliau mengulas penangkapan bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang, yang pernah menjadi setiausaha politik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Khairuddin dan Chang hari ini didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan, dengan tuduhan cuba untuk mensabotaj perkhidmatan kewangan dan pembankan negara.

~~Akhirnya ‪#‎SOSMA‬..

Posted: 12 Oct 2015 07:30 AM PDT

Guruyaya OK Papazi's photo. 
Akhirnya ‪#‎SOSMA‬.. SOStoMAto yg dikeluarkan dari kilang Umno bakal menjadi santapan penentang mrk sendiri dan terkini bekas pemimpin2 tertinggi dan yg masih berjawatan juga ditawarkan untuk merasa kenikmatan Sostomato ini...wakakaaa...!!!~~

GAJAH2 KE GELANGGANG SIAPA HIDUP TERTEKAN?

Posted: 12 Oct 2015 06:45 AM PDT

Nurliyana Abdullah's photo.

( kancil lari lintang pukang hidup derita)


GAJAH2 di hutan spesis sama mula ke gelanggang dan bisingnya menjadikan hutan jadi kacau bilau, nanti apa jadinya pelanduk, kinjang, semut, ular, ayam hutan, babi dan segala macam?

Pertempuran akan dimulakan dan yang pasti mereka yang kaya hebat tetap mewah dan penghuni hutan susah cari makan hidup kian menderita payah.

inilah hakikat yang harus dihadapi.

Kasus di atas menyebabkan segalanya manusia jadi susah malah baik kumpulan gajah, makluk lain semuanya akan susah dan ada yang serba salah.

Najib yang berkepala batu memang serba salah. Dengan barua2 yang ada ia siap mempertahan menegakkan benang yang basah.

Kenapa Najib demikian bersusah payah?

Najib memang serba salah. Kalau ia menyerah, bagaimana ia harus mengganti wang yang digunakan dan tentu tong tahi akan pecah dan bukan itu saja malah kes Altantuya siap tali gantung menunggunya.

Orang2 di seklilingnya juga akan terikut sama bila Najib ditangkap dan tidak boleh tidak Najib mesti melawan sedayanya dengan cara memutar fakta untuk menjelaskan yang dia tidak bersalah meski sudah terang ia tetap bersuluh juga. itulah perangai seorang Najib Razak.

Nah, bila gajah2 pimpinan Mahathir yang sama perangai dua kali lima membunuh masa depan Sabah dengan menyediakan projek IC maka apa sudahnya?

Jika misalnya Najib tidak diturunkan, maka itu sekaligus jika UMNO tersungkur mungkin saja segala kebobrokan Mahathir kayakan anaknya kes petronas dan ribu kes akan dibongkar terkait menteri bawah pimpinannya dan meski apapun Mahthir diiringi geng2 lama akan terus berusaha untuk bertempur.

Nampaknya UMNO/BN dalam keadaan yang susah sebab kalangan mereka sendiri yang bakal menjatuhkan UMNO itu/musuh dalam selimut memakan diri.

Pembangkang terutama DAP/PKR kecuali PAS yang bertunang melihat kedaan ini dengan penuh hati2 meninjau2 dimana untung rugiya.

Jika Najib diturunkan dan diganti dengan yang lain itu makna UMNO terselamat sedikit tetapi tidak semestinya skandal yang dilakukan selesai. 

Skandal 1MDB dan 2.6 bilion tetap menjadi duri dan kita tidak yakin 47% pengundi BN di PRU13 akan semula mengundi BN dan yang jelas kasus 1MDB akan menyebabkan UMNO/BN tersungkur.

Bagaimana pula suara pembangkang?

Saya lihat pembangkang juga mahukan Najib turun dan itu hanyalah provokasi sebab pembangkang sebenarnya lebih suka Najib terus duduki kerusi PM sebab selagi Najib di atas maka selagi itu rakyat akan bertambah benci dan muak/tidak hairan kata Mahathir jika Najib tak diturunkan, maka BN akan kalah di PRU14 akan datang.

Nah, kesan gajah sama gajah turun ke gelanggang, maka lain-lain haiwan akan sengsara jadinya. sesunggunya inilah yang berlaku sekarang ini

Kesan keadaan bertambah buruk dan najib terus berdendang syurga, maka yang jelas rakyat di kampung2 yang memang sudah susah kesan sawit turun harga dan getah menjunam harga serta cukai/GST mencekek leher, maka jelas Sabahan terutamanya seperti menangis tak berair mata lagi.

Kita lihatlah apa sudahnya ketika keduanya membawa senjata keris kontot yang berkarat dan tinggal menanti panggilan mati.



NURLIYANA

Kadar tol naik Khamis ini

Posted: 12 Oct 2015 06:00 AM PDT


Mulai 15 Oktober ini, kadar tol di beberapa lebuh raya akan dinaikkan.

Menurut Maju Expressway Sdn Bhd yang mengendalikan Lebuh Raya Maju (MEX) kadar tol akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3.

ANIH Berhad yang mengendalikan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak mengumumkan kadar bayaran di Plaza Tol Gombak dan Bentong naik antara 30 sen dan RM3 mulai Khamis ini.

Bagi pengendali Lebuh Raya SILK yang mengendalikan laluan Kajang, pula mengumumkan kadar akan dinaikkan di antara 40 sen and RM2.40.

Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Tol pula mengumumkan kenaikkan antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Kadar tol di terowong SMART juga naik kepada RM3.

Pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) juga mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Turut menaikkan kadar tol adalah syarikat konsesi New Pantai Expressway yang mengendalikan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Kadar berkenaan naik antara 40 sen hingga RM2.10.




Malaysiakini

Kenapa yang ini TV3, RTM dan Utusan tak berani lapor?? Suara Rakyat

Posted: 12 Oct 2015 05:15 AM PDT

APA DAH JADI di Kuantan, Pahang !!!.


Berani tak TV3suku, RTM, Utusan siar pencemaran bauksit di Kuantan Pahang..

Ada tak kelibat2 lori ni masuk berita... tanya jer.. kah kah kah.. kalau kat negeri Pakatan Rakyat maunya 15 minit, berminggu2 sesi kondem kutuk mengutuk dalam tv korang..

Harap Jamal pak tongkol 'baju merah' boleh guna air ni secara percuma warnakan baju merah sebanyak mungkin utk nak berdemo keliling satu negara nanti !!

Kerengga.

“Saya akan pastikan tangan Najib bergari,” kata Khairuddin

Posted: 12 Oct 2015 04:30 AM PDT

Khairuddin mahu lawan hingga tangan Najib bergari

Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang berikrar akan berdepan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak habis-habisan.

Hadir dalam pakaian oren lokap, mereka memasuki mahkamah sambil melambai tangan yang bergari dan sempat melontar senyuman kepada hadirin.

"Saya akan pastikan tangan Najib bergari," kata Khairuddin kepada penyokongnya yang hadir.

Chang berkata mereka tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Beliau yang sudah lima hari mogok lapar bagaimanapun tampil dalam keadaan baik.

Khairuddin dan Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini.

Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura. Jika bersalah, mereka berdepan penjara 15 tahun.

Khairuddin dan Chang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). Perbicaraan bawah akta ini harus dibuat di Mahkamah Tinggi.

- mkini

Posted by Jeebond BLM

Khairuddin mahu lawan hingga tangan Najib bergari 7.9K4 Zikri Kamarulzaman

Posted: 12 Oct 2015 03:45 AM PDT


Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang berikrar akan berdepan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak habis-habisan.

Hadir dalam pakaian oren lokap, mereka memasuki mahkamah sambil melambai tangan yang bergari dan sempat melontar senyuman kepada hadirin.

"Saya akan pastikan tangan Najib bergari," kata Khairuddin kepada penyokongnya yang hadir.

Chang berkata mereka tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Beliau yang sudah lima hari mogok lapar bagaimanapun tampil dalam keadaan baik.

Khairuddin dan Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini.

Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura. Jika bersalah, mereka berdepan penjara 15 tahun.

Khairuddin dan Chang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). 

Perbicaraan bawah akta ini harus dibuat di Mahkamah Tinggi.

PELUANG KE 2 TELAH DIBERI....

Posted: 12 Oct 2015 03:00 AM PDT

Kali ni cuba kita biarkan depa bercakaran sesama penyamun..kita simpan je perasaan simpati tu...

Dan dlm senario politik sebelah sana yg semakin meruncing kenapa kita xambil kesempatan ni utk merapatkan saf...melupakan segala salah phm...dan terus mnguatkan pakatan...

OBJEKTIF KITA ADALAH UTK MNGUBURKAN UMNO/BN..!!!

Kalau sblm pru13 DSAI pnh berkata bahawa pru13 adalah msa terbaik utk ambilalih kerajaan...tp skg adalah MASA KEEMASAN....


PELUANG KE 2 TELAH DIBERI....

SETELAH BERNAMA NURLIYANA

Posted: 12 Oct 2015 02:15 AM PDT

Nurliyana Abdullah's photo.

SABAH ini salah satu wilayah yang harus menjadi contoh terbaik disamping Sarawak tetapi rasanya Sabah terbaik dalam dunia dan negeri2 lain harus memandang ke Tanah Di Bawah Bayu ini.

Di Sabah ini dalam satu famili adek beradek ada yang agamanya Islam dan ada pula christian termasuk Budhha dan ada pula tiada agama dan ini sesuatu yang cukup biasa tetapi luar biasa bagi mereka yang bukan asal di Sabah.

Dusun, Murut, Rungus, Brunei, Bajau yang islam agamanya dan tak islam boleh duduk satu meja makan sama dan agama serta budaya fahaman yang tidak sama tidak penah menjadi halangan sesama orang Sabah, malah saya perhati kasih sayang kalangan Sabahan cukup akrap sekali/kalau ada rasa tak senang bukan kerana agama, tetapi ISU lain. Saya bangga sekali!

Dalam famili saya adek beradek ada yang Islam agama atas pilihan sendiri dan tiada paksa2, malah ibu bapa saya tidak pernah membantah bila abang saya masuk Islam dan kemudian saya menyusul dan mungkin adek2 saya.

Ibu ayah kata " sesudah dewasa terserah pilihan sendiri asal menjaga nama keluarga jangan berbuat yang tak baik sebab semua agama juga mengajar kebaikan" 

Meski saya masuk Islam dan menamakan diri saya sebagai Nurliyana, maka saya tetap sayang adek beradek, ibu ayah saya serta famili semuanya dan apa saja masalah tidak pernah saya abaikan sebab Nabi dan Islam sendiri mengajar kasih sayang sesama terutama sekali ayah ibu meski tak islam agamanya.

Islam telah banyak mengajar saya tentang kebaikan dan dalam agama kristian juga banyak mengajar kebaikan cuma kepercayaan itu hak diri sendiri tak siapa boleh pertikai dan menyalahkan sesama, makanya kita harus saling hormat menghormat sesama tanpa memilih apa agama, bangsa, fahaman dan budaya.

Lihatlah tujuh tahun lalu bagaimana wajah saya dan sesudah/bermula 4 tahun lalu saya merasa ada perubahan yang ketara kerana dulu saya tidak yakin diri saya sendiri tetapi sekarang saya menjadi yakin dan percaya bila saya bertindak untuk melakukan sesuatu dengan penuh hati2.

Terima kasih kawan2 yang selalu memberikan nasihat dan teguran, juga ustaz yang mengajar saya dan akan terus belajar dan belajar.

Meskipun saya bernama Nurliyana, saya sama sekali tidak mahu kehilangan teman2 dulu yang baik dan mudah2an semuanya dalam keadaan yang baik serta berbahagia.



NURLIYANA

Perwakilan MCA gesa Najib berundur berhubung skandal RM2.6b

Posted: 12 Oct 2015 01:30 AM PDT


Zar Ali's photo.

Selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Pemuda MCA, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan skandal RM2.6 bilion sekali lagi menjadi isu panas di AGM MCA. 

Seorang perwakilan menggesa kepimpinan MCA untuk secara terbuka menggesa peletakan jawatan Najib, manakala seorang lagi bertanya sama ada MCA mendapat bahagiannya dari "dana politik" RM2.6 bilion itu.

Perwakilan Cheras, Heng Sinn Yee berhujah bahawa MCA perlu mengambil tindakan untuk mengetahui sama ada Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri menutup isu 1MDB dan skandal RM2.6 bilion skandal. 

"(Najib) telah menerima berbilion-bilion ringgit, tetapi tidak mengisytiharkan, dan malah beliau memindahkan dana itu ke dalam akaun bank peribadinya," katanya. 

Selain itu, dakwanya, berlaku salah guna kuasa satu lepas satu; penggantian timbalan perdana menteri dan peguam negara; rombakan kabinet dan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). 

Menurutnya, sesiapa sahaja akan percaya bahawa terdapat perkara-perkara yang mencurigakan berlaku.
Menurut Heng lagi, bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik berdepan dengan kemungkinan disaman selepas selepas secara terbuka menuntut peletakan jawatan Najib, tetapi Ling telah mencabar Najib berjumpanya di mahkamah. 

Bagaimanapun, MCA berkata ia adalah "kenyataan peribadi" Ling dan menjauhkan diri dari bekas presiden MCA itu. Pendirian itu, tegas Heng, telah mengecewakan rakyat. 

Oleh itu, beliau menggesa MCA supaya mengikut tuntutan rakyat dan secara terbuka menuntut penjelasan Najib mengenai 1MDB dan skandal RM2.6 bilion skandal. 

MCA, tambahnya, perlu menjadi parti politik yang bertanggungjawab dan meminta Najib menjelaskan isu 1MDB dan dana yang tidak diketahui yang dipindahkan ke dalam akaun peribadinya. Menurutnya lagi,

MCA sepatutnya meminta beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan membiarkan SPRM, Bank Negara dan pihak polis untuk menjalankan tugas mereka secara bebas dan tanpa gangguan. 'Berapa banyak MCA dapat?' 

Sementara semua perwakilan mensasarkan Najib dan skandal RM2.6 bilion, perwakilan Pulai, Tan Man Lee mengemukakan satu soalan yang menarik kepada kepimpinan MCA. 

Najib, katanya, telah mendakwa bahawa RM2.6 bilion itu adalah "sumbangan politik" untuk pilihan raya umum ke-13. 

"Saya ingin mengemukakan satu soalan kepada pemimpin di atas pentas, yang juga merupakan soalan yang membingungkan satu juta ahli MCA. 

"PM pernah berkata RM2.6 bilion itu adalah sumbangan politik dan sumbangan ini telah dibelanjakan untuk PRU13. 

"Menurut PM, RM2.6 bilion telah diperuntukkan kepada ahli parti masing-masing. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada kepimpinan kita? 

Berapa banyak yang anda dapat," tanya Tan. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

MCA Cheras pula menambahkan sakit kepala Najib

Posted: 12 Oct 2015 12:45 AM PDT


 
Minta PM jelaskan isu RM2.6 bilion, 1MDB – MCA Cheras Perwakilan Cheras, Heng Yee Sinn dengan nada yang keras menarik perhatian perwakilan MCA dari pelbagai cawangan apabila mengemukakan isu berkenaan.


KUALA LUMPUR, 11 Oktober: Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MCA ke-62 yang bermula pada nada perlahan tiba-tiba dikejutkan apabila seorang perwakilan dengan nada tegas menggesa parti itu untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi sumbangan yang tidak dapat dijelaskan yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Perwakilan Cheras, Heng Yee Sinn dengan nada yang keras menarik perhatian perwakilan MCA dari pelbagai cawangan apabila mengemukakan isu berkenaan.

"Sudah tiba masanya bagi MCA dengan tegas dan berani meminta Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk menjelaskan mengenai 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB) dan wang yang telah didepositkan ke dalam akaunnya," kata perwakilan berkenaan.

Yee Sinn juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan Polis Diraja Malaysia perlu benar-benar bebas untuk menjalankan siasatan.


Najib sebelum ini terlibat dalam 'skandal terbesar' dalam sejarah Malaysia selepas Wall Street Journal (WSJ) yang mendedahkan dalam dua artikelnya mengenai dana sebanyak RM2.6 bilion yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, kemasukan dana berkenaan telahpun dijelaskan bahawa wang itu bukan datang daripada 1MDB tetapi merupakan sumbangan kepada Najib. -



sumber Posted by mountdweller.

Posted: 12 Oct 2015 12:00 AM PDT


Zar Ali's photo. Tindakan dan keberanian Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz dalam menangani isu 1MDB bukan saja dilimpahi pujian oleh rakyat, malah turut mendapat sokongan daripada Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. 

Setelah diberi amanah menjalankan siasatan dengan teliti berhubung 1MDB dan kemudian mendapati wujud pelanggaran undang-undang,
Bank Negara lalu mencadangkan kepada Peguam Negara agar tindakan perundangan yang sewajarnya diambil. 

Apabila syor tersebut ditolak dan dirayu semula, tetapi kemudian ditolak juga, Bank Negara yang dipimpin oleh Dr Zeti lantas mengambil tindakan segera membatalkan tiga kebenarannya sebelum ini mengenai pelaburan 1MDB berjumlah AS$1.83 bilion di luar negara serta mahukan wang itu dibawa pulang untuk dikemuakan pelan baru mengenainya. 

Tidak ramai yang berani bertindak demikian. Selalunya apabila syor mereka ditolak oleh Peguam Negara, ramai yang diam dan redha saja serta menganggap tanggungjawab sudah selesai. 

Dalam posting di Facebooknya, Dr. Mohd Asri menulis, "Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada Gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara dari para pengkhianat dan penjenayah. Itu adalah jihad yang besar." 

Sehingga pagi ini posting itu telah mendapat hampir "40 ribu likes" daripada rakan-rakan Facebook beliau. 

 

Diharapkan dalam kemelut 1MDB yang sehingga Majlis Raja-Raja pun turut bersuara mahukan ia diselesaikan dengan segera dam diambil tindakan terhadap mereka yang terlibat, lebih banyak agensi penguatkuasa dan kawal selia negara menunjukkan keberanian masing-masing dalam menegakkan kebenaran serta benar-benar takutkan Tuhan. 

Mufti adalah ulama dan ulama adalah pewaris Nabi. 

Apabila pewaris Nabi turut memberi sokongan dan pujian kepada Dr. Zeti, tiada pilihan bagi kita selain turut sama memberi sokongan sambil mendoakan segala kebaikan terhadap apa yang diperjuangkannya itu. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.


 
Setuju saangat dengan KEPUJIAN yang diberi Dr. MAZA terhadap Gabenor Bank Negara dengan "MEMBATALKAN KELULUSAN" mngenai wang 1MDB berjumlah USD1.83 Billion. 
 
Dengan keputusan itu - Dr. Zeti menegaskan agar wang itu dibawa kembali kedalam negara ini. 
 
Oleh itu, Raja Raja Melayu jangan buat2 pekak pulak, bantu dan lindungi lah usaha Tan Seri Zeti Aziz untuk menyelamatan wang pelaburan tersebut.