Sabtu, 10 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Akhirnya TERBONGKAR Siapa Pemandu Teksi Yang Bernama Nizan.

Posted: 10 Oct 2015 10:45 PM PDT

PKR Gali Kubur Sendiri Jika Terus Harapkan PAS...

Posted: 10 Oct 2015 09:59 PM PDT

Apa lagi yang PKR harapkan daripada PAS? – Faiz Fadzil

Pembentukan Pakatan Harapan pada 22 September 2015 antara parti pembangkang Amanah, PKR dan DAP adalah satu rahmat kepada rakyat Malaysia.

Agenda Barisan Nasional untuk melenyapkan permuafakatan pembangkang ternyata gagal walaupun Pakatan Rakyat terkubur setelah PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Sejarah menunjukkan BN boleh dijatuhkan dengan gabungan parti-parti pembangkang.



Sejarah juga menunjukkan parti-parti pembangkang kalah teruk dalam pilihan raya setelah gabungan berpecah. Inilah senjata yang paling digeruni BN. PAS secara 'sub-conscious' sanggup membiarkan dirinya dijadikan ejen kepada agenda BN untuk memecahkan PR.

PKR seharusnya terus istiqamah mengukuhkan PH dan bukannya terus mendambakan kerjasama dengan PAS. PAS sekarang yang bersifat takfiri seolah-olah mereka sahaja yang benar, sudah pasti tidak akan menganggap mana-mana pihak sebagai rakan. Bagi mereka, siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka, adalah musuh walaupun hakikatnya, kezaliman adalah musuh utama. Sedangkan, Allah mencegah kita daripada cenderung kepada kezaliman (surah Hud:113).

Namun, PAS sekarang bukan sahaja gagal melihat kezaliman sebagai musuh, bahkan sanggup membela kezaliman atas alasan demokrasi.

Dalam keadaan rakyat dihimpit dengan tekanan ekonomi akibat GST dan kenaikan kos sara hidup serta amalan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin kerajaan terutama perdana menteri, PAS tidak menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap perdana menteri. Tindakan ini seharusnya dijadikan kayu pengukur, PAS mempunyai agenda perjuangan yang berbeza dengan rakyat dan PH. Malahan, agenda perjuangan PAS juga sekarang kabur umpama jerebu.

PAS kini yang dipimpin presiden yang sama mempunyai sejarah mengkhianati PKR. Watikah pencalonan PAS di dalam 5 kerusi yang ditandingi PKR ditandatangani beliau sendiri. Pengkhianatan terus dilakukan apabila beliau menolak persetujuan yang dicapai PR untuk mencalonkan Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

Pengkhianatan terbesar dilakukan apabila beliau menolak untuk mengarahkan ahli PAS hadir ke Mahkamah Persekutuan untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2 walaupun menyedari Anwar difitnah dan dizalimi. Jelas, PAS cukup istiqamah mengkhianati rakan dan perjuangan.

PKR perlu mematuhi pesanan Rasulullah S.A.W., umat Islam dilarang untuk dipatuk ular dalam lubang yang sama dua kali.

Bersediakah PKR untuk dikhianati lagi PAS. Apakah jaminan PAS akan komited untuk mengelak pertandingan 3 penjuru di kerusi yang ditandingi PKR? Adakah PAS bersetuju untuk menerima Anwar sebagai calon perdana menteri walaupun sedar mereka tidak mampu mencadangkan calon yang setanding Anwar? Adakah PAS akan menjunjung persetujuan untuk berpegang kepada dasar bersama yang akan dirangka?

Mengukuhkah PH adalah pilihan terbaik dan efisyen berbanding asyik mengajak PAS untuk bersama PH sedangkan PAS menolaknya.

Sedarlah yang mempertahankan PR dahulu adalah pimpinan Parti Amanah Negara sekarang. PAS mampu menabur pasir ke dalam periuk nasi dan kesannya PH akan dihukum rakyat jika ia berlaku menjelang pilihan raya umum kelak jika PAS bertindak di luar dasar bersama atau bertindak bertentangan dengan perjanjian yang dibuat.

Masa untuk rakyat menghadapi PRU ke 14 semakin hampir. Sekarang adalah masa untuk PH mengukuhkan perpaduan di antara semua parti koalisi ini di semua peringkat. Sekarang adalah masa untuk PH menyiapkan dasar bersama. Logo yang satu bagi PH hendaklah dirangka segera bagi mendapat kelulusan segera daripada ROS.

Jangan biarkan virus kemarahan rakyat kepada PAS berjangkit kepada PKR. Jikalau PH rapuh, BN akan terus berkuasa, rakyat akan terus merana kerana ditipu lagi.

Usahlah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Membujur lalu melintang patah, menjatuhkan BN memerlukan pasukan PH yang kukuh, kuat dan berdaya saing.

PAS akan terus istiqamah dengan pengkhianatan, jadi apa lagi yang PKR harapkan?


Siapa pilihan PKR, Pakatan Harapan atau PAS? Oleh Amin Iskandar

PKR akan mengadakan mesyuarat khas hari ini disebabkan petisyen 25 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang mahu penubuhan Pakatan Harapan dibincangkan semula.

Dua puluh lima ahli MPP ini tidak berpuas hati mengapa presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail "tergesa-gesa" mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan baru-baru ini sedangkan sepatutnya ianya hanyalah perbincangan awal.

Kumpulan 25 pemimpin PKR ini juga mahu PAS dilibatkan dalam Pakatan Harapan walaupun parti Islam itu sebelum ini melalui presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan tidak akan bersama gabungan baharu itu kerana adanya DAP dan "pengkhianat" Parti Amanah Negara (Amanah).

Selain itu, kumpulan 25 pemimpin ini mahukan mesyuarat MPP hari ini meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan PAS di samping mengekalkan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini, sekurang-kurangnya 7 daripada 25 pemimpin ini sudah menghubungi Dr Wan Azizah bagi memohon maaf di atas tindakan mereka menandatangani petisyen yang dilihat sebagai "undi tidak percaya" kepada presiden PKR itu.

Difahamkan, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor pada Rabu, pemimpin akar umbi parti itu digambarkan seolah-olah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tidak bersetuju dengan penubuhan Pakatan Harapan.

Selain itu, pemimpin akar umbi PKR diberitahu, parti itu tidak boleh "hidup" pada PRU14 tanpa sokongan PAS selain DAP "dibelasah hebat" dalam mesyuarat itu.

Sementara kumpulan yang menyokong Dr Wan Azizah pula percaya kerjasama PKR bersama Pakatan Harapan akan membawa kejayaan lebih besar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ini kerana kebanyakan kerusi dimenangi PKR adalah kerusi campuran dan bukannya kerusi majoriti Melayu yang sudah menjadi kubu kuat Umno.

Menurut kumpulan ini, PAS sendiri kalah di kerusi majoriti Melayu dan hanya kuat di negeri pantai timur yang sememangnya merupakan kubu mereka.
Kumpulan ini juga tidak pernah memaafkan pengkhianatan PAS dalam PRU13 lalu sehingga menyebabkan pertembungan 3 penjuru di beberapa kerusi seperti di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Terengganu dan Sabah.

Mereka juga tidak memaafkan PAS kerana tidak mengiktiraf Anwar sebagai calon perdana menteri semasa PRU 13 selain tindakan Hadi memperlekehkan Dr Wan Azizah semasa kemelut menteri besar Selangor tidak lama dulu.

Amanah dan DAP bergerak sendiri?

Ketika PKR bertelagah tentang Pakatan Harapan, sudah terdapat perbincangan di antara pemimpin Amanah dan DAP untuk bergerak sendiri dalam PRU14.

Mereka merasakan, kumpulan "pro PAS" dalam PKR hanya melambat-lambatkan usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan melakukan perubahan di Malaysia.

Seorang pemimpin tertinggi Amanah yang ditemui penulis berkata, jika PKR masih mahukan PAS, partinya dan DAP sudah bersedia untuk bergerak sendirian.

Pemimpin kanan Amanah itu berhujah, PKR sebenarnya akan rugi lebih besar jika memilih PAS dan ini boleh dilihat dalam keputusan PRU 2004.

Pada 2004, selepas DAP meninggalkan Barisan Alternatif, PKR hanya memenangi satu kerusi Parlimen iaitu di Permatang Pauh dan PAS hanya tinggal 7 kerusi.

Sementara DAP yang bergerak bersendirian berjaya memenangi 12 kerusi Parlimen.
Menurut pemimpin Amanah itu, kebanyakan kerusi dimenangi PKR pada PRU 12 dan 13 merupakan kerusi campuran dan beliau tidak faham mengapa kumpulan "pro PAS" dalam parti itu beriya-iya mahu mempertahankan PAS dengan hujah takut kehilangan undi Melayu.

Katanya, PAS sendiri mendapat banyak kerusi semasa PRU 12 dan 13 disebabkan kerjasama politik yang mereka jalankan dengan parti lain dan bukan kerana batang tubuh mereka sendiri.


Siapa pilihan PKR petang ini? Pakatan Harapan atau PAS? Sudah tentu PKR tidak boleh dapat kesemuanya.

Polis siasat kesahihan laporan penemuan bangkai MH370

Posted: 10 Oct 2015 09:22 PM PDT


Polis Sabah masih menyiasat kesahihan kandungan laporan polis berkenaan penemuan bangkai pesawat kononnya pesawat milik Malaysia di sebuah pulau di selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya akan memanggil seorang lelaki yang membuat laporan itu di Balai Polis Sandakan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Pihak Cawangan Khas akan menyoal pengadu untuk mendapatkan butiran terperinci. Setakat ini, polis Sabah belum dapat memastikan kesahihan maklumat dalam laporan itu," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu malam tadi.

Beliau berkata seorang lelaki bernama Jamil Omar telah membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa ibu saudaranya menemui satu bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina.

"Ibu saudara Jamil mendakwa dalam pesawat itu terdapat banyak rangka manusia selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar," katanya.

Bagaimanapun, Jalaluddin berkata pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada laporan yang diterima itu benar ataupun palsu.

Dalam laporan itu, lelaki berusia 40-an itu mendakwa ibu saudaranya yang berasal dari Tawi-Tawi itu menemui bangkai pesawat berkenaan yang dipercayai MH370 di pulau itu pada awal September lepas.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

-Bernama


Peguam Negara ambil kuasa hakim

Posted: 10 Oct 2015 08:30 PM PDT


mahathir,bnm
PETALING JAYA: Peguam Negara dilihat mengambil tindakan sendiri apabila menolak cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meneruskan pendakwaan terhadap 1MDB.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikai keputusan itu yang disifatkannya sebagai tidak telus.

Katanya, meskipun Peguam Negara diberi kuasa untuk membuat keputusan sama ada sesuatu kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak tetapi keputusan untuk menolak proses pendakwaan menimbulkan tanda tanya.

"Kita tahu memangnya Peguam Negara diberi kuasa untuk membuat keputusan sama ada sesuatu kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak. 
 
Anggapannya adalah Peguam Negara akan menghargai dan memahami betapa serius atau sebaliknya kes yang dibawa kehadapannya, bahawa dia akan menghargai keprihatinan pengadu atau agensi yang membuat laporan itu, bahawa jika ada perasaan tidak puas hati kes itu patut dihakim dalam mahkamah undang-undang oleh seorang hakim dan jika masih tidak berpuas hati rayuan dibenarkan.

Zahid tegur pemimpin BN, jangan provokasi

Posted: 10 Oct 2015 08:00 PM PDT


Zar Ali's photo.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, saranan Majlis Raja-raja terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad tidak sepatutnya diambil kesempatan untuk menyelamatkan parti dan kerajaan. – 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, saranan Majlis Raja-raja terhadap siasatan 1Malaysia Development Berhad tidak sepatutnya diambil kesempatan untuk menyelamatkan parti dan kerajaan. – 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur kalangan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) kerana menimbulkan provokasi yang boleh menyebabkan khalayak meragui kewibawaan agensi penguatkuasaan melaksanakan tanggungjawab berhubung soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya sebarang kenyataan bersifat provokasi tidak seharusnya dijadikan sandaran untuk menggambarkan seolah-olah agensi penguatkuasaan tidak mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan penyiasatan dan melakukan pendakwaan lebih awal.

"Ketulusan saranan daripada kenyataan Majlis Raja-raja tidak sepatutnya ditangguk dalam air keruh yang seharusnya dijernihkan agar terpancar keikhlasan untuk menyelamatkan parti dan kerajaan," katanya dalam kenyataan media yang diedar kepada wartawan Malaysia yang meliputi lawatan kerja beliau di Washington pada Jumaat.

Katanya tindakan dendam dan memburukkan keadaan akhirnya menyumbang kepada "menang sorak kampung tergadai".

Majlis Raja-raja Melayu pada 6 Oktober lepas bertitah meminta supaya siasatan berhubung 1MDB diselesaikan segera. Beberapa pihak termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyuarakan pandangan berkenaan titah Majlis Raja-raja.

Zahid berkata menjunjung kasih saranan Majlis Raja-raja bukanlah dengan mengambil langkah provokasi untuk mengajak khalayak meragui kredibiliti agensi yang berwibawa untuk mengambil tindakan secara rasional mengikut proses perundangan.

"Sebagai pemimpin yang masih dihormati atas apa jua jawatan penting di dalam parti, seharusnya tindakan yang diambil harus memperlihatkan usaha penyatuan dalam situasi sukar yang sedang dihadapi oleh Umno, BN dan kerajaan," kata Zahid yang juga naib presiden Umno.

Katanya jika benar tersemat hasrat sesetengah pihak untuk menyelamatkan negara dan parti, tindakan berhemah hendaklah menjadi keutamaan agar ia tidak diambil kesempatan oleh yang bersuara minoriti untuk mengambil alih kerajaan secara tidak bermoral biarpun ia tidak menyalahi sistem perundangan.

"Selaku seorang pejuang parti Umno yang setia, saya percaya semua permasalahan pastinya mampu diatasi dengan istiqamah.

"Saya yakin perdana menteri dan kerajaan sedang lakukan usaha terbaik dalam memastikan program rasionalisasi yang mendapat sokongan Jemaah Menteri dapat diselesaikan dalam tempoh 6 bulan seperti yang dipersetujui," kata Zahid.

Zahid berkata situasi sebegini pernah dialami kepimpinan terdahulu, dan atas kesatuan dokongan akhirnya permasalahan dapat didepani dengan bijaksana.
Beliau meminta pemimpin parti kerajaan di semua peringkat supaya berlapang dada dan berfikiran terbuka tanpa menanam rasa kebencian serta tidak "berkokok berdegar-degar tetapi ekor bergelumang dengan najis".

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata kepercayaan hendaklah diberi kepada ketua-ketua jabatan berkaitan khasnya Pejabat Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyediakan kertas siasatan dan kertas pendakwaan mengikut kaedah perundangan yang ada.

"Sebarang tekanan atas sifat melayani sentimen dan menuding jari tidak seharusnya menyandari sebarang saranan untuk tidak melengahi langkah perundangan yang dilakukan," katanya.

Semasa di Washington, Zahid, antara lain, menandatangani dokumen Arahan Presiden Keselamatan Negara No.6 (HSPD-6) bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry, bagi membolehkan Malaysia menyertai program pengecualian visa Amerika. – Bernama, 10 Oktober, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Pemuda MCA Pertikai Najib

Posted: 10 Oct 2015 07:30 PM PDT




Kekalutan isu RM2.6 bilion yang membelenggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi tumpuan utama kepada Perhimpunan Tahunan Pemuda MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Salah seorang perwakilan berkata, jika perdana menteri tidak menyelesaikan isu berkenaan Malaysia mungkin menyaksikan berlaku "skandal Watergate" di negara ini.

Watergate adalah insiden yang memaksa Richard Nixon meletak jawatan sebagai Presiden AS pada Ogos 1974.

Seorang lagi perwakilan berkata kepimpinan MCA perlu meletak jawatan daripada kabinet jika Najib didapati melakukan sebarang salah laku.

Wakil dari Kepong, Tan Hock Guan berkata rakyat kini keliru apabila perdana menteri mengeluarkan kenyataan saling bercanggah berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendiriannya.

Memetik kata-kata "kejujuran adalah dasar terbaik" Hock Guan menggesa Najib membuat penjelasan mengenai isu berkenaan atau mungkin berdepan nasib seperti Nixon.

"Dalam kes 1MDB, berhubung pemindahan dana RM2.6 bilion ke akaun persendirian, kenyataan dibuat bertukar ganti berkali-kali.

"Ini mengingatkan kita kepada skandal Watergate," katanya.

Terkubur dalam perangkap sendiri

Dalam skandal itu, kata Hock Guan, Nixon gagal memberi penjelasan mengenai isu yang ditimbulkan sehingga ia menyebabkan presiden ke-37 AS itu terpaksa meletak jawatan.

"Nixon tidak berkata benar, tidak membuat penjelasan, malah secara konsisten campur yangan dalam siasatan dibuat. Maka masalah menjadi semakin besar.

"Dia akhirnya terkubur dalam perangkap yang dibuatnya sendiri," katanya.

Nixon (gambar) berundur daripada jawatannya ekoran tekanan daripada pelbagai pihak selepas akhbar Washington Post mendedahkan tokoh politik Republikan itu mengintip talian telefon di ibu pejabat parti Demokrat.

Sementara itu wakil dari Pendang, Kedah, Tan Chee Tong turut membangkitkan persoalan kepada Najib sambil mendesak penjelasan memuaskan dibuat.

"Mengapa anda menukar peguam negara ketika siasatan 1MDB dibuat? Mengapa anda melantik anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menjadi menteri?

"Mengapa anda menyaman orang lain dan bukan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang lantang mengkritik pelbagai isu? Adakah anda setuju dengan kenyataan Mahathir?" katanya.

Sesetengah orang, kata Chee Tong, tidak berani berbalah dengan Najib kerana takut kedudukan dalam kerajaan terancam.

"Saya percaya MCA dan Pemuda MCA tidak akan kekal dalam kerajaan jika kebenaran diketahui (dan Najib didapati bersalah," katanya.

- mkini


Selepas titah RajaRaja, keadaan sepatutnya jadi LEBIH BAIK Oleh Shahbudin Husin

Posted: 10 Oct 2015 07:00 PM PDT


Selepas titah RajaRaja, keadaan sepatutnya jadi LEBIH BAIKPerbualan mengenai 1MDB terus hangat di mana-mana meskipun selepas Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan yang mahu siasatan mengenai syarikat sarat hutang itu segera diselesaikan dan diambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Yang paling diharapkan oleh orangramai ialah sebaik saja Raja-Raja bersuara, semuanya menjurus kepada keadaan yang lebih baik sebagai isyarat mendaukatkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai payung kepada rakyat dan negara.

Tambahan lagi, disedari juga bahawa bukanlah amalan biasa bagi Majlis Raja-Raja bersuara yang bersifat menegur kerajaan, melainkan jika dirasakan sesuatu itu sudah dianggap terlalu membebankan dan boleh menjurus kepada keadaan yang tidak baik untuk rakyat dan negara. 

Tidak dinafikan harapan semua pihak amat menggunung tinggi sebaik mendapati Raja-Raja turut menunjukkan keprihatinannya berkaitan 1MDB.Tetapi, apakah yang berlaku selepas Raja-Raja bersuara?

Walaupun Peguam Negara pantas mengeluarkan kenyataan sebagai respon kepada titah Raja-Raja dengan menghujahkan sebab-sebab tiada sebarang pendakwaan berkaitan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB, ia nampaknya tidak berakhir begitu saja.

Sebagai tindak balas, di sebalik mengakui tugas pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara, Bank Negara semalam telah mengeluarkan kenyataan yang siasatannya mendapati 1MDB telah membuat pendedahan tidak tepat atau tidak lengkap bagi mendapatkan kebenaran melabur di luar negara.

Bank Negara lalu mencadangkan Peguam Negara memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953. 

Berikutan cadangan itu ditolak, Bank Negara telah meminta Peguam Negara mengkajinya sekali lagi, namun ia juga ditolak atas hujah tiada pembuktian baru dikemukakan.

ee

Susulannya, Bank Negara membuat keputusan membatalkan tiga kebenaran yang diberikannya sebelum ini kepada 1MDB untuk pelaburan berjumlah AS$1.83 bilion di luar negara dan menghantar balik wang tersebut serta mengemukakan pelan baginya. 

Dengan kenyataan ini, orangramai akhirnya tahu Bank Negara telah menjalankan tanggungjawab dengan sewajarnya serta menunjukkan apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh 1MDB.

Soalnya, dengan semua ini sudah terdedah dah wujud berbalas-balas kenyataan yang secara tidak langsung menggambarkan rasa tidak puas hati Bank Negara, mungkinkan Peguam Negara sedia mengkaji semula keputusannya sebelum ini atau mengekalkan keputusan lama yang bermakna mengekalkan juga kebimbangan orangramai terhadap siasatan 1MDB meskipun setelah Raja-Raja bersuara?

Selain itu, selepas Raja-Raja bersuara yang mahukan siasatan 1MDB disegerakan dan mereka yang terlibat diambil tindakan, seorang lagi iaitu Mathias Chang telah ditahan di bawah Sosma.

Beliau adalah peguam Khairuddin Abu Hassan yang sudah pun ditahan di bawah Sosma selama 28 hari sebelum ini. Mathias ditahan ketika melawat Khairuddin di Balai Polis Dang Wangi. 

Apakah kerajaan sebenarnya menyambut baik saranan Majlis Raja-Raja apabila masih menahan seseorang yang bersikap lantang terharap 1MDB dibawah Sosma?

Tidakkah sepatutnya, apabila Raja-Raja sudah bersuara, tumpuan harus diutamakan kepada menyelesaikan siasatan 1MDB dan mendakwa mereka yang melakukan kesalahan dan bukannya terus menangkap mereka yang membuat laporan mengenai syarikat itu? 

Di sebalik tangkapan Mathias itu pula, Najib sebagai ketua kerajaan masih terus berdiam diri daripada memberi reaksinya yang sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai sikapnya terhadap titah Raja-Raja itu.

Apakah penahanan berterusan di bawah Sosma ini juga mengesahkan kenyataan Muhyiddin Yassin mengenai kemungkinan adanya tangan ghaib di sebalik siasatan sambil menyatakan kebimbangannya seolah-olah 1MDB adalah sebuah entiti yang kebal? 

Dalam rentetan yang terus membimbangkan ini, apakah mungkin atau perlu Raja-Raja bertitah sekali lagi selepas ini?-BlogSpot


Lelaki Tandatangan PukiM*k Pada Kertas Saman Telah Diberkas

Posted: 10 Oct 2015 06:15 PM PDT



Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Toyota Land Cruiser menerima padah berganda selepas dia yang disaman kerana melakukan kesalahan lalu lintas telah ditahan kerana disabitkan dengan kesalahan menghina anggota polis trafik di Jalan Tun Fuad Stephen berhadapan Promenade Hotel, Kota Kinabalu.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan saman yang dikeluarkannya kerana tidak memakai tali pinggang keledar telah bertindak menurunkan tandatangan di atas surat saman dengan perkataan lucah dan juga makian iaitu 'pu**m*k' di bahagian nama penerima saman.

Insiden memalukan itu berlaku di Jalan Kota Kinabalu, Sabah jam 10.40 pagi semalam.

Kerana tulisan berkenaa, anggota berkenaan dikatakan bertanya kepadanya kenapa menulis perkataan demikian, tetapi dijawab oleh lelaki tersebut itu adalah namanya.

Anggota berkenaan yang dikenali sebagai Koperal Arman Maidin telah meminta lelaki berkenaan ke balai untuk tindakan lanjut tetapi tidak mendapat kerjasama membuatkan dia terpaksa menghubungi anggota lain untuk tindakan.

Selepas anggota lain sampai di lokasi dan menerangkan kesalahan yang dilakukan lelaki itu, dia akhirnya telah dibawa ke balai polis trafik Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan rekod, ini bukanlah kejadian pertama berlaku sebegini di mana pada tahun lalu di Pulau Pinang seorang lelaki juga ditahan kerana menulis perkataan sama di atas surat saman yang diterimanya.

Dia kemudiannya didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret yang menjatuhkan hukuman penjara seminggu serta saman RM5,000 atas kesalahan tersebut.
 

Bajet : Rosmah Mahu Peruntukan Lebih RM 211 Juta diberikan Kepadanya Akaun Baru

Posted: 10 Oct 2015 05:30 PM PDT



Selepas mendapat peruntukan RM211 juta bagi tahun 2010 dan 2011, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu peruntukan yang lebih untuk Program Permata Negara (Permata).

Bernama melaporkan Rosmah yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelerasan Permata Negara berkata, peruntukan itu kononnya bagi memperluaskan  pembangunan pusat berkenaan di kawasan memerlukan, terutama di luar bandar.
Rosmah juga berkata penubuhan pusat itu untuk  'memastikan' kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses  pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menyelar peruntukan RM211 juta yang disifatkan tidak wajar ketika rakyat menanggung kesengsaraan berikutan kenaikan kos kehidupan akibat kenaikan harga barang dan harga minyak.
Kuasa yang diberikan kepada Rosmah yang menggelar dirinya sebagai 'Wanita Pertama Malaysia' mengendalikan program Permata juga dianggap tidak relevan.
Ini kerana  ia sepatutnya diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Mei lalu, kerajaan memberi alasan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, bagi menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta, sedangkan Permata memperoleh peruntukan yang hampir sama dengan jumlah subsidi berkenaan untuk tahun ini.

Rosmah baru-baru ini menimbulkan kegemparan berikutan pendedahan bahawa beliau membeli sebentuk cincin berlian berharga RM24.45 juta dari syarikat pengeluar berlian terkenal Amerika Syarikat, Jacob & Co.


Sebelum ini, Rosmah yang digelar 'Imelda Marcos Malaysia' membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita  Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh, beliau membelanjakan sebanyak RM134,317.76, selain suaminya sendiri Najib Razak  membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia..



Melankolia.

VIDEO - Rupanya pemandu teksi ini pun terlibat dengan penculikan kanak-kanak lima tahun. ??

Posted: 10 Oct 2015 04:45 PM PDT



 
Pemandu teksi ditahan bantu siasatan culik
FMT Reporters suspek-culik 

PETALING JAYA: Pemandu teksi antara empat suspek yang ditahan polis bagi membantu siasatan penculikan kanak-kanak lima tahun di Sungai Chua pada Jumaat. 

Hasil serbuan yang dilakukan, polis merampas kereta sebuah kereta Saga BLM berwarna biru dengan nombor pendaftaran WUJ 1485 yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. 

Pemeriksaan selanjutnya menemui wang berjumlah RM286,550 dalam bentuk not RM50 dan RM100. 

Menurut maklumat siasatan, suspek berusia 42 tahun, warga tempatan dan mempunyai nama yang sama seperti dilaporkan sebelum ini, Nizan

Penangkapan itu dibuat susulan penahanan tiga yang lain, termasuk seorang warga Indonesia. 

Sebelum itu seorang suspek, ditahan bersama sejumlah wang yang dipercayai sebahagian daripada wang tebusan. 

Polis menemui semula wang tebusan itu sebanyak RM291,550 namun kehilangan bakinya sejumlah RM8,450 sedang disiasat. 

Berdasarkan laporan yang diberikan, keempat-keempat suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


Zar Ali's photo.


KERENGGA.
Rupanya pemandu teksi ini pun terlibat dengan penculikan kanak-kanak lima tahun (video) Pemandu teksi ditahan bantu siasatan culik FMT Reporters suspek-culik PETALING JAYA: Pemandu teksi antara empat suspek yang ditahan polis bagi membantu siasatan penculikan kanak-kanak lima tahun di Sungai Chua pada Jumaat. Hasil serbuan yang dilakukan, polis merampas kereta sebuah kereta Saga BLM berwarna biru dengan nombor pendaftaran WUJ 1485 yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Pemeriksaan selanjutnya menemui wang berjumlah RM286,550 dalam bentuk not RM50 dan RM100. Menurut maklumat siasatan, suspek berusia 42 tahun, warga tempatan dan mempunyai nama yang sama seperti dilaporkan sebelum ini, Nizan. Penangkapan itu dibuat susulan penahanan tiga yang lain, termasuk seorang warga Indonesia. Sebelum itu seorang suspek, ditahan bersama sejumlah wang yang dipercayai sebahagian daripada wang tebusan. Polis menemui semula wang tebusan itu sebanyak RM291,550 namun kehilangan bakinya sejumlah RM8,450 sedang disiasat. Berdasarkan laporan yang diberikan, keempat-keempat suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Rupanya pemandu teksi ini pun terlibat dengan penculikan kanak-kanak lima tahun (video) Pemandu teksi ditahan bantu siasatan culik FMT Reporters suspek-culik PETALING JAYA: Pemandu teksi antara empat suspek yang ditahan polis bagi membantu siasatan penculikan kanak-kanak lima tahun di Sungai Chua pada Jumaat. Hasil serbuan yang dilakukan, polis merampas kereta sebuah kereta Saga BLM berwarna biru dengan nombor pendaftaran WUJ 1485 yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Pemeriksaan selanjutnya menemui wang berjumlah RM286,550 dalam bentuk not RM50 dan RM100. Menurut maklumat siasatan, suspek berusia 42 tahun, warga tempatan dan mempunyai nama yang sama seperti dilaporkan sebelum ini, Nizan. Penangkapan itu dibuat susulan penahanan tiga yang lain, termasuk seorang warga Indonesia. Sebelum itu seorang suspek, ditahan bersama sejumlah wang yang dipercayai sebahagian daripada wang tebusan. Polis menemui semula wang tebusan itu sebanyak RM291,550 namun kehilangan bakinya sejumlah RM8,450 sedang disiasat. Berdasarkan laporan yang diberikan, keempat-keempat suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Rupanya pemandu teksi ini pun terlibat dengan penculikan kanak-kanak lima tahun (video) Pemandu teksi ditahan bantu siasatan culik FMT Reporters suspek-culik PETALING JAYA: Pemandu teksi antara empat suspek yang ditahan polis bagi membantu siasatan penculikan kanak-kanak lima tahun di Sungai Chua pada Jumaat. Hasil serbuan yang dilakukan, polis merampas kereta sebuah kereta Saga BLM berwarna biru dengan nombor pendaftaran WUJ 1485 yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Pemeriksaan selanjutnya menemui wang berjumlah RM286,550 dalam bentuk not RM50 dan RM100. Menurut maklumat siasatan, suspek berusia 42 tahun, warga tempatan dan mempunyai nama yang sama seperti dilaporkan sebelum ini, Nizan. Penangkapan itu dibuat susulan penahanan tiga yang lain, termasuk seorang warga Indonesia. Sebelum itu seorang suspek, ditahan bersama sejumlah wang yang dipercayai sebahagian daripada wang tebusan. Polis menemui semula wang tebusan itu sebanyak RM291,550 namun kehilangan bakinya sejumlah RM8,450 sedang disiasat. Berdasarkan laporan yang diberikan, keempat-keempat suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Sarawak Report tuduh Arul 'penipu'

Posted: 10 Oct 2015 09:15 AM PDT

  
 
 
 
Sarawak Report hari ini mendedahkan beberapa dokumen membuktikan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Syarikat 1MDB Arul Kanda Kandasamy seorang "pembohong".

Pendedahan tersebut dibuat ekoran dakwaan mengejutkan yang mengesahkan tiada wang tunai tersimpan di Bank BSI di Singapura.

Sarawak Report mendakwa berdasarkan laporan mesyuarat lembaga 1MDB kenyataan Arul terbukti bukan "salah faham", tetapi sebahagian daripada "strateginya mberikan maklumat salah".

"Dalam erti kata lain, ia adalah satu pembohongan yang memalukan," kata pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown (gambar) dalam e-mel kepada Malaysiakini.

Sarawak Report melaporkan pada April lalu, 1MDB mengeluarkan penyata bank palsu mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd, di Bank BSI Singapura.

Memetik maklumat yang diterima, laman web itu berkata bank berkenaan memberitahu Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dokumen tersebut bukan datang daripada mereka.

Lihat jawapan bertulis

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dituduh berbohong oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelaburan yang ditebus, yang didakwa dalam bentuk wang tunai berjumlah AS$1.103 bilion (RM4.08 bilion) pada Mac.

Najib, yang juga menteri kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP Tony Pua.

Arul ketika diwawancara Business Times Singapura pada Februari lalu mengakui wang tunai itu berada dalam akaun firma berkenaan di Bank BSI.

Tetapi Najib dalam satu lagi jawapan bertulis Parlimen "mengubah" jawapannya sebelum ini, mengatakan pelaburan yang ditebus 1MDB itu berupa aset dalam bentuk dolar AS bagi tujuan mengimbangi liabilitinya yang juga dalam dolar AS.

"Kami kini telah mendapat beberapa minit dari mesyuarat lembaga.

"Arul juga memberi alasan yang amat sukar dipercayai tentang jumlah pinjaman 1MDB.

"Ini adalah respons kepada kebimbangan pengerusinya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, bahawa pihak pengurusan secara terbuka berjanji untuk menghantar pulang wang itu dan kemudian gagal untuk berbuat demikian," kata Sarawak Report lagi.

Menurut laman web berkenaan, Arul memberi alasan tidak menghantar pulang wang tunai itu kerana ia perlu disimpan di bank Singapura sebagai jaminan kepada Deutsche Bank.


Malaysiakini

Gerakan veteran Umno bakal cetus gelombang Oleh Mohd Azhar Abd Rahman

Posted: 10 Oct 2015 08:30 AM PDT


Satu demi satu personaliti Umno yang menyinar karier politik mereka satu masa dahlu bangkit bersuara lanjutan daripada serangan bertubi-tubi Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak terutamanya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma 2.6 bilion.

Nama-nama yang pada anggapan ramai sudah boleh disemadikan dalam "Muzium Umno" tidak semena-mena muncul membawa keris masing-masing menghunus ke arah Najib atas kelemahan beliau menguruskan hal ehwal pentadbiran dalam negara.

Bermula dengan Dr Mahathir, rakan sekutunya, Tan Sri Sanusi Junid turut menyatakan desakan sama meminta Najib berundur.Sebelum itu, Tan Sri Zainudin Maidin turut membuat desakan yang sama apabila melihat Najib seakan-akan tidak menghiraukan gesaan bekas perdana menteri Dr Mahathir.

Tan Sri Rafidah Aziz, yang satu ketika dahulu turut pernah dikritik Dr Mahathir juga bersuara mengkritik cara Najib menguruskan ekonomi negara yang kian tenat.Tidak ketinggalan, Tun Daim Zainudin apabila beliau menyatakan keraguannya terhadap sokongan Umno kepada Najib pada ketika ini.

Tan Sri Sabbaruddin Chik juga antara veteran Umno yang pernah memegang jawatan setiausaha agung menyokong tindakan Dr Mahathir yang mahu Najib meninggalkan kerusi perdana menteri bagi memperbaiki keadaan yang semakin meruncing.Dipercayai ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah mereka kerana Umno dikatakan boleh ranap seandainya Najib terus berada di takhta.

Kesemua bekas pemimpin Umno ini merupakan penggerak parti dan menteri Kabinet satu masa dahulu dan mereka juga tahu ruang-ruang yang ada dalam kerajaan untuk merompak. Atas sebab itu mereka melihat "rompakan" yang dibuat Najib ternyata begitu melampau sehingga memberi kesan kepada keadaan ekonomi negara.

Mungkin kerana sudah dimamah usia, kesedaran kepada mencegah kemungkaran mula timbul dalam kehidupan mereka.Tidak mustahil, dengan kemunculan tokoh-tokoh veteran Umno ini, satu gelombang besar akan melanda Umno dengan gerakan yang dilihat semakin membesar. 
 
Najib yang masih mengharapkan Kabinetnya bertahan dengan serangan dari luar dan dalam dilihat semakin hilang upaya.

Terbaru gesaan Majlis Raja-raja Melayu yang mahu isu 1MDB diselesaikan secepat mungkin memberi mesej yang sangat jelas apa yang diperkatakan ramai pihak sebelum ini berasas.

Lalu timbul pula kalimah "derhaka" seandainya tindakan tidak dibuat mengikut saranan majlis itu mengikut tafsiran Datuk A Kadir Jasin.Benar-benar menghimpit. Itulah keadaan Najib ketika ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada awal pelantikannya sebagai timbalan perdana menteri dilihat gagah, sejak akhir-akhir ini juga kian hilang arah untuk mempertahankan bosnya itu.

Dalam suasana ketika ini, tidak mustahil, seandainya kesemua pengkritik yang memegang status veteran Umno ini bersepakat membawa suara dan pandangan mereka secara bersama dan mengenepikan cerita lama, meletakkan gesaan Majlis Raja-raja sebagai asas kebersamaaan, tsunami besar dalam Umno akan berlaku.

Sekiranya tsunami ini berlaku dalam masa terdekat, Umno kembali berpeluang menyusun kekuatan untuk berdepan dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Jika tidak, bersedialah untuk mengambil alih peranan sebagai pembangkang di Parlimen.-TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Gerakan veteran Umno bakal cetus gelombang Oleh Mohd Azhar Abd Rahman

Posted: 10 Oct 2015 07:45 AM PDT


Gerakan veteran Umno bakal cetus gelombangSatu demi satu personaliti Umno yang menyinar karier politik mereka satu masa dahlu bangkit bersuara lanjutan daripada serangan bertubi-tubi Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak terutamanya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma 2.6 bilion.
Nama-nama yang pada anggapan ramai sudah boleh disemadikan dalam "Muzium Umno" tidak semena-mena muncul membawa keris masing-masing menghunus ke arah Najib atas kelemahan beliau menguruskan hal ehwal pentadbiran dalam negara.

Bermula dengan Dr Mahathir, rakan sekutunya, Tan Sri Sanusi Junid turut menyatakan desakan sama meminta Najib berundur.Sebelum itu, Tan Sri Zainudin Maidin turut membuat desakan yang sama apabila melihat Najib seakan-akan tidak menghiraukan gesaan bekas perdana menteri Dr Mahathir.

Tan Sri Rafidah Aziz, yang satu ketika dahulu turut pernah dikritik Dr Mahathir juga bersuara mengkritik cara Najib menguruskan ekonomi negara yang kian tenat.Tidak ketinggalan, Tun Daim Zainudin apabila beliau menyatakan keraguannya terhadap sokongan Umno kepada Najib pada ketika ini.

Tan Sri Sabbaruddin Chik juga antara veteran Umno yang pernah memegang jawatan setiausaha agung menyokong tindakan Dr Mahathir yang mahu Najib meninggalkan kerusi perdana menteri bagi memperbaiki keadaan yang semakin meruncing.Dipercayai ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah mereka kerana Umno dikatakan boleh ranap seandainya Najib terus berada di takhta.

Kesemua bekas pemimpin Umno ini merupakan penggerak parti dan menteri Kabinet satu masa dahulu dan mereka juga tahu ruang-ruang yang ada dalam kerajaan untuk merompak. Atas sebab itu mereka melihat "rompakan" yang dibuat Najib ternyata begitu melampau sehingga memberi kesan kepada keadaan ekonomi negara.

 vv
 
Mungkin kerana sudah dimamah usia, kesedaran kepada mencegah kemungkaran mula timbul dalam kehidupan mereka.Tidak mustahil, dengan kemunculan tokoh-tokoh veteran Umno ini, satu gelombang besar akan melanda Umno dengan gerakan yang dilihat semakin membesar. 

Najib yang masih mengharapkan Kabinetnya bertahan dengan serangan dari luar dan dalam dilihat semakin hilang upaya.

Terbaru gesaan Majlis Raja-raja Melayu yang mahu isu 1MDB diselesaikan secepat mungkin memberi mesej yang sangat jelas apa yang diperkatakan ramai pihak sebelum ini berasas.

Lalu timbul pula kalimah "derhaka" seandainya tindakan tidak dibuat mengikut saranan majlis itu mengikut tafsiran Datuk A Kadir Jasin.Benar-benar menghimpit. Itulah keadaan Najib ketika ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada awal pelantikannya sebagai timbalan perdana menteri dilihat gagah, sejak akhir-akhir ini juga kian hilang arah untuk mempertahankan bosnya itu.

Dalam suasana ketika ini, tidak mustahil, seandainya kesemua pengkritik yang memegang status veteran Umno ini bersepakat membawa suara dan pandangan mereka secara bersama dan mengenepikan cerita lama, 

meletakkan gesaan Majlis Raja-raja sebagai asas kebersamaaan, tsunami besar dalam Umno akan berlaku.
Sekiranya tsunami ini berlaku dalam masa terdekat, Umno kembali berpeluang menyusun kekuatan untuk berdepan dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Jika tidak, bersedialah untuk mengambil alih peranan sebagai pembangkang di Parlimen.-TMI


Biarkan puak Mahathir dan bani Najib bercakaran sesama sendiri

Posted: 10 Oct 2015 07:00 AM PDT

Andai Najib Razak letak jawatan, diganti Zahid Hamidi, ‪#‎Umno‬ akan kembali kukuh, sedang rakyat terus merana dan negara tergadai segalanya.
Pimpinan Pembangkang; ‪#‎PKR‬‪#‎DAP‬‪#‎PAS‬ dan ‪#‎Amanah‬ semakin hanyut dengan sandiwara Tun Mahathir Mohammed untuk menjatuhkan Najib Razak, kononnya untuk selamatkan negara. Sedangkan apa yang Mahathir pejuangkan adalah menjatuhkan Najib Razak sebelum pru14 agar Umno terus bertahta di Putrajaya.
Sejarah telah membuktikan;

- Setelah Mahathir undur, Abdullah Badawi diangkat menjadi PM, Umno menang besar dalam pru berikutnya. Keadaan yang sama berlaku pada penggal pertama pru selepas Najib Razak diangkat menjadi PM setelah pengunduran Abdullah Badawi.
Pimpinan ‪#‎PakatanRakyat‬ / ‪‎PakatanHarapan‬ sewajarnya beri tumpuan tumbangkan UmnoBN‬, bukan menjatuhkan Najib Razak !!
Biarkan puak Mahathir dan bani Najib dalam UmnoBN bercakaran sesama sendiri angkara presiden mereka. Kita tumpukan kepada agenda utama; hancur dan tumbangkan Umno Barisan Nasional menjelang pilihanraya umum 14.

Patutlah Ramai Sertai Amanah.. Ini Puncanya

Posted: 10 Oct 2015 06:15 AM PDT


Mereka yang tidak lagi diterima kepimpinan PAS tetapi kekal dalam parti Islam itu, kini dituduh menyertai kumpulan serpihan Parti Amanah Negara (Amanah), seolah-olah ia perkara paling keji dalam dunia dilakukan mereka.

Tetapi, tindakan tersebut hanya membuatkan lebih ramai menyertai Amanah, yang ketika ini mempunyai 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya bekas pemimpin PAS, menurut timbalan presiden parti baharu itu, Salahuddin Ayub.

Menceritakan betapa Amanah digunakan untuk "menyerang" ahli yang tidak disenangi mereka, bekas ketua penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad (gambar bawah) berkata, beliau mendapat tekanan kiri dan kanan daripada PAS kononnya beliau menyertai Amanah.


Beliau tidak menyertai Amanah dan masih ahli PAS, tetapi katanya tekanan mula diterima sejak 2013 apabila beliau mengalahkan ketua Pemuda PAS ketika itu, Nasrudin Hassan sebagai naib yang dipertua PAS kawasan Indera Mahkota.

Sejak itu beliau dilabelkan sebagai penentang ulama dan disisihkan oleh pihak yang menguasai pucuk pimpinan PAS sekarang, iaitu golongan ulama yang menyingkirkan golongan progresif bagi menduduki majoriti jawatan tertinggi parti pada pemilihan Jun lalu.

Apabila barisan Kabinet PAS Pahang dibentuk selepas Muktamar PAS ke-61 baru-baru ini, nama Suhaimi terus ditiadakan daripada barisan kepimpinan negeri.

Beliau mendakwa pemimpin PAS memboikotnya, termasuk kedai buku dimilikinya.

Namun, Suhaimi mengambil sikap berdiam diri dan tidak menjawab sebarang serangan terhadapnya.

Beberapa hari lepas, berlaku lagi kejadian tidak disenangi membabitkan rutin bulanan beliau yang selama 3 hari dalam sebulan akan keluar dari Pahang memberikan kuliah di masjid dan surau seluruh negara.

Sejak perpecahan berlaku dalam PAS katanya, kuliah yang dijadualkan untuknya berkurangan daripada 8 kepada 3 sahaja kini.

"5 kuliah lagi bagi alasan nak susun balik, kebetulan ada ustaz lain nak masuk, dan macam macam alasan lain. Aku bersangka baik," tulis Suhaimi di laman Facebook miliknya.

Salah satu daripada pembatalan kuliah itu dibuat melalui telefon apabila beliau hanya dihubungi ketika sudah hampir tiba di tempat dijadualkan berceramah, sebuah masjid di Muadzam.

"Mereka kata, ustaz dah 'join' Amanah dan tak bersama PAS," kata pihak penganjur kepada Suhaimi yang menyebabkan beliau terkejut.

"Apa!!! Saya masih ahli PAS," Suhaimi melahirkan rasa terkejutnya melalui tulisannya di akaun media sosial itu, memecah kebisuannya selama ini.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Suhaimi berkata beliau tidak berhasrat untuk menyertai Amanah.

"Jika saya sertai Amanah bermakna tuduhan terhadap saya betul dan itulah yang dikehendaki pihak yang memfitnah saya," katanya.

Kebencian PAS terhadap Amanah berpunca daripada hakikat yang pemimpin parti serpihan itu dulunya rakan seangkatan pemimpin konservatif parti Islam.

Tetapi, mereka lebih progresif dan memilih untuk meneruskan kerjasama dengan bekas PAS yang kini menjadi musuh, iaitu DAP yang sekular dan PKR di bawah Pakatan Rakyat yang kini tidak lagi berfungsi.

Apabila kumpulan progresif menubuhkan Amanah, mereka dilabelkan sebagai "pengkhianat" oleh PAS, yang berikrar tidak akan bekerja sama dengan mereka lagi.

Apa yang berlaku kepada Suhaimi turut juga dialami seorang lagi pemberi kuliah, Roslan Ismail, yang juga bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Bukit Besi, Terengganu.

Katanya, pada 1 Oktober, beliau menerima surat makluman diberhentikan daripada memberi kuliah di Surau Darulsalam, Paka tempat beliau berceramah sejak puluhan tahun lalu.

Ekoran itu, pada 2 Oktober, Roslan menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Amanah, kepada naib presiden parti itu Datuk Dr Mujahid Yusof di Kuala Terengganu.

Apa yang dihadapi Suhaimi dan Roslan turut dialami ramai ahli dan bekas pemimpin PAS di seluruh negara.

Kerana perbezaan pendapat, mereka disisihkan pemegang jawatan PAS sekarang yang menang melalui kempen agresif menyerang pihak yang berbeza pendapat.

Ekoran itulah sambutan dan penyertaan ke dalam Amanah menjadi fenomena di seluruh negara.

Najib tak peduli pasal negara, hanya mahu kedudukan kekal, kata Dr Mahathir

Posted: 10 Oct 2015 05:30 AM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan hanya berminat untuk mengekalkan kedudukan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 10 Oktober, 2015.
 
Datuk Seri Najib Razak disifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang perdana menteri yang tidak peduli kepada sebarang situasi buruk yang melanda negara, termasuk ketika Malaysia mengalami kejatuhan nilai ringgit.

Negarawan bersara itu mendakwa, yang menjadi keutamaan Najib ialah untuk mengekalkan kedudukannya dengan menggunakan wang.

"Kerajaan ini hanya berminat untuk mengekalkan kedudukan Najib, beliau tidak kisah mengenai hal lain, bukan mengenai bagaimana untuk mengumpul hasil dan membangunkan negara, bukan begitu.

"Beliau (Najib) pernah berkata kepada saya, wang itu raja. Beliau harap, dengan menaburkan wang, rakyat akan memberi sokongan," katanya pada sebuah forum di Brickfields, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata Najib mengabaikan nasihat beliau yang rakyat tidak akan menyokong kerajaan Barisan Nasional hanya dengan menghulurkan pemberian RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Jadi, dia tak peduli sama ada negara ini dalam keadaan baik atau tidak, ringgit jatuh, dia tak peduli, dia kata itu normal... akan pulih semula.

SPR dan masalah-masalah yang tak pernah selesai

Posted: 10 Oct 2015 04:45 AM PDT

Encik Politik Encik Polotik's photo.TIDAK seperti sebelum ini, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, semua parti politik boleh membuat pendaftaran pengundi baru. Ini membolehkan semua parti politik secara giat membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pendaftaran pengundi baru.

Walaupun tidak membenarkan penolong pendaftar parti politik membuat pertukaran alamat, sekurang-kurangnyamereka boleh membantu membuat pendaftaran pengundi baru.


Betapa tidak, parti politik adalah kumpulan berkepentingan dalam hal ini. Sangat wajar untuk SPR membenarkan wakil parti politik dilantik sebagai penolong pendaftar SPR.


Anehnya, selepas PRU13, SPR tiba-tiba tidak mahu melantik semula penolong pendaftar parti politik. Alasannya tidak munasabah. Kononnya, SPR sedang membuat penyelarasan terhadap pelaksanaan kaedah sedia ada.


Ini jawapan yang tidak rasional.

SPR boleh membuat kerja penyelarasan di samping penolong pendaftar menjalankan kerja pendaftaran pemilih baru.


Kerja pendaftaran pemilih baru tidak boleh diberhentikan. Perlembagaan Persekutuan mensyaratkan pendaftaran jika seseorang warganegara mencapai usia 21 tahun, mahu menggunakan hak mereka sebagai pengundi.


Oleh itu, kerja pendaftaran pemilih baru dan pertukaran alamat masih dilaksanakan SPR selepas PRU 13. Peliknya, SPR tidak mahu melantik penolong pendaftar dari kalangan wakil parti politik.


Sebaliknya, SPR melantik jabatan dan agensi kerajaan tertentu untuk membantu membuat kerja pendaftaran pengundi baru. Ketua Kampung dan Ketua Kampung Baru juga dilantik untuk membuat tugas sama.


Pejabat SPR, Majlis Daerah, Pejabat Tanah dan Pejabat Pos juga dijadikan pusat mendaftar pengundi baru dan bertukar alamat. Jika pihak itui boleh membuat kerja pendaftaran pemilih, kenapa tidak wakil parti politik?


Nyata, Barisan Nasional (BN) takut kepada kekuatan pembangkang yang giat membuat pendaftaran pengundi sebelum ini. Selepas prestasi BN merosot dalam PRU 13, SPR diarahkan supaya tidak melantik lagi wakil parti politik sebagai penolong pendaftar.

Nampaknya, SPR tidak ada tulang belakang untuk berfungsi sebagai sebuah badan berkecuali.
Imej SPR semakin tercemar apabila fungsinya diganggu kerajaan. Mereka sepatutnya bersikap berkecuali dan berlaku adil kepada semua parti politik. Malangnya, SPR lupa peranan utamanya sebagai badan neutral, sebaliknya hanya mengikut telunjuk BN.


SPR harus melantik semula wakil parti politik sebagai penolong pendaftar. Ini memberi ruangan dan peluang kepada lebih ramai pengundi muda mendaftarkan sebagai pemilih.


Pendek kata, rakyat harus diutama, bukannya pemimpin kerajaan yang memperkuda institusi itu.



SPR tiada pilihan lain dan perlu kembali kepada landasan asal.

Ni bkn peguam negara...ni peguam kerajaan umno najib....

Posted: 10 Oct 2015 04:00 AM PDT

Kemana Perginya USD 1.83 Billion ??

Posted: 10 Oct 2015 03:15 AM PDT

Kelab Che Det's photo.
Kelab Che Det

Bank Negara Malaysia telah membatalkan kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA) dimana 1MDB mahu membuat pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion.

Ini berikutan kebenaran yang diperlukan di bawah ECA untuk pelaburan 1MDB di luar negara telah diperolehi berdasarkan maklumat yang tidak tepat, palsu atau tanpa pendedahan lengkap maklumat bahan yang relevan pada penilaian pihak bank terhadap permohonan 1MDB.

Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan arahan kepada 1MDB untuk membawa pulang dengan kadar segera sejumlah RM7.5 bilion ke Malaysia.

Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada kenyataan Peguam Negara bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan berkenaan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan semalam berkata Bank Negara telah menyiasat 1MDB di bawah ECA atas dakwaan dengan sengaja atau dengan melulu. Kertas siasatan itu telah dikemukakan pada 21 Ogos.

Bagaimanapun, Timbalan Peguam Cara Negara 1 Datuk Abd Majid Hamzah memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh 1MDB dan tiada tindakan lanjut perlu diambil, kata kenyataan itu.

Kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September dan keputusan itu dimaklumkan kepada Bank Negara pada hari yang sama.

Bagaimanapun, pada 1 Oktober, Bank Negara membuat permintaan supaya keputusan itu disemak semula tetapi selepas menimbangkan permintaan itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusannya kerana tidak ada bukti baru yang telah diberikan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata, keputusan peguam negara berkenaan dengan siasatan terhadap 1MDB berkaitan dengan syor Bank Negara untuk memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran di bawah ECA.

Bank Negara berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada peguam negara.

Sebagai pihak Bank Negara, pihak Bank setiap masa mengkehendaki pendedahan maklumat lengkap dan tepat oleh pemohon dalam mempertimbangkan apa-apa permohonan di bawah ECA.

Bank pusat itu mengalu-alukan kerjasama penuh untuk sebarang siasatan jika dikehendaki oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SEDIH MELIHAT SABAHAN !!

Posted: 10 Oct 2015 02:30 AM PDT


Nurliyana Abdullah's photo.

KEKADANG membaca nota-nota mereka yang berdiri di pihak pemerintah jelas bermatian mereka yang berkenaan mempertahankan yang terang2an salah.

Mereka pertahankan kepimpinan Najib sedang negara dalam keadaan susah dan berbilion dana rakyat digunaka untuk sesuatu yang sia2 dan segalanya diurus wang berbilion tanpa bincang di kabinet seolah wang rakyat wang syarikat sendiri.

Sabahan pula yang terus sokong UMNO seolah tersihir kesan perbuatan pemimpin UMNO atasan dan pemimpin Sabah kalangan pemerintah jelas
seperti KARABAU.


Parti2 lokal yang dalam BN jelas buta mata dan buta hati dan yang ahli2 UMNO sokong UMNO sama cara mereka berfikir dan bertindak.

Sabah sebuah negara yang kaya sumber seperti minyak, gas dan hasil lain yang banyak menyumbang WANG YANG DISATUKAN, tetapi apakah mereka tidak sedih, pilu dukacita bila dikatakan Sabahan termiskin?

Laporan E kasih Jabatan kebajikan Sabah antara terbanyak sekali memohon bantuan miskin dan apakah mereka sengaja memejamkan mata ketika Sabah penerima anugerah pendidikan asas paling tersorot dan sk Mantanani tak seorang lulus exam akhir?

Tidakkah pemimpin Sabah dalam BN berusaha bertindak yang sewajarnya untuk kebaikan anak bangsa sabahan?

Apakah kesan kepentingan diri dan jawatan, rata2 mereka itu seperti badut tua yang asyik mengangguk seperti lembu?

Memang sudah terang bersuluh lagi dan segalanya mereka menjadi buta hati dan mata kesan lupa diri yang mereka itu duduki kerusi kerana sokongan rakyat yang perluka perjuangan mereka.

Memang keadaan ini amat sedih sekali.

Kesan kepimpinan atas lebih pentingkan perut sendiri, maka rakyat akhirnya menderita dan musim2 akan datang kehidupan rakyat kita di Sabah akan lebih menderita parah bakal menjadi orang asing di negara sendiri.

Pemimpin2 yang ada sekarang ini tidak lebih seperti KARABAU yang ditambat di pohon kelapa dan sampai waktu kita korbankan semuanya sebagai tanda pembunuhan pemimpin yang melembukan dirinya dan pembawa dosa buat rakyat Sabahan.

PRU14, kita hantar mereka ke gaung puaka!


NURLIYANA ABDULLAH

"Saya Nak Makan Nasi Goreng Dan Ayam Goreng," Kata Ima, Kanak-Kanak Orang Asli Yang Selamat Ditemui

Posted: 10 Oct 2015 01:50 AM PDT




Berikutan penemuan dua kanak-kanak orang asli yang masih hidup selepas hilang sejak 23 Ogos lalu, ramai yang menyatakan kegembiraan disebalik rasa sedih ada yang terkorban.

Wartawan The Star, Charanjeet Kaur telah berkongsi kisah yang menyentuh perasaan semasa membawa seorang mangsa iaitu Miksudiar Aluj atau lebih dikenali sebagai ima sejurus diselamatkan oleh pihak penyelamat.

Berikut adalah kisahnya yang ditulis dimStar Online.

DIA baring di atas riba saya, badannya kelihatan kurus kering dan matanya merenung ke arah saya.

Ketika saya mengusap dahinya, dia sekadar melemparkan senyuman yang lemah dan terus mengenggam tangan saya dengan erat.

Kemudian dia berbisik: "Saya nak makan ayam."

Kata-kata itu pastinya cukup menyentuh hati sesiapa sahaja.

Kanak-kanak perempuan itu adalah Miksudiar Aluj yang saya kenali sebagai Ima.

Malah, saya kecewa apabila gagal memberikan sebarang makanan untuk dinikmati Ima.

Dia kelihatan begitu lemah dan bergantung sepenuhnya pada drip air yang dimasukkan ke dalam badannya.

Jadi, dia tidak boleh makan apa-apa.

Namun saya puas hati. Kami berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak perempuan yang hilang selama 46 hari di dalam hutan tebal Pos Tohoi.

Segalanya bermula pada pukul 8 pagi Khamis apabila saya diminta untuk membuat liputan mengenai misteri kehilangan tujuh kanak-kanak orang asli selepas penemuan satu mayat.

Kami tiba di Hospital Gua Musang pada pukul 2.30 petang.

Ahli keluarga kanak-kanak orang asli itu telah mengenal pasti mayat kanak-kanak yang pertama ditemui sebagai Sasa.

Ia ada hari yang penuh duka untuk semua.

Kami mendekati bapa dan ahli keluarga mangsa serta mendapatkan kenyataan rasmi daripada Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah.

Beliau menegaskan operasi mencari dan menyelamat akan ditingkatkan.

Kemudian, satu lagi mayat berjaya ditemui dan dalam perjalanan ke hospital.

Kali ini, mayat tersebut hanya tinggal rangka sahaja.

Pasukan Video The Star bergegas ke kenderaan Land Rover polis untuk merakamkan detik penemuan mayat kedua itu.

Mayat tersebut yang hanya tinggal rangka disimpan di dalam kotak yang telah ditutup.

Wartawan berpengalaman dan pemberita semuanya berada di sana.

Dan kami semua diam membisu, tragedi tersebut terlalu berat untuk dipikul.

Sekali lagi, Saiful Bahri berkata polis mulai menaruh harapan tinggi bahawa baki lima lagi kanak-kanak itu akan ditemui.

Pada Jumaat, harapan lebih tinggi untuk terus menjejaki kanak-kanak itu.

Namun, tiada siapa tahu sekiranya mereka ditemui dalam keadaan selamat.

Kami akan dibawa ke lokasi penemuan dua mayat kanak-kanak tersebut.

Kami tiba di Pos Tohoi dan terus bergerak ke Sg Perias, lokasi di mana mayat Sasa ditemui.

Ketika kami bergerak ke lokasi seterusnya, radio polis berbunyi dan akhirnya membawa khabar gembira.

Mereka berjaya menemui tiga lagi kanak-kanak, dua daripada selamat.

Pengamal media kelihatan teruja.

Ketika kami dalam perjalanan ke Pos Tohoi, saya gagal mengawal emosi.

Saya terlihat dua kanak-kanak itu dan mereka kelihatan kurus kering.

Penerbit Eksekutif kami, Mohamad Azam, memeluk saya dan berkata: Kuatkan semangat."

Saya seorang ibu. Dan ibu tidak boleh melihat anaknya dalam keadaan sebegitu. Ia seolah-olah saya berjaya bertemu kembali dengan anak saya yang hilang.

Juruvideo kami, Juliana Fauzi cuba untuk mengawal emosi tetapi akhirnya menitiskan air mata.

Kami bernasib baik kerana berjaya sampai ke Gua Musang dengan menggunakan kereta Azam dan dibawa ke Pos Tohoi.

Pegawai di lokasi, Inspektor Harris, mahukan sebuah kenderaan untuk membawa salah seorang kanak-kanak itu kembali ke SM Kuala Betis, lokasi ambulans sedang menunggu untuk membawa mereka ke Hospital Gua Musang.

Azam bertanya kepada saya sekiranya saya bersedia untuk memangku salah seorang kanak-kanak itu.

Sedia? Saya begitu teruja dan berkata:"Sudah tentu, mari kita pergi."

Dia dibaringkan di atas riba saya dan apa yang bermain di fikiran saya adalah bagaimana mereka boleh menyelamatkan diri dalam hutan selama 46 hari.

Dia kelihatan lemah dan tidak boleh bercakap.

Perjalanan mengambil masa selama 30 minit.

Ketika bertanya siapa rakan-rakan yang ditemui bersamanya, Ima hanya terdiam.

Dia terus mengadu mengenai keadaan yang panas dan berkata "saya lapar, saya lapar."

Dia meminta ayam goreng, nasi goreng dan telur serta buah oren.

Saya berkata:"Adik, anda tak boleh makan semuanya sekarang kerana perlu pergi ke hospital dahulu."

Akhirnya kami tiba di sekolah. Kanak-kanak itu dipindahkan ke dalam ambulans.

Ima kini berada di hospital. Saya berharap agar dia kembali sihat dan pergi ke sekolah.

Kemudian, saya akan kembali ke Pos Tohoi. Saya berjanji untuk membelikan ayam goreng, nasi goreng dengan telur dan buah oren untuknya.

Saya akan tunaikan janji terhadap Ima.