Jumaat, 9 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


GEMPAR ! Akhirnya Soo Wincci Terima PADAH Selepas Kritik Datuk Seri Najib. Moga Beliau TABAH ! Written By canang

Posted: 09 Oct 2015 10:30 PM PDT


Pada Ogos lalu, penyanyi Soo Wincci telah bersuara lantang dalam satu video yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dengan niat mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana menteri.

Melalui sumber daripada forum CARI, pihak penaja Konsert Solo Pertamanya telah mengumumkan tarik diri dan menyebabkan konsertnya yang sedang giat dalam persiapan menghadapi masalah kewangan yang kritikal.

Memetik kembali kata-kata penyanyi ini, dia sendiri menyatakan bahawa sudah bersiap menerima segala risiko di atas apa yang dilakukannya itu.

"Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima. Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu.

Andai kata perjalan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri"

"Apa yang dibuat bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi kita pada masa akan datang," jelasnya kepada mStar Online sebelum ini.sumber

Wanita Nyaris Dirogol Penyamun Berseluar Dalam

Posted: 09 Oct 2015 09:45 PM PDT




BATU PAHAT - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dan hampir menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam ketika memecah masuk rumahnya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2 pagi minggu lalu, mangsa sedang tidur di kediamannya di Senggarang, sebelum terjaga apabila terdengar bunyi bising.

Katanya, setelah tersedar, mangsa mendapati seorang lelaki dipercayai warganegara Indonesia di dalam biliknya dipercayai masuk melalui tingkap.

"Pada awalnya, mangsa diarah mengeluarkan barang berharga miliknya dan mangsa yang ketakutan mengikut arahan diberikan suspek.

"Bagaimanapun, suspek mengarahkan mangsa mengikutnya ke kawasan kebun berhampiran," katanya.

Menurutnya, takut dengan ugutan dicederakan, mangsa menurut kehendak suspek.

Katanya, sebaik sampai di kebun berkenaan, suspek telah mencabulinya.

"Bagaimanapun, suspek kemudian meninggalkan mangsa sendirian di kawasan kebun berkenaan.

"Mangsa balik ke rumah dan mendapati beberapa barang miliknya termasuk telefon bimbit serta wang tunai telah hilang.

"Mangsa membuat laporan di Balai Polis Batu Pahat dan pihak polis masih giat memburu suspek berdasarkan maklumat diperoleh," katanya.

Kenali Peguam Negara kalian.......

Posted: 09 Oct 2015 09:00 PM PDT

Penyanyi Soo Wincci Kritik Najib, Inikah Padahnya? Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 09 Oct 2015 08:15 PM PDT



HALAMAN HIBUR AN
 
PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci (gambar) dilaporkan menerima padah gara-gara terlalu lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi rakaman video, baru-baru ini. 

Memetik sebuah portal blog hiburan, penaja utama konsert pertama penyanyi keturunan Tionghua itu dilaporkan telah mengumumkan menarik diri dan menyebabkan konsert yang sedang giat dalam persiapan menghadapi masalah kewangan kritikal. 

Penarikan diri penaja itu dipercayai ada kaitan dengan saranannya supaya Najib berundur walaupun ia tidak dinyatakan secara langsung dalam artikel itu. Penyanyi itu yang sedang mencipta nama di Taiwan dan popular dalam kalangan peminat hiburan tempatan selepas menyertai Masterchef Malaysia terbitan ASTRO. 

Soo Wincci membuat rakaman video yang menyarankan Najib berundur selepas Perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu. Dia sebelum ini sudah bersiap menerima segala risiko di atas apa yang dilakukannya itu. 

"Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima. Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu. Andai kata perjalan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri" 

"Apa yang dibuat bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi kita pada masa akan datang," kata Soo Winci selepas rakaman videonya tersebar. (FMT)

Komen: Sekilas mengenai Soo Wincci.

Dikatakan penyanyi Soo Wincci telah berpuasa secara Islam. Oleh sebab itu ramai pihak yang beranggapan bahawa dia sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam. 

Namun penyanyi tinggi lampai ini menolak spekulasi itu dan mengatakan niatnya berpuasa disebabkan ada kelebihan yang didapati sepanjang bulan Ramadan.

"Saya tahu ada spekulasi yang mengatakan saya berpuasa setiap tahun kerana mempunyai teman lelaki beragama Islam tetapi sebenarnya tidak.
"Pada mulanya saya hanya berpuasa disebabkan saya berjanji dengan peminat-peminat Melayu namun saya menyedari ada banyak kelebihan apabila berpuasa.
"Jadi saya mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja niat saya setiap kali tibanya Ramadan," katanya seperti yang dilapor mStar Online.

Semoga dia tetap tidak berganjak dalam memperjuang kebenaran dan keadilan, dan meneruskan berkenalan dengan Islam. Moga-moga Allah SWT membuka pintu taufik dan hidayah kepada beliau. Amin.

Punca Bekas ADUN Alor Limbat Ditembak Di Kepala Tersebar?

Posted: 09 Oct 2015 07:30 PM PDT


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, mati ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat, Marang selepas solat Jumaat tadi, lapor portal Berita Harian Online. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman ketika dihubungi Berita Harian Online mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, bekas Adun Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad berkata beliau dimaklumkan isteri bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu, Noriha Muhammad, suaminya ditembak di kepala dalam jarak dekat di rumah mereka.

Yahya berkata, kejadian selepas Alias pulang daripada solat Jumaat itu dipercayai berlaku selepas mangsa membuka pintu rumah yang diketuk individu tidak dikenali.

"Mengikut apa yang dimaklumkan oleh isteri Allahyarham, tidak lama selepas pulang dari solat Jumaat, ada individu mengetuk pintu rumah dan arwah kemudian membuka pintu sebelum ditembak. 

"Tembakan daripada jarak dekat itu dikatakan terkena pada kepala, sebelum rebah. Arwah kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong sebelum disahkan meninggal dunia," katanya seperti dilaporkan Berita Harian Online. 

Alias yang turut memiliki firma guaman Alias Abdullah & Co berkhidmat sebagai Adun Alor Limbat sejak 2004 hingga 2008.

Dilahirkan di Kampung Alor Limbat, Alias juga pernah menjawat jawatan sebagai timbalan ketua Umno Bahagian Marang dari 2004 hingga 2013 dan Ahli Jawatankuasa Umno Negeri dari 2011 hingga 2013. 

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit Pendakwaan Negeri (Timbalan Pendakwaraya/Peguam Kanan Persekutuan) meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

 

ADDIN

BNM batal kebenaran, minta 1MDB bawa balik US1.83 bilion ke Malaysia

Posted: 09 Oct 2015 06:53 PM PDT






BNM berkata penarikan kebenaran itu dibuat berdasarkan Akta Kawalan Tukaran (ECA) 1953. - Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menarik kembali tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi pelaburannya di luar negara bernilai AS$1.83 bilion.

Dalam satu kenyataan BNM berkata penarikan kebenaran itu dibuat berdasarkan Akta Kawalan Tukaran (ECA) 1953.

BNM menambah ia turut mengeluarkan arahan kepada 1MDB untuk memindahkan semula dana tersebut kembali ke Malaysia dan meminta 1MDB dan mengemukakan kepada BNM perancangannya berkaitan perkara itu.

Menerusi siasatannya BNM berkata 1MDB memperoleh kebenaran pelaburan dengan memberikan maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap dalam permohonan kepada Bank Negara.
  
 
 
 
Justeru BNM berkata ia telah mengesyorkan tindakan diambil oleh Pejabat Peguam Negara terhadap 1MDB ekoran pelanggaran akta berkenaan.

Menurut BNM, berdasarkan Perlembangaan Persekutuan, Pejabat Peguam Negara merupakan satu satunya entiti yang berkuasa memulakan tindakan undang-undang jenayah terhadap 1MDB.

"Sebagai pihak berkuasa siasatan, Bank Negara bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci. BNM mengkehendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan sebarang permohonan di bawah ECA," menurut kenyataan itu.

BNM menambah ia sedia untuk bekerjasama sepenuhnya dengan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan mereka.

- astroawani

Rahsia Menteri Ini Terbongkar

Posted: 09 Oct 2015 09:00 AM PDT



Sesiapa  pun yang membaca kenyataan Majlis Raja-Raja berhubung 1MDB sebenarnya tidaklah sukar memahami maksud sebenar mengapa ia dikeluarkan.

Ia secara jelas bermaksud bahawa Raja-Raja kecewa dengan siasatan berkaitan 1MDB dan hilang kepercayaan dengan apa yang berlaku dalam rentetan penyiasatan sebelum ini, lalu membuat gesaan agar ia dapat diselesaikan dengan segera demi kepentingan rakyat dan negara.

Sudah tentu kenyataan Majlis Raja-Raja ini antara lain ada hubungkaitnya dengan pemecatan Peguam Negara, gangguan terhadap SPRM, pertukaran beberapa pegawai ke Jabatan Perdana Menteri dan perlantikan menganggotai pentadbiran kerajaan kepada anggota Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara, di tengah-tengah mereka sedang menjalankan siasatan mengenai 1MDB.

Sebab itu, isi kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bagi pihak Majlis Raja-Raja antara lain berbunyi:-

- selesaikan secepat mungkin siasatan 1MDB dan ambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat.

- semua pihak harus beri kerjasama sebenar dengan jujur.

- penemuan siasatan hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus.

- kegagalan memberi penjelasan yang meyakinkan dikhuatiri akan mengakibatkan krisis keyakinan di kalangan rakyat.

- rakyat yang percaya, sama ada dengan realiti atau persepsi berkaitan 1MDB akan mempengaruhi kejatuhan nilai ringgit secara mendadak.

- badan-badan penguatkuasa dan institusi kawal selia hendaklah menyempurnakan amanah Tuhan dan kepercayaan rakyat secara telus.

- mengingatkan bahawa kepentingan rakyat dan negara hendaklah mengatasi kepentingan peribadi.

Sukarkah memahami maksudnya? Walaupun tidak disebut perkataan hilang kepercayaan terhadap tindak-tanduk Najib Razak berhubung siasatan 1MDB dalam kenyataan itu, hakikatnya memang itulah maksud sebenarnya.

Sebab itu apabila membaca reaksi sepupu Najib, Hishamuddin Hussein yang mengatakan kenyataan itu tidak bermaksud Majlis Raja-Raja hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri berhubung siasatan 1MDB, ianya seratus-peratus tidak benar.

Kata Menteri Pertahanan itu lagi, jika Raja-Raja bermaksud demikian, mereka akan cakap bulat-bulat.

Bagaimanakah Hishammuddin yang beristerikan kerabat Diraja Pahang, tidak memahami maksud sebenar kenyataan Raja-Raja itu?

Bukankah kenyataan dalam bahasa yang mudah itu seharusnya lebih difahami oleh sesiapa saja, lebih-lebih lagi oleh anggota kabinet kerajaan yang sepatutnya lebih cerdik  memahami yang tersurat dan tersirat.

Kalau ditanya murid-murid sekolah yang akan mengambil peperiksaan SPM pun, barangkali mereka tidak mengambil masa lebih daripada dua hari untuk menjawab bahawa kenyataan Majlis Raja-Raja itu memang bermaksud institusi payung negara itu sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri berhubung siasatan 1MDB.

Namun, jika dilihat dengan anggota kabinet kerajaan sekarang, mereka mengambil masa dua hari untuk memberi reaksi terhadap kenyataan Majlis Raja-Raja itu dengan setakat ini hanya Hishammuddin, Zahid Hamidi dan Abdul Rahman Dahlan saja yang bersuara mengenainya.

Tidakkah Hishammuddin sedar bahawa Raja- Raja, golongan Istana dan kerabatnya adalah kelompok yang sangat berbudi bahasa dengan sering menggunakan bahasa berkias dan sopan dalam perbualan.

Mereka bukanlah golongan yang mudah mengungkapkan perkataan seperti haramjadah, bangang, bangsat atau seekor-seekor yang ditujukan kepada manusia yang lain, walau dalam keadaan marah dan tertekan sekali pun.

Kalau pun Hishammuddin terlalu ingin mempertahankan sepupunya, beliau tidak seharusnya menolak realiti. Terimalah realiti yang terbentang di depan mata dan jangan sesekali cuba menutupnya sehingga memalukan dirinya sendiri sedangkan dengan beristerikan kerabat Diraja, beliaulah yang sepatutnya lebih memahami maksud sebenar kenyataan Majlis Raja-Raja itu.
ADDIN

Siapa Jumpa Najib Razak Di JPM Hari Ini?

Posted: 09 Oct 2015 08:30 AM PDT


Kami di 4th Force ada mendapat maklumat bahawa PM ada buat pertemuan khas sambil minum petang di Jabatan Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Agak-agak apakah perbincangan yang dibuat? Adakah ianya melibatkan "Art Of Diversion" untuk isu TPPA atau 1MDB? Siapa yang Najib Razak jumpa? 


Berapa ramai yang PM jumpa? Apakah agendanya? Mari kita siasat bersama.


Culik Kajang : "Saya Jumpa Dia Merayau Tepi Jalan" - Abang Nizam Posted by Kita Bantai

Posted: 09 Oct 2015 08:00 AM PDT

culik
KAJANG: Berikutan berita gembira penemuan semula kanak-kanak 5 tahun yang diculik di Kajang pagi tadi, pemandu teksi yang menjumpai kanak-kanak tersebut menceritakan bagaimana dia menjumpai kanak-kanak tersebut.


Pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Nizam berkata dia menjumpai kanak-kanak itu sedang merayau di tepi jalan.


(Video) Kanak-Kanak Diculik di Kajang Berjaya Disatukan Semula Dengan Keluarganya


Nizam berkata dia mengenalpasti kanak-kanak itu kerana gambarnya sudah pun viral di aplikasi Whatsapp.

Nizam kemudiannya mengambil kanak-kanak tersebut dan menghantarnya ke rumah.

"Saya cam gambar budak itu dari satu mesej Whatsapp dan mengambil keputusan untuk menghantarnya kembali ke rumah", kata Nizam memetik laporan NST Online.

Gambar kanak-kanak tersebut menjadi viral di media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp sejak pagi tadi.

Nizam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian kerana bimbang akan keselamatannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard mengesahkan penemuan itu.

"Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke hospital Kajang untuk pemeriksaan," katanya -

Malaysia Sudah Jadi Negara Paria

Posted: 09 Oct 2015 07:45 AM PDT



Selepas seorang lagi ditahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam isu berkaitan 1MDB, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan kenyataan kerasnya.

"Di mata dunia, Malaysia sudah menjadi negara paria, negara yang sesiapa sahaja boleh diheret dan disoal siasat oleh polis, ditahan dan didakwa melalui undang-undang yang disalah guna dalam negara ini," katanya.

Mahathir membangkitkan penahanan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan terbaru peguamnya Matthias Chang bawah Sosma.

Mereka dikaitkan dengan dakwaan cuba mensabotaj negara ini selepas Khairuddin membuat laporan berkaitan isu 1MDB di luar negara, termasuk biro siasatan persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Katanya, ramai orang yang tahu berkaitan dakwaan salah laku dalam kes 1MDN tidak akan tampil kerana bimbang ditahan bawah Sosma.

NAJIB JANGAN PUTAR BELIT

Posted: 09 Oct 2015 07:38 AM PDT

Nurliyana Abdullah's photo.

NAJIB tidak perlu kaitkan dirinya dengan UMNO dan yang tentang Najib bukan saja pembangkang, malah orang dalam termasuk mantan PM dan mantan menteri2 kabinet sebelum ini yang sayangkan UMNO, negara bangsa agama.

Najib jangan mimpi seratus peratus sokong diri dan jangan pula lupa di PRU 13 lalu BN hanya mendapat undi rakyat 47% sedang 52% mengundi pembangkang dan sekarang daripada 47% itu berapa persen saja yang undi Najib?

UMNO, DAP, PKR, PAS dan lain2 parti sebenarnya tidak bersalah sebab parti bukan manusia, parti hanya kumpulan yang kemudian didaftar di ROS dan semua parti visinya jelas demi kebaikan semua rakyat dan tiada parti yang bervisikan menjahanamkan rakyat negara dan bangsa.

Dalam soal yang dimaksudkan ini Najib tidak perlulah menyatakan yang menentang dia bukan saja benci dia, malah juga benci UMNO dan mahu jatuhkan kerajaan. 

Najib kelihatanya berpaut kepada yang lain seolah ia bersalah orang lain terkait tepi melakukan perkara bobrok, ia sendiri untung masuk 2.6 bilion ke akaun diri.

Rasanya Muhiyiddin Yussin, Safie Afdal termasuk Mahathir tidaklah berfikiran seperti Najib fikirkan iaitu menjatuhkan kerajaan atau menjatuhkan UMNO sebab mereka cintakan UMNO dan sekaligus cintakan Negara bangsa.

Najib rasanya tidak perlu meroyan lalut melibatkan parti dan melibatkan negara bangsa dan berfikirlah secara lojik dan wajar bahawa bawah pimpinan Najib dan keterlibatan ROSMA dalam urusan tadbir negara menyebabkan ekonomi negara merundum dan hidup rakyat semakin susah kesan negara berhutang secara berlebih2an bukan untuk bangun negara bangsa sebalik dana negara mengalir untuk kepentingan diri.

Banyak projek2 mega dilaksanakan kurang membantu ekonomi negara bangsa dan umumnya projek2 mega diberikan untuk kayakan anak bini, kroni suku sakat yang diberikan secara anugerah.

Kesan negara disalah tafsir, maka rakyat semakin susah dan kerajaan pimpinan Najib mula kembali ke poket rakyat yang susah dan di situlah GST dikenakan untuk sama dibebankan membayar segala hutang negara yang Najib lakukan, yang kadang2 Najib sendiri buat keputusan atas nasihat Rosma tanpa tahu kabinet yang sepatut tahu keadaannya negara.

Inilah cara Najib, rakyat tak kira pembangkang, atas pagar dalam parti ahli sendiri terus melihat keadaan dan kesan itulah demo dilaksanakan kesan negara ditadbir oleh mereka kalangan UMNO yang korup.

Disamping Najib terus mempetahankan kebobrokan kepimpinan, kaki2 ampu bodek kalangan menteri kabinet yang baru saja dilantik ke jawatan menteri terus mendendangkan lagu sumbang dan ekor bergelomang dengan tahi. Shit!


NURLIYANA ABDULLAH
kota Kinabalu Sabah

Myvi PLH2242 Kena Clamp Kurang Ajar Dengan Penguatkuasa

Posted: 09 Oct 2015 06:23 AM PDT

Lee Penang's photo.GEORGETOWN - Dua remaja yang disyaki terlibat dengan kejadian memaki hamun tiga anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditahan polis di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam di sini sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua remaja berusia 19 dan 25 ditahan kira-kira jam 4 petang.


Menurutnya, kedua-dua suspek berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.


Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan dan denda RM1,000.


"Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua suspek ini dan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,"katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.


Semalam, video dua lelaki berkenaan yang memaki hamun tiga anggota penguatkuasa MBPP selepas tayar kenderaan mereka dikunci menjadi viral di laman sosial.


Tindakan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menggelar anggota penguatkuasa itu sebagai anjing turut dikecam orang ramai.


Lebih membangkitkan kemarahan apabila salah seorang daripada lelaki berkenaan bertindak melemparkan wang kepada anggota penguatkuasa selepas mereka diarahkan membayar denda sebelum kunci di buka.





‪#‎PLH2242‬

VIDEO - Myvi PLH2242 Kena Clamp Kurang Ajar Dengan Penguatkuasa

Posted: 09 Oct 2015 05:45 AM PDT


Myvi PLH2242 Kena Clamp Buat Langsi Dengan Penguatkuasa



Myvi PLH2242 Kena Clamp Buat Langsi Dengan Penguatkuasa - Dua orang lelaki bertindak memarahi dan sangat kurang ajar dengan penguatkuasa bila kereta dah diclamp. 

Di dalam video kelihatan salah seorang hanya melemparkan wang kepada penguatkuasa.. 

Sungguh biadap mereka ini.

VIDEO - Budak Diculik Di Depan Mata Ibunya Posted by Kita Bantai

Posted: 09 Oct 2015 05:00 AM PDT


culik



Seorang kanak-kanak Cina berusia 5 tahun diculik daripada ibunya di hadapan Tadika Cekap Bahasa, Sg. Chua, Kajang pada pukul 9 pagi ini. 


CCTV berdekatan berjaya merakam kejadian tersebut. Penculik dilihat memandu kereta hitam, nombor plat kereta WST 2936.

 Ibu bapa kanak-kanak itu membuat laporan polis sejurus selepas kejadian itu berlaku.


culik

Kes Mak Nyah Berpakaian Wanita, Bukti 'Kelamkabut' Perundangan M'sia. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 09 Oct 2015 04:30 AM PDT



Putrajaya: Mahkamah Persekutuan semalam telah membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 menghukum lelaki berpakaian wanita sebagai tidak berperlembagaan.

Memetik laporan Harian Metro, Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dalam keputusan sebulat suara membenarkan bantahan kerajaan Negeri Sembilan dan lima lagi terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Hakim Md Raus telah memutuskan keputusan permohonan untuk mencabar kesahihan enakmen itu tidak boleh dibuat melalui semakan kehakiman.

Menurut beliau lagi responden berkenaan tidak mengikut prosedur yang betul dan hakim di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak sepatutnya melayan permohonan itu.

Turut bersidang adalah Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Pada 7 November tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dikemukakan tiga transgender iaitu Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30.

Dalam keputusan itu Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 66, Enakmen Jenayah Syariah Undang-undang Negeri Sembilan 1992 tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini satu lagi bukti bercempera atau kelam-kabutnya sistem perundangan di Malaysia. Mahkamah Persekutuan semalam telah membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 menghukum lelaki berpakaian wanita sebagai tidak berperlembagaan.

Ertinya lelaki berpakaian perempuan tidak salah, Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 (menghukum lelaki berpakaian wanita) sebagai tidak mengikut perlembagaan. Di situ rendahnya perundangan syariah Islam berbanding Mahkamah Persekutuan. Islam tidak berwibawa dan bermaruah di negara sendiri.

Bagaimana hukum sebenar dalam Islam? 

Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan (Pondan Dan Mak Nyah)
Tarikh Keputusan:  18 Dec, 2008

Keputusan E-Fatwa: Portal Rasmi fatwa Malaysia: 
BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa,pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (Enakmen 4 tahun 2004), telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:     

Dan bahawasnya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah menperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:      

Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:           

"Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita, ( mak nyah/pondan ) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.      

Ibu bapa dan masyarakat Islam hendaklah memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah"  

Keterangan/Hujah: 
1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. 

Sabda Rasulullah SAW : Ø¹Ù† ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : 
  • Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) 
Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1) 

2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW Ø¹Ù† أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : 
  • Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)  
Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
 10 Jun, 2010
Nombor Rujukan: 
 MNPK.A351.1ST/01/7 JLD 2;PU.Pk.07/2001
Akta/Enakmen: 
 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004
(IH)

Ulas titah raja, Jamal kata pembangkang yang rasis

Posted: 09 Oct 2015 03:45 AM PDT


Mengulas titah raja-raja Melayu, pemimpin akar umbi kontroversi Umno Datuk Jamal Mohd Yunos berkata parti Melayu itu tidak pernah dimainkan partinya dan BN.

Beliau sebaliknya mendakwa isu perkauman sebenarnya dimainkan pembangkang yang kemudian mengundang reaksi musuh politiknya.


"Pihak Pakatan Rakyat, pembangkang DAP telah memainkan isu perkauman, yang menyebabkan pihak Umno-BN akan bertindak balas.

"Sesetengah pihak nak meraikan kepentingan politik, nak jadi popular, dengan mudah dia mainkan isu kaum dan agama," dakwa Jamal.

Menyentuh himpunan baju merah 16 September, yang dicemari insiden keganasan dan dikritik susulan mesej dianggap perkauman, Jamal menuding lagi kepada pembangkang.

"Mereka (pembangkang) sudah berhimpun berpuluh kali, kita baru sekali. Kalau tak ada himpunan BERSIH, (himpunan) 16 September pun tak ada.

Himpunan 16 September dianjurkan sebagai reaksi kepada BERSIH 4 yang dituduh pemimpin kerajaan dan media arus perdana didominasi Cina dan DAP.

Dalam himpunan 16 September, terdapat poster-poster yang mahu menutup sekolah Cina dipapar manakala di Jalan Petaling, pihak polis dimaki dengan gelaran "Barua Cina" kerana tidak membenarkan peserta masuk ke kawasan perniagaan bukan Melayu itu.

Terdapat juga ucapan kesat seorang wanita yang memaki "Cina babi" yang kemudian dimuat naik dan dikongsi meluas di Internet.

Raja-raja Melayu pada 6 Oktober bertitah mahukan pemimpin mengutamakan faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.

Baginda sekalian juga memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan mengingatkan pemimpin parti politik dan NGO tidak mensensasikan isu itu untuk meraih sokongan.

Baginda sekalian juga mengingatkan hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum dan antara agama yang terjalin baik selama hari ini berperanan penting sebagai tunggak utama kepada kestabilan negara.

Oleh itu, hubungan harmoni dan perpaduan rakyat wajib dipelihara pada setiap masa dan tidak boleh sama sekali dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.

Seruan qiamullail, taubat buat Jamal 402 Shakira Buang

Posted: 09 Oct 2015 03:00 AM PDT


Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyambut penganjuran himpunan antikerajaan Selangor dengan penuh sinis dengan minta penganjurnya Datuk Jamal Mohd Yunos bertaubat.

"Lebih baik himpunan di masjid.

"Saya cadangkan buat qiamullail (beribadat malam), solat hajat di masjid bentuk akhlak yang mulia dan bertaubat," kata Azmin.

Perhimpunan dikenali sebagai "Selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Pakatan Cacamarba" itu dirancang pada Ahad ini di Ampang.

Timbalan presiden PKR itu berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran himpunan "Selamatkan Negeri Selangor daripada Kerajaan Pakatan Cacamarba" di Ampang, Ahad ini.

Ia digerakkan oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah pada 16 September lepas.

 
Jamal pada mulanya bercadang mengadakan satu lagi perhimpunan besar di Kajang sebaik sahaja dibebaskan selepas ditangkap susulan kenyataan berkaitan kemungkinan rusuhan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu itu berkata tindakan itu dibuat kerana presiden PKR dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail didakwa tidak memenuhi janji pilihan raya kecil dua tahun lalu.

Jamal kemudian membatalkan hasrat mengadakan demonstrasi di Kajang sebaliknya mensasarkan pentadbiran Selangor bawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali antaranya susulan isu denggi negeri.


Malaysiakini

Najib Diambang Kehancuran !!

Posted: 09 Oct 2015 02:15 AM PDT

Rakyat sentiasa memerhati....sekarang bukan masa untuk taksub kepada pemimpin ataupun parti...

Yang diatas samaada pemerintah maupun pembngkang 'bergaduh' untuk mngekalkan kuasa dan jawatan masing2...

Rakyat dibawah bertungkuslumus demi mencari sesuap nasi untuk meneruskan kelangsungan hidup..

Najib Nak Jadi Kawan Baik Amerika.. Kesan Buruk TPPA Tolak Tepi..

Posted: 09 Oct 2015 01:30 AM PDT

Najib tidak kaji implikasi TPPA, dasarnya adalah untuk berkawan dengan Amerika Mahathir kata..





mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mempedulikan kepentingan negara, demi mengekalkan persahabatan dengan Amerika Syarikat (AS), melalui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Bekas Perdana Menteri berkata, TPPA hanyalah "alat" untuk AS memasuki pasaran dan menimbulkan "masalah" di mana sahaja mereka pergi.

"Anda lihat ini di Timur Tengah dan tempat-tempat kain. Mereka mahu datang ke Malaysia juga, tetapi ketika pentadbiran saya, saya tolak pendekatan mereka.

"Ketika zaman saya, tumpuan dalam dasar luar adalah untuk mesra dengan semua negara. Tetapi secara khususnya, kami beri tumpuan kepada negara-negara kecil, negara-negara membangun," katanya dalam satu temu bual dengan The Diplomat, baru-baru ini.

Berhubung keputusan Malaysia untuk menandatangani TPPA, Dr Mahathir berkata, dasar Najib adalah untuk berkawan dengan AS.

"Beliau tidak mengkaji implikasi sepenuhnya. Jika ada sekalipun, dasarnya adalah untuk beramah dengan orang Amerika.

"Jadi, beliau sedia mengetepikan kepentingan negara, demi mahu berkawan dengan Amerika dan menurut idea-idea orang Amerika," kata Dr Mahathir.

Isnin lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan, Malaysia telah merumuskan rundingan TPPA yang diadakan di AS, tetapi hanya akan menandatangani perjanjian itu, selepas mencapai keputusan kolektif.

Jelasnya, rundingan itu bersetuju untuk mempertimbangkan hampir semua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia, seperti isu pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan Bumiputera.

Mustapa turut memberi jaminan kerajaan akan mengadakan rundingan penuh dengan pihak-pihak berkepentingan serta orang awam.

Ada di kalangan pakar ekonomi yang menyambut baik perjanjian itu, namun berkata, masih banyak persoalan yang belum dijawab, sementara menunggu teks TPPA dimuktamadkan ~ RakyatNews

Foto Istana Lelaki Ke35 Terkaya Di Malaysia

Posted: 09 Oct 2015 12:45 AM PDT

Ahli Perniagaan Kayu Balak Di Miri, Sarawak Ada Lah Orang Ke 35 Terkaya Di Malaysia...Mempunyai Asset Kekayaan Melebihi 425 jUTA US $





Berani Sungguh Muhyiddin.. Saksikanlah

Posted: 09 Oct 2015 12:00 AM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar tindakan Putrajaya terhadap bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 sedangkan beliau tidak melakukan jenayah keganasan.

Bekas timbalan perdana menteri itu turut mempersoalkan sama ada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini begitu kebal sehinggakan mereka yang membuat laporan terhadap syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan itu dianggap satu keganasan.

"Saya juga berasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan mengenai 1MDB.

 "Yang terbaharu ialah penahanan Khairuddin di bawah Sosma 2012 semata-mata kerana tindakan beliau membuat laporan kepada pihak berkuasa di luar negara berhubung transaksi 1MDB.

"Seingat saya Sosma adalah satu undang-undang yang diluluskan Parlimen negara kita untuk membendung kegiatan keganasan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik daripada laman Facebook miliknya.

Beliau berkata, membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa berkenaan transaksi sebuah syarikat swasta tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk keganasan.

"Adakah tindakan membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung transaksi yang dibuat sebuah syarikat swasta merupakan satu kegiatan keganasan?

"Adakah 1MDB kini menjadi satu institusi yang kebal dan amat dilindungi pihak berkuasa negara kita? Saya tidak fikir begitu," katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Pagoh.

Muhyiddin sebaliknya berkata, 1MDB juga seperti syarikat lain yang masih tertakluk kepada undang-undang negara.

"Membuat laporan terhadap 1MDB bukanlah satu kegiatan keganasan dan 1MDB bukanlah sebuah institusi yang kebal.

"1MDB adalah satu entiti yang tertakluk kepada undang-undang negara," katanya.

Susulan titah Majlis Raja-Raja menggesa Putrajaya mengambil tindakan terhadap pihak terbabit dalam isu 1MDB, Muhyiddin berkata rakyat yang khuatir perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

"Maka pada hemat saya adalah amat wajar bagi warganegara yang prihatin menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu 1MDB atau membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa supaya menyiasat setiap dakwaan terhadap 1MDB secara telus, adil dan berkecuali," katanya.

Beliau berkata, bukan seperti tindakan yang dilakukan Putrajaya terhadap Khairuddin, pengadu seharusnya diberi perlindungan dan bukannya dihukum.

"Mereka yang membuat laporan mengenai 1MDB sewajarnya mendapat perlindungan undang-undang dan bukan sebaliknya," katanya.
 
 
ADDIN

Lelaki Menyamar Tentera, Pakai Kasut & Rakam Gambar Persenda Solat Dalam Masjid

Posted: 08 Oct 2015 11:15 PM PDT


Seorang 'tentera' telah berjaya ditangkap oleh jemaah sebuah masjid selepas lelaki berkenaan telah melakukan satu tindakan kurang ajar dengan merakam aksinya 'bersolat' dengan memakai kasut di dalam masjid dia bukan seorang beragama Islam.

Memetik laporan Suara.Tv, ketika ditangkap, lelaki memakai seragam lengkap tentera berpangkat leftenan muda Angkatan Tentera Malaysia (celoreng digital) singgah di Masjid Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram, Johor.

Menurut sumber, suspek yang ditangkap orang awam disoal siasat oleh pegawai bertugas sebelum dibawa ke Balai Polis Ulu Tiram, kelmarin.

"Hasil pemeriksaan kepada lelaki itu juga iPad Mini dan iPhone 6 serta didapati terdapat banyak gambar suspek bergambar dengan berpakaian celoreng digital, celoreng harimau belang dengan nama dan juga kor yang berbeza di dalam beberapa masjid termasuklah Masjid Pulada.

"Polis turut merampas kereta jenis Toyota Camry, geran kereta, kad pelantikan anggota Rela, kad pengenalan, beret Kor Kor Perkhidmatan Awam, tag nama, iPad mini, telefon bimbit berjenama iPhone 6," katanya.

Tindakan lelaki itu yang menyamar sebagai anggota tentera telah menerima kritikan netizens selepas gambar ini menjadi viral di laman sosial kerana tindakan beliau memakai kasut di ruang solat selain mempermainkan cara ibadah orang Islam dengan melakonkan aksi bersolat untuk diambil gambar.

Siasatan lanjut mendapati suspek berusia 42 tahun dan merupakan seorang jurutera di Johor.

Gambar yang diambil dari ipad lelaki berkenaan