Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Tiada Parti Baharu, Tiada Perpecahan Dalam PKR - Azmin Timbalan Presiden PKR

Posted: 08 Oct 2015 10:30 PM PDT


Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan wujudnya perpecahan dalam PKR serta kuasa ketiga di kalangan ahli-ahlinya yang membentuk parti baru. ''PKR kukuh dan kita bersatu,

Apabila kita bersatu, tidak ada kuasa ketiga atau kuasa kelima seperti yang didakwa. ''Hanya ada satu parti, satu kepimpinan dan kita bercakap dengan satu suara, '' katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini Khamis.

Pada Rabu, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menulis di laman Facebook beliau bahawa beliau tidak akan terkejut jika ada perpecahan dalam PKR dan jika sebahagian daripada ahli-ahlinya membentuk sebuah parti baru.

Katanya, beliau percaya ini akan berlaku kerana parti itu tidak diuruskan dengan baik, Azmin ditanya mengenai komen Khalid dan sama ada dakwaan kuasa ketiga dalam PKR adalah benar.

Beliau berkata, Khalid bukan lagi ahli PKR justeru beliau perlu meninggalkan perkara-perkara berkaitan parti. ''Dia orang luar, Jadi jauhkan diri dari PKR. Kita tahu bagaimana untuk menguruskan sendiri parti kita, Azmin juga berkata,

PKR kini lebih kukuh di bawah kepimpinan Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Sudah tentu kita menghadapi cabaran di peringkat kebangsaan dengan krisis ekonomi dan kepimpinan.

''Tetapi kita mampu menghadapi cabaran-cabaran ini sebagai satu pasukan di bawah kepimpinan Dr Wan Azizah, '' katanya. Khabar angin telah bertiup kencang mengenai perpecahan dalam PKR, selepas penyokong Azmin, yang juga timbalan presiden, kononnya membentuk satu pakatan kerana tidak berpuas hati dengan pengumuman spontan Presiden Dr Wan Azizah mengenai pembentukan Pakatan Harapan.

Petisyen telah dihantar oleh 25 ahli parti menuntut mesyuarat Majlis Tertinggi untuk membincangkan pengumuman yang telah dibuat.

Petisyen itu ditandatangani oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran,

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Lee Hoy Sian, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei,

ADUN Kampung Medan Haniza Talha, ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong, ADUN Kota Anggerik Dr Yaakob Sapari dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari.
Tiada Parti Baharu, Tiada Perpecahan Dalam PKR - Azmin Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan wujudnya perpecahan dalam PKR serta kuasa ketiga di kalangan ahli-ahlinya yang membentuk parti baru. ''PKR kukuh dan kita bersatu, Apabila kita bersatu, tidak ada kuasa ketiga atau kuasa kelima seperti yang didakwa. ''Hanya ada satu parti, satu kepimpinan dan kita bercakap dengan satu suara, '' katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini Khamis. Pada Rabu, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menulis di laman Facebook beliau bahawa beliau tidak akan terkejut jika ada perpecahan dalam PKR dan jika sebahagian daripada ahli-ahlinya membentuk sebuah parti baru. Katanya, beliau percaya ini akan berlaku kerana parti itu tidak diuruskan dengan baik, Azmin ditanya mengenai komen Khalid dan sama ada dakwaan kuasa ketiga dalam PKR adalah benar. Beliau berkata, Khalid bukan lagi ahli PKR justeru beliau perlu meninggalkan perkara-perkara berkaitan parti. ''Dia orang luar, Jadi jauhkan diri dari PKR. Kita tahu bagaimana untuk menguruskan sendiri parti kita, Azmin juga berkata, PKR kini lebih kukuh di bawah kepimpinan Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Sudah tentu kita menghadapi cabaran di peringkat kebangsaan dengan krisis ekonomi dan kepimpinan. ''Tetapi kita mampu menghadapi cabaran-cabaran ini sebagai satu pasukan di bawah kepimpinan Dr Wan Azizah, '' katanya. Khabar angin telah bertiup kencang mengenai perpecahan dalam PKR, selepas penyokong Azmin, yang juga timbalan presiden, kononnya membentuk satu pakatan kerana tidak berpuas hati dengan pengumuman spontan Presiden Dr Wan Azizah mengenai pembentukan Pakatan Harapan. Petisyen telah dihantar oleh 25 ahli parti menuntut mesyuarat Majlis Tertinggi untuk membincangkan pengumuman yang telah dibuat. Petisyen itu ditandatangani oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Lee Hoy Sian, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei, ADUN Kampung Medan Haniza Talha, ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong, ADUN Kota Anggerik Dr Yaakob Sapari dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Tahniah DSAI menang kes vs Utusan Malaysia !!

Posted: 08 Oct 2015 10:00 PM PDT

Tambang LRT, Monarail Dinaikkan Sebelum 31 Oktober - SPAD.

Posted: 08 Oct 2015 09:15 PM PDT

 

Ini betul2 menyusahkan rakyat. Andaikata 1 November 2015, harga minyak dinaikkan, lagi la rakyat berapi. Nak telan pelbagai kenaikan dalam satu masa yang sama.

SPAD neh memang BODOH nak MAMPOS ke apa.

Update dari The Star ;
A review of the LRT and Monorail fares is expected to be announced before Oct 31, the Land Public Transport Commission (SPAD) said.  
"We have now got the approval from the Cabinet and SPAD has written to the Prime Minister to ensure it is properly endorsed," SPAD chairman Tan Sri Syed Hamid Albar (pic) told reporters at the Awan Besar LRT station Thursday.  
Syed Hamid said that Prasarana would announce its new fares before Oct 31, when the first phase of the Ampang Line LRT extension project is expected to be opened to the public. 
He said this after taking a tour of the first phase of the Ampang Line LRT extension project. 

Syed Hamid, however, did not say how much higher the fares might be. 
Prasarana, which currently runs the Klang Valley's LRT and Monorail lines, has previously asked the Government to raise fares.  
The first phase will see four of 11 new stations opened to the public by the end of the month - Awan Besar, Alam Sutera, Muhibbah and Kinrara BK5.  
The rest of the line is expected to be completed next year, and will end at the Putra Heights station, where commuters will be able to switch to trains on the Kelana Jaya Line.

- Perkataan 'tambang baru' adalah friendly name kepada tambang dinaikkan. Faham-faham la media kau neh. Dah kena kawal segalanya.

- Kata SPAD, mereka dah mendapat kelulusan dari kabinet.

- Bahkan Najib turut dimaklumkan tentang kenaikan tersebut.

- Nakharom. Maknanya Najib sedar la bahawa SPAD minta kenaikan tambang? Kata kau mendengar keluhan rakyat. 


Takan meluluskan kenaikan tambang bukti kau mendengar keluhan rakyat kot Najib? Jilake. Kempen kemain lagi kat LRT.

- Aku tak pasti sangat mekanisme kenaikan tambang tue macam mana nanti. 


Cuma, sedikit sebanyak ia akan membebankan juga golongan yang berpendapatan rendah dan kebetulannya menggunakan LRT & Monorail untuk bergerak terutamanya ketika pergi balik bekerja dan belajar.

- Tahun neh kita dikenakan GST. Kita tahu bahawa cukai tersebut bersifat tidak adil kepada marhaen yang miskin tegar. Yang berpendapatan tinggi mungkin boleh relax gelak-gelak lagi.

- Dan kita tahu bagaimana ZAHID HAMIDI propose cadangan agar cukai motor berkuasa besar dikurangkan. Hak ala. Cadangan bodoh untuk melindungi orang2 kaya.

- Alangkah bagusnya jika kabinet menyekat kenaikan tambang LRT & Monorail. 


Takan tak fikir yang sesetengah rakyat masih tengah survival dengan pelaksanaan GST, kenaikan minyak, pemahsuhan subsidi? 

Tak masuk lagi kos sara hidup yang naik mendadak. Kenaikan tarif elektrik dan tambang bas sekolah suatu ketika dahulu. 

Tak citer lagi bab kenaikan tambang bas eskpress. Kenaikan mendadak dan secara berangkaian ini tak perlu pun sebenarnya. 

Ringgit jauh menjadikan barangan import meningkat harga berganda2. So, apa logiknya meluluskan kenaikan tambang? 

Jika kerajaan takde duit, kenapa beli jet baru dan renovate sakan? Asyik ke luar negara aje menteri2 kita neh pun. 

Bajet2 la sikit. At least menteri orang2 kaya. Marhaen makan pun ada yang meminta sedekah tahu. 

- Sudah2 la tue buat marathon kenaikan itu ini. Ya, kita tak terjejas tetapi fikirla di luar sana ramai sebenarnya yang terjejas jika tambang LRT dan monorail dinaikkan. 


Tinggal lagi ko kenal ke atau tak kenal aje. Lagipun, tambang naik ke tak taraf perkhidmatan tara tu juga. Bukan bertambah baik pun. 

Jangan2 disebabkan pelaburan pembinaan station baru = nak cepat dapat balik pulangan modal = naikkan tambang? Nakharom. Bina guna duit rakyat pun nak berkira sakan. 

Bukan tak boleh buat untung. Tapi makan masa sikit la. Takan tak boleh compromise dengan kepentingan rakyat terbanyak? Berkira habis. Tapi demi kroni takde pula. 

Heh.

Kbai.

VIDEO. Ceramah Perdana MAT SABU Melangkah ke Gerbang PUTRAJAYA

Posted: 08 Oct 2015 08:30 PM PDT


Dr M mahu lihat 'bekas TPM' jadi perdana menteri??

Posted: 08 Oct 2015 08:00 PM PDT

Bekas Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat bekas timbalan perdana menteri menjadi pemimpin yang mengetuai negara.
 
Diwawancara majalah The Diplomat, Dr Mahathir, 90, bagaimanapun tidak menamakan pemimpin itu jika beliau bermaksud Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang pecat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Julai lalu.

Ditanya wartawan, Joyce Lee mengenai pemimpin mana yang beliau fikirkan akan menjadi perdana menteri, Dr Mahathir menjawab: "Saya rasa biasanya ia mungkin bekas timbalan presiden Umno".

Ditanya lanjut nama yang khusus, Dr Mahathir berkata mungkin bekas timbalan perdana menteri.

"Tapi sekarang, sudah tentu, banyak perkara lebih terbuka," katanya.

Walaupun ditukar kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri, tetapi Muhyiddin masih lagi timbalan presiden Umno.

Mahatir begitu lantang mengkritik Najib sejak April lalu susulan isu 1MDB, dan dengan nilai mata wang Malaysia merosot berbanding dolar AS, bekas perdana menteri itu dengan berterus terang kepada Najib.

Ditanya bagaimana untuk memulihkan keyakinan pelabur kepada Malaysia, Dr Mahahtir yang mengetuai negara selama 22 tahun berakta beliau merasakan jika Najib berundur, keyakinan itu dapat dikembalikan.

Beliau juga mengakui ia bukan satu perkara yang mudah tetapi tetapi ssemua perkara boleh diselesaikan jika PM tidak berada di situ.

Pejabat AG bersihkan 1MDB, Bank Negara cadang semak

Posted: 08 Oct 2015 07:30 PM PDT



Pejabat Peguam Negara (AG) membersihkan pegawai 1MDB daripada sebarang salah laku mengenai siasatan yang dijalankan oleh Bank Negara.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 21 Ogos 2015.

"Kertas siasatan itu dikaji, Timbalan Pendakwaraya Persekutuan 1 Abdul Majid Tun Hamzah memutuskan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh pegawai 1MDB dan mengarahkan tiada siasatan lanjut dibuat," kata Pejabat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pejabat itu berkata kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September dan keputusan untuk tidak mendakwa telah dimaklumkan kepada bank pusat itu pada hari yang sama.

Susulan itu, Bank Negara, dalam surat bertarikh 1 Oktober, mencadangkan supaya Pejabat Peguam Negara menyemak semua keputusannya.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa selepas mempertimbangkan pemintaan dan fakta bahawa tiada bukti baru ditemui, maka peguam negara memutuskan untuk mengekalkan keputusan sebelum ini.

Kenyataan itu juga menyebut, pejabat itu menegaskan bahawa laporan antara 12 September 2015 sehingga sekarang berkaitan kertas siasatan itu masih berada di Pejabat Peguam Negara dan perbincangan mengenainya masih berlangsung adalah tidak tepat dan tidak benar.

Noramin: Selagi 'budak jawa Perak' bernafas Najib selamat

Posted: 08 Oct 2015 07:00 PM PDT


Juruhebah radio yang sangat terkenal suatu ketika dulu percaya tiada sesiapa pun dapat "menyentuh kewibawaan" Datuk Seri Najib Razak selain ada seorang "budak jawa Perak" di belakangnya.

Menurut Noramin, apa saja cubaan yang dilakukan untuk mencemar nama perdana menteri tidak akan berjaya kerana adanya "budak jawa Perak" berkenaan.

Noramin diyakini merujuk perkataan "budak jawa Perak" itu kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri.

Lebih menarik, Noramin - atau nama sebenarnya Mohd Nor Amin - sangat yakin tiada sesiapa yang mampu mengancam Najib termasuk pihak yang "berstatus raja".

Status berkenaan dimuat naik petang ini.

Kenyataan itu dipercayai reaksi Noramin kepada situasi politik semasa yang menyaksikan Najib sedang menghadapi tekanan daripada pelbagai pihak - termasuk kalangan pemimpin Umno sendiri - supaya berundur.

Beberapa individu pula disoal siasat atau ditahan kerana membangkitkan bermacam isu, termasuk 1MDB.
Kelmarin Majlis Raja-Raja Melayu meminta kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Mahu semua beri kerjasama.


Dalam satu kenyataan, Majlis Raja-Raja menegaskan semua memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

"Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," menurut kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Noramin adalah bekas juruhebah Radio Televisyen Malaysia dan mewarnai bidang penyiaran terutama melalui Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK).

Dia juga diingati kerana menyediakan slot khas belajar bahasa Jepun, sehingga namanya dikenali sebagai Noramin Mosyi Mosyi.

Baru-baru ini Noramin juga menjadi perhatian apabila mencadangkan supaya ibadah haji dijalankan di negara luar.

Kenyataan itu dibuatnya ekoran tragedi kren terjatuh di Masjidil Haram.

Bagaimanapun status itu kemudian gagal dikesan, dipercayai dipadam.

Matthias kecam Najib dan sekutunya 'bacul'

Posted: 08 Oct 2015 06:30 PM PDT



Peguam yang ditahan Matthias Chang menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan para sekutunya sebagai 'bacul'.

"Penangkapan dan penahanan saya adalah cerminan kepada sifat pengecut perdana menteri dan kroninya, kalangan anggota Majlis Tertinggi Umno, yang 'setia tapi tak cerdik'," kata Chang dalam satu kenyataan.

Chang, bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir Mohamad, ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini.

Seperti anak guamnya, bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang memfailkan beberapa laporan terhadap 1MDB di luar negara, Chang juga ditahan bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan berkaitan tindakan sabotaj dan cubaan mensabotaj negara.

Peguam itu turut membangkitkan semula cabarannya kepada Najib dan pemimpin Umno pada 25 September lalu yang, meminta mereka menyatakan kesediaan untuk mati demi maruah Melayu ekorn perhimpunan Baju Merah yang diadakan sembilan hari sebelum itu.

Selain perdana menteri, Chang mencabar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, pemimpin Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Ismail Yaakob Sabri, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Abdul Rahman Dahlan, dan Datuk Seri Azalina Othman Said supaya mogok lapar.

"Saya mencabar kamu semua untuk mogok lapar dengan saya demi menyatakan bahawa kita bersedia untuk mati kerana perjuangan masing-masing," katanya.

Pada 2010, Chang juga telah mengadakan mogok lapar semasa dipenjara selama sebulan di Penjara Kajang selepas didapati bersalah kerana menghina mahkamah.

Beliau mengakhiri mogok sembilan hari kemudian selepas dipujuk oleh Dr Mahathir.

Mahfuz: PM nak tunggu bahasa 'penampar Tokyo'?

Posted: 08 Oct 2015 05:45 PM PDT

 Datuk Mahfuz Omar menolak kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Hishammuddin Hussin bahawa titah raja-raja Melayu dalam isu 1MDB bermaksud baginda sekalian hilang kepercayaan kepada perdana menteri.

Sambil menyoal tafsiran sebenarnya, anggota parlimen Pokok Sena itu berkata baginda sekalian bertitah dalam bahasa istana yang berhemah dan masih menjaga maruah memanda perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam kehidupan berkeluarga pun, adakala tidak perlu sang ayah bercakap menengking marahkan anak barulah anak-anak faham yang ayah tidak suka apa yang anak lakukan.

"Cukup dengan memek muka yang berkerut atau berdehem akan buat anak yang belum baligh pun faham dan akan berhenti melakukan perkara yang ayah tidak suka.

"Kalau anak buat juga akan merasalah penampar daripada sang ayah. Ini Najib memanda perdana menteri sudah berapa kali baligh? Takkan hendak tunggu raja-raja bertitah dalam bahasa "penampar Tokyo" baru nak faham?" soalnya.

Mahfuz tetap menegaskan bahawa titah raja-raja itu jelas membawa mesej supaya perdana menteri berundurlah secara terhormat.


Hishammuddin hari ini menolak tafsiran bahawa raja-raja Melayu hilang kepercayaan terhadap Najib berkaitan siasatan 1MDB.

Menyifatkan ia ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab, beliau berkata "Kalau raja-raja tak percaya, mereka akan cakap bulat-bulat."

Antarabangsa S Rajaratnam, Singapura John Pang membuat tafsiran itu memandangkan raja-raja Melayu tidak pernah merujuk secara khusus isu-isu kerajaan dalam kenyataan.

Pada Selasa, Majlis Raja-Raja Melayu bertitah supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat.

Baginda sekalian juga menegaskan semua pihak perlu bertanggungjawab memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.


Malaysiakini

Jet Tempur AS dan Rusia Hampir Berlanggar di Langit Syria

Posted: 08 Oct 2015 05:00 PM PDT


Tentera AS mengalihkan 2 pesawat tempurnya yang terbang di langit Syria untuk menjaga jarak aman dari jet pejuang Rusia di wilayah tersebut, kata Pentagon. Ini merupakan yang pertama kalinya Amerika Syarikat harus mengalihkan pesawat tempurnya sejak Rusia melancarkan kempen udara di Syria pada akhir bulan lalu.

Dua pesawat F-16 itu telah berlepas dari lapangan terbang Turki pada Rabu (7/10/2015) dan sedang dalam perjalanan menuju ke kubu ISIS di bandar Raqqa, CNN melaporkan, memetik seorang pegawai kanan pertahanan AS.

Pegawai itu berkata bahawa juruterbang AS telah diperintahkan untuk mengubah laluan penerbangan mereka jika mereka berhadapan dengan pesawat Rusia dalam jarak 20 batu.

AS dan pegawai pertahanan Rusia telah bertemu sekurang-kurangnya sekali untuk membincangkan prosedur untuk mengelakkan kemalangan antara pesawat dari kerajaan campuran pimpinan AS dan pesawat pejuang Rusia yang terbang di langit Syria.

"Kami akan menjaga saluran terbuka kerana ini adalah berkaitan dengan masalah keselamatan dan keamanan juruterbang kami," kata Kapten Jeff Davis, juru bicara Pentagon.

Pentagon menyatakan bahawa perbincangan untuk membincangkan prosedur keselamatan masih terbatas dan tidak bertujuan untuk menyelaras operasi ketenteraan dengan Rusia.

"Kami belum bersetuju untuk bekerja sama dengan Rusia, selama mereka terus meneruskan strategi keliru mereka dan menghentam sasaran non ISIS," kata Davis.

Pegawai kontra-terorisme AS mengatakan bahawa Rusia telah sengaja mensasarkan kumpulan-kumpulan militia yang disokong oleh Central Intelligence Agency (CIA) di Syria.

Langkah Rusia di Syria menimbulkan cabaran langsung terhadap dasar Presiden Barack Obama atas konflik Syria, kata pegawai Pentagon.

Para pegawai kerajaan AS mengatakan bahawa mereka yakin pasukan Rusia mensasarkan pasukan sekutu AS yang bertujuan untuk menyokong rejim Syria.

Detik Muslim

Mattias Chang Ikut Jejak Dato Khairuddin Ditahan Di Bawah SOSMA

Posted: 08 Oct 2015 09:11 AM PDT



Matthias yang juga merupakan Bekas Setiausaha Politik kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu ditahan selama 24 jam untuk disiasat di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan. - Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Peguam kepada Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 di Balai Polis Dang Wangi.

Matthias ditahan sekitar pukul 2.30 petang selepas melawat Khairuddin di balai polis itu yang juga ditahan di bawah akta sama.

Perkara itu disahkan peguam, Mohd Akmal Afiq, yang bersama Matthias ketika beliau ditahan.

Menurut Akmal, Matthias yang juga merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu ditahan selama 24 jam untuk disiasat di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan.

"Pada 2 petang tadi di Balai Polis Dang Wangi, Matthias dan saya berjumpa dengan Datuk Khairuddin untuk mendapatkan arahan lanjut daripada beliau berhubung persiapan kes kami."

"Hampir setengah jam setelah selesai kami keluar dari bilik perjumpaan tersebut dan Matthias dimaklumkan ASP Muniandi bahawa beliau sekarang ditahan di bawah SOSMA dan disiasat di bawah seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

- astroawani

Berpeluangkah Kita Melihat Najib Di Kandang Saksi Mahkamah?

Posted: 08 Oct 2015 04:00 AM PDT


Tiada penarikan balik, tiada maaf, kata Ling kepada Najib

Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik hari ini mempertahankan kenyataannya terhadap perdana menteri dan tidak akan memohon maaf, susulan surat tuntutan diterimanya daripada peguam Datuk Seri Najib Razak, mengancam akan menyamannya kerana memfitnah dalam kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Ling berkata, beliau amat terkejut menerima surat daripada peguam Najib yang menuduhnya memfitnah perdana menteri.

Beliau juga amat terkejut apabila kandungan surat itu tersebar di kalangan media.

"Saya katakan kepada perdana menteri, kalau anda memilih untuk saman saya, saya akan membela diri. Dengan segala kerendahan hati, saya terima cabaran anda.

"Saya berharap untuk melihat perdana menteri berdiri di kandang saksi, kerana beliau pasti akan terpaksa berbuat demikian jika beliau mendakwa reputasinya menjadi taruhan.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi, saya tetap pertahankan apa yang saya kata. Saya tidak akan meminta maaf,"
katanya dalam satu kenyataan media.

Pada Sabtu, portal berita Malaysiakini memetik Dr Ling berkata, beliau bersetuju dengan bekas bosnya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang Najib "mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau".

"Saya setuju dengan (Dr) Mahathir. Kerana, beliau (Najib) mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadinya," Dr Ling dipetik sebagai berkata pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Bekas menteri pengangkutan antara tahun 1986 dan 2001 itu berkata demikian ketika berucap di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan gesaan Dr Mahathir supaya Najib meletak jawatan.

Susulan kenyataan itu, firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mengeluarkan surat tuntutan bagi pihak Najib kepada Dr Ling di kediamannya.

Surat itu meminta beliau mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat dan pampasan dalam masa tujuh hari, jika tidak, tindakan undang-undang akan dimulakan.

Najib terlibat dalam siasatan rasuah dalam kes 1MDB selepas akhbar The Wall Street Journal yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan pada Julai, kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi beliau dua bulan sebelum pilihan raya umum 2013.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kemudiannya mengumumkan wang itu merupakan sumbangan penderma dari Timur Tengah.

Perdana menteri juga menafikan menggunakan wang rakyat, termasuk dari 1MDB, untuk kepentingan peribadi, walaupun soalan timbul berhubung sumber dan tujuan derma itu dihulurkan.

Dr Mahathir berulang kali menuntut Najib berundur daripada jawatannya, manakala pemimpin Umno yang dipecat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan terhadap 1MDB di Hong Kong, Switzerland dan United Kingdom berhubung kes dakwaan pengubahan wang haram.

Pihak pembangkang juga mempertimbangkan mengusulkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri yang dilanda masalah itu apabila Parlimen bersidang semula 19 Oktober ini. –TMI



ULASAN GB

Gayung bersambut. Soalnya kini, beranikah Najib mengarahkan peguamnya untuk menyaman Ling Liong Sik?

Pertama kali kita akan bersetuju supaya Najib segera menyaman Tun Dr Ling, kerana biar segala-galanya terbongkar di mahkamah dan biar Najib menjawab dari kandang saksi mahkamah.

Ada berani Najib? 
 
 
 

VIDEO - ‘Kalau Dr Mahathir anak jantan turunlah di Pekan’

Posted: 08 Oct 2015 03:15 AM PDT







Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Mohd Ali Baharom mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir bertanding kerusi Pekan pada pilihan raya umum akan datang.

Mohd Ali membuat cabaran itu selepas Dr Mahahtir yang juga bekas presiden Umno, meminta rakyat di Parlimen Pekan tidak lagi mengundi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum akan datang.

Pesanan Idris pepada Ali Tinju: 'Jangan ajar kerja saya

Posted: 08 Oct 2015 02:30 AM PDT


Pesanan Idris pepada Ali Tinju: 'Jangan ajar kerja sayaMELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengecam bekas tentera, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju kerana cuba untuk menggagalkan matlamat kerajaan negeri meneruskan warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam menegakkan keharmonian kaum. 

"Tiada nilai untuk menyebut namanya dan memberikan dia publisiti yang tidak perlu hingga memberikannya ruang untuk terus mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal. Lebih baik tidak berikan dia ruang di media.

"Pendirian saya adalah jelas bahawa orang yang mempunyai 'niat tidak baik' tak perlu dilayan di negeri bersejarah dan harmoni ini," katanya ketika dihubungi pada Rabu malam.

Idris berkata beliau bekerja keras untuk menjadikan Melaka sebuah negeri yang progresif.Tegasnya rakyat harus menikmati hasil kemakmuran negeri tanpa diganggu oleh sesiapa sahaja yang mempunyai niat jahat.

"Saya boleh memberi jaminan bahawa semua rakyat Melaka adalah selamat dan tiada siapa boleh mengancam atau menyakiti mereka ketika saya menerajui negeri ini sebagai Ketua Menteri.

 "Saya tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk merampas perpaduan rakyat yang begitu tinggi sejak dahulu lagi," katanya.


Idris berkata Melaka telah menjadi tumpuan pelbagai budaya selama berabad-abad dan ia akan terus berkembang maju."Kami menghormati antara satu sama lain selama bertahun-tahun dan mereka yang mempunyai niat jahat tidak dialu-alukan di sini," katanya.


Mohd Ali merancang untuk mengadakan perhimpunan bagi mempertahankan pegawai imigresen yang diserang sekumpulan samseng di Melaka baru-baru ini.Selain itu Idris menegur Mohd Ali supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Melaka.

gg"Jangan mengajar saya cara bekerja, dia fikir siapa dia?" katanya.Menurut Idris lagi beliau mengetahui mengenai sebarang perkembangan yang berlaku di negeri ini dan tahu untuk mengambil tindakan sewajarnya mengikut keadaan.

"Saya membina hubungan yang baik dengan akar umbi melalui persahabatan dan kepercayaan. Setiap perkembangan sama ada baik atau buruk, telah dibawa ke perhatian saya. 

"Saya juga yakin dengan polis Melaka dalam mengendalikan sebarang isu," katanya.

Sebelum itu, Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Abu Bakar Sidek Hassan mengingatkan Mohd Ali supaya tidak menggunakan insiden pada 30 September lalu sebagai alasan untuk mengadakan perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini.-Mstar

'KENAPA NAJIB TAK UNDUR LAGI?'

Posted: 08 Oct 2015 01:45 AM PDT


'KENAPA NAJIB TAK UNDUR LAGI?'KUALA LUMPUR - Anak bekas Ketua Pembangkang, Nurul Nuha Anwar mengakui tidak faham dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih kekal di kerusinya walaupun telah digasak dalam Bersih 4.0 lalu.

Malah menurutnya, Najib sudah tiada ruang untuk menoleh lagi selepas Bersih 4.0, namun beliau kecewa kerana Najib masih kekal di kedudukannya.

"Saya tak faham kenapa Najib tak undur-undur lagi selepas Bersih. Saya sedih sangat, pergi Bersih tiga hari...pergi balik, pergi balik...semangat.


"Malah (dapat liputan) media antarabangsa. Mana dia nak pandang (lagi)? Atas pun tak boleh...sangat teruk. Tengok tengok, dia (Najib) di situ lagi (kekal perdana menteri)," katanya ketika menjadi panel Forum Reformasi Perjuangan Diteruskan, di sini, malam tadi.

Dalam forum sama, Nuha turut melahirkan kebimbangan tentang masa depan anak-anaknya di negara ini.
"Reformasi bukan hanya tentang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tapi juga tentang masa depan kita. Sekarang ini, 

saya tak boleh bayangkan Malaysia macam mana yang anak-anak saya akan lalui dan tempuhi.

"Saya tidak lakukan ini (March To Freedom) untuk ayah saya, tapi juga untuk anak-anak saya dan generasi akan datang," katanya.-SH


Ke mana arah Melayu seterusnya? (Bahagian 3)

Posted: 08 Oct 2015 01:00 AM PDT


Nik Abdul Aziz Nik Hassan Terdapat aspek positif dan negatif dalam sejarah budaya Melayu.

Kedua-dua aspek itu sudah tentu membentuk worldview Melayu kini. Memang kedua-dua aspek ini akan sentiasa bergelut dan bertarung antara satu sama lain dalam diri dan personaliti Melayu.

Aspek mana yang mendominasi diri dan budaya Melayu pada keseluruhannya bergantung pula kepada kualiti, dedikasi, komitmen dan visi kepimpinan Melayu dalam mencorakkan masyarakat.

Memang kepimpinan Melayu selepas merdeka banyak menghadapi cabaran-cabaran tertentu.

Antara cabaran yang penting dan menarik ialah cabaran survival dan kepentingan Melayu dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk dan dalam membangunkan Melayu menghadapi era globalisasi kini.

Pada penulis, era kepimpinan Melayu yang paling menarik selepas merdeka ialah era pemerintahan Tun Abdul Razak Hussien selaku perdana menteri dan Tun Dr Ismail Abd Rahman sebagai timbalan perdana menteri pada 1970an.

Dalam era pemerintahan mereka ini, kita lihat terlaksananya dasar nasional, iaitu dasar politik nasional, dasar ekonomi baru, dasar pendidikan nasional, dasar kebudayaan nasional, dasar luar negara yang bebas serta berkecuali dan dasar pembangunan luar bandar.

Pada umumnya, dasar-dasar ini realistik dan praktikal dalam konteks kapasiti Melayu dan masyarakat majmuk Malaysia pada tahap dan era itu.

Dasar pendidikan nasional, kebudayaan nasional dan bahasa kebangsaan nampaknya berada di atas paradigma yang sesuai dengan latar belakang sejarah Malaysia dalam konteks tradisi sejarah budaya gugusan kepulauan Melayu.

Dasar luar yang berkecuali juga sesuai dengan Malaysia sebuah negara kecil yang perlu kepada keselamatan dan untuk berkawan dengan mana-mana negara demi pembangunan dan masa depannya.

Lebih hebat lagi pula, institusi penting negara seperti institusi kehakiman, kepolisan dan lain-lain lagi semasa di bawah pimpinan Tun Abdul Razak dihormati dan dipandang tinggi masyarakat umum dan dunia (integriti institusi penting negara seperti institusi kehakiman, kepolisan dan lain-lain juga wujud dalam zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putera dan Tun Hussein Onn).

Memang wujud konflik politik dalam Umno dalam zaman pemerintahan Tun Abdul Razak sebelum ini.

Tetapi konflik politik itu berlaku dalam keadaaan yang tidak maksima (konflik politik antara Datuk Harun Idris selaku ketua pemuda Umno dan menteri besar Selangor pada masa itu dengan pucak pimpinan Umno termasuk Tun Abdul Razak Hussein itu sendiri).

Berbeza dengan zaman pemerintahan Tun Abdul Razak sebelum Malaysia, selama 22 tahun di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, seterusnya banyak membawa perubahan wajah. Perubahan besar yang wujud dalam zaman Dr Mahathir walaupun pada ungkapan lahirnya menampakkan positif, tetapi kalaulah dilihat kepada hakikat, sebaliknya banyak pula membawa kesan yang negatif kepada Melayu dan negara.

Memang Dr Mahathir berjaya mengubah negara daripada sebuah negara pertanian kepada negara indastri.

Dr Mahathir juga berjaya mewujudkan projek mega seperti menara berkembar KLCC syarikat pengeluar kereta Proton, pembangunan Putrajaya, projek lapangan kapal terbang antarabangsa Kuala Lumpur, formula satu dan lain-lain.

Projek-projek ini walaupun ada yang membawa manfaat kepada kehidupan rakyat, tetapi banyak pula membawa bebanan kepada rakyat umum dan negara.

Sebagai contoh, di sebalik kita berbangga Malaysia sebagai negara pengeluar kereta, negara terpaksa memikul beban di atas projek mega ini demi survival dan kelangsungan industri ini.

Beban yang ditanggung rakyat ke atas harga kereta yang tinggi dalam pasaran tempatan demi melindungi dan survival industri kereta tempatan sangat dirasai rakyat umum.

Tambah lagi, industri ini gagal mendapat pasaran yang sepatutnya di gelanggang pasaran antarabangsa. Projek industri berat iaitu perwaja, nyata kecundang di pertengahan jalan. Kegagalan projek mega ini sudah tentu menambahkan lagi bebanan kepada negara dan rakyat pada umumnya.

Di bawah dasar penswastaan negara, cara-cara penanugerah projek mega kepada syarikat tertentu banyak dipersoalkan rakyat. Sistem penanugerahan tender secara terbuka dan telus tidak dikendalikan pihak berkuasa.

Memang muncul anak Melayu menjadi tokoh koporat dalam era Dr Mahathir, tetapi ramai pula di kalangan mereka kecundang apabila menghadapi peristiwa serangan mata wang di peringkat antarabangsa pada 1990-an. Memang bangsa perlu kepada kemunculan tokoh-tokoh korporat ini.

Kehadiran dan usaha mereka sudah tentu membesarkan kek ekonomi negara dan bangsa. Di bawah "the expansion of the economic cake" tadi, ekonomi negara akan berkembang.

Rakyat umum pula boleh tumpang mendapat rezeki kehidupan. Namun apa yang dapat dilihat pada fenomena umumnya, wujud jurang yang sangat membesar di antara jumlah kecil anggota masyarakat yang kaya raya dengan kehidupan jumlah besar rakyat umum yang hidup secara sederhana.

Yang sedihnya, lagi ramai juga di kalangan anak bangsa dan rakyat yang hidup menderita di tengah-tengah kos hidup yang tinggi. Sebaliknya, wujud pula segelintir kecil anggota masyarakat yang hidup terlalu mewah. Dalam senario kehidupan demikian istilah penyalahgunaan kuasa, korupsi dan kronisme menjadi buah mulut masyarakat. Kegiatan jenayah juga dikatakan bertambah dalam masyarakat.

Lebih dashyat lagi di bawah pemerintahan Dr Mahathir, kredibiliti institusi penting negara seperti institusi kehakiman, kepolisan dan lain-lain mulai dipersoalkan ramai angota masyarakat. Konflik politik yang melibatkan pimpinan tertinggi negara dan Umno kerap kali berlaku, membawa kepada perpecahan Umno dan Melayu.

Apakah dengan fenomena negatif ini, Wawasan 2020 yang menjadi idaman Dr Mahathir boleh menjadi realiti? Juga berbeza dengan zaman Tun Abdul Razak sebelum, Dr Mahathir dalam zaman pemerintahannya kurang sekali fokus kepada dasar kebudayaan nasional, dasar pendidikan nasional, dan pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan.

 
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

FAKTA yang WAJIB rakyat PERLU TAHU !!!

Posted: 08 Oct 2015 12:15 AM PDT

  • Encik Politik Encik Polotik's photo. Patutler Najib 'TERSEREMPAK' PM Israel berjabat tgn sambil tersengih2 di PBB tempohari !!!... 

    Rupa2nya negara kita rakan dagang Israel laknatullah.. 

    SANGGUP menteri2 berpaksikan mazhab UMNO utk terus menafikan & berbohong perbodohkan rakyat selagi UMNO bernyawa..

     
     
    Zar Ali's photo.Zar Ali Ali 
     
    Tinju dan geng tonggeng kenapa diam?? 
     
    Celaka lah kamu mendiamkan kebusukan pemimpin2 UMNO yang bersekongkol dengan YAHUDI LAKNATULLAH.....

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT