Rabu, 7 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Raja bincang lantikan hakim, suruhanjaya SPR

Posted: 07 Oct 2015 11:30 PM PDT


Perkara berkaitan pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Atasan dan pelantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-239 di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

 Perlantikan Hakim Hakim


Pengerusi SPR Tan Sri Aziz

Kedua dua Institusi Ini wajib dipindahkan segera dari Jabatan Perdana Menteri kepada Parlimen Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata mesyuarat yang dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu turut membincangkan jadual Mesyuarat Majlis Raja-raja bagi tahun 2016.

Pagi tadi Tuanku Syed Sirajuddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-239 yang dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang diwakili Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim manakala Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kesemua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak turut hadir ke mesyuarat berkenaan.


- Bernama

M'sia perlu kelulusan Parlimen sebelum tandatangan TPPA

Posted: 07 Oct 2015 10:45 PM PDT


Malaysia perlu mendapatkan kelulusan Parlimen sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bercakap dalam satu sidang media mengenai TPPA di Putrajaya hari ini, beliau menegaskan biarpun rundingan bagi Pakatan Trans-Pasifik (TPP) telah dimuktamadkan, namun Malaysia sebaliknya masih belum menandatangani perjanjian berkenaan.

Malah, katanya, dokumen teks TPP itu hanya dijangka siap pada akhir bulan ini.

"(Dokumen) TPP itu perlu dibentangkan dan dibahaskan terlebih dulu untuk diluluskan. Ini adalah proses lazim di semua negara terbabit," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Mustapa untuk merundingkan kepentingan Malaysia pada rundingan berkenaan.

Usaha rundingan TPPA itu yang pertama kalinya dilancarkan pada 2005, melibatkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Jelas Mustapa, dokumen akhir TPPA itu beserta dua lagi analisis kos dan manfaatnya yang disediakan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) dan firma PricewaterhouseCoopers Malaysia, juga akan dikemukakan kepada Kabinet dan Parlimen.

Tegasnya, beliau sendiri mahu membentangkan TPP di Parlimen dan mungkin memohon agar diadakan Persidangan Khas Parlimen untuk menjelaskan butiran mengenai perjanjian perdagangan itu, jika perlu.

Sehubungan itu, beliau akan berbincang dengan Speaker pada minggu pertama sidang Parlimen akan datang mengenai tarikh serta masa untuknya membentang serta menerangkan kepada Ahli Parlimen berhubung pendirian Malaysia terhadap TPP berkenaan.

"Ini bergantung kepada Speaker... (pembentangan) Bajet 2016 perlu diutamakan terlebih dulu sebelum kita dapat berurusan mengenai perkara lain," katanya.

Mustapa turut mengakui bahawa mustahil untuk mendapatkan persetujuan 100 peratus mengenai TPPA berkenaan dan ia hanya memerlukan majoriti mudah bagi kelulusan perjanjian perdagangan itu.

Jelasnya, biarpun selepas mendapat kelulusan Parlimen, tempoh dua tahun diperlukan bagi pengesahannya yang turut memerlukan usaha pindaan undang-undang berkaitan tanpa menjejaskan Perlembagaan sebelum TPPA dapat dilaksanakan.

Menurutnya, cabaran utama adalah untuk meyakinkan kalangan ahli Parlimen mengenai kepentingan menandatangani TPPA bagi manfaat jangka panjang, termasuk aspek pelaburan langsung asing (FDI) dan perdagangan untuk negara.

Ditanya sama ada beliau yakin ia akan mendapat sokongan ahli Parlimen, Mustapa berkata : "Pada awalnya, memang sukar untuk meyakinkan mereka (termasuk Ahli Parlimen Barisan Nasional) tetapi kini mereka lebih faham dan usaha lebih gigih diperlukan bagi meraih lebih banyak sokongan."

Menurutnya, Kabinet juga telah mengarahkan kementeriannya untuk mengadakan lebih banyak sesi penerangan bagi menjelaskan TPPA kepada orang ramai.

Setakat ini, lebih 150 sesi seumpamanya diadakan dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas serta kebimbangan mereka yang disifatkan Mustapa sebagai penting bagi usaha rundingan itu.

"Kita juga mengadakan pertemuan yang kerap dengan Kumpulan Kaukus Parlimen mengenai TPP yang bipartisan bagi memaklumkan mereka mengenai perkembangan terkini rundingan," katanya yang turut memberi jaminan kerajaan bersikap telus dan terbuka mengenai rundingan TPP berkenaan.

Kabinet juga katanya, turut mahukan kepentingan mengenai kos menyertai TPPA serta tidak menandatanginya, turut diambilkira.


- Bernama

Muhyiddin dakwa seolah ada 'tangan ghaib' tutup kesalahan isu 1MDB

Posted: 07 Oct 2015 10:00 PM PDT


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata titah Majlis Raja-Raja Melayu semalam yang mahu kerajaan menyelesaikan segera siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas, menunjukkan keprihatinan baginda sekalian terhadap kemelut yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat pada kerajaan.

"DYMM Raja-Raja, pada kebiasaannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ia melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara," bekas timbalan perdana menteri itu dalam satu kenyataan.

"Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara," kata lagi.

Dalam kenyataannya juga, timbalan presiden Umno itu mendakwa seolah-olah terdapat "tangan ghaib" yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak tertentu berhubung perkembangan siasatan dan pendakwaan skandal itu yang dianggapnya "amat mendukacitakan".

"Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala.

"Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali," katanya.

Berikut adalah kenyataan penuh Muhyiddin:

Saya amat menyambut baik dan menjunjung kasih titah DYMM Raja-Raja Melayu supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap piha-pihak yang terlibat.

Titah yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Peyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad semalam menunjukkan keprihatinan DYMM Raja-Raja terhadap kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

DYMM Raja-Raja, pada kebiasaannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ia melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.

Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara.

Titah DYMM Raja-Raja dalam hal ini amatlah saya hargai dan sanjung tinggi.

Oleh kerana DYMM Raja-Raja telah bertitah menggesa kerajaan supaya bertindak segera menyelesaikan kemelut 1MDB, maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah YAB perdana menteri selaku Ketua Kerajaan.

Tanggungjawab menyelesaikan isu ini akhirnya terpikul di bahu YAB perdana menteri sendiri.

Beliau mesti memastikan siasatan terhadap 1MDB oleh agensi-agensi berkaitan dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa sebarang gangguan atau campur tangan daripada mana-mana pihak.

Lebih penting lagi, jika hasil siasatian mendapati terdapat pihak-pihak yang melanggar undang-undang, maka tindakan undang-undang perlu diambil dengan kadar segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.

Sehingga kini, masih tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak berhubung skandal 1MDB.

Sepertimana yang dilaporkan oleh media, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah membuat kenyataan bahawa BNM telah pun menyelesaikan siasatan berhubung transaksi 1MDB dan hasil siasatan telah diserahkan kepada peguam negara pada Ogos yang lalu.

Jika hasil siasatan Bank Negara mengandungi bukti-bukti yang boleh mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang negara, maka adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa mereka yang terbabit di mahkamah.

Saya khuatir, oleh kerana kemelut 1MDB adalah satu isu yang menyentuh kepentingan awam, maka kelewatan Peguam Negara membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis.

Adalah wajar bagi peguam negara tampil dalam masa terdekat untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai perkembangan mutakhir berhubung perkara ini.

Mengambil semangat titah DYMM Raja-Raja berhubung kemelut 1MDB, agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya terlibat dalam Pasukan Petugas Khas siasatan terhadap 1MDB mesti diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk meneruskan siasatan terhadap syarikat ini hingga selesai dan menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Begitu juga dengan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Keanggotaan PAC mesti diisi dengan segera untuk membolehkan jawatankuasa ini meneruskan siasatan mereka terhadap 1MDB.

Amat malang sekiranya siasatan oleh PAC terbengkalai hanya disebabkan beberapa ahlinya menerima pelantikan sebagai anggota pentadbiran kerajaan persekutuan ekoran rombakan kabinet baru-baru ini.
Masyarakat umum juga tertunggu-tunggu laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Laporan awal mengenainya telah pun diserahkan kepada PAC.

Dengan siasatan oleh PAC yang tergendala setakat ini, masyarakat umum pastinya ingin mengetahui status laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.

Pada hemat saya, perkembangan siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB amat 
mendukacitakan. Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala.

Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Saya juga berasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan mengenai 1MDB.

Yang terbaharu ialah penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 semata-mata kerana tindakan beliau membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa di luar negara berhubung transaksi 1MDB.

Seingat saya SOSMA adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen negara kita untuk membendung kegiatan keganasan atau terrorisme.

Adakah tindakan membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa berhubung transaksi yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta merupakan satu kegiatan keganasan?

Adakah 1MDB kini telah menjadi satu institusi yang kebal dan amat dilindungi oleh pihak berkuasa negara kita? Saya tidak fikir begitu.

Membuat laporan terhadap 1MDB bukanlah satu kegiatan keganasan dan 1MDB bukanlah sebuah institusi yang kebal. 1MDB adalah satu entiti yang tertakluk kepada undang-undang negara.

Memandangkan DYMM Raja-Raja telahpun bertitah menggesa kerajaan menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit, maka pada hemat saya adalah amat wajar bagi warganegara yang prihatin menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu 1MDB atau membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa supaya menyiasat setiap dakwaan terhadap 1MDB secara telus, adil dan berkecuali.

Mereka yang membuat laporan mengenai 1MDB sewajarnya mendapat perlindungan undang-undang dan bukan sebaliknya. Malaysia adalah sebuah negara yang berpaksikan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berasaskan perlembagaan dan undang-undang negara dalam menyelesaikan kemelut 1MDB bukan sahaja akan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis malah mencemarkan nama Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.

Dalam beberapa lawatan saya ke luar negara yang mutakhir ini, saya sering ditanya oleh pemimpin negara luar tentang isu 1MDB. Mereka berasa amat hairan dengan apa yang terjadi kepada negara kita.

Mereka tidak percaya sebuah syarikat pelaburan strategik negara menanggung hutang berbillion ringgit dan menghadapi masalah aliran tunai yang kronik sehingga tidak mampu untuk membayar hutang-piutang syarikat. Lebih malang jika wang dalam kantung syarikat ini juga telah lesap.

Malaysia adalah sebuah negara yang amat dihormati oleh masyarakat antarabangsa dan diyakini oleh para pelabur dan pedagang di seluruh dunia. Janganlah kita biarkan kemelut 1MDB mencemarkan nama baik Malaysia. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Oleh yang demikian, amatlah wajar bagi kerajaan dan pihak berkuasa negara kita menjunjung sepenuhnya titah DYMM Raja-Raja Melayu supaya menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

13 Tahun Peluru Tertanam Di Pinggang By canang

Posted: 07 Oct 2015 09:15 PM PDT


LAHAT – Seorang wanita terkejut apabila menemui sebutir peluru tertanam di pinggangnya sejak 13 tahun lalu.
Roshalinda Abdul Hamid, 27, berkata, dia menjumpai peluru itu secara kebetulan selepas berasakan terdapat benjolan seperti bisul di pinggangnya.

Menurutnya, kelainan pada badannya itu dirasakannya pada pertengahan bulan lalu .
"Apabila picit, saya memang terkejut dan tak sangka peluru yang keluar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Taman Desa Pelancongan, di sini.
Roshalinda berkata, meskipun peluru itu sudah lama tertanam di badannya, dia tidak sakit namun kerap berasa lenguh di pinggang sebelum melahirkan anak kedua.
 
peluru sesat
Terkena peluru sesat
Mengimbau peristiwa 13 tahun lalu, Roshalinda berkata, dia yakin peluru itu adalah objek yang tertusuk di peha kanannya ketika dia menyambut Aidilfitri di kampung halamannya.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku pada pagi raya kedua, ketika itu dia ingin menjamah makanan di ruang tamu rumah ibu saudaranya yang terletak di Selinsing.
"Masa nak duduk di sebelah mak, tiba-tiba terdengar bunyi letupan sebelah kanan saya, mak jerit dan beritahu yang kain batik saya dibasahi darah.
"Meskipun terkejut melihat darah membasahi kain batik yang dipakai, saya hanya mendiamkan diri manakala ayah waktu itu terus bergegas bawa saya ke sebuah hospital di Taiping untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
Dia berkata, doktor di hospital itu mengatakan peha kanannya tidak ditembusi peluru sebaliknya hanya terkena serpihan mercun.
Roshalinda berkata, penjelasan doktor itu agak sukar diterima oleh ahli keluarga terutama abang sulungnya yang ada bersama ketika ujian X-ray dilakukan pada luka berkenaan.
"Polis yang ambil laporan saya di Balai Polis Gunung Semanggol sebelum ini turut sependapat mengatakan objek itu adalah peluru berdasarkan kesan terbakar berbentuk bulat pada kain batik," katanya.
Roshalinda berkata, selepas kejadian itu luka di paha kanannya beransur sembuh seperti sediakala dan dia menjalani kehidupan seperti biasa.
"Saya juga tak jalani pemeriksaan lanjut di mana-mana pusat perubatan selepas kejadian itu disebabkan luka tersebut beransur sembuh seperti sediakala," katanya.
Tak tahu angkara siapa
Sementara itu, bapanya, Abdul Hamid Chin, 61, pula berkata, sehingga kini, dia masih bingung memikirkan kejadian yang menimpa anaknya sekitar 13 tahun lalu.
Menurutnya, kediaman kakak iparnya jauh dari rumah penduduk lain dan dikelilingi sawah.
"Yang menjadi persoalan, siapa dan bagaimana peluru itu boleh tersasar sehingga memasuki rumah kakak ipar saya yang terletak jauh dari penempatan penduduk lain," katanya.
Abdul Hamid berkata, peristiwa yang terjadi itu menyebabkan kakak iparnya mengambil keputusan menjual rumah berkenaan dan berpindah ke tempat lain.
Jelasnya, kakak iparnya takut kejadian yang sama berulang dan membuat keputusan demikian.
"Kami sekeluarga bagaimanapun bersyukur kerana kejadian yang menimpa anak saya itu tidak mengakibatkan kecederaan teruk atau kesan sampingan.
"Alhamdulillah, cuma sedikit terkilan kerana doktor yang pernah merawat anak saya dulu bertegas mengatakan paha kanan anak saya itu tidak ditembusi peluru," katanya. –  
 
 
Sinar Harian Online

Tunjuk Kemaluan Depan Rumah Siti Norhaliza. Mengapa Agaknya? Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 07 Oct 2015 08:30 PM PDT


HALAMAN HIBURAN
Seorang duda anak dua didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, Ahad lalu.
 

Amiruddin Sulaiman, 49, didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat untuk menghina kesopanan di hadapan rumah penyanyi nombor satu negara itu di Jalan Wangsa 1/3, Bukit Antarabangsa, dekat sini kira-kira pukul 5 petang, 4 Oktober lalu.
Pertuduhan terhadap penganggur itu dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya. -Utusan
Mengapa agaknya?

BOIKOT BARANGAN PENYUMBANG KEPADA KERAJAAN YAHUDI LAKNATULLAH !

Posted: 07 Oct 2015 08:15 PM PDT

Tajuddin ancam 'tampar', wartawan yang kena tindakan oleh V Shuman

Posted: 07 Oct 2015 07:45 PM PDT

Encik Politik Encik Polotik's photo. Jika anda adalah seorang "pembawa khabar", Malaysia adalah tempat yang bahaya untuk anda.

Termasuklah dengan menjadi wartawan. Anda mungkin akan dipanggil untuk disoal siasat polis kerana melaporkan apa yang dikatakan menteri atau timbalan menteri.


Mangsa terbaru adalah wartawan Malaysiakini yang melaporkan kata-kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman yang mengancam untuk menampar masyarakat Cina di sini.


Memetik laman Facebook wartawan terbabit, laman Free Malaysia Today melaporkan yang beliau akan dipanggil hari ini.


Ini adalah kali pertama beliau dipanggil untuk soal siasat, sepanjang lima tahun terlibat dalam bidang kewartawanan.


"Empat hari lalu saya melaporkan kenyataan Tajuddin, dan dua jam selepas berita diterbitkan, beliau menghubungi saya dan mengancam untuk saman saya kerana memanipulasi kenyataannya. Namun sehingga sekarang, tiada tindakan diambil.


"Namun sejak itu, pegawainya menghubungi saya setiap hari…Hari ini, saya dapat tahu dari bos yang polis mahu mengambil kenyataan saya.


"Sepanjang lima tahun menjadi wartawan, ini kali pertama polis mahu merakam kenyataan…Saya harap semuanya baik sahaja," katanya pada Isnin lalu menurut Free Malaysia Today.


Tajuddin dilaporkan mengeluarkan kenyataan untuk menampar itu ketika mengulas tindakan masyarakat Cina yang "membuat rungutan kepada pihak luar".


"Saya ingin memberi amaran kepada masyarakat Cina Malaysia, jangan fikir jika anda ada masalah, anda mahu merungut – sedikit pun mahu merungut – dan ada orang yang akan beri perlindungan.


"Kena tampar, kalau macam tu," katanya seperti dipetik.


Tidak mengejutkan apabila kenyataan itu mengundang respon negatif pelbagai pihak, termasuk MCA.


Tajuddin segera mempertahankan dirinya – pada mulanya menafikan berkata demikian, tetapi kemudiannya mengaku namun berkata sekadar melawak.

Penafiannya membuatkan Malaysiakini menyiarkan rakaman audio, yang jelas membuktikan Tajuddin memang berkata demikian.


Apabila semua langkah untuk menjustifikasikan kenyataan itu gagal, Tajuddin melepaskan tanggungjawab kepada polis untuk memadamkan kesalahannya.


Bolehkah sesiapa tolong jelaskan, apakah logiknya tindakan polis menyoalsiasat wartawan yang melaporkan kenyataan Tajuddin?


Jelas bahawa ini bukanlah kes salah lapor memandangkan wartawan itu memiliki rakaman audio kenyataan Tajuddin.


Jadi, adakah polis cuba menakut-nakutkan wartawan dan organisasi medianya, agar menarik balik laporan dan meminta maaf kepada Tajuddin? Tajuddin jelas mengeluarkan kenyataan tersebut, namun tiada keberanian untuk memikul tanggungjawab.


Jika berdasarkan logik di Malaysia hari ini, tidak salah menjadi politikus yang korup. Begitu juga dengan menjadi pentaksub yang mengancam untuk menampar dan mendatangkan kecederaan fizikal kepada kaum lain.


Tindakan-tindakan ini tidak akan dikenakan tindakan undang-undang. Namun lain ceritanya bagi sesiapa yang membuat laporan tentangnya.

1MDB - ISTANA JUGA INGINKAN PENJELASAN

Posted: 07 Oct 2015 07:00 PM PDT


Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa bekas majikannya, Datuk Seri Najib Razak menyahut saranan Majlis Raja-raja Melayu supaya kerajaan menyelesaikan dengan segera siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhyiddin berkata Raja- raja Melayu tidak akan mengeluarkan kenyataan berkenaan 1MDB jika ia bukan isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

"Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara.

"Maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah perdana menteri selaku ketua kerajaan.
"Tanggungjawab menyelesaikan isu ini akhirnya terpikul di bahu perdana menteri sendiri," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Timbalan presiden Umno itu berkata, Najib mesti memastikan siasatan terhadap 1MDB oleh agensi berkaitan dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa sebarang gangguan atau campur tangan daripada mana-mana pihak.

Katanya, apa yang lebih penting ialah jika hasil siasatan mendapati terdapat pihak yang melanggar undang-undang, maka tindakan perlu diambil dengan kadar segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.

"Perkembangan siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB amat mendukacitakan.

"Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala.

"Sepertinya ada tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak tertentu," katanya.


Kpd Puak-Puak Ketuanan Bodoh :

Posted: 07 Oct 2015 06:16 PM PDT

Pemenang Nobel Prize Ekonomi Kata M'sia Will Lose RM75b In Trade After TPPA. Boleh Paham Ke?

Kpd Puak-Puak Ketuanan Bodoh : Pemenang Nobel Prize Okonomi kata M'sia Will Lose RM75b in trade after TPPA. Boleh paham ke?





Jadi sekarang soalan cepu mas untuk puak2 ketuanan bodoh ialah bagaimana kita BOLEH begitu successful selama 58 tahun ini TANPA sebarang TPPA atau FTA? Can you explain?

Siapa boleh jawab? Sila angkat tangan.

Siapa tak tahu jawab berdiri atas meja. Bodoh.

Apakah tanpa TPPA kita tidak boleh mencapai Wawasan 2020?

Apakah tanpa TPPA ladang getah tidak ada lagi getah?

Atau ladang kelapa sawit tidak ada lagi hasil kelapa sawit?

Apakah TPPA boleh tambahkan keluaran getah dari pokok getah secara ajaib?

Apakah TPPA boleh tambahkan keluaran kelapa sawit dari pokok kelapa sawit secara ajaib?

I would tell you to use your akal, tetapi masalahnya kau orang ini tak ada akal.

The TPPA is designed to make the American corporations and the big business people rich.

Jangan sekali-kali fikir puak-puak Amerika ini tiba-tiba sudah bertaubat dan sekarang ingin membantu kita jadi kaya pula. How stupid can you get?

AMANAH: Isyarat jelas supaya Najib berundur

Posted: 07 Oct 2015 05:00 PM PDT


Teguran Majlis Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan segera siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ditafsirkan sebagai isyarat jelas supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, kata Parti Amanah Negara (AMANAH).

Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata hal ini kerana Najib masih gagal membuktikan ketelusan dan keyakinan semua pihak termasuk Majlis itu berhubung skandal firma pelaburan itu yang turut dikaitkan dengan beliau .

"Sosok bahasa, keluhuran budi, adat dan budaya Bangsa Melayu yang boleh diterjemahkan dengan kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu tersebut agar menasihatkan supaya Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak berundur sebagai perdana menteri Malaysia kerana telah gagal menyelesaikan isu 1MDB dengan segera dan turut telah menjejaskan ekonomi negara," katanya.

Salahudin mengulas kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.

Dalam satu kenyataan semalam, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Dalam kenyataannya hari ini, Salahudin yang juga bekas MP Kubang Kerian berkata parti itu juga yakin teguran majlis itu juga bagi memastikan Putrajaya menumpukan pembangunan negara.

"Dalam masa yang sama memulihkan kembali ekonomi negara berikutan kejatuhan nilai mata wang apabila isu yang melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masib belum diselesaikan," katanya.

Menurutnya lagi, pelbagai pihak termasuk pegawai tinggi seperti Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyuarakan kebimbangan mereka berhubung isu ini.

Demo di Kajang batal, Jamal sasar di Ampang pula 295 Lu Wei Hoong

Posted: 07 Oct 2015 09:15 AM PDT



Datuk Jamal Md Yunos, yang mencuri tumpuan sewaktu perhimpunan Baju Merah pada 16 September, membatalkan hasrat mengadakan demonstrasi di Kajang yang diwakili Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebaliknya, Ketua Umno Sungai Besar itu kini mensasarkan pentadbiran Selangor bawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berhubung isu wabak denggi di negeri itu.

"Wabak denggi ini, kita tidur dekat rumah pun tak aman. Selangor (adalah) negeri penyumbang denggi yang paling cemerlang sekali.

"Tahniah (kepada kerajaan negeri) dan syabas membiakkan nyamuk aedes dengan menggunakan peruntukan (bekas) Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya kepada pemberita.

Jamal berkata protes tersebut akan diadakan di pusat beli belah Spectrum di Bandar Baru Ampang pada petang Ahad ini.

Sejak DUN Bukit Antarabangsa berada dalam kawasan parlimen Ampang, Jamal berkata protes itu secara langsung mensasarkan kepada menteri besar.

Membatalkan rancangan sebelum ini untuk berhimpun di Kajang, pemimpin Umno itu berkata hal itu untuk membolehkan Wan Azizah menjaga suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas ketua pembangkang.

"(Kita) memberi peluang untuk Wan Azizah untuk bermesra dengan suaminya, memberi ruang dia untuk bermanja dengan suaminya.

"Kononya suaminya bahu sakit, mungkin dah selesai urut-urut bahu suaminya dan bermanja, kami akan pergi ke Kajang," katanya lagi.


Jamal mendakwa Dr Wan Azizah yang menjadi wakil rakyat Kajang, gagal untuk berkhidmat di kawasannya itu.


Malaysiakini.

Amaran Ali Tinju: Melaka Raya tak selamat 10 Okt 1K10 Shakira Buang

Posted: 07 Oct 2015 08:30 AM PDT


"Gerakan Merah" mengumumkan akan mengadakan perhimpunan di Melaka Raya pada 10 Oktober ini dan memberi amaran kawasan di Bandar Melaka itu tidak akan selamat pada tarikh itu.

Amaran itu dibuat presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom selepas mendakwa terdapat sekumpulan "samseng Cina" memukul penguatkuasa kerajaan pada awal Oktober lalu.

"Melaka Raya tidak akan selamat pada hari tersebut, Melaka Raya tidak akan selamat ini isyarat saya,"kata Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

Bagaimanapun, Ali Tinju berkata keadaan tidak selamat yang dimasudkan itu bukan menjurus kepada kekecohan.

"Tidak selamat ini bukan berlaku kekecohan. Mungkin akan berlaku kemalangan. Bukan bermaksud tidak selamat itu berperang.

"Kita minta membuat pemantauan di sekitar Melaka Raya," katanya.

Bukan anti-Cina

Ali berkata, perhimpunan berkenaan bukan bertujuan melakukan huru-hara tetapi sekadar mendesak pihak berkuasa bertindak terhadap samseng terlibat.

"Gerakan Merah tidak perlu permit, sebab kita tidak buat kacau, tetapi turun ke sana untuk jalan-jalan makan angin.

"Kita mahu mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap gengster Cina. Bukan saya anti-Cina tetapi anti gengster Cina.

"Saya mahu mereka didakwa dan dihukum dengan berat kerana kita tidak mahu gengster Cina ini keras kepala," katanya.

Beliau berkata lebih 10,000 peserta daripada seluruh negara akan turun ke Melaka Raya pada hari itu.


Malaysiakini

Ling: Jumpa kamu di mahkamah, Najib????

Posted: 07 Oct 2015 08:00 AM PDT

Zar Ali's photo.


Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik tidak akan memohon maaf kerana mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

"Saya kata kepada perdana menteri, jika kamu memilih untuk saman saya, saya akan pertahan diri saya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya terima cabaran kamu.

"Saya ingin menyaksikan perdana menteri berada di kandang saksi kerana tidak syak lagi beliau akan lakukan jika beliau berkata reputasinya tercabar.

"Saya mahu mengulangi bahawa saya pertahan apa yang katakan. Saya tidak akan mohon maaf," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Malaysiakini.

1MDB: Najib Perlu Berundur Ekoran Teguran Majlis Raja-raja - AMANAH

Posted: 07 Oct 2015 07:15 AM PDT


Zar Ali's photo. Perdana Menteri perlu membaca dan memahami mesej tersirat yang terkandung di dalam kenyataan Raja-raja Melayu yang mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat, demikian tegas Salahuddin Hj.Ayub, Timbalan presiden AMANAH.

Di dalam satu kenyataan menyentuh isu berkenaan, Salahuddin menyatakan bahawa AMANAH yakin teguran Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang baru-baru ini ingin memastikan Pentadbiran Putrajaya menumpukan pembangunan negara dan dalam masa yang sama memulihkan kembali ekonomi negara berikutan kejatuhan nilai mata wang apabila isu yang melibatkan Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masib belum diselesaikan.

"Sosok bahasa, keluhuran budi, adat dan budaya Bangsa Melayu yang boleh diterjemahkan dengan kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu tersebut agar menasihatkan supaya Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana telah gagal menyelesaikan isu 1MDB dengan segera dan turut telah menjejaskan ekonomi negara." tambah kenyataan itu lagi.

Menuurutnya, banyak pihak telah menyuarakan kebimbangan isu 1MDB ini termasuk masyarakat kampung, Ahli Umno sendiri dan terkini, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan seperti Tan Sri Dato' Ungku Dr Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz, Gabenor Bank Negara dan bekas Ketua Peguam Negara, Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail amat mencemaskan.

Justeru itu, menurut Salahuddin, AMANAH merasakan ianya isyarat jelas bahawa Dato' Sri Najib perlu berundur dengan segara kerana beliau masih gagal membuktikan ketelusan dan keyakinan semua pihak termasuk Majlis Raja-Raja Melayu tentang isu 1MDB yang turut dikaitkan dengan peribadi beliau yang sehingga kini tidak 'dibersihkan' lagi di Mahkamah.

Semalam, Majlis Raja-raja di dalam satu kenyataan menyatakan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

"Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," menurut kenyataan itu.
Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara hari ini.

Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.

"Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, ia turut menjadi antara sebab yang mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia."

Menurut kenyataan itu, seperti dilaporkan oleh media massa tempatan, Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.

Ia juga dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.
"Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.

"Demi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang," menurut kenyataan itu.

Untuk itu, menurut kenyataan itu, badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.

Raja-raja juga mahukan para pemimpin sentiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.

"Raja-raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing," menurut kenyataan itu lagi.



Dicatat oleh Green Boc

Anwar dikawal ketat, tak dibenar beri kenyataan

Posted: 07 Oct 2015 06:30 AM PDT



KUALA LUMPUR 7 OKT: Ketua Umum KEADILAN,

Saudara Anwar Ibrahim tidak dibenarkan untuk memberi sebarang kenyataan ketika ditanya pemberita selepas tamat prosiding kes saman beliau terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau turut dikawal ketat pegawai-pegawai penjara yang turut menghalang beberapa penyokong yang mahu bersalaman dengan bekas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu.

"Saya tak boleh beri sebarang kenyataan, nanti mereka akan halang saya," kata Anwar ringkas kepada Keadilan Daily.

Beliau sempat berjenaka bersama salah seorang penyokong yang bertanya tentang keadaan berat badannya di penjara. "Saya diet di penjara, tapi saya tengok awak makin….," gurau Anwar merujuk kepada fizikal penyokongnya yang agak berisi.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hanya dibenar bertemu penyokong-penyokongnya sekitar 30 saat.


Namun, mereka tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar atau merakam video.

Anwar yang menjalani hukuman penjara pada hari ke-240 hari ini dilihat semakin kurus dengan pipinya semakin cengkung ekoran penafian rawatan kesihatan oleh kerajaan pemerintah.

Beliau tetap ceria dan sentiasa tenang walaupun menderita serta mengalami kekurangan berat badan, tekanan darah tidak menentu, gastrik, artritis dan otot bahunya terkoyak.

Anwar diminta hadir ke mahkamah hari ini selepas Hakim Hue Siew Kheng menolak permohonan Utusan berhubung penilaian ganti rugi yang perlu dibayar akhbar milik Umno itu kepada Anwar.


Utusan didapati bersalah selepas memfitnah Anwar berhubung rencana yang diterbitkan akhbar itu mengenai temubual Anwar dengan Perbadanan Penyiaran Brtish (BBC).

Hakim menetapkan esok, 8 Oktober untuk putuskan jumlah yang perlu dibayar Utusan kepada Anwar.



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Undi Tidak Percaya - PAS Mahu Bincang Dahulu...??

Posted: 07 Oct 2015 05:45 AM PDT


Zar Ali's photo. PAS hanya akan menyokong undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak jika ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan perbincangan mengenai usul tersebut.

Setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata sebagai pakatan pembangkang, pihaknya sentiasa bersama untuk melihat usul itu.

Bagaimanapun, menurut Takiyuddin yang juga ketua whip PAS, parti itu terbuka untuk berbincang mengenainya tetapi biarlah ia dilakukan
secara teperinci.

"PAS terbuka untuk berbincang, namun terlalu awal untuk menyokongnya kerana kita mahu tengok dahulu usul tersebut. Apakah sekadar mahu PM letak jawatan.

"Bagi PAS kita lebih suka ketua pembangkang mengadakan perbincangan mengenai usul tersebut.
"Kita kena bincang sampai habis, siapa akan ganti perdana menteri? Adakah saya," katanya kepada Malaysiakini dalam nada bergurau.

Sementara itu ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh berkata secara prinsipnya parti Islam itu bersetuju dengan apa saja langkah yang bertepatan dengan Perlembagaan negara.

"Sehingga kini kami tidak dimaklumkan adanya usul tersebut. PAS hanya akan memutuskan bila mana adanya perbincangan berhubung perkara tersebut.

"Secara prinsipnya PAS bersetuju apa jua langkah yang bertepatan dengan peruntukan perlembagaan negara dan mengikut prosedur

perundangan," kata Nuridah kepada Malaysiakini,

PKR dilaporkan sebagai berkata Wan Azizah, yang juga presiden parti itu, akan membentangkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri dalam sesi Parlimen yang akan datang Parlimen yang bermula pada 19 Oktober

DAP telah mengumumkan bahawa ia akan menyokong usul itu.

Dengan hanya 88 daripada 222 MP di Dewan Rakyat, pembangkang tidak mempunyai majoriti untuk mendesak sebarang undi tidak percaya terhadap Najib.

Pakatan pembangkang baru, Pakatan Harapan, yang tidak termasuk PAS, mempunyai 72 Ahli Parlimen.
Sebelum itu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, parti itu hanya akan mengalahkan Najib melalui kaedah yang "sihat".


- mkini

Posted by Jeebond BLM

Kenyataan yang membuat tocang PAS menegak......

Posted: 07 Oct 2015 05:00 AM PDT


Walau apa pun mungkin apa yang Tan Chua katakan itu ada betulnya........ PKR kalah teruk jika tidak bekerjasama dengan Pas FMT Reporters |

October 7, 2015 PKR Bertanding di kawasan majoriti Melayu dan undi orang Melayu menjadi penentu pertukaran kerajaan memerintah.

Tian-Chua-,pas-pkr PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak dapat bekerjasama dengan Pas.

Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua seperti dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily pada 5 Oktober lalu.

Terjemahan kenyataan Tian Chua ke dalam bahasa Melayu ditelah diviral dan dikongsi di laman sosial oleh pemimpin politik termasuk Pas. Tian Chua dilaporkan berkata,

PKR tidak perlu meletak calon pada PRU14 jika parti itu gagal mengadakan kerjasama dengan Pas kerana pertukaran kerajaan memerintah bergantung kepada pengundi Melayu.

Katanya, PKR bergantung kepada undi kaum itu kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi parti berkenaan majoritinya merupakan pengundi Melayu. Dia berkata,

PKR bakal mengalami kekalahan teruk jika tidak mendapat sokongan Pas atau berlaku pentandingan tiga penjuru.

"Oleh sebab PRU akan datang yang menentukan samada ada pembangkang boleh menjadi kerajaan, undi Melayu adalah faktor utama, terutamanya pada masa ini kedudukan kerusi PKR kebanyakannya di kawasan yang ada banyak pengundi Melayu.

"Tanpa sokongan Pas atau berlaku tiga penjuru, PKR akan berdepan dengan musibah yang teruk," katanya.

Tian Chua antara 25 pemimpin PKR yang menandatangani petisyen kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wah Ismail supaya mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi membincangkan semula penubuhan Pakatan Harapan.


FMT difahamkan PKR berpecah kepada dua kumpulan yang menyokong Pakatan Harapan dan satu kumpulan lagi mahukan kerjasama dengan Pas diteruskan.



Posted by mountdweller.

Bagunan SK Taman Samudera Terbakar Posted by Kita Bantai

Posted: 07 Oct 2015 04:15 AM PDT

Bagunan SK Taman Samudera Terbakar

Gombak: Sebuah blok bangunan sekolah tiga tingkat di SK Taman Samudera, Selayang, terbakar kira-kira 11.45 pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, 21 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Rawang dan Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian.


Sehingga kini tiada laporan kejadian tidak diingin berlaku melibatkan mangsa yang terbabit dalam insiden ini dan kebakaran dipadamkan pada 12.48 tengah hari tadi.

"Kebakaran itu mengakibatkan tingkat tiga yang menempatkan lima bilik darjah, stor meja dan stor buku musnah.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan di lokasi bagi mencari punca kebakaran itu," katanya.

Bagunan SK Taman Samudera Terbakar

Bagunan SK Taman Samudera Terbakar

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. 


Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"

Masjid Negara... Maka Terbelahlah Paha Dia.... - Zainnudin Atai Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 07 Oct 2015 03:30 AM PDT


 
Seorang pengguna Facebook, Zainnudin Atai memuat naik dua video mengkritik kod pemakaian yang dikenakan oleh Masjid Negara kepada pelancong-pelancong yang datang menziarah masjid terbabit.

Melalui pemerhatian dari video, difahamkan para pelancong yang ingin melawat masjid negara diwajibkan memakai satu pakaian seperti jubah yang bewarna purple. Masalah yang timbul adalah jubah itu terbelah.

Di dalam video tersebut, Zainnudin Atai merakam video di sekitar masjid yang memaparkan keadaan masjid ketika menerima lawatan pelancong.

"Dia bukan sarong dari atas, pakaian dia sarung macam baju saja
"Jadi bila dia jalan, maka terbelahlah paha dia. Yang nampak sikit-sikit tu yang tak jadi tu
"Kita memang menggalakkan pelancong-pelancong asing ini untuk datang menziarah masjid kita. Tetapi dengan cara yang bagi saya.. yelah pakaian yang kita sediakan kepada mereka", kata Zainnudin di dalam video tersebut.
 
"Kita kena fikir benda ni. Menteri jangan tutup mata benda ni. Sebab musibah datang tak kenal siapa pun", tambah beliau.

Tambah Zainnudin dia juga sudah berbincang dengan pegawai-pegawai di Masjid Negara namun respon yang diperoleh amat mengejutkan.

"Tapi kata mereka, hey u suka u ikut, u tak suka sudah", kata Zainnudin. 

Selain dari pihak masjid dan menteri, Zainnudin juga menuntut agar pihak DBKL mengambil langkah yang sepatutnya supaya perkara ini dapat diperbaiki. 
 
 

Mahfuz: Ampun tuanku, tolong pecat Najib, AG

Posted: 07 Oct 2015 02:45 AM PDT

Raja-Raja Melayu dipohon bertindak lebih keras dengan memecat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali susulan kontroversi berpanjangan 1MDB.


Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata raja-raja sebagai payung negara tidak boleh membiarkan institusi awam dan pegawainya bersendirian apabila berlaku "ugutan" ketika menyiasat isu itu.

Beliau membangkitkan kes perpindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bekas timbalan pengarah Cawangan Khas polis Datuk Hamid Bahador.

"Ke bawah DYMM Raja-Raja Melayu tidak boleh membiarkan institusi raja-raja tercalar oleh institusi awam yang berdiri atas nama diraja bertindak berasaskan campur tangan kuasa politik pemimpin korup yang menerajui negara sekarang," katanya.

Mahfuz mendakwa "pentadbiran negara sekarang tak ubah seperti mana perjalanan pentadbiran sebuah kumpulan mafia".

"Dalam kumpulan mafia siapa lawan ketua akan ditembak tetapi dalam politik negara siapa yang mengancam Najib akan dicantas, diugut dan sebagainya," katanya.

Beliau juga berdoa supaya Allah memberikan petunjuk serta kekuatan untuk raja-raja bertindak "berani kerana benar" melindungi negara dan rakyat.

Bernama semalam melaporkan raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan".

- mkini



ALLAH MAHA MENGETAHUI !!

Posted: 07 Oct 2015 02:30 AM PDT

'Apa pilihan PM: Taat atau derhaka titah raja?'

Posted: 07 Oct 2015 02:01 AM PDT




Titah raja-raja Melayu yang mahu siasatan berkaitan 1MDB dipercepat dan tindakan diambil menunjukkan baginda sekalian berasa tidak boleh berdiam diri lagi.

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin berkata bukan amalan Raja-Raja Melayu bertitah mengenai pentadbiran negara.

"Tetapi apabila ia mengeluarkan titah mengenai penyiasatan 1MDB, pastilah ia sangat mendesak dan diperlukan.
 
 
 
"Dalam erti kata lain, raja-raja Melayu berasa tidak boleh berdiam diri lagi," kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu.

Menulis di blognya, Kadir membangkitkan persoalan sama ada kerajaan, bermula dengan perdana menteri atau patuh pada titah itu.

"Kita mahu lihat sama ada kerajaan, bermula dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, akan mentaati perintah raja-raja Melayu itu atau menderhakainya," katanya.
 
 
 
Sambil menyindir Najib sebagai "pahlawan Bugis", Kadir berkata Najib pasti arif berkaitan kedaulatan raja-raja memandangkan beliau salah seorang Orang Besar Berempat Pahang.

Beliau juga membangkitkan sama ada agensi penguatkuasaan dan pendakwaan negara akan "taat kepada raja-raja Melayu atau setia dan takut kepada Mohd Najib."

-mkini






BEBASKAN DS ANWAR SEKARANG !!!!

Posted: 07 Oct 2015 01:38 AM PDT


Zar Ali's photo.