Selasa, 6 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Sanusi Junid tak kisah dipanggil 84 Zulaikha Zulkifli

Posted: 06 Oct 2015 10:00 PM PDT



Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya dipanggil oleh parti untuk memberi sebarang keterangan.

Malah bekas setiausaha agung Umno itu secara berseloroh berkata, beliau tiada masalah untuk memberi penerangan kepada parti memandangkan beliau suka bersyarah.

"Biarlah. Itu kerja dia (setiausaha agung). Kalau dia tak buat (kerja), dia nak buat apa lagi.

"Kalau nak panggil, saya tak kisah. Saya memang suka bersyarah," katanya sambil tersenyum ketika ditemui pemberita selepas program Bicara Minda di Karangkraf hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung kemungkinan dipanggil oleh Umno berikutan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan tujuh pemimpin Umno dipantau kerana dikatakan melanggar disiplin parti.

Bagaimanapun, menteri Wilayah Persekutuan itu tidak menamakan siapa tujuh individu tersebut.

Selain itu, sekalipun Tengku Adnan itu tidak mendedahkan individu yang terlibat dan sebabnya, namun umum boleh mencongak pemimpin yang dimaksudkan berdasarkan perkembangan semasa, aktiviti dan kenyataan masing-masing.

Setakat ini masih belum jelas pemimpin terbabit sama ada di peringkat atasan ataupun akar umbi.

Pemimpin lain yang mungkin terlibat ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kabinet Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

Veteran Umno pertikai TPPA dengan 'negara pokai'

Posted: 06 Oct 2015 09:30 PM PDT


 Sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dimeterai, Malaysia diibaratkan sebagai negara yang tidak mementingkan bangsa, kata veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid.

Bekas menteri besar pusat dan menteri besar Kedah itu berkata disebabkan ingin "berkawan" dengan Amerika Syarikat, Malaysia terlupa bahawa negara itu sebuah "negara pokai".

"Kalau orang lemas di sungai, kayu pun dia pegang, najis pun dia pegang. Sekarang umpama tiada kepentingan bangsa.

"(Tetapi) sebab nak berkawan dengan Amerika, kita lupa yang negara mereka itu negara yang pokai dan disokong oleh kapitalisme.

"Kalau orang politik bolehlah cakap TPPA ini penyelamat kita. Saya pun orang politik juga dulu. Tapi sekarang bertaubat banyak dah," katanya sambil menerima tepukan dari hadirin.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata demikian dalam program Bicara Minda di Shah Alam hari ini.
Sanusi juga memberi amaran bahawa kesan menandatangani TPPA tidak akan dirasai sekarang seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Sebaliknya, katanya, kesan jangka masa panjang bakal dirasai memandangkan pelbagai barangan akan dinaikkan harga termasuk ubat-ubatan.

"Ia bergantung kepada anda ingin ambil hati siapa.

"Kalau nak jaga hati kawan, Amerika, anda akan tanda tangan sebab semua ini Amerika yang punya idea.
"Ia tidak akan memberi kesan dalam jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang, ya. Ia tidak seperti GST," katanya.

APA YANG KITA TAHU TENTANG TPPA

Posted: 06 Oct 2015 09:00 PM PDT


TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. 
 
TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.
 
Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.
 
Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?
 
Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:
 
i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. 
 
Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?
 
ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.
 
iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.
 
iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.
 
v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?
 
vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. 
 
Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.
 
Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:
 
i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.
 
ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.
 
iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.
 
Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. 
 
Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini.

Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.

SYABAS ! Kepada Indonesia Yang Berani MENOLAK TPPA !!

Posted: 06 Oct 2015 08:30 PM PDT

 
SIAPAKAH SEBENARNYA YANG TERGILA2 nak jadi 'barua AMERIKA' ???

Cuba hayati maksud tersirat kata2 Najib ini..

"Kalau kita tidak sertai TPPA, ada kemungkinan prospek ekonomi kita akan lebih malap" - Najib Razak (New York, 3/10/2015).

Adakah Najib rela ekonomi negara malap..

ANDA SENDIRI TAHU JAWAPANNYA...


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

APA pun yang berlaku, Pakatan Harapan (PH) mesti terus mara ke hadapan.

Posted: 06 Oct 2015 08:00 PM PDT

 
AZMIN JANGAN LENA SANGAT DENGAN MIMPI

Pertemuan meja bulat melibatkan KEADILAN,

Dap dan Amanah yang membuat keputusan ini. Ini bukan keputusan KEADILAN saja, bahkan KEADILAN khabarnya mahu tiada pengumuman dibuat agar memberi sedikit masa buat Pas untuk bersedia menyertai pakatan baru itu nanti.

Bukan juga kehendak Dap bersendirian atau Amanah. Semuanya berhujah di meja bulat, pro dan kontra, masing-masing membawa hujah mewakili parti masing-masing atau NGOs masing-masing.

Apabila kesemuanya telah memberikan pandangan, maka majoriti bersetuju untuk pakatan baru disegerakan agar ruang dan masa dapat dimanafatkan untuk memperkukuhkan pakatan yang baru ini.

Maka, lahirlah Pakatan Harapan yang terdiri dari KEADILAN, Dap dan Amanah, dalam masa yang sama pintu terus dibuka kepada semua yang mempunyai hasrat untuk menumbangkan rejim.

Atas disiplin yang kuat, maka Dap pun terus mengumumkan P.Pinang adalah Kerajaan Pakatan Harapan. Ini menunjukkan keikhlasan dan kejujuran Dap di dalam rundingan atau muafakat.

Bagaimana pula dengan Kerajaan Selangor? Azmin, MB Selangor yang juga Timbalan Presiden hanya sekadar boleh komen "

Pakatan Harapan tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor". Peribadi, aku malu KEADILAN gagal mendisplinkan diri.

Presiden kita selaku Ketua Pembangkang yang memanggil pertemuan meja bulat dan mengumumkan Pakatan Harapan, malangnya parti sendiri masih teraba-raba untuk menamakan negeri yang diperintahnya.

Jika rakyat bertanya, " Selangor di bawah kerajaan siapa?".

Apa yang Azmin selaku MB Selangor akan jawab?

Selangor di bawah "arwah' Pakatan Rakyat? Jangan buat kerja bodohlah. Kegagalan mengumumkan Selangor sebagai Kerajaan Pakatan Harapan amat mengecewakan rakyat yang tidak sabar-sabar untuk melihat Pakatan Harapan terus mara melawan musuh. Kita di Selangor masih "mendodoikan" anak yang tidak mengaku kita warisnya.

Kita terpedaya dengan lakonan mereka kononnya amat menghormati kita. Aku yakin jika Selangor bukan kita yang menjadi MB, kirim salam mereka ini untuk terus 'setia' dengan kita.

Buktinya, di dalam keadaan kita 'dodoikan' mereka pun, lihat saja tutur kata percakapan pimpinan-pimpinan mereka termasuk dari Dewan Ulamak bahkan media resmi mereka pun yang sering memburukkan parti dan pimpinan kita.

Azmin jangan terlalu lena tidor. Mimpi indah kadangkala membawa maksud buruk.


Dicatat oleh WFAUZDIN NS

Suami dan rakan didakwa cederakan isteri

Posted: 06 Oct 2015 07:30 PM PDT


SEREMBAN - Seorang suami dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tuduhan mencederakan isteri kepada lelaki itu menggunakan parang di Port Dickson, Khamis lalu.


Tertuduh, K. Saravanan, 26, kakitangan pengurusan sebuah hotel dan Ahamad Mohd. Latif, 23, seorang buruh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas mencederakan D. Megala, 24, kira-kira pukul 6.40 petang pada 1 Oktober lalu di Taman PD Utama, Port Dickson, dekat sini.

Mahkamah menetapkan 13 November depan untuk sebutan semula kes dan mendapatkan laporan perubatan mangsa. - 
 
Kosmo

SPRM Nafi Wakil Rakyat Umno Disiasat

Posted: 06 Oct 2015 07:00 PM PDT


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan suruhanjaya itu menahan, menyoal siasat atau meminta seorang anggota parlimen Umno untuk membantu siasatannya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdul memberitahu Malaysiakini bahawa perkara itu tidak benar.

"Tidak benar," katanya ringkas ketiak ditanya berhubung perkara itu.

Pengarah bahagian siasatan suruhanjaya itu Datuk Mohd Azam Baki turut menafikan dakwaan itu.

Sebelum itu, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa seorang wakil rakyat Umno, yang juga pengarah sebuah anak syarikat Felda, disoal siasat berkaitan kes salah guna kuasa.

SPRM sebelum ini menyiasat pembelian hotel di London.


- mkini

Ikrar dan Janji Najib Pada Perwakilan Untuk Pemilihan Presiden 2009...

Posted: 06 Oct 2015 06:30 PM PDT

Guruyaya OK Papazi's photo.
Antaranya...
 

"‪#‎Saya‬ akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titis darah yang terakhir sekiranya saya mendapat mandat Perwakilan Umno sebagai Presiden Umno pada Pemilihan Mac 2009. 

Inilah janji dan ikrar saya kepada Almarhum ayahanda saya sebelum beliau meninggal dunia."

#Saya akan memastikan bahawa keluarga saya tidak akan terlibat dalam perniagaan atau campur tangan dalam urusan pentadbiran negara. 

Kepada Tuhan Saya Berserah

Dengan segala takzim dan rendah hati saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Mac 2009 kelak.

Maklumat Peribadi ::


Nama : Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Tarikh Lahir : 23 Julai 1953


Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang


Status Perkahwinan : Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

5 orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan)


1. Mohd. Nizar
2. Puteri Norliza
3. Mohd.. Nasifuddin
4. Nooriyana Najwa
5. Norashman Razak


Pendidikan : 1974 - B.A. (Hons) Industrial Economic - Nottingham University, United Kingdom

TAWARAN SAYA SEBAGAI PRESIDEN UMNO

Saya akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titis darah yang terakhir sekiranya saya mendapat mandat Perwakilan Umno sebagai Presiden Umno pada Pemilihan Mac 2009. Inilah janji dan ikrar saya kepada Almarhum ayahanda saya sebelum beliau meninggal dunia.


Saya akan membentuk Majlis Penasihat Presiden dengan dianggotai oleh tokoh-tokoh Umno yang telah bersara terutamanya bekas Perdana Menteri bagi menghargai pandangan dan idea mereka dalam membawa negara mencapai Wawasan 2020. 

Saya akan memastikan bahawa keluarga saya tidak akan terlibat dalam perniagaan atau campur tangan dalam urusan pentadbiran negara. Saya akan menunaikan tanggungjawab saya tanpa sebarang pengaruh negara luar.

Kita sedar bahawa BN agak tercalar sedikit dalam keputusan Pilihanraya Umum Mac lepas. Saya akan melakukan apa sahaja bagi mengembalikan kegemilangan Umno dan Barisan Nasional. 

Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan apa cara sekalipun bagi menghapuskan elemen-elemen perosak kestabilan dan keamanan dalam negara.

Akhir sekali saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Umno yang mendapat mandat Perwakilan Mac depan. 

Masa depan bangsa yang bersifat "Glokal" akan terus megah berdiri dalam mengharungi arus globalisasi.

Kepada Tuhan saya berserah!



sumber : Malaysia Today.

Ling bincang dengan peguamnya notis tuntutan PM

Posted: 06 Oct 2015 05:45 PM PDT



Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik akan berbincang dengan peguamnya mengenai notis tuntutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Isteri Ling, Erna Ling yang mengesahkan perkara itu, berkata suaminya akan berbincang dengan peguamnya untuk menentukan langkah beliau seterusnya.

Erna berkata bekas menteri pengangkutan itu menerima notis tersebut petang semalam, lapor Sin Chew Daily.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata memandangkan perdana menteri mengeluarkan notis tuntutan kepada Ling, maka ia menjadi persoalan undang-undang yang perlu ditentukan oleh hakim.

"Setiausaha agung MCA Ong Ka Chuan telah menyatakan pendangannya mengenai kenyataan Ling, yang mana kenyataan Ling itu tidak mewakili pandangan MCA," kata Liow.

Ditanya mengapa bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad, yang mengkritik Najib, tidak menerima sebarang tindakan tetapi Ling pula menerima notis guaman itu, Liow berkata MCA akan memantau perkembangan isu tersebut dan memberi pandangan mengenainya berdasarkan undang-undang.
Najib juga menuntut bahawa Ling memohon maaf dan menarik balik dakwaan kenyataan fitnah terhadap beliau atau berdepan tindakan undang-undang. [Baca berita asal]

Sementara itu, Bernama melaporkan dalam surat tuntutannya, firma guaman Messrs Hafarizam Wan & Aisha Mubarak berkata firma itu telah diarahkan supaya mengambil tindakan dan menuntut penarikan balik, permohonan maaf yang jelas dan ganti rugi munasabah berhubung kenyataan yang diterbitkan menerusi artikel bertajuk 'MCA's Liong Sik Joins Call For Najib's Ouster For allegedly Putting People's Money in His Own Pocket'.

Surat itu menyebut bahawa makna yang jelas menerusi perkataan yang terkandung dalam artikel itu membawa maksud bahawa, antara lain, Najib telah menyalahgunakan wang milik dana pelaburan kerajaan ke dalam akaun peribadi beliau; bahawa beliau menyalahgunakan dana itu bagi kepentingan peribadi beliau, bahawa beliau menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua parti politik dan pemimpin negara, dan bahawa beliau tidak layak untuk menjadi ketua kerajaan Malaysia.

Artikel itu disiarkan Malay Mail Online pada 3 Okt lepas dan masih boleh dilayari masyarakat umum menerusi jaringan sejagat, menurut surat bertarikh 5 Okt 2015, dan ditandatangani peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Firma itu, yang bertindak bagi Najib atas sifat peribadi beliau, berkata surat itu diserahkan di rumah Ling di Bukit Damansara di ibu negara semalam, dan diterima isteri Ling pada 4 petang.

Surat itu menuntut supaya Ling melakukan perkara berikut dalam masa tujuh hari:

  • BERHENTI daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah atau apa-apa kenyataan seumpamanya yang merujuk kepada anak guam kami,
  •  
  • MENGELUARKAN permohonan maaf yang jelas dan penuh secara bertulis serta menarik balik kenyataan fitnah, berdasarkan terma yang dipersetujui oleh kami, bagi pihak anak guam kami,
  •  
  • MENERBITKAN penarikan balik kenyataan dan permohonan maaf itu dalam muka surat dan saiz yang dipersetujui anak guam kami dalam dua akhbar nasional yang dipilih anak guam kami,
  •  
  • MEMBERI anak guam kami janji bertulis bahawa anda akan mengelak daripada mengeluarkan/menerbitkan kenyataan fitnah atau apa-apa kenyataan seumpamanya, dan
  •  
  • MEMBAYAR GANTI RUGI kepada anak guam kami berkaitan semua kos dan perbelanjaan yang berbangkit daripada perkara ini.
"Sekiranya kami tidak menerima sebarang jawapan yang memuaskan berhubung perkara di atas, adalah dianggapkan bahawa anda tidak mempertikaikan dakwaan anak guam kami seperti yang dinyatakan dalam surat ini, dan, walau apa pun, bahawa anda berhasrat untuk terus menerbitkan kenyataan berunsur fitnah.

"Dalam perkara ini, kami menerima arahan yang tegas daripada anak guam kami untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap anda dan/atau ejen yang berkaitan dengan anda tanpa apa-apa rujukan selanjutnya kepada anda, termasuk memohon injunksi untuk menghalang sebarang penerbitan seperti itu lagi," menurut surat itu.

Chua: Ling gesa PM undur kerana kes PKFZ

Posted: 06 Oct 2015 05:00 PM PDT


Tun Dr Ling Liong Sik ada sebab untuk menyokong gesaan supaya perdana menteri berundur, kata seorang lagi bekas presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek.

"Sebagai ahli politik veteran, Ling berhak beri pandangan. Saya boleh faham kenapa semua ini timbul. Dia tidak puas hati kerana didakwa," kata Chua.

Chua merujuk kepada kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling, bekas menteri pengangkutan, didakwa pada 2010 – tahun Najib menjadi perdana menteri – atas dakwaan memperdaya kerajaan.

Beliau dibebaskan pada 2013.

Chua berkata Ling tidak boleh menafikan bahawa keterangan Mahathir dalam kes itu membantunya selamat dan dibebaskan.

"Tambahan pula, mengambil kira hubungan lama Ling dan Mahathir, dia (Ling) lebih terhubung budi pada Mahathir berbanding Najib.

"Dan apabila Mahathir mahu menjatuhkan Najib, Ling akan cuba membantunya," kata Chua.

Ling pada 3 Oktober menyambut gesaan Mahathir, bekas ketuanya dalam kabinet, supaya Najib meletakkan jawatan kerana "mengambil duit orang lain" dan memasukkannya ke akaun peribadi.

Dua hari kemudian, Najib menuntut bekas Ling menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah itu.

Surat tuntutan itu dihantar kepada Ling, yang turut menuntut ganti rugi berikutan artikel dalam The Malay Mail Online bertajuk "MCA's Liong Sik joins call for Najib's ouster for allegedly putting people's money in his own pocket" pada 3 Oktober.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Ling mempunyai tujuh hari untuk menjawab tuntutan itu atau menghadapi tindakan undang-undang kerana didakwa mencemarkan reputasi perdana menteri.

Raja-Raja Melayu mahu siasatan 1MDB diselesai secepat mungkin

Posted: 06 Oct 2015 09:00 AM PDT


Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

"Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," menurut kenyataan itu.

Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara hari ini.

Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.

"Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia."

Menurut kenyataan itu, Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.

Ia juga dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.

"Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.

"Demi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang," menurut kenyataan itu.

Untuk itu, menurut kenyataan itu, badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.

Raja-Raja juga mahukan para pemimpin sentiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.

"Raja-Raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing," menurut kenyataan itu lagi.

Baginda sekalian mengingatkan hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum dan antara agama yang terjalin baik selama hari ini telah berperanan penting sebagai tunggak utama kepada kestabilan sebuah negara Malaysia yang merdeka, aman, maju dan makmur.

Oleh itu, hubungan harmoni dan perpaduan rakyat wajib dipelihara pada setiap masa dan tidak boleh sama sekali dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.

"Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni," kata kenyataan itu.



Bernama

BERSIH dedah dana RM2.6 juta, cabar Najib ikut jejaknya 1.4K2 Adrian Wong

Posted: 06 Oct 2015 08:15 AM PDT


Gabungan NGO menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) hari ini mendedahkan pecahan jumlah dana dan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut jejak yang sama.

Menurut BERSIH, jumlah keseluruhan yang diterimanya sebanyak RM2,647,361.74, dengan jumlah terbesar sebanyak RM2,064,652.74 datang daripada sumbangan derma.

Penjualan baju T dan skaf masing-masing menyumbang RM553,914 dan RM28,795.

Sementara jumlah perbelanjaan pula, termasuk persiapan pra himpunan BERSIH 4 dan sepanjang perhimpunan 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu, badan pemantau itu membelanjakan sebanyak RM664,052.52.

"(Najib), kami sudah mendedahkan (dana) kami, sekarang tunjuk dana kamu pula," kata ahli jawatankuasa pemandu Thomas Fann merujuk RM2.6 bilion sumbangan politik yang didepositkan ke akaun peribadi Najib yang didakwa sumber dari Timur Tengah.

BERISH juga mendedahkan laporan setebal 2,126 muka surat yang mengandungi nama semua penderma.

"Mereka semua rakyat Malaysia, sama ada rakyat tempatan atau yang menetap di luar negara. Tada ada pun penderma dari Timur Tengah," katanya berseloroh.

MEMANG BETUL APA YANG DITUDUH TUN MAHATHIR BAHAWA PM NAJIB PEMIMPIN PALING KUAT BERBOHONG !!

Posted: 06 Oct 2015 07:30 AM PDT


Zar Ali's photo.



SAMAN WSJ: HARI INI SELASA.. 

DAH 3 BULAN hooiii !!! 

Akhirnya Najib Razak mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang undang... WALAUPUN BUKAN PADA WSJ.. 


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Petanda Hishamuddin Lawan Najib?

Posted: 06 Oct 2015 06:45 AM PDT


Tidak wajar menganggap Tun Dr Mahatyhir Mohamad sebagai pengkhianat kepada UMNO walaupun beliau membuat pelbagai kritikan terhadap parti itu.

Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut mengakui tuduhan dan kritikan Dr Mahathir bukan sesuatu yang baharu.

"Kalau dari segi parti tidak ada (pengkhianatan). Juga tuduhan Mahathir juga bukan suatu perkara baru," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Majlis Pra-Pelancaran Malaysia United Run, pada Selasa.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, kritikan Dr Mahathir terhadap pemimpin dan UMNO boleh memecah belahkan parti.

"Ini (kritikan) tidak patut diteruskan sebegitu rupa atau tak patut dilayan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

"Ini kerana ia boleh memecah belahkan kita. Lebih-lebih lagi dalam parti. Kalau tanya dia memburukkan keadaan di parti, setakat ini saya rasa tidak," katanya.

Hishammuddin berkata, walaupun kritikan Dr Mahathir boleh memberi kesan kepada parti, tetapi ia tidak berlaku setakat ini.

"Sebelum ini pun ada banyak tuduhan yang dilontarkan kepada Presiden kita, tapi tidak pecah jugak parti," katanya.

Ditanya adakah wajar Dr Mahathir diambil tindakan tatatertib, Hishammuddin berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada parti. "Terpulang kepada parti," tegasnya.

TERKINI - Husam Menang Saman Fitnah NSTP RM350.000

Posted: 06 Oct 2015 06:00 AM PDT


Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan New Straits Times Press (M) Bhd membayar RM350,000 kepada bekas naib Presiden Datuk Husam Musa berhubung dakwaan memfitnah beliau.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga menolak permintaan NSTP bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap liabiliti dan kuantum ganti rugi.

"Kami menolak permohonan itu dan plaintif diperintahkan untuk membayar kos RM15,000 kepada Husam," demikian diputuskan oleh mahkamah itu.

Dua lagi hakim dalam panel bersama Hakim Zulkefli adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Ma'arop.

Peguam Md Yunos Sharif memberitahu Malaysiakini di luar mahkamah selepas prosiding itu, bahawa kesemuanya NSTP yang membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, diarah membayar RM85,000 sebagai kos.

Pada 5 Mei, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa tiada merit dalam rayuan itu. Panel ini diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Tan Sri Mohd Hishamudin Mohd Yunus.

Tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengarahkan NSTP membayar ganti rugi itu.

Laporan media

Husam memfailkan saman fitnah berikutan laporan media bahawa dua ADUN Umno Kelantan, Nozula Md Diah (Paloh) dan Muhd ​​Adhan Kechik (Bukit Bunga), telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 2007, dengan mendakwa sembilan kes salah urus, rasuah dan salah guna kuasa oleh individu dalam kerajaan pimpinan PAS dan dikaitkan terus kepada Husam.

Berikutan laporan BPR dan laporan berita itu yang disiarkan oleh NSTP, Husam memfailkan saman RM6 juta pada Januari 2008, terhadap kedua-dua ADUN itu dan NSTP.

Kedua-duanya kemudiannya memohon maaf kepada Husam pada tahun 2009 berhubung laporan itu, dan salah seorang daripada mereka menerbitkan notis permohonan maaf dalam dalamBerita Harian.

Hakim Su ketika mengarahkan pembayaran sebanyak RM350,000 itu berkata ia adalah untuk gantirugi teladan, ganti rugi teruk dan ganti rugi am.




Umno dan pembohongan bagai isi dan kuku.......

Posted: 06 Oct 2015 05:45 AM PDT

UPDATE - Seorang MP Umno Johor Ditahan SPRM Atas Dakwaan Salahguna Kuasa

Posted: 06 Oct 2015 05:11 AM PDT


JENG..JENGG.. JENGGGGG... SIAPAKAN ORANG ITU? SAMA-SAMA KITA TUNGGU..

TukarTiub


Seorang anggota parlimen Umno dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Sumber yang mengetahui perkara itu mengesahkannya kepadaMalaysiakini.

Dia, kini pengarah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, ditangkap atas dakwaan menyalah guna kedudukannya.

Difahamkan dia ditahan pagi ini bersama lapan lagi individu.

Dalam perkembanagn terkini, sumber SPRM bagaimanapun menjelaskan anggota parlimen itu hanya disiasat dan bukan ditahan.

"Tidak tahan MP, tetapi siasatan sedang dijalankan berkaitan GLC," kata sumber itu.

- mkini





Sumber - fb raja mohd shahrim