Isnin, 5 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Mahathir jadikan "Majlis Bicara Negarawan" di Sabah sebagai "Majlis Mengutuk Najib" (Video Inside)

Posted: 05 Oct 2015 06:30 PM PDT

Berucap dalam satu majlis di Tawau, Sabah petang ini, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno itu terus menerus menyerang Najib.

Beliau mendakwa Najib tidak boleh meyakinkan rakyat supaya menyertai perhimpunan menyokong beliau jika tidak melibatkan wang.

"Di Tawau ni pun berlaku. 50,000 rakyat Tawau datang katanya. Tapi ini angka ciptaan, mereka datang kerana diupah untuk datang," katanya.

Dr Mahathir dipercayai merujuk kepada 'Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah Bersama Perdana Menteri', di Tawau pada 10 Mei, di mana Najib membaca falsafah Bugis dan berkata beliau tidak akan tunduk dengan tuntutan supaya melepas jawatannya.

Laporan menyebut kononnya seramai 40,000 hadirin hadir dalam perhimpunan itu.



Mengulas mengenai 'Derma RM2.6 Billion' yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib pula..

Tun berkata "Penyumbang derma Arab akan mahu publisiti jika mereka menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Bekas presiden Umno itu juga berkata mereka tidak akan menyumbang jumlah sebesar itu secara senyap-senyap.

"Mereka bukan saja bagi, tapi bagi senyap-senyap, mereka tak beritahu dekat orang," katanya dalam satu majlis di Tawau, Sabah hari ini.


"Saya fikir orang Arab kalau dia nak bagi duit begitu banyak, dia nak panggil media, 'tengok kami bagi duit banyak dekat Najib'. Inilah namanya ego orang yang nak bagi duit," katanya lagi.

 


Anak Sungai Derhaka

Malaysia Sudah Tandatangan TPPA.. Ini Jawapan Menteri..

Posted: 05 Oct 2015 05:45 PM PDT


Sebentar tadi, beberapa portal berita antarabangsa melaporkan perjanjian kontroversi, Perjanjian TPPA sudah pun dipersetujui oleh kesemua 12 negara yang terlibat termasuklah Malaysia.

Sehubungan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Sri Mustapha Mohamed tampil memberikan kenyataan media bagi menjawab perkara itu.

Dalam kenyataan yang mempunyai 10 'point' itu, Mustapha menekankan bahasa Malaysia masih lagi belum menandatangani perjanjian terbabit walaupun banyak perkara yang sudah dipersetujui.

Menurut beliau, TPPA masih lagi perlu melalui Parlimen Malaysia sebelum ditandatangani.

Tegas Mustapha juga, pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk mengambil kira kebimbangan dan sensitiviti di Malaysia seperti isu bumiputera.

Kenyataan penuh dari Mustapha Mohamed. :


Sumber Al Jazeera.....TPPA sedia dimeterai....
haramjadah!!!! Pengkhianat!!!
Ahmad Tarmi's photo.
Di laman Twitter, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut menegaskan perkara yang sama dimana perjanjian TPPA mesti dahulu dibawa ke Malaysia sebelum ditandatangani. Selain itu, KJ juga turut menekankan ada perbezaan antara bersetuju & menandatangani TPP.



Amanah wujud 22 bahagian di Selangor

Posted: 05 Oct 2015 05:00 PM PDT


Presiden Amanah, Mohamad Sabu bersama pimpinan pakatan pembangkang di majlis ceramah umum Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini. -

Foto Facebook Parti Amanah Negara

PETALING JAYA, 4 Oktober: "Parti Amanah Negara (Amanah) wujudkan 22 bahagian di negeri Selangor."

Perkara itu diumumkan Pengerusi Amanah negeri Selangor, Ir Izham Hashim dalam ceramah umum Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini.

Menurut Izham, Selangor akan menjadi contoh kepada negeri lain kerana Amanah yang baru ditubuhkan itu tidak mahu dianggap sebagai parti yang menumpang. "Selangor perlu menjadi contoh kepada negeri-negeri lain kerana Selangor mengambarkan Malaysia,

"Sasaran ahli Amanah di Selangor sahaja adalah 22 ribu ahli daripada sasaran keseluruhan 100 ribu yang ditetapkan oleh Presiden Parti Mohamad Sabu sehingga akhir tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, Izham turut menyentuh Amanah di Selangor akan menjadi pelengkap kepada Pakatan Harapan bagi menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sebelum ini.

Katanya, merujuk kepada kajian Merdeka Center dan UMCEDEL mengenai keputusan pilihan raya umum lalu, kelemahan Pakatan Rakyat tidak dapat memenangi PRU-13 adalah ikatan longgar gabungan itu.

"Pakatan Harapan akan mengambil iktibar dari kelemahan Pakatan Rakyat, pandangan skeptikal pengundi berdasarkan kajian Merdeka Center dan UMCEDEL, gabungan yang longgar adalah punca pembangkang tidak berjaya memenangi PRU-13," katanya.

Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ceramah tersebut bermula pada jam 8.30 malam menjadi ruang mendekati penduduk Petaling Jaya mengenali Amanah dengan lebih dekat.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015.

Pakatan Harapan Terus Bergerak Ke Hadapan...

Posted: 05 Oct 2015 09:15 AM PDT

Pakatan Harapan: Empat persoalan, empat penyelesaian oleh YB Liew Chin Tong

Saya kongsikan ucapan saya di sidang meja bulat pembangkang tempoh hari berkaitan penubuhan Pakatan Harapan supaya dapat memperdalam debat terbuka dengan lebih banyak perspektif.

Gambar: Siri Jelajah Pakatan Harapan akan bermula dari Johor pada 9 Oktober ini.

Saya memberitahu sidang bahawa saya akan menyentuh empat isu klise yang kerap menjadi persoalan. Pertamanya, adakah pakatan baru itu ditubuh tergesa-gesa?

Sebenarnya, Pakatan Rakyat berakhir pada Jun 2015 walaupun sebenarnya ia gagal berfungsi untuk tempoh agak lama; setidak-tidaknya sejak krisis Menteri Besar Selangor, atau mungkin lebih awal lagi.

Jadi, sebuah pakatan perlu segera ditubuh kerana pembangkang harus bersedia dengan kemungkinan Umno menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menggantikannya dengan Datuk Seri Zahid Hamidi ataupun Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerana ada lompong besar dalam kepimpinan politik Malaysia. Lebih cepat diisi, lebih baik impaknya kepada rakyat yang mahu melihat pembangkang sebagai pengimbang kepada kerajaan Umno
.

Yang kedua, mampukah pembangkang menang pilihan raya akan datang dengan mudah?

Ada berpendapat pembangkang hanya perlu bersabar sementara kerajaan sedia ada hancur sendiri. Tak perlu buat apa-apa buat masa sekarang, tunggu saja bertanding satu-lawan-satu pada pilihan raya kelak. Kemenangan pasti diperoleh dengan mudah.

Ada kenyataan menyebut: "Bukan Pembangkang yang menang pilihan raya tapi Kerajaan yang kalah." Pendapat seperti ini mungkin ada betulnya tapi ia terlalu berserah.

Mengharapkan menang mudah boleh menyebabkan pengundi takut keputusan pilihan raya tidak memihak kepada majoriti dan kembali memilih Umno apabila keadaan mendesak.

Jadi, pembangkang harus memupuk sokongan rakyat dan memperoleh kepercayaan mereka untuk menggantikan kerajaan.

Ketiga pula, bagaimana untuk menang tanpa PAS?

Ada juga suara klise betapa PAS memiliki pengaruh terbesar dalam kalangan pengundi Melayu terutama masyarakat luar bandar. Maka tidak ada gunanya pakatan baru tanpa penyertaan PAS. Tapi, kita mesti ingat, tanpa sayap progresif mereka, PAS tidak mampu meraih sokongan pengundi Melayu bandar, apatah lagi pengundi bukan Melayu.

Kalau kita anggapkan saja "angin" politik memihak kepada pembangkang, keputusan pilihan raya akan datang bergantung sama ada pembangkang mampu mengalahkan Umno di 35-40 kerusi marjinal di Semenanjung.

Sekarang, Umno memegang 73 kerusi . Jika mereka hilang 40 kerusi marjinal, ia menjadi titik penamat Umno sebagai kerajaan. Kerusi marjinal kebanyakannya kerusi separa-bandar di pantai barat Semenanjung dan terdiri daripada komposisi etnik bercampur.

Kerusi-kerusi itulah yang sukar dikuasai PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa sayap progresif.

Sudah pasti Umno akan cuba mengulangi taktik yang diguna pakai pada pilihan raya 2013 dengan cuba menakut-nakutkan pengundi Melayu separa-bandar di kawasan kerusi marjinal terhadap orang Cina.

Walaupun taktik itu menjadi pada 2013, tak semestinya ia menjadi sekali lagi pada pilihan raya akan datang.

Lebih penting lagi, pakatan pembangkang yang baru mesti menyakinkan pengundi Melayu di kawasan separa-bandar betapa kerajaan baru lebih baik berbanding kerajaan Umno. Dan, untuk menjadi lebih baik, perkauman tidak harus dijadikan isu.

Sebaliknya, kepercayaan dan kesepaduan antara etnik dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dibina demi masa depan yang baru.

Jika pakatan baru pembangkang dapat membina kepercayaan dan kesepaduan rakyat terutama dalam kalangan orang muda Melayu di kawasan separa-bandar, akan ada gelombang atau tsunami yang akan menyingkirkan Umno buat selama-lamanya.

Gelombang itu secara dasarnya berkenaan ekonomi. Kita boleh lihat sendiri bagaimana gerakan 'Baju Merah' cuba memainkan isu ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan Cina. Suara mereka mungkin kedengaran bersifat perkauman tapi nada mereka jelas berkaitan ekonomi.

Pakatan baru pembangkang mesti menyakinkan rakyat Malaysia bahawa amalan kronisme Umnolah yang menyebabkan masalah tiada pekerjaan dan pendapatan yang mencukupi dalam kalangan orang muda Melayu.

Ia bukan disebabkan oleh orang Cina atau DAP, atau mana-mana hantu momok lain.

Contohnya, dengan kedatangan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Zahid Hamidi dalam tempoh tiga tahun sejak 2016, akan wujud persaingan yang mengakibatkan pengurangan pendapatan pekerja Melayu.

Kroni Umno untung tapi orang muda Melayu terseksa.

Lebih-lebih lagi, semua itu tiada kaitan dengan PAS. Ada banyak kerja yang menunggu tapi melalui kepimpinan sekarang yang konservatif, PAS dijangka tidak berminat untuk turut sama.

Keempat, bolehkan PKR berperanan seperti Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) pada 1990?

Ada pendapat salah dalam kalangan teman seperjuangan dan penyokong pembangkang bahawa PKR boleh memainkan peranan seperti Ku Li dengan menerajui dua pakatan berbeza pada satu masa.

Pada 1990, Semangat 46 yang dipimpin Ku Li bekerjasama dengan PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah dan dengan DAP dalam Gagasan Rakyat. Ketika itu, DAP dan PAS lebih tertumpu pada kawasan masing-masing dan tidak ada perebutan tuntutan kerusi pilihan raya.

Namun, kali ini berbeza sama sekali. PAS dan Amanah akan bertembung dan berebut kerusi pilihan raya. Secara dasarnya, PAS sedar dengan kenyataan betapa Parti Amanah Negara (Amanah) berkembang pesat dan cuba menyingkirkan pengaruh PAS.

PAS tentu tidak akan membenarkannya. Begitu juga Amanah. Kedua-dua parti itu tidak akan membenarkan PKR untuk menyediakan ruang untuk parti yang satu lagi.

Jelaslah, Malaysia memerlukan pakatan pembangkang yang mampu mengisi lompong kepimpinan, seterusnya membentuk masa depan dengan polisi yang rasional dan memimpin negara atas nama kesepaduan, bukannya perpecahan.

Sudah tiba masanya untuk bersikap jelas. Sudah tiba masa untuk bergerak ke depan dan membentuk masa depan yang baru untuk Malaysia.

ULASAN GB


GB suah ulas semalam. GB perturunkan semula 10 hujjah betapa perlunya Pakatan Harapan terus bergerak, tinggalkan dan abaikan sahaja pihak yang enggan atau yang terhegeh-hegeh membuat keputusan. Petikan:

Penubuhan Pakatan Harapan tidak terburu-buru sepertimana didakwa sesetengah pihak. Ini kerana PAS dari awal lagi SUDAH menyatakan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan AMANAH. Justeru itu mengapa perlu Pakatan Harapan hiraukan PAS lagi
Kedua, AMANAH tidak perlu mengharap atau menagih sebarang kerusi daripada mana-mana pihak. Dengan terbentuknya Pakatan Harapan, tentulah PKR, DAP dan AMANAH akan meneruskan perundingan mengenai kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan. PAS tidak termasuk sebagai komponen, oleh itu PAS yang sebenarnya bermasalah. PAS boleh bertanding di mana-mana kerusi yang mereka mahu. Pertandingan 3 penjuru berkemungkinan berlaku.

Apatah lagi sejarah PRU 2013 membuktikan PAS jugalah yang memulakan pertandingan 3 penjuru dengan pengkhianatan terhadap PR apabila meletakkan calon-calonnya di dalam 8 kawasan. PAS akan dihukum oleh rakyat dan akan mendapat semula balasan ke atas pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap PR sebelum ini.
Ketiga, PAS tidak boleh menganggap kerusi yang mereka tandingi semasa Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2013 sebagai milik mereka sampai kiamat. Tiada sebarang peruntukan undang-undang atau nas-nas yang menyebut demikian.

Keempat, yang jelas, untuk menentang BN kita perlukan gabungan parti-parti politik kerana tiada sebuah parti pun boleh memerintah secara sendirian di dalam negara ini. Itu realiti.

Kelima, sebagai parti politik yang sah dan berdaftar, kini AMANAH boleh bertanding dimana-mana pun kerusi parlimen atau DUN. Itu hak AMANAH di sisi Perlembagaan.

Tetapi dengan persepakatan diantara komponen-komponen di dalam Pakatan Harapan, AMANAH tidak akan bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP dan PKR.
Keenam, kini, PAS memilih untuk bersendirian. Pakatan Harapan tidak, BN pun tidak. PAS yang menjadi kera sumbang.

Nak bertanding di semua kerusi pun tiada siapa yang menghalang. Soal PAS bukan soal Pakatan Harapan lagi. Kita akan kecundang jika terus melayani karenah si kera sumbang.
Ketujuh, hubungan PAS dengan PKR itu adalah hal yang berasingan dan di atas pundak PKR samada untuk menerima atau tidak. PKR tidak sepatutnya curang dan khianat kepada rakan-rakan lain di dalam Pakatan Harapan seperti yang dilakukan PAS sebelum ini.

Jika berlaku demikian sewajarnya PKR tidak lagi menjadi "anchor party" di dalam Pakatan Harapan.
Kelapan, semua pihak di dalam Pakatan Harapan perlu jujur dan ikhlas. Kita perlu fokus kepada matlamat kita. Walaupun dengan ketiadaan PAS, Pakatan Harapan mampu dan boleh ke Putrajaya.

Kesembilan, kita berjuang bukan dengan nafsu dan emopsi, tetapi dengan ilmu dan strategi. Pakatan Harapan telah cukup terbuka selama ini. Kita tak perlu terhegeh-hegeh untuk memberi ruang kepada yang terhegeh-hegeh di luar dari Pakatan Harapan.

Kesepuluh, kita peringatkan. lagi.. jangan diulangi kesilapan yang lepas-lepas. Mereka yang tidak bersama kita tidak perlu kita fikirkan atau kita hiraukan. Tinggalkan yang angkuh yang sombong dan yang celupar itu.
Jika dengan adanya mereka bersama kita menyebabkan kita sentiasa ditikam dari belakang, apa pasal lagi untuk membiarkan mereka menyertai kita?

Hanya orang tidak siuman akan berbuat demikian. Jangan buang masa melayani karenah yang melecehkan perjuangan kita. Jangan hiraukan salakan anjing itu, kabilah ke Putrajaya mesti terus berjalan....

Tamparan Hebat Buat Pakatan Harapan.. Saksikanlah

Posted: 05 Oct 2015 08:30 AM PDT


Ketika Pakatan Harapan yang baru dilancarkan bergelut menghadapi isu persepsi, aktivis Maria Chin Abdullah mempersoalkan mengapa parti politik pembangkang tergesa-gesa mahu menubuhkannya.

Pengerusi Bersih 2.0 itu berkata, Pakatan Harapan diumumkan sebelum 3 parti pembangkang itu menyediakan sesuatu yang konkrit untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebagai alternatif kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau yang turut dijemput hadir pada sidang meja bulat merundingkan gabungan itu berkata, walaupun beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diberi peluang memberi pandangan, keputusan seolah-olah sudah dibuat PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menubuhkan pakatan itu.

"Saya mempersoalkan proses di mana keputusan dibuat secara tergesa-gesa pada sidang meja bulat itu," kata Maria kepada The Malaysian Insider.

"Tidak begitu banyak NGO dijemput dan hanya sesetengah sahaja yang diberikan 'hak bercakap'," katanya.

Pada 22 September lepas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan sebagai gabungan baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang "terkubur" tahun ini disebabkan perselisihan di antara DAP dan PAS.

Dr Wan Azizah juga berkata, Pakatan Harapan turut bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mereka sekiranya gabungan pembangkang baharu itu berjaya menawan Putrajaya.

Selain itu, katanya, gabungan itu kelihatan seperti tidak mencapai persetujuan dalam perkara lain.

Maria berkata, sidang meja bulat itu gagal membincangkan "Buku Jingga" dan manifesto lain dikeluarkan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), isu-isu penting yang timbul dan sesetengahnya perlu diberikan perhatian segera termasuk pelan jangka panjang.

"Mesyuarat itu juga tidak membentangkan pelan untuk menyelesaikan krisis nasional yang sering kali ahli politik ini katakan mereka akan bantu untuk selesaikan," katanya.

Maria berkata, adalah penting untuk Pakatan Harapan mempunyai pelan nasional semasa mengumumkan penubuhannya kerana rakyat hendak melihat bagaimana krisis yang melanda negara pada hari ini dapat diselesaikan.

"Pada ketika ini, tiada kepimpinan yang boleh melakukan secara individu atau kolektif, membentangkan bagaimana mereka boleh menyelesaikan dengan segera isu seperti politik perkauman, tiada arah dalam menyelesaikan masalah ekonomi kita yang teruk dan kelemahan tadbir urus dan perkhidmatan awam.

"Ini semua berlaku kerana campur tangan kerajaan pusat terhadap institusi yang seharusnya menyelesaikan masalah ini seperti membersihkan rasuah, reformasi pilihan raya terutamanya proses persempadanan semula yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak kompeten bagi memastikan BN terus berkuasa.

"Inilah sebabnya mengapa Pakatan Harapan perlu mempunyai pelan nasional," katanya.

Pakatan Harapan tidak ditubuhkan secara tergesa-gesa dan keputusan dibuat sebelum sidang meja bulat, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bagaimanapun menafikan Pakatan Harapan ditubuhkan secara tergesa-gesa dan keputusan sudah dibuat sebelum sidang meja bulat.

"Ia proses 2 hala. Pimpinan parti politik memberi pandangan dan mendengar pandangan NGO.

"Begitu juga pimpinan NGO memberi pandangan dan mendengar pandangan orang lain yang turut hadir," kata ahli Parlimen Pandan itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang juga naib presiden PKR berkata sepanjang rundingan meja bulat, jelas pendapat penubuhan segera Pakatan Harapan adalah satu keutamaan suara majoriti, baik di kalangan pimpinan parti politik mahupun pimpinan NGO.

"Hanya satu dua pimpinan NGO yang berpandangan tidak perlu disegerakan, untuk memujuk PAS. Empat pimpinan NGO lain yang mewakili segmen masing-masing berpandangan, penubuhan Pakatan Harapan perlu disegerakan.

"Tidak timbul soal keputusan dibuat lebih awal. Dan kalau pun ada yang berpandangan begitu, hanya pandangan satu dua orang dan saya hormati pandangan itu," katanya.

Begitu pun, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bertemu Ahad ini selepas satu petisyen kepada presiden, yang ditandatangani 25 ahli menuntut supaya satu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan pembentukan "mengejut" pakatan baharu itu.

Bagaimanapun, Maria berkata, walaupun terdapat "pergeseran" berhubung penubuhan Pakatan Harapan, gabungan pembangkang baharu itu masih diperlukan demi keseimbangan politik negara.

"Ujian litmus kepada Pakatan Harapan sekarang ialah untuk menunjukkan pelan nasional mereka dan memulakan perundingan di peringkat nasional untuk mendapatkan pandangan ramai pihak.
 
 
ADDIN
"Ia akan menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan tadbir urus demokratik," katanya.

Menteri dakwa cara Malaysia lindungi rakyat sama seperti Singapura OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 05 Oct 2015 08:00 AM PDT


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kaedah bacaan digunakan negara ini dan cara Malaysia melindungi rakyatnya adalah sama seperti yang dilakukan Singapura. –

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kaedah bacaan digunakan negara ini dan cara Malaysia melindungi rakyatnya adalah sama seperti yang dilakukan Singapura. –

Malaysia melindungi rakyat dalam isu jerebu sama seperti Singapura, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata, kaedah bacaan digunakan negara ini dan cara Malaysia melindungi rakyatnya adalah sama seperti yang dilakukan Singapura.

"Kita boleh menukarnya pada bila-bila masa sahaja, tetapi terdapat beberapa perkara yang kerajaan perlu lakukan sebelum konsesi baharu dilaksanakan atau digunakan.

"Tetapi kaedah penggunaan bacaannya dan cara melindungi rakyat kita sama sebenarnya dengan yang terjadi di Singapura," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Sumber Asli dan Alam Sekitar di Dewan Perdana Putra, di Kuala Lumpur hari ini.

Melalui kenyataannya itu, beliau turut merujuk tahap IPU yang ditetapkan Singapura dengan Malaysia untuk menutup sekolah.

"Bacaan kita, sejurus selepas mencapai 100 – tidak sihat, setibanya pada 150, kemudian kita akan lakukan pembenihan awan. Sampai 200 kita minta sekolah ditutup.

"Singapura tunggu sampai 300 baru sekolah ditutupkan," katanya.

Semalam Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan di arah tutup 2 hari bermula semalam berikutan jerebu yang semakin buruk di negeri berkenaan.

"Berikutan keadaan jerebu yang semakin serius di Semenanjung Malaysia dan berpotensi untuk terus meningkat, kementerian membuat keputusan untuk menutup semua sekolah kecuali Kelantan selama 2 hari mulai esok," katanya. – 5 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Azmin enggan ulas terbuka isu petisyen 25 MPP Anne Muhammad

Posted: 05 Oct 2015 07:15 AM PDT



Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menafikan perpecahan parti itu ekoran penubuhan Harapan Baru dan menegaskan petisyen yang ditandatangani oleh 25 anggota pimpinan pusatnya masih boleh dibincangkan.

Azmin bagaimanapun berkata perkara masalah dalaman yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka.
"Tiada perpecahan (dalaman).

"Itu masalah dalaman parti. Kita tak bincang masalah dalaman parti secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Digital Kreatif Selangor di I-City Shah Alam.

Azmin berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang akan bermesyuarat Ahad depan bagi membincangkan pembentukan "mengejut" gabungan baru itu.

Dalam petisyen bertarikh 22 September, seramai 25 anggota MPP berkata pembentukan gabungan itu tidak memihak kepada keputusan PKR dalam mesyuarat MPP, dua hari sebelum perbincangan meja bulat pembentukan Pakatan Harapan.

Mereka dikatakan terkejut dan bimbang mengenai penubuhan Pakatan Harapan yang didakwa tergesa-gesa.
Sementara itu Azmin berkata, perbincangan melibatkan anggota MPP proses biasa dalam parti itu.

"Sebab PKR ini bukan macam Umno, PKR ini sebuah parti reformasi yang sentiasa membincangkan perkara-perkara yang memberi kepentingan kepada anggota dan kepada rakyat.

"Kita terbuka untuk perbincangan dan demokratik," katanya.

Walaupun sebelum ini Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah mendakwa penubuhan Pakatan Harapan terlalu tergesa-gesa, namun Azmin berkata perkara itu masih terbuka untuk dibincangkan.

Maria dilaporkan berkata penubuhan blok pakatan pembangkang itu diumumkan sebelum 3 parti pembangkang yang menyertainya menyediakan sesuatu yang konkrit untuk ditawarkan kepada rakyat sebagai alternatif kepada BN.

Mengakui pertubuhan yang diketuainya dijemput menghadiri sidang meja bulat rundingan penubuhan Pakatan Harapan, tetapi Maria berkata keputusan seolah-olah sudah dibuat terlebih dahulu sebelum perbincangan dijalankan.

Tujuh pemimpin Umno dipantau itu mungkin... Abdul Rahim Sabri

Posted: 05 Oct 2015 06:30 AM PDT


Setiausaha Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencetuskan tanda tanya selepas mendedahkan tujuh pemimpin Umno dipantau kerana dikatakan melanggar disiplin parti.

Sekalipun menteri Wilayah Persekutuan itu tidak mendedahkan individu yang terlibat dan sebabnya, namun umum boleh mencongak pemimpin yang dimaksudkan berdasarkan perkembangan semasa, aktiviti dan kenyataan masing-masing.

Setakat ini masih belum jelas pemimpin terbabit sama ada di peringkat atasan ataupun akar umbi.

"Maaf, tiada spekulasi kerana kami sedang memantau pergerakan mereka," kata Tengku Adnan kepada Malaysiakini petang ini.

Namun begitu, berdasarkan keadaan semasa, tujuh pemimpin itu mungkin melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kabinet Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selain itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut disebut-sebut, di samping bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

Anak lelaki Dr Mahathir itu, yang sebelum ini diuar-uarkan akan dipecat sewaktu isu pemecatan Muhyiddin berada di kemuncak, turut terkena tempias daripada kelantangan bapanya mengkritik Najib.

Mereka antara yang lantang mengkritik kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Ia termasuklah kenyataan keras mereka mengenai dakwaan skandal kewangan 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan mendapat liputan buruk media antarabangsa.

Semua pemimpin itu juga dilihat mempunyai kaitan dengan Mahathir - yang nampaknya kini sanggup melakukan apa sahaja untuk menurutkan Najib, termasuk hadir dalam perhimpunan BERSIH 4 hujung Ogos lalu.

Beliau konsisten menunjukkan kemarahan kepada pentadbiran Najib. Sementara Muhyiddin dan Shafie – walaupun antara pemimpin paling kanan Umno tidak mustahil turut berdepan pemantauan ibu pejabat parti.
Muhyiddin, yang disingkirkan dari kabinet sering mengeluarkan kenyataan pedas dan sinis terhadap Najib, turut mempersoal mengapa sumbangan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Najib dan mahu lembaga pengarah 1MDB ditukar dalam pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno.

Hampir empat bulan tiada dalam kabinet, Shafie juga mahu isu 1MDB diselesaikan segera termasuk isu ekonomi ketika ini.

Mukhriz antara pemimpin awal Umno yang tidak segan-segan menunjukkan simpati terhadap Muhyiddin dan Shafie.

Sementara itu, Khaled pula antara tokoh utama Umno Johor yang rapat dengan Muhyiddin - menyuarakan kekecewaan akar umbi yang terluka ekoran pemecatan ketua Umno Pagoh dalam kerajaan.

Khaled dilapor lantang mengeluarkan kenyataan mengenai kepentingan akar umbi Umno menunjukkan kesetiaan dan menyokong kebenaran.

Beliau juga mengkritik Umno supaya tidak berdiam diri dengan amalan rasuah yang menjadi budaya dalam parti.

Pemerhati juga berpendapat kemunculan semula Sanusi dan Rafidah yang ligat menghentam kepimpinan Najib sejak akhir-akhir ini turut mencetuskan persoalan antara pemimpin Umno yang berada dalam pemantauan ibu pejabat parti.

Ku Nan: Saifuddin 'gila' persoal surat tunjuk sebab Zikri Kamarulzaman

Posted: 05 Oct 2015 05:45 AM PDT


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah "gila" kerana mempersoalkan surat tunjuk sebab parti itu kepadanya.

"Hari ini dia dah jawab (surat tunjuk sebab) dan dia pula soal saya... Kita soal dia, (tapi) dia soal kita, gila ke tak?

"Saya kata tak mengapalah, surat itu saya hantar kepada peguam saya, dan saya akan hantar kepada Lembaga Disiplin," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Saifuddin berdepan kemungkinan tindakan displin ekoran tindakannya menghadiri sidang meja bulat pembangkang dan tertubuhnya gabungan baru parti pembangkang.

Kehadiran bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu turut mengejutkan pemimpin Umno.

Sebelum ini, Tengku Adnan memberitahu Saifuddin supaya menyertai pembangkang jika beliau mahu menghadiri majlis mereka.

Selain itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii turut mendesak Saiffuddin keluar parti.
Menteri Wilayah Persekutuan yang mesra dipanggil Ku Nan menyerahkan kepada Lembaga Displin sama ada mahu memecat Saifuddin ataupun tidak.

Video pertahan hak Syiah, ketua pejabat MB disiasat Koh Jun Lin

Posted: 05 Oct 2015 04:52 AM PDT



Sekurang-kurangnya dua orang dipanggil polis untuk disoal siasat berhubung kenyataan ketua pejabat menteri besar Selangor Khalid Jaafar yang dikatakan mempertahankan hak orang Syiah di Malaysia.

Bekas pegawai di pejabat ekonomi Selangor Najwan Halimi memberitahu Malaysiakini bahawa polis dimaklumkan polis keterangannya akan diambil esok.

Katanya Khalid sudah memberikan kenyataannya pada Sabtu manakala exco Selangor Amirudin Shari turut dipanggil polis.

Amirudin ketika dihubungi berkata sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memberitahu media perkembangan lanjut selepas bertemu pegawainya hari ini.

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan pada 29 September lalu mendesak polis menangkap dan menyiasat Khalid bawah Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

JMM membuat gesaan itu ekoran penyebaran video oleh Khalid Jaafar yang didakwanya berunsur hasutan bertajuk "Hak orang Syiah harus dipPertahankan".

Ketua pengarahnya, Faizan Mohd Nor mendakwa kenyataan Khalid berbahaya terhadap keselamatan negara dan menimbulkan kecelaruan kalangan umat Islam sendiri.


Mereka menuntut tindakan tegas diambil terhadap Khalid seperti tangkapan terhadap individu didakwa pembawa ajaran sesat Ayah Pin dan pengikut Syiah lain di negara ini.

Surat Terbuka Abdul Hamid Bador Kepada Kerajaan

Posted: 04 Oct 2015 11:30 PM PDT

Encik Politik Encik Polotik's photo. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga. 

Saya amat terhutang budi. Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran. Saya juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa, geram serta terhimpit dengan "tingkahlaku tidak bertanggungjawab" pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini.

Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau dibatu-apikan oleh mana2 individu atau organisasi yang berkepentingan. Saya bertindak atas sifat sebagai seorang pegawai kerajaan yang TERANIAYA, disebabkan oleh pendirian saya tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang secara terang-terangan telah melakukan kesalahan besar kepada negara.


Saya faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya terikat dengan beberapa peraturan yang melarang saya untuk menyuarakan apa2 kritikan terhadap kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari ketua jabatan. Saya juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas diri saya. 


Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis Negara telahpun saya jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu. Tetapi di waktu yang sama saya juga sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH. Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA POLIS.

Oleh demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa orangramai ini saya memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada dan secara terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas mereka. Saya rasa terpanggil untuk tampil ke depan sekali lagi bagi bersuara kerana pihak yang bersalah dilihat belum insaf. Apalah pilihan yang ada pada saya untuk membuat aduan mengikut prosedur jabatan apabila hampir semua ketua-ketua jabatan terbabit dengan komplot membohongi rakyat sambil "merestui perlakuan jenayah" pemimpin-pemimpin tertinggi negara!!!


"What choice do I have???". Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN. Siapa yang bersalah maka dialah yang akan menerima padahnya di sisi undang-undang. Sesungguhnya undang-undang itu buta dari segi darjat dan kedudukan......tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am Rendah dengan seorang Menteri......di antara seorang prebet dengan seorang general......di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan di antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap jenayah.


Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar "hired killer atau killers" dari Selatan Thai telah diupah oleh "perompak-perompak" wang rakyat ini untuk membunuh saya. Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya akur dengan KEAGUNGAN ALLAH SWT. Lagi cepat saya mati....lagi cepat mereka masuk jel dan digantung leher sampai mati. Jika saya gugur sekalipun saya yakin perjuangan saya ini tidak akan terhenti di situ saja.


Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan. Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan keadilan. Saya lakukan semua ini semata-mata untuk menghambakan diri saya kepada rakyat bagi menyedarkan kerajaan bahawa keadaan negara semakin meruncing dan rakyat sudah loya melihat segala sandiwara yang dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin haprak ini. 


Jauh sekali niat di hati kecil saya ini untuk cuba menjadi jagoh atau mencari populariti. Saya bukannya manusia yang egoistik.....bukan seorang berdarah panglima.....seorang yang sudah besar kepala......atau JOBO, mengikut slang orang REMBAU. Saya hanya ingin berbakti pada pertiwi tercinta. Apabila sudah pencen nanti saya tidak akan menyesal kerana saya telah berusaha gigih menjalankan amanat Allah SWT.
Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang ada sekarang. 


Saya digambarkan sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas. Kononnya saya tidak mengenang budi apabila permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis Negara. Bila pulak saya memohon untuk pencen awal??? Saya menyeru kepada Dato Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah orangtua kita dulu......jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan.

Seluruh peringkat organisasi Cawangan Khas didendangkan dengan cerita-cerita bohong yang kononnya saya ini "meroyan" dan seperti seorang yang "gila talak" selepas "ditendang keluar" dari Cawangan Khas. Oh...oh...oh...jauh sekali melesetnya pemikiran mereka. Sebenarnya saya bukan seperti mereka yang hanya suka dan pandai "menjilat" tulang-tulang yang dilemparkan oleh pemimpin politik haprak ini. Saya BELUM PERNAH MENCIUM TANGAN pemimpin-pemimpin haprak serta tangan isteri mereka.


Sebelum ini saya telah berkali-kali menzahirkan pendirian saya kepada anakbuah saya di dalam Cawangan Khas bahawa saya tidak rela meneruskan perkhidmatan dalam Cawangan Khas jika saya terpaksa bersekongkol dengan mereka untuk membohongi rakyat dengan kerja-kerja kotor demi menyelamatkan Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya itu dalam kes "rompakan" wang 1MDB ini. 

Saya juga tidak mahu diperalatkan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang lagaknya seperti seorang gengster. Jika beginilah kotornya imejnya dua pemimpin tertinggi negara maka sebagai seorang pegawai polis yang masih bermaruah saya tidak sekali-kali ingin meneruskan khidmat saya dalam Cawangan Khas. Tetapi ini tidak bermakna saya tidak lagi mahu berkhidmat dengan PDRM. Sebaliknya saya merayu kepada KPN supaya saya dikekalkan di Bukit Aman, paling tidak dalam Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) supaya saya boleh terus menyumbang secara positif kepada PDRM dalam hal-hal disiplin dan pembasmian rasuah.

Itu saja sebabnya yang saya berani berdiri berseorangan diri memerangi kemungkaran. Ingat ye....saya tidak pernah menghasut mana-mana warga Cawangan Khas untuk menyokong segala usaha saya menegakkan kebenaran. Mereka sudah matang dan boleh berfikir sendiri. Tepuk dada tanya selera. Semaklah semua rekod komunikasi saya. 


Sepatutnya Dato Sri tunjukkan kepimpinan yang baik dan bukannya memfitnah orang-orang yang terdahulu. Saya berjuang bersendirian tanpa ada bodyguard. Insya allah saya tidak memerlukan tenaga Unit Tindakan Khas dan outrider polis untuk menjaga keselamatan saya. I AM NOT A COWARD!!! Kepada Dato Sri Fuzi Harun saya menyeru supaya jangan membodek berlebih sangat. Kalau nak mengampu bos tu ampulah puas-puas. Insya allah bila tiba masanya nanti bolehlah Dato Sri sama-sama mengiringi beliau masuk jel......I Know What You Did Last Summer!!!

Semenjak pertemuan saya dengan pihak media pada 23 Ogos yang lalu saya telah menerima pelbagai nasihat, teguran, kritikan, dan juga ancaman dari individu-individu tertentu. Ada yang bersifat konstruktif dan tidak kurang juga yang bernada ugutan dan gertakan untuk menangkap saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang berniat baik.


Kepada mereka yang berniat serong saya doakan juga agar Allah SWT memberikan mereka kesedaran dan peluang untuk kembali ke jalan yang diredhai. Jangan pula cuba untuk nak membabitkan sejarah perkahwinan saya dalam isu ini sebagaimana yang dilakukan Dato Rizal Mansor, pegawai khas 1st Lady tu, tempohari. Ibarat ayam jantan yang mengepak dan berkokok megah sedangkan buntutnya sendiri bersememeh dengan tahi. Bukan saja skandal Dato' Rizal itu boleh saya dedahkan malahan "cerita-cerita menarik" tentang bosnya Datin Sri Rosmah sendiri boleh saya riwayatkan di khalayak ramai. Afterall birds of the same feathers flock together. Oleh demikian janganlah sesiapa mahu cuba memutarbelitkan hal peribadi saya dalam JIHAD MENEGAK KEADILAN ini. Stick to the issue!!!


Pada hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat beberapa saranan atau gesaan penting kepada beberapa pegawai tertinggi kerajaan yang selama ini, secara sedar ataupun tidak, atau samada dengan penuh kerelaan atau secara keterpaksaan, telah terpalit dengan kontroversi isu 1MDB. Kedudukan kes ini sebenarnya bolehlah dirumuskan sebagai sesuatu yang SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. 

Itulah kata-kata terakhir Tan Sri Gani Patail kepada saya sebelum beliau "dipecat". Saranan ini terpaksa saya buat kerana sesungguhnya majoriti rakyat telah berasa amat marah dan meluat terhadap tindak tanduk pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini yang secara terang-terangan telah menyalahgunakan kuasa. Sungguh menjijikkan tindak tanduk desprados ini untuk terus berkuasa dan mengelakkan diri dari MASUK KE DALAM JEL. 

Mereka sanggup berbuat apa saja untuk memastikan siasatan ini terhenti. Serentak dengan usaha itu mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk MENGGULINGKAN KERAJAAN. Siapa yang nak gulingkan kerajaan??? Kononnya orang-orang CINA NAK RAMPAS KUASA!!! Ish ish ish jahat sungguh taktik "diversion" yang digunakan oleh para "perompak"ini. Dari isu Pecah Amanah Jenayah dah bertukar pula jadi isu perkauman. Siapalah agaknya penasihat strategi "perompak" ini ye....pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Sebenarnya apa yang rakyat mahukan ialah penjelasan Perdana Menteri tentang misteri "kehilangan" wang 1MDB. Rakyat berhak tahu cerita sebenar-benarnya kerana 1MDB telah meminjam RM4 billion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Ini wang rakyat. Ini bukan wang Yayasan Tan Sri Noah. As simple as that!!! Mengapa takut untuk tampil memberi penjelasan??? 


Mengapa mesti tunggu lagi 6 bulan untuk merungkai misteri ini??? Mengapa PAC dan Special Taskforce itu dibubarkan??? Mengapa tiba-tiba Peguam Negara "dipecat" dan pegawai SPRM ditangkap? Mengapa hasil siasatan Bank Negara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara?

 Mengapa ketiga-tiga saksi utama kes itu masih berdolak-dalik dan tidak berani segera tampil memberi keterangan? Hanya orang bersalah saja yang takut!!! Rakyat juga ingin tahu betul kah berjuta-juta ringgit wang KWAP telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan samada benar sebahagian darinya telah digunakan untuk membayar caj solekan kulit Datin Sri Rosmah serta lain-lain perbelanjaan mewah beliau.


Saranan dan gesaan ikhlas ini saya tujukan kepada,


KETUA SETIAUSAHA NEGARA.


Kepada Y.bhg Tan Sri Ali Hamsa saya merayu agar Tan Sri dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam No. 1 dengan penuh kejujuran dan beramanah sebagaimana yang Tan Sri sendiri unjurkan dalam banyak amanat-amanat kepada penjawat awam sebelum ini. Tan Sri seharusnya berani dan ikhlas dalam menggunakan kuasa dan pengaruh jawatan dalam kes 1MDB ini. 

Sebagai bapa kepada perkhidmatan awam Malaysia adalah menjadi kewajipan Tan Sri untuk menunjukkan contoh kepimpinan yang terbaik kepada ratusan ribu anakbuah. Takutilah kemurkaan Allah SWT. Jangan sekali-kali Tan Sri takut kepada tekanan pemimpin-pemimpin politik yang sudah jauh menyimpang dan menyeleweng. 

Tan Sri wajib sedar bahawa penjawat-penjawat awam amat mengharapkan Tan Sri untuk berlaku adil dan tegas menguatkuasakan peraturan -peraturan kerajaan dan bukannya bersubahat dengan mereka yang terang-terang bersalah, untuk menekan, menukar, mengugut, memecat dan menangkap penjawat-penjawat awam yang jujur melaksanakan tugas. Sepatutnya Tan Sri menjadi pembela kepada penjawat awam yang teraniaya!!!

Mengapa keadaan boleh jadi sebegini buruk Tan Sri??? Tidakkah Tan Sri nanti berasa malu kepada isteri, anak menantu dan ahli keluarga yang lain?? Tidak salah jika saya katakan bahawa moral para penjawat awam kini sudah jatuh merudum. Ikrar jabatan yang dilafazkan setiap bulan oleh penjawat awam untuk memberi perkhidmatan terbaik serta penuh integriti kepada rakyat dan negara sudah tidak bermakna lagi. Ingatlah Tan Sri....jangan sampai kita tergolong dalam kumpulan orang-orang MUNAFIK!!!
PEGUAM NEGARA, TAN SRI APANDI ALI.


Rakyat di seluruh negara amat terkejut apabila Y.A Tan Sri tiba-tiba muncul di saat memuncaknya kontroversi 1MDB. Memanglah tidak terlintas langsung di benak mereka bahawa penggantian jawatan Tan Sri Gani Patail itu dilakukan se pantas kilat membelah bumi. 

Memanglah kami tahu bahawa penentuan siapa yang paling layak memegang jawatan paling berkuasa itu adalah hak mutlak DYMM SPB Agong atas syor Perdana Menteri. Tetapi di dalam kes Tan Sri prosesnya berjalan luarbiasa sekali. Apakah nawaitu Tan Sri sewaktu mula-mula menerima jawatan tersebut.......to discharge your duties with the highest standard of integrity???

 Atau adakah Tan Sri sendiri masih terpinga-pinga dan berat untuk menerima beban jawatan tersebut???Tetapi orangramai bertanggapan bahawa Tan Sri sendiri telah banyak menyumbang idea tentang halatuju tindakan kerajaan di saat-saat genting keputusan "memecat" Tan Sri Gani Patail itu dibuat.

Dalam ertikata lain....Tan Sri telah bersubahat dengan Perdana Menteri. Wahai Tan Sri yang budiman.....ingatlah betapa sakitnya hukuman di hari Pengadilan nanti. Pada tahap umur sekarang pintu Rahmatullah kelihatan sudah terenggang sedikit. Kita sudah tidak punyai banyak masa lagi. Janganlah dek kerana hendakkan glamor jawatan maruah diri kita gadaikan. 


Saya masih ada sedikit keyakinan bahawa dengan pengalaman sebagai hakim yang sebegitu luas Tan Sri mampu melaksanakan amanat Allah SWT supaya berlaku adil. Segerakanlah membuat keputusan khususnya berkaitan hasil siasatan Bank Negara itu yang kini failnya sudahpun berada di tangan Tan Sri. Bukankah Jabatan Peguam Negara sedia mempunyai ramai pakar undang-undang lulusan dalam dan luar negara??? Sudah pasti tenaga otak bijak mereka boleh digembeling bagi membantu Tan Sri membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Beranikanlah diri Tan Sri untuk disyukuri anakcucu kemudian hari. Jangan aibkan nama baik kita kepada generasi anakcucu kemudian hari.

KETUA POLIS NEGARA.


Kepada Ydh Tan sri saya ingin mengambil peluang untuk menasihati Tan Sri agar dapat menghayati setiap patah perkataan yang tertera dalam Sumpah Jawatan, Ikrar Polis, Rukun Negara dan Perlembagaan Negara. Kuatkuasakanlah Akta Polis itu dengan sejujur-jujurnya. Kita pernah sama-sama berikrar untuk mempertahankan pertiwi dari segala bentuk ancaman.

 Jangan sekali-kali kita gentar dengan gertakan pemimpin-pemimpin politik yang kian terdesak akibat sifat tamak mereka. Jangan takut dengan ugutan halus "are you with me or are you not?" Janganlah PDRM bertindak MEMILIH BULU dalam penguatkuasaan undang-undang. Yakinlahlah Tan Sri bahawa 120 ribu warga PDRM ini akan tetap setia berdiri teguh mematuhi segala arahan Tan Sri yang berlandaskan undang-undang. Ingatkah Tan Sri kepada lirik lagu keramat kita "POLIS SEDIA BERKHIDMAT"? Perkhidmatan kita adalah untuk rakyat dan negara dan bukannya untuk melindungi petualang negara!!! 

Sudah lupakah Tan Sri bahawa telah sekian banyak warga PDRM, majoritinya yang berpangkat rendah, yang ditangkap dan diadili serta dihukum kerana rasuah yang tidak seberapa besar nilainya jika dibandingkan dengan misteri "kehilangan" wang 1MDB??? Tanpa mengira kecil ataupun besar nilai wang serta tinggi rendahnya pangkat mereka yang terlibat dalam satu-satu kes itu.....jenayah tetap jenayah.

..... ukan oleh pemimpin tertinggi negara. Saya amat yakin ramai warga PDRM sendiri yang berasa kecewa dengan halatuju tindakan siasatan oleh pihak kita. Di sebalik kuasa yang begitu luas PDRM dilihat mengambil pendirian bersahaja, sambil lewa atau acuh tidak acuh dalam pendekatan siasatan kes 1MDB. 


Malahan Tan Sri sendiri dianggap oleh orangramai telah BERSUBAHAT DENGAN SENGAJA MELINDUNGI mereka yang terlibat dalam kes ini dan di waktu yang sama telah menganiaya pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara. Adakah Tan Sri diugut oleh mereka dengan sesuatu yang menakutkan? 

Cukuplah Tan Sri. Kembalilah bernaung di bawah pancaran semangat Panji Di Raja PDRM yang kita arak setiap 25 March. Berilah pengisian yang terbaik kepada Ikrar Hari Polis itu. Gunakanlah segala kuasa yang ada pada jawatan Tan Sri itu di jalan Allah SWT. Jadilah KHALIFAH ALLAH di bumi tercinta atau setidak-tidaknya contohilah keberanian dan kebijaksanaan pahlawan Islam yang terbilang, KHALID AL-WALID.


MANTAN PEGUAM NEGARA, TAN SRI GANI PATAIL.


Saya berasa amat sedih dan bersimpati sekali dengan nasib yang menimpa Y.Bhg Tan Sri. Ibarat pepatah Melayu....sudah jatuh ditimpa tangga. Tergamak mereka menggunakan alasan penyakit yang masih boleh diubati itu untuk "memecat" Tan Sri. Tan Sri sendiri pernah memberitahu saya dengan penuh bersemangat tentang perancangan doktor pakar untuk melakukan pemindahan buah pinggang itu selepas Aidil Fitri yang lalu. Hina dan menjijikkan sungguh tindakan mereka ke atas Tan Sri. Sebelum tragedi pemecatan jawatan tersebut berlaku saya amat konfiden dengan ketegasan Tan Sri dalam mengepalai usaha Special Taskforce 1MDB tersebut. 

Bimbang betul Perdana Menteri dengan pendirian "no nonsense" Tan Sri itu. Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa. Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan. Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salahlaku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum...... "Cummon Tan Sri !!! What is a small personal scandal, even if there is such, when compared to the horrific impact the 1MDB fiasco has unto the nation!!! People will easily forgive you. Come out and make a stand. All this while you are idolised as a tough fighter among the civil servants. Why in a sudden you become so timid? What have they done to you? Allah SWT will protect you sir".

Ada juga suara-suara nakal yang menggambarkan bahawa Tan Sri telah termakan sogokan "perompak" ini dengan "habuan-habuan"tertentu. Tetapi mengenali diri Tan Sri saya yakin semua itu akan Tan Sri tolak mentah-mentah begitu sahaja. Saya masih ingat dengan jelas kata-kata bersemangat Tan Sri pada malam pertemuan terakhir kita sebelum Tan Sri "dipecat"......" Hey look...this difficult decision that I have made is not about toppling the government. I am not interested in politics. I am just doing my job". Lantaran mendengar kata-kata Tan Sri itu saya spontan berdiri dan memberi tabik hormat polis kepada Tan Sri. I can never forget this special moment sir. Saya mendoakan agar rawatan kesihatan ke atas Tan Sri berjalan dengan selamat dan sempurnanya. Aamiin. 


PEGAWAI-PEGAWAI SPRM.


Kepada para pegawai SURUHANJAYA KERAMAT ini saya menyeru supaya Tan Sri/Datuk/Dato/tuan/puan semua agar berani untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur. Ambillah iktibar dari semangat kerja Mendiang KEVIN MORAIS. Fear no one except Almighty God. Berani kerana benar. Jangan gentar dengan cubaan-cubaan "blackmail" oleh pihak petualang. Jangan dilewat-lewatkan siasatan. Jika ada saksi-saksi atau suspek-suspek yang bersandiwara atau menghilangkan diri atau "bermain tarik tali" maka gunakan INTERPOL untuk memburu penyamun-penyamun tarbus ini. 

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Saya tidak lagi berada dalam Cawangan Khas untuk menggunakan kepakaran dan rangkaian kerja kami untuk menjejak mereka. Jika tidak sudah pasti mereka "tidak cukup tanah untuk lari". Se dalam mana cacing nak menyorok di dalam tanah??? Ingatlah bahawa SPRM lah tinggalnya satu-satunya badan penguatkuasa yang menjadi harapan rakyat untuk keadilan dilaksanakan dalam kes 1MDB ini setelah pihak-pihak yang lain samada "kecut perut" atau menjadi pengkhianat keadilan. Rakyat tidak sabar lagi untuk menyaksi penghujung cerita melodrama 1MDB ini. Ganjaran yang menunggu selepas kiamat nanti amat besar sekali. Bersatulah demi kebaikan masadepan negara ini. Jangan berpecah dek "nak berebut harta perang". Jangan lupa peristiwa Perang Uhud!!!

LAIN-LAIN PENJAWAT AWAM.


Kepada lain-lain penjawat awam termasuklah PDRM, ATM, Kastam Di Raja Malaysia dan pegawai/staf kedutaan/suruhanjaya tinggi Malaysia di luarnegeri, khususnya mereka yang mempunyai maklumat tentang salahlaku "perompak-perompak"1MDB ini, saya menyeru agar mereka semua berani berdiri dan tampil ke depan untuk menyumbang maklumat. Kepada yang MUSLIM eloklah bermuhasabah diri masing-masing. Hayatilah isi kandungan pelbagai khutbah solat jumaat yang dibaca oleh khatib berkaitan dengan amanah dan integriti. Memanglah berat tanggungjawab yang kita pikul sebagai penjawat awam. Tetapi yakinlah kepada kuasa Allah SWT. Berani kerana benar. Tampillah ke hadapan untuk mendedahkan segala kemungkaran yang berlaku depan mata.


Seruan ikhlas ini khas saya tujukan kepada pegawai-pegawai agensi perisikan ATM dan Cawangan Khas yang mempunyai maklumat salahlaku "perompak" 1MDB ini. Jangan bersubahat kerana padah yang menanti kemudian hari amat buruk sekali. Tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai TUDM yang menjadi crew jet-jet rasmi kerajaan yang tahu tentang bagaimana pembaziran dilakukan oleh VVIP kita. Rakyat jelata berikat perut untuk berjimat tetapi pemimpin negara seronok membazir wang kerajaan.


Begitu juga dengan para pegawai kastam yang menyaksikan bagaimana barangan mewah bernilai jutaan ringgit yang dibeli oleh Datin Sri Rosmah Mansor "diseludup" masuk dan diyakini tidak dikenakan cukai samasekali. Amat menghairankan bagaimana seorang isteri kepada Perdana Menteri yang hanya seorang yang bertaraf surirumah mampu berbelanja sebegitu mewah. Dari mana puncanya wang yang dibelanjakan itu??? 


Tidak ketinggalan juga seruan saya ini ditujukan kepada pegawai/staf di misi-misi luarnegeri yang menjadi mangsa herdikan seperti hamba abdi oleh VVIP dan ahli keluarga mereka dalam urusan pembungkusan/pengiriman balik barangan mewah yang "dibeliborong" oleh mereka. Ingatlah tentang tanggungjawab kita untuk menghentikan perbuatan mungkar manusia-manusia rakus ini.....sudah puas berbelanja barangan mewah dengan duit kotor.....cukaipun diyakini tidak dibayar. 

Ingat ye......apakah yang hendak kita jawab di hari akhirat nanti??? Ketika mati nanti jasad kita hanya dikafankan dengan kain putih yang tidak se mahal mana. Tiada Harley Davidson atau beg tangan Birkin yang akan dibekalkan bersama kita di liang lahat. Macamana nak bersiar-siar dan bershopping sakan dalam kubur yang sebegitu sempit itu nanti!!!

Sekian. Ini saja yang hendak saya tuliskan buat ketika ini. Saya akan terus berusaha mendedahkan kemungkaran oleh para pemimpin yang menyeleweng ini demi pertiwi tercinta.
Salam hormat dan salam perjuangan,



ABDUL HAMID BADOR.
1 OKT 2015.