Sabtu, 3 Oktober 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kartel Azmin rancang gulingkan Wan Azizah FMT Reporters

Posted: 03 Oct 2015 10:45 PM PDT


chegubardMPP memaksa satu mesyuarat khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan dan ia jelas usaha undi tidak percaya terhadap Wan Azizah oleh kartel Azmin.

PETALING JAYA: Kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Rampasan kuasa atau coup de'etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.

Petisyen tu ditandatangani oleh 25 Ahli MPP yang sebahagian besarnya penyokong Azmin.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang juga Ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin mendakwa, rancangan penyokong Azmin itu jelas untuk menggulingkan Wan Azizah.

"Ini ialah coup de'etat dan usaha undi tidak percaya yang dipelopori kartel Azmin ke atas Wan Azizah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terpenjara.

"Bayangkan nanti MPP akan mengambil keputusan 'u-turn' dalam usaha Pakatan Rakyat, di mana Wan Azizah hendak letak muka? Dia yang panggil sidang meja bulat, dia yang umum, alih- alih PKR sendiri tidak restui Pakatan Harapan? Maka ini jelas satu usaha undi tidak percaya kartel Azmin ke atas Wan Azizah," tulisnya di laman blog.

Badrul Hisham atau Chegubard mendakwa, kartel Azmin kini sedang bersatu dengan kumpulan – kumpulan kecil yang kecewa dengan keangkuhan Rafizi Ramli yang menjadikan Wan Azizah sebagai perisai.

"Kepada MPP dan Pengerusi Perhubungan PKR negeri yang bakal mengundi, saya cadangkan kekalkan keputusan kewujudan dan penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan. Jangan kecewakan rakyat serta malukan parti dan Presiden sendiri. Yang selebihnya bincangkan dengan baik.

"Kepada Wan Azizah belajarlah kesilapan Anwar iaitu kamu ada banyak panglima setia tapi kamu sendiri singkirkan mereka kerana tenggelam dalam fatamorgana puji dan puja.

"Kem Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu tertawa kerana kita ternanti undi tidak percaya UMNO terhadap Najib yang tidak wujud pun tetapi kini kita sendiri berdepan dalam situasi lebih kritikal.

"Kepada ahli bawahan sila hubungi MPP yang kamu undi beritahu mereka sila waras," katanya.

Ahli PKR seumur hidup itu juga mendakwa, Azmin dan Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin Abbas antara Ahli Parlimen yang masih tidak menyerahkan tandatangan komitmen kepada Ketua Whip Ahli Parlimen PKR bagi mengikat mereka untuk misi undi tidak percaya terhadap Najib.

"… berapa banyak kolam lah Azmin ni main yer…," katanya.

Chegubard juga membangkitkan kesetiaan Azmin kepada PKR kerana ramai yang mengatakan Anwar sayang Azmin kerana dia seorang yang setia.

Namun, katanya, tentu ramai yang masih ingat bagaimana Azmin mengerakkan jentera budak – budak mudanya menyerang keluarga Anwar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 kerana Anwar tidak tunaikan kehendaknya menjadi Menteri Besar Selangor.

"Anwar diserang tanpa henti. Istilah Istana Segambut dan perbagai konotasi negatif yang digunakan UMNO kini adalah hasil ciptaan budak – budak Azmin.

"Azmin menggerakkan jentera mensabotaj gerakan Blackout 505. Azmin ahli politik cekap dia gerakkan jentera sabotaj Blackout 505 tetapi dia sendiri hadir dan duduk bersila paling depan. Dia keluar TV3 serang Presiden namun semua tidak dikenakan tindakan.

"Menyebut peristiwa 505 ramai tentu tidak tahu ketika malam keputusan pilihanraya Azmin paling lewat hadir ke lokasi pengumpulan tokoh PKR (dan PR) . Rekod menyatakan dia menghadap 'God Father' dahulu.

"Dalam isu lobi diri sendiri guna pintu belakang untuk jadi MB secara jelas dia menggunakan 'network' God Father untuk memalukan Azizah. Namun semuanya tidak dikenakan tindakan," katanya.


FMT

Mahathir menghasut lagi....... SAYA DATANG UNTUK MENGHASUT -

Posted: 03 Oct 2015 10:00 PM PDT


MAHATHIR Tanpa berselindung dan secara berterus terang, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, kehadirannya dalam majlis hi-tea anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka adalah untuk menghasut semua orang.

Hari ini, saya mengaku datang ke sini adalah untuk menghasut semua orang. Kita tidak perlu takut walaupun berada di bawah pemerintahan yang menakutkan, katanya di hadapan kira-kira 500 yang hadir di majlis itu.



Lantaran itu, selain meneruskan serangannya dengan menyifatkan kepimpinan Najib Razak sebagai zalim dan menghantar orang pergi menunaikan haji dengan duit curi,

Tun Mahathir juga menghuraikan bagaimana untuk menyingkirkan Najib daripada jawatannya. Menurut Tun Mahathir, Najib dianggap zalim kerana memecat, menakutkan serta menukar orang-orang tertentu yang sedang menjalankan tugas menyiasat dirinya. Katanya,



Najib bukan tidak mahu berundur tetapi takut untuk berundur berikutan bimbang ditangkap jika tiada lagi kuasa dalam tangannya. Sehubungan itu, tambahnya, jika Najib kekal lagi sehingga pilihanraya akan datang, beliau perlu dikalahkan di kawasan pilihanrayanya di Pekan tetapi dalam masa yang sama memastikan UMNO terus menang dalam pilihanraya.



Bagi Tun Mahathir, perkara itu tidak mustahil mampu dilakukan memandangkan Najib pernah menang dengan hanya 241 undi saja pada pilihanraya tahun 1999 Beliau seterusnya mahu pengundi Pekan menjadi lebih bijak dengan mengutamakan kepentingan negara serta menolak sebarang bentuk wang tunai yang cuba diberikan oleh Najib kepada mereka.

Selain itu, beliau juga mengajak agar tekanan massa terus dipertingkatkan terhadap Najib. Katanya, Najib perlu disingkirkan tetapi mesti lebih ramai yang berani bersuara dan "saya tetap nak lihat Najib letak jawatan."

Apabila Khairuddin seorang yang membuat laporan polis, tentulah dia akan menjadi mangsa...cuba 1,000 atau 100 ribu membuat perkara yang sama, Timbalan Pendakwa Raya pun sukar mahu mendakwa.



Kalau mahu dipenjara pula, berapa lama mahu disimpan orang seramai itu, jelasnya lagi. Tun Mahathir juga mendedahkan undang-undang Sosma yang sedang dikenakan kepada Khairuddin adalah suatu undang-undang yang boleh membawa seseorang itu dipenjarakan seumur hidup.

Apabila Khairuddin ditahan dibawah Sosma, saya baca undang-undang itu dan mendapati pesalahnya boleh dipenjara seumur hidup. ISA pun tak seteruk itu.

Apa dianya Sosma ini...source dari Ma (Rosmah), katanya sambil disambut ketawa para hadirin. Secara keseluruhannya, majlis hi-tea anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka amat berjaya dengan dewan penuh orangramai yang mahu mendengar ucapan daripada Tun Mahathir meskipun mereka perlu membayar RM80 untuk menghadirinya.

Dengan semangat yang dipercikkan oleh Tun Mahathir melalui kata-katanya, sudah mula terdengar ura-ura lebih banyak majlis seperti ini akan diadakan di bandar-bandar lain di seluruh negara selepas ini.

Beberapa hadirin dari pelbagai negeri yang hadir secara terbuka menyatakan mahu membawa Tun Mahathir ke negeri mereka pula untuk tujuan meneruskan tekanan dan memaksa pengunduran Najib daripada jawatannya.

Selepas mendengar ucapan dan penerangan Tun Mahathir, khususnya berkaitan 1MDB, wang RM2,600 juta dan keyakinan nilai ringgit serta pasaran saham boleh dipulihkan selepas pengunduran Najib, rata-rata yakin apa yang berlaku sekarang bukan lagi masalah UMNO, tetapi sudah menjadi masalah kepada negara. (SH 04/10/2015)

Tun Mahathir ketika tiba dan mula masuk ke dewan hotel de palma, ampang Tun Mahathir ketika sessi soal jawab dengan diapit oleh Sanusi Junid dan Syed Saifuddin.

Aziz Yassin, Ibrahim Ali dan Mad Aris Yusof adalah antara jemputan yang hadir. Tamrin Ghafar, Aziz Yassin dan Zor Aziz sedang berbual-bual sementara menunggu Tun Mahathir selesai sessi sidang akhbar dengan wartawan. Sebahagian hadirin yang hadir untuk mendengar ucapan Tun Mahathir.

Posted by Shahbudin Husin.


Posted by mountdweller

Umno tangguh mesyuarat dalaman ??

Posted: 03 Oct 2015 09:15 PM PDT


Umno tangguh mesyuarat dalamanMesyuarat dalaman Umno yang sepatutnya diadakan esok, ditunda sehingga tarikh yang belum ditetapkan, kata sumber dari parti itu.

Katanya, makluman mengenai pembatalan berkenaan dikeluarkan pegawai Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada petang semalam."Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberi yang menyebabkan mesyuarat itu ditunda," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam portal ini menyiarkan laporan mengenai mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihan Raya Umum (GCOC) yang dijadual diadakan di PWTC pada jam 8 malam esok.

Antara anggota GCOC ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Bagaimanapun mesyuarat itu menjadi perhatian kerana ia dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Biasanya Muhyiddin diberi amanah mempengerusikan mesyuarat berkenaan. Untuk makluman, Ahmad Zahid hanyalah Naib Presiden Umno yang dilantik menjadi timbalan perdana menteri menggantikan Muhyiddin dalam rombakan kabinet 28 Julai lalu.

Kedudukan Muhyiddin dalam Umno juga dilihat diketepikan apabila mesyuarat pengurusan yang diadakan sebelum pertemuan Majlis Tertinggi Umno bakal dipengerusikan oleh presiden parti itu sendiri. 

Mengikut kelaziman, mesyuarat itu juga dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Umno.-Mkini


Raja Muda S'gor: Pemuda Amanah buat laporan polis

Posted: 03 Oct 2015 08:30 PM PDT


Zar Ali's photo.

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara Selangor membuat laporan polis berhubung kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang menuduh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah murtad.

Ketuanya, Abbas Salimmi Adzmi berkata, kenyataan bekas menteri itu adalah melampau dan berbaur fitnah.Menurutnya, sebagai rakyat jelata yang menghormati dan kasihkan institusi diraja, pihaknya melahirkan kekesalan berhubung kenyataan terbabit.

"Apatah lagi ia melibatkan akidah. Perlu diingat, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah adalah pewaris takhta kesultanan selain sultan adalah ketua agama Islam negeri Selangor," katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.

 Raja Muda S'gor: Pemuda Amanah buat laporan polis

Beliau hadir bersama Pengerusi Program Negeri Selangor, Zainal Said serta beberapa ahlinya kira-kira jam 10 pagi.

Mengulas lanjut, Abbas berkata, pihaknya menggesa polis menyiasat pemilik akaun laman sosial Facebook dan Twitter yang menggunakan nama Rahim.

Katanya, walaupun Rahim sudah memohon maaf berkenaan kenyataan melampau itu, tetapi ia membabitkan kredibiliti raja muda dan seolah-olah mempertikaikan akidah selain tidak membawa satu bukti kukuh dalam kenyataannya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan, pihak istana Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan di laman sosial yang dikeluarkan oleh Rahim, pada 25 September lalu yang menyatakan berita pertukaran agama oleh Tengku Amir Shah.-SH



Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com

Saifuddin kemuka DUA surat jawapan kepada Umno

Posted: 03 Oct 2015 08:00 PM PDT


Saifuddin kemuka DUA surat jawapan kepada UmnoKUALA LUMPUR: Bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah menghantar dua surat jawapan kepada Umno susulan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya kerana menghadiri sidang meja bulat pembentukan Pakatan Harapan.

Surat yang pertama adalah daripada peguam Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) bagi meminta penjelasan berikutan surat tunjuk sebab itu dialamatkan di atas kapasiti Saifuddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GMMF dan bukannya sebagai anggota Umno.

Surat peguam tersebut meminta penjelasan sekiranya surat tunjuk sebab ditujukan kepada anak guamnya atas kapasitinya sebagai CEO GMMF dan sekiranya benar, adakah ia bermaksud GMMF turut terlibat dalam hal itu.

Surat kedua adalah daripada Saifuddin sendiri. Menerusi surat berkenaan, beliau mengemukakan tiga penjelasan.Penjelasan pertama adalah sekiranya surat tunjuk sebab itu dihantar kepada beliau sama ada sebagai CEO GMMF atau anggota Umno.

Saifuddin juga ingin mengetahui sekiranya kes beliau telah dirujuk kepada Lembaga Disiplin Umno kerana surat itu dikeluarkan daripada ibu pejabat Umno dan bukannya Lembaga Disiplin.

"Surat tunjuk sebab itu tidak jelas. Bila ia menyatakan bahawa tindakan disiplin akan diambil, saya bertanyakan apakah kesalahan yang saya lakukan dan apakah seksyen Perlembagaan parti yang saya langgari seperti didakwa," katanya dalam satu temuramah.

Dua surat berkenaan dihantar kepada Ibu Pejabat Umno pada petang Jumaat.Saifuddin berkata, walaupun beliau tidak menjangka menerima surat tunjuk sebab itu namun ia bukan sesuatu yang mengejutkan.

Dalam pada itu, Saifuddin menafikan kehadirannya pada sidang meja bulat itu bagi mengintip pihak pembangkang."Saya berada di sana untuk mencapai objektif lebih tinggi dalam politik. Saya percaya untuk bercakap kepada semua pihak," katanya.

yy

Pada 22 September lalu, Saifuddin membuat kejutan apabila beliau menghadiri sidang meja bulat untuk pembetukan pakatan baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat tetapi menegaskan bahawa beliau berada di sana di atas kapasiti sebagai pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Akademi Belia.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar Saifuddin kerana cuba "menjejaskan imej" parti dan berkata, pemimpin Umno tidak sepatutnya menghadiri atau menyokong parti pembangkang mahupun agenda mereka.

Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan berkata, parti akan mengadakan siasatan berhubung perkara itu dan Saifuddin diberikan surat tunjuk sebab bertarikh 22 September lalu yang diterimanya pada 28 September lalu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang turut menyentuh isu tersebut mengatakan Saifuddin "tidak wajar" menghadiri majlis berkenaan bagi membincangkan hala tuju politik pembangkang, sambil menambah bahawa tindakan berkenaan melanggar peraturan parti.

Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas yang dipetik dalam sebuah portal berita sebagai berkata, Saifuddin tidak melakukan sebarang kesalahan dengan menghadiri sidang meja bulat pembentukan pakatan pembangkang baharu melainkan beliau bertindak mengkritik Umno. 

Bagi naib presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya tindakan perlu diambil terhadap Saifuddin.

Beliau berkata, Megat Najmuddin perlu menjelaskan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno mengenai apakah sebab munasabah tindakan tidak perlu diambil ke atas timbalan menteri itu.

Pada 2008, ahli Umno, Datuk Zaid Ibrahim digugurkan dari parti selepas beliau menghadiri sebuah majlis DAP dan Kongres Kebangsaan Parti Keadilan Rakyat (PKR).-Mstar


Geng 25 Azmin Jangan Cari Nahas!

Posted: 03 Oct 2015 07:30 PM PDT


Geng 25 Azmin Jangan Cari Nahas!



Kerosakan sudah berlaku, ia akan lebih rosak pada masa depan melainkan kita singkirkan orang ini..kata Mahathir

Posted: 03 Oct 2015 07:00 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sahaja nilai ringgit akan kembali pulih selepas mata wang negara mengalami kejatuhan terburuk ketika ini.

Dr Mahathir berkata, nilai ringgit akan pulih dengan cepat jika Najib meletakkan jawatan kerana kerosakan dihadapi negara berpunca daripada beliau.

"Kerosakan sudah berlaku, ia akan lebih rosak pada masa depan melainkan kita singkirkan orang ini (Najib).

"Dia letak jawatan, sekejap sahaja mata wang kita naik balik, itu saya rasa," kata Dr Mahathir semasa sesi dialog Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa di Hotel De Palma, Ampang hari ini.

Dr Mahathir berkata, rakyat perlu menerima hakikat negara ketika ini sedang merosot daripada ekonomi hingga ke masalah sosial.

"Hakikatnya, negara kita merosot dari segi politik, ekonomi, sosial, perkauman, dan tahap korupsi, negara kita berada antara 10 paling korup dalam dunia," katanya.

Najib ketika ini bergelut dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang beliau adalah pengerusi lembaga penasihatnya dan berkaitan derma peribadi bernilai RM2.6 bilion.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum ini berkata ringgit hanya akan pulih sekiranya isu 1MDB diselesaikan.

"Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidak tentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan Ringgit naik semula," kata Zeti semasa sesi pembentangan Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015.

1MDB yang terpalit dengan pelbagai kontroversi dilihat memberikan impak kepada keyakinan dan kepercayaan pelabur kepada negara lapor The Malaysian Insider

TERKINI - Husam Ancam Halang TMB Kelantan Luluskan Kawasan Balak Yang Rugikan Kerajaan Negeri

Posted: 03 Oct 2015 06:30 PM PDT




Husam Musa

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

اَلسَّÙ„َامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَا تُÙ‡ُ

YB Dato' Mohd Amar bin Abdullah,
Pemangku Menteri Besar Kelantan,
KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU, KELANTAN,

HUTAN SIMPAN BERANGKAT - SEKALI LAGI DI BAWAH HARGA PASARAN

Saya pernah menulis surat rasmi (tertutup dan tidak disiarkan di mana-mana) kepada YAB Menteri Besar setahun lebih yang lalu membantah tindakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) meluluskan kawasan Hutan Simpan Kekal ( HSK ) Berangkat untuk perladangan seluas 5 ribu ekar tanpa tender dan di bawah harga pasaran kepada LPSB.

Alhamdulillah YAB MB segera bertindak membatalkan kelulusan itu.

Saya ingat ia berakhir di situ.

Maklumat terkini yang saya ada menunjukkan PMBK meluluskan semula kawasan itu kepada syarikat berkenaan sekali lagi, April lalu.

Harga yang ditawarkan adalah RM 3 ribu se ekar termasuk semua perbelanjaan seperti kos ukur sempadan, cukai tanah dan lain-lain.

Saya difahamkan, setelah ditolak kos cukai tanah dll, pendapatan bersih untuk PMBK hanya sebanyak RM 7 atau RM 8 juta sahaja.

Dengan ini, pendapatan bersih se ekar hanya sebanyak antara RM 1,400 hingga RM 1,600 se ekar.

Sedangkan nilai pasaran adalah tidak kurang dari RM 5,000 se ekar bersih.

Ini akan menjanakan pendapatan kepada PMBK sebanyak RM 25 juta bersih berbanding RM 8 juta!

Perbezaan antara RM 16 juta hingga RM 17 Juta !!!

Bahkan jika dilakukan tender terbuka, saya yakin dengan kedudukan tanah Berangkat yang amat baik, PMBK akan mendapat tawaran yang lebih tinggi.

Saya hairan mengapa Jawatankuasa Penasihat PMBK di mana YB adalah salah seorang anggotanya, nampak begitu terikat dengan syarikat berkenaan.

Saya difahamkan oleh syarikat-syarikat lain yang turut membuat tawaran bahawa tawaran mereka adalah lebih baik tetapi ditolak.

Suka juga saya mengingatkan tujuan asal kawasan Berangkat diluluskan kepada PMBK oleh YAB Tok Guru di masa itu adalah untuk dimajukan sendiri khususnya melalui PMBK Sawit.

Saya berharap tujuan asal ini tidak dikorbankan dan pihak lain pula mengaut keuntungan darinya.

LPSB nampaknya terus menjadi pilihan sungguh pun tujuan asalnya adalah lain dan terdapat tawaran lebih baik oleh syarikat-syarikat lain.

Mengapa?

Saya pohon kelulusan berkenaan dibatalkan. Apa lagi surat pembebasan hutan difahamkan belum dikeluarkan oleh Jabatan Hutan.

Jika kelulusan ini diteruskan, mungkin saya akan memfailkan perintah injunksi di mahkamah ke atas PMBK dengan tujuan menjaga khazanah rakyat negeri Kelantan.

Tujuan saya juga adalah untuk menghentikan amalan meluluskan khazanah rakyat Negeri Kelantan di bawah nilai pasaran yang menyebabkan kerugian pendapatan kepada negeri Kelantan.

Saya suka mengingatkan YB Dato bahawa antara fungsi utama PMBK pada masa lalu ialah menyelamatkan hartanah prima. Ia bukan pintu belakang untuk mana-mana pihak melepaskan harta dan khazanah negeri ini sesuka hati.

Saya mohon respon segera YB.

Sekian terima kasih.

Husam Musa
Adun Salor

7 Zulhijjah 1436/21 September 2015

Nota:
Surat rasmi pertama saya mengenai isu ini telah saya sampaikan kepada YAB MB Kelantan kurang lebih dua tahun yang lalu.

Saya tidak menyiarkannya di mana-mana kerana YAB MB telah memberikan respon tiga hari selepas surat saya.

Surat rasmi kedua ini saya sampaikan kepada YB Dato TMB pada 21hb September kerana kelulusan yang dibatalkan dahulu diperbaharui.

Saya tidak menerima sebarang maklum balas sehingga ini.

Saya memutuskan untuk dikongsi dengan rakyat Kelantan yang prihatin dan sensitif terhadap kepentingan negeri Kelantan, moga ada kesannya.

 
 
Yb. Husam Musa
ADUN Salor,
Petang 3 Oktober 2015



VIDEO - Maksud Sosma: Sos dari Mah(Rosmah Mansur), kata Mahathir

Posted: 03 Oct 2015 06:00 PM PDT



 
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak adalah yang paling zalim dengan menggunakan undang-undang untuk menakutkan rakyat.
Dengan berseloroh, beliau turut menyindir definisi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Sosma iaitu Sos daripada Ma ( Rosmah Mansor) kerana pemimpin dalam negara kebanyakannya gagal menjelaskan undang-undang ini secara terperinci.

PKR Bidas TITM, PKR Tidak Akan Pecah Malah Tambah Kukuh Dgn Pakatan Harapan

Posted: 03 Oct 2015 05:15 PM PDT


PKR nafi ramalan PAS, tidak mungkin berpecah kerana Pakatan Harapan

Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menepis ramalan PAS partinya akan berpecah kerana Pakatan Harapan sama seperti Pakatan Rakyat (PR) sambil menyifatkan gabungan politik baharu itu merupakan 'gabungan' yang kukuh.

Kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Saifuddin menafikan penubuhan Pakatan Harapan merupakan tindakan tergesa-gesa apatah lagi bakal menerima nasib sama seperti PR.

Sebaliknya beliau berkata, Pakatan Harapan ditubuhkan berasaskan prinsip saling hormat-menghormati, membuat keputusan bersama dan patuh dengan kata sepakat tersebut .

Katanya Pakatan Harapan turut menganggap parti sekutu mereka sebagai rakan susah senang ('partners in struggle') dan bukannya musuh yang perlu diserang dan diperlekeh dan paling penting meraikan perbezaan pandangan serta tidak ghairah menghukum sesama sendiri.

"PKR menginsafi setelah berpecahnya PR berlaku kelompongan (vacuum) yang perlu diisi segera. Kelompongan kepimpinan dan kelompongan platform bersama.

"Oleh demikian PKR melalui Presiden parti Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil inisiatif membentuk sebuah pakatan politik baharu yakni Pakatan Harapan.

"Ketika Tuan Ibrahim berpendapat bahawa langkah ini tergesa-gesa, PKR percaya rakyat terbanyak menantikan kelahiran Pakatan Harapan," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bekas setiausaha agung PKR itu berkata, ramalan Tuan Ibrahim kononnya parti reformasi itu akan berpecah gara-gara wujudnya sebuah "parti‎" yang ingin mendominasi seperti mana yang terjadi kepada PAS adalah tidak benar sama sekali.

"Pandangan ini meleset dan hanya terbit dari sebuah parti atau pemimpin yang mempunyai 'siege mentality' (mentaliti terkongkong -GB).


"PKR yang lahir dari denyut nadi rakyat dengan agenda perubahan (reform) yang jelas, tidak akan terperangkap dengan ramalan sedemikian rupa," katanya.

Beliau yang mengulangi sekali lagi kekesalannya terhadap ramalan tersebut menyifatkan tindakan parti Islam itu sebagai keterlaluan terutamanya apabila PKR menganggap PAS sebagai rakan mereka.

"Biarpun perjalanan dan pengalaman PKR masih baru namun kita yakin PKR mampu melalui sedikit ujian kecil perbezaan pendapat dari kalangan pimpinannya dalam mendepani kelahiran Pakatan Harapan.

"Oleh itu meramalkan PKR bakal berpecah adalah keterlaluan apalagi kiranya datang dari parti yang menganggap PKR sebagai sahabat," katanya.

Terdahulu Tuan Ibrahim dalam kenyataannya memberikan amaran kepada PKR dengan menyatakan tidak mustahil bakal menerima nasib sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyaksikan penubuhan parti serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah).‎ -TMI


PAS beri amaran PKR bakal berpecah kerana Pakatan Harapan

PAS memberikan amaran kepada PKR, tidak mustahil bakal menerima nasib yang sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyebabkan penubuhan parti serpihan Parti Amanah Negara (Amanah). Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu ketika ini dapat melihat gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan bakal menerima nasib sama seperti Pakatan Rakyat.

"Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama PAS, kami harap tidak berlaku perpecahan kerana bibit-bibit tersebut sudah kelihatan.

"Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain serta usaha Barisan Nasional (BN), khasnya Umno melihat semua komponen parti pembangkang menjadi lemah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menunjukkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca Pakatan Rakyat terkubur.

"PAS mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami PAS.

"Perpecahan dalaman parti akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu, akan melemahkan kekuatan suara pembangkang," katanya.

Katanya, PAS sememangnya sudah melalui konflik dalaman parti yang menyaksikan muncul pelbagai parti kecil yang melambatkan proses perubahan dan kesedaran politik di kalangan rakyat.

Tuan Ibrahim turut menyalahkan pihak luar yang didakwa menjadi punca kepada pergolakan dalaman PAS dengan bertindak mengapi-apikan rasa tidak puas hati, melaga-lagakan pimpinan dan perbezaan pendapat di kalangan pimpinan.

"Kemelut dalaman yang berlaku ini tidak dinafikan sangat mengecewakan rakyat. Kerana setiap kali berlaku krisis, biasanya ia akan berakhir dengan pembentukan parti baru," katanya merujuk kepada Amanah.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yakin Amanah tidak akan berjaya mendapatkan sokonngan rakyat.

"Ada yang memecahkan undi pembangkang dan inilah yang dikehendaki BN. Sebagai contoh, kemunculan parti Semangat 46 yang berpecah dari Umno, walaupun ia berjaya memenangi beberapa kerusi, ia tidak dapat menggugat kekuatan parti induk Umno.

"Telahan yang sama juga boleh dibuat pada parti Amanah. Namun, ini berbeza dengan Semangat 46, kerana ia akan menimbulkan saingan sama sendiri di kalangan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang," katanya.

Mengulangi semula pendirian PAS, beliau berkata parti Islam itu tidak sesekali akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP dan pengkhianatan Amanah.

"Soal agihan kerusi akan menjadi masalah utama. PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS. Pada waktu ini, tidak mungkin PAS juga boleh terima Parti Amanah yang kini sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan Pasti dan markas PAS.

"Apabila PAS bergabung dengan PKR, sebahagian besar kerusi PAS diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti.

"Kalau PAS bergabung pula dengan Pakatan Harapan, bermakna PAS akan sekali lagi serah kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku. Melainkan DAP atau PKR sanggup bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah," katanya.

Justeru itu, beliau menegaskan PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak mereka.

Katanya, sekiranya parti komponen pembangkang lain khasnya Amanah juga meletakkan calonnya dalam PRU kelak, maka ia seperti mengiyakakan parti tersebut menjadi penyambung tali hayat kepada BN.

"Mungkin ada yang akan mendakwa kalau calon PAS tidak akan menang, kerana pengundi Cina tidak akan beri undi, maka apakah kalau Parti Amanah akan menang kalau pengundi Melayu tidak akan memberi undi khususnya ahli dan penyokong PAS. Ahli dan penyokong Umno tentulah lagi tidak menyokong.

"Ramai yang melihat yang bakal untung mungkin DAP. Namun, reaksi senyap rakyat terhadap tindakan terlalu mendesak dan tidak berkompromi yang ditunjukkan pimpinan mereka tidak dapat diagak sebagaimana kesan terhadap sebahagian peti undi DAP di beberapa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dibantu petugas PAS, khasnya jentera pilihan raya sehingga ke PACA (polling agent and Counting Agent)," katanya. -TMI

Ulasan-ulasan dari pembaca TMI yang rata-rata tolak dan bidas kenyataan TITM di atas.



Semoga dipermudah kn segala Urusan..Aamin.

Posted: 03 Oct 2015 04:46 PM PDT

Dr Mahathir dakwa Najib tidak berundur kerana takut dipenjara OLEH MD IZWAN

Posted: 03 Oct 2015 09:15 AM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur maka kuasanya juga hilang, menyebabkan perdana menteri berjuang habis-habisan mempertahankan kuasanya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur maka kuasanya juga hilang, menyebabkan perdana menteri berjuang habis-habisan mempertahankan kuasanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak enggan berundur sebagai perdana menteri kerana bimbang akan dipenjara disebabkan terpalit dengan banyak skandal.

Dr Mahathir berkata, jika Najib berundur maka kuasanya juga hilang, menyebabkan perdana menteri berjuang habis-habisan mempertahankan kuasanya.

"Kalau dia (Najib) undur, dia tidak ada kuasa, kemudian bila siasatan dibuat dia akan ke penjara.

"Dia tidak berani undur kerana takut ke penjara," kata bekas perdana menteri itu semasa sesi dialog "Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa" di Hotel De Palma, Ampang hari ini.

Dr Mahathir juga membuat perbandingan semasa pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi di mana bekas perdana menteri itu secara sukarela pada 2009 kerana mengetahui tidak akan berdepan dengan risiko disumbat ke dalam penjara.

"Tidak seperti Pak Lah, dia tidak takut (letak jawatan) kerana tidak ada salah dia lakukan," kata Dr Mahathir lagi.

Dr Mahathir meneruskan serangan ke atas Najib membabitkan isu derma RM2.6 bilion serta mencabar untuk Najib menjelaskan mengenai skandal tersebut.

"Tiada manusia akan beri RM2.6 bilion kerana sayang nak dia (Najib) menang. Siapa dia, kalau ada orang macam itu saya pun nak kenal juga.

"Orang mana yang derma, kita pun nak jumpa mana tahu dia nak derma kepada orang lain juga," katanya,

Dr Mahathir juga mengulangi gesaannya supaya Najib disingkirkan tetapi mengekalkan Umno sebagai pemerintah, khususnya dengan memastikan beliau kalah di Parlimen Pekan.

"Kita nak kalahkan hanya Najib, di Pekan kita pastikan dia kalah," katanya. – 3 Oktober, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

MTEM gesa Malaysia tarik diri daripada TPPA OLEH EILEEN NG

Posted: 03 Oct 2015 08:30 AM PDT


Malaysia perlu tarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mashar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Oktober, 2015.
 
Malaysia perlu tarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mashar.

Malaysia perlu tarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mashar.

Badan ekonomi Melayu menggesa kerajaan menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana dibimbangkan memberi implikasi buruk terhadap pertumbuhan ekonomi dan kedaulatan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mashar berkata, pihaknya sudah lama memberi amaran tentang implikasi negatif termasuk merujuk kajian pakar terkenal termasuk pemenang hadiah Nobel dalam bidang ekonomi, Joseph Stiglitz kepada kerajaan dan kesan meluas perjanjian perdagangan itu dalam pelbagai industri di Malaysia.

Salah satu kesan TPPA ialah Malaysia tidak berupaya melindungi dan mengatasi spekulator mata wang antarabangsa, yang dipersalahkan sewaktu krisis kewangan Asia pada 1997/1998.

"Pandangan kami merasakan kerajaan tidak harus membuat kesimpulan rundingan di Atlanta, mereka perlu menarik diri kerana kajian pelbagai pihak termasuk oleh Stiglitz jelas menyatakan TPPA tidak memberi faedah kepada negara," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Malaysia kini di peringkat akhir dalam rundingan di peringkat menteri di Atlanta, Amerika Syarikat.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

TPPA negatif kepada pasaran buruh, kata kumpulan majikan OLEH ISTA KYRA SHARMUGAM

Posted: 03 Oct 2015 07:45 AM PDT

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata, persetujuan menandatangani TPPA boleh mewujudkan keadaan di mana jika berlaku pertikaian pekerja, ia tidak dapat diselesaikan di dalam negara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Tuck Keong, 3 Oktober, 2015.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata, persetujuan menandatangani TPPA boleh mewujudkan keadaan di mana jika berlaku pertikaian pekerja, ia tidak dapat diselesaikan di dalam negara.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata, persetujuan menandatangani TPPA boleh mewujudkan keadaan di mana jika berlaku pertikaian pekerja, ia tidak dapat diselesaikan di dalam negara.

Jika Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), ia boleh memberi kesan negatif kepada pasaran buruh tempatan, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan.

Beliau berkata, persetujuan menandatangani TPPA boleh mewujudkan keadaan di mana jika berlaku pertikaian pekerja, ia tidak dapat diselesaikan di dalam negara.

"Di bawah TPPA, sebuah majlis dijangka dibentuk di kalangan negara-negara anggota untuk menangani konflik itu.

"Jika penyelesaian tidak dapat dipersetujui, ia kemungkinan perlu dibawa ke The Hague (di mana Mahkamah Keadilan Antarabangsa bersidang).

"Oleh itu, saya fikir kita mungkin gagal mengawal keadaan ini dan ia boleh mendatangkan bahaya," katanya selepas menghadiri kolokium isu buruh anjuran DAP di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata dalam keadaan ekonomi terbuka terhadap TPPA, kerajaan akan berdepan dengan tindakan undang-undang daripada syarikat multinasional, jika mengalami kerugian.

"Sebagai contoh satu kes seperti yang berlaku di Jerman di mana kerajaan negara itu disaman oleh sebuah syarikat dari Switzerland selepas negara itu membatalkan perjanjian untuk menyediakan loji nuklear.

"Ini adalah satu kesan negatif.

"Untuk berlaku adil, kerajaan mampu meningkatkan perdagangan antara 12 negara anggota, bagaimanapun adalah penting untuk melindungi kepentingan industri tertentu, seperti sektor perladangan sebagai contoh, untuk mengelakkan kesan negatif yang boleh menjejaskan pekerjaan dalam sektor itu."

Beliau berkata di bawah undang-undang perlindungan alam sekitar TPPA, amalan yang sedia ada tertentu dalam industri perladangan seperti penanaman semula kelapa sawit dan penanaman di tanah gambut, boleh disifatkan sebagai membawa kemusnahan hutan dan mendatangkan bahaya kepada alam sekitar.

"Ini akan mendatangkan masalah yang besar kepada pemain industri perladangan, di mana ramai yang menanam di tanah gambut. Sekatan ini akan memberi kesan kepada pengeluaran kelapa sawit, jadi apakah yang diharapkan negara maju untuk kita lakukan?"

Shamsuddin berkata ditambah pula dengan matlamat di bawah pelan tindakan Komuniti Ekonomi Asean (AEC), persaingan untuk pekerjaan akan menjadi lebih sukar kerana kemasukan calon yang berpotensi dari negara-negara Asean seperti Singapura, Filipina dan Thailand.

"Kita perlu bersedia untuk ini dengan mengiktiraf pekerja mahir sedia ada dengan memperakui mereka.

"Pada masa ini, pekerja mahir di Malaysia adalah ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai diploma atau sijil yang lebih tinggi. Mereka yang mahir melalui pengalaman tidak diiktiraf, ini akan meletakkan mereka di dalam keadaan lemah dalam persaingan dengan rakan-rakan jiran Asean mereka, yang mempunyai kemahiran yang sama dan pengalaman tetapi diperakui," katanya.

Beliau berkata sudah tiba masanya Malaysia menerima pakai latihan sambil bekerja dan pensijilan, kerana ia adalah satu sistem yang mampu dimiliki untuk mengiktiraf pekerja untuk 98% majikan di negara ini, dan bukannya bergantung kepada pengambilan semata-mata berdasarkan kelayakan berasaskan pencapaian akademik. – 3 Oktober, 2015.



See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Najib letak jawatan, sekejap saja mata ringgit naik, kata Dr Mahathir OLEH MD IZWAN

Posted: 03 Oct 2015 07:00 AM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, nilai ringgit akan pulih dengan cepat jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan kerana kerosakan dihadapi negara berpunca daripada beliau. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 3 Oktober, 2015.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, nilai ringgit akan pulih dengan cepat jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan kerana kerosakan dihadapi negara berpunca daripada beliau.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, nilai ringgit akan pulih dengan cepat jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan kerana kerosakan dihadapi negara berpunca daripada beliau.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sahaja nilai ringgit akan kembali pulih selepas mata wang negara mengalami kejatuhan terburuk ketika ini.

Dr Mahathir berkata, nilai ringgit akan pulih dengan cepat jika Najib meletakkan jawatan kerana kerosakan dihadapi negara berpunca daripada beliau.

"Kerosakan sudah berlaku, ia akan lebih rosak pada masa depan melainkan kita singkirkan orang ini (Najib).

"Dia letak jawatan, sekejap sahaja mata wang kita naik balik, itu saya rasa," kata Dr Mahathir semasa sesi dialog Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa di Hotel De Palma, Ampang hari ini.

Dr Mahathir berkata, rakyat perlu menerima hakikat negara ketika ini sedang merosot daripada ekonomi hingga ke masalah sosial.

"Hakikatnya, negara kita merosot dari segi politik, ekonomi, sosial, perkauman, dan tahap korupsi, negara kita berada antara 10 paling korup dalam dunia," katanya.

Najib ketika ini bergelut dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang beliau adalah pengerusi lembaga penasihatnya dan berkaitan derma peribadi bernilai RM2.6 bilion.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum ini berkata ringgit hanya akan pulih sekiranya isu 1MDB diselesaikan.

"Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidak tentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan Ringgit naik semula," kata Zeti semasa sesi pembentangan Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015.

1MDB yang terpalit dengan pelbagai kontroversi dilihat memberikan impak kepada keyakinan dan kepercayaan pelabur kepada negara. – 3 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Selamat jalan Morais, tugas anda selesai, kata rakan setugas

Posted: 03 Oct 2015 06:15 AM PDT


Selamat jalan Morais, tugas anda selesai, kata rakan setugasDalam keadaan gereja yang sesak di Shah Alam hari ini, upacara pengebumian Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang dibunuh tetap diteruskan meskipun mayatnya masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ratusan termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghadiri upacara tersebut bagi memberi penghormatan terakhir kepada Morais.

Paderi Simon Labrooy memberikan khutbah selama dua jam yang diakhiri dengan persembahan eulogi.

Ketika eulogi dibacakan rakan sekerja, Manoj Kurup dan sepupu mendiang, Desmond Lois, rata-ratanya dilihat menitiskan air mata.

"Kevin dan saya sudah berkhidmat hampir 20 hingga 25 tahun. Tetapi saya baru sahaja dapat mengenali beliau apabila menjadi timbalan pendakwa raya pada Julai tahun lepas.

dd

Rakan hadirin menenangkan satu sama lain di upacara pengebumian Morais. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 Oktober, 2015. 

"Reputasinya untuk keberanian, pendidikan dan membantu rakan sekerja mendahului dirinya. Ramai daripada kita tidak percaya nasib yang berlaku kepadanya," kata Kurup.

Morais diculik pada 4 September dan mayatnya ditemui 12 hari selepas itu.Enam suspek didakwa kerana tuduhan membunuh termasuk seorang doktor tentera yang dituduh bersubahat. – TMI


MUHYIDDIN: Daripada 'mati kering', lebih terhormat 'MATI MELAWAN' Oleh Shahbudin Husin

Posted: 03 Oct 2015 05:30 AM PDT


MUHYIDDIN: Daripada 'mati kering', lebih terhormat 'MATI MELAWAN'Walaupun sudah menyatakan kesetiaan kepada parti dan sedia bersama-sama membantu UMNO untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang, petanda bahawa Timbalan Presiden, Muhyiddin Yassin terus dikecil dan dipencilkan nyata semakin ketara.

Kedudukan sebagai orang nombor dalam UMNO nampaknya semakin tidak bernilai apa-apa kepada Muhyiddin sejak disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, 28 Julai lalu.

Jika sebelum mesyuarat MT UMNO pada 9 September lalu, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin yang biasanya dipengerusikan oleh Muhyiddin telah digantikan dengan mesyuarat khas Biro Politik yang dikendalikan oleh Najib, kini pemencilan itu berterusan lagi.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini melalui pendedahan sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Operasi 

Pilihanraya (GCOC) Ahad ini yang sepatutnya dipengerusikan oleh Muhyiddin telah digantikan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Terlihat bahawa meskipun tidak diambil apa-apa tindakan susulan penyingkiran sebagai Timbalan Perdana Menteri, Najib seperti secara perlahan-lahan cuba mengikis kuasa atau amalan biasa peranan yang dimainkan oleh Muhyiddin dalam kapasitinya yang berjawatan timbalan presiden dalam UMNO.

Trend ini memperlihatkan tidak mustahil sebelum mesyuarat MT UMNO bulan ini sekali lagi mesyuarat khas biro politik akan turut bersidang untuk mengambil alih peranan Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO.

Jika ia berterusan terjadi sehingga pemilihan seterusnya pada 2018, bermakna Muhyiddin hadir mesyuarat bulanan MT UMNO dalam tempoh kira-kira tiga tahun akan datang hanya dengan "goyang kaki" dan boleh bercakap dalam perkara hal-hal lain saja.

Juga tidak mustahil dalam Perhimpunan Agung UMNO bulan Disember nanti, Muhyiddin mungkin turut dikecualikan daripada merasmikan Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri yang biasanya merupakan tugas penting seorang pemimpin nombor dua untuk menyampaikan amanatnya.

Jalan mungkin sedang dicari sama ada perhimpunan itu akan dirasmikan oleh Zahid Hamidi atas kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri atau paling tidak ia hanya dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing.
Jangan terperanjat juga kiranya dalam penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, 

Muhyiddin tidak disenaraikan untuk menyampaikan ucapannya.Sudah tentu, kiranya ia berjaya dilakukan mulai tahun ini, perkara yang sama akan berterusan lagi dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun-tahun seterusnya.


dd

Sekiranya ada pilihanraya kecil pula dalam waktu terdekat ini, Muhyiddin juga pasti akan diketepikan daripada mengetuainya kerana UMNO mungkin berpendapat ia lebih sesuai diketuai oleh Zahid bagi memudahkannya mengumumkan bantuan, peruntukan atau projek-projek bagi pihak kerajaan kepada pengundi.

Dah selepas itu, jika ada lain-lain peranan, Muhyiddin juga pasti akan diabaikan oleh UMNO kerana Najib terlihat kekal tidak meyakini serta mempercayainya lagi setelah memecatnya daripada jawatan kerajaan sebelum ini.

Secara perlahan-lahan, meskipun berjawatan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin akan dijadikan "mati kering" tanpa apa-apa tugas, peranan serta tangggungjawab diberikan kepadanya.

Berdasarkan budaya "cash is king" pula, tidak mungkin banyak cawangan dan bahagian UMNO sedia meraikan Muhyiddin lantaran "gula" yang sudah tiada lagi padanya.

Dalam hal ini, Muhyiddin tidak ada pilihan lain selain perlu terus bersuara dan memunculkan dirinya di pelbagai program bagi memastikan beliau tidak dilupakan begitu saja.

Dalam pelbagai isu yang terus timbul silih berganti sekarang, Muhyiddin tidak boleh diam saja atau selalu sangat bercuti ke luar negara lagi. Setelah kehilangan jawatan, ia bukan lagi masa untuk bercuti selalu.

Jika percaya dengan perjuangan Tun Mahathir untuk menegakkan kebenaran, menyelamatkan negara dan mengelakkan UMNO daripada kekalahan, janganlah segan-segan untuk selalu bersama dengan bekas Perdana Menteri itu dalam pelbagai program yang dihadirinya.

Janganlah dibiarkan hanya Tun Mahathir yang sudah melebihi usia 90 tahun lebih gigih menyelamatkan UMNO dan negara ini.Lagi pula, bukankah beliau disingkirkan daripada jawatan kerajaannya kerana keberanian bersuara dan ingin menegakkan kebenaran yang tidak disenangi oleh Najib?

Lalu, kenapa setelah hilang jawatan kerajaan perlu berdiam diri pula?Jika lebih suka berdiam diri, bukankah lebih baik daripada awal lagi sokong dan setuju saja semua perkara yang dilakukan oleh Najib dan sudah tentu jawatan kerajaan akan kekal sehingga hari ini?

Muhyiddin juga perlu berani bersuara jika ada sebarang percubaan oleh Najib untuk menanggalkan kuasa atau amalan lazim yang biasa dimainkan oleh pemegang jawatan nombor dua dalam UMNO, walaupun ia didapati tidak sehaluan dengan nombor satu.Semua itu bukan dilakukannya untuk kepentingan dirinya, tetapi demi masa depan dan kelangsungan UMNO itu sendiri.

Andainya digantung jawatan atau dipecat keahlian sekali pun selepas ini kerana berterusan lantang bersuara menegakkan hak serta memperjuangkan kebenaran, beliau sekurang-kurangnya akan dikenang sebagai pejuang kerana "mati dalam keadaan melawan".

Jika memilih berdiam diri, bersedialah untuk dilupakan dan kemudian secara perlahan-lahan akan "mati kekeringan" begitu saja.-Blogspot


Najib Mahu Rakyat Lupakan Isu Derma 2.6 Billion

Posted: 03 Oct 2015 04:45 AM PDT



Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pemimpin dan anggota parti supaya menutup isu dana politik, sebaliknya memberi fokus bagi menghadapi cabaran yang lebih besar dalam membangunkan negara dan menjaga kepentingan rakyat.

Perdana Menteri berkata jika parti hanya tertumpu pada isu dana politik, soal kepentingan rakyat akan terabai.

Beliau berkata soal kepentingan rakyat dan apa yang diinginkan oleh mereka sepatutnya menjadi agenda utama parti yang perlu diambil perhatian sewajarnya.

"Selagi kita ambil berat soal rakyat, rakyat cukup tak pendapatannya, rakyat ada tak rumah mampu milik, rakyat dapat ke tidak sekolah, suasana hidup rakyat macam mana, ini semua mesti dalam lingkungan apa yang diperjuangkan oleh parti kita.

"Kalau kita dapat memberi perhatian pada perkara ini, saya percaya kita dapat pulihkan keadaan ini," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas, di Institut Latihan Perindustrian di Kepala Batas, hari ini.

Yang turut hadir bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan barisan kepimpinan Umno Bahagian Kepala Batas.

Najib berkata media massa terutamanya media sosial menjadi punca kekalutan pemikiran rakyat sehinggakan perkara yang tidak benar boleh dianggap sebagai benar.

Justeru, katanya semua anggota parti perlu memainkan peranan membetulkan persepsi rakyat dengan memberi penjelasan terhadap isu-isu berbangkit.

"Nasib saya jadi perdana menteri (semasa) media sosial menjadi media utama bukan lagi media cetak. Inilah seperti mana berlaku dalam PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13), mereka boleh pusingkan cerita kononnya ada 40,000 pengundi Bangladesh yang kita bawa masuk jadi pengundi dalam PRU13.

"Cuba bayangkan benda macam itu, cerita tak benar pun, tak disiasat, tak dipastikan kebenaran (dan) diterima, ditelan bulat-bulat. Sampai hari pengundian tu ada orang yang rupa macam Bangladesh kena kejar," katanya.

Dalam pada itu, Najib yakin Umno dapat tangani cabaran jika semua anggota mempunyai rasa kasih dan cinta terhadap parti.

Menjadikan Abdullah sebagai contoh, beliau berkata bekas perdana menteri itu tidak pernah merajuk, meradang mahupun menyumpah UMNO walaupun digugurkan daripada Kabinet malah tetap terus membantu parti berkempen pada pilihan raya.

"Jiwanya begitu ikhlas, bersih terhadap Umno tetapi kepimpinannya, perwatakannya boleh jadi ikutan kepada kita bahawa dalam apa jua keadaan, cuba bayangkan digugurkan daripada Kabinet, (tetap) terus berjuang mempertahankan Umno," katanya.



Tun Mahathir & PM Najib Kena Jawab Ini - Jangan Pandai Melabelkan Rakyat Sebagai HAPRAK DAN BANGSAT !!

Posted: 03 Oct 2015 04:00 AM PDT


Zar Ali's photo.

VIDEO - Dr Ling juga mahu Najib undur

Posted: 03 Oct 2015 03:15 AM PDT




Tun Dr Ling Liong Sik menyambut gesaan bekas ketuanya dalam kabinet, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya perdana menteri ketika ini meletakkan jawatan.

Kata bekas Presiden MCA itu, Datuk Seri Najib Razak harus berundur daripada jawatan perdana menteri kerana "mengambil duit orang lain" dan memasukkannya ke akaun peribadi.

Ada Pihak Cuba Jatuhkan Wan Azizah Dalam PKR?

Posted: 03 Oct 2015 02:36 AM PDT


PKR bertelagah berhubung penubuhan Pakatan Harapan

Hanya 2 minggu selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan, parti yang dipimpinnya berpecah belah berhubung isu ini, dengan satu pihak mendesak mesyuarat khas untuk membincangkan tentang gabungan pembangkang baharu itu.



Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bertemu Ahad depan selepas satu petisyen kepada presiden, yang ditandatangani 25 ahli menuntut supaya satu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan pembentukan "mengejut" pakatan baharu itu.

Dalam petisyen bertarikh 22 September, 25 ahli berkenaan berkata mereka percaya pelancaran Pakatan Harapan tidak memihak kepada keputusan yang dibuat PKR dalam mesyuarat MPP, 2 hari sebelum perbincangan meja bulat.

"Kami, seperti senarai nama dilampirkan, amat terkejut dan bimbang mengenai tindakan dan keputusan tergesa-gesa penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan selepas sesi Sidang Meja Bulat di Hotel Empire pada Rabu, 21 September, 2015," menurut petisyen itu, yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider. (Sidang meja bulat itu diadakan pada 22 September).

"Pada sidang mesyuarat MPP pada Ahad, 20 September, 2015, MPP bersetuju dan menyokong segala usaha gigih presiden meneruskan perundingan dengan semua pihak ke arah penubuhan pakatan baharu termasuk mempelopori persidangan meja bulat tersebut.

"Secara jelas, MPP meminta agar tiada pengumuman dibuat semasa sesi tersebut, sebaiknya membuka ruang seluas mungkin untuk beberapa sesi rundingan seterusnya," tulis petisyen dilihat The Malaysian Insider itu.

Petisyen itu berkata, perbincangan meja bulat, yang berakhir dengan Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, sepatutnya hanya menjadi "perbincangan awal".

Dalam surat kepada ahli PKR pada 30 September ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengumumkan mesyuarat tergempar MPP akan diadakan pada 11 Oktober bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu.

Bagaimanapun, Rafizi serta beberapa penandatangan petisyen itu, termasuk Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Latheefa Koya dan N Surendran, enggan mengulas ketika dihubungi The Malaysian Insider, atau tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatkan komen.

"Saya baru saja melihat surat itu (daripada setiausaha agung). Saya enggan mengulas mengenai perkara itu," Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran memberitahu The Malaysian Insider. 

Latheefa menafikan pernah menandatangani petisyen
, manakala Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata beliau tidak akan mengulas mengenai perkara itu.

Tetapi beberapa sumber pihak mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang surat dan petisyen itu adalah tulen, dan mendakwa ia diterajui kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, sekalipun ia tidak menandatangani petisyen itu.

Azmin bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberikan penjelasan.

Satu sumber PKR memberitahu The Malaysian Insider, mereka yang menentang Pakatan Harapan percaya PAS perlu menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang.

Sumber itu, yang mengaku menyokong Pakatan Harapan menambah, penandatangan petisyen itu silap apabila mereka berkata presiden bertindak bertentangan dengan kehendak MPP. br>
"Selepas kami berbincang dengan panjang lebar dalam mesyuarat pada 20 September, presiden akhirnya memberitahu MPP: 'Beri saya mandat untuk membuat keputusan apa yang perlu dilakukan semasa perbincangan meja bulat'. 


"Dan mereka bersetuju dengan itu. Jadi ia tidak sepatutnya menjadi isu sama sekali,"
kata sumber itu dengan syarat tidak dinamakan.

Beliau mendakwa tidak semua penandatangan sebahagian daripada "puak Azmin"; beberapa penandatangan kemudian menyesal menandatangani petisyen itu apabila keadaan situasi dijelaskan kepada mereka, katanya.

Sumber itu berkata, beliau berpandangan tiada gunanya melambatkan pelancaran Pakatan Harapan kerana PAS tidak akan mahu menyertainya. 

"Malah presiden PAS tidak menghadirkan diri semasa mesyuarat presiden Pakatan Rakyat, kita berdepan dengan pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya dengan mereka sebagai sekutu, mereka menghina presiden kami. 


"Kami mencuba sedaya upaya, tetapi apa gunanya mempunyai mereka dalam gabungan baharu itu? Kita juga tahu mereka tidak akan menyertai pakatan dengan DAP dan Amanah.


"Bagaimanapun, kami tidak memutuskan hubungan dengan PAS sama sekali. Pakatan Harapan masih akan bekerjasama dengan PAS.

"Cuma PAS tidak akan berkongsi dasar bersama atau manifesto dengan pihak dalam Pakatan Harapan," kata sumber itu.

Sumber itu berkata, "puak" dalam PKR sentiasa wujud, dan penandatangan perlu menerima hakikat keputusan Dr Wan Azizah adalah muktamad.

Pada 22 September, Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, pakatan pembangkang baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan kerana pertikaian tidak dapat diselesaikan di antara DAP dan PAS.

Pakatan baharu terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah). PAS, salah satu ahli asal Pakatan Rakyat, tidak menghadiri mesyuarat itu.

Dr Wan Azizah juga mengumumkan Pakatan Harapan bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pilihan mereka sebagai perdana menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya. -TMI


Ahli MPP PKR ragui Pakatan Harapan

22 Ahli Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR menandatangan petisyen supaya mesyuarat tergempar diadakan susulan penubuhan Pakatan Harapan selepas sesi sidang meja bulat, 21 September lalu.

Mereka menyifatkan keputusan yang dibuat itu sebagai tergesa-gesa.

Dalam kenyataannya, ia menjelaskan supaya tiada pengumuman dibuat pada hari berkenaan, sebaliknya membuka rundingan yang selanjutnya.

Katanya, keputusan itu sejajar dengan keputusan yang dibuat MPP pada 20 September, di mana ia memutuskan untuk meneruskan perundingan dengan mana-mana pihak ke arah penubuhan pakatan baharu.

"Di sidang Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), pada Ahad 20 September 2015, MPP telah bersetuju dan menyokong usaha gigih Presiden meneruskan perundingan dengan semua pihak ke arah penubuhan pakatan baharu termasuk mempelopori persidangan meja bulat tersebut," petik kenyataan itu.

Berikut penandatangan Petisyen MPP Khas berkenaan:
1. Tian Chua
2. Prof Dr. Shaharuddin
3. Zuraida Kamaruddin
4. Elizabeth Wong
5. Latheefa Koya
6. Hee Loy Sian
7. Shuhaimi Shafiei
8. Azmizam
9. Haniza Mohd Talha
10. Yunus Jamaari
11. Yaakob Sapari
12. Siti Aishah
13. S. Manikavasagam
14. Zakaria Abdul Hamid
15. Roland Chia
16. Khalid Jaafar
17. Afif Bahardin
18. Mansor Othman
19. Ab Aziz Ab Kadir
20. Dr Md Nur Manuty
21. Hasan Karim
22. Mohammad Faisol Rahman
23. Tengku Maraziyah
24. N. Surendran
25. Amirudin Shari -FMT