Rabu, 30 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


NAJIB - BN MASIH BERKUASA DI PRU14

Posted: 30 Sep 2015 10:30 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan berundur dalam waktu terdekat, begitu juga parti pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak akan digantikan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), kata wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin.

Menulis dalam blognya hari ini, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, Umno akan menggunakan wang dan kuasa bagi memancing undi, sambil menakutkan orang Melayu dengan mengatakan mereka berdepan risiko "dihapuskan" golongan minoriti Cina.

"Cukup ramai orang di sekeliling perdana menteri yang percaya dengan wang dan kuasa politik, mereka boleh terus mengatur undi luar bandar yang cukup atas nama kelangsungan hidup bangsa (kaum) untuk terus berpaut kepada kuasa.
 
"Penggunaan emotif 'bangsat' oleh Najib menerima sokongan ramai orang Melayu luar bandar.


"Najib sendiri percaya boleh mempertahankan kuasanya sehingga PRU akan datang untuk memimpin BN ke arah kemenangan.

"Jadi, sesiapa yang rasa Najib akan disingkirkan tidak lama lagi dan BN tidak lagi wujud pada PRU akan datang, eloklah fikir dua kali," kata Kadir.

"Selagi beliau boleh mendapatkan separuh daripada pakcik, makcik, Orang Asli, penduduk luar bandar dan peneroka Felda untuk memihak kepada beliau, Umno akan kembali berkuasa dan kedudukan beliau tidak akan dapat disangkal. Beliau akan berjaya menyangkal tuduhan yang dibuat terhadapnya."

Kadir berkata, apa yang Najib perlu lakukan pada masa sama ialah, memastikan tiada tindakan jenayah diambil terhadapnya.

Menurutnya penggubal undang-undang BN harus dipantau rapi bagi mengelakkan sebarang kejadian berpaling tadah atau undi tidak percaya.

Memetik contoh "perhimpunan baju merah" 16 September di mana pihak penganjur boleh meyakinkan orang ramai untuk menyertainya, Kadir berkata, tiada apa yang boleh menghalang modus operandi sama digunakan untuk memenangi PRU14 akan datang.

"Moto Najib – wang adalah raja – diterima baik orang Melayu yang miskin di kampung-kampung dan penempatan Felda.


"Dengan kemerosotan harga komoditi yang berterusan dan peningkatan kos sara hidup akibat kejatuhan nilai ringgit dan pelaksanaan GST (cukai barangan dan perkhidmatan), kuasa wang lebih kuat di kalangan orang miskin luar bandar," katanya.

Menurut Kadir, Najib tidak memerlukan "cerdik pandai Melayu" atau orang bandar, menyedari yang beliau tidak dapat mengancam mereka supaya berserah diri kerana rasa takut disebarkan.

Bagaimanapun, Kadir berkata, Najib, parti dan kerajaan makin lemah dari segi media, memandangkan media arus perdana kini kehilangan pembaca dan berdepan masalah kewangan.

Beliau berkata, integriti dan standard laporan mereka kini jatuh apabila mempertahankan Najib dan kerajaannya runtuh dalam setiap kes saman yang mereka tewas.

Sebaliknya, media bebas seperti akhbar Sinar Harian dan penerbitan di bawah The Edge Media Group, makin diterima pembaca, dan pada masa sama semakin ramai yang menggunakan blog, Facebook, Twitter dan Instagram.

"Percubaan Najib dan penyokongnya menggunakan platform ini, bermula dari PRU 2013, tidak berjaya dengan cemerlang.

"Sebaliknya, laman sesawang mereka digunakan rakyat untuk meluahkan cemuhan ke atas mereka."

www.themalaysianinsider.com

Masjid Larangan guna pembesar suara di luar masjid, surau di PP akan diwarta

Posted: 30 Sep 2015 09:45 PM PDT

Pulau Pinang Akan Haramkan Penggunaan Pembesar Suara 

Di Surau Dan Masjid



Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang akan diwartakan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas, lapor Bernama.

Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan

pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan beberapa isu penting antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau.

Sejumlah 10 aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) berkaitan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau dari Januari 2012 hingga Mei 2015 melibatkan pembesar suara di luar bagi bacaan dalam solat, zikir selepas solat, ceramah atau kuliah, rakaman Al-Quran atau zikir sebelum azan.

Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan surat keputusan minit mesyuarat itu dan berkata ia tidak menjejaskan kesucian dan syiar Islam malah selaras dengan nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah.

Beliau berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara berdasarkan beberapa pertimbangan terutama untuk memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu serta masyarakat.

"Suka juga dinyatakan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang membuat keputusan ini setelah berbincang panjang lebar dan mempertimbangkan isu ini dari pelbagai sudut.

"Isu itu dibawa ke mesyuarat berkenaan setelah Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerima beberapa aduan daripada masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan bunyi bising pembesar suara yang dipasang dengan volume yang sangat kuat," katanya.

Wan Salim berkata proses pewartaan larangan itu akan mengambil masa antara dua hingga tiga bulan iaitu ia akan dibawa kepada Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri dan mesyuarat exco kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum dimohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata JHEAIPP akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid seluruh negeri ini mengenai perkara itu agar mereka dapat menjelaskan kepada masyarakat Islam di qaryah masing-masing.

"Semoga dengan cara sedemikian isu itu tidak disalah faham oleh orang ramai dan tidak menimbukan kekecohan yang berpanjangan," katanya.

- Bernama

PAKATAN HARAPAN tiada kaitan dengan kerajaan Selangor... TAPI ada kaitan dengan pengundi2 Selangor... Tolong ingat sikit...

Posted: 30 Sep 2015 09:00 PM PDT

Pakatan Harapan beri kerajaan negeri Selangor masa tukar nama !!

Posted: 30 Sep 2015 08:30 PM PDT

Penubuhan pakatan baharu menyebabkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (kiri) dalam keadaan tersepit kerana kerajaan negeri bergantung kepada sokongan 13 wakil rakyat PAS dan 3 exco untuk bergerak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015.
Pakatan Harapan beri kerajaan negeri Selangor masa tukar nama Gabungan parti pembangkang baharu tidak beri tekanan kepada kerajaan negeri Selangor supaya isytihar dirinya kerajaan Pakatan Harapan.

Gabungan parti pembangkang baharu tidak beri tekanan kepada kerajaan negeri Selangor supaya isytihar dirinya kerajaan Pakatan Harapan

Gabungan parti pembangkang baharu tidak akan tergesa-gesa menekan kerajaan negeri Selangor mengisytiharkan dirinya kerajaan Pakatan Harapan, ketika timbul persoalan mengenai masa depan negeri terkaya Malaysia itu susulan pembentukannya baru-baru ini.

Ini kerana, pemimpin mereka memahami pepatah Melayu yang berbunyi, lain padang lain belalang; oleh itu, lain negeri lain pula pendekatan diambilnya. 
Demikian pendirian mereka dalam menentukan hala tuju kerjasama pakatan itu dengan PAS yang tidak menyertai gabungan itu, susulan hubungan tidak baik dengan DAP, bekas rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kini terkubur.

Pakatan baharu, yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), menyebabkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam keadaan tersepit kerana pentadbirannya bergantung kepada sokongan 13 wakil rakyat PAS dan 3 exco PAS untuk terus berjalan.

Kalau di Pulau Pinang, pimpinan kerajaan negeri mengumumkan dirinya negeri Pakatan Harapan beberapa hari selepas ia terbentuk pada 22 September lalu, perkara yang sama tidak akan dipaksa ke atas Selangor.

"Suasana Pulau Pinang berbeza dengan di Selangor dan juga Kelantan," kata Khalid Samad, pengarah komunikasi Amanah kepada The Malaysian Insider.

"Kita akan berikan masa kepada pimpinan di Selangor untuk menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menguruskan negeri ini," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng isytihar negeri itu kini adalah kerajaan Pakatan Harapan, bukan lagi Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng isytihar negeri itu kini adalah kerajaan Pakatan Harapan, bukan lagi Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengisytiharkan kerajaan Pulau Pinang kini adalah kerajaan Pakatan Harapan bukan lagi kerajaan PR. Ekoran pengumuman itu, secara perlahan-lahan, pimpinan Amanah akan mengambil tempat pimpinan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ini termasuk sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), majlis bandaraya dan perbandaran sehinggalah peringkat terendah iaitu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), kata sumber The Malaysian Insider. 
Difahamkan, hampir 500 pimpinan PAS di semua peringkat terlibat dengan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang ketika PR masih terbentuk. Empat Penyelaras DUN yang diwakili PAS,

iaitu di kawasan Sungai Dua, Bayan Lepas, Permatang Berangan dan Penaga, akan digantikan dengan wakil Amanah. Penyelaras DUN, yang menerima elaun tetap RM3,500 sebulan dari kerajaan negeri, umpama wakil rakyat yang dilantik kerajaan negeri di kawasan yang mereka kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Ketika kedudukan Yang Dipertua Maipp Datuk Salleh Man akan terus kekal sehingga tempohnya tamat kerana pelantikannya dibuat Yang Dipertuan Agong, kedudukan ahli Maipp daripada PAS,

Afnan Hamimi Mohd Taib, bakal tergugat. Namun kedudukan seorang lagi wakil PAS dalam Maipp, Rosidi Husin akan kekal kerana beliau menyertai Amanah.

Dua wakil PAS dalam majlis kerajaan tempatan juga akan terus gugur selepas meletakkan jawatan sebelum ini manakala 2 lagi akan dilantik semula kerana menyertai Amanah.

Sehubungan itu, penyokong Pakatan Harapan, khasnya akar umbi DAP dan Amanah tertanya-tanya bila kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, akan membuat pengisytiharan sama seperti Lim di Pulau Pinang.

Penubuhan pakatan baharu menyebabkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (kiri) dalam keadaan tersepit kerana kerajaan negeri bergantung kepada sokongan 13 wakil rakyat PAS dan 3 exco untuk bergerak. –

Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015.

Penubuhan pakatan baharu menyebabkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (kiri) dalam keadaan tersepit kerana kerajaan negeri bergantung kepada sokongan 13 wakil rakyat PAS dan 3 exco untuk bergerak. –

Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2015.

Bagi pimpinan Pakatan Harapan, kedudukan kerajaan negeri Selangor perlu distabilkan kerana baru setahun lalu ia bergoncang akibat dari Langkah Kajang dan penukaran menteri besar.

PAS mempunyai jumlah Ahli DUN yang besar di Selangor, iaitu 15 (kini 13 selepas 2 menyertai Amanah), sama dengan DAP, manakala PKR mempunyai 13.

Kedudukan Pakatan Harapan juga perlu distabilkan kerana ia baru dibentuk, apatah lagi Amanah belum selesai dengan perubahan nama dan struktur selepas ditukarkan dari pertubuhan asal, Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

"Bila Pakatan Harapan sudah mantap dengan strukturnya dan kami pun di Amanah sudah terbentuk dengan lengkap dan sudah mantap, kita akan bincang perkara ini. "Kita berilah masa dan ruang kepada PAS untuk memikirkan kembali sikap mereka kerana kami masih percaya PAS perlu menyertai pakatan ini," kata Khalid.

Katanya, jika PAS tetap tidak mahu bersama Pakatan Harapan, pimpinan gabungan pembangkang baharu itu akan membuat keputusan setelah memberikan peluang semaksimum mungkin kepada parti Islam itu. 
"Mungkin kita akan bentuk kerajaan campuran antara Pakatan Harapan dengan PAS di Selangor," kata Khalid.

Beliau turut berpandangan, sikap pimpinan PAS di Selangor agak berbeza dengan sikap pimpinan PAS di peringkat pusat yang katanya, lebih dipengaruhi PAS Terengganu. 
"Antara punca krisis dalam PAS ialah apabila pimpinan pusat, yang kebanyakannya dari Terengganu, mahu memaksakan pendirian PAS Terengganu kepada negeri lain yang sangat berbeza suasananya," katanya.


Khalid berkata, selepas muktamar pada Jun lalu meluluskan tanpa bahas usul memutuskan hubungan dengan DAP, PAS Selangor mengambil keputusan mencadangkan satu muktamar khas diadakan bagi mengubah balik keputusan itu. Ini kerana, katanya, PAS tidak ada masalah yang besar dalam hubungan dengan DAP dan mereka saling memerlukan satu sama lain dalam konteks Selangor.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Ada Kah Benar Siasatan Ini ?

Posted: 30 Sep 2015 08:00 PM PDT

Azahar Zanudin's photo.

Pakar Russia menyiasat wang rm2.6 billion masuk ke akaun peribadi ‪#‎NajibRazak‬ ada kaitan dengan rancangan Barat USA dan Israel sabotaj pesawat Malaysia. ‪#‎MH17‬ dan ‪#‎MH370‬ untuk tuduh Russia.

Jumlah wang yang mencurigakan suspek imbuhan rasuah sogokan dari barat sebanyak rm 2.6 billion itu hampir sama nilai harga pasaran 2 buah Boieng B777 sebanyak USD 320 juta bersamaan rm1.28 billion untuk satu unit pembelian pesawat boieng B777. 

Jika 2 unit Boeing B777 ia sudah berjumlah rm 2.56 billion hampir sama jumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak Perdana Menteri Malaysia. Wang itu disalurkan dari USA Falcon Private Bank seluruh dunia yang diasaskan oleh Israel, pemiliknya igor Kolomoyskyi sekarang menetap di kiev Ukraine. 

Siasatan ini mengikut kiraan ralat :

Usd 320 juta 1 unit boieng B777 x 4.0 nilai ringgit = rm1.28 billion x 2 buah boieng MH17 dan MH370 = rm 2.56 billion...

Kisah Hidup Bekas Menteri Terlampau

Posted: 30 Sep 2015 07:17 PM PDT


Posting di laman Facebook bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang mendakwa Raja Muda Selangor memeluk agama Kristian adalah bersifat menghasut, kata Dewan Diraja Selangor hari ini.

Walaupun Rahim berulang kali memohon maaf kepada istana kerana perbuatannya yang melanggar tatasusila itu, Setiausaha Dewan Hanafisah Jais berkata, dakwaan tidak bertanggungjawab itu mengandungi unsur fitnah.

"Setelah membaca kandungan kenyataan yang dikeluarkan Rahim, Dewan Diraja Selangor berpendapat dan merumuskan kenyataan tersebut berbaur hasutan dan mempunyai unsur­unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rahim menerusi akaun Twitter dan Facebook beliau pada 25 September lalu mendakwa Sultan Selangor bakal bertemu ketua agama Katolik dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bakal menukar agama kepada Katolik.

Beliau bagaimanapun menarik balik kenyataan itu yang menurutnya datang daripada laman web yang tidak disahkan kesahihannya.

Beliau juga memohon maaf sebanyak 3 kali sejak menarik balik kenyataan itu dengan permohonan maaf terkini dibuat semalam.

"Kenyataan beliau yang menyatakan Sultan Selangor akan bertemu Pope di Vatican City jelas merupakan pembohongan dan fitnah dan tidak seharusnya dikeluarkan beliau yang merupakan bekas ketua menteri dan timbalan menteri.

"Kenyataan beliau ini juga perlu dibanteras bagi mengelakkan umat Islam daripada terus mempercayai dan menyebarkan pembohongan dan fitnah ini yang boleh mengakibatkan mereka tergelincir menjadi golongan fasik," kata Hanafisah dalam kenyataan itu.

Rahim dalam kenyataannya memetik World Daily News Report, sebuah laman web satira, yang mendakwa Tengku Amir memeluk agama Katolik.

Beliau kemudian merakamkan kesedihannya berkenaan perkara itu yang menurutnya berlaku serentak ketika umat Islam yang menunaikan sedang haji terlibat dalam tragedi kematian di Mekah dan Arafah.

Menurut Hanafisah, ketua polis negara sendiri sudah mengesahkan berita itu palsu sejak ia mula viral tahun lepas lagi.

"Dewan Diraja melahirkan kekesalan kerana Rahim tiada langsung mengambil sebarang langkah menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang posting yang dibuat portal-­portal luar sebelum memberi pendapat dan komen beliau.

"Adalah amat mudah bagi beliau untuk membuat semakan bagi menentukan kebenaran berita berkenaan sekiranya beliau mempunyai sifat tanggungjawab," kata Hanafisah lagi.

Jelasnya lagi, Raja Muda Selangor kini menjalani latihan ketenteraan di United Kingdom dan akan menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila pulang ke tanah air.

"Dewan Diraja Selangor ingin memaklumkan Raja Muda ketika ini menjalani latihan pegawai kadet di Akademi Tentera di-­Raja Sandhurst, United Kingdom.

"Sekembalinya baginda ke negara, baginda akan ditauliahkan dalam perkhidmatan ATM," katanya.

"Dewan Diraja Selangor menyeru agar Rahim memberhentikan dengan serta-­merta segala tindak ­tanduknya menyebarkan berita palsu dan pembohongan ini," kenyataan Hanafisah dipetik.

Terdahulu, Hanafisah dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamed Munir Bani dilaporkan membuat laporan polis berhubung kenyataan Rahim itu.
 
 
 
ADDIN

'Kenyataan Rahim fitnah, menghasut'

Posted: 30 Sep 2015 09:15 AM PDT


'Kenyataan Rahim fitnah, menghasut'ULASAN Dewan di-Raja Selangor merasa amat dukacita di atas kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik di dalam akaun Facebook beliau yang diterima pada 25 September 2015, memberi komen tentang pertukaran agama oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Dewan di-Raja Selangor dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tohmahan dan fitnah berkaitan kenyataan ini yang merupakan satu pembohongan dan fitnah semata-mata.

Berikut dipetik kenyataan beliau:

"Berita pertukaran agama oleh putera Sultan Selangor, Tengku Amer Shah, ke Katholikisme amat menyedihkan umat Islam di seluruh Negara dan dunia."Kesedihan ini ditambah dengan dua tragedi yang menimpa umat Islam di Mekah dan Arafah. Moga hasrat Sultan Selangor bertemu Pope di Vatican City akan berhasil."

Setelah membaca kandungan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik tersebut, Dewan di-Raja Selangor berpendapat dan merumuskan bahawa kenyataan tersebut berbaur hasutan dan mempunyai unsur-unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor.

Dewan di-Raja melahirkan kekesalan kerana Tan Sri Rahim Thamby Chik tiada langsung mengambil sebarang langkah untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang posting yang dibuat oleh
portal-portal luar sebelum memberi pendapat dan komen beliau.Adalah amat mudah bagi beliau untuk membuat semakan bagi menentukan kebenaran berita berkenaan sekiranya beliau mempunyai sifat tanggungjawab.

dd

Tambahan pula posting tersebut telah diviralkan pada tahun lepas dan penafian telah dibuat olehKetua Polis Negara di akhbar-akhbar berikutan dengan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak istana.

Tindakan Rahim Thamby Chik memberi komen terhadap berita palsu ini dirasakan sengaja dilakukan dengan niat jahat (dishonest intention) bagi mencemar dan mempersoalkan akidah Raja Muda Selangor sebagai seorang Islam dan secara langsung menyatakan Raja Muda Selangor telah murtad.

Akibat dari komen beliau ini terdapat banyak respon dan komen yang dibuat oleh orang ramai terutama umat Islam yang menunjukkan kemarahan, kebencian, cacian mereka terhadap Raja Muda Selangor dan Sultan Selangor.

Di samping itu, kenyataan beliau yang menyatakan Sultan Selangor akan bertemu Pope di Vatican City juga jelas merupakan satu pembohongan dan fitnah dan tidak seharusnya dikeluarkan oleh beliau yang merupakan bekas ketua menteri dan timbalan menteri.

Kenyataan beliau ini juga perlu dibanteras bagi mengelakkan umat Islam dari terus mempercayai dan menyebarkan pembohongan dan fitnah ini yang boleh mengakibatkan mereka tergelincir menjadi golongan fasik.

Di dalam masa yang sama Dewan di-Raja Selangor ingin memaklumkan bahawa Raja Muda ketika ini sedang menjalani latihan pegawai kadet di Akademi Tentera di-Raja Sandhurst, United Kingdom. Sekembalinya baginda ke negara, baginda akan ditauliahkan di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.

Dewan di-Raja Selangor menyeru agar Rahim Thamby Chik memberhentikan dengan serta-merta segala tindak-tanduknya menyebarkan berita palsu dan pembohongan ini.-Mkini

Tempatkan Anwar di hospital, dia bukan nak lari, kata DS Wan Azizah

Posted: 30 Sep 2015 08:30 AM PDT


Tempatkan Anwar di hospital, dia bukan nak lari, kata Wan AzizahMendedahkan tahap kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang makin buruk, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Kementerian Kesihatan menempatkan ketua umum PKR itu di hospital bagi rawatan yang lebih kerap, terutamanya fisioterapi di bahu kanannya.

Beliau berkata, sekiranya suaminya itu diletakkan di hospital, ia bukan sahaja memudahkan pakar perubatan malah menjimatkan masa mereka, sambil menambah, Anwar bukannya hendak melarikan diri ke mana-mana.

"Permintaan rawatan Anwar paling mudah untuk diluluskan dan rawatan bukan berkos tinggi. Lebih baik Anwar dibawa ke hospital akan memudahkan."Sejam boleh buat (rawatan) Anwar dan selepas itu pesakit yang lain. Bukan kita menafikan rawatan pesakit lain. Takkan dia (Anwar) hendak lari," kata Dr Wan Azizah pada sidang media di pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Justeru, ketua pembangkang itu bersama barisan pimpinan Pakatan Harapan yang lain, hari ini menggesa Anwar dimasukkan ke hospital pada kadar segera untuk rawatan fisioterapi yang lebih berkesan.

"Rawatan fisioterapi dan rejim perubatan konservatif perlu untuk mengurangkan kesakitan dan mengelak kesan lebih teruk pada jangka masa panjang, sambil beliau menunggu rawatan pembedahan yang sesuai," kata Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR.

aa

Katanya, jika Anwar tidak ditempatkan di hospital lengkap, bekas ketua pembangkang itu perlu diberi fisioterapi 3 kali seminggu untuk rawatan intensif sementara menunggu pembedahan.

"Ini sama seperti rawatan fisioterapi yang dibuat sewaktu pemenjaraan pertama dahulu," kata Dr Wan Azizah yang mempersoalkan kenapa Anwar kali ini tidak menerima rawatan sama seperti ketika dipenjarakan pada 1999 hingga 2004 dahulu.

Beliau turut mendesak Datuk Dr S Jeyaindran, yang mengetuai 13 doktor bertugas merawat Anwar yang ketika ini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh sejak Februari lalu, supaya memudahkan proses rawatan.

"Bantu kami memudahcara proses untuk memastikan Anwar mendapat rawatan yang secukupnya pada kadar segera," kata Dr Wan Azizah.Katanya, selagi tidak mendapatkan rawatan fisioterapi yang berkesan, pembedahan Anwar tidak akan dapat dijalankan dan akan terus tertangguh. – TMI


Putrajaya bertindak BERLEBIHAN panggil duta China, kata Dr M

Posted: 30 Sep 2015 07:45 AM PDT


Putrajaya bertindak BERLEBIHAN panggil duta China, kata Dr MPutrajaya bertindak berlebihan apabila memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, berhubung kenyataan yang dibuat beliau mengenai perkauman di Jalan Petaling, Jumaat lalu, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Huang cuma mengulas soalan yang diajukan kepadanya mengenai "perhimpunan baju merah" yang dirancang diadakan di kawasan yang juga dikenali sebagai Chinatown itu pada Sabtu lalu tetapi kemudiannya dibatalkan.

"Saya rasa kerajaan bertindak berlebihan dalam perkara ini. Beliau pergi ke sana dan sudah tentu ada orang yang mungkin akan bertanya kepadanya, jadi beliau terpaksa jawab.

"Saya fikir hubungan antara China dan Malaysia adalah jauh lebih besar daripada sekadar kata-kata duta itu yang prihatin tentang isu perkauman yang sebenarnya digalakkan oleh kerajaan," kata Dr Mahathir kepada media selepas melancarkan Projek Pembelajaran Online Human Life Advancement Foundation (HLAF) di Kuala Lumpur, hari ini.

Huang mencetuskan kontroversi apabila melawat Chinatown, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, di mana beliau dilaporkan berkata, Beijing menentang keganasan, pelampau dan sebarang bentuk diskriminasi berasaskan kaum. – TMI


Azalina: Sebelum ini ada usul undi tak percaya

Posted: 30 Sep 2015 07:00 AM PDT


YB DATO SERI AZALINA OTHMAN

Usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri boleh dikemukakan walaupun tiada peruntukan khusus dalam peraturan mesyuarat mengenai perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata usul undi tak percaya kepada PM pernah dicadangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi pada Jun 2008 mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

Azalina: Sebelum ini ada usul undi tak percaya

Bagaimanapun, Azalina berkata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu bawah peraturan 18(7) kerana ia dikemukakan untuk mengambil ketetapan tidak percaya, sedangkan peraturan yang digunakan Wan Azizah adalah untuk merunding. 

"Maka, ini adalah jelas bahawa bukannya usul tidak dibenarkan tetapi ia bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat," kata Azalina dalam blognya hari ini.


Kenyataan Azalina itu dibuat selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang membidas bagaimana usul undi tak percaya tidak boleh berlaku di Malaysia speaker akan menyekatnya.

Menulis dalam blognya, Dr Mahahtir mendakwa sebelum ini tidak pernah ada undi tidak percaya terhadap perdana menteri di Dewan Rakyat disebabkan tiada pemimpin yang seteruk Datuk Seri Najib Razak.-Mkini

 

60 orang Asli di Pahang sertai DAP

Posted: 30 Sep 2015 06:15 AM PDT


IMG-20150927-WA093
MENTAKAB 30 SEPT: Selepas ramai personaliti terkenal menyertai DAP sejak beberapa bulan lalu, sekumpulan 60 orang Asli pelbagai lapisan usia di sini, turut berbuat demikian di Bukit Bendera Resort di sini, baru-baru ini.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata mereka dari Kampung Orang Asli Lubuk Perah menyerahkan borang penyertaan pada majlis yang dirasmikan Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai, 27 September lalu.

IMG-20150927-WA096 

"Penyertaan mereka ke DAP yang diketuai Tok Batin, Hajemi Din dan ketua kumpulan, Rusman Abu adalah pertama kali di Pahang. Mereka masuk secara sukarela berikutan keyakinan mereka kepada perjuangan parti ini.

"Apatah lagi, DAP sebelum ini banyak membantu dalam isu pencerobohan tanah di Bera dan pemusnahan tanaman berikutan sikap tidak bertoleransi Kerajaan Pahang," kata Adun entakab itu kepada RoketKini.

Sekalipun dilempar pelbagai fitnah, DAP menjadi parti pilihan ramai termasuk Pakar Perlembagaan, Aziz Bari; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said; bekas pemimpin Pemuda PAS Johor, Sheikh Omar Ali dan aktivis reformasi, Norazimah Mohamad Nor.

Selain orang Asal, Tengku Zulpuri berkata seramai 40 penduduk sekitar Kuantan dan Temerloh berketurunan Melayu berusia antara 30 hingga 40 tahun turut mengisytihar menyertai DAP.

Hadir sama ialah Adun Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed; Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid dan Ketua Cabang PKR Temerloh, Jamil Yaakob.

Program itu diadakan bersekali dengan acara Pasca Banjir: Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Sukarelawan dan Sukarelawati. – 


Roketkini.com

Ambiga anggap derma RM2.6 bilion pengakuan campur tangan kerajaan asing OLEH KC NAZARI

Posted: 30 Sep 2015 05:30 AM PDT


Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 30 September, 2015.
 Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim. 
 
 
 
 
 
Aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan menganggap kenyataan kerajaan berkenaan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri sebagai satu pembohongan yang menjerumuskan kerajaan ke dalam masalah lebih besar.

Penafian kerajaan yang ia bukan satu rasuah sebaliknya merupakan derma dari Timur Tengah ibarat satu pengakuan ia satu campur tangan dalam sistem pilihan raya Malaysia, kata presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) itu.

"Adakah mereka tahu apa yang mereka lakukan?

"Mereka sebenarnya menyatakan yang mereka membenarkan kerajaan asing dalam pilihan raya kita. 
 
"Bukankah ini tidak masuk akal? Mereka tidak sedar pembohongan itu tidak mengeluarkan mereka daripada masalah tetapi ia menjerumuskan mereka ke dalam lebih banyak masalah," katanya pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, jemaah menteri yang lain sepatutnya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengosongkan jawatan menteri kewangan sehingga kontroversi wang dalam akaun peribadinya itu dijelaskan dengan sempurna.

"Sekurang-kurangnya saya mengharapkan Kabinet yang bertanggungjawab akan menggesa beliau mengosongkan jawatannya buat sementara waktu," katanya.

Najib sebelum ini mengancam menyaman akhbar The Wall Street Journal yang mendedahkan kemasukan wang sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi beliau pada Mac 2013.

Beliau bagaimanapun tidak meneruskan hasrat itu selepas mendakwa wang itu merupakan "derma" pilihan raya dari Timur Tengah.

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan turut hadir pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 30 September, 2015. Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan turut hadir pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim.
Seorang lagi ahli panel forum, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan berkata pendanaan politik bagi membiayai pilihan raya sebagai punca utama kepada masalah rasuah dalam pentadbiran negara. 
 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua turut menjadi ahli panel dalam forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 30 September, 2015.
"Pembiayaan politik adalah ibu kepada semua rasuah. Hakikat yang parti politik perlu meraih sebegitu banyak wang bagi memenangi pilihan raya dan kekal berkuasa punca segala rasuah.

"Kita tidak akan mampu menangani masalah rasuah yang membelenggu kita hari ini selagi kita tidak menyelesaikan masalah pembiayaan politik ini," katanya.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua turut menjadi ahli panel dalam forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim.Sementara itu, pemimpin DAP Tony Pua yang turut menjadi ahli panel, membidas kenyataan Najib yang dakwanya sentiasa meminta masa selama 6 bulan bagi menyelesaikan masalah membelenggu dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, masalah berkenaan tidak akan mampu diselesaikan dalam jangka masa terdekat kerana 'lubang' hutang 1MDB sudah terlalu besar untuk ditutup.

"Dia minta tempoh 6 bulan pada Januari, dan memintanya semula pada Mac, Jun dan sekali lagi minta tempoh 6 bulan pada September.

"Dia akan terus minta 6 bulan kerana lubang (hutang) kini terlalu besar untuk dikambus," katanya. 

Forum malam tadi dikendalikan bekas ahli Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah dan turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider Jahabar Sadiq dan profesor ekonomi Universiti Malaya Terence Gomez sebagai ahli panel.



Khalwat: Putri Mardiana Kena Waran Tangkap ... Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 30 Sep 2015 04:45 AM PDT




Siakap kedah gelama ikan jelawat, 
Sikap dedah lama-lam tangkap khalwat..



HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR – Mah­kamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam mengeluarkan satu lagi waran tangkap oleh polis terhadap pelakon, Putri Mardiana dan teman lelakinya, Shahrizam Abdullah yang masih berdegil untuk menghadiri sebutan kes khalwat mereka.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan tersebut selepas Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya masih gagal menerima sebarang laporan daripada penguat kuasa yang bertanggungjawab melaksanakan waran tangkap sebelum ini.
"Mahkamah bersetuju menge­luarkan waran tangkap kepada polis selepas kedua-dua tertuduh gagal dikesan serta tidak hadir pada prosiding hari ini (semalam)," jelas Shaiful Azli semasa membuat keputusan.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

 

Ketika sebutan pertama yang dibacakan pada 23 Jun lalu, Putri Mardiana atau nama penuhnya Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, dan Shahrizam, 31, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah rumah beralamat di C-05-08, Jalan UP 1/1D, Ukay Perdana Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi 14 Disember 2014.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang boleh dihukum denda sehingga RM3,000, penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. (IH)

BERAPA KALI MAU BOHONG !!... Nak sedapkan hati rakyat dikatanya ringgit jatuh hanyalah sementara..

Posted: 30 Sep 2015 04:00 AM PDT


TETAPI setiap kali kamu kata sedemikian TERBUKTI RINGGIT TERUS JATUH BERTERUSAN HINGGA KINI RM4.53 berbanding US$1.

Ini sebahagian kenyataan pengampu KERAjaan yg dpt Admin senaraikan.. Antara lain spt dari kenyataan dari; -

Kata pakar Pong Teng Siew (Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research S/B).. "Kelembapan ringgit hanya sementara" -12/8/2015. -

Kata Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad, BPMB..


"Kejatuhan ringgit bersifat sementara" -9/5/2015.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Tun Mahathir Naik Angin ?

Posted: 30 Sep 2015 03:15 AM PDT

Hahaa.......bila datang soal duit dan kedudukan wala' pun diketepikan! ??

Posted: 30 Sep 2015 02:30 AM PDT


Iskandar: Itu pandangan peribadi ketua Dewan Ulama Shakira Buang Hari ini,

Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa parti itu mempertimbang keluar daripada kerajaan Selangor dikatakan hanya pandangan peribadi.

Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan mereka akan terus kekal dalam kerajaan pimpinan menteri besar PKR itu, walaupun selepas Pakatan Harapan dibentuk.

"Itu pandangan peribadi, bukan pandangan PAS Selangor.

Malah PAS Pusat bersetuju kita terus bersama di dalam kerajaan negeri Selangor.

"Kami di Selangor telah diarah untuk terus bersama dalam kerajaan," kata Iskandar yang juga naib presiden PAS kepada Malaysiakini.

ADUN Cempaka itu mengingatkan bahawa YAB Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sendiri menegaskan Pakatan Harapan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri Selangor.

"Pakatan Harapan adalah strategi politik untuk menghadapi PRU14," kata Iskandar. "Negeri Selangor dirampas bersama dari BN oleh PAS, PKR dan DAP bukan Pakatan Harapan," tegas Iskandar lagi.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahfodz sebagai berkata, PAS akan mempertimbangkan keputusan keluar daripada Selangor berikutan pembentukan Pakatan Harapan tanpa PAS.

"PAS tidak akan ada perhubungan lagi de­ngan DAP.

Kita akan bawa berbincang mengenai perkara ini (keluar dari Selangor) dalam jawatankuasa politik PAS dalam masa terdekat.

"Pakatan pembangkang yang baharu masih baharu dan secara realitinya, PAS masih berada dalam pakatan kerajaan di Selangor sehinggalah pilihan raya umum akan datang," Mahfodz dipetik sebagai berkata.

Dalam gabungan baru itu, PKR dan DAP menerima Parti Amanah Negara (AMANAH), serpihan PAS, sebagai sekutu baru.



Posted by mountdweller.

Pelajar kantoi ragut waktu cuti sekolah Posted by Kita Bantai

Posted: 30 Sep 2015 01:45 AM PDT

Pelajar kantoi ragut wanita
Kuantan: Dua pelajar lelaki yang mengambil kesempatan cuti sekolah akibat jerebu dengan melakukan jenayah ragut akhirnya tumpas apabila ditahan polis dalam operasi khas di dua lokasi berasingan di bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek yang masing-masing berusia 15 dan 17 tahun ditahan di rumah mereka di Lorong Sungai Isap dan Kampung Kurnia, di sini, selepas polis memperoleh maklumat berhubung kegiatan ragut dilakukan remaja terbabit.

Pelajar kantoi ragut wanita
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, dua suspek terbabit sebelum itu meragut beg tangan seorang wanita berusia 22 tahun dalam kejadian di bandar ini hingga menyebabkan mangsa kerugian lebih RM200.

"Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada bapanya sebelum mereka terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini.HM

Lelaki Dakwa Dipukul Guna 'Hanger' Kerana Selimut, Sering Disembur Racun Serangga Oleh Isteri

Posted: 30 Sep 2015 01:03 AM PDT


Seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang bisu dan pekak mendakwa dirinya dipukul oleh isterinya menggunakan penyangkut baju plastik oleh bekas isteri dilengan dan bahu selepas mereka bergaduh kerana selimut di rumah mereka di Bandar Baru Kubang Kerian, 5 Nov lalu.

Lelaki terbabit, Mohd Bazely Mohamed Amin, 28, yang pekak dan bisu sejak lahir memberi keterangan menggunakan bahasa isyarat di Mahkamah Majistret dibantu oleh jurubahasa yang kemudian menterjemah bahasa isyarat oleh beliau.

Selain dari dipukul dengan penyangkut baju, Bazely juga turut mendakwa dia disembur dengan penyembur serangga oleh bekas isterinya, Noor Ashiqin Azmi, 25, sebelum dia bertindak pergi ke rumah ibunya di Bachok.

"Dalam kejadian itu, saya bergaduh dengan isteri kerana dia mahu selimut.

"Isteri kemudian mengambil penyangkut baju plastik dan terus memukul lengan dan bahu saya," katanya memetik laporanmyMetro.

Bazeley dan Ashiqin kini sudah bercerai selepas dua bulan berkahwin.


Ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan, adakah dia pernah dipukul oleh Ashiqin sebelum ini, Mohd Bazely berkata ini adalah kali pertama.

"Bagaimanapun, sebelum kejadian itu, dia sering menyembur penyembur serangga termasuk ketika saya berada di dalam bilik air," katanya.

Ketika Bazely disoal oleh peguam bela, Mohd Faizal Hazim Abdul Rahman yang mewakili Ashiqin berhubung dakwaan adakah beliau pernah mengasari isterinya termasuk menolak sehingga keguguran, Mohd Bazely menafikan perkara itu.

"Saya tidak pernah menolaknya.

"Setahu saya dia tidak mengandung dan saya pun tidak tahu dia mengandung," katanya.

Mohd Bazely bagaimanapun mengaku dia menghidap penyakit sawan namun ia berlaku sebelum kejadian dia dicederakan oleh bekas isterinya itu.

Perbicaraan di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed  bersambung 24 November ini. - hmetro