Isnin, 28 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Najib: Hanya saya saja PM main golf dengan Obama

Posted: 28 Sep 2015 11:00 PM PDT



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih tersenyum bangga apabila boleh bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Disember lalu.

"Saya kini, untuk rekod, sebagai perdana menteri tunggal yang boleh bermain golf dengan Obama," katanya berseloroh dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di New York semalam.

Dalam rakaman ucapan yang diperolehi Malaysiakini, Najib berkata bahawa beliau tidak mendapat manfaat dari segi politik daripada perlawanan golf itu.

"Saya lakukannya kerana saya fikir ia adalah langkah positif untuk kita membina hubungan peribadi dengan presiden Amerika Syarikat. Saya lakukannya demi Malaysia, saya lakukannya demi rakyat.

"Malangnya masanya salah, saya tidak mendapat sebarang keuntungan politik," katanya, yang mengundang ketawa hadirin.

Najib berseloroh mengenai kecaman yang diterimanya sewaktu bermain golf dengan Obama sedangkan negeri di Pantai Timur mengalami banjir.

- mkini

Kiriman gambar Dr M dari Jakarta Oleh Shahbudin Husin

Posted: 28 Sep 2015 10:15 PM PDT


Kiriman gambar Dr M dari JakartaMalam semalam, 27 September, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah menerima anugerah "Star Of Soekarno" oleh Yayasan Pendidikan Soekarno di hotel Borobudur, Jakarta.

Penganugerahan itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap ketokohan, keberanian dan kepimpinan beliau dalam memperjuangkan suara hak asasi manusia di pelbagai peringkat antarabangsa.

Pengasas Yayasan Pendidikan Soekarno, Rachmawati Soekarnoputri yang merupakan cucu kepada bekas Presiden Indonesia itu telah menyampaikan bintang penganugerahan itu kepada Tun Mahathir.

Tun Mahathir kemudian diberi peluang menyampaikan ucapannya di hadapan tokoh-tokoh politik utama, pegawai tinggi kerajaan dan panglima-panglima tentera Indonesia.

Pagi ini pula saya telah menerima kiriman gambar-gambar sekitar majlis penganugerahan itu daripada seorang penjenguk blog ini yang menetap di Jakarta.

Beliau ialah Dr Fauzi Mohamad, seorang rakyat Malaysia yang berasal dari Pahang tetapi menetap kira-kira 17 tahun di Jakarta dan telah membina perniagaan serta keluarga di sana.

Dr Fauzi adalah jemputan khas daripada Rachmawati ke majlis tersebut sebagai mewakili seluruh rakyat Malaysia, khususnya yang menetap di Indonesia.

Beberapa hari sebelum ini, Dr Fauzi turut ditemubual oleh sebuah stesen televisyen Indonesia untuk menyampaikan penghargaan dan terima kasih bagi rakyat Malaysia atas penganugerahan itu.

Tahniah diucapkan kepada Tun Mahathir atas penganugerahan yang seharusnya membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Tahniah dan terima kasih juga kepada Dr Fauzi atas kejayaan di negara seberang serta kerana kiriman gambar-gambarnya ini. (SH 28/09/2015)

tt
Tun Mahathir bergambar selepas menerima anugerah tersebut.

ee
Tun Mahathir ketika menerima kalungan Star Of Soekarno.

rr
Dato' Dr Fauzi, rakyat Malaysia berasal dari Pahang yang dipilih hadir mewakili rakyat Malaysia dan sudi berkongsi gambar dengan pembaca blog ini.

ff
Dr Fauzi dan isteri bergambar kenang-kenangan bersama cucu-cucu Soekarno.-BlogSpot

Adakah rasisme semakin meningkat? Oleh Saifuddin Abdullah

Posted: 28 Sep 2015 09:45 PM PDT


Adakah rasisme semakin meningkat?DUA perhimpunan aman baru sahaja selesai, iaitu Bersih 0.4 dan Merah. Saya menyokong Bersih 0.4 atas lima objektif khususnya, iaitu pilihan raya bersih, kerajaan bersih, hak membantah, memperkasa demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi.

Bagi Merah, mereka berhak berhimpun, tetapi saya tidak menyokongnya kerana ia tidak mempunyai objektif khusus. Ia sekadar perhimpunan melawan Bersih 0.4. Adakah bermakna ia menolak lima objektif 0.4 yang penting untuk negara itu?

Oleh kerana semasa Bersih 0.4 timbul suara mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib supaya berundur, maka, Merah (yang melawan suara tersebut) adalah bertujuan untuk mempertahankan Datuk Seri Najib. Kalau ini objektifnya, maka, ia hak mereka yang wajar.

Tetapi, apabila dibandingkan objektif, cara dan kandungan penghujahan-penghujahan tentang kedua-dua perhimpunan itu, maka, adalah jelas bahawa penghujahan yang menyokong Bersih 0.4 dan tidak menyokong Merah jauh lebih substantif dan artikulatif.

Di samping itu, kedua-dua perhimpunan tersebut telah menimbulkan sekurang-kurangnya dua persoalan lain yang punya konotasi signifikan terhadap nilai kebenaran dan keadilan.Pertamanya, ialah double standard yang dilakukan daripada Perdana Menteri hinggalah Ketua Polis Negara dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

ww

Hujah-hujah lemah, ugutan dan ancaman yang digunakan bagi menghalang Bersih 0.4 tidak digunakan terhadap Merah. Tidak ditimbulkan soal democrazy, perhimpunan haram, kekacauan, kesesakan jalan raya, mengganggu perniagaan, memburukkan nama negara, berlawanan dengan demokrasi berparlimen atau menggulingkan kerajaan.Dan keduanya, dan ini adalah lebih utama, ialah elemen rasisme yang tercetus sebelum, semasa dan selepas Merah.

Penganjur dan penyokong Merah menuduh Bersih 0.4 didominasi kaum Cina. Benar, majoriti peserta Bersih 0.4 adalah Cina. Tetapi, peratusan komposisi Cina berbanding yang lain sukar ditentukan.

Tetapi, adalah tidak wajar untuk menuduh Bersih 0.4 didominasi Cina. Kerana, daripada tujuh orang penganjurnya yang disiasat polis selepas selesai perhimpunan itu, majoritinya bukan Cina.

Pokoknya, Bersih 0.4 dianjur, disokong dan disertai rakyat pelbagai kaum. Ini amat berbeza dengan Merah yang terang-terangan merupakan perhimpunan orang Melayu. Perhimpunan orang Melayu tidak menjadikannya rasis. Mungkin sekadar rasialisme.

Menurut Ooi Kee Beng, "rasialisme" ialah mempromosi kaum sebagai klasifikasi asas dalam diskusi dan dasar awam. Ia tidak menjadikan seseorang itu rasis, tetapi ia adalah satu keadaan ke arah itu.

Manakala "rasis" ialah seseorang yang berasa dan mempamerkan kebencian terhadap orang lain atas alasan kaum. Ia mungkin berpendapat bahawa sikapnya itu adalah moral (baik). Ia berpendapat kaumnya adalah lebih baik, atau terbaik, berbanding kaum-kaum lain.

Mungkin juga ia tidak berasakan kaumnya adalah lebih baik atau terbaik, tetapi, pokoknya, ia menghakimi manusia dengan berasaskan kaum. Seorang rasis adalah juga seorang rasialis.

ee

Apa yang merisaukan ialah elemen rasisme jelas kelihatan sebelum, semasa dan selepas Merah. Contohnya, ungkapan tiga orang Ketua Bahagian Umno, iaitu maki hamun diikuti pembakaran patung dua orang pemimpin Cina, kata nista terhadap Tun Mahathir dan Islam mengizinkan rasisme. Begitu juga ungkapan "Cina babi" dan sebagainya oleh peserta-peserta Merah.

Umno Malaysia perlu menyatakan pendirian atas hal ini. Kalau tidak, ia boleh dikatakan sebagai mengizinkannya. Ini penting kerana mutakhir ini wujud kerisauan bahawa kerajaan, ataupun tingkah-laku pemimpin-pemimpin tertentu, kelihatan semakin bergerak ke kanan dalam isu-isu dan dasar-dasar yang melibatkan kaum.

Ini membawa kita kepada persoalan lebih besar, iaitu, adakah kerajaan memiliki elemen rasisme? Ini dilihat dari sudut Politik Ras (Jill Vickers dan Annette Isaac), iaitu bagaimana kerajaan mencipta kaum; menggunakan undang-undang, dasar-dasar dan institusi-institusi untuk mendukung politik ras; menghalang perubahan; dan membangunkan faham "rasisme demokratik".

#Datuk Saifuddin Abdullah ialah CEO Gerakan Kesederhanaan Global. Beliau aktif di twitter: @saifuddinabd.-SH

 

Remaja 14 tahun dikurung, rogol bergilir-gilir ?? By canang

Posted: 28 Sep 2015 09:00 PM PDT


SEGAMAT - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menerima nasib malang apabila menjadi mangsa rogol dan dikurung selama lima hari oleh dua lelaki yang baharu dikenalinya selama sebulan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bersama keluarganya pada 25 September lalu.

"Mengikut keterangan mangsa, kali terakhir dia dirogol oleh suspek secara bergilir-gilir pada 25 September di sebuah rumah tumpangan di Jalan Genuang selepas diambil oleh suspek menaiki kereta di sekitar bandar Segamat pada 21 September lalu.

"Mangsa melarikan diri semasa suspek tidur sebelum pulang ke rumah keluarganya. Pada awalnya, keluarga mangsa menyangkakan anaknya itu pergi ke rumah salah seorang saudaranya memandangkan cuti sekolah dan tidak menyangka suspek dikurung dan menjadi mangsa rogol," katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 26 tahun dan mempunyai ikatan kekeluargaan itu kemudiannya ditahan di rumah mereka di Jalan Buloh Kasap, di sini, sejurus laporan polis dibuat.

Katanya, siasatan awal juga mendapati suspek menyewa sebuah rumah tumpangan sejak beberapa hari lalu dan mengawasi mangsa secara bergilir-gilir supaya mangsa tidak melarikan diri selain turut memberikan suspek makan dan minum.

"Siasatan lanjut juga sedang dijalankan sama ada mangsa telah dirogol di tempat lain sebelum itu dan mangsa juga turut diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).

"Kedua-dua suspek juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hasil pemeriksaan air kencing turut mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis Amphetamine," katanya.

Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol

EKONOMI MEMBIMBANGKAN - ZETI

Posted: 28 Sep 2015 08:15 PM PDT


Gobenur Bank Negara, Zeti Aziz.
Kalau sebelum ini Gebenur Bank Negara Zeti Aziz selalu tampil dengan penuh keyakinan mengumumkan pertumbuhan Keluran Dalan Negeri Kasar (KDNK) dengan setiap tiga bulan sekali, atau pun diulang bila-bila masa diperlukan dengan penuh bangga, tetapi kini tidak lagi.

KDNK negara masih lagi berlegar di sekitar 4.5% hingga 5.5%.

Zeti yang sangat berhati-hati membuat kenyataan berhubung perkembangan ekonomi negara kerana suaranya sangat penting bimbang mempengaruh sentimen pelaburan, tampaknya tidak dapat terus mempertahankan "keselamatan" negara dalam aspek data ekonomi dan kewangan yang kian meruncing ketika ini.
Beliau akhirnya terpaksa juga bercakap dengan nada yang tidak menyenangkan pihak kerajaan apabila tidak dapat membohongi keadaan yang berlaku kini. Kita memahami apa dilakukan Zeti itu suatu keadaan yang sangat memaksa dirinya.
Beberapa hari lepas Zeti telah mengeluarkan kenyataan pedas dan menghiris jiwa kerajaan apabila beliau menduga kedudukan ringgit Malaysia kini yang merudum berbanding dengan mata wang asing tetap tidak akan stabil dan berada diparas rendah selagi isu 1MDB tidak diselesaikan.
Zeti secara terang-terang telah menyalakan skandal 1MDB menyebabkan pelabur kurang berminat untuk terus melabur di negara ini.
Kenyataan Zeti itu adalah telus dan dianggap berani sehinggakan ia tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang menjadi pembodek dan pendolor jubur PM.
Sehubungan itu beliau lantas menggesa kerajaan agar menyelesaikan perkara tersebut. Dalam gesaan itu sudah tentu beliau meletakkan tanggungjawabnya kepada Perdana Menteri Najib Razak. Jelas beberapa perkara dibangkitkan berhubung syarikat perlaburan 1MDB itu tetapi dijawab secara tuntas oleh Najib sehingga sekarang.
Salah satu faktor kenapa Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan menyerang Najib ialah kerana Najib gagal menjelaskan kedudukan sebenarnya mengenai syarikat pelaburan strategik itu.
Sementara dana RM2.6 billion yang dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib yang masih dipertikaikan juga tidak dijawab dengan jelas. Gara-gara itu menyebabkan para pelabor boleh beranggapan Malaysia adalah negara penerima dan pemakan rasuah dalam skala besar.
SUARA SORE
Sudah tentu bagi tanggapan pelabur wang RM2.6 billion itu adalah untuk tujuan rasuah.

Untuk menyelamatkan negara Zeti tidak terhenti setakat itu sahaja. Terbaru beliau terus bersuara untuk memulihkan keadaan ekonomi negara kali ini meminta agar kerajaan terus memberi keyakinan kepada pelaburan asing. Kali ini beliau merujuk kepada penarafan status sampah (junk status) yang dibuat ke atas Malaysia.
Minggu lalu agensi berita Bloomberg melaporkan berdasarkan data daripada agensi Penarafan Moody's Corp pelabur melibatkan enam negara membangun termasuk Malaysia layak diturunkan penarafan ke "status sampah" (junk status) sama seperti Brazil.

Laporan itu telah meletakkan Malaysia dalam sebuah negara yang kritikal dan menakutkan palaboran asing untuk datang melabor ke sini.

Status itu kata Zeti bukan dilakukan oleh agensi penarafsan, tetapi ia perlu dilakukan oleh negara kita sendiri dengan menjelaskan apa yang berlaku. Apa yang dimaksudkan Malaysia perlu menjelaskan tanggapan umum yang telah menarafkan ekonomi kita sama dengan Brazil. Malaysia kena menafikan dan membuktikan bahawa tuduhan itu tidak betul.

Tanggungjawab ini, menjelaskan keadaan negara kita, menurutnya terletak ditangan kita seperti mana yang pernah kita hadapi sebelum ini semasa negara menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1999.

Kali ini Zeti tidak mengulangi gesaannya supaya kerajaan meyelesaikan isu 1MDB tetapi dengan memberi pandangan untuk mengubah persepsi melemahkan pertumbuhan ekonomi negara seperti mana dilaporkan itu dengan meminta kita sendiri menanganinya.
Semua orang perlu faham apabila Gebenur Bank Negara membuat ulasan seperti itu ia menunjukkan masalah ekonomi Malaysia yang buruk kini dapat diatasi sekiranya Najib Razak berundur dari kerusi perdana menteri. Umum tahu isu 1MDB adalah ilham Najib dan beliaulah yang bertanggungjawab ke atasnya.
Kedegilan Najib untuk terus melangok disitu akan membebankan negara.
Apabila Zeti yang dianggap begitu berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan yang boleh mempengaruhi perkembangan ekonomi negara, tiba-tiba beliau bersuara juga jelas menunjukkan ekonomi kita sangat teruk dan beliau sendiri seakan sudah berada dalam dilema berada di Bank Negara.
Hal seperti ini belum pernah berlaku kepada mana-mana Gebenur Bank Negara sebelum ini tetapi terjadi ketika Malaysia dipanggungi oleh Najib. [wm.kl.7:46 pm 28/09/15]

APA KESUDAHAN DENGAN SIASATAN SKANDAL 1MDB DAN RM2.6 BILION?

Posted: 28 Sep 2015 07:45 PM PDT


Zar Ali's photo.
 1. Saya percaya ramai yang tidak tahu sejauh mana siasatan terhadap skandal 1MDB dan RM2.6 bilion ini sedang berjalan.

2. Saya percaya ramai yang tidak tahu apa yang Tan Sri Mohamed Apandi Ali sedang lakukan sekarang dengan kedua-dua skandal ini setelah beliau dilantik menjadi Peguam Negara.

3. Saya juga percaya ramai yang tidak tahu sejauh mana siasatan pihak polis yang diketuai oleh Ketua Polis Negara terhadap kedua-dua skandal ini.

4. Saya dan rakyat Malaysia juga sudah lama tidak mendengar hasil siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap RM2.6 bilion dan SRC International.

5. Yang saya dan ramai rakyat Malaysia tahu, mereka yang serius mengkritik skandal ini pula yang diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan yang terbaru adalah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan di bawah SOSMA atas dakwaan cuba mensabotaj negara.

6. Beginikah tahap kecekapan badan-badan besar yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat skandal 1MDB dan RM2.6 bilion?

7. Apa yang menyebabkan badan-badan ini mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiasat skandal ini?

8. Mengapa terlalu sukar untuk badan-badan ini untuk menemui bukti-bukti penyelewangan dan salah laku yang berlaku di dalam kedua-dua skandal ini?

9. Selama ini ramai yang memuji dan menyatakan bahawa PDRM dan SPRM adalah badan penyiasat yang cekap dan tangkas dalam menangani kes-kes rasuah dan jenayah.
Tetapi apabila melibatkan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion, ramai menjadi was-was dan ragu-ragu serta bernyata mengapa kedua-dua badan ini kelihatan tidak bermaya dan lembap?

10. Mengapa siasatan terhadap kedua-dua skandal ini dilihat seperti dilengah-lengahkan?

11. Mengapa penyelewengan yang berlaku di dalam skandal ini perlu disembunyikan?

12. Apa yang telah badan-badan ini lakukan terhadap Najib dan suspek yang terlibat di dalam kedua-dua skandal ini?

13. Apa sudah jadi dengan badan-badan ini? Adakah mereka hendak menyelamatkan Najib dan kuncu-kuncunya atau hendak menyelamatkan Malaysia?

14. Akhirnya, adakah siasatan ini hanya sekadar satu lakonan dan sandiwara atau bagaimana?

15. Apa kesudahannya, rakyat mahukan jawapannya ! 



Amanah . Progresif . Peduli ‪#‎HarapanBaru‬=

PANAS - Perjanjian TPPA Akan Ditandatangani Sehari Dua Lagi

Posted: 28 Sep 2015 07:15 PM PDT





Dapat mesej ni dari rakan mengenai Majlis Penerangan TPPA di PWTC petang tadi. Agak mengejutkan apa yang ditulis, saya copy sepenuhnya ( dengan pembetulan ejaan ) -

Secara halusnya, Tok Pa kata kita takut terlepas peluang. Mungkin tandatangan dalam 1-2 hari, itu pun lepas sebulan akan detail perjanjian akan dikeluarkan untuk tatapan awam. Kemudian akan dikemukakan di sidang parlimen untuk dipersetujui.

Wooooo..... TPPA nak di sain dalam masa terdekat ni ? Sehari dua ni ? Oleh Najib yang kebetulan di New York .... yang kebetulan berdepan dengan siasatan FBI terhadap kelaku nya dalam soal duit bilion2 .....

Saya tak dapat mengesahkan kebenaran mesej itu tapi memandangkan keseriusan dakwaannya, saya postkan juga. Kalau benar bagaimana ?

Kita tidak mahu modus operandi ala 1MDB berulang bawah Najib di mana digunakan cara BUAT DULU, CERITA KEMUDIAN.

Harap mendapat penjelasan dari pihak berkenaan.

Banyak Al Quran Palsu, ayat ayat palsu tambahan dan surah surah palsu berada di dalam Cetakan Al Quran Palsu..

Posted: 28 Sep 2015 06:45 PM PDT

Pemerintah Tertinggi negara nie apa yg mereka buat untuk melindungi kedaulatan agama islam? 

Jangan hanya nak harapkan hal nie Jabatan Agama sahaja bertindak..di mana raja raja melayu? yang di pertuan agong? Perdana menteri? Kenapa taknak bertindak pada hal hal SERIUS macam nie? 

INIKAH PENAUNG KETUA AGAMA ISLAM DI NEGARA INI? 

SEDANGKAN SEMUA PUN GILER BERPOLITIK 

TAPI DALAM BAB BAB AGAMA ISLAM LANGSUNG TAKNAK PEDULI..ISLAM 

APA NIE???? 

 ATAU NAK TUNGGU ALLAH TURUNKAN BALA KEPADA RAKYAT DAN NEGARA NIE? 

MASYA ALLAH...

Kesian Reezal Merican.. Menteri Batal Arahan Panggil Duta China

Posted: 28 Sep 2015 06:15 PM PDT

Wisma Putra batal panggil duta China





Wisma Putra telah membatalkan untuk memanggil Duta China, Huang Huikang, dilaporkan selepas ia dibatalkan oleh pemangku Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Akhbar harian Sin Chewmelaporkan bahawa keputusan untuk memanggil duta China itu yang dibuat oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Reezal Naina Merican, telah dibatalkan oleh Hamzah.

Hamzah merupakan timbalan menteri luar sehingga rombakan kabinet Julai lalu, di mana beliau dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.

Kenyataan Huang semasa melawatJalan Petaling baru-baru ini dilihat sebagai campur tangan asing, tetapi Huang menjelaskan ia hanya satu lawatan muhibah.

Sin Chew melaporkan Huang tidak menerima panggilan rasmi dari Wisma Putra, walaupun Kementerian Luar mengeluarkan kenyataan akhbar semalam untuk mengesahkan ia memanggil duta itu untuk mendapatkan penjelasan.

China Press juga memetik sumber sebagai berkata, Huang tidak akan ke Wisma Putra di Putrajaya hari ini.

Huang dijadualkan untuk menghadiri satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.

Malaysiakini telah menghubungi Reezal dan Hamzah untuk mendapatkan respons mereka.

- mkini

BERTAUBAT LAH AZWAN !! - Lihat Video Ini

Posted: 28 Sep 2015 05:45 PM PDT

Azwan Ali Buat Kecoh Lagi Maki Dan Gelar Ibu Bapa Peminatnya Anjing






Jika sebelum ini menjadi isu Azwan Ali memaki peminat gara-gara salah faham perkataan Menate, kini nampaknya perkara serupa berulang apabila dia dilihat sekali lagi memaki peminatnyanya hanya kerana salah faham perkataan JB.

Azwan Ali dikatakan ada memuat naik gambar di laman Instagramnya yang mempromosi rendang yang dibuat olehnya untuk dijual.

Namun ada peminat bernama Sitijuha bertanyakan kepadanya "jb xde ke?" yang membawa maksud di Johor Bahru tidak ada penghantaran ke.



Namun kerana dek salah faham selebriti berkenaan tanpa sebarang usul periksa, Azwan menggeluarkan kata-kata kesat kepada peminat di Instagram beliau selepas menyangka individu tersebut mempersoalkan jika Azwan kini sudah tidak ada "job".
Baru selesai kes Menate, sampai ayah Rani Kulup 'soaud' suruh mintak maaf, sekarang dia baut lagi kerana terlalu ikut berasaan. Betul kata orang, "Ikut hati, mati".

Kerana terlalu ikutkan perasaan, peminat yang tidak bersalamh menjadi mangsa makian yang tidak berakal tersebut. Dari peminat itu yang berniat hendak membeli jualan beliau sudah pasti terbantut. Hendak berniaga pun jagalah tutur kata. -Siakapkeli.my


Muhyiddin, Shafie - jangan duduk diam saja Oleh Shahbudin Husin

Posted: 28 Sep 2015 05:15 PM PDT


Muhyiddin, Shafie - jangan duduk diam sajaTimbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akan tiba di KLIA daripada lawatannya ke Bosnia dan Sarajevo, petang ini pada kira-kira jam 4.30 petang.
Mesej kepada rakan-rakan, sahabat dan penyokongnya agar dapat bersama-sama menyambut kepulangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah mula diedarkan sejak semalam lagi.

Di Bosnia minggu lalu, Muhyiddin telah bersama-sama dengan Tun Mahathir diberi penghormatan meraikan ulangtahun ke 20 keamanan Bosnia di mana rakyat negara itu begitu menyanjung tinggi dan terhutang budi dengan peranan yang dimainkan oleh bekas Perdana Menteri terhadap mereka selama ini.

Mengikut laporan media, ramai rakyat Bosnia yang menangis ketika Tun Mahathir mahu pulang kerana mengenangkan begitu banyak sumbangan dan peranan yang dimainkannya sejak negara itu bergolak.

Walaupun sudah dipecat daripada jawatan kerajaan bersama dengan Najb Presiden UMNO, Shafie Apdal, realitinya Muhyiddin belum ditinggalkan sepenuhnya, terutama oleh penyokong setia ataupun daripada golongan pencinta kebenaran, walaupun tiada lagi "gula ditubuhnya" sebagaimana ketika berjawatan menteri sebelum ini.Tetapi harapan ramai ialah agar Muhyiddin dan Shafie tidak sekadar berdiam diri saja dengan pelbagai isu yang melanda negara.

Memang Muhyiddin dan Shafie dilihat kerap memberi kenyataan media berkaitan isu-isu tertentu, tetapi peranan mereka sebenarnya diperlukan lebih daripada itu.

Kedua-dua mereka perlu lebih agresif turun padang menghadiri pelbagai program, menerima jemputan NGO-NGO dan menemui seramai mungkin kelompok masyarakat bagi menyuarakan pandangan mengenai permasalahan dalam negara.

Sekarang ini terlihat hanya Tun Mahathir seorang yang begitu aktif, bukan saja menyuarakan pandangan dan kritikan melalui blognya, bahkan tidak henti-henti menghadiri pelbagai program dalam usahanya menyingkirkan Najib Razak atas kepercayaannya untuk menyelamatkan negara ini.

Dalam hal ini, Muhyiddin dan Shafie harus sama aktif dengan Tun Mahathir jika mereka benar-benar yakin keadaan negara sedang bermasalah ketika ini dan perlu dipulihkan dengan segera. 

Berdiam diri hanya akan menyebabkan mereka semakin dilupakan, tidak dipedulikan dan akhirnya "mati kering" begitu saja.

Turun naik dan kehilangan jawatan adalah perkara biasa bagi mana-mana pejuang, malah kebanyakan pemimpin terbilang biasanya pernah mengalami pengalaman terbuang sebelum nama mereka dijulang. -BlogSpot


Memalukan.. Reezal Merican Tak Faham Protokol

Posted: 28 Sep 2015 09:15 AM PDT

REEZAL MERICAN

Panggil duta China: Timbalan menteri luar tak ikut protokol

Timbalan Menteri Luar Negara Datuk Seri Reezal Naina Merican didakwa tidak mengikut protokol ketika memanggil duta China Huang Huikang.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata untuk memanggil Huang, ia mesti dibuat oleh menteri luar negara selepas berunding dengan perdana menteri.

"Sekarang kedua-dua pihak, perdana menteri dan menteri luar negara berada di luar negara, jadi pemangku menteri luar ialah (Datuk) Hamzah (Zainuddin)," katanya kepada Malaysiakini.

Nazri berkata perbualannya dengan Hamzah semalam mendapati pemangku menteri luar itu tidak menerima arahan daripada menteri atau perdana menteri untuk memanggil Huang.

"Timbalan menteri tidak boleh panggil duta kerana pemangku menteri ialah Hamzah," katanya.

"Itulah sebabnya bila saya sahkan dengannya (Hamzah) beliau tidak terima arahan daripada kedua-dua pihak, menteri luar dan perdana menteri (untuk memanggil Huang) yang saya simpulkan tiada keperluan kepada duta itu untuk ke Wisma Putra."

Nazri bagaimanapun tidak pasti sama ada Reeezal (gambar) membuat silap susulan baru dilantik ke jawatan itu. Tugasannya berkuat kuasa pada 28 Julai selepas rombakan kabinet terbaru.

Sin Chew hari ini melaporkan Hamzah sebagai membatalkan panggilan itu.

Hamzah merupakan timbalan menteri luar sehingga rombakan kabinet Julai lalu, yang mana beliau dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.

Kenyataan Huang semasa melawat Jalan Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini dilihat sebagai campur tangan asing, tetapi Huang menjelaskan ia hanya lawatan muhibah.

Sin Chew melaporkan Huang tidak menerima panggilan rasmi daripada Wisma Putra dan Huang tidak akan ke Wisma Putra di Putrajaya hari ini.

Huang dijadualkan untuk menghadiri satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.

Malaysiakini telah menghubungi Reezal dan Hamzah untuk mendapatkan respons mereka.

- mkini

Saifuddin belum terima surat tunjuk sebab daripada Umno OLEH RAM ANAND

Posted: 28 Sep 2015 08:30 AM PDT

Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah menyampaikan ucaptama di seminar pembangunan semula belia bandar di Kuala Lumpur, hari ini.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 28 September, 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah menyampaikan ucaptama di seminar pembangunan semula belia bandar di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah menyampaikan ucaptama di seminar pembangunan semula belia bandar di Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah masih belum menerima surat tunjuk sebab daripada Umno kerana menghadiri perbincangan meja bulat mengenai pembentukan pakatan pembangkang baharu, minggu lalu.

Saifuddin ketika ditemui wartawan selepas melancarkan forum pembangunan semula belia bandar di Kuala Lumpur hari ini berkata, pejabatnya masih belum menerima surat berkenaan, walaupun Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa surat berkenaan sudah dihantar.

"Ada cuti Hari Raya Haji dan pejabat GMM juga tutup pada Jumaat. Tetapi setakat ini, saya belum terima.

"Mungkin ia masih dalam perjalanan," katanya.

Saifuddin, yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO) Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berkata beliau akan membuat keputusan mengenai tindakan selanjutnya selepas menerima surat berkenaan.

Tengku Adnan sebelum ini berkata Saifuddin "mencemar" nama Umno dengan menghadiri meja bulat itu walaupun beliau adalah ahli Umno.

Saifuddin bagaimanapun berkata beliau menghadiri forum itu atas kapasiti sebagai NGO dan ahli masyarakat sivil.

Ahli lama dalam Umno itu pernah menjadi timbalan menteri pendidikan tinggi, ahli Majlis Tertinggi dan ahli Parlimen Temerloh.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013, beliau gagal mempertahankan kerusinya di Temerloh dan kalah dalam pemilihan parti, menyebabkan beliau kini hanya ahli biasa.

Dianggap sebagai salah seorang ahli Umno yang progresif, Saifuddin lantang bercakap dan mengkritik dasar kerajaan.

Bagaimanapun, beliau berkata enggan meninggalkan Umno. – 28
 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

6 individu didakwa bunuh Kevin Morais, doktor dituduh bersubahat OLEH V.ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 28 Sep 2015 08:00 AM PDT



Tujuh tertuduh dalam kes pembunuhan timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais di depan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini

Tujuh tertuduh dalam kes pembunuhan timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais di depan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Enam lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas kesalahan membunuh manakala seorang doktor tentera dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais, awal bulan ini.

Tertuduh, G Govindan, 47; S Nimalan, 22; S Subramaniam, 44; A Thinesh Kumar, 22; M Vishwanath, 44, dan R Dinishwaran, 22, didakwa membunuh Morais antara jam 7 pagi dan 8 malam di Jalan Dutamas Raya di Sentul dan Jalan USJ 1/6D di Subang Jaya pada 4 September.

Sementara itu, pakar patologi Dr R Kunasegaran didakwa kerana bersubahat.

Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Semua 7 suspek berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Hakim mahkamah rendah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes jenayah yang membawa hukuman bunuh.

Timbalan pendakwaraya Datuk Abdul Razak Musa berkata kepada mahkamah, polis masih menunggu hasil laporan ujian kimia dan bedah siasat.

Kesemua mereka direman sehingga perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi selepas ini.

Siti Radziah kemudiannya menetapkan kes itu untuk sebutan pada 30 November.

Turut hadir adalah timbalan pendakwaraya Manoj Kurup, yang merupakan pegawai atasan Morais, dan Dusuki Mokhtar.

Datuk N Sivananthan dan Datuk Geethan Ram Vincent mewakili Dr Kunasegaran manakala M Manoharan mewakili Dinishwaran.

Mereka yang lain tidak diwakili peguam.

Mayat Morais ditemui dalam tong yang diisi simen pada 16 September di Subang Jaya. – 28 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Wan Azizah bosan dengan masalah DAP, PAS, lapor akhbar

Posted: 28 Sep 2015 07:15 AM PDT


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pelbagai konflik dalaman antara parti akan menjejaskan sokongan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pelbagai konflik dalaman antara parti akan menjejaskan sokongan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui kini bosan dengan masalah berterusan yang melanda parti pembangkang, terutamanya DAP dan PAS, menurut Utusan Malaysia hari ini.

Presiden PKR itu dilaporkan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan konflik dalaman antara parti pembangkang akan menjejaskan sokongan pengundi kepada mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"Macam-macam yang timbul dan kadangkala saya rasa seperti mahu mengalah, tetapi apabila fikirkan perjuangan selama 16 tahun, saya teruskan juga," ketua pembangkang itu dipetik berkata akhbar milik Umno itu.

Katanya, antara konflik dalaman yang dihadapi pembangkang ialah perpecahan Pakatan Rakyat (PR) di mana PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang tersebut dan kini tempat parti Islam itu diambil alih Parti Amanah Negara, selain beberapa masalah yang melanda DAP.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah juga mengingatkan semula bagaimana kerjasama dalam PR sebelum ini berjaya mengubah persepsi penyokong parti terhadap PAS dan DAP.

Katanya, pengundi Cina dahulu mengganggap PAS sebagai ala-Taliban manakala DAP dilihat sebagai komunis oleh ahli PAS.

Bagaimanapun, katanya persepsi tersebut berubah apabila bermulanya kerjasama antara DAP, PAS dan PKR sehingga mewujudkan Pakatan Rakyat. – 28 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Khairuddin cabar tahanan Sosma OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 28 Sep 2015 06:30 AM PDT

Bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan habeas corpus beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2015.

Bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan habeas corpus beliau.

Bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan habeas corpus beliau.

Bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan permohonan habeas corpus, susulan penahanannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 yang didakwanya tidak mengikut undang-undang

Peguamnya, Mohamed Hanif Khatri Abdulla memberitahu The Malaysian Insider, dokumen mahkamah difailkan di Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi.

Khairuddin menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan sebagai responden dalam permohonannya. – 28 September, 2015.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Khairuddin cabar tahanan Sosma


Bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan habeas corpus beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2015. Bekas ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan habeas corpus beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2015.
Bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan permohonan habeas corpus, susulan penahanannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 yang didakwanya tidak mengikut undang-undang Peguamnya, Mohamed Hanif Khatri Abdulla memberitahu The Malaysian Insider, dokumen mahkamah difailkan di Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi.
Khairuddin menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan sebagai responden dalam permohonannya. – 28 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairuddin-cabar-tahanan-sosma#sthash.ZNWdohfI.dpuf

PKR sedia sertai Himpunan Hijau

Posted: 28 Sep 2015 05:45 AM PDT


PKR sedia sertai Himpunan HijauKOTA BHARU - PKR Kelantan bersedia untuk menyertai Himpunan Fastaqim (H60K) atau baju hijau jika matlamat penganjurannya membawa kebaikan kepada semua.

Pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir berkata, setakat ini pihaknya masih belum mendapat jemputan secara rasmi daripada penganjur perhimpunan.

"Jika tujuan himpunan untuk kebaikan kepada agama dan negara. Insya-ALLAH kita akan menyertainya," katanya semalam.

Dalam masa sama, Ab Aziz percaya himpunan yang bertemakan hijau itu akan berlangsung dalam suasana aman dan penuh disiplin.

"Amat tidak patut kiranya ada kumpulan yang akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan provokasi," katanya.-SH


Keluarga mahu pakar bedah ortopedik diberi akses rawat Anwar

Posted: 28 Sep 2015 05:00 AM PDT


Keluarga mahu pakar bedah ortopedik diberi akses rawat AnwarSelepas menuntut pengguguran Datuk Dr S Jeyaindran sebagai ketua panel merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarganya hari ini mengulangi tuntutan sama dan turut meminta pakar bedah ortopedik diberikan akses untuk merawat Anwar.

Dalam satu kenyataan, peguamnya Sivarasa Rasiah, N Surendran dan Latheefa Koya berkata, keluarga Anwar mengecam tindakan kerajaan melewat-lewatkan rawatan bekas ketua pembangkang itu.

"Oleh itu, kami bagi pihak keluarga Anwar, menuntut Dr Jeyaindran digugurkan sebagai ketua panel pakar perubatan Anwar dan sebagai pakar perubatan beliau.


"Dan, Anwar dimasukkan ke wad dengan segera dan dibenarkan berunding dengan pakar bedah ortopedik pilihannya serta pembedahan dijalankan segera," kata mereka.

Merujuk kenyataan ketua pengarah Kementerian Kesihatan sebelum ini yang kononnya terdapat pakar yang memberi rawatan kepada ketua umum PKR itu, mereka mendakwa ia tidak benar.

"Ketua pengarah mendakwa mereka sekarang benarkan seorang konsultan ortopedik pilihan keluarga Anwar untuk memberi pandangan kedua.

"Bagaimanapun, permohonan ini sudah lama dibuat dan tidak pernah dipenuhi setakat ini. Kenapa ia dilengah-lengahkan?," soal mereka. –TMI


Adakah Azmin berjaya selesaikan krisis air Lembah Klang?

Posted: 28 Sep 2015 04:15 AM PDT


Adakah Azmin berjaya selesaikan krisis air Lembah Klang?Siri kedua semakan pencapaian Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar, kami melihat kembali penstrukturan semula air. 

Apakah Azmin berjaya menjalankan tugas yang lebih baik berbanding Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan adakah ini bermakna tamatnya krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya?

Kebarangkalian berlakunya krisis bekalan air mungkin berulang di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun kerajaan negeri sudah memeterai perjanjian penstrukturan semula industri air yang tertangguh sejak sekian lama.

Pakar industri air, S Piarapakaran berkata ia adalah kesan akibat melambat-lambatkan penstrukturan air tersebut yang bermula di bawah pentadbiran bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kini diteruskan penggantinya, Mohamed Azmin Ali.

Penstrukturan industri air adalah janji utama Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Namun perubahan menteri besar pada 2014 melambatkan proses menandatangani perjanjian yang akan memulakan proses secara formal.

Melalui penstrukturan, industri air Selangor akan dikeluarkan daripada seliaan syarikat swasta dan diletakkan di bawah syarikat milik kerajaan negeri, Air Selangor.

PR Selangor berkata, amat perlu untuk membekalkan air kepada penduduk dengan kadar berpatutan dan menyelesaikan masalah sistem penyaluran air yang mengakibatkan satu pertiga air terawat dibazirkan.

ff

Dengan cuaca panas luar biasa tahun depan, seperti dijangkakan pakar kaji cuaca, ia akan turut meningkatkan permintaan penggunaan air daripada isi rumah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2015.

Dengan cuaca panas luar biasa tahun depan, seperti dijangkakan pakar kaji cuaca, ia akan turut meningkatkan permintaan penggunaan air daripada isi rumah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2015.

Namun pengkritik mendakwa, proses penstrukturan semula air di bawah pentadbiran Azmin terbantut kerana beliau hanya mampu mengambil alih 3 daripada 4 syarikat. Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) yang mengawal 3 loji rawatan air enggan menyertai perjanjian terbabit.

Kelewatan perjanjian itu memberikan kesan untuk meningkatkan bekalan air terawat bagi memenuhi permintaan 8 juta penduduk dan ribuan perniagaan.

"Sekarang permintaan air menyamai jumlah bekalan," kata Piaraparakan dan menambah margin pengeluaran dan saluran bekalan air terlalu kecil.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) berkata, margin yang ada adalah antara 1% hingga 3%, bergantung kepada kawasan.

Loji rawatan air Selangor menghasilkan kira-kira 4,700 juta liter air sehari (MLD) manakala permintaan sekitar 4,600 MLD.

Margin itu mengukur jumlah lebihan simpanan berbanding permintaan.

Lebih banyak margin, lebih baik, kata Piarapakaran, yang merupakan presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer).

"Secara optimum, ia seharusnya mempunyai 20%, tetapi, margin operasi sebanyak 10% boleh diterima. Jadi jika permintaan meningkat disebabkan perayaan atau cuaca panas, ia akan melebihi jumlah pengeluaran.

"Ini akan menyebabkan sesetengah penduduk tidak mendapat bekalan air, terutamanya pengguna pada akhir rangkaian pengedaran," katanya.

Beliau menjangkakan ia akan berlaku sebaik saja permintaan meningkat terutamanya ketika sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri tahun depan ketika pengilang makanan meningkatkan pengeluaran mereka.

Dengan cuaca panas luar biasa tahun depan, seperti dijangkakan pakar kaji cuaca, El-Nino yang bermula di Lautan Pasifik akan melanda bulan ini, ia akan turut meningkatkan permintaan penggunaan air daripada isi rumah, kata Piaraparakan.

Kesan tanpa SPLASH

Khalid dan PR Selangor mahu memulakan proses penstrukturan air Selangor selepas mengambil alih kerajaan negeri pada 2008, namun Barisan Nasional (BN) yang memerintah di Putrajaya belum memberikan lampu hijau kepada mereka.

rr

Kadar bekalan air tidak membawa untung Selangor adalah 34%, yang berlaku akibat kebocoran dan kegiatan mencuri air. Ini bermakna, bagi setiap 100 unit air terawat, 34 unit hilang dan tidak sampai kepada pengguna. – 
 Kadar bekalan air tidak membawa untung Selangor adalah 34%, yang berlaku akibat kebocoran dan kegiatan mencuri air. Ini bermakna, bagi setiap 100 unit air terawat, 34 unit hilang dan tidak sampai kepada pengguna.

Hanya selepas PR Selangor memenangi pilihan raya bagi penggal kedua pada 2013, Putrajaya setuju dengan cadangan Khalid untuk kerajaan negeri mengambil alih industri air dengan jumlah RM9.6 bilion.

Khalid bagaimanapun disingkirkan PKR disebabkan cara beliau menguruskan penstrukturan air Selangor.

Apabila Azmin mengambil alih, beliau meneruskan apa yang Khalid mulakan tetapi rundingan di antara Selangor dan Putrajaya tegang disebabkan isu pemilikan tanah di mana terletaknya sesetengah fasiliti industri.

SPLASH juga menyatakan tidak bersetuju dengan tawaran bernilai RM3.17 bilion daripada Selangor untuk mengambil alih aset dan operasinya. Selangor bagaimanapun akan meneruskan rundingan dengan SPLASH untuk pengambilalihan asetnya.

Apabila bahagian akhir perjanjian itu selesai dan ditandatangani Julai tahun ini, diumumkan hanya 3 syarikat yang akan diambil alih.

Mereka adalah Puncak Niaga Sdn Bhd dan Konsortium Abass, yang menguruskan loji pusat rawatan air dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mengawal saluran paip dan pengagihan.

Ketika Selangor bersedia untuk mengambil alih operasi, Piaraparakan berkata, ia akan mengambil masa sebelum masalah penyaluran dapat diselesaikan.

Kadar bekalan air tidak membawa untung Selangor adalah 34%, yang berlaku akibat kebocoran dan kegiatan mencuri air. Ini bermakna, bagi setiap 100 unit air terawat, 34 unit hilang dan tidak sampai kepada pengguna.

Apabila ditanya sama ada kelewatan menandatangani perjanjian akan memberikan kesan kepada pengagihan, setiausaha politik menteri besar Selangor, Shuhaimi Shafie berkata kedua-dua isu itu tidak berkait.

"Perjanjian melibatkan terma komersial industri air. Ia tidak memberikan kesan (terhadap rawatan air dan bekalan) sekarang," katanya melalui mesej pesanan ringkas.

Shuhaimi menambah, penolakan SPLASH juga tidak menimbulkan kesan kepada keseluruhan proses penstrukturan dan mengancam keupayaan kerajaan negeri untuk mengawal rawatan air secara sepenuhnya.

Syarikat itu memiliki 3 loji rawatan yang mampu membekalkan 3,000 daripada 4,700 juta liter air yang dihasilkan industri setiap hari.

"Isu SPLASH tidak berkaitan dengan bekalan air. Malah, SPLASH juga bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dari awal hingga sekarang membabitkan pelbagai isu operasi bekalan," kata Shafie.

Piarapakaran berkata, komponen terpenting untuk menguruskan isu penyaluran ialah memiliki sistem pengedaran itu, dalam kes ini adalah Syabas.

"Jika pengagihan dikawal, kos dan kebocoran akan mampu dikawal, semuanya melibatkan penyelenggaraan dan pembaikan," katanya.

Selangor dan Putrajaya memeterai perjanjian akhir pada 8 September.

Azmin dilaporkan sebagai berkata, Air Selangor masih mempunyai sehingga Julai tahun depan untuk berunding dengan SPLASH. –TMI

Bekas Timbalan Menteri HILANG dijumpai selamat

Posted: 28 Sep 2015 03:30 AM PDT


Bekas Timbalan Menteri HILANG dijumpai selamatKUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Abdullah Fadzil Che Wan yang dilaporkan hilang di Bukit Tunku pagi Ahad ditemui selamat kira-kira 7.45 malam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata, Abdullah Fadzil ditemui oleh salah seorang anak perempuannya di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail setelah hampir sembilan jam dilaporkan hilang.

"Abdullah Fadzil telah ditemui pada pukul 7.45 petang setelah pihak keluarga beliau membuat laporan kehilangannya awal hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, salah seorang anak lelaki beliau, Zadey Che Wan ketika dihubungi mengesahkan berita penemuan bapanya.
"Alhamdulillah, beliau telah selamat ditemui dan kini berada di bawah jagaan keluarga kami," katanya.

Abdullah Fadzil, 70, yang juga bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilaporkan hilang pada pukul 11.00 pagi selepas dilihat keluar dari kediaman adik iparnya di Bukit Tunku, di sini.

Beliau dipercayai menghidap demensia - kelemahan daya mental hingga mengakibatkan hilang memori.

Terdahulu, Zadey menulis di akaun Facebooknya mengenai bapanya memakai baju kemeja hitam dan seluar biru gelap pada Ahad.

"Bapa saya, Abdullah Fadzil Che Wan, berusia 70 tahun, dengan ketinggian 160 sentimeter dan berat 65 kilogram hilang di Bukit Tunku hari ini. Beliau menghidap demensia. Jika anda pernah melihat atau mengetahui di mana beliau berada, sila hubungi 012-3359001, 016-3085773, 012-3013773 atau 019-3860085," katanya.

Pelakon, Lisa Surihani merupakan antara individu yang membantu menyebarkan berita mengenai kehilangan Abdullah dalam usaha mencari bekas timbalan menteri itu.

"Sila bantu untuk 'repost' (papar semula) dan sebarkan perkara ini," kata Lisa.-mstar


Pas perlu tinggalkan kerajaan Selangor

Posted: 28 Sep 2015 02:45 AM PDT


ssKUALA LUMPUR 27 Sept. – Pas perlu bertindak meninggalkan kerajaan Selangor jika benar parti itu tidak mahu bersama pakatan pembangkang yang baharu dibentuk.
Bekas aktivis Pas, Mohd. 

Riza Kamaruddin berkata, Pas perlu berani untuk menjadi parti pembangkang dalam kerajaan negeri itu sekali gus membuktikan Pas tidak lagi boleh diperkudakan oleh DAP, PKR mahu pun parti serpihannya sendiri, Parti Amanah Negara (Amanah).

Jelas beliau, komitmen itu perlu diterjemahkan supaya Pas dilihat mempunyai kewibawaan dalam menguruskan hala tuju parti.

"Rakyat nak tahu apa sebenarnya pendirian Pas, jika tegas dengan prinsip untuk tidak bersama pakatan baharu, maka Pas wajar memutuskan hubungan dengan PKR dan tarik diri daripada kerajaan Selangor.

"Sekiranya tidak bertindak sedemikian bermakna Pas juga sebahagian pakatan pembangkang baharu. Oleh itu Pas perlu mengeluarkan kenyataan agar parti itu tidak dilihat bersikap berdolak-dalik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Mohamad Abu Bakar berpendapat, pakatan pembangkang baharu tanpa penyertaan Pas dijangka melemahkan kekuatan mereka selain hanya popular untuk sementara waktu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, populariti sementara diperoleh pakatan tersebut bukan disebabkan oleh kehebatan perjuangan mereka sebaliknya daripada sentimen penyokong masing-masing yang antikerajaan.

Dalam pada itu, bekas Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, pakatan pembangkang baharu tidak mampu memberi harapan kepada rakyat selagi setiap parti tidak mempunyai agenda perjuangan yang sama.

Malah kata beliau, penubuhan pakatan pembangkang baharu tanpa Pas dilihat tidak boleh diharapkan memandangkan mereka hanya bermatlamatkan untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

"Pakatan baharu ini bermatlamat hanya hendak menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Kita tidak nampak apa dasar mereka atau manifesto yang boleh dijanjikan untuk rakyat sekiranya memerintah negara.

"Saya memang putus harapan dengan pakatan pembangkang sejak diwujudkan kerana setiap parti mempunyai kepentingan masing-masing, bagaimana untuk bersatu," katanya.-Utusan

Menelan antara Zahid & Muhyiddin sebagai PENGGANTI jika Najib disingkirkan Oleh Shahbudin Husin

Posted: 28 Sep 2015 02:00 AM PDT


Menelan antara Zahid & Muhyiddin sebagai PENGGANTI jika Najib disingkirkanTidak dapat dipastikan bilakah Najib Razak mahu berundur daripada jawatannya atau apakah beliau benar-benar sedia berundur, tetapi di mana-mana pertanyaan yang tidak henti-henti didengar ialah siapakah bakal penggantinya yang paling layak?

Pertanyaan itu tidak saja ditanyakan oleh ahli dan penyokong parti politik atau mereka yang berminat dengan politik, tetapi juga oleh ahli perniagaan, kakitangan kerajaan dan swasta, golongan profesional, suri rumah, malah murid sekolah turut inginkan jawapan kepada persoalan yang sama.

Seorang murid sekolah berusia 16 tahun pernah bertanya kepada saya, antara Muhyiddin dan Zahid, siapa lebih bagus untuk menggantikan Najib?

Pertanyaan yang semakin meningkat dan dari pelbagai peringkat tentang pengganti itu membuktikan Najib pada hakikatnya semakin tidak dikehendaki dan kedudukannya kian menjauh daripada hati nurani rakyat.

Apatah lagi, walaupun berjaya mengelakkan dirinya daripada disiasat dengan menyingkirkan Gani Patail sebagai Peguam Negara, membubarkan pasukan petugas khas dan melengah-lengahkan pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, Najib kini bakal berdepan siasatan di peringkat antarabangsa pula.

Daripada sekian banyak negara yang diberikan laporan mengenainya berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta, sekurang-kurangnya Jabatan Peguam Negara Switzerland, Biro Penyiasatan Persekutuan atau FBI dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, dilaporkan bakal melakukan siasatan terhadap Najib.

Bersama asakan dalam negara yang mahukannya berundur, khususnya yang ditunjangi dan dilakukan tanpa henti oleh Tun Mahathir, hakikatnya sukar dijangka sama ada Najib mampu terus mempertahankan jawatannya atau terpaksa mengalah akhirnya.

Pelbagai perkara tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa saja. 

Dalam masa yang sama, kita juga tidak tahu apa dan berapa banyak lagi "peluru" yang dimiliki oleh Tun Mahathir untuk memaksa pemberhentian Najib.

qq

Begitu juga, kita turut tidak tahu apa lagi pendedahan daripada media antarabangsa bakal menimpa Najib seterusnya yang tentu saja akan membuatkannya semakin dipandang serong oleh dunia. 

Oleh itu, walaupun Najib mungkin cuba bertahan selagi mampu, kemungkinan beliau terpaksa berundur akhirnya kerana tekanan yang makin menghimpit dari pelbagai sudut, tidaklah mustahil sebenarnya.

Rata-rata orangramai menyebut dua dua nama sebagai pengganti jika Najib disingkirkan iaitu Zahid Hamidi yang kini menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Presiden UMNO.

Ada yang mengatakan Zahid yang sepatutnya mengambil alih jawatan itu kerana kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan. Zahid juga dipercayai akan mendapat lebih sokongan daripada kalangan Ahli-Ahli Parlimen UMNO berbanding Muhyiddin untuk lebih dulu mengadap Yang Dipertuan Agong bagi mengangkat sumpah dan menerima watikah jawatan.

Walaupun agak kurang berpengalaman dan baru berada dalam kabinet sejak era kepimpinan Tun Abdullah Badawi berbanding Muhyiddin yang telah menganggotai kerajaan sejak 37 tahun lalu, kelebihan Zahid ialah kemesraan dan kepungannya yang kukuh di kalangan pemimpin pelbagai peringkat dalam UMNO.

Tambahan lagi, dengan kuasa kian bertambah sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri di samping Menteri Dalam Negeri sejak beberapa tahun lalu, Zahid memang tiada masalah untuk mendapatkan sokongan lebih baik daripada UMNO jika keadaan memerlukannya bersaing dengan Muhyiddin bagi jawatan Perdana Menteri itu.

Tetapi jika mengambil kira konsep parti menguasai kerajaan, ketiadaan Najib seharusnya membolehkan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua dalam UMNO untuk mengambil alihnya. Ia akan membolehkan UMNO terus dihormati sebagai teras dalam BN.Kecelaruan dan kejanggalan juga akan berlaku jika Zahid yang menjadi Perdana Menteri, tetapi Muhyiddin pula sekadar menjadi pemangku Presiden UMNO saja.

Bayangkan saja suasana ketika mesyuarat MT, Perhimpunan Agung UMNO dan mesyuarat BN yang terpaksa dipimpin oleh seseorang yang bukan menjadi ketua kerajaan.

Bayangkan pula Zahid yang menjadi Perdana Menteri tetapi tidak mengetuai UMNO dan tidak juga menjadi "kepala" dalam BN.

Dalam hal ini, Tun Mahathir pernah menyatakan pengganti Najib sepatutnya diserahkan kepada UMNO menentukannya dan tidak syak lagi pandangan itu lebih memihak kepada Muhyiddin. -Blogspot


VIDEO - Anwar Ibrahim: Saya Tak Tahu Siapa Nasihat Datuk Seri Najib?

Posted: 28 Sep 2015 01:15 AM PDT


VIDEO - Ambiga Sreenevasan: We Must Never Forget How Anwar Ibrahim Fought & Continues To Fight The System

Posted: 28 Sep 2015 12:30 AM PDT



VIDEO - Dato Seri Anwar Ibrahim sedang sakit??

Posted: 28 Sep 2015 12:00 AM PDT

Lee Penang
 Dato Seri Anwar Ibrahim sedang sakit?? dan telah dinafikan rawatan yg sepatutnya. Marilah kita doakan semoga sakitnya cepat sembuh. Amin.
 
Lee Penang's photo.