Ahad, 27 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


MERAH NAJIB, kuning rakyat...Siapa yang membela anak dara melayu DIPERKOSA oleh pemimpin Melayu?

Posted: 27 Sep 2015 11:15 PM PDT



MERAH NAJIB, KUNING

Pakatan Baru Harapan Rakyat

HIDUP MELAYU adalah lauangan dari HIMPUNAN MERAH yang diadakan pada sambutan kelahiran hari Malaysia yang lalu, Laungan garang kemerehan ini dengan nada perkauman Melayu di jadikan wacana pasca perhimpunan.

Namun beberapa orang penganalisa politik Malaysia berpendapat gelora perkauman ini perlu dikeluarkan secara berperlembagaan supaya berlaku perbincangan, pendidikan demokrasi dan akhirnya perdamaian ke arah menghormati hak-hak asasi manusia.

Himpunan Baju Merah lebih baik terjadi daripada ia terpendam di bawah tanah, bergerak seperti mafia ataupun pergerakan ektremis yang bersandarkan keganasan untuk merebut kekuasaan – pembunuhan bersenjata seperti gerakan penghapusan etnik di Rwanda dahulu.
Saya percaya setakat hari ini, pihak keselamatan dan keamanan – juga pihak perniagaan dan perdagangan – Malaysia tidak akan membenarkan peristiwa 13 Mei berulang lagi.

Maka tiga orang anggota polis cedera ringan dalam mempertahankan Petaling Street daripada dirempuh para penunjuk perasaan, meski mereka dilemparkan kata-kata kesat "barua Cina."



Saya boleh katakan Himpunan Baju Merah berjaya mencapai tujuannya untuk menunjukkan (tidak sama sekali kebenaran, melainkan tanggapan) bahawa kononnya orang-orang Melayu tanpa berbelah bahagi bersatu menyokong padu Najib Razak.

MERAH pada dasar beranggapan mereka telah berjaya mengenal pasti apa yang berlaku selama ini antara kaum di Malaysia, Melayu terus tertindas, semua permasalahan adalah di sebabkan oleh kaum Cina khususnya parti DAP. Tuduhan kepada kedua anak berank ini Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sampai ke peringakat kemuncaknya.

Tapi malangnya tuduhan dan tangapan serong MERAH ini tidak di sokong dengan faktar atau pertimbangan akal budi, Tohmahan di buat hanya untuk meraih simpati Melayu yang lain. Pesoalannya benarkan mereka ingin menggadai atau menjual negera ini?

MERAH juga lupa atau sengaja tidak memahami kesilapan lalu, apakah pengagihan kekayaan di negara ini di agihkan oleh DAP atau dari kalangan Cina untuk kepentingan rakyat atau MERAH cuma menukkan rasa untuk mempertahankan tindakan kepimmpinan Melayu yang hidup rakus dengan kekayaan hingga melupakan rakyat jelata.

1- Siapa membela anak dara di pekosa oleh pemimpin Melayu?

2- Kaum mana yang mempertahankan Akta Pengambilan Tanah negara dari dipinda?

Akta gila yang membolehkan tanah sesiapapun di negara ini dirampas kerajaan atas tujuan pembangunan ekonomi semata-mata, yang tersangat luas taksiran dan ruang lintup kuasanya, meliputi kepentingan ekonomi pihak swasta yang boleh saja bertentangan dengan kepentingan orang ramai. Walhal sebelum itu, kerajaan hanya boleh mengambil tanah milik peribadi dan orang ramai atas tujuan kemudahan dan infrastruktur awam.
3- Untuk Melayu Cina DAP juga sanggup merengkok di penjara, ISA 2 tahun.

Pembaca cari lah sendiri siapa mereka.

Pada masa yang sama negara di bawah kepimpinan Najib sedang berperang dengan isu-isu semasa yang amat sukar untuk di bendung. Projek 1MBD contohnya telah mengambil masa yang panjang dn ianya cukup berliku, penyelewangan " Derma RM2.6b " Projek TPPA, Pembunuhan Altantuya di hidupkan kembali juga kaitan dengan masalah hutang negera dan murahnya mata wang Malaysia berbandingan dengan US.

Dengan demonstrasi Baju Merah, sekurang-kurangnya perhatian masyarakat tempatan dapat dialihkan seketika daripada isu yang paling mencabar hari ini, iaitu 1MDB dan desakan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad agar Najib Razak meletakkan jawatan PM.

Ribuan Baju Merah yang berhimpun itu memang menang sorakannya, dengan seruan slogan perkauman yang penuh gegak gempita. Kemenangan sorakan MERAH adalah untuk Najib Razak dan bukannya untuk penambahbaikan untuk rakyat.

MERAH telah menyelamatkan problem Najib buat seketika. Tahniah Merah

Jauh berbeza himpunan MERAH dengan KUNING dalam mempejuangkan hak Rakyat.

Pendekkan tulisan Himpunan Merah lebih kepada mempertahankan Najib dari untuk rakyat.

BRIGED KIBARAN BENDERA.

PASTIKAN KITA BUKAN MELAYU HAPRAK ATAU BANGSAT YANG MUDAH LUPA !!

Posted: 27 Sep 2015 10:30 PM PDT

 
Mahathir adalah pengkhianat nombor satu

Mengata dulang, paku serpih.Mengata orang, awak yang lebih!

Begitulah ungkapan yang boleh kita katakan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 yang begitu mudah sekali menuduh orang lain sebagai pengkhianat bangsa.

Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri.

Biarkan rakyat dan kaumnya sendiri menderita.

Selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981-2003), banyak perkara yang dilakukannya mengkhianati orang-orang Melayu.

Antara perkara penting tindakan UMNO yang boleh kita kategori sebagai tindakan khianat terhadap bangsa dan agamanya adalah :

1. Mahathir telah menghapuskan kuasa raja Bermula pada 1983 bila mana Perkara 66 Perlembagaan dipinda supaya raja-raja tidak boleh lagi menggunakan budi-bicara tidak menandatangani sesuatu rang Undang-undang bukan kewangan yang hendak dijadikan Undang-undang Negara. Sebelum itu, raja-raja mempunyai kuasa budi-bicara tidak menandatangani sebarang rang Undang-undang yang difikirkan zalim dan tidak adil terhadap rakyat.

Sekarang UMNO boleh menggubal dan meminda apa sahaja rang Undang-undang yang dikehendakinya tanpa sebarang sekatan atau halangan. Sekali lagi UMNO membuat pindaan terhadap Perkara 181

[2] bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada tahun 1993.

2. Mahathir telah meminggirkan Bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu digunakan untuk semua urusan rasmi peringkat kerajaan Persekutuan, negeri dan badan-badan berkanun.

Pada akhir Disember 1993, mantan PM ke-4 menyatakan bahawa kabinet telah memberi kebenaran bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar kursus berunsur teknologi di semua universiti dan kolej tempatan.

3. Mahathir telah berusaha untuk menghapuskan Sekolah Agama Rakyat [SAR] Beliau telah memberhentikan pemberian perkapita tahunan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai usaha untuk menghapuskan sekolah-sekolah agama ini.

Tujuan sebenarnya adalah untuk mematikan gerakan Islam dan mematikan tunas-tunas penghayatan Islam serta UMNO tidak mahu masyarakat Islam membudayakan keIslaman dalam kehidupan seharian mereka kerana ini tidak menguntungkan UMNO.

Semakin ramai rakyat memahami Islam yang sebenar, semakin ramai yang akan menolak UMNO. Oleh itu, UMNO mahu terus masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan kemiskinan.

Apabila masyarakat berada dalam kejahilan dan kemiskinan, maka senanglah bagi UMNO mencucuk hidung seperti lembu.

4. Mahathir Menghina dan menyekat Islam Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam; Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;

Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan; Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama; Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

Sewaktu ditemubual oleh wartawan pada 18 Ogos 1991, Mahathir berkata, "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

5. Mahathir Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman Kes Anwar Ibrahim; Kes fiasco Tun Salleh Abbas; Percutian Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin bersama Datuk VK Lingam;

Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu. DUN Likas; Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim; Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran;

Perlantikan Tan Sri Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Tan Sri Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Datuk Seri Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan Perlantikan Datuk Arifin Jaka dan Datuk Agustin Paul sebagai Hakim Mahkamah Agung. Ah!

Terlalu banyak pengkhianatan yang Mahathir lakukan terhadap kita semua, rakyat Malaysia


AMANAH PROGRESIF PEDULI.

Hj Hadi dan Haron Din patut berasa malu ...

Posted: 27 Sep 2015 09:45 PM PDT




DS Najib menafikan terlibat dalam sebarang salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang untuk kepentingan peribadi dan menuduh pengkritiknya di dalam dan di luar negara melancarkan kempen untuk menjatuhkannya. 

Antara mereka yang masih percayakan temberang DS Najib dan menyokongnya ialah Haji Hadi dan Haron Din. 


Apakah Hj Hadi dan Haron Din ni terlalu dangkal pemikiran mereka dibandingkan dengan Ummi Hafilda? 

Ummi Hafilda telah menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) baharu, Kuasa Suara Rakyat (KSR), dalam usaha mencabar Najib mengangkat sumpah laknat berhubung berhubung isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan yang Najib berbohong berhubung dana RM2.6 bilion itu. 

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, jika PM Najib mahu membersihkan namanya dia perlu sama ada menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya atau mendakwa lima media antarabangsa – 



WSJ, New York Times, Al-Jazeera, Channel News Asia dan The Economist. 

Tidakkah Hj Hadi dan Haron Din yang mengaku memperjuangkan Islam ini malu terhadap Ummi Hafida dan kepada Lim Kit Siang, seorang yang bukan Islam?


AMANAH PROGRESIF PEDULI.

VIDEO - Siapa Syiah? Kita pun tak dapat mengenal mereka.

Posted: 27 Sep 2015 09:00 PM PDT


Mengenal hakikat sebenar syiah pada pandangan seorang Muslim-Sunnah

Apakah Amerika benar-benar memusuhi Syiah?

Abdullah Saba', seorang Yahudi yang mengasaskan Syiah membunuh Uthman Affan

Iran sebuah negara Syiah dan bukan negara Islam
 
 Siapa Syiah? 

Kita pun tak dapat mengenal mereka. 

Mufti Perlis Dr.Maza memberi penerangan tentang Siapa Syiah, dan bagaimana Amerika sebenarnya bersubahat dgn Iran utk membunuh para ulama Sunnah. 
 
Video ini sangat2 berguna bg mereka yg hendak memahami siapa dia golongan Syiah itu.
Monday, September 28, 2015 Hj Hadi dan Haron Din patut berasa malu ... DS Najib menafikan terlibat dalam sebarang salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang untuk kepentingan peribadi dan menuduh pengkritiknya di dalam dan di luar negara melancarkan kempen untuk menjatuhkannya. Antara mereka yang masih percayakan temberang DS Najib dan menyokongnya ialah Haji Hadi dan Haron Din. Apakah Hj Hadi dan Haron Din ni terlalu dangkal pemikiran mereka dibandingkan dengan Ummi Hafilda? Ummi Hafilda telah menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) baharu, Kuasa Suara Rakyat (KSR), dalam usaha mencabar Najib mengangkat sumpah laknat berhubung berhubung isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan yang Najib berbohong berhubung dana RM2.6 bilion itu. Sementara itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, jika PM Najib mahu membersihkan namanya dia perlu sama ada menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya atau mendakwa lima media antarabangsa – WSJ, New York Times, Al-Jazeera, Channel News Asia dan The Economist. Tidakkah Hj Hadi dan Haron Din yang mengaku memperjuangkan Islam ini malu terhadap Ummi Hafida dan kepada Lim Kit Siang, seorang yang bukan Islam?

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

VIDEO - Sebarkan agar Ahli UMNO tau apa berlaku dalam UMNO.....Sebarkan - suarakami

Posted: 27 Sep 2015 08:00 PM PDT



Ucapan Tun Mahathir tentang pewaris UMNO sekarang bodoh.....penuh lawak dan sinis


Bekas timbalan menteri dilaporkan hilang?? - By canang

Posted: 27 Sep 2015 07:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan, dilaporkan hilang di Bukit Tunku di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi. 
 
Isterinya, Datin Seri Sharifah Shahrul Bariah, mengesahkan perkara itu kepada BH ketika dihubungi, sebentar tadi. Abdullah, 70, yang juga bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menghidap demensia, kali terakhir dilihat keluar dari kediaman adik iparnya di Tijani di sini, dengan memakai kemeja hitam, seluar senam dan kasut kulit berwarna coklat. 
 
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/84875

ORG MELAYU BILA BERNIAGA SUKA BERANGAN TP HASILNYA??...

Posted: 27 Sep 2015 07:00 PM PDT


Pak Aji Banii's photo.

NK JADI PEJUANG MESTI JAGA NEGARA DARI DI BOLOSI MUSUH TAPI BUKN BERJUANG MEMBOLOSKAN NEGERI2 YG ADA DLM NEGARA.

BERANGAN NK JADI PEJUANG

TP DI LIHAT SEBAGAI WIRA YG NK DIDENDANG SJ.

Mahathir - Kerajaan Adalah Dalang Di Sebalik Kumpulan Baju Merah

Posted: 27 Sep 2015 06:30 PM PDT


MELAKA - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan adalah dalang di sebalik himpunan baju merah yang berlangsung pada 16 September lalu.

Beliau berkata, sebahagian besar peserta perhimpunan tersebut terdiri daripada ahli Umno dan masyarakat Felda yang diberikan kemudahan pengangkutan serta wang saku untuk menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Kebanyakan peserta yang hadir ke perhimpunan tersebut datang dari Felda menggunakan bas kerajaan dan mereka diberi duit dan makanan. Jadi ia seolah-olah kerajaanlah di belakang perhimpunan itu.

"Hanya orang di dalam kerajaan yang boleh membenar dan menggunakan kemudahan tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Human Rights Public Forum sempena United Nation's International Day of Peace 2015 yang dianjurkan Mallaca Bar di sini, semalam.

Sementara itu, Mahathir berkata, sentimen perkauman tidak dibangkitkan dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang disertainya sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau melihat isu tersebut sengaja diwujudkan sendiri oleh kerajaan melalui himpunan baju merah.

"Saya berada di perhimpunan baju kuning itu tetapi mereka tak berkata apa-apa tentang perkauman. Mereka hanya mahukan Perdana Menteri berundur. Itu sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, situasi negara dalam pelbagai aspek hanya akan pulih selepas siasatan terhadap 1MDB selesai.


ASAL UMNO JE SUMPAH... ASAL SUMPAH JE UMNO...

Posted: 27 Sep 2015 06:00 PM PDT

Zaki Yamani's photo.
DH MCM PARTI SESUMPAH JE AKU TENGOK UMNO SKRG NI...

WOIII!!!...ORG DH X GUNA SUMPAH LA SKRG NI...
ORG GUNA BAI'AH PULAK...



Kikiki...

Terkini: Seorang Ahli UMNO mendedahkan setiap MP mesti bayar Rosmah setiap bulan.... Sebarkan suarakami

Posted: 27 Sep 2015 05:30 PM PDT


Seorang ahli umno yang ingin identitinya dirahsiakan. Beliau merupakan orang penting dalam umno ingin mendedahkan satu perkara tentang dilema dan masalah yang dihadapi oleh umno di Sabah.

Dalam perkongsiannya, beliau memberitahu bahawa "ahli umno yang dilantik jadi calon dan menjadi YB perlu membayar Ufti kepada rosmah mansor, bini najib, setiap bulan".

Sebelum anda semua tertanya-tanya maksud "Ufti", biar pihak Bobohizan terangkan secara ringkas. Ufti merupakan"bayaran" kepada seseorang yang berkuasa keatas diri kita. Sebagai contoh, ketika tanah melayu dibawah pemerintahan Kerajaan Siam (kini dikenali sebagai Thailand), Sultan-sultan tanah melayu perlu menghantar Ufti (bayaran) tahunan kepada Kerajaan Siam sebagai tanda pengiktirafan kekuasaan Siam keatas kerajaan Sultan.

Jikalau bayaran Ufti tahunan tidak diberikan, Kerajaan Siam akan menyerang kerajaan Sultan-sultan yang engkar.

Satu pendedahan atau perkongsian yang bagi pendapat saya sungguh mengejutkan. Apabila ditanya mengapa perlu berbuat demikian, dia mengatakan bahawa itu syarat yang perlu dipersetujui dan ditunaikan. Jikalau tidak, pada pru akan datang, kononnya tidak akan dilantik lagi jadi calon dan pemimpin.

Pendedahan itu diteruskan lagi apabila dia mengatakan bahawa Ufti itu berbeza mengikut kategori. Jikalau ADUN umno, sebulan perlu bayar RM30,000. Manakala untuk MP umno pula perlu bayar RM60,000 sebulan kepada rosmah.

Pihak Bobohizan terus teringat ketika zaman kerajaan PBS. Ketika PBS di zaman kegemilangannya, bini Pairin telah mencampuri urusan pentadbiran politik dengan menjadi "The First Lady of Sabah".

Segala urusan pentadbiran politik perlu melaluinya sebelum sampai kepada pairin. Ramai ahli-ahli politik mengatakan bahawa kalau berjumpa dengan Pairin ketika itu, bini dia juga akan turut serta.

Apabila bersuara satu perkataan, bini pairin sudah akan bercakap 10 perkataan dan pairin belum lagi bersuara. Kata putus diberikan oleh bini pairin.

Keadaan tersebut nampaknya sudah jelas berlaku kepada najib yang mana bininya menjadi "The First Lady of Malaysia".

Setiap bulan, ADUN dan MP umno akan pening kepala untuk memikirkan tentang bagaimana untuk membayar ufti kepada rosmah mansur.

Mungkin keadaan ini juga yang menjadi faktor tentang mengapa pembangunan di Sabah tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana duit projek yang diperolehi oleh ADUN dan MP umno disimpan untuk membayar "Ufti bulanan" kepada rosmah mansur.

Kebaikan yang diperolehi setelah membayar "Ufti" kepada rosmah ialah apabila ada projek kerajaan, ADUN dan MP yang minta pasti akan dapat dengan mudahnya sambil tutup mata. Namun, kegembiraan itu sudah pasti mempunyai maksud tersendiri yang bersifat sementara sahaja.

Reporter Bobohizan sememangnya tidak mampu untuk mempercayainya namun ini disampaikan sendiri oleh orang umno yang mengatakan bahawa dirinya rapat dengan ADUN dan MP Kota Belud.

Siapakah ADUN dan MP Kota Belud? Biarlah persoalan ini diserahkan kepada warga Kota Belud untuk menjawabnya.

Anda tidak perlu mempercayainya tapi tidak salah untuk mengetahuinya walaupun ia tidak mempunyai hitam putih. Berdasarkan kepada pendedahan, ia adalah atas dasar Persetujuan Mulut "Verbal Agreement".
Masih sokong Najib?

Itu hak anda untuk menentukannya.

Karier Politik PM Najib Akan Berakhir Tidak Lama Lagi ??

Posted: 27 Sep 2015 05:00 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjb7aT5D-f26rLXrbF3kHR2PeANs48nUPCzNr4FGFOTANV4chri0zuwtv46PZOqraN6SSiW89W6cF0djQRs_GyTDVtOTk40OMNO7Cubg6hcGNQBwjNhIVACwUY9GmOe-Z3pm6Po5xHqCX0/s1600/20150927_220058.png

What the hell she is doing there?

Posted: 27 Sep 2015 04:30 PM PDT

Suara rakyat Sarawak's photo.
Apa portfolio dia pegang........?
 

Apa kelayakan dia sampai ke sini....?
 

Mana satu kerusi parlimen beliau menang..?

Hebat isteri Pemimpin Negara Islam Malaysia terkenal dgn Islam Wasatiyyahnya.. 

Biar tidak tutup aurat janji dpt naikkan nama negara.. 

 Imej & maruah negara mesti dijaga..

FIRST LADY OF M'SIA yg sentiasa jadi perhatian dunia yg bersusah payah bekerja utk kerajaan 'TANPA GAJI' menaikkan nama M'sia...

Foto: Ucapan Rosmah di ‪#‎PBB‬ pd 26 Sept. 2014

PEMBUNUHAN ULAMA OLEH PEMERINTAH SAUDI

Posted: 27 Sep 2015 09:04 AM PDT

Fazlina Zahari's photo.

Fahaman Wahabi mencapai kemuncak pengaruhnya di Arab Saudi pada era 1970-an apabila kerajaan British menggabungkan fahaman itu dengan pentadbiran baru Ibnu Saud.

Penggabungan itu telah mencetuskan satu fenomena baru pemerintahan beraja berserta pemaksaan terhadap pengamalan ideologi ke atas keseluruhan masyarakat semenanjung Arab. 

Oleh itu, beberapa siri kezaliman telah tercatat pada era awal pemerintahan keluarga Diraja Saud.


Seorang bekas penasihat perundangan kerajaan Arab Saudi iaitu Hafez Wahbi mendedahkan tentang tindakan zalim kerajaan Saudi di dalam bukunya yang bertajuk The Peninsula of Arabia.

Raja Abdul Aziz Al-Saud (Bapa Raja Faisal) pernah membuat pengakuan bahawa datuknya, Saud Awal pernah memberi hukuman pancung kepala beberapa syeikh dari kabilah Matheer yang dipenjarakan.

Raja Abd Aziz adalah punca kepada jatuhnnya Palestin ke tangan Zionis apabila beliau menandatangani satu dokumen pengisytiharaaan yang disediakan kerajaan British pada 1922.

Dokumen perjanjian itu menyatakan kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tanah Palestin kepada penduduk Yahudi untuk penubuhan negara Israel pada masa akand datang (yakni 1945)


Seorang Syeikh dari Kabilah Matheer iaitu Shiekh Faisal Al-Darwih pernah berjumpa Raja Abd Aziz secara bersemuka dan mengkritik tindakan baginda yang melepaskan tanah Palestin kepada Rothschild.

============================================================================================================================

STRATEGI ROTHSCHILD KUASAI ARAB SAUDI

Bagi membina sebuah negara Islam bertuankan Yahudi, Rothschild membebaskan Mekah dan Madinah dari pemerintahan Turki Uthmaniyah dengan memufliskan kerajaan khalifah tersebut dengan riba.

Apabila cengkaman hilang, Mekah dan Madinah diletakkan di bawah satu pentadbiran negara baru, yang diberi nama Arab Saudi (nama keluarga Ibnu Saud)

Sekarang, Arab Saudi betul-betul adalah kambing hitam Rothschild sama ada dari segi perlaksanaan dasar ekonomi, politik mahu pun perlaksanaan hukum-hakam Islam.

Tujuan penguasaan Rothschild ke atas Arab Saudi bukan soal minyak semata-mata. Rothschild telah pun menjadi manusia terkaya di dunia sebelum 1800 lagi, tetapi ia lebih kepada menubuhkan pusat penyelewengan akidah iaitu fahaman Wahabi.

Melalui dana Arab Saudi yang banyak, proses pendakwahan ajaran sesat Wahabi mudah dilakukan tambahan pula negara tersebut mempunyai dua tempat tumpuan umat Islam iaitu Mekah dan Madinah.

Persoalan penerapan nilai-nilai Wahabi kepada kerajaan Arab Saudi adalah lebih kompleks. Penggabungan fahaman itu dengan kerajaan baru Ibnu Saud berlaku pada 1744 iaitu ketika Mayer Amschel Rothschild baru dilahirkan.

Kemudian pada perancangan menaikkan kerajaan Saud diambil alih oleh Rothschlld sekitar 1800. Ini bermakna Dajjal terlebih dahulu mempersiapkan kerajaan Saud dan fahaman Wahabi kemudian menyerahkan tugas pengawalan kerajaan Saud kepada Rothschild.


Perlu kita ingat, Rothschild mampu membeli apa sahaja di dunia ini termasuk jiwa ulama Islam. Tetapi mereka gagal membeli ulama sufi. 

Ulama sufi terhasil dari pengajian ilmu Tasawuf. Maka Tasawuf perlu dihapuskan, pengajiannya perlu dihentikan.


Oleh kerana, ulama sufi hasil ilmu tasawuf ini yang akan bangun menentang Dajjal bersama Imam Mahdi, maka Dajjal mahu pengajian ilmu Tasawuf dihapuskan dan memfitnahnya agar masyarakat dirasuk dengan fahaman Wahhabi.

Contohnya, fatwa dari ulama Sheikh Ibn Baaz yang mengharamkan pemakaian serban, mengharamkan sambutan Maulidur Rasul yang kononnya bida'ah, dan banyak lagi fatwa-fatwa sesat mereka. Sesiapa yang menentang akan dituduh 'kafir' oleh ulama-ulama Wahabi.