ZAKRI ALI |
- DEWAN BANGSA BANGSA BERSATU - Hampir Semua Pemimpin2 Dunia Keluar Dewan ?
- Mahfuz: Alangkah lucunya hujah ketua polis
- Anggota Polis Wanita Hina Sultan Johor dan Pahang... suarakami
- Jamal Dibebaskan Dan Ancam Saman Media Yang Sebabkan Dia Ditangkap
- CABUL WANITA, NIGERIAN MAUT DIBELASAH AJK PANGSAPURI
- SALAM CERIA SELALU UTK SAHABAT KU SEPERJUANGAN SEMUA
- Putrajaya boleh tafsir ‘sabotaj’ ikut caranya, kata Dr Mahathir OLEH JENNIFER GOMEZ
- Khairuddin terima kunjungan isteri, peguam di hospital OLEH NABIHAH HAMID
- Akim Ahmad, Stacy Sah Bertunang Sebentar Tadi Posted by Kita Bantai
- Melayu Tipu Melayu:
- Peguam Khairuddin bimbang ditahan selepas beri kenyataan esok OLEH NABIHAH HAMID
- 1MDB Dakwa Mahathir Kitar Semula Tuduhan Basi
- Satu dunia dah tak percayakan Najib...
- Mahfuz - Alangkah Lucunya Hujah Ketua Polis Negara
- Terkini: Amerika menyiasat keluarga dan rakan-rakan Najib....Makin Panas suarakami
- Rosmah Cuba Singkir Zeti Aziz.... suarakami
- Polis mula kawal Jalan Petaling IKHWAN HAZWAN
- 'FAM awal-awal balun RM1 juta' - Annuar Musa
- Faedah Yang Menakjubkan Menaruh Bawang Di Telapak Kaki Dwi Asmara
DEWAN BANGSA BANGSA BERSATU - Hampir Semua Pemimpin2 Dunia Keluar Dewan ? Posted: 26 Sep 2015 07:30 PM PDT |
Mahfuz: Alangkah lucunya hujah ketua polis Posted: 26 Sep 2015 07:00 PM PDT Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung penahanan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dianggap lucu dan kabur. Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, alasan dan hujah yang diberikan Khalid mengenai penahanan Khairuddin tidak berlandaskan prinsip undang-undang di Malaysia. Malah, dalam kenyataannya, Mahfuz mendakwa, Khalid gagal memberi kenyataan khusus berhubung peruntukan undang-undang yang telah dilanggar Khairuddin. "Alasan dan hujah kabur dan umum yang diberikan oleh ketua polis negara ini jelas sama sekali tidak berlandaskan prinsip undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia bahkan juga saling tak tumpah dengan hujah-hujah yang biasa kita dengar dari ahli-ahli politik Umno. "Alasan kononnya tindakan Khairuddin membuat aduan tersebut boleh mengundang campur tangan asing juga satu alasan yang sangat melucukan. "Malaysia sendiri melalui PDRM pernah meminta kerjasama Interpol (polis antarabangsa) untuk menahan orang yang melakukan kesalahan di Malaysia yang berada di luar negara," kata Mahfuz. Beliau memberi beberapa contoh kes antaranya penangkapan peguam Kamal Hisham oleh pihak polis Singapura dan siasatan terhadap Yazid Shufaat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Sehubungan itu, beliau berkata, selain daripada melakukan penangkapan terhadap Khairuddin, pihak polis seharusnya melakukan siasatan terhadap dakwaan Timbalan Ketua Cawangan Khas Datuk Hamid Bador terlebih dahulu. Petunjuk di Mekah Perkara itu, tambah Mahfuz, berhubung isu berkaitan 1MDB serta pembatalan pemindahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). "Saya menegaskan bahawa selaku ahli parlimen saya berkewajipan untuk menegur dan menyatakan pendirian demi kemaslahatan rakyat dan negara Malaysia keseluruhannya atas prinsip amar maaruf dan nahi munkar. "Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar ketua polis negara diberikan ketenangan dan kesihatan yang baik untuk beribadat di Mekah dan agar diberikan petunjuk dan ilham oleh Allah untuk melaksanakan tugas dengan penuh keberanian, amanah, bertanggungjawab serta adil dan saksama," ujarnya lagi. Khalid sebelum berkata tindakan Khairuddin menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1MDB sebagai mensabotaj negara. Menurut Khalid, tindakan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu jelas mencabar sistem perundangan serta kredibiliti agensi penguatkuasaan tempatan. Khairuddin pada Jumaat minggu lalu ditangkap polis dan disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen. Ia dipercayai berikutan tindakan suami kepada pelakon Umi Aida itu yang membuat laporan polis di Switzerland, London, New York, Singapura dan Hong Kong berhubung skandal 1MDB. Beliau bagaimanapun kini ditahan ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau Sosma kerana disyaki melakukan aktiviti mengkhianati negara. Melalui Sosma polis boleh menahan seseorang sehingga 29 hari tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi sebarang tuduha Malaysiakini |
Anggota Polis Wanita Hina Sultan Johor dan Pahang... suarakami Posted: 26 Sep 2015 06:30 PM PDT PUTRAJAYA - "Raja Paling Sial", itulah kenyataan seorang wanita yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimuat naik di laman Facebook miliknya, semalam. "Raja yang paling sial aku kenal Raja Johor dengan Raja Pahang. Raja Johor perangai macam iblis. Raja Pahang kaki perempuan. F*ck semua raja-raja yang ada dalam Malaysia ni. Bullshit," katanya. Tidak diketahui apakah motif anggota bernama Rashidah Rijal berpangkat konstabel ini. Namun, tindakannya itu dikritik oleh rakan-rakannya sendiri. Justeru, orang ramai meminta PDRM menyiasat akaun Facebook ini yang dipercayai anggota PDRM ini dan dikenakan tindakan tegas jika terbukti bersalah. Ketika artikel ini ditulis, Facebook wanita ini masih lagi aktif. |
Jamal Dibebaskan Dan Ancam Saman Media Yang Sebabkan Dia Ditangkap Posted: 26 Sep 2015 06:00 PM PDT Datuk Jamal Mohd Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah 16 September lalu, dibebaskan malam ini dan mengancam bertindak terhadap media yang didakwa menyebabkan dia ditangkap. Jamal berkata terdapat media alternatif yang tidak melaporkan kenyataannya secara penuh pada 23 September, yang mendorong pihak berkuasa menahannya. "Saya sangat bersyukur hari ini tetapi bagi saya penahanan saya hari ini sangat mendukacitakan dan tidak wajar kerana penahanan saya berasaskan laporan media kurang tepat diambil 23 hari bulan lepas. "Hanya sebahagian diambil dan dihebah," kata pemimpin akar umbi Umno itu. Dia berkata, keadaan itu menyebabkan keadaan tidak selesa dan kelam kabut serta menyusahkan banyak pihak. "Saya berkali-kali tegaskan saya dikerah jadi orang tengah di Jalan Petaling ketika 16 September. "Tetapi laporan sesetengah media propembangkang telah mensensasikan apa yang saya kata. Saya ingin beri amaran rakan media yang laporkan ini bakal hadapi tindakan tegas daripada saya," katanya. Jamal sekali lagi menegaskan beliau bukan penganjur yang hendak mengadakan rusuhan di Jalan Petaling. Jamal ditahan polis semalam, dipercayai ditahan bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Hasutan. Jamal mendakwa pihaknya hanya menyampaikan hasrat individu yang menyebabkan suasana tegang di Jalan Petaling ketika 'Himpunan Rakyat Bersatu' berlangsung pada 16 September lepas. Tiada perhimpunan yang dikhuatiri menyebabkan rusuhan berlaku di Jalan Petaling hari ini. - mkini |
CABUL WANITA, NIGERIAN MAUT DIBELASAH AJK PANGSAPURI Posted: 26 Sep 2015 05:30 PM PDT KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warganegara Nigeria maut dibelasah orang awam selepas didakwa cuba mencabul seorang wanita tempatan di dalam lif Pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam, Rabu itu, mangsa menaiki lif yang sama dengan suspek bernama Ikechukwu Bright Ogundu yang berusia 28 tahun. Menurut mangsa, suspek cuba menganggunya sebelum bertindak agresif dan cuba mencabul. Ekoran itu, suspek ditahan oleh orang awam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pangsapuri ketika sedang keluar dari lif selain dari memukul suspek bertubi-tubi sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis pada jam 8.10 malam. Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati, 30 orang awam sedang mengelilingi suspek. Pada jam 8.45 malam, suspek yang duduk kemudiannya berbaring sementara menunggu proses pengecaman dilakukan kira-kira 10 minit selepas itu dan polis terpaksa memanggil pasukan perubatan untuk merawatnya. Bagaimanapun, suspek disahkan meninggal dunia pada jam 10 malam kerana cedera teruk di bahagian kepala sebelah kanan, lutut dan benjolan di bahagian buku lima tangan sebelah kanan yang disyaki patah. - THEHYPEMEDIA.COM |
SALAM CERIA SELALU UTK SAHABAT KU SEPERJUANGAN SEMUA Posted: 26 Sep 2015 05:00 PM PDT |
Putrajaya boleh tafsir ‘sabotaj’ ikut caranya, kata Dr Mahathir OLEH JENNIFER GOMEZ Posted: 26 Sep 2015 04:30 PM PDT Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada definisi khusus mengenai sabotaj daripada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada definisi khusus mengenai sabotaj daripada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau masih cuba memahami Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma, terutamanya berhubung kesalahan mensabotaj. Diminta mengulas mengenai penahanan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Sosma, Dr Mahathir berkata tidak ada definisi khusus mengenai sabotaj dinyatakan dalam akta itu, membuatkannya terbuka kepada tafsiran kerajaan. "Ia menyebut sesuatu tentang sabotaj, tetapi tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan dengannya, jadi kalau anda pijak atas gambar pun, ia boleh dianggap sabotaj. "Jadi, apa saja boleh disifatkan sebagai sabotaj, bergantung kepada kerajaan. "Dan kalau kerajaan kata apa yang anda buat ialah sabotaj, maka sabotajlah ia; kalau anda didapati bersalah, anda akan dihukum penjara seumur hidup," katanya kepada media selepas berucap pada forum keamanan di Melaka hari ini. – 26 September, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com. |
Khairuddin terima kunjungan isteri, peguam di hospital OLEH NABIHAH HAMID Posted: 26 Sep 2015 09:00 AM PDT Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan lantang mengkritik 1MDB dan membuat laporan terhadap syarikat tersebut, dan kemudiannya ditahan reman mengikut undang-undang pencegahan keganasan. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan lantang mengkritik 1MDB dan membuat laporan terhadap syarikat tersebut, dan kemudiannya ditahan reman mengikut undang-undang pencegahan keganasan. Bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang direman mengikut undang-undang pencegahan keganasan kerana membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menerima pelawat hari ini, di hospital di mana beliau ditahan kerana demam denggi. Ahli keluarga Khairuddin dan peguamnya Matthias Chang melawat beliau di Hospital Kuala Lumpur pada kira-kira jam 3 petang. "Dia sangat lemah, tetapi kuat semangat," kata Mathias ketika dihubungi The Malaysian Insider. Katanya, beliau tidak mempunyai banyak maklumat mengenai keadaan Khairuddin dan tidak dimaklumkan siapa doktor yang merawat anak guamnya itu. Sementara itu, isterinya Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali atau Umie Aida, bersyukur dapat berjumpa suaminya. "Alhamdulilah, saya dapat melawat abang (Khairuddin) tadi. Abang kena denggi, demam panas kejap dan (suhu badan) turun naik," katanya kepada The Malaysian Insider. Khairuddin, antara individu yang lantang mengkritik isu 1MDB dibawa ke HKL petang semalam. Beliau sebelum ini ditahan reman selama 28 hari untuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma. Khairuddin sebelum ini mengemukakan bukti berkaitan 1MDB kepada peguam negara Switzerland, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank Switzerland dan beberapa bank antarabangsa. Beliau juga memohon pihak berkuasa Hong Kong membuat penyiasatan secara terperinci dan menyeluruh mengenai sumber kewangan beberapa syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB. – 26 September, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com. |
Akim Ahmad, Stacy Sah Bertunang Sebentar Tadi Posted by Kita Bantai Posted: 26 Sep 2015 08:15 AM PDT Akim Ahmad, Stacy Sah Bertunang Sebentar Tadi BARU-baru ini memang ada desas-desus yang menyatakan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy bakal melangsungkan majlis pertunangan dalam waktu terdekat. Ternyata, dakwaan tersebut benar belaka apabila Stacy atau nama Islam Ummu Syaikhah Stacy binti Anam sah bergelar tunangan Akim sebentar tadi. Sekeping gambar majlis pertunangan pasangan selebriti ini turut tersebar meluas di media sosial sebaik sahaja dimuat naik menerusi laman Instagram Official Hlive!. "Syukur Alhamdulillah. Majlis Pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi 26hb September 2015. "Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang," ujar Akim. Menurut satu sumber, masjid tersebut diadakan secara tertutup di sebuah kediaman di Lembah Klang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga. Sementara itu, peminat dilihat tidak henti-henti menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan kelahiran bintang realiti Akademi Fantasia menerusi media sosial. Sebelum ini, Akim yang popular bersama kumpulan The Majistret menerusi laguMewangi pernah berjanji tidak akan mensia-siakan kekasih hatinya itu atas pengorbanan Stacy memeluk Islam. PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com" |
Posted: 26 Sep 2015 07:30 AM PDT Isu hartanah Kampung Baru dikhuatiri sukar diselesaikan Isu hartanah Kampung Baru dikhuatiri sukar diselesaikan KUALA LUMPUR: Selain aspek penilaian harga, soal pemilikan hartanah berbilang nama dengan waris yang tidak dapat dijejaki turut antara lain membantutkan pelan pembangunan masa depan Kampung Baru di ibu negara. Bagi mengatasinya, pihak Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) menyatakan masalah itu boleh dibantu melalui program Jejak Waris. "Pihak PKB ada pasukan khas yang kita panggil Jejak Waris. Apabila ada pihak datang ke PKB untuk memberitahu permasalahan mereka dan kita tahu sesebuah lot mempunyai masalah, kita akan guna segala rangakaian hubungan yang kita ada termasuk Pejabat Tanah untuk cari pewaris-pewaris," ujar Pengerusi PKB, Datuk Affendi Zahari. Beliau ditemui dalam sebuah sesi perbincangan antara PKB dan para pewaris tanah Kampung Baru di ibu negara pada Sabtu. Menurut Affendi, sejak program itu ditubuhkan Mei lalu, pihak PKB telah berjaya menyelesaikan sebanyak 11 kes melibatkan lot dan pewaris. Bagi semua kes tersebut, status tanah tersebut sudah sedia untuk dijual sekiranya itu kehendak pemiliknya. "Tentang pertikaian nilai hartanah pula, para pewaris sering tertanya-tanya apakah penilaian yang patut. Mereka selalu bandingkan dengan nilai tanah di luar kawasan Kampung Baru yang jauh lebih tinggi. Namun itulah nilai yang diberi oleh pihak jurunilai ternama di Kuala Lumpur," katanya. Untuk mengatasinya, pihak PKB telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk melantik enam jurunilai seterusnya memberi kata putus mengenai 'nilaian akan datang' tanah Kampung Baru. Pada masa ini, nilai sekaki persegi hartanah di Kampung Baru dinilai sekitar RM350 hingga RM500 sedangkan tanah komersial yang bersempadan pula berganda-ganda lebih tinggi. Kehendak pewaris Sementara itu, Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani berkata dalam perbincangan itu beliau bertindak sebagai perantara bagi memastikan suara para pewaris diberi perhatian oleh PKB. "Sebagai wakil rakyat, saya ingin memastikan bahawa pemilik-pemilik tanah mendapat nilai daripada pembangunan. Kalau ada masalah dari segi pencantuman tanah-tanah ini untuk dibuat pembangunan, maka saya berperanan untuk memastikan PKB boleh bekerjasama dengan para pewaris," ujar beliau. Kata Johari, kehendak para pemilik tanah Kampung Baru terbahagi kepada tiga. Pertama adalah golongan yang sekadar mahu menjual, kedua adalah mereka yang mahu tanah mereka dibangunkan manakala yang ketiga adalah pemilik tanah yang hendak terus duduk di tanah mereka tanpa mahu dibangunkan. "Jadi, bagaimana kita mahu menggabungkan usaha ini? Kita boleh meyakinkan kepada mereka yang sekadar mahu duduk itu bahawa mereka boleh terus menghuni Kampung Baru tapi di dalam kawasan yang dibangunkan," kata Johari. Bagi para pewaris tanah pula, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi dan dipersetujui secara kolektif sebelum pelan pembangunan tersebut dapat dimulakan. Tanah Kampung Bharu Hartanah di Kampung Bharu yang terletak di tengah-tengah kawasan komersial Kuala Lumpur berdepan pelbagai isu apabila melibatkan soal pembangunan. Nilai pulangan Antara isu yang menanti jawapan adalah soal penilaian hartanah, tempoh dan pulangan pembangunan, pengurusan pembahagian pulangan mengikut saiz tanah yang dijual, serta kecekapan mekanisme pencarian waris atau penama dalam geran oleh PKB. Salah seorang pewaris Samsudin Mat, 59, antara masalah yang dihadapi adalah untuk menggabungkan persetujuan beberapa pemilik tanah dengan saiz keluasan hartanah kecil bagi membolehkan tanah mereka dijual. "Satu lagi adalah tentang manfaat. Apa yang kita dapat? Sebab kalau manfaatnya terlalu sedikit, kita rasa rugilah kerana Kampung Bharu ni berada di tengah-tengah Kuala Lumpur. Itulah saja harta yang kita ada. "Saya juga mencadangkan supaya perkara ini dipercepatkan supaya tidak menjadi lebih sukar pada masa akan datang. Sekarang ini kita sudah generasi ketiga, malah ramai yang sudah meninggal dunia dan tanah mereka kini diwarisi oleh berbilang penama," kata Samsudin. Tambahnya, hal itu membuatkan bahagian masing-masing menjadi lebih kecil sekali gus waris tidak melihat pembahagian nilai jualan itu berbaloi. Bina kondominium Naib Presiden Kanan syarikat pembangun UDA Holdings Berhad, Adenan Md Yusof, ketika ditemui berkata, perancangan pembangunan tersebut meliputi kawasan seluas kira-kira 1.13 hektar yang sebelum ini merupakan Pasar Minggu Kampung Baru. Sebuah kondominium 639 unit dengan status khas Bumiputera dan sebuah bangunan pejabat akan dibangunkan dan dijangka mengambil tempoh pembinaan selama 40 bulan. Harga seunit kondominium itu adalah sekitar RM300,000 hingga melebihi RM1 juta mengikut keluasan. "Masalah paling besar tentang hartanah di Kampung Baru ini adalah tentang pewaris. Butiran dalam statusnya tidak dapat dilengkapi kerana ramai penama telah meninggal dunia. Sebelum UDA dapat mula membangunkan tanah ini, perkara tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu," ujar Adenan. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN |
Peguam Khairuddin bimbang ditahan selepas beri kenyataan esok OLEH NABIHAH HAMID Posted: 26 Sep 2015 06:45 AM PDT Peguam Matthias Chang (kanan, gambar kiri) khuatir dirinya akan ditahan selepas memberi kenyataan kepada polis mengenai kes anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 2 petang esok. Peguam Matthias Chang (kanan, gambar kiri) khuatir dirinya akan ditahan selepas memberi kenyataan kepada polis mengenai kes anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 2 petang esok Peguam Matthias Chang menyuarakan kebimbangannya akan ditahan selepas memberi kenyataan kepada polis mengenai kes anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan esok. Katanya, keterangan dan soal jawab polis akan diadakan sekitar jam 2 petang di ibu pejabat polis Bukit Aman. "Saya tidak pasti apa tindakan polis, tetapi saya rasa mereka akan tahan saya," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Khairuddin, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, kini ditahan 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 kerana berkaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Namun, beliau kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap demam denggi. Sebagai salah seorang pengkritik tegar syarikat milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu, Khairuddin pertama kali ditahan polis di rumahnya di Mont Kiara pada 18 September lalu. Terdahulu hari yang sama, beliau dan Chang dihalang daripada meninggalkan negara oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Khairuddin ditahan kerana tindakannya menggunakan agensi penguatkuasaan asing bagi memberikan tekanan kepada Malaysia berhubung isu 1MDB boleh dianggap sebagai sabotaj terhadap negara ini. Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB, yang mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion, pada Disember tahun lepas, dan akhirnya dipecat daripada Umno selepas diisytiharkan muflis. Beliau baru-baru ini membuat laporan kepada pihak berkuasa di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom terhadap firma yang bermasalah itu, yang mana Najib juga merupakan pengerusi lembaga penasihatnya. Beliau dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan pegawai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat apabila ditahan di lapangan terbang itu. Beliau ditahan reman selama 6 hari selepas ditangkap pada hari itu dan pada Rabu minggu lepas, selepas dibebaskan majistret, ditahan semula di bawah Sosma. – 26 September, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com. Peguam Khairuddin bimbang ditahan selepas beri kenyataan esokPeguam Matthias Chang menyuarakan kebimbangannya akan ditahan selepas memberi kenyataan kepada polis mengenai kes anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan esok. Katanya, keterangan dan soal jawab polis akan diadakan sekitar jam 2 petang di ibu pejabat polis Bukit Aman. "Saya tidak pasti apa tindakan polis, tetapi saya rasa mereka akan tahan saya," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Khairuddin, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, kini ditahan 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 kerana berkaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Namun, beliau kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap demam denggi. Sebagai salah seorang pengkritik tegar syarikat milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu, Khairuddin pertama kali ditahan polis di rumahnya di Mont Kiara pada 18 September lalu. Terdahulu hari yang sama, beliau dan Chang dihalang daripada meninggalkan negara oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Khairuddin ditahan kerana tindakannya menggunakan agensi penguatkuasaan asing bagi memberikan tekanan kepada Malaysia berhubung isu 1MDB boleh dianggap sebagai sabotaj terhadap negara ini. Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB, yang mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion, pada Disember tahun lepas, dan akhirnya dipecat daripada Umno selepas diisytiharkan muflis. Beliau baru-baru ini membuat laporan kepada pihak berkuasa di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom terhadap firma yang bermasalah itu, yang mana Najib juga merupakan pengerusi lembaga penasihatnya. Beliau dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan pegawai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat apabila ditahan di lapangan terbang itu. Beliau ditahan reman selama 6 hari selepas ditangkap pada hari itu dan pada Rabu minggu lepas, selepas dibebaskan majistret, ditahan semula di bawah Sosma. – 26 September, 2015. |
1MDB Dakwa Mahathir Kitar Semula Tuduhan Basi Posted: 26 Sep 2015 06:00 AM PDT 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata ia komited untuk terus menyediakan maklum balas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu bekas perdana menteri itu mengingati kembali jawapan berasaskan fakta yang diberikan sebelum ini. 1MDB berkata Dr Mahathir "terus mengguna dan mengitar semula dakwaan basi dan tidak terbukti yang telah dibuktikan salah berulang kali." "Sebagai contoh, sebelum ini Tun Dr mahathir mendakwa sejumlah RM42 bilion lesap daripada 1MDB. Sekarang beliau mendakwa 'lebih RM20 bilion tidak dapat dikesan atau diambil kira. "Untuk kebaikan Tun Dr Mahathir, satu pecahan menyeluruh akan bagaimana 1MDB menggunakan hutang RM42 bilion itu -- berasaskan penyata kewangan yang telah diaudit syarikat -- boleh dilihat menerusihttp://1mdb.com.my/press-release/rm42-billion-all-accounted-for," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini. Kenyataan itu dikeluarkan 1MDB susulan catatan berkaitan 1MDB oleh bekas pemimpin politik berkenaan yang dipapar menerusi laman blog beliau pada 25 Sept. "Berhubung tanah 1MDB, dengan mudahnya Tun Dr Mahathir lupa bahawa 1MDB dimiliki 100 peratus oleh kerajaan Malaysia, justeru sebarang peningkatan nilai akan memberi manfaat secara langsung hanya kepada kerajaan. "Selain memetik sebut harga tanah yang jauh lebih rendah pada RM3,000 satu kaki persegi sekarang (berbanding RM7,000 sekaki persegi dalam dakwaan beliau sebelum ini), Tun Dr Mahathir lupa untuk mengakui bahawa 1MDB telah membuat komitmen sebanyak RM3 bilion bagi pembangunan infrastruktur di TRX. "Ini menyamai sekitar RM1,500 perbelanjaan infrastruktur untuk satu kaki persegi, dibayar oleh 1MDB dan seterusnya diperoleh semula menerusi penjualan tanah," kata 1MDB. Ia berkata Tun Dr Mahathir turut mengulangi dakwaan lama bahawa 1MDB memindahkan dana ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Beliau sedar, pada 3 Ogos 2015 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merupakan badan bebas, mengesahkan secara jelas bahawa dana itu daripada penderma swasta, bukan daripada 1MDB. "1MDB kesal dengan Tun Dr Mahathir yang sentiasa lupa pada fakta, bukan sahaja daripada 1MDB tetapi juga daripada agensi bebas dan dihormati seperti SPRM," kata 1MDB. - Bernama |
Satu dunia dah tak percayakan Najib... Posted: 26 Sep 2015 05:45 AM PDT |
Mahfuz - Alangkah Lucunya Hujah Ketua Polis Negara Posted: 26 Sep 2015 05:09 AM PDT Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung penahanan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dianggap lucu dan kabur. Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, alasan dan hujah yang diberikan Khalid mengenai penahanan Khairuddin tidak berlandaskan prinsip undang-undang di Malaysia. Malah, dalam kenyataannya, Mahfuz mendakwa, Khalid gagal memberi kenyataan khusus berhubung peruntukan undang-undang yang telah dilanggar Khairuddin. "Alasan dan hujah kabur dan umum yang diberikan oleh ketua polis negara ini jelas sama sekali tidak berlandaskan prinsip undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia bahkan juga saling tak tumpah dengan hujah-hujah yang biasa kita dengar dari ahli-ahli politik Umno. "Alasan kononnya tindakan Khairuddin membuat aduan tersebut boleh mengundang campur tangan asing juga satu alasan yang sangat melucukan. "Malaysia sendiri melalui PDRM pernah meminta kerjasama Interpol (polis antarabangsa) untuk menahan orang yang melakukan kesalahan di Malaysia yang berada di luar negara," kata Mahfuz. Beliau memberi beberapa contoh kes antaranya penangkapan peguam Kamal Hisham oleh pihak polis Singapura dan siasatan terhadap Yazid Shufaat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Sehubungan itu, beliau berkata, selain daripada melakukan penangkapan terhadap Khairuddin, pihak polis seharusnya melakukan siasatan terhadap dakwaan Timbalan Ketua Cawangan Khas Datuk Hamid Bador terlebih dahulu. Petunjuk di Mekah Perkara itu, tambah Mahfuz, berhubung isu berkaitan 1MDB serta pembatalan pemindahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). "Saya menegaskan bahawa selaku ahli parlimen saya berkewajipan untuk menegur dan menyatakan pendirian demi kemaslahatan rakyat dan negara Malaysia keseluruhannya atas prinsip amar maaruf dan nahi munkar. "Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar ketua polis negara diberikan ketenangan dan kesihatan yang baik untuk beribadat di Mekah dan agar diberikan petunjuk dan ilham oleh Allah untuk melaksanakan tugas dengan penuh keberanian, amanah, bertanggungjawab serta adil dan saksama," ujarnya lagi. Khalid sebelum berkata tindakan Khairuddin menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1MDB sebagai mensabotaj negara. Menurut Khalid, tindakan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu jelas mencabar sistem perundangan serta kredibiliti agensi penguatkuasaan tempatan. Khairuddin pada Jumaat minggu lalu ditangkap polis dan disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen. Ia dipercayai berikutan tindakan suami kepada pelakon Umi Aida itu yang membuat laporan polis di Switzerland, London, New York, Singapura dan Hong Kong berhubung skandal 1MDB. Beliau bagaimanapun kini ditahan ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau Sosma kerana disyaki melakukan aktiviti mengkhianati negara. Melalui Sosma polis boleh menahan seseorang sehingga 29 hari tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi sebarang tuduhan. |
Terkini: Amerika menyiasat keluarga dan rakan-rakan Najib....Makin Panas suarakami Posted: 26 Sep 2015 02:15 AM PDT Jemaah juri persekutuan di Amerika Syarikat (AS) sedang meneliti dakwaan rasuah melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa individu yang dekat dengannya, lapor New York Times (NYT). Menurut akhbar itu, inkuiri menumpukan kepada harta tanah di AS yang dibeli dalam tahun-tahun terakhir oleh sebuah syarikat tidak aktif didakwa milik anak tirinya serta beberapa harta tanah dikaitkan dengan rakan rakan keluarganya. Inkuiri itu dilapor dibuat oleh sebuah unit dalam Jabatan Keadilan AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa. NYT juga melaporkan para penyiasat juga meneliti bayaran AS$681 yang dibuat daripada bank berpangkalan di AS, yang dipercayai dimasukkan ke akaun peribadi Najib di Malaysia. NYT sebelum itu melaporkan, lebih daripada AS$150 juta harta tanah kediaman mewah dikaitkan dengan anak tiri Najib, Riza Aziz dan seorang ahli perniagaan Jho Low. Dua kediaman mewah dalam siasatan itu didakwa dimiliki oleh syarikat tidak aktif yang mempunyai kaitan dengan keluarga Low sebelum dipindahkan ke syarikat tidak aktif yang dikaitkan dengan Riza. Satu daripada dua harta tanah itu juga dipindahkan tanpa diisytiharkan, dakwa NYT. Jurucakap Low mempertahankan keputusan pemindahan itu, dengan berkata jualan harta tanah kepada Riza dibuat dengan harga pasaran yang setimpal. Jabatan Perdana Menteri tidak mengulas berhubung inkuiri baru itu. Sementara jurucakap Jabatan Keadilan AS enggan mengulasnya ketika dihubungi NYT. Wakil Riza dan Low menjawab perniagaan mereka mengikut peraturan. Siasatan itu dikatakan baru bermula dan akan memakan masa bertahun-tahun untuk menentukan sama ada undang-undang AS telah dilanggar. |
Rosmah Cuba Singkir Zeti Aziz.... suarakami Posted: 26 Sep 2015 01:30 AM PDT Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan dalam portal The Asia Sentinel bahawa beliau berusaha untuk menyingkirkan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dari jawatan gabenor Bank Negara. "Sindiran dan tuduhan itu dibuat dengan niat untuk menjejaskan reputasi Datin Seri Rosmah Mansor dalam kapasiti beliau sebagai isteri perdana menteri. "Kata-kata yang digunakan oleh En (John) Bethelesen (penulis artikel tersebut) bersifat berseteru dan 'fakta' yang tidak bermaklumat itu diolah untuk menggambarkan dan mencipta persepsi negatif ke atas Datin Seri Rosmah Mansor memandangkan tulisan itu berada di ruang awam," kenyataan Rosmah dipetik. Kenyataan itu dihantar melalui firma guamannya, Tetuan Noorhajran Mohd Noor. Tulisan di portal The Asia Sentiel itu diterbitkan hari ini dengan tajuk 'Malaysian PM's wife seeks Central Bank governor's ouster' Cuma kalau tak ada angin kan pokok bergoyang Mrs Second Lady. YDP Permaisuri Agong Tetap "THE FIRST LADY" |
Polis mula kawal Jalan Petaling IKHWAN HAZWAN Posted: 26 Sep 2015 12:45 AM PDT Puluhan anggota polis kelihatan mengawal kawasan sekitar Jalan Petaling pagi ini. Foto TRP/ Ikhwan Hazwan KUALA LUMPUR, Pasukan polis dilihat mula mengawal kawasan sekitar Jalan Petaling sekalipun perhimpunan aman yang dikatakan akan diadakan pada hari ini dibatalkan.Sekitar jam 10 pagi, beberapa buah kenderaan pacuan empat roda polis ditempatkan di pintu masuk kawasan berkenaan. Puluhan anggota polis kemudiannya mula mengawal di pintu masuk ke Jalan Petaling berdekatan Pasar Seni. Namun begitu, kelibat peserta perhimpunan tidak kelihatan pada waktu ini. Aktiviti perniagaan di sini juga berjalan seperti biasa dan para peniaga mula membuka premis masing-masing. Semalam, Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos telah ditahan pihak polis di bawah Akta Hasutan berikutan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan demonstrasi di Jalan Petaling hari ini. |
'FAM awal-awal balun RM1 juta' - Annuar Musa Posted: 26 Sep 2015 12:00 AM PDT ANNUAR: Dengan segala kejengkelan dalam FAM mereka masih mampu bertebal muka untuk duduk dan terus menghancurkan bola sepak Malaysia. Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa membidas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan dengan tindakan badan induk bola sepak negara itu membahagikan kutipan ketika perlawanan akhir Piala FA secara tidak adil. Annuar berang apabila daripada RM3 juta jumlah kutipan tiket Kelantan sekadar mendapat RM600,000. Lebih mengecewakan, Presiden KAFA itu menyatakan bahawa pihaknya telah membantu menjual 90 peratus tiket, namun hanya meraih jumlah itu selepas ianya diagihkan kepada pihak lain. "FAM sendiri awal lagi telah mengambil RM1 juta atas nama levi," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya. Annuar turut menyoal apabila Singapura diberikan jumlah besar. "Dalam MOU FAM-FAS pasukan Singapura (Lions XII) sebagai team jemputan tidak sepatutnya menerima hadiah berbentuk wang kecuali token sahaja. "Bagi Kelantan, setiap kali final, beratus ribu dibelanjakan bagi menjayakan acara final itu manakala Singapura tidak berbuat apa-apa," katanya lagi. Disamping itu, Tan Sri Annuar Musa mengecam tindakan FAM menggunakan ahli gabungan sendiri bagi mengaut keuntungan hasil penjualan tiket perlawanan tersebut "Kenapa FAM buat formula agihan tanpa persetujuan pemilik saham? "Kenapa FAM tidak telus dalam kira-kira mereka? Apakah FAM sudah terlalu kebal? "Dengan segala kejengkelan dalam FAM mereka masih mampu bertebal muka untuk duduk dan terus menghancurkan bola sepak Malaysia," katanya lagi. Lapan puluh ribu tiket berharga RM40 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) telah diperuntukan bagi final Piala FA diantara Kelantan berdepan Lions XII dimana pasukan seberang tambak itu menang dengan jaringan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei lalu. |
Faedah Yang Menakjubkan Menaruh Bawang Di Telapak Kaki Dwi Asmara Posted: 25 Sep 2015 11:15 PM PDT Kembali, para penyelidik yang memberi tumpuan terhadap kesihatan termasuk manfaat unik hirisan bawang merah yang diletakkan di dalam stokin kaki pada saat hendak berehat pada malam hari. Cara yang terbilang unik ini mempunyai manfaat yang sangat berbeza-beza seperti membantu membersihkan racun dalam tubuh, serta membantu menyembuhkan gejala flu dan demam. Ternyata cara ini telah dikenal lama dan banyak sekali membantu penyembuhan penyakit sejak bertahun-tahun lamanya. Dan mereka yang seringkali menerapkan cara ini terbukti mampu berumur panjang, dan tetap sihat kerana terhindar dari berbagai macam penyakit. Para ahli refleksi mendedahkan bahawa banyak sekali pangkal saraf yang terdapat pada telapak kaki manusia berhubung secara langsung dengan beberapa organ penting dalam tubuh manusia. Dalam ilmu perubatan Cina, istilah untuk zon pada telapak kaki ini sering disebut dengan Meridian dan terdapat kurang lebih 70.000 pangkal saraf yang ada di telapak kaki kita. Jadi, ada baiknya untuk memberi perangsang pada bahagian telapak kaki ini. Mau cuba? Caranya mudah. Sebelum beranjak tidur pada malam hari ambil beberapa keping kecil bawang merah. Kemudian, letakkan di bawah telapak kaki anda kemudian tutup dengan menggunakan stokin kaki. Setelah dilakukan, maka saraf-saraf yang terdapat di telapak kaki akan dirangsang dan menghilangkan racun, membunuh bakteria, cacing dan pathogen lain yang ada dalam tubuh anda. |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |