Khamis, 24 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Khalid Ibrahim tegur Pakatan Harapan, tak praktikal Anwar calon PM

Posted: 24 Sep 2015 11:00 PM PDT


Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengambil kira tentang undang-undang sama ada praktikal atau tidak.

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengambil kira tentang undang-undang sama ada praktikal atau tidak.

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegur Pakatan Harapan kerana mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya mereka memenangi Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, lapor Utusan Malaysia.

Menurut ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, keputusan menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri menimbulkan pelbagai isu sekiranya tidak disusuli dengan penelitian terperinci dari sudut undang-undang memandangkan ketua umum PKR itu disabitkan bersalah dan sedang menjalani hukuman penjara.

"Perkara itu (keputusan pilih Anwar) perlu mengambil kira tentang undang-undang sama ada praktikal atau tidak," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa sidang meja bulat Pakatan Harapan mengumumkan suaminya sebagai calon perdana menteri sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, keputusan itu dikekalkan kerana pihaknya percaya Anwar pemimpin paling sesuai menagani pelbagai isu nasional seperti kemelut ekonomi, salah urus tadbir dan kebajikan rakyat.

Anwar disabitkan bersalah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun.

Sementara itu, PAS pula melihat keputusan Pakatan Harapan itu sebagai tidak realistik.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tersebut tidak boleh dianggap konklusif kerana Anwar masih berada di dalam penjara. – 25 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Nur Jazlan tak mahu himpunan baju merah diadakan lagi esok

Posted: 24 Sep 2015 10:15 PM PDT


Zar Ali's photo.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata peluang sudah pun diberikan kepada penganjur 'himpunan baju merah' dan mereka menyatakan kebimbangannya sebelum ini, oleh itu cukuplah dengan himpunan lagi. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata peluang sudah pun diberikan kepada penganjur 'himpunan baju merah' dan mereka menyatakan kebimbangannya sebelum ini, oleh itu cukuplah dengan himpunan lagi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan penganjur "himpunan baju merah" agar menghentikan niat mereka untuk berhimpun di Jalan Petaling di Kuala Lumpur esok, lapor The Star Online.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kumpulan baju merah sudah pun mengadakan perhimpunan pada 16 September lalu dan tidak perlu diadakan lagi kerana hanya akan menimbulkan ketakutan.

"Ketua Bahagian Umno, Datuk Jamal Md Yunos perlu hentikan perhimpunan. Buat himpunan baru hanya mengulangi perhimpunan yang sebelum ini.

"Peluang sudah diberikan dan kumpulannya menyatakan kebimbangannya, tetapi cukuplah," kata Nur Jazlan kepada The Star Online.

Nur Jazlan berkata, rakyat Malaysia diberi kelonggaran demi kebebasan bersuara tetapi tanggungjawab itu perlu berhenti apabila sensitiviti kaum disentuh.

"Sebab itu bila polis ambil tindakan. Sungguhpun yang melakukannya Melayu, ketepikan saya sebagai kaum Melayu dan ahli Umno, saya rasa dia (Jamal) perlu hentikan," katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan motif himpunan esok memandangkan mesej himpunan pada 16 September sudah jelas disampaikan.

"Adakah perhimpunan pertama tidak berjaya dan kamu hendak adakan lagi satu perhimpunan? Orang tidak buat himpunan setiap minggu.

"Bersih buat himpunan setahun sekali dan sampaikan mesej besar dan mereka bukan mengancam orang lain," katanya.

Katanya "himpunan baju merah" 16 September lalu dicemari dengan mesej perkauman dan tidak membantu negara ke depan.

The Star Online turut melaporkan lebih daripada separuh peniaga bimbang dengan himpunan esok.
Mereka turut mencadangkan Pengerusi Persatuan Peniaga Petaling Street, Datuk Ang Say Tee menutup kawasan tersebut.

Beliau berkata 400 daripada 773 bimbang perhimpunan akan memburukkan esok.
"Peniaga menghubungi saya dan bertanya adakah Jalan Petaling perlu ditutup pada Sabtu kerana mereka bimbang perniagaan akan terganggu.

"Saya nasihatkan mereka buat laporan polis. Kami takut kerana kami hanya berniaga," katanya seperti dilaporkan The Star Online.

'Himpunan baju merah' 16 September lalu bertukar menjadi kecoh selepas peserta merempuh benteng di Jalan Petaling.

Polis terpaksa menyembur meriam air untuk mengawal perhimpunan.

Kawasan Jalan Petaling ditutup pada hari berkenaan kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.
Jamal sebelum ini mempersoalkan kawasan tersebut yang dimonopoli peniaga Cina dan mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap perniagaan haram seperti menjual video lucah dan barangan tiruan.

Beliau turut mencadangkan peniaga Melayu dibenarkan beroperasi di Jalan Petaling untuk mengurangkan monopoli peniaga Cina. – 25 September, 2015.



See more at: http://www.themalaysianinsider.com/…/kdn-tak-mahu-himpunan-…

Tinggalkan PAS, tubuh Amanah ‘pengorbanan besar’ 2 pemimpin OLEH NABIHAH HAMID

Posted: 24 Sep 2015 09:30 PM PDT


Salahuddin Ayub yang kini merupakan timbalan pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) mengatakan beliau melihat keperluan lebih besar untuk membawa Islam apabila membuat keputusan meninggalkan PAS dahulu. –

Salahuddin Ayub yang kini merupakan timbalan pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) mengatakan beliau melihat keperluan lebih besar untuk membawa Islam apabila membuat keputusan meninggalkan PAS dahulu.
.

Bukan mudah untuk meninggalkan PAS yang pernah dianggotai selama berdekad dalam memperjuangkan kebajikan rakyat berlandaskan Islam, namun itulah pengorbanan besar dilakukan 2 pemimpin untuk meneruskan kesinambungan perjuangan.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail juga memberi semangat dan inspirasi kepada bekas naib presiden PAS, Salahuddin Ayub yang kini merupakan timbalan pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah).

"Bukan mudah untuk melepaskan dan kita memberi apa yang kita sayang. Tidak boleh dinafikan selama 35 tahun saya dengan PAS menjadi suatu yang terlalu sentimental.

"Atas kesayangan itulah kita melihat keperluan-keperluan lebih besar untuk membawa Islam dan ambil peristiwa (korban) dan pengorbanan itu," katanya kepada The Malaysian Insider yang mengakui pada mula sukar baginya untuk membuat keputusan untuk meninggalkan PAS.

Menurut Salahuddin, apa yang tertanam di dalam hatinya ialah untuk meneruskan perjuangan dan mengisi ruang kosong pakatan pembangkang untuk masa depan politik negara.

"Saya hanya melangsungkan kecemerlangan politik Islam dalam konteks negara Malaysia," kata bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu apabila ditemui awal minggu ini.

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata tentang penyertaannya dalam Amanah, beliau perlu membuat keputusan lebih baik bukan untuk diri sendiri, tetapi kepentingan yang lebih besar.

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata tentang penyertaannya dalam Amanah, beliau perlu membuat keputusan lebih baik bukan untuk diri sendiri, tetapi kepentingan yang lebih besar.

Umat Islam di Malaysia mula menyambut Aidiladha semenjak semalam bagi memperingati peristiwa pengorbanan yang dilakukan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Pada masa yang sama, umat Islam di seluruh dunia sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah.

Bagaimanapun, lebih 700 orang terkorban disebabkan tragedi tempuhan di Mina semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut menyertai Amanah menegaskan, pengorbanan perlu dilakukan untuk kepentingan bersama dan bukannya individu.

"Zulhijah itu adalah bulan pengorbanan dan setiap kita hidup mesti berkorban.

"Kita perlu membuat keputusan lebih baik bukan untuk diri sendiri, tetapi kepentingan yang lebih besar," kata bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Pada Selasa PKR, DAP dan Amanah mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan sebelum ini.

Bagaimanapun, parti Islam PAS tidak menyertai Pakatan Harapan kerana tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Namun, PAS mengatakan akan meneruskan kerjasama dengan PKR. – 25 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Tinggalkan PAS, tubuh Amanah 'pengorbanan besar' 2 pemimpin

Salahuddin Ayub yang kini merupakan timbalan pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) mengatakan beliau melihat keperluan lebih besar untuk membawa Islam apabila membuat keputusan meninggalkan PAS dahulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015.Salahuddin Ayub yang kini merupakan timbalan pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) mengatakan beliau melihat keperluan lebih besar untuk membawa Islam apabila membuat keputusan meninggalkan PAS dahulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015.
Bukan mudah untuk meninggalkan PAS yang pernah dianggotai selama berdekad dalam memperjuangkan kebajikan rakyat berlandaskan Islam, namun itulah pengorbanan besar dilakukan 2 pemimpin untuk meneruskan kesinambungan perjuangan. Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail juga memberi semangat dan inspirasi kepada bekas naib presiden PAS, Salahuddin Ayub yang kini merupakan timbalan pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah).

"Bukan mudah untuk melepaskan dan kita memberi apa yang kita sayang. Tidak boleh dinafikan selama 35 tahun saya dengan PAS menjadi suatu yang terlalu sentimental.

"Atas kesayangan itulah kita melihat keperluan-keperluan lebih besar untuk membawa Islam dan ambil peristiwa (korban) dan pengorbanan itu," katanya kepada The Malaysian Insider yang mengakui pada mula sukar baginya untuk membuat keputusan untuk meninggalkan PAS.

Menurut Salahuddin, apa yang tertanam di dalam hatinya ialah untuk meneruskan perjuangan dan mengisi ruang kosong pakatan pembangkang untuk masa depan politik negara.

"Saya hanya melangsungkan kecemerlangan politik Islam dalam konteks negara Malaysia," kata bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu apabila ditemui awal minggu ini.

 Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata tentang penyertaannya dalam Amanah, beliau perlu membuat keputusan lebih baik bukan untuk diri sendiri, tetapi kepentingan yang lebih besar.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata tentang penyertaannya dalam Amanah, beliau perlu membuat keputusan lebih baik bukan untuk diri sendiri, tetapi kepentingan yang lebih besar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015.
Umat Islam di Malaysia mula menyambut Aidiladha semenjak semalam bagi memperingati peristiwa pengorbanan yang dilakukan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Pada masa yang sama, umat Islam di seluruh dunia sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah.

Bagaimanapun, lebih 700 orang terkorban disebabkan tragedi tempuhan di Mina semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut menyertai Amanah menegaskan, pengorbanan perlu dilakukan untuk kepentingan bersama dan bukannya individu.

"Zulhijah itu adalah bulan pengorbanan dan setiap kita hidup mesti berkorban.

"Kita perlu membuat keputusan lebih baik bukan untuk diri sendiri, tetapi kepentingan yang lebih besar," kata bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Pada Selasa PKR, DAP dan Amanah mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan sebelum ini.  Bagaimanapun, parti Islam PAS tidak menyertai Pakatan Harapan kerana tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Namun, PAS mengatakan akan meneruskan kerjasama dengan PKR. – 25 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tinggalkan-pas-tubuh-amanah-pengorbanan-besar-dua-pemimpin#sthash.m8U41ZEV.dpuf

Menteri Lidah Bercabang ?

Posted: 24 Sep 2015 08:45 PM PDT

Anwar simbol solidariti politik Malaysia

Posted: 24 Sep 2015 08:00 PM PDT


RENUNGAN
Anwar menjadi lambang solidariti pembangkang.
Nafas 
Muafakat diambil oleh Pakatan Harapan (PH) untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (kalau pakatan pembangkang itu menang) tidak disenangi oleh sesetengah pihak.
Ada yang mempertikaikan tindakan itu dari segi relevannya dari beberapa perkara. Mereka menyoal apakah PH sudah tidak ada tokoh lain untuk diangkat menjadi PM selain Anwar?

Ada juga komen-komen bersifat individual meluahkan rasa muak dengan pembangkang yang tidak habis-habis untuk mengangkat Anwar sebagai pemimpin.

Tindakan itu bagi mereka seolah-olah hanya Anwar sahaja layak menjabat jawatan itu. Jelas mereka yang berperasaan begitu mereka yang tidak mengenali atau mengetahui keistimewaan yang ada kepada sosok ini kenapa beliau digilai untuk dijadikan PM walaupun beliau dihalang dengan berbagai cara dan tipudaya.
Ada juga yang secara berterus terang mengatakan Anwar sudah terlepas "puyan" (musim), tamat tempoh. Masa Anwar untuk jadi PM dalam usia selepas 70 tahun sudah terlalu lambat. Kalau PH menang pilihan raya nanti usia Anwar ketika itu sudah melebihi 70 tahun dan ia dilihat sudah tua dan letih dan tidak sesuai lagi.

Selain itu Anwar juga disifatkan sudah tidak ada "wow", tidak ada daya tarikan lagi. Lantaran itu pengumuman Anwar itu juga dianalisakan sebagai tidak memberi tambahan nilai sokongan kepada PH. Apa yang hendak diceritakan bahawa Anwar sudah pudar karismatik melainkan sebagai seorang pemukul sejarah dan kesangsaraan hidupnya yang penuh pencaroba dalam perjuangan politik. Mereka menganggap Anwar kini adalah perenung masa di ruang terpojok.

Alasan pemerhati itu kononnya golongan muda sudah tidak tertarik dengan Anwar, dan bagi mereka Anwar bukan isu lagi, andaian itu betul walaupun tidak seratus peratus. Memang Anwar bukan pemimpin di era mereka. Memang generasi muda tidak ada chemistry perjuangan dengan Anwar. Mereka berada jauh di belakang genta dan retak perjuangan Anwar. Sewaktu Anwar sudah mengheret dada dalam perjuangan mereka dan mempolehi beberapa Ph.D masih belum wujud lagi.

Bukan saja generasi baru, bah mereka yang sudah tua, yang terpesona dengan fitnah-fitnah pihak tertentu yang memburuk-burukkan Anwar, dan jahil pula dengan sejarah dan tidak membaca bilbiografi mengenai Anwar akan tidak merasai apa-apa yang disumbangkan oleh Anwar. Bahkan mereka akan melihat Anwar sebagai jaguh pengkhianat seperti mana dijaja dan dijual oleh media "PB".

Mereka merasa Anwar bukan pembawa cahaya kebaikan tetapi pemancu kejahatan dan pengkhianat bangsa.

Sebaliknya mereka yang senantiasa menghayati dan memahami ucapan dan semangat yang diluahkan serta bijak membelah dadanya, betapa bapa reformis itu membawa gagasan besar untuk kaum berbilang kaum seperti Malaysia ini. Anwar mempunyai iltizam yang tinggi untuk kesejahteraan negara ini. Tidak terlampau kalau dikatakan Anwar adalah pembawa obor membunuh kegelapan yang melingkungi rakyat marhaen selama ini.

Bagi ahli politik pula mereka tidak akan dapat menafikan kehebatan dan ksitimewaan yang ada kepada Anwar ini bagaimana ia telah menjadi satu halangan besar buat mereka. Gara-gara kerana takut dan bimbang kepada kehebatan Anwar inilah maka mereka sanggup mengambil tindakan menyekat Anwar dan menutup kebebasannya untuk bergerak.

Jadi tidak hairan kalau generasi muda kurang terasa dengan kehadiran Anwar. Bagi mereka yang malas membaca idea dan buah pemikirannya, lagilah berasakan Anwar tidak ada guna bahkan merasa bosan dengan Anwar apabila berbagai isu di kelilingnya ditimbulkan. Separuh politik Malaysia bergerak bernadikan Anwar sebagai isunya. Anwar adalah penggerak roda politik Malaysia dan dia juga menjadi modal keuntungan dan kelabaan bagi sesetengah orang.

Bukankah itu satu kehebatan? Tiga orang perdana menteri Umno, bermula dari Dr Mahathir Mohamad sampai ke Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak terpaksa berhadapan dengan Anwar. Mereka (Umno) menjadi susah dan kekuasaannya hampir ternafi oleh Anwar.  Najib menuruti "sunnah" Mahathir dalam menghang dan membendung pengaruh Anwar, dengan memenjarakannya, berbeza dengan Abdullah yang mengambil pendekatan berbaik-baik.

Tindakan Dr Mahathir dan Najib Razak itu menjelaskan bahawa Anwar masih relevan dan merupakan musuh utama bagi Umno dan menjadi penyekat kepada penerusan kerja-kerja zalimnya demi mempertahankan kuasa. Mungkin orang hanya nampak Najib meneruskan sunnah Mahathir dengan memenjarakan Anwar, tetapi sebenarnya tindakan Najib lebih jauh dan sadis dari itu.

Najib bukan saja hanya menghalang Anwar tetapi beliau juga turut menghuruharakan Pakatan Rakyat. Kemusnahan Pakatan Rakyat dan kecelaruan dalam Pas adalah tindakan tidak langsung Najib dalam usaha menghalang kemaraan Anwar membela rakyat.

Demikian juga mereka yang menganggap Anwar sudah tua untuk menjadi PM juga silap. Usia bukan ukuran di medan perjuangan. Perjuangan sejati digerakkan dengan akal bukan fizikal, apa lagi perjuangan menerusi politik. Sesebuah negara itu sendiri tadbirkan dengan akal dan sokongan padu rakyat. Dan Anwar dalam usia selanjut itu, belum ada tanda-tanda dia sudah lelah dan lemah.

Buat apa orang muda kalau pemikiran hanyut dan longlai? Masih "merenyutkan" isu perkauman dan menyerang kaum lain secara bodoh dan sambrono. Tidak ada guna orang muda kalau pemikirannya singkap dan tidak nampak apa yang akan berlaku di belakang hari. Juga tidak ada guna orang muda kalau membawa agama ke belakang. Kalau untuk memahami realiti politik di negara juga jahil, apa gunanya kepada pemikiran baru?

Kenapa PH memilih Anwar? Ada dua faktor besar yang saya nampak dengan pilihan ini. Pertama ialah sebagai menghormati pengorbanan dan jasa-jasa beliau kepada rakyat. Tidak ada pemimpin yang menghadapi tentangan dan cabaran sehebat Anwar demi membebaskan rakyat dari kegelapan dan kezaliman pemerintah.

Anwar sudah melaui hampir semua tentangan dan cabaran. Dia sudah teruji dan melepasi ujian. Sebab itu saya meletakkan dia sebagai "ulu azmi", pemimpin yang menerima pelbagai dugaan dan cabaran.

Sesiapa pun dalam dunia politik Malaysia tidak dapat mengatatasi cabaran yang dihadapinya. Anwar sudah melalui semua ujian dan bentuk kezaliman. Dan jikalau penahanan dan tribulasi politik dilaluinya boleh dianggap sebagai tesis-tesis Ph.D, Anwar sudah memiliki empat Ph.D.

Kali pertama tahun 1974. Tesis untuk Ph.D itu ialah memperjuangkan rakyat yang miskin. Beliau menggerakkan golongan mahasiwa menunjukkan rasa bertindak menentang ketidakpedulian kerajaaan kepada rakyat sehinggakan ada rakyat kebuluran. Kali kedua apabila dia menyertai Umno 1982, dimana dalam tesis ini dia membuat tindakan berani untuk memperbetulkan kebejatan Umno dari dalam dengan meninggalkan landasan juangnya, Abim.

Penyertaan atau tesis ini menjadi polemik di kalangan rakan dan pemerhati kepada gerakan dipimpinnya, Abim. Tetapi kerana mempercayai dan yakin kepada tesisnya beliau tetap juga meneruskan tindakan itu. Sedikit sebanyak hasil penyertaan beliau ke dalam Umno dapatlah dilakukan beberapa perubahan sekurang-kurangnya berjaya melatak dan memperukuhkan Umno berdiri atas tapak Islam yang sebenar dan tidak terlalu sekular.

Tesis Ph.D ketiga beliau ialah pada tahun 1998 apabila beliau dipecat daripada Umno kemudian dipenjara menerusi satu konspirator terancam. Tesis ini sangat menarik dan sungguh mencabar keimanan daya juangnya apabila tesis ini menyebabkan beliau dipenjara.

Dan kali keempat ialah 2014 dimana sekali lagi beliau dipenjara. Merupakan tesis ulangan. Jasa dan pengrobanan Anwar cukup besar jadi tepatlah kalau PH memberi penyanjungan itu kepadanya dengan menobatkan beliau sebagai calon Perdana Menteri.

Faktor kedua kenapa Anwar masih digilai ialah kerana kemampuannya menjadi mediator kaum dan bangsa di negara ini. Anwar adalah bapa penyatuan parti-parti politik pembankang di negara ini. Betapa tidaknya Anwar dengan cara dia berpolitik dia dapat menyatukan Pas dengan DAP - dua buah parti yang berbeza idealogi dan penyokongnya. DAP sosialis, Pas pula Islam primitif dan anggota parti masinhg-masing pula dua kaum yang berbeza yang saling mencuriagi antara satu sama lain, Melayu dan Cina.

Namun atas kelunakan pendekatannya serta politik terbuka, Anwar berjaya menyatu dan meletakkan kedua mereka dalam satu bekas bernama Pakatan Rakyat. Anwar berjaya menjalurkan kedua parti itu atas satu sinar yang satu dan memberi keyakinan bahawa pembangkang boleh berjaya bila ada persepakatan.

Kejayaan inilah memberi nilai tambah kepada kehebatan Anwar sebagai pemimpin. Penerima pandangan itu dan pembentukan Pakatan Rakyat menunjukkan dia dipercayai oleh parti-parti lain dan juga semua kaum. Tiada ada orang kedua yang boleh melakukan reforms politik seperti ini kecuali Anwar.

Kehebatan Anwar juga ialah dia tidak seorang yang mudah lemah jauh sekali berputus asa. Walaupun kaki dan tangannya diikat dan ditambat, dia boleh bersuara dari dalam penjara. Penjara baginya bukan pusara. Arahan demi arahan dan mesej demi mesej disampaikan menerusi lubang yang diteroboi oleh akalnya dari dalam ruang sempit itu.

Dalam penjara dia bukan menjadi perenung masa dan menanti cahaya kebebasan, tetapi akalnya tetap aktif mencari ruang dan memikirkan bagaimana untuk menggerakkan pejuangan. Kelebihan inilah yang ada kepada Anwar dan menyebabkan rakyat merasakan bahawa dia senantiasa mendampingi rakyat sehinggakan lupa beliau sedang mengosot kesakitan dan mengulik kesepian di balik tembok batu.

Apabila Anwar diangkat menjadi calon PM, ia adalah simbol kepada solidariti kaum dan parti-parti pembangkang di negara ini. Saya tidak fikir dan PH pun tidak segila itu untuk terus menobat Anwar sebagai PM. PH pun menyedari batas undang-undang dan hukum alam yang terpaksa diatasi Anwar pada waktu ini. Tetapi kenapa mereka tetap juga mengumumkan Anwar sebagai bakal PM, ia adalah sebagai piala atau kandi untuk mencerahkan harapan PH menguasai negara ini.

Kepada mereka yang membenci Anwar usahlah merasa terhina dan sedih dengan pilihan PH yang mengangkat Anwar itu. Itu adalah urusan PH yang tidak perlu diganggu dan dicemburui. Dan kalau sesiapa ada pilihan lain dan juga ingin menobatkan sebagai PM mereka sendiri, silakan, tidak ada yang melentang dan Anwar juga sama sekali tidak akan berkecil hati dan memarahinya. Soalnya apakah calon pilihan anda itu menepati segala kriteria dan citarasa yang dikehendaki?  
 
 
[wm.kl.8:19 am 25/09/15]

Jamal Buat Kerja Bodoh Yang Boleh Malukan Umno

Posted: 24 Sep 2015 07:27 PM PDT


Blogger pro-Umno sang kelembai yang juga Ketua Umno Cawangan Sri Labuan sudah sound Jamal supaya jangan tunjuk sangat yang Umno punya pemimpin yang bodoh dan bebal.








dollah yankee

dollah yankee


Panasss ...

Posted: 24 Sep 2015 05:50 AM PDT


Ada gurkah-gurkah politik di'port' yang sedang bercuti hari raya haji di Seoul,Korea telah menghantar beberapa keping gambar dari sana.

Bila tengok saja keadaan cuaca disana dalam gambar-gambar itu, hati ini terasa sangat cemburu. Sebabnya cuaca disini sampai naik "bele-ngaih". Sampaikan asyik nak duduk dalam air-cond 24 jam. 

Gurkah itu kata lagi rasa macam tak mau balik bila berada dalam cuaca yang begini.

Ada gurkah lain pun kata kalau kat Hanoi,Vietnam pada waktu tengahahri suhunya hanya sekitar 15-20 darjah. Bangkok pun sekarang sejuk. Jam 5 petang suhu 22 darjah.

Bila check pula dinegara lain bagaimana suhu mereka pada waktu tengahari disana:

Negara 1. suhu 16 darjah
Negara 2. suhu 19 darjah
Negara 3. suhu 11 darjah
Negara 4. suhu 08 darjah
Negara 5. suhu 22 darjah

Adoiii...Sangat lah 'jealous' nya !

Kita disini tetap kekal dengan suhu antara 34-35 darjah.

Tetapi bila saja rakyat dan Tun Mahathir tengok muka Mat Mongol Bahalol ni..suhu yang dari antara 34-35 darjah tadi, terus mencanak naik sampai 115 darjah !


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..


 

Tukar Tiub

Tukar Tiub


AL-FATIHAH

Posted: 24 Sep 2015 07:16 PM PDT










Insiden rempuh di Mina, kematian meningkat kepada 717

Angka kematian dalam kejadian rempuhan ketika ibadah melontar jamrah di Mina, Arab Saudi, hari ini, telah meningkat kepada 717 jemaah, menurut Direktorat Jeneral Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi.





------------

SIAPA SAMBUT NAJIB

Posted: 24 Sep 2015 05:30 PM PDT







SOHEH

INi BUKTiNYA

najib tidak disambut

oleh FBI


Najib Razak bersalaman dengan Anifah Aman (kanan) sewaktu tiba di Hotel Mandarin untuk lawatan kerja sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyambut ulang tahun ke-70 penubuhannya di New York, Amerika Syarikat, semalam. BERNAMA -

 See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/najib-mulakan-lawatan-kerja-di-new-york-1.139807#sthash.NjeH8rX4.dpuf

KAH KAH KAH
woit
mengapa anifah aman sambut
malaon ini bukan amerikan
malaon ini bukan tuan rumah
malaon ini datang sekapal
dengan najib
kenapa tuan rumah tak sambut
apa sudah jadi
obama segan nak sambut ke
pelik hairan apa pasal

FBi DATANG



------------

MAKIN DEKAT

Posted: 24 Sep 2015 09:27 AM PDT









MAKiN LAMA

MAKiN DEKAT


If The US Really Wants To Put Najib On Trial, There's No Escape





SEP232015
Facebook
Twitter
Digg
Pinterest
Linked In
Going by the number of people who rejoice at the news that a U.S. federal grand jury is examining allegations of corruption involving the Malaysian Prime Minister Najib Razak, and people close to him, presumably his stepson Riza Aziz and partner-in-crime Jho Low; it doesn't take a rocket scientist to see how much the public despise their leader.









BACA DISINI:

http://www.financetwitter.com/2015/09/if-the-us-really-wants-to-put-najib-on-trial-there-is-no-escape.html

KAH KAH KAH
woit
jerat sudah dipasang
hanya tunggu masa bingkas
kah kah kkah

PALING BAiK




----------------------

ADA APA DCENGAN GIGI

Posted: 24 Sep 2015 12:00 AM PDT







SILA TEKA

ADA APA 

DENGAN GiGi


KAH KAH KAH



---------------

KOMIDI KOMIDI

Posted: 23 Sep 2015 11:30 PM PDT






KAH KAH KAH

bulan oktober
bersama tukar tiub
sila
masukan tarikh dalam
ajenda anda


JOHOR BARU


IOI MALL PUCHUNG


PETALING JAYA











----------------

TANAH RIZAB MELAYU NATO

Posted: 23 Sep 2015 09:30 PM PDT




MUAK BOSAN



Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
23 September 2015
SHAH ALAM - Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menzahirkan rasa bimbangnya mengenai tanah rizab Melayu yang saban tahun makin mengecil, dek kerana kelalian pemerintah dalam menjaga hal ini.


KAH KAH KAH
woit
orang melayu dah muak
orang melayu dah bosan
dah banyak kali dengar
cerita tanah rizab
tak habis habis
cakap tak guna
semua hilang pada cukong
semua kena rembat
dalam pekan hilang
dalam kampong hilang
semua lepsap kena rembat
jangan jadi nato
no action tok onli

JADi NATO

---------------

RINGGIT JATUH LAGI

Posted: 23 Sep 2015 08:00 PM PDT






GWA SUDAH

BiLANG

LU TAK CAYA

Ringgit ditutup lebihi paras 4.34


Ringgit terus dalam aliran menurun dan ditutup melebihi paras 4.34 berbanding dolar susulan satu lagi pusingan penjualan yang didorong oleh kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global.
Pada 5 petang, ringgit disebut harga 1.19% lebih rendah pada 4.3450/3480 berbanding dolar, daripada 4.2940/2980 semalam.
Ringgit merekodkan paras terendah harian pada 4.3500 berbanding dolar selepas dibuka 4.32 dalam dagangan awal.   
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ringgit-ditutup-lebihi-paras-4.34#sthash.9pXxNNO5.dpuf

KAH KAH KAH
woit
sampai kemana
ringgit akan jatuh?
zeti bank negara cakap
kalau 1mdb selesai
barulah ringgit selamat
kah kah kah
macam mana nak selesai
najib dan rosmah masih ada

SUDAH TEROK

--------------