Selasa, 22 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


“Syaitan Dalam Jemaah” PAS Belum Keluar Habis Lagi?

Posted: 22 Sep 2015 11:15 PM PDT

Portal Berita Umno Desak Hadi Pecat Mahfuz Kerana Hadir Perbincangan Pakatan Harapan






Inilah yang dikatakan hidung tak mancung, tapi pipi tersorong-sorong. Tak tahulah saya setebal tembok apa muka Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dilaporkan hadir ke sidang meja bulat DAP, PKR dan Amanah.

Malah lebih memalukan lagi, Mahfuz yang mengaku dirinya kekal sebagai ahli PAS dan tidak menyertai konco-konconya dalam Amanah, dengan selamba badak merayu pula pada Pakatan Harapan supaya tidak meminggirkan PAS.

Mahfuz berkata, penyertaan PAS di dalam Pakatan Harapan adalah penting bagi mengelak pertandingan tiga penjuru ketika pilihanraya nanti.

Saya tertanya-tanya, apakah Mahfuz tidak tahu membaca, mendengar dengan baik dan memahami kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kepimpinan PAS sebelum ini mengenai pakatan baru yang mahu dibentuk itu?

Apa yang Timbalan Presiden PAS kata? Apa yang Ketua Penerangan PAS kata? Dan paling penting, apa yang Presiden PAS kata? Apa pula kata pewaris tokoh PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz kata?

Pemimpin PAS yang "merampas" jawatan Mahfuz, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, pengkhianat PAS tetap dilabel pengkhianat selagi mereka tidak kembali ke pangkal jalan. Faham atau tidak? Katanya, PAS tidak akan bekerja sama dengan pengkhianat parti.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man juga senada dengan Nasruddin menegaskan bahawa PAS tidak akan hadir ke sidang meja bulat itu disebabkan DAP dan Amanah ada bersama untuk membentuk pakatan tersebut.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula terang-terangan mengecam puak-puak yang membentuk parti Amanah yang dianggap "syaitan dalam jemaah" itu. Setelah "syaitan-syaitan" itu keluar dari jemaah, melanggar bai'ah talak 3, tidak pula meletak jawatan, masih lagikah PAS mahu bekerjasama dengan "syaitan-syaitan" tersebut?

Malah Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz secara jelas menegaskan bahawa PAS tidak gentar dan sedia untuk berdepan dengan Amanah mahupun DAP bagi merebut kerusi pada pilihanraya yang akan datang.


Dua "syaitan dalam jemaah"? Seorang dalam PAS dan seorang lagi dalam UMNO?

Saya tertanya-tanya, apakah Mahfuz begitu dangkal, cetek dan "bengap" sekali akalnya untuk berfikir tentang pendirian PAS tersebut? Apakah hati Mahfuz sudah "buta" untuk memahami kenyataan-kenyataa dari pucuk pimpinan utama PAS itu?

Apakah Mahfuz fikir dia merupakan "jambatan" di antara PAS dengan DAP, Amanah dan PKR? Sekiranya dia berfikir demikian, maka mungkin saya boleh simpulkan bahawa Mahfuz berkemungkinan besar tidak faham dengan pendirian partinya.

Saya juga tertanya-tanya, kenapalah Mahfuz tidak sertai Amanah atau PKR. Sedangkan apa yang terbit dari lidahnya itu membayangkan seakan-akan "syaitan dalam jemaah" PAS itu belum lagi keluar dari parti berkenaan sepenuhnya.

Cuma bersangka baik, saya menjangkakan bahawa mungkin Mahfuz tidak sertai Amanah kerana enggan melanggar sumpah bai'ah yang dia ikrarkan pada PRU ke-13 yang lalu. Siapalah yang tidak sayangkan isteri, bukan?

Sebenarnya, saya agak bersimpati dengan Mahfuz. Dia seolah sedang tersepit. Hendak keluar, takut melanggar bai'ah. Hendak kekal, tapi hatinya bagaikan sudah bersama Amanah. Namun apakan daya, terpaksalah kekal di dalam PAS jua hingga tamat penggal ini…

- mykmu


BR1M beri isyarat tidak baik kepada Malaysia

Posted: 22 Sep 2015 10:30 PM PDT


MUAR - Peningkatan kadar bantuan dan pertambahan bilangan penerima BR1M setiap tahun adalah isyarat tidak baik kepada Malaysia.

Senario itu jelas menunjukkan negara ini tidak makmur.

Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, situasi itu mendedahkan bahawa negara ini mempunyai ramai penduduk miskin, sedangkan sebelum ini kerajaan bersungguh-sungguh mahu membasmi kemiskinan.

"Apa maknanya jika penerima BR1M bertambah? Apa tujuan sebenar bantuan ini diwujudkan, adakah benar-benar mahu bantu rakyat atau ada agenda tersembunyi? Saya lihat BR1M pertama dilaksanakan pada 2012 adalah lebih kepada memancing undi.

"Sehingga kini, ia (BR1M) diteruskan dan lebih menarik kerajaan telah mengumumkan kadar bantuan itu akan dinaikkan mulai tahun hadapan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa kadar BR1M akan dinaikkan mulai tahun hadapan dan perkara itu akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2016, Oktober ini.

Mohamad berkata, BR1M telah membebankan kerajaan sehingga terpaksa mengambil langkah seperti mengurangkan dan rasionalisasi subsidi serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kononnya manfaat itu dipulangkan semula kepada rakyat menerusi bantuan tersebut.

"BR1M tidak bantu rakyat secara keseluruhannya dan kerajaan perlu mengenalpasti identiti pemohon dengan betul untuk memastikan mereka yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan terpilih menerima bantuan.

"Contohnya, ibu tunggal warga emas yang ada anak ramai, dia tak layak dapat bantuan kerana ada anak yang boleh tanggung makan, minum dan keperluannya," katanya.

Beliau berpendapat, penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal sepatutnya diberikan keutamaan sebagai penerima BR1M kerana mereka tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk sara hidup.

Jelasnya, penerima bantuan JKM dan Baitulmal bergantung hidup semenuhnya dengan bantuan RM300 dan RM150 sebulan dan tiada sumber pendapatan lain. "Dengan wang ini jugalah mereka bayar sewa rumah dan beli sedikit keperluan harian.

"Kekurangan ini telah menghambat mereka hidup dalam tekanan kemiskinan. Malangnya, ada segelintir penerima BR1M tidak memanfaatkan bantuan dan wang tersebut digunakan membeli barang kehendak berbanding keperluan," katanya.

Selain itu katanya, pemohon juga perlu bersikap jujur dengan memberikan maklumat diri dengan betul ketika mengisi borang permohonan. Jangan ambil kesempatan hingga tutup peluang orang lain yang lebih memerlukan.


KedahLanie

SEMUA SEGMEN MASYARAKAT JANGAN BERHENTI MENEKAN NAJIB

Posted: 22 Sep 2015 09:30 PM PDT


Satu lagi episod memalukan yang tidak pernah terbayang dek fikiran sesiapa menimpa rakyat Malaysia semata-mata kerana berperdana-menterikan seorang pemimpin bernama Najib Razak.

Kali ini sebuah unit khas di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang menyiasat mengenai rasuah antarabangsa akan melakukan penyiasatan terhadap Najib berhubung pembelian hartanah di negara itu oleh anak tirinya,

Riza Aziz dan ahli perniagaan yang rapat dengannya iaitu Jho Low. Sebagaimana yang didedahkan oleh New York Times (NYT), siasatan berkaitan rasuah itu dilakukan kerana semua pembelian itu dilakukan melalui sebuah "syarikat bayangan" atau "syarikat kosong." Antara pembelian hartanah yang disiasat itu ialah:-

1. Sebuah penthouse bernilai AS$30.55 di Time Warner di Manhattan.

2. Rumah di Hollywood bernilai AS$39 juta, Hotel L'Ermitage di Beverly Hills dan sebahagian Hotel Park Lane, New York.

3. Sebuah kondominium bernilai AS$33.5 juta di Laurel Park, Manhattan di samping hartanah lain di Los Angelas.

4. Sebuah kondominium berharga AS$4.5 juta yang dibeli atas nama "syarikat bayangan" atau "syarikat kosong",

Cricklewood One Madison LLC yang pembeliannya ditandatangani oleh bekas eksekutif 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan.

Keseluruhan hartanah yang sedang disiasat itu dianggarkan bernilai lebih AS$150 juta. NYT juga melaporkan, unit khas di Jabatan Kehakiman itu turut menyiasat pengaliran wang AS$681 juta yang merupakan sebahagian daripada jumlah RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib kerana pemindahannya dilakukan melalui sebuah bank Amerika Syarikat,

Wells Fargo. Dengan turut disiasat oleh FBI dan Jabatan Peguam Negara Switzerland, Najib kini sekurang-kurangnya sedang menghadapi tiga penyiasatan di peringkat antarabangsa. Itu belum termasuk lagi pihak berkuasa di London,

Perancis, Hong Kong dan Singapura yang mungkin turut melakukan penyiasatan berikutan adanya laporan dikemukakan kepada mereka.



Mana kita mahu letak muka sebagai rakyat Malaysia bila ke luar negara selepas ini?

Tidak pernah mana-mana pemimpin kita sebelum ini menghadapi pertuduhan sebegitu rupa sehingga ramai yang hairan bertanya, Najib tidak pernahkah rasa malu dengan apa yang menimpa dirinya?

Bagaimana beliau selepas ini mahu berhadapan dengan masyarakat antarabangsa serta bertentang mata dengan pemimpin dunia yang lain?

Yang lebih memalukan, sudahlah penyiasatan itu berkaitan dengan rasuah dan penggubahan wang haram, ia juga memperlihatkan kerakusan dalam pemilikan harta beratus juta yang diragui sumbernya.

Kesian dengan orang-orang kampung dan makcik Felda yang sekadar didendangkan dengan BR1M bernilai RM500 tetapi keluarga pemimpin pula dikaitkan dengan pemilikan harta beratus juta di luar negara.

Siasatan demi siasatan yang menunggu Najib ini seharusnya menyedarkan semua segmen dalam masyarakat agar terus meningkatkan tekanan untuk memaksa Najib berundur daripada jawatannya.

Soal Najib mahu berundur atau tidak adalah soal kedua, tapi tekanan perlu dilakukan semaksima mungkin. Kita tidak boleh lagi berketuakan beliau. UMNO akan kalah serta musnah manakala negara pula akan terus terjerumus ke lembah kesengsraan jika Najib sebagai ketua kerajaan tidak segera ditukar.

Jemaah surau pun mungkin ramai tidak begitu khusyuk sembahyangnya kerana fikiran asyik melayang terbayangkan hal-hal berkaitan Perdana Menteri yang cukup "istimewa" ini. Yang lebih penting, dengan berjaya menyingkirkan Najib,

ia akan memberi isyarat yang jelas kepada mana-mana pemimpin selepas ini untuk berfikir banyak kali sebelum mahu melakukan kecurangan atas nama jawatan yang mereka disandang.

Akhirnya ini tentu akan membawa lebih kebaikan kepada rakyat dan negara pada masa depan. Siapa pengganti Najib adalah soal kedua ketika ini, yang penting penyingkirannya mesti dilakukan terlebih dahulu. (Saya akan menulis dalam bab lain kemudian mengenai siapa yang patut mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas Najib berjaya disingkirkan)

Adalah memalukan jika pihak luar negara seperti FBI dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dilihat lebih bersungguh-sungguh untuk membantu menyelamatkan negara kita dan mendakwa pemimpin yang disyaki melakukan kesalahan sedangkan kita sendiri hanya berpeluh tubuh begitu saja. Ayuh, bangkitlah kita semua!!

Kini adalah masa untuk setiap daripada kita mesti bangkit bersama-sama untuk menyelamatkan negara dan demi masa depan anak cucu yang lebih bahagia.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Akhirnya.. Pemimpin Umno Ini Terbukti Bersalah

Posted: 22 Sep 2015 08:45 PM PDT


Dalam rayuan untuk meringankan hukuman selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan rasuah terhadapnya, bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, beliau akan memberikan rawatan pergigian percuma jika dia dibenarkan melakukan khidmat masyarakat.

"Saya akan menyediakan penjagaan pergigian di kawasan saya atau mana-mana bahagian di Selangor," katanya dari kamar tertuduh kepada panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Dr Khir berkata sudah menyediakan rawatan sedemikian kepada rakan-rakan dan saudara-maranya walaupun aktif berpolitik.

Doktor gigi bertauliah itu merayu untuk hukuman yang dikenakan terhadapnya daripada hukuman penjara selepas mahkamah tertinggi menolak rayuan sabitan rasuah beliau berhubung pembelian sebidang tanah dan sebuah banglo semasa memegang jawatan menteri besar Selangor.

Mahkamah Tinggi mensabitkan kesalahan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Dr Khir pada Disember 2011 dan ia dikekalkan Mahkamah Rayuan.

Dr Khir, seorang doktor gigi yang terlatih, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Disember 2010, atas tuduhan rasuah yang melibatkan pembelian dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam. 

Beliau dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, plot dan rumah tersebut di No 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui salah seorang pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Beliau melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan tuduhan terhadap Dr Khir itu juga boleh menjatuhkan hukuman berbeza dan bekas ahli politik itu kemungkinan berdepan hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Peguam yang mewakili Dr Khir, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bagaimanapun, sebelum ini mencadangkan khidmat masyarakat dan bukannya hukuman penjara.

Dr Khir berkata beliau tidak berniat untuk melakukan jenayah itu dan dia tidak mengetahui soal perundangan.

Dr Khir berkata beliau tidak menggunakan wang rakyat untuk membeli hartanya itu.

"Saya mengisytiharkan harta saya kepada perdana menteri dan Sultan Selangor semasa memegang jawatan menteri besar Selangor," katanya. 

Katanya, beliau sudah bekerja keras selama 8 tahun sebagai menteri besar dari 2000 untuk membangunkan negeri dan meningkatkan taraf hidup rakyat. 

"Tetapi dalam tempoh 5 tahun yang lalu saya hidup dengan stigma negatif apabila pertuduhan rasuah dikenakan terhadap saya." 

Shafee berkata anak guamnya yang berumur 50 tahun, melakukan kesalahan pertama dan bapa kepada 6 orang anak.

"Ini adalah satu jenayah bukan bersifat ganas dan dia tidak memahami keadaan apabila dia melakukan jenayah itu," kata peguam Umno. 

Shafee berkata hartanah itu tidak boleh dikembalikan kerana ia sudah dicaj kepada bank. 

"Dia sepatutnya hanya dibenarkan untuk membayar perbezaan suapan itu," katanya sambil menambah bank itu juga akan mengalami kerugian jika harta itu dikembalikan kepada pemilik asal. 

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud berkata, Mahkamah Rayuan menggunakan prinsip yang betul bagi menjatuhkan hukuman terhadap perayu dan ia perlu dikekalkan. 

Rakannya Dusuki Mokhtar berkata perayu sudah menyalahgunakan kedudukannya ketika menjawat jawatan sebagai pegawai tertinggi di Selangor.

"Satu hukuman berat mesti dikenakan untuk memberi pengajaran mengenai gejala rasuah," kata Dusuki, salah seorang daripada panel 5 hakim diketuai Tan Sri Zukefli Ahmad Makinudin yang menangguhkan penghakiman hukuman hingga 29 September bagi memberi masa kepada mahkamah meneliti penghujahan.

Sebelum itu, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel 5 hakim itu, berkata rayuan Dr Khir ditolak dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. 

"Semua intipati pertuduhan itu berjaya dibuktikan, termasuk sama ada dia adalah seorang penjawat awam," katanya kepada mahkamah yang padat hari ini.

Dr Khir merupakan menteri besar Selangor yang kedua menghadapi tuduhan rasuah selepas Datuk Harun Idris 40 tahun lalu.
 
 
ADDIN

PAS Akhirnya Ditinggalkan Keseorangan..

Posted: 22 Sep 2015 08:00 PM PDT



Gabungan pembangkang baharu terdiri daripada PKR, DAP, dan Parti Amanah Negara (Amanah) dikenali sebagai 'Pakatan Harapan', kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Gabungan itu juga menyaksikan parti Islam PAS tidak menyertainya, selepas Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 berpecah.

"Mulai hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sebagai pakatan politik yang jitu membela rakyat berhadapan Umno dan BN," kata Dr Wan Azizah selepas sidang meja bulat pembentukan gabungan baharu di Subang Jaya, Selangor hari ini.

Pada sidang media sama, Dr Wan Azizah turut mengumumkan Pakatan Harapan bersetuju Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya dipenjara atas sebab politik, merupakan calon perdana menteri sekiranya gabungan ini menang pilihan raya umum akan datang.

"Perkara pertama yang diumumkan adalah saudara Anwar sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang," katanya.

"Kami yakin beliau adalah antara pemimpin paling sesuai menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan Datuk Seri Najib Razak," kata Dr Wan Azizah.

Ditanya tentang sikap PAS terhadap gabungan baharu ini, Dr Wan Azizah berkata parti itu turut dijemput dalam perbincangan hari ini.

"Mereka jawab terima kasih kerana menjemput tetapi kami tak dapat sertai pusingan (rundingan) kali ini," katanya.

Menurut ahli Parlimen Permatang Pauh itu, satu jawatankuasa khas terdiri daripada setiausaha agung dan wakil setiap parti akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi memperhalusi terma-terma Pakatan Harapan seperti dasar bersama, etika kerjasama sesama parti serta perjanjian bersama.

Kenyataan yang dibaca Dr Wan Azizah pada sidang media kali ini juga buat pertama kalinya ditulis bersama beliau, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sewaktu ditemui wartawan menjelaskan yang Pakatan Harapan berbeza dengan Pakatan Rakyat kerana ia akan mempunyai dokumen yang mengikat semua parti secara bersama.

Katanya, dokumen itu yang menggariskan terma gabungan ini perlu dirunding semula sekiranya ada parti lain ingin menyertainya.

PKR sejak awal berusaha menarik PAS bersama gabungan baharu ini dan disokong Amanah namun parti Islam itu menolak atas alasan ia tidak lagi boleh bekerjasama dengan "pengkhianat parti" dan DAP.

Pada masa sama, PAS menyifatkan Amanah sebagai pengkhianat selepas berpecah daripada parti itu manakala DAP pula kerana mereka memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -TMI



Berbincang dengan Umno, Pas tidak tolak kemungkinan itu Oleh Mohd Sayuti Omar

Posted: 22 Sep 2015 07:15 PM PDT

dd

"Terlalu awal untuk berbuat begitu (berbincang dengan Umno) tetapi ia tidak mustahil," demikian ulas seorang pemimpin kanan Pas bila ditanya kewujudan pakatan baru, Pakatan Harapan yang diputuskan lewat tengah hari tadi.

Pemimpin kanan Pas itu berkata dalam politik tidak ada sebarang kemustahilan. "Iya memang ada..." katanya apabila disoal apakah benar Pas sudah merancang untuk berbincang secara serius dengan Umno bagi bekerjasama dalam pilihan raya akan datang.

"Enta pun dah tulis dan semacam besetuju kalau Umno berkerjasama dengan Pas, baiklah tu..." ujarnya lagi cuba mengelak.

"Saya tidak boleh bagi tahu kerana ini rahsia, kalau enta nak tembak silakan," kata pemimpin itu lagi. Tegasnya beliau tidak menolak kerjasama dengan Umno tetapi tidak mahu mengesahkan. "Tidak boleh sahkan, tidak boleh.." begitulah kata pemimpin itu apabila dijolok apakah benar sudah ada perbincangan sulit dilakukan pemimpin tertentu dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Adalah dipercayai sehari dua lagi akan ada perkembangan yang bakal mengejutkan pemerhati politik dengan tindakan Pas ini serta membolehkan orang membaca peta politik Pas. Keadaan hari ini dalam Pas sudah tidak ada orang yang bercanggah pendapat atau pun yang menentang kalau rancangan kerjasama Pas - Umno itu diadakan.

Sebelum ini Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan kuasa penentang kerjasama itu. Kemudian dengan terkeluarnya golongan profesional yang menentang kerjasama Umno - Pas, apabila kalah dalam pemilihan pada muktamar lalu, kini tinggal dalam Pas semua mereka yang suka kalau parti agama itu bekerjasama dengan Umno.

Kerjasama penting dan diperlukan bagi sesetengah pihak dalam Pas bagi mengekalkan status quo yang ada serta mendapat manfaat peribadi dengan kuasa yang dipegang Umno sebagai tunggak kerajaan. Dalam pada itu difahamkan Pas sedang mencari hujah dan dalil kukuh kenapa mereka perlu berkerjsama dengan Umno.-BlogSpot

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Umno hantar surat tunjuk sebab Saifuddin hadir majlis pembangkang

Posted: 22 Sep 2015 06:30 PM PDT


 Umno hantar surat tunjuk sebab Saifuddin hadir majlis pembangkangUmno petang ini menghantar surat tunjuk sebab kepada bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah, selepas tindakannya menghadiri majlis anjuran parti pembangkang, perasmian Pakatan Harapan pagi ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan surat tersebut sudah dihantar dan Saifuddin diberikan 14 hari untuk menjawabnya.

"Kita sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada beliau (Saifuddin).
"Kemudian dalam tempoh 14 hari, Saifuddin perlu menjawab dan menjelaskan sebab beliau ke program pembangkang.

"Kalau tidak dijawab, beliau akan dibawa ke Lembaga Disiplin," kata Tengku Adnan semasa menghubungi The Malaysian Insider hari ini.

Terdahulu hari ini, Tengku Adnan berkata, Umno akan menyiasat mengenai kehadiran Saifuddin dalam program pembangkang hari ini sebelum membuat keputusan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadapnya.Tengku Adnan berkata, biar siasatan selesai sebelum sebarang tindakan diambil ke atas bekas ahli Parlimen Temerloh itu.

Saifuddin yang juga ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), hari ini hadir ke program pelancaran Pakatan Harapan, tetapi atas kapasiti sebagai pengerusi Akademi Belia.

Tengku Adnan bagaimanapun tidak menyatakan sama ada tindakan Saifuddin itu melanggar disiplin parti walaupun hadir bukan atas kapasiti sebagai seorang ahli Umno.

Tiga parti pembangkang hari ini terdiri daripada PKR, DAP dan parti baharu serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) secara rasmi membentuk Pakatan Harapan sebagai wadah baharu selepas Pakatan Rakyat berkubur.
Saifuddin sebelum ini juga lantang menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap pemerintah Barisan Nasional. –TMI

Najib berdepan siasatan rasuah AS, lapor New York Times

Posted: 22 Sep 2015 05:45 PM PDT


Najib berdepan siasatan rasuah AS, lapor New York TimesBadan kehakiman Amerika Syarikat (AS) kini menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas pembelian hartanah di sana oleh anak tirinya Riza Aziz dan ahli perniagaan Low Taek Jho, lapor The New York Times (NYT) hari ini.

Sebuah unit di Jabatan Kehakiman AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa sedang menjalankan siasatan itu, lapor NYT memetik sumber tanpa nama.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada pembelian hartanah di AS sejak beberapa tahun kebelakangan dilakukan "syarikat bayangan".

NYT melaporkan pada Februari mengenai pembelian ini yang menggunakan "syarikat bayangan" daripada pelbagai tokoh antarabangsa, termasuk Riza dan Low, juga dikenali sebagai Jho Low.

NYT juga melaporkan selain pembelian hartanah, siasatan rasuah itu juga akan melihat dakwaan AS$681 juta yang merupakan sebahagian daripada RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib - pertama kali dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) dan kemudiannya disahkan pihak berkuasa anti-rasuah Malaysia sebagai "derma politik".

Pemindahan dana adalah di bawah bidang kuasa AS kerana ia melalui bank Amerika Wells Fargo, kata akhbar itu.

Dalam laporan NYT pada Februari, akhbar berpengaruh itu mendapati hartanah mewah bernilai lebih RM150 juta dikesan mempunyai kaitan sama ada dengan Low atau Riza.

Ini termasuk "penthouse" bernilai AS$30.55 juta di Time Warner Centre di Manhattan, rumah di Hollywood bernilai AS$39 juta, Hotel L'Ermitage di Beverly Hills dan sebahagian Hotel Park Lane di New York.

Ia juga mengesan sebuah kondominium bernilai AS$33.5 di Laurel Park, Manhattan, di samping hartanah lain di Los Angeles yang turut melibatkan Riza, melalui pelbagai "syarikat bayangan".

tt

Laporan NYT juga menyebut, bekas eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan menandatangani pembelian kondominium AS$4.5 juta yang dibeli "syarikat bayangan" dikenali sebagai Cricklewood One Madison LLC, tahun lepas.

Penjaga di bangunan itu mengesahkan seorang wanita dengan nama berkenaan tinggal di situ, menurut NYT.
Loo sedang dicari Bank Negara Malaysia bagi mendapatkan bantuan berhubung siasatan ke atas 1MDB.

NYT berkata, ia cuba mendapatkan maklum balas daripada beberapa individu dan syarikat yang disebut dalam laporan itu tetapi semuanya enggan mengulas.

Seorang peguam bagi Cricklewood enggan mengulas, manakala Loo tidak memberi respons kepada nota yang ditinggalkan di kondominium beliau.

Wakil Riza dan Low bagaimanapun memberitahu akhbar itu mereka tidak terlibat dalam apa-apa urusan jual beli tidak sepatutnya.

NYT berkata, Najib bersiap sedia untuk berlepas ke London minggu ini bagi konvensyen perdagangan dan dijangka ke New York selepas itu untuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Akhbar itu juga memetik bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott yang menyatakan Najib "benar-benar menghargai imej antarabangsa" dan mempersoalkan jika perdana menteri kini "dipulaukan".
Najib berada di bawah tekanan yang besar berhubung skandal 1MDB, yang beliau selia sebagai menteri kewangan, dan pemindahan wang ke dalam akaun peribadinya.

Beliau juga merombak Kabinet pada Julai, menggugurkan seorang timbalan perdana menteri dan seorang lagi menteri kerana mengkritik cara beliau mengendalikan syarikat sarat hutang itu, dan menukar peguam negara yang sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB dan pemindahan dana ke dalam akaun peribadinya.-TMI

Pengorbanan paling ditunggu sempena Hari Raya Korban 2015 ialah PENGUNDURAN NAJIB Oleh Shahbudin Husin

Posted: 22 Sep 2015 05:00 PM PDT


Pengorbanan paling ditunggu sempena Hari Raya Korban 2015 ialah PENGUNDURAN NAJIBGabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz semalam telah bercakap mengenai keadaan ekonomi dan nilai ringgit serta kaitannya dengan isu semasa dalam negara yang seharusnya menjadi bermanfaat buat kita semua.
Bedasarkan laporan FMT, Zeti berkata:-

- nilai ringgit akan naik semula sekiranya isu 1MDB dapat diselesaikan.
- kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik. Kesemua isu berkaitan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan nilai ringgit naik semula.

- kami telah serahkan hasil siasatan Bank Negara kepada Jabatan Peguam Negara. Kini kami masih dalam perbincangan dengan jabatan tersebut.

Mengikut berita Malaysian Insider pula, Zeti berkata:-

- orang ramai berhak mendapat jawapan terhadap siasatan skandal 1MDB.

- semua siasatan itu sedang berjalan dan ia akan membuahkan hasil. Bagi Bank Negara, kami melihat dalam percanggahan kelulusan yang kami berikan kepada 1MDB secara spesifik.

- melahirkan keyakinan pihak terlibat dalam salah laku berkaitan syarikat pelaburan negara itu akan dihadapkan ke muka pengadilan.

- masyarakat antarabangsa sudah menyatakan komitmen untuk menangani isu penggubahan wang haram dengan beberapa langkah tegas telah diambil.

- dalam dunia sekarang, tidak ada orang dalam planet ini yang boleh bersembunyi.

Apakah perkara yang paling mudah untuk difahami daripada kata-kata Zeti ini?

ww

Tentunya maksud sebenar ialah tidak lain agar isu berkaitan 1MDB yang disebutnya sebagai skandal hendaklah diselesaikan dengan segera jika mahu melihat nilai ringgit naik semula.

Bermakna juga, selagi isu 1MDB tidak selesai, nilai ringgit akan terus menjunam.
Tapi bagaimana untuk menyelesaikannya?

Jual tanah TRX? Cari pelabur asing dalam Bandar Malaysia? Struktur hutang? Atau bagaimana?

dd
Zeti juga menyebut mengenai komitmen antarabangsa mengenai isu penggubahan wang haram yang tentunya sangat berkaitan dengan siasatan FBI mengenai wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib.

Siasatan FBI itu telah mengundang tarikan berita di seluruh dunia sehingga keyakinan pelabur asing tidak mungkin pulih dengan mudah selagi ia terus diperkatakan di mana-mana.

Berpuluh negara telah menyiarkan berita mengenai siasatan FBI itu dan ini tentunya merupakan hentakan paling buruk terhadap imej negara di peringkat antarabangsa.

Bagaimanakah juga untuk melihat isu ini selesai?

dd

Kedua-duanya iaitu 1MDB dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan RM2,600 juta hanya perlukan penyelesaian mudah iaitu - NAJIB LETAK JAWATAN DAN BIARKAN KEADILAN UNDANG-UNDANG 

MEMAINKAN PERANANNYA SELEPAS ITU.

Sempena hari raya korban Khamis ini, percayalah, pengorbanan yang paling ditunggu-tunggu dan pasti seluruh negara gembira dengannya ialah jika Najib sedia berkorban meletakkan jawatannya demi masa depan negara dan 30 juta rakyatnya.-BlogSpot

PAS Juga Wajib Dikuburkan Bersama UMNO !!!

Posted: 22 Sep 2015 04:30 PM PDT

Chuleed Yusri Yk's photo.Aku ambil pendirian xnk ulas dan komen psl pas ni...biar la apa dia nk jadi..kemana dia nk pergi...

Skg kita kembali ke matlamat asal....KUBURKAN UBN...seandainya pas memilih untuk mnjilat ludah sendiri bersekongkol bersama parti regime maka bermakna pas pun mmng patut dikuburkan...


‪#‎ Alfatihah buat TGNA‬

Pakatan Harapan: Menang PRU14, Anwar jadi PM

Posted: 22 Sep 2015 09:00 AM PDT


Pakatan Harapan: Menang PRU14, Anwar jadi PMPakatan Harapan - pakatan politik PKR, DAP dan AMANAH - bersetuju memilih Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika gabungan baru pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14.

Langkah pertama Pakatan Harapan itu diumumkan melalui satu kenyataan yang dipersetujui Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

"Kami yakin bahawa beliau adalah di antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak," kata mereka dalam satu kenyataan.

Ia dibuat selepas ketiga-tiga parti itu bersidang dalam rundingan meja bulat untuk menubuhkan pakatan baru pembangkang - tanpa dianggotai PAS - di Subang Jaya hari ini.

Mereka berkata penubuhan Pakatan Harapan sebagai memenuhi harapan rakyat yang mahu satu pakatan pembangkang yang kuat demi menyelamatkan negara dari kepincangan kepimpinan Umno/BN.

Dalam kenyataan itu, mereka juga berkata krisis yang melanda negara turut mendorong pembentukan Pakatan itu bagi mengekang dakwaan salah tadbir dan kepincangan pentadbiran Najib.

gg

"Krisis kepimpinan negara dan tekanan kewangan terhadap rakyat akibat kepincangan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan penyelesaian segera.

"Lebih lama krisis ini berlanjutan, rakyat biasa akan terus menjadi mangsa menanggung beban ekonomi seharian dan berhadapan permainan adu domba perkauman sesetengah pihak," katanya.

Sementara itu, satu jawatankuasa khas yang dianggota setiausaha agung dan wakil setiap parti ditubuhkan untuk memperhalusi terma penubuhan termasuk perjanjian pakatan, dasar bersama, etika kerja sesama parti yang menganggotai Pakatan Harapan dan lain-lain.

"Kami yakin kewujudan Pakatan Harapan akan memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang adil, inklusif, berdaya saing, berkebajikan dan berpaksikan keluhuran undang-undang," kata mereka.-MalaysiaKini

Salah Tetap Salah - Hukuman Penjara Tetap Dijalankan !!

Posted: 22 Sep 2015 08:18 AM PDT


Khir tawar rawatan pergigian ganti hukuman penjaraPeguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo sedia menawarkan khidmat komuniti dalam bentuk menyediakan rawatan pergigian percuma kepada orang miskin selama dua tahun.

Rawatan itu diberikan selama tiga hari seminggu.

Tawaran itu dibuat oleh Mohamad Khir untuk menggantikan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Ini kali pertama khidmat komuniti ditawarkan menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan rasuah.

"Saya masih memiliki lesen amalan dan masih merawat rakan-rakan dan anggota keluarga," katanya.

Khir yang juga menjelaskan kepada mahkamah bahawa Selangor telah berkembang bawah kepimpinan beliau dalam tempoh lapan tahun menjadi MB.

Mahkamah akan memberi penghakiman terhadap bekas MB Selangor itu pada Selasa jam 2.30 petang.-MKini


Video Saat Cemas Kemalangan Melibatkan 6 Pelumba Haram Di Lebuhraya KESAS

Posted: 22 Sep 2015 05:30 AM PDT


Tersebar hari ini di laman sosial hari ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Semut Gergasi dua buah video kejadian kemalangan yang melibatkan perserta lumba haram di Shah Alam Expressway (Lebuhraya Kesas).

Berdasarkan video yang dimuatnaik tersebut menunjukkan kira-kira enam buah motosikal sedang berlumba di atas lebuhraya berkenaan sambil di tonton kira-kira ratusan orang yang lain.




Bagaimanapun ketika pelumba sedang berlumba dilihat seorang daripada mereka telah cuba memotong sebuah kereta jenis proton Exora yang melalui kawasan tersebut tetapi gagal menyebabkan dia terlanggar belakang bahagian kanan kereta berkenaan lalu hilang kawalan merempuh pelumba haram yang lain.

Kerana rempuhan tersebut menyebabkan ke semua pelumba haram berkenaan terbabas dan terseret di atas jalan raya kira-kira 100 meter di mana serekan berkenaan mengeluarkan api hasil geseran motosikal dengan jalan.

Berdasarkan komen kejadian dikatakan baru berlaku tetapi tidak dinyatakan waktu dan kebanyakkan mereka perserta lumba haram ini mengalami kecederaan dan ada yang parah.



Hampir 10 negara siar laporan 'FBI siasat 1MDB'...memalukan.... suarakami

Posted: 22 Sep 2015 04:45 AM PDT



Mula-mula kita ucapkan tahniah kepada Najib yang juga Presiden UMNO kerana 1MDB yang diilhamkan olehnya itu diberikan publisiti meluas oleh beberapa media dari seluruh dunia..

Nazri Aziz pun tak perlulah menghabiskan beratus juta RM untuk mempromosikan Malaysia keseluruh dunia kerana Syarikat yang diilhamkab oleh Najib itu telah membantunya.

Sebabnya bukan hanya harian kewangan The Wall Street Journal yang berpengkalan di US melaporkan tentang FBI yang memulakan satu siasatan berhubung dakwaan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan hutang yang ditanggung 1MDB... tapi banyak lagi negara yang menyiarkan tentang tindakan FBI itu..

Laporan tersebut telah disiarkan oleh sekurang-kurangnya 10 portal berita dari seluruh dunia, antaranya Bulgaria, Thailand, Vietnam, Spain, China, Korea, Russia, Jepun dan juga India..

1. Bulgaria : Wall Street Journal: The FBI has begun investigating the Malaysian fund 1MDB
http://m.focus-news.net/?action=news&id=2120942 

2, Thailand : US media said the FBI began investigating the fund scandalous "1MDB" of Malaysia
http://www.manager.co.th/Around/ViewNews.aspx?NewsID=9580000106237 

3. Vietnam : FBI investigation of the Malaysian fund 1MDB
http://tuoitre.vn/tin/the-gioi/20150920/fbi-dieu-tra-quy-1mdb-cua-malaysia/972276.html

4. Spanish : The FBI opened an investigation against the Malaysian investment fund 1MDB
http://m.europapress.es/internacional/noticia-fbi-abre-investigacion-contra-fondo-inversion-malasio-1mdb-20150920054705.html

5. Chinese: FBI investigation of Najib created by 1MDB Fund
http://finance.sina.cn/usstock/mggd/2015-09-20/detail-ifxhytxr3799103.d.html?from=wap

6. Korea: Malaysian Prime Minister Najib '1MDB corruption allegations' FBI investigation after
http://m.mediapen.com/news/articleView.html?idxno=94495 

7. Russian: The FBI is investigating money laundering through the Malaysian state fund
http://www.rbc.ru/rbcfreenews/55fe297a9a79474ad3a3d90a

8. Japanese edition of Wall Street Journal: FBI, investigating the start of the Malaysian sovereign wealth fund
- http://m.jp.wsj.com/articles/SB12208348323212744301304581243721510482188?mobile=y 

9. LOL at Russian headline: Switzerland cannot decide what to do with the money of dictators
- http://charter97.org/be/news/2015/9/19/169665/ 

10. India: The former minister was prevented from leaving the country in Malaysia
http://naidunia.jagran.com/world-malaysia-pm-critic-detained-for-antidemocratic-activities-amid-1mdb-scandal-482124

Tapi.. kalau publisiti yang baik bangga jugak aku.. ni publisiti yang buruk pasal negara.. nak bangga macam mana?

NAJIB RAZAK SEDANG BERHADAPAN SIASATAN RASUAH DI AMERIKA SYARIKAT- SEPERTI DI LAPORKAN AKHBAR UTAMANYA (NYT) ...

Posted: 22 Sep 2015 04:00 AM PDT


Badan kehakiman Amerika Syarikat (AS) kini menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas pembelian hartanah di sana oleh anak tirinya Riza Aziz dan ahli perniagaan Low Taek Jho, lapor The New York Times (NYT) hari ini.

Sebuah unit di Jabatan Kehakiman AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa sedang menjalankan siasatan itu, lapor NYT memetik sumber tanpa nama.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada pembelian hartanah di AS sejak beberapa tahun kebelakangan dilakukan "syarikat bayangan".

NYT melaporkan pada Februari mengenai pembelian ini yang menggunakan "syarikat bayangan" daripada pelbagai tokoh antarabangsa, termasuk Riza dan Low, juga dikenali sebagai Jho Low.

NYT juga melaporkan selain pembelian hartanah, siasatan rasuah itu juga akan melihat dakwaan AS$681 juta yang merupakan sebahagian daripada RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib - pertama kali dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) dan kemudiannya disahkan pihak berkuasa anti-rasuah Malaysia sebagai "derma politik".

Pemindahan dana adalah di bawah bidang kuasa AS kerana ia melalui bank Amerika Wells Fargo, kata akhbar itu.

Dalam laporan NYT pada Februari, akhbar berpengaruh itu mendapati hartanah mewah bernilai lebih RM150 juta dikesan mempunyai kaitan sama ada dengan Low atau Riza.

Ini termasuk "penthouse" bernilai AS$30.55 juta di Time Warner Centre di Manhattan, rumah di Hollywood bernilai AS$39 juta, Hotel L'Ermitage di Beverly Hills dan sebahagian Hotel Park Lane di New York.

Ia juga mengesan sebuah kondominium bernilai AS$33.5 di Laurel Park, Manhattan, di samping hartanah lain di Los Angeles yang turut melibatkan Riza, melalui pelbagai "syarikat bayangan".

Laporan NYT juga menyebut, bekas eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan menandatangani pembelian kondominium AS$4.5 juta yang dibeli "syarikat bayangan" dikenali sebagai Cricklewood One Madison LLC, tahun lepas.

Azrin Shah Aziz's photo.

Veteran Umno Gesa Polis Segera Tangkap Mahathir ?

Posted: 22 Sep 2015 03:15 AM PDT

Siasat Khairuddin bekerja untuk siapa.




Mustapha Yaakub

SHAH ALAM - Veteran Umno kesal dengan tindakan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di negara ini yang sanggup menjadi perantara menguruskan pertemuan bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam usahanya  untuk meminta negara itu campur tangan dalam kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, dengan tindakan itu kini, jelaslah isu 1MDB selama ini adalah ciptaan kuasa luar dalam usaha untuk menjatuh kuasa Melayu di negara ini.

"Veteran Umno ingin pihak polis menyiasat untuk siapa Khairuddin dan peguamnya  Mathias Chang  bekerja untuk membuat laporan polis dan merancang untuk berjumpa FBI?

"Apakah kaitan misi Khairuddin dan Mathias Chang  itu dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad  yang mengatakan Najib mungkin ditangkap sekiranya keluar negara?

"Apakah Mahathir  dibelakang segala usaha itu? Kalau benar maka kenapa hanya Khairuddin ditangkap?

"Kalau perlakuan Khairuddin dianggap membahayakan negara, maka apakah orang di belakang Khairuddin tidak bahaya?" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu Mahathir dalam satu kenyataan semalam berkata, ‎sekiranya Najib didapati terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram beliau mungkin akan ditangkap dan didakwa mengikut undang-undang negara lain.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata pihaknya berharap agar pihak polis melakukan siasatan segera berkenaan isu tersebut.

"Veteran mahu supaya polis menjalankan siasatan yang rapi dan mendesak supaya sesiapa saja yang terlibat dengan perancangan menjatuhkan kerajaan yang sah ini ditangkap dan dihukum," katanya.

- sinarharian


.

PAS Tidak Wujud Dalam Politik Pakatan Rakyat - TERBAIK !

Posted: 22 Sep 2015 02:30 AM PDT

Enche Jibon's photo.

Mulai hari ini... PAS sudah tidak wujud dlm politik gabungan pembangkang.. maka dengan ini, aku tidak akan memberi ruang dan sokongan pd politik PAS hadi bawang... boleh jalan laaa PAS.. bersatulah anda dgn umno, kalau tak bersatu, PAS kan dah lunak dan mesra dgn banjingan Umno Haram Jadah.. 

No more PAS Hadi Bawang...

Tahniah Pakatan Harapan (PKR+DAP+PAN)

‪#‎PAKATANHARAPAN‬

Mahfuz hadir ke meja bulat pembangkang

Posted: 22 Sep 2015 01:52 AM PDT

PAS Hantar Mahfuz Ke Perbincangan Meja Bulat Pembangkang ?



Bekas Ketua Penerangan Pas itu menafikan dirinya hadir bagi mewakili parti Islam sebaliknya berfungsi sebagai pemerhati perbincangan. - Foto TRP/Qurnisha Hamka


SUBANG JAYA, 22 September:

Walaupun Pas memilih untuk tidak hadir ke meja bulat pembangkang yang berlangsung hari ini, namun kelihatan ahlinya, Datuk Mahfuz Omar turut serta bagi mengikuti mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, bekas Ketua Penerangan Pas itu menafikan dirinya hadir bagi mewakili parti Islam sebaliknya berfungsi sebagai pemerhati perbincangan.

"Saya hadir sebagai jemputan, pemerhati. Saya hari ini datang atas kapasiti Ahli Parlimen Pokok Sena," katanya ringkas kepada wartawan.


Mesyuarat ini diadakan di Empire Hotel atas inisiatif Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan usaha mewujudkan satu blok pakatan pembangkang yang baru bagi menggantikan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui satu kenyataan menegaskan parti itu tidak akan hadir ke perbincangan tersebut walaupun menerima jemputan daripada Wan Azizah yang juga Presiden PKR.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas memilih untuk tidak hadir atas alasan mengukuhkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang sambil mengulangi pendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Rakyat.

Bagaimanapun, kerjasama bersama rakan-rakan parti politik pembangkang yang lain akan tetap diteruskan melibatkan kepentingan rakyat.

Antara barisan panelis di dalam Perbincangan Meja Bulat tersebut ialah:

Mewakili PKR:  Wan Azizah, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung Rafizi Ramli dan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar.

Mewakili DAP: Penasihat Lim Kit Siang, Setiausaha Organisasi Kebangsaan Anthony Loke, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

Bagi Amanah: Presiden Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung Anuar Tahir dan Ahli Jawatankuasa Dr Hatta Ramli.

- therakyatpost.com