Isnin, 21 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


TANDA-TANDA KEMATIAN

Posted: 21 Sep 2015 08:30 PM PDT

 
Assalammualaikum, tersebar dalam internet mengenai tanda-tanda sebelum ajal menjelang bagi umat Islam seperti 100 hari sebelum mati badan akan mengalami getaran sesudah asar, 40 hari sebelum meninggal akan berdenyut pusat, juga berlaku sesudah asar. soalannya, sejauh manakah kesahihan tanda-tanda ini sedang tidak diketemui sebarang nas atau dalil dari Al-Quran atau Sunnah. Sedang ada yang mengatakan ia pandangan segelintir ulama. Dan apakah hukum jika ia dijadi iktiqad? dan apakah hukum jika menolaknya? 

Jawapan;

Sesuatu yang tidak sabit dengan nas dari al-Quran atau as-Sunnah, tidak harus dijadikan iqtiqad. Termasuklah juga perkara-perkara ghaib. Urusan aqidah dan kepercayaan adalah urusan agama. Oleh itu, tiada siapapun harus mendakwa sesuatu itu sebagai keyakinan agama atau amalan agama melainkan ia wajib mendatangkan dalil yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah.
Sabda Nabi -sallallahu alaihi wasallam-;
Sesiapa mereka-reka dalam urusan kami ini (yakni urusan agama) apa-apa yang bukan darinya, maka ia adalah tertolak.
Adapun suatu dakwaan yang dibuat atas dasar pengalaman, kajian, penelitian dan sebagainya -bukan atas dasar agama-, itu terserah kepada setiap individu sama ada untuk menerima atau menolaknya berpandukan penilaian akal masing-masing.
Kesimpulannya, orang yang mendakwa tanda-tanda kematian itu adalah dari agama, wajiblah ia mendatangkan dalil dari al-Quran atau as-Sunnah. Jika ia mendakwa ianya dari pengalaman atau penelitian, terserahlah kepada masing-masing untuk mempercayainya atau tidak.

Tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah)

Apa yang jelas terdapat nas tentangnya ialah tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) iaitu;
 
1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah
Sabda Rasulullah –sallallahu 'alaihi wasallam-;
مَنْ كَان آخِرَ كَلامِه لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الجَنَّةَ
Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu'az bin Jabar –radhiyallahu 'anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)
2. Berpeluh di dahi
Sabda Rasulullah –sallallahu 'alaihi wasallam-;
اَلْمُؤْمِنُ يَمُوْتُ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ
Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu 'anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))
Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah.
Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)
 
Dalam satu hadis yang lain, Nabi –sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda;
لَقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَإِنَّ نَفْسَ الْمُؤْمِنِ تَخْرُجُ رَشْحًا وَنَفْسُ الْكَافِرِ تَخْرُجُ مِنْ شِدْقِهِ كَمَا تَخْرُجُ نَفْسُ الْحِمَارِ‏
Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai.

(Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas'ud –radhiyallahu 'anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa'id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).
3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh
Sabda Rasulullah –sallallahu 'alaihi wasallam-;
مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ صَامَ يَوْمًا اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga. 
 
(Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu 'anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma' az-Zawaid; "Para perawi hadis ini adalah tsiqah". Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)).sumber

Pengakuan Eina Azman: Artis yang dikatakan cuba dirogol oleh Jamal@Tongkol....Sebarkan suarakami

Posted: 21 Sep 2015 08:00 PM PDT


'DIA KATA MAHU BELA SAYA'- EINA AZMAN DITIPU AHLI PERNIAGAAN BERGELAR DATUK


'Dia Kata Mahu Bela Saya' – Eina Azman Ditipu Ahli Perniagaan Bergelar Datuk | Kecoh dunia hiburan apabila pelakon Eina Azman nyaris di'bela' ahli perniagaan bergelar datuk. 

Menurut Eina Azman, pada mulanya dia mahu membeli kereta menerusi lelaki berkenaan. Namun bayar sebanyak RM175,500 menerusi empat transaksi dan menjelaskan duti cukai, kereta yang dijanjikan masih belum diterima.

Paling menarik lelaki berkenaan didakwa mahu mengambil kesempatan keatas Eina Azman atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman. Sebelum itu dia hanya berurusan dengan isteri ahli perniagaan terbabit untuk membeli sebuah kereta Mercedes berharga lebih RM220,00. 

Kejadian itu berlaku disebuah hotel kira-kira jam 11 malam 8 Februari lalu dan akhirnya Eina Azman mengambil keputusan membuat laporan polis apabila sedar dia ditipu.

"Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta. 

Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya. 

Apabila dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. 

Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima," kata pelakon remaja, Eina Azman, 18 mengenai tindakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ke atasnya.


UMNO dan PAS Bersatu....Najib Berundur... suarakami

Posted: 21 Sep 2015 07:30 PM PDT


Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin menggesa Datuk Seri Najib Razak agar menyatukan Umno dan PAS dan kemudian menyerahkan kepimpinan parti kepada timbalan presidennya jika beliau mahu "dimaafkan" orang-orang Melayu.

Zainuddin yang mesra dikenali sebagai Zam itu percaya, langkah itu akan membersihkan nama perdana menteri yang terpalit dengan pelbagai kesilapan besar dan Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih sesuai menerajui parti kerana latar belakang agamanya.

"Sekiranya Najib berjaya menyatukan Umno dan PAS maka saya yakin orang Melayu akan memaafkan kesilapan-kesilapan besarnya.

"Tetapi beliau wajarlah meninggalkan kerajaan setelah selesaikan tugas suci dan besar ini dan menyerahkan kepada timbalannya Muhyiddin yang mempunyai pengalaman dan asas pendidikan agama yang kuat bagi memudahkan jalinan kerjasama yang mantap dengan PAS.

"Orang Melayu pasti akan mengenangkan jasanya dalam meninggalkan perpaduan Melayu yang bersejarah yang tidak tercapai oleh pemimpin-pemimpin terdahulu," tulisnya di blognya hari ini.

Menurut Zam, idea sama pernah diutarakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, namun ia tidak menjadi kenyataan.

"Saya dan beberapa orang lagi rakan wartawan bertanya kepada Dr Mahathir tentang apakah yang akan terjadi jika kerjasama PBS (Parti Bersatu Sabah) dengan Semangat 46 di saat terakhir menjelang pilihanraya 1990 berjaya mengalahkan kerajaan BN, Dr Mahathir berkata, kita akan bekerjasama dengan PAS.

"Kita bertanya lagi, bagaimana sekiranya mereka tidak mahu? 'Kita yang akan meminta untuk menyertai PAS,' kata Mahathir," kata Zam lagi dalam tulisan bertajuk "Janganlah kerana seekor nyamuk denggi maka kelambu dibakar".

Dalam tulisan yang sama, Zam turut menyampaikan pandangannya tentang cara orang Melayu menangani "cabaran politik orang Cina".

"Ini kerana pimpinan Melayu yang diketuai Najib meruntuhkan tiang kekuatan dan keselamatan negara dan menjalankan kepimpinan dengan flip-flop (bolak balik) yang menghilangkan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu.

"Adalah suatu fahaman pimpinan Melayu yang tersesat apabila mempercayai orang Cina dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kuasa Melayu di bawah demokrasi penuh yang dinafikan sendiri Lee Kuan Yew kepada orang Cina di Singapura," tulisnya.

Zam yang juga bekas ketua pengarang Utusan Malaysia kerap mengutarakan pandangannya berhubung perkembangan politik semasa.
Beliau dikenali umum mempunyai banyak pandangan selari dengan Dr Mahathir, bekas perdana menteri ketika Zam menganggotai jemaah menteri.



ADDIN.

Masih Ramai Yang Kaki Bodek & Kaki Jilat ?

Posted: 21 Sep 2015 07:00 PM PDT

Mafiaboss Melayu II's photo.Kaki bodek ini secara mudahnya merujuk kepada sikap seseorang yang suka membodek pihak yang dibodek dengan harapan mendapat laba atau mendapat ruang keselesaan atau jaminan keselamatan dari hasil bodekan. 

Bodek?   Kejadah apa bodek ni? Bodek ini lebih kurang sama macam 'ampu' – mengampu. 

Motifnya sama. Saudara-mara kepada 'kaki bodek' ialah 'kaki kipas', 'kaki ampu' dan saya tambah lagi satu: 'kaki jilat.'

Konotasi 'kaki jilat' ini saya rasa lagi cun, lagi provokatif seperti kata arwah Za'ba tadi, "sedap didengar dan bijak perkataannya" – kerana berjaya membuka 1001 imaginasi liar. 

 
Bayangkan, kaki jilat ini bukan menjilat 'kaki' saja kerjanya, tapi kebarangkalian untuk menjilat bahagian lain juga amatlah tinggi.



(Kredit to: Sdr Mohd Ikhwan Abu Bakar)

ROGOL + PUKUL ( kejadian di Penampang kelmarin)

Posted: 21 Sep 2015 06:30 PM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.

Hati2 anak-anak di sekitar Kota Kinabalu sebab keadaan sekarang memang tidak aman, bukan saja rogol, copet, ragut, malah kes pembunuhan selalu saja ada kesan terdesak akibat ekonomi yang membengkak sakitnya.

Kejadian di Penampang kelmarin seorang anak bawah umur entah sempat kena rogol atau tidak kita tak pasti tetapi bukan saja rogol/kepala kena belasah/kena pukul dan jelas ini perbuatan yang zalim.


ISMAILY BUNGSU
sabah

UMNO Bertambah Bangsat Jika Najib Kekal....!!

Posted: 21 Sep 2015 06:00 PM PDT

Mafiaboss Melayu II's photo.Umnolah yang menginjak maruah orang Melayu dengan melayan mereka seperti anak kecil dan orang bodoh, memimpin mereka ke arah kehancuran sendiri dengan mempergunakan kesetiaan membuta-tuli dan sentimen ultra-rasis.

Semua ini ketika mereka mendakwa menjadi inklusif dan bekerja hanya demi kebaikan orang Melayu, Islam dan negara ini. Walaupun pada hakikatnya, Umno sedang melakukan perkara lain selain daripada yang disebut.

Mereka hanya bekerja demi kebaikan mereka sendiri dan menuju ke arah matlamat sendiri, malangnya menuju ke arah pengkayaan para pemimpin korup dan para pengampu yang hanya mempergunakan orang Melayu untuk mereka kekal berkuasa.

Seperti kebanyakan mangkuk hayun dalam Kabinet, para pengampu ini dibayar dengan jumlah yang banyak untuk meluahkan asap dan bau busuk dengan semangat, berlagak seperti pendakwah walaupun ketika mereka mengampu, semua ini dilakukan dengan air liur mereka sendiri.



(Kredit to: Sdr Hazlan Zakaria)

Isu yang akan dianggap fitnah oleh wala'un PAS Pas kian mendekati Umno di Kelantan

Posted: 21 Sep 2015 05:30 PM PDT


PENGAMATAN Mustapa: Perlu bersuara. Semakin hari semakin dekat dan rapat Pas dengan Umno. Parti itu dilihat sedang mengadakan persiapan rapi untuk bergabung menjelang pilihan raya ke-14.

Apa yang dilakukan Pas sekarang ini memberi kefahaman kepada ahli dan umum kenapa kedua-dua parti Melayu itu perlu bersatu.

Mereka sedang membentuk keadaan mendesak untuk ke arah itu. Walaupun Pas menafikan akan hakikat itu dan lebih rela bersendirian konon, tetapi gerak kerja yang dilakukan membawa ke arah itu.

Kenyataan-kenyataan politik dan body language mencerminkan mereka akan "bersanggama". Ada beberapa petunjuk menjelaskan akan penggabungan itu akan berlaku dalam waktu terdekat ini.

Kenyataan ketua pemuda Pas yang dikutip mengakui Pas tidak mampu bersendirian memberi konotasi yang parti itu perlu bergabung dengan Umno.

Sayangnya kenyataan ketua pemuda itu ditempelak balik kepada Pas oleh musuh-musuh Pas yang kurang cekap membaca permainan politik itu.

Dianggap kenyataan ketua pemuda itu sebagai Pas seakan menyesal. Sebenarnya tidak begitu, apa yang hendak diberitahu oleh ketua pemuda itu yang parti perlukan teman, dan teman itu sudah pun ada dalam koceknya.

Antara petunjuk lain menyerlahkan Pas ingin bersama ialah sikap Pas yang sudah berpatah arang dan berkerat rotan dengan DAP dan juga Amanah. Dalam masa sama bermain lidah, klu klik dengan PKR.

Pas walaupun tidak ada kata putus, tetapi sebenarnya wajah yang ditunjukkan sudah putus. Ketidaksediaan Pas untuk tidak bersama dalam Pakatan 2 menjelaskan perkara ini. Setiausaha Agung Pas

Takiyuddin Hassan menjelaskan yang parti agama itu juga tidak akan menyertai perundingan meja bulat bagi membentuk pakatan baru esok menjelaskan sikap dan pendirian Pas.

Begitu juga kenyataan keras dan bengis oleh "presideng" yang Pas tidak akan berkerjsama dengan pengkhiant memberi gambaran parti itu sudah tauhid dengan apa yang diyakini. Sebelum ini Pas juga tidak menunjukkan minat kepada himpunan Bersih 4.

Alasan yang digunakan Pas sangat dangkal, kerana parti itu tidak dijadikan kepala. Selain itu sikap Pas yang agak positif dengan himpunan baju merah, tambah menjelaskan apa yang sudah jelas. Di peringkat Kelantan pula, indikatornya juga makin ketara.

Beberapa penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan Kelantan sepatutnya mendapat perhatian dan kritikan Umno, namun ia tidak dilakukan apa-apa.

Umno semacam tidak peduli dan membiarkan begitu sahaja segala kepincangan itu yang sebelum ini menjadi makanannya. Apakah Umno tidak percaya.

Tidak! Umno percaya tetapi masa dan keadaan menyebabkan parti itu harus mengunci mulut menjadi syaitan bisu kerana mereka menanti laba besar. Persefahaman secara TST di antara kedua parti itu sudah terjalin.

Kunjungan dan pertemuan lebuh dua kali antara Ahmad Yaakub dengan Najib Razak adalah risikan pertunangan kerjasama berkenaan.

Demikian juga dengan sikap akhbar "PB" yang sebelum ini melihat Pas seperti "tahi lembu", kini sudah beralih angin, nampak parti agama itu sebagai sebungkah emas 99.9 yang sangat bernilai.

Begitu nasib orang yang hendak tenggelam dan hanyut air akan melihat apa sahaja dihadapnya sebagai berharga hatta ia sebenarnya kayu mumuh.

Perubahan sikap dan pendirian Pas ini memberi nasib baik kepada Umno khasnya di Kelantan. Semua petunjuk-petunjuk itu memberi gambaran ada persefahaman senyap antara Pas dengan Umno.

Baguslah kalau begitu. Ahli dan penyokong Pas jangan terkejut menerima hakikat ini dan mereka juga tidak perlu merasakan tertipu sebab mereka diberi isyarat lebih awal. Pun begitu bagi, kalau benar hajat wujud gabungan itu, Umno tidak boleh senyap dengan penyelewengan yang berlaku kini.

Jika ia senyap rakyat akan berasakan parti itu dua kali lima dengan Pas dan menegakkan amalannya selama ini melindungi keburukan tanpa mempedulikan kepentingan rakyat.

Umno tidak boleh diamkan melainkan harus bersuara memberi penjelasan terhadap apa yang berlaku. Kalau beberapa penyelewengan didakwa itu maka Umno wajib ikut mendesak atau mengajar kerajaan memperbetulkan keadaan.

Tindakan ini termasuklah menyegerakan penggabungan. Sebaliknya kalau ia tidak benar, harus mempertahankan kerajaan Kelantan dan kepimpinannya.

Rakyat sedang memerhati dan menanti dimanakah peranan 12 orang wakil rakyat Umno dalam DUN Kelantan.

Ada beberapa isu mendesak di Kelantan yang Umno patut sama bangkitkan.

Misalnya mengenai perkembangan dalam syarikat Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) yang dikatakan dalam keadaan parah sehingga memungkinan syarikat milik kerajaan itu bankrup.

KPK kononya telah diperdayakan oleh pihak tertentu sehingga kilang papan itu kini dalam keadaan nazar dan tidak beroperasi lagi.

Pendapatan tahunan juga sudah berkurangan dari setahun ke setahun. Operasi juga dihentikan menyebabkan lebih 60 orang pekerjanya diberhentikan secara VSS dan hilang punca rezeki.

Serentak itu segala kemudahan dan peralatan milik KPK, mesen dan sebagainya bernilai jutaan ringgit tidak berjalan.

Kayu balak yang sudah ditebang juga bernilai jutaan ringgit dibiarkan buruk dan hilang begitu sahaja. Kuaters pekerja terbiar begitu sahaja tanpa diguna lagi.

Hanya berberapa rumah berfungsi apabila ia disewa oleh bekas pekerja.

Pembaziran beberapa infastrukur milik KPK juga berlaku, seperti pejabat, pusat pameran dan sebagainya yang bernilai jutaan ringgit.

Apakah Umno tidak sedar dan peka hal ini atau mereka memekakan telinga kerana ada motif politik lain yang menguntungkan mereka? Umno tidak patut bersikap begitu membiarkan segala pembaziran itu berlaku kerana ia adalah hak rakyat Kelantan.

Mustapa Mohamed sendiri selaku Pengerusi Umno Kelantan perlu berkokok. [wm.kl.11:57 am 21/09/15]

Posted by mso.im at 6:21:00 PM Posted by mountdweller.

Penyanyi AS Janet Jackson Peluk Islam .. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 21 Sep 2015 05:00 PM PDT


Janet dan Wissam 
HALAMAN HIBURAN

BINTANG terkenal Amerika, Janet Jackson dikatakanmelangsungkan perkahwinan di Doha Qatar tahun hadapan. pasangan itu bercadang untuk mengikat tali perkahwinan di Doha tempat kelahiran bakal suaminya yang merupakan seorang jutawan. 

Janet dan Wissam akan melangsungkan majlis perkahwinan mengikut cara Islam. Seorang penulis terkenal Turkey, Adnan Oktar atau lebih dikenali dengan nama pena Harun Yahya turut menyebut bahawa Janet Jackson, 46 sudah memeluk Islam mengikut jejak langkah saudara lelakinya Michael Jackson.

Bagaimanapun beliau memilih untuk merahsiakan status agamanya daripada pengetahuan para peminat seperti yang dilaporkan oleh portal  emirates247.com .

Menurut portal itu lagi, yang memetik sumber dalaman memaklumkan bahawa perkahwinan itu akan menjadi "antara terbesar, mewah, paling diingati dan bersejarah"

Janet dikatakan telah menjalinkan hubungan bersama Wissam yang berumur 10 tahun lebih muda daripadanya semenjak musim panas 2010. Janet yang pernah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun bersama penerbit muzik Jermaine Dupri itu berkata 

"Ibu mendidik kami agar percaya bahawa umur hanyalah sekadar nombor. Kesemua adik beradik kami akan terus memberitahu umur kami kerana ia menunjukkan secara mental di mana kamu dan bagaimana kamu berfikir tentang diri kamu sendiri. Ia bukanlah masaalah" (IH)

Tujuh ditahan bantu siasatan kes bunuh Zul Badak

Posted: 21 Sep 2015 04:15 PM PDT



Mangsa maut selepas ditembak tiga das ketika mahu memasuki sebuah kereta berhampiran sebuah restoran di Jalan Tun Ismail Jumaat lepas. - fotoBERNAMA


KUANTAN: Tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan kes tembak seorang lelaki yang dikenali sebagai Zul Badak di hadapan sebuah restoran di Lorong Tun Ismail dekat sini Jumaat lepas.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah, kesemua mereka yang berusia antara 25 hingga 45 tahun ditahan sejak semalam sehingga tengah hari tadi di sekitar bandar ini.

"Kesemua suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, Zul Badak atau nama sebenarnya Arzurizan Abdul Rahman, 39, yang juga aktivis sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di daerah ini mati di tempat kejadian akibat cedera parah di leher, dada dan pinggangnya.

Suspek yang memakai topeng dilapor melarikan diri bersama seorang lagi rakan dengan Proton Waja berwarna perak yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

- astroawani


Berita yang buat najib terkencing....

Posted: 21 Sep 2015 09:00 AM PDT


Zar Ali's photo. Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh diarah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya memfailkan pembelaan berhubung saman yang difailkan anggota Umno Langkawi Anina Saadudin pada 1 Oktober. 

Ia berhubung sejumlah RM2.5 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib untuk kepentingan parti. 

Pada masa yang sama, Najib dan Ab Rauf juga diarahkan oleh mahkamah untuk memfailkan afidavit jawapan pada 6 Oktober terhadap permohonan injunksi mareva Anina untuk membekukan aset Najib dan satu penghakiman akur ke atas presiden Umno itu, telah difailkan pada Jumaat. 

Perkara tersebut ditetapkan oleh Pendaftar Norfauziah Mohd Nordin susulan pengurusan kes hari ini.
Mahkamah juga menetapkan kes tersebut disebut pada 26 Oktober di depan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab. 

Anina diwakili peguam Aizul Rohan and Irwan Iswat manakala Nor Emelia Mohd Iszeham dan Norhazira Abu Haiyan mewakili defenden.
Monday, September 21, 2015 Berita yang buat najib terkencing.... Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh diarah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya memfailkan pembelaan berhubung saman yang difailkan anggota Umno Langkawi Anina Saadudin pada 1 Oktober. Ia berhubung sejumlah RM2.5 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib untuk kepentingan parti. Pada masa yang sama, Najib dan Ab Rauf juga diarahkan oleh mahkamah untuk memfailkan afidavit jawapan pada 6 Oktober terhadap permohonan injunksi mareva Anina untuk membekukan aset Najib dan satu penghakiman akur ke atas presiden Umno itu, telah difailkan pada Jumaat. Perkara tersebut ditetapkan oleh Pendaftar Norfauziah Mohd Nordin susulan pengurusan kes hari ini. Mahkamah juga menetapkan kes tersebut disebut pada 26 Oktober di depan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab. Anina diwakili peguam Aizul Rohan and Irwan Iswat manakala Nor Emelia Mohd Iszeham dan Norhazira Abu Haiyan mewakili defenden.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

BERLAGAK PANDAI

Posted: 21 Sep 2015 08:30 AM PDT


Nurliyana Abdullah's photo.

Biasanya orang EGO dan tembirang selalu saja mengatakan dia ada pengalaman dan tahu semua perkara.

Orang seperti ini kalau diajar dia tak peduli dan kepala otaknya asyik memikir yang lain atau suka sangat bertelefon usaha mencari kesempatan dan memang orang seperti ini bakal menyusahkan dirinya sendiri.

Saya pantang mengajar orang yang tidak serius seperti acu tak acu dan kemudian diajar menengking2 melawan seolah dia benar dan kalau orang semacam ini siaplah jangan usaha minta tunjuk dan sila lakukanlah sendiri akan tahu juga langit tinggi rendah.

Minta maaflah yang seperti ini terbaik tidak payahlah berkerja bawah saya dan usaha dilain tempat dan sekali saya diam tak peduli maka siaplah dikau " kau adalah kau dan aku adalah aku" dan diharap ini dapat difahami.


Selamat maju jaya


NURLIYANA

Anwar Ibrahim Sokong Pakatan Rakyat 2.0

Posted: 21 Sep 2015 08:00 AM PDT


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru parti pembangkang termasuk NGO supaya mengetepikan perbezaan bagi mewujudkan muafakat politik baru demi membawa perubahan kepada negara.

Menurutnya lagi, usaha rundingan meja bulat sebagai langkah untuk menyelamatkan Malaysia dengan menggembleng tenaga semua pihak yang komited kepada reformasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang.

"Walau saya di penjara, saya tetap dapat merasai kerisauan dan kebimbangan rakyat terhadap isu ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang ringgit, penggunaan retorik perkauman yang semakin meningkat dan skandal 1MDB yang tidak berkesudahan.

"Dalam keadaan genting ini, kita perlu mengetepikan perbezaan dan maju ke hadapan untuk membentuk alternatif yang berdaya maju, adil dan demokratik berbanding kerajaan sedia ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Persidangan meja bulat akan diadakan esok di Hotel Empire, Subang Jaya bermula jam 10 pagi.

Sebelum ini dilaporkan PAS masih bertahaluf dengan PKR dalam pakatan pembangkang tetapi tidak dengan DAP dan AMANAH. Mereka juga tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan pihak yang melakukan khianat.

Semalam Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih berharap selepas PAS menolak untuk menghadiri perbincangan meja bulat bagi membentuk gabungan politik pembangkang yang baru esok.

Sementara itu, Dr Wan Azizah hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan wakil DAP bagi membincangkan beberapa perkara penting termasuk hala tuju perjuangan berasaskan prinsip yang dipersetujui bersama.

Tiga wakil itu ialah tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang, MP Seputeh Teresa Kok serta MP Kluang Liew Chin Tong

"Kami turut membincangkan mengenai rundingan meja bulat ke arah pembentukan pakatan pembangkang baru yang bakal diadakan pada hari esok.

"Rundingan ini akan dihadiri oleh pimpinan parti pembangkang utama, pimpinan NGO serta tokoh-tokoh lain," kata Dr Wan Azizah dalam kenyataan yang dikeluar pejabat presiden.

Dr Wan Azizah juga berharap runding meja bulat esok mampu membina muafakat politik baru yang lebih kuat sejajar dengan harapan rakyat yang mengimpikan pakatan pembangkang yang teguh dan harmoni untuk menewaskan Umno/BN.

 
ADDIN

Isu 1MDB harus dijawab dahulu sebelum ringgit boleh pulih - Zeti

Posted: 21 Sep 2015 07:15 AM PDT

ZETI: Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik.


KUALA LUMPUR: Isu mengenai syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan sebelum susutan ringgit boleh dipulihkan dan ekonomi boleh terus berkembang, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata.

"Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik. Kesemua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan ringgit naik semula," kata Zeti sewaktu menjadi panel dalam acara pengumuman Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015 di Bangunan Sasana Kijang, di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak Bank Negara telah menjalankan siasatan terhadap isu 1MDB dan kini sedang dalam perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara.

"Kami telah pun serahkan hasil siasatan kami kepada Jabatan Peguam Negara. Kini, kami masih dalam perbincangan dengan pihak Peguam Negara. Itu sahaja yang boleh saya dedahkan buat masa ini," tambah Zeti.

Beliau turut mengakui sentimen pelabur asing terhadap situasi negara kini penting untuk pertumbuhan ekonomi.

Cara nk selesaikannya humbankan najib dan kroni ke penjara...barulah imej malaysia pulih dan pelabur asing xragu2 lg....

Posted: 21 Sep 2015 06:30 AM PDT

Chuleed Yusri Yk's photo.

Dari akhbar jiran....
Suara Rakyat's photo.

Laporan Akhbar Indonesia.. mengenai Najib Razak

Najib tak nak saman ka!! Ini dah menjatuhkan air muka Najib sekeluarga & maruah negara.


MANA PEJUANG2 MARUAH MELAYU 'baju merah' !!!

BILA LAGI NAK BUAT DEMO !!!


‪#‎SamanWSJ‬ pd Selasa 7/7/2015 apa cerita Najib Razak !!.. ESOK DAH Selasa yg ke-12, DAH NAK MASUK 3 BULAN TAK SAMAN2...

Jgn nak saman & gertak jer lebih kat dlm negara shj, TAPI BACUL LAGI PENAKUT DI LUAR NEGARA !!!

MALAYSIA BUAT KITA SEMUA !! - Tolak Berfikiran Perkauman !

Posted: 21 Sep 2015 06:00 AM PDT

Dennis Prem Kumar Chandran's photo.

Kami rakyat Malaysia Anti-Rasis menolak apa jua bentuk rasisme dan mana-mana pemimpin yang cuba mengapi-apikan perkauman untuk kepentingan sendiri! 

Biarkanlah kami hidup bersama secara muhibbah... kalau tak suka, duduk diam-diam, tolong jangan kucar kacirkan keharmonian negara! 

SAY NO TO RACISM!!

TMJ Arah Bendera Jalur Gemilang Diturunkan Di Negeri Johor

Posted: 21 Sep 2015 05:25 AM PDT





Segamat – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa agar semua jabatan dan bangunan di negeri Johor supaya menurunkan bendera Jalur Gemilang yang dipasang.

Menurut satu kenyataan yang dihantar kepada SuaraTV, arahan tersebut dikeluarkan berikutan sambutan hari kebangsaan telah pun selesai, maka bendera tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing- masing.

"Menjujung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, semua Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di seluruh negeri Johor hendaklah diturunkan serta merta kerana sambutan sempena Hari Kebangsaan telah selesai.

"Bendera Malaysia tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing-masing" ujar kenyataan di dalam surat yang ditandatanggani oleh Pegawai Daerah Segamat, Haji Ahmad Haji Ma'in.

Kenyataan bertarikh 17 September itu, selain bangunan di jabatan negeri surat tersebut turut diedarkan kepada Ketua Jabatan Persekutuan, Ketua Badan Berkanun, pihak Swasta, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tinjauan SuaraTV mendapati ada dikalangan penguna media sosial Facebook menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan untuk membawa keluar negeri Johor dari Malaysia.


Usah Dilayan Kepada Yang Tidak Sudi Sertai Pakatan 2.0 Written By Wadah Baru

Posted: 21 Sep 2015 03:00 AM PDT

Oleh WFAUZDIN NS 

 
RAMAI yang ternanti-nanti apakah keputusan samada KEADILAN menerima Pas bersama di dalam Pakatan 2.0 di dalam keadaan ramai pemimpin Pas sendiri menunjukkan tidak berminat untuk sertai Pakatan 2.0, tetapi masih berminat dengan KEADILAN.

Kita bicara sekarang bukan tentang hubungan KEADILAN dan Pas.  Semua sedar, jika hanya KEADILAN dan Pas sahaja berjuang untuk menjatuhkan rejim, sudah pasti gagal bahkan apa yang ada pada KEADILAN dan Pas turut hancur.  Ertinya, Pakatan 2.0 bukan berkisar di antara KEADILAN dengan Pas sahaja.  Pakatan 2.0 itu mestilah turut melibatkan Dap dan parti baru iaitu Amanah.  

Sehari dua lagi Kak Wan akan lihat di dalam perjumpaan meja bulat siapakah pimpinan parti di dalam KEADILAN, Pas, Dap dan Amanah yang benar-benar berminat untuk mewujudkan Pakatan 2.0.  

Tidak perlu wujud 'block' lain di dalam Pakatan 2.0 kerana strategi itu pasti gagal.  Sekarang tidak macam dulu yang boleh diasingkan sesama Pembangkang.  Sekarang semua kaum mahu melihat satu pakatan baru yang bersatu.

Setakat ini aku yakin, Pas pasti tarik diri dari menyertai Pakatan 2.0 namun mahu teruskan kerjasama dengan KEADILAN.  Aku harap KEADILAN jangan buat kerja gila dan bodoh seperti ini.  

Jika mahu terima Pas, pastikan Pas juga boleh terima rakan-rakan yang lain iaitu Dap dan Amanah.  Jika Pas tetap tidak mahu terima Dap dan Amanah, ertinya Pas mahu agar Pakatan 2.0 tidak melibatkannya.  

KEADILAN mesti teruskan Pakatan 2.0 walaupun tanpa Pas.  Jika serius Pas menolak, mahu tidak mahu Pakatan 2.0 mestilah ada di dalamnya KEADILAN, Dap dan Amanah.

Cukup-cukuplah bermain selamat kerana kamu tidak akan selamat jika tidak mahu mendengar suara di bawah.  Di bawah mereka mahu Pakatan 2.0 itu bersatu.  

Tidak perlu ada Pakatan 2.0 di sebelah kanan, satu lagi pihak pembangkang tetapi di antara KEADILAN dan Pas saja.  Itu kerja main-main dan tidak serius untuk menumbangkan rejim.  

Jangan buat main-main dengan rakyat.  Nanti, yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran.

Kak Wan selaku Ketua Pembangkang mesti tegas.  Harus terima parti-parti yang berminat untuk sertai Pakatan 2.0 sahaja, tanpa syarat ataupun ugut.  

Yang tidak berminat dan merasa mereka kuat, hormati pandangan mereka.  Biarkan dia berjuang sendirian untuk ke Putrajaya

PAS tolak 'pengkhianat', tapi boleh khianat?

Posted: 21 Sep 2015 02:00 AM PDT


ULASAN Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya di sebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara.

Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina. Dan apabila Presiden PAS sendiri mula menggelar AMANAH sebagai "pengkhianat", maka kami perlu menjawab.

Dalam masa terdekat ini saya akan turut menjawab fitnahnya bahawa kami mahu jadikan PAS parti sekular dan sebagainya. Walaupun adalah lebih wajar sekiranya PAS menumpukan pada usaha menjatuhkan Umno, tetapi memusnahkan AMANAH telah menjadi keutamaannya pada ketika ini. Siapa pengkhianat?

Saya membaca dengan penuh tekun laporan The Malaysian Insider berhubung satu ucapan oleh Hadi Awang, presiden PAS. Beliau dilaporkan berkata bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan parti Amanah Negara yang beliau sifatkan sebagai "pengkhianat kepada perjuangan PAS". Beliau turut dilaporkan sebagai berkata,

PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan pengkhianat. Video ucapan presiden PAS ini telah turut disebar melalui FB dan WhatsApp oleh ahli PAS dan amat jelas sikap tegas beliau akan menjadi alasan untuk PAS tidak menyertai gabungan baru.

Saya turut menjangkakan bahawa kemungkinan besar AMANAH akan dipersalahkan kerana PAS tidak bersama dalam pembentukan Pakatan baru. Walhal, pada hakikatnya, presiden sudah tidak berminat dengan Pakatan dan lebih berminat untuk bekerjasama dengan pihak lawan. Yang menjadi sedikit aneh pada saya adalah apabila sikap tegas dan tiada kompromi terhadap "pengkhianat" ini tidak mampu menghalang presiden PAS untuk mengkhianati Pakatan.

Dan ini dilakukan beliau bukan sekali tetapi berulang kali. Amat pelik bagi saya apabila seseorang mengutuk dan mengkritik sikap tertentu tetapi apabila dirinya sendiri melakukannya, terhadap rakan-rakannya sendiri, ianya seolah-olah tidak mengapa.

Adakah ianya hanya satu kesalahan apabila PAS "dikhianati", tetapi tidak mengapa untuk PAS mengkhianati? Adakah mungkin presiden PAS telah lupa mengenai peristiwa Kota Damansara?

Di mana persetujuan telah tercapai di setiap peringkat sama ada kawasan, negeri dan pusat, bahawa itu adalah kerusi PKR? Atas desakan tertentu, maka dibenarkan menantunya meletakkan rakannya sebagai calon PAS.

Dan akhirnya calon Umno/BN menang hasil dari pengkhianatan PAS. Tidakkah itu satu pengkhianatan? Tuduh Marxis, pil kuda Atau ianya hanya khianat apabila PAS yang dilukai?

Tetapi apabila ianya dilakukan oleh PAS maka ianya bukan pengkhianatan kerana khianat hanya boleh berlaku terhadap PAS?

Begitu juga dengan kata-kata kesat beliau terhadap calon PKR Kota Damansara yang diucapkannya sewenang-wenangnya, menghukum Dr Nasir sebagai manusia yang "mempertuhankan Marx"?

Sedangkan, Hadi tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan Dr Nasir. Tidakkah itu juga satu pengkhianatan? Sudah pasti kata-kata sebegitu telah menyumbang kepada kemenangan Umno/BN dan kekalahan PKR.

Sepertimana juga dengan tuduhan liar "pil kuda" tanpa dibawanya saksi ataupun bukti tetapi main cakap ikut sedap mulut semata-mata. Sedangkan PKR itu rakan. Bukankah meluahkan tuduhan sebegitu di khalayak umum juga satu pengkhianatan?

Saya tidak mahu menceritakan setiap satu peristiwa pengkhianatan yang telah berlaku terhadap rakan-rakan dalam PR.

Tetapi ini sekadar untuk membuka mata mereka yang dengan mudah hendak menuduh orang lain "pengkhianat" seolah-olah diri mereka bersih dan bebas dari apa-apa salah laku.

Kesemua tindakan khianat ini terhadap rakan PR telah ditegur dan cuba diperbetulkan tetapi akhirnya kami pula dituduh lebih PR dari PAS. Walhal, usaha membetulkan perjalanan PAS adalah untuk kepentingan PAS. Namun, apakan daya kerana PAS dianggap boleh buat sesuka hatinya atas alasan bahawa dirinya sebuah parti Islam.

Tetapi usaha khianat yang terbesar yang tidak boleh dilupakan ialah apabila presiden PAS dengan sedar dan sengaja, bersekongkol dengan Umno untuk pertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor semasa krisis yang lalu. Penubuhan kerajaan PAS-Umno Melalui tindakan beliau, Khalid Ibrahim telah memecat semua exco PKR dan DAP.

Kerajaan PAS-Umno dengan dipimpin Khalid telah berkuasa di Selangor untuk tempoh melebihi seminggu.

Akhirnya kerajaan PAS-Umno yang dipimpin Khalid itu telah dijatuhkan apabila dua ADUN PAS menyatakan mereka tidak menyokong beliau sebagai MB.

Mereka berdua telah menandatangani Surat akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Wan Azizah sebagai MB bersama 28 ADUN yang lain dari PKR dan DAP. Kemarahan presiden PAS begitu memuncak sehingga semasa muktamar PAS ke 59 beberapa bulan selepas itu beliau keluarkan tuduhan adanya "broker dan barua" serta tuduhan dua ADUN dibeli tanpa mengemukakan sebarang bukti mahu pun saksi.

Presiden PAS marah kerana 'dikhianati' 2 ADUN tersebut tetapi dia tidak nampak pengkhianatan yang telah dia sendiri lakukan terhadap PR dan pengundi Selangor.

Tidak memadai dengan itu, sebagai tindak balas, presiden PAS menawarkan kepada Azmin Ali jawatan MB sekiranya beliau masuk PAS bersama dua atau tiga ADUN PKR yang lain.

Ini akan dilakukan setelah Khalid Ibrahim memegang jawatan MB terlebih dahulu untuk tempoh enam bulan.

Adalah jelas bahawa PAS akan hanya mampu mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB untuk tempoh enam bulan dan menggantikannya dengan Azmin Ali sekiranya usaha PAS ini disokong Umno. Ini kerana PAS hanya mempunyai 13 kerusi (tanpa dua ADUN yang pasti tidak akan sokong).

Sekiranya dicampur dengan Khalid Ibrahim dan Azmin bersama tiga lagi ADUN PKR, jumlahnya hanya 18 kerusi ADUN.

Namun, mereka memerlukan 29 kerusi untuk membentuk kerajaan. Sudah pasti kekurangan ini tidak akan ditampung oleh PKR atau DAP.

Maka ianya akan ditampung oleh Umno yang menguassai 12 kerusi DUN. Sekiranya kerjasama tidak boleh diadakan dengan "pengkhianat" maka sudah pasti, pertama sekali, tidak boleh diadakan kerjasama adalah dengan PAS.

Bagi kami dalam AMANAH, kami dianggap pengkhianat kepada PAS kerana menentang pengkhianatan PAS terhadap PR.

Yang menentang pengkhianatan dianggap pengkhianat dan yang mempertahankan pengkhianatan dianggap penyelamat.

Dengan sikap sebegitu, tidak salah untuk ditanya adakah masih ada tempat lagi bagi PAS dalam politik masa depan negara?

KHALID SAMAD ahli parlimen Shah Alam.
Monday, September 21, 2015 PAS tolak 'pengkhianat', tapi boleh khianat? ULASAN Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya di sebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina. Dan apabila Presiden PAS sendiri mula menggelar AMANAH sebagai "pengkhianat", maka kami perlu menjawab. Dalam masa terdekat ini saya akan turut menjawab fitnahnya bahawa kami mahu jadikan PAS parti sekular dan sebagainya. Walaupun adalah lebih wajar sekiranya PAS menumpukan pada usaha menjatuhkan Umno, tetapi memusnahkan AMANAH telah menjadi keutamaannya pada ketika ini. Siapa pengkhianat? Saya membaca dengan penuh tekun laporan The Malaysian Insider berhubung satu ucapan oleh Hadi Awang, presiden PAS. Beliau dilaporkan berkata bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan parti Amanah Negara yang beliau sifatkan sebagai "pengkhianat kepada perjuangan PAS". Beliau turut dilaporkan sebagai berkata, PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan pengkhianat. Video ucapan presiden PAS ini telah turut disebar melalui FB dan WhatsApp oleh ahli PAS dan amat jelas sikap tegas beliau akan menjadi alasan untuk PAS tidak menyertai gabungan baru. Saya turut menjangkakan bahawa kemungkinan besar AMANAH akan dipersalahkan kerana PAS tidak bersama dalam pembentukan Pakatan baru. Walhal, pada hakikatnya, presiden sudah tidak berminat dengan Pakatan dan lebih berminat untuk bekerjasama dengan pihak lawan. Yang menjadi sedikit aneh pada saya adalah apabila sikap tegas dan tiada kompromi terhadap "pengkhianat" ini tidak mampu menghalang presiden PAS untuk mengkhianati Pakatan. Dan ini dilakukan beliau bukan sekali tetapi berulang kali. Amat pelik bagi saya apabila seseorang mengutuk dan mengkritik sikap tertentu tetapi apabila dirinya sendiri melakukannya, terhadap rakan-rakannya sendiri, ianya seolah-olah tidak mengapa. Adakah ianya hanya satu kesalahan apabila PAS "dikhianati", tetapi tidak mengapa untuk PAS mengkhianati? Adakah mungkin presiden PAS telah lupa mengenai peristiwa Kota Damansara? Di mana persetujuan telah tercapai di setiap peringkat sama ada kawasan, negeri dan pusat, bahawa itu adalah kerusi PKR? Atas desakan tertentu, maka dibenarkan menantunya meletakkan rakannya sebagai calon PAS. Dan akhirnya calon Umno/BN menang hasil dari pengkhianatan PAS. Tidakkah itu satu pengkhianatan? Tuduh Marxis, pil kuda Atau ianya hanya khianat apabila PAS yang dilukai? Tetapi apabila ianya dilakukan oleh PAS maka ianya bukan pengkhianatan kerana khianat hanya boleh berlaku terhadap PAS? Begitu juga dengan kata-kata kesat beliau terhadap calon PKR Kota Damansara yang diucapkannya sewenang-wenangnya, menghukum Dr Nasir sebagai manusia yang "mempertuhankan Marx"? Sedangkan, Hadi tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan Dr Nasir. Tidakkah itu juga satu pengkhianatan? Sudah pasti kata-kata sebegitu telah menyumbang kepada kemenangan Umno/BN dan kekalahan PKR. Sepertimana juga dengan tuduhan liar "pil kuda" tanpa dibawanya saksi ataupun bukti tetapi main cakap ikut sedap mulut semata-mata. Sedangkan PKR itu rakan. Bukankah meluahkan tuduhan sebegitu di khalayak umum juga satu pengkhianatan? Saya tidak mahu menceritakan setiap satu peristiwa pengkhianatan yang telah berlaku terhadap rakan-rakan dalam PR. Tetapi ini sekadar untuk membuka mata mereka yang dengan mudah hendak menuduh orang lain "pengkhianat" seolah-olah diri mereka bersih dan bebas dari apa-apa salah laku. Kesemua tindakan khianat ini terhadap rakan PR telah ditegur dan cuba diperbetulkan tetapi akhirnya kami pula dituduh lebih PR dari PAS. Walhal, usaha membetulkan perjalanan PAS adalah untuk kepentingan PAS. Namun, apakan daya kerana PAS dianggap boleh buat sesuka hatinya atas alasan bahawa dirinya sebuah parti Islam. Tetapi usaha khianat yang terbesar yang tidak boleh dilupakan ialah apabila presiden PAS dengan sedar dan sengaja, bersekongkol dengan Umno untuk pertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor semasa krisis yang lalu. Penubuhan kerajaan PAS-Umno Melalui tindakan beliau, Khalid Ibrahim telah memecat semua exco PKR dan DAP. Kerajaan PAS-Umno dengan dipimpin Khalid telah berkuasa di Selangor untuk tempoh melebihi seminggu. Akhirnya kerajaan PAS-Umno yang dipimpin Khalid itu telah dijatuhkan apabila dua ADUN PAS menyatakan mereka tidak menyokong beliau sebagai MB. Mereka berdua telah menandatangani Surat akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Wan Azizah sebagai MB bersama 28 ADUN yang lain dari PKR dan DAP. Kemarahan presiden PAS begitu memuncak sehingga semasa muktamar PAS ke 59 beberapa bulan selepas itu beliau keluarkan tuduhan adanya "broker dan barua" serta tuduhan dua ADUN dibeli tanpa mengemukakan sebarang bukti mahu pun saksi. Presiden PAS marah kerana 'dikhianati' 2 ADUN tersebut tetapi dia tidak nampak pengkhianatan yang telah dia sendiri lakukan terhadap PR dan pengundi Selangor. Tidak memadai dengan itu, sebagai tindak balas, presiden PAS menawarkan kepada Azmin Ali jawatan MB sekiranya beliau masuk PAS bersama dua atau tiga ADUN PKR yang lain. Ini akan dilakukan setelah Khalid Ibrahim memegang jawatan MB terlebih dahulu untuk tempoh enam bulan. Adalah jelas bahawa PAS akan hanya mampu mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB untuk tempoh enam bulan dan menggantikannya dengan Azmin Ali sekiranya usaha PAS ini disokong Umno. Ini kerana PAS hanya mempunyai 13 kerusi (tanpa dua ADUN yang pasti tidak akan sokong). Sekiranya dicampur dengan Khalid Ibrahim dan Azmin bersama tiga lagi ADUN PKR, jumlahnya hanya 18 kerusi ADUN. Namun, mereka memerlukan 29 kerusi untuk membentuk kerajaan. Sudah pasti kekurangan ini tidak akan ditampung oleh PKR atau DAP. Maka ianya akan ditampung oleh Umno yang menguassai 12 kerusi DUN. Sekiranya kerjasama tidak boleh diadakan dengan "pengkhianat" maka sudah pasti, pertama sekali, tidak boleh diadakan kerjasama adalah dengan PAS. Bagi kami dalam AMANAH, kami dianggap pengkhianat kepada PAS kerana menentang pengkhianatan PAS terhadap PR. Yang menentang pengkhianatan dianggap pengkhianat dan yang mempertahankan pengkhianatan dianggap penyelamat. Dengan sikap sebegitu, tidak salah untuk ditanya adakah masih ada tempat lagi bagi PAS dalam politik masa depan negara? KHALID SAMAD ahli parlimen Shah Alam.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Jamal Baju Merah Akan Sertai Himpunan Hijau PAS

Posted: 21 Sep 2015 01:15 AM PDT

Jamal cadang sertai Himpunan H60K anjuran PAS


Pengerusi Gabungan NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos berkata, beliau bercadang untuk menyertai Himpunan 60 ribu (H60K) anjuran PAS di Kelantan bulan depan.

Beliau berkata, pihaknya akan bersama PAS sekiranya objektif perhimpunan itu ke arah untuk menyatupadukan orang Melayu seperti yang ada dalam Perlembagaan.

"Saya ada terbaca artikel yang mana PAS akan berhimpun. Kalau kami yakin dengan manifesto mereka iaitu untuk bawa penyatupaduan ke arah orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kami akan bersama menyokong mereka," katanya.

Ketika ditanya sama ada pihaknya akan bersama-sama berhimpun dalam himpunan hijau 17 Oktober depan, Jamal berkata:

"Kita akan turun sekali bersama mereka asalkan tak lari daripada Perlembagaan. Tak ada masalah," katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan malam di Sekinchan malam tadi.


Ditanya sama ada pihaknya ada mengadakan perjumpaan dengan PAS berhubung perkara itu, Jamal hanya berkata: "Saya boleh katakan ada".

Selain itu, Jamal yang merupakan pencetus kepada himpunan baju merah minggu lalu berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk menyertai mana-mana perhimpunan asalkan untuk kepentingan Melayu.

Malah, Jamal juga mengaku bahawa beliau seorang yang bersifat perkauman tetapi "perkauman yang mengikut Perlembagaan".

"Kita tak ada masalah, nak kata kita rasis ke apa. Saya mengaku saya rasis tetapi rasis saya mengikut Perlembagaan yang telah ada. Saya pertahankan hak kita. Orang Melayu kena rasis dengan bangsa dia sendiri tetapi dengan mengikut kontrak sosial.

"Kita tak tuntut lebih, kita pertahankan hak kita," katanya lagi.

Sementara itu, berikutan pelbagai dakwaan terhadap Jamal di media sosial, beliau kini mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Malah, katanya, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap pihak yang didakwanya menyebarkan berita palsu terhadap dirinya.

"Saya telah kumpul maklumat dan saya telah bertemu dengan peguam dan sedang teliti. Kita dah kumpul 60 fitnah setakat hari ini. Dan waktu terdekat kita akan buat laporan polis dan tindakan undang-undang.

"Jadi saya nak beri amaran kepada mereka yang fitnah dan sebarkan berita palsu yang tidak sahih, sesetengah pihak akan berhadapan saman daripada saya," katanya.

Sehubungan itu, ketua Umno bahagian Sungai Besar itu meminta mana-mana pihak supaya tidak mempercayai segala "fitnah" di media sosial.

Katanya, ia termasuk kepada parti komponen BN iaitu MCA supaya lebih bersikap profesional dengan tidak mempercayai segala yang ada di laman sosial.

Ia berikutan terdapat kenyataan daripada MCA bahagian Sungai Besar yang menggesa Jamal untuk memohon maaf kerana dia didakwa mengeluarkan kenyataan "apa salahnya Cina dengan babi".

Justeru itu, Jamal mendakwa kenyataannya berhubung "Cina babi" itu telah diputar belit dan lari daripada konteks sebenar apa yang beliau ingin sampaikan.

"Saya tak kata orang "Cina babi". Yang saya kata bila diaju soalan (dari pemberita) ialah saya nafikan yang saya kata Cina babi. Cuma saya komen, apa masalahnya babi dengan Cina.

"Babi tak ada masalah dengan orang Cina, masalah babi ini hanya dengan orang Melayu kerana orang Islam haram dengan babi. Kenyataan saya diputar belitkan.

"Macam lembu, lembu tak ada masalah dengan Melayu. Cuma kalau kita kata Melayu lembu mesti kita marah. Macam itu juga Cina. Bukan Cina babi cuma Cina tak ada masalah dengan babi, kebanyakkan orang Cina makan babi. Itu yang saya maksudkan," jelasnya.



PAS Sedia Tinggalkan PAKATAN ?

Posted: 21 Sep 2015 12:30 AM PDT

Najib Akan Dimaafkan Jika Satukan Umno Dan PAS


Gambar Hiasan

Peribahasa Melayu menyebut, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Tetapi bagi bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin, tidak wajar membakar kelambu kerana seekor nyamuk.

"Nyamuk ini tidak perlu dibunuh walaupun ia dianggap lebih berbahaya dari nyamuk denggi kerana dia masih boleh diharapkan untuk menjalankan tugas yang lebih besar," katanya ketika mengulas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menulis dalam blognya, Zam berkata, jika Najib berjaya menyatukan Umno dan PAS, beliau yakin orang Melayu akan memaafkan pemimpin yang diasak pelbagai dakwaan skandal itu.

"Sekiranya Najib berjaya menyatukan Umno dan PAS maka saya yakin orang Melayu akan memaafkan kesilapan-kesilapan besarnya," tulis Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.

Baca Di Sini

gambar hiasan


** Harapan yang semakin cerah setelah PAS mengeluarkan kenyataan untuk menolak sebarang kerjasama politik dalam gabungan Pakatan 2.0.

Pakatan 2.0 Perlu Tinggalkan PAS Kerana Hati Mereka Kini Bersama BN

Posted: 20 Sep 2015 11:47 PM PDT




Amanah tidak perlu penasaran untuk berbaik dengan Pas?
 
BUAH FIKIR

Dua puak yang berbalah dalam Pas sehingga menyebabkan parti itu kini terbelah dua perlu bersiap sedia yang mereka tidak akan menghadapi pilihan raya umum ke-14 kelak secara bersama. Hakikat itu mereka harus fahami awal-awal lagi agar tidak terkilan dan menyesal dikemudian hari. Dua puak itu ialah yang kekal bersama Pas dan puak satu lagi yang keluar meninggalkan parti itu dan menubuhkan parti baru bernama Parti Amanah Negara (Amanah).

Walaupun pada asasnya mereka mempunyai nawaitu yang sama untuk menumbangkan BN, tetapi nawaitu itu kini tinggal angan-angan sahaja. Niat bersama yang dipasak dalam parti itu sejak berdekad lampau kini sudah relai dan terburai. Pas seakan sudah berpatah arang berkerat rotan dengan golongan bekas ahlinya itu jauh sekali sedia memenuhi pakatan atas tujuan untuk menumbangkan BN.

Hari ini, setelah berada diluar Pas, bekas ahli Pas yang menyertai Amanah itu masih berharap mereka akan menjalani kerjasama dengan Pas untuk mencapai apa yang dihajatkan itu. Mereka mengajak Pas mengamalkan politik terbuka dan berpolitik secara profesional bukannya mendendami di antara satu sama lain.

Ada kenyataan dan pelawaan ke arah itu dibuat oleh Amanah. Apa yang dinamakan pembentukan Pakatan 2 cuba hendak memanggil sama Pas agar berada dalam Pakatan itu apabila Pakatan Rakyat pertama kini sudah hancur. 
 
DAP telah mengistyharkan Pakatan Rakyat telah hancur apabila Pas berkeras untuk menerima usul agar memutuskan kerjasama dengan DAP. Bertindak dari usul itu DAP mengambil sikap balah dengan Pas.

Sebelum tindakan Pas itu, DAP terlebih dahulu mengesahkan yang mereka enggan bekerjasama dengan Pas atas alasan Pas bukan sebuah parti politik yang jujur dan ikhlas. Ini dirujuk kepada pemimpin tertinggi parti agama itu. DAP tidak mempercayai dan hilang keyakinan kepada ketua parti berkenaan. Tindakan DAP itu sangat memalukan ahli Pas.

Bergaduh dalam politik tidak akan sampai ke jalan mati. Bekas ahli Pas, PKR dan DAP masih berusaha untuk memperkukuhkan pembangkang. Mereka yakin BN tidak dapat dihancurkan dengan kekuatan dan kepaduan dalam pembangkang. Lantaran itu mereka masih menaruh harapan kepada Pas untuk bersama.

Bagaimana pun pelawaan itu ditolak keras oleh Pas dengan menegaskan mereka akan bersendirian dan tidak akan bergabung dengan kumpulan yang mengkhianati perjuangan. Pas menyifatkan puak Amanah adalah puak yang mengkhianti parti tersebut dan mendesak agar mana-mana wakil rakyat Amanah meletakkan jawatan kerana mereka menang atas tikit Pas.

Bukan itu sahaja isu bai'ah bidaan diungkit dan dimainkan oleh Pas secara meluas. Sampai kini Pas yang marah dengan tindakan ahli yang meninggalkan parti itu cuba menjatuhi hukuman terlebih awal daripada ketentuan Allah kepada mereka yang meninggalkan Pas itu.

Penolakan Pas untuk bergabung dengan pembangkang itu ditunjukkan dalam beberapa kenyataan oleh beberapa peimpinnya. Sikap Pas kini jelas mereka tidak mungkin bersama Pakatan lagi. Cadangan untuk diadakan meja bulat bagi membincang pembentukan Pakatan 2 tidak akan dihadiri oleh Pas.

Apa yang berlaku itu jelas. Justeru pihak Amanah tidak perlu menghabiskan air liur mempelawa Pas agar berkerjasama dan berada dalam Pakatan 2.

Mungkin tindakan yang diambil oleh Pas itu dianggap politik babil dan bebal. Tetapi sebenarnya Pas ada motif tersendiri kenapa mereka bersikap demikian. Saya yakin dan percaya pimpinan Pas bukan semuanya bertaraf lembu politik semata-mata, tetapi ada yang bertaraf lebih baik dari itu.

Dalam hal ini saya nampak Pas sengaja mencipta sutuasi begitu kerana mengharap sesuatu atau pencapaian yang lebih baik dalam pilihan raya akan datang. Pas mahu tinggal kawan lama kerana mengimpikan menjelma dan hadir kawan baru. Apa yang dapat dirasakan disini Pas perlu menunjukkan pendirian dan sikap sebegitu untuk menyakinkan Umno. Kalau Pas tidak bersikap keras dan babil begitu menyebabkan Umno akan berfikiran lain.

Secara mudah sahaja kenapa Pas enggan bekerjsama dengan Amanah atau DAP, atas matlamat untuk menghancurkan BN, ialah kerana mereka sayang kepada BN. Pas kini sudah menyedari bahawa perlu mereka bergabung dengan Umno dan mengukuhkan BN. Dengan cara itu sahaja lah untuk Pas terus mengecapi sisa-sisa kemenangan yang dimiliki kini.

Adalah amat mustahil Pas akan menang sekiranya ia bertanding bersendirian. Usahkan untuk menambahkan kerusi yang sedia ada, untuk mengekalkan pun dilihat sukar. Pas menang dulu adalah kerana gabungan tenaga profesional yang banyak menggerakkan parti tetapi mereka kini sudah meninggalkan Pas.

Ini kena difaham sebaik-baiknya oleh Amanah maupun PKR dan DAP. Pas bukan bodoh sangat untuk dia memecahkan sebuah persepakatan tanpa membina persepakatan lain. Mungkin para ustaz dalam Pas bersangka baik dan seronok dengan sikap Pas yang ingin mendapat keredaaan Allah, tetapi harus disedari dalam Pas masih ada tukang rancang (mater mind) yang dihantar oleh Umno menyelinap ke dalam parti tersebut.

Sekiranya ada pendapat mengatakan perpecahan dalam Pas ialah kerana dicatur oleh musuh, saya mempercayainya. Pas tidak akan mudah "bertanggal manggal" sesama sendiri kalau bukan dihasut oleh musuh. Orang yang beriman dan mukmim itu tidak akan berpecah kalau tidak ada orang ketiga di antara mereka.

Makanya, baik Amanah dan orang-orang dalam Pas yang tidak menyedari apa yang sedang dicaturkan musuhnya, usaha berangan-angan untuk bersama lagi. Amanah perlu memperkuat dan memperbesarkan partinya bagi menghadapi pilihan raya kelak. Mengharap akan wujud kerjasama atau Pakatan 2, PKR, DAP, Amanah dan Pas samalah mengharapkan tanduk dari kepala kucing.

Amanah atau bekas Pas jangan sangat bernostalgia dengan parti lamanya itu sebab bimbang lama kelamaan boleh jadi meroyan. Gila. [wm.kl.10:08 pm 20/09/15] - mso