Ahad, 20 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Pengguna Internet Kutuk Kenyataan ‘Tampar’ Najib

Posted: 20 Sep 2015 09:00 PM PDT



Kenyataan Datuk Seri Najib Razak berhubung kewajaran perhimpunan ' baju merah' baru-baru ini menerima kritikan pengguna Internet.


Datuk Seri Najib Razak menerima ribuan komen negatif daripada pengguna Internet berhubung kenyataannya tentang "tampar" ketika mewajarkan "perhimpunan baju merah" pada 16 September sebagai satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah mereka dan kepimpinan negara.

Petikan kenyataan beliau yang diterbitkan di laman Facebook Astro Awani semalam menerima banyak komen yang tidak bersetuju dengannya sambil mereka menyatakan orang yang selayaknya ditampar ialah pemimpin yang tidak jujur dan tidak ikhlas.

Ia memaparkan gambar perdana menteri yang bersongkok dan memakai baju Melayu hitam serta petikan kata-katanya: "Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa...tiga kali tampar...tak buat apa...tapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga."

Dalam satu komen yang menerima lebih 4,300 kali "Like", Nazirul Aiman Md Hassan berkata: "4kali tmpar tu bukan utk melayu.tp utk pemimpin melayu yg xsedar diri n asyik menipu melayu".

Alahai Debab pula menulis: "Sbnrnyr rakyat dh lama nk tampar ko najib....". Komen itu menerima lebih 2,800 "Like".

.
Najib membuat kenyataan itu 2 malam lalu pada perhimpunan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Silat 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Beliau berkata orang Melayu selama ini bersabar walaupun beberapa perhimpunan haram diadakan yang dilihat mencabar maruah orang Melayu.

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Kassim Selamat bertanya siapa yang sepatutnya ditampar dan menggesa pemimpin menyatupadukan rakyat, bukannya memecahbelahkan mereka.

"Siapa yg tampar siapa?... Jgn jadi Penghasut. Fikirlah bagaimana utk menyatukan rakyat pelbagai suku kaum bukan utk memecahbelahkan rakyat sendiri. Kita membangun negara ini bersama2," tulisnya.

Pengguna bernama Tro've Man sementara itu berkata, tiada siapa yang merasa marah atau mahu menampar orang Melayu.

"Yg org marah pemimpin korup. Pemimpin yg zalim. Itu yg melayu nak tampar," katanya.

Membidas Najib, Khairul Fahmi berkata, semua pihak perlu menahan diri daripada membangkitkan sentimen perkauman dan perdana menteri seharusnya menggalakkan perpaduan.

"Cukup2lah sebut psl sentimen perkauman untuk kepentingan sendiri.. Makin x aman Malaysia nie.. Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang beragama Islam, sepatutnya anda galakkan perpaduan semua bangsa dalam Malaysia nie.. 
 
Agama Islam pun menyuruh perpaduan xkira bangsa.. Dekat Kaabah tu semua bangsa ada mengadap Allah.. Bukan untuk kepentingan anda sorang, tapi untuk semua supaya aman damai.. Dalam agama Islam pun menyuruh perpaduan, bersatu padu tanpa mengira kaum..."

Juga dikenali sebagai "Himpunan Rakyat Bersatu", penganjur perhimpunan baju merah mengadakannya sebagai tindakbalas kepada perhimpunan Bersih 4 yang menurutnya menghina integriti bangsa Melayu.

Perhimpunan itu menyaksikan ucapan yang membakar semangat, sepanduk dan plakad dengan kata-kata yang berbaur sentimen perkauman serta ketegangan antara peserta yang tidak senang dengan soalan yang ditanya beberapa wartawan.

Pihak polis rusuhan turut melancarkan semburan kimia yang dicampur air ke atas peserta perhimpunan yang bertindak ganas cuba melanggar sekatan polis untuk masuk ke kawasan Jalan Petaling yang tidak dibenarkan. – 20 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.



PEMUDA MCA BAHAGIAN PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN NAJIB

Posted: 20 Sep 2015 08:30 PM PDT

KETUA PEMUDA BAHAGIAN MCA UMUM "PUTUS HUBUNGAN & TIDAK MENYOKONG" NAJIB RAZAK ...

Terbaru berikutan susulan sokongan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Himpunan Melayu Bersatu pada 16 September lalu, Pemuda MCA Pasir Gudang telah bertindak memutuskan hubungan dengan Pengerusi BN itu.

Ketua Pemuda MCA bahagian tersebut, Chia Chow Hui berkata himpunan 'Baju Merah' pada tarikh tersebut telah menghancurkan keharmonian kaum.

"Kami tidak bersetuju dengan himpunan 16 September yang merosakkan hubungan kaum. Tapi Najib memujinya sebagai perhimpunan aman. Jadi kami buat keputusan (untuk memutuskan huungan)," kata Chia ketika dihubungi Malaysiakini.

Hal ini bermaksud semua anggota Pemuda MCA bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokong beliau dalam apa cara sekalipun.

Bahagian itu adalah yang pertama berbuat demikian dalam BN.

Ketika ditanya, Chia berkata beliau tidak bimbang jika dikenakan tindakan displin daripada kepimpinan pusat berhubung keputusaan itu.

Pada Jumaat lalu, Najib mengucapkan penghargaan terhadap peserta Himpunan Melayu Bersatu dengan menyatakan himpunan Baju Merah berhimun secara aman tanpa sebarang provokasi.

Himpunan itu turut dikenali "mempertahankan maruah Melayu" turut dicemari dengan penghinaan kaum yang dilemparkan terhadap masyarakat Cina.

Himpunan itu juga kononnya sebagai balasan terhadap peserta BERSIH 4 yang kebanyakannya kaum Cina, yang mana mendesak Najib agar meletakkan jawatan.
Azrin Shah Aziz's photo.


Pemuda MCA Pasir Gudang memutuskan hubungan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak susulan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu.

Ketua Pemuda MCA bahagian itu Chia Chow Hui berkata himpunan 'Baju Merah' pada tarikh tersebut menghancurkan keharmonian kaum.

"Kami tidak bersetuju dengan himpunan 16 September yang merosakkan hubungan kaum. Tapi Najib memujinya sebagai perhimpunan aman. Jadi kami buat keputusan (untuk memutuskan hubungan)," kata Chia ketika dihubungi Malaysiakini.

Hal ini bermaksud semua anggota Pemuda MCA bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokong beliau dalam apa cara sekalipun.

Bahagian itu adalah yang pertama berbuat demikian dalam BN.

Ketika ditanya, Chia berkata beliau tidak bimbang jika dikenakan tindakan displin daripada kepimpinan pusat berhubung keputusaan itu.

"Tidak. Setiap orang meraikan kebebasan bersuara.".

Pada Jumaat, Najib mengucapkan penghargaan terhadap peserta Himpunan Rakyat Bersatu dengan menyatakan himpunan Baju Merah berhimun secara aman tanpa sebarang provokasi.

Himpunan itu turut dikenali "mempertahankan maruah Melayu" dan dicemari dengan penghinaan kaum dilemparkan terhadap masyarakat Cina.

Ia sebagai balasan terhadap peserta BERSIH 4 yang kebanyakannya kaum Cina, yang mendesak Najib meletakkan jawatan.

Malaysiakini

Semuga Menjadi Kenyataan....AMIN...

Posted: 20 Sep 2015 08:00 PM PDT

THE WRATH OF ALTANTUVIDEO - YA: NO WONDER NAJIB WANTS 'SAFE PASSAGE' FROM DR M BEFORE HE IS WILLING TO 'QUIT' Written by J.D. Lovrenciar

Posted: 20 Sep 2015 07:30 PM PDT




THE WRATH OF ALTANTUYA: NO WONDER NAJIB WANTS 'SAFE PASSAGE' FROM DR M BEFORE HE IS WILLING TO 'QUIT'The Prime Minister of Malaysia has reiterated on several occasions that he knows not the murdered Mongolian Altantuya. When Malaysians raised questions they were warned by the police not to speculate. 

And now with Aljazera's explosive documentary, we are told that there is an international conspiracy to oust Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Do we laugh, cry or faint? Or should we all march before the prime minister and chase all foreigners from our land like how the journalist making the documentary was shooed away?

Can we let common sense prevail and save whatever dignity is left of this nation please.

A prime minister who did not hesitate to swear in a mosque that he knows not the murdered victim; a leader who dismissed the claims of the escaped convict, Sirul, as "utter rubbish"; he now knows nothing nor says anything about how a journalist can and was shooed away from Malaysia under escort.

People the world over are all asking the same questions that Malaysians ask till this day only to be faced with a blank wall.

Nobody knows why the poor and helpless woman was not only murdered with bullets but was blasted in smithereens using the controlled C4 explosives.

Nobody knows why so much of trouble was taken to erase all immigration records of entry and egress of Altantuya.
Nobody knows why was there a need to retract Statutory Declarations.


The explosive Al-Jazeera video which claims Najib's crony Razak Baginda was the man who shot Altantuya but questions continue to swirl around the identity of the real mastermind behind the killing - who had the most to lose?

Nobody knows anything about why some people ended up in foreign lands and took a long and windy route as if there were intentions to dust off the trails. And nobody knows who paid these ordinary working class citizens to make all that travel either.

Nobody knows why was Razak Baginda in such a hurry to scoot off to London as soon as he got cleared by the courts.

Nobody knows why was a company set up in such manner to deal with this nation's huge arms purchase expenditure and allow a lone man to make such huge profits that is seen as kickbacks by many.

Nobody knows why it has taken the courts so long to finally convict two highly trained body guards but ending up with one now holed up in a safe haven in Australia.


Corruption-tainted Najib is facing a slew of scandals, not the least the latest accusations he was an accessory to Altantuya's murder following the explosive Al Jazeera video above. 

Former PM Mahathir has insisted Najib re-opens investigations, while Umno circles have buzzed with talk Najib has demanded 'safe passage' from all prosecution if he were to resign as PM. 

Click to read 'LOOKING FOR SAFE PASSAGE' NAJIB AGAIN REFUSES TO GO: 'People's power to choose gov't, but only at polls'

With all these unanswered questions, is it any surprise if a reputable media goes unraveling to find some reliable and honest answers to one of the world's most unprecedented murder story? And our prime minister says it is a conspiracy.

Should the prime minister of a nation not be as curious and concerned as the world asking the same questions that Malaysians have been asking and searching and hoping and praying for justified and acceptable answers?

If a local media had done that documentary pray tell what would have been the eventuality? - MAILBAG


Malaysia Wajib Bayar US600,000 Untuk Setiap Ekor Anak Panda Yang Lahir

Posted: 20 Sep 2015 07:00 PM PDT





KUALA LUMPUR: Malaysia perlu membayar US$600,000 kepada China bagi setiap anak panda yang dilahirkan disini selepas 12 bulan dan memulangkan anak panda itu kepada China apabila usianya mencecah 2 tahun, kata Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Perkara ini termaktub dalam perjanjian antara Malaysia dan China yang mana turut menyebut dua ekor panda, Fu Wa (Xing Xing) dan Feng Yi (Liang Liang), dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun, kata beliau dalam satu sidang media selepas membuat lawatan rasmi ke Zoo Negara hari ini.

"Tidak, panda-panda itu bukan milik Malaysia, walaupun mereka lahir di Malaysia

"Kita perlu memulangkan anak panda itu ke Chengdu, China, selepas dua tahun. Kita juga perlu memberikan hadiah di atas kelahiran panda, iaitu US$600,000 bagi setiap panda yang dilahirkan di sini", tambahya.

"Untuk memberi nama kepada panda (yang baru dilahirkan), kita perlu persetujuan dari China seperti dalam perjanjian", kata Wan Junaida sambil menambah kementerian akan menganjurkan satu pertandingan menamakan anak panda itu.

China bersetuju meminjamkan dua ekor panda bagi menanda 40 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China pada tahun ini.

Wan Junaidi berkata Malaysia adalah negara kelapan yang menghasilkan panda daripada 18 negara yang mempunyai panda di dunia ini.

- Siakapkeli.my Dialihbahasa dari : thesundaily

Pemimpin Pemuda Umno mahu PAC dibubar, ahli ditukar

Posted: 20 Sep 2015 06:30 PM PDT


Pemimpin Pemuda Umno mahu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dibubarkan, dengan mendakwa ahli PAC disyaki memberi maklumat salah kepada media asing.

"Penjualan maklumat siasatan yang sulit sedangkan siasatan masih belum dimuktamadkan adalah satu jenayah yang amat serius dan boleh menzalimi pihak yang sedang disiasat.

"Pada waktu yang sama, ia adalah satu permainan persepsi yang jahat yang bukan sahaja boleh mendatangkan kesan buruk kepada 1MDB, tetapi juga kepada ekonomi negara.

"Saya dengan ini mendesak agar polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat setiap anggota PAC," kata Exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah.

Dalam kenyataanya juga, beliau turut menggesa PAC dibubarkan dan melantik anggota baru yang lebih berintegriti dengan menggantikan anggota sedia ada yang didakwanya "lebih suka bermain politik dan intergriti diragui".

Minggu lepas The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa AS$ 1 bilion (RM4.2 bilion) bayaran daripada firma pelaburan 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, didakwa hilang.

1MDB mengesahkan bahawa pembayaran telah dibuat kepada IPIC untuk menamatkan pilihan.
Bagaimanapun, 1MDB berkata pihaknya tidak boleh bercakap untuk IPIC mengenai apa yang berlaku kepada wang tunai.

Pensyarah NUS: Dr M pemimpin 'Melayu radikal' Zulaikha Zulkifli

Posted: 20 Sep 2015 06:00 PM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat sebagai seorang pemimpin Melayu yang radikal kerana menyuarakan sesuatu isu untuk rakyat, kata Syed Muhd Khairudin Aljunied.

Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS) turut menyifatkan bekas perdana menteri itu seperti Dr Burhanuddin Alhelmy.

Ini kerana, katanya, Dr Mahathir kini dilihat berani menyuarakan isu-isu tertentu demi kepentingan negara.
"Saya lihat apa yang Tun Mahathir lakukan sekarang adalah sebahagian daripada apa yang telah dilakukan oleh kaum Melayu radikal pada waktu dulu. Dia sekarang menjadi seorang yang radikal.

"Dia ialah Burhanuddin di zaman kita," kata Khairudin ketika ditemui Malaysiakini selepas majlis pelancaran bukunya yang bertajuk 'Radicals Resistance and Protest in Colonial Malaya' di Bangsar hari ini.


Syed Muhd Khairudin, yang banyak mengkaji sejarah Islam di Asia Tenggara, berkata, antara sebab mengapa Dr Mahathir dianggap sedemikian kerana negawaran itu kini dilihat membawa semangat Melayu radikal tahun 1940-an dengan berjuang bersama rakyat.

"Saya ingin katakan bahawa beliau (Mahathir) secara jelas membawa semangat Melayu radikal pada 1940-an apabila dia sekarang cuba untuk berjuang untuk rakyat, bersama rakyat dan menjadi sebahagian daripada rakyat.

"Secara ironinya, orang akan kata beliau dulu tak seperti sekarang. Tetapi saya rasa, sejarah berubah dan mungkin dia belajar dari sejarah," katanya lagi.

Menceritakan dengan lebih lanjut, Syed Muhd Khairudin berkata, Dr Mahathir sendiri dilihat seorang yang radikal ketika berada dalam Umno suatu ketika dahulu, yang turut dianggapnya sebagai sebuah badan pergerakan yang radikal.

"Dia (Mahathir) juga sebelum ini memang seorang yang radikal dalam Umno dan Umno juga mendapat sokongan yang besar kerana perkara itu," katanya lagi.






Sementara itu, mengulas mengenai buku terbarunya itu, Syed Muhd Khairudin berkata, ia menceritakan tentang sejarah Melayu yang radikal dan memberi gambaran tentang bagaimana pemikiran orang Melayu pada waktu itu.

Walaupun terdapat pemimpin Melayu yang radikal sebelum ini dianggap pengkhianat, namun dalam bukunya itu beliau mengetengahkan tentang bagaimana pemimpin yang radikal cuba mengubah pemikiran masyarakat dengan pelbagai cara termasuk politik.

"Satu yang dapat kita pelajari dari mereka ialah mereka ialah orang yang bukan sahaja menulis buku-buku yang memanfaatkan masyarakat malah mereka juga memainkan peranan yang penting di peringkat akar umbi iaitu mereka bersama orang miskin, orang biasa yang cuba merubah masyarakat daripada bawah dan yang di atas.

"Oleh sebab itu, banyak buku sekarang tidak menitikberatkan tentang perjuangan orang radikal yang mengubah segala cara dan pemikiran orang Melayu waktu itu.

"Kita ada masalah buku sejarah apabila ia ditulis dari perspektif elit atau yang cuba ketepikan mereka yang beri idea revolusi pada waktu itu. Kita harus kembalikan orang ini dalam sejarah kita," katanya lagi.

PKR: Jadilah 'ronin', tinggalkan BN sertai pembangkang' Alyaa Azhar

Posted: 20 Sep 2015 05:30 PM PDT



PKR hari ini mengajak 47 MP BN dari Sabah dan Sarawak supaya meninggalkan gabungan parti pemerintah dalam usaha mereka membentuk gabungan bebas dan bekerjasama dengan blok pembangkang.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perkara itu diperlukan demi masa depan yang lebih baik buat rakyat Malaysia.

"(Hal ini) boleh dicapai jika 47 rakan patriotik kita, anggota parlimen BN dari Sarawak dan Sabah, (menjadi) seperti 47 'ronin' Jepun yang sanggup berjuang dan mati dengan keadilan rakyat atau keadilan, tinggalkan BN untuk menubuhkan gabungan bebas bersama kita.

"Kemudian janji kemerdekaan dan Malaysia akan ditunaikan," katanya dalam ucaptama dalam sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Wan Azizah berkata blok pembangkang mesti menjadi seperti NGO pemantau pilihan raya BERSIH, yang mana beliau berkata "menyatukan rakyat tanpa mengira kaun dan agama" demi perjuangan untuk Malaysia yang lebih baik.

"Masanya tiba sekarang," kata ketua pembangkang itu.

Kisah 47 'ronin' mengenai 47 samurai bawah pimpinan ÅŒishi Kuranosuke Yoshitaka membalas dendam ke atas kematian majikan mereka dengan cara melakukan penyerbuan ke rumah kediaman pejabat tinggi istana, sebelum perang dunia ke-2.

Walaupun PAS enggan, Wan Azizah mahu semua sertai blok pembangkang OLEH RAM ANAND

Posted: 20 Sep 2015 05:00 PM PDT


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua diperlukan untuk menyertai blok pembangkang dengan mengatakan mereka tidak harus 'terbahagi'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua diperlukan untuk menyertai blok pembangkang dengan mengatakan mereka tidak harus 'terbahagi'.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua diperlukan untuk menyertai blok pembangkang dengan mengatakan mereka tidak harus 'terbahagi'.

Walaupun PAS mengatakan ia tidak akan menyertai perbincangan meja bulat baru yang dimulakan PKR bagi membincangkan penubuhan gabungan pembangkang baharu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegaskan "semua orang" diperlukan bersama dalam blok baru itu.

PAS dilaporkan berkata ia tidak akan menghadiri mesyuarat meja bulat Selasa ini, yang akan dihadiri PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Walaupun Amanah ditubuhkan bekas ahli PAS yang menjejaskan sokongan asas kepada parti Islam itu, Dr Wan Azizah berkata, PAS masih diperlukan untuk mencukupkan bilangan mereka bagi menjamin kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

"Sistem kita adalah 'first past the post'. Kita perlukan semua orang untuk bersama atas satu platform yang sama," katanya kepada pemberita selepas forum mengenai kerajaan campuran di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua pembangkang itu berkata, blok pembangkang tidak harus "terbahagi".

"Jika kita bersama, maka majoriti boleh menang," katanya.

Beliau juga berkata, pintu masih terbuka kepada PAS untuk menghadiri perbincangan itu.

"Kami sudah hulurkan jemputan dan ia masih terbuka, " katanya.

Sementara itu, dalam ucaptama ketika merasmikan forum itu, Dr Wan Azizah berkata, hasil rundingan meja bulat itu ketika ini masih lagi tergantung.

"Ia akan menjadi detik penentuan, sama ada pembangkang persekutuan akan menjadi satu blok, satu gabungan atau hanya sebuah pembangkang yang berpecah," katanya. – 20 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Walaupun PAS enggan, Wan Azizah mahu semua sertai blok pembangkang

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua diperlukan untuk menyertai blok pembangkang dengan mengatakan mereka tidak harus 'terbahagi'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua diperlukan untuk menyertai blok pembangkang dengan mengatakan mereka tidak harus 'terbahagi'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015.
Walaupun PAS mengatakan ia tidak akan menyertai perbincangan meja bulat baru yang dimulakan PKR bagi membincangkan penubuhan gabungan pembangkang baharu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegaskan "semua orang" diperlukan bersama dalam blok baru itu. PAS dilaporkan berkata ia tidak akan menghadiri mesyuarat meja bulat Selasa ini, yang akan dihadiri PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Walaupun Amanah ditubuhkan bekas ahli PAS yang menjejaskan sokongan asas kepada parti Islam itu, Dr Wan Azizah berkata, PAS masih diperlukan untuk mencukupkan bilangan mereka bagi menjamin kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

"Sistem kita adalah 'first past the post'. Kita perlukan semua orang untuk bersama atas satu platform yang sama," katanya kepada pemberita selepas forum mengenai kerajaan campuran di Kuala Lumpur hari ini. Ketua pembangkang itu berkata, blok pembangkang tidak harus "terbahagi".
"Jika kita bersama, maka majoriti boleh menang," katanya.
Beliau juga berkata, pintu masih terbuka kepada PAS untuk menghadiri perbincangan itu.
"Kami sudah hulurkan jemputan dan ia masih terbuka, " katanya.
Sementara itu, dalam ucaptama ketika merasmikan forum itu, Dr Wan Azizah berkata, hasil rundingan meja bulat itu ketika ini masih lagi tergantung.
"Ia akan menjadi detik penentuan, sama ada pembangkang persekutuan akan menjadi satu blok, satu gabungan atau hanya sebuah pembangkang yang berpecah," katanya. – 20 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/walaupun-pas-enggan-wan-azizah-mahu-semua-sertai-blok-pembangkang#sthash.tw0CY4uk.dpuf

MANA RM1BILLION DUIT ZAKAT.?" - DR. MAZA

Posted: 20 Sep 2015 04:30 PM PDT

Hishamudin: Saya berbeza hakimi kes Perak, 'Allah'

Posted: 20 Sep 2015 09:00 AM PDT


Hishamudin: Saya berbeza hakimi kes Perak, 'Allah'Krisis kes perlembagaan Perak pada 2009 dan Ketua Paderi Roman Katolik yang mencabar Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah "Allah", adalah kes berprofil tinggi yang menjadi tumpuan negara.

Bagaimanapun, bagi bekas hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang tidak pernah menghakimi kedua-dua kes tersebut, keputusan Mahkamah Tinggi bagi kedua-dua kes sepatutnya kekal.

Berdasarkan fakta kes, beliau berkata beliau akan cenderung untuk bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim Mahkamah Tinggi, kalau dia berada di barisan hakim Mahkamah Persekutuan.

Dalam kes Perak, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan maka pemimpin PAS ketika itu Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin adalah menteri besar yang sah.



Keputusan itu dibuat oleh Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim, yang kini di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, keputusan itu yang telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan mengiktiraf Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar.

Dalam kes ketua Biskop pula, Mahkamah Tinggi pada 2009 memutuskan pengharaman penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald dalam Bahasa Malaysia kerana tidak mengikut perlembagaan.

pp

Hakim Mahkamah Tinggi yang membuat keputusan itu Hakim Datuk Lau Bee Lan.

Bagaimanapun, seperti dalam kes Perak, keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan dengan majoriti tipis 4-3 .


Hishamudin, bagaimanapun, tidak mahu mengulas mengenai satu lagi kes kontroversi melibatkan perbicaraan Liwat II membabitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia kini dalam kajian.-MKini

Khairuddin mungkin cabar perintah tahanan reman, kata peguam

Posted: 20 Sep 2015 08:15 AM PDT

Datuk Khairuddin Abu Hassan mungkin akan mencabar perintah tahanan reman 6 hari yang diperoleh polis ke atasnya untuk menyiasat beliau atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan, kata peguamnya Matthias Chang.

"Kami sedang mengkaji untuk memfailkan permohonan itu esok di Mahkamah Tinggi kerana reman itu tidak mempunyai asas," kata Chang kepada The Malaysian Insider hari ini.

Semalam, seorang majistret membenarkan polis menahan bekas pemimpin Umno bahagian yang dipecat itu sehingga Khamis.

Chang mendakwa, reman yang panjang itu merupakan satu bentuk hukuman kerana anak guamnya menyerahkan bukti yang berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada penyiasat luar negara.

"Ia juga untuk menakut-nakutkan orang lain daripada mengikut jejak Khairuddin," katanya.

Katanya, polis juga menyiasat Datuk Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat daripada The Edge mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, kerana aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen tetapi tiada tangkapan dibuat.

"Bagaimanapun, Khairuddin sudah memberi akujanji kepada polis untuk tampil pada Isnin berhubung dakwaan itu tetapi mereka mengambilnya di rumahnya pada petang Jumaat itu," katanya.

Khairuddin sepatutnya berlepas ke Amerika Syarikat pada pagi Jumaat bersama Chang, tetapi kedua-duanya dihalang daripada meninggalkan negara ini oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Beliau yang sebelum ini diisytiharkan muflis, berkata dalam laman Facebook miliknya pada Jumaat yang polis hendak menyoalnya kerana menyerahkan bukti berkaitan skandal 1MDB kepada Pejabat Peguam Negara Switzerland pada 20 Ogos.

Khairuddin menggesa pihak berkuasa Switzerland itu menyiasat aktiviti syarikat cabang pelaburan negara yang dibebani hutang itu yang melibatkan bank Switzerland dan bank antarabangsa.

Beliau menegaskan mengambil tindakan demikian demi kepentingan negara, sambil menyatakan beliau mempunyai locus standi membuat laporan kepada pihak berkuasa Switzerland.

Namun, Putrajaya menuduh Khairuddin membuat "laporan polis palsu yang bermotifkan politik" dan membawa agenda yang sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini terus-terusan menggesa peletakan jawatan Najib.-TMI

 
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Usul undi tidak percaya perlu 40 sokongan BN

Posted: 20 Sep 2015 07:30 AM PDT


Usul undi tidak percaya perlu 40 sokongan BNPENDANG - Pembangkang memerlukan sekurang-kurangnya 40 ahli parlimen BN untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jumlah itu merupakan majoriti mudah untuk membolehkan usul berkenaan diterima.

"Jumlah keseluruhan ahli parlimen adalah 222 orang dan jika semua ahli parlimen berada dalam dewan, bermakna majoriti mudah yang perlu ialah sebanyak 112 undi.

"Jika perlu 112, maka kita mungkin memerlukan sekurang-kuangnya 40 sokongan dari ahli parlimen BN," katanya selepas menghadiri program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Impian Kedah Perlis dengan kerjasama St John Ambulans Malaysia serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Surau Kampung Kedah, Guar Kepayang di sini, semalam.

Menurutnya, 40 undi itu mungkin boleh dapat daripada 20 ahli parlimen Umno dan 20 lagi ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak.

"Kita akan berbincang dahulu dengan semua wakil rakyat berkenaan untuk mendapat majoriti mudah dalam usul ini. Dalam satu pengundian kita hanya memerlukan majoriti mudah iaitu bergantung kepada jumlah wakil rakyat dalam Parlimen yang hadir.

"Sekiranya hanya 80 ahli parlimen yang hadir, maka ia sudah memadai untuk membolehkan kita mengusul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri," katanya.-SH


Duit RM 1 Yang Tersimpan Dalam Dompet Anda Mungkin Bernilai RM1,000 isu semasa

Posted: 20 Sep 2015 06:45 AM PDT



RM 1 tandatangan Aisyah

Mungkin anda tidak jangka, tetapi harga not biru RM 1 di dalam dompet anda mungkin bernilai RM1,000 di Malaysia.

Kenapa? Kerana duit RM 1 seperti dalam gambar diatas (dengan tanda tangan Aisyah) adalah duit yang tidak sepatutnya dicetak dan ia sudah dilupuskan oleh Bank Negara. Saki baki yang tinggal kini dianggap 'rare' oleh pengumpul wang sehingga ada yang sanggup berhabisan duit untuk mendapatkan 'barang rare' ini.

Sejarah RM 1 Aisyah

Menurut penulisan dari blog Galeri Sha Banknote, blog penggemar wang unik, duit RM 1 Aisyah ini diedarkan ketika masa proses peralihan dan pertukaran Gabenor Bank Negara iaitu dari Tan Sri Ali Abul Hassan kepada Tan Sri Zeti Aziz.


Kesilapan edaran ini hanya berlaku di cawangan Bank Negara Pulau Pinang sahaja kerana cawangan-cawangan lain sempat menerima arahan pembatalan pengedarannya. Kesemua duit RM 1 yang bertandatangan Aisyah atau Tan Sri Ali Abul Hassan telah ditarik balik dan dimusnahkan.

Blog itu juga turut memberitahu hanya 50,000 keping sahaja RM 1 Aisyah sempat diedarkan berdasarkan pengiraan yang tertentu.

RM 1 Aisyah Lama

Mungkin anda mempunyai not RM 1 lama dengan tandatangan Aisyah (seperti gambar diatas). Menurut apa yang difahamkan, nilai RM 1 ini juga mempunyai nilainya yang tersendiri tetapi ia tidak dianggap 'rare' kerana ia bukan dicetak hasil dari kesilapan.

Bagaimana Nak Jual

Jika anda mempunyai RM 1 Aisyah ini mungkin anda boleh menjualnya di mudah.my atau mencari sendiri pengumpul wang yang mungkin berminat. Anda juga mungkin boleh menganggotai mana-mana group pengumpul wang di Facebook.

Di mudah.my, not RM1 Aisyah yang baharu paling murah dijual pada harga RM 2, 750 manakal yang paling mahal dijual pada harga RM 4,500.

Mungkin pada kita RM 1 Aisyah ini hanyalah bernilai RM 1, namun bagi pengumpul wang, ia sangat bernilai dan mempunyai nilai 'sentimental value' yang tinggi.

Jika anda masih lagi mempunyai RM 1 Aisyah ini di dalam dompet, anda boleh anggap diri anda bertuah! Namun pastikan ia dalam kondisi yang tip top atau harganya akan susut. Selamat menjual. - Siakapkeli.my

Gambar2 Persandingan Mewah Anak Lelaki Zahid Hamidi Di Indonesia - Siapa Tanggung?

Posted: 20 Sep 2015 06:00 AM PDT



Pasangan pengantin sama cantik, sama padan.

Baju pengantin cantik.
Pelamin cantik.
Hiasan cantik.
Susunan cantik.
Warna warni cantik.
Hantaran cantik.
Senang cakap semua cantik-cantik belaka la.

Layan gambar2 sat kat bawah neh ;















Kalau diperhatikan sebahagian dari gambar2 perkahwinan di atas, ada yang diambil sebelum upacara majlis persandingan bermula lagi.

Tue yang nampak kosong je.

Persandingan neh diadakan di Hotel Ritz Carlton, Jakarta. Ini kerana anak Zahid Hamidi berkahwin dengan orang Indonesia.

N3 HUJUNG MINGGU: INI BUKAN GAMBAR PHOTOSHOP YER

Posted: 20 Sep 2015 05:15 AM PDT


Tiga gambar tak ori:
BUKAN OREN WARNA PAKAIAN TOK SAMI KE?

GEMBIRANYA DIA PAKAI BAJU WARNA OREN

BUKAN HARAPAN TU PERKATAAN YANG KAMU BENCI KE? 


Yang ini baru ori:

USTAZ AHMAD AWANG DAN USTAZ ABD GHANI SAMSUDDIN BERSAMA LIM KIT SIANG. MEREKALAH PENASIHAT PARTI YANG DIHORMATI AHLI

Ada pihak konon penyokong ulama kata parti AMANAH yang baru ini menghina ulama sebab lantik demer sebagai penasihat. Demer kata penasihat jer, bukan Presiden.

Weh! DAP pernah menghina Lim Kit Siang tak? Kan Lim Kit Siang tu Penasihat jer?

Kalau parti DAP yang ramai Cina kafir tu boleh menghormati penasihat demer, kenapa AMANAH, sebuah parti yang terasnya Islam dan ramai Melayu tak boleh?

Belum pernah lagi Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abd Ghani Samsuddin maki hamun atau guna analogi haiwan najis mughallazah bagi mencerca manusia dalam ceramah.

Kalau rabun mata, guna cermin mata. Kalau buta mata guna tongkat. Kalau buta hati, apa pun tak guna.
 

Fitnah Melayu Bangsat Konon DAP Akan Jadi PM Jika Pakatan Menang !

Posted: 20 Sep 2015 04:30 AM PDT

Azrin Shah Aziz's photo.
Jika bab mainkan isu perkauman maka UMNO la yang nombor satu. UMNO cuba memutar belitkan fakta sebenar... 
Sudah2 Lah Menjadi Melayu Bodoh - 
Wahai orang melayu, sedarlah..!!

Ini jawapan mengapa MAS hidang arak, adakah anda boleh terima?

Posted: 20 Sep 2015 03:45 AM PDT

 

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Datuk Idris Jala semalam dalam sidang perpaduan negara semalam telah tampil menjawab soalan yang selalu ditanya oleh orang ramai terhadap MAS.

Menurut beliau, dia pernah diminta memberi pendelasan dari segi agama mengapa MAS terus menghidang alkohol dalam pesawat ketika beliau mengambil alih jawatan tertinggi dalam syarikat penerbangan nasional itu.

Beliau menceritakan perbualannya dengan seorang kakitangan di sebuah sesi dewan bandar di mana lelaki itu meminta beliau untuk menjelaskan mengapa syarikat penerbangan itu menghidang arak sedangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

"Lelaki ini berdiri semasa sesi Q & A dan berkata kepada saya,

 
'Boss, kita adalah sebuah negara Islam, Malaysia Airlines adalah sayarikat penerbangan nasional. Kenapa kita menghidangkan alkohol dalam pesawat sedangkan Brunei dan Arab Saudi tidak berbuat demikian? 


Jangan berikan alasan kerana ada pelanggan yang mahukan. Saya mahu jawapan dari segi agama daripada anda,'

Idris berkata, beliau mengambil mikrofon dan memberitahu lelaki itu bahawa beliau akan memberikan jawapan dari segi agama tetapi mahu lelaki itu menjawab dua soalan pertamanya.

"Saya bertanya kepadanya, 'Adakah kamu percaya bahawa Allah Maha Berkuasa, dan dia boleh berbuat apa-apa yang dia mahukan dengan KuasaNya? Lelaki itu membalas 'Ya'.
"Kemudian saya bertanya kepadanya lagi, 


'Adakah anda percaya bahawa Tuhan tidak sukakan dosa dan tidak sukakan alkohol?' Dia sekali lagi menjawab 'Ya, Allah tak suka alkohol'.
 
"Saya berkata, 'Jika anda berkata Allah Maha Berkuasa, tidak suka dosa, mengapa Dia tidak menggunakan kuasanya utuk menghapuskan dosa dan alkohol?'.

 
"Dan saya memberitahunya saya akan memberikan jawapan itu dan saya berkata, 


'Ia adalah kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Adil, Dia memberikan kita kebebasan untuk memilih berbuat dosa atau tidak, minum atau tidak dan itu adalah konsep Tuhan.
 "Jika anda fikir bahawa Allah sahaja berkuasa, maka Dia hanyalah ada Kuasa. Dia akan gunakan kuasanya untuk menghapuskan semua dosa. 

Maka kita semua tidak akan membuat dosa tetapi Allah bukanlah Tuhan yang memaksa orang," katanya.

Perbualan menarik itu menerima tepukan gemuruh dari kakitangan MAS termasuklah lelaki yang bertanyakan soalan itu tadi.

"Dia berkata, "Boss, saya rasa saya bersetuju dengan anda. Mungkin sekarang anda boleh meletakkan nota di menu dan mengatakan menu itu tidak halal,'," kata Idris kepada penonton persidangan itu semalam.-sumber

Laporan Eina Azman Hampir di perkosa....Panas Jamal ni.....Baca n Share suarakami

Posted: 20 Sep 2015 03:00 AM PDT


Bongkar punya bongkar kami terjumpa tentang kejadian cubaan pernah disiarkan namun Eina tidak menyatakan siapa Datuk yang cuba merogol beliau. Dengan pendedahan seoarng pengguna Facebook maka kini kita semau tahu Datuk tersebut Jamal Yunos Tongkol....

Baca Laporan Ini.

Pelakon remaja, Eina Azman atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman mendakwa dirinya ditipu ahli perniagaan bergelar Datuk yang kononnya ingin berbincang tentang hal pembelian kereta di sebuah hotel. Namun, Eina rasa tak puas hati dan rasa ditipu setelah perjumpaan dibuat, ahli perniagaan itu langsung tak bercakap mengenai kereta. Tapi benda yang lain pulak berlaku apabila Datuk itu telah menawarkan untuk membela Eina Azman dan cuba buat gangguan seksual. Eina Azman telah pun membuat laporan polis tentang perkara yang melibatkan maruah pelakon ini.
"Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa sahaja, selain melakukan gangguan seksual ke atas diri saya."
Kejadian di hotel itu berlaku kira-kira jam 11 malam pada 8 Februari lalu, dua hari selepas itu, dia buat laporan polis ke atas ahli perniagaan terbabit atas dakwaan menipu.
Sebelum ini, Eina Azman hanya berurusan dengan isteri ahli perniagaan untuk membeli sebuah kereta Mercedes berharga lebih RM220,000.
"Apabila dia kata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak dapat terima."
Menurut Eina, untuk membeli kereta idamannya itu dia sudah membayar RM175,500 menerusi empat transaksi dan menjelaskan duti cukai tapi kereta yang dijanjikan masih belum diterima.
"Pada 3 Januari lalu, saya sempat mengampil kereta itu tapi selepas empat hari tapi saya hantar semula kerana ada masalah pada lampu depan. Sepatutnya, saya mahu menggunakan kereta baru itu untuk pengambaran muzik video lagu baru saya, Ku Bahagia Bersamanya. Tapi apabila menyemak nombor pendaftaran kereta itu, saya turut terkejut sebab kereta itu belum didaftarkan."
Susualan kejadian di hotel itu, Eina mendakwa dia menceritakan segalanya kepada isteri ahli perniagaan itu tapi malangnya tidak diendahkan, malah dia masih gagal menghubungi Datuk terbabit sehingga sekarang.
"Saya percaya kereta saya masih berada dalam ruang pameran di kedai keretanya. Dia ada memberikan kereta lain untuk sementara waktu tapi kereta itu kerap rosak."
Apabila rasa dirinya ditipu, Eina ditemani ibunya, Amy Roshaida Abdul Rafar telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar pada 6 Februari lalu dan Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan menerima laporan itu.
Kepada yang tidak mengenali Eina Azman, beliau merupakan pelakon yang pegang watak utama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan membintangi filem Ratu. Eina Azman juga adalah kawan rapat kepada Afiq Muiz.
Semoga berita ini dijadikan pengajaran buat kita semua.

FBI Mulakan Siasatan Terhadap 1MDB

Posted: 20 Sep 2015 02:15 AM PDT



Federal Bureau of Investigation (FBI) telah memulakan siasatan terhadap 1MDB, dua hari selepas penahanan Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang dijadualkan bertemu dengan ejen dari biro penyiasatan itu berkenaan 1MDB, lapor Wall Street Journal hari ini.

Siasatan tersebut merupakan siasatan antarabangsa terbaru melibatkan 1MDB, kata laporan itu juga.

Khairuddin Abu Hassan dijadualkan bertemu dengan ajen FBI pada keesokan hari namun ditahan pada petang Jumaat di kediamannya, kata peguamnya, Matthias Chang kepada The New York Times. 



Siakapkeli.my

FBI MULA SIASAT 1MDB - WSJ ADAKAH WASHINGTON BERSEDIA TINGGALKAN NAJIB DAN KEMBALI TUMPU PADA ANWAR?

Posted: 20 Sep 2015 01:30 AM PDT




Selepas "The New York Times" (NYT) satu lagi lidah separa rasmi (baca: mesin propaganda) Rumah Putih iaitu "The Washington Post" (TWP) sudah mula persoalkan kredibiliti DS Najib Razak dalam satu rencana muka depan hari ini. (Rujuk: https://www.washingtonpost.com/opinions/malaysias-prime-minister-is-a-questionable-ally/2015/09/18/f75df424-5d61-11e5-b38e-06883aacba64_story.html)

TERKINI, The Wall Street Journal (WSJ) telah memetik maklumat dalaman bahawa pihal FBI telah membuka siasatan ke atas 1MDB dan Najib Razak. http://www.wsj.com/articles/fbi-probes-malaysia-development-fund-1442694963?mod=e2fb

Lebih menarik yang tulis pandangan ini adalah "The Editorial" iaitu pemegang kuasa mutlak dalam semua rencana dan berita TWP yang sudah tentu diatur cara dan terima arahan daripada pihak yang lebih tinggi.

Pemergian YB Nurul Izzah untuk meminta bantuan Washington menyelamatkan ayahnya yang sedang dikatakan sebagai "tahanan politik" (political imprisonment) dan disambut secara positif oleh kerajaan Amerika adalah isyarat penting untuk kita baca apa yang tersirat (read between the lines) berhubung strategi diplomasi Washington dengan Malaysia - rasmi (Najib) dan tidak rasmi (Anwar).

Begitu juga dengan beberapa pendedahan berterusan oleh The Wall Street Journal (WSJ) dalam skandal 1MDB juga seperti kes Altantuya oleh Aljazeera yang dimiliki oleh Qatar iaitu negara klien (client state) Washington menggambarkan dan mengukuhkan lagi pandangan bahawa Amerika bersedia tinggalkan Najib dalam meneruskan agenda Paksi Asia-nya (Asian Pivot) untuk berhadapan dengan Cina.

Mungkin Washington melihat Najib sebagai liabiliti atau seperti pepatah Melayu "habis madu sepah dibuang".

Adakah Amerika sudah tidak dapat apa yang mereka mahukan atau sebaliknya mereka sudah dapat apa yang mereka mahu daripada Malaysia melalui Najib?

Berapa banyakkah "comprehensive agreement" yang telah dipersetujui dan ditangani oleh Najib bagi pihak rakyat Malaysia seperti dilaporkan oleh "The Diplomat" ini? (Rujuk: http://thediplomat.com/2015/09/malaysia-likely-to-pass-tpp-despite-najib-troubles-scholar/)

Mengapa Washington memberi isyarat penting terhadap Anwar Ibrahim?

Yang pasti Obama dan sekutunya tahu berkenaan derma RM 2.6 Bilion kerana mereka mengawal selia aliran telegraphic semua transaksi dalam US Dollar melalui SWIFT yang digunakan oleh "Penderma Misteri" kepada akaun peribadi DS Najib untuk UMNO itu.

Yang pasti setelah Obama dan Najib bermain golf bersama, duduk berdua dan ber"selfie" dalam kenderaan rasmi Presiden yang diberi jolokan "The Beast", Amerika sebagai "superpower" masih pragmatik.

Mereka yang naikkan Saddam Hussein dan Suharto mereka jugalah yang gulingkan bila sudah tamat tempoh kegunaan kedua-dua pemimpin itu. Yang kekal hanya satu: kepentingan negara Amerika sebagai satu hegemon.

Yang pasti Amerika mahukan Selat Melaka untuk lancarkan "Doktrin Carter" (Carter's Doctrine) seperti yang telah lama berjalan di Teluk Parsi.

Untuk itu mereka bersedia gunakan mana-mana pihak yang bersedia melakukan "Faustian Bargain". Harganya ialah kedaulatan negara bakal tergugat.

Rujuk lagi:

1. Apakah pembongkaran skandal 1MDB satu bentuk konspirasi tangan-tangan asing?
http://www.rausyanfikir.com/2015/07/apakah-pembongkaran-skandal-1mdb-satu.html?m=1

2. "Memulas Tangan" Najib (Arm-Twisting Najib): TPPA satu senjata ekonomi Amerika untuk menguasai Selat Melaka http://www.rausyanfikir.com/2015/07/memulas-tangan-najib-arm-twisting-najib.html?m=1

3. Mungkinkah Amerika siasat 1MDB?
http://www.sinarharian.com.my/mobile/karya/pendapat/mungkinkah-amerika-siasat-1mdb-1.399923

TERBUKTI CAMPURTANGAN PM DALAM URUSAN KEHAKIMAN !!

Posted: 20 Sep 2015 12:45 AM PDT

Bekas hakim: PM sekat kenaikan pangkat saya


Hafiz Yatim 

Beliau mungkin boleh dinobatkan sebagai sinar harapan dalam badan kehakiman Malaysia tetapi beliau tidak pernah mendapat kenaikan pangkat seperti rakannya yang dilantik sebagai Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali baru-baru ini.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang bersara awal bulan ini, mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghentikan perlantikanya ke Mahkamah Persekutuan.

Mohd Hishamudin menjelaskan bahawa perkara itu berlaku pada 2013, apabila Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) mencadangkan namanya kepada PM untuk pelantikan ke Mahkamah Persekutuan.

"Malangnya, PM tidak memihak kepada kenaikan pangkat saya ke Mahkamah Persekutuan. Saya rasa fakta ini adalah pengetahuan umum, "katanya kepada Malaysiakini dalam satu temubual eksklusif.

YANG DINAIKKAN PANGKAT HARUS ANGGUK2 DAN GELENG2

Dibentuk melalui Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009, suruhanjaya itu diusulkan pada masa bekas perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Peranannya untuk memastikan pemilihan tidak berat sebelah bagi pelantikan hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di mana suruhanjaya itu akan menimbang dan membuat syor kepada PM.

Suruhanjaya itu dibentuk selepas suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video kontroversi Lingam pada 2007 yang melibatkan campur tangan politik dalam pelantikan hakim.

Banyak keputusan penting Hishamudin ini sepanjang kerjaya beliau semalam 23 tahun, boleh memberi kesan kenaikan pangkatnya.

Antara pengahakiman yang diingati adalah keputusan pada 2001, melepaskan pemimpin PKR N Gobalakrishnan dan Abdul Ghani Haroon daripada tahanan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan keputusan terbaru mengenai pendakwaan terhadap kes lelaki berpakaian perempuan dan sebaliknya, yang tidak berperlembagaan.


Malaysiakini

Najib Mungkin Tidak Sempat Isthar Darurat.....

Posted: 20 Sep 2015 12:00 AM PDT

 
 
Pak Samad bimbang wujud benih darurat sebelum PRU14

OLEH RAM ANAND

Published: 20 September 2015.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bimbang kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bimbang kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said hari ini berkata, tindakan keras Putrajaya terhadap mereka yang berbeza pendapat dan keadaannya yang seperti terlalu bergantung kepada sokongan orang Melayu boleh membawa Malaysia ke arah keadaan yang huru-hara.

Anggota DAP itu berkata, beliau membayangkan kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Saya meramalkan mungkin akan ada keadaan darurat sebelum PRU akan datang. Jika tidak, jika kerajaan masih lemah selepas PRU akan datang, maka ia mungkin berlaku selepas pilihan raya," kata Samad.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Pak Samad berkata demikian selepas melancarkan sebuah buku berjudul "Young and Malay" di Rumah Gerakbudaya hari ini.

Beliau berkata, amalan sebegitu tidak sihat dan juga berpendapat, Umno dan Barisan Nasional akan gagal mendapat sebarang sokongan bukan Melayu selepas apa yang berlaku baru-baru ini.

"Mereka mempertahankan kepentingan orang Melayu. Ia bukanlah sesuatu yang tidak baik, tetapi ia seolah-olah mereka lupa yang Malaysia bukan negara untuk orang Melayu sahaja," katanya.

Pada 16 September, Persekutuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) menganjurkan perhimpunan baju merah bagi memartabatkan maruah orang Melayu dan tanda protes kepada perhimpunan Bersih 4 yang antara lain menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang berdepan tekanan semakin meningkat supaya meletak jawatan susulan derma politik RM2.6 bilon yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya, pada hujung Julai menyingkirkan peguam negara dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana kritikan mereka terhadap beliau khususnya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Puluhan aktivis dan pengkritik kerajaan juga ditahan beberapa bulan kebelakangan ini, mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang melibatkan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Semalam, bekas ahli Umno Datuk Khairuddin Abu Haasan, yang membuat laporan polis terhadap 1MDB, turut ditahan mengikut Seksyen 124 dan ditahan reman 6 hari.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.