Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Kota Belud masih ‘pekan koboi’ walau punyai 2 menteri persekutuan - OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Posted: 19 Sep 2015 11:15 PM PDT


Zar Ali's photo.

Published: 20 September 2015.

Penduduk tempatan menjual hasil kebun mereka di laluan pejalan kaki di Kota Belud, Sabah


Orang asal Kota Belud, Jalumin Bayogoh, ada satu jenaka mengenai daerahnya apabila ditanya apa perasaannya sekarang memandangkan terdapat 2 menteri persekutuan dari kawasan Parlimen itu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan ialah ahli Parlimen Kota Belud, manakala Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak ialah ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, dalam kawasan Kota Belud.

Daerah di timur laut pantai Sabah itu juga turut menghasilkan seorang speaker Dewan Rakyat, 2 ketua menteri dan segelintir ahli politik elit Borneo.

Jenaka Jalumin ialah, walaupun ia kaya dengan keturunan politik, Kota Belud tidak sampai ke abad ke-21 sehinggalah hotel TD Lodge Kota Belud dibina kira-kira 4 tahun lalu.

"Jika hotel itu tiada, rakyat Kota Belud tidak akan pernah tahu bagaimana rasanya menaiki lif. Ia satu-satunya bangunan di kawasan itu yang mempunyai lif," gurau beliau yang pernah bertanding kerusi Parlimen Kota Belud pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

Jalumin sering mengulangi jenaka ini ketika berkempen untuk melobi kerusi itu bagi menunjukkan bagaimana mundurnya Kota Belud walaupun anak jati kawasan itu ramai yang terkenal dan sepatutnya boleh mengubah kawasan itu, seperti mana dilakukan ahli politik lain.

Tempat kelahiran menteri

Penduduk Kota Belud berbangga dengan kelahiran ramai tokoh politik dari daerahnya tetapi kesal kerana ia masih tidak mampu membangunkan taraf ekonomi dan kehidupan penduduknya

Penduduk Kota Belud berbangga dengan kelahiran ramai tokoh politik dari daerahnya tetapi kesal kerana ia masih tidak mampu membangunkan taraf ekonomi dan kehidupan penduduknya.

Jenaka Jalumin itu menggambarkan sebuah rakyat tradisional Malaysia yang padat, antara pengundi dan ahli Parlimen serta wakil rakyat yang mereka pilih.

Sepatutnya, selepas mendapat undi mereka, ahli politik membalas budi dengan membangunkan kawasan itu dan memperbaiki kehidupan penduduknya.

Contoh yang paling terkenal ialah seperti apa yang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lakukan untuk Langkawi, Kedah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lakukan untuk Pekan, Pahang.

Jika standard yang sama digunakan ke atas Kota Belud, Jalumin berkata ekonomi kawasan itu pasti sudah cukup hebat untuk menghasilkan bangunan tinggi.

Sebaliknya, penduduknya mengadu, banyak kampung masih tidak mempunyai bekalan air paip manakala pengurusan trafik di pusat bandar itu begitu buruk hingga pada waktu-waktu tertentu, memerlukan setengah jam untuk bergerak sejauh 100 meter.

Industri beras yang pernah menjanjikan pulangan lumayan di kawasan itu pada tahun 70-an kini ditinggalkan kosong akibat pengurusan yang tidak betul, kata seorang penduduk dan bekas Adun, Datuk Ismail Gimbad.
Bekas ahli Dewan Undangan Negeri Surob, Datuk Ismail Gimbad berkata Kota Belud pernah mempunyai industri beras dengan pulangan lumayan pada tahun 70-an tetapi gagal akibat pengurusan yang efisien.

Bekas ahli Dewan Undangan Negeri Surob, Datuk Ismail Gimbad berkata Kota Belud pernah mempunyai industri beras dengan pulangan lumayan pada tahun 70-an tetapi gagal akibat pengurusan yang efisien
Namun begitu, Kota Belud ialah tempat kelahiran Umno Sabah, kata Ismail, yang pertama kali memegang jawatan dalam sektor awam pada 1967 dan turut terlibat dalam perjuangan kemerdekaan Sabah.

Kota Belud ialah tempat di mana parti yang berpangkalan di Semenanjung itu membuka bahagiannya yang pertama di negeri itu pada 1991.

Parti itu kini yang paling kanan di antara komponen Barisan Nasional Sabah dan memegang kerusi terbanyak dalam badan perundangan negeri itu.

"Kota Belud boleh berbangga kerana ia menghasilkan begitu ramai menteri Sabah," kata Ismail, yang merupakan Adun Surob pada 1967.

Anak jati kawasan itu yang paling terkenal ialah bapa Salleh, Tun Said Keruak, yang pernah berkhidmat sebagai ketua menteri, menteri pertanian negeri dan yang di-pertua negeri.

Sebelum Salleh dilantik sebagai menteri komunikasi dan multimedia pada akhir Julai lalu, beliau merupakan speaker DUN Sabah dan memegang jawatan ketua menteri selama 2 tahun.

Sementara itu, Rahman boleh dikatakan seorang pendatang baharu. Beliau kini dalam penggal kedua sebagai ahli Parlimen Kota Belud dan dilantik menganggotai Kabinet pada 2013.

Masalah yang berlarutan

Kebanggaan terhadap ahli politik Kota Belud bagaimanapun, tidak dirasai ramai penduduk, termasuk ahli perniagaan Mohamad Yusof, 58.

"Sejak tahun 80an, zaman saya membesar, kami selalu ada masalah bekalan air. Orang kampung tak dapat menikmati bekalan air sepanjang masa.

"Saya kadang-kadang kena tunggu hingga tengah malam untuk dapat cukup air untuk mandi," kata Mohamad yang menguruskan sebuah kedai menjual peralatan audio di pusat bandar itu.

"Kita ada 2 ketua menteri dari Kota Belud, tetapi kita masih menghadapi masalah ini."

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Husairy mendakwa, kerajaan memasang paip air di kampung-kampung dan rumah individu tetapi bekalannya terhad.

"Penduduk terpaksa menggerudi telaga untuk mengepam keluar air dari bawah tanah. Tetapi ini pun tidak boleh diharap kerana airnya kotor," katanya yang bekerja dengan majlis daerah.

"Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal air juga orang Sabah (Datuk Seri Dr Maximus Ongkili), tetapi kita masih mempunyai masalah bekalan air."

Seperti kawasan lain di Sabah, pertelingkahan antara penduduk tempatan dan pendatang yang memiliki kad pengenalan juga perkara biasa di Kota Belud.

Mohamad dan Husairy mengadu, orang Indonesia mengaut sebahagian besar keuntungan daripada pasar siang dan malam serta permit di bandar, dan peniaga tempatan akhirnya terhimpit.

"Kami lihat orang Pakistan pun beratur untuk menerima BR1M (pemberian wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia)," dakwa Mohamad sambil menambah, ia hanya boleh berlaku sekiranya penerima mempunyai kad pengenalan.

Ismail berkata, pada zaman Said, kerajaan cuba menjadikan Kota Belud, yang mempunyai keluasan tanah rata yang besar, bandar jelapang padi seperti Kedah di Semenanjung.

Lebih kurang 23,000 ekar diberikan kepada petani yang tidak mempunyai tanah, sama seperti skim Felda, serta benih, baja serta latihan diberikan kepada mereka untuk menanam padi.

Hari ini, hanya satu pertiga daripada tanah itu yang masih aktif menghasilkan beras, kata Ismail.

Seorang petani, Din Mohamad berkata industri beras tidak menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan yang cukup untuk belia.

"Kita perlu sebuah kilang tertentu. Sekarang semua orang pergi ke Kota Kinabalu atau Semenanjung untuk mencari pekerjaan," katanya.

"Saya bukan cuba untuk memburukkan para menteri kita. Kami berbangga dengan mereka, tetapi mereka mesti menunjukkan yang mereka benar-benar boleh berkhidmat kepada rakyat."

Tahap lebih tinggi

Mengulas perkara itu, Salleh berkata beliau sedar masalah infrastruktur yang dihadapi Kota Belud, seperti dari segi jalan raya dan bekalan air, sambil menambah, kerajaan komited untuk menyelesaikannya.

Sebagai contoh, katanya, ia sedang membina loji rawatan baharu dan mengedarkan tangki simpanan ke kampung-kampung untuk menangani kekurangan air.

"Masalah kekurangan air di daerah ini bukan sesuatu yang baharu, dan ia menjadi lebih teruk selepas gempa bumi pada 5 Jun di Gunung Kinabalu dan Kundasang," tulis Salleh dalam kiriman melalui aplikasi Watsapp kepada The Malaysian Insider.

Dalam satu kenyataan media pada 15 Ogos, Rahman berkata, 2 loji rawatan air itu kini tidak dapat digunakan akibat tanah runtuh susulan gempa bumi Ranau pada Jun yang mencemari Sungai Kadamaian.

Selain daripada langkah yang diumumkan Salleh, Rahman berkata pihak berkuasa juga membeli 10 pam air bawah tanah untuk meningkatkan jumlah air dari lubang gerudi yang menjadi sumber bekalan air daerah itu.

"Saya juga akan pastikan tangki simpanan tetap dihantar ke kampung-kampung pada seberapa segera yang boleh," Rahman menulis dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Salleh berkata, sejak 1994 hingga 2014, lebih daripada RM700 juta dibelanjakan untuk memperbaiki infrastruktur di daerah itu.

Ini termasuk membina lebuh raya Kota Belud-Tuaran, lebih banyak jalan luar bandar dan sekolah baharu, termasuk 5 buah sekolah menengah.

Pada Mei, Rahman turut melancarkan projek perumahan mampu milik baharu di pinggir bandar yang akan menyediakan 1,000 unit rumah apabila siap.

"Bertentangan dengan apa yang sesetengah orang katakan terutamanya pembangkang, kerajaan sebenarnya melakukan banyak perkara untuk kebaikan rakyat di kawasan Parlimen Kota Belud," kata Salleh.

"Peruntukan besar untuk Kota Belud, dalam tempoh 20 tahun yang lalu, dengan sendiri membuktikannya. Kerajaan akan terus membawa Kota Belud, yang digelar pekan koboi Sabah, ke tahap yang lebih tinggi." – 20 September, 2015.

Tapak projek pembinaan 900 rumah kos rendah di Kota Belud, Sabah yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 10 Mei 2015. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 20 September, 2015.


Tapak projek pembinaan 900 rumah kos rendah di Kota Belud, Sabah yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 10 Mei 2015. – 



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Najib mungkin boleh ditangkap di luar negara, kata Mahathir

Posted: 19 Sep 2015 10:30 PM PDT


Najib mungkin boleh ditangkap di luar negara, kata  Mahathir



PANAS DAN TERKINI !!


Najib mungkin boleh ditangkap di luar negara, kata Mahathir

Najib mungkin boleh ditangkap di luar negara, kata Dr Mahathir

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Published: 20 September 2015.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya negara seperti Switzerland, Britain dan Amerika mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalah melakukan pengubahan wang haram, beliau boleh disaman dan ditangkap.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya negara seperti Switzerland, Britain dan Amerika mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalah melakukan pengubahan wang haram, beliau boleh disaman dan ditangkap

Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan ditangkap polis antarabangsa atau Interpol jika negara asing menyiasat perdana menteri atas tuduhan pengubahan wang haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, sekiranya negara seperti Switzerland, Britain dan Amerika contohnya, mendapati Najib bersalah melakukan pengubahan wang haram, mereka berhak menyaman beliau atau meminta Interpol menangkapnya sekiranya perdana menteri pergi ke luar negara.

"Jadi, dia kena duduk sini (dalam negara), tak boleh keluar. Macamana dia tarik pasport orang, tak bagi keluar, dia pun tak boleh keluar juga.

"Itu mungkin (berlaku). Bukan akan berlaku, tapi mungkin, dalam keadaan dunia sekarang," kata negarawan itu dalam satu video yang dimuatnaik blog "Din Turtle".

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata demikian pada satu pertemuan dengan Kumpulan Melayu Berani Bersatu di sebuah restoran di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Dr Mahathir berkata, undang-undang dunia kini berbeza daripada dahulu di mana sekiranya sesuatu jenayah dilakukan di negara ini, hanya undang-undang tempatan yang berkuatkuasa.

"Tetapi, kalau jenayah itu ada kaitan sedikit dengan luar negeri, negara lain itu mempunyai kuasa (menyiasat dan mendakwa)," katanya.

Dr Mahathir memetik kes Presiden Sudan Omar al-Bashir yang kini dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk dibicarakan atas beberapa tuduhan, termasuk pembunuhan beramai-ramai di Darfur.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, waran ICC ke atas Omar mesti dilaksanakan oleh negara yang menandatangani Statut Rom.

"Dia (Omar) sudah didapati bersalah dan akan ditangkap kalau dia pergi ke mana-mana negara yang bersetuju dia bersalah," kata Dr Mahathir.

Beliau yang bertukar daripada penyokong kuat Najib kepada pengkritik paling tegar perdana menteri itu, sejak kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan dana politik RM2.6 bilion, merasakan Najib tidak akan meletak jawatan tetapi hanya berkemungkinan melalui pendakwaan di luar Malaysia.

Seorang lagi pengkritik Najib, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan, dilaporkan pergi ke beberapa negara di Eropah dan Asia sebelum ini, mendesak siasatan dijalankan berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan 1MDB, dana pelaburan negara sarat hutang itu.

Najib juga merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Khairuddin turut menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland pada 20 Ogos dan menggesa pihak berkuasa itu menyiasat aktiviti 1MDB yang melibatkan bank Switzerland dan bank antarabangsa.

Beliau menegaskan yang beliau hanya bertindak demi kepentingan negara.

Khairuddin dijadual bertemu ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat pada Isnin tetapi ketika hendak mengambil penerbangan pada Jumaat, mendapati ada sekatan dikenakan atasnya daripada meninggalkan negara.

Beliau kemudiannya ditahan polis pada hari yang sama atas dakwaan cuba menggulingkan kerajaan dan polis mendapatkan perintah tahanan reman 6 hari terhadapnya. – 20 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


Posted by Tukar Tiub

LUPAKAN SAJA PAS ( PKR, DAP dan AMANAH cukuplah)

Posted: 19 Sep 2015 10:00 PM PDT


Ismaily Bungsu C's photo.

SEJAK kasus Kajang dan kerusi MB Selangor, PAS banyak menyusahkan PR dan ia semacam duri dalam daging.

PR tiada masa mahu selesaikan masalah dalaman kala PAS sendiri tengah berfikiran bersimpang untuk kawini UMNO dan sekligus sertai BN dan yang semacam ini cara terbaik, lepaskan dan bebaskan saja PAS.

PR yang dulu bersama DAP/PKR dan PAS dan sekarang tinggal PAS dan PKR saja terbaik bubar saja yang maksudnya tiada terhalau dan kukuhkan saja PR yang di dalamnya DAP/PKR dan AMANAH.


PKR harus ambil tindakan tegas tidak akan berkerjasama dengan yang lidah bercabang dan selalu menimbulkan masalah kesan selalu tidak akur dengan konsep/etika berparti yang akur sistem berparti ikut suara majoriti.

Tindakan PKR di Sabah tidak bersama PAS satu tindakan yang wajar meski keputusan itu pahit kesannya tetapi tindakan itu sesuai dan rasanya PAS Sabah semulalah sertai AMANAH dan kemudian siap kerjasama dengan PR sebab PKR Sabah tidak sengketa dengan PAS Sabah cuma tidak setuju cara presiden PAS bertindak.

Kita akan lihat apakah kemasukan PAS ke UMNO kelak PBS/PBRS/MCA/MIC dan parti di Sarawak akan terus dalam BN atau sebaliknya bakal susahkan BN/UMNO akan terbukti juga nanti dan kita lihat apakah UMNO ikhlas atau PAS kena tipu kesan HUDUD sekarang ternyata sunyi sepi tidak dibentang di parlimen.


Selamat maju jaya!


ISMAILY BUNGSU
sabah
20/9/2015

Pendirian PAS Tolak Pakatan 2.0 Mudahkan Kerja AMANAH, DAP & PKR - Salahuddin Ayub

Posted: 19 Sep 2015 09:15 PM PDT


Parti Amanah Negara di dalam satu kenyataan medianya hari ini menyatakan bahawa keputusan PAS untuk tidak bersama dalam Pakatan 2.0 dan hanya akan bekerjasama dengan PKR akan memudahkan untuk Parti Amanah, PKR, DAP bersama NGO lain untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Hj. Ayub, Parti Amanah Negara (AMANAH) telah berkali-kali mempelawa PAS untuk bersama menyertai perbincangan untuk menubuhkan muafakat politik baharu, namun PAS pada hari ini telah membuat keputusannya untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu namun hanya akan berkerjasama dengan PKR.

Beliau berpendapat keputusan PAS itu akan memudahkan Parti AMANAH, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.

"Bagi saya, biarlah rakyat menilai sendiri pendirian dan keputusan yang telah dibuat PAS itu," tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya, AMANAH mengulangi pendirian dan komitmen akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia.

Portal The Malaysian Insider pada hari ini melaporkan bahawa seorang pemimpin kanan PAS bahawa PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Rakyat 2.0 yang akan ditubuhkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah)



Bagaimanapun katanya, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR, susulan keputusan yang dicapai pada satu pertemuan antara pemimpin 2 parti itu minggu lalu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata partinya tidak akan bekerjasama dengan parti pengkhianat, yang dipercayai ditujukan kepada Amanah yang kini dalam proses pembentukan daripada Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

PAS menganggap bekas pemimpinnya yang menyertai dan menubuhkan sebagai pengkhianat kerana mendakwa mereka yang telribat itu telah khianat kepada baiah dan sumpah.

Namun, yang nyata baiah dan sumpah itu dilakukan sewaktu PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat, dan apabila Pakatan Rakyat telah dibunuh oleh PAS dengan memutuskan kerjasama dengan DAP, maka baiah dan sumpah itu sudah terbatal dengan sendirinya.,

Ini kerana mereka yang memenangkan calon PAS bukan terdiri dari ahli-ahli PAS sahaja, malah dari pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat.

GB sebelum ini pernah mengulas isu baiah berkenaan. Petikan:

Sayugia dimaklumkan bahawa baiah berkenaan dilakukan ketika PAS masih berada di atas landasan perjuangannya yang benar dan PAS PADA KETIKA ITU adalah rakan komponen Pakatan Rakyat.

Apabila kedua-duanya sudah tidak wajud maka dengan sendirinya baian itu TERBATAL.

PAS telah terpesong perjuangannya, sudah tidak Islamik.

Berkali-kali kita dedahkan perbuatan2 seperti memfitnah, melabel, mencaci, memaki sot jebon, anwarinas, binatang, barua, tolol dan lain lain, islamikkah itu? Parti sahaja masih bernama Parti Islam sedangkan tindakan, perbuatan dan akhlak para pemimpin dan ahlinya sudah tidak Islam lagi.
Kebetulan perbuatan memfitnah, mencerca dan memaki hamun itu dilakukan terhadap wakil-wakil rakyat dari kalangan progresif. Ia seperti memerangkap kumpulan progresif dan kemudian menyatakan kamu telah berbaiah!

Mereka (kumpulan yang menamakan mereka ulama) cuba memerangkap dan menipu kumpulan progresif, sedangkan mereka sebenarnya cuba menipu Allah swt.

Dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin bin Salleh & Seorang lagi [1992], Mahkamah Agung memutuskan bahawa undang-undang anti lompat parti yang diluluskan oleh Kerajaan Kelantan sebagai tidak sah kerana ia melanggar hak kebebasan berpersatuan yang dijamin dalam Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Hak ini juga merujuk kepada hak untuk keluar dari persatuan. Mahkamah juga berpendapat bahawa undang-undang ini 'ultra vires' dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Kerajaan Persekutuan sahaja berkuasa untuk menggubal undang-undang sebegini.
Seterusnya, Mahkamah Agung berpendapat bahawa undang-undang ini tidak boleh digubal menggunakan alasan moraliti kerana perkataan 'moraliti' dalam Artikel 10(2)(c) Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada moraliti seksual sahaja.

Justeru itu mereka yang mendesak supaya wakil rakyat PAS meletakkan jawatan ternyata mereka yang buta undang-undang dan tidak faham apakah yang dimaksudkan "moral" yang ditekankan oleh mereka selama ini.
Malah jika dari sudut moral sekalipun, wakil rakyat PAS yang menyertai Harapan Baru tidak perlu meletakkan jawatan kerana tindakan mereka menyertai Harapan Baru itu lebih tinggi moralnya dari wakil-wakil rakyat yang masih berada di dalam PAS.

Ini kerana rakyat mengundi mereka bukan kerana mereka PAS semata-mata tetapi adalah kerana pada pilihanraya rakyat mengundi di atas dasar Pakatan Rakyat, bukan semata-mata kerana mereka bertanding di atas PAS.


Tentang baiah ia telah telah kita elas sebelum ini. Baiah itu telah terbatal sebaik saja PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan rakan komponen Pakatan Rakyat. Ini kerana yang terpilih sebagai wakil rakyat itu adalah ketika mana PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat. Apabila "kondisi" itu sudah berubah, maka dengan sendirinya baiah itu sudah tidak dapat dikuatkuasakan. Langkah memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP adalah kesilapan PAS yang paling besar.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini berkata, PKR, DAP dan Amanah akan meneruskan pembentukan Pakatan 2.0 tanpa PAS. Kecuali Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang begitu beriya-iya mahukan PAS berada di dalam Pakatan 2.0. Walau bagaimanapun, portal FreeMalaysiaToday melaporkan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang menyatakan PKR dijangka mengambil pendirian berpisah dengan Pas bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bersama DAP dan Parti Amanah Negara.




Kelab Greenboc

Only in malaysia...melayu yg rembat...cina yg dipersalahkan...

Posted: 19 Sep 2015 08:30 PM PDT

Bandar baru Dabong dimakan Baboon? Oleh Mohd Sayuti Omar

Posted: 19 Sep 2015 07:45 PM PDT


Bandar baru Dabong dimakan Baboon?Dalam satu majlis pertemuan di antara beberapa orang Exco dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) dengan pemain media baru (facebook dan bloger) yang berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur pada 25 Mei 2014, kira-kita setahun kepimpinan Kelantan bertukar MB, Nik Amar memberi tahu kerajaan pimpinan Ahmad Yaakub sedang melaksanakan beberapa projek yang bakal merubah imej negeri Kelantan.

Antara projek itu ialah pembinaan beberapa buah bandar baru di Kelantan. Salah satu bandar baru yang dirancang dan sedang berjalan ialah bandar baru Dabong. 

Projek ini adalah peninggalan bekas MB Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selain bandar ini dua lagi bandar baru yang dirancang bandar Sungai Terah, Gua Musang dan bandar Bagan di Machang. Pembangunan bandar ini melibatkan 4,000 hektar tanah dengan nilaian beratus juta ringgit.

Bandar-bandar ini bukan sahaja akan merubah landskap Kelantan tetapi ia menjadi daya tarikan baru apabila bandar ini yang dirancang mengikut konsep Islam dan ciri-ciri kota tamadun Islam siap kelak. 

Mercu tanda atau persekitaran baru itu akan menjadi lokasi wisata yang baru. Sejajar itu juga ia merealisaikan cita-cita Pas untuk memperkasakan Islam.
 
ss

Perlancaran ditapak bandar baru Dabong.

Saya sungguh teruja dengan apa yang dijelaskan itu. Hati kecil berasa bangga dan megah sekali. Misalnya pembinaan bandar baru Dabong itu sendiri diluar pengetahuan saya. Saya tidak tahu kalau kerajaan Kelantan sudah berpandangan begitu jauh untuk masa depan yang lebih cemerlang dan kondusif.

Ketika menjelaskan perkara itu Nik Amar tidak memperincikan kapasiti projek ini, berapa nilai dan bila ia akan menjadi kenyataan. 

Cuma beliau tegaskan ia sedang berjalan, dan menegaskan apabila projek ini siap ia merubah muka bumi Dabong dan menjana serta memesatkan pertumbuhan kemajuan ekonomi dan sosial di kawasan itu dan sekitarnya.

Sejak mendapat maklumat itu saya selalu terbayang-bayangkan akan kewujudan bandar baru Dabong yang menjadi ikonik kepada kawasan pedalaman Kelantan itu. Sudah tentu bandar itu akan menjadi mercu tanda baru khasnya di kawasan itu. 

Ia juga dibayangkan hebat kerana kedudukannya yang amat strategi, di atas simpang jalan ke Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai, berhampiran gunung Stong yang memiliki air terjun tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4,664 kaki.

hh

Kombinasi pasti akan terjalin diantara ketinggian daya cipta manusia dengan keindahan semula jadi anugerah Allah air terjun berkenaan. Ini sudah tentu dibayangkan menyebabkan bandar baru itu hebat dan tidak ada tolak banding dengan bandar-bandar lain di Kelantan.

Apa yang merujakan lagi saya tatkala mendengar cerita Nik Amar itu konsep pembinaan bandar ini bercirikan konsep Islam, di mana ia mengutamakan kepada tuntutan Allah. Saya masih ingat lagi, ceritanya kedudukan masjid dalam bandar baharu ini unik dan adalah satu-satunya ada di Kelantan.

"Sebaik kita masuk ke bandar ini kita akan berdepan dengan masjid, ia luar biasa dengan pelan pembangunan di tempat lain dimana masjid berada jauh ke belakang ada kalanya menyusahkan untuk orang menggunakannya, solat. Kita reka pelan ini untuk melaksanakan syariat Allah yang mengajar kita cintakan masjid," begitu jelasnya dengan tersenyum puas, mulutnya sampai ke pipi. Aduh...

Saya bertepuk tangan dan bangga dalam hati mendengar penjelasan Nik Amar ini dan saya percaya juga mereka lain yang hadir yang tidak sampai 30 orang turut bangga dan kagum dengan pembangunan bikinan Kerajaan Pas Kelantan. Cerita yang ditabur Nik Amar itu secara tidak langusng membunuh sesetengah persepsi bahawa pimpinan Pas Kelantan kekeringan idea.

Makanya selepas mendengar penjelasan Nik Amar itu saya sering kali membayangkan akan kehebatan bandar baru Dabong berkenaan. Cuba meramalkan macam mana bentuk dan rupanya. Ini kerana pelan induknya tidak terlihat oleh saya. Nik Amar tidak mengadakan pertunjukkan slide ketika bercderita. Saya memikirkan keindahan dan kehebatan bandar baru Dabong itu melebihi apa yang berlaku di Jeli.

Dalam kotak fikiran saya dengan mendengar celoteh Nik Amar itu, betapa bandar baru itu akan mengubah landskap Dabong menjadi sebuah kawasan baharu yang serba moden dan membangun. 

Dabong akan meninggalkan phobia orang sebelum ini yang beranggapan sebagai kawasan tempat jin bernikah dan beranak pinak. Orang akan berfikir segala haiwan liar, gajah, harimau, babi dan sebagainya tidak lagi berkeliran di Dabong kerana mereka terkejut dengan kemunculan dunia baharu bikinan kerajaan mencari keredhaan Allah.

Saya akui mengenai kejahilan saya terhadap projek itu. Saya tidak sangka bahawa pemimpin politik dan kerajaan Pas di Kelantan mempunyai pemikiran dan idea besar dan seglobal begitu. Mungkin ini adalah hasil dan kesan daripada aktiviti lawatan ke luar negara yang kerap dianjurkan selepas ketiadaan Nik Aziz.

Apabila Nik Amar menjelaskannya baharulah saya mengetahuinya. Syabas. Malahan saya mendesak Nik Amar dan kerajaan negeri lebih kerap lagi memberi tahu apa-apa perkembangan, pembangunan yang berlaku di Kelantan untuk anak-anak luar Kelantan dari masa ke semasa agar ia tidak timbul tanggapan salah, yang Kelantan tidak membangun. 

Pembangunan sebagai mana hebat sekali pun kalau tidak dihebahkan ia tidak akan sampai ke pengetahuan rakyat, sementelahan pula kalau tidak ada apa-apa pembangunan dilakukan.

Sejak Nik Amar menjelaskan perkara itu sehingga ke hari ini ia sudah memasuki satu tahun empat bulan. 

Saya difahamkan perletakan batu asas projek berkenaan dilakukan pada Oktober 2012 lagi. Ini bermakna sudah tiga tahun masa berlalu.

Sesudah tempoh itu, apakah yang jadi kepada bandar berkenaan? Kalau ia dibina secara fasa demi fasa sudah tentu fasa pertamanya sudah disiap. Setidak tidaknya orang sudah dapat melihat akan kerja-kerja awalnya. 

Sudah tentu juga keadaan di sekitar pekan Dabong itu sudah sibuk dengan lori dan jentera besar yang keluar masuk membawa dan memunggah barangan projek.

Pihak bertanggungjawab dengan projek itu juga sudah tentu akan memaklum perkembanganya dari masa ke semasa. Ini perlu untuk menyakin dan mempengaruhi rakyat supaya memperyai kewibawaan kerajaan.

Tetapi dalam pemerhatian saya tidak ada pula perkembangan mengenai projek itu dibuat? 

Atau pun ia tidak terlantas ke telinga dan mata saya. Makanya kerana sunyi dengan cerita itu semua ia membuat saya mengambil tindakan untuk menyiasat sendiri perkembangan projek berkenaan. 

Saya mahu melihat sendiri kemajuan (progres)nya dengan mata kepala sendiri. Saya orang yang jenis tidak suka mendengar dari jauh.-BlogSpot

 
 

Pendedahan Mengejutkan Polis Tentang Kematian Kevin Morais - ADDIN

Posted: 19 Sep 2015 07:00 PM PDT



Pendedahan Mengejutkan Polis Tentang Kematian Kevin Morais. Sikap dingin masyarakat dalam mengambil tahu hal orang lain merupakan antara faktor yang menyebabkan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibunuh kejam.

Ini kerana, kejadian penculikan Kevin Morais telah dilihat oleh ramai orang tetapi mereka memilih jalan berdiam diri dan tiada seorang pun yang membuat laporan polis.

Akhbar China Press melaporkan, Kevin Morais telah diculik hanya kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Jalan Dutamas Raya.


Pada hari kejadian pada 4 September, Ketika Kevin Morias dalam perjalanan ke tempat kerja di Putrajaya, empat penculik yang kemudian menjadi pembunuh dengan sengaja mewujudkan kemalangan jalan raya.

Tanpa mengesyaki apa-apa, Kevin Morais telah turun dari kereta untuk memeriksa keadaan kenderaannya itu dan seterusnya menyebabkan dia diculik.

Pendedahan Mengejutkan Polis Tentang Kematian Kevin Morais

Kejadian itu berlaku ketika waktu puncak dan dalam kesesakkan lalu lintas, maka kejadian itu disaksikan orang ramai yang tersangkut dalam kesesakkan jalan raya.

Tiga orang berperanan memasukkan Kevin Morais ke dalam pickup jenis Mitsubishi Triton sementara seorang lagi memandu kereta mangsa.

Menurut polis, sekiranya orang ramai membuat laporan, nasib Kevin Morais mungkin berubah atau dia mungkin dapat diselamatkan lebih awal.

Dalam pada itu, sumber polis memberitahu, pembunuhan Kevin Morais telah dirancang secara teliti oleh pembunuh.

Kata sumber, pembunuh mengelak menggunakan jalan raya bertol tidak kira dalam proses penculikan, pembunuhan atau pelupusan mayat.

Pembunuh turut menjadikan sebuah bengkel untuk menjalankan kerja-kerja menyembunyikan mayat yang disimen dalam tong dram.

KENAPA LAWATAN RASMI ZAHID KE INDONESIA SAMA TARIKH DENGAN MAJLIS SANDING ANAKNYA DI JAKARTA?

Posted: 19 Sep 2015 06:15 PM PDT



Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sejak semalam iaitu hari Jumaat, telah melakukan lawatan rasmi selama empat hari ke Indonesia.

Ia adalah lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang posisi pemimpin nombor dua kerajaan menggantikan Muhyiddin Yassin pada 28 Julai lepas.

Mengikut laporan Bernama, antara aturcara lawatan Zahid ke negara jiran itu ialah mengadakan kunjung hormat terhadap Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla, menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Baiturrahman yang terletak dalam kawasan Istana Wakil Presiden serta mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan, Luhut Binsar Pandjaitan.

Selain itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhammad Hanif Dhakiri.

Bagaimanapun pada Sabtu malam pula, iaitu hari kedua lawatannya itu, telah berlangsung majlis persandingan anak lelakinya dengan seorang gadis negara tersebut di Hotel Ritz Carlton, Jakarta.

Di laman sosial sejak malam tadi telah tersebar gambar dan rakaman video pendek persandingan itu yang boleh dikira dilangsungkan dengan meriah sekali.



Ramai pemimpin UMNO dan kerajaan, termasuk yang berjawatan menteri dan timbalan menteri dilaporkan turut sama menghadiri majlis persandingan itu. Persoalan yang timbul ialah mengapakah lawatan rasmi Zahid ke Indonesia ini bersamaan tarikhnya dengan majlis persandingan anak lelakinya?

Apakah ianya sekadar kebetulan, memang dirancang atau sudah begitu ketentuan Tuhan? Bilakah sebenarnya tarikh majlis persandingan anak lelakinya di Jakarta itu ditetapkan dan bilakah pula lawatan rasmi ke Indonesia direncanakan?

Berapa ramaikah pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum keluarganya ikut serta dalam lawatan rasmi itu? Bagaimanakah dengan perbelanjaan Zahid dan keluarganya ke Indonesia ini?

Adakah ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuk penggunaan jet rasmi atau separuh daripadanya dibiayai wang pembayar cukai manakala separuh lagi melalui wang poketnya sendiri memandangkan majlis perkahwinan anak lelakinya itu merupakan acara peribadi keluarganya?



Begitu juga dengan pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum keluarganya yang turut ikut serta, apakah segala-galanya "ditanggung beres" oleh kerajaan atau atas tanggungan masing-masing? Untuk mengelakkan fitnah dan salah faham,

lebih-lebih lagi dalam dunia ketelusan sekarang ini, adalah perlu Zahid menjelaskan semua perkara ini secara jujur dan terbuka. Di ketika negara berada dalam suasana getir, rakyat sedang kesusahan dan dibebankan dengan macam-macam kesengsaraan seperti GST misalnya, tentulah tidak wajar beliau sebagai pemimpin, jika didapati tiba-tiba menikmati seenaknya wang kerajaan, termasuk untuk acara yang bersifat peribadi dan kekeluargaan.

Oleh itu, hanya penjelasan selengkapnya daripada Zahid sendiri dapat memadamkan segala tanda tanya ini. Lebih-lebih lagi, tidak lama sebelum ini,

Perdana Menteri Najib Razak juga ketika menghadiri majlis persandingan anak perempuannya di sebelah pihak lelaki di Almaty, Kazashtan pada 17 hingga 19 April lalu, turut mengadakan kunjung hormat dan pertemuan rasmi dengan Presiden negara tersebut, Nursultan Nazarbayez.

Tindakan Najib mengadakan lawatan rasmi beserta kira-kira 250 ahli rombongan ke Kazashtan bersamaan dengan tarikh majlis persandingan anaknya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev telah dikritik ramai kerana ia seolah-olah sengaja dilakukan untuk menjadikan pemergiannya itu "ditanggung halal" sepenuhnya menggunakan perbelanjaan kerajaan.

Apakah Zahid juga sedemikian rupa atau adakah beliau tidak segan-segan berbuat demikian kerana Najib sudah pun menunjukkan teladannya terlebih dahulu?

Berita mengenai persandingan anak perempuan Najib dan lawatan rasminya Kazashtan turut disiarkan di media-media.

Ini adalah antara kritikan ramai mengenai lawatan rasmi Najib ke Kazashtan yang serentak tarikhnya dengan majlis persandingan anaknya di sebelah pihak lelaki.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Ahad, 20 September 2015 KENAPA LAWATAN RASMI ZAHID KE INDONESIA SAMA TARIKH DENGAN MAJLIS SANDING ANAKNYA DI JAKARTA? Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sejak semalam iaitu hari Jumaat, telah melakukan lawatan rasmi selama empat hari ke Indonesia. Ia adalah lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang posisi pemimpin nombor dua kerajaan menggantikan Muhyiddin Yassin pada 28 Julai lepas. Mengikut laporan Bernama, antara aturcara lawatan Zahid ke negara jiran itu ialah mengadakan kunjung hormat terhadap Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla, menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Baiturrahman yang terletak dalam kawasan Istana Wakil Presiden serta mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan, Luhut Binsar Pandjaitan. Selain itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhammad Hanif Dhakiri. Bagaimanapun pada Sabtu malam pula, iaitu hari kedua lawatannya itu, telah berlangsung majlis persandingan anak lelakinya dengan seorang gadis negara tersebut di Hotel Ritz Carlton, Jakarta. Di laman sosial sejak malam tadi telah tersebar gambar dan rakaman video pendek persandingan itu yang boleh dikira dilangsungkan dengan meriah sekali. Ramai pemimpin UMNO dan kerajaan, termasuk yang berjawatan menteri dan timbalan menteri dilaporkan turut sama menghadiri majlis persandingan itu. Persoalan yang timbul ialah mengapakah lawatan rasmi Zahid ke Indonesia ini bersamaan tarikhnya dengan majlis persandingan anak lelakinya? Apakah ianya sekadar kebetulan, memang dirancang atau sudah begitu ketentuan Tuhan? Bilakah sebenarnya tarikh majlis persandingan anak lelakinya di Jakarta itu ditetapkan dan bilakah pula lawatan rasmi ke Indonesia direncanakan? Berapa ramaikah pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum keluarganya ikut serta dalam lawatan rasmi itu? Bagaimanakah dengan perbelanjaan Zahid dan keluarganya ke Indonesia ini? Adakah ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuk penggunaan jet rasmi atau separuh daripadanya dibiayai wang pembayar cukai manakala separuh lagi melalui wang poketnya sendiri memandangkan majlis perkahwinan anak lelakinya itu merupakan acara peribadi keluarganya? Begitu juga dengan pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum keluarganya yang turut ikut serta, apakah segala-galanya "ditanggung beres" oleh kerajaan atau atas tanggungan masing-masing? Untuk mengelakkan fitnah dan salah faham, lebih-lebih lagi dalam dunia ketelusan sekarang ini, adalah perlu Zahid menjelaskan semua perkara ini secara jujur dan terbuka. Di ketika negara berada dalam suasana getir, rakyat sedang kesusahan dan dibebankan dengan macam-macam kesengsaraan seperti GST misalnya, tentulah tidak wajar beliau sebagai pemimpin, jika didapati tiba-tiba menikmati seenaknya wang kerajaan, termasuk untuk acara yang bersifat peribadi dan kekeluargaan. Oleh itu, hanya penjelasan selengkapnya daripada Zahid sendiri dapat memadamkan segala tanda tanya ini. Lebih-lebih lagi, tidak lama sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak juga ketika menghadiri majlis persandingan anak perempuannya di sebelah pihak lelaki di Almaty, Kazashtan pada 17 hingga 19 April lalu, turut mengadakan kunjung hormat dan pertemuan rasmi dengan Presiden negara tersebut, Nursultan Nazarbayez. Tindakan Najib mengadakan lawatan rasmi beserta kira-kira 250 ahli rombongan ke Kazashtan bersamaan dengan tarikh majlis persandingan anaknya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev telah dikritik ramai kerana ia seolah-olah sengaja dilakukan untuk menjadikan pemergiannya itu "ditanggung halal" sepenuhnya menggunakan perbelanjaan kerajaan. Apakah Zahid juga sedemikian rupa atau adakah beliau tidak segan-segan berbuat demikian kerana Najib sudah pun menunjukkan teladannya terlebih dahulu? Berita mengenai persandingan anak perempuan Najib dan lawatan rasminya Kazashtan turut disiarkan di media-media. Ini adalah antara kritikan ramai mengenai lawatan rasmi Najib ke Kazashtan yang serentak tarikhnya dengan majlis persandingan anaknya di sebelah pihak lelaki. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

VIDEO - Senjata Terakhir UMNO Untuk Terus Berkuasa Adalah "PERKAUMAN"

Posted: 19 Sep 2015 05:30 PM PDT

 

TAN SRI ANNUAR MUSA AKAN DIMALUKAN?


Bala Yang Menimpa Negara Ini............

Posted: 19 Sep 2015 05:00 PM PDT

Asri Asri's photo.
Kejadian terbaru paling luar biasa Imam di lempang.\

Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya yang telah ditentukan oleh Nya.Ia boleh dijadikan pengajaran dan panduan.


Tapi sejak akhir akhir ini banyak perkara yang diluar jangkaan dan luar dari kebiasaan berlaku.

Apa puncanya?

Jadi PM Banyak Dapat Derma ??

Posted: 19 Sep 2015 04:30 PM PDT

Cikgu ; Bila besar, siapa nak jadi pilot ?

Murid ; Taknaklah, takut kapal terbang hilang.

Cikgu ; Siapa nak jadi peguam ?

Murid ; Taknaklah, nanti mati dalam tong simen.
Cikgu ; Siapa nak jadi imam ? 

Murid ; Taknaklah, nanti kena tampar.
Cikgu ; Habis, kamu semua nak jadi apa ???

Murid ; Kami nak jadi PM, banyak dapat derma !��

BERDOA KITA KEPADA ALLAH SWT.

Posted: 19 Sep 2015 04:00 PM PDT

 
 
Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu,

Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh,

Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan

Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 isteriku,

dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan

dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan tidak, yang disengajakan dan tidak, yang disedari dan tidak....


Amin3 Ya Rabbal A'lamin

Tanpa Disangka.. Muhyiddin Bikin Gempar Lagi - ADDIN

Posted: 19 Sep 2015 09:15 AM PDT



Muhyiddin Suruh Najib Dipenjara? Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia mengamalkan kedaulatan undang-undang dan akan menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan.

Justeru itu, beliau berkata, hasil siasatan 1MDB sepatutnya didedahkan untuk mengetahui siapa yang bersalah berhubung dakwaan skandal kewangan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, sesiapa yang didapati bersalah tidak akan terlepas daripada hukuman yang termaktub dalam undang-undang.

"Macam 1MDB, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah siasat, Bank Negara dah siasat, polis dah siasat, peguam negara sepatutnya dah selesai (siasat).
Muhyiddin Suruh Najib Dipenjara? 

"Kalau semua dah siasat kita tengok siapa salah."Kalau ada orang yang salah, beritahu (sama ada) orang itu salah atau tak. Kalau dia salah mesti ada penjara, hukuman. Malaysia negara yang ikut kedaulatan undang-undang.

"Kalau curi wang pun kena tangkap, curi ayam pun kena tangkap. Semua orang buat jahat kena tangkap. Tak boleh biar," katanya sambil mendapat tepukan kira-kira 100 orang hadirin.

Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam majlis perjumpaan bersama masyarakat Cina di Parlimen Pagoh hari ini.

Najib lawat Haron Din di IJN

Posted: 19 Sep 2015 08:30 AM PDT


Najib lawat Haron Din di IJNPETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, melawat Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN), pagi Sabtu.

Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan melalui gambar yang disiarkan di laman Twitter dan Facebooknya, tengahari Sabtu.

"YAB PM sempat melawat Dato Ustaz Haron Din di IJN sebentar tadi (19/9/15).
"Didoakan moga segera sembuh, Insya'Allah," tulisnya.

Di dalam gambar tersebut, Haron, 74, dan Najib masing-masing duduk di kerusi sambil tersenyum ketika gambar diambil.

pp

Dilaporkan, Haron dimasukkan ke Unit Rawatan Komprehensif IJN pada Khamis lalu berikutan komplikasi jantung.-Mstar

Khalid belum pertimbang tawaran sertai PAS

Posted: 19 Sep 2015 07:45 AM PDT


Khalid belum pertimbang tawaran sertai PASDUNGUN: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah dipecat dari PKR menerima tawaran untuk menyertai PAS.

Bagaimanapun katanya, beliau masih belum mempertimbangkan tawaran itu kerana masih mempunyai beberapa perkara untuk diselesaikan dengan Pendaftar Pertubuhan.

Katanya, beliau merasakan bahawa terdapat ketidakadilan dalam pemecatan beliau daripada PKR.

Khalid dipecat daripada PKR selepas beliau enggan mengosongkan jawatan Menteri Besar Selangor sebagai satu keputusan parti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis politik yang turut dihadiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pulau Serai dekat sini malam Jumaat.-Mstar


NAMA MALAYSIA TERCALAR ( Najib malukan Malaysian)

Posted: 19 Sep 2015 07:00 AM PDT

Nurliyana Abdullah's photo.

DALAM sejarah semua yang duduki kerusi PM, jelas Najiblah yang cukup memalukan Malaysia di mata dunia. Di mana-mana negara bila disebut Malaysia, maka jelas terkait namanya PM Najib dan ini menyebabkan mereka tertawakan Malaysia kesan rasuah dan menyalahgunaan kuasa.

Memang benar, mereka yang kaki ampu mengatakan selagi belum terbukti tidak boleh salahkan seorang PM tetapi siapa saja yang dapat membuktikan kala yang menyiasat selalu saja di sekat2, dipindah ke sana kemari untuk gagalkan siasat.

Mereka yang berani melapor siap diugut2, dipecat, dipindah dan polis pula asyik kacau siasatan dan macam2 tindakan yang dilakukan asal maksudnya gagal.

Siapa saja yang boleh dipercaya kalau rasa2 lantikan ketua polis negara, SPRM itu lantikan restu PM sendiri dan kesannya mereka kena akur, kalau tidak akur maka siap menjadi korban diperlakukan oleh atasan atas arahan.

Banyak kes mahkamah selalu saja yang melibatkan atasan dan dikira bahayakan pemimpin, selalu ditongsampahkan dan kalau pembangkang siap segera mereka ambil tindakan dan peranan TV dan Utusan bukan lagi menyebar kebenaran, sebalik usaha mempertahankan apa saja yang salah dilakukan oleh pemimpin.

Bermacam AKTA dicipta lulus yang tujuannya untuk melemahkan semangat juang mereka yang membantai kepimpinan bobrok dan senjata itulah Najib guna untuk melindungi dirinya sedang untuk kepentingan dirinya selalu saja diluluskan meski ia sendiri lontar batu sembunyi tangan.

Hari Malaysia ia gunakan paksa pegawai/kakitangan kerajaan datang ke padang mereka dan tujuan bukan meraikan HARI MALAYSIA sebalik ia gunakan untuk mengangkat semula namanya yang tercalar kesan perbuatannya sendiri yang tidak bijak mmimpin negara bangsa dan kesan kepimpinannya yang diekori baying Rosmah, maka rakyat menjadi susah dan tidak hairan caranya itu sama seperti Emelda yang menyebabkan Filifina dalam keadaan susah rakyatya.

Kesan banyak sangat masalah dalam negara bermula Altantuya yang masih tandatanya kenapa dibunuh, hinggalah kasus 1MDB, Tabung Haji, Dan EPF, Felda, Dana pencen dan banyak lagi disambah dengan GST serta ringgit merundum, maka Malaysia semakin susah dan kesannya negara lain ketawakan Malaysia bila mana dikaitkan dengan kasus RASUAh.

Sejak PM pertama dan selanjutnya hingga PM Najib, rasanya Najiblah PM yang jelas tidak mmperlihatkan Malaysia bakal ke dapat, malah akan terus mundur ke belakang dan akhirnya wawasan 2020 yang hanya sisa 5 tahun bukan negara makmur tetapi menjadi negara TERMISKIN sekali nanti dan bayangan itu sudah jelas klihatan.


NURLIYANA ABDULLAH
Kota Kinabalu

Rafidah Aziz tidak senang perkauman perhimpunan baju merah

Posted: 19 Sep 2015 06:15 AM PDT


Rafidah Aziz tidak senang perkauman perhimpunan baju merahVeteran Umno Tan Sri Rafidah Aziz sekali lagi menggunakan laman Facebook beliau meluahkan perasaan tidak senang terhadap kecaman berbaur perkauman yang dilontarkan semasa perhimpunan di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia, 

walaupun beberapa rakan daripada parti itu cuba mempertahankan perhimpunan itu.

Beliau menegaskan, tiada rakyat Malaysia daripada mana-mana kaum pun yang perlu menanggung sebarang prejudis kerana nenek moyang semua orang di negara ini merupakan pendatang dari merata pelosok dunia.

"Saya rasa sedih bagi pihak ramai kawan bukan Melayu, terutamanya Cina, ramai darinya merupakan rakan sekolah rendah saya, apabila saya menonton video dan melihat gambar mereka yang mengecam komuniti Cina," tulis Rafidah hari ini.

"Kita semua mempunyai kawan dari SEMUA kaum dan agama. Kita rasa apa yang mereka rasa, terutamanya apabila, sama seperti kita, mereka juga cuba membina kehidupan untuk diri sendiri dan keluarga mereka di NEGARA MEREKA... MALAYSIA," tulisnya dalam Bahasa Inggeris sambil memberi penekanan kepada beberapa perkataan menggunakan huruf besar. –TMI


Yang Bawa Lari Kerusi, PAS Akan Kejar... -Pengarah P'raya PAS. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 19 Sep 2015 05:30 AM PDT



YANG bawa lari kerusi PAS akan dikejar. Bahkan PAS akan kejar walaupun melalui pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya akan datang. Hal ini dapat dilihat melalui kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali.

"Mana-mana bawa lari kerusi, kerusi itu tetap kerusi PAS. PAS akan bertanding itu. Kalau (mereka) nak bertanding juga, 3 penjuru," kata Mustafa di Terengganu, menurut laporan Harakahdaily hari ini.

PAS akan tetap bertanding meletakkan calonnya di kerusi bekas wakil rakyatnya yang bertindak keluar parti, kata pengarah pilihan rayanya Datuk Mustafa Ali. Tanpa merujuk secara langsung kepada mana-mana pihak, kenyataan beliau itu dipercayai ditujukan kepada bekas pemimpinnya yang menyertai parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah).

Walaupun begitu, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan meneruskan kerjasama politik dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan parti baharu. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, Dungun malam tadi.

Portal rasmi PAS itu juga memetik Mustafa sebagai berkata, parti itu berkemungkinan akan bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang

"Di (kerusi) mana? (Itu) jabatan pilihan raya sedang kaji hendak tambah daripada pilihan raya yang lepas," beliau dipetik berkata.

Portal sama turut melaporkan, PAS akan meneruskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan parti baharu. Namun, PAS tidak menghalang PKR bekerjasama dengan DAP, kata Mustafa pada majlis yang sama.

"Kita masih tahaluf dengan PKR, tapi dengan DAP dan parti baharu kita tak ada tahaluf," katanya. (IH)

Abdul Hadi Dalam Program 10,000 Langkah Bersama Presiden PAS
Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memula acara 10,000 langkah bersama Presiden pagi tadi kira-kira jam 9.00 pagi di Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Kampung Pulau Serai, Dungun, Terengganu.
Dianggarkan lebih 5,000 peserta bersama dalam acara berjalan kaki sejauh 10km ini.

PAS tidak terlibat Pakatan 2.0 tetapi kekal dengan PKR, kata pemimpin OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Posted: 19 Sep 2015 04:45 AM PDT


PAS tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara yang dianggap pengkhianat kebanyakan pemimpinnya yang berasal daripada PAS sudah melanggar baiah atau janji setia yang dibuat ketika menyertainya.

PAS tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara yang dianggap pengkhianat kebanyakan pemimpinnya yang berasal daripada PAS sudah melanggar baiah atau janji setia yang dibuat ketika menyertainya.


PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Rakyat 2.0 yang akan ditubuhkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), kata seorang pemimpin kanan parti Islam itu.

Bagaimanapun katanya, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR, susulan keputusan yang dicapai pada satu pertemuan antara pemimpin 2 parti itu minggu lalu.

"Kita akan teruskan kerjasama dengan PKR tetapi tidak akan terlibat dengan Pakatan 2.0," kata pemimpin yang tidak mahu namanya didedahkan itu, kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata partinya tidak akan bekerjasama dengan parti pengkhianat, yang dipercayai ditujukan kepada Amanah yang kini dalam proses pembentukan daripada Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

Pemimpin Amanah yang berasal daripada kepimpinan PAS dianggap pengkhianat oleh parti Islam itu kerana melanggar baiah atau janji setia yang dibuat ketika menyertainya.

Pengarah Penerangan PAS Amzad Hashim ketika mengulas pendirian Hadi itu berkata, pemimpin Amanah menunjukkan sifat yang sangat keji dengan mengambil mudah ke atas ikrar baiah mereka.

"Tidakkah tindakan ini (jika PAS bersetuju bertahaluf siyasi dengan pengkhianat) seperti PAS pula mengambil mudah baiah berkenaan?

"Kita tak mungkin boleh percaya kepada pengkhianat," katanya yang baru dilantik ke jawatan itu.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ketika bercakap dengan The Malaysian Insider sebelum ini berkata, PKR, DAP dan Amanah akan meneruskan pembentukan Pakatan 2.0 tanpa PAS.

"Namun, kita bersedia menerima jika PAS mahu menyertainya selepas ini dengan syarat ia diterima oleh rakan yang lain," katanya.

PAS kini menganggap Amanah adalah musuh utamanya selepas anggota parti itu membentuk kumpulan serpihan dan menubuhkan parti baharu.

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad berkata, mereka lebih senang pemimpin mereka menyertai PKR daripada menyertai Amanah kerana parti baharu itu mahu memusnahkan PAS.

Dalam muktamar ke-61 Jun lalu, PAS meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungannya dengan DAP, sekali gus menamatkan gabungan Pakatan Rakyat. – 19 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Tolak Najib, sokong Muhyiddin, DAP gesa MCA

Posted: 19 Sep 2015 04:00 AM PDT


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa MCA menyokong Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana penentangan beliau terhadap perhimpunan 'baju merah'.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa MCA menyokong Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana penentangan beliau terhadap perhimpunan 'baju merah'

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menggesa MCA untuk menyokong Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan bukannya terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, katanya, Muhyiddin menentang "perhimpunan baju merah" 16 September yang turut dibantah oleh MCA.

Najib sebaliknya mewajarkan dan mempertahankan perhimpunan tersebut, yang dianggap ramai pihak sebagai bersifat perkauman.

"Jelas sekali, Muhyiddin pilihan yang lebih baik daripada Najib untuk MCA. Kenapa MCA masih menyokong Najib, dan bukan Muhyiddin, dalam Barisan Nasional?" soalnya dalam satu kenyataan.

"Satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat daripada kegagalan MCA mengalihkan sokongan kepada Muhyiddin ialah kebimbangan yang ia akan kehilangan jawatan menteri, sama seperti Muhyiddin kerana menyuarakan kebenaran dan berusaha menghukum semua mereka yang mencuri, sama ada ayam atau berbilion ringgit wang rakyat." – 19 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Khairuddin Ditangkap Sebelum Sempat Jumpa FBI Isnin Ini

Posted: 19 Sep 2015 03:15 AM PDT





Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang kini direman enam hari oleh polis sepatutnya bertemu pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS Isnin ini.

Bercakap kepada New York Times, peguam Matthias Chang berkata pertemuan itu diatur pihak Kedutaan AS di Kuala Lumpur.

Laporan itu menyebut bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan berkenaan bercadang menggesa pihak berkuasa AS menyiasat agensi pelaburan tajaan penuh kerajaan 1MDB, atas dakwaan melakukan pembersihan wang haram.

Bagaimanapun rancangan itu tergendala apabila Khairuddin dan Chang dilarang meninggalkan negara ini oleh Jabatan Imigresen,.

Chang adalah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kira-kira jam 7.30 malam semalam Khairuddin ditangkap polis atas tuduhan cuba mengancam demokrasi berparlimen.

Sebelum itu Khairuddin bersetuju menemui penyiasat polis di Bukit Aman berhubung dokumen diserahkannya kepada pihak berkuasa Switzerland yang menyiasat isu 1MDB.

Selain Switzerland, Khairuddin juga mengemukakan aduan rasmi kepada pihak berkuasa di London, Singapura dan Hong Kong.

Beliau pernah dikenali sebagai penerbit buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM.

- mkini


SANGAT SETUJU BATALKAN SEGALA KONTRAK DENGAN TAYLOR, PINDAHKAN KE KOLEJ BUMIPUTERA, KPT BILA LAGI?

Posted: 19 Sep 2015 02:30 AM PDT

Gara-Gara Bas Diguna Angkut Peserta Baju Merah, Kolej Taylor Ditamat Semua Kontrak Dengan Kerajaan



KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DAN SEMUA AGENSI KERAJAAN MESTILAH DENGAN SERTA-MERTA TAMATKAN 24 JAM SEMUA PERKHIDMATAN DAN BISNES KEPADA TAYLOR KOLEJ.

LAGIPUN KOLEJ TAYLOR BUKAN BERTARAF DUNIA PUN. ADA BANYAK LAGI KOLEJ BUMIPUTERA YANG LEBIH BERPRESTIJ PENSYARAH-PENSYARAH MEREKA BERBANDING TAYLOR BANYAK GUNA PENSYARAH ASING YANG TIDAK DIKETAHUI SIJIL MEREKA DARI UNIVERSITI HAPRAK.

BEGITU JUGA KOLEJ-KOLEJ SWASTA CINA YANG MENGAMBIL PENSYARAH-PENSYARAH DARI BANGLADESH, INDIA DAN CHINA YANG KITA TIDAK KETAHUI MUTU SIJIL DAN UNIVERSITI MEREKA. MALANGNYA KPT, KPM, MARA, JPA DAN LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN MENGHANTAR PELAJAR-PELAJAR TERBAIK BUMIPUTERA KE SITU DENGAN YURAN YANG SANGAT-SANGAT MAHAL!

TAHNIAH DATUK ISMAIL SABRI!

INI ADALAH ARAHAN RAKYAT DAN PERMINTAAN ORANG MELAYU KEPADA MENTERI SUPAYA REACT DENGAN SERTA MERTA APA SAHAJA KURANG AJAR DAN PENINDASAN ORANG CINA DAP KEPADA ORANG MELAYU.

JANGAN BERI MUKA LAGI. TERMASUK SEMUA KOLEJ SWASTA LINK TO CINA DAP BATALKAN DENGAN SEGERA! BUKANKAH KOLEJ BUMIPUTERA YANG LEBIH AFDAL, TAWADDUK DAN LEBIH MEYAKINKAN!

Kita orang Melayu sangat berbudi-bahasa dan bersabar, tetapi kalau bangsa lain sudah kurang ajar terang-terangan orang Melayu pun tahu batas sabar!

Ayahanda ‘Zul Badak’ Maut Ditembak Dengan M-16

Posted: 19 Sep 2015 01:45 AM PDT



Arzurizan Abd. Rahman maut di tempat kejadian setelah terkena tiga das tembakan di hadapan sebuah restoran di Kuantan, Pahang, semalam.


KUANTAN 18 Sept. – Seorang lelaki yang bertugas menguruskan keselamatan di sebuah kilang besi dekat sini terbunuh selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua lelaki dalam kejadian berdekatan sebuah restoran di Jalan Tun Ismail di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu menyebabkan mangsa, Arzurizan Abd. Rahman, 39, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Zul Badak' yang juga aktivis sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di daerah ini mati di tempat kejadian akibat cedera parah di leher, dada dan pinggang.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa baru selesai minum di restoran tersebut bersama empat rakannya yang berusia antara 26 hingga 30 tahun.

"Mangsa bersama dua rakannya termasuk seorang wanita kemudian menuju ke sebuah kenderaan utiliti sukan yang di­letakkan di tepi kedai tersebut untuk bergerak pulang.

"Ketika sampai di kenderaan itu, seorang lelaki yang memakai penutup muka tiba-tiba melepaskan tembakan dipercayai menggunakan raifal ke arah mangsa.

"Tembakan tersebut menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia akibat kecederaan parah serta mengalami pendarahan teruk," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Menurut Raja Shahrom, suspek melarikan diri bersama seorang lagi lelaki dengan menaiki kereta jenis Proton Waja menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Anggota polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian menemukan empat kelongsong peluru 5.56 serta satu slug dalam kenderaan mangsa," katanya.

Berdasarkan maklumat awal, kata beliau, dua suspek yang tidak dikenali itu memakai topeng muka dan melepaskan tembakan dari jarak kira-kira 10 meter sebelum melarikan diri.

Katanya, dua rakan mangsa yang berada di dalam kenderaan itu bernasib baik kerana tidak terkena tembakan yang dilepaskan oleh suspek.

"Mereka juga sempat memba­ling batu ke arah cermin kereta suspek sebelum kedua-duanya melarikan diri. Setakat ini, kita belum dapat menentukan motif kejadian, banyak khabar angin kita dengar tetapi kita tidak boleh buat sebarang kenyataan rasmi selagi suspek utama tidak ditahan.

"Ini kali pertama kejadian tembak yang membabitkan penggunaan senjata berat raifal di negeri ini. Jika dilihat kepada jenis kelongsong peluru ditemukan di lokasi kejadian, biasanya senjata digunakan jenis M-16," katanya.

- utusan.com.my/




BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT