Jumaat, 18 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


PKR HARUS BERHATI HATI DENGAN KEJUJURAN PAS? AL HUSSYN

Posted: 18 Sep 2015 10:30 PM PDT

Pilih PAS, maknanya  tolak DAP dan AMANAH ....
PKR pening kerana terpaksa berhadapan dengan krisis Cinta Tiga Segi.

PAS benci AMANAH...DAP pula bencikan PAS....

Kalau PKR mahu pilih AMANAH, dia tidak ada masalah dengan DAP sebab DAP ok dengan AMANAH.

Masalahnya kalau PKR pilih PAS, DAP tidak akan ok ....

PAS dah tegaskan tidakl akan terima AMANAH....
PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana "pengkhianatan", kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


 Menyifatkan perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka, presiden PAS itu berkata pengkhianat parti lebih teruk daripada musuh.


 Hadi berkata, PAS sedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak akan melakukan perkara sama terhadap pengkhianat parti.


 "Orang yang khianat pada perjuangan tiada pilihan sama ada dia balik atau dihapuskan, dia bertaubat.
Hj Hadi perlu ingat, bukan dia sahaja yang pandai membenci kat orang. Orang lain pun ada juga yang benci kamu kerana sikap kamu yang khianat dan suka flip-flop!
DAP bertegas, dengan berkata ia akan menjauhkan diri daripada gabungan baru  yang  dicadangkan  pembangkang yang digelar Pakatan Rakyat 2.0 jika PKR bertegas mahukan PAS berada di dalamnya, menurut pemimpin-pemimpin parti.

 Pemimpin-pemimpin DAP berkata terdapat terlalu banyak sikap kebencian antara kedua-dua bekas sekutu, sambil menambah bahawa ia akan menjadi mustahil untuk bekerjasama dengan PAS selagi parti Islam itu masih diketuai oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 "Kita tidak boleh bekerjasama dengan PAS di bawah Hadi Awang, kecuali mereka bersedia untuk berlepas dari pelbagai pendirian yang mereka diambil," Ahli Parlimen DAPBukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata. "Dengan kepimpinan PAS sekarang, ia tidak mungkin," katanya, merujuk kepada pakatan pembangkang baru yang dicadangkan.

 DAP menegaskan ia tidak akan menyertai mana-mana kerajaan campuran dengan PAS di dalamnya. Baca lagi di sini
So macamana PKR? Hang pilih PAS, maknanya hang tolak DAP dan AMANAH ....



Adakah Najib memberi arahan menangkap Khairuddin? suarakami

Posted: 18 Sep 2015 09:45 PM PDT



Bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan telah ditangkap malam ini.
Peguamnya, Matthias Chang memberitahu Malaysiakini bahawa Khairuddin telah dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi dan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
"Polis tidak menyoal siasatnya dan akan menahannya semalaman. Mereka akan memfailkan permohonan reman pagi esok pada pukul 9.30 pagi dengan majistret Dang Wangi," kata Chang (gambar).
Isteri Khairuddin, pelakon Umie Aida memberitahu Malaysiakini bahawa Khairuddin ditangkap di rumah mereka pada pukul 7.30 malam.
"Segala yang berlaku ada hikmahnya, yakin pada Allah, Insya-Allah," katanya.
Difahamkan Khairuddin ditangkap oleh para pegawai dari Bukit Aman.
Awal hari ini bekas timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan itu mendapati dia dan Chang telah dilarang daripada meninggalkan negara ini.
Dia sepatutnya pergi ke Bukit Aman pada hari Isnin untuk disoal siasat berhubung dokumen yang dikemukakan kepada pihak berkuasa Switzerland berkaitan skandal 1MDB.
Selain daripada Switzerland, Khairuddin ju
ga telah membuat laporan mengenai 1MDB di London, Singapura dan Hong Kong.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah berulang kali menafikan menyalahguna dana 1MDB untuk kepentingan peribadi dan berikrar untuk menyelesaikan kemelut 1MDB tidak lama lagi.
Najib dan beberapa yang lain telah mendakwa wujud konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan kerajaan.

Bank Rakyat Bongkar Skandal Pinjaman RM32 Juta Rosmah By canang

Posted: 18 Sep 2015 09:00 PM PDT


 
Skandal Bank Rakyat RM32 juta yang mendapat perhatian ramai tahun lepas kini diceritakan dalam sebuah buku berjudul "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat" tulisan Shahbudin Husin, yang dilancarkan oleh pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid. 
Buku yang dikarang penulis blog terkenal itu menampilkan wawancara dengan bekas pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik, yang juga bekas setiausaha agung Umno.
Dalam buku terbaharu Shahbudin ini, beberapa perkara dibongkar melibatkan peranan usahawan permaidani, Deepak Jaikishan dalam skandal Bank Rakyat.
Buku itu mendedahkan hubungan Deepak dengan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan layanan istimewa diberikan kepada beliau dalam isu pinjaman Bank Rakyat.
Sanusi semasa berucap melancarkan buku itu di Petaling Jaya hari ini, berkata tidak pernah dalam sejarah Umno seorang bekas setiausaha agung dimalukan dan dihina seperti dilakukan terhadap Sabbaruddin.
"Belum pernah daripada 21 bekas setiausaha agung Umno dimalukan dan dihina seperti yang dilakukan ke atas Sabbaruddin," kata Sanusi, yang merupakan menteri semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kontrak Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat berakhir pada 8 April 2014 dan tidak disambung di atas arahan Datuk Seri Hasan Malek.
Hasan, yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, didakwa masuk campur isu penyambungan kontrak Sabbaruddin kerana tidak berpuas hati dengan bekas pengerusi Bank Rakyat tersebut.
Sabbaruddin berkata tujuan buku ini diterbitkan adalah bagi menegakkan keadilan bagi dirinya.
"Saya rasa ini tidak adil kepada saya dan mereka yang terlibat. Beliau (Hasan) menyalahguna kuasa," katanya.
Buku itu mengandungi 26 bab dan diterbitkan Special One Publication.
Antara artikel yang dimuatkan adalah kenyataan Sanusi dan juga Tengku Razaleigh Hamzah yang lantang membangkitkan skandal tersebut.
Turut hadir pada majlis hari ini bagi menyatakan sokongan adalah bekas ketua pengarang The New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Deepak sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 2013.
Beliau pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.
Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
Penerbitan buku ini dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah berdepan pelbagai skandal, antaranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendedahan New York Times mengenai harta pusaka.
Kedudukan Najib juga tidak berada dalam keadaan baik pada ketika bekas perdana menteri, Dr Mahathir juga lantang mengkritik pentadbirannya.sumber

CAKAP AMAT SENANG

Posted: 18 Sep 2015 08:30 PM PDT



KOMENTAR
apa yang dinyatakan
oleh muhyddin yassin 
amat betul dan tepat
yang salah
yang mencuri
yang membunuh
yang merompak
akan didakwa
ini hanya teori
dalam negara dunia ketiga
dalam malaysia semua ini 
hampeh tinggal teori

hakikatnya:
peguam negara
boleh diberhentikan
pengarah sprm 
boleh dicutikan
ketua polis 
boleh ditukar ganti
saksi boleh dihilangkan
kalau degil dijimatkan
kerana itu
wajib ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya



Muhyiddin: Orang jahat kena tangkap, tak boleh biar


Bekas timbalan perdana menteri  Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia mengamalkan kedaulatan undang-undang dan akan menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan.
Justeru itu, beliau berkata, hasil siasatan 1MDB sepatutnya didedahkan untuk mengetahui siapa yang bersalah berhubung dakwaan skandal kewangan tersebut.
Sehubungan itu, katanya, sesiapa yang didapati bersalah tidak akan terlepas daripada hukuman yang termaktub dalam undang-undang.
"Macam 1MDB, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah siasat, Bank Negara dah siasat, polis dah siasat, peguam negara sepatutnya dah selesai (siasat).
"Kalau semua dah siasat kita tengok siapa salah.
"Kalau ada orang yang salah, beritahu (sama ada) orang itu salah atau tak. Kalau dia salah mesti ada penjara, hukuman. Malaysia negara yang ikut kedaulatan undang-undang.
"Kalau curi wang pun kena tangkap, curi ayam pun kena tangkap. Semua orang buat jahat kena tangkap. Tak boleh biar," katanya sambil mendapat tepukan kira-kira 100 orang hadirin.
Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam majlis perjumpaan bersama masyarakat Cina di Parlimen Pagoh hari ini.
KAH KAH KAH
woit
tok ezi
tok veli ezi
bik tok bik ezi
you do lah
kah kah kah
BUATLAH





--------------

PM, TPM perlu bertanggungjawab mengenai kesihatan Anwar, kata Azmin OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 18 Sep 2015 08:00 PM PDT



Published: 19 September 2015.

Mohamed Azmin Ali (tengah) berkata Putrajaya perlu bertanggungjawab ke atas kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di penjara. –

Mohamed Azmin Ali (tengah) berkata Putrajaya perlu bertanggungjawab ke atas kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di penjara. –

PKR hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab mengenai kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di penjara.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, isu kesihatan bekas ketua pembangkang itu bukan perkara baharu dan pengabaian kesihatan Anwar merupakan satu isu yang sangat besar.

"Saya kira kerajaan persekutuan harus lebih bertanggungjawab untuk memastikan hak asasi seseorang yang berasa dalam penjara itu tetap akan diberikan.

"Dan isu rawatan adalah satu isu yang besar dan berlarutan terlalu lama dan saya kira perdana menteri dan menteri dalam negeri yang juga timbalan perdana menteri pada hari ini harus bertanggungjawab.

"Sekiranya keadaan lebih serius (kesihatan Anwar) mereka harus ambil tanggungjawab ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu korban sumbangan kerajaan negeri di perkarangan bangunan Sultan Idris Shah, di Shah Alam, Selangor hari ini.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berlepas ke Amerika Syarikat (AS) pada Isnin dalam usaha memberikan tekanan kepada Putrajaya agar membenarkan ayahnya melakukan pembedahan kerana kecederaan bahu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukannya kerana panel doktor yang merawat Anwar mencadangkan pembedahan segera tetapi Putrajaya dilihat seperti melambat-lambatkannya.

Minggu lalu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama Nurul Izzah dan seorang lagi anaknya, Nurul Nuha Anwar.

Sementara itu, Azmin yang juga menteri besar Selangor menjamin kerajaan negeri juga akan bersedia memberikan perkhidmatan kepada Anwar.

Beliau berkata ini termasuklah membawa Anwar ke hospital untuk mendapatkan pandangan kedua mengenai kesihatan beliau.

Bagaimanapun dakwaan mengenai pengabaian rawatan kesihatan Anwar disangkal Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr S Jeyaindran.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider menerusi satu teks pesanan ringkas yang Anwar ketika ini dirawat oleh satu panel dianggotai 14 konsultan, semuanya cukup berpengalaman.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

PM, TPM perlu bertanggungjawab mengenai kesihatan Anwar, kata Azmin

Mohamed Azmin Ali (tengah) berkata Putrajaya perlu bertanggungjawab ke atas kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di penjara. – Gambar The Malaysian Insider olen Wan Asraf, 18 September, 2015.Mohamed Azmin Ali (tengah) berkata Putrajaya perlu bertanggungjawab ke atas kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di penjara. – Gambar The Malaysian Insider olen Wan Asraf, 18 September, 2015.
PKR hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab mengenai kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di penjara. Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, isu kesihatan bekas ketua pembangkang itu bukan perkara baharu dan pengabaian kesihatan Anwar merupakan satu isu yang sangat besar.
"Saya kira kerajaan persekutuan harus lebih bertanggungjawab untuk memastikan hak asasi seseorang yang berasa dalam penjara itu tetap akan diberikan.

"Dan isu rawatan adalah satu isu yang besar dan berlarutan terlalu lama dan saya kira perdana menteri dan menteri dalam negeri yang juga timbalan perdana menteri pada hari ini harus bertanggungjawab. "Sekiranya keadaan lebih serius (kesihatan Anwar) mereka harus ambil tanggungjawab ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu korban sumbangan kerajaan negeri di perkarangan bangunan Sultan Idris Shah, di Shah Alam, Selangor hari ini.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berlepas ke Amerika Syarikat (AS) pada Isnin dalam usaha memberikan tekanan kepada Putrajaya agar membenarkan ayahnya melakukan pembedahan kerana kecederaan bahu.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukannya kerana panel doktor yang merawat Anwar mencadangkan pembedahan segera tetapi Putrajaya dilihat seperti melambat-lambatkannya.
Minggu lalu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama Nurul Izzah dan seorang lagi anaknya, Nurul Nuha Anwar.
Sementara itu, Azmin yang juga menteri besar Selangor menjamin kerajaan negeri juga akan bersedia memberikan perkhidmatan kepada Anwar.
Beliau berkata ini termasuklah membawa Anwar ke hospital untuk mendapatkan pandangan kedua mengenai kesihatan beliau.
Bagaimanapun dakwaan mengenai pengabaian rawatan kesihatan Anwar disangkal Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr S Jeyaindran.
Beliau memberitahu The Malaysian Insider menerusi satu teks pesanan ringkas yang Anwar ketika ini dirawat oleh satu panel dianggotai 14 konsultan, semuanya cukup berpengalaman.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pm-tpm-perlu-bertanggungjawab-mengenai-kesihatan-anwar-kata-azmin#sthash.msaEp4X9.dpuf

Malaysia kini bahaya kerana kepimpinan Najib, kata wartawan veteran

Posted: 18 Sep 2015 07:30 PM PDT

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin berkata, kes pembunuhan saban hari semakin menjadi-jadi dan menjadi misteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.

Published: 19 September 2015.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin berkata, kes pembunuhan saban hari semakin menjadi-jadi dan menjadi misteri.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin berkata, kes pembunuhan saban hari semakin menjadi-jadi dan menjadi misteri

Menyifatkan negara kini dilihat semakin berbahaya dan tidak selamat, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais bukan lagi kes luar biasa.

Menulis di dalam blognya The Scribe, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, kes pembunuhan saban hari semakin menjadi-jadi dan menjadi misteri.

"Selama 46 tahun menjadi wartawan saya melaporkan dan membaca banyak kejadian aneh: manusia hilang tanpa kesan, tauke India dibunuh tetapi pembunuh tidak diketahui, wanita asing diledakkan dan macam-macam lagi.

"Yang terbaru Timbalan Pendakwa Raya (DPP) (Anthony Kevin Morais) diculik di tengah-tengah kemewahan Bangsar dan mayat beliau ditemui di Subang Jaya," kata Kadir dalam tulisan di blognya hari ini.

Menurut Kadir, turut sewaktu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, beliau bebas untuk memandu sendirian, berbeza dengan Datuk Seri Najib Razak pada masa kini.

"Masa itu (Dr Mahathir) pun ada ancaman. Pada awal tahun 1980-an pasukan bersenjata komunis masih cergas dan kegiatan kongsi gelap meluas.

"Tetapi kini, pada saat negara kita diuar-uarkan akan menjadi negara pendapatan tinggi menjelang tahun 2020, polis menasihati Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak jangan memandu sendiri atas alasan keselamatan.

"Hanya sekali beliau dibenarkan memandu sendiri ke Hotel Majestic".

Kadir turut membuat kesimpulan, kejadian yang dulu dianggap luar biasa sekarang sudah tidak luar biasa lagi.

"Malah sudah jadi biasa. Wanita jelita dan DPP dibunuh sensasi. Pengarang media bawa senjata api. Hak menjawab dalam akhbar tidak lagi diamalkan. Manusia takut hingga cakap pun berbisik-bisik."

Bukan sahaja itu, beliau turut mempersoalkan khabar angin adanya pengarang media massa arus perdana yang dikhabarkan membawa senjata api.

"Kalau pengarang media massa arus perdana mengakui tentang betapa bahayanya negara sehingga terpaksa membawa senjata api, apakah kita hendak mempertikaikannya?" soalnya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Umie Aida harap suaminya Khairuddin yang ditahan polis selamat OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 18 Sep 2015 07:00 PM PDT



 
Published: 19 September 2015.

Aktres Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali dalam Iaman Instagramnya, mengharapkan suaminya yang juga bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dapat dibebaskan esok. –

Aktres Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali dalam Iaman Instagramnya, mengharapkan suaminya yang juga bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dapat dibebaskan esok. –

Sejurus selepas polis menahan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, isterinya Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali memuat naik gambar dan entri mengenai penangkapan tersebut di Instagram.

Aktres yang lebih dikenali sebagai Umie Aida itu menulis di Iaman Instagram, suaminya yang juga bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan ditahan polis di bawah Seksyen 124C, Akta Hasutan 1948.

Dalam gambar yang dimuat naik itu kelihatan Khairuddin yang berbaju biru sempat menunjukkan isyarat "peace".

"Suami saya ditahan di atas Akta 124C. Semoga esok dapat diselesaikan dengan baik.

"InsyaAllah... me (saya) doakan Allah melindungi mu... Aamin," kata Umie melalui Instagramnya.

Terdahulu peguam Khairuddin, Matthias Chang mengesahkan kepada The Malaysian Insider mengenai penangkapan tersebut.

 
Pihak polis menahan Khairuddin di rumahnya malam tadi selepas menyekatnya ke luar negara.

Tangkapan tersebut dipercayai berhubung laporan antarabangsa yang dibuatnya terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Awal hari ini The Malaysian Insider melaporkan Khairuddin disekat ke New York dan London, serta diarahkan ke Bukit Aman untuk diambil keterangan Isnin depan.

Khairuddin merupakan antara pemimpin yang lantang menkritik skandal 1MDB dan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam syarikat bermasalah tersebut. –


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Pelaku Dosa Tanpa Noktah PINJAM 3 MINIT

Posted: 18 Sep 2015 06:30 PM PDT

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
 sejadah untuk pesakit sendi
- USTAZ AZHAR IDRUS..

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.

- Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."

- Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.


- Datuk Ismail Kamus..

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat.

- ustaz haslin baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun"


- Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.

-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"

- Sheikh Abdullah Jahaf...

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.

-Ustaz Dasuki Rani..

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah


- TG Harun Din"..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.

-Ustaz Pahrol...

Rasulullah bersabda,


Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.



SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSIKAN DGN ORANG LAIN

Khairuddin disiasat polis kerana serah bukti 1MDB kepada pihak berkuasa Switzerland

Posted: 18 Sep 2015 06:00 PM PDT


Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata pihak polis memanggilnya bagi mengambil keterangan berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.
 
Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata pihak polis memanggilnya bagi mengambil keterangan berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland.

Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata pihak polis memanggilnya bagi mengambil keterangan berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland

Pihak polis memanggil bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke Bukit Aman pada Isnin depan kerana tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung skandal membabitkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam akaun Facebooknya, Khairuddin berkata pihak polis memanggilnya bagi mengambil keterangan berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland.

"Saya dipanggil untuk proses siasatan di ibu pejabat PDRM Bukit Aman pada hari Isnin depan jam 11 pagi.

"Tadi apabila saya menanya melalui perbualan telefon dengan pegawai siasatan tersebut beliau mengesahkan bahawa saya akan disoal-siasat oleh pihak polis kerana menghantar bahan bukti kes skandal 1MDB kepada pejabat Peguam Negara Switzerland," kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu dalam kenyataan hari ini.

Pada 20 Ogos lalu, Khairuddin mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank negara itu dan beberapa bank antarabangsa.

Khairuddin mempersoalkan bentuk tekanan terbaru yang diberikan pihak berkuasa Malaysia dan mempertahankan tindakannya tersebut adalah demi menegakkan kebenaran.

"Sebelum ke Bukit Aman Isnin depan, saya ingin tanya pihak PDRM apakah tindakan saya mengikut lunas undang-undang untuk menyerah bahan bukti yang sama saya hantar kepada pihak polis di negara kita ke pejabat Peguam Negara di Bern, Switzerland itu menyalahi undang-undang? Adakah tindakan saya ini boleh dianggap sebagai jenayah?

"Saya mempunyai hak untuk membuat laporan di mana-mana negara di serata dunia dengan syarat mengikut lunas undang-undang antarabangsa," katanya.

Beliau juga berkata sistem undang-undang negara sudah terbalik apabila tiada tindakan diambil terhadap pesalah sebaliknya beliau pula kini menjadi mangsa.

"Undang-undang di tanah air kita dah jadi undang-undang 'tungging-terbalik' dan pihak penguat kuasa di Malaysia tidak mahu bertindak.

"Jadi, apakah tindakan saya untuk melaporkan kepada peguam negara di Switzerland satu kesalahan jenayah?" soalnya.

Khairuddin juga berkata akan hadir ke Bukit Aman pada Isnin ini dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya.

Sebelum ini, Khairuddin mendapatkan bantuan penyiasat antarabangsa berhubung siasatan 1MDB dengan membuat laporan polis di London terhadap firma itu dan rakan usaha samanya PetroSaudi International bagi dakwaan pengubahan wang haram.

Khairuddin juga membuat laporan dengan polis Perancis terhadap 1MDB dan mendakwa polis London pernah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya siasatan sedang dijalankan.

Terbaru, beliau memohon pihak berkuasa Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan menyeluruh mengenai sumber kewangan beberapa syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

1MDB adalah idea Najib dan perdana menteri juga pengerusi lembaga penasihat syarikat yang dibebani hutang itu dan juga menteri kewangan. 
 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairuddin-disiasat-polis-kerana-serah-bukti-1mdb-kepada-pihak-berkuasa-

Khairuddin disiasat polis kerana serah bukti 1MDB kepada pihak berkuasa Switzerland

Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata pihak polis memanggilnya bagi mengambil keterangan berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata pihak polis memanggilnya bagi mengambil keterangan berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.Pihak polis memanggil bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke Bukit Aman pada Isnin depan kerana tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung skandal membabitkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam akaun Facebooknya, Khairuddin berkata pihak polis memanggilnya bagi mengambil keterangan berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland.
"Saya dipanggil untuk proses siasatan di ibu pejabat PDRM Bukit Aman pada hari Isnin depan jam 11 pagi.

"Tadi apabila saya menanya melalui perbualan telefon dengan pegawai siasatan tersebut beliau mengesahkan bahawa saya akan disoal-siasat oleh pihak polis kerana menghantar bahan bukti kes skandal 1MDB kepada pejabat Peguam Negara Switzerland," kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu dalam kenyataan hari ini. Pada 20 Ogos lalu, Khairuddin mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank negara itu dan beberapa bank antarabangsa.
Khairuddin mempersoalkan bentuk tekanan terbaru yang diberikan pihak berkuasa Malaysia dan mempertahankan tindakannya tersebut adalah demi menegakkan kebenaran.
"Sebelum ke Bukit Aman Isnin depan, saya ingin tanya pihak PDRM apakah tindakan saya mengikut lunas undang-undang untuk menyerah bahan bukti yang sama saya hantar kepada pihak polis di negara kita ke pejabat Peguam Negara di Bern, Switzerland itu menyalahi undang-undang? Adakah tindakan saya ini boleh dianggap sebagai jenayah?
"Saya mempunyai hak untuk membuat laporan di mana-mana negara di serata dunia dengan syarat mengikut lunas undang-undang antarabangsa," katanya.
Beliau juga berkata sistem undang-undang negara sudah terbalik apabila tiada tindakan diambil terhadap pesalah sebaliknya beliau pula kini menjadi mangsa.
"Undang-undang di tanah air kita dah jadi undang-undang 'tungging-terbalik' dan pihak penguat kuasa di Malaysia tidak mahu bertindak.
"Jadi, apakah tindakan saya untuk melaporkan kepada peguam negara di Switzerland satu kesalahan jenayah?" soalnya.
Khairuddin juga berkata akan hadir ke Bukit Aman pada Isnin ini dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya.
Sebelum ini, Khairuddin mendapatkan bantuan penyiasat antarabangsa berhubung siasatan 1MDB dengan membuat laporan polis di London terhadap firma itu dan rakan usaha samanya PetroSaudi International bagi dakwaan pengubahan wang haram.
Khairuddin juga membuat laporan dengan polis Perancis terhadap 1MDB dan mendakwa polis London pernah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya siasatan sedang dijalankan.
Terbaru, beliau memohon pihak berkuasa Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan menyeluruh mengenai sumber kewangan beberapa syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB.
1MDB adalah idea Najib dan perdana menteri juga pengerusi lembaga penasihat syarikat yang dibebani hutang itu dan juga menteri kewangan. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairuddin-disiasat-polis-kerana-serah-bukti-1mdb-kepada-pihak-berkuasa-swi#sthash.KaeRVSlI.dpuf

AMARAN KEPADA NAJIB? Orang jahat kena tangkap, tak boleh biar - Muhyiddin

Posted: 18 Sep 2015 05:30 PM PDT


uu

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia mengamalkan kedaulatan undang-undang dan akan menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan.

Justeru itu, beliau berkata, hasil siasatan 1MDB sepatutnya didedahkan untuk mengetahui siapa yang bersalah berhubung dakwaan skandal kewangan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, sesiapa yang didapati bersalah tidak akan terlepas daripada hukuman yang termaktub dalam undang-undang.

"Macam 1MDB, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah siasat, Bank Negara dah siasat, polis dah siasat, peguam negara sepatutnya dah selesai (siasat).

"Kalau semua dah siasat kita tengok siapa salah.


"Kalau ada orang yang salah, beritahu (sama ada) orang itu salah atau tak. Kalau dia salah mesti ada penjara, hukuman. Malaysia negara yang ikut kedaulatan undang-undang.

"Kalau curi wang pun kena tangkap, curi ayam pun kena tangkap. Semua orang buat jahat kena tangkap. Tak boleh biar," katanya sambil mendapat tepukan kira-kira 100 orang hadirin.

Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam majlis perjumpaan bersama masyarakat Cina di Parlimen Pagoh hari ini.-MalaysiaKini

Pembunuhan Kevin Morais, negara dalam BAHAYA - Oleh Mohd Anuar Tahir

Posted: 18 Sep 2015 05:00 PM PDT


 Pembunuhan Kevin Morais, negara dalam BAHAYAPenemuan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dalam keadaan bersimen dalam tong dram, meletakkan seluruh rakyat Malaysia dalam keadaan gelisah.

Ini bukan kali pertama kes pembunuhan berprofil tinggi berlaku di negara ini, malah ia memberi petunjuk jelas tahap keselamatan di negara ini berada pada tahap sangat membimbangkan. Sepertinya kumpulan ala mafia sedang berleluasa di negara ini.

Berdasarkan maklumat Morais dikenali sebagai seorang yang sangat dedikasi dalam menjalankan tugas khususnya dalam soal memerangi rasuah. Pembunuhan kejam ke atasnya juga memberi gambaran betapa gejala rasuah di dalam negara semakin membarah.

Bagi pihak Parti Amanah Negara (Amanah), kami bersimpati dan mengambil berat soal keselamatan penjawat awam. Mereka sedaya upaya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan integriti, namun terpaksa pula berhadapan dengan cabaran seperti ini.

Oleh itu, kami mendesak supaya satu siasatan menyeluruh dilakukan. Kumpulan penyiasat juga harus diberi ruang sepenuhnya tanpa gangguan daripada mana-mana pihak bagi mengheret dalang sebenar pembunuhan ini ke muka 
pengadilan.

99

Kita juga menuntut satu pendirian tegas perdana menteri dan menteri dalam negeri dalam usaha memerangi jenayah profil tinggi seperti ini. Kembalikan keyakinan rakyat terhadap isu keselamatan negara ini.

Akhir sekali, kami mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan semoga tabah menghadapi ujian ini. Di pihak Amanah, kami turut merasai kehilangan itu.-TMI

TERKINI - Selepas Disekat Ke Luar Negara, Khairuddin Ditahan Polis Kerana 1MDB

Posted: 18 Sep 2015 04:15 PM PDT



Pihak polis malam ini menahan pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di rumahnya selepas menyekatnya dari ke luar negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.

Pihak polis malam ini menahan pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di rumahnya selepas menyekatnya dari ke luar negara, tangkapan tersebut dipercayai berhubung laporan antarabangsa yang dibuatnya terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Awal hari ini The Malaysian Insider melaporkan Khairuddin disekat dari ke New York dan London, serta diarahkan ke Bukit Aman untuk diambil keterangan Isnin depan.

"Ya, Khairuddin ditangkap dirumahnya," kata peguamnya, Matthias Chang kepada The Malaysian Insider selepas dihubungi bagi mengesahkan tangkapan tersebut.

Khairuddin ketika ini sedang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Sumber memberitahu Khairuddin mungkin ditahan di bawah Akta Hasutan.

Sebelum ini, Khairuddin mendapatkan bantuan penyiasat antarabangsa berhubung siasatan 1MDB dengan membuat laporan polis di London terhadap firma itu dan rakan usaha samanya PetroSaudi International bagi dakwaan pengubahan wang haram.

Khairuddin juga membuat laporan dengan polis Perancis terhadap 1MDB dan mendakwa polis London pernah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya siasatan sedang dijalankan.

Beliau juga mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank Switzerland dan beberapa bank antarabangsa.

Terbaru, beliau memohon pihak berkuasa Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan menyeluruh mengenai sumber kewangan beberapa syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

1MDB adalah idea Najib dan perdana menteri juga pengerusi lembaga penasihat syarikat yang dibebani hutang itu dan juga menteri kewangan.

- themalaysianinsider

Skandal 1MDB: Khairuddin & Mathhias DIHALANG keluar negara

Posted: 18 Sep 2015 09:00 AM PDT


gg

PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dilarang meninggalkan negara ini, dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahannya mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut ahli perniagaan itu, beliau hanya mengetahui mengenai tindakan disenarai hitam terhadapnya oleh Jabatan Imigresen pada awal pagi Jumaat.

"Saya sepatutnya berlepas ke New York serta London pada pukul 10.30 pagi hari ini tetapi telah dilarang, disekat dan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Pada pukul 8 pagi, saya pergi ke ibu pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya untuk mendapatkan penjelasan daripada bahagian keselamatan pasport, tetapi malangnya pihak pegawai imigresen hanya memaklumkan bahawa ini adalah atas arahan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman," katanya menerusi status di Facebooknya pada Jumaat.

Turut disekat ke luar negara ialah peguamnya, Matthias Chang.

Tambah Khairuddin, hasil pemeriksaannya di Jabatan Imigresen, beliau dimaklumkan larangan ke luar negara terhadapnya dibuat atas alasan 'sebab-sebab khas'.

Susulan itu menurut Khairuddin, beliau diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung skandal syarikat pelaburan kerajaan berkenaan.

"Saya dipanggil untuk proses siasatan pada pukul 11 pagi, Isnin depan. Melalui perbualan telefon dengan pegawai siasatan, beliau mengesahkan bahawa saya akan disoal-siasat kerana menghantar bahan bukti kes skandal 1MDB kepada pejabat Peguam Negara Switzerland.

"Adakah tindakan saya ini boleh dianggap sebagai jenayah. Saya mempunyai hak untuk membuat laporan di mana-mana negara di serata dunia dengan syarat mengikut lunas undang-undang antarabangsa," katanya.

Sebelum ini Khairuddin bertindak menyerahkan semua bukti yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB kepada pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.

Khairuddin sebelum itu pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana mendakwa berlaku ketirisan dalam pentadbiran 1MDB.-Mstar

 
 

Dah Mula Ada TOYOL...???

Posted: 18 Sep 2015 08:15 AM PDT

Mafiaboss Melayu II's photo.

Bayaran hampir AS$1 bilion lagi daripada 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu (UAE) didakwa hilang, menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ).

Memetik pihak yang mengetahui perkara itu, harian kewangan antarabangsa itu melaporkan dakwaan kehilangan AS$993 juta itu dibangkitkan oleh pegawai-pegawai di Abu Dhabi.


WSJ melaporkan pegawai 1MDB dan IPIC tidak mengulas pertanyaan berkaitan perkara itu.


Minggu lalu, WSJ juga melaporkan IPUC tidak menerima AS$1.4 bilion daripada 1MDB.


Dengan dakwaan terbaru ini, jumlah transaksi keseluruhan yang dikatakan hilang antara dua syarikat itu dikatakan sebanyak AS$2.4 bilion.

VIDEO - Yang bermasalah & punca segala masalah ia lah NAJIB, BUKAN CINA Oleh Shahbudin Husin

Posted: 18 Sep 2015 07:30 AM PDT




Yang bermasalah & punca segala masalah ia lah NAJIB, BUKAN CINAApakah sebetulnya masalah sebenar dalam negara kita sekarang ini?

Satu-satunya sebab himpunan baju merah diadakan ialah untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak yang sedang bermasalah. 

Tidak perlu dihuraikan lagi apa sebenarnya masalah Najib sejak dulu hingga kini kerana seluruh dunia sudah memperkatakannya.

Masalah Najib tidak saja ditulis di media-media antarabangsa dan diterbitkan dalam bentuk rencana video untuk siaran televisyen, tetapi juga sudah menjadi fokus utama forum di peringkat antarabangsa.

Daripada UMNO jadi bergolak sekarang dan kemudian muncul pelbagai himpunan untuk menyatakan sokongan terhadapnya, kini masalah Najib sudah bertukar menjadi beban kepada negara pula.

Hanya kerana ingin mempertahankan Najib, hubungan kaum sudah jadi retak dan tidak seharmoni dulu lagi. Semuanya kerana perhimpunan baju merah yang bercorak perkauman dan menghina kaum lain telah dibenarkan berlaku seolah-olah penolakan terhadap Najib adalah berasaskan kehendak satu-satu kaum saja.

Hello...sedarlah bahawa orangramai menolak dan ingin menyingkirkan Najib bukan kerana bangsa dan keturunannya, tetapi disebabkan perangai dan kepimpinannya yang tidak boleh diterima lagi.

yy

 DENGAR PENJELASAN DATO THAMRIN TUN GHAFAR

Daripada 2009 sehinggalah sekarang, melalui satu demi satu masalah yang timbul, tiada sedikit habuk pun kebencian dan rasa menyampah rakyat terhadap Najib berpunca daripada kedudukannya sebagai seorang yang berbangsa Melayu.

Lihatlah kembali satu demi satu masalah yang timbul berkaitan Najib, adakah disebabkan darah Melayunya atau onar kepimpinannya?

Jadi, apa kena mengena dengan maruah Melayu, Melayu bangkit, melakukan keganasan dan kemudian ingin hak memiliki tapak berniaga di Jalan Petaling diselitkan dalam himpunan baju merah yang pada asasnya hanya untuk mempertahankan Najib?

Kenapa baru sekarang tapak berniaga di Jalan Petaling hendak dihebohkan?

Siapa yang jadi kerajaan dan agensi mana yang mengeluarkan lesen perniagaan di Jalan Petaling itu?

Jangan lupa juga tanya dengan Najib, sejak menjadi Perdana Menteri, kenapa Jalan Petaling antara tempat yang paling kerap dilawatinya?

Selain itu, bukankah kawasan perniagaan Cina itu sudah lama muncul dan ada di seluruh dunia pun? Kenapa hanya di ketika Najib hampir lemas sekarang baru tuntutan mahu meniaga di Jalan Petaling ini digegak-gempitakan dan tidak sejak dulu lagi?

rr
Tetapi dengan berlakunya himpunan baju merah dan keganasan yang dicetuskan di Jalan Petaling, keharmonian kaum dalam negara kita boleh dikatakan sudah hancur dan musnah. 

Ia menjadi lebih buruk kerana di sebalik semua kemusnahan itu tersembunyi segala isu berkaitan Najib di dalamnya.

Jika bukan Najib sebagai Perdana Menteri, tiada pembaziran, tiada kemewahan, tiada karenah isterinya yang berlebih-lebihan, tiada skandal 1MDB dan tiada derma RM2,600 juta yang sehingga kini tidak mampu dijelaskannya, mungkin semua yang berlaku sekarang tidak terjadi di depan mata kita.

Bersih 4 jelas tidak bercorak perkauman dan semua bangsa kelihatan menghadirinya. 

Tuntutannya juga untuk kepentingan semua kaum, tetapi kenapakah reaksi balasnya melalui himpunan baju merah dialihkan kepada Melayu bangkit, maruah Melayu, Melayu tercabar dan sebagainya?

Orang Melayu juga ramai yang mahukan Najib berundur. 

Orang Cina menolak Najib kerana mahu menggantikannya dengan pemimpin Melayu yang lain dan orang Melayu juga menolak Najib kerana inginkan tokoh Melayu lain menggantikannya.

Pernahkah kita dengar jika Najib disingkirkan, pemimpin Cina sebagai gantinya?
Maka, di mana rasisnya menolak dan menyingkirkan Najib itu?
qq
Himpunan baju merah pada asasnya tidak dapat disembunyikan daripada hakikat untuk menunjukkan sokongan dan mempertahankan Najib Razak semata-mata tetapi telah ditukar corak menjadi perkauman dan Kemelayuan dengan harapan semua Melayu terkaut sama dengannya.

Cubalah dengar apa kata penganjur dan semua pemimpin yang berucap di pentas Padang Merbok tempohari. 

Semuanya memuji Najib dan mempertahankan seolah-olah beliau masih kuat sokongannya sehingga sesiapa yang memakai pakaian merah pada hari tersebut juga diangggap menyokong Perdana Menteri.

Melayu sebenarnya tiada masalah dengan orang Cina dan begitulah juga sebaliknya. Semua kita saling memerlukan antara satu sama lain sejak dulu lagi. Kita tidak boleh hidup sendirian dan kemajuan seperti sekarang juga tidak mungkin dapat dicapai melalui usaha satu-satu kaum saja.

Peserta himpunan baju merah sendiri bukan saja memerlukan kaum Cina sebagai rakan kongsi, malah menempah baju T, membeli garam, kicap, pisau cukup untuk kegunaan seharian juga mungkin di kedai orang Cina.
Masalah kita dan punca segala masalah kita sebenarnya ialah Najib. Masalah kita tidak sesekali orang Cina dan bukan juga ada kena mengena dengan maruah bangsa kita sendiri.
Buang dan singkirkan punca masalah ini, selesailah semuanya. Tak perlu kalut-kalut dengan ancaman Cina, Melayu bangkit, maruah Melayu, mahukan tapak berniaga di Jalan Petaling dan sebagainya.-BlogSpot

 

Tampar Imam: Polis Dedah Dakwaan Dari Suspek Mengapa Dia Berbuat Dimikian By canang

Posted: 18 Sep 2015 07:00 AM PDT


KUALA LUMPUR, 18 Sept: Berikutan kes seorang lelaki menampar Imam Masjid Negara tengahhari tadi, pihak polis membuat pengesahan telah menahan seorang warganegara India yang bertanggungjawab menambar Imam terbabit.


Polis berkata suspek seolah-olah seperti tidak waras dan bercakap seorang diri. Selain itu suspek juga mendakwa beliau mendegar suara halus yang memintanya menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung. 


"Siasatan mendapati suspek yang berusia 31 tahun itu seolah-olah tidak waras kerana dilihat bercakap seorang diri.
"Suspek mendakwa bahawa beliau mendengar suara halus yang memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah memetik laporan dari TheRakyatPost.
Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan seterusnya.

BACA : Video & Gambar : Imam Masjid Negara Ditampar ketika Solat Jumaat

Polis berkata suspek seolah-olah seperti tidak waras dan bercakap seorang diri. Selain itu suspek juga mendakwa beliau mendegar suara halus yang memintanya menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung.

"Siasatan mendapati suspek yang berusia 31 tahun itu seolah-olah tidak waras kerana dilihat bercakap seorang diri.

"Suspek mendakwa bahawa beliau mendengar suara halus yang memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah memetik laporan dari TheRakyatPost.

Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan seterusnya.  - Siakapkeli.my

Allah maha mngetahui wlpn tlepas dr hukuman duniawi

Posted: 18 Sep 2015 06:30 AM PDT

Haffiez Ruslan
 Persoalan nya knp mati begitu misteri dgn mngejut, 
apa motifnya???
Suara Rakyat's photo.

THE THREE OLD STOOGES !!

Posted: 18 Sep 2015 05:45 AM PDT

Megat Farish's photo.

Andai mereka ini suatu hari
Dapat bertahaluf syasi ..

Eloklah di beri gelaran three stogges
Sorang pakar jual nama mahluk
Halus..

Sorang pakar jual agama

Sorang pakar jual melayu.

Dr. MAZA Disiasat Kerana Menghasut Di FB

Posted: 18 Sep 2015 05:00 AM PDT



Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedang disiasat polis atas kesalahan menghasut - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedang disiasat polis atas kesalahan menghasut.

Menurut laporan The Malaysian Insider, polis mengesahkan mereka sudah membuka kertas siasatan awal di bawah Akta Hasutan.

Ia katanya selepas merakamkan kenyataan wartawan yang menulis laporan mengenai satu kenyataannya yang di muat naik ke laman Facebook sejurus sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih 4, pada bulan lalu.

Kenyataan itu antara lain merujuk kepada peserta perhimpunan sebagai wira dan semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh pejuang pembebasan Argentina, Che Guevara tanpa merujuk kepada mana-mana perhimpunan.

Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 32 jam bermula 29 Ogos lalu yang diisytiharkan haram oleh polis dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang telus.

Turut disiasat adalah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.


- astroawani

Orang Melayu Tidak Berdiam Diri Apabila - kata Cabar

Posted: 18 Sep 2015 04:15 AM PDT

Mafiaboss Melayu II's photo.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang Melayu tidak akan berdiam diri sebaliknya bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka apabila dicabar.

"Apabila maruah kita (orang Melayu) dicabar, adakah kita mahu terus ditolak ke dinding dan kita berdiam diri. 

Jangan harap itu berlaku, kita akan bangkit menjaga maruah dan sahsiah kita," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Pengurusan Sempadan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok.

Turut hadir Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian semasa merujuk kepada Himpunan Rakyat Bersatu anjuran Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) dan disertai ahli 250 badan bukan kerajaan (NGO) lain di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya walaupun polis menyatakan perhimpunan itu disertai kira-kira 35,000 orang, tetapi beliau berpendapat jumlahnya jauh lebih besar hingga mencecah 150,000 orang.


Dalam pada itu, beliau mengingatkan pihak yang menganjurkan perhimpunan sebanyak 4 kali sebelum ini supaya tidak menganggap mereka mendapat sokongan majoriti sehingga menafikan golongan majoriti yang senyap. 

"Apa-apa sahaja yang berlaku, akan ada tindak balasnya," kata beliau.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata kementerian dan Polis DiRaja Malaysia akan terus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mahu merobek keselamatan dan ketenteraman awam serta negara," katanya sambil meminta semua pihak di negara ini supaya menghormati antara satu sama lain.

Pas sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kpd Pakatan Baru..?

Posted: 18 Sep 2015 03:30 AM PDT

Asri Asri's photo.

Harapan untuk melihat Pas bersama Pakatan Baru nampaknya hampir berkubur.

Dengan ketegasan yg diperlihat oleh hj hadi adalah sukar untuk melihat 

Pas akan bersama Pakatan Baru kecuali Pkr dan Dap sanggup menolak Amanah.

Asri Asri's photo.
Asri Asri's photo.
Asri Asri's photo.

Imam Dua Masjid Negara Ditampar Ketika Rakaat Pertama Solat Jumaat Sebentar Tadi

Posted: 18 Sep 2015 02:45 AM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai berketurunan Arab ditahan pihak polis kerana menampar muka Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim hari ini.

Kejadian berlaku ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat dan ia terhenti ketika rakaat pertama.

Menurut Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Yusof Ahmad, lelaki itu dipercayai bergerak mencelah beberapa saf ketika jemaah lain sedang bersolat sebelum menampar Zuhairee yang memimpin solat, memaksa solat dihentikan.

"Saya ingat Imam tersangkut pada bacaannya. Secara tiba-tiba entah dari mana lelaki Arab itu muncul dan terus menampar Imam", jelasnya.

Lelaki itu kemudian cuba melarikan diri keluar dari dewan solat utama sambil melaung-laungkan perkataan berbahasa Arab, bagaimanapun tersadung pada tripod kamera sebelum ditangkap oleh jemaah yang berhampiran.

Dia seterusnya dibawa oleh beberapa jemaah dibantu anggota pengawal keselamatan masjid ke pondok pengawal sementara menunggu pihak polis tiba.

Tiada kecederaan serius terhadap Imam Zuhairee dan beliau kembali untuk mendirikan semula solat Jumaat yang tergendala.

Sejurus selesai solat, jemaah berpusu-pusu ke pondok pengawal dan ada yang berkesempatan untuk merakam wajah lelaki terbabit yang dikawal ketat pihak pengawal keselamatan dan ahli jawatankuasa masjid serta anggota polis trafik.

Anggota polis tiba sekitar jam 2.10 petang dan membawa lelaki itu ke balai berhampiran.

----------------------------






Suasana solat jumaat sebentar tadi di Masjid Negara berlaku sedikit kekecohan apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa arab telah bertindak menampar imam ke-2 masjid ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat.

Kejadian berkenaan berlaku ketika solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.

Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.



Orang ramai dikatakan telah bertindak menangkap lelaki berkenaan dan berlaku sedikit kekecohan diluar masjid ketika lelaki tersebut hendak diserahkan kepada polis.

[TERKINI] Seorang lelaki ditahan kerana menampar muka Imam 2 Masjid Negara sewaktu solat Jumaat.pic.twitter.com/2M83Vj3vBX

Bagaimanapun sehingga kini kami belum dapat mengetahui punca lelaki berkenaan bertindak demikian. Berita selanjutnya akan dikemaskini.

Anina mohon mahkamah bekukan aset Najib

Posted: 18 Sep 2015 02:00 AM PDT



Bekas wanita Umno Langkawi Anina Saadudin terus mengasak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di mahkamah.

Beliau hari ini memfailkan permohonan perintah injuksi mareva untuk membekukan aset presiden Umno dan perdana menteri.

Peguam Anina, Hanif Khatri Abdullah, memberitahu Malaysiakini, permohonan untuk membekukan aset Najib itu difailkan pada pagi ini.

Hanif berkata, pembekuan itu dipohon sehingga kes samannya pada Najib sebelum ini dibicarakan.

Anina sebelum ini, mendakwa ahli yang bertindak bagi pihak Umno, menuntut sebahagian daripada wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib kerana ia untuk kegunaan parti Melayu itu.

Langkah drastik itu membuatkan beliau dipecat. Pemecatan itu juga dicabar ke mahkamah.

Dalam kenyataannya hari ni, pembekuan itu, kata Ania, melibatkan penggunaan, pelupusan ataupun penyusutan sebarang asetnyanya.

Pembekuan dituntut juga melibatkan rumah Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur

Baju Merah 'undur Najib' sambut Dr M Zulaikha Zulkifli

Posted: 18 Sep 2015 01:15 AM PDT


Ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut oleh kira-kira 100 orang para penyokongnya.

Mereka terdiri daripada ahli PERKASA dan kumpulan yang memakai baju merah bertulis "undur Najib".

Mereka mula berkumpul di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 10 pagi dan membawa sepanduk bertulis "Tun, you are not alone" dan "welcome Tun M".

Turut kelihatan hadir untuk menyambut negarawan itu ialah Umi Hafilda Mohd Ali dan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Sebelum Dr Mahathir tiba, kumpulann tersebut menyanyikan lagu 'We Are The World' yang dinyanyikan oleh Micheal Jackson.

Lirik lagu tersebut bagaimanapun digubah dengan meletakkan nama 'Tun' dan Malaysia.

Negarawan itu tiba pada jam kira-kira 11.13 pagi selepas mengadakan lawatan ke beberapa negara termasuk Republik Czech dan kemudian menaiki kereta menuju ke arah penyokongnya.

Selepas itu, beberapa polis bantuan kemudian mula mengawal keadaan apabila media dan penyokong mula mengerumuni tokoh itu.

Selepas bertemu pemberita, Dr Mahathir kemudian bersalaman dengan penyokongnya sebelum beredar.

Berhimpun semata nak tunjuk GAH NYA MELAYU. t

Posted: 18 Sep 2015 12:30 AM PDT

Komeneh Gopen's photo.
Berhimpun semata nak tunjuk GAH NYA MELAYU. tapi apakah mereka sedar bahawa kini dan selamanya MELAYU LAH yg menipu melayu. pemimpin MELAYU yang bersikap rakus tamak dan Haloba membuatkan Negara ini yg majoritinya MELAYU kais pagi makan petang kerana ada nya MELAYU YG MENIPU MELAYU.

kemudian


MEREKA BERHIMPUN MENYATAKAN 
H I D U P
M E L A Y U....!!!