Khamis, 17 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Najib mahu minta maaf isu 'Cina Babi'? Salhan K Ahmad

Posted: 17 Sep 2015 11:00 PM PDT



Dalam perhimpunan BERSIH 3 pada April 2012 ada kisah wartawan dihambat, diterajang dan dihentam oleh polis.

Demi menjaga imejnya, Najib mencemar duli ke hospital untuk melawat wartawan yang terlibat.

Wartawan berkenaan menceritakan bagaimana perdana menteri tunduk dan membisikkan permohonan maaf ke telinganya.

Selain Najib, ketua polis negara waktu itu, Tan Sri Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga menunjukkan muka di hospital.

Ramai yang cedera akibat kekerasan polis menyuraikan peserta perhimpunan. Seramai 63 orang dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selepas perhimpunan 28 April itu.

Lain pula dengan perhimpunan pada hari Rabu.

 
Menurut pemimpin Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak amat gembira dengan perhimpunan kumpulan baju merah yang dianggarkan berjumlah sekitar 45,000 orang semalam.

Hanya tiga orang cedera fizikal, termasuk dua orang anggota polis.

Puncanya, kumpulan baju merah itu mengasak untuk masuk ke kawasan Jalan Petaling dan melakukan provokasi.

Tapi itu hanyalah luka yang nampak di mata. Dalam perhimpunan kali ini, cederanya bukan hanya di batang tubuh para peserta, petugas keselamatan atau orang yang lalu lalang.

Maka, mengapakah sakan benar Najib bergembira?

Dari pandangan kasar, tidak wajar bagi seorang perdana menteri Malaysia berasa gembira dengan perhimpunan untuk menunjukkan kekuasaan kaum seperti itu.

Apakah Najib pura-pura tidak tahu mengenai cacian dan ungkapan rasis dalam slogan yang dilaungkan oleh para peserta perhimpunan baju merah?

Bisikan apa yang boleh ditawarkannya kepada para wartawan yang digelar "Cina Babi" oleh peserta perhimpunan itu?

Najib sepatutnya sudah boleh membaca reaksi masyarakat bukan Melayu apabila timbul ura-ura untuk menjalankan perhimpunan yang berpotensi mengeruhkan hubungan kaum itu.

Presiden Umno itu sepatutnya awal-awal lagi sudah dapat menjelmakan imej dan tujuan sebenar perhimpunan tersebut, memandangkan beliau merestui perhimpunan berkenaan.

Beliau sepatutnya sejak awal-awal lagi mengeluarkan kenyataan jelas dan amaran keras agar para peserta tidak membawa slogan rasis.

Najib sepatutnya memberi jaminan kepada masyarakat bukan Melayu bahawa perhimpunan baju merah tidak akan melukakan mereka.





Tetapi nyatalah perkara itu tidak berlaku. Najib yang gemar menyebut istilah "wasatiyyah" itu seterusnya menggalakkan anggota Umno untuk turut serta berdemo dengan baju merah.

Sekarang, perdana menteri itu hanya mampu melihat betapa sentimen dari masyarakat Cina ini yang meluat dengan perhimpunan tersebut semakin berakar.

Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Najib mungkin sudah boleh mengira siapakah golongan Cina atau bukan Melayu yang masih boleh menyokongnya.

Luka di hati golongan ini mungkin tidak ada sebarang tanda-tanda. Mungkin ia tidak akan diungkap dengan kata-kata, tetapi hanya dengan tanda di kertas undi dalam pilihan raya umum akan datang.


Siapakah lagi yang boleh menyelamatkan Najib?

TOLAK PERBINCANGAN "MEJA BULAT" DENGAN PAS !

Posted: 17 Sep 2015 10:15 PM PDT

 
PAS tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat parti, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.
 
PAS tolak kerjasama dengan Amanah kerana mereka 'pengkhianat', kata Hadi

Published: 18 September 2015.

PAS tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat parti, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PAS tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat parti, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana "pengkhianatan", kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menyifatkan perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka, presiden PAS itu berkata pengkhianat parti lebih teruk daripada musuh.

Hadi berkata, PAS sedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak akan melakukan perkara sama terhadap pengkhianat parti.

"Orang yang khianat pada perjuangan tiada pilihan sama ada dia balik atau dihapuskan, dia bertaubat.

"Ini cara perjuangan Islam, tak boleh orang yang ada rekod khianat perjuangan, tak boleh sama sekali," katanya melalui rakaman video yang dikongsi melalui laman Facebook PAS.

Rakaman video tersebut merupakan sedutan sesi soal jawab antara Hadi dan peserta program Mukhayyam Tarbawi PAS kawasan Machang di Rusila, Terengganu pada 3 September lalu.

Dengan penegasan Hadi, terdapat kemungkinan PAS tidak akan menyertai pakatan pembangkang baharu yang bakal dianggotai Amanah, PKR dan DAP.

Beberapa pemimpin pembangkang kini sedang berusaha membawa masuk PAS ke dalam pakatan pembangkang baharu yang bakal dibentuk terutama bagi memastikan tiada pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya umum akan datang. – 18 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Khir Toyo mohon rayuan semula...??

Posted: 17 Sep 2015 09:30 PM PDT


Khir Toyo mohon rayuan semulaPUTRAJAYA 17 Sept. – Dr. Mohamad Khir Toyo (gambar) mengemukakan permohonan agar Mahkamah Rayuan mendengar semula rayuannya berhubung keputusan satu panel lain yang menjatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit, lapan tahun lalu.

Bekas Menteri Besar Selangor itu mengemukakan demikian atas alasan Mahkamah Rayuan terdahulu melakukan kesilapan serius dalam alasan penghakiman bertulis ketika mensabitkannya atas tuduhan tersebut.

Permohonan bagi pendengaran semula rayuannya dinyatakan dalam surat bertarikh 14 September lalu dan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuannya.

Permohonan itu dikemukakan melalui salah sebuah firma guaman yang mewakilinya, Tetuan Shafee & Co., dan salinan permohonan itu dipanjangkan kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohamad Khir memohon pendengaran semula rayuan di Mahkamah Rayuan kerana khuatir alasan penghakiman panel tiga hakim terdahulu akan diambil kira oleh Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan rayuan akhirnya.-Utusan


'Dendam Kesumat' tidak di dpt di sanggah lagi

Posted: 17 Sep 2015 09:00 PM PDT

Abe Is's photo.
Abe Is'Dendam Kesumat' tidak di dpt di sanggah lagi. Itu je mmpu aku rungkaikan ape yg terjadi pada 'Parti Ahli Serabut' ni. Pernah dlu kenyataan Almarhum Tok Guru Nik Aziz mahukan 'kerusi juga meja', semata2 mahu ambil alih Msia drp kerajaan UMNO. 
 Tapi sebaliknya ape yg berlaku hari ini, lawan PAS adalah PKR juga DAP. Tak mustahil juga PAN turut mnjd mangsa lawan mereka ini.
Parti Ahli Serabut ni makin lama makin jauh pesongnya. Pimpinan tak sehaluan, ada saja flip flop juga u-turn. Dulu mmperjuangkan dasarnya, sekarang 'membogelkan' dasarnya habis2an. 

Kalau begini la matlamat dan cara mereka berjuang, takkan ke mana2.

Ps: Teringat ucapan wakil orang felda, ckup tak suka Nik Amar ni, suka memporak perandakan agama. Katanya ayahandanya ckup baik berbanding Nik Amar, so tak mustahil la Nik Beduh ape kurangnya...

VIDEO - DAP bapa segala perkauman, kata PERKASA

Posted: 17 Sep 2015 08:30 PM PDT


Maruah Melayu tidak terancam, kata Pak Lah OLEH RAM ANAND

Posted: 17 Sep 2015 08:00 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata maruah Melayu tidak terancam, walaupun himpunan 'baju merah' dianjurkan semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 17 September, 2015.


Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata maruah Melayu tidak terancam, walaupun himpunan 'baju merah' dianjurkan semalam.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata maruah Melayu tidak terancam, walaupun himpunan 'baju merah' dianjurkan semalam..

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata maruah Melayu tidak terancam, walaupun himpunan "baju merah" dianjurkan semalam bagi mempertahankan maruah komuniti itu.

"Saya tidak rasa begitu," kata Abdullah kepada pemberita selepas menghadiri program di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur, hari ini.

"Sepanjang pengetahuan saya itu tidak berlaku sebegitu (maruah Melayu dicabar)," katanya.

Beliau bagaimanapun menambah, "Himpunan Rakyat Bersatu" semalam tidak berunsur perkauman.

Abdullah berkata, perhimpunan boleh dilakukan, sama ada Bersih atau "baju merah" selagi tidak menimbulkan kekacauan ataupun keganasan.

"Saya tidak rasakan ianya berunsur perkauman. Mula-mula ada baju kuning, kemudian baju merah," katanya.

"Semua orang nak tunjukkan sokongan dengan memakai baju-baju ini, cuma jangan bergaduh," katanya.

Puluhan ribu semalam menyertai himpunan baju merah di ibu negara sebagai susulan kepada Bersih 4 yang mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Najib, ikuti contoh-contoh yang baik, cari ketenangan & BERSARA Oleh Aspan Alias

Posted: 17 Sep 2015 07:30 PM PDT


Najib, ikuti contoh-contoh yang baik, cari ketenangan & BERSARASetiap negara mempunyai sistem pemerintahan termasuk sistem memilih dan mengganti pimpinan negara mereka. 

Bagi sebuah negara yang mengambil demokrasi mereka mengamalkan demokrasi yang berbeza di antara satu negara dengan negara yang lain walaupun asas demokrasi itu terbitnya dari sistem Westminster Abbey. 

Demokrasi itu adalah sebuah kerajaan pilihan rakyat, diperintah oleh rakyat untuk rakyat. 

Begitulah definisinya lebih kurang. Dalam sebuah demokrasi tulin seorang yang memimpin yang telah dapat mandat untuk memimpin selalunya akan membawa dan menerima semangat demokrasi itu sendiri.

Di Malaysia kita menggunakan demokrasi hanya untuk memilih tapi tidak menerima semangatnya sekali. Pemimpin yang dipilih melalui pilihanraya akan mengambil jalan populis dan populariti itulah yang membuatkan pemilih memilih seorang itu untuk menjadi pemimpin utama negara. Selalunya seorang yang memilih jalan populis itu tidak kekal lama.

Apabila graf popularitinya menurun pemimpin itu akan melihat kebelakang samada dia masih patut meninggalkan jawatannya atau memilih untuk terus menduduki kedudukan yang beliau pegang itu. 

Di sinilah letaknya ujian seseorang pemimpin itu samada menerima semangat demokrasi apabila sampai di saat itu. Jika pemimpin itu menerima semangat demokrasi itu dengan jujur selalunya pemimpin itu akan mencari jalan keluar dan membiarkan partinya memilih pemimpin yang lain atau melalui pilihanraya awal dari waktu sepatutnya.

Pemimpin seperti ini adalah pemimpin yang tulen dan keberadaan beliau diatas sebelumnya itu adalah untuk menabur bakti kepada negara dan rakyat yang telah memilih beliau dahulu. 

Beliau tidak akan kekal berkuasa kerana kehadirannya dalam jangka yang lebih lama akan menjejaskan parti dan kerajaan pimpinannya.

Di negara kita pernah kita melihat contoh yang terbaik yang ditunjukkan oleh Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga negara kita. 

Kita tidak mempunyai apa-apa kemusykilan terhadap Hussein Onn jika dikaji dari semangat mahu membina dan menjaga negara dengan baik mengikut susurgalur demokrasi yang benar. 

Apabila beliau ditentang oleh Sulaiman Palestin sebagai Presiden UMNO pada tahun 1978 dahulu beliau tahu sudah ada unsur-unsur yang boleh menjatuhkan sokongan rakyat terhadap beliau walaupun gulungan itu hanya segelintir jumlahnya.

tt

Sulaiman hanya mendapat 250 undi sedangkan selainnya dari seramai 1300 orang perwakilan UMNO itu menyokong beliau. Beliau boleh berbangga dengan kemenangan besar beliau, tetapi beliau memahami isu-isu seperti isu Dato Harun Idris dan sebagainya ini akan menyebabkan beliau tidak mendapat sokongan bulat dari partinya. 

Di sinilah Hussein Onn lulus ujian sebagai seorang pemimpin yang menghormati semangat kepada demokrasi itu dan beliau terus mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan parti dalam perhimpunan agung pada tahun 1981 dahulu.

Hussein tidak ada apa-apa untuk beliau pertahankan. Beliau menggalas tugas hanya untuk menyempurnakan misi menjaga negara dengan baik, Beliau tidak ada apa-apa kepentingan peribadi untuk dipertahankan. 

Beliau tidak mempunyai gagasan perniagaan yang memerlukan jawatan Perdana Menteri itu. Beliau tidak mempunyai kesalahan criminal dan moral untuk dilindungi masa persaraan beliau dan beliau boleh hidup dengan tenang semasa persaraannya.

Beliau tidak perlu mengupah penulis-penulis upahan untuk menulis tentang kebaikan beliau kerana beliau adalah pemimpin yang mempunyai jiwa besar dan tidak perlu mempertahankan beliau melalui akhbar-akhbar dan menguasai 'editorial' akhbar-akhbar perdana dengan begitu ketat seperti yang berlaku sekarang.

Begitu juga bagi negara-negara maju. Oleh kerana masing-masing pemimpin tidak mempunyai 'kerak' dan rekod jenayah dan kepentingan kewangan mereka tidak perlu membuat ucapan bergegar-gegar seperti 'at all costs I shall remain to be the PM of this country' dan sebagainya.

Sesungguhnya pemimpin seperti ini adalah pemimpin yang berjiwa besar dan tidak seperti ramai pemimpin selepas beliau mempunyai jiwa fakir yang memerlukan jawatan mereka dipertahankan 'at all costs' sehinggakan UMNO dan rakyat berbilang kaum menjadi berpecah belah. 

Kepimpinan Melayu sudah mula tidak dihormati oleh bangsa-bangsa lain kerana pemimpin Melayu gagal untuk menjadi pemimpin untuk semua kaum.

Apabila Melayu berpecah seluruh negara akan pecah. Melayu telah diletakkan dalam perlembagaan sebagai kaum yang diberikan keutamaan disamping mempastikan kaum-kaum lain dipertahankan dan dilindungi. 

Maka adalah sangat penting bagi Melayu itu mempunyai ciri kepimpinan yang 'magnanimous' bagi menjaga kepentingan semua kaum secara 'equitable' dan bersikap adil terhadap semua kaum yang mendiami negara

Jika Melayu lupa yang negara ini telah dibina diatas usaha dan kerjasama rapat di antara semua kaum adalah tidak adil bagi kaum Melayu hanya memikirkan untuk bangsanya sendiri.

Najib dan rakan-rakan wajar berundur. Jangan kerana mabuk dengan kuasa dan wang ringgit yang bertimbun beliau mengorbankan negara dan kehidupan rakyat yang sangat dahagakan ketenangan. 

Terimalah semangat demokrasi itu dengan jujur. Ikut contoh Hussein Onn, pemimpin yang telah menunjukkan sikap kebertanggungjawaban yang unggul terhadap negara Malaysia yang beliau pimpin suatu ketika dahulu.

Jangan ikut contoh Iddi Amin dari Uganda atau Robert Mugabe dari Zimbabwe itu sebagai contoh. Ikutlah contoh-contoh yang baik. 

Najib wajar berpijak pada bumi yang nyata. Carilah ketenangan dalam persaraan. Akui kesalahan dan kesilapan dan serahkan negara ini kepada rakyat untuk menentukan masa depanmereka.-BlogSpot


UMNO kehilangan identiti, Najib tak mungkin mampu mengembalikannya

Posted: 17 Sep 2015 07:00 PM PDT


Rally baju Merah yang diadakan dua hari lepas sudah berlalu. Seramai 80,000 orang Melayu telah berhimpun dan masing-masing pemimpin berucap dalam nada perkauman yang menebal.

Perhimpunan itu kononnya ialah reaksi terhadap rally Bersih 4 yang diadakan pada 29hb dan 30 Ogos yang lalu. Jika ia benar merupakan reaksi terhadap perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini, maka perhimpunan baju merah itu hanyalah untuk mempertahankan Najib yang kini berhadapan dengan tuntutan rakyat supayqa Najib berundur dari jawatan yang beliau amat sayangi itu.

Perhimpunan Baju Merah adalah perhimpunan orang Melayu sedangkan perhimpunan Bersih 4 ialah perhimpunan berbilang kaum bagi menuntut Najib berundur dari memimpin negara.

Apapun sebabnya persoalan yang timbul sekarang adalah apakah faedah-faedah yang didapati dari perhimpunan orang Melayu yang dianjurkan dari belakang oleh UMNO itu? Ia membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Yang terbaik ialah jika ada apa-apa tuntutan dari rakyat ia wajar diwakili oleh rakyat berbilang kaum kerana kumpulan yang berbilang kaum itu adalah elemen penting bagi menampakkan yang rakyat berbilang kaum itu bersatu dan berpadu serta selenggang dan sehayun dalam apa sahaja yang dituntut itu.

Ekemen itu nampak jelas dalam perhimpunan Bersih 4 dan perhimpunan Bersih yang sebelumnya. Himpunan Baju Merah dua hari lepas yang menggambarkan orang Melayu sahaja yang bermasalah dan masalah yang ditampilkan tidak lain dari permainan isu perkauman yang menebal seolah-olah kaum Melayu itu boleh hidup tanpa adanya kaum lain di negara ini.

Slogan dan kain rentang yang menyuburkan perasaan benci membenci di antara kaum sangat jelas di lihat dalam perhimpunan Melayu baju merah itu. Telah menjadi pengetahuan umum perhimpunan itu adalah perhimpunan anjuran UMNO dan diberikan bantuan kewangan dari UMNO.

Perhimpunan anjuran UMNO itu amat mahal harganya kerana ramai-ramai yang datang itu dibayar elaun dan perjalanan percuma. Selain dari itu makan dan minum serta baju T percuma dan berbagai-bagai 'hand-outs' yang lain.

tetapi sedarkah pemimpin-pemimpin UMNO ini yang perlakuan mereka ini telah menghilangkan kewibawaan mereka sebagai pemimpin parti yang memerintah? Tindakan mereka ini telah menghilangkan identiti UMNO itu sendiri serta kewibawaan pemimpin yang memimpin parti itu?

Hilang segala imej dan keyakinan ramai yang UMNO itu adalah parti yang memimpin semua kaum. UMNO kini hanya memimpin orang Melayu dan sifatnya kini hanyalah parti yang dipimpin oleh mereka yang chauvinis. Semakin terhakis kepercayaan rakyat yang UMNO tidak seperti dulu di mana parti itu adalah parti orang Melayu tetapi ia adalah juga parti yang menjaga semua rakyat yang lain.


Itulah sebab utama kenapa berlakunya perhimpunan Bersi 4. Bersih 4 itu kalau kita tinjau dari sudut yang betul tidak ada siapa yang boleh menafikan yang ianya berlaku kerana mereka mahukan pimpinan yang memerintah bersifat pemimpin untuk semua kaum. Kalau kita ambil secara positif ianya adalah kumpulan yang bukan hendak membuang atau mengenepikan UMNO tetapi mereka mahukan pimpinan UMNO yang boleh diterima oleh semua masyarakat negara ini.

Ia bermakna mereka tidak mahu pimpinan UMNO dibawah Najib kerana masalah ini tetapi mereka mahu pimpinan dari parti yang sama yang lebih diterima oleh semua kaum.

Itu sebabnya ramai dikalangan pemimpin UMNO yang sedar tentang keadaan ini mahukan Najib berundur bagi mengelak dari UMNO itu terbuang kerana pemimpin yang tidak baik dan kotor sedang menempel pada batang tubuh parti itu dan tidak mahu bercerai dari memimpinnya. Justru itu seandainya pemimpin hari ini ganti dan dianjak kan kepada pemimpin Melayu yang diyakini oleh semua kaum maka keadaan sekarang akan menjadi lebih baik bagi orang Melayu dan semua kaum di negara ini.

Rakyat tidak mahu lagi kita diminta untuk bersatu tetapi kesatuan kita di bawah ini diperguna untuk mereka melakukan kerja rasuah tanpa halangan dan tidak terbatas. Kita tidak mahu bersatu di bawah kepimpinan yang tidak jujur.

Bagaimana kita untuk katakan pemimpin kita terutamanya yang dipucuk kepimpinan sekarang ini yang sarat dengan isu-isu rasuah dan keji ini. bagaimana rakyat mahu mempertahankan kepimpinan yang tidak berjaya menjaga imej yang baik dan sentiasa dalam keadaan defensif dalam semua isu yang menakutkan rakyat itu?

UMNO di bawah Najib tidak akan berjaya untuk mencapai matlamat UMNO yang 'ultimate' iaitu membentuk negara yang bersatu padu yang selalu disebut sebagai 'national unity' itu.Sesungguhnya UMNO sudah hilang segala identitinya.

Imej yang ada kepada mereka yang memimpin kerajaan pada hari ini bukannya imej UMNO yang sebenarnya. Kita rakyat yang ramai ini sentiasa cuba diperbodohkan setiap masa dan mereka menganggapkan yang rakyat ramai ini tidak mempunyai otak sebalik penuh dengan pasir dalam kepala kami.

Najib tidak boleh hidup tanpa berbohong dalam semua isu terhadap beliau. Seorang Perdana Menteri yang 'average' tidak akan berhadapan dengan isu panas seperti beliau.

Jika wang yang beliau simpan sebanyak RM 2billion di Singapura boleh dibekukan oleh 'monetary authority of Singapore' apa kah ini masih melayakan beliau terus memimpin kita?

Dari segi moral dan etikanya beliau sudah tidak layak untuk memimpin lagi. Di negara-negara maju orang seperti Najib ini sudah lama berhenti dan berehat dan buat kerja lain untuk membantu membina negara. Jika Najib benar-benar jujur mahu melihat negaranya maju beliau perlu berkorban dan bersara sahaja.

Telah disebut oleh blog ini acapkali ada pemimpin boleh menyumbang terhadap negara dengan memegang jawatan dan ada pemimpin hanya boleh menyumbang terhadap negara dengan meletakkan jawatan. Masing-masing ada cara dan peranan masing-masing untuk menyumbang kepada negara.

Bagi Najib sumbangan beliau kepada negara ialah dengan melepaskan semua jawatan beliau dalam kerajaan dan parti dan bersara. Nescaya rakyat akhir akan menerima tindakan beliau itu sebagai sumbangan besar beliau kepada negara kita ini.

Najib patut sedar yang tidak ada temnpat awam yang kita tidak mendengar soalan di antara satu dengan lain yang berbunyi, 'bila si Najib ini hendak berhenti hah?'.

Bagaimanakah Najib hendak mendapatkan keberkatan dari kepimpoinannya jika semua rakyat jelas tidak mahu beliau berada di tempatnya lagi? Yang tinggal menyokongnya hanya mereka yang menjaga kepentingan diri dan mereka adalah dari kumpulan elit UMNO itu sahaja.

Di mana-mana rakyat sedang menunggu beliau bersara dan elok jika beliau memahami keadaan ini dan penuhi kehendak rakyat itu.

Tidak berguna beliau mundar mandir ke Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan sokongan dengan memberikan jani yang berbagai yang semua orang tahu beliau tidak akan mampu menguruskan nya. Tindakan membeli masa ini akan akhirnya menjatuhkan beliau sendiri.

Janji-jani terhadap Sabah dan Sarawak itu dibuat di waktu yang genting, bak kata orang 'sudah hendak berak baru menggali lubang.'.



Posted by Aspan Alias

Utusan diperintah bayar RM200,000 kepada YB Tony Pua (DAP)

Posted: 17 Sep 2015 06:30 PM PDT


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar ganti rugi RM200,000 kepada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung artikel yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia, tahun lepas.

Peguam Elly Azureen Khalid yang mewakili Utusan Melayu memberitahu pemberita, mahkamah membuat perintah itu selepas syarikat akhbar itu menerbitkan permohonan maaf berhubung penerbitan artikel yang bertajuk "Tony, Anwar Dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan" pada 15 November tahun lepas.

Elly Azureen berkata akhbar itu menerbitkan permohonan maaf tersebut pada 23 Mei lepas.

Beliau berkata Hakim Datuk Hue Siew Kheng yang membuat keputusan itu dalam kamarnya juga memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM15,000 kepada Pua.

Pada 16 Januari tahun ini, Pua menfailkan saman itu dan mendakwa artikel itu yang mengandungi empat pernyataan fitnah antara lain bermaksud beliau seorang ahli politik yang tidak bermoral, tidak tahu malu dan ahli perniagaan yang tidak cekap.

Beliau memohon ganti rugi am, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Peguam Guok Ngek Seong mewakili Pua.



- Bernama

Najib Razak dikepung Oleh Hishamuddin Rais

Posted: 17 Sep 2015 06:00 PM PDT

Najib Razak dikepungMuhammad Najib bin Abdul Razak suami kepada Rosmah binti Mansor terus berkelentong. Suami Rosmah ini ke hulu ke hilir berlabon membawa kesah dongeng lagi karut. Semua ini dilakukan kerana pada ketika ini suami Rosmah itu sedang dikepong.

Kumpulan yang mengepong ini dikepalai oleh Tun Dr Mahathir Muhamad. Si Mahathir ini pernah menjadi presiden kepada parti United Malays National Organisation dan perdana menteri selama 22 tahun. Justeru, gerakan kumpulan mengepung suami Rosmah ini cukup licik lagi berpengalaman.

Strategi dan tujuan Mahathir amat jelas. Mahathir mahu suami Rosmah diundurkan secepat mungkin. Suami Rosmah wajib berundur sebelum PRU14.

Dalam tulisan ini saya akan cuba membawa pencerahan kenapa dan mengapa suami Rosmah diserang dan dikepong. Dan apa di sebalik perancangan Mahathir ini.

Sebenarnya Mahathir tidak suka kepada suami Rosmah ini bukan bermula baru-baru ini. Tiga atau empat tahun dahulu Mahathir telah menyuarakan kesangsian terhadap keupayaan suami Rosmah memimpin. Perkara ini dibangkitkan oleh Mahathir dalam kumpulan kecil dan perbincangan tertutup

Desas desus sering didengar bagaimana dalam kumpulan tertutup ini Mahathir sering memperlekeh suami Rosmah.

Mahathir bagitu sangsi terhadap keupayaan suami Rosmah memimpin Malaysia. Mahathir tidak yakin akan kepimpinan suami Rosmah untuk membawa Malaysia ke tahap negara maju dalam tahun 2020.

Tanda pertama yang amat jelas datang pada bulan Jun 2009. Najib Razak dilantik menjadi PM pada 3 April 2009. Dua bulan sesudah suami Rosmah menjadi PM, Lee Kuan Yew telah datang melawat Malaysia.

Sanjungan dari Singapura

pp

Lawatan rasmi Lee ini bukan satu yang ganjil. Ini perkara biasa dalam hubungan diplomasi dua negara. Apa yang memeranjatkan ialah mendiang Lee Kuan Yew juga telah membuat panggilan resmi melawat Rosmah Mansor.
Umum mungkin terlepas pandang tentang babak ini. Ini babak politik yang amat penting. Lee Kuan Yew seorang pemain politik yang licik lagi berpengalaman.

Sama seperti Mahathir, Lee Kuan Yew juga telah memenjarakan ramai seteru politiknya dengan menggunakan ISA untuk terus berkuasa. Lawatan peribadi Lee Kuan Yew ini membawa makna politik yang amat penting.

Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa Lee bukan datang melawat Rosmah seorang diri. Lee membawa tiga orang menteri kabinet Singapura. Ini membuktikan betapa pentingnya perjumpaan dengan Rosmah Mansor.

Pekara sademikian jarang berlaku dalam dunia diplomasi antara Malaysia-Singapura. Babak Lee melawat Rosmah ini menjadi buah mulut. Apabila ditanya maka mendiang Lee Kuan Yew menjawab: They run the country as a team (mereka memerintah Malaysia sebagai satu kumpulan).

Kumpulan atau tim yang memerintah Malaysia yang dimaksudkan oleh Lee Kuan Yew ialah Rosmah Mansor dan suaminya.

Jawapan Lee Kuan Yew ini mensahihkan pandangan umum bahawa di belakang kuasa perdana menteri ialah Rosmah Mansor. Malah, peranan Rosmah dalam pengurusan kerajaan inilah yang menjadi isi kandungan labon Mahathir dalam pertemuan tertutupnya dengan kumpulan tertentu. Bekas PM ini yakin, kini Malaysia dikendalikan oleh Rosmah Mansor.

Lebai Desas bin Haji Desus terus berlabon tentang bagaimana Najib sebenarnya sedang dikawal dan dibomoh oleh Rosmah Mansor.

Hari akhir semakin dekat

ff

Desas dan desus ini akhirnya dibuktikan baru-baru ini dengan kenyataan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Hamid Bador. Menurut pegawai tinggi ini, Rosmah Mansor telah hadir sama dalam satu "mesyuarat tergempar" kerajaan. Apa ke jadahnya Rosmah berada dalam mesyuarat kerajaan?

Hari demi hari orang ramai melihat kepungan kumpulan Mahathir terhadap suami Rosmah ini semakin sehari semakin rapat. Jawapan dan tindak tanduk dari suami Rosmah juga meyakinkan masyarakat umum bahawa hari-hari akhir untuk suami Rosmah semakin dekat.

Hujung minggu lalu dalam mesyuarat tahunan United Malaya National Organisation bahagian Pekan, suami Rosmah telah mengambil kesempatan untuk mempertahankan diri.

Suami Rosmah terus bersilat lidah dan berkelentong untuk membersihkan dirinya. Suami Rosmah menerangkan bahawa duit yang diberikan kepada ketua-ketua bahagian bukan duit rasuah tetapi bantuan untuk mengendalikan program parti.

Hujah seperti ini pernah kita dengar. Suami Rosmah berhujah bahawa duit RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi suami Rosmah bukan duit rasuah tapi "duit derma" dari seekor Tok Arab.

Mungkin ada Mat Ngok bin Mat Bebal yang percaya kepada penerangan suami Rosmah ini.

Ucapan suami Rosmah di Pekan bertujuan menangkis pandangan umum yang percaya bahawa suami Rosmah ini hanya dapat meneruskan kuasa kerana semua ketua bahagian parti ketuanan Melayu itu telah diberi duit.

Mengikut pandangan Mahathir, inilah harga kesetiaan yang dibayar. Bukan kesetiaan terhadap parti tetapi kesetiaan kepada kepala Agong.

Jadi bangkai bernyawa

uu

Justeru, serangan terhadap suami Rosmah berterusan. Dalam persidangan tahunan parti ketuanan Melayu beberapa bahagian dengan jelas dan terang telah meminta suami Rosmah berundur. Tindakan suami Rosmah membuang Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal masih belum reda. Api sekam marah masih membakar.

Ketetapan parti dan saranan meminta berundur tidak dijawab oleh suami Rosmah. Ini bertambah menyakinkan orang ramai bahawa Mohammad Najib bin Abdul Razak telah menjadi zombi bangkai bernyawa akibat pukulan bomoh.

Akhirnya Anina Saadudin ahli parti ketuanan Melayu dari cawangan Padang Matsirat Langkawi telah menyaman suami Rosmah. Saman ini bersangkutan dengan duit RM2.6 bilion yang dikatakan "derma" dari Tok Arab.

Tidak cukup dengan ini seorang lagi bekas pemimpin parti Ketuanan Melayu – Khairuddin Hassan telah pergi membuat laporan berhubung tuduhan pengubahan wang secara haram ke atas 1MDB dan PertroSaudi. Laporan ini dibuat di Zurich, Switzerland dan di London.

Cuba teka dengan siapa si Khairuddin membuat laporan polis. Si Khairuddin telah ditemani oleh Matthias Chang, seorang peguam dan juga bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir ketika Mahathir menjadi PM.

Jelas kelihatan kepungan ini makin sehari semakin mengasak, hanya menunggu masa untuk menjerut leher suami Rosmah.
Gerakan terajang suami Rosmah ini semakin lantang. Ianya bukan lagi berselindung melalui tulisan Zainuddin Maidin atau Kadir Jasin, atau melalui komen berlapik dari Sanusi Junid.

Bayangkan, Mahathir telah bermati-matian menentang dan mengutuk demonstrasi jalan raya ketika berada di puncak kuasa. Tetapi pada jam 7.37 petang 29 Ogos 2015, Mahathir sanggup menjilat air ludah di lantai.

Mahathir turun berdemo dalam BERSIH 4. Keinginannya yang menggunung untuk melihat suami Rosmah berambus dari Putrajaya tidak dapat diselindung lagi

Realiti baru

tt

Lalu pertanyaan timbul: Kenapa Mahathir benci sangat pada suami Rosmah?

Apakah kerana ingin menobatkan anaknya, yang kini menjadi MB Kedah, menjadi perdana menteri? Apakah kerana projek Jambatan Bengkok gagal diteruskan?

Apakah kerana permintaan dana RM1 bilion kepada Proton ditolak? Apakah kerana Mahathir telah menjadi seorang demokrat yang antirasuah dan antisalahguna kuasa?Mungkin pada awalnya perkara-perkara ini menjadi sebab kenapa Mahathir mahu menendang Najib. Tetapi kini semuanya tidak menjadi sebab-musabab lagi.

Kita boleh melihat bahawa serangan Mahathir ini telah menggoyahkan kedudukan anaknya sendiri di Kedah. Jambatan bengkok dan dana Proton mungkin pada awalnya menjadi penyebab.

Ini sebelum kes 1MDB meledak. Ini sebelum Tok Arab memberi derma. Ini sebelum Al-Jazeera membuat dokumentari tentang Altantuya Shaariibuu.

Hakikatnya, babak dan suasana politik telah mengubah semua ini. Sebab musabab ini juga telah berubah.

Dari laporan media, orang ramai telah diberitahu tentang tindakan licik Mahathir yang bertemu dengan Tengku Razaleigh. 

Mahathir telah berbincang dengan Muhyiddin. Mahathir juga telah berjumpa Zahid Hamidi. Yang gagal ditemui oleh Mahathir hanyalah Anwar Ibrahim kerana Anwar tidak ada dirumah.

Apa yang dibincangkan oleh Mahathir dengan susuk ini walah hu a'lam bisawwab.

Bimbang Umno runtuh

ww

Tetapi Mahathir pasti telah memasukkan jarum untuk membawa Ku Li, Muhyiddin dan Zahid Hamidi bersama ke dalam barisan menentang suami Rosmah. Apa yang dijanjikan sesama mereka kita tidak akan tahu sehingga berlakunya peralihan pentabiran di Putrajaya.

Tun Dr Mahathir Muhamad secara jujur takut akan keruntuhan United Malays National Organisation. Mahathir berpendapat bahawa parti Ketuanan Melayu ini akan lungkup jika suami Rosmah terus menjadi PM.

Mahathir memahami dunia Melayu yang jelas melihat manipulasi Rosmah. Mahathir Muhamad gerun kerana keruntuhan United Malays National Organisation ini akan berlaku ketika dirinya masih lagi cergas bernafas dan berfikir.

Mengikut pandangan Mahathir, suami Rosmah memiliki begitu banyak masalah dan tidak akan dapat dipertahankan lagi. Jika kepimpinannya runtuh terbarai maka Najib Razak akan ditangkap dan didakwa. Pendakwaan ke atas Muhammad Najib bin Abdul Razak ini bukan satu yang susah untuk dilakukan.

Adalah fakta sejarah bahawa sehari sebelum Muhyiddin dan Shafie Apdal dibuang dari menjadi Menteri, satu surat pertuduhan pecah amanah telah disiapkan oleh peguam negara.

Pertuduhan pecah amanah ditujukan kepada suami Rosmah. Pertuduhan ini bukan bersangkutan dengan duit RM2.6 bilion tetapi yang bersangkutan dengan RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.

Justeru hingga ke hari ini empat pegawai SRC International Sdn Bhd telah dihilangkan dari menjadi saksi. Ini juga bukan fitnah.

Mahathir pasti mengetahui semua ini. Mahathir pasti masih memiliki jaringan sumber maklumat yang menyakinkan dirinya bahawa suami Rosmah ini akan ditangkap dan didakwa jika parti United Malays National Organisation runtuh.

Mahathir tahu apa yang telah terjadi kepada General Pak Chung-hee dari Korea Selatan, kepada Marcos di Filipina atau kepada Suharto di Jakarta.

Tun Mahathir Muhamad tidak berubah menjadi demokrat atau menentang rasuah. Mahathir hanya membayangkan Rosmah Mansor dan Najib Razak digari.

Kemudian Mahathir terbayang dirinya sendiri ditangkap dan digari. Sebelum ini berlaku, lebih baik suami Rosmah Mansor diterajang.-MalaysiaKini

Markaz Parti AMANAH Negara Kg Kuchai dibakar oleh Walaun @

Posted: 17 Sep 2015 05:30 PM PDT

Pengkhianat Markas Pas Kg Kuchai yg akan diambil alih oleh Parti AMANAH Negara Kg Kuchai telah cuba dibakar oleh Walaun @ pengkhianat pd malam tadi (17/9/15 @ 4.00pg).

Nasib baik hanya pintu depan saja yg terbakar kerana api kebakaran itu telah dipadamkan oleh 2 anggota Polis yang kebetulan melintasi kawasan itu kerana melakukan rodaan harian mereka.

Pasukan Polis yg diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Pk Tgh (Tuan DSP Leong) dan Pasukan Bomba dan Forensik Kebakaran telah datang menyiasat kejadian tersebut.

Awas, berhati-hatilah untuk mengelakkan drp kejadian serupa berlaku ditempat lain pula.
.
al Husseyn.

Belum Apa-Apa.. Parti Amanah Negara Bikin Gempar

Posted: 17 Sep 2015 05:00 PM PDT

Selepas pelancaran gilang gemilang semalam, kini Parti Amanah Negara (Amanah) berdepan dengan masalah baru apabila logonya didakwa menyamai logo stesen TV di India.

Serangan tentang logo Amanah menyamai Imayan TV kini mula memenuhi laman sosial khasnya Facebook dan dibincangkan dengan hangat dalam kumpulan WhatsApp.

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir berkata soal menyamai logo tidak berbangkit langsung kerana ia dicipta sendiri kumpulan pereka bentuk logo parti itu.

"Kami menerima pelbagai cadangan logo kami. Ada yang cadang pokok, payung dan sebagainya. Akhirnya kami cadang ia huruf 'A' yang menjadi pangkal kepada nama Amanah.

"Dari situ, beberapa rekaan logo dibentangkan kepada jawatankuasa pusat dan kami pilih logo ini," kata Anuar kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Anuar berkata, logo itu tidak ada implikasi undang-undang kerana ia hanya dilihat seiras dengan logo pada sebuah stesen TV di India.

"Saya yakin tidak ada implikasi undang-undang kerana daripada segi warnanya tidak sama, geografinya tidak sama, satu di Malaysia dan satu lagi di India, bahkan industri juga tidak sama, sana stesen TV, kami parti politik.

"Ia berkemungkinan berlaku secara kebetulan dan pihak kami mengambil maklum. Kami sangat menghargai pandangan serta komen orang ramai dan akan berbincang dengan pihak berkaitan," kata bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.




ADDIN

Pakatan 2.0: Lengkaplah Kebodohan PAS Posted on Thursday, September 17 @ 10:35:21 MYT by paktam Oleh ramziredang "Dunia sedang memerhati. Mungkin ketua ulama duniapun sedang memerhati. Seluruh rakyat malaysia sedang ingin menahan ketawa. Pakatan 2.0 bakal menjadi jerat dua hala untuk PAS. Jika PAS tidak sertai Pakatan 2.0 bermakna PAS bodoh. Tetapi jika PAS sertai, PAS lagi bodoh. Sekarang cakap cakap pemimpin siku dan lutut PAS pun dah nampak ala ala bodoh. Sedangkan orang mukmin tidak bodoh Masa rakyat berhimpun bersih PAS taknak amik bahagian, sebab itu la sebab ini la sebab sianu la sebab siani la sebab buat disinun la sebab buat disini la...macam macam. Tetapi tak lama lagi nak buat jugak kat kota bharu, nak berhimpun dan nak jemput semua orang yang dia tak hadir masa dia dijemput itu hari. Bab PR 2.0 Ketua panglima siku dan lutut, sekarang dia sebagai ketua penerangan so kira kira dia nak terang la sikit,katanya dia taknak terburu buru sertai gabungan pembangkang baru Pakatan 2.0 Banyak strategi yang nak kena fikir. Mungkin dia nak fikir macamana cara strategi nak jalankan hudud melalui vellfirenya. Atau mungkin aku dah salah faham, mungkin hudud telah dapat dijalankan sekarang. Kerana itulah dia sekarang dah boleh bersama sama dengan penentang hudud dalam PR 2.0 Dia mungkin dah hafal surah lain yang nak digunakan nanti supaya boleh je bersama para penentang hudud, syurga kan dia punya sebab tu boleh main tukar tukar ayat je. Alah apa susahnyaaa, kita gabunglah dulu. Supaya pembangkang kuat. Bila dah kuat nanti apa nak susah, suruh la dewan ulama usulkan supaya berpecah. Senang jer. Dia juga sudah boleh bersama sama dengan pengkhianat parti(yang sebenarnya pengkhianat Islam pada dia). Pengkhianata pengkhianat ini telah dibersihkan dari parti, jadi kalau bergabung sekarang dia tetap bersih dan tak kotor lagi. Dia pun dah beli kelambu sebab tu sekarang boleh je berkawan dengan nyamuk. Dalam duk dengar penerangan siku dan lutut, terdengar pulak aku bunyi halus halus je. Ingatkan bunyi kentut rupanya bunyi ngauman cakar harimau. Garangnya mengalahkan bunyi kentut je. Cakar harimau cakap PAS masih memerlukan gabungan pembangkang. Ades meleleh hingus betul bunyi ngauman macam tu. Itu hari macam garang je..siap baca amanat arwah ayah lagi...haha. Kejab je dah nak langgar amanat arwah ayah. Hudud belum terlaksana oiiii...napa nak langgar cakar sendiri? dah takda tempat ke nak cakar sampai depan orang di cakar diri sendiri?malu orang tengok oiii. Kalau nak citer banyakkk lagi bleh citer, tapi simpan lah sikit kebodohan diorang supaya generasi akan datang mengerti dan mengenang sejarah politik yang paling bodoh terpahat dalam sejarah negara. Aku cuma nak bagi amaran je, kalau tak gabung PR 2.0 memang bodoh sebab kamu dah kena sembelih dek UMNO. Tetapi kalau bergabung dalam PR 2.0, itulah bodoh yang paling bodoh di kalangan bodoh bodoh sedunia. Tak pasal pasal kamu kena bahagi kerusi bertanding nanti jadi pecah empat dengan AMANAH pulak. Oleh kerana kamu tidak amanah, tiba tiba orang lain dapat AMANAH. Habis tu kerusi deme makin banyak ke makin sikit bila gabung? Dan bila gabung, secara tersohor seantaro dunianya kamu telah mengitiraf dan mengangkat martabat AMANAH(gerombolan orang orang yang engkau hinakan dengan berbagai panggilan hina) Kamu tak rasa ke kalau kamu muliakan balik orang yang kamu hina,nanti kamu pulak yang nampak hina?? Surah al imran [3:26] Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. " Posted by mountdweller

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Kak Wan ajak pembangkang bincang tubuh Pakatan baru

Posted: 17 Sep 2015 04:30 PM PDT

 Satu persidangan meja bulat antara parti pembangkang akan diadakan Selasa depan untuk membincangkan mengenai pembentukan sebuah pakatan pembangkang yang baru.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau mengambil inisiatif itu susulan pelbagai kemelut yang berlaku akibat ketempangan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataanya hari, presiden PKR itu berkata perbincangan berhubung pembentukkan pakatan pembangkang itu perlu dilakukan memandangkan rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka.

"Saya memanggil persidangan meja bulat ini untuk membincangkan perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui bersama ke arah pembentukan sebuah pakatan pembangkang baru dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang selama ini bersama-sama berjuang untuk melahirkan sebuah Malaysia yang adil, inklusif, harmoni dan berdaya saing," katanya.

Antara tokoh yang dijemput menghadiri persidangan itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadui Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Pengerusi Parti Amanah Rakyat (AMANAH) Mohamad serta beberapa NGO.

Tokoh politik seperti bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Tan Sri Simon Sipaun juga dijemput, kata Wan Azizah lagi.

"Saya yakin semua pihak akan mengenepikan perbezaan demi melahirkan sebuah pakatan pembangkang baru yang berkesan untuk membela rakyat dan menumpaskan Umno dan BN," kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Persidangan meja bulat akan diadakan pada 22 September di Hotel Empire, Subang Jaya bermula jam 10 pagi.


Malaysiakini

Media Sosial Mula Kaitkan Datuk Jamal Dengan Kes Cubaan Rogol.

Posted: 17 Sep 2015 04:00 PM PDT

Kisah Panas Datuk Jamal Penganjur Himpunan Baju Merah Cuba Rogol Artis?


Suatu ketika dahulu kecoh isu seorang artis wanita cuba diperkosa oleh seorang individu yang berpangkat 'Datuk'.




Kisahnya begini.

Seorang facebooker telah berkongsikan satu link tentang Datuk Jamal Yunus yang juga penganjur perhimpunan MERAH baru-baru neh. Jamal Yunus menjadi sasaran serangan oleh kumpulan pro pembangkang & Mahathir disebabkan tindak tanduknya sejak akhir-akhir ini sengaja memprovokasi pihak-pihak tertentu sehingga mencetuskan ketidakpuasan ahti di kalangan mereka.




Ketika berkongsikan pautan berkenaan, muncul seorang pengomen dengan nama Rony Finster yang berkongsikan maklumat bahawa Datuk Jamal adalah individu yang terkait dengan kes cubaan rogol seorang artis.



Bloglist Malaysia


http://sozcyili.blogspot.my/2015/09/media-sosial-mula-kaitkan-datuk-jamal.html

Khalid Kesal Tindakan Himpunan Baju Merah Menghina Kaum, Ikrar Siasat

Posted: 17 Sep 2015 09:00 AM PDT


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meluahkan rasa kesal berkaitan penghinaan kaum dan kain rentang yang provokatif seaktu perhimpunan Baju Merah semalam.

Beliau turut mengkritik peserta yang membaling botol ke arah anggotanya dan enggan mengikut arahan bersurai sewaktu di Jalan Petaling.

"Saya memberi amaran kepada mereka sebelum perhimpunan bahawa mereka tidak sepatutnya melampaui batas dengan menghina kaum atau membawa sepanduk yang memperkecilkan kaum lain dan menggugat keamanan.



"Malangnya, ada di kalangan mereka tidak mematuhi amaran. Seperti yang saya selalu kata, 'berani buat, berani tanggung'.

"Jadi jangan bising bila kami buat siasatan," katanya kepadaMalaysiakini.

Ketua polis negara itu mengulas laporan polis yang dibuat berhubung perhimpunan itu yang dikenali sebagai 'Himpunan Rakyat Bersatu'.

LAIN GAYA JIHAD MARUAH MELAYU NI...boleh maki hamun dan tunjuk isyarat lucah...

Posted: 17 Sep 2015 08:12 AM PDT

Cuba gak baca definasi jihad tu macam mana..??? yang pompuan berjihad dengan free hair...itu jihad kepala bapak dia kot. Terpekik, terlolong macam bini tarzan tu jihad ke..?

BUDUS...puak baju merah ni, kehkehkehkehhhh


SEKIAN...