Selasa, 15 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Al Jazeera pertahan laporan kes bunuh Altantuya

Posted: 15 Sep 2015 07:30 PM PDT


Al Jazeera mempertahankan laporan wartawannya Mary Ann Jolley mengenai kes pembunuhan Altantiya Shaariibuu yang menimbulkan rasa tidak senang Putrajaya.

Jurucakap ibu pejabatnya di Doha, Qatar juga menafikan mereka mempunyai agenda tertentu dengan penyiaran dokumentari 30 minit berjudul "Murder in Malaysia" (Pembunuhan di Malaysia) itu.

"Murder In Malaysia memperincikan dan menelusuri laporan kes pembunuhan misteri yang terus mengundang persoalan tidak terjawab.

"Filem itu berdasarkan fakta-fakta di samping membangkitkan persoalan baru, terutamanya berhubung Sirul Umat Azhar, yang kini berada dalam tahanan rumah di Australia," kata jurucapanya dalam e-mel kepada Malaysiakini.

Sirul salah seorang daripada dua bekas polis elit yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati.

Jurucakap Al Jazeera berkata mereka mengambil berat kebebasan sidang redaksi organisasi itu dan mempertahankan hasil kerja wartawan yang menunjukkan teladan dengan laporan adil pada setiap masa.

"Semua usaha sentiasa diambil bagi memastikan hak menjawab diberikan kepada semua pihak yang disebut dalam laporan itu.

"Kami ingin tegaskan bahawa kami sebuah badan berita bebas antarabangsa yang tiada agenda apa pun dalam semua laporan yang kami hasilkan," katanya.

Al Jazeera bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia yang menyiasat laporan itu.
Jolley pada Jumaat diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari mengenai kematian wanita Mongolia itu.

Kementerian Dalam Negeri didakwa menganggap aktiviti beliau sebagai mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .

Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata menjadi prerogatif kerajaan mengusir sesiapa sahaja dari negara ini jika ia patut.

Beliau bertegas bahawa isu ditimbulkan adalah berita lama kerana ia berlaku Jun, tiga bulan yang lalu.
Sementara polis pula berkata dokumentari mengenai kematian itu pada 2006berdasarkan dakwaan tidak benar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.

Mat Sabu: Himpunan 16 Sept bodek, tak 'gentleman' Abdul Rahim Sabri & Hafiz Yatim

Posted: 15 Sep 2015 07:00 PM PDT


Zar Ali's photo.

Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menempelak penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadual berlangsung esok kerana dianggap sebagai himpunan "membodek" kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Pengerusinya Mohamad Sabu menyifatkan himpunan itu sebagai "tidak gentlemen" kerana himpunan yang berani adalah himpunan yang menyatakan kebenaran depan pemerintah yang zalim.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata hal itu juga bersesuaian dengan maksud Nabi Muhammad SAW dan amalan para nabi sebelum ini seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Musa yang menentang pemerintahan yang zalim pada zamannya.

"Bagi saya perhimpunan yang diadakan esok, (adalah) himpunan bodek pemerintah, bukan himpunan orang yang berani. Sebab menyokong pemerintah. Perhimpunan yang berani (adalah perhimpunan) lawan pemerintah.

"Sekarang kita kena lawan Najib dan pemerintahanya. Bagi saya, kamu ada misai melintang ka, guru silat ka, kalau himpunan untuk sokong pemerintah, kamu bukan gentleman. Kalau mengikut (maksud) hadis, itu bukan dia," katanya.

Mohamad yang mesra dipanggil Mat Sabu itu menjawab soalan berhubung penyertaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyertai BERSIH 4 hujung bulan lalu yang antara lain menuntut Najib melepas jawatannnya.

Ia susulan Najib kini berdepan pelbagai skandal dan tuduhan termasuk isu sumbangan politik RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya dan skandal beban hutang firma pelaburan 1MDB.

Polis bagaimapun memberi kebenaran penganjuran himpunan tersebut di Padang Merbok selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran penggunaan kawasan itu termasuk Umno yang tidak melarang anggota menyertai himpunan itu tetapi perlu mematuhi undang-undang.

Mengulas lanjut dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, beliau turut membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi sokongan terhadap penganjuran himpunan itu di Padang Merbok esok.

"Orang yang melawan, menentang pemerintah yang zalim sebab segala kuasa ada pada pemerintah. Ini menteri dalam negeri pun beri sokongan, himpunan apa macam tu. Ini himpunan bodek sahaja," katanya lagi.

Mengulas kehadiran Dr Mahathir dalam himpunan itu, Mohamad berkata kehadiran bekas presiden Umno itu semata-mata beliau bersetuju dengan desakan supaya Najib melepaskan jawatan, bukannya menyokong BERSIH.

"Bagi saya (kepada) Dr Mahathir, kalau ada kes pemerintah adil, kalau dia (pemimpin) buat kesalahan, inilah masanya untuk mendakwa dia.

"Jadi, orang kata, kenapa boleh bersama Dr Mahathir, bagi saya dia (Dr Mahathir) bukan pemerintah lagi," katanya.

PKR kena yakinkan rakyat bagaimana Pakatan Rakyat 2.0 bersama Pas akan berjaya.

Posted: 15 Sep 2015 06:30 PM PDT




1. Berdasarkan laporan media nampaknya PKR masih percaya Pakatan Rakyat 2.0 masih boleh diusahakan dengan membawa masuk sekali Pas bersama dalam pakatan baru itu meskipun wujudnya laporan yang menyatakan Presiden Pas lebih selesa bersendirian dalam pilihanraya umum yang akan datang.

2. Kita menghormati pendirian PKR yang mempunyai pemimpin pemimpin berjiwa besar seperti YAB Azmin Ali yang nampaknya masih bersedia memaafkan Pas meskipun meskipun banyak perkara yang Pas telah lakukan yang boleh dikira melukakan hati PKR dan ahli ahlinya.

3. Nampaknya jiwa besar pemimpin seperti YB Azmin telah sedikit sebanyak menghasilkan sedikit kejayaan bila PAS nampaknya tidak begitu "upset" kemasukan YB Dato Kamaruddin Jaafar ke PKR dibandingkan marahnya Pas ke atas mantan Ahli Parlimen Pas yang menyertai Parti Amanah Negara. Isu baiah yang panas apabila YB Kuala Kerai menyertai Parti Amanah Negara nampaknya bertukar suam bila Ahli Parlimen Tumpat menyertai PKR.

4. Secara peribadi saya tak nampak bagaimanakah Pakatan Rakyat 2.0 boleh direalisasikan jika Pas ada bersama sama, namun saya mungkin tak nampak apa yang pemimpin PKR seperti YAB Azmin ( yang lebih berpengalaman dari saya ) nampak .

5. Saya percaya YAB Azmin dan pemimpin pemimpin PKR yang lain berupaya meyakinkan rakyat, khususnya rakyat bukan Islam yang menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu , bahawa penyertaan Pas dalam Pakatan Rakyat 2.0 akan menguatkan lagi Pakatan 2.0 untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.

6. Jika PKR yakin keyakinan rakyat itu boleh dijelmakan kembali sudah tentu , saya percaya, rakan rakan daripada Amanah dan DAP tidak ada masalah untuk menerima Pas dalam Pakatan 2.0.

7. Secara jujur, saya tidak optimistik tapi saya bersedia memberi peluang untuk PKR meyakinkan rakyat dan kita semua kenapakah Pas perlu bersama Pakatan 2.0.


MOHAMED HANIPA MAIDIN
AHLI PARLIMEN SEPANG

PAS pula umum himpunan baju hijau bulan depan

Posted: 15 Sep 2015 06:00 PM PDT

PAS Akan Buat Demo Hijau Yang 'Haram' Bulan Depan






Selepas diheret dengan pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan gabungan Pakatan Rakyat mahu pun kepimpinan parti itu sendiri, PAS hari ini melancarkan "Himpunan 60 Ribu" (H60K)

Himpunan yang akan berlangsung pada 17 Oktober itu nanti sebagai langkah menguatkan kembali sokongan akar umbi kepada parti Islam itu, kata pengarahnya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Matlamat berkait rapat dengan krisis politik Malaysia, sama ada dalam negara, parti PAS dan Pakatan Rakyat.

"Semua itu perlu sokongan serta dukungan kefahaman ahli supaya yakin dengan perjuangan," katanya pada sidang media khas Pelancaran Program "Himpunan 60 Ribu" (H60K) di Galeri Media Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Menurut anggota Parlimen Pasir Mas itu lagi, himpunan tersebut juga ekoran desakan akar umbi supaya parti itu memberi penjelasan serta mengambil tindakan susulan selepas kemelut melanda.

"Ahli tuntut sesuatu dari kepimpinan. Ia datang dari suara semangat akar umbi untuk kukuhkan Pas dan tunjuk istiqamah pada parti PAS," katanya.

Kata Nik Abduh lagi, pada perhimpunan tersebut PAS juga akan menjemput semua parti untuk menyertai perhimpunan tersebut, termasuklah PKR, DAP dan BN

"Kita jemput semua parti politik, DAP, PKR, serta NGO," katanya.

Strategi sebelum PRU

Bagaimanapun, Nik Abduh turut menafikan perhimpunan tersebut sebagai respon kepada perhimpunan BERSIH 4 atau pun Baju Merah.

Perhimpunan 50 PAS itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu, dan menggunakan warna hijau sebagai warna rasmi.

Pada himpunan tersebut juga PAS turut mengundang penceramah popular Azhar Idrus sebagai penyeri majlis.

Perhimpunan itu dilihat penting bagi menjana kembali kekuatan mereka di Kelantan bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi, PAS kini berdepan situasi berbeza apabila akan berdepan pencabar dalam keadaan ikon penting mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat.

PAS juga sedang berdepan krisis besar selepas sekumpulan bekas pemimpin kanannya yang tewas dalam pemilihan lalu kini membentuk sebuah parti Islam baru.

** Himpunan bertujuan kukuhkan parti PAS tetapi dijemput juga parti BN, DAP dan PKR. Agenda utama himpunan nak kukuhkan parti mana ni? Lawak apa yang Nik Abduh dan pemuda PAS nak buat ni? 


KAHKAHKAH..

Muhyiddin: Guna saluran betul perjuang maruah Melayu

Posted: 15 Sep 2015 05:30 PM PDT

Sambutan Hari Malaysia wajar dizahirkan dengan acara-acara yang melambangkan kesepaduan rakyat dan kecintaan kita yang tidak berbelah bahagi kepada ibu pertiwi, kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Janganlah pula Hari Malaysia disambut dengan perarakan atau perhimpunan yang boleh ditafsirkan sebagai berbaur perkauman walau apapun motif di sebaliknya," kata beliau yang juga timbalan pengerusi BN dalam perutusan Hari Malaysia.

Pastinya, tegas beliau, perhimpunan yang dijadualkan pada 16 September telah mengundang pelbagai persepsi negatif masyarakat baik dari sudut objektifnya mahupun cara penganjurannya.

"Jika benar hendak memperjuangkan maruah Melayu, maka nasihat saya gunalah saluran yang betul iaitu melalui parti Umno yang menerajui kerajaan, bukan dengan cara membangkitkan sentimen perkauman.

"Saya secara peribadi ingin menasihatkan pihak-pihak yang berkenaan supaya mengambil langkah yang bijaksana dalam memutuskan penganjuran apa-apa perhimpunan atau perarakan pada Hari Malaysia.

"Ini penting supaya sambutan Hari Malaysia tidak dicemari dengan peristiwa yang boleh menimbulkan perasaan persengketaan dan permusuhan antara kaum.

"Dalam kita menghormati hak individu untuk berhimpun, harus diingat isu yang juga tidak kurang penting ialah kesejahteraan dan keharmonian antara kaum serta keselamatan negara.

"Sempena sambutan Hari Malaysia ke-52, marilah kita bersama-sama berdoa agar Malaysia sentiasa dilimpahi dengan nikmat perpaduan, keamanan dan kemakmuran yang berkekalan," tambahnya.

Berikut adalah perutusan penuh Hari Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin:

Malaysia telah mencapai 52 tahun penubuhannya. Sepanjang tempoh ini, negara kita telah menempa pelbagai kejayaan dan mengharungi pelbagai cabaran.

Sebagai sebuah negara bangsa, kita telah berusaha untuk memupuk integrasi nasional antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, membasmi kemiskinan, memacu pertumbuhan ekonomi yang mapan, mewujudkan kestabilan politik, memelihara keharmonian kaum dan mengekalkan keamanan negara.

Berkat persefahaman yang dipupuk dalam kalangan masyarakat majmuk, kita telah menangani masalah perbezaan kaum, bahasa, agama dan wilayah untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang bersatu padu, bebas, aman dan berdaulat.

Walaupun seringkali berhadapan dengan pelbagai cabaran, termasuk sentimen kewilayahan yang ada ketikanya dieksploitasi oleh segelintir pihak untuk menangguk di air yang keruh, cabaran ini berjaya kita atasi dan sehingga kini Malaysia terus berdiri megah sebagai negara yang berdaulat.

Saya menghargai hakikat bahawa keseimbangan pembangunan antara wilayah dan hubungan yang baik antara kerajaan persekutuan dan negeri adalah penting untuk memelihara keutuhan negara kita. Tidak boleh ada mana-mana wilayah yang tertinggal dari segi pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan lain-lain.

Ini termasuk pembangunan di Sabah dan Sarawak. Kita sedar bahawa kedudukan geografi negeri Sabah dan Sarawak yang luas dengan keadaan muka bumi yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang, usaha untuk membangunkan Sabah dan Sarawak memerlukan sumber kewangan, tenaga dan kepakaran yang besar. Bukan setakat itu sahaja, setiap keperluan bagi projek pembangunan di negeri Sabah dan Sarawak perlu diputuskan dengan segera dan dipantau dengan rapi oleh pegawai-pegawai di kedua-dua negeri berkenaan.

Oleh sebab itu, saya berpandangan adalah wajar bagi kerajaan persekutuan menurunkan sebahagian kuasa untuk melulus dan memantau projek-projek pembangunan yang kritikal di Sabah dan Sarawak kepada ketua-ketua jabatan kerajaan di kedua-dua negeri ini. Saya percaya penurunan kuasa ini akan mempercepatkan proses kelulusan projek-projek pembangunan yang kritikal dan meningkatkan keberkesanan pemantauan projek. Pada masa yang sama, jabatan-jabatan ini juga perlu diberikan sokongan dari segi sumber dan kepakaran untuk meningkatkan kecekapan.

Saya menyokong sebarang usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pembangunan di Sabah dan Sarawak demi untuk memajukan kedua-dua negeri ini dan menyejahterakan rakyat. Saya berharap agar kerajaan terus memberikan keutamaan kepada pembangunan di kedua-dua negeri ini agar jurang antara wilayah dapat kita rapatkan dan dengan itu semangat dan roh integrasi nasional akan menjadi lebih bermakna.

Kita juga berbangga dengan taraf pendidikan dan sosio-ekonomi rakyat Malaysia yang semakin meningkat. Ditambah dengan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan rakyat negara kita lebih bersikap terbuka dalam menerima maklumat dan peka terhadap isu-isu semasa.

Mereka menginginkan pembangunan yang lebih mapan, peluang pekerjaan dengan pendapatan yang lebih tinggi, peluang untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa, kos sara hidup yang munasabah, kualiti pendidikan yang lebih baik dan perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap.

Lebih penting lagi, rakyat mengharapkan kepimpinan kerajaan yang berintegriti, jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat dan negara. Mereka mahukan kerajaan ditadbir secara telus dan baik. Dalam menghadapi persaingan dunia yang semakin kompetitif hari ini, tadbirurus kerajaan yang baik (good governance) merupakan kunci kepada kejayaan Malaysia yang seterusnya.

Negara kita mempunyai sumber kekayaan yang banyak, baik dari segi sumber asli, hasil percukaian mahupun bakat rakyatnya, namun jika sumber kekayaan negara tidak diurus dengan cekap dan baik, oleh sebab berlaku penyelewangan, ketirisan dan pecah amanah, maka kepercayaan rakyat, komuniti perniagaan serta pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap negara kita akan terhakis dan daya saing negara akan terjejas.

Malaysia tentunya akan menghadapi lebih banyak cabaran pada masa hadapan disebabkan persaingan dunia yang semakin sengit. Keupayaan mengekalkan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan bergantung kepada sejauhmana negara kita dapat ditadbir secara cekap dan amanah dan mengekalkan daya saing untuk bertanding di peringkat antarabangsa.

Semua ini menuntut kerajaan supaya bersikap lebih responsif terhadap tuntutan dan harapan rakyat dalam mentadbir negara dan mengurus ekonomi. Tingkatkan integriti dalam pentadbiran dan ambil langkah-langkah bijaksana untuk mengatasi permasalahan rakyat.

Saya percaya jika negara kita ditadbir dengan cekap dan amanah, maka Malaysia akan kembali berada pada landasan yang betul untuk mencapai wawasan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dan bersatu padu. Ini adalah tanggungjawab dan amanah besar yang dipikul oleh kerajaan. Rakyat pula bertanggungjawab untuk menumpahkan taat dan setia kepada negara serta sentiasa memelihara keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.

Sehubungan itu, sambutan Hari Malaysia wajar dizahirkan dengan acara-acara yang melambangkan kesepaduan rakyat dan kecintaan kita yang tidak berbelah bahagi kepada ibu pertiwi. Janganlah pula Hari Malaysia disambut dengan perarakan atau perhimpunan yang boleh ditafsirkan sebagai berbaur perkauman walau apapun motif di sebaliknya.

Pastinya perhimpunan yang dijadualkan pada 16 September ini telah mengundang pelbagai persepsi negatif masyarakat baik dari sudut objektifnya mahupun cara penganjurannya. Jika benar hendak memperjuangkan maruah Melayu, maka nasihat saya gunalah saluran yang betul iaitu melalui parti Umno yang menerajui kerajaan, bukan dengan cara membangkitkan sentimen perkauman.

Saya secara peribadi ingin menasihatkan pihak-pihak yang berkenaan supaya mengambil langkah yang bijaksana dalam memutuskan penganjuran apa-apa perhimpunan atau perarakan pada Hari Malaysia. Ini penting supaya sambutan Hari Malaysia tidak dicemari dengan peristiwa yang boleh menimbulkan perasaan persengketaan dan permusuhan antara kaum.

Dalam kita menghormati hak individu untuk berhimpun, harus diingat isu yang juga tidak kurang penting ialah kesejahteraan dan keharmonian antara kaum serta keselamatan negara.

Sempena sambutan Hari Malaysia ke-52, marilah kita bersama-sama berdoa agar Malaysia sentiasa dilimpahi dengan nikmat perpaduan, keamanan dan kemakmuran yang berkekalan.

Belum pe2 dah mula nk mnganjing... dulu katanya pas semakin kuat kalau sendirian...

Posted: 15 Sep 2015 05:00 PM PDT

HIMPUNAN RAKYAT "BANGSAT" MANA ADA DUIT !

Posted: 15 Sep 2015 04:30 PM PDT

Bila dah Kantoi sponsor baju demo 'Baju Merah', Kamalanathan kata dia tak sedar dah sponsor baju itu..


Sebelum ini Presiden MIC Datuk Seri Dr. S. Subramaniam telah menyatakan pendirian bahawa MIC melarang anggotanya untuk menyertai himpunan baju merah dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli yang menyokong dan menyertainya.

Beliau berkata himpunan baju merah adalah himpunan berasas kaum dan percaya himpunan tersebut akan menimbulkan gangguan dan memberi impak negatif kepada kestabilan politik, ekonomi dan menjejaskan keharmonian kaum di negara ini..

Tiba-tiba viral di laman sosial seperti WhatsApp  ucapan terima kasih penganjur kepada Kamalanathan kerana menaja 220 helai baju untuk demo baju merah itu..


Bila dah kantoi melanggar arahan Presiden MIC mengenai himpunan 'Baju Merah' itu Kamalanathan cuba memperbodohkan rakyat dengan alasan beliau tidak sedar dan tahu menahu tentang majlis itu.. 

"Berdasarkan semangat membantu NGO dan muhibah, pegawai-pegawai di pusat khidmat saya telah memperuntukkan sumber dan ruang pejabat, tanpa mengetahui majlis apa yang bakal diadakan.

Apa punya bodoh alasan dia ni.. sumbangkan dana, berikan ruang pejabat untuk digunakan tapi tak tahu nak digunakan untuk majlis apa..

Kah.. kah... kah..

Laporan berkaitan..

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan tidak tahu yang beliau dalam diam telah membantu penjualan baju merah Himpunan Rakyat Bersatu di kawasan parlimennya, baru-baru ini. 
Mesej-mesej penganjur himpunan itu mengucapkan terima kasih kepada beliau, kerana "menaja" kira-kira 200 helai baju merah, tersebar melalui aplikasi WhatsApp dan menjadi viral di laman media sosial, 
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB Kamalanathan untuk tajaan 220 baju Himpunan Maruah Melayu kepada kami di kawasan Bukit Sentosa. 
"Kepada mereka yang telah tempah, tetapi belum dapat baju itu, boleh datang ambil baju itu di pejabat Parlimen Hulu Selangor," demikian kandungan satu daripada mesej yang tersebar di WhatsApp. 
Kamalanathan ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, pejabatnya memberi peruntukan tanpa mengetahui aktiviti apa yang bakal diadakan. 
Tegasnya, beliau menentang sebarang perhimpunan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum. 
Jelasnya, seperti kawasan parlimen lain, beliau turut menerima permintaan untuk memberi bantuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) lain. 
"Pejabat saya turut menerima permohonan untuk menggunakan ruang (pejabat) kami untuk mengadakan mesyuarat dan majlis-majlis kecil. Ini adalah perkara yang dilalui semua ahli parlimen dan kami berikan sokongan dengan penuh kepercayaan. 
"Satu-satunya niat kami adalah untuk memberi bantuan kepada organisasi-organisasi ini untuk menjalankan program dan aktiviti mereka. 
"Berdasarkan semangat membantu NGO dan muhibah, pegawai-pegawai di pusat khidmat saya telah memperuntukkan sumber dan ruang pejabat, tanpa mengetahui majlis apa yang bakal diadakan. 
"Kami akan lebih berhati-hati pada masa depan, bagi memastikan insiden seperti ini tidak berulang," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini ~ The Rakyat Post

TUN Mahathir Bidas Himpunan Baju Merah !!

Posted: 15 Sep 2015 04:00 PM PDT

Utusan gagal masukkan sabitan Anwar dalam kenyataan pembelaan

Posted: 15 Sep 2015 09:15 AM PDT


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak dalam kamar hari ini dan memerintahkan Utusan membayar RM8,000 untuk kos kepada bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak dalam kamar hari ini dan memerintahkan Utusan membayar RM8,000 untuk kos kepada bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak gagal buat kali ke-2 dalam permohonan untuk memasukkan sabitan Sodomi II Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan pembelaan mereka terhadap saman malu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan mereka dalam kamar hari ini dan memerintahkan Utusan membayar RM8,000 untuk kos kepada bekas pemimpin pembangkang itu.

Peguam Shahid Adli Kamarudin, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita permohonan itu ditolak atas alasan Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 55 Akta Keterangan 1950 melarang penggunaan sabitan lalu untuk menggambarkan keperibadian buruk.

Pada 4 September, Utusan dan Abdul Aziz gagal dalam rayuan tersebut di Mahkamah Rayuan.

Anwar, 68, menyaman Utusan dan Abdul Aziz berhubung 2 artikel mengenai beliau yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 17 Januari 2012, berhubung interbiunya (Anwar) dengan BBC mengenai undang-undang homoseksual.

Mahkamah Tinggi pada 21 Januari 2013, membenarkan saman sivil Anwar dan mengarahkan ganti rugi dinilai.


Mahkamah Rayuan pada Januari tahun lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Utusan dan Abdul Aziz memohon meminda kenyataan pembelaan mereka pada 2 Julai tahun lepas untuk memasukkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun itu, yang mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar.

Mereka juga mahu memasukkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari tahun ini yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh.

Penilaian ganti rugi dalam kes itu dijadual didengar pada 6 Oktober. – Bernama, 15 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Bukan soal jawatan, tapi tolak 'SIKU & LUTUT' - Khalid Samad

Posted: 15 Sep 2015 08:30 AM PDT


Bukan soal jawatan, tapi tolak 'SIKU & LUTUT' - Khalid SamadSHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menolak dakwaan kononnya penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) oleh bekas pemimpin progresif PAS didorong oleh perasaan tamak dan inginkan kuasa, sebaliknya lebih menjurus kepada penolakan pendekatan 'siku dan lutut' yang tidak lagi relevan ketika ini.

Jelas beliau, Amanah ditubuhkan selepas kumpulan berkenaan yakin bahawa PAS bukan lagi platform yang sesuai untuk mengangkat martabat Islam.

"Bukan soal jawatan, perasaan marah atau kecewa. Tapi persoalannya adalah bagaimana nak bawa idea dan proses untuk mengetengahkan idea itu.

"Apa yang kami usahakan sejak tahun 80an atau 90an iaitu nak bawa PAS daripada politik terpinggir dan masuk ke politik arus perdana dimusnahkan. Sekarang ini seolah-olah kepimpinan baharu nak bawa PAS balik ke era politik terpinggir," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Kumpulan bekas pemimpin PAS yang disingkirkan pada pemilihan parti itu Jun lalu bertindak mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia untuk dijenamakan semula dan ditukar namanya kepada Parti Amanah Negara.

Ketika ini, Amanah diketuai Pengerusi penaja, Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden PAS.

Tambah Khalid, sikap kepimpinan PAS yang mahu menjadi parti dominan ketika bersama Pakatan Rakyat merupakan punca perpecahan sama ada dalam parti Islam itu sendiri mahupun di kalangan komponen pembangkang.

Katanya, pendekatan 'siku dan lutut' serta politik agresif yang mahu diketengahkan pimpinan PAS terhadap pihak luar daripada parti itu tidak boleh diterima.

"PAS seolah-olah menuntut dominasi dalam Pakatan Rakyat. Ramai keluar bukan kerana menolak dasar yang diperjuangkan PAS, tetapi kerana pendekatan yang ingin digunapakai sekarang ini berbeza dengan sebelum ini.

"Golongan yang berpandangan lebih inklusif, mahukan pendekatan yang berpakat dengan DAP dan PKR disingkirkan. Bila ini berlaku, perbezaan pandangan tidak lagi dirai dalam PAS

"Akhirnya kita kena buat parti baharu supaya pendekatan yang kita nak bawa dapat kita laksanakan dan zahirkan," katanya yang turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa penaja Amanah.

Jelas Khalid, beliau kecewa apabila PAS gagal mengangkat martabat Islam melalui kaedah politik yang baik.

"Apa yang akan berlaku sekarang ialah perjuangan PAS dan politik Islam akan semakin terpinggir, menjadi ekstrem dan shadid atau keras pendiriannya.

"Ia akan merugikan kedudukan umat dan agama Islam itu sendiri. Orang akan melihat bahawa Islam tak mampu untuk tangani suasana dan realiti masyarakat yang wujud di Malaysia dengan cara bijaksana.

"Mereka kembali dengan cara pendekatan 'siku dan lutut'. Politik Islam akan mendapat imej yang buruk," katanya.
Sebelum ini Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan ketika berucap di Muktamar Tahunan PAS ke-61 memberi amaran kepada rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, agar jangan mencabar kesabaran mereka.

Kata Nasruddin, walaupun berjubah dan berserban, mereka memiliki siku dan lutut sebagai sindiran kononnya kumpulan itu tetap bersemangat tinggi dan berani.

Ekoran itu, siku dan lutut menjadi viral dalam media sosial bahkan menjadi 'trending' dan dipermainkan dalam majlis forum dan diskusi mengenai politik. -Mstar


Ayah perlu dibedah segera, tegas Nurul Izzah

Posted: 15 Sep 2015 08:00 AM PDT


Ayah perlu dibedah segera, tegas Nurul IzzahSHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kecewa dengan layanan buruk dan kelewatan yang disifatkannya tidak berhati perut dalam cubaan mendapatkan rawatan terhadap ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya hari ini, beliau berjumpa dengan Anwar semalam di Sungai Buloh.

"Kami bimbang dan gelisah kerana ayah memberitahu beliau memerlukan pembedahan segera," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Nurul Izzah, pakar mencadangkan Anwar untuk menjalani pembedahan mikro atau pembedahan di bahunya.

"Jelas bahawa suntikan steroid tidak mencukupi atau meneruskan fisioterapi intensif dan analgesik yang kuat tidak mungkin dilakukan di dalam penjara," kata Nurul Izzah.

Nurul Izzah menggesa supaya satu taklimat diadakan antara keluarga Anwar, panel doktor dan Anwar sendiri supaya ayahnya boleh membuat keputusan mengenai jenis pembedahan.

"Keluarga Datuk Seri Anwar tidak akan melayan apa-apa kelewatan.

"Jika ini berterusan kami akan mengambil segala tindakan yang perlu untuk melindungi hak perubatan Anwar," jelas Izzah.-SinarHarian

Al Jazeera PERTAHAN laporan kes bunuh Altantuya

Posted: 15 Sep 2015 07:15 AM PDT


Al Jazeera PERTAHAN laporan kes bunuh AltantuyaJolley mengenai kes pembunuhan Altantiya Shaariibuu yang menimbulkan rasa tidak senang Putrajaya.

Jurucakap ibu pejabatnya di Doha, Qatar juga menafikan mereka mempunyai agenda tertentu dengan penyiaran dokumentari 30 minit berjudul "Murder in Malaysia" (Pembunuhan di Malaysia) itu.

"Murder In Malaysia memperincikan dan menelusuri laporan kes pembunuhan misteri yang terus mengundang persoalan tidak terjawab.

"Filem itu berdasarkan fakta-fakta di samping membangkitkan persoalan baru, terutamanya berhubung Sirul Umat Azhar, yang kini berada dalam tahanan rumah di Australia," kata jurucapanya dalam e-mel kepada Malaysiakini.

Sirul salah seorang daripada dua bekas polis elit yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati.

Jurucakap Al Jazeera berkata mereka mengambil berat kebebasan sidang redaksi organisasi itu dan mempertahankan hasil kerja wartawan yang menunjukkan teladan dengan laporan adil pada setiap masa.

"Semua usaha sentiasa diambil bagi memastikan hak menjawab diberikan kepada semua pihak yang disebut dalam laporan itu.

"Kami ingin tegaskan bahawa kami sebuah badan berita bebas antarabangsa yang tiada agenda apa pun seperti juga dalam laporan lain yang kami hasilkan," katanya.

Al Jazeera bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia yang menyiasat laporan itu.

Jolley pada Jumaat diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari mengenai kematian wanita Mongolia itu.

Kementerian Dalam Negeri didakwa menganggap aktiviti beliau sebagai mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .

1 Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata menjadi prerogatif kerajaan mengusir sesiapa sahaja dari negara ini jika ia patut.

Beliau bertegas bahawa isu ditimbulkan adalah berita lama kerana ia berlaku Jun, tiga bulan yang lalu.

Sementara polis pula berkata dokumentari mengenai kematian itu pada 2006berdasarkan dakwaan tidak benar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.-Mkini

Rafizi: Hanya Najib boleh pulihkan ekonomi negara

Posted: 15 Sep 2015 06:30 AM PDT



Rafizi: Hanya Najib boleh pulihkan ekonomi negaraPETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak boleh terus menjadi Perdana Menteri tetapi beliau perlu segera berhenti menjadi Menteri Kewangan bagi memulihkan ekonomi negara ketika ini, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, dengan cara itu sahaja dapat mengembalikan keyakinan pelabur-pelabur asing untuk kembali melabur ke negara ini.

"Keadaan ekonomi hari ini adalah kesan daripada ketiadaan keyakinan pelabur luar terhadap pentadbiran negara.

"Untuk panggil mereka (pelabur) masuk semula, Datuk Seri Najib perlu berhenti jadi Menteri Kewangan. Dengan tindakan itu sahaja barulah Bursa Kuala Lumpur ada harapan untuk pulih," katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, walaupun nadanya agak berbeza dengan sebelum ini untuk mendesak Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, adalah kerana beliau tidak yakin perkara itu akan terjadi.

"Saya rasa hampir mustahil untuk perkara itu jadi realiti. Begitu juga dengan undi tidak percaya di Parlimen kerana kalau pembangkang sahaja setuju perkara itu tidak akan terjadi.

"Kita perlukan sekurang - kurangnya 30 Ahli Parlimen daripada BN, dan saya tidak nampak perkara itu akan berlaku dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Susulan gesaan itu, beliau telah memfailkan satu Rang Undang - Undang Persendirian bagi memisahkan jawatan Menteri Kewangan dari Perdana Menteri.

Menurut beliau, bukan sahaja Najib tetapi sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri selepas ini tidak sepatutnya memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.-SinarHarian



PKR fail RUU persendirian PECAT Najib sebagai menteri kewangan

Posted: 15 Sep 2015 05:45 AM PDT


PKR hari ini memfailkan rang undang-undang (RUU) persendirian di Parlimen bagi memecat Datuk Seri Najib Razak ekoran tindakan terbarunya yang dijangka akan menambah hutang negara.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, langkah itu dibuat susulan pengumuman Najib yang ValueCap Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan kerajaan, akan membelanjakan RM20 bilion bagi membeli saham dalam bursa bagi merangsang pasaran saham.

"Sehingga kini, rakyat tidak dimaklumkan dari manakah dana RM20 bilion ini akan diperolehi untuk disuntik ke dalam ValueCap.

"Umum mengetahui kerajaan Malaysia berdepan dengan defisit belanjawan sejak 1999 dan tidak mungkin mempunyai ruang fiskal untuk memperuntukkan sejumlah RM20 bilion bagi tujuan yang diumumkan semalam.

"Remedi sebenar kepada masalah ini adalah menyelesaikan krisis kredibiliti yang terpalit dengan perdana menteri," katanya sambil memaklumkan beliau memfailkan satu RUU persendirian hari ini bagi menghalang orang yang sama memegang kedua-dua jawatan menteri kewangan dan perdana menteri.

"Hanya dengan peletakan jawatan Najib sebagai menteri kewangan barulah Bursa Kuala Lumpur ada harapan untuk pulih," katanya dalam satu kenyataan. – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

Beberapa bahagian ucapan dari Almarhum Tok Guru Nik Aziz, aku salinkan.

Posted: 15 Sep 2015 04:15 AM PDT


Abe Is's photo.

Mohon faham ape yg dsampaikan oleh Almarhum demi kebaikan bersama, amnya kita yg beragama islam ni.
"(Aku) buat mu manusia ada lelaki ada perempuan, ada bangsa-bangsa, ada kabilah-kabilah, ada etnik-etnik... sengaja (Aku) buat"

KERANA APE...????

Supaya kamu kenal mengenal, bukan untuk bertengkar dan berbalah. Mung cina, aku melayu...pastu bertengkar...itu kerja bodoh.. Islam kata, saya melayu bukan saya nak..kebetulan saya di beri melayu, di beri nama melayu. U cina... bukan u nak, tapi kerana lahir cina.


Jadi, cina ni pemberian Allah, melayu pun pemberian Allah, kurniaan Allah. Saya melayu, misalnya.. saya nak jadi cina tak boleh, nak ubah pun tak boleh.. kerana ini pemberian asli. Saya nak makan ubat ke nak jadi cina..??? Cina nak kena makan ubat ke jadi melayu..?? Tak boleh. 

Sepatutnya perkara ini tidak di jadikan isu, kerana sorg dijadikan tinggi dan sorg rendah nak buat macamana??? Satu org cantik dan satu org tak cantik.. nak buat mcmana..?? PEMBERIAN ALLAH... 


Oleh : Almarhum Tok Guru Nik Aziz
 


Salinan : Abe Is

Mufti Dan Nik Abduh Sila Jawab - Demo Esok Haram Atau Tidak?

Posted: 15 Sep 2015 03:30 AM PDT





Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menggesa mufti Kelantan Datuk Shukri Mohamed untuk menyatakan pendiriannya berhubung perhimpunan Baju Merah di ibu negara esok.

Pengerusi AMANAH Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa mahukan Muhammad menyatakan pendirian sama ada perhimpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu harus dikecam atau dibiar.

Mujahid membangkitkan persoalan itu memandangkan mufti itu sebelum perhimpunan BERSIH 4 dilapor berkata perhimpunan itu haram di sisi Islam.

"Ulama harus buat pendirian dalam isu perkauman dan provokasi seperti membakar patung pemimpin negara dan poster-poster yang menyerang pihak tertentu.

"Saya tidak fikir ulama harus benarkan perkara ini berlaku," katanya selepas melancarkan AMANAH Bayan lepas, selepas 57 anggota PAS keluar parti dan menyertai mereka.

Utusan Malaysia pada 29 Ogos, hari pertama BERSIH 4, memuatkan laporan dengan tajuk muka depan sensasi "Haram! Haram! Haram!" berkaitan perhimpunan berbaju kuning itu.

Ia antaranya memetik Mohamad Shukri sebagai berkata, Islam mengajar umatnya mentaati undang-undang dan pemerintah, bukan melakukan provokasi dan mewujudkan suasana tidak aman kepada masyarakat sebagai tanda proses.




VIDEO - PM Australia Disingkir Dengan Undi Tidak Percaya ? MALAYSIA BILA LAGI?

Posted: 15 Sep 2015 02:45 AM PDT


Yusuf al-Qardawi isytihar Syiah musuh Islam By canang

Posted: 15 Sep 2015 02:00 AM PDT



KUALA LUMPUR 1 Ogos - Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.

Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan 'Syari'ah dan Kehidupan' pada bulan Jun tahun ini.


Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah.
"Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka.


"Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria," katanya dalam rancangan tersebut.


Kenyataan al-Qardawi tentang isu tersebut mendedahkan lagi siapakah Syiah sebenarnya terutama kesannya terhadap penyebaran fahaman itu ke seluruh dunia termasuk Malaysia.


Malaysia baru-baru ini dikejutkan semula dengan isu Syiah dan pada masa sama tiga siri laporan khas telah dibuat dalam Utusan Malaysia.


Pendakwah bebas, Dr. Zahazan Mohamed pula berkata, Syiah bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai Islam, malah kemunculan fahaman itu dianggap sebagai ejen Yahudi bertujuan menghancurkan umat Islam.


Yusuf al-Qardawi berkata, dengan terhasilnya negara baharu itu umat Islam akan dibahagi-bahagikan dan bertambah kecil.


Ujarnya, beliau juga telah menyeru dalam khutbah solat Jumaat agar semua umat Islam seluruh dunia yang memiliki kekuatan dan alternatif segera menentang Iran dan Hizbosyaitan dengan membantu saudara-saudara mereka di Syria.


"Saya juga mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di teluk Arab atas keputusan, Hizbollah adalah organisasi pengganas dan jika mana-mana ahlinya ditemui di negara-negara Teluk akan dibunuh sebagai murtad kafir.


"Semoga Allah mengutuk Iran, ketua segala kejahatan dan semoga Allah mengutuk Hizbosyaitan dan tulang belakangnya di Iraq dan menyembuhkan mereka yang tercedera dan membebaskan mereka yang diculik. Seterusnya negara Syam yang dicintai akan kembali kepada kita, insya-Allah," ujarnya.


Dalam temubualnya bersama stesen al-Arabiya juga bulan Jun, beliau turut mengakui para ulama di Arab Saudi lebih mengetahui secara mendalam mengenai bahaya Hizbollah dan gerakan Syiah Iran berbanding dirinya.


"Pada satu ketika saya pernah mempertahankan gerakan Hizbollah kerana keberanian mereka berhadapan dengan Israel. Pendapat saya pada masa itu bertentangan dengan pandangan ulama-ulama tersebut. Mereka menentang Hizbollah.


"Namun setelah saya melihat apa yang dilakukan oleh Hizbollah terhadap saudara-saudara kita di Syria barulah saya sedar yang ulama-ulama di Arab Saudi lebih matang dan mempunyai pengetahuan cukup luas tentang Hizbollah dan Iran," ujarnya.

Hakikat Sebenar, Himpunan Baju Merah Di Lihat Sebagai Kempen Untuk Meraih Sokongan Bangsa Melayu Terhadap Najib Razak ...

Posted: 15 Sep 2015 01:15 AM PDT

Azrin Shah Aziz's photo.

Rakyat Malaysia terutama yang berbangsa melayu telah di seru supaya menghadiri satu perhimpunan yang di namakan Himpunan Baju Merah pada 16 September 2015 iaitu tarikh yang sama HARI MALAYSIA di sambut bagi melahirkan sokongan terhadap kerajaan atau yang jelasnya kepada Najib Razak.

Seruan tersebut telah di buat oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor yang meminta rakyat ikut hadir ke himpunan anjuran Dato Jamal, yang juga Ketua Umno Sungai Besar @ Pemilik Restoran Ikan Bakar Sekincan.

Jamal Ikan Bakar merupakan 'Dalang Utama' untuk perhimpunan ini. Beliau di lihat jelas seakan cuba "menanggok di air keroh" bilamana akan muncul dengan pelbagai agendanya untuk setiap kali Himpunan BERSIH di lakukan. 

Namun apa yang pasti agenda beliau tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meraih perhatian serta mengambil tempat di mata Najib Razak.

Akan tetapi sedikit malang buat jamal bilamana Najib Razak dan Isterinya Rosmah Mansor telah berlepas keluar negara semalam untuk ke Amerika Syarikat.

Antara Kenyataan Yang Perlu Anda Renungkan Bila Mendengar Sebutan Himpunan Baju Merah:
Apakah Tujuan Sebenar Ia Diadakan,.......

1. Bukankah untuk membantu Penganjur mencapai agenda peribadinya ?


2. Bukankah untuk lebih menggalakkan Najib agar terus EGO dengan kekuasaannya ?


3. Bukankah untuk membantu UMNO menutupi permasalahan dalaman mereka ?


4. Bukankah untuk memesongkan pandangan rakyat terhadap skandal-skandal yang menghantui Najib Razak, contohnya 1MDB & DERMA RM2.6 BILLION ?


5. Bukahkah untuk memberikan tanggapan pada Bangsa lain bahawa Bangsa Melayu tetap menyokong UMNO & NAJIB walaupun mereka melakukan kesalahan ?


Fikirkanlah, Di mana letaknya MARAUH MELAYU bila kita 

" TETAP MERELAKAN WALAUPUN KITA DI PERBODOHKAN"..
.

IGP bengang dengan wartawan Al-Jazeera.. suarakami

Posted: 15 Sep 2015 12:30 AM PDT



Sidang media Ketua Polis Negara hari ini di sini bertukar 'sedikit tegang' apabila Tan Sri Khalid Abu Bakar bertikam lidah dengan seorang wartawan Al-Jazeera berhubung penyiaran dokumentari eksklusif baru-baru ini mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Keadaan bermula apabila Khalid ditanya mengenai dokumentari tersebut dan tindakan yang bakal dikenakan ke atas wartawan yang menghasilkan dokumentari itu.
Khalid berkata, dokumentari itu dihasilkan bukan atas fakta sebenar dan hanya berdasarkan dengar cakap sahaja.
"Kami akan menyiasat wartawan Al Jazeera," katanya sebelum bertanya jika terdapat wakil wartawan dari agensi antarabangsa itu yang hadir pada sidang media itu.
Seorang wartawan telah memperkenalkan diri dari Al Jazeera dan Khalid menegurnya bahawa dokumentari berdasarkan penilaian sendiri boleh mengelirukan orang ramai.
"Rakan anda cuba mewujudkan bukti baru dalam kes itu. Apa yang dia cuba lakukan?" katanya kepada wartawan dikenali Florence Looi itu yang cuba mempertahankan rakan sekerjanya sambil berkata mereka tidak mempunyai agenda tersembunyi dalam penghasilan dokumentari video yang disiarkan pada Rabu lalu.
"Kami tidak mempunyai apa-apa agenda tersembunyi dan video itu dihasilkan berdasar apa yang rakannya telah bongkar melalui orang yang ditemuinya," jawab Florence.
Khalid kemudian mengulangi kenyataan bahawa video itu berdasarkan dengar cakap namun Florence tetap mempertahankan lagi bahawa laporan yang dibuat tanpa sebarang motif tersembunyi.
"Ini bukan etika kewartawanan yang baik. Rakan anda cuba untuk mengelirukan rakyat. Polis akan siasat wartawan Al Jazeera," kata Khalid tegas.
Adegan bertikam lidah itu berlangsung selama kira-kira satu minit dan hanya berakhir selepas Khalid mengulangi bahawa Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan dalam kes Altantuya.
"Kes ini sudah selesai hingga Mahkamah Persekutuan dan kenapa video tidak dihasilkan sebelum ini. Rakan anda cuba mewujudkan bukti baru,?" katanya serius.
Khalid memberitahu, polis telah mengenal pasti beberapa individu yang didakwa memberikan maklumat kepada Jolley dan memberi amaran bahawa polis sedang memantau mereka.
"Kami tahu siapa mereka telah memberi maklumat beliau dan kami sedang memantau," katanya.
Bagaimanapun, selepas sidang media itu selesai, Khalid sempat menemui wartawan Al Jazeera itu yang masih cuba menerangkan sesuatu sebelum mereka bersalaman.
Pada Rabu lalu, dalam program berduarasi selama 25 minit, wartawan Australia, Mary Ann Jolley memaparkan kisah kontroversi Altantuya,. seorang warganegara Mongolia yang telah dibunuh pada Oktober 2006 dengan badannya diletupkan dengan bahan letupan tentera, C4

Kecoh Baju Himpunan Merah Dibungkus Guna Plastik Sinar Harian??

Posted: 14 Sep 2015 11:45 PM PDT

Penjualan kemeja-T menggunakan plastik tertera logo Sinar Harian.


SEREMBAN – Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Sembilan (Gerakan Merah) tidak berniat mengaitkan akhbar Sinar Harian dalam Himpunan Baju Merah.

Pengerusinya, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, tindakan jawatankuasa menggunakan beg plastik yang mempunyai logo Sinar Harian untuk mengisi baju yang dibeli adalah tidak disengajakan.

"Saya pun tak tahu kalau Sinar Harian tak beritahu. Kalau tak silap saya beg plastik itu lebihan daripada program di Kuala Lumpur sebelum ini, tapi saya pun tak ingat program apa.

"Ketika itu ada cenderahati berisi majalah dari (Kumpulan Media) Karangkraf (penerbit Sinar Harian) dan mungkin budak-budak saya perasan ada plastik lebih, jadi mereka gunakan," katanya.

Penjualan kemeja-T Himpunan Baju Merah di Dataran Senawang di sini, malam kelmarin menimbulkan tanda tanya apabila plastik yang digunakan dalam urusan jual beli tertera logo Sinar Harian dan Karangkraf.

Perkara itu dikesan oleh wartawan Sinar Harian yang hadir pada Pelancaran Perhimpunan Awal Gerakan Melayu Bersatu Negeri Sembilan dan Sesi Taklimat yang diadakan di lokasi tersebut.

Ia seolah-olah memberi gambaran kepada orang ramai bahawa Sinar Harian menjadi penaja bersama atau terlibat dalam himpunan yang akan diadakan esok.

Sementara itu, Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) menegaskan syarikat tersebut tidak terbabit dalam penganjuran Himpunan Baju Merah.

"Kami tidak terlibat langsung dengan himpunan tersebut  seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak," kata jurucakap Karangkraf.