Isnin, 14 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - Mahathir - BERSIH 4 Bukan Perkauman Dan Baju Merah Tak Berjuang Untuk Melayu

Posted: 14 Sep 2015 10:56 PM PDT


'Baju merah' tak berjuang bagi Melayu, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tanggapan bahawa himpunan 'baju merah' yang dijadualkna esok mahu mempertahankan orang Melayu. Beliau juga menafikan dakwan sesetengah pihak bahawa himpunan BERSIH 4 adalah bersifat perkauman dan berkata semua bangsa hadir bersama pada perhimpunan hujung bulan lalu itu.

Tak payah la ada perhimpunan, kata Dr M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan bahawa perhimpuan baju merah esok adalah untuk mempertahankan orang Melayu atau pun BERSIH 4 adalah rasis.

"BERSIH 4 bukan rasis, semua bangsa ada bersama.

"Jadi (baju merah) nak jadikan perhimpunan BERSIH ni rasis supaya kononnya mereka berjuang untuk orang Melayu.

"(Tetapi) mereka tidak berjuang untuk orang Melayu. Tak payah la ada (perhimpunan)," kata Dr Mahathir kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Kumpulan Baju Merah, dipimpin oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos akan menyertai Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok, Kuala Lumpur esok.

Perhimpunan itu pada mulanya dikenali sebagai Himpunan Maruah Melayu sebelum penganjurnya, kumpulan silat PESAKA, memberitahu media bahawa ia untuk semua rakyat Malaysia.

Perhimpunan esok dirancang sebagai reaksi kepada BERSIH 4 pada penghujung bulan lalu yang mendapat sokongan meluas tetapi dikaitkan media arus perdana dan pemimpin kerajaan dengan dominasi Cina dan DAP.

Isu gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipijak dalam perhimpunan itu juga dibangkitkan meluas sebelum ini.

Mahathir hadir dalam kedua-dua hari perhimpunan itu bagi menyatakan bantahannya kepada pentadbiran Najib yang sedang terasak dengan pelbagai dakwaan.

- mkini

NI apa yang Nik Abduh merepet ni, jenis muka tak tahu malu DAP mungkin boleh terima Pas jika... JOHOR BAHRU: Peluang Pas untuk menyertai PR‎ 2.0 masih cerah sekiranya ada pertemuan dan perbincangan bersama DAP, kata Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. Menurut beliau, DAP tidak mustahil mengubah keputusan (tidak mahu penyertaan Pas dalam Pakatan) jika terdapat pertemuan yang membolehkan kedua-duanya bersemuka bagi menangani krisis dihadapi. "Dalam politik, musuh boleh menjadi kawan dan kawan boleh menjadi musuh, yang menentukan ialah perbincangan. "Bagaimanapun, setakat ini kita tidak menerima permintaan (dari DAP) berhubung perkara itu," kata beliau dalam sidang media mengenai pelantikan 13 Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda Pas Johor Bahru, di Ibu Pejabat parti itu, hari ini. Ahli Parlimen Pasir Mas itu diminta mengulas sama ada pihaknya yakin DAP akan menyokong penyertaan mereka dalam PR 2.0 yang sedang dirancang. -Bernama-

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

WARNA2 MALAYSIA

Posted: 14 Sep 2015 09:00 PM PDT

Azwan: Orang boleh cakap apa saja, ALLAH maha mengetahui

Posted: 14 Sep 2015 08:15 PM PDT


Azwan: Orang boleh cakap apa saja, ALLAH maha mengetahuiKELIBATNYA sering menarik perhatian ramai. ‎Apatah lagi jika dia berbicara sama ada di laman sosial mahu pun di mana-mana majlis. Siapa tidak kenal Azwan Ali.

Namun di sebalik karier seni, Azwan sebagai adik turut terpalit dengan dunia politik apabila abangnya, Mohamed Azmin Ali berkecimpung dalam arena itu sementelah kini menjawat jawatan penting sebagai Menteri Besar Selangor.
Tidak banyak sikit, kesan itu turut terpalit pada Azwan.

"Saya tidak ambil tahu politik pembangkang sebenarnya ..tetapi banyak juga saya hendak 'clearkan' (bersih) cerita lama saya yang belum didedahkan, kisah saya bersama abang saya Mohamed Azmin Ali, ketika hari penamaan calon di Sungai Pusu, Gombak Selangor, kini biarlah saya berterus terang tentang hari itu," demikian tutur Azwan ketika ditanya adakah dia mengambil maklum mengenai senario politik hari ini ketika mengunjungi Pejabat Sinar Harian Shah Alam, baru-baru ini.

Berbicara lanjut, Azwan berkata, pada hari tersebut dia ke Sungai Pusu menemani Azmin adalah semata-mata untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai isu kejian ibunya sendiri (Che Tom Yahaya atau Mak Tom) terhadap Azmin.

"Bila ibu sudah keluarkan pelbagai kenyataan terhadap Azmin saya rasa sayalah penyelamat, walaupun saya tidak berkata apa-apa pada hari penamaan calon tersebut... cukuplah menampakkan muka saya di celah-celah Azmin, bahawa Azmin tidak bersalah, awak (orang ramai) boleh cakap apa sahaja mengenai keluarga saya, ya tentang ibu saya, tetapi ALLAH maha mengetahui dan Azwan Ali lebih tahu apa yang berlaku.

"... jadi saya memang terlalu gembira, bukan sebab parti yang Azmin bawa tetapi lebih kepada entiti wajah dia seorang abang di mana waktu itu teruk beliau 'kena' tentang hal keluarga jadi bahan ceramah politik... makanya saya ke depan, saya bangga apabila keputusan diumumkan Azmin Ali menang besar, 'very good'," katanya kepada Sinar Online baru-baru ini.

Berbicara lanjut, Azwan berkata itulah pergorbanan terbesar yang dia lakukan untuk Azmin terutama dalam 'menyelamatkan' karier politik abangnya.

"Alhamdulillah...tidak sia-sia saya bersama Azmin ke Sungai Pusu, jadi itu pergorbanan terbesar saya buat untuk Azmin Ali, tetapi cukuplah perjuangan politik berhenti setakat itu dia tetap abang saya, saya tetap hormati beliau, 'no more politic'...dan ini jelaskan keadaan kononnya saya ada masalah dengan Azmin sebenarnya tidak," katanya.

Dalam pada itu, Azwan berkata, dia tetap berhubung dengan Azmin, namun dek kerana kesibukan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor mereka sukar untuk bertemu.

"Dan apabila saya jumpa Azmin Ali hanya empat perkara yang keluar dari mulut saya, pertama apa khabar, bagaimana keadaan sekarang, tengah buat apa sekarang dan minta untuk berselfie.

"Itu sahaja, saya tidak pernah tanya berapa kerusi dia ada, berapa kerusi 'atas kepalanya', saya tidak ambil pusing itu semua," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Azwan mengejutkan orang ramai apabila hadir menemani Azmin pada hari penamaan calon yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak Selangor.

Azmin yang bertanding di Dun Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak pada PRU lalu dihimpit kontroversi berkisar permasalahan keluarga termasuk membabitkan ibu kandungnya sendiri.

Kisah itu menjadi semakin sensasi apabila ia dimainkan oleh media arus perdana menjelang PRU13.-SinarHarian

PKR tidak perlu jaga hati Pas?

Posted: 14 Sep 2015 07:30 PM PDT


PKR tidak perlu jaga hati Pas?SHAH ALAM 14 Sept. – PKR seolah-olah merasakan mereka tidak perlu menjaga hati sekutunya, Pas apabila memandang mudah polisi untuk ti­dak menerima ahli daripada parti lain dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan asalkan semua parti dalam pakatan pembangkang mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

PEMIMPIN TEGAS DIHURMATI


"Tidak apalah. Kita hormat-menghormati antara satu sama lain," jawabnya ringkas ketika ditemui dalam majlis peletakan batu asas projek Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar diminta mengulas kekecewaan Dewan Pemuda Pas berhubung tindakan PKR mengkhianati polisi ti­dak menerima ahli daripada parti rakan seperti dipersetujui dalam pakatan pembangkang sebelum ini.

Semalam, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberitahu, tindakan berkenaan dilihat bercanggah dengan pendekatan pihaknya selama ini yang tidak menerima ahli-ahli dan wakil rakyat daripada PKR meskipun terdapat segelintir daripada mereka berminat untuk menyertai Pas sebelum ini.

dd

Kelmarin, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Ahli Parlimen Tumpat daripada Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar dan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib me­nyertai parti berkenaan.-Utusan

Komponen BN tak sependapat isu demo 16 Sept

Posted: 14 Sep 2015 07:00 PM PDT

Himpunan Baju Merah - Komponen BN Bertelagah







Parti-parti komponen BN tidak sependapat dalam isu perhimpunan Rabu ini tetapi bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu itu, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.

"Ada yang lahirkan kebimbangan. Ada kata tak setuju. Ada kata 16 September tak sesuai dan sebagainya.

"Sebagai pengerusi BN saya menghormatilah pandangan-pandangan yang telah pun disampaikan rakan-rakan dalam BN.

"Sekiranya pertemuan tersebut nak diadakan, maka dia mesti patuh pada undang-undang sedia ada," kata Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini.

Beliau yang juga perdana menteri mengingatkan orang ramai patuh kepada polis dan undang-undang.

"(Ini) termasuk (kesalahan) akta hasutan. Maknanya tak boleh bawa poster-poster berbaur perkauman, bawa isu yang dianggap hasutan ataupun perkauman.

"Dan tak boleh berlaku apa-apa pengeseran atau perbalahan," katanya.

- mkini

BAKAR PATUNG, BAKAR SEMANGAT PERKAUMAN INIKAH YANG ISLAM AJAR???

Posted: 14 Sep 2015 06:30 PM PDT



Patung mirip dua pemimpin DAP berbaju BERSIH menjadi kemarahan sekumpulan penyokong perhimpunan kontroversi 16 September ini di Kuala Lumpur.

Dalam sebuah video dimuat naik ke Internet, patung dengan wajah mirip Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin popularnya Lim Kit Siang dibakar hingga rentung.

Dalam acara itu juga, kelihatan tempat sembahyang orang mati Cina disedia dan dihias dengan gambar dua pemimpin itu.

Ia sebelum ini menyaksikan ucapan seorang lelaki yang mengecam keras BERSIH sebagai "celaka", "durjana" dan "jahanam" yang hendak memecahkan orang Melayu.

"Durjana, celaka inilah hendak pecahkan orang Melayu di negara ini," kata pemimpin itu yang ucapannya diselang-seli dengan laungan "hidup Melayu" dan takbir.

 
Dia dalam ucapan menyebut, pembakaran dua patung itu sebagai simbolik tentang BERSIH yang didakwa "hendak menipu".

Selain itu, disebut juga, "kita bakar bapa segala bapak roket" dalam sepanjang 4.16 minit itu.

Video DI SINI The Malaysian Insider melaporkan acara itu diketuai oleh ketua Umno Kota Bharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, yang juga bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia juga melaporkan ucapan keras itu dibuat oleh Fatmi. Acara itu dilapor berlaku semalam. Fatmi ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas perkara itu.

ADAKAH INI CARA ISLAM .....BAKAR PATUNG, BAKAR SEMANGAT PERKAUMAN .....


Kita semua tahu apabila sesuatu isu besar yang berlaku kepada BN dan pemimpinnya mereka akan menggunakan isu perkauman dan agama untuk meraihkan sokongan orang Melayu dan mengalihkan isu.

 
 
MUTALIGAT.

Dituduh Syiah,Ustaz Tajuddin Jali akan saman AJK Pas Taiping.

Posted: 14 Sep 2015 06:00 PM PDT



Satu sumber mendakwa Ustaz Tajuddin Mat Jali dari Parlimen Larut yang Pro-Amanah akan menyaman seorang AJK Pas Kawasan Taiping kerana menuduh beliau bermazhab Syiah.

Sumber itu juga mendakwa peguam Ustaz Tajuddin Jali dalam proses menghantar notis saman.

Ajk PAS Taiping bukan sekali dua becakap Ustaz Tajuddin MENGAMALKAN Syiah, malah diviralkan.

Hairan mudah benar kita mengeluarkan hujah tuduh orang Syiah, kerana berbeza pendapat.

SISI BUKIT

Masih Ada Sinar Harapan Buat Pakatan Pembangkang.. Ini Buktinya

Posted: 14 Sep 2015 05:30 PM PDT


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan PAS menganggap PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersekutu bersamanya sebagai satu blok pembangkang yang menentang BN. 

AS menganggap PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersekutu bersamanya sebagai satu blok pembangkang yang menentang Barisan Nasional (BN).

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sewaktu ditanya pemberita selepas bertemu pimpinan PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya petang ini.

"Konsensus yang kita capai hari ini adalah kita semua pembangkang. PAS pembangkang, PKR pembangkang, DAP dan Amanah juga pembangkang," katanya kepada wartawan di perkarangan ibu pejabat PKR.

Kenyataan Takiyuddin itu disambut dengan anggukan daripada Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali.

"Hakikatnya kami semua adalah pembangkang-pembangkang kepada BN," kata Mustafa menambah kepada kenyataan Takiyuddin.Menurut Mustafa lagi, perjumpaan dengan PKR hari ini hanya membincangkan hubungan yang "akan berterusan".

Ditanya tentang status hubungan kerjasama di antara PAS dan Amanah, Tuan Ibrahim berkata ia tidak dibincangkan dalam perjumpaan bersama PKR petang ini."Amanah pun belum daftar lagi. 

Kita pun tak tahu dia amanah atau tidak," kata Tuan Ibrahim berjenaka.Parti Amanah Negara (Amanah) kini dalam proses penamaan semula selepas mengambil alih Parti Pekerja Malaysia.
Amanah kebanyakannya disertai ahli Parlimen serta ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang popular di peringkat nasional dan merasakan parti itu menyimpang daripada perjuangan asalnya.
Tindakan mereka keluar parti mennyebabkan beberapa pimpinan tertinggi parti itu mengisytiharkan perkahwinan mereka yang berbuat demikian terbubar dengan sendirinya akibat bai'ah yang diangkat sebelum bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Kewujudan Amanah serta hubungan rasmi PAS yang terputus dengan rasmi selepas muktamar tahunan ke-60 parti itu menyebabkan status parti Islam itu dalam gabungan pembangkang baharu menjadi tanda tanya kepada orang ramai.
PKR dilihat terbuka menerima PAS dalam gabungan baharu selepas Pakatan Rakyat berkubur secara rasmi namun DAP sehingga kini membantah kemasukan PAS.
 

ADDIN

PERINGATAN Buat Golongan Wanita

Posted: 14 Sep 2015 05:00 PM PDT

Minyak Bezen's photo.

Allahu akbar....

Dikatakan bau syurga dapat dihidu 500 tahun perjalanan. Alangkah ruginya mereka yg tergolong dalam golongan itu.


Syahadah dulu sahabat sblm tidor, esok blm pasti kita dijanjikan utk terus bersama.

Assalamualaikum... Selamat mlm..

KPN Terhebat Yang Pernah Malaysia Ada ?

Posted: 14 Sep 2015 04:30 PM PDT

Jangan buat kerja polis untuk halang baju merah, kata IGP

Jangan buat kerja polis, kata IGP





Polis mengingatkan anggota Pro-Rakyat dan Otai Reformasi supaya tidak campur tangan dalam perhimpunan 16 September kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

"Jangan buat kerja polis," demikian peringatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada kumpulan tersebut hari ini.

Beliau berkata anggota kumpulan berkenaan tidak harus cuba untuk menghentikan peserta 'perhimpunan baju merah' atau mereka boleh dikenakan tindakan.

"Hanya pihak polis diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang mengancam keamanan dan keselamatan," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid menegaskan demikian sebagai mengulas laporan bahawa kira-kira 2,500 anggota dua kumpulan tersebut akan berkhemah dari subuh hingga tengah malam di Bukit Bintang dan Jalan Petaling untuk melindungi peniaga Cina.
 

 
 
Sementara itu, Khalid juga berjanji bahawa polis akan memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku di 'perhimpunan baju merah' pada hari Rabu ini.

"Saya menggerakkan sejumlah besar anggota. Jadi tidak ada keperluan untuk merasa cemas atau bimbang. Kami akan memastikan perhimpunan itu adalah aman, " katanya.

Ketua Polis Negara juga memberi amaran kepada para peserta supaya tidak melampaui batas.

"Semua mereka yang berhasrat untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut perlu memastikan mereka mematuhi undang-undang. Kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk provokasi atau tindakan yang mengancam keamanan, "katanya.

Perhimpunan 16 September pada mulanya dirancang sebagai perhimpunan balas terhadap BERSIH 4 selepas muncul imej peserta memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden PAS, Datuk Hadi Abdul Awang.

Digelar sebagai 'perhimpunan baju merah', ia telah disebut-sebut sebagai satu perhimpunan untuk menegakkan maruah Melayu.

Pihak penganjur, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia atau PESAKA kemudian menjenamakannya semula sebagai 'Himpunan Rakyat Bersatu' dan menjemput penyokong kerajaan dari semua kaum untuk menghadirinya.

- mkini

Pesaka kata TIDAK bertanggungjawab jika peserta himpunan ‘baju merah’ buat kecoh

Posted: 14 Sep 2015 09:00 AM PDT


Pesaka kata TIDAK bertanggungjawab jika peserta himpunan 'baju merah' buat kecohSusulan daripada kelulusan kebenaran permit Himpunan Rakyat Bersatu, atau "himpunan baju merah", penganjur Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) bertegas tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kekecohan dan provakasi daripada peserta.

Presiden Pesaka Tan Sri Ali Rustam berkata, sebagai penganjur mereka menyeru untuk pesertanya menyertai perhimpunan tersebut dengan aman tanpa mencetuskan sebarang provokasi atau kekecohan.

Katanya Pesaka juga tidak menggalakkan pesertanya untuk menghina mana-mana pemimpin pembangkang dengan membakar patung atau memijak gambar sepertimana yang dilakukan peserta Bersih 4.

"Siapa yang melanggar (undang-undang) dialah yang bertanggungjawab sendiri. Kita penganjur hanya akan (menguruskan) perhimpunan di Padang Merbok.

"Dan saya tidak fikir peserta perhimpunan kami akan membakar mana-mana patung, siapa yang bakar dia yang tanggung sendiri, saya tidak suruh... penganjur tidak suruh. Kita berhimpun untuk melahirkan perasaan dan jiwa kita yang tidak pernah bersetuju mereka melakukan demonstrasi.

"Dulu kita tak nak buat, tapi sekarang kita tidak tahan, di dunia ini ramai orang baik, ini tanggungjawab kita kepada masyarakat awam," katanya pada sidang media di Dewan Silat Lincah Omardin di Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor hari ini.

Bagaimanapun kenyataan bekas ketua menteri Melaka itu dilihat bercanggah dengan syarat kelulusan notis pemberitahuan Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu penganjur perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kekecohan.-TMI


S'gor persoal Prasarana beri MRCB-George Kent bina LRT3 dengan kontrak RM11.5 bil

Posted: 14 Sep 2015 08:30 AM PDT


S'gor persoal Prasarana beri MRCB-George Kent bina LRT3 dengan kontrak RM11.5 bilSelangor mempersoalkan keputusan Prasarana Malaysia Berhad yang melantik konsortium Malaysian Resouces Corp Bhd (MRCB) dan George Kent (M) Bhd sebagai rakan penyampaian projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Klang meskipun bidaan syarikat terbabit begitu tinggi.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Elizabeth Wong berkata, Prasarana yang merupakan syarikat bertanggungjawab untuk tender projek terbabit perlu menjelaskan mengapa mereka menerima bidaan tersebut meskipun harga diberikan adalah pada RM11.5 bilion, merupakan antara yang tertinggi.

Berdasarkan dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, konsortium MRCB-George Kent memasuki harga tender tersebut dengan menduduki tempat ketiga terendah daripada 6 penender.

Manakala konsortium UEM memasuki harga tender berjumlah RM9.88 bilion dan pembida paling rendah pula menawarkan harga paling rendah iaitu RM9.5 bilion.

"Bidaan itu melebihi anggaran awal Prasaran untuk RM9 bilion untuk keseluruhan projek," kata ahli Dewan Undeangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai perbandingan, Wong berkata, Jakarta hanya membelanjakan RM7.19 bilion untuk pembinaan landasan LRT sepanjang 83.6km.
"Ini menjadikan anggaran awal kos Prasaran 3 kali lebih tinggi berbanding kos sekilometer di Jakarta.

"Bidaan MRCB-George Kent pula adalah 3.7 kali lebih mahal dari Jakarta," katanya.

Dengan harga yang tinggi, beliau berkata, walaupun projek LRT3 dari Bandar Utama ke Klang amat diperlukan, kos berkenaan akan dipindahkan kepada penumpang melalui harga tiket yang tinggi.

"Di bawah situasi ekonomi sekarang, kerajaan perlu berhati-hati dalam perbelanjaan dan pemberian projek yang melebihi jangkaan," katanya.

"Dengan harga kos yang tinggi, Prasarana akan mengenakan kadar tambang yang tinggi dan akan menekan rakyat yang memerlukan pengangkutan awam." – TMI


Pimpinan Ahmad Yaakub sudah tidak diyakini? - Oleh Mohd Sayuti Omar

Posted: 14 Sep 2015 07:45 AM PDT


Pimpinan Ahmad Yaakub sudah tidak diyakini?Beberapa jam lalu tersebar sekeping surat perkeliling yang dikeluarkan oleh pejabat MB Kelantan yang mengarahkan ketua-ketua jabatan di negeri itu agar membuat semakan dan pemeriksaan terhadap kaki tangan masing-masing yang terlibat dengan sebarang kegiatan yang bercanggah dengan dasar kerajaan dan terlibat dengan parti baru - Parti Amanah Negara (PAN).

jian Strategi yang merupakan badan kajian politik untuk Pas, Tabung Amanah Tok Kenali, merupakan tabung pendidikan, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusan Belia dan Sukan dan Urusan Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Kebajikan, Urusetia Penghulu dan Institiut Pemikiran Tokguru.

Surat arahan itu bertarikh 9 September 2015 dan arahan itu perlu diselesaikan pada 23 September 2015. Yang menanda tangan surat pekeliling itu ialah Setiausaha Politik MB, bernama Wan Mohd Roslan Wan Mamat.

Adalah dipercayai hasil siasatan dan semakan itu akan diserahkan kepada MB, Ahmad Yaakub sebaik beliau kembali dari menunaikan fardu Haji. Mungkin juga arahan itu dikeluarkan MB sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci.

Arahan berkenaan memberi tafsiran bahawa satu tindakan membersihkan kakitangan jabatan-jabatan berkenaan dilakukan menunjukkan ada sebilangan kakitangannya melanggar dasar parti. Apa yang dibimbangi ialah penyertaan ke dalam parti baharu yang diasaskan oleh GHB.

Arahan itu akan diterjemahkan bahawa kepimpinan Ahmad Yaakub hari ini sudah berada dalam keadaan kritikal sehingga ia sudah tidak dipercayai oleh kakitangannya sendiri. Gambaran ini sesuatu yang buruk kepada pentadbiran Ahmad Yaakub bersama Mohd Amar Nik Abdullah.

gg


Arahan itu juga dibuat mungkin kerana belaku banyak ketirisan maklumat kerajaan. Perkara yang perlu direnungi ialah kenapa kakitangan bersifat tidak amanah mungkin mereka tidak tahan dengan borikrasi dan tidak tahan dengan sikap pilih kasih dalam pentadbiran.

Sekiranya pemberishan itu untuk mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar dasar kerajaan, semakan itu bukan sahaja terhad di kalangan kakitangan jabatan-jabatan berkenaan, tetapi ia perlu dibuat di peringkat Exco, wakil rakyat dan syarikat-syarikat milik kerajaan juga perlu disemak dan disiasat.

Apa juga yang boleh dianggap sebagai melanggar dasar kerajaan ialah apa-apa perbuatan yang tidak menunjukkan aspirsi Kerajaan Membangun Bersama Islam; bersikap tidak telus, tidak adil dan tidak benar serta menzalimi rakyat, mereka adalah dianggap sebagai pesalah. Misalnya pemilikan kereta mewah oleh wakil rakyat Kelantan merupakan satu tindakan melanggar dasar dan prinsip kerajaan negeri.

Memberi projek atau kontrak kepada kroni juga merupakan satu tindakan bercanggah dengan kerajaan Membangun Bersama Islam.
Demikian juga keputusan menjual aset-aset kerajaan kononnya mengalami kerugian dan membina keupayaan baharu kepada syarikat berkenaan, sedangkan usahanya diragui juga boleh dianggap sebagai melanggar dasar kerajaan.

Begitu juga pemberian tander dan kontrak yang meragukan juga merupakan tindakan yang melanggar dasar kerajaan negeri. Sekiranya arahan itu bersifat menyeluruh dan ikhlas, semakan dan tindakan ke atas mereka dikatakan melanggar dasar kerajaan negeri tadi perlu dikenakan ke atas pelakunya.

Tanpa mengenakan tindakan ke atas mereka yang melakukan tindakan dan perbuatan itu sebaliknya hanya memfokuskan kepada mereka meyertai parti baharu ia suatu tindakan yang sangat tidak adil, dan arahan itu jelas bermotif politik.

Tindakan itu lebih bermotif untuk kepentingan politik dan bukan kepentingan rakyat.

Tindakan sebegitu juga boleh disifat usaha membuang hama tetapi tidak sama membuang "mempirah" sedangkan "mempirah" itu lebih kejam dan teruk daripada hama.

Misalnya mereka yang bertindak menyertai parti GHB, tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan seperti mana dilakukan oleh orang yang menebang balak di luar kawasan ataupun meluluskan tander konsensi dengan harga jauh lebih murah daripada harga biasa.

Orang yang membuat atau menstrukturkan syarikat milik kerajaan kononnya untuk menambahkan keupayaannya sedangkan ia memusnahkan syarikat berkenaan juga boleh dianggap sebagai melanggar dasar-dasar Kerajaan.

Sementara sehubungan dengan perkeliling berkenaan dipercayai akan ada beberapa orang yang berkhidmat di jabatan atau agensi kerajaan itu akan dipecat selepas ini. Dalam kata lain pembersihan dilakukan itu bukan memantapkan kerajaan tetapi mengukuhkan akar politik orang yang berkuasa di Kelantan waktu ini.-BlogSpot

Kes Altantuya BOLEH DIBUKA SEMULA jika ada bukti baru, kata Musa Hassan.

Posted: 14 Sep 2015 07:00 AM PDT


Zar Ali's photo.

Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu boleh dibuka semula sekiranya terdapat bukti baru berkaitan dengannya, kata bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.

Bercakap kepada wartawan pada satu sidang media di Kuala Lumpur, Musa berkata ia termasuk dakwaan baharu dari dokumentari Al Jazeera yang dianggap tidak semuanya sama dengan siasatan polis sebelum ini.

"Boleh buka semula kalau ada petunjuk baru dan kalau ada keterangan baru," katanya yang mendakwa begitu banyak tokok tambah mengenai kebenaran kes Altantuya dibangkitkan semula ketika ini.

Beliau menyeru agar saksi-saksi kejadian tampil membuat laporan polis sekiranya mempunyai petunjuk baharu dan bukannya menggunakan saluran berbeza.

"Itulah saya minta sesiapa maklumat lanjut yang boleh tunjuk dan sila buat laporan polis.

"Sesiapa yang ada petunjuk tertentu yang boleh menunjukkan bahawa ada orang lain terlibat saya harap buat laporan pada polis, jadi polis boleh menyiasat sama ada tuduhan benar atau tidak," katanya yang menjadi ketua polis negara ketika warga Mongolia itu dibunuh-TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Mahathir cabar Kerajaan saman Al Jazeera jika dokumentari Altantuya itu fitnah..

Posted: 14 Sep 2015 06:15 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar kerajaan menyaman Al Jazeera jika dokumentari berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang disiarkannya tidak benar. 

"Jika kerajaan fikir dokumentari itu tidak benar, mereka patut saman Al Jazeera kerana memfitnah.

"Al Jazeera ditonton jutaan orang di seluruh dunia. Kebanyakan orang percaya apa yang mereka lihat.

"Semata-masa berkata ia tidak benar mungkin meyakinkan sebahagian rakyat Malaysia, tetapi tidak akan meyakinkan orang luar."

Al Jazeera pada Jumaat menyiarkan dokumentari mengenai pembunuhan Altantuya dan mengaitkannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mempertahankan diri, Najib mendakwa tindakan pihak tertentu menimbulkan semula kes pembunuhan itu sebahagian perancangan kuasa luar untuk menjatuhkannya - sama seperti strategi terhadap bekas presiden Iraq Saddam Hussein.

Wartawan Al Jazeera

Bersihkan nama negara

Beliau menegaskan, Saddam digulingkan AS dengan dakwaan palsu kononnya Iraq memiliki senjata pemusnah massa.

Najib ketika menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat Umno Pekan berkata "tak ada gambar, tiada bukti dan tiada ada SMS, ia muncul semula".

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan beberapa pemimpin kerajaan juga telah menafikan perkara itu.

Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata kerajaan Najib perlu bertanggungjawab membersihkan nama negara.

"Bukti mesti diberikan bahawa pembunuhan itu, penutupan kes itu, penglibatan polis dan Razak Baginda tidak sama sekali terlibat dalam jenayah teruk itu," kata Mahathir.

Beliau juga berkata, badan kehakiman, termasuk Jabatan Peguam Negara, juga harus membersihkan nama masing-masing lapor Malaysiakini


APAKAH SALAH TAYAR KERETA KHALID SAMAD?

Posted: 14 Sep 2015 05:30 AM PDT

Bila ada 2 pihak bertelagah, pasti ada pihak yang jadi batu apinya, contohnya kejadian semalam di Seksyen 9. Tayar kereta YB Khalid Samad ditusuk dan ditoreh (Lihat gambar).





SUMBER


Jangan melompat untuk menuduh sesiapa.
Jangan juga menuduh Khalid Samad menusuk dan menoreh tayar keretanya sendiri.

Macam kes terdahulu.

Kereta Dr Hatta cuba dibakar.
Dr Dzulkifli dipukul di perkaranga masjib di waktu subuh.
Semuanya kunun dilakukan sendiri.

Mohon para pejuang bersabar.
Dendam kepada pemilik, tayar jadi mangsa. Tayar yang masih elok dirosakkan tidak boleh digunakan lagi. Barang yang elok tapi tidak digunakan maknanya pembaziran. Membazir itu kerja iblis. 

Negara sudah 58 tahun merdeka. Berpolitiklah secara matang.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa si pelaku ini.

Dan Allah (S.W.T.) juga berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat 18:

Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ غَÙŠْبَ السَّÙ…َاوَاتِ ÙˆَالْØ£َرْضِ ۚ ÙˆَاللَّÙ‡ُ بَصِيرٌ بِÙ…َا تَعْÙ…َÙ„ُونَ 

Terjemahannya:

"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan" (Al-Hujurat: 18).


Mat rempit kurang ajar Bermotor besar biadap Pemimpin celupar Nak jadi apa kita?

Posted: 14 Sep 2015 04:45 AM PDT

 
 
Apa nak jadi: Biadap di mana-mana.......

Bikers biadap, aibkan pengguna jalan raya PUBLISHED:

Sep 12, 2015  KUALA LUMPUR, 12 September:

Tindakan menasihati sekumpulan penunggang motorsikal besar atau lebih popular digelar 'bikers' dibalas dengan cacian dan laungan makian. Situasi itu berlaku kepada seorang pengguna jalan raya di sebuah stesen minyak di Serdang yang memuat naik sekeping foto menunjukkan sekumpulan bikers meletakkan kenderaan mereka di tempat kereta sehingga menyusahkan pengguna lain.

"Saya meminta kumpulan bikers itu supaya meletak kenderaan mereka dengan betul untuk memberi ruang kepada keretanya meletakkan kenderaan di ruang yang disediakan itu,

"Sebaliknya, kumpulan bikers itu mencaci dan melaungkan makian kepada saya, seolah-olah saya baru keluar dari hutan dan tidak mampu membeli motorsikal besar seperti mereka," demikian catatan pada status Facebook Azahari Ismail pada jam 11.00 pagi Sabtu.

Catatan pada status Facebook Azahari Ismail pada jam 11.00 pagi Sabtu Lebih memalukan tindakan kumpulan bikers itu adalah di depan keluarga dan anak-anak Azahari walaupun salah seorang ahli mereka sependapat dengan Azahari namun tidak diendahkan ahli kumpulan yang lain.

Antara komen yang menarik ialah dari Mohd Arbain Bin Mohd Noor yang mengatakan; "Baru pakai superbike dah bongkak. Lupa dulu pakai motor cabuk je. Hai la manusia. Moto besar otak rempit."

Seorang lagi pengguna Facebook, Rodzan Hisham Mohd Jamal menyatakan ini hanyalah kes terpencil dan bukan semua bikers bersikap seperti kumpulan itu.

Azahari mendakwa dia dimarahi ahli kumpulan bikers itu dengan melaungkan pelbagai gelaran dengan kasar untuk mengaibkannya. "Mereka mengeji bahawa perangai saya macam baik sangat dan macam bagus sedangkan berpakaian tidak menutup aurat kerana berseluar pendek, mereka menjadi lebih aggresif apabila saya ambil gambar mereka dengan telefon.

"Bagi saya, penunggang motorsikal besar tidak sewajarnya bersikap sombong seperti ini," katanya. -


sumber Posted by mountdweller


APSAL NAJIB DAN ROSMAH KELUAR NEGARA 15 SEPTEMBER NIE? SUDAH TAKUT KAHH MAU LARIKKK?

Posted: 14 Sep 2015 04:00 AM PDT

Altantuya: Najib beri ‘lampu hijau’ tangkap Razak Baginda, kata bekas KPN

Posted: 14 Sep 2015 03:41 AM PDT

Altantuya: Najib beri 'lampu hijau' tangkap Razak Baginda, kata bekas KPN Tan Sri Musa Hassan hari ini mendedahkan Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu masih timbalan perdana menteri mengarahkan beliau menangkap suspek pembunuh Altantuya Shaariibuu, Razak Baginda. 



Bekas ketua polis negara itu berkata, pada mulanya beliau memberitahu perdana menteri pada ketika itu, 

 
Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan kes tersebut namun diarahkan bertemu Najib memandangkan Razak merupakan penasihat beliau. 

"Selepas PM (Abdullah balik dari luar negara) saya memberitahu siapa mereka yang terlibat.
Saya mengatakan bahawa polis mahu tangkap Razak Baginda. 

 

"PM meminta saya untuk maklumkan kepada timbalan perdana menteri dan saya kemudian berjumpa dan beritahu ingin tangkap Razak Baginda. "Timbalan kata pada saya, buat kerja kamu," kata Musa pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Perhimpunan Baju Merah 16 September Sah.. DBKL Beri Kebenaran

Posted: 14 Sep 2015 02:43 AM PDT



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada penganjur untuk menjalankan perhimpunan aman 'Himpunan Rakyat Bersatu' di Padang Merbok yang dijangka berlangsung, Rabu ini.

"Saya hanya beri kebenaran untuk menggunakan Padang Merbok untuk berhimpun, itu sahaja, dan sila berhimpun dengan aman," kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, surat kebenaran itu telah dikeluarkan oleh DBKL hari ini, dan beliau berharap agar pihak penganjur akan berhimpun dengan aman dan elakkan daripada melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.




 

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihatkan agar mana-mana pihak yang ingin menyertai perhimpunan supaya mematuhi segala peraturan yang ada.

Beliau, yang juga setiausaha agung Umno, berkata ekoran DBKL telah memberi kebenaran untuk menggunakan lokasi Padang Merbok mengadakan perhimpunan itu, ia diharap agar jalan raya di sekitar ibu negara tidak diusik oleh mana-mana pihak.

Tengku Adnan berkata sekiranya syarat dan peraturan diingkari, perhimpunan itu menjadi haram dan kelulusan akan dibatalkan serta-merta.

"Kalau anggota Umno nak pergi, pergilahh... tapi mesti kena ikut undang-undang walau dia anggota Umno, dia mesti kena ikut dan patuh pada undang-undang tersebut," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran dan sesi pengundian Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Residensi RazakMas di ibunegara hari ini.

Perhimpunan Rakyat Bersatu diketuai oleh Pesaka bersama 250 NGO lain yang diadakan sebagai membantah penganjuran himpunan BERSIH 4 baru-baru ini.

- Bernama



'Sekali lagi saya kena!', Linda Rafar akui trauma

Posted: 14 Sep 2015 01:00 AM PDT


'Sekali lagi saya kena!', Linda Rafar akui traumaNAMA pelakon Linda Rafar mula menjadi bualan awal minggu ini apabila tindakannya memuat naik gambar pernikahannya dengan suami, Syed Aiman dengan perkataan 'Akad Cerai' di laman Instagramnya.

Namun, tidak lama kemudian, dia bertindak memadam semula gambar berkenaan. Laporan awal menyebut, Syed Aiman telah melafazkan cerai terhadapnya jam 7.30 pagi pada Selasa lalu di kediaman mereka di Shah Alam.

Dan, pada Jumaat lalu, Linda yang kini sedang hamil tiga bulan hadir ke pejabat pendaftar Mahkamah Rendah Syariah untuk menyerahkan borang cerai. Kesempatan itu juga, Linda meluangkan masa setengah jam bersama media bagi menjelaskan kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya itu. Ikuti temu bual berikut;

Ramai peminat terkejut dengan berita ini. Apakah penjelasan Linda?

Saya datang ke mahkamah hari ini (Jumaat) adalah untuk menghantar borang pengesahan lafaz cerai. Borang tersebut diambil oleh wakil saya pada Rabu lalu. 

Saya tidak pasti adakah jatuhnya talak yang dilafazkan oleh suami dalam keadaan saya mengandung. Biarlah hakim yang putuskannya.

Boleh Linda jelaskan puncanya dan sejak bila ia berlaku?

ss

Tiga hari sebelum itu suami sudah nampak lain. Dia outstation di Kelantan selama empat hari. Dia balik dalam keadaan muka tidak gembira dan saya pun tidak cakap apa-apa. Sebab saya tidak melakukan apa- apa kesalahan.

Apa yang saya tahu, saya hidup sebagai seorang isteri dan baru sahaja kematian anak saya. Tak mungkin saya buat benda- benda yang boleh menyebabkan penceraian ini.

Saya rasa ini adalah dugaan daripada ALLAH. Sekali lagi saya kena. Saya rasa trauma dan fobia. Nak jumpa wartawan pun rasa takut. Tidak siapa di dalam dunia ini mahukan penceraian ataupun kemusnahan rumah tangga.

Cuba bayangkan jika anda berada di tempat saya? Tapi talak pada suami. Sebagai isteri, apa yang mampu saya buat? Kena reda sahaja.

Bagaimana pula dengan kenyataan Syed Aiman bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai dan mendakwa ia lebih kepada dasar emosi Linda yang sedang mengandung sekarang?

Saya tak rasalah saya sampai macam tu sekali. Orang mengandung tidaklah sampai lupa diri. Saya sedar. Saya tidak tahu kenapa dia buat macam itu. Saya yakin dia memang melafazkan. Persoalannya sama ada jatuh atau tidak sahaja.

Jadi bagaimana keadaan Linda?

Selepas kejadian itu, kami terus tidak bercakap. Saya mengandung. Tak mungkin saya nak bercerai. Tapi sekiranya ditakdirkan, saya pun ada maruah, harga diri dan keluarga. Orang sudah tidak mahu dan cakap bukan-bukan, takkan saya mahu tunggu lagi? Sekiranya ditakdirkan berpisah, saya reda.

Adakah konflik ini memberi kesan kepada kandungan Linda?

Saya takut juga. Pada 17 September ini saya ada temu janji pemeriksaan dengan doktor. Sekiranya doktor tidak membenarkan saya untuk meneruskan kandungan ini, saya perlu patuhi. Selepas kejadian itu, saya demam dan perut sakit. Jadi, sebelum apa-apa berlaku saya kena ikut nasihat doktor. Kalau boleh saya ingin meneruskan kandungan ini.

Sembilan tahun perkahwinan, kalian dilihat sebagai pasangan yang serasi dan bahagia bersama....

Sebenarnya ini bukan pergaduhan pertama kali. Kami sering bergaduh. Mungkin orang tidak tahu sebab saya banyak sabar. Tapi kesabaran itu ada tahapnya. Saya sudah tawar hati.

Kalau tidak dihargai, biarlah saya pergi sekarang. Sepanjang berkahwin, saya juga tidak pernah memeriksanya sama ada telefon bimbit atau apa yang dibuat di belakang saya. Itulah sifat saya sejak kahwin.

Adakah Linda akan menerima Syed Aiman kembali?

Itu yang membuatkan saya menangis sepanjang hari. Saya tanya dengan diri saya adakah saya boleh terimanya atau sebaliknya. Saya takut apabila perut membesar sekali lagi benda ini terjadi. (menangis). Saya fobia.

Bagaimana dengan keluarga?

Keluarga tidak masuk campur dalam masalah rumah tangga. Emak mahu saya selesaikan sendiri. Cuma saya ada minta nasihat dan pandangan daripada kakak saya, Anita dan abang ipar.-SinarHarian

Sultan Johor: Tiada toleransi isu perkauman‎

Posted: 14 Sep 2015 12:15 AM PDT




Sultan Johor: Tiada toleransi isu perkauman‎JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menolak sebarang unsur perkauman dan baginda tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan isu itu.

Titah baginda yang dimuat naik dalam laman Facebooknya (FB), kira-kira jam 10 pagi, semalam itu mendapat 6,322 like sehingga jam 5 petang dan dikongsi 966 pelayar FB.

"Saya tidak akan bertoleransi dengan mereka yang mengamalkan sifat benci-membenci dan perkauman di tanah Johor Darul Ta'zim. Kita Bangsa Johor, orang Melayu ada hak keistimewaan, kaum Cina dan India juga berhak kerana Johor adalah milik Bangsa Johor. 

Mungkin datuk moyang mereka dari China atau India, tetapi Johor Darul Ta'zim ialah rumah mereka juga.

"Saya tidak akan bertoleransi dengan mereka yang mengamalkan sifat benci-membenci dan perkauman di tanah Johor Darul Ta'zim," titahnya.

Terdahulu dalam statusnya, Sultan Ibrahim menegur sikap segelintir rakyat yang membuang sampah merata-rata kerana ia mencerminkan sikap mementingkan diri.

"Sudah sampai masa untuk kita berubah cara pemikiran kita. Untuk Johor berdiri megah setanding dengan negara jiran yang sudah maju, kita juga perlu berubah.

"Jangan buang sampah merata sesuka hati kerana ia menyusahkan orang lain, jangan letak kereta sembarangan di tepi jalan raya kerana ia menimbulkan kesukaran kepada pemandu lain.

"Sifat yang mementingkan diri sendiri tanpa memikir akibatnya pada orang lain harus diubah kerana ia menyusahkan orang ramai," titahnya.

Sultan Johor bertitah lagi, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan memastikan kemudahan di tempat awam semua berfungsi dengan baik.

"Bila kita semua melaksanakan tanggungjawab kita, perubahan yang positif dan lebih baik dapat dinikmati semua.

"Kita memastikan rumah kita bersih, kerana rumah kita milik kita. Kenapa kita tidak memastikan Johor bersih? Johor milik rakyat - Melayu, India dan juga kaum Cina," titah baginda.-SinarHarian



Pemikir TOLAK himpunan Baju Merah - Oleh Shahbudin Husin

Posted: 13 Sep 2015 11:30 PM PDT


Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia atau Pemikir, sebuah NGO yang dianggotai oleh tokoh-tokoh penting yang pernah berjasa dalam dunia politik dan sektor awam negara, turut tampil menolak perhimpunan baju merah yang dirancang pada 16 September ini.

Presiden Pemikir, Aziz Yassin berkata, pihaknya menolak perhimpunan tersebut kerana ianya akan menghancurkan keharmonian rakyat dan perpaduan kaum yang sudah terjalin dengan baik dalam negara selama ini.

Apatah lagi, tegas beliau, dengan kedudukan orang-orang Melayu yang rapuh sekarang ini, himpunan tersebut tidak membawa sebarang kebaikan atau nilai tambah kepada sesiapa.

Oleh yang demikian, tambahnya, masa depan orang-orang Melayu dari segi kedudukan, maruah dan harga dirinya harus diperjuangkan dalam bentuk yang lain dan bukannya melalui perhimpunan baju merah tersebut.

Dengan pendirian Pemikir ini, bermakna satu lagi suara yang mesra dengan UMNO dan BN telah tampil menyatakan bantahan terhadap himpunan baju merah yang dirancang untuk diadakan di beberapa tempat di sekitar Bukit Bintang sempena sambutan Hari Malaysia, 16 September ini.

Selain Aziz Yassin yang merupakan abang kepada Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin sebagai Presidennya, Pemikir turut dianggotai oleh Sabbaruddin Chik, Sanusi Junid, Osu Sukam, Dr. Afifuddin Omar, Azmi Khalid, Musa Hasan, Abu Talib Othman, Salahuddin Mohamad, Dr Ibrahim Saad dan ramai lagi.

Sebelum ini Tun Mahathir Mohamad, Rafidah Aziz, Dr Ramlah Adam dan beberapa tokoh lain turut menolak penganjuran himpunan baju merah yang temanya bertukar-tukar daripada "himpunan Melayu bangkit" kepada "himpunan Melayu bersatu" dan akhirnya menjadi "himpunan rakyat bersatu".

Rata-rata rakyat juga menolak himpunan baju merah ini kerana ia dilihat tidak mempunyai tujuan khusus untuk negara, melainkan untuk menzahirkan sokongan terhadap Najib semata-mata sebagai reaksi kepada suara penolakan terhadapnya yang kian bergema dalam himpunan Bersih 4, baru-baru ini.

Dalam himpunan Bersih 4 di sekitar Dataran Merdeka selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu yang dihadiri kira-kira 500 ribu peserta, selain menuntut pilihanraya dan ekonomi yang bersih, peserta juga menuntut perletakan jawatan Najib yang disifatkan gagal menjelaskan dengan jujur wang RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya.

Pada 16 September ini, himpunan baju merah anjuran Gabungan NGO-NGO Melayu merancang untuk berarak daripada beberapa tempat di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Petaling menuju ke Padang Merbok di mana di situ mereka akan bergabung dengan perhimpunan lain yang dianjurkan oleh Pesaka, sebuah pertubuhan silat yang dipimpin oleh Ali Rustam.

Bagaimanapun, himpunan anjuran Pesaka tidak menetapkan sebarang tema warna dan peserta juga tidak dibekalkan dengan baju T yang khusus. Bermakna sesiapa saja boleh datang dengan warna dan pakaian kegemaran serta pilihan masing-masing.

Bagaimanapun Pesaka masih menunggu kelulusan permit daripada pihak berkuasa seperti polis dan DBKL untuk himpunan tersebut, tetapi berjanji akan membatalkannya jika tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan.

Namun demikian, peserta baju merah dipercayai akan meneruskan perarakan serta himpunan sebagaimana yang dirancang, tidak kira sama ada mendapat kebenaran atau sebaliknya.

Melalui suara bantahan yang semakin kedengaran sekarang, persoalannya ialah apakah kerajaan dan Perdana Menteri, Najib Razak tidak terasa getarnya denyut nadi suara rakyat ini?-BlogSpot

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.