Ahad, 13 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Laporan mayat Morais ditemui di Klang - suarakami

Posted: 13 Sep 2015 10:45 PM PDT



Polis hari ini menafikan laporan kononnya mayat Anthony Kevin Morais yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara, telah dijumpai di Klang, Selangor.
Penafian itu dibuat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad.
Beliau yang dihubungi Bernama menerusi telefon untuk pengesahan mengenai laporan itu telah menyatakan bahawa perkara itu adalah tidak benar.
Zainuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Berita mengenai penemuan mayat yang kononnya adalah Morais itu dilaporkan di sebuah laman facebook dan ia telah menjadi viral di media sosial.
Morais dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan pada Isnin lalu polis telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyiasat kes itu yang diketuai oleh Zainuddin sendiri.
Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Beliau juga dilaporkan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Pemberian BR1M Dikaji Semula Supaya Penyokong Pembangkang Tak Dapat suarakami

Posted: 13 Sep 2015 10:00 PM PDT



Semakin hari, keadaan politik di Malaysia semakin menampakkan belangnya.Kali ini, kenyataan Shafei Abdullah, perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan menggesa Putrajaya mengkaji semula pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya ia tidak diberikan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang turut menerimanya.

Kami memang langsung tidak bersetuju dengan kenyataan ini.Inilah sebenarnya corak pemikiran politik yang perlu dielakkan.Tak perlu kami nak ulang banyak kali.Duit cukai rakyat bukan duit UMNO,PKR ataupun PAS dan DAP!

Hak rakyat, semua rakyat berhak dapat.Tidak kira apa fahaman politik mereka sekalipun.Tapi, bila ada kenyataan-kenyataan begini, kami rasa sangat kecewa.Adakah ini menjadi kebiasaan kepada satu-satu parti pemerintah memikirkan duit hasil dari cukai dan pendapatan negara adalah milik parti pemerintah?

Pemerintah dipilih untuk menguruskan pebelanjaan, pentadbiran dan juga kebajikan rakyat.Itu sebenarnyafungsi sesebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi.


Anda sebagai rakyat Malaysia, bersetujukah dengan pendapat perwakilan UMNO di atas?


Selongkar kembali : Menjejaki Diari Rosmah Sebelum Menjadi 'First Lady'. suarakam

Posted: 13 Sep 2015 09:15 PM PDT



Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. 

Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya. Menurut maklumat Rosmah senantiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah. 

Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan. 

Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.


Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat inin berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. 

Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal). Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. 

Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.
Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. 

Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. 

Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. 

Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. 

Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.


Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. 

Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. 

Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti". 

Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti"dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. 

Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.
Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. 

Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu"

 Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?.

Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang. 

Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?. 

Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. 

Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai"wanita nombor satu" selepas ini.
 

Artikel oleh: http://bebaskanmalaysia.blogspot.my/

Bongkar: Pelantikan MRCB – George Kent bina LRT3 dengan kontrak RM11.5 bilion mengejutkan suarakami

Posted: 13 Sep 2015 08:21 PM PDT



Putrajaya perlu timbang semula keputusan lantik konsortium Malaysian Resouces Corp Bhd (MRCB) dan George Kent (M) Bhd sebagai rakan penyampaian projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Klang, kata sumber industri.

Putrajaya perlu menimbang semula keputusan melantik konsortium Malaysian Resouces Corp Bhd (MRCB) dan George Kent (M) Bhd sebagai rakan penyampaian projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Klang, kata sumber industri.

Menurut sumber, walaupun Prasarana Malaysia Berhad sudah mengumumkan pelantikan MRCB – George Kent pada sidang media 4 September lalu, ia menimbulkan banyak persoalan memandangkan syarikat berkenaan menawarkan harga lebih tinggi daripada ditetapkan Prasarana iaitu sebanyak RM9 bilion.
Berdasarkan dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, konsortium MRCB – George Kent memasuki harga tender sebanyak RM11.5 bilion dengan menduduki tempat ketiga terendah daripada 6 penender.
Manakala konsortium UEM memasuki harga tender berjumlah RM9.88 bilion dan pembida paling rendah pula menawarkan harga paling rendah iaitu RM9.5 bilion.
Sumber rapat dengan pemilihan LRT3 berkata, pengumuman melantik MRCB – George Kent amat mengejutkan industri pembinaan sistem transit aliran ringan negara memandangkan George Kent sememangnya diketahui mempunyai masalah dengan pembinaan projek LRT jajaran Ampang yang terlewat setahun daripada dijadualkan.
"Walaupun, syarikat berkenaan mendakwa masalah kelewatan berkenaan bukan berpunca daripada mereka tetapi ia tetap memberikan imej kurang baik kepada Prasarana sebagai pemilik LRT negara.
"Tambahan pula, pemilihan MRCB sebagai rakan kongsi George Kent bagi membentuk konsortium membida projek LRT ini juga amat pelik memandangkan MRCB lebih terkenal sebagai pemaju dalam bidang pembinaan bangunan komersial bukannya dalam industri pengangkutan," kata sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.
Menurut sumber itu, pada awal proses pemilihan syarikat PDP itu, ramai penganalisis beranggapan UEM mempunyai lebih kemampuan dan pengalaman untuk dipilih sebagai PDP dalam LRT3 kerana banyak terbabit dalam projek LRT.
Pada masa sama, UEM adalah anak syarikat kepada Khazanah Nasional, iaitu syarikat milik kerajaan sepenuhnya dan seharusnya mempunyai peluang lebih baik berdasarkan rekod baik dalam pembinaan LRT.
"Kumpulan PDP UEM yang berusahasama dengan semuanya terbabit dalam projek pembinaan LRT dan MRT termasuk penyambungan jajaran LRT Ampang serta jajaran LRT Kelana Jaya," katanya.
Selain itu, konsortium UEM juga sudah terbukti berjaya melaksanakan agenda Bumiputera seperti yang terbukti dalam projek LRT sebelum ini.
Sumber itu berkata, sekiranya konsortium UEM terpilih untuk projek LRT3 ini, 45% daripada pakej kontrak berkenaan akan diserahkan kepada kontraktor Bumiputera.
Selain itu menurut satu sumber lain yang rapat dengan istana Selangor, kegagalan kumpulan UEM mendapat kontrak berkenaan juga mendapat perhatian istana memandangkan salah satu syarikat dalam usahasama UEM iaitu ISY mempunyai kebolehan dalam urusan pengambilan tanah di Selangor.
Katanya, kebolehan ISY amat penting dalam proses untuk mengambil alih tanah di Selangor memandangkan keseluruhan projek itu berada dalam negeri berkenaan selain ia juga akan berakhir di Klang iaitu Bandar Diraja.

Mana satu nak kenal kaki bohong & samseng ??

Posted: 13 Sep 2015 06:45 PM PDT

 

 

Rakyat Marhaen.

Tahukah Anda Siapa Suami-suami Rosmah.....Mcm Cerita Madu 3 ni.... suarakam

Posted: 13 Sep 2015 06:15 PM PDT



Datin Seri Rosmah Mansor bukan nama asing bagi bumi Malaysia. Sebut sahaja Rosmah Mansor akan bisa membuatkan semua rakyat Malaysia serba ghairah untuk mendengar, melihat apakah cerita sebenarnya atau tak kurang juga yang dah bersiap sedia untuk mengata, mengeji dan mencaci Rosmah. Apakah dosa yang membuat dia teraniaya sebegini rupa? 

Dimanakah silapnya? Apakah "misteri" yang menghantui dirinya hingga dia di layan sebegitu rupa.. Lirik lagu 'Madu dan Racun' cukup sinonim untuk ditujukan khas pada beliau. Harap adalah si pintar Permata Seni akan mendendangkan lagu ini untuknya.

Terlalu banyak sejarah hitam yag menghantui Rosmah Mansor dan tidak juga kita lupa cerita puaka dan bomoh yang tidak berkesudahan. Kita lihat mangsa korban antara madu dan racun yang diperdendangkan oleh Rosmah Mansor yang mengaibkan 3 lelaki dan bukannya dua 2 seperti yang banyak blog melaporkan sebelum ini. Misteri yang kian terbongkar kisah sebenar cerita MADU TIGA versi Rosmah Mansor
Madu No 1



Siapa tak kenal suami@madu pertama Rosmah Mansor iaitu Abdul Aziz Nong Chik? Carian walau sebutir zarah bagi nama ini tidak mungkin wujud sama sekali untuk kita kenal. 

Hakikatnya, masa akan tiba tidak lama lagi untuk kita sama2 mendengar dan membaca cerita sebenar di sebalik cerita Madu Pertama yang telah terkena racun tangan kiri Rosmah Mansor. Namun bukti kukuh kewujudan Raja Nong Chik dalam hidup Rosmah Mansor ialah dengan kewujudan anak dia yang bernama Azrene Soraya Abdul Aziz yang jugak kini bergelar isteri kepada penyanyi dan motivator, Dr Fazley Yaakob. Agak menyedihkan bagi seorang anak apabila ibu kandungnya sendiri memulau perkahwinan anaknya. 

Apakah dosa2 besar yang telah di lakukan oleh si anak hingga dia di layan dengan sebegitu rupa. Rosmah asyik mengejar anak2 orang lain untuk di jadikan anak angkat program Permata Negara sedangkan anak dia sendiri dia buang seolah2 anak itu tidak wujud dalam hidup dia.
Madu No 2



Perkahwinan jika gagal dan bercerai buat kali pertama mungkin salah lelaki. Tapi kalau dah masuk kali kedua salah siapa pulak? 


Mungkin juga tetap salah lelaki namun bila keluar cerita tebus bini orang atau tebus talak, yang mana satu sebenarnya sejarah yang patut ditulis dalam perjalanan hidup First Lady of Malaysia ni. Farid Ismeth Emir, dikatakan suami@madu kedua Rosmah Mansor. Siapa yang tidak kenal  dengan Farid Ismeth Emir, seorang pemberita yang kacak dan bersuara macho.

Tidak ada pengganti yang sesuai untuk mengambil alih peranan beliau sebagai pembaca berita dengan suara macho yang ramai rakyat Malaysia nantikan di kaca TV. Itu pun kena racun dengan tangan kiri Rosmah Mansor. 

Skandal turun naik Pejabat Menteri Besar Pahang semasa Najib Razak menjadi Menteri Besar Pahang telah dikatakan pencetus kepada masalah rumahtangga pasangan ni. Rosmah Mansor menjanda dah dua kali tetapi terlalu mudah untuk dia mendapat jodoh baru. 

Pelbagai cerita dan kisah terdengar yang mengatakan bomoh, puaka dan sihir adalah sebahagian dari permainan dalam tujuan untuk mengejar cita-cita terutama dalam kisah cinta terlarang atau merampas suami orang.. 

Adakah benar kisah "ROSMAH PUAKA" dan cerita disebalik Video Rosmah Puaka suatu kebenaran atau rekaan karya pihak tertentu untuk memburukkan kredibiliti isteri PM ni.. Fenomena Rosmah Puaka pernah melanda Malaysia dan pelbagai cerita yang tersurat dan tersirat dipaparkan kepada dunia. 

Apalah nasib Rosmah Mansor yang diperlakukan sedemikian rupa?Atau adakah ini balasan pada ketaksuban dan keinginan melampau nya yang menjadikan kahwin/cerai sebagai mainan kehidupan dalam mencapai matlamat nafsu dan cita-cita. Bak kata Farid Ismeth Emir setiap hari dalam buletin Dunia Jam 10, 'fikir-fikirkan lah'....
Madu No 3



Dan madu ketiga akhirnya membuahkan hasil yang di harapkan yang akan menjadikan Rosmah Mansor sebagai FLOM.."FIRST LADY OF MALAYSIA", Singgahsana dan takhta idaman semua wanita di Malaysia dan dialah Permata Negara, dialah Srikandi Negara, dialah ibu kepada Permata Negara dan segala2nya.  


Tetapi Rosmah mungkin terlupa menyebut bahawa akulah satu2nya wanita yang berkahwin cerai dan bernikah 3 kali dalam mengejar status dan cita2 dan yang menikmati Madu Tiga dari tiga lelaki. Rosmah Mansor lah yang harus ditulis pada sejarah buku teks pendidikan moral bagi seluruh wanita di Malaysia..

Dialah juga ibu kandung yang mampu melupakan anak kandung sendiri dan membuang mereka terus dari sejarah hidupnya. Bila anak pun dah sanggup di buang, ahli keluarga yang lain baginya hanya sampah. Ini termasuk cucu2nya yang tak pernah dia lawati. 

Katakanlah apa sahaja kepada Rosmah Mansor kerana bagi dia semua itu hanya kerana irihati orang terhadap dia sebagai First Lady of Malaysia..  Sungguh hebat wanita bernama Rosmah Mansor ni. Mahligai kehidupan kaum Kerabat DiRaja pun dia mampu runtuhkan dengan begitu mudah sekali dan pelik apakah kekuatan sebenar Rosmah Mansor sebagai seoarang wanita.  

Rosmah Mansor boleh di kategorikan sebagai wanita menakjubkan memandangkan kerabat diraja pun hanya mampu berundur diri dari menyelamatkan rumahtangga dengan Najib serta memberi ruang jalan kepada Rosmah mengambil alih tanggungjawab sebagai isteri Najib Razak. Apakah rahsia Rosmah di sebalik segala ilmu memikat? 

Nasib baiklah jawatan Yang DiPertuan Agong itu bergilir dan terlalu ramai calon untuk memenuhi jawatan terebut maka terselamat la PM Najib dari bahaya dan cubaan rampasan takhta bagi meneruskan misi ke mahkota peringkat tertinggi di muka bumi Malaysia oleh Rosmah Mansor.. 

Disebalik kejayaan dan kegagalan seseorang lelaki dikatakan berpunca dari wanita. Betul ke ungkapan ini? Ataupun sebalik kegagalan setiap lelaki berpunca dari diri sendiri kerana gagal dalam mendidik isteri? Apapun ada juga kebenaran dalam cerita Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 ni. Pelbagai racun telah pun memakan diri PM Najib angkara Rosmah Mansor. 

Antaranya pelbagai skandal dan isu yang tak berkesudahan penghujungnya dan setiap yang dilakukan Rosmah tidak pernah membawa kebaikan  dan akhirnya mengaibkan kebolehan PM Najib memimpin negara hanya kerana gagal dalam mendidik isteri
 

Artikel  oleh kopitarikkaw2.blogspot
Isnin, 14 September 2015 Mana satu nak kenal kaki bohong & samseng ?? Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Isnin, 14 September 2015 Mana satu nak kenal kaki bohong & samseng ?? Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Perniagaan di Jalan Petaling ditutup pada 16 Sept

Posted: 13 Sep 2015 05:45 PM PDT


Sebanyak 773 penjaja dan 500 pekedai di Petaling Street bersetuju untuk menghentikan perniagaan selama sehari pada 16 Sept ini bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini ekoran Himpunan Rakyat Bersatu yang dikatakan bakal diadakan di kawasan itu.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee Jp berkata keputusan itu dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 5 Sept lepas.

"Sebanyak 90 peratus peniaga di sini telah mengambil keputusan untuk menutup perniagaan pada hari berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin selain mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita pada program 'walkabout' anjuran NGO bersama ketua komuniti dan peniaga di Petaling Street, hari ini.

Beliau juga berharap pihak penganjur membatalkan perhimpunan berkenaan kerana banyak perniagaan di kawasan terlibat akan terjejas kerana terpaksa ditutup sepanjang hari.

Beliau berkata perhimpunan yang bercorak perkauman itu tidak bersesuaian dengan Hari Malaysia yang sepatutnya disambut dengan penuh semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk.

Lebih 50 wakil daripada 20 NGO menyertai program berkenaan untuk beramah mesra dengan peniaga serta penduduk di kawasan terbabit.

Program tersebut turut dihadiri Presiden Pro-Rakyat Khairul Anwar Othman, anggota Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dan beberapa NGO seperti Otai Reformis, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Jingga 13, dan Pertubuhan Prihatin Selangor.

Khairul berkata, 2,000 anggotanya bersama-sama 500 anggota Otai Reformis akan 'berkampung' di sekitar kawasan antara lain Petaling Street dan Bukit Bintang dari pagi sehingga 12 tengah malam pada hari berkenaan.

"Kami sebagai orang Islam, juga orang Melayu dan rakyat Malaysia, ingin beri jaminan kami takkan biarkan rakyat Malaysia tidak kira bangsa diapa-apakan," katanya.

Perhimpunan Rakyat Bersatu atau lebih dikenali sebagai Perhimpunan Baju Merah dirancang diadakan pada 16 Sept ini di ibu negara.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Tan Sri Mohd Ali Rustam selaku penganjur perhimpunan, dalam sidang medianya semalam menegaskan pihaknya akan mengadakan perhimpunan di Padang Merbok sekiranya dibenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan bukan di Bukit Bintang atau di Petaling Street.

-Bernama

Ketua AMK Jawab Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh: "Kenapa Nak Takut?"

Posted: 13 Sep 2015 05:15 PM PDT


Kalau yakin dengan PAS kenapa nak takut, Nik Nazmi jawab Nik Abduh

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat tiada sebarang kesalahan sekiranya mana-mana pemimpin PAS ingin menyertai parti itu kerana sebelum ini turut berlaku perkara sama membabitkan kedua-dua parti itu.

Nik Nazmi berkata, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga tidak perlu berasa takut dengan penyertaan pemimpin mereka ke dalam PKR sekiranya yakin dengan pertubuhan mereka.



"Ada beberapa ahli PKR yang sertai PAS, tiada masalah...kalau kita yakin dengan pertubuhan kita buat apa kita nak takut," katanya, kepada pemberita selepas berucap merasmikan penutup Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang Jaya, Selangor hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, PAS juga pernah menerima ahli mereka ketika parti itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (PKN), Mohd Anuar Mohd Tahir.

Anuar kini merupakan setiausaha agung Parti Amanah Negara (Amanah).

Nik Nazmi turut mengambil contoh bekas bendahari PKR, Abdul Rahman Othman yang meninggalkan parti itu dan memohon menjadi ahli PAS kawasan Subang Jaya, pada 2007.

"Kalau atas dasar orang itu bersetuju dengan perjuangan parti apa salahnya," katanya.

PAS hari ini menyatakan rasa kecewa dengan tindakan PKR yang menerima penyertaan bekas setiausaha agung mereka Datuk Kamaruddin Jaafar.

Nik Abduh berkata, parti Islam itu selalu berpegang dengan pendirian tidak akan menerima mana-mana wakil rakyat atau pemimpin daripada sekutu mereka.

"Sikap PAS dalam Pakatan Rakyat, kita tidak akan terima mana-mana ahli pemimpin atau wakil rakyat yang daripada rakan politik (yang ingin lompat parti) masuk dalam PAS.

"Ada kes sebelum ini, tapi kita tangguh kemasukan demi menjaga hubungan dalam PR," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini

Kamaruddin Jaffar yang merupakan ahli Parlimen Tumpat dan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada Jumaat mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR. -TMI



Pemuda Pas terkilan PKR terima Kamaruddin

KUALA LUMPUR - Pas melahirkan rasa terkilan terhadap tindakan PKR menerima kemasukan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar ke dalam parti berkenaan.

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sewaktu berada dalam PR, Pas mewujudkan satu polisi kesepakatan untuk tidak menerima ahli dan wakil rakyat dari mana-mana parti dalam PR.

"Ada juga beberapa kes dalam rekod kita di mana kita tangguhkan kemasukan ahli dan wakil rakyat dari parti rakan PR kerana kita mahu menjaga hubungan dalam PR.

"Bagi saya menjaga hubungan itu lebih baik. Dalam isu ini kita lahirkan rasa terkilan dengan rakan kita (PKR) yang menerima wakil rakyat dari parti sahabatnya sendiri," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas Pusat, hari ini.

Katanya, sehingga sekarang, Pas masih mengekalkan polisi berkenaan sebagai menghormati rakan dalam PR.

"Saya yakin tidak akan berlaku rakan dari parti dalam PR lompat ke dalam parti kita (Pas) selama mana kita berada dalam PR," katanya.

Menurut Nik Mohamad Abduh, Kamaruddin masih terikat dengan bai'ah seperti mana wakil rakyat lain di Kelantan.

"Beliau menanggung beban dia dengan bai'ah menggunakan sumpah nama ALLAH,"
katanya.


Ditanya penerimaan Pas terhadap bekas wakil rakyat DAP, Sum Cheok Leng, Nik Mohamad Abduh berkata, pihaknya menerima bekas wakil rakyat berkenaan selepas DAP memutuskan hubungan dengan Pas.

"Apa yang membezakan situasi ahli dan wakil rakyat PKR dengan DAP lompat parti ini adalah rasa hormat. Adapun DAP pula berbeza kerana rasa hilangnya rasa hormat dan ia berlaku selepas DAP putuskan hubungan," katanya. -SH


ULASAN GB

Nik Abduh masih bercakap mengenai baiah, sedangkan Setiausaha Agung PAS sendiri telah menyatakan PAS telah menutup isu baiah dan tidak mempersoalkan lagi wakil rakyat yang melompat ke parti lain.


Serahkan kepada Allah isu baiah. Sudah banyak kali didebatkan dan sudah ramai ulama membincangkan. Ada pro dan kontra, ertinya ia termasuk hal khilafiah.

Tak perlu diungkit lagi. Ia akan lebih banyak memaparkan sisi hodoh PAS sendiri. Sesunguhnya Dia Maha Tahu.




Kelab Greenboc


DATO JAMAL KATA TUN MAHATHIR ANJING - BUKAN MANUSIA?

Posted: 13 Sep 2015 05:00 PM PDT


Zar Ali's photo.

Nik Abduh Kesal PKR Terima MP Tumpat

Posted: 13 Sep 2015 04:30 PM PDT


Pemuda PAS menyuara rasa terkilan terhadap PKR kerana menerima penyertaan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar ke dalam parti itu kelmarin.

Ketua Pemuda Nik Abduh Nik Aziz berkata, sebagai rakan yang pernah berada dalam Pakatan Rakyat, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, katanya, terdapat polisi untuk tidak menerima ahli parti lain dalam gabungan itu demi menjaga hubungan sesama parti.

Malah, Nik Abduh berkata, walaupun sebelum ini terdapat kes wakil rakyat parti lain dari Pakatan ingin memasuki PAS, namun perkara tersebut tidak berlaku atas dasar menghormati parti lain.

"Dalam isu ini kita lahirkan rasa terkilan dengan rakan kita (PKR) yang menerima (ahli PAS) lompat parti.

"Kita (PAS) masih kekal dengan polisi menghormati hubungan. Harap tak berlaku lagilah," katanya.

Nik Abduh yang juga MP Pasir Mas berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Pada Jumaat lalu, Kamaruddin dan mantan menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengumumkan penyertaan dalam PKR.

Penyertaan mereka turut dialu-alukan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Mengulas berhubung tindakan bekas wakil rakyat DAP Perak Sum Cheok Leng yang menyertai PAS, Nik Abduh berkata, ia dibolehkan memandangkan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS terlebih dahulu.

"Mereka yang putuskan hubungan dengan kita. Kita terima dia (Sum) selepas putusnya hubunhan dengan DAP," katanya lagi.

Sementara itu Bernama melaporkan Nik Abduh berkata Kamaruddin mungkin mempunyai pandangan tersendiri mengapa beliau menyertai PKR dan tidak melompat ke Parti Amanah Rakyat namun yang pasti Kamaruddin tidak terlepas daripada sumpah bai'ah yang ditanggung semua wakil rakyat PAS.

"Wakil rakyat PAS yang telah melompat parti tetap akan menanggung bebanan yang sama dalam sumpah bai'ah yang telah dilafazkan," katanya.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh berkata parti itu sedia menerima keahlian mana-mana anggota DAP yang ingin menyertai PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu telah putus.

"Kalau ada ahli DAP yang mahu menyertai PAS kita (ucap) 'ahlan wasahlan' (selamat datang). Baru-baru ini juga ada kes di mana bekas naib pengerusi I DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad, menyertai PAS dan kita terima beliau selepas kita putus hubungan dengan DAP," katanya.

- mkini

Penyokong baju merah dihalau kerana jual baju di Stadium Titiwangsa

Posted: 13 Sep 2015 11:26 AM PDT

HOT - Kumpulan Baju Merah Dihalau Pesilat PESAKA Dari Stadium Titiwangsa


HARI ini Pertubuhan Silat Kebangsaan, PESAKA mengadakan pertemuan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur berikutan satu taklimat berhubung sebuah himpunan yang bakal dianjurkan oleh mereka di Dataran Merdeka pada 18 September 2015.




Tiba-tiba, sekumpulan penyokong Himpunan Maruah Melayu (juga dikenali sebagai Himpunan Baju Merah) dikatakan cuba masuk ke dalam stadium untuk menjual baju merah dan mengajak para pesilat untuk turut menyertai himpunan anjuran mereka.

Malangnya, menurut salah seorang Exco PESAKA dari negeri Johor yang hadir pada pertemuan itu, mereka telah dihalau keluar dari stadium tersebut.

Exco tersebut turut mendakwa, tindakan Dato Jamal yang sebelum ini membawa kumpulan baju merah dan mempamerkan aksi ‎'silat merapu' di hadapan SOGO telah menimbulkan kemarahan PESAKA dan disifatkan sebagai memalukan pengamal seni bela diri silat.

Selain itu, cubaan Penganjur Himpunan Baju Merah untuk mengaitkan PESAKA dengan himpunan mereka segera ditempelak oleh Presiden PESAKA, Tan Sri Dato' Seri Ali Rustam‎ yang menegaskan bahawa PESAKA tiada kaitan dengan kumpulan Baju Merah — Malaysiakini‎

‎Nampaknya cubaan Dato' Jamal untuk 'menjual nama' PESAKA bagi menjayakan Himpunan Baju Merah anjurannya ternyata tidak berjaya.

‎PESAKA menggabungkan perguruan-perguruan silat seluruh Malaysia di bawah satu bumbung. Bukan semua pengamal silat adalah penyokong Umno. Jadi Dato Jamal janganlah cepat perasan PESAKA akan menyokong ‎himpunan merapu yang dianjurkannya.

Kita tidak halang Dato Jamal dan kumpulan baju merahnya mahu berhimpun untuk pertahankan Najib, dan menunjukkan bantahan kepada Himpunan #Bersih4. Nak berhimpun silakan, itu hak kamu yang termaktub dalam perlembagaan. Tapi jangan 'jual nama' pertubuhan yang tidak ada kena mengena.

"Duit dah kebas, tapi tak dapat bawa turun orang ke perhimpunan merapu‎, pandai-pandailah kau jawab kahkahkah..."

Himpunan Baju Merah Mula Celaru..?? BATALKAN SAJA !

Posted: 13 Sep 2015 04:00 AM PDT





Beberapa hari sebelum himpunan baju merah pada 16 September ini, kecelaruan mula berlaku di sana sini dan sesama mereka yang terlibat dengannya.

Gabungan NGO-NGO Melayu yang diketuai oleh Jamal Mohd Yunus tetap mahu berarak dengan baju merah melalui beberapa kawasan di Bukit Bintang sebelum menuju ke destinasi akhir di Padang Merbok.

Pesaka yang dipilih sebagai penganjur pula hanya mahu berkumpul di Padang Merbok. Mereka juga tidak menetapkan sebarang tema warna kepada peserta, boleh berbaju merah, hitam atau apa saja.

Malah, Pesaka mengatakan baju merah bukanlah sebahagian daripada mereka.

Mungkinkah nanti himpunan 16 September itu menjadi berbelang-belang warnanya? Tak kelakar ke?

Lalu, di mana kesepakatan dan solidaritinya?

Pesaka turut tidak meletakkan sebarang sasaran jumlah kehadiran, tetapi Jamal mengatakan pihaknya akan mengumpul seramai 30 ribu peserta bagi tujuan itu.

Kenapa hanya 30 ribu? Mana angka yang diwar-warkan dulu kononnya sejuta peserta, 500 ribu, 300 ribu dan sebagainya?

Kalau nak lawan Bersih 4 dan menunjukkan sokongan kepada Najib Razak, bukankah jumlah yang munasabah ialah sekurang-kurangnya 500 ribu?

Jika tidak, malulah Pahlawan Bugis!!

Dalam pada itu, walaupun UMNO melalui Setiausaha Kerjanya, Abd Rauf Jusoh akhirnya mengakui penglibatan parti itu dalam mengerahkan kehadiran ahli-ahli UMNO seluruh negara ke himpunan tersebut, banyak pihak jelas tidak bersetuju dengannya.

Pakar sejarah, Dr Ramlah Adam nyata tidak senang dengan himpunan baju merah yang dirancang itu manakala adik Najib, Nazir Razak  pula mengatakan beliau akan meraikan kepelbagaian serta tidak akan berbaju merah sempena sambutan Hari Malaysia itu nanti.

Tun Mahathir, Rafidah Aziz dan ramai lagi semuanya juga tidak setuju.

Pemimpin komponen BN lagi tidak setuju dengan himpunan baju merah yang lebih bercorak perkauman dan hanya melibatkan satu-satu kaum saja serta dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan kepada kaum yang lain.

Dengan ini kebarangkalian untuk BN lebih menjarak daripada pengundi bukan Melayu selepas himpunan baju merah ini adalah paling mungkin sekali.

Dalam negara berbilang kaum, tiada sebarang himpunan melibatkan kaum patut dibenarkan. Jika ia berlaku, reaksi daripada kaum lain akan muncul selepasnya dan akhirnya semua kaum akan bebas berarak di jalan-jalan sepanjang masa untuk menuntut dan memperjuangkan hak mereka.

Apa jadi akhirnya?

Sudah tentu keharmonian dan kedamaian sesama rakyat akan terjejas. Hubungan dengan jiran tetangga daripada kaum lain dan kemesraan dengan rakan berbilang bangsa serta pergaulan anak-anak di sekolah pastinya tidak seharmoni dulu lagi.

Semuanya akan rosak binasa.

Sebelum api ini memusnahkan segala-galanya, adalah lebih baik Najib Razak mengambil tindakan mengeluarkan arahan membatalkan saja himpunan pada 16 September ini.

Meskipun pada awalnya Najib mengatakan tiada halangan dan tidak melarang ahli-ahli UMNO menghadirinya, mungkin kerana merasakan ia untuk memberi sokongan kepadanya, lebih terpuji jika Najib segera menarik balik semua itu.

Sudah cukup isu 1MDB, derma RM2,600 juta dan isu Altantuya yang timbul kembali kian menghakis sokongan rakyat terhadapnya, himpunan baju merah ini juga tidak menyumbang apa-apa keuntungan atau bonus tambahan kepadanya.

Tidak seperti Bersih 4 yang ada asas perjuangannya, himpunan baju merah hanyalah medan pembodek dan pengampu mempamerkan aksinya sambil memasang angan-angan untuk mengaut laba diri sendiri sahaja.

Sekali lagi, demi keharmonian dan semangat Hari Malaysia, lebih baik Najib batalkan segera, setidak-tidaknya dapat juga menjimatkan lebihan derma RM2,600 yang masih disimpannya!


-http://shahbudindotcom.blogspot.my/

Mahfuz ponteng Kongres Rakyat, bukan ponteng Parlimen.

Posted: 13 Sep 2015 03:15 AM PDT


Mahfuz Omar ponteng Kongres Rakyat bukan ponteng sidang parlimen pun.Beliau ada urusan di kawasan Pokok Sena.


YB DATO' MAHFUZ OMAR, HENTIKAN KENYATAAN KELIRU.

Saya harap YB Dato' Mahfuz Omar membantu memperkukuhkan parti seperti pengorbanan yg dibuat oleh akar umbi PAS seluruh negara yg berusaha keras sekarang sehingga mencatat keahlian baru PAS antara 9,000 ke 10,000 setiap bulan.

Di Kongres Rakyat semalam, Mantan Menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, antara yg paling lama pernah menjadi menteri, menyebut dengan lantang dan jelas, politik di Malaysia ini tunjangnya orang orang Islam khususnya melayu yg menjadi majoriti rakyat. Parti parti lain ada pemimpin, tapi tiada dokongan massa, iaitulah akar umbi rakyat.

Yang ada kekuatan ini hanyalah UMNO dan PAS. Katanya UMNO telah rosak dan wajib ditolak.

Kalau nak cakap dan bincang kerjasamapun, UMNO kena yakinkan rakyat dulu yg dia dah bertaubat. Ujar Tan Sri dalam ucapannya di pentas Kongres Rakyat yg dihadiri kira kita 10 ribu peserta dari seluruh negara termasuk perwakilan Sabah dan Sarawak.

Tan Sri Kadir melaungkan dengan jelas, sekarang, PAS tunjang politik Malaysia. Mahu bentuk kerajaan, mesti ada parti tunjang!

Saya harap ada yg dapat buat keratan video ucapan ini kerana ia banyak manfaat dan menginsafkan datang dari orang lama politik.

Kalau Tan Sri Kadir boleh berucap begini, sebagai orang lama dalam PAS yg banyak berjasa, Dato Mahfuz selayaknya memperkukuhkan lagi dengan kenyataan kenyataan positif yg membantu momentum yg sedang terbina dalam PAS sekarang.

Di Kongres Rakyat semalam, Sdra Tian Chua, Naib Presiden PKR pun boleh hadir. Malah Hj Mustafa Kamil, juga pimpinan tertinggi PKR, bertugas sepanjang hari sebagai Speaker Kongres Rakyat.

Tan Sri, Dato' Seri, Dato' dan orang kenamaan boleh hadir untuk bersama rakyat

Akar umbi kecewa kelibat YB Dato' Mahfuz tak kelihatan.

Lebih terluka lagi, di saat kita bersyukur, gelombang kemasukan ke dalam PAS sedang berlaku termasuk 6,000 orang ahli baru di Selangor dalam tempoh 3 minggu di PIHAK 13.0 Banting semalam dan begitu juga dari kalangan warga Felda di Cerul dan Jerangau di Terengganu, Dato Mahfuz pula terus mengeluarkan kenyataan kenyataan bernada keliru.

Sayang sungguh!

Akar umbi masih hormat dan sayang pada YB Dato' Mahfuz Omar.

Kembalikan Singa PAS yg kami kenali dulu. Kami akan terus dokong YB.

Tapi jika YB terus keliru, PAS akan terus ke hadapan, tak menoleh ke belakang lagi.

HJ. AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
13hb. September 2015

1MDB: Khairuddin akan SAMAN Ketua Pemuda Umno Batu Kawan

Posted: 13 Sep 2015 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan akan mengemukakan saman malu terhadap Ketua Pemuda Umno Bahagian Batu Kawan, Mohamad Hilme Ibrahim kerana memfitnahnya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Beliau yang juga bekas naib ketua Umno bahagian berkenaan berkata, setakat ini beliau sedang berbincang dengan peguamnya untuk melaksanakan tindakan itu.

"Tindakan ini diambil kerana kenyataan Hilmie kononnya laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang saya buat itu palsu.

"Ketika itu, semua laporan yang dibuat belum lagi disiasat dan kini jelas ada pihak berkuasa yang telah bertindak susulan laporan yang saya kemukakan.

"Oleh itu, kenyataan Hilmie adalah suatu jenayah fitnah," katanya kepada mStar Online.

Kata Khairuddin, setakat ini, pihaknya percaya perkembangan terkini kes berkaitan 1MDB memberi ruang untuknya mengambil tindakan undang-undang terhadap Hilmie.


Januari lalu, Hilmie meminta SPRM menyiasat Khairuddin berhubung laporannya terhadap 1MDB kerana mendakwa laporan yang dibuatnya palsu dan mempunyai elemen rasuah.

Ketua Pemuda Umno bahagian itu juga mendakwa Khairuddin masih gagal mengemukakan bukti susulan laporannya itu.

Pada 12 Disember tahun lalu, Khairuddin turut membuat laporan polis terhadap 1MDB dan syarikat subsidiarinya atas dakwaan urusniaga kewangan syarikat yang meragukan.

Beliau turut mendakwa sehingga Mac tahun lalu, syarikat berkenaan mempunyai hutang berjumlah sehingga RM41.9 bilion, dan meletakkan syarikat berhadapan dengan risiko diisytihar bankrap dan sekaligus akan membebankan kerajaan Persekutuan yang merupakan penjamin kepada pinjaman berkenaan.

Selain itu, Khairuddin juga ke Perancis, Switzerland, Hong Kong dan Singapura untuk membuat laporan berhubung isu sama.

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

Anina Saman Penjahat Dalam UMNO, Bukan Parti !!

Posted: 13 Sep 2015 01:45 AM PDT

Mafiaboss Melayu II's photo.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan tidak memahami writ saman yang dibuat, Anina Saadudin.

Dalam kenyataannya, bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat itu berkata, dia tidak menyaman parti itu tetapi individu yang dipanggilnya 'penjahat' dalam UMNO.

"Saya ingin tegaskan bahawa saya bukan menyaman UMNO sebaliknya saya menjalankan tanggungjawab keahlian saya untuk UMNO menyaman penjahat-penjahat dalam UMNO," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Anina tampil memberi penjelasan susulan dakwaanSetiausaha Agung UMNO itu bahawa pemecatannya disebabkan dia menyaman UMNO.

Dalam tulisan yang lebih sinis dia mempertikai kewibawaan Tengku Adnan.

"Saya hairan bagaimana Setiausaha Agung UMNO bertaraf menteri telah gagal memahami kandungan saman saya di Mahkamah Kuala Lumpur.

"Jika perkara mudah sebegini juga gagal Ku Nan fahami, bagaimana lah agaknya selama ini Ku Nan mentadbir negara sebagai menteri kabinet," katanya.

Sehubungan itu beliau, bertegas tidak akan menarik balik saman yang dibuat terhadap Tengku Adnan dan sedia bersemuka dengannya di mahkamah.


"Saya cukup kagum dengan keberanian Ku Nan untuk mengapi-apikan saya supaya meneruskan saman saya terhadapnya berkaitan salah laku beliau memecat keahlian saya secara salah dalam UMNO.

"….Sudah pasti saya tidak akan menggugurkan saman saya terhadap Ku Nan. Kita akan berjumpa di mahkamah yang mulia," katanya.-FMT

Kuasa tentu nasib pemimpin hanya di hujung jari

Posted: 13 Sep 2015 01:00 AM PDT


Najib Tun Razak

PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bahawa setiap individu pada zaman kini memiliki 'senjata' melalui hujung jari sahaja untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.
Beliau berkata, 'senjata' yang dimaksudkan ialah kewujudan media baru yang menjadikan sebarang penyebaran mengenai sesuatu maklumat mahupun fitnah terlalu mudah dan meluas.

 "Jika dilihat dari sudut sejarah, krisis (politik) yang dilalui sekarang tidaklah seteruk dulu...tetapi satu faktor yang membezakan situasi iaitu kini sudah ada media sosial (baru).

"Dulu kalau hendak hina, kutuk atau aibkan pemimpin memang tiada saluran, pilihan yang ada hanya buat surat layang dan ia memerlukan banyak kerja seperti mesin taip, pencetak, kertas...tapi sekarang senjata terletak di hujung jari sahaja, boleh cakap benar, boleh fitnah, boleh separuh benar, separuh fitnah," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

 Najib berkata, media sosial kini menjadi senjata paling berbisa pihak tidak lawan untuk meracuni fikiran rakyat sehingga segala kebaikan pemimpin tidak bererti sama sekali.

STATUS PEMBAKAR HATI NURANI CAI2 UMNQ...

Posted: 13 Sep 2015 12:15 AM PDT

Bob Kelanang's photo.

ADA cite kata 'HIMPUNAN BAJU MERAH' akan dibatalkan sbb NGO2, pemimpin akar umbi dan rakyat berstatus cai mempersoalkan keperluan dan faedah nak diadakan perhimpunan ini yang tiada faedah dan hala tuju...

Oleh kerana baju tema merah dah dicetak...mgkin baju2 dijual murah atau ikut harga kos kilang...

Sapa2 yang nak buat kain pengesat kaki di tandas dan dapur atau dibuat sebagai pengelap dubur selepas buang air besar (kalau tumbuh kurap, admin xjamin ye) bole lah beli TAPI dilarang keras buat pembalut nangka bagai kerana dikuatiri buah akan busuk...kehkehkehkehhhh


SEKIAN...

Apa-apa pun lantak kamulah Hadi! Hadi ‘selamatkan’ Amanah dalam Pakatan 2.0 Oleh Amin Iskandar

Posted: 12 Sep 2015 11:30 PM PDT



Apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak berminat untuk menyertai Pakatan Rakyat 2.0 (Pakatan 2.0) bersama-sama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah),

ia memberikan "nyawa" kepada parti serpihan itu untuk menjadi relevan dalam politik negara khususnya politik pembangkang. Amanah dapat membuktikan benarlah selama ini presiden PAS itulah menjadi penghalang kepada satu gabungan pembangkang yang kuat di Malaysia untuk menjadi pengganti kepada Barisan Nasional (BN).

Amanah juga dapat membuktikan kewujudan Hadi dalam politik pada hari ini hanyalah untuk menyelamatkan Umno, tidak lebih daripada itu.

Hadi dilaporkan laman Ismaweb sebagai berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu itu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.

"Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. "Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam," beliau dipetik berkata selepas pertemuan dengan Sekretariat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di Bangi pada Rabu.

Difahamkan, Hadi "sangat yakin" dengan kerjasama "rakan-rakannya" daripada Umno membantu membawa hudud ke Parlimen. Sebab itulah Hadi "dengan pantas" menolak menyertai Pakatan 2.0.

PKR yang sebelum ini menjemput PAS menyertai Pakatan 2.0 melalui Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin Amanah dan DAP juga "terselamat" kerana penolakan Hadi itu.

Sekurang-kurangnya PKR boleh memberitahu pengundi Melayu, "kami sudah jemput PAS masuk Pakatan 2.0, tetapi Hadi yang tak nak".

DAP juga "terselamat" kerana tidak perlu "bergaduh" dengan PKR berhubung penyertaan PAS dalam Pakatan 2.0.

Tanpa PAS, Pakatan 2.0 bolehlah ditubuhkan sebagai gabungan berdaftar dan bukan lagi "gabungan longgar" seperti Pakatan Rakyat dulu. Kerana yang "longgar-longgar" ini tidak akan diyakini pengundi.

Pakatan 2.0 harus menjadi gabungan rasmi seperti BN yang jelas dengan hala tujunya. Peranan Amanah Presiden Amanah Mohamad Sabu mengatakan parti itu mensasarkan 100,000 ahli menjelang akhir tahun ini termasuk dari kalangan penyokong PAS.

Memang kebanyakan ahli PAS menyertai Amanah pada ketika ini terdiri daripada mereka yang mahukan parti Islam itu bersama PKR dan DAP. Penyokong PAS akan bertambah ramai menyertai Amanah selepas ini kerana pendirian Hadi itu.

Yang masih setia kepada PAS ramainya dari negeri-negeri Pantai Timur. Jika gagal mempertahankan Kelantan, PAS akan menjadi "parti nyamuk" seperti apa yang berlaku kepada Gerakan selepas Pulau Pinang dirampas DAP. Cuma Amanah janganlah mengulangi kesilapan PAS.

Tidak salah memperjuangkan Islam tetapi tidak perlulah menjadikan negara-negara Timur Tengah sebagai rujukan. Masalah di Arab Saudi dan Iran berbeza di Malaysia.

Di Nusantara ini tidak kurang hebatnya contoh perjuangan gerakan Islam. Sebenarnya PAS sendiri gagal melihat "kehebatan" bekas presidennya, Dr Burhanuddin Helmy dalam berpolitik di zamannya.

Maka, Amanah bolehlah mengambil kembali contoh dan rujukan daripada gerakan Islam di Nusantara terutamanya dari Malaysia sendiri. Kerana untuk menjadi parti yang mendapat sokongan Melayu,

Amanah perlu "memahami Melayu" itu sendiri terlebih dulu. Selagi tidak memahami budaya Melayu, selagi itulah Umno akan terus disokong kuat penduduk majoriti Malaysia itu.

Ada sebab mengapa orang Melayu masih belum "mengalihkan kesetiaan" mereka daripada Umno. Dan ini menjadi "tugas berat" Amanah untuk Pakatan 2.0 sekiranya gabungan pembangkang baharu mahu memerintah Malaysia. Tanpa sokongan Melayu, keputusan pilihan raya terbaik yang boleh diperoleh pembangkang adalah seperti Pilihan Raya Umum ke-13.



Posted by mountdweller
Sunday, September 13, 2015 Apa-apa pun lantak kamulah Hadi! Hadi 'selamatkan' Amanah dalam Pakatan 2.0 Posted on Sunday, September 13 @ 11:18:30 MYT by paktam Oleh Amin Iskandar Apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak berminat untuk menyertai Pakatan Rakyat 2.0 (Pakatan 2.0) bersama-sama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), ia memberikan "nyawa" kepada parti serpihan itu untuk menjadi relevan dalam politik negara khususnya politik pembangkang. Amanah dapat membuktikan benarlah selama ini presiden PAS itulah menjadi penghalang kepada satu gabungan pembangkang yang kuat di Malaysia untuk menjadi pengganti kepada Barisan Nasional (BN). Amanah juga dapat membuktikan kewujudan Hadi dalam politik pada hari ini hanyalah untuk menyelamatkan Umno, tidak lebih daripada itu. Hadi dilaporkan laman Ismaweb sebagai berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu itu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut. "Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. "Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam," beliau dipetik berkata selepas pertemuan dengan Sekretariat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di Bangi pada Rabu. Difahamkan, Hadi "sangat yakin" dengan kerjasama "rakan-rakannya" daripada Umno membantu membawa hudud ke Parlimen. Sebab itulah Hadi "dengan pantas" menolak menyertai Pakatan 2.0. PKR yang sebelum ini menjemput PAS menyertai Pakatan 2.0 melalui Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin Amanah dan DAP juga "terselamat" kerana penolakan Hadi itu. Sekurang-kurangnya PKR boleh memberitahu pengundi Melayu, "kami sudah jemput PAS masuk Pakatan 2.0, tetapi Hadi yang tak nak". DAP juga "terselamat" kerana tidak perlu "bergaduh" dengan PKR berhubung penyertaan PAS dalam Pakatan 2.0. Tanpa PAS, Pakatan 2.0 bolehlah ditubuhkan sebagai gabungan berdaftar dan bukan lagi "gabungan longgar" seperti Pakatan Rakyat dulu. Kerana yang "longgar-longgar" ini tidak akan diyakini pengundi. Pakatan 2.0 harus menjadi gabungan rasmi seperti BN yang jelas dengan hala tujunya. Peranan Amanah Presiden Amanah Mohamad Sabu mengatakan parti itu mensasarkan 100,000 ahli menjelang akhir tahun ini termasuk dari kalangan penyokong PAS. Memang kebanyakan ahli PAS menyertai Amanah pada ketika ini terdiri daripada mereka yang mahukan parti Islam itu bersama PKR dan DAP. Penyokong PAS akan bertambah ramai menyertai Amanah selepas ini kerana pendirian Hadi itu. Yang masih setia kepada PAS ramainya dari negeri-negeri Pantai Timur. Jika gagal mempertahankan Kelantan, PAS akan menjadi "parti nyamuk" seperti apa yang berlaku kepada Gerakan selepas Pulau Pinang dirampas DAP. Cuma Amanah janganlah mengulangi kesilapan PAS. Tidak salah memperjuangkan Islam tetapi tidak perlulah menjadikan negara-negara Timur Tengah sebagai rujukan. Masalah di Arab Saudi dan Iran berbeza di Malaysia. Di Nusantara ini tidak kurang hebatnya contoh perjuangan gerakan Islam. Sebenarnya PAS sendiri gagal melihat "kehebatan" bekas presidennya, Dr Burhanuddin Helmy dalam berpolitik di zamannya. Maka, Amanah bolehlah mengambil kembali contoh dan rujukan daripada gerakan Islam di Nusantara terutamanya dari Malaysia sendiri. Kerana untuk menjadi parti yang mendapat sokongan Melayu, Amanah perlu "memahami Melayu" itu sendiri terlebih dulu. Selagi tidak memahami budaya Melayu, selagi itulah Umno akan terus disokong kuat penduduk majoriti Malaysia itu. Ada sebab mengapa orang Melayu masih belum "mengalihkan kesetiaan" mereka daripada Umno. Dan ini menjadi "tugas berat" Amanah untuk Pakatan 2.0 sekiranya gabungan pembangkang baharu mahu memerintah Malaysia. Tanpa sokongan Melayu, keputusan pilihan raya terbaik yang boleh diperoleh pembangkang adalah seperti Pilihan Raya Umum ke-13. Posted by mountdweller

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ