Sabtu, 12 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Bukan Dia Yang Langgar Perempuan Itu Sampai Mati - Saksi

Posted: 12 Sep 2015 10:45 PM PDT


Gambar yang dimuatnaik ke laman sosial


KUALA SELANGOR - Susulan kes seorang lelaki Cina dibelasah sekumpulan besar lelaki Melayu di hadapan restoran Cina di Assam Jawa, kerana dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal wanita sehingga maut, tampil seorang individu mendedahkan cerita sebenar.

BACA: (Video) Lelaki Dibelasah Orang Ramai Setelah Melanggar Penunggang Motosikal Sampai Maut

Menurut beliau, kejadian itu sebenarnya tiada kaitan dengan lelaki terbabit. Sebaliknya orang ramai telah tersalah anggap dan menjadikan perkara yang tidak benar tersebar di laman sosial sehingga memberikan tanggapan yang buruk terhadap lelaki berkenaan.

"Berita itu tidak betul. Cerita sebenarnya, penunggang motosikal itu terbabas sendiri lalu melanggar tembok longkang. Akibat dari kemalangan itu, tengkuk mangsa patah.

"Lelaki Cina itu dalam perjalanan ke restoran yang ingin dikunjungi, namun kebetulan melihat kejadian itu lalu memberhentikan keretanya.

"Dia menjenguk keadaan mangsa yang terjatuh di dalam longkang dan terus menghubungi talian kecemasan 999.

"Menurut siasatan pihak polis, mangsa dipercayai mengantuk kerana jarak perjalanan yang jauh dari Shah Alam ke Kuala Selangor setelah habis kerja dan menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.

"Siasatan di tempat kejadian juga menunjukkan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan mangsa dilanggar. Sebaliknya motosikal mangsa terlanggar tembok longkang itu sendiri.

"Siasatan juga mendapati, lelaki itu tiada kaitan dengan kemalangan tersebut," katanya.

Menjelaskan gambar-gambar kereta milik lelaki itu yang tersebar kononnya bukti pelanggaran, ini penjelasannya.

"Dalam kejadian awal di hadapan restoran berkenaan, apa yang berlaku ialah beberapa pelanggan Cina yang lain tidak berpuas hati mengapa sekumpulan lelaki Melayu datang mengamuk di restoran terbabit. Sedangkan lelaki Cina yang disyaki menjadi punca kemalangan itu sebenarnya langsung tiada kaitan dengan kemalangan tersebut.

"Disebabkan itu, berlaku pergaduhan di antara mereka. Kereta lelaki itu juga turut dirosakkan oleh sekumpulan lelaki Melayu berkenaan," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM




Kalau Begini, Pulau Pinang Akan Terus Kekal Dengan Pemerintahan DAP

Posted: 12 Sep 2015 10:00 PM PDT

Rice & Roses ... these super kind souls, Penang Malay ladies from the mainland feeding the homeless and poor (mostly Chinese and Indians) at roadside outside Lebuh Acheh mosque.
'She makes announcements in Mandarin. Her command of Chinese language put me to shame.'
Khoo Boo Yeang's photo.

Khoo Boo Yeang's photo.Khoo Boo Yeang's photo.
.
Khoo Boo Yeang's photo.

Rice & Roses ... these super kind souls, Penang Malay ladies from the mainland feeding the homeless and poor (mostly Chinese and Indians) at roadside outside Lebuh Acheh mosque, near to our cafe, No.1 Cannon Street every Saturday evening. 

And today, they brought along doctors to provide free medical check-up and medicines for all. They even communicate in Chinese dialects and Mandarin with people.

 This is the REAL 1Malaysia!

Dalam pada minta maaf pun dia sindir lagi Nizar...

Posted: 12 Sep 2015 09:30 PM PDT


Sebelum Writ saman dihantar, Nizar dah beri Razman tempoh masa 14 hari untuk mohon maaf dan tarik semula kenyataan fitnahnya itu.

Tapi Razman buat endah tah endah saja...

Mungkin dia ingat Nizar acah-acah saja...

Rupa-rupanya Nizar saman betul!

Yang buat Razman sentap tu kerana rakaman perbualan dengan wartawan tu dah ada kepadanya...-

Peguam Nizar berpengalaman melalui kes Hj Hadi dahulu masa pil kuda,

ingat tak? Kali ni, depa dah pegang dulu saksi tu....mana Razman mahu lari??

Tapi dalam pada dia mohon maaf tu ,

Razman ni masih nampak keangkuhan dan kesombongannya bila menang saman Felcra.

Dia dapat ganti rugi terhadap tindakan Felcra mengambil hasil tanah ibu bapanya....masih lagi menyindir Nizar walaupun tidak ada mana-mana wartawan yang bertanya kepadanya!

Dalam Mahkamah Lenggong. Felcra saman kes lama Alhamdulillah hari ni menang saman balas.

Dapat duit saman balas daripada felcra nanti boleh buat belanja peguam lawan saman mempertahankan jamaah.

Sessi lepas Timbalan PJ tanda tangan surat PR Perak tidak akan laksana hudud mewakili PAS. Saya sbg Pesuruhjaya tidak dimaklum.

Moga Allah memberkati jamaah. Apun tetap yakin Islam akan menang.

Satu pertanyaan apakah kedudukan iman orang di negara Orang Islam yg ugama persekutuanya Islam tak mahu melaksanakan hukum Allah????? Biar senang di dunia senang di akhirat.

AMANAH PROGRESIF PEDULI.

"Jamal itu sebenarnya hanya menangguk di air keruh saja.. " kata Ahli UMNO

Posted: 12 Sep 2015 09:00 PM PDT

Menyifatkan 'himpunan baju merah' pada 16 September ini tidak memberi sebarang faedah kepada masyarakat, khususnya kaum Melayu, pemimpin akar umbi Umno rata-rata mempersoalkan matlamat sebenar himpunan yang menggunakan nama Melayu itu.

Ahli Umno Kedah dan aktivis, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar berkata, perhimpunan tersebut adalah sia-sia kerana tidak akan dapat mengubah nasib kaum Melayu dalam negara.

"Adakah selepas 16 September. Orang Melayu akan bertukar jadi pemain dan pemegang utama ekonomi negara?

"Adakah kaum Cina akan tunduk dan takut serta akan turut apa juga kemahuan Melayu? Tiada apa yang berubah kerana penoreh getah akan pulang menoreh pada 17 September dan seterusnya. Apa faedahnya?" soal Zaienal yang juga Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia kepada penganjur himpunan yang menyasarkan Padang Merbok.

Bagi Ahli Umno Cawangan Keliang, Hulu Selangor Moohamad Faizal Abdul Raub pula, perhimpunan yang menggunakan nama Melayu itu hanya memberikan imej buruk kepada kaum itu.

"Memang berhimpun hak rakyat Malaysia seperti mana Bersih 4, tetapi isunya di sini himpunan tersebut kononnya untuk mempertahankan maruah dan ketuanan Melayu. Kalau ikutkan situasi kini, Melayu Umnolah yang menjahanamkan bangsa sendiri," katanya kepada The Malaysian Insider.

Faizal turut menyifatkan Datuk Jamal Md Yunos sebagai dalang penganjur hanya mengambil kesempatan di atas keadaan Malaysia semasa krisis.

"Jamal itu sebenarnya hanya menangguk di air keruh saja. Dia cuba hendak eksploitasi situasi sekarang untuk naikkan imej dia yang dah buruk sehinggakan bahagian dia sendiri (Sungai Besar) suruh dia berundur," katanya merujuk kepada ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.

Sementara itu, Ahli Umno Batu Pahat Ramlee Wahab menyifatkan perhimpunan tersebut hanya membuang masa kerana tidak bermotif jelas.

"Kami tidak akan turun rasanya kerana motif tidak jelas. Kalau sekadar hendak tunjuk lawan pada Bersih, terhadap baju kuning itu buang masa.

"Kita berkumpul beri sokongan perlu ada matlamat jelas untuk disampaikan kepada pucuk pimpinan dan bukannya politik murahan. Kita ada maruah dan kita ada arah."

Beliau juga melahirkan kebimbangan sekiranya perhimpunan tersebut diteruskan pada 16 September ini.

"Berkumpul ada tujuan (baik) bukan berkumpul nak pamer kekuatan, saya khuatir timbul keburukan apabila ada campur tangan pihak ketiga nak melaga-laga... itu bahaya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh membidas tindakan Jamal kerana hanya mencari publisiti untuk dirinya.

"Datuk Jamal ingin mencari publisiti dan nak nampak hebat di kalangan ahli Umno. Kita marah dan mengutuk pada perhimpunan Bersih anjuran pembangkang dan kaum lain tetapi sebaliknya kita pulak terikut-ikut rentak mereka dengan berhimpun..untuk apa?"

Sebelum ini Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Jamal berkata pihaknya akan meneruskan acaranya pada 16 September ini meskipun sekiranya ia diisytiharkan haram oleh polis.

Ini kerana perhimpunan itu jelas matlamatnya untuk membangkitkan semangat Melayu dan akan dijalankan secara aman, tanpa niat untuk membuat sebarang rusuhan atau kekecohan.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menafikan Umno menjadi penaja himpunan itu.

Bagaimanapun perdana menteri berkata, tidak akan menyekat ahli Umno daripada menyertai program itu tersebut selagi ianya diadakan secara aman.



ANAK SUNGAI DERHAKA

Baju merah: Pengistiharan tersirat Nazir Razak

Posted: 12 Sep 2015 08:30 PM PDT


Saya tidak akan berpakaian merah pada 16 September, kata Nazir Razak

Datuk Seri Nazir Razak berkata, beliau akan meraikan kepelbagaian pada 16 September kerana ia menggambarkan Malaysia yang sebenarnya.

Ahli bank terkemuka Datuk Seri Nazir Razak hari ini mengisytiharkan beliau tidak akan memakai pakaian merah pada Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September.

Pengerusi CIMB Group itu berkata dalam akaun Instagramnya, beliau akan meraikan kepelbagaian pada ulang tahun penubuhan Malaysia pada 16 September.

Nazir memuat naik gambar berwarna-warni sekumpulan kanak-kanak Malaysia yang memakai pakaian tradisional masing-masing sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Dalam kapsyen beliau menulis:

"Pada 16 September saya akan meraikan kepelbagaian – kaum, agama, budaya – ia menggambarkan Malaysia.

Saya tidak akan memakai pakaian merah." Nazir, yang kadang kala menulis posting kritikan di Instagram terhadap kerajaan pimpinan abangnya Datuk Seri Najib Razak, dipuji ramai pengguna Instagram bagi posting terbaharunya ini.

Ramai memuji beliau, seperti gravid4ever yang mencatatkan:

"Dato anda contoh sebenar seorang rakyat Malaysia. Tahniah atas kenyataan anda." lifeblooms menulis: "Dengar! Dengar! Dan ia tidak perlu perkara lain lagi.

" Posting Nazir, yang menerima hampir 700 "like" dalam masa dua jam, dilihat sebagai tindak balas kepada perhimpunan penunjuk perasaan "yang dirancang oleh kumpulan hak Melayu".

Kumpulan itu merancang mengadakan perhimpunan pada Hari Malaysia di Kuala Lumpur untuk membalas perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini, yang menyaksikan penunjuk perasaan berpakaian kuning sebagai tanda bantahan terhadap pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN), permintaan pembaharuan dan peletakan jawatan Najib ke atas skandal yang melibatkan pentadbiran beliau.

Perhimpunan "baju merah" adalah untuk meluahkan kemarahan terhadap insiden semasa Bersih 4, di mana beberapa peserta memijak gambar Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum acara berlangsung, sudah ada kebimbangan perhimpunan itu – yang dikenali sebagai 'Himpunan Rakyat Bersatu' – akan mencetuskan ketegangan kaum apabila penyokong berkumpul selama 12 jam di Jalan Bukit Bintang.

Pengakuan Nazir yang beliau tidak akan menyokong perhimpunan baju merah juga dilihat bertentangan dengan pendirian abangnya.

Najib berkata awal minggu ini walaupun Umno tidak menyokong perhimpunan baju merah, parti itu tidak akan menghalangi ahli-ahlinya daripada mengambil bahagian.

Dilaporkan hari ini Umno menghantar surat kepada wakil-wakil negeri minggu lepas, memberitahu mereka untuk bersedia sekiranya dijemput untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut. – 12 September, 2015


Posted by mountdweller

Potongan Rambut Yang Sesuai Mengikut Bentuk Wajah Untuk Lelaki by Kita Bantai

Posted: 12 Sep 2015 08:00 PM PDT


Kenali Potongan Rambut Yang Sesuai Mengikut Bentuk Wajah Untuk Lelaki

Kenali Potongan Rambut Yang Sesuai Mengikut Bentuk Wajah Untuk Lelaki


Gaya Potongan Rambut yang Sesuai mengikut Bentuk Wajah Lelaki Kacak!


Adakah anda mengalami masalah dalam menentukan gaya potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda?

Nak gunting rambut ... tapi tidak tahu gaya yang sesuai. mari kita cuba tips Ini.
Mari kita lihat gaya rambut yang sesuai untuk anda lelaki kacak!




Bentuk-Bentuk Wajah

Sebelum mengenakan gaya potongan rambut, anda perlu megetahui bentuk-bentuk wajah yang sesuai dengan bentuk wajah anda. Panduan ini mungkin serba sedikit akan dapat membantu anda menemukan potongan rambut yang tepat dan mewujudkan penampilan terbaik kepada anda.

Berikut adalah  beberapa bentuk wajah lelaki yang perlu anda ketahui, diantaranya :

Bentuk Wajah Bulat
Bentuk Wajah Persegi
Bentuk Wajah Oval
Bentuk Wajah Segitiga
Bentuk Wajah Panjang
Bentuk Wajah Diamond / Wajik
Menyesuaikan Potongan Rambut Dengan Bentuk Wajah :
Potongan Rambut Pria Untuk Wajah Bulat

Potongan Rambut Lelaki Berwajah Bulat


Ciri wajah ini berbentuk garis lengkungan yang halus dan membulat dibahagian pipi. Kening dan dagunya sedikit melebar, begitu juga dengan tulang pipinya. Gaya rambut dengan potongan persegi akan mengimbangi kebulatan dari jenis wajah ini, karena akan terlihat tinggi dan bervolume. Biarkan sisi rambut bahagian kanan dan kiri tetap pendek

Potongan Rambut Lelaki Berwajah Persegi


Wajah persegi atau kotak dikenali sebagai wajah yang maskulin dengan rahang, tulang pipi, dan kening yang melebar. Potongan rambut pendek dengan menambahkan sedikit ketinggian dan volume rambut, akan menonjolkan struktur tulang yang menonjol pada wajah, dan menampakkan kemaskulinan anda.

Potongan Rambut Lelaki Berwajah Oval


Jenis wajah oval atau lonjong mirip dengan wajah berbentuk bulat namun sedikit lebih panjang. Kelebihan dari jenis wajah oval adalah senang digayakan dengan potongan rambut dan model rambut apapun, kerana wajah jenis ini bentuknya profesional dan simetri.

Potongan Rambut Lelaki Berwajah Segitiga

                            

Untuk jenis wajah segitiga, wajah ini memiliki bentuk dagu yang agak melebar ke tulang pipi, kemudian bahagian kepala semakin mengecil ke bahagian kening. Cubalah potongan rambut pendek yang memiliki volume berlapis dan tinggi untuk meminimalkan tulang pipi yang lebar.

Potongan Rambut Lelaki Berwajah Panjang

                              


Jenis wajah melonjong dari kening sampai dagu dalam ukuran yang hampir sama lebarnya. Bentuk wajah ini sedikit lebih panjang daripada bentuk wajah oval. Jenis wajah panjang ini juga sesuai untuk potongan model rambut apa saja. Cubalah dengan memberi sedikit volume dibahagian sisi wajah, agar wajah terlihat sedikit lebih oval.

Potongan Rambut Lelaki Berwajah Diamond 

                                    

Wajah jenis ini memiliki kelebihan dibahagian tulang pipinya. Untuk bentuk kening dan dagunya sesuai dan agak mengecil. Bagi lelaki yang berwajah diamond ini boleh memilih potongan rambut pendek dan menengah untuk jenis wajah ini. Sebuah idea dengan menebalkan sedikit rambut dibahagian kening agar menciptakan kesan lebar pada bagian kening juga boleh anda lakukan.

Ini sajalah tentang bagaimana anda perlu menentukan potongan rambut mengikut bentuk wajah yang sesuai. Semoga ia dapat memberi manfaat dan memberi inspirasi anda dalam memilih potongan rambut agar sesuai dengan bentuk wajah anda. Dengan kesesuaian bentuk wajah dan potongan rambut, maka akan menampilkan penampilan terbaik untuk anda secara natural.


Tidur Lama Boleh Akibatkan Migrain ! Apa Lagi Sebab Lain? Posted by Kita Bantai

Posted: 12 Sep 2015 07:30 PM PDT


Migrain

Bila rasa sakit kepala je, kita akan cepat-cepat ambil ubat dan tidur untuk hilangkan rasa sakit tersebut.

Tapi, lama-kelamaan, sakit kepala menyerang lagi dan makin teruk. Itu tandanya anda diserang migrain.

Sebenarnya migrain disebabkan oleh cara pemakanan dan tabiat harian anda. Tidur juga menjadi punca anda diserang migrain. Apa lagi sebab lain?

Makan tidak menentu


Bila makan tak menentu, pasti anda akan migrain akan menyerang. Jika anda makan tak ikut waktu, kadar gula dalam darah menurun dan mencetuskan serangan migrain.

Tidur berlebihan


Tidur memang baik untuk kesihatan dan elakkan dari keletihan. Tapi kalau tidur secara berlebihan, anda juga boleh diserang migrain.

Stres


Kajian menunjukkan apabila anda stres, kebarangkalian untuk diserang migrain tinggi. Ini kerana, apabila anda stres, terjadi peningkatan hormon kortisol yang boleh mencetuskan migrain.

Bersukan tanpa memanaskan badan


Pernah tak anda bersukan lepas tu sakit kepala? Ini mungkin disebabkan anda tidak memanaskan badan terlebih dahulu. Itu pentingnya warm up sebelum bersukan!

Kurang minum air
 

Minum air bukan sahaja baik untuk kulit, ia dapat menghindarkan anda daripada migrain. Ini kerana air putih adalah salah satu cara untuk oksigen masuk ke pembuluh darah otak.

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan

kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. 
 
Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"

VIDEO ALTANTUYA: Mary Ann belum dihubungi PDRM

Posted: 12 Sep 2015 07:00 PM PDT


Zar Ali's photo. Wartawan Al Jazeera yang diusir kerana membuat laporan mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu berkata, dia belum dihubungi polis negara ini.

Justeru, kata Mary Ann Jolley kepada Malaysiakini, dia tidak dapat membuat kenyataan lanjut mengenai perkara itu.

Mary Ann adalah wartawan stesen Al Jazeera yang berada di Malaysia untuk menyiapkan program 101 East berjudul Murder in Malaysia.

Dia datang kali kedua ke negara ini tetapi dihantar pulang ke Australia Jun lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berjanji untuk melakukan siasatan terhadap Mary Ann susulan laporan Murder in Malaysia di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan dengan niat menyebabkan atau mungkin menyebabkan rasa takut di kalangan orang ramai.

Laporan berbentuk dokumentari selama 30 minit mengenai pembunuhan mengerikan Altantuya itu disiarkan semalam.

Sebelum ini, kes tersebut telah dibicarakan semula dan dua pengawal peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disabitkan kesalahan dengan pembunuhan itu.

Tertuduh, Azilah Hadri kini sedang menunggu hukuman mati dijalankan, manakala Sirul Azhar Umar melarikan diri ke Australia.-Malaysiakini



Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com

Pembunuhan Altantuya 'TERLALU ANEH' untuk diendahkan, kata wartawan Al-Jazeera

Posted: 12 Sep 2015 06:30 PM PDT


Pembunuhan Altantuya 'TERLALU ANEH' untuk diendahkan, kata wartawan Al-JazeeraPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpaksa berdepan dengan kontroversi sedekad lamanya apabila satu dokumentari siasatan tentang pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu menggali semula semua kaitan dengannya, mangsa dan lelaki yang disabitkan bersalah.

Dalam program 25 minit itu, wartawan Mary Ann Jolley membawa penonton ke dalam kontroversi yang dahulunya hangat dan saga Altantuya yang penuh dengan elemen seks, skandal kewangan, keganasan dan konspirasi.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006, dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan tentera.
Siasatan mendapati Altantuya dan Razak Baginda mengadakan hubungan sulit sebelum pembunuhan berlaku. – Gambar dari dokumentari Murder in Malaysia, 12 September, 2015.Siasatan mendapati Altantuya dan Razak Baginda mengadakan hubungan sulit sebelum pembunuhan berlaku. – Gambar dari dokumentari Murder in Malaysia, 12 September, 2015.

Siasatan kemudiannya mendedahkan bekas penterjemah itu terlibat dalam hubungan sulit dengan penasihat politik Najib, iaitu Abdul Razak Baginda.

Razak didakwa bersubahat membunuh, tetapi kemudiannya didapati tidak bersalah.

Dokumentari Al-Jazeera menimbulkan persoalan sama ada dua lelaki disabitkan bersalah atas pembunuhannya – Sirul Azhar Umar and Azilah Hadri – merupakan "kambing hitam" untuk yang lain, memetik teks mesej dihantar Sirul - menunjukkan seolah-olah terdapat penyembunyian daripada pihak atasan.

Jolley, seorang warga Australia berkata, pasukannya mengambil masa beberapa bulan untuk menyiasat dan kerja-kerja latar belakang untuk menghasilkan video tersebut yang disiarkan pada awal pagi Jumaat.

oo

"Saya mulanya berminat dengan berita ini apabila Sirul ditahan Interpol di Australia," kata Jolley dalam sebuah temuramah emel bersama The Malaysian Insider lewat malam semalam.

"Bagi saya, kelihatan begitu aneh apabila seseorang yang didakwa membunuh – satu kesalahan besar, dapat melarikan diri dari negara, lebih-lebih lagi ke negara di mana ia menyalahi undang-undang untuk mengekstradisi seseorang yang menghadapi hukuman mati," katanya.

"Apabila sabit kesalahannya dirayu pihak pendakwa, mengapa dia tidak ditahan polis ataupun sekurang-kurangnya dibatalkan pasportnya?

"Kemudian, tentunya, kerana tiada motif yang diperkenalkan dan pada pengakhiran pendengaran kes, Sirul menangis dan merayu hakim supaya jangan menghukumnya sampai mati, mengatakan dirinya 'kambing hitam' yang dikorbankan untuk melindungi orang lain.
"Ini membuatkan saya mahu menyiasat dengan lebih dalam lagi," katanya.

Jolley dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia pada 14 Jun walaupun tidak didakwa di bawah apa-apa jenayah dan tidak diberikan alasan bagi penghantaran pulangnya.

"Saya diberitahu saya tidak melanggar apa-apa undang-undang, tetapi saya termasuk dalam senarai yang 'tidak baik'", katanya.

"Saya pernah melaporkan berita-berita dari rejim yang sering dikatakan paling menindas – Korea Utara, Zimbabwe, Arab Saudi dan Libya Gaddafi, dan tidak pernah dihantar pulang dari kerja saya sebagai wartawan sebelum ini."

Di bawah adalah sebahagian daripada temuramah penuh Jolley bersama TMI:

TMI: Berapa lama masa yang anda ambil untuk menyiapkan dokumentari ini? Bilakah anda bermula?

MAJ: Siasatan kami mengambil masa beberapa bulan dalam tahun ini.

TMI: Apa yang membuatkan anda berminat mengejar cerita ini, setelah 10 tahun berlalu selepas kematiannya?

MAJ: Saya mula berminat mengejar cerita ini apabila Sirul ditahan Interpol di Australia. Begitu aneh yang seseorang yang didakwa membunuh – satu kesalahan besar, dapat lari dari negara, lebih-lebih lagi ke negara di mana ia menyalahi undang-undang untuk mengekstradisi seseorang yang berhadapan hukuman mati.

Apabila sabit kesalahannya dirayu pihak pendakwaraya, mengapa dia tidak ditahan ataupun sekurang-kurangnya dibatakan pasportnya?

Kemudian tentunya kerana tiada motif yang ditimbulkan dan pada pengakhiran pendengaran kes, Sirul menangis dan merayu hakim supaya jangan menghukumnya sampai mati, mengatakan dirinya 'kambing hitam yang dikorbankan untuk melindungi orang lain', membuatkan saya ingin menyiasat dengan lebih mendalam lagi.

TMI: Berkenaan dakwaan dari kenalan Sirul di Australia, apakah respons anda terhadap kritikan pihak tertentu yang mengatakan ia hanya khabar angin?

MAJ: Ia merupakan kenyataan kenalan Sirul tentang yang dikatakan Sirul kepadanya dan ini dinyatakan dalam cerita dengan jelas. Saya pernah menghubungi kenalan tersebut dalam beberapa bulan dan kenyataannya tidak pernah berubah. Penting untuk melihat yang Razak Baginda disabitkan tidak bersalah tanpa menampilkan pembelaan, beliau enggan terlibat dalam program dan beliau tidak menafikan kenyataan kenalan Sirul apabila kami ajukan kepadanya.

TMI: Mengapakah anda rasa anda diharamkan memasuki Malaysia? Adakah pegawai kastam yang mengiringi anda keluar mengatakan apa-apa?

MAJ: Saya diberitahu saya tidak melanggar apa-apa undang-undang, tetapi saya termasuk dalam senarai yang 'tidak baik'.
Beberapa pegawai imigresen berkata kepada saya yang penghantaran pulang saya tidak dijangka dan beberapa kali memohon maaf bagi tindakan kerajaan mereka.

Saya pernah melaporkan cerita dari rejim yang sering dikatakan paling menindas – Korea Utara, Zimbabwe, Arab Saudi dan Libya Gaddafi, dan tidak pernah dihantar pulang dari kerja saya sebagai wartawan sebelum ini. – TMI

HAKIKATNYA "EKONOMI MALAYSIA MASA KINI" YANG WAJIB ANDA KETAHUI & SEDARI

Posted: 12 Sep 2015 06:00 PM PDT


1. Selepas Malaysia Airlines @ MAS menamatkan perkhidmatan 6000 orang pekerjanya Jun tahun ini, kilang NAZA di Gurun Kedah juga turut menamatkan perkhidmatan 300 org kakitangan mereka pada Ogos lepas..

2. Kilang CCM di Shah Alam tlh ditutup. 200 org pekerja telah hilang pekerjaan..

3. Kilang Ansell dan JVC juga di Shah Alam juga telah ditutup. 200 hingga 300 pekerja juga hilang pekerjaan..

4. RHB Bank dikatakan akan memberhentikan 2000 org pekerja melalui VES @ Voluntary Exit Scheme. Ianya dilakukan selps CIMB Bank membuang 1800 org pekerja di Malaysia dan 2200 org di Indonesia..

5. Maybank telah dan sedang melaksanakan ERS @ Early Retirement Scheme. Tidakk dapat dipastikan jumlah pekerja yg bakal ditamatkan perkhidmatannya..

6. Kuwait Finance House akan menutup seluruh operasi dan perniagaan mereka di Malaysia. Rundingan sedang dijalankan dengan bank yg akan mengambil alih operasi mereks termasuk aset dan liabiliti. Bila berlaku M&A @ Merger & Acquisition atau buy over, sebahagian kakitangan akan ditamatkan perkhidmatan mereka..

7. Sehingga hari ini ringgit terus jatuh berbanding USD kpd RM4.35. Dan dijangkakan ringgit akan terus jatuh sehingga akhir tahun ini..
8. Kadar inflasi akan terus meningkat, pengangguran akan terus bertambah, dan kuasa beli akan berkurang khususnya pada tahun 2016 kelak..

9. Sektor2 swasta sedang dalam proses mengurangkan kakitangan dan pengambilan kakitangan baru dibekukan..

10. Kerajaan akan mengurangkan bajet kepada semua kementerian. PM Najib dah bagi isyarat semlm di mana beliau menyeru pihak universiti2 awam mengambil inisiatif mencari dana sendiri dan tidak hanya bergantung kepada bantuan kerajaan..

11. Suasana politik dan ekonomi yg tidak stabil menghalang pelabur dari luar negara untuk melabur di Malaysia. Kesannya ekonomi tidak berkembang dan peluang pekerjaan gagal diwujudkan..

12. Lemahnya nilai ringgit dan meningkatnya inflasi menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport barang2 dari luar negara dengan harga yg lebih mahal dan membayar hutang dengan nilai yg lebih tinggi..

13. Kesannya ialah cukai yg lebih tinggi akan dikenakan kepada para peniaga yg akan mengakibatkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan..

14. Kesan kepada rakyat juga akan lebih buruk di mana selain dari terpaksa membayar dengan lebih mahal untuk barangan dan perkhidmatan, subsidi juga akan ditarik seperti yg telah dilakukan terhadap harga petrol dan diesel. Subsidi2 yg lain juga akan ditarik atau dikurangkan. Kuasa beli akan semakin jatuh..

15. Walaupun ekonomi tidak memberangsangkan, harga rumah tetap saja semakin meningkat. Dari itu bank2 akan mengetatkan syarat pinjaman sekaligus menyebabkan proses membeli dan memiliki rumah semakin sukar..

Note: Semuanya itu dalah petanda Malaysia kini sedang dan akan melalui krisis ekonomi yg teruk dan pihak yg akan terjejas dengan teruk pastinya rakyat jelata khususnya yg tiada pendapatan tetap, berpendapatan rendah, dan sederhana. 
 
Ditambah dengan krisis politik yang semakin meruncing, masa depan negara khususnya kepada generasi muda dan generasi yg akan datang dilihat semakin kelam dan suram..

Kongres Rakyat Di S/Alam Luar Jangkaan. Al-hamdulillah! Sila Lihat... Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 12 Sep 2015 05:30 PM PDT

 
KONGRES RAKYAT SEDANG BERLANGSUNG
 Alhamdulillah, subhanalLah wa Allahu Akbar. Kehadiran ke Kongres Rakyat yang berlangsung di Shah Alam kini di luar jangkaan pihak penganjur. Setakat yang telah berdaftar lebih 5,000 dan masih ramai lagi di luar bangunan tidak dapat masuk kerana penuh dan sesak.
KONGRES RAKYAT: Dari Rakyat kepada Rakyat dengan Acuan Islam dan Masyarakat Madani ke arah Malaysia Sejahtera. (IH)

Harakah daily kantoi : Himpunan kanak-kanak sekolah rupanya.... alahai PAS!

Posted: 12 Sep 2015 05:00 PM PDT

 
Telah menjadi vial semalam di laman sosial, bahawa Harakahdaily dicekup membuat kenyataan yang tidak benar dan sah menipu di dalam laporannya mengenai kehadiran yang dikatakan "puluhan ribu" anak muda di HAMASAH 2015 yang diadakan di padang Majlis Daerah Pasir Puteh.

Sedangkan apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana paparan foto yang dikatakan puluhan ribu itu adalah dusta dan tidak benar.

Cekupan dari udara memperlihatkan suasana padang begitu lengang malah ketika ucapan Tuan presiden pun hanya beberapa baris yang kelihatan.



Seperti juga perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS yang lain, untuk menutup ruang-ruang kosong itu, para peserta himpunan diminta untuk memegang bendera besar supaya ruang kosong itu tidak kelihatan.

Anggaran sebenar, menurut pemerhati, kehadiran peserta hanyalah sekitar tidak melebihi 1000 orang, tetapi dilaporkan puluhan ribu! Tersebar pula sepucuk surat yang ditandatangani oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Pengarah Urusetia Belia & Sukan Kelantan menjemput para pelajar sekolah agama untuk ke program berkenaan. Ini bererti HAMASAH 2015 yang dihadiri sekitar 1,000 orang itu pula sebahagian besarnya adalah para pelajar sekolah! 



Nampaknya gaya pemberitaan Harakahdaily sudah tak ubah macam media-media UMNO. Sudah hilang akhlak dan etika Islam di dalam kewartawanan dan pemberitaan. Tak perlu lagi pertimbangan dosa dan pahala.

Maka itu sebabnya kini harakahdaily dan Harakah sudah ditimpa musibah sama seperti media UMNO... diambang kebangkrapan.

Bukan kita suka atau ingin bertepuk tangan jika nasib itu menimpa harakahdaily dan Harakah, tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu dan didustakan.



Andai bakal menuai apa yang anda tanam! Baca lagi di sini Oleh kerana program PAS sudah tidak dapat sambutan terpaksalah angkut budak2 sekolah naik bas ramai2.

Bas PLKN telah digunakan untuk mengangkut para peserta ke program tersebut. PAS dan Umno berpisah tiada.....

AMANAH PROGRSEIF PEDULI

Saturday, September 12, 2015 Harakah daily kantoi : Himpunan kanak-kanak sekolah rupanya....alahai PAS! Telah menjadi vial semalam di laman sosial, bahawa Harakahdaily dicekup membuat kenyataan yang tidak benar dan sah menipu di dalam laporannya mengenai kehadiran yang dikatakan "puluhan ribu" anak muda di HAMASAH 2015 yang diadakan di padang Majlis Daerah Pasir Puteh. Sedangkan apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana paparan foto yang dikatakan puluhan ribu itu adalah dusta dan tidak benar. Cekupan dari udara memperlihatkan suasana padang begitu lengang malah ketika ucapan Tuan presiden pun hanya beberapa baris yang kelihatan. Seperti juga perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS yang lain, untuk menutup ruang-ruang kosong itu, para peserta himpunan diminta untuk memegang bendera besar supaya ruang kosong itu tidak kelihatan. Anggaran sebenar, menurut pemerhati, kehadiran peserta hanyalah sekitar tidak melebihi 1000 orang, tetapi dilaporkan puluhan ribu! Tersebar pula sepucuk surat yang ditandatangani oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Pengarah Urusetia Belia & Sukan Kelantan menjemput para pelajar sekolah agama untuk ke program berkenaan. Ini bererti HAMASAH 2015 yang dihadiri sekitar 1,000 orang itu pula sebahagian besarnya adalah para pelajar sekolah! Nampaknya gaya pemberitaan Harakahdaily sudah tak ubah macam media-media UMNO. Sudah hilang akhlak dan etika Islam di dalam kewartawanan dan pemberitaan. Tak perlu lagi pertimbangan dosa dan pahala. Maka itu sebabnya kini harakahdaily dan Harakah sudah ditimpa musibah sama seperti media UMNO... diambang kebangkrapan. Bukan kita suka atau ingin bertepuk tangan jika nasib itu menimpa harakahdaily dan Harakah, tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu dan didustakan. Andai bakal menuai apa yang anda tanam! Baca lagi di sini Oleh kerana program PAS sudah tidak dapat sambutan terpaksalah angkut budak2 sekolah naik bas ramai2. Bas PLKN telah digunakan untuk mengangkut para peserta ke program tersebut. PAS dan Umno berpisah tiada..... HAMASAH 2015 yang dihadiri sekitar 1,000 orang itu sebahagian besarnya adalah para pelajar sekolah!

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

IGP arah buru Ketua Pemuda Gerakan kerana gelar beliau "Anjing" suarakami

Posted: 12 Sep 2015 09:00 AM PDT



Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis menyiasat pengguna Twitter yang menggelarnya "anjing" dan menurut perintah perdana menteri.
Ketua polis negara itu juga mengarahkan tindakan sewajarnya diambil terhadap pemilik akaun berkenaan.
Dipercayai akaun itu dipunyai seseorang yang menyamar sebagai Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.
Namun, akaun sebenar Tan ialah @tankengliang, manakala akaun yang disiasat polis itu ialah @tankenglaing.
Sebelum ini Tan memang dikenali sebagai antara pemilik akaun Twitter yang aktif membuat kenyataan dan kadang-kadang dipersendakan.
Khalid ketika membuat arahan itu - juga melalui Twitter - berkata: "PCRIC @PDRMsia sila kesan twit handle dibawah dan ambil tindakan sewajarnya."


PCRIC yang disebut Khalid itu merujuk kepada Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis.
Beliau turut menyiarkan semula pos pengguna yang memperkenalkan dirinya sebagai Tan Keng Liang itu.
Pos berkenaan sebenarnya dibuat pemilik akaun itu untuk mengulas kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Semalam stesen Al Jazeera menyiarkan dokumentari mengenai pembunuhan Altantuya dan mengaitkannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib sentiasa menafikan terbabit dalam pembunuhan itu atau pernah bertemu dengan wanita Mongolia berkenaan.
Sementara itu semakan menunjukkan arahan Khalid itu tidak menggerunkan pemilik akaun berkenaan.
Sebagai reaksi kepada tweet Khalid, dia membalas: "... Anjing2 kurap Umno, Jiilat, jgn tak jilat.."

Najib Menggelupur Apabila Isu Ini Meletup Kembali..

Posted: 12 Sep 2015 08:15 AM PDT



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dibangkitkan kembali sebagai "konspirasi" terhadapnya, selepas dokumentari disiarkan Al Jazeera tentang pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006.

Bercakap kepada perwakilan Umno bahagian Pekan hari ini, Najib mempersoalkan waktu isu ini dibangkitkan kembali ketika beliau didesak meletakkan jawatan berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Isu ini dibangkitkan kembali sejak beberapa hari ini, akan tetapi saya pernah berkata sebelum ini, saya tidak pernah berjumpa perempuan ini, saya sudah bersumpah di masjid," katanya.

Tiada bukti tetapi pertuduhan sering dibangkitkan, seperti ada konspirasi dalam dan luar negara."Najib mendakwa ini juga merupakan satu percubaan untuk menjatuhkan Umno."Lihat Iraq. 

Mereka kata ada senjata pemusnah di sana. Saddam Hussein didakwa. Tetapi mereka tidak pernah jumpa senjata itu dan lihat Iraq sekarang," katanya."Lihat Syria, Mesir, Yaman dan Libya, semuanya musnah. 

Apakah ini sebahagian daripada konspirasi antarabangsa?" soal Najib."Tetapi kita bukan seperti mereka. Kita negara berjaya bukan negara gagal," katanya.Beliau juga berkata, masalah yang dihadapimya tiada bezanya dengan krisis Umno lepas akan tetapi bezanya sekarang ini zaman media sosial.

"Dengan media sosial, walaupun anda lakukan seribu kebaikan, hanya satu dua isu yang dimainkan," katanya.





ADDIN.

Hadi: PAS menyalak pada 'babi' dalam bukit

Posted: 12 Sep 2015 07:30 AM PDT

Selepas Anjing Kini Babi Pula Meniti Di Bibir Hadi Awang




Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata proses 'bercakaran' sesama ahli berlaku dalam parti itu - serta parti lain - apabila pihak yang berkenaan tidak menggunakan sifat kemanusiaan sebenar.

Justeru, kata Abdul Hadi, PAS memilih "acuan Islam sebenar" untuk mengatasi kemelut itu selepas mendapati ideologi manusia gagal menyelesaikannya.

"Sebab itu kongres ini diadakan bagi mendidik (ahli) bertukar-tukar fikiran.

"Walaupun kita golongan lemah, kita bukan menyalak dekat bukit, tapi kita menyalak dekat 'babi' dalam bukit," katanya dalam ucapan perasmian Kongres Rakyat - Membina Malaysia Sejahtera di Shah Alam, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, kekuatan dan kesatuan dalam parti perlu diutamakan sebelum mencapai matlamat besar menjadi pemerintah selepas pilihan raya umum akan datang.



 

"Wawasan kita adalah wawasan kembali kepada Allah. Kita diajar oleh Islam bukan sekadar ke Putrajaya. Lepas Putrajaya kita mati, bertemu dengan Allah, menzahirkan dan diiktiraf, berbuatlah baik dan fikirlah baik-baik," katanya lagi.

Berikutan itu, kata Abdul Hadi, untuk dalam mencari penyelesaian daripada masalah yang berlaku, PAS akan tetap mempertahankan dasar perjuangannya dengan memartabatkan Islam sebagai panduan dalam mencari kebenaran.

- mkini



.

Mahfuz Pening Dengan Tahaluf Politik PAS

Posted: 12 Sep 2015 06:47 AM PDT


 
Jika penyertaan wakil rakyat PAS ke Parti Amanah Negara (AMANAH) dianggap pengkhianat oleh PAS, bagaimana pula wakil rakyat parti itu yang menyertai PKR - itu soalan dilontar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini.

Dalam kenyataannya, Mahfuz berkata beliau terkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar menyertai PKR yang juga rakan kerjasama politik PAS.

"Apatah lagi dalam suasana pertikaian isu baiah serta dakwaan pimpinan PAS bahawa mereka yang keluar dari PAS dan membawa pergi kerusi dimenangi atas tiket PAS adalah pengkhianat," katanya.

Bekas Naib Presiden PAS itu berkata tindakan Kamaruddin dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidakmenyertai AMANAH bukan isu utama yang perlu diperbahaskan.

Tetapi, kata Mahfuz, isu besarnya ialah, kenapa Kamaruddin dan Muhammad memilih PKR dalam keadaan sebelum ini mereka berdua dilihat berada di atas pentas Gerakan Harapan Baru (GHB).

Malah, katanya, Muhammad turut berkempen menyokong GHB.

Bolehkan PAS?

Melalui analisisnya Mahfuz berkata, langah itu melambangkan kebijaksanaan AMANAH melepaskan Kamaruddin dan Muhammad untuk strategi politik kerjasama lebih mantap pada masa depan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Katanya, AMANAH membina kepercayaan rakan kongsi politik mereka dengan sterategi "memberi dan menerima" bagi memposisikan parti itu di peringkat nasional.

"Apa pendirian PAS terhadap Kamaruddin dan PKR selepas beliau membawa kerusi Parlimen Tumpat yang dimenangi atas tiket PAS sejak 1999?

"Wakil rakyat yang menyertai AMANAH dikecam hebat dan dituntut melepas jawatan wakil rakyat.

"Jika Kamaruddin juga nak dikecam kerana membawa bersama kerusi Tumpat ke dalam PKR, adakah PAS juga bersedia mengecam PKR yang memujuk dan menerima Kamaruddin?" soal Mahfuz.

Persoalan juga timbul, kata Mahfuz, mengenai corak kerjasama PAS dengan PKR selepas ini terutama kedudukan wakil mereka dalam kerajaan Selangor.

"Orang yang melakukan perbuatan ini (keluar parti) dianggap oleh pimpinan PAS sebagai pengkhianat. Bolehkah PAS bertahaluf dengan PKR yang telah menerima pengkianat PAS?" katanya.

Beliau juga bertanya jika PAS benar-benar akan bersendirian dalam politik negara dan menarik diri daripada kerajaan Selangor.

"Apakah dalam pilihan raya umum nanti PAS akan bertanding di semua kerusi di seluruh negara? Persoalannya, apakah itu perkiraan politik yang betul dalam situasi politik hari ini?" katanya.


Berdosa ahli Umno kalau tak sokong Najib, kata MB Pahang? OLEH RAM ANAND

Posted: 12 Sep 2015 04:30 AM PDT



Ahli Umno wajib memberi memberikan sokongan penuh mereka kepada presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini.

"Berdosa" jika ahli Umno tidak memberikan sokongan penuh mereka kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Bercakap semasa mesyuarat Umno bahagian Pekan hari ini yang dirasmikan Najib, Adnan berkata, presiden Umno itu sudah berbuat banyak kepada parti dan ahli wajib berdiri di belakangnya.

Najib berdepan dengan tekanan untuk meletakkan jawatan disebabkan kontroversi "derma" RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.


Adnan berkata, Najib menggunakan RM2.6 bilion itu utuk parti dan bukan untuk kegunaan peribadi.

"Bagi saya, berdosa jika kita biarkan dia berseorangan sekarang.

"Saya ingin beritahu dia, kita akan bersama, kita akan berdepan dengan masalah ini bersama," kata Adnan. – 12 September, 2015.

Malaysia Insider.

Razman Zakaria didakwa takut jadi bankrap dan tak boleh jadi MB Perak?

Posted: 12 Sep 2015 03:45 AM PDT


Sudah kecoh satu Perak  mendakwa Haji Razman Zakaria , Pesuruhjaya PAS Perak, melalui Setiusaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Zawawi meminta DS Nizar untuk menyelesaikan kes saman fitnah RM 3 juta.

Surat dari Setiausaha PAS Perak meminta DS Nizar datang ke pejabat PAS Perak, pada 9 September 2015 , 3 petang di Ipoh untuk selesai kes saman itu.

Perbincangan dari hati ke hati.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai MENDAKWA Haji Razman takut beliau tidak boleh  bertanding dalam PRU 14 dan sumber itu MENDAKWA  lagi, Haji Razman Zakaria takut kalau beliau boleh diisytiharkan bankrap kerana tidak mampu membayar saman RM3 juta.

Bertambah pula ada dua saman fitnah dari Ustaz Ahmad Awang dan Haji Asmuni Awi, Pengerusi Amanah Perak.

Adakah patut dia keluar kenyataan DS Nizar hendak sebarkan fahaman sekular DAP dalam PAS kemudian dia saran DS Nizar keluar PAS dan masuk DAP.

Nizar terus saman Haji Razman, tak perlu guna masjid untuk saman peribadi.

Posted: 12 Sep 2015 03:00 AM PDT

 

Nizar tetap teruskan saman ke atas Razman Zakaria, PJ PAS yang banyak mulut. Cakap ikut dan.Tidak memikir baik buruk.

Menurut DS Nizar selepas ini , Ustaz Ahmad Awang akan sama Razman Zakaria.Kemudian Haji Asmuni Awi.


AMANAH PERAK tidak perlu buat solidariti untuk Nizar dengan menganjurkan baca yasin atau solat hajat di masjid. INI kes peribadi antara DS Nizar dengan Razman.Cuma kita boleh beri sokongan moral kepada DS Nizar, kerana mulut Hj Razman Zakaria yang tiada "insuran" perlu diajar.

Bukan sedikit , banyak kenyataannya menyinggung perasaan orang,

‘Perhimpunan baju merah’ jadikan Melayu bahan ketawa, kata Zaid Ibrahim

Posted: 12 Sep 2015 02:15 AM PDT



'Perhimpunan baju merah' jadikan Melayu bahan ketawa, kata Zaid IbrahimMatlamat "perhimpunan baju merah" pada 16 September ini adalah kebudak-budakan dan hanya akan menjadikan orang Melayu sebagai bahan ketawa, kata bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim hari ini.

Menulis dalam blognya, Zaid berkata perhimpunan itu seharusnya menjadikan desakan kepada peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai keutamaan jika ia benar-benar mahu menebus maruah bangsa Melayu.

Tetapi sebaliknya, perhimpunan itu hanya berhasrat memberi amaran kepada orang Cina supaya tidak bersikap kurang ajar berikutan perhimpunan Bersih 4 dan bertujuan menunjukkan kekuatan orang Melayu dengan berkumpul dan menjerit di jalanan, tulisnya.

"Kedua-dua alasan untuk perhimpunan baju merah ini kebudak-budakan dan keanak-anakan serta hanya akan membuat orang Melayu menjadi bahan ketawa masyarakat," tulisnya di bawah entri bertajuk "Perhimpunan Baju Merah".

Beliau berkata, jika mereka melemparkan kutukan, mengeluarkan kata-kata kesat dan mengugut kaum Cina, mereka hanya akan menunjukkan kepada dunia betapa ceteknya pemikiran mereka.

Bekas menteri undang-undang itu mencadangkan supaya penganjur perhimpunan sebaliknya memberi tumpuan kepada 5 tuntutan tertentu yang akan menarik sokongan masyarakat Melayu yang lebih besar dan juga kaum lain.

"Permintaan pertama sepatutnya mendesak Najib untuk berundur. Tiada apa yang akan menebus maruah Melayu selain daripada meminta PM untuk meletak jawatan. Biarkan timbalannya mengambil alih.

"Jika ini dilakukan, rakyat Malaysia akan mengingati kumpulan baju merah ini sebagai pejuang yang mempertahankan maruah dan integriti Melayu," kata Zaid.

Beliau berkata, peserta perhimpunan juga perlu menuntut supaya Putrajaya menarik balik larangan ke luar negara yang dikenakan ke atas pelajar Melayu yang gagal membayar pinjaman mereka.

Mereka perlu menuntut kerajaan menyelesaikan perkara itu melalui tindakan undang-undang, bukan dengan mengenakan sekatan perjalanan, kata Zaid.

Beliau berkata larangan itu memalukan kerana ramai dalam senarai hitam itu mengelak membayar hutang kerana tidak mampu berbuat demikian.

Matlamat ke-3 yang sepatutnya diperjuangkan ialah menuntut supaya peratusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikurangkan bagi menurunkan harga barang, kata Zaid.


"Sukar untuk mempertahankan maruah dan kehormatan anda apabila harga bahan makanan di luar kemampuan dan anda tidak mampu memenuhi semua keperluan anak-anak."

Katanya, mereka perlu menggesa kerajaan supaya bersiap sedia dengan musim tengkujuh yang bakal tiba tidak lama lagi berikutan kurangnya persediaan menghadapi bencana banjir pada tahun lepas "memalukan orang Melayu".

Mereka juga mesti menuntut kerajaan menyelesaikan pembinaan semula rumah yang terjejas akibat banjir seperti yang dijanjikan, memandangkan penduduk di kawasan itu bakal mengalami gelombang baharu banjir dalam tempoh 3 bulan lagi.

"Akhir sekali, peserta perhimpunan baju merah mesti menggesa kerajaan menyediakan kereta api berkelajuan tinggi dari pantai timur ke barat daripada membuang berbilion ringgit untuk membina keretapi berkenaan ke Singapura.

"Perhimpunan baju merah" atau Himpunan Maruah Melayu itu dikatakan diadakan oleh kumpulan hak Melayu bagi menentang perhimpunan Bersih 4 bulan lepas, yang antara lain mendesak peletakan jawatan Najib berhubung dakwaan skandal kewangan.

Perhimpunan ini juga diadakan untuk menyatakan kemarahan terhadap peserta Bersih 4 yang memijak gambar Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penyokong merancang untuk berkumpul di Jalan Bukit Bintang dan berarak ke Padang Merbok, selama 12 jam bemula tengah hari 16 September iaitu Hari Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau menghormati hak untuk berhimpun seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi menambah isu keselamatan dan ketenteraman awam perlu diambil kira. –TMI

Bai'ah laknat dan takliq..Untuk mudah faham.. ianya begini...,

Posted: 12 Sep 2015 01:30 AM PDT

Kiyai Reformis's photo.

Jika pada suatu ketika, kamu pernah berkata, 'Aku bersumpah jika aku makan di siang hari bulan Ramadhan, tertalaklah isteri ku dengan satu talaq /atau tiga talaq..' (pililah mana yg korang suka..potong mana yg tidak berkenaan.)

Kita dianggap sedar dan waras ketika ta'liq tersebut kita lafazkan. Cuma ilmu di dada tak mampu pula kita mengukurnya. Sedar kerana kita memang tidak akan makan di siang hari bulan Ramadhan. Kita tidak pernah meninggalkan puasa dan tidak pernah berniat pun meninggalkan puasa disepanjang hidup kita di masa yang lalu atau akan datang.

Demi masa yang berlalu, tiba2 kita jatuh sakit. Sakit yang membawa kemungkinan semakin serius jika tidak makan, atau sakit yang berkemungkinan akan pulih jika kita makan. Kita masih boleh memilih samada untuk makan atau berpuasa sehingga mati. Persoalannya apakah Islam mengajar demikian, (berpuasa sehingga berisiko untuk mati?) dan bagaimana jalan keluarnya..??? 

Apakah masih ada?

Dalam Islam bagaimanakah status takliq kita tadi? Dimana ketika ia dilafaz secara sedar, bahkan sebagai sumpah untuk berbuat ibadat puasa berterusan? Ada yang menilai ia niat yang baik dan ada yang merasa pelik kerana agama tidak mengajar demikian bukan?

Jika baik, bergantung kepada niat. Itu urusan Allah. Jika buruk ia adalah bidaah, jika tiada penyelesaian yang sempurna bukanlah ia dinamakan Islam.

Orang yang bersikap keras, akan mengatakan jatuh talaq jika kita makan. Biar sakit asal jgn bercerai. Mati pun matilah! Jika berbuka jatihlah talaq. Sedang dimasa kita bertaqliq bukan untuk mencari mati bahkan ikhlas untuk berpuasa Ramadhan saja! 

Orang yang anti bidaah pula akan berkata ia karut tapi tidak berani memberikan jawapan.. jatuh talaq atau tidak? Karut, karut, karut.. itu saja. Tergantung begitu.. tanpa jawapan.

Lalu orang yang waras akalnya dan tinggi agamanya serta bertanggung jawab di hadapan Tuhan Allah saja yang akan menimbang jalan keluar yang paling aman ketika itu. Bukankah jika sulit dan bengong itu bukanlah agama Islam namanya..?

Dr Yusuf Al Qardawi mengatakan, taqliq itu tidak ada dalam agama dan statusnya hanyalah bertaraf sumpah kepada Allah. Bayarlah kafarah sumpah dengan berpuasa menurut harinya atau memberi makan dan pakai kepada orang miskin mengikut jumlahnya...'

..berbuka dan makanlah agar badan menjadi sihat semula. Berbahagialah hidup disisi keluargamu.. 

Jika bapak mertuamu sendiri suka kamu bercerai berai lantaran sakit mu itu.. 

Abaikan saja. 

Dia tiada kena mengena dengan ajaran agama dan hukum sumpahmu itu. 

 Semoga kita bersama dirahmati dan diampuni allah swt..amiin ya Rabbal 'alamin..

wallahua'lam
 


Kiyai Reformis

ENAM jemaah Malaysia disahkan cedera insiden kren tumbang

Posted: 12 Sep 2015 12:45 AM PDT




ENAM jemaah Malaysia disahkan cedera insiden kren tumbangMAKKAH: Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 87 meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.

"Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.

"Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya.

Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.

Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.

cc

"Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.

Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidil Haram bagi menyelia keadaan jemaah Malaysia.

Syed Saleh berkata ketika ini, kawasan kejadian dikawal sepenuhnya oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata pihak TH sebelum ini turut memberikan nasihat kepada jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan sekiranya hujan atau berlaku ribut pasir.

Hujan di Makkah itu dilaporkan berlaku kali keempat dalam tempoh sebulan, dan hujan pada hari ini dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam.

Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur di talian 03-62071919 untuk sebarang maklumat lanjut. - BERNAMA

Ganjaran Himpunan Baju Merah: SIAPA BAKAL JADI MENTERI SELEPAS INI? Oleh Shahbudin Husin

Posted: 12 Sep 2015 12:00 AM PDT


Apa pun hujah dan alasan yang cuba diberikan mengenai himpunan baju merah pada 16 September, ia tetap tidak dapat lari daripada agenda UMNO untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak.

Najib yang bermasalah berikutan isu 1MDB dan "onar" menerima wang RM2,600 juta yang disifatkan "duit haram" oleh Tun Mahathir Mohamad, memilih himpunan merah ini untuk membuktikan beliau tidak terjejas apa-apa dengan dua isu besar itu.

Daripada kedua-dua masalah yang dihadapi Najib itu diletakkan sebagai beban UMNO memikulnya sebelum ini, ia kini cuba dialihkan kepada isu perpaduan Melayu, kebangkitan Melayu, maruah Melayu dan seumpamanya dengan matlamat agar seluruh orang Melayu turut sama menanggung perbuatan Najib itu.

Setelah mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian yang baru berakhir menunjukkan adanya kocakan tidak bersetuju dengan Najib sehingga ada usul memintanya bercuti atau berehat buat sementara waktu sehingga siasatan mengenai 1MDB dan wang RM2,600 juta diselesaikan, satu-satunya cara untuk menunjukkan Perdana Menteri masih dikehendaki ialah melalui himpunan baju merah ini.

Lantaran itu, Najib akan melakukan apa saja, termasuk mengeluarkan belanja tak terhad bagi memastikan sokongan memihak kepadanya terserlah melalui himpunan baju merah.

Alasan himpunan Bersih 4 yang kebetulan lebih ramai bukan Melayu menghadirinya dan lebih bergema desakan meminta Najib berundur telah dijadikan alasan terbaik untuk menghimpunkan orang-orang Melayu untuk mempertahankan Najib pula.

Selain penglibatan beberapa watak yang rapat dengan UMNO di sebalik himpunan baju merah yang diletakkan atas nama gabungan NGO-NGO, maklumat mengenai kerahan kehadiran melibatkan beberapa pemimpin dan seluruh UMNO bahagian-bahagian juga bukanlah rahsia lagi.

Ada laporan mengatakan sebuah mesyuarat di ibu pejabat UMNO yang dihadiri oleh beberapa pemimpin tertinggi UMNO, antaranya Setiausaha Kerja, Abd Rauf Jusoh, ahli MT Annuar Musa dan beberapa yang lain telah diadakan untuk menyelaras kehadiran ahli UMNO seluruh negara ke program 16 September itu.

UMNO sebuah negeri pula dikesan telah mengedarkan surat arahan kepada bahagian-bahagian agar memastikan jumlah kehadiran yang memuaskan dengan segala kos pengangkutan, makan minum dan lain-lainnya akan ditanggung oleh Ketua Bahagian berkenaan.

Setelah Najib sendiri tidak menghalang kehadiran ahli-ahli UMNO dalam program tersebut, Khairy Jamaluddin pula menyambutnya dengan nada yang sama atas alasan kenyataan Najib itu sudah mewakili pendirian parti.

Maka, secara tersiratnya himpunan baju merah ini tidak lain adalah semata-mata agenda UMNO untuk mengheret semua orang Melayu bagi mempertahankan Najib.


Demi untuk mempertahankan kedudukan Najib, UMNO kini seolah-olah tidak peduli sebenarnya tarikh 16 September lebih wajar diingati sebagai detik tertubuhnya Malaysia yang mencantumkan kepelbagaian kaum dan agama antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Jika UMNO benar-benar bersifat inklusif dan menghargai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini, 16 September tidak seharusnya ditenggelamkan dengan pesta bercorak perkauman dan untuk menjulang tinggi kedudukan Najib yang kian dipertikaikan semata-mata.

16 September sewajarnya disambut dan diraikan untuk memperlihatkan keeratan hubungan dan saling harmoni antara semua kaum di negara ini.

Dengan tiada satu pun komponen BN menyokong dan menyambut baik himpunan baju merah ini, meneruskannya bukan saja mengundang perbalahan dan perbezaan antara kaum yang kian ketara, malah akan meletakkan UMNO dan para pemimpinnya semakin jauh di hati pengundi bukan Melayu.

Yang jelas, mereka yang menganjur dan mengaktifkan himpunan baju merah ini hanyalah mengutamakan bagaimana untuk menyanjung, mempertahan dan memperlihatkan seolah-olah Najib terus mendapat sokongan rakyat dan sanggup mengenepikan segala asas kemajmukan dalam negara.

Mereka sedar Najib kini dalam keadaan tersepit dan memerlukan segala ruang sokongan untuk mempertahankan kedudukannya.Najib pula, dengan kedudukan yang dimilikinya sebagai Perdana Menteri, terlihat sedia memberi apa saja ganjaran kepada sesiapa yang paling menonjol membelanya.

Beliau bukan saja sanggup membesarkan jumlah menteri kabinetnya kepada seramai 37 orang dan meletakkan sehingga 12 menteri di Jabatan Perdana Menteri, malah pemimpin seperti Salleh Said Keruak dan Azalina Othman Said pun dijadikan menteri semata-mata kerana kesanggupan tidak henti-henti membela Perdana Menteri, khususnya dalam isu 1MDB dan wang RM2,600 juta.

Di ketika blogger UMNO terkulai lesu dalam membela Najib dan membelasah Tun Mahathir, Salleh berjaya mengambil kesempatan hanya melalui penonjolan tulisan dalam blognya dengan tetap melihat Najib sebagai pemimpin suci murni dan akhirnya terus dilantik ke kerusi kanan dalam kabinet.

Begitu juga dengan Azalina, tangannya menggeletar geram apabila digugurkan oleh Najib pada 2009 ketika berbual dengan seorang kenalannya, tetapi telah berjaya menganggotai kabinet semula melalui usaha tidak henti-hentinya bersuara mempertahan dan membela Najib.

Selepas himpunan baju merah 16 September ini, siapa pula bakal dilantik jadi menteri agaknya?

Jika sudah mencatat sejarah meletakkan 12 menteri di Jabatan Perdana Menteri dan melantik segala macam penasihat bertaraf menteri untuk sekian ramai yang sudi mengampu dan membodeknya, tentulah tiada masalah untuk Najib menambah seorang dua anggota baru atau menjadikan jumlah kabinetnya lebih berganda lagi.

Adakah kali ini giliran Abd Rauf, Annuar Musa atau Jamal Mohd Yunus pula bakal menerima habuannya? -BlogSpot

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.