Jumaat, 11 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


TINGGALKAN PAS : INI ALASAN KENAPA MEREKA MENYERTAI PKR..

Posted: 11 Sep 2015 11:15 PM PDT


Written By Pejuang Perubahan on Sabtu, September 12, 2015 | 10:38 PG Tan Sri Muhammad Muhammad Taib

PETALING JAYA - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menafikan tindakannya meninggalkan Pas dan bersama PKR bukan kerana kecewa dengan parti Islam itu.

Sebaliknya, beliau mendakwa platform baharu itu mampu menjadi ruang untuknya berjuang lebih baik. "Tidak ada (kecewa).

Ramai yang tinggalkan (Pas). Cuma saya fikir, saya boleh 'perform better' di sini (PKR)," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Dalam sidang media tersebut, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan dua ahli Pas,Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Muhammad Taib sah menyertai PKR.

[ARTIKEL BERKAITAN: MP Tumpat, bekas MB S'gor sertai PKR] Image result for tone excel Mengulas lanjut soal 'penghijrahannya' itu,

Muhammad Taib berkata, semua parti pembangkang perlu bekerjasama dan kukuh untuk menentang BN.

"Kita semua kena kerjasama. Macam di Selangor, PKR punya...ramai yang bertanding, jadi PKR kena kukuh.

Mengukuhkan PKR maknanya mengukuhkan PR. "Tapi kita perlu kepada semua...PKR, Pas, Amanah, DAP kerana kita banyak hadapi...diganggu oleh BN.

Jadi, kita kena kukuh," katanya.

Sementara itu, Wan Azizah turut mengumumkan Kamaruddin dilantik sebagai Pengarah Politik dan Dasar manakala Muhammad Taib akan berperanan dalam Biro Penerangan dan Komunikasi khususnya demi mengangkat martabat masyarakat luar bandar termasuk komuniti Felda


AGEN PERUBAHAN.

MAHATHIR + NAJIB

Posted: 11 Sep 2015 10:30 PM PDT


Ismaily Bungsu C's photo. ADA yang mengatakan yang saya sekarang sokong Mahathir dan dulu dikritik teruk.

Pendirian saya JELAS yang baik saya sokong dan tak baik saya sanggah, tetapi sanggahan saya tak semesti benar, sesiapa bisa hujah dengan agumentasi yang masuk akal.

Sejak dulu saya katakan Mahathir memang ada kebaikannya pimpin negara kesan negara dihormati, banyak pembangunan ada di sana sini dan itu jelas nampak di mata kita.

itu antara kebaikannya dan yang tidak baik dia kepala IC Palsu, dia pecat Anwar dan masukkan ke penjara dan macam2 lagi.

Biasalah dia bukan malaikat dan yang baik kita sokong dan tak baik kita perkatakan.
Najib bagaimana pula?

Apa saja kebaikan Najib, ada Najib cipta semacam PROTON SAGA, ada Najib dirikan bangunan seperti KLIA dan Putrajaya? Adakah Malaysia disegani atau diketawakan barat?

Benar Mahathir kayakan anaknya, tetapi kala anaknya dikasih projek di tinggalkan kabinet tak terlibat meluluskan dan Najib pula ia sendiri meluluskan hingga adik terkaya.

Ada Mahathir sembunyikan RM42 bilion dan kemudian adakah dana masuk ke akaun sendiri sebanyak 2.6 bilion, kalau adapun derma pastilah ke akaun parti bukan peribadi. 

Nah, bila ke akaun peribadi, makna itu hak peribadi sedang jika ke parti mesti ke akaun parti dua tiga orang sain dan ke akaun peribadi sendiri saja sain dan itu bedanya.

Masa Mahathir, adakah bini mahathir suka guna jet kerajaan dan adakah isteri Mahathir wakili negara/Mahathir di acara rasmi? 

Tentu tiada dan Rosma bukan sekali dua tetapi berkali2 dia juga suka beli belah dan belanja juta2 dan anak sendiri biayai bikin filem di barat unsur porno tak izin tayang di Malaysia nilai sekitar 500 juta.

Nah, itu antara bedanya kedua pemimpin ini dan memang banyak lagi yang tak semua saya bicarakan.

Sekarang Mahathir bukan ahli politik, tetapi saya katakan dia negarawan sebab ahli politik memikir kemenangan di musim PRU mendatang dan itu tidak ada dalam kepala Mahathir, yang ada ialah ia memikir masa depan negara bangsa dan itulah konsep negarawan sesuai untuk mahathir meski dulu ada juga kelemahannya.

Apakah anak bangsa kita bakal tidak susah dan merempat? Sekarangpun kita sudah ramal dan sedikit sebanyak tahu keadaannya anak bangsa kita dan Sabahan bawah UMNO termiskin dan pendidikan asas pernah TERSOROT sekali di Malaysia sk Mantanani tak seorang lulus exam akhir.

Fikirkalah!

ISMAILY BUNGSU

Video "Murder in Malaysia" ni Semua Mengarut - KPN

Posted: 11 Sep 2015 09:45 PM PDT




Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menysiasat wartawan Al-Jazeera berhubung laporan bertajuk "Murder in Malaysia" yang dibuat olehnya mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Menurut Khalid siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan dengan niat mahu menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

Selain dari itu, Khalid turut menafikan dakwaan yang terkandung di dalam program mingguan Al-Jazeera yang bertajuk 101 East itu.

Laporan "Murder in Malaysia" turut mendakwa Sirul Azhar - individu yang disabitkan dengan kesalahan membunuh Altantuya - cuba memeras ugut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Antara lain laporan itu mendakwa Sirul Azhar - yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya - cuba memeras ugut Datuk Seri Najib Razak.

Menurut video "Murder in Malaysia", dakwaan tersebut dibuat berdasarkan apa yang diperoleh dari telefon Sirul Azhar.

"Siasatan polis tidak pernah menunjukkan ada cubaan memeras ugut perdana menteri atau seumpamanya," kata Khalid memetik laporan dari MalaysiaKini.

Mengulas lanjut mengenai video terbabit yang melaporkan Abdul Razak Baginda yang menarik picu membunuh Altantuya, Khalid berkata laporan itu mengarut dan bersifat mahu mengelirukan orang ramai.

"Ini semua mengarut. Ia adalah dakwaan tidak berasas untuk mengelirukan orang ramai.

"Siasatan rapi polis tidak menemui apa-apa bukti menunjukkan Abdul Razak ada di tempat kejadian," katanya.

Setakat ini, video tersebut mendapat lebih dari 70,000 tontonan di Youtube dalam masa kurang 2 hari ia dimuat naik - sk

Kenapa Polis Buat Diam Dengan Slogan "CINA BERMANDI DARAH" ?

Posted: 11 Sep 2015 09:15 PM PDT

Fazlina Zahari's photo.

Aku Sungguh Tak Paham, Aper Tujuan Himpunan Baju Merah Nie Nak Di Adakan..Hari tu yea yea kata konon cina bermandi darah, kali ini jemput orang india dan cina pula, Dahlah Perabihkan duit rakyat sekor sekor pegi dapat RM100...

Wei Malu Muka Aku Nie Weii..Buat Perangai Camni....Puiiii..
Fazlina Zahari's photo.

[VIDEO & GAMBAR] Lebih 100 Peguam Sertai Parti Amanah Negara, SYABAS!!!

Posted: 11 Sep 2015 08:30 PM PDT

 

Lebih 100 peguam sertai Amanah tubuhkan biro undang-undang

Lebih 100 peguam menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), ketika parti politik yang akan dibentuk secara rasmi tidak lama lagi itu dalam proses menjadi sebuah badan yang dianggotai para profesional menjelang pelancarannya dijadualkan minggu depan. Diketuai Fazaruddin Sujairi Md Radzi, kumpulan peguam itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Pengerusi Amanah Salahuddin Ayub pada satu majlis di Taman Melawati hari ini. 

Kebanyakan mereka bekas ahli PAS, selainnya terdapat juga bekas ahli badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan bakinya adalah pemerhati pada perhimpunan Bersih 4 bulan lalu.

Peguam-peguam ini akan membantu dalam pembentukan biro undang-undang Amanah sebelum parti itu dilancarkan 16 September ini.



"Peguam yang menyertai Amanah hari ini datang dari beberapa bidang kepakaran, termasuk sivil, jenayah, syariah dan hak juga asasi manusia," kata Fazaruddin ketika mengumumkan langkah itu.

Peguam itu akan membantu biro undang-undang itu yang akan diketuai Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin, yang juga seorang peguam dan mengetuai biro undang-undang PAS sebelum meninggalkan parti itu baru-baru ini, berikutan perpecahan Pakatan Rakyat.

Hanipa berkata, kepakaran peguam itu akan menjadi penting kerana pemimpin Amanah boleh terlibat dalam beberapa pertelingkahan undang-undang pada masa depan.


Sementara itu, Salahuddin berkata, perancangan Amanah berjalan lancar untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya 35,000 ahli berdaftar sebelum pelancarannya minggu depan.

"Kami mengeluarkan 35,000 borang dan mencetak 50,000 borang tambahan. Jadi, kami akan mencapai sasaran kami," katanya.

Amanah, yang kini menggunakan platform Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang tidak aktif, sedang menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan untuk membolehkannya menukar namanya kepada Amanah.

Sebelum ini, kumpulan serpihan PAS itu gagal dalam usahanya berdaftar sebagai Parti Progresif Islam, kerana Kementerian Dalam Negeri enggan membenarkan sebuah parti menggunakan perkataan "Islam" dalam namanya. -TMI




ULASAN GB

Terima kasih, tahniah dan syabas kepada Lebih 100 peguam menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) yang bakal menganggotai biro undang-undang Amanah.

Dan GB merasakan Biro Undang-undang Parti Amanah Negara ini bakal menjadi Biro Undang-undang yang paling ramai peguam berbanding dengan parti-parti lain.

Di zaman dimana proses perundangan menjadi kritikal dan di masa fitnah begitu berleluasa kini, kehadiran para peguam yang ramai adalah satu asset dan parti yang memiliki barisan peguam yang profesyenal dalam bilangan yang ramai akan menjadikan Parti Amanah Negara sebagai sebuah parti yang benar-benar "AMANAH, PROGRESIF & PEDULI".







Umie Aida Setia Bersama Suami Hadapi Dugaan

Posted: 11 Sep 2015 08:06 PM PDT


1MDB - Ummi Aida Teguh Di Belakang Suami Lawan Pembohongan Umno




Berdiri di atas nama kebenaran, pelakon Umie Aida sanggup berpisah dengan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan jika suaminya itu belot dalam perjuangan berhubung isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jelas Khairuddin yang juga bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Umie Aida berbuat demikian bagi memastikan beliau tidak tunduk atau 'termakan' pelbagai habuan yang ditawarkan supaya menarik balik laporan yang dibuatnya sejak tahun lalu.

"Umie pernah kata kepada saya, jika ada sesiapa tawarkan kebendaan, wang ringgit dan sebagainya untuk saya tarik balik laporan polis dan kalau saya terima, mungkin dia akan tinggalkan saya"

"Selama saya terbabit dalam isu ini juga, isteri saya tidak pernah berhenti memberi semangat untuk saya teruskan perjuangan ini sampai selesai dan andai kata dia dapati saya belot atau lari daripada perjuangan ini, dia ugut akan tinggalkan saya," kata Khairuddin mengulang kembali kata-kata Umie Aida sebelum ini kepada mStar Online.

Tambah Khairuddin, dia sangat bersyukur dengan perkara tersebut selain mengagumi kesetiaan Umie ketika ini yang tidak pernah henti menyokongnya dan sentiasa teguh bersama keluarga. - (rtky/s)


Dulu lain...sekarang lain... 3 sekawan menjadi 3 lawan...??

Posted: 11 Sep 2015 07:00 PM PDT

VIDEO - Tun M to Nazri: Read my blog and then judge if I'm alone

Posted: 11 Sep 2015 06:30 PM PDT




Jamal: Kalau Dr M cukup Melayu, datanglah

Posted: 11 Sep 2015 06:00 PM PDT

Cabaran Bodoh Penjilat Umno Kepada Mahathir



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar menyertai "Perhimpunan Melayu Bersatu" pada 16 September ini jika beliau cukup "Melayu".

Cabaran itu dibuat Presiden Gabungan NGO-NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos selepas mempelawa kaum Cina dan India menyertai mereka.

"Kalau Tun M cukup Melayu dia datanglah," kata Jamal ketika diminta mengulas berhubung undangan kepada Mahathir.

Perhimpunan 16 September ini sebagai reaksi kepada himpunan BERSIH 4 yang mendesak pengunduran perdana menteri pada hujung bulan lalu.

Perhimpunan itu, yang menggunakan tema baju kuning, dikaitkan pemimpin kerajaan dan media arus perdana dengan dominasi Cina dan DAP.

Mahathir hadir dua kali dalam perhimpunan BERSIH 4 bersama isterinya Tun Siti Hasmah Ali.

Sementara itu, mengulas desakan Mahathir supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur, Jamal berkata pemimpin veteran itu tidak layak berbuat demikian.

"Tun M bukan seorang yang layak untuk meminta PM berundur, dia tidak ada kelayakan tersebut. Yang layak hanyalah rakyat dan ahli Umno.

"Rakyat yang boleh menentukan," kata Jamal lagi.

Kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan BERSIH 4 buat kali kedua akhir bulan lalu ternyata memberi kejutan banyak pihak.

Mahathir bagaimanapun berkata kehadirannya pada perhimpunan tersebut untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat.

Jelasnya, beliau menyokong tindakan rakyat berhimpun di Dataran Merdeka untuk menggesa Najib meletakkan jawatannya.

VIDEO - Tun Mahathir terkini Bicara Negarawan-1MDB Mana Hilangnya RM 42 Bilion?

Posted: 11 Sep 2015 05:30 PM PDT


#‎PAKATAN2‬.0 | Bertubi2 TV3suku hentam

Posted: 11 Sep 2015 05:00 PM PDT

Abe Is's photo. Bertubi2 TV3suku hentam pembangkang walau kita tau krisis UMNO lebih teruk kalu dbandingkan mslh parti dari pembangkang. 

Isu 1MDB, isu 2.6billion, GST nak hapus dan lenyapkan ye...

Citer pulak berita hari ni, aku confuse mengapa DAP saja perlu dsalahkan utk menolak pakatan 2.0 kerana PAS..??? 

Sedangkan kita tahu PAS (Tok Hadi) sendiri juga menolak terus PAS join pakatan 2.0 kerana DAP.. 

Mengapa Tok Hadi tak muncul??? Bukankah seorang presiden yg patut bersuara dlm menentukan parti??

Mengapa wakil dari PAS????

Dan aku tak faham, kenapa bebanan ni patut PKR (DS Wan Azizah ) jawab...bukan ke kita ada pemimpin lelaki yg beriman yg hebat2??? 

Perempuan mana layak jd pemimpin... confuse aku..kan???

VIDEO - Dokumentari Pembunuhan Kejam di Malaysia - KISAH PEMBUNUHAN ALTANTUNYA OLEH AL JAZEERA

Posted: 11 Sep 2015 09:00 AM PDT



Kredit AL HUSSEYN
 
Sarawak Report melaporkan mengenai penemuan bukti baru yang menggemparkan berkaitan kes pembunuhan yang paling kejam di Malaysia, dengan siaran 'dokumentari panas' tentang kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada saluran berita dunia Al Jazeera 101 East programme hari ini.

Laporan dokumentari yang teliti oleh wartawan veteran Australia, Mary Ann Jolly mengandungi dakwaan bahawa lelaki yang menembak Altantuya adalah tidak lain daripada bekas kekasihnya sendiri, Razak Baginda, pembantu Najib Razak, yang pada awal tahun ini dirujuk kepada "polis jahat" sebagai terlibat dalam pembunuhan tanpa motif

Yang lebih menakjubkan adalah mesej teks yang diambil oleh Al Jazeera dari telefon mudah alih Sirul Azhar Umar, seorang lelaki yang disabitkan atas pembunuhan itu, yang menunjukkan pengawal peribadi yang disabitkan itu telah memeras ugut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berjuta-juta dolar untuk tinggal di Australia dan "tidak berkata apa-apa" mengenai kes tersebut sebelum beliau ditangkap semula.

Dengan cara ini, kata Sirul, "Saya tidak akan menjatuhkan PM"!

Difahamkan, reaksi daripada orang tengah Najib, Abdul Salam bin Ahmed adalah bahawa permintaan Sirul untuk sejumlah AUS $ 17000000 "sedang dibincangkan". Salem telah kerap melawat Sirul, yang ditahan di pusat tahanan Villawood di Sydney dan dipercayai terlibat dalam membiayai pasukan guaman di Australia.

"Saya mahu 15 juta dan saya tidak akan kembali ke Malaysia lagi. Saya tidak akan menjatuhkan PM"

Baginda "menarik picu"!

Menurut program tersebut, Sirul menceritakan kepada ahli keluarga Australia bahawa orang yang telah menembak Altantuya adalah tidak lain daripada bekas teman lelaki, yang dia telah cuba untuk memeras ugut, Razak Baginda.

Keluarga yang telah ditemuramah, tetapi tidak mahu dikenali itu memberitahu Mary Ann Jolly:

"Saya berkata, adakah anda menarik picu? Beliau berkata, tidak saya tidak tarik picu, Razak menarik picu "

Respon Salam adalah "mereka mahu berbincang"

Baginda, yang merupakan perunding peribadi Najib untuk perjanjian kapalselam Scorpene dengan Perancis tidak pernah dibicarakan atau dipersoalkan sebagai saksi kerana membunuh, walaupun pada rekod sebagai orang yang telah menghubungi pengawal peribadi Najib untuk membantu menangani gangguan daripada bekas kekasihnya.

Baginda menyalahkan "polis jahat" tetapi Sirul berkata ia adalah orang yang menarik picu

Menurut Sirul, saudaranya itu berkata, terdapat tiga orang di tempat kejadian pembunuhan itu. Baginda telah menembak Altantuya, tetapi kemudian, kedua-dua pengawal peribadi itu telah ditugaskan untuk memusnahkan mayat dengan bahan letupan.

Pada bulan Januari Baginda telah memberitahu sidang media bahawa kes itu ialah suatu kes "polis jahat" dan menafikan wujudnya apa-apa keperluan lagi untuk mewujudkan motif.

"Tetapi, dia [Sirul] memberitahu saya dia kembali dan meletupkan badan itu berkecai. Saya berkata, "anda mempunyai pilihan pergi dan meninggalkannya bersendirian" - dan dia berkata "Saya tentu akan mati" kerana apa yang dia tahu "[Sirul relatif]

Akan terdapat tekanan antarabangsa untuk membuka semula kes di mana saksi utama adalah dalam keadaan pihak ketiga yang bebas dengan sistem undang-undang yang kuat.

Perbicaraan asal, yang dikritik oleh hakim-hakim di Mahkamah Rayuan Malaysia sendiri, tidak dapat tidak akan mengancam dan memalukan Malaysia yang berkaitan dengan cover-up Najib.

Najib bekas kekasih Altantuya juga

Program ini juga mengesahkan bahawa terdapat keterangan saksi utama, Bala bahawa Najib Razak yang pada asalnya menjadi kekasih Altantuya dan bahawa dia telah meninggalkanya kepada Baginda semasa perjanjian Scorpene, yang telah menjadi tumpuan kes mahkamah ke atas beratus-ratus juta ringgit sogokan kepada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Baginda.

Program tersebut menyatakan Najib telah memperkenalkan Altantuya kepada Baginda di satu pameran berlian di Singapura .... di mana Rosmah mungkin telah membeli-belah.

Filem ini menganalisis keseluruhan cover-up ke atas kes itu mengejutkan melalui perbicaraan banyak dimanipulasi dan temu bual balu saksi utama PI Bala, yang memperincikan bagaimana suaminya diancam dan disogok untuk menukar bukti awal beliau oleh tidak lain daripada saudara Najib sendiri.

Najib memberitahu pemberita bahawa keterangan Bala adalah tidak benar, pada yang masa sama saksi itu sedang diancam supaya menukar cerita dan meninggalkan negara ini.

Dokumentari yang juga menampilkan bapa Altantuya, yang kini melancarkan kes sivil di atas kematian anak perempuannya, mengancam untuk menjadikanya sebagai kes global yang selama bertahun-tahun telah disimpan dengan kukuh oleh mereka yang berkuasa di Malaysia.

Apa motif? Kedua-dua pengawal peribadi yang dipersalahkan

Wartawan Mary-Ann Jolly telah dihalau keluar dari negara ini apabila dia tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur untuk cuba untuk mewawancara Perdana Menteri tentang bukti yang banyak dikumpulkan oleh program ini. 
 
Anda boleh menonton dokumentari setengah jam yang telah membongkar misteri Perdana Menteri - tulang belulang Altantuya Shaariibuu.Saksikan berikut :
 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

VIDEO - Tun Mahathir - "Sayang bini jangan sampai bunuh orang"

Posted: 11 Sep 2015 08:30 AM PDT





VIDEO - Anwar Ibrahim: Orang Yang Paling Takut Saya Jadi Perdana Menteri Ialah Mahathir

Posted: 11 Sep 2015 08:00 AM PDT


ERA NAJIB MUNGKIN BERAKHIR X LAMA LAGI... HANTU ALTANTUYA SEDANG BERKELIARAN..

Posted: 11 Sep 2015 07:15 AM PDT

DIEG - SPRM Sahkan Tiada Rasuah Dan Penyelewengan

Posted: 11 Sep 2015 06:30 AM PDT





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini tidak menemui sebarang kesalahan rasuah berhubung isu membabitkan Darul Ehsan Investment (DEIG).

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Simi Abdul Ghani menafikan pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan berhubung isu status penubuhan DEIG yang menimbulkan persoalan pelbagai pihak.

SPRM, katanya, telah mengambil tindakan proaktif sebaik sahaja isu penubuhan DEIG itu dilaporkan media pada 19 Ogos lalu.

Beliau berkata, SPRM telah menemubual beberapa saksi serta mengambil dokumen berkaitan.

"Setakat ini, SPRM tidak menemui sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009) dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Firma baru itu yang ditubuhkan dengan modal berbayar RM2, akan mengambil alih pengurusan aset, yang diletakkan di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI), yang memiliki sepenuhnya DEIG.

Ini menimbulkan kebimbangan pihak pembangkang di Selangor, kerana mereka khuatir ia boleh terdedah kepada penyalahgunaan dana.

- mkini

Jamal: Kalau Dr M cukup Melayu, datanglah Shakira Buang

Posted: 11 Sep 2015 05:45 AM PDT


Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar menyertai "Perhimpunan Melayu Bersatu" pada 16 September ini jika beliau cukup "Melayu".

Cabaran itu dibuat Presiden Gabungan NGO-NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos selepas mempelawa kaum Cina dan India menyertai mereka.

"Kalau Tun M cukup Melayu dia datanglah," kata Jamal ketika diminta mengulas berhubung undangan kepada Mahathir.

Perhimpunan 16 September ini sebagai reaksi kepada himpunan BERSIH 4 yang mendesak pengunduran perdana menteri pada hujung bulan lalu.

Perhimpunan itu, yang menggunakan tema baju kuning, dikaitkan pemimpin kerajaan dan media arus perdana dengan dominasi Cina dan DAP.

Mahathir hadir dua kali dalam perhimpunan BERSIH 4 bersama isterinya Tun Siti Hasmah Ali.

Sementara itu, mengulas desakan Mahathir supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur, Jamal berkata pemimpin veteran itu tidak layak berbuat demikian.

"Tun M bukan seorang yang layak untuk meminta PM berundur, dia tidak ada kelayakan tersebut. Yang layak hanyalah rakyat dan ahli Umno.

"Rakyat yang boleh menentukan," kata Jamal lagi.

Kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan BERSIH 4 buat kali kedua akhir bulan lalu ternyata memberi kejutan banyak pihak.

Mahathir bagaimanapun berkata kehadirannya pada perhimpunan tersebut untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat.

Jelasnya, beliau menyokong tindakan rakyat berhimpun di Dataran Merdeka untuk menggesa Najib meletakkan jawatannya.


Najib, isteri mohon saman diputus melalui isu perundangan

Posted: 11 Sep 2015 05:00 AM PDT


Zar Ali's photo.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri memohon supaya kes saman fitnah difailkan terhadap anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming diputuskan melalui isu perundangan iaitu tanpa perbicaraan penuh.

Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman itu terhadap Nga yang didakwa memuat naik gambar berunsur fitnah mengenai mereka dalam akaun Facebook anggota Parlimen DAP itu pada Mac lepas.

Peguam Choo Shi Jin, mewakili Najib dan isteri memberitahu pemberita bahawa anak guamnya memfailkan permohonan itu semalam dan tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar permohonan pasangan itu.

Beliau berkata demikian ketika kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Siti Khadijah S. Hassan Badjenid. Peguam Dennis Goh hadir mewakili Nga.

Choo berkata mahkamah juga menetapkan 16 hingga 19 Mei tahun depan untuk perbicaraan dan disambung pada 23 hingga 26 Mei 2016, sekiranya kes saman itu akan diputuskan melalui perbicaraan.

Dalam prosiding sivil, sekiranya permohonan untuk melupuskan kes saman melalui isu perundangan ditolak, mahkamah akan memutuskan kes itu melalui perbicaraan penuh iaitu dengan memanggil saksi-saksi untuk memberi keterangan.

Mahkamah juga menetapkan 23 Oktober ini untuk pengurusan kes.

Pada 11 Jun lepas, Najib, atas kapasiti peribadinya dan Rosmah memfailkan saman itu terhadap Nga selepas mendakwa defendan memuat naik gambar Najib dan Rosmah berserta status dalam akaun Facebook atas nama Nga Kor Ming, pada 29 Mac lepas.

Pasangan itu mendakwa dalam status bergambar itu terpampang gambar mereka bersama dengan beberapa orang menteri kabinet Malaysia dan pegawai tertinggiWisma Putra di dalam sebuah bilik hotel di China.

Mereka mendakwa Nga telah menerbitkan perkataan-perkataan fitnah dalam akaun Facebooknya dengan memuat naik status menfitnah yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet di seluruh dunia.

Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau telah menyalah guna kuasa dan mandat sebagai perdana menteri untuk kepentingan sendiri atau kepentingan isterinya dengan membenarkan Rosmah mencampuri urusan dan hal ehwal kerajaan.

Rosmah pula mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau adalah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana mempengaruhi suaminya selaku perdana menteri dan telah menyalah guna kuasa selain mempunyai kepentingan dalam sistem pentadbiran negara.

Pasangan itu berkata walaupun defendan telah mengambil tindakan untuk membuang status bergambar itu, namun status bergambar itu masih tersebar dengan meluas di dua buah blog yang masih boleh diakses di seluruh dunia dan mempunyai 'page view' masing-masing seramai 25,360,055 dan 6,626,986 sehingga tarikh writ saman tersebut difailkan.

Oleh itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


- Bernama

'Saya menang kerana pakatan pembangkang, BUKAN Pas’

Posted: 11 Sep 2015 04:15 AM PDT


Zar Ali's photo. TEMERLOH 10 Sept. – "Jika boleh bertanding semula, hari ini saya letak jawatan tetapi peraturan tidak membenarkannya. Hanya selepas lima tahun baru boleh bertanding."

Itu reaksi Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad yang diminta melepaskan jawatan wakil rakyat oleh Pas Pahang ekoran tindakannya keluar daripada parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau berkata, ti­dak adil baginya melepaskan jawatan tersebut yang disandang atas kepercayaan diberikan pengundi berbilang kaum di kawasan berkenaan.

Malah dakwanya, kemenangan di kawasan itu selama dua penggal berturut-turut adalah atas sokongan masyarakat pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India atas tiket pembangkang dan bukannya Pas.

Katanya, mustahil bagi Pas memenangi kawasan itu termasuk Parlimen Temerloh jika tidak mendapat sokongan daripada kaum lain khususnya masyarakat Cina.

"Tidak ada dalam sejarah Pas menang tulen di negeri ini kerana kemenangan ini adalah atas dasar muafakat pakatan pembangkang," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, tidak timbul soal moral dalam isu keluar daripada Pas dan menyertai Amanah kerana beliau masih dalam pakatan pembangkang dan bukannya menyertai Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu ka­tanya, tindakannya tidak mengkhianati pakatan pembangkang yang membawa kemenangannya di DUN Kuala Semantan.

Mengulas tentang bai'ah yang dilakukan wakil rakyat Pas di Pahang, beliau mendakwa, telah merujuk perkara itu kepada pakar agama dan ulama bagi mencari kaedah penyelesaian.

"Selepas merujuk perkara ini, saya yakin keputusan saya keluar betul. Dari sudut fikah boleh bayar denda, saya sedia bayar denda," katanya.-Utusan


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

Hukum Hudud Tetap Terbaik Dalam Pemerintahan Negara Islam.

Posted: 11 Sep 2015 03:30 AM PDT

Abe Is's photo.

 #‎KhutbahJumaat‬ | Topik hari ni, hukum kanun syariah - Setelah mengguna pakai perundangan ciptaan manusia maka, kes jenayah tidak pernah berkurangan, penjenayah akan mengulangi kesilapannya dan ....... Itulah yg di sampaikan oleh Khatib hari ni. 

Alhamdulillah, khutbah dari kerajaan Selangor menerangkan hukum Allah begitu sempurna hari ni..malah tidak terlepas juga bg kesalahan org yg berzina, tidak harus wujud belas kasihan bg pesalah yg di kenakan hukuman. Tuntutan Qazaf turut dterangkan bg mereka menuduh org berzina. 

Turut itu juga diselitkan ramai yg cuba mmprlekehkan kononya hukuman ini tidak sesuai pd zaman ini, masyaallah.

Saya ambil bberapa keratan penting dari khutbah tersebut, demi kefahaman kita semua. Ape yg penting sama2 kita tumbangkan kerajaan UMNO yg tidak peka ttg hukuman Allah ini, yg pasti bg mereka yg mengena hukuman ini, siksaan dsana akan dikurangkan.


Khutbah korang pulak bagaimana?? Apa tajuknya..??

'Lebih baik masuk PKR, AMANAH

Posted: 11 Sep 2015 02:45 AM PDT



"Lebih baik masuk PKR dari GHB (Gerakan Harapan Baru) atau Parti Amanah Negara (AMANAH)," kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas penyertaan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar dan mantan menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam PKR.

"Lebih baik masuk PKR dari GHB atau Amanah kerana GHB dan AMANAH umumnya hendak hancurkan PAS," katanya kepada Malaysiakini.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri hari ini mengumumkan penyertaan Kamaruddin dan Muhammad ke partinya.

Baru-baru ini, ketika pergolakan dalaman parti Islam itu, beliau dilihat rapat dengan kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru (GHB), yang kemudiannya membentuk AMANAH.

Sementara Kamaruddin juga dikaitkan dengan AMANAH, sehingga menimbulkan kesangsian Pemuda PAS Kelantan yang semalam mendesak beliau menyatakan pendirian sebenar.

Penyertaan kedua-dua tokoh itu sukar difahami dalam perkembangan politik pembangkang ketika mereka cuba membentuk gabungan baru melibatkan PKR, DAP, PAS dan AMANAH.

Pemimpin AMANAH Khalid Samad turut hadir dalam sidang media itu.

AMANAH digerakkan bekas pemimpin kanan PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu Jun lalu susulan trend pengundian blok.

Ia pada mulanya dilihat bakal menggantikan PAS dalam gabungan baru pembangkang bersama PKR dan DAP.

Bagaimanapun, PKR kini mahukan PAS bersama dalam gabungan itu. DAP antara yang paling lantang menentangnya atas dakwaan PAS sudah tersasar daripada dasar mereka.

Perpecahan Pakatan Rakyat sebelum ini juga berpunca daripada perbalahan berpanjangan PAS-DAP, terutamanya dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.



Terkini: Hong Kong mulakan siasatan wang yang di dakwa dilarikan Najib...SEBARKAN... suarakami

Posted: 11 Sep 2015 02:00 AM PDT



Penyiasat Hong Kong turut membuka siasatan terhadap siri deposit yang didakwa dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Siasatan terbaru itu dimulakan di tengah-tengah pendedahan bahawa RM2.6 bilion berada dalam akaun bank peribadi Najib yang mencetuskan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Financial Times, polis Hong Kong mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan.
Ini, katanya, adalah berkaitan dengan deposit bank lebih daripada AS$250 juta yang didakwa dibuat di sebuah cawangan Credit Suisse di sana.
Siasatan bermula selepas bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan (gambar) membuat laporan polis di Hong Kong pada 30 Ogos.
Dalam laporan polis, Khairuddin telah menamakan empat syarikat yang didakwanya dimiliki oleh jutawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low dan keluarganya.
Dalam laporan polis it
Khairuddin turut meminta polis Hong Kong menyiasat kemungkinan transaksi antara 1MDB dan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low (foto).
Tidak jelas sama ada dana yang didakwa itu ada kaitan dengan RM2.6 bilion deposit dalam akaun bank peribadi Najib.
SPRM berkata wang itu tiada kaitan dengan 1MDB tetapi berkata ia merancang untuk memanggil Najib bagi menjelaskan tentang deposit tersebut.
Najib telah menafikan mengambil wang rakyat untuk kegunaan peribadi manakala penyokongnya mendakwa wang itu adalah sumbangan politik.
Switzerland dan Singapura juga menjalankan siasatan terhadap 1MDB yang kini bergelut untuk membayar balik hutang AS$11 bilion.

VIDEO - Terkini: Al-Jazeera membongkar Rahsia Pembunuhan Altantuya.....Sebarkan...

Posted: 11 Sep 2015 01:15 AM PDT

Zar Ali's photo.

Suarakami

Pembunuhan Altantuya mula diperkatakan semula. 

Dengan rencana terkini oleh Al-Jazeera ini persoalan semaikin terjawab.

Sirul dedah "Siapa Sebenarnya Tembak" Altantuya di hadapan Pegawai Najib......Sebarkan suarakami

Posted: 11 Sep 2015 12:30 AM PDT



Dalam video ini Sirul pernah menyatakan kepada saudara berbangsa Australia beliau bahawa bukan beliau yang menembak Altantuya. Tonton video ini 
 
"Siapa Yang Menembak Altantuya"

VIDEO - Tahniah!! Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamaruddin Jaafar dan Bekas Menteri Besar Selangor, TS Muhammad Muhd Taib dengan rasminya telah menyertai Parti KEADILAN.

Posted: 10 Sep 2015 11:45 PM PDT