Khamis, 10 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Terkini: Najib beri jawapan tentang Derma 2.6 Billion...Baca jawapan Najib suarakami

Posted: 10 Sep 2015 11:03 PM PDT


 
Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mendedahkan mengenai sumbangan politik yang diterima Umno, walaupun terpalit dengan skandal derma RM2.6 bilion, kerana katanya, parti pembangkang juga tidak mendedahkan dana yang diterima mereka.
Presiden Umno itu berkata, beliau sudah menjelaskan kepada ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam mesyuarat yang berlangsung hari ini yang tidak ada keperluan mendedahkan sumbangan politik itu.
Ini kerana, kata perdana menteri, tidak ada peruntukan undang-undang yang menyatakan mengenai keperluan mendedahkan dana yang diterima sesebuah parti politik.
"MT ambil maklum tidak ada undang-undang guna pakai berhubung dengan sumbangan politik dan tidak ada keperluan untuk buat pendedahan dari segi undang-undang.
"MT juga ambil maklum semua parti politik mengamalkan sumbangan dan kutipan derma, termasuk pembangkang," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Menara Dato' Onn, Pusat Perdagangan Antarabangsa Putra di Kuala Lumpur petang ini.
Najib dikaitkan dengan dana RM2.6 bilion, yang disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai derma politik, susulan pendedahan mengenai wang itu dibuat The Wall Street Journal (WSJ) awal Julai lalu.
Bagaimanapun, pemimpin Umno sendiri dilaporkan tidak mengetahui kewujudan wang tersebut dan timbul perbalahan pendapat di kalangan ahli parti sendiri sama ada ia sewajarnya dimasukkan ke akaun peribadi beliau.
Najib hari ini turut mempersoalkan desakan pembangkang yang mahu sumbangan politik itu didedahkan walhal katanya, penganjur perhimpunan Bersih 4 juga tidak mendedahkan sumbangan yang mereka perolehi.
"Mereka enggan dedahkan sumber dana. Bila sampai kepada mereka, mereka tuntut ditunaikan, tetapi bila kepada kita, macam-macam dipersoalkan.
"Kita tidak boleh 'double standard'," kata Najib mengulas mengenai sumbangan untuk perhimpunan pada hujung Ogos anjuran pemantau pilihan raya Bersih 2.0 itu, berjumlah kira-kira RM2.5 juta.
Najib sebelum ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) selepas pendedahan derma RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi.
Pengumuman itu dibuat ketika perdebatan sedang hangat diperkatakan mengenai amalan pembiayaan politik di Malaysia, di mana tidak ada undang-undang untuk mengawal derma kepada parti politik, atau mendedahkan identiti penderma.

Kita Nak Lihat "KEHEBATAN SALLEH SAID KERUAK"

Posted: 10 Sep 2015 07:00 PM PDT

Betulkah SKMM hendak bertindak ke atas Wall Street Journal?

Tidak sampai seminggu selepas Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa ke 16 yang diadakan di Putrajaya- sewaktu beberapa orang tokoh anti rasuah terkenal menyuarakan kritikan dan kebimbangan mereka tentang cara kerajaan menangani siasatan 1MDB, pengkritik dan "derma" RM 2.6 bilion- Wall Street Journal (WSJ) menerbitkan sebuah lagi laporan yang mengejutkan.
Isnin lepas, akhbar itu melaporkan yang International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpengkalan di UAE dituduh bayaran sebanyak US$1.4 bilion dari 1MDB telah hilang.
1MDB memberikan maklum balas mengatakan yang laporan itu bias, disensasikan dan kekurangan bukti, akhbar itu juga berkemungkinan melanggar undang-undang Malaysia dengan merujuk kepada "transkrip proseding", yang dikatakan hanya boleh dikeluarkan semasa sesi siasatan PAC mengenai 1MDB.

Salah seorang pembela paling lantang kerajaan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak bertindak balas kepada kejadian itu.

The Malaysian Insider melaporkan yang Salleh berkata bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan kepada akhbar itu, sekiranya laporan kehilangan bayaran US$1.4 bilion dari 1MDB didapati tidak benar.

Salleh berkata tindakan perlu diambil kepada mereka yang bertanggungjawab membocorkan maklumat, merujuk kepada kebimbangan 1MDB yang laporan itu berasaskan transkrip sesi soal siatan dengan PAC yang dibocorkan.

"Sudah pasti, saya akan mengarahkan SKMM untuk menyiasat dan mengambil tindakan bersesuaian," tambahnya, menyifatkan laporan itu berniat jahat dan tidak adil.

Salleh juga berkata yang Putrajaya perlu menyiasat ahli-ahli PAC sekiranya mereka bertanggungjawab membocorkan maklumat tersebut.

Tindakan Salleh tidaklah mengejutkan.

Nampaknya inilah yang hanya boleh dilakukan pihak berkuasa, mengambil tindakan ke atas rakyat, penerbitan dan laman web yang menyiasat, mengkritik, menyuarakan kebimbangan dan mendedahkan sesuatu isu.

Pegawai akan dipecat, dipindahkan atau ditahan, laman sesawang disekat dan penerbitan digantung.

PAC dilumpuhkan melalui pelantikan beberapa ahlinya kepada menteri, dan pasukan tahap tertinggi yang menyiasat "derma" pula dibubarkan.

Masihkah perlu tertanya-tanya mengapa tokoh terkemuka anti rasuah menyatakan apa yang mereka katakan?

Juga tidak mengejutkan jika seseorang dalam PAC telah membocorkan maklumat kepada WSJ.

Memandangkan PAC telah dilumpuhkan, tidak hairanlah sekiranya whistle blower itu melihat tindakanya sebagai pilihan terakhir mendedahkan hasil siasatan selama ini.

Ini masih melanggar undang-undang, tetapi orang yang mendedahkan maklumat itu pasti merasakan dia mempunyai tanggungjawab moral dan akhirnya matlamat menghalalkan cara.

Apapun, apa yang akan dilakukan oleh SKMM mengenai kisah terbaru ini? Pertama, laporan itu perlu dibuktikan silap.

Siapa yang akan melakukan ini? Polis? SKMM? Adakah pasukan tugas khas baru akan dibentuk?

Siasatan ke atas laporan sebelum ini pun belum disiapkan. Adakah pihak berkuasa dan 1MDB akan menyaman WSJ untuk membuktikan dakwaan akhbar itu tidak berasas?

Mungkin pihak berkuasa patut menghantar satu lagi surat meminta penjelasan dari akhbar itu, sebelum mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan undang-undang.

Berbalik kepada SKMM, apakah yang boleh dilakukannya? Apakah "tindakan yang perlu", Salleh?

Setakat ini kita hanya melihat SKMM hanya mampu menyekat laman sesawang seperti Sarawak Report dan Bersih 4.

Adakah SKMM akan menyekat WSJ?

WSJ bukan laman sesawang whistle blower. Ia adalah akhbar yang dihormati di seluruh dunia.

Menyekatnya hanya menambah keraguan bahawa pihak berkuasa tidak ikhlas dalam menyiasat tuduhan yang dikemukannya.

Tambahan pula, terdapat banyak cara untuk mengatasi sekatan laman sesawang sekarang.

Salleh, kementeriannya dan SKMM sepatutnya menumpukan perhatian kepada laman sesawang yang merbahaya dan media sosial yang menyokong keganasan, mempromosikan perkhidmatan pelacuran dan penyeludupan haiwan liar ~  



The Ant Daily

Tahukah anda jika ingin membentuk Kerajaan perlukan hampir 130 kerusi ?

Posted: 10 Sep 2015 06:30 PM PDT

 

JANGAN PERCAYA DENGAN FITNAH & TOHMAHAN MACAI MACAI UMNO -  KONON APABILA PAKATAN 2:0 MENANG -  DAP AKAN DILANTIK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.  

INI SEMUA KEBODOHAN MACAI2 UMNO YANG MAHU MENAKUT NAKUTKAN PENGUNDI2 MELAYU.

MANA MUNGKIN DAP DAPAT DILANTIK KERANA DAP HANYA BERTANDING 51 KERUSI, LAGIPUN,  JELAS DAN NYATA, DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA, KERUSI PERDANA MENTERI WAJIB DISANDANG OLEH ORANG MELAYU SAHAJA !!

Hanya DSAI yang layak jadi Perdana Menteri

Posted: 10 Sep 2015 06:00 PM PDT


Mahayuddin Mangsor's photo.

Kita perlukan pemimpin Melayu yang berani seperti Anwar Ibrahim, bukan budaya penakut macam Najib....

Amaran Dr M: Sayang Najib dan Umno akan berkecai

Posted: 10 Sep 2015 05:30 PM PDT


Anggota Umno diminta untuk menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika sayangkan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu itu.

Malah, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya anggota parti itu sayang dan memilih untuk terus mengekalkan presiden mereka Umno akan hilang kuasa dan berkecai sama sekali.

"Jika sayang Umno tolak Najib sekarang.

"Jika sayang Najib, Umno akan hilang kuasa dan berkecai," kata Tun Mahathir dipetik dalam blognya hari ini.

Tun Mahathir juga mahu anggota parti menolak presiden Umno itu sebelum pilihan raya sekiranya mahu terus kekal berkuasa.

"Ahli-ahli Umno yang sayang dan ingin Umno kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihan raya," tegasnya.

Menurut Mahathir, Umno tidak mempunyai masa yang banyak untuk memperbaiki parti itu sekali gus menambat kembali hati pengundi mereka.

"Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan Umno tidak mencukupi," katanya lagi.

Sebaliknya, tegas Mahathir lagi sekiranya Najib tidak lagi menjadi presiden Umno dan memimpin BN, besar kemungkinan parti komponan itu akan menang.

"Umno akan hancur kerana ramai dari ahli Umno tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai dari mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi.

"Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada Umno atau BN.

"Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin Umno yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain," tambah Mahathir.


KedahLanie 


 
Tun Mahathir paling takut jika BN tumbang - PM Najib tumbang dia paling seronok - kerana satu step lagi anaknya kehadapan dalam UMNO.... tapi, kalau BN tumbang, segala kerja2 kotornya selama 22 tahun akan dibongkar dan dia akan diheret kemakhamah - segala harta dan wang yang membuatkan anak pinaknya kaya raya akan dirampas semula.

Najib ganggu siasatan 1MDB, bukti RM2.6 bilion haram, kata Dr Mahathir suarakami

Posted: 10 Sep 2015 05:00 PM PDT



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini merupakan salah satu pengkritik tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata ini adalah antara sebab mengapa majoriti rakyat Malaysia menolak beliau sebagai perdana menteri dan 'benci' kepadanya.

Tindakan Datuk Seri Najib Razak dalam mengganggu siasatan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang beliau terima menunjukkan wang itu diperolehi secara haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bekas perdana menteri itu, yang kini merupakan salah satu pengkritik tegar Najib, berkata ini adalah antara sebab mengapa majoriti rakyat Malaysia menolak beliau sebagai perdana menteri dan "benci" kepadanya.
"Tindakan Najib menghalang siasatan ke atas wang RM2.6 bilion yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram.
"Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan," tulis beliau di dalam blognya hari ini di bawah tajuk "Wahai Ahli Umno".
"Sesungguhnya majoriti rakyat menolak dan benci Najib sebagai perdana menteri. Mereka tidak dapat terima dakwaan Najib yang RM2.6 bilion yang ada dalam akaunnya adalah derma orang Arab."
Bekas perdana menteri yang berulang kali mendesak Najib meletak jawatan berkata, pentadbiran sekarang menyebabkan nilai ringgit merudum begitu teruk hingga harga barangan naik, inflasi meningkat dan saham jatuh.
"Ramai sekarang ini sudah muflis. Beban ditokok dengan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang menyebabkan harga barangan dan khidmat naik lagi," katanya.
Bagi mereka yang mempunyai anak yang menyambung pelajaran di luar negara pula, Dr Mahathir berkata, mereka terpaksa berbelanja lebih besar untuk anak mereka memandangkan nilai ringgit yang makin merosot ketika ini.
"Pembangunan negara diabaikan dan wang sebanyak RM42 bilion dipinjam, dilabur secara tidak bijak dan berbilion ringgit sudah tidak dapat dikesan.
"Yang diketahui ialah, Najib memiliki wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akaunnya di bank Arab-Malaysian. Sekarang wang ini dipindah entah ke mana.
"Apabila siasatan dibuat oleh badan kerajaan yang bertanggungjawab, Najib bubar badan-badan ini," katanya.
Dr Mahathir merujuk kepada lumpuhnya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan pasukan petugas khas yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia serta Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia yang terlibat menyiasat kemelut 1MDB dan wang RM2.6 bilion.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan, wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib diterima beliau dari seorang penderma Timur Tengah.
Najib berkata, beliau menerimanya bagi pihak Umno, dan bukan untuk kegunaan peribadi.
Tuduhan mengenai wang RM2.6 bilion itu mula timbul dalam satu laporan The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai, memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia.
WSJ berkata, sumber dana itu tidak diketahui, tetapi ia berlegar di kalangan beberapa entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai bahagian, sebelum dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun Najib pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei.

Mahathir: RM2.6 bilion Wang Haram

Posted: 10 Sep 2015 04:30 PM PDT




Tun Mahathir Mohamad mendakwa tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya didapati secara haram.

"Tindakan Najib menghalang siasatan ke atas wang 2.6 bilion ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram.

"Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan," kata Mahathir.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir membangkitkan isu pembubaran pasukan petugas khas yang menyiasat isu berkaitan perkara itu.

"Sekarang wang ini telah dipindah entah ke mana. Apabila siasatan dibuat oleh badan kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini," katanya.

Pasukan itu meliputi empat badan penting, iaitu Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Peguam Negara.

Mahathir berkata majoriti rakyat kini "benci" dan menolak Najib sebagai perdana menteri kerana tidak dapat menerima penjelasan bahawa dana yang dimasukkan ke akaunnya itu derma orang Arab.

- mkini


Raja Petra Dedah Pengakuan Muhyiddin Dalam Mesyuarat MT UMNO

Posted: 10 Sep 2015 02:45 PM PDT




Ramai yang menjangkakan Timbalan Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin UMNO akan dipecat semalam. Itulah antara khabar angin yang tersebar dan dimainkan oleh media beberapa hari lalu.

Menurut akhbar The Star:

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal mengekalkan jawatan mereka dalam Umno, menamatkan spekulasi bahawa mereka akan dipecat susulan penyingkiran dari Kabinet, dua bulan lalu.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua Timbalan Presiden Muhyiddin dan Naib Presiden Shafie menyatakan komitmen sepenuhnya kepada parti dan beliau menghargai kehadiran mereka pada mesyuarat Majlis Tertinggi, pada Rabu.

"Mesyuarat itu berlangsung dalam suasana yang menyenangkan dan semua orang menunjukkan semangat setiakawan. Kedua-duanya juga meluahkan kesetiaan kepada parti dan akan memastikan ia akan menang pada pilihan raya umum akan datang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Najib juga memaklumkan mesyuarat selama empat jam itu turut menyentuh mengenai isu 1Malaysia Development Berhad, di mana kerajaan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

"Kita telah meminta masa selama enam bulan untuk pelan rasionalisasi 1MDB, dalam usaha ia mengurangkan hutangnya. Setakat ini kita telah menerima tawaran yang menggalakkan tetapi saya tidak boleh menyebutnya, kerana ia masih dalam proses. Sebaik tamat, saya akan membuat pengumuman rasmi," katanya.

 

 Apa yang tidak dilaporkan oleh The Star adalah Muhyiddin memaklumkan kepada Majlis Tertinggi Umno bahawa beliau menyedari mengenai konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak namun beliau tidak terlibat atau menjadi sebahagian daripada konspirasi berkenaan.

Dari satu segi, Muhyiddin mengesahkan apa yang dinafikan beberapa bulan lepas – terdapat konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Dan konspirasi ini melibatkan beberapa agensi atau individu dari beberapa agensi, seperti SPRM, AGC, BNM, PDRM dan lain-lain.

Dalam pada itu, KPN telah mengumumkan bahawa PDRM telah melancarkan siasatan terhadap konspirasi untuk menumbangkan kerajaan. Ia disiasat bukan hanya konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri tetapi juga konspirasi untuk menumbangkan seluruh kerajaan.

Apa yang menariknya ialah Muhyiddin mengakui beliau menyedari mengenai konspirasi ini, beliau tidak menjelaskan kenapa beliau berdiam dan tidak membawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri memandangkan nombor dua sepatutnya melindungi nombor satu.

Ia sama seperti pengawal keselamatan di sebuah bank memberitahu polis bahawa dia menyedari mengenai rompakan akan berlaku tetapi tidak terlibat dalam rompakan itu – dia tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan rompakan tersebut.

Apakah sebabnya Muhyiddin mengunci mulut? Adakah mereka mengugutnya jika beliau mendedahkan konspirasi itu, maka beliau juga akan digulingkan? Atau adakah beliau dijanjikan akan mendapat manfaat dengan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya konspirasi itu berjaya.

Bagaimanapun, jika mereka meneruskan rancangan untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen bulan depan, jawapan kepada persoalan itu akan terjawab. Jika Muhyiddin enggan menyertai undi berkenaan maka beliau semestinya tidak terlibat, atau menjadi sebahagian daripada konspirasi tersebut. Tetapi jika beliau menyertainya, maka Muhyiddin bersama dengan kumpulan anti-Najib.

The Wall Street Journal telah menerbitkan satu lagi artikel mengenai 1MDB berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada PAC. Ia menunjukkan bahawa seseorang dalam PAC menjual maklumat kepada Wall Street Journal untuk jumlah yang banyak, tetapi ia masih belum ditentukan lagi.

Sudah tentu suspek utama adalah Tony Pua, dari DAP. Tidak syak lagi ia masih hanya syak wasangka dan polis memanggilnya untuk merakamkan keterangan. Tetapi di Malaysia, anda dianggap bersalah kecuali anda dapat membuktikan anda tidak bersalah. Malah Perdana Menteri sendiri tertakluk kepada standard pengadilan di Malaysia.

Maka sehingga atau kecuali Tony Pua boleh membuktikan bukan beliau yang menjual maklumat sulit PAC kepada Wall Street Journal maka kita boleh menganggap beliau sebagai bangsat yang menggunakan kedudukan dalam PAC untuk membuat wang. Inilah bagaimana sistem keadilan di Malaysia berfungsi walaupun bagi Perdana Menteri. – Raja Petra Kamarudin.

Parlimen dunia mana tak benar undi tak percaya? Alyaa Azhar

Posted: 10 Sep 2015 04:45 AM PDT

 
Tak benar undi tak percaya:

Parlimen negara komunis kot?

Pembangkang menolak penjelasan speaker bahawa tiada peruntukan dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat yang membenarkan anggota parlimen pembangkang membentangkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

"Parlimen mana dalam dunia yang tidak benarkan usul tidak percaya," kata anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Beliau berkata seseorang perdana menteri dipilih berdasarkan keyakinan majoriti anggota parlimen dalam dewan.

Justeru, katanya, jika berlaku perubahan pada majoriti itu, harus terdapat sebuah proses supaya perubahan boleh dilakukan.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam sekali lagi menjelaskan tiada peruntukan Peraturan Mesyuarat yang menyebut ahli parlimen boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

"Tiada langsung dalam peraturan. "(Jadi) Bolehkah saya atas nama demokrasi, demokrasi barat, buat-buat peraturan mesyuarat itu?

Itukan nampak bodoh," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Pandikar juga menegaskan bahawa setakat semalam, beliau belum
menerima sebarang usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak.


Posted by mountdweller

Patutlah Najib Tak Berani Pecat Muhyiddin Dan Shafie.. Ini Puncanya?

Posted: 10 Sep 2015 04:00 AM PDT

Patutlah Najib Tak Berani Pecat Muhyiddin Dan Shafie.. Ini Puncanya. Suara akar umbi UMNO ternyata telah menggerunkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecat, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada parti itu.

Bekas Naib Ketua UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, suara akar umbi berjaya menyelamatkan kedudukan Muhyiddin dan Shafie di sebalik khabar angin mengatakan mereka akan dipecat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada Rabu.

"Menyingkirkan daripada Kabinet memang kuasa Najib selaku Perdana Menteri, tetapi memecat atau menggantung jawatan mereka yang menang dalam UMNO melalui undi perwakilan tidak seharusnya meremehkan suara akar umbi itu sendiri.

"…Dan cuba bayangkan apa keputusan MT jika tiada sebarang reaksi bantahan daripada akar umbi UMNO?," tulisnya.

Menulis dalam blog shahudindotcom.blogspot, dia berkata, ketidakberanian Najib mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dan Shafie juga berpunca daripada kebimbangan ia akan membawa kesan lebih buruk kepada UMNO sekaligus menjejaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.


Patutlah Najib Tak Berani Pecat Muhyiddin Dan Shafie.. Ini Puncanya

"Dengan perpecahan yang bakal berlaku itu, bukan saja harapan mengekalkan kuasa UMNO dan BN di peringkat pusat dilihat akan bertambah sukar, malah ramai yang mengatakan beberapa negeri akan lebih mudah dimenangi pembangkang berikutan majoriti kemenangan tipis saja dicapai BN dalam pilihanraya lalu," katanya.

Shahbudin turut menyenaraikan beberapa persoalan ekoran pengekalan Muhyiddin dan Shafie.

1. Adakah selepas ini Muhyiddin dan Shafie akan jadi "bisu" atau berhenti bercakap mengenai 1MDB dan wang RM2,600 juta demi menyelamatkan jawatan mereka dalam UMNO berikutan Najib turut menyatakan kedua-dua pemimpin masih perlu membuktikan kesetiaan mereka?

2. Apakah Tun Mahathir Mohamad akhirnya akan jadi keseorangan dalam menegur dan mengasak pengunduran Najib daripada jawatannya?

3. Mampukah Najib bertahan memimpin kerajaan sehingga PRU 14 dan apakah Muhyiddin dan Shafie akan turut mempertahankan kuasa Perdana Menteri sehingga tempoh itu?

 

Berita Baik Disebalik Kedegilan Najib Ingin Terus Berkuasa - suarakami

Posted: 10 Sep 2015 03:15 AM PDT



Najib Razak masih enggan berundur. Ini berita amat buruk untuk rakyat Malaysia. Sabar dahulu. Berita buruk Najib Razak enggan berundur ini juga adalah berita yang amat baik.
Dalam ilmu falsafah perkara sedemikian dipanggil "kesatuan yang bertelagah" atau "unity of the opposite'.
Dalam tulisan ini saya akan beri pencerahan untuk memahami bagaimana berita buruk ini boleh menjadi baik. Ini samalah seperti kita memahami bagaimana tahi lembu atau najis manusia boleh membantu manusia.
Bersih berjaya menghasut 500,000 orang rakyat Malaysia turun ke jalan raya. Ini adalah tanda undi tidak percaya kepada Najib Razak.
Sesudah BERSIH 4, kita terus membaca pelbagai berita yang berkaitan dengannya. Semuanya memberi gambaran bahawa suami Rosmah Mansor yang bernama Mohd Najib bin Abdul Razak masih enggan melepaskan jawatan sebagai perdana menteri Malaysia. Suami Rosmah semakin dilihat degil.
Kenyataan dan tindakan politik Najib saban hari menyakinkan saya dan meyakinkan warga Malaysia bahawa suami Rosmah ini ingin terus berkuasa sampai hari kiamat. Suami Rosmah mahu terus memimpin parti United Malays National Organisation dalam PRU14.
Buktinya, paling baru ialah kenyaatan Abdul Hamid Bador bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB). Bekas pegawai polis ini membocorkan berita di mana si Rosmah Mansor turut hadir dalam satu "mesyuarat tergempar".
Mesyuarat tergempar kerajaan ini didakwa dipengerusikan oleh Najib sendiri. Turut hadir ialah Zahid Hamidi dan pegawai tinggi kerajaan.

Najib dan Rosmah kini menjadi "Ikon Kebencian Rakyat"...Sebarkan suarakami

Posted: 10 Sep 2015 02:30 AM PDT



Beberapa bahagian parti United Malays National Organisation telah meluluskan resolusi menuntut suami Rosmah berundur. Ini berlaku dalam mesyuarat tahunan parti.
Tidak cukup dengan ini – suami Rosmah yang juga presiden parti ini telah disaman oleh ahli parti sendiri. Saman-saman ini bersangkutan dengan kes duit RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi suami Rosmah.
Kes putar alam duit derma Tok Arab suami Rosmah ini bukan hanya ditimbulkan oleh parti pembangkang. Kes rasuah suami Rosmah ini telah menjadi kes antarabangsa.
Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa baru sahaja selesai. Malaysia dan SPRM telah menjadi tuan rumah. Dalam persidangan ini suami Rosmah telah ditibai kiri dan kanan.
Seorang demi seorang delegasi antarabangsa telah bangun bertanya tentang hal duit 2.6 bilion ringgit yang masuk ke dalam akaun peribadi suami Rosmah.
Bayangkan, dalam satu persidangan dunia seramai lebih 1,000 delegasi antarabangsa telah ketawa berdekah-dekah apabila seorang ahli Parlimen dari Kenya bertanyakan tentang duit 'derma' dari Tok Arab kepada suami Rosmah.
Soalan dari Kenya ini satu gambaran yang amat berat. Apabila kayu sudah condong bukan sahaja kura-kura datang memanjat malah Mat Bangla sudah berani bergayut dan berak.
Sekali lagi saya nyatakan bahawa semua ini kelihatan amat amat buruk untuk imej Malaysia. Tetapi di sebalik keburukan ini ada hikmahnya. Seperti membuat tapai, kita memerlukan masa agar ragi dan pulut betul-betul masam sebelum nikmat tapai dapat dirasakan.

Kuasa Bomoh Rosmah....Sebarkan. suarakami

Posted: 10 Sep 2015 01:45 AM PDT



 
Apa ke jadahnya Rosmah Mansor berada dalam mesyuarat tergempar kerajaan?

Ini satu pertanyaan tapi dalam masa yang sama ianya juga satu kenyataan. Ini yang dikatakan dalam ilmu falsafah – "kesatuan yang bertelagah".

Laporan bahawa Rosmah berada dalam mesyuarat kerajaan sebenarnya tidak lagi memeranjatkan Malaysia.

Malah berita ini memperkuatkan lagi keyakinan umum bahawa sebenarnya Najib Razak ini telah menjadi bangkai bernyawa yang berlakon mengikut arahan telunjuk Rosmah Mansor.

Justeru, pembocoran berita dari bekas pegawai Cawangan Khas ini mensahih dan memperkuatkan satu lagi berita yang telah dibocorkan oleh Mahathir Muhamad.

Mengikut Mahathir, si Rosmah ini sedang menggunakan kuasa bomoh untuk mempertahankan suaminya. Menurut Mahathir, si Rosmah ini menggunakan khidmat bomoh dari India dan Jawa.

Awas, ini bukan fitnah. Ini kata-kata dari Mahathir Muhamad. Mahathir Muhamad ini bukan tukang kebun sekolah. Mahathir bukan pakcik warung. Mahathir ialah bekas perdana menteri Malaysia.

Jadi persoalan timbul – apakah ini bermakna 30 juta rakyat Malaysia sedang bertempur dengan Guru Ji – bomoh Rosmah dari India?

Sekali pandang, kesemua berita ini kelihatan seperti berita buruk.

Tetapi hakikatnya semua berita ini adalah berita baik. Semua sedang membantu rakyat Malaysia untuk membenci parti United Malays National Organisation.

Kedegilan suami Rosmah ini semakin jelas dilihat. Kritikan dan tuntutan agar suami Rosmah ini melepaskan jawatan telah datang dari pelbagai sudut.

Kuasa Bomoh Rosmah....Sebarkan suarakami

Posted: 10 Sep 2015 01:00 AM PDT



Apa ke jadahnya Rosmah Mansor berada dalam mesyuarat tergempar kerajaan? Ini satu pertanyaan tapi dalam masa yang sama ianya juga satu kenyataan. Ini yang dikatakan dalam ilmu falsafah – "kesatuan yang bertelagah".
Laporan bahawa Rosmah berada dalam mesyuarat kerajaan sebenarnya tidak lagi memeranjatkan Malaysia. Malah berita ini memperkuatkan lagi keyakinan umum bahawa sebenarnya Najib Razak ini telah menjadi bangkai bernyawa yang berlakon mengikut arahan telunjuk Rosmah Mansor.
Justeru, pembocoran berita dari bekas pegawai Cawangan Khas ini mensahih dan memperkuatkan satu lagi berita yang telah dibocorkan oleh Mahathir Muhamad.
Mengikut Mahathir, si Rosmah ini sedang menggunakan kuasa bomoh untuk mempertahankan suaminya. Menurut Mahathir, si Rosmah ini menggunakan khidmat bomoh dari India dan Jawa.
Awas, ini bukan fitnah. Ini kata-kata dari Mahathir Muhamad. Mahathir Muhamad ini bukan tukang kebun sekolah. Mahathir bukan pakcik warung. Mahathir ialah bekas perdana menteri Malaysia.
Jadi persoalan timbul – apakah ini bermakna 30 juta rakyat Malaysia sedang bertempur dengan Guru Ji – bomoh Rosmah dari India?
Sekali pandang, kesemua berita ini kelihatan seperti berita buruk. Tetapi hakikatnya semua berita ini adalah berita baik. Semua sedang membantu rakyat Malaysia untuk membenci parti United Malays National Organisation.
Kedegilan suami Rosmah ini semakin jelas dilihat. Kritikan dan tuntutan agar suami Rosmah ini melepaskan jawatan telah datang dari pelbagai sudut.

PAS Dalam Bahaya, Menang Kerana Pakatan Rakyat

Posted: 10 Sep 2015 12:15 AM PDT


Zar Ali's photo. SHAH ALAM - Hasrat Pas untuk meletakkan calonnya dalam kawasan diwakili DAP pada pilihan raya akan datang hanyalah satu tindakan yang sia-sia apabila parti Islam itu bakal berdepan dengan risiko kehilangan deposit.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, walaupun Pas meletakkan calon bukan Melayu, namun peluang itu tetap tipis susulan kemenangan Pas sejak PRU12 adalah disebabkan faktor PR dan bukannya parti itu sendiri.

"Pada pilihan raya lalu, sokongan kepada calon Pas bukan kerana Pas, tetapi kerana semangat PR.

"Mengikut kajian saya, jelas bahawa Cina menyokong Pas bukan kerana dasar Pas, mereka sokong Pas kerana semangat Pakatan Rakyat," katanya kepada Sinar Online.

Beliau mengulas tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempelawa Pas bertanding di kerusi yang diwakilinya di Dun Air Putih di Pulau Pinang, kelmarin.

Guan Eng berkata, beliau tidak terkejut dengan hasrat Pas itu kerana pandangan tersebut seolah-olah selaras dengan dasar baharu Pas terhadap DAP.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu bercadang meletakkan ahli bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kerusi yang ditandingi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Mohammad Redzuan juga berkeyakinan, pimpinan tertinggi Pas itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang ditandingi DAP susulan parti Islam itu tidak suka pembaziran kerana kehilangan deposit pilihan raya.

"Ia lebih kepada persaingan politik, saya tidak fikir Pas akan meletak calon di kawasan Cina...walaupun calon itu Cina, tapi bukan orang DAP, tapi masih tak dapat (menang). Kalau MCA yang Cina pun mereka tak terima, apatah lagi Cina yang mereka tengok tak tau nak ke mana.

"Ini lebih kepada latihan politik yang realistik, saya tidak fikir Pas akan mengambil risiko pembaziran," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata lagi, Pas dalam bahaya apabila kebanyakan kerusi yang dimenanginya khususnya di Selangor, Perak, Melaka dan Johor sejak PRU12 lalu merupakan kawasan campuran di mana 40 peratus daripadanya adalah pengundi Cina.

"Saya fikir kalau Pas letak calon di kawasan DAP, saya yakin tiada banyak masalah, tapi kalau DAP letak calon dalam kawasan Pas, itu masalah.

"Sebagai contoh Dun Chempaka, kawasan Pas, Datuk Iskandar Abd Samad, kalau DAP letak calon, ada masalah, sebab kawasan itu 53 peratus saja Melayu dan 40 peratus adalah Cina," katanya lagi.


Posted by Jeebond BLM