Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Isu masih TIDAK selesai meskipun tiada kekecohan di mesyuarat Umno

Posted: 09 Sep 2015 11:30 PM PDT


Zar Ali's photo.

Tiada yang digugurkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang amat dinanti-nantikan semalam, yang berlangsung dalam suasana "baik dan teratur", tetapi ada yang terfikir berapa lama kedamaian itu akan kekal terutama apabila isu yang menjadi punca perpecahan dalam parti masih belum diselesaikan.

Ia adalah mesyuarat pertama sejak rombakan Kabinet pada Julai yang memecahkan Umno apabila orang nombor 2 parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal, digugurkan daripada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Pemecatan tidak berlaku seperti spekulasi yang tersebar, dan pemimpin parti berusaha sebaik mungkin untuk menekankan, MT termasuk Muhyiddin dan Shafie, kini berada di belakang presiden mereka.

Ada cakap-cakap menjelang mesyuarat itu, yang sebelum ini ditangguhkan 2 kali, individu seperti Muhyiddin dan Shafie akan dipecat, sama ada dengan menggugurkan mereka secara langsung atau diminta dengan sopan meletak jawatan.

"Itu yang diperkatakan 24 jam sebelum mesyuarat," kata seorang sumber parti sambil menambah, rancangannya sudah diatur.

Muhyiddin lantang melahirkan kekecewaannya kerana disingkir daripada Kabinet Najib dan beliau bercakap mengenainya secara terbuka dalam beberapa ucapan sepanjang bulan lalu ketika menghadiri mesyuarat tahunan bahagian parti di seluruh negara.

Ahli Parlimen Pagoh itu mengambil pendekatan berbeza dengan presidennya, yang juga perdana menteri, mengenai bagaimana mengendalikan krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau turut mempersoalkan derma RM2.6 bilion yang diterima Najib.

Demikian itu, 2 sebab utama beliau hilang jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan. Beberapa individu dalam parti mendesak beliau dipecat daripada jawatan dalam Umno selepas beliau terus-terusan bercakap mengenai isu berkenaan secara terbuka.

Tersebar juga spekulasi 6 lagi pemimpin Umno akan "dipancung".

Tetapi tidak ada seorang pun dalam mesyuarat semalam membentangkan usul membuang sesiapa.

"Tidak ada perbincangan mengenai pemecatan atau ambil tindakan terhadap sesiapa. Semuanya baik dan teratur," kata ahli MT Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi ketika ditemui selepas mesyuarat itu.


Bagaimanapun, sumber berkata, mesyuarat itu ada berbincang mengenai kesan buruk di kalangan masyarakat akibat isu derma RM2.6 bilion itu tetapi Najib kemudiannya memberitahu wartawan, parti tidak perlu mendedahkan butiran mengenai pembiayaan politik.

Ini di sebalik hakikatnya minggu lalu, beberapa penggiat anti rasuah terkemuka dunia berkata Najib perlu berbuat demikian jika Malaysia mahu dianggap serius memerangi rasuah.

Perbincangan mengenai perpecahan ahli Umno selepas rombakan Kabinet juga tidak dibincangkan, begitu juga keadaan di beberapa bahagian yang secara terbuka mengecam Najib atau Muhyiddin.

"MT tidak menerima usul seumpama itu," kata seorang lagi Ahli MT Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin juga mengetepikan usul berkenaan, mengatakan ia hanya dilakukan satu atau dua bahagian dan tidak mewakili majoriti ahli Umno.

Tetapi penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan berkata, perbezaan pendapat antara Muhyiddin dan Najib, derma dan perselisihan dalam Umno, tidak akan hilang begitu saja hanya kerana ia tidak dibincangkan.

"Tidak mengejutkan apabila Najib tidak memecat Muhyiddin, tetapi ramai yang terfikir berapa lama anda boleh diamkan sesuatu masalah. Walaupun jika mereka bersama sekarang, isu ini masih tetap tidak selesai. Ia adalah strategi untuk mengelakkan krisis dalam parti," katanya. –TMI


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

AG perlu bertindak tanpa pilih bulu....

Posted: 09 Sep 2015 10:45 PM PDT

Zar Ali's photo.
KUALA LUMPUR - Peranan Jabatan Peguam Negara perlu dipisahkan bagi memastikan kes-kes pendakwaan boleh dijalankan tanpa sebarang pilih kasih.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata, peranan AG ini perlu diteliti kembali dengan mengasingkan tugas pendakwaan dengan tugas sebagai penasihat kerajaan.

"Jabatan Peguam Negara ini pun kena bebas dan telus serta ambil tindakan terhadap apa sahaja tanpa pilih bulu. Sepatutnya sekarang kena lihat kembali peranan AG itu.

"AG ini penasihat kerajaan, juga jadi pendakwa. Jadi, mungkin dah kena asingkan peranan dan mesti bebas. Jika tidak saya rasa kita akan payah untuk lihat keadaan yang lebih baik," katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, beliau juga menyarankan agar rakyat terus membantu dan menyokong SPRM.

"Rakyat juga kena bantu dan sokong SPRM serta beri cadangan. Jika kita ada cadangan-cadangan yang baik, kita bagi. Jangan pukul belakang. Jika itu boleh berlaku, saya rasa kita boleh hidup.

Sekarang ini bukan sahaja parti kerajaan yang sokong, anda lihat juga sokongan dari parti pembangkang dan orang ramai," katanya.

Sehubungan itu, menurutnya, ketika SPRM telah mendapat kepercayaan umum yang amat sukar untuk diperoleh di negara ini, suruhanjaya itu perlu mengekalkan prestasi mereka.

"Jadi, sekarang ini SPRM perlu kekalkan momentum kerana sekarang orang dah percaya. Untuk mendapat kepercayaan seperti ini sukar di Malaysia.

"Kekal bebas, kekalkan integriti dan siasat tanpa 'fear and favour'," katanya.

Sebelum ini, SPRM menjadi tumpuan umum apabila kes siasatan terkini yang dijalankan menyebabkan beberapa pegawainya disiasat polis.

Malah ada juga cubaan untuk menukar pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri.-SinarHarian


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Najib MENGALAH dengan akar umbi, tapi adakah Muhyiddin jadi 'BISU' selepas ini Oleh Shahbudin Husin

Posted: 09 Sep 2015 10:00 PM PDT


Mesyuarat MT UMNO yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama akhirnya memutuskan tiada mana-mana pemimpin dipecat atau digantung jawatannya sebagaimana spekulasi awal yang tersebar luas sejak beberapa hari lalu.

Ini bermakna Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir dan beberapa yang lain yang dihebohkan akan menerima hukuman akibat kelantangan dan sikap kritikal terhadap Perdana Menteri, Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta, tidak menjadi kenyataan.

Ia juga bermakna Muhyiddin akan terus kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri, begitu juga dengan Shafie kekal sebagai Naib Presiden UMNO yang mendapat undi kedua tertunggi, tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet.

Sekiranya tidak melakukan sesuatu yang memungkinkan diambil apa-apa tindakan selepas ini, kedua-dua mereka akan terus duduk dalam barisan kepimpinan tertinggi UMNO sehinggalah PRU 14 dan pemilihan parti yang sudah dianjakkan tempohnya sehingga tahun 2018.

 

Secara umumnya, ketidakberanian Najib Razak mengambil apa-apa tindakan terhadap Muhyiddin dan Shafie adalah kerana bimbangkan kesan lebih buruk kepada masa depan UMNO dan juga kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang mungkin di luar jangkaannya jika tindakan itu diambil.

Sebaik tersebar spekulasi kedua-dua pemimpin itu akan dipecat, pelbagai peringkat dalam UMNO menyatakan rasa bimbangnya jika tindakan itu benar-benar diambil kerana ia akan memberi kesan yang serius kepada perpecahan di peringkat akar umbi.

Dengan perpecahan yang bakal berlaku itu, bukan saja harapan mengekalkan kuasa UMNO dan BN di peringkat pusat dilihat akan bertambah sukar, malah ramai yang mengatakan beberapa negeri akan lebih mudah dimenangi pembangkang berikutan majoriti kemenangan tipis saja dicapai BN dalam pilihanraya lalu.

Reaksi menolak pemecatan Muhyiddin dan Shafie, selain dapat difahami melalui luahan beberapa pemimpinnya yang masih rasional, ia juga ditunjukkan di bangunan UMNO sebelum bersidangnya mesyuarat MT hari ini.



Walaupun kehadirannya tidaklah seramai ketika memberikan sokongan terhadap Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu, tetapi kesediaan mereka membawa poster, memakai baju T khas untuk menzahirkan sokongan kepada Muhyiddin dan datang pula dari pelbagai pelusuk negeri, sudah cukup memberi mesej bahawa UMNO akan terus bergolak sekiranya berlaku sebarang pemecatan atau penggantungan.

Kehadiran ramai penyokong Muhyiddin dan Shafie di luar Bangunan UMNO juga berjaya "menggerunkan" Najib sehingga beliau dilaporkan terpaksa naik ke tingkat 39 untuk mempengerusikan mesyuarat ini dengan menggunakan lif khas melalui pintu belakang.

Akhirnya suara akar umbilah yang telah menyelamatkan kedudukan Muhyiddin dan Shafie ini lantaran kedua-duanya dilihat tidak melakukan sebarang kesalahan yang melanggar disiplin parti melalui teguran terhadap Presiden berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta yang diterimanya itu.

Menyingkirkan daripada kabinet memang kuasa Najib selaku Perdana Menteri, tetapi memecat atau menggantung jawatan mereka yang menang dalam UMNO melalui undi perwakilan tidak seharusnya meremehkan suara akar umbi itu sendiri.

Dan cuba bayangkan apa keputusan MT hari ini jika tiada sebarang reaksi bantahan daripada akar umbi UMNO?

Bagaimanapun, beberapa persoalan tetap timbul melalui keputusan mesyuarat MT UMNO hari ini. Antaranya:-

- Apakah Najib lebih disokong dalam UMNO dan suara mendesaknya berundur akan berkurangan dengan keputusan ini?

- Bagaimanakah pula pendirian politik Muhyiddin dan Shafie selepas ini? Setelah dinyatakan kedua-duanya terus setia kepada parti dan akan bekerja keras untuk kemenangan UMNO dalam PRU 14 akan datang, adakah mereka juga akan taat setia kepada Najib?

- Adakah selepas ini Muhyiddin dan Shafie akan jadi "bisu" atau berhenti bercakap mengenai 1MDB dan wang RM2,600 demi menyelamatkan jawatan mereka dalam UMNO berikutan Najib turut menyatakan kedua-dua pemimpin masih perlu membuktikan kesetiaan mereka?

- Apakah Tun Mahathir Mohamad akhirnya akan jadi keseorangan dalam menegur dan mengasak pengunduran Najib daripada jawatannya?

- Mampukah Najib bertahan memimpin kerajaan sehingga PRU 14 dan apakah Muhyiddin dan Shafie akan turut mempertahankan kuasa Perdana Menteri sehingga tempoh itu?

Walaupun nampaknya Najib dapat meredakan keadaan buat sementara melalui keputusan MT hari ini, persoalan-persoalan baru tetap timbul sehinggalah pilihanraya umum dan pemilihan UMNO akan datang.-BlogSpot

Lawan arwah tetap UMNO bukan DAP!!!... kata Nik Omar Nik Aziz

Posted: 09 Sep 2015 09:15 PM PDT

Abe Is's photo.


#‎Pakatan2‬.0 | Alhamdulillah, terungkai semua jawapan yg bermain di kepala walaUnta2.. 

Teringat kenyataan anak lelaki Almarhum Tok Guru Nik Aziz, Nik Omar mngatakan, ayahandanya tatang pakatan rakyat lebih dari anak2nya sendiri. 

Maka musnahlah nama dan harapan PAS yang djaga arwah hingga kini. 

Isu perkauman, isu hudud menjadi topik terhangat masa kini walau kita tahu arwah tetap bersama pakatan. 

Lawan arwah tetap UMNO bukan DAP!!!... Lawan Tetap Lawan!!!!

Ahmad Maslan Di Boo Lagi Di PWTC

Posted: 09 Sep 2015 08:28 PM PDT




Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di'boo' penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berjalan keluar dari Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur petang tadi, selepas selesai menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti.

Lima minit sebelum itu, Muhyiddin yang juga timbalan presiden parti dilihat keluar dari pintu yang sama dan meninggalkan perkarangan bangunan itu dengan sorakan sokongan dan kata-kata semangat penyokongnya.

Salah seorang penyokong Muhyiddin yang enggan namanya disiarkan berkata, sorakan 'boo' itu kerana mereka kecewa dengan Ahmad.

"Ini sorakan kecewa, menteri GST kenalah terima asam garam politik apabila disindir.

"Mereka yang bersorak memang nakal, tetapi kami hanya sindir maka terimalah," kata ahli Umno Johor itu kepada The Malaysian Insider.

Seorang ahli veteran Umno Kedah yang ditemui berkata sorakan kecewa itu memalukan.

"Kejadian yang memalukan, Ahmad Maslan di'boo' dan ada yang jerit 'menteri GST'," katanya.

Ini bukan kali pertama Ahmad menerima sorakan sebegitu kerana Ogos lalu, beliau yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi pernah di'boo' perwakilan kawasannya sendiri pada mesyuarat perwakilan Bahagian Pontian.

Ahmad yang juga timbalan ketua bahagian Pontian di'boo' hampir 3 kali setiap kali namanya disebut dalam mesyuarat yang dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Muhyiddin dalam ucapannya juga terpaksa menasihati perwakilan supaya tidak menghina wakil rakyat mereka, sebaliknya menegur secara baik.

- tmi



HARI MALAYSIA : Jangan Padamkan Kebusukan Pemimpin2 UMNO

Posted: 09 Sep 2015 06:30 PM PDT

Bang Nuar's photo.

6 September 1963 Tunku Abdul Rahman memimpin rakyat pelbagai bangsa dan agama membina sebuah negara MALAYSIA berteraskan kepimpinan yang adil dan telus.

16 September 2015, spesis UMNO akan cuba memadamkan skandal 1MDB PM UMNO yang sudah menjadi sebutan pemimpin2 utama dunia di seluruh dunia dengan slogan hidup melayu.

Yang pasti pemimpin Bijak Nipu rasuah dan salahguna kuasa akan tumbang juga akhirnya.

Azmin marah kena usik Ahli Parlimen Wanita ..... Menteri Besar Selangor.

Posted: 09 Sep 2015 06:00 PM PDT

Mohamed Azmin Ali memarahi Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dari DAP yang dianggapnya bersikap keanak-anakan apabila mengusiknya berkaitan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ia terjadi apabila Teo menujukan satu soalan kepada timbalan presiden PKR itu tentang kenyataan Hadi yang dilaporkan tidak menghalang mana-mana ahli PAS menyertai Himpunan Maruah Melayu atau 'demonstrasi baju merah' pada 16 September ini.

"MB Selangor, adakah ini sekutu politik yang anda cari?" tanya Teo menerusi akaun Twitter beliau @teonieching dengan menyertakan pautan kepada berita The Malaysian Insider yang memetik kenyataan Hadi dalam Astro Awani berkenaan penyertaan PAS dalam himpunan itu.

Azmin yang sebelum ini dilihat bersungguh-sungguh mahukan PAS menyertai pakatan parti pembangkang yang baharu, walaupun tidak dipersetujui DAP dan Parti Amanah Negara, kelihatan seperti berang sewaktu membalas tweet Teo. "@teonieching jangan jadi macam budak-budak sangat!

"Keadilan (panggilan PKR apabila merujuk kepada parti mereka) sentiasa menjadi penggerak utama memperkukuhkan pakatan menghadapi Umno dan Barisan Nasional," tulis Azmin menerusi akaun @azminali dalam satu interaksi antara mereka yang terjadi malam tadi.~ themalaysianinsider Teo Nie Ching kemudiannya menjawab tulisan Azmin :

Apabila Hadi enggan menyokong Kak Wan untuk menjadi MB Selangor, beliau tidak memanggil beliau kebudak-budakan.

Apabila Hadi berkata PAS akan bertanding di kerusi DAP dikuasai dalam PRU akan datang, dia tidak memanggil beliau kebudak-budakan.

Apabila saya membangkitkan soalan yang mengganggu fikiran beribu-ribu dan beribu-ribu penyokong, dia memanggil saya kebudak-budakan.


AMANAH PROGRESIF PEDULI.

VIDEO - 'Dunia kini tahu siapa Najib sebenar'

Posted: 09 Sep 2015 05:30 PM PDT




VIDEO - PANAS !!! ADUN PAS KELUAR PARTI LAGI, TERKINI DARI NEGERI PAHANG ..

Posted: 09 Sep 2015 05:00 PM PDT

Azrin Shah Aziz's photo.
  

 TEMERLOH - Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang yang juga Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed secara rasmi mengumumkan keluar dari Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia selepas melihat hala tuju Pas semakin bercelaru. 

Syed Hamid 63, berkata, keputusan dibuat selepas merasakan Pas kini bukan lagi sebuah parti yang kondusif dan eksklusif buat semua peringkat masyarakat seperti yang berlaku pa...

Menurutnya, hala tuju politik Pas dilihat semakin bercelaru dan banyak kenyataan dibuat seolah-olah tidak lagi mengutarakan kepentingan pemerintah di peringkat nasional. 

"Keadaan ini sudah tentu menyebabkan rakyat semakin keliru dengan objektif sebenar Pas untuk melaksanakan Islam secara syumul. 

"Dengan mengambil kira kehendak rakyat yang mahukan perubahan politik yang menyeluruh melalui PR, Pas pula semakin memencilkan diri telah menyebabkan pelbagai isu kepentingan rakyat seperti GST, rasuah, 1MDB, kejatuhan nilai ringgit dan lain-lain isu. 

"Saya tidak sesekali menentang apa jua dasar Islam yang dibawa oleh Pas tetapi keadaan menuntut kepada ihtihad baru bagi meneruskan perjuangan Islam melalui wadah yang baru," katanya pada sidang media khas, hari ini. Turut hadir Pengerusi Parti Pekerja Malaysia negeri Pahang Dr Hamzah Jaafar. 

Syed Hamid yang telah dua penggal menjawat jawatan sebagai Adun Kuala Semantan berkata, walaupun keputusan itu amat sedih untuk dibuat, namun bagi melihat amalan Islam yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan serta berusaha menyatukan negara ini. 

Beliau berkata, dari segi bai'ah negeri Pahang yang dibuat semasa menjadi calon PRU lalu, beliau berkata telah merujuk perkara berkenaan kepada ramai ulama termasuk anaknya yang belajar di Yaman. 

"Dari segi bai'ah tidak ada masalah, saya telah rujuk dengan ramai ulama, dalam bai'ah negeri Pahang ada menyatakan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat menjadi haram kalau keluar parti. 

"Tetapi selepas rujuk perkara ini saya yakin keputusan saya keluar betul, dari sudut fekah boleh bayar denda, saya sedia bayar denda," katanya. 

Syed Hamid berkata, beliau sekarang tidak memegang apa-apa jawatan lagi dalam Pas dan yang terakhir sebelum mengisytiharkan keluar parti adalah ketua cawangan Pas Setia Jasa. 

Menurutnya, keputusannya keluar parti juga tidak menjejaskan moralnya kerana dia menyertai parti baharu yang juga pembangkang dan bukannya menyertai Umno. Beliau menyertai Pas ketika berusia 40 tahun dan pernah menjadi ahli Umno selama lima tahun sebelum parit itu diharamkan dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Lipis. 

Keputusan keluar dari Pas menyaksikan beliau adalah Adun Pas pertama keluar parti itu di Pahang. Pas Pahang menguasai Dun Tanjung Lumpur, Beserah dan Kuala Semantan dalam pilihan raya umum yang lalu.

Najib lalu pintu belakang, ejek Anina

Posted: 09 Sep 2015 04:30 PM PDT

Anina Ejek Najib Masuk Rumah Ikut Pintu Belakang




Bekas anggota Wanita Umno Anina Saadudin hari ini mengambil kesempatan menyindir presiden parti itu kerana hadir ke mesyuarat Umno di ibu negara melalui pintu belakang.


Sekumpulan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak awal petang tadi berkumpul di bangunan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika terdapat ura-ura timbalan presiden mereka akan dipecat.

Spekulasi itu bagaimanapun meleset kemudiannya.

"Apa yang lebih menghairankan adalah Datuk Seri Najib takut untuk memasuki ibu pejabat Umno melalui pintu hadapan.

"Beliau telah dibawa masuk melalui pintu belakang seperti seorang yang ketakutan," katanya yang dipecat kerana menyaman Najib dalam isu derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi perdana menteri.

Menulis dalam Facebooknya, Anina berkata manusia hanya perlu berasa takut jika berbuat salah dengan menyamakan ia dengan tindakan Najib yang didakwanya "lari" dari menghadiri program Nothing To Hide.

Anina turut menyoal Najib bagaimana beliau boleh takut berdepan dengan ahli Umno yang menunggu kehadiran pemimpin Umno di pintu depan bangunan yang menempatkan ibu pejabat Umno.

"Saya ingin tegaskan bahawa DSN (Datuk Seri Najib) tidak perlu takut kepada ahli-ahli Umno kerana mereka bukanlah 'isteri' DSN.

"Sebaliknya, mereka adalah ahli-ahli Umno yang DSN sedang pimpin.

"Adakah DSN juga memasuki Sri Perdana melalui pintu belakang? soal Anina.


10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR

Posted: 09 Sep 2015 09:00 AM PDT


Rahsia Hawa's photo.

Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :

1). Para Nabi-Nabi

2). Para Ahli Jihad Fisabilillah


3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.


4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.


5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.


6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.


7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.


8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.


9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.


10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)


SubhanAllah..

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin
Sekarang anda mempunyai Dua pilihan

1. Biarkan Tulisan ini berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.


2. menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik 'Bagikan' supaya orang lain ikut terinpirasi dan Inysaallah mendapat pahala.

Orang Bukan Meloayu Dinasihatkan Jangan Ke KL Pada 16 September ?

Posted: 09 Sep 2015 08:30 AM PDT


Tu Dia! Nampak tak??? Ketua Cawangan UMNO Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, penganjur rally Sep 16 di bawah nama Gabungan NGO-NGO Melayu menasihatkan orang bukan-Muslim elak masuk KL supaya tidak memprovokasikan peserta demonstrasi baju-merah! Inikah UMNO??.Masuk KL pun boleh provakasikan mereka? 

Ini mesti ada rancangan nak buat hura-hara ni.... tak habis-habis rasis dan provokasi perkauman?? 

Sape nak sokong UMNO/BN lagi? Ingat kalau sokong BN, maksudnya sokong UMNO! Buy ...
 UMNO! Buy 1 get 1 free! Fikir - fikirlah!
 

KUALA LUMPUR, Sept 9 — Non-Muslims should avoid the city on
 
 
themalaymailonline.com

Muhyiddin selamat, tiada pemecatan dalam mesyuarat MT Umno

Posted: 09 Sep 2015 08:00 AM PDT


Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung hari ini menyaksikan tiada keputusan pemecatan dibuat, sekali gus menafikan spekulasi awal mengatakan timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Umno lain bakal disingkirkan kerana tidak sehaluan dengan presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Mesyuarat berlangsung lebih 2 jam dan berakhir 6.30 petang tadi berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan walaupun pada awalnya dijangkakan bakal panas.

"Tiada pemecatan," kata Datuk Abdul Rahman Dahlan, salah seorang ahli MT semasa ditemui wartawan selepas selesai mesyuarat hari ini di PWTC.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dilihat meninggalkan bangunan Putra World Trade Center (PWTC) sejurus mesyuarat berakhir.

Sebelum ini tersebar di media sosial kononnya ketiga-tiga pemimpin Umno berkenaan bakal dipecat pada dalam mesyuarat hari ini.

Kira-kira 100 penyokong sabar menanti dan bersorak sebaik saja mereka bertiga turun keluar dari pintu utama Menara Datuk Onn, PWTC.

Mesyuarat hari ini menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu selepas khabar angin bertiup kencang menyatakan Muhyiddin dan beberapa yang lain akan dipecat daripada Umno.

Mesyuarat MT hari ini juga kali pertama diadakan selepas tertangguh 2 kali sejak penyingkiran Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet pada akhir Julai lalu kerana kelantangan mereka mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selepas dipecat, Muhyiddin dan Shafie meneruskan kritikan ketika hadir merasmikan mesyuarat bahagian partiberhubung isu 1MDB dan turut mempersoalkan mengenai isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Terdahulu, kira-kira 100 penyokong Umno yang datang dari Johor, Sabah dan Kedah hadir ke PWTC untuk menanti keputusan mesyuarat hari ini.-TMI


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

TUN MAHATHIR MEJELASKAN KENAPA BELIAU TERPAKSA HADIR BERSIH

Posted: 09 Sep 2015 07:30 AM PDT




1. Saya hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih pada 29-30 Ogos. Ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah jadi penyokong Bersih. Apakah saya sokong parti lawan DAP dan Kit Siang. Ada juga yang bertanya saya sudah memihak kepada orang Cina.

2. Saya pernah menyatakan demonstrasi jalanan tidak harus diguna untuk tekanan politik kerana ia menjejaskan perniagaan terutama perniagaan kecil dan ekonomi Negara. Apakah sekarang perbuatan saya tidak menunjuk sifat berdolak-dalik dalam politik.

3. Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang boleh digunakan untuk menekan Kerajaan apabila menyalahguna kuasa.

4. Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan Pendakwa Raya akan ambil tindakan, menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.

5. Tetapi sekarang Najib sudah bubar dan musnahkan institusi-institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat.

6. Apabila dituduh telah lesapkan duit Kerajaan melalui 1MDB, Najib serah siasatan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC – Public Accounts Committee) Dewan Rakyat. Rakyat disuruh tunggu sehingga siasatan oleh badan-badan ini selesai.

7. Apabila wang sebanyak RM2.6 bilion terdapat dalam akaun peribadi Najib, dan dia tak dapat menafi duit ini ada dalam akaunnya, dan ramai bertanya daripada mana duit ini datang, dan penjelasan yang munasabah tidak dapat diberi oleh Najib, maka satu pasukan bertugas (task force) dibentuk untuk secara rasmi menyelidik wang ini.

8. Pasukan ini terdiri daripada Pendakwa Raya, Ketua Polis Negara, Ketua Badan Pencegah Rasuah dan Gabenor Bank.

9. Rakyat menunggu hasil siasatan ini. Tiba-tiba Pendakwa Raya disingkir oleh Najib, Ketua Badan Pencegah Rasuah diarah bercuti, dan Gabenor Bank diugut kononnya kerana Bank Negara bocor maklumat. Dan terhentilah siasatan oleh badan ini.

10. Di masa yang sama Pengerusi PAC dan tiga lagi ahli diberi jawatan dalam Kerajaan dan siasatan berkenaan wang 1MDB oleh PAC pun dihentikan.

11. Beberapa pegawai polis dan lain-lain pegawai dipindah ke jawatan lain supaya tidak lagi dapat meneruskan siasatan.

12. Yang ditinggal dan yang baru dilantik adalah orang yang tidak tunjuk minat untuk membuat siasatan, bahkan sengaja menghalang apa-apa siasatan terhadap 1MDB dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Najib.
13. Semua saluran untuk menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib sudah tidak lagi ada.

14. Sebaliknya Najib dan konco-konconya sering mendakwa duit RM2.6 bilion adalah derma. Tidak pula diperkenalkan penderma, punca kekayaannya, bentuk wang yang diberi, bank yang terlibat dan lain-lain butiran. Sebenarnya dakwaan ini tidak boleh diterima akal.

15. Kepada pemimpin UMNO Najib mendakwa bahawa RM2.6 bilion ini adalah untuk pilihanraya ke-14. Jika untuk parti belanja membeli nasi lemak atau minuman atau sewa kereta seperti dahulu, jumlah ini beratus kali ganda wang yang diperlukan.

16. Tetapi untuk sogok pemimpin dan ahli Dewan Rakyat dengan berjuta tiap seorang, untuk sogok pegawai supaya menipu, besar kemungkinan wang sebanyak RM2.6 bilion diperlukan.

17. Jika Najib menang kerana sogok wang, dia akan perlu lebih banyak wang lagi untuk mengekalkan dirinya sebagai PM dan untuk PRU 15. Dari mana akan datang berbilion lagi jika tidak secara haram. Malaysia akan diperintah oleh seorang Perdana Menteri yang bergantung kepada rasuah. Najib sendiri berkata "Cash is King" "Wang Tunai adalah Raja". Raja inilah yang disembah oleh Najib.

18. Najib akan nafi tetapi keadaan Negara sekarang amat buruk. Hubungan kaum tegang. Nilai Ringgit dan saham jatuh dengan teruknya jauh lebih teruk dari Thailand, Singapura dan lain-lain Negara. Kos sara hidup melambung naik kerana GST dan lain-lain. Hutang Negara bertimbun dan lain-lain.

19. Inilah masa depan Malaysia jika Najib kekal. Segala cara menukar Perdana Menteri yang mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara sudah ditutup oleh Najib. Hanya dengan suara keramat rakyat dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan Negara daripada perasuah.

20. Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah, dan saya rayu kepada ahli Dewan Rakyat UMNO dan BN supaya menyokong undi tidak percaya kepada Najib. BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti.

21. Selagi Najib berkuasa semala itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang Negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbilion duit rakyat disalahgunakan.

22. Inilah nasib yang menunggu Malaysia kerana Najib.

APAPUN TAK PENTING ( usaha alih isu utama)

Posted: 09 Sep 2015 07:00 AM PDT

Ismaily Bungsu C's photo.
Ismaily Bungsu C's photo.
Ismaily Bungsu C's photo.

Soal maklumat dicuri atau tidak atau siapa terlibat itu tak kesah, soal pokok apa sudah jadi rm42 bilion dan apakah benar 2.6 bilion kesan derma timur tengah atau didapatkan dari 1MDB?

Sekadar kenyataan soal dokumen itu tidaklah penting sangat tapi dana rm42 bilion itu lagi penting.

Tiap malam ini tv asyik justo yg menjadikan bosan nonton berita sedang cerita 1mdb dan 2.6 bilion dan yg lain2 macam ditenggelamkan.


ISMAILY BUNGSU 
Kota Kinabalu

Morais Nampak Stress Sebelum Dilapurkan "HILANG"

Posted: 09 Sep 2015 06:15 AM PDT

Mafiaboss Melayu II's photo.Deputy public prosecutor (DPP) Anthony Kevin Morais, 55, had a "tough case" on Thursday, the day before he went missing, a friend says.

The friend learnt this after speaking to Morais' male housemate who had been living with him for two years at the Menara Duta 1 condominium in Dutamas, Segambut.

"I was told Morais looked very stressed and confided to his housemate he had a 'tough case' to deal with on Thursday," the friend said.

"Hours later, he went missing. He also looked as though he had a lot on his mind."

Kan aku dah kata, pemimpin PAS penuh dengan hasad dan dengki .. ini buktinya!

Posted: 09 Sep 2015 05:31 AM PDT


Kewujudan baiah sumpah taklik cerai talaq tiga bagi calon-calon PAS dalam pilihan raya umum yang lalu adalah suatu yang misteri.

Pimpinan pusat PAS berkali-kali menafikan wujudnya baiah tersebut sejak 2009 lagi.

Terbaru tiga hari yang lalu setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) PAS Datuk Nik Zawawi Salleh menegaskan bahawa mereka tidak pernah meluluskan baiah sumpah taklik cerai talaq tiga itu.

Ini bererti PAS Kelantan tidak mematuhi keputusan MSU sekiranya benar baiah tersebut di kenakan ke atas wakil-wakil rakyat PAS di negeri tersebut.

Ini bermakna baiah sumpah baiah taklik talaq tiga tidak diperakui oleh ulama PAS sendiri.

Dan dengan sendirinya tindakan PAS Kelantan itu adalah bukti tidak walaknya mereka kepada kepimpinan ulama.

Maka tidaklah sepatutnya isu tersebut dibangkitkan oleh pimpinan PAS Kelantan khasnya apatah lagi pimpinan Pusat PAS amnya.

Kesungguhan sesetengah pemimpin PAS yang begitu ghairah mahu meruntuhkan rumahtangga di kalangan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan yang kini bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) menimbulkan kehairanan besar di kalangan masyarakat umum.

Seolah-olah mahu dipisahkan semua wakil-wakil rakyat ini dengan pasangan masing-masing tanpa sedikit pun ingin melihat hujah dan pandangan ahli fekah yangmemberi jalan keluar kepada persoalan hukum menghiasi dada-dada media.

Tidaklah dinafikan adanya pendapat ahli fekah yang menghukumkan jatuh talaq dengan sumpah taklik oleh suami terhadap isterinya, tetapi ia tidak ada kena mengena dengan sifat taklik dalam baiah politik seperti yang dilakukan oleh PAS.

Lebih menyedihkan apabila mereka yang bersungguh-sungguh ini seakan-akan mahu membalas dendam dan 'gembira' melihat rumahtangga sahabat yang dahulunya berjuang dalam PAS, runtuh dan musnah.

Seakan-akan tiada ruang untuk hujah menyelamatkan rumahtangga ini dikedepankan.

Islam diwajahkan dengan pandangan yang cukup jelek seolah-olah politik kepartian Islam ini kerjanya mencerai-berai rumahtangga orang semata-mata dengan cuba menjadikan perjuangan politik Islam sebagai alasan untuk mewajarkannya.

Institusi keluarga

Institusi keluarga merupakan entiti penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan negara, bahkan terhormat dan mulia kedudukannya di sisi Islam.

Melindungi keluarga termasuk dalam kategori melindungi kehormatan dan zuriat keturunan yang merupakan salah satu daripada maqasid (tujuan-tujuan) syariah yang lima perkara.

Jelas bahawa keutuhan integriti keluarga merupakan sesuatu yang dilindungi dalam syariat Islam.

Walaupun perceraian antara suami isteri dibolehkan dalam Islam tapi itu adalah perkara yang hanya wajar dilakukan dalam suasana yang amat mendesak dan tidak ada jalan keluar yang lain untuk mengatasi masalah rumahtangga.

Bahkan dalam masalah perbuatan ilaa' atau bersumpah tidak menyetubuhi isteri dalam tempoh lebih empat bulan pun jelas kesukaan Allah terhadap pernikahan berbanding penceraian.

Allah S.W.T berfirman (Al-Baqarah, 226-227):

"...kemudian jika mereka kembali (kepada isterinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Dan pada waktu mereka berniat memilih talak, maka Allah berfirman:

"Dan jika mereka berazam (untuk) talak, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Syeikh Muhammad Shalih Al-Utsaimin menyebut dalam Durus wa Fatawa Haramul Makki:

"Ini menunjukkan bahawa Allah tidak suka terhadap orang yang memilih jalan talak daripada kembali menyambung tali pernikahan."

Bahkan Rasulullah SAW sendiri menganggap orang yang menjatuhkan talaq tiga sekaligus adalah mempermain-mainkan kitab Allah.

"An-Nasai meriwayatkan dari Mahmud bin Labid: Bahawa ada seorang memberitahu kepada Rasulullah bahawa ada orang yang menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus. Baginda bangkit dengan berang seraya berkata: Apakah ada yang berani mempermain-mainkan kitab Allah sedangkan aku masih hidup di kalangan kamu? Kemudian seorang bangun dan berkata di hadapan Rasulullah: Biar aku bunuh dia wahai Rasulullah?"

Walaupun akhirnya sahabat itu tidak dibenarkan meneruskan hasratnya untuk membunuh pihak yang menjatuhkan talak, peristiwa ini menunjukkan bahawa soal hubungan suami isteri dan keluarga sesuatu yang tidak wajar dihubungkaitkan dengan sebarang kepentingan politik kepartian.

Ini demi menjaga keutuhan dan nama baik keluarga itu sendiri.

Allah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 89:

"Allah tidak menghukum kamu lantaran sumpah-sumpah yang kamu lafazkan secara tidak sengaja, tetapi Dia menghukum kamu lantaran sumpah yang kamu sengajakan.

Bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka atau memerdekakan seorang hamba.

"Sesiapa yang tidak berupaya untuk melunaskan denda tersebut, maka dia hendaklah berpuasa selama tiga hari. Ini sebagai denda penebus sumpah kamu apabila kamu terlanjur bersumpah. Oleh itu, berhati-hatilah apabila bersumpah. Demikianlah Allah menerangkan titah perintah-Nya kepada kamu supaya kamu bersyukur."

Umat Islam dituntut agar berhati-hati berkaitan dengan sumpah ini dan tidak bermudah-mudah mengheret institusi dan kehormatan keluarga dalam pertarungan politik kepartian.

Maksud firman-Nya: "Jagalah dan berhati-hatilah terhadap amalan sumpah di kalangan kamu."

Dengan perkataan lain, jangan mempermudah dan memperbanyak sumpah dalam budaya hidup kamu.

Dalam sumpah laknat, rahmat Allah mengatasi kemurkaan-Nya, sesuai dengan perutusan Islam itu sebagai Rahmat untuk seluruh alam.

Bermohon istighfarlah dengan Allah.

Sungguhpun mungkin si pelafaz sumpah telah memohon kecelakaan dan laknat terhadap dirinya, namun Allah bukan Tuhan yang suka-suka hendak menurunkan laknat kerana Dia Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Allah Maha Mengetahui bahawa sumpah itu bukanlah niat sebenar bagi calon itu melainkan hanyalah tatacara yang dipaksakan ke atasnya oleh partinya yang mahu memastikan calon itu patuh kepada parti berkenaan dan tidak melompat kepada parti lawan (Umno-BN).

Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang sama sekali tidak tunduk kepada kebencian dan kegeraman manusia pendendam yang mendoakan keburukan kepada orang yang hanya berbeza pendapat atau yang memasuki wadah politik Islam yang lain.

Apatah lagi si pelafaz sumpah berkenaan masih komited terhadap perjuangan Islam dengan wadah yang baru, bukanya melompat kepada parti lawan yang di maksudkan ketika melafazkan sumpah baiah dahulunya.

Realiti kerosakan masyarakat

Realitinya ketika ini, memang terdapat kerosakan masyarakat yang parah; rasuah dibudayakan demi memenangi tampuk kuasa dan pilihan raya.

Malah ada kerajaan yang sedia berkuasa di sesebuah negara lumrah membeli calon dan pemimpin dengan mengajukan rasuah bernilai jutaan ringgit.

Sehingga – dengan sebab itu – ada parti politik yang terlanjur melibatkan institusi keluarga untuk menjamin kesungguhan dan integriti calon mereka; agar tidak mudah dipujuk dan dibeli.

Mereka mengadakan semacam sumpah hingga mentaklikkan cerai isteri; baik satu atau tiga sekali gus dengan tindakan politik tertentu oleh penutur sumpah itu sendiri.

Amalan politik mempertaruhkan rumahtangga calon sememangnya tidak dapat diterima oleh masyarakat yang bertamadun.

Ia merupakan ciri warisan masyarakat jahiliah.

Kerana itu PAS sendiri melakukannya dalam keadaan misteri dan menyembunyikan amalan yang boleh mengaibkan imej parti.

--------------------------------------------------------------------------------

AHMAD AWANG penasihat umum AMANAH.

Abu Dhabi Dakwa AS$1.4 Billion Hilang ??

Posted: 09 Sep 2015 12:45 AM PDT

Mafiaboss Melayu II's photo.

Sebuah dana pelaburan kerajaan Abu Dhabi mendakwa bayaran AS$1.4 bilion (RM6.02 bilion) daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada salah satu anak syarikatnya kini hilang, lapor The Wall Street Journal hari ini.

International Petroleum Investment Co (IPIC), sebuah syarikat pelaburan United Arab Emirates (UAE), menjamin AS$3.5 bilion itu dalam bentuk bon, yang dikeluarkan 1MDB untuk membiayai pembelian loji kuasa pada 2012.

Sebagai balasan, IPIC mempunyai pilihan membeli 49% kepentingan dalam loji kuasa itu serta cagaran bagi bon itu.

Memetik satu draf laporan audit negara mengenai aktiviti 1MDB yang dilihat WSJ, akhbar perniagaan itu mendedahkan dalam artikel atas talian itu, 1MDB membuat bayaran cagaran sebanyak AS$1.4 bilion kepada Aabar Investments PJS, anak syarikat IPIC.

Penyata kewangan yang disatukan IPIC bagaimanapun, tidak menunjukkan sebarang rujukan kepada penerimaan bayaran itu.


Memetik sumber, WSJ berkata baik IPIC ataupun Aabar tidak menerima wang itu dan tidak tahu ke mana ia menghilang.

Dakwaan kehilangan AS$1.4 bilion muncul pada saat yang sensitif dari segi politik bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, yang dalam pemerhatian kerana menerima RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah.

Wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

1MDB, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, juga di bawah penelitian selepas mengumpul RM42 bilion hutang sejak ia mula beroperasi pada 2009, dan juga atas urus niaga meragukan.

Abu Dhabi kini cuba memutuskan hubungan dengan 1MDB, kata WSJ, dan menyusun semula IPIC yang menyediakan dana kepada syarikat pelaburan negara Malaysia itu.

Jurnal perniagaan itu berkata, urusan antara UAE dan Malaysia "menyerlahkan situasi yang jarang berlaku dalam dana negara, yang meningkat dengan ketara dari segi saiznya dan disokong kerajaan yang kaya tetapi sering kurang ketelusan".

Majlis Peguam dapatkan sokongan ahli, saman penghalang siasatan 1MDB, derma RM2.6 bilion OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 08 Sep 2015 11:54 PM PDT



Pengerusi Majlis Peguam Steven Thiru berkata, pihaknya perlu mengambil langkah sewajarnya bagi mempertahankan dan memelihara kedaulatan undang-undang, menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan melindungi pentadbiran kehakiman.

Pengerusi Majlis Peguam Steven Thiru berkata, pihaknya perlu mengambil langkah sewajarnya bagi mempertahankan dan memelihara kedaulatan undang-undang, menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan melindungi pentadbiran kehakiman

Majlis Peguam mahu ahlinya memberi mandat untuk badan itu mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang bertanggungjawab menghalang siasatan ke atas kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes "derma" RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Ini adalah antara cadangan yang dikemukakan pengerusinya Steven Thiru yang akan dikemukakan pada mesyuarat tergempar majlis itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Salinan usul itu dihantar kepada 16,000 peguam di Semenanjung Malaysia semalam.

Satu salinan usul itu yang diberikan kepada The Malaysian Insider turut menyatakan majlis itu akan mengambil langkah sewajarnya bagi mempertahankan dan memelihara kedaulatan undang-undang, menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan melindungi pentadbiran kehakiman.

Usul itu juga akan membincangkan penyingkiran mengejut bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail daripada jawatannya.

Majlis itu juga menggesa kerajaan supaya menasihati Yang di-Pertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan salah laku kewangan mengenai 1MDB yang dibebani hutang berjumlah lebih RM42 bilion dan pemindahan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Putrajaya berkata RM2.6 bilion itu adalah sumbangan derma daripada penderma Timur Tengah yang identitinya tidak didedahkan.

Agenda lain yang turut diketengahkan adalah mengenai tindakan kerajaan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), gangguan, ugutan dan penindasan ke atas pegawai penyiasat Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia dan pihak polis cawangan khas yang berada dalam pasukan petugas khas bagi menyiasat kemelut 1MDB dan RM2.6 bilion.

Steven berkata, EGM itu adalah selaras dengan objektif yang dinyatakan dalam Seksyen 42 Akta Profesion Undang-undang yang menyatakan Majlis Peguam perlu menegakkan keadilan tanpa mengira kepentingan diri atau kepentingan ahlinya.

Pada 28 Julai lalu, Gani dipecat daripada jawatannya dan digantikan dengan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Gani adalah ketua pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Pada hari yang sama, bekas pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Akhil Bulat yang akan bersara dan sedang bercuti, digantikan Datuk Seri Mohamad Fuzi Haron, bekas pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Pegawai yang turut dipindahkan daripada Cawangan Khas adalah timbalan Akhil, Datuk Abdul Hamid Bador, yang diarah melapor diri ke bahagian keselamatan baharu di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 7 Ogos lalu, 2 pengarah SPRM dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa serta merta, tetapi pemindahan mereka dibatalkan selepas 48 jam kerana mendapat tekanan daripada orang awam.

Tujuh pegawai SPRM juga dipanggil untuk disoal siasat pihak polis.

Siasatan yang dilakukan SPRM adalah berkaitan dengan SRC International ke atas pinjaman RM4 bilion daripada dana pencen kerajaan (KWAP) kepada 1MDB dan seterusnya memindahkan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib.

Pihak polis sudah menyiasat pegawai SPRM berkenaan berhubung kebocoran siasatan itu mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana "aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen", tetapi ia menimbulkan dakwaan yang usaha terbabit bertujuan menggagalkan siasatan suruhanjaya itu.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada 13 Ogos mendedahkan 7 pegawai turut disoal siasat polis berhubung dakwaan maklumat bocor yang berkaitan dengan siasatan 1MDB.

Pada 16 Ogos lalu, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan dipetik sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebagai berkata, Najib terpaksa "mengeluarkan orang" selepas satu salinan draf kertas pertuduhan yang didakwa terhadapnya tersebar.

Bekas pegawai di pejabat Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur yang baru-baru ini ditahan kerana terbabit dalam siasatan 1MDB turut ditamatkan kontraknya pada bulan lepas. – 9 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT