Selasa, 8 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Tak baca rugi.......

Posted: 08 Sep 2015 11:00 PM PDT

Khairuddin Abu Hassan's
Khairuddin Abu Hassan's photo.

TV3suku REKA CERITA NAMUN MEREKA TAK AKAN MAMPU UNTUK BERBOHONG LAMA

Saya amat geli hati melihat TV3suku berhempas pulas memainkan isu justo serta tak abis-abis berbohong untuk mencemarkan imej clare brown, tun dr mahathir, The Edge serta yb nurul izzah!!

TV3suku reka cerita dan memanipulasikan isu justo seolah-olah berkonspirasi bersama clare brown, tun dr mahathir, TheEdge serta yb nurul izzah untuk menjatuhkan kerajaan masakini!! TV3suku ni bodoh kot tak faham bahasa melayu!!

Contoh macam saya bukan nak jatuhkan kerajaan tetapi berjuang untuk menegakkan kebenaran kearah menyingkir Perdana Menteri yang korup serta salah guna kuasa!! Itu saja!!

Sebab itu polis antarabangsa INTERPOL pun menolak permintaan kerajaan Malaysia untuk menangkap clare brown kerana segala tuduhan itu tidak berasas sama sekali!!

Penolakan INTERPOL terhadap permintaan putrajaya benar-benar mengaibkan ketua polis negara (kpn) serta kerajaan najib tun razak!! Sungguh mengaibkan maruah Malaysia!! Amat memalukan kita!!

Kalau penulisan clare brown dalam sarawak report tidak berasas dan banyak menuduh najib tun razak; kenapa Perdana Menteri tak mahu saman akhbar the wall street journal (wsj) dan sarawak report (sr)??!!

Najib tun razak tunggu apa lagi?! Saman sajalah!! Kata nak saman wall street journal dan sarawak report tapi malangnya sampai hari ini masih cakap kosong!!

Apa najib tun razak ingat rakyat Malaysia ni bodoh kah?? Dok cakap kosong tapi tindakannya tak dak pun!! Apa najib tun razak dok tunggu lagi?!

Tuduhan wall street journal dan sarawak report mengenai wang rm2.6 billion masuk akaun peribadi najib; itu kan cerita betul dan berasas sehingga golongan kaki bodek minda lemah otak udang najib tun razak tak mampu nak menangkis!!

Tuduhan sarawak report dalam kes skandal serta penyelewengan dana 1MDB semua betul!! Sebab itu sehingga kini 1MDB dan najib tun razak tak boleh jawab mana dana-dana yang dilaburkan di kepulauan caymen lebih kurang rm7 billion berada pada masakini!!

Akhirnya, yang menipu parlimen adalah najib tun razak!! Perdana Menteri kata kononnya sebahagian duit yang dilaburkan di kepulauan caymen sejumlah usd1.103 billion disimpan dalam bentuk tunai di dalam akaun bank BSI singapura!! Akhirnya, monetary authority of singapore (mas) mengesahkan duit itu tidak ujud dan 1MDB bagi dokumen palsu pada bank BSI singapura!!

Jadi di sini, siapa yang berbohong??!! Saya rasa yang berbohong adalah najib tun razak serta kuncu-kuncu minda lemahnya yang cuba untuk tutup kemungkaran boss mereka!!

TV3suku tunggulah sehingga kebenaran muncul dan pada waktu itu kita tahulah apa tindakan undang-undang yang bakal diambil keatas mereka yang gemar menipu untuk bersekongkol menutup kemungkaran skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah negara kita!!

Tolonglah jangan terlalu banyak berbohong TV3suku!! Rakyat Malaysia amat bijak dan tidak bodoh seperti mereka semua!!

Baju Merah 'Undur Najib' Sambut Dr Mahathir

Posted: 08 Sep 2015 10:19 PM PDT




Ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut oleh kira-kira 100 orang para penyokongnya.

Mereka terdiri daripada ahli PERKASA dan kumpulan yang memakai baju merah bertulis "undur Najib".

Mereka mula berkumpul di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 10 pagi dan membawa sepanduk bertulis "Tun, you are not alone" dan "welcome Tun M".

Turut kelihatan hadir untuk menyambut negarawan itu ialah Umi Hafilda Mohd Ali dan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.


VIDEO - (WAJIB DENGAR) Tanda 100 Hari Nak MATI - Ceramah Ustaz Abdullah Khairi Terbaru 2015

Posted: 08 Sep 2015 07:15 PM PDT




VIDEO - Hanya PAS Perjuangkan Islam, Khurafat Yang Wajar Dihapuskan

Posted: 08 Sep 2015 06:30 PM PDT




Baiah Taklik Talak Tiga: Ahli Akademik Kritik PAS

Tindakan Pas mengenakan syarat baiah yang berserta lafaz taklik talak tiga kepada ahlinya yang dipilih menjadi calon pilihan raya, dikritik kerana mencampuradukkan politik dengan hukum agama.

Malah apa yang dilakukan itu sehingga meruntuhkan institusi rumah tangga seperti apa yang berlaku kepada wakil rakyat parti itu yang kini telah 'melompat' ke Parti Pekerja Malaysia.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, apabila politik cuba dikaitkan dengan agama, ditambah pula menerusi pelaksanaan yang tidak jelas seperti sumpah baiah dan taklik, ia jelas mengundang masalah besar kepada masyarakat.

"Pas tidak sepatutnya menggunakan baiah seperti ini sewenang-wenangnya kerana kesannya sangat besar, bukan sahaja melibatkan parti bahkan membabitkan rumah tangga dan hubungan kekeluargaan ahli politik yang melafazkan sumpah (taklik) itu," katanya.

Ahmad Marthada menyatakan sumpah baiah yang berserta lafaz taklik dibuat oleh pemimpin Pas itu ialah sesuatu yang tidak wajar kerana ia berkaitan jatuh talak kepada isteri.

"Ini sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam sendiri di mana baiah yang dilakukan selalunya melibatkan ketaatan kepada perkara -perkara yang dibenarkan dalam agama, bukan melibatkan perceraian dalam keluarga.


"Perkara ini seolah-olah isteri yang tidak berdosa akan menjadi mangsa keadaan. Tambah merumitkan keadaan kerana sebilangan pemimpin Pas telah melakukan bai'ah sedemikian dan mereka kini menjadi ahli kepada sebuah parti lain," katanya.

Beliau turut mempersoalkan status baiah yang dilafazkan kerana ia persoalan agama, bukan lagi politik.

"Adakah sah baiah itu sebenarnya? Ia kini ialah persoalan agama, bukan lagi persoalan politik," katanya. -SH



ULASAN GB

Sudah banyak pihak yang menentang Baiah Talak 3 yang dikenakan oleh PAS kepada ahlinya yang dipilih menjadi calon pilihan raya.

GB tertarik dengan satu pandangan bahawa jika PAS ingin meneruskan untuk memaksa baiah talak tersebut dilaksanakan, maka ia perlu dimasukkan di dalam Perlembagaan PAS bahawa bukan saja kepada wakil rakyatnya, malah juga kepada semua mereka yang ingin menyertai PAS.

Ada berani?

Kedua, GB tertarik juga kenyataan Dr. Rozaime Ramle di atas yang menyatakan bahawa:

"Islam milik bersama bukan hanya milik Pas sahaja. Saya nak pecahkan KHURAFAT, bukan hanya Pas yang faham Islam. Orang lain pun ada yang faham Islam. Apabila tidak bersama bukan bermakna dia menentang. Ada benda yang kita boleh duduk sekali. Berkawanlah dengan orang-orang yang membuat kerja dakwah".

"JANGAN MENDABIK DADA hanya kita seorang yang buat kerja dakwah. Setiap orang berjuang di bidang masing-masing.."


Sebelumnya beliau menyatakan bahawa "Bai'ah (Sumpah) boleh dirungkai dengan membayar kafarah" dan terdapat beberapa ulama seperti Ibnu Taimiyyah dan Said Hawa menyatakan demikian.

Mengenai penubuhan Parti Amanah Negara, satu status dari Ust. Saiful Islam atau nama sebenarnya Haszrizal Abdul Jamil amat menarik perhatian:


Alhamdulillah, penubuhan Parti Amanah Negara nampaknya telah berjaya menjadi jambatan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam yang besar di negara ini seperti ABIM, JIM, IRC dan lain-lain untuk meneruskan kerja-kerja Islam di dalam kerangka yang amanah, progresif dan peduli.

Ini bertepatan dengan hadith Nabi saw.

"Sesungguhnya ummatku tidak akan bersatu dalam kesesatan" - riwayat Ibn Majah.

Sesungguhnya memang benar kata-kata Ust Saiful Islam, Islam itu menghimpun bukan mengusir. Jika ada jemaah yang mengusir, maka fahamlah kita bahawa ia bukan jemaah Islam yang sebenar. 



Kelab Greenboc



Zahid tidak halang ahli Umno sertai perhimpunan ‘baju merah’ OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 08 Sep 2015 05:45 PM PDT


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perhimpunan 16 September, yang dinamakan 'Himpunan Rakyat Bersatu'. – .

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perhimpunan 16 September, yang dinamakan 'Himpunan Rakyat Bersatu'. –

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menghalang ahli parti Melayu itu untuk menyertai perhimpunan kumpulan "baju merah" yang bakal berlangsung pada 16 Sepetember ini.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat ahli Umno tersebut yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Beliau juga tidak menyangkal Umno turut dijemput untuk menyertainya.

"Ianya dianjurkan oleh pihak NGO, NGO itu akan turut jemput Umno.

"Saya fikir itu hak individu kepada ahli Umno berkenaan," katanya semasa sidang media di Perdana Putra hari ini.

Menteri dalam negeri itu juga berkata beliau akan menyerahkan seratus-peratus kepada polis untuk mengambil tindakan berhubung perhimpunan yang dinamakan "Himpunan Rakyat Bersatu" itu.

"Kita akan serahkan 100% kepada pihak polis untuk ambil tindakan, termasuk untuk memberi permit, dan juga menjalankan operasi penguatkuasaan jika permit diberi," katanya.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota.

Bagaimanapun pengkritik melihat himpunan itu bakal menimbulkan kekecohan disebabkan lokasi dan slogan berbaur provokasi perkauman.

"Himpunan Rakyat Bersatu" dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling. – 8 September, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

BIRTHDAY CELEBRATION

Posted: 08 Sep 2015 01:24 PM PDT

















Dikait mahu beli data 1MDB, YB Nurul Izzah saman dua akhbar.

Posted: 08 Sep 2015 09:00 AM PDT


YB Nurul Izzah

SHAH ALAM - "Saya telah memberi arahan kepada peguam untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap The News Straits Times (NST) dan Berita Harian (BH)," kata Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah mengumumkan perkara berkenaan susulan muka depan akhbar NST hari ini yang memetik bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo, kononnya Naib Presiden PKR itu berminat membeli data mengenai 1MDB yang dicurinya pada tahun 2011.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nurul Izzah turut menafikan menawarkan AS$2 juta dalam bentuk kontrak kerajaan kepada Justo jika pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan.

"Saya tidak pernah bertemu beliau sebelum ini," tegas Nurul Izzah. Katanya, soalan sebenar bukanlah berkaitan dokumen yang dicuri oleh Justo, tetapi kandungan dokumen tersebut dan laporan Wall Street Journal, Sarawak Report dan The Edge mengenai rasuah, pengubalan wang haram, isu 1MDB dan lain-lain.



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Siapa DAP? Kami hanya ikut keputusan Anwar kata Pas

Posted: 08 Sep 2015 08:30 AM PDT



Pas masih menganggap Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat dan hanya beliau sahaja berhak menjadi jurucakap kepada PR. Tuan-Ibrahim-Tuan-Man,-dap


PETALING JAYA: DAP tidak berhak untuk menghalang Pas daripada menyertai gabungan pakatan pembangkang yang baharu atau Pakatan Rakyat 2.0, tegas Timbalan Presiden Pas,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja berhak membuat keputusan kerana beliau mewakili jurucakap parti pakatan pembangkang.

"Dia tak ada hak bersuara (halang Pas dari menyertai PR 2.0), dia tak ada hak untuk mewakili pakatan pembangkang.

"Saya tengok DAP tidak mewakili pakatan pembangkang. DAP hanya mewakili parti DAP sahaja. Bagi Pas jurucakap rasmi pembangkang ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Realitinya dia (DAP) isytihar PR terbubar bagi Pas kita masih menerima Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi PR," katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Ditanya sama ada Pas sedia untuk menyertai Pakatan Rakyat 2.0,

Tuan Ibrahim berkata parti itu akan meneliti cadangan tersebut sebelum membuat keputusan muktamad.

"Secara krusus perkara ini (Pakatan Rakyat 2.0) belum dibincangkan.

"Kita (Pas) akan tengok bagi kita prinsip dalam parti yang menjadi dasar perjuangan parti mesti dihormati.

Setiap parti mesti menghormati polisi dan dasar parti dalam komponen Pakatan Rakyat.

"Kalau sekiranya polisi parti-parti lain tak boleh kita hormati jadi tak ada makna kita muafakat (bekerjasama) sebab akan timbul polemik lain akan datang," katanya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertegas mahukan Pas menyertai PR 2.0 tetapi tidak dipersetujui oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Azmin, Menteri Besar Selangor masih menganggap Pakatan Rakyat masih wujud dan mahukan Pas terus kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Pendirian Azmin itu kurang disenangi pemimpin DAP dan sebahagian pemimpin PKR yang tidak sehaluan dengan Azmin. Azmin lebih memihak kepada Pas kerana parti itu mencalonkan namanya sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selain nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Najib Ludah Ke Muka Sendiri

Posted: 08 Sep 2015 08:00 AM PDT


Najib terlupa yang malukan negara dia, bukan Bersih


DALAM KABUS

Najib Razak mengecam himpunan Bersih 4 yang berlangsung baru-baru ini sebagai gila. Katanya himpunan itu, - Bersih bukan demokrasi, tetapi democrazy. (Gila).

Perdana Menteri itu berkata himpunan itu bertentangan dengan perlembagaan negara kerana ia cuba mengguling kerajaan. Najib menggunakan perlembagaan untuk mengecam Bersih dan menyelamatkan dirinya.


Sebenarnya tidak ada siapa beranggapan himpunan Bersih itu sebagai hendak mengguling kerajaan. Himpunan Bersih bukan baru, malahan sudah berlaku beberapa kali sebelum ini. Himpunan Bersih adalah untuk menuntut demokrasi dan pilihan yang bebas, telus dan adil.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga hadir dalam himpunan itu. Dua kali dia hadir. Apakah ini bermakna Dr Mahatir juga gila? Tidak. Sebab dia sudah mengatakan kehadirannya bukan menyokong pembangkang, tetapi kerana mahukan Najib berundur. Jelas himpunan itu hanya mahu menggulingkan Najib dan bukannya kerajaan UBN.

Di antara Najib dan kerajaan adalah dua perkara berbeza. Yang ditentang ialah peribadi Najib bukan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Kalau pun mengikut kehendak rakyat, rakyat telah memilih Pakatan Rakyat berbanding dengan BN apabila Pakatan Rakyat mendapat lebih 51% undi popular berbanding dengan BN.

Tetapi kerana sistem pilihan raya kita mengambil kira kelebihan kerusi bukan peratus undi maka BN memerintah. Jika pilihan raya kita berdasarkan peratus undi diperolehi parti, bermakna BN sudah jadi pembangkang kini. Hakikat hari ini majoriti rakyat Malaysia tidak sukakan BN.

Najib marah benar dengan Bersih sehingga menyifatkan himpunan itu memalukan negara kepada dunia luar. Beliau tidak memperincikan apakah yang menyebabkan himpunan itu memalukan Malaysia. Cuma mungkin dia beranggapan apabila dia hendak digulingkan disebabkan masalah ekonomi negara yang muram sekarang ini.

Beliau berdalih keadaan eknomi negara yang muram, kejatuhan nilai ringgit bukan disebabkan faktor kepimpinan yang diketuainya tetapi kerana isu global.

Dakwaan Najib itu jelas cuba menengakkan benang basah. Mahu menutup muka dengan seluar sendo. Himpunan itu tidak pun memalukan negara, bahkan himpunan itu mendapat liputan media massa dunia. Masyarakat dunia tertanya-tanya mengenai kesudahan himpunan berkenaan. Sekiranya himpunan itu sesuatu yang buruk, sudah pasti ia tidak dipedulikan oleh dunia dan dikecam oleh dunia. Sehingga kini tidak kedengaran mana-mana Ngo atau perjuangan hak asasi demokrasi mengecam tindakan Bersih.

Yang kecam Bersih hanya polis Malaysia yang menjadi alat kepada perdana menteri?

Najib tidak patut mengatakan himpunan itu memalukan negara. Sebelum beliau menuduh demikian, dia perlu menilik dirinya sendiri. Najib perlu kencing dalam tempurung bulu dan tilik wajahnya. Yang memalukan negara bukan Bersih tetapi dirinya.

Skandal 1MDB RM42 billion, penyonglapan wang dana itu sebanyak RM2.6 billion ke dalam akaunnya itu yang menjadi persoalan umum. Beliau gagal untuk menjelaskan mengenai status wang berkenaan. Jawaban yang diberikan oleh para menteri musang berjanggutnya juga berbelit-belit dan berputar-putar macam sungai.

Najib sebenarnya terlupa dan tidak sedar yang dirinya kini menjadi damge kepada negara. Najib sudah merupakan liabiliti kepada negara. Yang memalukan negara adalah diri Najib bukannya himpunan Bersih. Yang melanggar "perlembagaan" bukannya rakyat tetapi Najib yang membelakang ahli-ahli partinya. Sebab itulah Muhyiddin Yassin dipecat kerana tidak tahan dengan pembohongan dan pembelutan Najib. [wm.kl.8:59 am 08/09/15]

COPY PASTE SEPENUHNYA DARI SINI

Hanya ds anwar Ibrahim sahaja boleh Jadi perdana Menteri pada ketika ini

Posted: 08 Sep 2015 07:15 AM PDT

Megat Farish's photo.

Tiga faktor utama kenapa aku berkata
Sedemikian:

1..sebahagian besar/majority rakyat malaysia yang berbilang bangsa dan
Agama kenal dan yakin ketokohan beliau


2..ekonomi malaysia sekarang hanya boleh
Di Reduce kan oleh beliau..
Kerana dunia luar percaya dan yakin
Dengan kepimpinannya


3.beliau banyak Pengalaman dalam
Pentadbiran malaysia...

Ciri ciri 3 ini najib haji hadi
.langsung tidak ada.

VIDEO - Kamu Ingat Allah Ada Kat Mekah Je takde Kat Malaysia - Ustaz Abdullah Khairi Baru 2015

Posted: 08 Sep 2015 06:30 AM PDT


VIDEO - Bekas TPM: Polis jangan campur tangan dalam SPRM

Posted: 08 Sep 2015 05:45 AM PDT




VIDEO - 'Rosmah susahkan polis, bazir masa beli-belah'

Posted: 08 Sep 2015 05:16 AM PDT


Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) polis Datuk Abdul Hamid Bador mendakwa amalan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang gemar dan kerap membeli-belah menyusahkan pegawai polis dan pengiringnya. 
 
Bercakap kepada Malaysiakini, katanya, Rosmah suka membazir masa membeli-belah sehingga berjam-jam.



Kritikan terhadap Mukhriz bukan bermakna Umno Kedah berkrisis, kata ahli MT

Posted: 08 Sep 2015 03:00 AM PDT


Kritikan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bermakna Umno negeri itu menghadapi krisis, kata Ahli Majlis Tertinggi parti Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Kritikan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bermakna Umno negeri itu menghadapi krisis, kata Ahli Majlis Tertinggi parti Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata desakan dan kritikan dibuat terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhkriz Mahathir tidak menggambarkan mereka kini menghadapi krisis.

Berita Harian melaporkan Mahdzir percaya apa yang berlaku pada Mukhriz hanyalah asam garam politik dalam keadaan Umno negeri yang ada kalanya dilanda ombak.

"Saya ingat tidak ada apa sebenar, kita bukan berada dalam zon krisis dan benda seperti ini akan berlaku apabila sampai suatu ketika.

"Politik ini bermusim dan ia seperti air laut, ada kalanya tenang, ada kalanya berombak. Ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana politik tidak selalunya pada zon selesa," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Beliau yang juga menteri pendidikan berkata, perkara itu mungkin timbul apabila pihak tidak bersetuju dengan sesuatu yang dilakukan Mukhriz dan sangat sukar untuk mendapatkan 100% persetujuan dalam banyak hal.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin lantang mengkritik pentadbiran Mukhriz termasuk meminta menteri besar Kedah itu meletakkan jawatan.

Ayah kepada Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad kini merupakan pengkritik paling lantang Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sekiranya mahu Umno dan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya akan datang. – 8 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Kritikan terhadap Mukhriz bukan bermakna Umno Kedah berkrisis, kata ahli MT

Kritikan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bermakna Umno negeri itu menghadapi krisis, kata Ahli Majlis Tertinggi parti Datuk Seri Mahdzir Khalid. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2015.Kritikan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bermakna Umno negeri itu menghadapi krisis, kata Ahli Majlis Tertinggi parti Datuk Seri Mahdzir Khalid. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2015.Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata desakan dan kritikan dibuat terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhkriz Mahathir tidak menggambarkan mereka kini menghadapi krisis.
Berita Harian melaporkan Mahdzir percaya apa yang berlaku pada Mukhriz hanyalah asam garam politik dalam keadaan Umno negeri yang ada kalanya dilanda ombak.
"Saya ingat tidak ada apa sebenar, kita bukan berada dalam zon krisis dan benda seperti ini akan berlaku apabila sampai suatu ketika.

"Politik ini bermusim dan ia seperti air laut, ada kalanya tenang, ada kalanya berombak. Ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana politik tidak selalunya pada zon selesa," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini. Beliau yang juga menteri pendidikan berkata, perkara itu mungkin timbul apabila pihak tidak bersetuju dengan sesuatu yang dilakukan Mukhriz dan sangat sukar untuk mendapatkan 100% persetujuan dalam banyak hal.
Sebelum ini, media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin lantang mengkritik pentadbiran Mukhriz termasuk meminta menteri besar Kedah itu meletakkan jawatan.
Ayah kepada Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad kini merupakan pengkritik paling lantang Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sekiranya mahu Umno dan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya akan datang. – 8 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kritikan-terhadap-mukhriz-bukan-bermakna-umno-kedah-berkrisis-kata-ahli-mt#sthash.9JUSJc0L.dpuf

Sambutan dirancang untuk kepulangan Dr M esok

Posted: 08 Sep 2015 02:15 AM PDT

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Satu sambutan dirancang diadakan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang esok untuk menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dari luar negeri.

Jemputan untuk menghadiri 'sambutan' itu disebarkan dalam talian melalui Facebook. Jemputan itu meminta mereka yang berhasrat untuk menyertainya supaya datang mulai jam 12.30 tengahari.


"Jemputan kepada seluruh rakyat Malaysia tercinta, merdeka bersama Tun. Rakyat bersama Tun M, selamatkan Malaysia," tulis jemputan itu yang tidak meletakkan nama penganjurnya.


Seorang blogger, yang enggan namanya disiarkan, memberitahu Malaysiakini bahawa sambutan itu diadakan secara ad hoc tanpa jawatankuasa penganjur rasmi.


"Benda ni ad-hoc, tiada jawatankuasa formal. Tapi memang akan ada.


"Tun (akan) balik dari Jordan dan merata tempat di Eropah termasuk dari pusat (kenderaan) Lotus di Norwich, United Kingdom," katanya.


Polis akan soal siasat Dr M


Mahathir telah mengejutkan banyak pihak apabila beliau muncul semasa perhimpunan BERSIH baru-baru ini yang antara lain menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.


Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau menghadiri perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti bersama rakyat yang mahu Najib berundur.


Selepas perhimpunan hujung minggu itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Mahathir akan disiasat berhubung kehadirannya di perhimpunan BERSIH itu.


Beliau akan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, mengenai fitnah jenayah bagi kenyataan beliau yang dibuat semasa kunjungan ke perhimpunan tersebut.

Lebih ramai sokong PAS lepas ditendang DAP, kata Hadi

Posted: 08 Sep 2015 01:30 AM PDT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun terdapat beberapa cawangan parti Islam itu yang 'dicantas', 'tunas' baharu yang tumbuh untuk PAS kini juga lebih banyak dan subur.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun terdapat beberapa cawangan parti Islam itu yang 'dicantas', 'tunas' baharu yang tumbuh untuk PAS kini juga lebih banyak dan subur.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa lebih ramai yang menyokong PAS selepas ditendang DAP susulan pertelagahan membabitkan isu hudud meskipun parti itu hanya memenangi Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lalu.

Presiden PAS itu berkata, walaupun terdapat beberapa cawangan parti Islam itu yang "dicantas", "tunas" baharu yang tumbuh untuk parti Islam itu kini juga lebih banyak dan subur.

"Kini PAS ditendang keluar oleh DAP yang merasa cukup kuat kerana memerintah hanya Pulau Pinang, namun sokongan kepada PAS lebih meningkat, walaupun beberapa ranting PAS kononnya berjaya dicantas, tetapi tunas yang tumbuh daripadanya lebih banyak dan lebih subur," kata ahli Parlimen Marang itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, beberapa pihak turut menuduh PAS ditipu Umno dalam isu hudud, namun Hadi mendakwa, gesaan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara ini turut dilakukan oleh mereka yang berada dalam pentadbiran kerajaan.

"Ada lagi yang menuduh PAS ditipu Umno dalam isu hudud, mereka memahami hudud itu berjaya apabila dilihat sudah ada tangan yang dipotong sekarang ini, tanpa menyedari betapa desakan melaksanakannya sudah masuk ke dalam jentera kerajaan dan ke dalam kalangan Umno sendiri.

"Tidak lagi suara menghina dan mengejek seperti dahulu, kecuali kalangan yang sudah habis tempuh suaranya, laksana ubat yang sudah tamat tempuhnya," katanya.

"Inilah hikmah apabila istiqamah dengan Allah SWT secara ilmu yang memandu kebijaksanaan, dan mengatur strategi yang boleh berubah di atas dasar dan matlamat Islam yang haram diubah."

Hadi turut berkata, sejarah perpisahan PAS bersama barisan pembangkang juga menjadi pengajaran untuk parti Islam itu tidak mengulangi tindakan yang sama.

"Kebiasaannya senario dahulu tidak berulang, hanya menjadi pengajaran untuk mengatur langkah meneruskan perjuangan.

"PAS pernah ditendang keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1978 apabila dirasakan mereka kuat dan PAS sangat lemah dengan kejatuhan Kelantan.

"Namun, kebangkitan PAS selepasnya lebih kuat dan teguh. Kelantan di ambil semula dengan lebih kuat dan panjang umurnya," katanya.

Beliau turut menyeru agar ahli PAS bersama-sama dengan perjuangan mereka dan tidak menuruti tindakan beberapa pemimpin dan ahli mereka yang meninggalkan parti Islam itu dan menyertai Parti Amanah Negara.

Parti yang dikenali sebagai Amanah itu kini dipengerusikan oleh bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu selepas tewas dalam pemilihan parti itu.

Turut serta bersama beliau adalah pemimpin-pemimpin dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan PAS yang didomonasi kumpulan konservatif daripada golongan ulama.

"Jatikan diri jamaah ini ketika belum menang, kita adalah mulia bersama Islam di masa lemah dan kuat.

"Maka, perjuangan ini tidak layak bagi mereka yang tidak berani mebuka mulut bercakap Islam, lebih tidak layak kepada yang menagih kasihan pihak lain sehingga melupai pertolongan Allah kepada hamba-hambannya yang beriman dengan ikhlas," katanya.

Hadi berkata, perjuangan bersama PAS juga tidak layak untuk individu yang gopoh dan tidak istiqamah serta malu dalam perjuangan mereka.

"Perjuangan ini tidak layak bagi orang yang gopoh untuk menang sehingga tidak Istiqamah di atas aqidah perjuangan, tidak berpijak lagi di atas dasarnya dan sanggup membuang tanda hala tuju perjalanan menegakkan Islam kerana merasa malu dan hina bersama Islam.

"Semuanya disingkir atau tersingkir hanyut, masuk ke dalam perangkap sampah perjuangan, yang menyekat aliran perjalanan dan kemaraan perjuangan Islam yang sebenar," katanya. – 8 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Terkejut bank tidak terima tukaran wang

Posted: 08 Sep 2015 12:45 AM PDT

Encik Politik Encik Polotik's photo.

"TADI pergi bank, bank cakap mereka tidak terima tukar dekat cawangan sini," demikian luahan seorang pelajar Doktor Falsafah sebuah universiti di United Kingdom ketika menukar wang di sebuah bank di Johor.

Nurayuni Daud, 28, (bukan nama sebenar), kejadian berlaku ketika dia hendak menukar mata wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling di sebuah bank pagi semalam.

Ujarnya, dia sangat terkejut dengan tindakan tersebut kerana selama ini, dia tidak mempunyai masalah untuk membuat pertukaran wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling.

"Saya hendak tukar, bank tidak mahu ambil, rugi katanya, jadi saya hendak tukar di mana....sedih Malaysia macam ini," katanya kepada Sinar Online.

Bercerita lanjut, Nurayuni berkata, duit yang hendak ditukarnya tidaklah sebesar mana hanya RM1,500.

"Setakat 200 Pound Sterling dalam duit Malaysia RM1,500," katanya.

Dalam pada itu, Nurayuni berkata, dek kerana pertukaran wangnya tidak diterima di bank tersebut, dia lantas ke tempat pusat pertukaran wang yang lain.

"Pergi 'money changer' pun mereka tidak berani ambil....hari ini (semalam) paling teruk duit Malaysia jatuh 1 Pound Sterling bersamaan RM6.54," keluhnya.

Ketika ditanya bagaimana dia kehidupannya di United Kingdom nanti dengan keadaan sekarang, Nurayuni berkata Insya-ALLAH semuanya akan 'baik-baik sahaja'.

"Hidup dekat UK ok sahaja nak 'survive', sana galakkan bekerja...banyak kerja 'part time' lagi, bayaran pun OK, sebab kos kehidupan rendah. Sejam dapat 8 Pound Sterling sejam pun dah banyak, sebab 8 Pound itu sudah besar, boleh beli macam-macam," katanya.

PKR tegas mahu PAS dalam gabungan baharu pembangkang OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 08 Sep 2015 12:00 AM PDT



Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata ia masih mahukan bekas rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PAS menyertai gabungan pembangkang yang baharu walaupun ditentang DAP.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata ia masih mahukan bekas rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PAS menyertai gabungan pembangkang yang baharu walaupun ditentang DAP.

PKR bertegas masih mahukan bekas rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PAS menyertai gabungan pembangkang yang baharu walaupun ditentang DAP, kata Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, PKR membuat keputusan itu selepas berbincang secara mendalam dan menerima mana-mana pihak yang berpendirian untuk melakukan reformasi secara total termasuk PAS.

"Itu pandangan Lim Guan Eng. Terpulang kepada DAP, yang saya nyatakan baru-baru ini bukan kenyataan dan pendirian saya tapi itu pendirian PKR.

"Ini bukan pendirian saya atau (Datuk Seri Dr) Wan Azizah. Kita telah bincang panjang, termasuk pandangan dan maklum balas yang diterima Ketua Umum yang menyatakan PKR sentiasa bsifat inklusif," katanya kepada pemberita di Rawang, hari ini. – 8 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

PKR tegas mahu PAS dalam gabungan baharu pembangkang

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata ia masih mahukan bekas rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PAS menyertai gabungan pembangkang yang baharu walaupun ditentang DAP. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, September 8, 2015.Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata ia masih mahukan bekas rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PAS menyertai gabungan pembangkang yang baharu walaupun ditentang DAP. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, September 8, 2015.​PKR bertegas masih mahukan bekas rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PAS menyertai gabungan pembangkang yang baharu walaupun ditentang DAP, kata Mohamed Azmin Ali.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, PKR membuat keputusan itu selepas berbincang secara mendalam dan menerima mana-mana pihak yang berpendirian untuk melakukan reformasi secara total termasuk PAS.
"Itu pandangan Lim Guan Eng. Terpulang kepada DAP, yang saya nyatakan baru-baru ini bukan kenyataan dan pendirian saya tapi itu pendirian PKR.

"Ini bukan pendirian saya atau (Datuk Seri Dr) Wan Azizah. Kita telah bincang panjang, termasuk pandangan dan maklum balas yang diterima Ketua Umum yang menyatakan PKR sentiasa bsifat inklusif," katanya kepada pemberita di Rawang, hari ini. – 8 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-tegas-mahu-pas-dalam-gabungan-baharu-pembangkang#sthash.MlPbdLoZ.dpuf

Jom Lihat Apa Yang Pelik Pada Gadis Cantik Ini Nas Rul

Posted: 07 Sep 2015 11:30 PM PDT


 
WOMEN with long tongues introduces Tongue Tracy. Tracy looks like she's swallowed the larger part of an octopus, the beast's last tentacle lolling out of her mouth in search of a speck of oyster sauce on her lips:










Bagikan :