Isnin, 7 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Mula-Mula Barua & Tolol, Kemudian Halau, Kini Pengkhianat & Perlu Dihapuskan...

Posted: 07 Sep 2015 11:00 PM PDT



Kau Ini Bagaimana?

Bila aku masih di situ
engkau bilang aku Jebon, aku parasit, aku barua, aku tolol

Kerajaan Kelantan berhabis duit kerana bayar saman -MSO

Posted: 07 Sep 2015 10:15 PM PDT


Sejak Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat tiada berbagai masalah atau perkara berlaku di Kelantan. 
 
Ia menimpa bukan pihak-pihak tertentu sahaja di negeri itu tetapi melibatkan seluruh rakyat. 
 
Parti itu dan kerajaan Kelantan yang dipimpinnya selama 25 tahun juga berhadapan dengan berbagai masalah dan kerenah.
 
Apakah ia satu kebetulan, selepas ketiadaan Nik Aziz? Kalau kebetulan, kenapa?

Salah satu perkara atau musibah besar selepas ketiadaan Allahyarham Nik Aziz ialah negeri itu dilanda bah besar - bah emas yang dianggarkan lebih besar daripada bah tahun 1969. 
 
Beberapa jajahan di negeri itu di bahagian Hulu, tenggelam dan dilanda bah menyebabkan ratusan rumah penduduk hancur atau pun musnah sama sekali. Nilai harta benda yang musnah puluhan jutaan ringgit.

Bahana itu juga menjadi perhatian dunia dan disifat terbesar dan terburuk dalam sejarah Kelantan.
 
Bah di akhir Disember itu memberi pengajaran dan alamat jelas kepada mereka yang memerhati. Ia memberi keinsafan kepada yang mahu mengambil iktibar daripadanya.

Walaupun sudah lebih lapan bulan kejadian itu berlaku, tetapi hingga ke hari ini masih ada mangsa yang belum mempunyai kediaman sempurna. Mangsa masih bergulat dengan masalah masing-masing. 
 
Berpuluh mangsa masih tinggal dalam khemah tanpa kemudahan asas sewajarnya. Pengganti Nik Aziz menjanjikan dalam tempoh enam bulan sahaja masalah banjir itu akan selesai. Nampaknya jangkaan itu jauh meleset. Janji belawak bangar.

Musibah bah itu memberi pengajaran untuk semua tanpa mengira siapa yang bermukim di Kelantan dan juga di luar Kelantan. 
 
Ia juga seolah-olah menguji sejauh mana kecekapan kerajaan Pas yang berlandaskan Islam dalam menguruskan bencana seperti itu. Banjir itu seolah-olah satu "exam" besar buat Pas Kelantan. 
 
Ternyata dalam "exam" itu ianya tidak lulus cemerlang. Kalau tanpa bantuan NGO dan Umno mungkin mangsa banjir masih menderita. Kelemahan pengurusan kerajaan Pas Kelantan terserlah dengan bencana itu.

Apakah pimpinan mengambil perhatian di atas apa yang berlaku, atau melihatnya seperti tikus melihat besi semata-mata? 
 
Atau cukup dengan menerima ia takdir Allah yang perlu dihadapi dengan doa dan solat hajat sahaja. Bahawa peristiwa yang berlaku itu sedikit pun bukan disebabkan kesalahan manusia? Pemerintah?

Itu yang melanda negeri Kelantan seluruhnya, tetapi musibah lain yang berlaku selepas ketiadaan Nik Aziz ialah macam mana kerajaan Pas berhadapan dengan berbagai masalah dan kejadian memalukan. 
 
Pemergian Nik Abdul Aziz seperti mengundang seribu masalah kepada Pas dan kerajaanya?

Salah satu ialah kerajaan Kelantan berdepan dengan tindakan saman oleh pihak tertentu. Dalam bahasa orang kampungnya kerajaan diheret ke mahkamah. 
 
Dizaman Tokguru memerintah kerajaan Kelantan boleh dikatakan tidak diheret songsang oleh mana-mana pihak ke mahkamah. Dan kalau pun ada yang cuba hendak membawa kerajaan pimpinan Tokguru ke mahkamah, tetapi ia berjaya dilengsai di luar mahkamah.

Tindakan saman ini mungkin tidak menjadi kepelikan kalau yang menyaman ialah kerajaan negeri atau agensi-agensinya. Sebaliknya yang menyaman ialah individu atau pihak tertentu terhadap agensi atau kerajaan Kelantan.

Pun begitu tindakan kerajaan kena saman oleh rakyat atau pihak-pihak tertentu ini adalah perkara lazim. Kerajaan Malaysia pimpinan UBN juga tidak terkecuali. 
 
Tetapi kelaziman ini seharusnya dielakkan dan tidak terjadi di Kelantan. Ini kerana kalau ia berlaku di Kelantan ia memberi persepsi lain. Ia akan diketawakan oleh orang.

Kelantan berbangga dengan kepimpinan secara Islamnya. Pengurusan menurut Islam mestilah telus, terbuka dan jujur atau dipercayai. 
 
Seharusnya sebuah kerajaan yang mengamalkan prinsip Islam dan bercita-cita besar hendak laksanakan hudud dan sanggup pula mengangkat "bai'ah bida'ah" patut terelak daripada kejadian-kejadian yang boleh menimbulkan persepsi buruk.

Bila kerajaan disaman, apa lagi kerajaan kalah ia memberi reputasi buruk kepada kerajaan itu sendiri. Bukan sahaja terpaksa mengeluarkan wang membelanja kos mahkamah, kena bayar ganti rugi tetapi maruah kerajaan dinamakan Islam itu juga terjejas. 
 
Orang akan persoalkan macam mana sebuah kerajaan Islam yang berteraskan kepada prinsip keadilan, kebenaran bersadarkan hukum-hukum Allah boleh disaman, atau diadukan kepada mahkamah atas sebab-sebab tertentu. Persepsi buruk timbul disini.

Apakah semasa dizaman Tokguru keburukan dan masalah-masalah itu sudah ada, tetapi ia tidak didedahkan kerana menjaga air muka Tokguru? Kalau begitu bermakna orang yang melindungi itu bersifat munafik.

Hari ini khabarnya sebuah syarikat milik kerajaan negeri, iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) telah diperintanh oleh Mahkamah Persekutuan membayar ganti rugi kepada seorang individu (syarikat) bernilai lebih RM2 juta. 
 
Individu berkenaan tuan milik sebuah syarikat perkayuan telah mengemukakan saman kepada KPK, menuntut ganti rugi kerana dikatakan melanggar terma perjanjian kontrak dengan KPK.

Katanya kes ini sudah lama berlaku tetapi ia tidak diselesaikan dengan baik menyebabkan individu atau syarikat berkenaan terpaksa mengheret kerajaan negeri ke Mahkamah. 
 
Mulanya kerajaan Kelantan diperintah membayar sekitar RM1 juta sahaja, tetapi kerana kedegilan akhirnya mahkamah memerintah bayaran sebanyak RM2 juta, termasuk faedah 4% setahun. 
 
Difahamkan juga cek untuk pembayaran itu sudah dikeluarkan hari ini?

Selain daripada kes itu khabarnya masih ada lagi beberapa kes melibatkan KPK yang juga membabitkan kegagalan memenuhi perjanjian. Tindakan mahkamah sedang dijalankan. Tuntutan yang dikemukakan bernilai jutaan ringgit juga.

Sebelum ini Kolej Islam Sultan Islam Putra (Kias) yang merupakan institusi pendidikan dibawah YIK telah kalah dalam tuntutan saman oleh seorang kakitangannya yang dipecat tanpa mengikut peraturan. 
 
Sebanyak RM200,000 Kias diperintah oleh Mahkamah Perusahaan membayar ganti rugi itu. Ada cadangan agar kes itu diselesai secara anak beranak tetapi ada pimpinan yang agah dan angkuh mencabar agar pegawai itu bawa kes itu ke mahkamah.

Natijahnya Kias terpaksa membayar sejumlah itu. Bayangkan kalau pendekatan musyawarah diadakan wang RM200,000 itu boleh diselamatkan mungkin boleh digunakan untuk membiayai kakitangan Kias bersama Exco membuat lawatan ke Uganda.

Satu lagi kes dalam mahkamah ialah tuntutan oleh sebuah syarikat Dae Hanguru Infra Sdn Bhd dari Korea yang dibatalkan perjanjian kontrak membina lebuh raya rakyat. 
 
Khabarnya syarikat itu menuntut ganti rugi sebanyak RM230 juta. Sebelum ini ada cadangan agar pembatalan itu dibuat secara baik, berunding dengan syarikat berkenaan tetapi tidak dilayan. 
 
Tetapi kerana kedegilan syarikat itu dibuang begitu sahaja kerana teruja dengan janji sebuah syarikat lain kononnya lebih berkemampuan untuk membina lebuh raya berkenaan.

Walhasil syarikat berkenaan itu juga ditohok kerana masalah kewangan dan nilai yang disebut harga lebih mahal daripada syarikat dari Korea itu.

Semua kes-kes membabitkan saman bernilai jutaan ringgit itu boleh diselesaikan di luar mahkamah sekiranya kerajaan negeri peka dan sedia mendengar nasihat. 
 
Tetapi kerana pihak yang diberi tanggungjawab atau terbabit dengan kes-kes itu memandang mudah menyebabkan akhirnya ia terheret ke mahkamah.

Kenapa perkara ini semua berlaku, ialah kerana kerajaan Kelantan hari ini tidak mempunyai pakar perunding yang cekap dalam kes-kes sebegitu. 
 
Di sini bukan saya hendak mengangkat Husam Musa, tetapi satu hakikat tidak dapat dinafikan Husam semasa menjadi Exco dan jurucakap kerajaan dizaman Tokguru dahulu banyak menyelesaikan kes-kes mahkamah membabitkan kerajaan Kelantan.

Biarlah kalau ada orang jeluak mendengar nama Husam tetapi hakikat dan keistimewaan yang ada kepada insan ini tidak boleh siapa nafikan. 
 
Orang yang menafi hakikat ini adalah mereka yang berhati busuk dan dengki sahaja. Mereka juga boleh diibaratkan musuh kepada kerajaan legasi Tokguru Nik Abdul Aziz.

Atas inisiatif dan kebijaksanaan Husam dalam berunding menyebabkan sesetengah kes yang hendak dibawa ke mahkamah ditarik balik atau dibatalkan. 
 
Salah satu perundingan yang mungkin tidak ramai diketahui umum ialah bagaimana Husam berjaya menyekat kes injuksi pilihan raya membabitkan kawasan DUN Chempaka dimana Tokguru menjadi calonnya yang dibawa oleh Umno.

Umno mempunyai bukti kukuh berlaku kesalahan mengikut tatacara ditetapkan SPR di DUN itu dan hendak membawa kes itu ke mahkamah. 
 
Tetapi kerana kecekapan Husam perundingan dilakukannya menyebabkan Umno membatalkan hasratnya untuk membawa kes itu ke mahkamah. Kerana usaha dan kebijaksanaan yang tidak pernah didedahkan itu juga maka Tokguru terselamat dari menanggung malu.

Satu lagi yang menyerlahkan bukan sahaja kecekapan Husam tetapi boleh dianggap pengorbanannya apabila berjaya menyelamat air Kelantan diswastakan buat kali kedua. 
 
Kegagalan penswastaan air kepada syarikat Thames Water sebelum itu, menyebabkan kerajaan Kelantan mengalami kerugian ratusan juta. Ekoran itu apabila ada cadangan untuk menswastakan air Kelantan sekali lagi menyebabkan Husam bertegas agar penswastaan air yang kedua tidak diteruskan.

Sudah tentu sekiranya bukan kerana ketegasan Husam yang menasihat Tokguru, Kelantan akan bergelumbang dengan masalah penswastaan air kali kedua yang mungkin boleh menyebabkan Kelantan bankrup. 
 
Perbalahan Husam dengan dua tiga individu sehingga individu berkenaan sanggup memfitnah Husam sehingga ke dalam muktamar, dan membawa cerita buruk kepada Tokguru, adalah disebabkan tindakannya menghalang penswastaan kali kedua.

Tetapi jasa dan juga pengorbanan Husam itu tidak pernah dinilai ataupun tidak diketahui pun oleh kebanyakan orang. Sekiranya kerajaan Kelantan ada orang-orang yang prihatin, berpengetahuan dan cekap dalam perundingan seperti Husam ini sudah tentu kejadian-kejadian seperti disebut tadi, kerajaan Kelantan disaman dan terpaksa bayar tidak akan berlaku. Wang rakyat juga banyak boleh diselamatkan. 
 
[wm.kl.9:03 pm07/09/15]
 
 
 

Pas Terengganu sedia bergerak sendirian pada PRU14 Tidak tolak tanding semua kerusi

Posted: 07 Sep 2015 09:30 PM PDT


KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu tidak menolak untuk bertanding di semua kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, jika terdapat usaha mengetepikan Pas khususnya dalam pakatan yang wujud ketika ini.
 
Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat menggambarkan, pihaknya seolah-olah bersedia menghadapi kemungkinan itu bersendirian, apatah lagi melalui desas-desus penubuhan PR 2.0 yang dikatakan akan meminggirkan penyertaan Pas.

PR 2.0 yang akan menggantikan PR dikatakan dianggotai PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia.

"Pas Terengganu tanpa ada rasa ragu-ragu, jika ada keputusan selain daripada itu (memutuskan hubungan dengan Pas), Pas Terengganu bersedia bila-bila masa untuk bertanding di lapan kawasan dan 32 Dun.

"Sebelum itu, Pas pernah bersendirian dan mempunyai kekuatan di Terengganu sebagai antara negeri kuat Pas yang pernah dua kali diberi kepercayaan memerintah.

Kita bila-bila masa boleh menawarkan calon berkaliber yang berkemampuan untuk menjadi alternatif kepada Umno dan BN," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini.

Bagaimanapun, kata Satiful Bahri, buat masa ini, hubungan kerjasama politik dengan PKR masih berjalan sebagaimana biasa.

Mengulas mengenai PKR yang seolah-olah memberi sokongan kepada Parti Pekerja Malaysia melalui kehadiran sepentas bersama pemimpin dari parti tersebut, beliau berkata, pihaknya tidak akan masuk campur dalam hal itu. 
 
Katanya, selagi hubungan sedia ada masih kekal, kedua-dua pihak saling hormati antara satu sama lain.

Menurutnya, apa yang penting, Pas tidak pernah mempunyai apa-apa kaitan dengan Umno dan BN, termasuk isu kerajaan perpaduan yang masih dikaitkan dengan parti itu.

"Pas tetap terus menjadi alternatif dan sebagai pengganti kepada Umno BN dalam PRU akan datang," katanya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Pengerusi Bersih 2.0, 3 lagi mengaku tidak bersalah sertai perhimpunan haram.

Posted: 07 Sep 2015 09:00 PM PDT

 
Zar Ali's photo.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin dan 3 yang lain mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyertai perhimpunan haram ‪#‎KitaLawan‬, 28 Mac lalu.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan 3 yang lain mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyertai perhimpunan haram #KitaLawan pada 28 Mac lalu. 

Ketiga-tiganya dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin. 

Majistret Muhammad Faizal Ismail menetapkan 16 Oktober sebagai tarikh perbicaraan



by RAKYAT MARHAEN.

VIDEO - Semua Tu Duit Rakyat Bukan Duit UMNO!! Ustaz Abdullah Khairi Terbaru 2015

Posted: 07 Sep 2015 08:30 PM PDT





VIDEO - Rosmah Berkasar Dengan Najib? Malunya.................

Posted: 07 Sep 2015 08:00 PM PDT


Berita Gempar Dari Terengganu

Posted: 07 Sep 2015 07:15 PM PDT



Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tetap dengan pendirian untuk tidak meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu walaupun beliau bukan lagi ahli Pas.

Katanya, tidak ada peruntukan dalam parti dan Parlimen yang mewajibkan Ahli Parlimen atau wakil rakyat meletak jawatan jika melompat parti lain.

"Tidak ada undang-undang yang menyebut mana-mana Ahli Parlimen berpindah parti perlu meletak jawatan," katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Beliau diminta mengulas desakan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satipul Bahri Mamat yang mahu Raja Kamarul meletak jawatan kerana telah melanggar sumpah bai'ah.


Raja Kamarul, sepupu kepada Sultan Terengganu sebaliknya mahu Pas Terengganu menjawab tiga soalan sebagai penilaian prestasi Ahli-ahli Parlimen Pas dari Terengganu sebelum mendesak beliau meletak jawatan.

1. Meminta Pesuruhjaya Pas negeri, Satupul Bahri menyemak kehadiran Ahli Parlimen Pas dari Terengganu ke Parlimen dan berapa jam satu hari mereka berada di Parlimen. 
2. Meminta menyemak rekod berapa isu yang dibawa Ahli Parlimen Pas dari Terengganu ke Parlimen dan berapa kerap mereka menggunakan media untuk menimbulkan isu rakyat. 
3. Menilai berapa ramai Ahli Parlimen Pas dari Terengganu yang tidak hadir Parlimen kerana menghadiri program lain untuk mendapat imbuhan.

"Bila Pas Terengganu telah membuat penilaian seperti ini mereka baru tahu siapa yang patut letak jawatan," katanya yang juga Pengerusi GHB Terengganu.
Pada masa sama, Raja Kamarul turut mempersoal tindakan Pas sebelum ini yang tidak bersetuju mana-mana Ahli Parlimen dan wakil rakyat meletak jawatan kerana masalah dalaman parti sekali gus terpaksa diadakan pilihan raya kecil (PRK).

"PRK Kajang dulu Pas sendiri membuat kenyataan bahawa PRK itu tidak perlu kerana ia berpunca daripada masalah dalaman PKR dan menyusahkan rakyat dengan kos yang tinggi.

"Kalau saya, Hatta, Khalid Samad, Hanifa dan yang lain letak jawatan, berapa belas PRK yang akan diadakan ini menyusahkan rakyat dan membebankan perbelanjaan kerajaan," katanya.

 

Hina Islam - Rani Kulup 'Ugut' Mahu Ke AS Untuk Cari Alvin Tan

Posted: 07 Sep 2015 06:30 PM PDT


 

Barangkali berang dengan tindakan tidak berkesudahan Alvin Tan yang sering menghina agama Islam dan kaum Melayu, Abdul Rani Kulup Abdullah kini menggesa kerajaan menyegerakan prosedur ekstradisi blogger kontroversi berkenaan.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat desakan itu terhadap Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negara.

Dengan langkah itu menurutnya akan membolehkan Alvin segera ditangkap dan didakwa mengikut undang-undang negara, demikian memetik laporan Sinar Harian Online

"Kalau pihak berwajib hendak menangkap Alvin ia boleh dilakukan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) misalnya mempunyai hubungan baik dengan Interpol Amerika Syarikat , jadi sudah tentu tangkapan Alvin boleh dilakukan.

 

"Jangan sampai ayah ke AS cari Alvin,"katanya berseloroh.

"MJMM akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Dang Wangi, isu Alvin menghina kalimah ALLAH, pada 8 September ini (esok) jam 11:30 pagi," katanya lagi.

Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Alvin oleh beberapa pertubuhan dan individu, namun tiada tindakan diambil terhadap blogger berkenaan yang masih bebas di Amerika Syarikat.



Posted by Jeebond BLM -

Apakah faedahnya sistem raja berlembagaan andai ianya tidak memberikan munafaat kepada kesejahteraan rakyat?

Posted: 07 Sep 2015 06:00 PM PDT


 
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi terpimpin dan sistem raja berperlembagaan.
 
Kini seluruh dunia memandang serong kepada demokrasi terpimpin negara kerna sistem pentadbiran yang dahsyat tercemar oleh amalan kurupsi dan perbuatan mempersundalkan undang-undang yang berleluasa.
 
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sebagai ketua eksekutif pentadbiran negara diselubungi oleh pelbagai skandal meliputi; kes khalwat di Port Dickson, pembunuhan model sexy ‪#‎Altantuya‬ dan berpuluh kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta dana negara termasuk isu terbaru‪#‎1MDB‬ dan kes terdahulu kapal selam ‪#‎Scorpene‬.
 
Kini seakan tiada satu kuasapun yang boleh memberi nasihat atau teguran kepada kesemua kebobrokkan yang telah dilakukan oleh seorang manusia‪#‎bangsat‬ bernama Najib Razak. Sesiapa sahaja yang cuba menegurnya akan dizalimi samada disingkirkan jawatan, ditahan pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) atau dipenjarakan melalui penghakiman mahkamah yang dibayangi campurtangan politik.

Sistem raja berlembagaan amalan negara ini masih samar keberkesanannya dalam memayungi kesejahteraan hidup rakyat marhaen. DYMM Agong mempunyai hak mutlak untuk menentukan setiap tindakan kerajaan sewajarnya menjurus kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat, tetapi terus mendiamkan diri.
 
Kebisuan DYMM‬ ‪#‎Agong‬ dalam pelbagai isu dan persundalan kuasa kerajaan ‪#‎UmnoBN‬ yang mengakibatkan kepada bermaharajalelanya amalan kurupsi yang menyumbang secara nyata kepada kesengsaraan kehidupan rakyat amat menyedihkan dan membangkitkan rasa mual serta menyampah saya terhadap sistem raja berlembagaan ini. Salahkah saya menyatakan rasa hati ini?
 
Buat kesekiankalinya saya, Mohd Sofi Yassin aka Kerajaan Rakyat mengulangi kemusykilan saya; Apakah faedahnya kewujudan sistem raja berlembagaan andai ianya tidak memberikan apa-apa munafaat kepada kesejahteraan hidup rakyat marhaen?
 
Apakah DYMM Agong tidak memperdulikan masalah rakyat justeru kealpaannya yang hidup dalam serba kemewahan hasil cukai yang dirakusi dari penat lelah rakyat jelata?
Apakah Kerja Sultan dan Raja-Raja Kita?
 
 


PANAS!! Pendedahan Tun M Mengenai MH370 Yang Sangat Mengejutkan" Written By canang

Posted: 07 Sep 2015 05:30 PM PDT


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut.

Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai.

"Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini.

"Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, semalam.

Dr Mahathir ditemui selepas berakhir 'International Conference On The New World Order: A Recipe For War or Peace' (Persidangan Antarabangsa Mengenai Orde Baharu Dunia: Resipi untuk Peperangan atau Keamanan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik.

"Saya ingat ini agak pelik. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri tempat dia mulalah (terbang). Apa hendak bawa kapal terbang empat lima jam cari tempat paling dalam (di Lautan Hindi)," jelas Dr Mahathir.

Semalam, laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370, diumumkan.

Laporan itu, antara lain menyatakan pasukan berkenaan telah menemubual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkaitan.

Antara yang ditemu bual ialah petugas DCA, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat,

pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain.

Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas,,,SUMBER


CanangLanie.

Inspektor polis dirempuh disyaki akibat dendam ??

Posted: 07 Sep 2015 05:00 PM PDT


Inspektor polis dirempuh disyaki akibat dendam
Anggota polis mengusung keranda jenazah Pegawai Penguatkuasa Trafik mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen,32, yang tiba di Pangkalan Udara Polis DiRaja Malaysia hari ini. - Foto Bernama

BAU - Suami kepada pegawai penguatkuasa trafik cawangan Trafik IPD Kluang, Inspektor Margaret Tagum Goen yang maut dirempuh Mat Rempit pagi semalam percaya ia akibat balas dendam.
  
Margaret, 32, dirempuh ketika Ops Roda/Rempit di Kilometer 58 Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor, pada jam 2.40 pagi.
  
Leon Bahak, 37, ketika ditemui Bernama di rumah keluarga isterinya di Kampung Bogag, Jalan Srikin dekat sini hari ini mengesyaki ada unsur balas dendam oleh kumpulan Mat Rempit berkenaan.
  
Katanya, beliau ada membaca seseorang pengguna facebok memuat naik kenyataan bahawa dia sudah berpuas hati dengan kematian isterinya kerana sebelum hari raya isterinya ada menyita motosikal lelaki berkenaan.
  
"Memang saya tidak berpuas hati dengan kematian isteri saya sebab saya syaki ada unsur-unsur balas dendam oleh kumpulan Mat Rempit," katanya.
  
Sehubungan itu, beliau mahu supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya itu.
  
Leon berkata, kali terakhir dia bercakap dengan isterinya ialah pada kira-kira jam 12 tengah malam beberapa jam sebelum kejadian, tetapi ia tidak menunjukkan sebarang petanda atau kelakuan yang aneh.
  
Menurut Leon, seorang anggota tentera di Kem Mahkota, Johor, isterinya seorang yang baik dan bertanggungjawab serta amat tegas dan komited dengan tugasnya.
  
"Kami juga amat jarang bersama kerana masing-masing sibuk dengan tugas. Masa kami bersama biasanya pada hujung minggu," tambahnya.
  
Sementara itu, bapa mendiang, Goen Raip, seorang pesara Sarjen polis berkata, kali terakhhir beliau dan isteri beliau bertemu dengan anaknya itu ialah ketika mendiang pulang untuk menyambut Gawai Dayak pada Jun lepas.

"Dua hari sebelum kejadian dia ada menghubungi ibunya dan cucu saya dan telah menasihatkan anak buahnya supaya belajar bersungguh-sungguh," kata Goen.
  
Katanya, dalam perbualan telefon itu cucunya itu meminta wang daripada Margaret untuk membayar yuran belajar menunggang motosikal, tetapi dinasihatkan belajar dahulu.
  
"Dia memang baik dan mesra dengan anak-anak buahnya. Setiap kali dia pulang pasti dia ada membeli hadiah untuk anak-anak buahnya dan membawa mereka bersiar-siar," kata Goen.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superitenden Mohd Sabri Zainol berkata, kematian Inspektor Margaret Tagum Goen satu kehilangan besar kepada pasukan polis.
  
"Mendiang seorang pegawai yang masih muda dan sepatutnya boleh memberi perkhidmatan yang masih panjang kepada masyarakat," katanya ketika ditemui Bernama di rumah keluarga mendiang.
  
Pegawai polis wanita berusia 32 tahun itu meningggal dunia petang semalam akibat cedera parah dirempuh Mat Rempit ketika Ops Roda/Rempit di Kilometer 58 Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor pada jam 2.40 pagi semalam.
  
"Kita amat kesal dengan apa yang menimpa Inspektor Margaret.
  
"Sepatutnya pengguna-pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak bertindak samseng di atas jalan raya sehingga mengorbankan nyawa orang lain," kata Mohd Sabri.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat umum supaya memberi sokongan penuh kepada pasukan keselamatan dan elak daripada terlibat dengan kegiatan lumba haram dah merempit.
  
Sementara itu, presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Datuk Ik Pahon Joyik, yang merupakan bapa saudara kepada mendiang berkata walaupun sedih tetapi keluarga mendiang bangga kerana Margaret terkorban semasa menjalankan tugas untuk negara.
  
Beliau menyifatkan Margaret, anak ketiga daripada empat adik-beradik sebagai seorang pegawai polis yang berdedikasi dan komited terhadap tugasnya serta memiliki potensi untuk naik ke jawatan yang lebih tinggi.
  
Sementara itu, suasana pilu menyelubung rumah keluarga mendiang sebaik jenazahnya tiba di Kampung Bogag, Serikin di sini kira-kira jam 1.10 tengah hari tadi.

Selain kehadiran saudara-mara dari dekat dan jauh dan penduduk kampung, turut berada di rumah keluarga mendiang untuk menyambut ketibaan jenazahnya ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Anthony Nogeh Gumbek dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bau Asisten Superitenden Benedict Faris Jimoy.

Sementara itu, Sabri berkata, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman akan turut memberi penghormatan terakhir beliau kepada mendiang di rumah keluarga mendiang esok.
  
Muhammad turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menyambut ketibaan jenazah mendiang pagi tadi.
  
Jenazah mendiang akan disembahyangkan di gereja St Mary Kampung Bogag pada jam 1 petang esok dan seterusnya akan dikebumikan di tapak perkuburan gereja berkenaan pada jam 2 petang.  - Bernama

Anak syarikat kerajaan Kelantan disaman RM230j

Posted: 07 Sep 2015 04:30 PM PDT


Lebuhraya Rakyat
Lebuhraya Rakyat 
 
KOTA BHARU - Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.
Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.

DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.

Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.

Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Oktokber 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.

DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung," kata DHI dalam satu kenyataan.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,  - Bernama.

VIDEO - The Stream - The battle for Malaysia’s cyberspace

Posted: 07 Sep 2015 09:00 AM PDT


Posted: 07 Sep 2015 08:30 AM PDT


Sang Kelembai's photo.

Takda sapa yg menyangkal PAS nak bertanding di semua kawasan yang DAP tandingi bilamana sudah tidak bersama dlm gabungan lagi.

Buktinya, sedangkan semasa dlm PR boleh bertanding lawan PKR.
PAS semuanya boleh!..


VIDEO - Hadi Jelaskan Kenapa PAS Tolak BERSIH

Posted: 07 Sep 2015 08:00 AM PDT



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada program Mukhayyam Tarbawi parti di Marang, Terengganu, Khamis lalu menjelaskan mengapa PAS tidak menyertai perhimpunan BERSIH 4 di Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Speaker enggan ulas undi tak percaya pada PM Koh Jun Lin

Posted: 07 Sep 2015 07:15 AM PDT


Speaker Dewan Rakyat tidak akan memutuskan berhubung sama ada akan membenarkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri selagi ia belum diserahkan padanya.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata tidak akan membuat kenyataan awal berhubung perkara itu.
"Ada kamu dengar parlimen sedang bersidang?

"Tidak, bukan?" katanya ketika ditemui pemberita di persidangan parlimen Asean hari ini.

Terdapat ura-ura undi tidak percaya akan dikemukakan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad juga sebelum ini menyeru supaya anggota parlimen BN menyokongnya.

Bekas penasihat 1MDB: Tunggu 6 bulan, saya letak jawatan Kow Gah Chie

Posted: 07 Sep 2015 06:30 AM PDT


Bekas anggota lembaga penasihat 1MDB berkata beliau melepaskan jawatannya selepas cubaan mendapatkan taklimat berhubung hal ehwal syarikat itu tidak dilayan.

Dakwa Tan Sri Abdul Samad Alias, beliau mengambil tindakan itu setelah membuat cubaan itu dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata demikian dalam sebuah persidangan antarabangsa hari ini.

Abdul Samad dilantik sebagai panel penasihat 1MDB pada 25 Januari 2012.

Beliau cuba mendapatkan maklumat berkaitan berkaitan hal ehwal syarikat, terutamanya berkaitan untung rugi firma pelaburan negara itu.

"Saya tunggu enam bulan.

"Walaupun berulang kali minta, saya tidak dapat apa-apa," katanya yang juga penceramah dalam persidangan itu.

"Pada 29 Julai saya saya hantar surat letak jawatan," katanya lagi dalam sesi soal jawab, yang kemudian mengundang ketawa dan tepukan orang ramai.

PAS tidak perlu dalam Pakatan baru Edy Noor Reduan

Posted: 07 Sep 2015 05:45 AM PDT


PAS tidak perlu dalam Pakatan baru

Secara peribadi, saya amat menyokong desakan Gerakan Harapan Baru (GHB) atau kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mencadangkan supaya komposisi baru Pakatan Rakyat tidak disertai oleh parti PAS.

Sampai bilakah harapan rakyat terus dikhianati hanya kerana kerakusan segelintir ulama yang mensia-siakan peluang dan amanat?

Pilihan raya umum ke-13 mengajar kita erti pengkhianatan. Apakah kita ingin mengulangi kesilapan yang sama dalam pilihan raya akan datang?

PRU-13 dianggap sebagai peperangan paling sengit merebut demokrasi menyelamatkan negara walaupun di padang yang tidak rata, di antara kuasa dunia terhadap kuasa rakyat.

BN menikmati kelengkapan insfrastruktur peperangan termasuk kawalan ke atas media, dan satu pihak lagi hanya bermodalkan harapan rakyat untuk perubahan. Masihkah kalian lupa bagaimana peperangan ini dimenangkan kepada penyandangnya?

Paling yang kita tidak patut lupa, bagaimana presiden parti itu sanggup menuduh calon Pakatan Rakyat lain sebagai penjual pil kuda, penyembah Karl Marx dan pendokong ajaran komunisme?

Tuduhan dibuat kerana ingin menutup kesilapan mengeluarkan watikah yang menyebabkan pertembungan tiga penjuru di beberapa kerusi penting.

Secara langsung dan tidak langsung, tindakan gopoh presiden parti ini mengundang krisis kepercayaan terhadap Pakatan Rakyat.

Susuk yang membuat tuduhan tanpa bukti ini bukan ketua cawangan atau yang dipertua kawasan, tetapi presiden parti. Maka sudah pasti ia mempunyai kesan nasional yang menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat.

Bayangkan, sedang persiapan perang berada pada saat paling kritikal, tiba-tiba salah seorang jeneral mengarahkan pengeboman di kawasan sendiri yang akhirnya melibatkan kasualti agak parah. Siapa boleh beri jaminan bahawa perkara yang sama tidak akan berulang? Anwar Ibrahim?

Sudah terlalu banyak sebab sebuah parti ini tidak lagi layak untuk diberi peluang lagi untuk bersama. Watak yang dibawa oleh PAS sangat mengecewakan dan amat berlainan sekali hingga tergamak mengakui bahawa kemenangan BN diraih dalam sistem demokrasi yang adil.

Saya pernah mendesak suatu ketika dulu, jika PAS tidak mahu keluar Pakatan Rakyat, maka PKR dan DAP harus keluar Pakatan Rakyat meninggalkan PAS. Akhirnya, PAS boleh bertanding di semua kerusi yang diingin.

Tidak perlu saya cerita mengenai tuntutan hudud yang akhirnya membawa kepada kehancuran, sedangkan agama mencerca kita membiarkan kekufuran melanda, tetapi jalan kehancuran ini juga dipilih PAS dari selambak pilihan yang ada.

Tidak perlu saya cerita mengenai bah kuning, yang sehingga hari ini masih ada yang tidur dalam khemah.
Tidak perlu saya cerita mengenai hilangnya sifat zuhud selepas tidak sampai sepenggal memegang kuasa. Ada yang sudah memiliki kereta mewah Toyota Vellfire, Range Rover, Porsche Cayenne, dengan nombor plat superstar.

Bila ditanya mengapa pilih kemewahan demikian, mereka jual nama nabi, kononnya nabi dulu pilih kuda terbaik untuk berjuang. Masalahnya, mereka ini taraf nabi kah?

Ketika rakyat berkira-kira membeli lauk, duit tak cukup sampai hujung bulan, mereka pula dilihat bermewah-mewahan. Maka boleh saya bermewah dan meninggalkan sifat zuhud dalam perjuangan.

Saya tidak terkejut bilamana Anwar bersuara dari penjara mencadangkan Pakatan Rakyat yang baru disertai oleh PAS. Hasrat supaya PAS berada dalam Pakatan Rakyat baru ini bukan hanya dari Anwar semata-mata, tetapi juga dari dari luar penjara.

Hanya perjuangan membebaskan rakyat dari kesengsaraan dan penindasan adalah wadah terbaik untuk diangkat bersama. Sasaran paling tepat ialah perubahan sistem dan polisi tanahair.

Apakah hanya kerana PAS mengaku berjuang atas nama Islam, dan nama partinya pun Islam, maka kita harus biarkan diri kita dicandu dan terus mempercayai mereka? Wahai teman, pengalaman banyak mengajar kita, betapa dalam politik rakus mempertahankan kuasa ini apa saja boleh dijual.

Saya ingin imbas semula bagaimana Mat Sabu yang juga timbalan presiden PAS tewas dalam pilihan raya umum ke-13. Begitu juga dengan Dr Dzulkefly Ahmad dan beberapa lagi heavyweight PAS yang sengaja dibiarkan kalah.

Bayangkan, jika jemaah dalam PAS sanggup melakukan khianat sesama mereka ketika berperang dengan Umni, inikan pula sesama Pakatan Rakyat.

Saya percaya PAS akan sanggup mengalahkan semua calon AMANAH, PKR dan DAP andai PAS berada dalam Pakatan baru.
Saya percaya akhirnya presiden mereka akan menjadi ketua pembangkang, dan turut menjadi pembangkang di Kelantan dan Selangor.

Jika PAS ditakdirkan mampu membentuk kerajaan, tidak mustahil jika kuasa tersebut akan dibenarkan menyebelahi rejim penindas, kerana saya melihat PAS amat benci pada DAP.

Saya melihat, prestasi DAP terhadap rakyat jauh lebih baik termasuklah soal penyediaan rumah mangsa banjir di Kelantan.

Jadi, masihkah kalian mahu PAS berada dalam Pakatan yang baru?

EDY NOOR REDUAN aktivis politik dan penulis blog.

PRU14: PAS rancang tanding di kerusi DAP ??

Posted: 07 Sep 2015 05:00 AM PDT


Zar Ali's photo.

PAS berhasrat untuk meletakkan calonnya di kerusi yang ditandingi DAP pada pilihan raya umum akan datang dan kini parti itu sedang mengkaji secara mendalam mengenai rancangan itu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan meletakkan calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi mewakili parti untuk kerusi itu, lapor Sinar Harian hari ini.

"Apabila kita sudah tidak ada kerjasama dengan DAP sekarang ini, sudah pasti pilihan raya umum akan datang mempunyai perhitungan lain daripada yang lalu.

"PAS tidak akan teragak-agak untuk menempatkan calon ita, malah kini di peringkat kajian mendalam bersama Jawatankuasa Pilihan Raya PAS dan pimpinan pusat untuk meletakkan calon bukan Islam mewkili PAS," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu juga menyebut, Hadi mengakui PAS mempunyai ramai calon bukan Islam yang layak bertanding mewakili PAS selagi mereka mendukung dan menyokong konsep perjuangan parti.

Akhbar itu juga melaporkan Hadi berkata Islam berbeza dengan ideologi lain dan membenarkan orang bukan Islam menjadi menteri tetapi dari aspek eksekutif bukan pembuat dasar.

PAS diseru tumpu kerusi menang

Sementara itu dalam laporan yang lain, akhbar itu turut melaporkan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke menyeru PAS supaya menumpukan kepada kerusi dimenangi terlebih dahulu sebelum bercadang bertanding di kerusi DAP.

Katanya, PAS tidak perlu mengejar untuk menambah kerusi kerana kerusi yang dimenangi sebelum ini belum tentu kekal milik PAS, lapor akhbar itu lagi.

"Terpulang kalau PAS nak bertanding di mana-mana kerusi pun kerana ia sedikit pun tidak akan menggugat DAP.

"Tetapi sebelum ini, saya nasihatkan PAS supaya memberi fokus yang lebih terhadap kerusi dimenanginya dahulu, sebelum mahu tambah kerusi lain.

"Lihat sahaja di Negeri Sembilan, pada pilihan raya umum lalu, satu kerusi pun PAS tak menang. Macam nana pula mahu mahu tambah kerusi lagi," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Anne Ngasri Kecewa Tindakan Dr Mahathir Sokong Bersih 4.0 By canang

Posted: 07 Sep 2015 04:15 AM PDT


 
Putrajaya – Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghadiri himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini agak mengecewakan, kata Ketua Puteri Umno bahagian Bukit Bintang, Datin Anne Ngasri atau Nasriah Ngasri.
Menurut Anne, masyarakat Malaysia tidak pernah melupakan jasa Dr Mahathir dan menyifatkan tindakan pemimpin itu menghadiri Bersih 4.0 mungkin satu kesilapan.

"Manusia biasa melakukan kesilapan, mungkin kali ini Dr Mahathir lakukan kesilapan" katanya kepada sebuah portal online di Putrajaya, di sini, hari ini.

Terdahulu, tindakan Dr Mahathir yang menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu mengundang pelbagai reaksi berbeza.

Menurut Anne lagi, walaupun tindakan Dr Mahathir akan mengundang pelbagai persepsi dari kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini, beliau tetap menghormati bekas pemimpin negara itu.

"Mana-mana anak muda sekarang mengangkat Dr Mahathir sebagai idola mereka.

"Bagi saya, Dr Mahathir ada sebab tersendiri mengapa beliau melakukan perkara tersebut (turut serta di himpunan Bersih 4.0)," katanya lagi.

KEBUDAK2KAN DAN BACUL

Posted: 07 Sep 2015 03:30 AM PDT


 
Kebudak2kan dan Bacul dua perkara yang terbaik untuk dihurai agar kita ini lebih mengerti dan faham atau ada yang tidak faham atau pura2 tidak faham.

Warna merah ini memang lambangnya API dan api pula lambang syaitan sebab syaitan asalnya api dan beza dengan warna kuning dikatakan lambang raja dan kehormatan keluhuran ketelusan..

Api sinonim dengan Syaitan memang musuh Adam dan kerana Allah marah kesan Syaitan anggap dia lagi mulia banding Adam asal tanah, maka Allah buang dia ke neraka dan Syaitan pula berjanji akan sesatkan anak cucu cicit Adam.

Jadi yang berbaju merah ini lambang api tentu ada kaitan dengan Syaitan dan apa tidaknya kala usia sudah hampir senja/tua bangka masih semacam budak2 menginjak2 gambar dan alangkah malunya kalau anak2 cucu cicit melihat perbuatan mereka itu dan apakah perbuatan semacam ini harus dijadikan contoh oleh umat manusia sejagat terutama yang Islam agamanya?

Jadi, jelas mereka yang tua2 ini tidak berakal, sama ada si baju merah atau kuning melakukan sama maka jelas mereka ini berperangai dua kali lima dan lima kali dua.

Kemudian kesan kebudak2an ini tadi terkait pula dengan perkataan BACUL dan biasanya seorang pemimpin yang berani dan tegas serta TAHU MALU dan takut Allah tentu tidak akan menipu, bohong sama rakyat, jauh nak mengular lingkar dan sikap ini berlaku kepada seorang PM Najib yang mengelar dirinya sebagai pahawan.

Pahlawan apa namanya kalau PENAKUT hadapi hakikat dan takut nak berdebat hujah dan memang sesuatu yang memalukan kita sebagai rakyat Malaysia yang sejumlah 30 juta punya pemimpin yang paling bacul dan penakut dalam dunia.

Bayangkan saja dalam negara yang dikatakan Contoh negara Islam dan Islam Hadhari terjadi KORUPSI dan penipuan yang bermaharaja hingga negara sengsara kesan hutang mencecah 900 bilion dan lesap 42 bilion serta tiba2 masuk ke akaun sendiri sebanyak 2.6 bilion.

Apa ini Malaysia syarikat sendiri milik dato nenek dan anak bini sendiri?

Duhai Najib dikau itu diamanahkan bukan berlagak sang buaya asyik menGASAK dana negara hingga rakyat menderita dan dipaksa dikau curi wang di poket rakyat miskin papa melalui GST hingga rakyt susah menderita kesan kepimpinanmu yang bobrok.

Memang bahaya negara jadinya kesan perbuatan seorang PM Najib yang tidak amanah kesan ikut tunduk akan kata2 isteri seperti Emelda juga lagaknya mencuri dana negara bangsa hingga negara jiran susah.

Bila dikaitkan dengan Bacul memang PM Najib seorang yang bacul meski ia akui sebagai pahlawan. Pahlawan apa kalau persidangan Anti Rasuah antara bangsa tidak dia hadiri dan ketika dialog Nothing To Hide diadakan, dia juga tak datang alasan keselamatan. Kepala otak hang!

Memang Najib bacul dan penakut dan kalau memang dia benar tak bersalah, pasti dia datang berhadapan dengan rakyat dan perwakilan antarabangsa dan kesan di sana sini ada pembunuhan dan pemecatan, ugutan maka jelas PM Najib memang kepala KORUPTOR dan pengkhianat no satu negara bangsa Malaysia.

Sepatutnya koruptor dan pengkhianat negara serta yang arah pecat, ugut dan perintah Sirul membunuh selayaknya dipancung di depan rakyat agar sesiapa jadi pemimpin kena jujur dan telus bukan merampok khazanah negra bangsa.

NURLIYANA ABDULLAHN

BERSIH Letak Tanda Besar Untuk Menteri Umno Yang Sesat Jalan

Posted: 07 Sep 2015 02:45 AM PDT


Entah serius atau tidak, BERSIH hari ini meletakkan kain rentang besar di pagar pejabatnya bagi memudahkan seorang menteri kabinet mengecamnya.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh pengerusinya Maria Chin Abdullah, pagar pejabat mereka di Petaling Jaya ditandakan dengan tulisan "BERSIH 4".

Malah, diletakkan juga anak panah merah besar menunjukkan nombor pejabat mereka.

"(Datuk) Rahman Dahlan – kalau-kalau kamu tak jumpa pejabat BERSIH lagi. Maaf, tiada permaidani merah," katanya dengan nada menyindir.

Sabtu lepas, hasrat Rahman, menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, untuk menempelak BERSIH bertukar jenaka luar jangka.

Ia berlaku apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghantar notis tuntutan kos pembersihan RM65,000 ketika perhimpunan BERSIH 4 ke alamat salah.

Rahman pada mulanya menulis Tweet menyebut premis itu sebagai berkunci, terbiar dan "tak nampak bersih langsung" sambil memuat naik gambar itu ke Internet.

Kesilapan itu bagaimanapun cepat disedari aktivis BERSIH 2.0.

Salah seorang daripada mereka, Zoe Randhawa membalas tweet Abdul Rahman: "Salah rumahlah!"

Abdul Rahman sebelum ini menuntut penganjur BERSIH 4 membayar kos pembersihan sekitar tapak perhimpunan yang berlangsung selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu

Bil berkenaan, kata Abdul Rahman, tidak termasuk kerugian akibat kerosakan harta awam sepanjang perhimpunan berlangsung.

Bagaimanapun Pengerusi BERSIH 2.0 Maria berkata mereka tidak akan membayarnya dan akan membawa kes itu ke mahkamah.

Hanya Speaker boleh tolak usul, PM pun tak boleh, kata Pandikar OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 07 Sep 2015 02:00 AM PDT


Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hadir di Perhimpunan Agung Antara Parlimen Asean (AIPA) ke-36 di Kuala Lumpur hari ini.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hadir di Perhimpunan Agung Antara Parlimen Asean (AIPA) ke-36 di Kuala Lumpur hari ini.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegaskan tidak ada menteri, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dibenarkan menolak sebarang usul sebelum ia dikemukakan.

Hanya speaker yang berhak berbuat demikian, katanya, ketika pemimpin Barisan Nasional (BN) menafikan cakap-cakap mengenai usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

"Tidak ada menteri boleh menolak apa-apa (usul). Yang berkuasa mengenai hal usul adalah speaker.

"Tidak ada, termasuk perdana menteri. Jadi harus difahami," katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung Antara Parlimen Asean (AIPA) ke-36 di Kuala Lumpur hari ini.

Pandikar ditanya sama ada menteri boleh menolak cadangan usul sebelum ia dibentangkan, susulan berita usul tidak percaya mungkin dibentangkan terhadap Najib yang kini berdepan masalah berkaitan beberapa kes seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan derma RM2.6 bilion daripada Timur Tengah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya pada 2013.

Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tidak ada usul undi tidak percaya akan dibawa ke atas perdana menteri kerana beliau masih memiliki majoriti dalam Dewan Rakyat.

Katanya, usul sedemikian tidak boleh sewenang-wenangnya dibawa dalam sistem negara.

Namun Sinar Harian kemudiannya melaporkan, Azalina menafikan membuat kenyataan itu, mendakwa ia diputar belit.

"Saya tidak pernah keluarkan kenyataan undi tidak percaya terhadap perdana menteri tidak boleh dibawa ke sidang Dewan Rakyat di Parlimen... apa yang saya katakan sebenarnya usul sebegitu tidak pernah dibawa ke dalam sidang," katanya.

Sementara itu, PKR berkata, tambahan 25 ahli Parlimen daripada BN diperlukan bagi membantu blok pembangkang menyokong usul yang memaksa Najib berundur.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menggesa ahi Parlimen BN menyokong usul tidak percaya itu, sambil menambah walaupun sekiranya semua menyokong langkah itu, parti pemerintah akan tetap kekal berkuasa kerana ia memegang majoriti kerusi di Dewan Rakyat.

Terbaru, Najib sendiri seperti menolak idea itu apabila beliau mengatakan "kuasa rakyat" untuk memilih kerajaan baru hanya boleh digunakan sewaktu pilihan raya, bukan dalam bentuk lain di luar pilihan raya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula mengetepikan salah anggapan tentang kuasa rakyat untuk mengadakan pilihan raya dengan berkata, prerogatif untuk memanggil pilihan raya sentiasa terletak pada perdana menteri.

"Salah anggapan yang ditimbulkan ialah 'kuasa rakyat' akan menentukan. Kuasa rakyat boleh menentukan siapa yang dapat mandat untuk membentuk kerajaan melalui peti undi.

"Tetapi kuasa rakyat tidak menentukan bila kerajaan berundur. Perdana menteri menentukannya dan sebarang tindakan bertentangan dengannya dianggap sebagai 'rampasan kuasa'," katanya dalam blognya. – 7 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Najib jumpa Biro Politik Umno di PMO hari ini, menjelang mesyuarat MT OLEH MD IZWAN

Posted: 07 Sep 2015 01:15 AM PDT



Datuk Seri Najib Razak dijangka mempengerusikan perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno pagi ini di Putrajaya

Datuk Seri Najib Razak dijangka mempengerusikan perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno pagi ini di Putrajaya.

Datuk Seri Najib Razak bertindak mengadakan satu.perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno hari ini sebagai persediaan sebelum menghadapi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) penting pada 9 September.

Perjumpaan hari ini, dijadualkan diadakan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, diadakan ketika spekulasi pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertiup kencang dan kemelut dalaman Umno yang semakin meruncing.

Selain Muhyiddin, MT pada Rabu dipercayai akan turut memecat Datuk Seri Shafie Apdal dan 5 lagi ahli parti.

Dalam satu surat jemputan bertarikh 2 September ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilihat The Malaysian Insider, mesyuarat tersebut akan diadakan pada 9.30 pagi ini di pejabat kerajaan itu.

The Malaysian Insider sudah menghubungi Tengku Adnan bagi mendapatkan pengesahan, bagaimanapun masih belum menerima maklum balas.

Mesyuarat tersebut bakal dipengerusikan sendiri oleh Najib selaku presiden Umno.

Sumber dalaman memberitahu The Malaysian Insider, Muhyiddin selaku timbalan presiden dan Shafie sebagai naib presiden juga menerima jemputan tersebut.

Difahamkan, Muhyiddin dan Shafie mungkin akan menghadiri mesyuarat tersebut, bagaimanapun pegawai khas kedua-dua pemimpin Umno yang disingkir daripada Kabinet itu belum memberi maklum balas kepada The Malaysian Insider.

Surat jemputan bertarikh 2 September ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 7 September, 2015.

Sumber memberitahu, sebelum ini pada 1 September lalu, kedua-dua mereka tidak dijemput menghadiri mesyuarat pra MT yang juga diadakan di Pejabat Perdana Menteri.

Surat jemputan bertarikh 2 September ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno hari ini.

Surat jemputan bertarikh 2 September ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno hari ini.

Dalam mesyuarat pada 1 September lalu, sumber memberitahu hanya beberapa MT yang rapat dengan Najib dipanggil hadir ke mesyuarat awal tersebut.

"Mungkin Muhyiddin dan Shafie akan hadir ke mesyuarat Isnin ini. Tetapi, mesyuarat pra MT pada 1 September, Najib tidak pula jemput mereka.

"Hanya ahli MT yang rapat dengan Najib saja yang hadir," kata sumber dalaman itu.

Selain itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MT yang kebiasaannya dipengerusikan Muhyiddin dan lazimnya diadakan sebelum sesebuah mesyuarat MT berlangsung, juga tidak dipanggil kali ini.

"Ia sesuatu yang pelik kerana selalunya satu mesyuarat pengurusan dipanggil dulu sebelum mesyuarat MT.

"Tapi kali ini tidak ada mesyuarat pengurusan dan Najib tiba-tiba memanggil mesyuarat biro khas ini," kata sumber.

Sumber juga berkata, daripada maklumat yang sedang berlegar di kalangan ahli Umno, sesuatu yang penting akan berlaku dalam mesyuarat hari ini, terutama dalam keadaan akar umbi marah dengan kepimpinan Najib yang terpalit dengan kontroversi.

"Sesuatu yang besar dijangkakan berlaku. Lagi pun, ini mesyuarat pertama bakal dihadiri Muhyiddin dan Shafie bersama presiden sejak mereka dibuang daripada Kabinet.

"Sumber dalaman memberitahu, Najib juga cuba mencari jalan damai bagi menyelesaikan kemelut parti ketika ini," katanya.

Najib menggugurkan Muhyiddin dan Shafie daripada Kabinetnya 28 Julai lalu susulan kritikan lantang mereka dalam isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terbaru, isu sumbangan RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Sejak itu, kedua-dua pemimpin Umno itu berterusan menyerang dan mengkritik Najib dalam isu syarikat milik Kementerian Kewangan yang sarat hutang itu serta meminta penjelasan mengenai status wang derma tersebut.

Spekulasi juga bertiup kencang ketika ini apabila satu pesanan WhatsApp yang diviralkan mendakwa, Najib bakal memecat 7 pemimpin Umno daripada parti.

Selain Muhyiddin dan Shafie, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Hamidah Osman dan Datuk Jumat Idris dikatakan akan disingkirkan daripada Umno pada mesyuarat Rabu ini.


Sebelum ini, dua mesyuarat MT yang sepatutnya berlangsung pada Julai dan Ogos dibatalkan kerana dibimbangi bakal mencetuskan kekecohan sekiranya Najib bertindak memecat 2 pemimpin tertinggi dalam Umno itu. – 7 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Tukar parti tidak gugur kedudukan sebagai ahli Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 07 Sep 2015 12:30 AM PDT



Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli Parlimen boleh menukar parti tanpa mengugat kedudukannya.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli Parlimen boleh menukar parti tanpa mengugat kedudukannya.

Menukar parti tidak akan menyebabkan kedudukan seseorang ahli Parlimen digugurkan, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Speaker Dewan Rakyat itu berkata, hanya yang gila, bankrap, didakwa dan dipenjarakan akan digugurkan kedudukan sebagai ahli Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status ahli Parlimen PAS yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

"Orang disqualified jadi ahli Parlimen kalau dia jadi gila, bankrap, dia sudah kena dakwa, dijel, dan sedemikiannya.

"Jadi kalau yang bertukar parti itu kan demokrasi. Janganlah tanya soalan-soalan yang anda sendiri pun tahu," katanya kepada pemberita ketika di "36th General Assembly of the Asean Inter-Parliamentary Assembly" di Kuala Lumpur hari ini. – 7 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.