Ahad, 6 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Umno salah tafsir kuasa rakyat, pilihan raya, kata peguam dan pakar OLEH JENNIFER GOMEZ

Posted: 06 Sep 2015 11:00 PM PDT



Pemimpin Umno silap tafsir, kuasa rakyat pilih kerajaan bukan hanya sah semasa pilihan raya, kata pemerhati politik.

Pemimpin Umno silap tafsir, kuasa rakyat pilih kerajaan bukan hanya sah semasa pilihan raya, kata pemerhati politik.

Pemimpin Umno tersilap mentafsir dengan mengatakan kuasa yang dimiliki rakyat untuk memilih kerajaan hanya sah semasa pilihan raya, kata pemerhati politik, sambil menambah ini adalah satu tafsiran "jahat" terhadap demokrasi berparlimen.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan hak rakyat untuk menukar kerajaan hanya terpakai semasa pilihan raya, Dr Wong Chin Huat berkata, perdana menteri sudah "merampas kuasa Parlimen" dan seharusnya dirujuk kepada jawatankuasa khas Parlimen.

Wong yang juga felo di Penang Institute berkata, seorang perdana menteri dalam sistem demokrasi berparlimen mempunyai kurang jaminan dan perlindungan berbanding seorang presiden dalam sistem demokrasi berpresiden.

Oleh itu, Najib tidak mempunyai sebarang kekebalan undang-undang dan nasibnya bergantung kepada undi di Dewan Rakyat yang merupakan tempat kepada wakil rakyat dalam Parlimen Malaysia, kata Wong.

"Beliau tidak mempunyai kekebalan undang-undang dan Parlimen boleh memecatnya pada bila-bila masa atas alasan beliau sudah hilang keyakinan majoriti daripada ahli Parlimen.

"Parlimen bertindak berdasarkan kuasa rakyat yang diwakili.

"Satu-satunya pilihan yang beliau ada ialah melakukan pilihan raya semula bagi melihat pihak mana mendapat sokongan rakyat," kata Wong yang juga aktif bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Wong berkata, walaupun dalam sistem berpresiden, Kongres boleh bertindak mencabar presiden jika beliau melakukan jenayah atau salah laku besar. Dalam sistem tersebut, kuasa rakyat dilaksanakan melalui Kongres.

Di tengah-tengah perdebatan mengenai undi tidak percaya terhadap Najib di Dewan Rakyat oleh ahli Parlimen pembangkang dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), perdana menteri dalam ucapannya di Pasir Salak, Perak, kelmarin berkata masa yang sesuai untuk rakyat memilih kerajaan adalah pada pilihan raya dan bukan di antara pilihan raya.

Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan menyatakan rakyat berkuasa untuk berbuat demikian sekali dalam tempoh 5 tahun.

"Di antara pilihan raya, kita tak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara kita," kata perdana menteri yang didakwa terlibat dengan skandal rasuah membabitkan sumbangan derma sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Namun, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen menyanggah kenyataan Najib itu dengan berkata jika itu adalah benar, ia bermakna perdana menteri hanya bertanggungjawab sekali setiap 4 atau 5 tahun dan akan bebas untuk melakukan apa saja salah laku termasuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam tempoh itu.

Paulsen berkata di seluruh dunia, presiden dan perdana menteri meletak jawatan atau disingkirkan melalui cara Parlimen, termasuk melalui undi tidak percaya.

"Presiden Guatemala hanya meletak jawatan selepas terbabit dengan skandal rasuah - jadi mengapa PM kita boleh jadi individu khas yang hanya boleh digulingkan melalui pilihan raya.

"Beliau perlu meletak jawatan dengan segera jika beliau masih mempunyai maruah dan harga diri," kata Paulsen.

Sekurang-kurangnya, Najib perlu membenarkan usul undi tidak percaya untuk dibentangkan di Parlimen, kata peguam itu.

Ini akan menunjukkan sama ada beliau masih mempunyai majoriti di Parlimen, katanya.

Seorang lagi pemimpin Umno yang menyokong Najib dan mengehadkan "kuasa rakyat" dengan pilihan raya ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh dalam blognya pada Sabtu berkata menukar kerajaan di luar pilihan raya adalah satu "kesilapan".

Perdebatan mengenai kuasa rakyat dan cara lain untuk menggulingkan Najib muncul selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menggesa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong undi tidak percaya terhadap perdana menteri sambil berkata kedua-dua langkah itu adalah bertepatan dengan undang-undang dan ia merupakan satu keperluan.

Dr Mahathir berkata BN masih kekal berkuasa, kerana mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat mempunyai 134 ahli Parlimen daripada BN, 87 daripada pembangkang, dan satu bebas.

Terdapat tekanan kepada Najib untuk meletak jawatan, terutama selepas pendedahan mengenai dana berjumlah RM2.6 bilion dipindahkan ke dalam akaun peribadinya yang kemudiannya diisytiharkan sebagai "derma" pada Julai lalu.

Perdana menteri yang juga pengerusi lembaga penasihat firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dikritik kerana syarikat itu dibebani hutang sebanyak RM42 bilion.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tidak ada sebab untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat tergempar, kerana Najib masih memiliki kepercayaan serta keyakinan majoriti ahli Parlimen. – 7 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Umno salah tafsir kuasa rakyat, pilihan raya, kata peguam dan pakar

Pemimpin Umno silap tafsir, kuasa rakyat pilih kerajaan bukan hanya sah semasa pilihan raya, kata pemerhati politik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2015.Pemimpin Umno silap tafsir, kuasa rakyat pilih kerajaan bukan hanya sah semasa pilihan raya, kata pemerhati politik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2015.
Pemimpin Umno tersilap mentafsir dengan mengatakan kuasa yang dimiliki rakyat untuk memilih kerajaan hanya sah semasa pilihan raya, kata pemerhati politik, sambil menambah ini adalah satu tafsiran "jahat" terhadap demokrasi berparlimen. Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan hak rakyat untuk menukar kerajaan hanya terpakai semasa pilihan raya, Dr Wong Chin Huat berkata, perdana menteri sudah "merampas kuasa Parlimen" dan seharusnya dirujuk kepada jawatankuasa khas Parlimen.
Wong yang juga felo di Penang Institute berkata, seorang perdana menteri dalam sistem demokrasi berparlimen mempunyai kurang jaminan dan perlindungan berbanding seorang presiden dalam sistem demokrasi berpresiden.

Oleh itu, Najib tidak mempunyai sebarang kekebalan undang-undang dan nasibnya bergantung kepada undi di Dewan Rakyat yang merupakan tempat kepada wakil rakyat dalam Parlimen Malaysia, kata Wong. "Beliau tidak mempunyai kekebalan undang-undang dan Parlimen boleh memecatnya pada bila-bila masa atas alasan beliau sudah hilang keyakinan majoriti daripada ahli Parlimen.
"Parlimen bertindak berdasarkan kuasa rakyat yang diwakili.
"Satu-satunya pilihan yang beliau ada ialah melakukan pilihan raya semula bagi melihat pihak mana mendapat sokongan rakyat," kata Wong yang juga aktif bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
Wong berkata, walaupun dalam sistem berpresiden, Kongres boleh bertindak mencabar presiden jika beliau melakukan jenayah atau salah laku besar. Dalam sistem tersebut, kuasa rakyat dilaksanakan melalui Kongres.
Di tengah-tengah perdebatan mengenai undi tidak percaya terhadap Najib di Dewan Rakyat oleh ahli Parlimen pembangkang dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), perdana menteri dalam ucapannya di Pasir Salak, Perak, kelmarin berkata masa yang sesuai untuk rakyat memilih kerajaan adalah pada pilihan raya dan bukan di antara pilihan raya.
Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan menyatakan rakyat berkuasa untuk berbuat demikian sekali dalam tempoh 5 tahun.
"Di antara pilihan raya, kita tak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara kita," kata perdana menteri yang didakwa terlibat dengan skandal rasuah membabitkan sumbangan derma sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Namun, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen menyanggah kenyataan Najib itu dengan berkata jika itu adalah benar, ia bermakna perdana menteri hanya bertanggungjawab sekali setiap 4 atau 5 tahun dan akan bebas untuk melakukan apa saja salah laku termasuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam tempoh itu.
Paulsen berkata di seluruh dunia, presiden dan perdana menteri meletak jawatan atau disingkirkan melalui cara Parlimen, termasuk melalui undi tidak percaya.
"Presiden Guatemala hanya meletak jawatan selepas terbabit dengan skandal rasuah - jadi mengapa PM kita boleh jadi individu khas yang hanya boleh digulingkan melalui pilihan raya.
"Beliau perlu meletak jawatan dengan segera jika beliau masih mempunyai maruah dan harga diri," kata Paulsen.
Sekurang-kurangnya, Najib perlu membenarkan usul undi tidak percaya untuk dibentangkan di Parlimen, kata peguam itu.
Ini akan menunjukkan sama ada beliau masih mempunyai majoriti di Parlimen, katanya.
Seorang lagi pemimpin Umno yang menyokong Najib dan mengehadkan "kuasa rakyat" dengan pilihan raya ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Salleh dalam blognya pada Sabtu berkata menukar kerajaan di luar pilihan raya adalah satu "kesilapan".
Perdebatan mengenai kuasa rakyat dan cara lain untuk menggulingkan Najib muncul selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menggesa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong undi tidak percaya terhadap perdana menteri sambil berkata kedua-dua langkah itu adalah bertepatan dengan undang-undang dan ia merupakan satu keperluan.
Dr Mahathir berkata BN masih kekal berkuasa, kerana mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat.
Dewan Rakyat mempunyai 134 ahli Parlimen daripada BN, 87 daripada pembangkang, dan satu bebas.
Terdapat tekanan kepada Najib untuk meletak jawatan, terutama selepas pendedahan mengenai dana berjumlah RM2.6 bilion dipindahkan ke dalam akaun peribadinya yang kemudiannya diisytiharkan sebagai "derma" pada Julai lalu.
Perdana menteri yang juga pengerusi lembaga penasihat firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dikritik kerana syarikat itu dibebani hutang sebanyak RM42 bilion.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tidak ada sebab untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat tergempar, kerana Najib masih memiliki kepercayaan serta keyakinan majoriti ahli Parlimen. – 7 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-salah-tafsir-kuasa-rakyat-pilihan-raya-kata-peguam-dan-pakar#sthash.XJun7B7B.dpuf

'Kereta masih berasap ketika dijumpai' - Saksi

Posted: 06 Sep 2015 10:15 PM PDT

HUTAN MELINTANG: Seorang saksi yang menjumpai kereta terbakar di sebuah ladang kelapa sawit dekat sini berkata kenderaan tersebut masih lagi berasap ketika beliau menemuinya awal pagi Sabtu.

Penduduk kampung Nasrowi Maslah, 45, yang pada ketika itu dalam perjalanan untuk minum pagi bersama rakannya berkata beliau menjumpai kenderaan tersebut sekitar 7 pagi dan pantas mengambil dua keping gambar sebelum merujuknya kepada pihak berkuasa.

"Kereta itu masih berasap semasa saya jumpa dan saya ambil gambar takut tiada orang lain di sekitar kawasan tersebut, tapi memang ia hangus teruk semasa saya jumpa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Sungai Samak, di sini pada petang Ahad.

Sumber polis daripada IPD Hilir Perak berkata siasatan telah berjalan lebih 24 jam sejak kenderaan yang masih cuba dikenal pasti modelnya itu dijumpai awal pagi Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penemuan kereta berkenaan.

"Kenderaan tersebut dijumpai orang awam sekitar jam 10 pagi tadi, yang kemudian menghubungi pihak polis," jelas beliau.

Bagaimanapun pihaknya masih cuba mencari dan mengenal pasti jenis kereta dan nombor casis kenderaan untuk siasatan lanjut.

Beliau juga mengesahkan terdapat unsur jenayah dalam kes kereta rentung yang ditemukan di ladang sawit dekat sini.

"Nombor casis enjin telah dikikis malah membawa kereta itu di ladang sawit pun sudah ada unsur pelakuan jenayah," kata Mohd Shuhaily

Mengulas mengenai kemungkinan kenderaan berkenaan milik bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat, beliau berkata pihaknya perlu menjalankan siasatan lanjut.

"Akibat impak kebakaran, kenderaan tersebut rentung sepenuhnya, dan pihak forensik gagal mengenal pasti nombor casis, sehubungan itu pihak kami masih lagi cuba mencari kaedah lain untuk mengenal pasti kenderaan terbabit," jelasnya.

Siasatan awal juga tidak menemui kesan lain dalam kenderaan itu.

"Tiada mayat ditemui, hanya kereta sahaja," jelas Mohd Shuhaily.

Laporan polis berhubung kehilangan Morais dibuat ahli keluarganya pada petang Sabtu selepas dia gagal dihubungi.

Morais dari Jabatan Peguam Negara sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan di SPRM.

Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu, menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Kereta Timbalan Pendakwaraya Yang Hilang Ditemui Terbakar




Kereta yang dipercayai milik Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais ditemui dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di Hutan Melintang, Perak semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menemui kereta itu kira-kira pukul 10 pagi.

"Kereta itu terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan raya. Namun jenis kereta itu belum dapat disahkan modelnya disebabkan keadaannya yang terbakar seratus peratus.

"Model kereta itu nampak seperti Proton Perdana atau Honda Accord," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang, hari ini.

Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan pakar untuk mengesahkan model kereta berkenaan.

Namun tiada mangsa ditemui dalam kereta berkenaan, tambahnya.

Kevin dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

-Bernama

Akhirnya Menteri Ini Mengakui Najib Punca Masalah Negara? suarakami

Posted: 06 Sep 2015 09:30 PM PDT



Akhirnya Menteri Ini Mengakui Najib Punca Masalah? 
 
Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mengakui reputasi Putrajaya tercemar berikutan kritikan yang dilempar terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma AS$700 juta, pada persidangan anti rasuah antarabangsa yang baru berlalu.

Bagaimanapun, pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) itu tidak mengendahkannya dan berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada menyelesaikan isu panas seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan membenarkan siasatan ke atas derma itu selesai.

"Kerosakan sudah terjadi. Ya, kita perlu selesaikan isu 1MDB. 1MDB akan diselesaikan, apa saja cabaran yang mereka hadapi.

"Daripada situ, kita akan dapat terus bergerak ke depan dan mendapatkan semula kepercayaan rakyat," katanya pada satu sidang media di Wangsa Maju hari ini.

Beliau berkata, kerosakan itu tidak dapat dipulihkan, tetapi kerajaan perlu ingat yang serangan terhadap Najib datang daripada 'mesin yang berjalan lancar'.

Rahman berkata, perwakilan asing pada Persidangan Antarabangsa Anti Rasuah (IACC) ke-16 2015 itu tidak sepatutnya mengkritik Malaysia pada satu acara di mana negara ini menjadi tuan rumah.

Akhirnya Menteri Ini Mengakui Najib Punca Masalah?

"Tak sesuai mereka berkata demikian secara terbuka begitu. Anda tak boleh sesuka hati mengata negara tuan rumah begitu dan begini," katanya.

Persidangan 3 hari di Putrajaya yang berakhir semalam, menyaksikan perwakilan seperti pengerusi Transparency International Jose Ugaz menggesa Najib menjelaskan mengenai dana yang disalurkan ke akaun beliau.

Para aktivis anti rasuah dan pakar dari seluruh dunia juga menuntut Najib menerangkan sekiranya sebarang ikatan dikaitkan dengan sumbangan derma itu.

Rahman berkata, tidak ada gunanya menuntut jawapan pada ketika ini apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih untuk tidak menghebahkan kerja yang sedang mereka lakukan.

Beliau berkata, orang ramai hanya perlu menunggu badan anti rasuah itu melengkapkan siasatannya dalam perkara itu.

PAS Terengganu Desak Raja Bahrin Letak Jawatan MP

Posted: 06 Sep 2015 08:45 PM PDT



PAS Negeri Terengganu mendesak Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Kuala Terengganu kerana sudah menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan menjadi pengerusi untuk negeri Terengganu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Satipul Bahri Mamat berkata tindakan itu perlu dilakukan Anggota Parlimen terbabit berdasarkan baiah yang ditandatanganinya pada 18 April 2013 di Rusila, Marang.

"Beliau secara sukarela telah melafazkan sumpah baiah itu di depan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, saksi-saksi, kepimpinan PAS dan calon PAS untuk pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

"Antara yang terkandung dalam lafaz sumpah itu ialah beliau perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen sekiranya meninggalkan parti, melompat parti atau dipecat," kata dalam sidang media di Kuala Terengganu semalam.

"Selain itu, lafaz sumpah yang dibaca ialah sekiranya beliau melakukan perkara tersebut, maka pendapatannya dan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat itu adalah haram.

"Sebab PAS Terengganu mendesak agar beliau segera meletak jawatan kerana beliau sendiri yang bersetuju untuk melakukan baiah ini ketika mahu menjadi calon," katanya.

Bagaimanapun, lafaz baiah bagi calon pilihan raya di Terengganu tidak membabitkan taklik perceraian talak tiga bersama isteri mereka kerana ia hanya dilaksanakan di Kelantan, katanya.

Beliau berkata desakan itu juga adalah selari dengan gesaan Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mahu anggota PAS yang memenangi kerusi DUN serta Parlimen supaya meletakkan jawatan sekiranya mereka menyertai PAN.

Ditanya mengenai kemungkinan terdapat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Anggota Parlimen yang lain menyertai parti politik baru itu, Satipul berkata pihaknya tiada lagi menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

Katanya sekiranya Raja Bahrin enggan meletak jawatan, terserah kepada rakyat untuk menilai integriti dan tahap profesionalisme anggota Parlimen itu.

PAN telah dilancarkan secara rasmi di peringkat Terengganu pada Jumaat lepas di Dungun.

- Bernama

HOT!!! Isu Khabar Angin Akan "DIPECAT MB KEDAH", Ini Jawapan DS Mukhriz Mahathir, Jom Terjah!!!

Posted: 06 Sep 2015 08:15 PM PDT


Mukhriz Tun melihat poster kempen 'Discover Kedah 2016' pada majlis pelancaran kempen pelancongan itu di sebuah hotel

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bimbang dengan khabar angin bahawa beliau akan dipecat oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.

"Saya tidak boleh mengulas mengenai khabar angin.

"Saya perlu menunggu sehingga keputusan dibuat sebelum boleh memberi komen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Discover Kedah 2016 di sini, Jumaat.


Muhkriz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin di media sosial bahawa beliau adalah antara tujuh Ahli MT Umno yang akan dipecat daripada badan itu yang akan bermesyuarat pada 9 September ini.

Pemimpin lain dalam senarai itu ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden, Datuk Seri Safie Apdal, Datuk Seri Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ahamd Said, Datuk Hamidah Osman dan Datuk Jumat Idris.

Ditanya sama ada terdapat tekanan kepadanya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz berkata: "Tak ada tekanan kecuali daripada seorang Adun."

Pada April lalu, Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata Mukhriz perlu meletakkan jawatan jika beliau tidak boleh secara terbuka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


-Mstar

Hanya Kabinet bubar jika Najib tewas undi tidak percaya, kata peguam

Posted: 06 Sep 2015 07:45 PM PDT

Sidang Dewan: Mungkinkah PM Najib 'Bungkus' Kali Ini ?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu disingkirkan melalui usul undi tidak percaya sekiranya Bajet tidak diluluskan dan boleh memohon Dewan dibubarkan , mengadakan pilihan raya baharu atau menghantar notis peletakan jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insider.

Hanya Kabinet, dan bukannya kerajaan Barisan Nasional (BN) akan jatuh sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tewas usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat, kata peguam.

Anggota Kabinet perlu mengosongkan kerusi mereka bersama-sama perdana menteri sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong menerima peletakan jawatan atau enggan membubarkan Dewan.

Ia juga akan berlaku sekiranya wakil rakyat gagal meluluskan Bajet.

Peguam Philip Koh Tong Ngee berkata, perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri boleh disingkirkan melalui usul undi tidak percaya, atau sekiranya Bajet tidak diluluskan.

"Dalam senario seperti itu, perdana menteri, menteri besar, atau ketua menteri perlu melaporkan kepada ketua negara. Beliau boleh memohon Dewan dibubarkan atau mengadakan pilihan raya baharu, atau menghantar notis peletakan jawatan," katanya.

Koh menambah, sekiranya permohonan itu ditolak, beliau perlu menghantar surat peletakan jawatan kepada ketua negara untuk melantik calon lain.

Anggota Kabinet akan bersama-sama keluar dengan perdana menteri, tambahnya.

Koh juga merupakan peguam dalam kes Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam pertikaian dengan BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berhubung menteri besar Perak yang sah susulan gabungan pemerintah mengambil alih negeri itu pada 2009 daripada pembangkang.

Koh bercakap kepada The Malaysian Insider berhubung percanggahan pendapat kedudukan BN sekiranya Najib tewas dalam usul undi tidak percaya.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kritikal terhadap kepimpinan Najib pada Isnin menggesa ahli Parlimen BN turut serta dengan pembangkang bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib.

Dr Mahathir berkata, BN akan masih berkuasa kerana majoriti di Dewan Rakyat.

BN memiliki 134 kerusi Dewan Rakyat berbanding pembangkang yang memiliki 87 kerusi dan 1 kerusi Bebas daripada keseluruhan 222 kerusi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, bagaimanapun berkata, sekiranya Najib jatuh, kerajaan BN akan turut jatuh bersama-samanya.

Beliau berkata, cadangan Dr Mahathir itu hanya akan memenuhi impian pembangkang.

"Penelitian terhadap Perlembagaan akan menentukan pelantikan selari dengan garisan parti, meskipun ahli Parlimen bertanding atas tiket pakatan atau parti politik," katanya.

Beliau berkata, sebaik sahaja perdana menteri baharu dilantik, beliau akan membentuk Kabinet membantunya menjalankan pentadbiran sehingga tamat tempoh Dewan.

Koh berkata, terdapat kebarangkalian kerajaan perpaduan jika blok pembangkang membantu dalam usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri sedia ada.

Perdana menteri baharu akan dilantik daripada anggota Parlimen BN.

Bekas Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata, Dr Mahathir tepat mengatakan BN tidak akan hilang kuasa kerana tanpa undi Najib, parti itu memiliki majoriti dengan 133 ahli Parlimen.

"Hanya 133 atau majoriti mudah campur 1 diperlukan untuk menyingkirkan perdana menteri dan BN sendiri mempunyai angka itu," katanya.

BN masih akan membentuk kerajaan sehingga Dewan Rakyat dibubarkan pada 2018 jika angka mereka tidak berpecah.

sumber...TMI

MAJLIS PENERANGAN GERAKAN HARAPAN BARU - Durian Tunggal

Posted: 06 Sep 2015 07:15 PM PDT

Pak Karim's photo.

Assalamualaikum


Satu majlis penerangan tentang parti Islam yg ditubuhkan oleh GHB baru2 ini akan diadakan
Tarikh: 10 SEPT 2015, KHAMIS


Waktu: jam 9 mlm


Tempat: Rumah ENCIK SIDEK LAJAT


KG PADANG KERBAU


D.TUNGGAL (Berhampiran SK D.Tunggal, arah Machap.)


Tuan/Puan/Sdra/Sdri (Islam dan bukan Islam) dipersilakan hadir.


Tolong sebarkan kpd kawan2 yg berminat dan mereka yang ingin mendaftarkan diri sebagai ahli/sekutu
Terima kasih.

PDRM Dan Bukan Macai Politik

Posted: 06 Sep 2015 06:37 PM PDT

"Saya ingin jawapan kenapa saya 'ditendang'" - Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman


SHAH ALAM - "Saya ingin jawapan dari (Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri atas alasan apakah saya ditendang keluar dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh kerana beliau yang memaklumkan secara lisan kepada saya tentang pertukaran tersebut maka sudah tentu beliau tahu sebab musababnya," kata bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Dalam kenyataan itu lagi, Abdul Hamid berkata, dirinya seperti teraniaya dan dihina dek kerana pertukaran aneh tersebut.

"Saya merasakan diri saya dihina sebegini dan tak layak untuk memakai lencana keramat PDRM itu lagi. Adakah pertukaran ini dibuat kerana saya berada bersama (bekas Peguam Negara) Tan Sri (Abdul) Gani Patail di rumah beliau pada malam sebelum beliau dipecat?.

"Atau adakah semata-mata atas sebab saya sering mengkritik tentang hala tuju dan tempoh lembap proses siasatan ke atas kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad)?.

Saya dimaklumkan bahawa di dalam salah satu mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain.

"Adakah sewaktu mesyuarat ini hukuman ke atas saya diputuskan? Jika benar, amatlah hina diri ini saya rasakan. Ramai yang menuduh saya sebagai 'sore loser' sambil mendakwa pertukaran itu sebagai sesuatu yang normal di mana sebelum ini ramai pegawai kanan polis telah dipinjamkan ke jabatan atau kementerian lain untuk menjalankan fungsi-fungsi khusus. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luar biasa sekali kerana arahan tersebut datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri.

"Saya mengaku bahawa memang saya berada di rumah Tan Sri (Abdul) Gani Patail hampir sejam setengah, dua malam sebelum beliau dipecat di mana banyak perkara telah dibincangkan. Saya mengaku bahawa di masa lalu Gani Patail sering meminta pandangan Cawangan Khas dalam banyak isu tertentu, khususnya yang mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara. Jika fakta inilah yang dijadikan alasan oleh Datuk Seri (Dr) Ahmad Zahid Hamidi untuk menghukum saya maka kejamlah beliau," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sebelum ini beliau pernah tampil untuk menegur pentadbiran Putrajaya walaupun masih menjadi penjawat awam dan dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab berikutan melakukan sidang media tanpa kebenaran.

Beliau kini dikendaki melapor diri ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS).

Dalam satu laporan lain sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pertukaran Abdul Hamid adalah sebagai pengiktirafan atas kemampuan dan pengalamannya dalam menangani isu keselamatan.

Khalid berkata, pertukarannya keluar daripada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukanlah sesuatu yang 'luar biasa'.

"Sebelum ini, Tan Sri Bakri Omar, Tan Sri Zaman Khan, Datuk Seri Zulkifli Md Noor dan saya sendiri pernah ditempatkan di beberapa agensi kerajaan untuk tujuan memenuhi tuntutan dan keperluan semasa," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, beliau berkhidmat dalam PDRM adalah kerana tanggungjawab bukan untuk kepentingan peribadi.

"Tidakkah beliau sedar bahawa saya ini seorang 'career officer' dalam PDRM dan bukannya macai politik?

"Bukankah sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau sepatutnya membela saya?" katanya lagi.

Katanya, tindakan saya melawan arus ini beliau ambil dengan penuh keinsafan dan kesedaran bahawa masa depan saya dalam PDRM akan terjejas dan nyawa saya juga mungkin terancam. "Saya pasrah dengan harapan agar nasib yang menimpa diri saya ini tidak berlaku ke atas penjawat awam yang lain.

"Saya berdiri atas prinsip bahawa kebenaran itu diredai ALLAH SWT," katanya.

- SinarHarian

Jangan jadikan masalah negara isu perkauman, kata Rafidah Aziz

Posted: 06 Sep 2015 09:00 AM PDT


Jangan jadikan masalah negara isu perkauman, kata Rafidah Aziz Tan Sri Rafidah Aziz hari ini membidas pemimpin didakwanya "memainkan isu perkauman" dalam usaha mengelak daripada menangani isu dibangkitkan rakyat Malaysia yang prihatin.

Dalam posting Facebook terbaru beliau, bekas ketua Wanita Umno itu berkata, keadaan "kucar-kacir" yang dihadapi negara ketika ini tidak ada kena mengena dengan bangsa, tetapi berkenaan tadbir urus, ketelusan dan integriti.

"Sekarang waktu yang sangat tidak menyenangkan," tulis bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu.

"Ada orang cuba mengelak isu SEBENAR dan memilih cara mudah melepaskan diri... Mainkan isu perkauman... Tuding jari dan salahkan orang lain... Mainkan angka bagi menggambarkan 'kekuatan' sokongan yang mereka perolehi.

"Dalam proses ini, isu yang menjadi kerisauan rakyat, dan mahu dilihat satu penyelesaian segera, dipinggirkan begitu saja... DAN DIELAKKAN," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia bimbang tentang isu berkaitan urusan pentadbiran negara, tadbir urus ekonomi dan kebolehpercayaan terhadap mereka yang berkuasa.

"Saya ingin ingatkan yang ISU yang sedang kita depani TIADA kaitan dengan kaum kumpulan tertentu atau apa saja," katanya sambil menulis dalam huruf besar beberapa perkataan yang hendak ditekankan.

Rafidah juga mengkritik satu cadangan perhimpunan baju merah pada 16 September, mengatakan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat dan membawa mesej yang bercampur-campur.

Poster program "Himpunan Maruah Melayu" itu sedang diedarkan di laman sosial menggesa Melayu bersatu dalam solidariti membantah beberapa kumpulan dan isu seperti Bersih 2.0 dan DAP.

"APA saja yang mereka hendak buktikan? Adakah mereka hendak katakan semuanya OK di sebalik kucar kacir ini... mereka SOKONG tindakan yang membawa kepada Rasa Malu Negara?

"Mereka setuju dengan apa yang pemimpin lakukan?" soal Rafidah.

Beliau berkata, 16 September yang merupakan Hari Malaysia seharusnya melihat rakyat Malaysia bersatu dalam kepelbagaian, tetapi perhimpunan yang dirancang itu "sama sekali bertentangan" dengan seruan itu.

Beliau memberi amaran, ia boleh mewujudkan lebih banyak pecah belah dan mencadangkan orang Melayu menganjurkan sesi doa dan solat hajat untuk menyelamatkan negara.-TMI

Isteri penentu kejayaan wakil rakyat BN - Najib

Posted: 06 Sep 2015 08:30 AM PDT


NAJIB: Berilah timbal balas yang sepatutnya kepada isteri kita, jaga hati isteri kita, apa-apapun permohonan isteri, kita beri pertimbangan yang sepatutnya. - Gambar Fail


IPOH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isteri wakil rakyat mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kejayaan seseorang pemimpin.

Perdana Menteri berkata mereka berperanan sebagai pengukuh semangat ketika senang dan susah selain bertindak sebagai pemberi semangat, sokongan dan dorongan.

"Dengan semangat kekitaan kita, kebersamaan kita, tidak ada sebab kita tidak boleh menghadapi segala cabaran yang ada di hadapan, dan inilah yang saya 'stress'kan sebagai semangat kerja berpasukan antara wakil rakyat dan isteri.

"Ini amat penting bagi kita sebab kalau isteri kita mainkan peranan seperti ini, maknanya kepala kita tak berserabut dan tenang.

"Kalau isteri kita buat perangai, kepala kita berserabut dan kita tak boleh jadi pemimpin atau wakil rakyat yang baik," katanya.

Perdana Menteri berucap pada majlis makan malam 'Sehati Kita Sejiwa' dan penutupan Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia di sini malam ini.

"Sebagai isteri wakil rakyat, dia mesti jaga kita, jaga keluarga kita, jadi teman kita dan jadi segala-galanya supaya kita dapat menjadi wakil rakyat BN yang disenangi oleh rakyat," katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, wakil rakyat dan pemimpin perlu menghargai pengorbanan isteri masing-masing.

"Oleh itu berilah timbal balas yang sepatutnya kepada isteri kita, jaga hati isteri kita, apa-apapun permohonan isteri, kita beri pertimbangan yang sepatutnya," katanya.

- astroawani

"Turun demo BERSIH 4.0 tapi tak sokong BERSIH" - MAMAK MUDAH LUPA" ??

Posted: 06 Sep 2015 08:00 AM PDT

Dima Ahmy's photo.Mahathir sebenarnya malu hendak mengaku yang sebenarnya dia menyokong BERSIH secara total. 

Banyak dah ketidakpuasan dia tentang pentadbiran negara yang pincang lagi bobrok bukan sekadar kelemahan serta kebodohan najib sebagai PM. Dah ludah takkan Mahathir nak jilat kembali depan ratusan ribu peserta BERSIH 4.0 dan jutaan yang melayari media sosial.

Mahathir ni jenis yang sinis dan berkias. Kalau setakat nak perlekehkan najib pentas untuk Mahathir tersedia di mana saja bahkan di luar negara.


Menghumban najib bukan resipi utama BERSIH 4.0 dan najib bukan ibu segala barah yang membiak dalam negara. 


Ibu segala barah ialah sistem dan otak gila BN yang mesti dikimoterapi dengan satu sistem yang adil, telus dan murni. 

Sistem busuk ini semua disemai oleh Mahathir sekian lama sewaktu beliau menjadi perdana menteri dan presiden umno. Sekarang Mahathir mula melihat keburukan yang lahir hasiil dari ciptaan beliau sendiri yang dipancarkan oleh pemimpin2 pembangkang yang sungguh outstanding. 

Masakan Mahathir sanggup mengaku hendak menjilat kahak dan menghirup nanah beliau sendiri...

KERETA TERBAKAR: Kerjasama Pihak Polis Perak Sangat Diperlukan !

Posted: 06 Sep 2015 07:15 AM PDT

Kereta terbakar: Nombor enjin sudah dipadam?
 
Kereta terbakar: Nombor enjin sudah dipadamSHAH ALAM - Penemuan sebuah kereta Proton Perdana yang ditemui rentung terbakar pagi tadi dikawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, Hilir Perak menyukarkan siasatan polis kerana nombor casis dan nombor enjinnya telah dipadamkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, setakat ini belum ada sebarang perkembangan positif berhubung penemuan kereta berkenaan.

"Kereta yang dijumpai di Hutan Melintang itu tidak ada nombor casis dan nombor enjin untuk dikenal pasti.

"Dua nombor berkenaan telah dikikis," katanya.

Ditanya mengenai kerjasama dengan polis Perak, Zainuddin berkata, polis Kuala Lumpur juga telah memaklum kepada semua negeri berhubung kejadian itu.

Polis hari ini menerima laporan mengenai kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, 50-an sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, laporan dibuat oleh abangnya Datuk Richard Morais pada jam 7 malam tadi di Balai Polis Jinjang.

Berita kehilangan Kelvin juga menjadi viral di media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya.-Sinarharian

Kereta ditemui rentung, spekulasi mulai timbul

Posted: 06 Sep 2015 06:30 AM PDT


Kereta ditemui rentung, spekulasi mulai timbulHUTAN MELINTANG - [DIKEMASKINI] Polis menemui sebuah kereta dipercayai digunakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais yang hilang sejak Jumaat lalu, di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, ‎di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, jenis kereta yang ditemui itu belum dapat disahkan modelnya disebabkan keadaannya yang terbakar seratus peratus.

Katanya, kereta berkenaan ditemui di dalam ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan besar dan terletak jauh dari rumah penduduk.

Menurutnya, tiada mangsa yang ditemui di dalam kereta berkenaan dan polis sedang menunggu pakar untuk mengesahkan model kereta berkenaan.

"Model kereta itu nampak seperti Proton Perdana dan sesekali nampak seperti Honda Accord. Disebabkan itu kita memerlukan pakar untuk mengesahkannya," katanya yang ditemui di Jeti Ladang Sungai Bernam di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis: Timbalan Pendakwa Raya dilapor hilang]

Difahamkan, kali terakhir Kevin dilihat pada pagi Jumaat lalu ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta sebelum hilang sehingga kini.

Berita kehilangan Kelvin juga menjadi 'viral'di media sosial selepas beberapa ahli keluarganya merayu orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesannya.

Kelvin sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ditukarkan ke Jabatan Peguam Negara 15 Julai lalu.-Sinarharian

80 lagi ahli Pas Johor keluar parti

Posted: 06 Sep 2015 05:45 AM PDT


80 lagi ahli Pas Johor keluar partiSEGAMAT - Susulan peletakan jawatan kepimpinan tertinggi Pas di negeri ini untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia, kira-kira seramai 80 ahli Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis pula yang bertindak keluar daripada parti tersebut.

Bekas Timbalan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Labis, Md Zin Johar berkata, kesemua mereka juga telah bersetuju untuk terus berkhidmat kepada rakyat menerusi parti baharu ini selain memperkuatkan semula Pakatan Rakyat (PR).

"Setelah mengambil perkiraan yang panjang dan meneliti kesan positif dan negatif untuk bergerak melakukan kerja di masa hadapan, kami yang ada pada hari ini (kelmarin) mengumumkan untuk keluar daripada Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia ini.

"Usaha ini diambil bagi membolehkan sahabat-sahabat yang masih berada di dalam Pas memilih kepimpinan baharu yang dirasakan sesuai untuk terus memimpin Pas kawasan berdasarkan halatuju dan kompas politik yang ditetapkan oleh Presiden Pas," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media khas bagi mengumumkan peletakan jawatan oleh kepimpinan Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis di Hotel Golden Lake, di sini, petang semalam.


Turut hadir semasa sidang media khas tersebut ialah Pengerusi Parti Pekerja Malaysia Negeri Johor, Aminolhuda Hassan.

Menurutnya, beliau juga turut berharap agar ukhuwah di antara mereka dengan ahli-ahli Pas yang lain juga akan berkekalan sampai bila-bila dan sama sekali tidak akan pernah bersetuju terhadap sebarang usaha untuk mengeruhkan hubungan kekeluargaan di antara mereka.

"Harapan ini wajib dijelaskan kerana perbezaan antara kami dan rakan-rakan dalam Pas hanyalah platform perjuangan. Apa yang lebih penting kami akan istiqamah membawa agenda perjuangan Islam yang lebih inklusif.

"Kita mahu lebih fokus kepada isu rakyat, maknanya pendekatan kita lebih mendekati masalah rakyat dan bukan permasalahan dalaman serta akan terus komited membina negara yang kuat dan bebas rasuah serta penyalahgunaan kuasa," katanya.

Pada masa sama, mereka juga turut berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh ahli-ahli Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis selama ini dan menjangkakan lebih ramai yang akan menyertai mereka selepas ini.

Menurutnya, mereka juga yakin bahawa parti baharu ini turut mengambil kira unsur-unsur inklusif yang mengambil berat demokrasi dan progresif di dalamnya kerana dan akan bergerak seiring serta tampil dengan penjelasan terkini isu-isu semasa.

"Setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan dan aya menyeru semua pihak agar memberi ruang dan peluang kepada parti baharu ini untuk memberikan khidmat baktinya kepada seluruh rakyat Malaysia agar matlamat kita untuk menumbangkan BN akan tercapai pada PRU14 nanti," katanya. - SH

Baiah taklik talak 3 amalan sudah ditolakf Oleh Siti Mariah Mahmud

Posted: 06 Sep 2015 05:00 AM PDT


Baiah taklik talak 3 amalan sudah ditolakfAngkatan Wanita Amanah Negara (Awan) sangat memandang serius terhadap isu dan amalan baiah taklik talak 3 yang kini semakin menjadi polemik serta bualan di kalangan rakyat tanpa mengira batasan umur, kaum, agama, latar belakang pendidikan dan sosial.

Ia sama seperti polemik sodomi suatu ketika dahulu, yang akhirnya membawa kesan yang tidak manis kepada sosial rakyat apatah lagi cakap-cakap berkaitan liwat menjadi mainan malah senda gurauan termasuklah di kalangan anak-anak muda di peringkat sekolah rendah dan juga menengah.

Awan mengingatkan kepada semua pihak khususnya pemimpin politik agar melihat impak berlapis dan impak berganda yang akan berlaku akibat daripada tindak tanduk masing-masing. Sangat mudah isu yang berlegar di kalangan partisan politik untuk lekat menguasai bi'ah (persekitaran) kehidupan rakyat apatah lagi bila pihak media turut memainkan peranan aktif dalam merancakkan perbualan mengenainya tanpa had, penuh prejudis dan lebih malang tanpa disiplin ilmu yang benar.

Taklik talak bukanlah satu tajuk daripada premis ilmu yang santai, tetapi penuh disiplin yang perlu diguna pakai.

Ia bukan satu kebanggaan sama ada oleh pihak yang mengadakannya ataupun pihak yang dikenakan. 

Apatah lagi jika isu ini mengheret umum kepada perdebatan tanpa adab, penuh dendam dan bermudah-mudah. Ia sangat mengecewakan. Bahkan langsung tidak bantu menzahirkan keindahan serta kehebatan ilmu dan praktis Islam.

Awan menegaskan isu ini yang sebenarnya meletus pada 2009 ditolak amalannya ramai pihak termasuklah allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz sendiri. Malahan dinafikan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS dan dibincangkan secara serius di dalam Jawatankuasa PAS Pusat yang turut mendengar pandangan dan sikap daripada wakil sayap Muslimatnya pada waktu itu.

Jelas amalan ini ditolak dan diminta untuk dihentikan atas hujah ketidakwajaran mengheret institusi perkahwinan ke dalam percaturan politik parti dan kesetiaan seorang suami kepada perjuangannya. Jelas juga akan pendirian wanita yakni seorang isteri tidak sewajarnya menjadi mangsa taruhan dan terdedah kepada apa jua bentuk penganiayaan atas apa jua alasan serta perhitungan politik mana-mana pihak.

Kesannya jelas, semua negeri tidak lagi meneruskan amalan taklik talak itu kecuali Kelantan. Lantas persoalannya, adakah Kelantan tidak prihatin akan hal ini dan kepimpinannya mengambil mudah akan sikap dan pendirian yang dizahirkan MSU PAS, PAS Pusat bahkan allahyarham Nik Aziz sendiri? Sewajarnya itu disiasat. Bahkan banyak lagi persoalan dari situ yang boleh kita majukan, tetapi cukuplah sekadar itu buat masa ini.

Awan juga ingin menasihati pihak yang kelihatannya sangat ghairah dalam mengesahkan runtuhnya sebuah baitul muslim dengan jatuhnya talak melalui taklik talak itu dengan mengingatkan semua berdasarkan Enakmen Keluarga Islam yang terpakai Mahkamah Syariah di seluruh negara, termasuk darihal mentalakkan isteri dengan 3 talak sekali gus, hukumnya hanya jatuh 1 talak saja. Ia juga adalah selari dengan satu hadis Nabi Muhammad yang diriwayatkan Ibnu Abbas, mafhumnya: "Talak tiga sekali gus adalah berlaku satu talak".

Sehubungan itu, nasihat kami tanganilah isu ini dengan hikmah dan fathonah sesuai dengan fitrah agama ini yang senantiasa menunjukkan jalan keluar kepada setiap masalah rumit yang ada. Sekali gus untuk ini, Awan ingin menegur ketua hakim Mahkamah Syariah Kelantan yang membuat "pre judgement" terhadap isu ini sebelum kes terbabit dirujuk ke hadapannya. Ia adalah suatu yang amat malang, apatah lagi pada ketika kerajaan Kelantan sendiri sedang usaha mempromosikan pelaksanaan hudud dan seterusnya keadilan undang-undang Islam.

Di satu sudut, Awan turut memandang isu ini juga sebagai rahmat daripada Allah buat umat dan khususnya kepada para penggerak amanah negara. Ini justeru kerana ia secara tidak langsung membantu kami menjelaskan akan kewajaran mewujudkan wadah baru politik Islam yang lebih telus, komited dan konsisten untuk menzahirkan Islam itu agama yang membawa rahmat dan sebaliknya bukannya agama yang memberi mudarat kepada setiap entiti yang membentuk kekuatannya.

Awan mendesak Majlis Fatwa negara ini segera bersidang dan memberikan penegasan terhadap hal yang berkaitan hukum hakam Islam agar henti dipolemikkan. Islam sewajarnya dilihat upaya menyelesaikan masalah ummah bukannya menjadi pencetus masalah di kalangan umat.-TMI

Zahid: Ada 'hikmah' insiden pijak gambar PM, Hadi

Posted: 06 Sep 2015 04:15 AM PDT


Zahid: Ada 'hikmah' insiden pijak gambar PM, HadiTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi percaya ada "hikmah" berlakunya insiden gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipijak oleh peserta BERSIH.

"Mereka salah perhitungan, (iaitu individu) yang pijak gambar Najib dan Hadi. Ada hikmah, ada 'blessing in disguise' (rahmat yang tersembunyi).

"Hikmahnya orang PAS pun marah dengan tunjuk perasaan BERSIH 4.

"Insya-Allah, bukan atas nama politik, tapi atas nama pemimpin mereka dihina dan pemimpin kita dihina. Umno dan PAS akan ambil tindakan yang sama terhadap mereka yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat perwakilan Umno Masjid Tanah.

Naib presiden Umno itu berkata jika mana-mana pihak tidak bersetuju pendapat dengan mana-mana pemimpin, mereka tdak sepatutnya memijak gambar pemimpin itu.

Sementara itu, menteri dalam negeri mengesahkan setkat jam 8 pagi ini, sebanyak 267 laporan polis dibuat terhadap empat indvidu yang didakwa melakukan insiden tersebut.

"Jadi kamu tak payah suruh kami ambil tindakan, tindakan sedang diambil," kata Zahid yang juga MP Bagan Datoh. [Baca berita asal]
Sementara itu, Bernama melaporkan Zahid menegaskan tiada lagi amaran kepada pihak yang menganjurkan perhimpunan haram di negara ini sehingga mengganggu perpaduan dan ketenteraman rakyat yang telah terjalin sejak sekian lama.

1

Ahmad Zahid berkata pihak polis akan segera mengambil tindakan tegas bukan saja kepada penganjur tetapi juga peserta yang jelas melanggar undang-undang negara.

"Selepas ini, jangan marah polis, jangan marah Kementerian Dalam Negeri dan jangan marah kerajaan, sebaliknya marah diri sendiri. 

Walaupun Akta Perhimpunan Aman mengizinkannya, tetapi jika lokasi yang digunakan itu tidak digazetkan (untuk perhimpunan) tindakan tegas menanti mereka.

"Ini negara demokrasi buat cara demokrasi. Suka saya sebut, penganjur perhimpunan haram berkenaan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya.-Mkini

Pembangkang Guna Taktik Jejaskan Reputasi Untuk Jatuhkan PM - Ahmad Maslan

Posted: 06 Sep 2015 03:30 AM PDT


Pembangkang Guna Taktik Jejaskan Reputasi Untuk Jatuhkan PM - Ahmad MaslanKENINGAU: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata pihak pembangkang ketika ini sedang menggunakan taktik menjejaskan reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjatuhkan kepimpinan beliau.

Ahmad berkata hal ini dapat dilihat menerusi pelbagai fitnah dan tuduhan tidak berasas dilemparkan ke atas Najib yang juga Presiden Umno sebagai usaha merosakkan reputasi serta imej beliau bagi menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap kepimpinannya.

Taktik itu merupakan antara perangkap pihak pembangkang bagi memastikan Najib tidak lagi menjadi tunjang utama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, katanya kepada pemberita selepas majlis dialog isu-isu semasa bersama Umno Bahagian Keningau dan Pensiangan di sini, Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata pihak pembangkang turut dilihat membuat cubaan 'membunuh' 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan memanipulasi fakta mengenai syarikat itu sehingga menimbulkan keraguan dan mengelirukan rakyat.

Selain itu, katanya, terdapat juga usaha untuk menggoncang kekuatan dalaman Umno dan Barisan Nasional memandangkan kekuatan tersebut dilihat sebagai punca kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Sehubungan itu, Ahmad mengingatkan semua pemimpin serta anggota Umno di seluruh negara supaya tidak terperangkap dengan taktik kotor pembangkang itu kerana ia akan melemahkan parti.

"Jangan masuk perangkap (sehingga) memecahkan kekuatan Umno. Jika kekuatan Umno pecah maka kita akan lemah untuk (menghadapi) Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," katanya.

Mengulas penganjuran Bersih 4 yang mendapat sokongan di luar negara, Ahmad berkata Umno juga boleh berbuat demikian dengan menyatakan sokongan kepada kerajaan memandangkan Kelab Umno turut berada di 70 lokasi seluruh dunia.

"Jika kita minta Kelab Umno di seluruh dunia itu bangkit menyokong (kerajaan) ia juga kelihatan ada sokongan dari seluruh dunia, bukan begitu? kita cuma tunggu masa bila nak mengaktifkan bila perlu," katanya.

Terdahulu, dalam majlis dialog, Ahmad memberi penerangan berkenaan isu-isu semasa yang menjadi kontroversi ketika ini termasuk mengenai dana RM2.6 bilion, 1MDB serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang menurut beliau digunakan pihak pembangkang sebagai perangkap menjatuhkan kerajaan.-- Bernama

Dr Mahathir dan 2 jalan selamatkan Umno

Posted: 06 Sep 2015 02:45 AM PDT


Dr Mahathir dan 2 jalan selamatkan UmnoMana pilihan yang lebih realistik untuk Umno dan penyokongnya – Umno yang akan menerajui pemerintah sampai hari kiamat, ataupun Umno yang boleh kembali untuk menang semula selepas kalah?

Minggu lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "melawati" perhimpunan Bersih 4 sebanyak 2 kali.

Ini cukup menarik kerana beliau mengecam sekuat-kuatnya perhimpunan aman sebagai cara rakyat menyatakan ketidakpuasan hati.

Apa yang menarik lagi, beliau menegaskan yang dirinya tidak menyokong Bersih.

Apakah perbezaan antara tuntutan Bersih dan tuntutan Dr Mahathir?

Bersih inginkan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, reformasi institusi tetapi terbuka pada soalan mana parti yang memerintah.

Dr Mahathir inginkan pengunduran Najib supaya Umno boleh terus memerintah. Ini bermaksud apa yang Dr Mahathir tidak sokong ialah reformasi institusi, sejumlah 10 item dalam agenda Bersih.

Dr Mahathir tidak sokong reformasi pilihan raya, reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemisahan perdana menteri dan menteri kewangan, reformasi Parlimen, reformasi Jabatan Peguam Negara, reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penggubalan undang-undang Kebebasan Maklumat (FOI) yang memudahkan rakyat memantau pentadbiran dan kewangan pemerintah, pengisytiharan aset oleh menteri dan pegawai kanan awam, pemansuhan atau pindaan kepada undang-undang zalim yang menekan hak membantah, dan akhirnya, penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

Ini sebenarnya tidak menghairankan kerana hampir semua masalah yang ingin ditangani dengan reformasi institusi ini muncul dalam era zaman Dr Mahathir, malah salah satunya – praktis perdana menteri merangkap menteri kewangan – itu bermula dengan beliau pada 1998.


Apakah implikasinya apabila Dr Mahathir inginkan Umno dan BN terus berkuasa tanpa semua reformasi institusi ini? Mahathir mengecam Najib kerana beliau terlibat dengan rasuah?

Tetapi bagaimana pengganti Najib – bukan sahaja jika dari Umno, tetapi jika dari luar Umno sekalipun – tidak akan terlibat dengan rasuah?

Apabila pilihanraya boleh dimanipulasi untuk melindungi pemerintah daripada kemarahan rakyat, apabila kuasa eksekutif tidak dapat disemak dan diimbang oleh Parlimen dan agensi lain, apabila hak rakyat membantah ditekan dengan undang-undang zalim dan keganasan polis, mengapa perdana menteri dan menteri tidak harus tunduk kepada kerakusan dan nafsunya?

Jangan kita lupa Najib bukan perdana menteri yang terlibat dengan skandal wang.

Kerugian yang negara tanggung kerana segala skandal di bawah pemerintahan Dr Mahathir 22 tahun itu dianggar mencecah RM100 bilion.

Kerugian skandal terakhir yang melibatkan beliau, Port Klang Free Zone (PKFZ), mencapai RM12 bilion.

Dari sini, terdapat 2 jalan yang cukup lain dan berlawanan jika Umno ingin diselamatkan. Menarik sekali, satu jalan ini dipelopori secara langsung oleh Dr Mahathir manakala jalan yang lain itu ditawarkan secara tidak langsung oleh Bersih.

Jalan Pertama: Penangguhan kekalahan Umno

Dr Mahathir ingin selamatkan pemerintahan Umno tetapi tanpa reformasi institusi.

Akan tetapi tanpa reformasi institusi, perdana menteri baharu bukan saja tidak perlu takut kepada kemarahan rakyat dan oleh itu jauhkan diri daripada rasuah.

Apakah pendekatan yang paling mungkin akan pengganti Najib daripada Umno ambil untuk mengekalkan kuasanya apabila sendirinya terlibat dengan skandal wang yang baharu?

Pendekatan pertama, beliau terpaksa memancing undi, dengan pemberian wang daripada Perbendaharaan Malaysia ala BR1M dan juga dengan imbuhan kepada individu atau kumpulan terpilih daripada akaun sendiri atau akaun sendiri.

Kedua-dua ini akan membawa parah kepada pemerintah. Kaedah pertama akan menaikkan defisit fiskal pemerintah dan seterusnya keperluan untuk menaikkan cukai seperti GST.

Kaedah kedua pula akan mendorong perdana menteri untuk mencari lebih rasuah atau berhutang budi kepada para "penderma" besar yang budinya kemungkinan besar perlu dibayar dengan keputusan kerajaan yang menguntungkan mereka.

Pendekatan kedua, beliau akan mengukuhkan sokongannya dengan mempermainkan sentimen etnik agama seperti mengapi-apikan ketakutan tidak berasas yang orang Melayu dan Islam akan dipinggirkan.

Perhitungannya mudah, kalau orang Melayu percaya diri mereka akan jadi bangsat jika Umno kalah, maka segala kerakusan, kezaliman dan kemungkaran pemimpin Umno boleh dilupakan malah dimaafkan.

Pendekatan ke-3, beliau akan mengubah sempadan dan kalau boleh bilangan kawasan pilihanraya supaya Umno boleh bertanding dan menang majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) secara tersendiri.

Maka, dalam PRU14, Umno-BN mungkin menang lagi tetapi undi majoriti mungkin turun daripada 47% kepada, katakanlah 43% manakala undi Umno-BN akan menjadi semakin tinggi peratusannya daripada satu kaum, iaitu orang Melayu.

Ini akan menyebabkan pemerintah Umno-BN semakin mudah terugut oleh puak pelampau.

Dalam sahutan beliau supaya Umno diselamatkan dengan menukar Najib, Dr Mahathir sememangnya tidak menjelaskan pendekatan-pendekatan Umno di bawah pimpinan baharu akan ambil untuk selamatkan dirinya.

Beliau memberikan gambaran seolah-olah Najib adalah satu-satu masalah Umno dan jika Najib undur, segala yang salah akan diperbetulkan oleh sistem politik itu sendiri.

Akan tetapi, jika kita meneliti realiti politik, maka unjuran di atas bahawa Umno-BN akan semakin ketagih dengan pembelian undi, politik kaum dan agama serta penipuan pilihanraya itu agak munasabah.

Secara "idealistik"nya, jalan ini bercita-cita untuk memastikan Umno tidak akan kalah sampai hari kiamat.

Secara realistiknya, jalan ini cuma boleh menangguhkan kekalahan Umno. Sekalipun jika ia berjaya, asas sokongan Umno-BN menjadi semakin tipis dan sempit setiap kali kekalahannya ditangguhkan. Pemerintahan Umno-BN turut menjadi toksik kepada negara dan rakyat.

Apa jadi apabila kekalahan Umno-BN itu tidak dapat ditangguhkan lagi? Umno-BN mungkin akan kalah begitu teruk sampai terus terhanyut dan terkubur selama-lamanya.

Jalan ke-2:  Kelestarian Umno


Jalan ke-2 ialah untuk Umno-BN melaksanakan reformasi-reformasi institusi di atas yang disarankan oleh Bersih.

Ini akan melemahkan Umno dalam masa jangka pendek dan mungkin mempercepatkan kekalahannya.

Apabila Umno-BN tidak membeli undi, tidak mempermainkan sentimen etnik kaum dan tidak memanipulasikan pilihanraya, mungkinkah ia menang dalam PRU14?

Rakyat mungkin menghayati keinsafannya tetapi keinsafan ini kemungkinan besar tidak akan diterjemahkan sebagai undi sokongan dalam masa yang singkat untuk Umno-BN memenangi PRU14.

Kalau begitu, mengapa Umno harus mengambil risiko tinggi untuk mempercepatkan kekalahannya? Bukan ini kerja membunuh diri?

Jawapannya mudah.

Pertama, tanpa pembelian undi, tanpa politik pelampau, tanpa manipulasi pilihanraya, calon-calon dan jentera Umno-BN terpaksa mempertingkatkan daya saing mereka.

Sekalipun mereka kalah, mereka sudah meletakkan asas untuk pertumbuhan pada esok harinya. Juga, kerana keinsafan mereka akan menawan hati sebahagian pengundi, kekuatan tsunami menjadi lebih kecil dan Umno-BN tidak akan mati kelemasan sungguhpun kalah.

Kedua, apabila sistem politik sudah diubah, maka Umno-BN akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk terus hidup sebagai parti pembangkang dan kembali untuk memenangi kuasa selepas kekalahan.

Inilah yang berlaku kepada Kuomintang (KMT) dan Parti Revolusi Institusi (PRI), parti-parti yang memerintah Taiwan dan Mexico masing-masing untuk 55 tahun dan 71 tahun, sebelum kedua-duanya kecundang dalam pilihanraya presiden pada 2000.

KMT memenangi pilihanraya presiden pada 2008 manakala PRI mencapai kemenangan yang sama pada 2012.

Kerana kedua-dua parti ini sudahpun memulakan pendemokrasian sebelum kalah untuk kali pertama, KMT dan PRI tidak hilang keabsahannya dan apabila parti pemerintah baharu menghampakan rakyat, maka pengundi memberi peluang lagi kepada KMT dan PRI.

Golongan Karya (Golkar) pemerintah Oder Baru di Indonesia juga berjaya mereka semula (reinvent) dirinya selepas kejatuhan Presiden Suhato.

Antara lain, kejayaan Golkar itu sebahagiannya berhutang budi kepada konteks dan institusi politik Indonesia pasca 1998 yang kurang memusat dan kurang bersifat "pemenang-ambil-segalanya" (winner-takes-all).

Sistem politik di Malaysia cukup bersifat "pemenang-ambil-segalanya" sekali. Kalau Umno tidak mengubah sistem ini yang hari ini menekan pembangkang hari ini, ia akan sengsara esok sebagai pembangkang dan mungkin tidak berpeluang kembali menerajui pemerintahan.

Bolehkah kekalahan Umno dielakkan?

Perbezaan antara dua jalan di atas itu sebenarnya berpusatkan pada satu soalan: "Mungkinkah kekalahan Umno itu dielakkan?"

Ataupun diungkapkan dengan lebih positif, mungkinkah Umno terus menang pilihanraya demi pilihanraya sampai hari kiamat?

Ini bagaikan tanya: "Mungkinkah manusia berusia panjang untuk hidup sampai hari kiamat?"

Kalau tidak, maka perlulah kita buat persediaan. Lain daripada manusia yang tidak boleh hidup selepas kematian, parti politik boleh menang lagi selepas kalah.

Dalam menolak perjuangan Bersih dan cuma mahukan pengunduran Najib, Dr Mahathir seolah-olah meletakkan pertaruhannya kekalahan Umno itu boleh ditangguhkan untuk selama-lamanya.

Bagi ramai orang, tiada apa yang Dr Mahathir takuti di dunia ini.  Akan tetapi, beranikah beliau menghadapi realiti dengan jujurnya? – TMI

Kereta Terbakar Dikaitkan Dengan Kehilangan Morais

Posted: 06 Sep 2015 02:00 AM PDT


Kereta Terbakar Dikaitkan Dengan Kehilangan MoraisKUALA LUMPUR - Penemuan kereta Proton Perdana yang terbakar di Hutan Melintang pada Sabtu dikaitkan dengan kehilangan timbalan pendakwa raya, Anthony Kevin Morais yang hilang.

Kali terakhir Morais dilihat ketika meninggalkan kediamannya menaiki kenderaan sama di Menara Duta untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara pada pagi Jumaat.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandaraya, Asisten Komisioner Datuk Zainuddin Ahmad berkata, masih terlalu awal untuk mengesahkan sama ada kenderaan itu mempunyai kaitan dengan kehilangan Morais.

"Apa yang boleh saya katakan kami temui kereta itu. Polis Perak menyiasat kejadian itu sebagai perbuatan khianat. Bagaimanapun setakat ini kami belum dapat memeriksa nombor casis atau plat pendaftaran kerana terbakar teruk," katanya.

Sebelum ini, Morais dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meninggalkan kediamannya pada pukul 9 pagi menaiki Proton Perdana kelabu dengan bernombor WA6264Q.



Difahamkan, seorang rakannya cuba menghubungi Morais pada kira-kira pukul 10.30 pagi dan seterusnya pukul 3 petang tetapi gagal.
Rakannya itu kemudiannya menghubungi pejabat apabila dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat hari itu.

Jurucakap SPRM berkata, Morais bertugas di agensi berkenaan kira-kira lapan tahun sebelum kembali semula ke Pejabat Peguam Negara.
Katanya, Morais tidak terbabit dalam siasatan 1MDB. - Bernama

'Mengapa Najib masih membisu isu dana RM2.6b?'

Posted: 06 Sep 2015 01:14 AM PDT


 




Mengapa Najib masih membisu pasal dana RM2.6 bilion?

Meskipun Malaysia dan beliau sendiri dimalukan di Persidangan Antarabangsa Anti Rasuah (IACC) ke-16 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih enggan tampil menjelaskan misteri-misteri di sebalik derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaunnya.

Ini menimbulkan lebih banyak persoalan dan spekulasi mengapa Najib memilih untuk membisu daripada menjawab soalan mengenai RM2.6 bilion. Berikut ialah lima teori yang paling hangat diperkatakan.

Teori 1: Apakah sebenarnya duit itu tidak digunakan untuk Umno?

Persoalan ini timbul kerana Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pun tidak tahu berapa baki yang ada di akaun tersebut ketika ia ditutup. Jika benar duit itu telah digunakan untuk Umno dan pilihan raya, sudah tentu Najib akan berani menjawab Muhyiddin, dan Muhyiddin tidak akan berani bertanya begitu.

Teori 2: Apakah duit itu sebenarnya bukan derma?

Persoalan ini timbul kerana sehingga hari ini penderma yang berbesar hati ini masih misteri kepada rakyat Malaysia. Spekulasi ini lebih hangat apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berani menjawab cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendedahkan nama penderma tersebut setelah Zahid mengaku telah berjumpa dengan wakil keluarga dari asia barat yang mendermakan RM2.6 bilion kepada Najib.

Jika penderma itu sanggup menderma RM2.6 bilion kepada Najib, mengapa beliau tidak sanggup tampil membersihkan nama Najib? Tidakkah penderma itu takut duit derma itu akan dibazirkan jika Najib jatuh nanti sedangkan derma itu untuk Umno bukan untuk Najib? Apakah betul dakwaan Tun Mahathir bahawa duit itu sebenarnya duit 1MDB?

Teori 3: Apakah ia satu kesilapan taktikal untuk mengelarkan RM2.6 bilion itu sebagai derma?

Dana RM2.6 bilion di akaun Najib didedahkan oleh WSJ (Wall Street Journal) pada 3 Julai 2015 yang disyaki duit 1MDB. Sebulan kemudian, barulah SPRM berkata duit itu ialah duit derma.

Sehingga kini, tidak kedengaran Najib menyaman WSJ meskipun derma cerita RM2.6 bilion ini sudah menjadi perbualan dan lawak antarabangsa.

Apakah ini satu kesilapan taktikal yang teruk? Oleh kerana itu, sehingga Najib tidak berani menjawab isu RM2.6 bilion ini secara berdepan meskipun menerima kritikan hebat di IACC di negara sendiri.

Teori 4: Apakah memang ada bukti salahlaku yang dijumpai mengenai RM2.6 bilion?

Spekulasi ini juga antara terhangat diperkatakan ekoran terbubarnya pasukan siasatan khas isu 1MDB, pemecatan Muhyiddin dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara mengejut, terbantutnya persidangan PAC, pemindahan pegawai Peguam Negara dan SPRM yang dilakukan secara mendadak, penahanan pegawai SPRM seperti penjenayah untuk disoalsiasat dan kebisuan Bank Negara dalam isu dana RM2.6 bilion.

Jika derma itu bersih dari segi tatatertib kewangan, mengapa Najib tidak menggalakkan siasatan diteruskan?

Malah, menurut Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Najib belum menjelaskan kepada pemimpin Umno mengenai wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendiriannya oleh anak syarikat SRC International.

Teori 5: Apakah antara orang yang dapat menikmati dana RM2.6 bilion itu ialah pemilik akaun atau warisnya?

Persoalan ini juga hangat diperkatakan berdasarkan gaya hidup pasangan ini, yang digelar mewah oleh Tun Dr Mahathir. Apakah disebabkan ini, Najib memilih untuk membisu kerana beliau tahu rakyat dan Umno akan lebih marah?

Tanpa jawapan yang memuaskan, lebih banyak spekulasi mengenai RM2.6 bilion di akaun Najib akan timbul dan hangat diperkatakan.

Bukan sahaja Najib yang kena pukul, Malaysia dan nilai ringgit turut dilanyak bersama kerana hilangnya integriti daripada pemimpin tertinggi dan kabinetnya.

Jika nilai ringgit terus turun, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi kemelesetan ekonomi dan peningkatan inflasi secara mendadak di suku ke keempat 2015 kerana semua barangan import telah menjadi mahal.

Situasi dijangka akan diburukkan melalui risiko yang perlu diambil untuk mengekalkan kadar faedah semalaman (OPR) untuk tidak membebankan rakyat Malaysia yang mempunyai hutang isi rumah yang tinggi (melebihi 80% daripada KDNK) dan tekanan daripada GST apabila barang-barangan yang dikecualikan turut dikenakan GST bermula 2016.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN timbalan presiden PAS.