Jumaat, 4 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Pendebat terbaik Asia 'sekolahkan' anak TPM Zulaikha Zulkifli

Posted: 04 Sep 2015 09:30 PM PDT


 Kenyataan anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung hak bersuaranya mengkritik peserta perhimpunan BERSIH 4 "ditegur" seorang pendebat terbaik Asia.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 23, pelajar jurusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengambil kesempatan 'menyekolahkan' Nurulhidayah berkaitan hak bersuara.

Syed Saddiq berkata, beliau menghormati hak kebebasan untuk bersuara yang dinyatakan Nurulhidayah.
Namun, beliau berpendapat hak itu sepatutnya diberi sama rata kepada semua tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

"Saya lihat hanya sesetengah pihak sahaja yang boleh bersuara terutamanya hanya golongan atasan, elit di Malaysia diberi hak bersuara tetapi rakyat tidak diberi hak.

"Saya nak jelaskan, walaupun kita ada pandangan yang berlainan tetapi pada akhirnya kita memperjuangkan perkara yang sama iaitu kebebasan hak untuk bersuara," katanya dihubungi Malaysiakini.

Selain itu, beliau yang juga pensyarah sambilan dalam subjek pengucapan awam dan debat di UIA berpandangan, semua pihak termasuk setiap parti politik juga perlu diberi hak sama rata untuk bersuara.

"Saya cakap ini bukan untuk berpolitik, tetapi kita perlu adil. Hanya sesetengah pihak boleh suarakan pendapat. Contohnya di UIA, hanya kerajaan saja boleh (masuk dan berucap) tetapi pembangkang tak boleh.

"Kita kena adil, berucap bukan perkara yang eksklusif tetapi perlu inklusif," katanya yang baru dilantik sebagai salah seorang Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi mewakili pemimpin belia.

Syed Saddiq, anak kedua dari empat beradik, itu mendapat anugerah pendebat terbaik Asia semasa mewakili UIA dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) di Bali, Mei lalu.

Malah, pasukan debatnya juga menempatkan universiti Islam itu di tempat ke-10 daripada 440 pasukan semasa Kejohanan Debat Universiti Dunia (WUDC) ke-35.
Tulisan jadi viral

Nama Syed Saddiq menjadi viral selepas beliau menulis status di Facebooknya yang dilihat mengkritik kembali kenyataan anak perempuan naib presiden Umno itu.

Antara yang ditulis Syed Saddiq ialah:


"Saya menghormati hak anda (Nurulhidayah) untuk bebas bersuara. Saya harap anda akan hormati hak kami juga. 500,000 rakyat Malaysia yang menghadiri BERSIH juga mempunyai hak mereka untuk bersuara, tetapi perhimpunan aman itu diisytiharkan sebagai haram.

"(Seramai) 1.3 juta penjawat awam Malaysia juga mempunyai hak untuk bersuara, tetapi mereka diancam dengan tindakan tatatertib. Pekerja Malaysia di Sarawak Report dan The Edge juga mempunyai hak untuk bebas bersuara tetapi suara mereka ditindas dengan larangan yang dikenakan kerajaan.

"(Pemimpin pembangkang) Tony Pua dan Rafizi Ramli juga mempunyai hak untuk bebas bersuara tetapi mereka "ditampar" dengan larangan untuk ke luar negara sewenang-wenangnya.

"Tun Mahathir (Mohamad), bekas perdana menteri kita yang terkenal juga berhak dengan kebebasan bersuara, tetapi beliau di panggil untuk disiasat kerana bercakap bagi pihak rakyat," kata Syed Saddiq.

Sehubungan itu, Syed Saddiq berkata, sebagai warganegara Malaysia beliau bertanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan hak rakyat untuk terus bebas melahirkan pandangan.

"Hak bebas bersuara adalah sesuatu yang suci yang merupakan jelmaan sesebuah masyarakat yang bebas dan demokrasi. Perbezaan pendapat saya dengan kenyataan anda tidak menghalang anda daripada mengakses "hak" anda.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya bertanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan hak anda untuk bersuara. Ia hak anda, dan hak kami. Ia hak rakyat Malaysia selama-lamanya. Mari kita mempertahankannya bersama-sama," tulisnya lagi.

BERSIH 4 kerja bodoh, kata Nurulhidayah


Sebelum ini, Nurulhidayah dikecam oleh orang ramai di laman sosial berikutan kenyataannya yang menyifatkan perhimpunan BERSIH 4 sebagai 'kerja bodoh'.

Ekoran itu, melalui akaun Instagramnya, anak perempuan timbalan perdana menteri itu mempertahankan dirinya dengan berkata, beliau bukan wakil rakyat tetapi hanya seorang warganegara Malaysia yang mempunyai hak untuk bersuara.

"Saya bukan ahli Parlimen di kawasan anda ataupun wakil rakyat anda. Saya warganegara Malaysia yang juga ada hak bersuara.

"Saya tidak menyentuh perkauman atau bangsa. Saya cuma pertikaikan kewarasan segelintir anda yang tidur di jalanan kononnya untuk menyatakan kebenaran," tulis Nurulhidayah.


Bai’ah terbatal selepas bayar kifarah – Hatta

Posted: 04 Sep 2015 08:45 PM PDT




TANAH MERAH 3 Sept. – Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli menyifatkan bai'ah cerai talak tiga yang pernah dilafazkan ketika bersama Pas sebelum ini terbatal dengan sendirinya kerana telah membayar kafarah iaitu memberi makan 10 orang anak yatim.

Justeru katanya, beliau akan meneruskan kehidupan seperti biasa bersama isteri meskipun pelbagai pihak termasuk Ketua Hakim Syarie Kelantan serta Menteri Besar mengesahkan perkahwinannya gugur talak tiga kerana melanggar bai'ah tersebut.

Katanya, sebelum membuat keputusan keluar daripada Pas, beliau telah merujuk mengenai soal bai'ah itu dengan beberapa ulama di dalam serta luar negara selain mendapat pandangan daripada pelbagai pihak lain.

Pada masa sama, beliau berkata, sesetengah ulama berpendapat, dalam Islam sebenarnya, tidak ada bai'ah sehingga menuntut bercerai talak tiga.

"Perkara itu (bai'ah talak tiga) telah dirujuk dengan beberapa ulama termasuk ulama Mesir, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Penasihat Parti Pekerja Malaysia (Parti Pekerja), Ahmad Awang.

"Saya dinasihatkan dan mendapat pandangan daripada Ahmad dan beberapa lagi mengenainya, tidak menjadi masalah, cukup sekadar kita bayar kafarah beri 10 orang (anak yatim) makan atau puasa tiga hari, itu memang sudah tercatat, uztaz-ustaz, ulama-ulama tahu perkara ini.

"Saya mempunyai cukup alasan dan panduan untuk tidak mengambil pandangan mengenai bai'ah jatuh cerai talak tiga walaupun datang daripada seorang Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar ataupun Mufti Kelantan sekalipun," katanya kepada pemberita selepas ceramah Parti Pekerja di Kampung Belimbing di sini malam tadi.

Semalam, Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengesahkan perkahwinan Mohd. Hatta dengan isterinya bercerai talak tiga kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan dalam bai'ah Pas negeri itu.

Dalam bai'ah tersebut, setiap wakil rakyat Pas di ne­geri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Sementara itu menyentuh perkara sama ketika berucap sebelum itu, Mohd Hatta berkata, isu bai'ah cerai talak tiga sengaja ditimbulkan Pas negeri ini bagi menakut-nakutkan wakil rakyat parti itu supaya tidak memilih wadah perjuangan lain.


- utusan

VIDEO - Najib tak boleh sembunyi AS$700 juta dalam era digital suarakami

Posted: 04 Sep 2015 08:00 PM PDT


 
Pengarah Eksekutif, Rangkaian Kewartawanan Penyiasatan Global, David Kaplan berkata pada zaman era digital hari ini, kerajaan tidak lagi boleh menyembunyikan maklumat mengenai AS$700 juta yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bercakap pada Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) di Putrajaya, Kaplan berkata mereka yang cuba berbuat demikian sebenarnya ketinggalan zaman. 

Nazri@bongkak biadab menggelar Tun Mahathir "Warga Emas"... suarakami

Posted: 04 Sep 2015 07:30 PM PDT



Tindakan polis memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ucapan yang dilakukannya ketika perhimpunan Bersih 4 minggu lalu adalah perkara biasa, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

Nazri bagaimanapun secara peribadi berkata siasatan terhadap Dr Mahathir tidak perlu memandangkan beliau merupakan seorang warga emas dan tidak menimbulkan kekecohan sewaktu Bersih 4.
"Saya ingat dia nak menyertai Bersih tidak mengapalah. Dia sudah tua hendak berjalan-jalan. Saya tidak nampak dia baling bom ke, pecah pintu ke dinding ke. Dia nak berjalan biarlah dia berjalan.
"Cuma saya difahamkan dia (Dr Mahathir) mengeluarkan kata-kata yang boleh dianggap menghasut. Jadi tindakan (siasatan) itu perkara biasa.
"Tetapi kalau dia dipanggil kerana dia berjalan-jalan tidak perlulah. Sisa-sisa hidup ini kita bagi dia seronok sikit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran radio MaTiC.fm di Kuala Lumpur, hari ini.
Nazri turut menyifatkan tindakan bekas perdana menteri itu menyertai Bersih 4 kerana kecewa tidak lagi mendapat sokongan ahli Umno.
Katanya, tindakan Dr Mahathir yang mahu Najib meletak jawatan sebagai presiden Umno tidak dihiraukan ahli parti.
"Dia orang tua. Dia (Dr Mahathir) kecewa kerana tiada siapa mahu mendengar cakapnya, dia cuba melakukan perkara tidak demokratik di dalam parti dan tiada maklum balas.
"Dia juga kecewa apabila (ahli) parti berada kukuh di belakang Najib dan begitu juga dengan saya. 100% di belakang Najib," katanya.
Dr Mahathir akan dipanggil dan disiasat pihak polis berhubung ucapan yang dilakukannya ketika perhimpunan Bersih 4 minggu lalu selepas laporan polis dibuat seorang ketua Umno bahagian.
Polis akan menyiasat bekas perdana menteri paling berkhidmat itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak mendedahkan tarikh untuk memanggil Dr Mahathir.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Nazri menasihati perwakilan Wanita Umno Bahagian Anina Saadudin untuk menerima kenyataan apabila disingkirkan parti.
Katanya, tindakan Anina membawa hal parti ke mahkamah membuatkan keahliannya secara automatik terlucut.
"Anina ini pun saya tidak kenal siapa. Senang saja, mengikut perlembagaan dalam apa hal berkaitan dengan parti tidak boleh bawa ke mahkamah. Ia (keahlian) akan gugur secara automatik ataupun talak gugur," katanya.
Nazri turut memberi contoh seperti berlaku kepada Datuk Seri G Palanivel yang tidak lagi memegang jawatan presiden MIC selepas keahliannya dalam parti terlucut secara automatik kerana membawa kes ke mahkamah tanpa kebenaran parti.
"Sama macam (Datuk Seri) G Palanivel secara automatik gugur. Ini setiausaha agung dah maklumkan. Itu nasib baik dia maklum. Kalau biar gantung tak bertali?", katanya.
Palanivel pada Jun lalu hilang keahliannya sebaik saja beliau mengheret Pendaftar Pertubuhan (RoS) ke mahkamah tanpa kebenaran parti.


 http://www.keadilandaily.com/anak-nazri-aziz-juga-dikaitkan-dengan-satu-kes-pembunuhan-amk/

Apa dijanjikan Najib pada perderma 2.6 Billion..... Mesti ada balasan.. . suarakami

Posted: 04 Sep 2015 07:00 PM PDT


Zar Ali's photo.Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz mempersoalkan sama ada wujud pakatan tertentu di sebalik sumbangan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, wang ringgit dilihat seolah-olah begitu penting sehingga memerlukan penderma asing untuk menggerakkan parti.

"Persoalan saya ialah apa agaknya pakatan-pakatan tertentu di sebalik sumbangan tersebut? Apa agaknya yang dijanjikan kepada mereka (penderma)?

"Pendekatan apa agaknya yang dijangka dan diharapkan oleh penderma yang sanggup menderma wang sebegitu besar jumlahnya?" soal beliau dalam satu kenyataan.

Rafidah yang juga bekas menteri Kabinet turut mempersoalkan sama ada sumbangan itu akan menyebabkan kerajaan terhutang budi kepada penderma dan membolehkan kerajaan dipengaruhi pihak luar.

"Umno adalah parti tunjang kerajaan BN. Mempengaruhi Umno akan bererti mempengaruhi kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa politik wang telah menjadi kebiasaan dalam Umno dan menjadi masalah yang begitu serius.


"Sebenarnya, setiap ahli Umno wajar merasakan isu RM2.6 bilion sebagai masalah mereka sendiri. Ia pada asasnya memaparkan bagaimana politik wang dalam Umno telah mencapai satu tanda aras tinggi yang baru. 

"Bagaimana wang ringgit telah menjadi penggerak tunggal untuk kerja berjalan di peringkat akar umbi. Ia merupakan corak dan ciri-ciri budaya politik Umno pada masa sekarang dan menuju ke hadapan," katanya.

Katanya, politik wang ini bukan saja menghancurkan keperibadian parti tetapi juga akan merosakkan semangat juang, berusaha dan berkhidmat dalam kalangan pemimpin parti. 

"Pemimpin Umno di semua peringkat mesti menerima dan mengambil sedikit sebanyak tempias isu wang dalam akaun presiden itu.

"Pasti sebahagian wang tersebut telah turun ke akar umbi dan tentu ramai yang telah sama-sama 'merasa'. 

"Atau tidakkah kita patut menolak gejala politik wang supaya siapa juga yang dipilih sebagai pemimpin, adalah yang benar-benar berkemampuan untuk berkhidmat," katanya.

Lagi tekanan antarabangsa untuk penjelasan ‘derma RM2.6 bilion’ Najib

Posted: 04 Sep 2015 06:30 PM PDT


Seorang lagi aktivis anti-rasuah global memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berterus-terang mengenai derma RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, berkata "taktik melambat-lambatkan" yang digunakan untuk menghalang siasatan tidak akan berkesan dalam jangka masa panjang.
Pengasas Bersama Transparency International (TI) Michael J. Hershman berkata, ketidakupayaan Najib menangani soalan mengenai sumbangan itu menjejaskan kredibiliti sebagai perdana menteri.

"Nasihat saya kepada perdana menteri adalah jangan berselindung, tidak menghalang keadilan kerana ia tidak berkesan.

"Katakan yang sebenarnya tentang dari mana wang itu datang dan tangani tuduhan itu. Dan jika beliau melakukan sesuatu yang salah, minta maaf dan berhadapan dengan akibatnya," kata Hershman di Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah 16 (IACC) di mana Malaysia menjadi tuan rumah.Katanya, sebarang penangguhan tidak akan menghilangkan semua dakwaan.

"Perkara sebenar akan diketahui dan daripada pengalaman saya, lebih cepat ia dikeluarkan adalah lebih baik bagi tertuduh dan negara," katanya.

Hershman berkata penjelasan yang diberikan setakat ini tidak cukup baik.

"Jika ia datang dari Timur Tengah, daripada siapa? Bila ia diterima dan untuk tujuan apa? Ini adalah soalan yang sangat mudah," kata Hershman.

Tambahnya, memandangkan Najib mempunyai kawalan akaun, beliau pasti tahu dari mana ia datang.

"Tiada sebab menubuhkan panel untuk siasatan. Hanya beritahu kebenaran. Nyatakannya secara publik," katanya.

Reaksi awal Najib terhadap laporan The Wall Street Journal berhubung wang dalam akaun beliau pada awal Julai adalah penafian mengambil dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk kepentingan peribadi.

Kemudian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dana sebagai sumbangan politik daripada seorang penderma Timur Tengah.

Najib dan pemimpin Umno yang lain kemudian mula mengatakan dana itu adalah untuk kepentingan parti, dan beliau sebagai presiden parti mempunyai kuasa memegang wang sebagai amanah bagi pihak Umno.

Tetapi Hershman berkata Najib terlepas peluang bercakap kepada penonton global pada IACC.

"Beliau terlepas peluang menjelaskan kebenaran di sini. Saya menghormati beliau dan percaya terhadap integriti beliau. Saya masih bersedia untuk mempercayainya tetapi beliau perlu tampil ke hadapan dan bercakap benar," kata pegawai TI.

Beliau juga menegaskan Najib melakukan banyak perkara bagi SPRM, sambil menambah ia adalah salah sebuah agensi anti rasuah dibiayai terbaik di dunia dan ia sebahagiannya disebabkan dasar-dasar Najib.

Hershman ialah seorang daripada ahli panel pada sesi bertajuk "Fighting Corruption by Authorities: What worked and what went wrong" di IACC yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Persidangan 3 hari ini dihadiri 1,000 perwakilan dari 130 buah negara berakhir esok.

Mahathir Bukan Bangang Macam Sharizat Dan Tajuddin Rahman Kata Bekas Naib Ketua UMNO

Posted: 04 Sep 2015 05:45 PM PDT


Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberi pesanan kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, apa yang Shahrizat jalil perlu buat ialah menjelajah ke seluruh negara untuk beri pencerahan mengenai kes skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Katanya, ia bagi memudahkan rakyat agar faham secara jelas mengenai isu projek lembu itu yang telah menggegarkan negara satu masa dahulu.

"Buat yang itu cukuplah. Yang lain Shahrizat tak perlu kalut kerana imej dia pun bukan elok sangat," katanya dalam kenyataannya di Facebook.

Shahrizat baru-baru ini ini berkata, ahli Wanita UMNO kecewa dengan Dr Mahathir kerana menyertai Bersih 4.0.

Khairuddin berkata, Shahrizat dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman patut diam dan cermin diri masing-masing sebelum mengkritik Dr Mahathir.

"Perjuangan Dr Mahathir amat mementingkan kesejahteraan bangsa, agama serta tanahair. Di dalam jiwa beliau kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan peribadi. Bukan seperti ramai dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO masa kini.

"Tajuddin Rahman dan Shahrizat jangan kalut sangat. 


Jagalah diri mereka sendiri baik-baik agar jangan terjebak dengan unsur-unsur rasuah dan sebagainya. Mengenai pendirian Dr Mahathir tak perlulah mereka gusar serta risau kerana beliau bukan bangang macam mereka," tegasnya.

Katanya, Dr Mahathir menghadiri perhimpunan secara aman dan bercakap secara professional berteraskan fakta mematuhi undang-undang negara.

"Dr Mahathir terlalu berpegang kuat pada prinsip perjuangan berteraskan kebenaran. Beliau hadir ke perhimpunan BERSIH 4 untuk bertanya khabar pada rakyat jelata dan bukan menganjurkan huru-hara pun.

"Kalau sesuatu perkara salah, beliau akan kata salah tanpa peduli siapa yang mekakukan kesalahan tersebut. Itu sifat semulajadi serta prinsip beliau . 


Tapi puak kaki-kaki bodek dalam UMNO tak berapa berkenan pada sesiapa yang dok hentam kemungkaran mereka," katanya lapor Free Malaysia Today

Sah UMNO Ini "MUKA TEMBOK"

Posted: 04 Sep 2015 05:30 PM PDT

DERMA BERTERUSAN
World Cup Qualifying :

Pak Aji Banii's photo.

Korea vs Laos : 8 - 0

Qatar vs Bhutan : 15 - 0


Kuwait vs Myanmar : 9 - 0


Arab Saudi vs Timor Leste : 7 - 0


UAE vs Malaysia : 10 - 0


Ulasan : bukan kita sahaja yang menghadapi kemelesetan prestasi... masalah ini merupakan masalah global disebabkan pengukuhan nilai bola sepak negara lain...

FAM tidak bercadang untuk membuat sebarang tambatan gol buat masa ini...

Masih belum reda lagi skandal 1MDB kini muncul pula 10MDB (MalaysiaDiBelasah). Kedua2nya Pak Arab yg derma!😜

SEORANG LEBAI TAK CERMIN MUKANYA DULU ?

Posted: 04 Sep 2015 05:00 PM PDT

Saya kritik Mukhriz untuk pertahankan Najib – Lebai Ahmad



PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bukit Lada, Datuk Lebai Ahmad Sudin mempertahankan tindakannya mengkritik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, tindakannya itu tidak jauh beza dengan perbuatan Mukhriz mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka dalam mesyuarat UMNO bahagian.

"Datuk Muhkriz juga kata macam-macam terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di majlis-majlis sebelum ini. Samalah tu dia kata pemimpin dia sendiri," katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Baru-baru ini, tersebar rakaman video Lebai Ahmad mengkritik Mukhriz dan mendesaknya berundur sebagai Menteri Besar Kedah secara terhormat kerana gagal melaksanakan janji pilihan raya.

Beliau juga mendakwa Mukhriz gagal membawa pembangunan di Kedah kerana hubungan kurang baik dengan kerajaan Pusat ekoran perbezaan pendapat dan 'percanggahan kepentingan' yang disebabkan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menentang Najib secara terang-terangan.

Susulan kenyataan berani Lebai Ahmad itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Othman Aziz membuat teguran supaya ahli UMNO tidak membuat kritikan terbuka terhadap pemimpin parti.

Mengulas kenyataan Othman itu, Lebai Ahmad yang disebut-sebut bakal menggantikan Mukhriz berkata, ahli UMNO boleh bersuara jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

"Datuk Othman ini baca buku mana? Saya kata begitu sebagai satu teguran untuk perbetulkan keadaan. Sebagai ADUN saya berhak untuk bersuara," katanya.

Katanya, apa yang disuarakan menerusi rakaman video itu merupakan pendapat dan pandangan peribadinya.

"Terpulang kepada Perdana Menteri sama ada mahu memecat Mukhriz atau tidak. Itu adalah kuasa yang ada padanya sebagai Presiden parti.

"Sebagai ADUN di negeri ini (Kedah), saya hanya menyuarakannya saja," katanya.

NAJIB BAWA MALAPETAKA ( korupsi terburuk ramai bontoti kaki bodek ampu)

Posted: 04 Sep 2015 03:59 PM PDT

Nurliyana Abdullah's photo.

PM Najib memang muka tembuk tak tahu malu dikritik di persidangan antara bangsa hal rasuah diam membatu tuli.
Di manalah wajah Malaysia disorok kesan perbuatan yang paling buruk menjahanamkan negara bangsa?

Di mana suara2nya Dahlan dan Salleh Keruak bila pengerusi persidangan yang menyentuh rasuah mengatakan derma 2.6 bilion rasuah paling dahsyat kata ketua Transparency International itu.

Bila dikritik PM Malaysia, maka itu terbabit 30 juta rakyat Malaysia kesan ketua kerajaan sendiri yang terlibat rasuah dan sejak dulu asyik bersilat kata tetapi tidak berani berterus terang sebab semua jawaban samar dan masih terus rakyat persoalkan.

PM Najib memang tidak tahu malu dan meski demikian, dia terus juga mempertahankan pelakuannnya dan asyik mencari helah untuk menafikan dan menipu rakyat.

Bangkai gajah tidak akan berjaya PM Najib sembunyikan dan semakin sehari semakin nampak kebobrokan dan inilah yang namanya hukum karma kesan menganiaya seorang yang bernama Anwar Ibrahim.

Tidak boleh tidak meski nampak salah, seorang Najib terpaksa pertahankan dan bertahan sebab bagi najib menyerah mati atau ke tali gantung atau paling kurang siap ke penjara dan terus bertahan diharapkan ada bantuan Tuhan.


MURLIYANA ABDULLAH

Anak Bekas KPN bidas Tan Sri Khalid tidak berani.... suarakami

Posted: 04 Sep 2015 06:00 AM PDT




Bapanya Tan Sri Abdul Rahman Hashim menjadi ketua polis negara (IGP) daripada 1 Februari 1973 sehinggalah dibunuh pada 7 Jun 1974.
"Bapa saya buat pengorbanan besar kepada pasukan polis dengan terima tujuh butir peluru.
"Saya tidak nampak IGP lain akan buat macam ini. Kamu nampak?" soal Najib Abdul Rahman, 68.
"Oleh sebab itu apabila kepimpinan dalam pasukan polis dibimbangi, saya jadikan bapa saya sebagai penanda aras."
Abdul Rahman satu-satunya ketua polis ditembak mati di Malaysia. Beliau menjadi korban di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.
Pembunuhan itu dikaitkan sesetengah pihak dengan ancaman pasukan bersenjata komunis.
Najib menjelaskan tulisannya di Facebook semalam, yang menyaksikan kritikan terhadap IGP baru Tan Sri Khalid Abu Bakar dilontarkan.

Mungkin kamu juga berani...
Dalam siri tulisan itu, Najib mengenang kembali bagaimana sekumpulan ahli politik hadir ke rumah timbalan perdana menteri sebelum ini Tun Dr Ismail Abdul Rahman selepas kematiannya dan berspekulasi berkaitan pengganti.
Tidak senang dengan tindakan kurang sensitif itu, bapanya kemudian tampil dan memberi amaran untuk menangkap jika masih bercakap soal itu.
"Siapa cakap tentang penggantian saya akan tangkap kamu semua," kata bapanya, menurut Najib yang berada di situ ketika kejadian.
Najib bagaimanapun berkata beliau tidak melihat Khalid mempunyai keberanian sama.
"Mungkin kamu ada (keberanian), tetapi tidak tunjukkan.
"Saya boleh cakap dengan bangga bagaimana bapa saya berdiri di depan ahli politik," katanya.
Najib dalam tulisan-tulisan terbarunya membangkitkan isu perpindahan pegawai kanan Cawangan Khas (SB) polis yang menurutnya tidak mendapat pembelaan Khalid.
Beliau juga kelihatan tidak puas hati dengan kenyataan polis hendak menyiasat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana hadir ke perhimpunan BERSIH 4 bagi menuntut pengunduran perdana menteri.


 
BUAT PERINGATAN TAN SRI KHALID Ketua Polis Negara !!

Bongkar: Pak Lah dedah seorang menteri pernah rogol pembantu - suarakami

Posted: 04 Sep 2015 05:15 AM PDT



Pendedahan WikiLeaks berhubung kejadian rogol terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Menteri Kabinet era mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat mampu menggugat hubungan Malaysia-Indonesia dan menjejaskan imej negara.

"Walaupun laporan WikiLeaks ini boleh diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia.

"Tambahan pula semenjak kebelakangan ini, begitu banyak kejadian-kejadian yang menyebabkan perselisihan faham rakyat antara kedua-dua negara berjiran ini," demikian menurut Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha ketika dihubungi hari ini.


Beliau yang telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya tokoh wanita negara ini yang menduduki kerusi Timbalan Speaker turut memberitahu FMT, kejadian seperti ini haruslah ditangani dengan telus.

"Saya bukan mengulas tentang laporan ini tetapi secara umumnya, kita tidak boleh mengamalkan budaya yang membezakan layanan undang-undang terhadap orang kenamaan dan rakyat biasa.

"Walau siapa pun yang dituduh, ia perlu menjalani proses perundangan yang sama seperti orang lain dengan telus. Apatah lagi jika membabitkan seorang pemimpin yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin dan merupakan pemimpin di peringkat pembuat dasar," katanya lagi.

"Undang-undang sama untuk semua. Kalau tidak bagaimana kita hendak memastikan orang yang berpengaruh dan ada kedudukan ini lebih bertanggungjawab sekiranya mereka mendapat layanan yang istimewa apabila mereka melanggar undang-undang," katanya lagi.

Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seumpama ini dan tindakan undang-undang haruslah diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan dan pihak yang melindungi perbuatan seperti ini.

Penganiayaan terhadap wanita




"Kalaulah laporan WikiLeaks ini sahih, saya mengutuk sekeras-kerasnya dan tindakan undang-undang harus diambil terhadap sebarang kejadian penganiayaan terhadap wanita lebih-lebih lagi jenayah rogol dan termasuklah yang melindunginya," ujar beliau.

Sebelum ini dalam satu laporan blog Rocky Bru yang nama sebenarnya Ahirudin Atan hari ini menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri ketika era Abdullah menerajui pentadbiran kerajaan telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.

Menurutnya, kejadian tersebut turut diketahui oleh Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.



Bagaimanapun menurut blog itu lagi, menteri terbabit hanya digugurkan sebagai menteri dalam satu rombakan kabinet yang dibuat oleh Abdullah tidak berapa lama selepas beliau mengetahui berita itu.

Beliau turut mencatatkan, pada masa ini menteri tersebut kembali aktif dari persaraannya apabila dilantik semula sebagai pengerusi sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk pula.

Rocky Bru yang juga terkenal sebagai blogger proUmno juga menjelaskan, cerita tersebut telah sampai ke pengetahuannya semenjak tiga tahun lalu namun hanya dapat disahkan apabila pendedahan dibuat oleh WikiLeaks baru-baru ini.

Susulan peristiwa yang berlaku pada tahun 2007 ini, ketika mangsa ditemuramah di kampungnya di Jawa Tengah pada Julai tahun yang sama, mangsa telah membuat pengakuan terhadap kejadian itu.

Akhirnya laporan kejadian yang berlaku ketika tempoh perkhidmatan mangsa tersebut bersama bekas menteri terbabit menjangkau lapan tahun telah dibuat dan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Indonesia dan juga Pejabat PM sendiri.

Menurut sebuah badan NGO pula, kejadian yang menimpa amah yang mempunyai dua orang anak itu turut diketahui oleh suaminya tetapi disebabkan perasaan takut dan malu, tiada usaha yang serius dijalankan untuk mendakwa menteri terbabit.

APA KATA DATO MAHFUZ OMAR.....

Posted: 04 Sep 2015 04:30 AM PDT



TINTA UCAPAN TERBUKA MAHFUZ OMAR (PAS) KEPADA PARTI PEKERJA (GHB) MEMBERI CONTOH BUAT SEMUA BAHAWA BELIAU SEORANG PEMIMPIN YANG PROFESIONAL & BERJIWA RAKYAT ...

1. Saya mengambil kesempatan sebagai Ahli Parlimen mengucapkan selamat datang kepada Parti Politik baru dalam negara Malaysia. Kelahiran Parti Pekerja Pekerja Malaysia (Amanah Negara) pada waktu Negara Malaysia sedang dilanda krisis politik dan ekonomi akibat daripada salahguna kuasa dan korupsi kepimpinan negara diharap dapat membantu usaha pemulihan yang sedang dilakukan oleh semua pihak termasuk parti-parti pembangkang PAS,PKR, DAP, NGO dan Individu rakyat Malaysia untuk melihat negara kembali berada di landasan yang sebenar.

2. Kemunculan Parti Amanah Negara melalui pengambil alihan Parti Pekerja Pekerja Malaysia yang diusahakan oleh rakan-rakan saya tidak seharusnya dilihat sebagai suatu ancaman pada mana- mana parti politik yang sedia ada, sebaliknya kemunculan Amanah hendaklah diterima baik sebagai persaingan yang sihat daripada sudut politik dalam proses pemurnian demokrasi di Malaysia yang akhirnya akan memberikan keuntungan pada negara dan rakyat.

3. Kepada parti pembangkang yang sedia ada, dengan Kehadiran Amanah sebagai keluarga baru dalam kelompok pembangkang yang menjadi kerajaan menanti, jadikan lah perbincangan dan meja rundingan sebagai ruang mencari kata sepakat dalam mengurus dan menerajui perubahan baru Politik Malaysia.

4. Politik Malaysia memerlukan perubahan,yang seharusnya permulaan perubahan adalah daripada kepimpinan yang menerajui parti-parti politik yang ada khusus parti pembangkang. Politik Malaysia memerlukan kepimpinan politik jujur yang penuh beramanah dan bertanggungjawab untuk mengeluarkan Malaysia daripada krisis yang berpunca akibat salah guna kuasa dan ketamakan pemimpin negara.

5. Sebagai kerajaan menanti pemimpin parti-parti politik pembangkang sebijaknya tampil dengan wajah baru untuk Malaysia dengan menjauhi dari terjebak dengan permainan politik perkauman dan keagamaan sempit, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,sebalik membawa misi politik damai, berintegriti dan rahmat untuk semua.

6. Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak dan P ilihan Raya Umum yang ke 14, parti- parti pembangkang sudah seharusnya memulakan rundingan dan perbincangan untuk mencapai kata sepakat yang membawa kepada situasi menang - menang yang akan memberi kebaikan kepada rakyat dan Malaysia tercinta. 
 
Demikian, PAS dan Amanah juga tidak terkecuali daripada memikul tanggungjawab ini untuk duduk di meja rundingan dan perbincangan dengan lapang dada , fikiran terbuka dan merendahkan ego masing masing. Pertembungan sesama sendiri di dalam pilihan raya di kalangan parti pembangkang akan menyebabkan hancur berkecailah harapan rakyat yang mengharapkan sinar dan wajah Malaysia baru.

7. Kepada pemimpin parti pembangkang ingatan jujur saya pada anda semua jangan sampai rakyat juga muak dan meluat kepada anda semua hanya kerana keegoan dan kedegilan anda seperti mana rakyat muak dan meluat kepada kepimpinan negara kerana ketamakan dan salah guna kuasa. Jika ini yang berlaku rakyat akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan politik

8. Kepada rakan-rakan saya yang mendukung Amanah saya ucapkan selamat maju jaya dan terus Istiqamah dengan Islam. Siiru A'la barokatillah.

Kepada yang terus kekal dalam PAS usah gusar dengan perkembangan, usah risau apa di hadapan, cabaran pasti mendatang. Tidak cukup kita hanya sekadar berslogan "Istiqamah Hingga Kemenangan" tetapi rakyat sekali lagi terlepas daripada kemenangan untuk perubahan yang diharapkan. Semua pihak perlu bersama rakyat untuk bersama menukar angan-angan menjadi realiti dan mengubah impian menjadi kenyataan.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA"
"INILAH SLOGAN KITA"


DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

Nurul Hidayah Dapat Dato' Bukan Kerana Jasa Ketuai Kawad Wataniah

Posted: 04 Sep 2015 03:45 AM PDT


Gelaran Dato Itu Adalah Gelaran Dunia Sahaja - Nurul Hidayah Ahmad Zahid



Berikutkan tersebarnya beberapa keping gambar mengenai status gelaran Dato' yang diberikan kepada anak perempuan TPM, Nurulhidayah Ahmad Zahid baru-baru ini, beliau telah menerima kritikan daripada pengguna laman sosial.

Kerana kritikan itu, Nurul telah tampil memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan kerana menurutnya apa yang disebar mengatakan dia mendapat gelaran berkenaan kerana kerana jasa sebagai Ketua Perbarisan ketika menjadi Askar Wataniah dan menafikan gambar yang telah diedit berkenaan adalah tidak benar.

Beliau melalui laman Instagramnya telah memuatnaik status untuk menjawab semua kritikan dan tuduhan tersebut.

"Hak bersuara saya dinafikan. Tetapi sy tampil utk menafikan bahawa sy tidak pernah mengeluarkan apa2 kenyataan bahawa gelaran Dato' itu adalah kurniaan yg sy terima kerana menjadi 'Parade Commander' atau Ketua Perbarisan dlm satu acara Askar Wataniah."

"Saya tidak pernah membuat kenyataan itu," tegasnya.

Gambar yang tersebar di laman sosial menyebabkan dia dikritik ramai


Nurul memberitahu bahawa anugerah yang diterimanya itu adalah atas sumbangan dan kerjayanya sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Beliau jugak menyelar tindakan mereka yang mempersoalkan 'jasanya' sehingga membolehkan menerima gelaran tersebut.

"Untuk pengetahuan umum, gelaran Dato' TIDAK TERHAD kepada 'jasa' apa yang diberikan oleh seseorang kpd sesebuah negeri. Ia adalah satu kurniaan daripada Sultan kepada sesiapa sahaja yg Tuanku kehendaki,"

"Walaubagaimanapun, gelaran Dato' itu adalah gelaran didunia sahaja. Yang akan mengangkat kita di akhirat kelak adalah pahala daripada amal kebaikan yang kita lakukan semasa hidup. Kepada yang menyebarkan fitnah, kita akan berjumpa kelak di mahkamah Allah," katanya.

Menurut kenyataannya lagi, beliau yang memegang jawatan sebagai Leftenan Muda Askar Wataniah tidak akan mudah untuk memalukan angkatan Askar Wataniah yang disanjungan tinggi olehnya.


Nama Nurul kebelakangan ini semakin dikenali selepas beliau mengeluarkan kenyataan mengenai perhimpunan BERSIH 4 yang disifatkan olehnya sebagai kerja bodoh dan sia-sia. - Siakapkeli.my

Adik Sultan Johor Hina Mufti, Bahlol! “Apa kejadah nie!!! Lagi satu bahlol”.

Posted: 04 Sep 2015 03:00 AM PDT


Zar Ali's photo.
Demikianlah antara kenyataan berbaur penghinaan yang dilemparkan kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria oleh Tunku Aris Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Sultan Iskandar.
\
Kenyataan yang dibuat melalui akaun Facebooknya itu bertujuan menyelar fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Perak mengenai hukum mengulingkan kerajan.

Harussani sebelum ini berkata, sekiranya pemerintah yang dilantik itu zalim, ia menjadi jihad kepada rakyat untuk menasihatinya, bukan menggulingkannya.

"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tetapi tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak melakukan tindakan sedemikian.

"Dan disebabkan itu diwajibkan bagi setiap umat Islam untuk menasihati pemimpin dan tindakan menasihatkan pemimpin zalim itu adalah jihad terbesar," katanya memetik laporan yang dikeluarkan sebuah portal online 20 Ogos lalu.

Kenyataan Tunku Abdul Majid yang juga merupakan adinda Sultan Johor itu berjaya meraih sokongan para penyokongnya yang turut sama memperlekehkan kenyataan tersebut.

Terdahalu beliau turut dilihat menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut berhubung himpunan haram Bersih 4.0 yang disifatkan sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.

Tunku Abdul Majid turut membidas kenyataan tersebut sambil menggesa agar bekas mufti itu tidak lagi membangkitkan isu halam haram berhubung isu tersebut.

"Apa ke jadah ni!!!.

"Noh Gadot ni dulu cita2 nak jadi menteri umno tapi tak dapat perkenan Almarhum jadi tak payahlah bangkitkan isu halal dan haram dalam ini. 

Memilih pemimpin dan mengundi adalah Hak rakyat dalam sistem Raja berpelembagaan, hal ehwal orang melayu dan agama islam adalah tanggung jawab raja-raja melayu. 

Takde cakap pun berhimpun itu halal atau pun haram" ujarnya melalaui akaun Facebooknya.

VIDEO PANAS Mat Said dedah rahsia kelahiran 1MDB di Kemaman FULL

Posted: 04 Sep 2015 02:15 AM PDT

.








.....Syabas !! DS Ahmad Said - habis dia bongkar !! Padan muka pemimpin2 UMNO - rahsia sudah terbuka termasuk pemimpin2 dan perwakilan2 UMNO Sabah. 
MALU LAH !! Semuanya RASUAH.

VIDEO - Datuk Seri Shafie Apdal ucapan dasar Bahagian Semporna 2015

Posted: 04 Sep 2015 01:30 AM PDT


VIDEO - YAB MB KEDAH : Ucapan perasmian UMNO Kampar (full)

Posted: 04 Sep 2015 12:45 AM PDT


VIDEO - Najib di wang neraka bangkitkan kemarahan - IGP - Written By canang

Posted: 04 Sep 2015 12:00 AM PDT