Khamis, 3 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Amanah: 35 000 Borang Keahlian Habis dalam Tiga Hari

Posted: 03 Sep 2015 11:15 PM PDT

KUALA LUMPUR - Sambutan luar biasa diterima Parti Pekerja Malaysia apabila 35,000 borang keahlian yang dicetak habis dalam masa tiga hari selepas parti itu dilancarkan semula.

Setiausahanya, Anuar Tahir berkata, ketika ini mereka sedang melakukan cetakan borang baru untuk diedar ke beberapa negeri lagi termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Sambutan luar biasa, kami juga terkejut kerana baru sahaja pelancaran rasmi dibuat sudah ramai yang berminat.

"Kita dalam proses mencetak borang keahlian baru dan dijangka dalam tempoh sebulan ini kita boleh capai 50,000 keahlian," katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya adakah 35,000 borang itu sudah diisi dan diserahkan semula kepada pihak parti.

Beliau berkata, sebahagian besarnya sudah dikembalikan kepada parti bagaimana masih belum mendapat angka rasmi.

Menurut Anuar, pada 16 September depan Parti Pekerja Malaysia akan bertukar nama kepada Parti Amanah Negara.

"Kita sudah mengemaskini proses perundangan bagi penukaran nama parti. Setakat ini itulah nama yang diputuskan (Parti Amanah Negara)," katanya.

Tambah beliau lagi, keahlian yang diterima kebanyakan adalah bekas ahli Pas dan daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas.

"Majoriti yang masuk parti kita ada Melayu, kedua India dan sebilangan kecil sahaja Cina. Walaupun membawa wadah Islam namun kita terbuka pada semua kaum," katanya. - Sinar Harian/3/9/15

Mat Sabu: Peganglah pandangan paling ringan MALAYSIAKINI

Posted: 03 Sep 2015 10:30 PM PDT


 


Parti Amanah Negara (AMANAH) menasihatkan anggota parti itu supaya tidak berpegang kepada satu pandangan dan mazhab sahaja dalam kontroversi baiah melibatkan pemimpinnya.

Pengerusinya Mohamad Sabu berkata pandangan pelbagai pihak perlu diambil kira, termasuk oleh sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Al-Qaradhawi, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Pulau Pinang Wan Salim Mohd Noor.

"Sekali lagi saya menyeru kepada mereka yang terlibat dalam hal ini agar meletakkan kesabaran paling tinggi dan bertawakal kepada Allah.

"Dan pada masa yang sama, berpeganglah kepada pandangan yang paling ringan di antara pandangan-pandangan ulama yang boleh diterima pakai," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Mohamad juga meminta semua anggotanya, terutamanya daripada PAS, supaya mempunyai kesabaran paling tinggi terutama dalam menghadapi isu baiah.

"Sesungguhnya, ini adalah sebahagian ujian kecil yang sedang kita lalui bersama, dan banyak lagi ujian besar yang kita akan hadapi.

"Paling penting adalah, untuk kita melepasi ujian-ujian ini dan pada masa sama mencapai keredaan Allah sebagai matlamat tertinggi kita," katanya yang juga bekas timbalan presiden PAS.

Mohamad mengisytiharkan mengaktifkan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang mahu dijenamakan semula sebagai AMANAH.

Parti berteraskan Islam tetapi terbuka kepada bukan Islam itu dijangka mengganggotai gabungan pembangkang baru bersama DAP dan PKR.

PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar taat setia.
Di sesetengah negeri ia melibatkan lafaz cerai talak tiga, seperti kes melibatkan anggota parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli di Kelantan.

Pertikaian kembali panas selepas menteri besar Kelantan yang juga timbalan mursyidul am PAS Datuk Ahmad Yaakob semalam berkata pernikahan Hatta secara automatik terbubar.

Sementara itu, di Selangor, dua wakil rakyat PAS Khalid Samad dan Dr Mariah Mahmud akan membayar kafarah (denda) dengan memberi makan seratus orang fakir miskin kerana melanggar baiah esok.


'Jangan buang masa siasat Dr M sertai BERSIH 4' MALAYSIAKINI

Posted: 03 Sep 2015 09:45 PM PDT

 


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggesa polis supaa tidak membazirkan masa memanggil dan soal siasat Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyerati himpunan BERSIH 4.

"Jangan buang masa kamu. Tiada keperluan memanggil beliau kecuali jika beliau melakukan kesalahan" kata Nazri dalam sidang medianya di Kuala Lumpur petang ini.

Nazri berkata bekas perdana menteri itu tidak pergi ke demonstrasi untuk melontar bom, memecahkan pintu atau tingkap, jadi tiada masalah beliau menyertai protes.

MP Padang Rengas itu menggesa pihak yang menyatakan Dr Mahathir menyertai perhimpunan itu salah, sebaliknya menukarkan pandangan bahawa tokoh itu hadir bagi mempromosikan kerajaan dan menunjukkan ia satu pentadbiran yang menjaga warga emas.

Hujung minggu lalu, Dr Mahathir bersama isterinya Tun Dr Hasmah Mohamad Ali mengejutkan pelabagai pihak kerana menyertai demonstrasi BERSIH 4 yang berlangsung di Dataran Merdeka selama 34 jam.


DHPP S'ngor Keluar PAS Sertai Amanah, PAS Selangor Bakal Berkubur(?)

Posted: 03 Sep 2015 09:00 PM PDT


Pushpa Nagiah Vengdesa yang sebelum ini merupakan ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor menunjukkan borang keahlian baru selepas menyertai Parti Amanah Negara.

Pemuda, Wanita DHPP Selangor umum keluar PAS, sertai Amanah

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor Rajkumar Batumalai, bersama Ketua Wanita DHPP Selangor Pushpa Nagiah Vengdesa mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) bersama anggota jawatankuasa mereka.


10-0 : REKOD TERBURUK DALAM SEJARAH BOLA SEPAK NEGARA

Posted: 03 Sep 2015 08:39 PM PDT




Skuad kebangsaan, Harimau Malaya tewas 10-0 kepada UAE pada perlawanan ketiga Kumpulan A saingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, malam tadi.

UAE mendahului 4-0 pada 25 minit pertama permainan menerusi jaringan Mohanad Salem pada minit ke-16, Ali Mabkhout (m-22), Ahmed Khalil (m-23) dan Habib Al Fardan (m-25).

Jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh kemudian membawa keluar penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat dan memasukkan Zamir Selamat pada minit ke-29.

Namun ia tetap tidak dapat menghalang UAE kendalian Mahdi Ali menambah tiga lagi gol menerusi jaringan kedua peribadi Khalil dan Mabkhout pada minit ke-29 dan ke-33 serta jaringan Mohamed Ahmed, minit ke-39.

Kedudukan separuh masa pertama, UAE mendahului 7-0.

Babak kedua bersambung, Malaysia cuba menguji benteng pertahanan UAE, namun percubaan Junior Eldstal pada minit ke-51 sedikit tersasar manakala rembatan Amri Yahyah tiga minit kemudian tepat ke arah penjaga gol UAE, Ali Khasif.

Dollah kemudian terpaksa memasukkan penjaga gol ketiga, Khairul Azhan Khalid pada minit ke-62 selepas Zamir mengalami kecederaan.

Gawang Malaysia terus dibolosi apabila Khalil dan Mabkhout masing-masing melengkapkan hatrik menerusi jaringan minit ke-70 dan ke-75 untuk kedudukan 9-0.

Khalil melengkapkan jaringan keempat peribadinya menerusi gol ke-10 UAE pada minit ke-78.

Seterusnya, Malaysia akan menanti kunjungan Arab Saudi yang membelasah Timor Leste 7-0 di laman sendiri malam tadi, untuk perlawanan keempat di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

KOMEN JURULATIH MALAYSIA, DOLLAH SALLEH

"Saya tak tahu apa terjadi malam ini terutama bahagian pertahanan. Kami beri gol-gol mudah. Tiga atau empat gol boleh dianggap gol mudah dan semuanya membawa kepada kemusnahan kepada pasukan kami.

"UAE juga mempamerkan persembahan cukup baik terutama Omar Abdulrahman (pemain No 10), seorang pemain cukup hebat dan dia ternyata 'membunuh' setiap pemain kami.

"Saya tak jangka boleh kena sampai 10 gol. Memang saya tahu bukan mudah nak menang di sini dan sebab itulah saya letak sasaran mahu seri. Tapi dengan cara UAE bermain dan pemain kami pula saya tak tahu apa jadi kepada mereka, segalanya musnah.

"Seperti yang saya katakan, persiapan kami hanya tiga ke empat hari. Bukan mudah nak main macam UAE yang saya katakan mereka pasukan terbaik di Asia. Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE.

"(Ditanya adakah dirinya akan meletak jawatan) Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini."

UAE: 1-Ali Khasif (K); 18-Mohammed Fawzi (19-Ismail Ahmed 32'), 6-Mohanad Salem, 23-Mohamed Ahmed, 3-Walid Abbas; 10-Omar Abdulrahman, 4-Habib Fardan (15-Ismail Al Hammadi 64'), 5-Amer Abdulrahman, 8-Majed Hassan; 7-Ali Mabkhout, 11-Ahmed Khalil (2-Mohamed Al Akbari 79').

MALAYSIA: 22-Khairul Fahmi Che Mat (1-Zamir Selamat 29') (23-Khairul Azhan Khalid 62'); 16-S Kunanlan, 2-Afif Amiruddin, 15-Junior Eldstal, 6-Amirizdwan Taj Tajuddin (13-Razman Roslan 37'), 21-Zubir Azmi; 19-Wan Zack Haikal Wan Nor, 8-Safiq Rahim (K), 13-Nasir Basharudin, 12-Ahmad Hazwan Bakri; 17-Amri Yahyah.

Pengadil: Abdulrahman Ibrahim Al Jassim (Qatar)

Senarai 6 digantung keahlian termasuk Muhyiddin 9 September ini?

Posted: 03 Sep 2015 08:00 PM PDT


 

Tan Sri Muhyddin Yassin antara 6 orang yang akan digantung keahlian mereka ketika mesyuarat Majlis Tertinggi 9 September ini. 

Beliau akan  digantung tugas sebagai Timbalan Presiden sehingga 2018, lapor Free Malaysia Today dan akan dipangku oleh dua Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Keputusan tidak memecat Muhyiddin kerana mahu mengelak perpecahan lebih teruk dalam UMNO lapor sumber kepada FMT.

MT juga dijangka akan mengekalkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Naib Presiden UMNO.

Keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli UMNO terus kekal walaupun bekas Perdana Menteri menyertai Bersih 4.0 baru-baru ini.

Khabar angin tersebar ketika ini mendakwa Muhyiddin bersama enam yang lain akan dipecat dalam mesyuarat MT pada 9 September ini.

Mereka ialah Shafie, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman dan Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris.

BH Memang Bodoh ! Jualan T - Shirt Sahaja Mencecah 55 Ribu Helai ?

Posted: 03 Sep 2015 07:30 PM PDT


Bersih 4.0 tiada sambutan, hanya 22 000 

hadir – BH


Bersih_BH
Menafikan kejayaan perhimpunan Bersih 4.0, akhbar Berita Harian versi Online melaporkan perhimpunan tersebut tidak mendapat sambutan apabila hanya kira-kira 22,000 menyertainya dan 80 peratus adalah Cina.

Akhbar itu membuat laporan pembangkang menerima tamparan hebat apabila Pas tidak menyokong dan keadaan itu menjelaskan sambutan dingin yang diterima berbanding hampir 100,000 dalam himpunan seumpamanya sebelum ini.

Berita harian juga menyebut Bersih 4.0 sebagai platform mempromosi Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dizahirkan dengan kehadiran Pengerusinya, Mohamad Sabu.

Laporan berita itu dimuatnaik di laman Facebook BH Online dan menerima lebih 5,000 komen yang hampir kesemua mempertikaikan angka itu.

Pengguna media sosial memperikaikan angka yang diberikan itu yang sama sekali jauh berbeza dengan gambar-gambar yang menunjukkan lautan manusia berbaju kuning di Dataran Merdeka.

Media antarabangsa seperti Al Jazeera melaporkan lebih 50,000 menyertai perhimpunan aman itu, lapor FMT.


 
BH sememangnya "MANGKUK HAYUN" - Jualan T - Shirt sahaja mencecah 55 Ribu helai, kalau hanya 22 ribu yang hadir, kemana baki T - Shirt yang dibeli, emak bapak pekerja2 BH ka yang pakai? 
 
BANGSAT betul lah hangpa semua ni....penjilat JUBUR NAJIB DAN ROSMAH KA ?

Najib Dengan Taib Mahmud Akan Ditangkap ??

Posted: 03 Sep 2015 07:00 PM PDT

NGO Nightmare For Najib and Taib - Under Global Scrutiny At Second Day Of Anti-Corruption Conference

3 Sep 2015

Couldn't stand the heat - confirmed that Najib did not dare confront a critical international audience
Couldn't stand the heat – confirmed that Najib did not dare confront a critical international audience
Senior Malaysian officials were left defending their leaders against a host of critics at the second day of the Anti-Corruption Conference in Kuala Lumpur today.

It followed yesterday's powerful speech by Transparency International's Chief Executive Jose Ugaz, who stated that Malaysia was facing a "corruption crisis" and that Prime Minister Najib Razak should answer questions linked to 1MDB.

Today both Najib Razak and Sarawak's Former Chief Minister and current Governor Taib Mahmud were under scrutiny during one of the NGO's liveliest ever conferences, conducted against the backdrop of the 1MDB scandal.

In a response to online news-portal Malaysiakini today, Transparency International embarrassingly confirmed that Najib Razak had been warned that he could face tough questioning from participants and this was the reason he had withdrawn from the opening session.
"We did not cancel the prime minister's invitation. We advised that if he were to come to the conference he would be asked hard questions – i.e. the ones in the speech yesterday."
Najib's former advisor and Transprency International co-founder Michael J. Hershman expressed his disappointment that simple questions remain unanswered by the Prime Minister.
Najib's former advisor and Transparency International co-founder Michael J. Hershman expressed his disappointment that simple questions remain unanswered by the Prime Minister.

Slamming the failure to answer key questions over 1MDB and payments to Najib Razak, Transparency International's co-founder and a former anti-corruption advisor to Najib Razak and the Malaysian Government, Michael J. Hershman stated that his Malaysian host should expect to drop places in the TI Corruption Index due to the ongoing 1MDB scandal.

Hershman argued it should be easy for the Prime Minister and former client to answer simple questions that remain unanswered.
"My advice to the prime minister would be not to cover up, not to obstruct justice because it doesn't work. Tell the truth about where did the money come from and address the accusation.

If he did something wrong, then ask for forgiveness and face the consequences. The truth will come out and in my experience the sooner it comes out the better it is for the accused and for the country.

If it [the US$681 million in Najib's account] came from the Middle East, who did it come from? When did it come and for what purpose? These are very simple questions. There is no reason for a panel for investigations. Just tell the truth. Get it out in the public.

He has missed the opportunity to explain the truth here. I respect him and I believe in his integrity… I am still willing to believe in him but he has got to come forward and tell the truth."

Other critics included European Law-maker Ana Maria Gomes, who said that in any other country the leader would have resigned.

Greenpeace's International Director, Kumi Naidoo, added that the US$700 million donation was "highly suspicious and highly irregular", and noted that authorities would have sprung into action if it involved an ordinary citizen.

Whilst Amnesty International's Secretary General, Shalil Shetty, called for the Malaysian Government to show more "transparency" and to end the "curb on freedom of expression" in the country.

No escape either for Taib Mahmud!

Sarawak Report has investigated and reported extensively on corruption linked to Taib Mahmud and his family. 


Sarawak Report has investigated and reported extensively on corruption linked to Taib Mahmud and his family.

Unlike Najib Razak, Sarawak's Chief Minister Adenan Satem did decide to face critics, taking part as a panelist at the conference today, having recently stated that Sarawak would "fully support" the Prime Minister.

Adenan has impressed audiences with his now familiar mantra that he  wants to erase admitted past corruption and stop timber concessions – as well as allow some banned individuals back into the state.

However, it was Adenan's defence of former Chief Minister and current Governor Abdul Taib Mahmud which raised the hackles of informed critics today.

When quizzed by Global Witness co-founder Patrick Alley if he would acknowledge that Taib and his family are the root of problems in Sarawak and if he would freeze the assets of Taib, Adenan stated that:
"You have allegations against my predecessor? For your information, he has been investigated by the MACC. We know that he has not been charged."
To which Alley responded that:
"The main theme of this conference is 'Ending impunity'. I would argue that Taib has enjoyed impunity. I do not think that the fact he has not been brought before a court reflects his 'clean bill of health'. He is either corrupt or an incredibly successful businessman."
As the Taib family-owned Sarawak Cable received yet another lucrative contract today, we tweeted our own thoughts on the matter.
As the Taib family-owned Sarawak Cable received yet another lucrative state contract today, we tweeted our own thoughts on the matter.

The three-day conference attended by 1,000 delegates from 130 countries ends in Kuala Lumpur tomorrow.


Mukhriz Dipecat? Mukhriz belum terima makluman beliau antara 7 akan dipecat

Posted: 03 Sep 2015 06:30 PM PDT



ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menganggap mesej mengenai pemecatan beliau bersama enam pemimpin UMNO lain yang tersebar melalui WhatsApp sejak malam semalam, sebagai perkara yang tidak wujud.

Malah, Mukhriz yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, mengesahkan tidak menerima sebarang makluman mengenai soal pemecatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah daripada UMNO Pusat.

"List (senarai) ni macam-macam, ...tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tak boleh la nak bagi respon.

"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan UMNO Pusat.

"Jadi saya tak boleh nak terima lagi komen-komen kononnya maklumat dan berita itu telah disahkan," katanya ditemui di sini, pagi ini selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-32 Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK).

- bharian




Pijak Gambar Hadi - PAS Dan Umno Bergabung Buat Laporan Polis Bersama

Posted: 03 Sep 2015 06:00 PM PDT




Syed Saddiq Balas Kenyataan Anak Zahid Hamidi, Dikongsi Lebih 5,000 kali di Facebook

Posted: 03 Sep 2015 05:30 PM PDT


Baru-baru ini, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Nurul Hidayah, mencuri perhatian apabila dia memuat naik beberapa posting Facebook yang mengkritik tindakan penyokong Bersih berhimpun baru-baru ini.

Dikritik hebat oleh netizens, Nurul Hidayah tampil dengan berkata sebagai warganegara Malaysia, dia ada hak untukbersuara.

Seorang pendebat, yang menggunakan nama Facebook Syed Saddiq tampil membalas kenyataan dari Nurul Hidayah.

"Rakyat Malaysia yang menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 juga ada hak untuk bersuara, tapi perhimpunan mereka diisytiharkan haram," kata Syed Saddiq.

"Penjawat awam juga ada hak untuk bercakap, tapi mereka diugut dengan tindakan disiplin.

"Pekerja Malaysia di Sarawak Report dan The Edge juga berhak untuk bersuara, tetapi telah dikekang oleh larangan dari kerajaan.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin juga ada hak untuk bercakap, tapi mereka dihukum kerana bersuara untuk rakyat.

"Tun (Dr) Mahathir (Mohamad), bekas Perdana Menteri yang dihormati ramai juga ada hak untuk bercakap, tetapi beliau dipanggil untuk siasatan," tulis Syed Saddiq.

Selain dari itu, Syed Saddiq juga turut berkata walaupun berbeza pendapat dengan Nurul Hidayah, tidak bermakna Nurul Hidayah tidak mempunyai hak untuk bersuara.

"(Bersuara) adalah hak kamu. Ia adalah hak kami. Ia adalah hak Malaysia selamanya.

"Mari mempertahankannya," akhiri Syed Saddiq.

Kenyataan balas oleh Syed Saddiq mendapat 17,000 likes dan lebih dari 5,000 shares.

Sebelum ini, Nurul Hidayah menyifatkan tindakan penyokong bersih berhimpun sebagai tindakan bodoh. Kenyataan tersebut mencetus pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.



sumber : Sinar Harina.



Dipecat dari Umno? Mukhriz kata tidak terima notis

Posted: 03 Sep 2015 05:00 PM PDT

Satu mesej yang dikesan tersebar luas sejak semalam mendakwa mesyuarat majlis tertinggi Umno pada 9 September ini akan memutuskan pemecatan tujuh orang pemimpinnya.

Antara nama yang disebut dalam sebaran tersebut termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan MB Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mengulas perkara itu, Mukhriz Mahathir ketika ditemui pemberita hari ini berkata beliau tidak menerima apa-apa notis berhubung perkara itu.

Mukhriz berkata beliau tidak menganggapnya sebagai maklumat yang sah melainkan jika ia diterima dari Umno pusat.

"Senarai ini macam-macam... tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tidak boleh bagi respon.

"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan Umno pusat.

"Jadi saya tak boleh nak terima lagi komen kononnya maklumat dan berita itu telah disahkan," katanya kepada pemberita di Kedah.

Sementara itu, naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan tersebut hanyalah satu khabar angin yang tidak berasas.

Katana beliau sendiri tidak tahu menahu jika mesyuarat tersebut sememangnya akan membincangkan perkara itu.

"Jika ada pihak tertentu yang mahu terus percaya khabar angin berkenaan, terpulanglah tapi saya sendiri pun masih tidak tahu apa agenda mesyuarat itu nanti," katanya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian Online.

Turut disebut dalam sebaran di Whatsapp itu ialah naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan MP Kulim Bandar Baru MP Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Tiga lagi nama ialah bekas MB Terengganu Datuk Ahmad Said, bekas exco Perak Datuk Hamidah Osman dan MP Sepanggar Datuk Jumat Idris.

Muhyiddin dan Shafie digugurkan daripada barisan jemaah menteri pada bulan lalu ekoran kritikan mereka ke atas perdana menteri dan juga isu 1MDB.-MalaysiaKini

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

Adenan Satem digesa buktikan janjinya, bertindak terhadap Taib

Posted: 03 Sep 2015 09:00 AM PDT

Aktivis anti rasuah memberitahu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem kekebalan pendahulunya, Tun Abdul Taib Mahmud daripada sebarang dakwaan perlu berakhir jika mahu rakyat percaya kepada janjinya untuk menamatkan rasuah dalam industri pembalakan tempatan.

Pengarah Global Witness Patrick Alley memberitahu perkara itu kepada Adenan yang turut berkongsi pentas dengannya sebagai ahli panel membincangkan tentang rasuah dalam pelaburan dan pembangunan semasa Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa di Kuala Lumpur.

Taib merupakan ketua menteri Sarawak sebelum Adenan dari 1981 hingga 2014.

Taib kemudian diangkat menjadi yang dipertua Sarawak walaupun pelbagai dakwaan yang mengaitkan kekayaannya dan keluarga diperoleh hasil pembalakan hutan Sarawak.

Adenan ketika mengambil alih pentadbiran berjanji untuk menamatkan rasuah dalam industri pembalakan negeri.

Alley mewakili organisasinya terlibat dalam penerbitan dokumentari pada 2012 mengenai rasuah pentadbiran Taib juga menggesa Adenan mengambil tindakan terhadap Taib bagi membuktikan janjinya.

"Jika tidak menamatkan kekebalannya dan melihat apa yang berlaku dulu bagaimana kamu mahu mengubah masa depan? Apa yang terjadi di Sarawak sudah diketahui seluruh dunia," kata Alley dalam sesi perbincangan bertajuk "Keamanan, Kesamarataan dan Keadilan Sosial: Melawan rasuah dalam pelaburan dan pembangunan menjangkaui 2015".

Alley berkata, Adenan perlu sekurang-kurangnya membekukan aset Taib, keluarga dan kroninya. –TMI


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Lester buat tuduhan baru kaitkan Dr M dengan Clare

Posted: 03 Sep 2015 08:30 AM PDT




Bekas wartawan Lester Melanyi membuat dakwaan baru terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Kali ini beliau mengaitkan Rewcastle Brown dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lester bagaimanapun tidak memberikan bukti lanjut ketika diasak wartawan dalam sidang media sebuah NGO dinamakan Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) di Petaling Jaya.

Lester mendakwa terdapat rakaman suara perbualan telefon antara Mahathir dan Rewcastle Brown.

"Mahu Clare tulis sesuatu menentang kerajaan," dakwanya sambil ditemani oleh penasihat undang PMSP Zakwan Hafiz Ahmad Ansari.

Lester berkata beliau tahu berhubung rakaman itu dan kandungannya oleh seorang kerani, "Amy Whitefield, susulan amalan biasa Sarawak Report.

Zakwan pula berkata tidak mempunyai rakaman itu dan terpulang kepada polis untuk menyiasatnya.

Amy ketika dihubungi menolak dakwaan itu dan berkata sudah tidak berhubung dengan Lester sejak 2012.

Julai lalu, Lester mendakwa mempunyai bukti e-mel yang Rewcastle Brown didakwa megaku mereka-reka maklumat terhadap Razak dalam laman pembocor maklumat yang dikendalikannya.

Rewcastle Brown bagaimanapun selepas itu mendedahkan e-mel yang menunjukkan bahawa urusan surat menyuratnya dari Lester diedit sebahagiannya.

Rewcastle Brown, seorang wartawan penyiasatan, melaporkan dakwaan penyaluran RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

Rewcastle Brown yang berpangkalan di United Kingdom ketika dihubungi berkata Lester mengambil kesempatan ketika beliau tidak berpeluang mempertahankan diri di Malaysia.-MalaysiaKini

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Lagi tekanan antarabangsa untuk penjelasan ‘derma RM2.6 bilion’ Najib

Posted: 03 Sep 2015 07:45 AM PDT


Seorang lagi aktivis anti-rasuah global memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berterus-terang mengenai derma RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, berkata "taktik melambat-lambatkan" yang digunakan untuk menghalang siasatan tidak akan berkesan dalam jangka masa panjang.

Pengasas Bersama Transparency International (TI) Michael J. Hershman berkata, ketidakupayaan Najib menangani soalan mengenai sumbangan itu menjejaskan kredibiliti sebagai perdana menteri.

"Nasihat saya kepada perdana menteri adalah jangan berselindung, tidak menghalang keadilan kerana ia tidak berkesan.

"Katakan yang sebenarnya tentang dari mana wang itu datang dan tangani tuduhan itu. Dan jika beliau melakukan sesuatu yang salah, minta maaf dan berhadapan dengan akibatnya," kata Hershman di Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah 16 (IACC) di mana Malaysia menjadi tuan rumah.

Katanya, sebarang penangguhan tidak akan menghilangkan semua dakwaan.

"Perkara sebenar akan diketahui dan daripada pengalaman saya, lebih cepat ia dikeluarkan adalah lebih baik bagi tertuduh dan negara," katanya.

Hershman berkata penjelasan yang diberikan setakat ini tidak cukup baik.

"Jika ia datang dari Timur Tengah, daripada siapa? Bila ia diterima dan untuk tujuan apa? Ini adalah soalan yang sangat mudah," kata Hershman.

Tambahnya, memandangkan Najib mempunyai kawalan akaun, beliau pasti tahu dari mana ia datang.

"Tiada sebab menubuhkan panel untuk siasatan. Hanya beritahu kebenaran. Nyatakannya secara publik," katanya.

Reaksi awal Najib terhadap laporan The Wall Street Journal berhubung wang dalam akaun beliau pada awal Julai adalah penafian mengambil dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk kepentingan peribadi.

Kemudian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dana sebagai sumbangan politik daripada seorang penderma Timur Tengah.

Najib dan pemimpin Umno yang lain kemudian mula mengatakan dana itu adalah untuk kepentingan parti, dan beliau sebagai presiden parti mempunyai kuasa memegang wang sebagai amanah bagi pihak Umno.

Tetapi Hershman berkata Najib terlepas peluang bercakap kepada penonton global pada IACC.

"Beliau terlepas peluang menjelaskan kebenaran di sini. Saya menghormati beliau dan percaya terhadap integriti beliau. Saya masih bersedia untuk mempercayainya tetapi beliau perlu tampil ke hadapan dan bercakap benar," kata pegawai TI.

Beliau juga menegaskan Najib melakukan banyak perkara bagi SPRM, sambil menambah ia adalah salah sebuah agensi anti rasuah dibiayai terbaik di dunia dan ia sebahagiannya disebabkan dasar-dasar Najib.

Hershman ialah seorang daripada ahli panel pada sesi bertajuk "Fighting Corruption by Authorities: What worked and what went wrong" di IACC yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Persidangan 3 hari ini dihadiri 1,000 perwakilan dari 130 buah negara berakhir esok. – TMI


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Pemecatan Muhyiddin dan Shafie hanya khabar angin, kata Hishammuddin

Posted: 03 Sep 2015 07:04 AM PDT

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan bersidang pada 9 September ini akan memecat atau menggantung keahlian Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, hanyalah khabar angin.

"Ini khabar angin kalau tidak saya sebagai naib presiden akan tahu jika ia merupakan agenda tetap," katanya selepas menghadiri majlis bersama kepimpinan negara pada Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Batu Pahat, hari ini.

Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan berkata demikian ketika mengulas mengenai khabar angin MT akan mengambil tindakan memecat atau menggantung keahlian Muhyiddin dan Shafie pada mesyuarat Rabu depan.

Beliau juga tidak pasti sama ada kedudukan Muhyiddin dan Shafie akan dibincangkan sebagai salah satu agenda dalam mesyuarat itu.

"Tidak semestinya perkara ini berbangkit pun. Ini perkara yang dihebohkan di sosial media dan sebagainya. Macam mana mereka (media sosial) nak tahu apa nak dibincangkan dalam MT. Saya sebagai ahli MT pun tidak tahu.

"Tidak mungkin kita nak layan benda-benda (khabar angin) macam ni, mungkin tidak berlaku pun," katanya.

Beliau berkata masih ada banyak perkara yang lebih penting untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu terutama yang berkaitan dengan kepentingan negara.

"Saya nak wujudkan satu kesedaran kita tiada masa untuk berpecah sesama kita kerana agenda lebih besar adalah melihat kepada ekonomi negara. (Kita) hendak lihat kepada kestabilan, keselamatan dan pertahanan negara," katanya.

Katanya, bagi menangani semua perkara itu, ahli Umno perlu bersatu dalam satu pasukan. – Bernama


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Bersih 4.0: Tun M Di Luar Negara, Kembali Dari Jordan 9 September

Posted: 03 Sep 2015 06:15 AM PDT


Bersih 4.0: Tun M Di Luar Negara, Kembali Dari Jordan 9 SeptemberPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad buat sementara waktu tidak dapat disoal siasat oleh pihak polis berhubung kehadirannya pada perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu lalu berikutan beliau kini berada di luar negara sehingga 9 September.

Menurut pembantu peribadinya, bekas perdana menteri itu ketika ini sedang membuat kunjungan ke Jordan.

"Ia bergantung kepada polis untuk memanggil Dr Mahathir pada bila-bila masa yang mereka mahu. Bagaimanapun, beliau ketika ini di luar negara," katanya pada Rabu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Rabu berkata, bekas perdana menteri itu bersama ahli politik lain termasuk Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung perhimpunan Bersih 4.0.

Pada malam Sabtu lalu, Dr Mahathir bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membuat kunjungan mengejut ke Dataran Merdeka.

Beliau kemudiannya membuat kemunculan kedua pada hari berikutnya dan memberikan ucapan pada perhimpunan itu dengan mendakwa pemimpin Umno terlibat dengan rasuah.

Dr Mahathir kemudiannya menjelaskan menerusi kenyataan di blognya bahawa penyertaan beliau dalam perhimpunan itu bagi menunjukkan solidariti namun beliau bukan penyokong penganjur himpunan itu, Bersih 2.0.- Mstar



Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com



Zar Ali's photo.Zar Ali Jalan terbaik PM Najib kena bertolak ansur dan BEBASKAN DS ANWAR IBRAHIM - lantik DS Anwar sebagai PENASIHAT EKONOMI NEGARA - Lagipun DS Anwar adalah Menteri Kewangan TERBAIK selama 8 tahun.

JIKA IKUT LANGKAH ANINA AHLI UMNO AKAN DIPECAT BERAMAI RAMAI Oleh Zainuddin Maidin

Posted: 03 Sep 2015 05:30 AM PDT

TSMY tidak dibuang keahlian.. MKT buat keputusan hanya MENGANTUNG tugas dan jawatan Timb. President UMNO sehingga 2018. TP UMNO tugasnya di ampu oleh Naib-naib President. Shafie kekal. Tun M kekal as ahli jer. Pak Zam kena kuat cari fakta. Jgn campur AUTA sebagai INFOTEIMENT.

KOMEN SAYA: INFORMASI INI MACAM DARI SUMBER DALAM YANG BOLEH DIPERCAYAI . MUNGKIN ADA KEBENARANNYA. KITA TUNGGU 9 SEPTEMBER-Zam

UMNO akan hadapi cabaran lebih besar sekiranya ahli ahli UMNO yang lain;ketua cawangan,bahagian atau ahli biasa mengikuti langkah wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin menyaman Presiden UMNO Datuk Seri Najib di Mahakamah atas dakwaan menipu anggota UMNO mengenai RM2.6billion yang dimasukan kedalam akaunnya.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Anina telah dipecat dari ahli UMNO kerana tindakannya itu berasaskan pekara 20.7 Perlembagaan UMNO yang tidak membenarkan ahli-ahli membawa pekara parti ke mahkamah.

Bagaimanapun tidak mustahail ahli- ahli UMNO yang anti Najib yang memendam rasa di seluruh negara akan senghaja mengambil tindakan ini di sana sini menjelang mesyuarat MKT pada 9 September ini.

Mesyuarat ini dikatakan akan mengambil tindakan memecat Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO dan juga Tun Dr.Mahathir sebagai ahli UMNO.

Langkah untuk menjustifikasikan tindakan terhadap Mahathir di mata umum telah pun didahuli dengan berita siasatan polis terhadapnya dan juga laporan terbaru mengenai hubungannya dalam mempengaruhi laporan Sarawak Report

Dalam pada itu ramai pula yang mengikuti langkah Anina ,maka apakah MKT UMNO akan mengambil tindakan yang sama seperti yang dilakukan terhadap Anina atau membiarkannnya sahaja kerana tindakan telah pun diambil terhadap Anina? Apapun ini tentunya akan mendedahkan lagi tidakkan bertubi-tubi UMNO dengan apa juga cara untuk mempertahankan Najib.



Seorang anggota Tribunal Displin UMNO Malaysia Megat Najamuddin Megat Khas mempersoalkan kesahihan tindakan terhadap Anina itu sekiranya tidak diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Bahagian pentadbiran UMNO sahaja tidak boleh mengambil tindakan terhadap Anina, kata Megat Najamuddin dalam interviu dengan Astro.-BlogSpot

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Mahkamah arah Najib, 3 individu bela diri berhubung dakwaan terlebih belanja PRU13 OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 03 Sep 2015 04:45 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 3 lagi individu diarah memfailkan pembelaan mereka terhadap saman berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 3 lagi individu diarah memfailkan pembelaan mereka terhadap saman berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 3 lagi individu memfailkan pembelaan mereka terhadap saman yang difailkan pembangkang berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Peguam Choo Shi Jiu yang hadir bersama-sama Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib berkata, anak guam mereka itu perlu memfailkan pembelaan menjelang 1 Oktober.

"Timbalan pendaftar (Norfauzani Mohd Nordin) memberikan arahan defendan juga perlu memfailkan permohonan menjelang 9 Oktober," katanya kepada pembeita selepas pengurusan kes.

Beliau berkata, pengurusan kes selanjutkan akan dilakukan di hadapan pesuruhjaya guaman Mohd Zaki Wahab pada 9 Oktober.

Nama lain yang diletakkan sebagai defendan adalah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tengku Adnan diberi tempoh sehingga 15 September, 1MDB sehingga 14 September, manakala SPR diberi tempoh sehingga 14 September untuk mengemukakan pembelaan mereka.

Pada 12 Ogos, PKR memfailkan saman terhadap Najib kerana melanggar undang-undang pilihan raya susulan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) di dalam akaun peribadinya.

Pada 3 Ogos, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata dana itu adalah derma.

Plaintif dalam saman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dan bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Gerakan Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad.

Nurul Izzah berkata, pendedahan itu menunjukkan rasuah dan taktik rasuah yang digunakan oleh BN untuk memenangi PRU13. – 3 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.



Zar Ali's photo.Zar Ali Jalan terbaik PM Najib kena bertolak ansur dan BEBASKAN DS ANWAR IBRAHIM - lantik DS Anwar sebagai PENASIHAT EKONOMI NEGARA - Lagipun DS Anwar adalah Menteri Kewangan TERBAIK selama 8 tahun.

Beri peluang Anwar bela diri, kata Wan Azizah kepada Jais OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 03 Sep 2015 04:00 AM PDT


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ditemu ramah media di luar bangunan Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam, hari ini. Beliau menggesa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang membuat aduan qazaf sendiri.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ditemu ramah media di luar bangunan Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam, hari ini. Beliau menggesa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi peluang membuat aduan qazaf sendiri.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi peluang keluar dari penjara Sungai Buloh dan membuat aduan qazaf sendiri terhadap peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menuduhnya meliwat pada satu forum di Kelana Jaya 17 Februari lalu, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua pembangkang itu berkata, sehingga kini permohonan Anwar untuk keluar penjara dan memfailkan aduan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditolak, disebabkan itu beliau terpaksa mewakili suaminya memfailkan afidavit.

"Sepatutnya pengadu, (iaitu) Anwar diberikan peluang membela diri dan memberi keterangan secara terus kerana afidavit ini daripada beliau.

"Sekarang terpulang kepada Jais dan mahkamah membawa Anwar keluar atau sekurang-kurangnya pegawai Jais masuk ke dalam penjara mengambil keterangan daripada Anwar," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Jais di Shah Alam, hari ini. – 3 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Orang Melayu perlu bersama Dr Mahathir tumbangkan Najib, kata bekas menteri

Posted: 03 Sep 2015 03:15 AM PDT



Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim menggesa rakyat bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada terus berkuasa.

Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim menggesa rakyat bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada terus berkuasa.

Satu-satunya cara mengeluarkan Datuk Seri Najib Razak daripada terus berkuasa ialah dengan menggerakkan rakyat di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan satu-satunya pemimpin Melayu bersedia bertindak terhadap perdana menteri, kata bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam teks ucapan beliau pada perhimpunan di Kelab Diraja Selangor dan disiarkan di blognya, Zaid yang pernah menjadi pengkritik kepada perdana menteri paling lama berkhidmat itu, menggesa rakyat berdiri teguh di belakang Dr Mahathir.

Beliau berkata ini perlu kerana negara hanya boleh mendapatkan perubahan bermakna apabila Melayu sanggup menerima perubahan, dan mereka hanya akan menerima perubahan daripada seorang pemimpin Melayu yang boleh dipercayai.

"Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu untuk berdiri teguh di belakang Dr Mahathir.

"Beliau adalah satu-satunya yang berani, mempunyai keberanian dan, saya jamin beliau mementingkan negara," kata Zaid, yang berkhidmat di dalam Kabinet di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi berhenti pada September 2008 kerana perbezaan pendapat dengan pentadbiran mengenai penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bekas menteri itu berkata, kerajaan hari ini diurus Najib dan "pak turut" , sambil menambah perdana menteri menjadi "berbahaya" kepada negara seperti dilihat dalam tindakan baru-baru ini yang menghalang siasatan dalam skandal rasuah membabitkan dirinya sendiri.

Zaid sebelum ini pernah menyertai PKR berkata, seolah-olah tiada yang mampu menghalang Najib daripada melakukan apa sahaja difikirkan untuk mengekalkan kuasanya.

"Semakin lama beliau memerintah, lebih teruk masa depan kita. Oleh itu, kita mesti bertindak dan melakukannya. Penyingkiran beliau mesti menjadi keutamaan kita bersama.

"Untuk melakukan ini hanya ada satu pilihan, sama ada kita berdiri teguh di belakang Dr Mahathir, atau kita terpaksa hidup dengan Najib untuk tempoh yang lama," tulis Zaid.

Beliau mengakui sesetengah pihak "alah kepada Dr Mahathir" tetapi mengulangi sokongan di belakang negarawan bersara itu merupakan satu-satunya penyelesaian yang boleh digunakan.

"Saya lebih suka cuba menyingkir Najib dahulu, hanya kerana, di atas kertas, ia lebih mudah untuk dicapai. Perubahan datang dalam langkah yang kecil."

Beliau berkata rakyat perlu bersedia bekerja dengan pihak yang "sederhana dan patuh undang-undang termasuk orang-orang Umno ".

"Hari ini, tiada pemimpin Melayu sanggup mengambil tindakan terhadap Najib kecuali Dr Mahathir, dan dengan itu kita perlu menyokong beliau," kata Zaid. – 3 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Satu Malapetaka Besar Menimpa UMNO Jika Pecat Muhyuddin & Shafie Apdal ?

Posted: 03 Sep 2015 02:30 AM PDT

Jangan pecat Muhyiddin, Shafie daripada Umno, kata timbalan pengerusi tetap

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Published: 3 September 2015.

Timbalan Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Mohamed Aziz berkata, tindakan memecat atau menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada parti hanya akan menimbulkan kemarahan ahli. –

Timbalan Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Mohamed Aziz berkata, tindakan memecat atau menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada parti hanya akan menimbulkan kemarahan ahli. –

Tan Sri Mohamed Aziz mengingatkan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno agar tidak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada jawatan mereka kerana ia bakal memecah-belahkan parti.


Timbalan pengerusi tetap Umno itu pada sidang media di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) di Nusajaya, Johor hari ini berkata, pengguguran Muhyiddin dan Shafie daripada Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini sudah mewujudkan suasana tidak selesa akar umbi parti itu.

"MT akan mengadakan mesyuarat pada 9 September 2015 yang akan datang, dan diberitakan akan mengambil tindakan menggantung atau memecat keahlian Muhyiddin dan Shafie.

"Jika benar berlaku ia merupakan keputusan tidak bijak ahli MT yang tentu akan menimbulkan kemarahan ahli parti," katanya.

"Tentunya keputusan tersebut akan menimbulkan perpecahan di kalangan ahli parti seterusnya melemahkan parti."

Khabar angin tersebar luas sebelum ini Muhyiddin dan Shafie bakal dipecat daripada Umno dalam mesyuarat MT pada 9 September ini.

Beliau berkata, pemimpin Umno seharusnya melindungi kepentingan ahli dan tidak menjadi "golongan elit yang hanya suka dipuja dan dipuji".

"Pemimpin Umno seharusnya menjadi payung yang melindungi kepentingan parti dan ahli, dan bukannya menjadi golongan elit yang hanya mahu dipuja puji.

"Ahli parti amat berharap MT tidak akan mengambil keputusan yang merugikan parti," katanya.

Susulan pengguguran Muhyiddin dan Shafie dalam rombakan Kabinet Najib, beberapa kawasan dan Bahagian Umno terutamanya di Johor menyuarakan rasa tidak senang dengan tindakan tersebut.

Muhyiddin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri, manakala Shafie digugurkan daripada jawatan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

Kedua-dua mereka bagaimanapun masih lagi memegang jawatan dalam Umno, yang mana Muhyiddin masih lagi timbalan presiden dan Shafie masih lagi memegang jawatan naib presiden.

"Ahli dan akar umbi resah dengan perkembangan di pihak barisan tertinggi.

"Suara keresahan boleh didengari di setiap pelusuk negeri setiap hari," kata Mohamed. – 3 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Jangan pecat Muhyiddin, Shafie daripada Umno, kata timbalan pengerusi tetap

Timbalan Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Mohamed Aziz berkata, tindakan memecat atau menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada parti hanya akan menimbulkan kemarahan ahli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2015. Timbalan Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Mohamed Aziz berkata, tindakan memecat atau menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada parti hanya akan menimbulkan kemarahan ahli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2015. Tan Sri Mohamed Aziz mengingatkan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno agar tidak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada jawatan mereka kerana ia bakal memecah-belahkan parti.
Timbalan pengerusi tetap Umno itu pada sidang media di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) di Nusajaya, Johor hari ini berkata, pengguguran Muhyiddin dan Shafie daripada Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini sudah mewujudkan suasana tidak selesa akar umbi parti itu.
"MT akan mengadakan mesyuarat pada 9 September 2015 yang akan datang, dan diberitakan akan mengambil tindakan menggantung atau memecat keahlian Muhyiddin dan Shafie.

"Jika benar berlaku ia merupakan keputusan tidak bijak ahli MT yang tentu akan menimbulkan kemarahan ahli parti," katanya. "Tentunya keputusan tersebut akan menimbulkan perpecahan di kalangan ahli parti seterusnya melemahkan parti."
Khabar angin tersebar luas sebelum ini Muhyiddin dan Shafie bakal dipecat daripada Umno dalam mesyuarat MT pada 9 September ini.
Beliau berkata, pemimpin Umno seharusnya melindungi kepentingan ahli dan tidak menjadi "golongan elit yang hanya suka dipuja dan dipuji".
"Pemimpin Umno seharusnya menjadi payung yang melindungi kepentingan parti dan ahli, dan bukannya menjadi golongan elit yang hanya mahu dipuja puji.
"Ahli parti amat berharap MT tidak akan mengambil keputusan yang merugikan parti," katanya.
Susulan pengguguran Muhyiddin dan Shafie dalam rombakan Kabinet Najib, beberapa kawasan dan Bahagian Umno terutamanya di Johor menyuarakan rasa tidak senang dengan tindakan tersebut.
Muhyiddin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri, manakala Shafie digugurkan daripada jawatan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.
Kedua-dua mereka bagaimanapun masih lagi memegang jawatan dalam Umno, yang mana Muhyiddin masih lagi timbalan presiden dan Shafie masih lagi memegang jawatan naib presiden.
"Ahli dan akar umbi resah dengan perkembangan di pihak barisan tertinggi.
"Suara keresahan boleh didengari di setiap pelusuk negeri setiap hari," kata Mohamed. – 3 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-pecat-muhyiddin-shafie-daripada-umno-kata-timbalan-pengerusi-tetap#sthash.QvaCGE68.dpuf

Belum apa-apa Parti Amanah Negara dapat 10 wakil rakyat

Posted: 03 Sep 2015 01:45 AM PDT

Selain dari MP Tumpat dan MP Kuala Terengganu aku cukup yakin akan ada beberapa orang lagi wakil rakyat yang akan bersama Parti Amanah Negara tu selepas ni.  

Kredit imej: Fb Parti Amanah Negara
mStar melaporkan:
PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu menyertai parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian 10 wakil rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah Negara.

"Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik," katanya pada sidang media di sini, Isnin. - mStar.
Juga dilaporkan:
Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
Selain itu, lima Adun yang meninggalkan PAS ialah Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.

Selain itu dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi Parti Amanah Negara pada 16 September depan. - Ibid.
Belum apa-apa Parti Amanah yang diistiharkan petang semalam dah ada 10 wakil rakyat. Selain dari MP Tumpat dan MP Kuala Terengganu aku cukup yakin akan ada beberapa orang lagi wakil rakyat yang akan bersama Parti Amanah Negara tu selepas ni.

Aku jugak cukup yakin, cukup ramai yang tak sabar-sabar nak isi borang ahli parti baru tu dan aku cukup yakin sasaran nak dapat jumlah keahlian 35,000 orang menjelang pelancaran rasmi parti pada 16 September nanti cukup mudah untuk dicapai.

AstroAwani melaporkan:
Mohamad Sabu yang turut dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata, Parti Amanah akan dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini termasuk pelancaran logo dan portfolio penuh parti.
Beliau yakin, lebih ramai akan menyertai Amanah bukan sahaja dari kalangan umat Islam, tetapi juga dari penganut agama lain.

Malah beliau percaya Amanah mampu menang besar pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami yakin akan menang besar bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Kami sedang mengumpul ahli. Hari ini baru isytihar nama parti dan setakat ini yang sudah menghantar borang itu mungkin diminta isi borang parti sebenarnya dan kita yakin, menjelang 16 September nanti, kita akan sasar ahli baru 35,000 orang. - AstroAwani.

Lain Kali Jangan Jadi "ANJING UMNO"

Posted: 03 Sep 2015 01:00 AM PDT

FB Pembaling Mercun Tersebar.


Siap berselfie lagi selepas ditangkap kerana melakukan provokasi terhadap pendemo2 BERSIH4.

Oke. Sekarang pengguna media sosial dok giat sebarkan fb individu di atas. Nama fb tok ketua.

Link -->  https://www.facebook.com/suhaimi.tokketua?fref=ts

Saja aku godek2 FB dia, aku dapati dia neh memang tak suka dengan orang cina.


Tu dia. Semangat nak belasah cina tak kesampaian siap buat cerita sedih dalam fb lagi. Macam orang gila. Tak pun dia memang orang gila. Bila dah kantoi mana ada UMNO ke apa ke nak tolong. Merana la kau seseorang kena dakwa. Itula sapa suruh buat kerja bodoh.

KAH KAH KAH


Memang sah puak2 neh penyokong UMNO. Diresapi semangat racist oleh pimpinan itu yang sampai berjihad baling mercun kemudian mengucap bila dah kantoi. Geng songkok tinggi.

Tengok fb dia ada anak, ada bini. Mesti anak2 dia malu dapat bapak macam neh.

KAH KAH KAH



Ameno World

Najib diserang isu dana RM2.6 bilion di persidangan anti rasuah FMT Reporters

Posted: 03 Sep 2015 12:15 AM PDT

najib
 
Kerajaan Malaysia tidak sepatutnya membuat apa-apa kenyataan mengenai anti rasuah sehingga Perdana Menteri memberitahu siapa penderma dana itu.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserang dengan pelbagai soalan mengenai identiti 'penderma' dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadinya dalam persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) pada Rabu.

Pengerusi Transparency International (TI), Jose Ugaz menyatakan tanpa jawapan yang tulus dan sahih berkaitan dana RM2.6 bilion itu, kerajaan Malaysia tidak sepatutnya membuat apa-apa kenyataan mengenai anti rasuah.

"Siapa yang membayar wang tersebut dan mengapa? Ke mana perginya wang tersebut?"

"Hanya seorang individu (Najib) yang boleh menjawab persoalan ini.

"Sehingga itu berlaku, tiada sebarang kenyataan daripada kerajaan mengenai anti rasuah boleh dipercayai," katanya ketika berucap pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.