Rabu, 2 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


‪#‎BERSIH4‬ | LGE PUTUS SAMAN UTUSAN MSIA

Posted: 02 Sep 2015 10:00 PM PDT

Al Fadhil Hafiz Faiz
Al Fadhil Hafiz Faiz's photo.

Akhbar harian milik Umno Utusan Malaysia sekali lagi mengundang masalah dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim memutuskan untuk mengambl tindakan undang-undang kepada akhbar itu kerana mengaitkan beliau dengan penganjuran perhimpunan selama 34 jam di Kuala Lumpur hujung minggu oleh Gabungan NGO yang menuntut reformasi sistem pilihan raya BERSIH.

Ratusan ribu rakyat memakai baju T kuning turun ke jalan raya bagi menyokong tuntutan BERSIH antaranya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan ekoran dakwaan skandal 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadinya.


Lim turur hadir ke perhimpunan itu dan menyampaikan ucapan bersama dengan pemimpin pembangkang yang lain. Beliau memakai baju T kuning tanpa cetakan tema BERSIH yang dilarang oleh menteri dalam negeri sehari sebelum berlangsungnya himpuan itu.

"Laporan muka depan Utusan hari ini memburukkan nama saya," kata dalam sidang medianya di Komtar hari ini.

"Akhbar itu mahu mencari masalah dengan saya lagi. Kali ini dah keterlaluan kerana saya bukan penganjur himpunan,"katanya yang juga setiausaha agung DAP.


Lim melihat laporan serangan Utusan pada muka depan hari ini, yang menyiarkan gambar beliau dan bapanya Lim Kit Siang, dan pemimpin-pemimpin BERSIH yang lain, termasuk pengerusinya Maria Chin Abdullah, bekas pengerusi bersama Datuk S Ambiga dan Ketua Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu.


Tajuk utama 'Malulah Kamu!', akhbar itu menuduh perhimpunan itu sebagai satu gerakan untuk menggalakkan nilai-nilai anti-nasional.

Bekas timbalan pengarah SB akhirnya terima surat minta penjelasan OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Posted: 02 Sep 2015 09:15 PM PDT


Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador menerima surat tunjuk sebab daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang meminta beliau untuk memberikan penjelasan bertulis tentang mengapa beliau melanggar tata etika sebagai anggota polis. Beliau mempunyai 2 minggu untuk memberikan penjelasan.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador menerima surat tunjuk sebab daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang meminta beliau untuk memberikan penjelasan bertulis tentang mengapa beliau melanggar tata etika sebagai anggota polis. Beliau mempunyai 2 minggu untuk memberikan penjelasan.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador akhirnya menerima surat minta penjelasan daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berikutan memberi kenyataan kepada media berhubung perpindahan mengejut beliau dan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Hamid menerima surat yang ditandatangani Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini, yang meminta beliau untuk memberikan penjelasan bertulis tentang mengapa beliau melanggar tata etika sebagai anggota polis dengan mendedahkan perkara itu kepada media.

Beliau mempunyai 2 minggu untuk memberikan penjelasan.

Hamid, ketika dihubungi mengesahkan beliau menerima surat itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Khalid minggu lalu memberitahu media Hamid akan diberikan surat minta penjelasan berikutan kenyataannya kepada media mengenai perpindahan beliau dari unit perisikan polis dan 1MDB.

Ketua polis negara itu berkata, Hamid terikat dengan peraturan pasukan polis dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan sendiri kepada media.

Hamid dipindahkan bulan lepas bagi menyandang jawatan baharu sebagai timbalan ketua pemakaian seragam baharu, bahagian jenayah transnasional di di Jabatan Perdana Menteri yang akan melaporkan terus kepada Perdana Menteri.

Hamid berkata beliau percaya pemindahan itu bertujuan untuk meletakkan beliau di tempat "simpanan sejuk beku" kerana jawatan dan unit ditubuhkan dengan sempurna.

Beliau juga berikrar untuk terus bercakap mengenai "isu-isu semasa", dan kemudiannya memberitahu media Cawangan Khas sudah memberitahu Putrajaya sejak 2 tahun lalu supaya memberi jawapan yang lebih baik berhubung dakwaan skandal melibatkan 1MDB.

Hamid berkata, Putrajaya bagaimanapun menjawab yang mereka tahu bagaimana untuk mengendalikan perkara itu.

Sementara itu, difahamkan Hamid sudah melaporkan diri ke jawatan barunya tetapi ketika ini beliau sedang bercuti.

Cuti 2 minggu itu bermula hari ini bagi memberi masa kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memuktamadkan butiran yang berkaitan dengan jawatan barunya di Jabatan Perdana Menteri.

Dua minggu lalu Hamid memberitahu media jawatan itu tidak wujud malah JPA masih memikirkan bagaimana hendak memecatnya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa unit itu diperlukan ketika polis sudah mempunyai unit memerangi keganasan.

Pemindahan Hamid bulan lepas, diikuti pula 2 pengarah bahagian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri selepas lantang menentang penahanan dan menyoal siasat pegawai penyiasat badan anti rasuah itu yang didakwa membocorkan maklumat mengenai 1MDB.

Kedua-dua mereka dipindahkan semula berikutan kemarahan orang ramai.

Pemindahan Hamid berlaku selepas persaraan Pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Akhil Bulat, 62 pada 17 Ogos lalu.

Jawatan Akhil diambil alih oleh Datuk Seri Mohamad Fuzi Haron yang merupakan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman. – 2 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Pemimpin berkuasa akan jadikan Malaysia negara melarat, kata Rafidah

Posted: 02 Sep 2015 08:30 PM PDT


Zar Ali's photo. Malaysia akan berakhir jadi negara melarat jika kerajaan masih terus enggan mendengar rintihan dan suara rakyat, kata bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz. 

Malaysia akan berakhir jadi negara melarat jika kerajaan masih terus enggan mendengar rintihan dan suara rakyat, kata bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz.

Malaysia akan berakhir menjadi negara tanpa pentadbiran yang baik dengan rasuah berleluasa jika pihak berkuasa tidak ambil peduli isu sebenar disuarakan rakyat, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Bekas menteri itu berkata, pihak berkuasa seolah-olah cuba memekakkan telinga terhadap keluhan rakyat berkaitan "integriti dan kepercayaan rakyat, pentadbiran kerajaan dan politik wang".

"Tiada seorang pun yang mendengar rungutan rakyat! Ada yang masih dalam penafian...sama ada mereka fikir sebegitu atau suara kita tidak perlu diambil peduli," kata bekas menteri antarabangsa dan perdagangan industri itu melalui status Facebook hari ini.

"Mengapa jawapan masih tidak diberikan? Kenapa perkara ini diambil ringan? Kenapa perkara dibiarkan melarat sehingga kita dibatasi antara 'mereka' dan 'kita'?

Bekas ketua Wanita Umno itu berkata, dirinya juga diasak soalan daripada rakyat luar mengenai situasi semasa di Malaysia dan soalan sama dilontarkan kebanyakan rakyat tempatan.

Beliau merayu pihak berkuasa tidak bermain politik dan bertindak menangani isu yang dibangkitkan.
"Beritahu rakyat hasilnya, dan jangan biarkan isu membarah dan menyebabkan Malaysia merosot menjadi negara bawahan kerana kelemahan pentadbiran, dengan rasuah berleluasa, serta ekonomi dan sosial yang tidak stabil," katanya.

Rafidah berkata, kerajaan tidak sepatutnya mengetepikan isu serius dan memberi amaran tiada wang ringgit atau kata-kata yang boleh membetulkan perkara yang salah.

"Ini bukan cara yang baik untuk Malaysia, jadi hentikan dan cari jalan mengubati kerosakan ini secara serius," katanya.

Beliau turut mempersoalkan keperluan himpunan balas daripada himpunan Bersih 4 yang dianjurkan pada minggu lalu, dan mempertikaikan sama ada ia juga akan menjejaskan pelancong serta menyebabkan ekonomi dan peluang pelaburan hilang.

Ketua Bahagian Umno Datuk Jamal Yunos pada Ahad lalu mengumumkan himpunan sejuta "baju merah" yang menyokong kerajaan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 10 Oktober ini.

Ini merupakan kenyataan kedua Rafidah mengenai kebimbangannya terhadap Malaysia.

Pada 31 Ogos, Rafidah di Facebook menyatakan tentang "kesedihan teramat dalam" ketika menyambut Hari Kebangsaan kerana isu yang terjadi di negara ini termasuk skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 2 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Bung kaitkan BERSIH dengan 'penyapu' 13 Mei

Posted: 02 Sep 2015 08:00 PM PDT



Datuk Bung Moktar Radin muncul lagi dengan kenyataan kontroversinya.

Anggota parlimen Kinabatangan dan Majlis Tertinggi (MT) Umno itu hari ini mengaitkan kegiatan dalam perhimpunan BERSIH 4 baru-baru ini dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Dalam tweet beliau sebentar tadi, Bung antaranya mengaitkan aksi peserta BERSIH membawa penyapu dengan insiden hari-hari menjelang 13 tragedi berdarah itu.

Penyapu besar yang dibawa dalam sebelum tragedi berdarah itu menurut kapsyen dalam gambar itu mahu digunakan untuk "sapu Melayu".

"Penyapu gergasi yang diniatkan untuk sapu Melayu diarah sekeliling Kuala Lumpur pada 11-12 Mei 1969," menurut tulisan itu.

Sementara itu, dalam gambar perhimpunan BERSIH pula dimuatkan persoalan berkaitan dakwaan provokasi apabila terdapat peserta membawa penyapu.

"Hari ini provokasi bersifat perkauman ini dimainkan semula.

"Apakah yang cuba dicetuskan oleh pendemonstasi ini?" menurut tulisan itu.

BERSIH: Semua rakyat Malaysia

Sementara itu, Bung sendiri menulis dengan nada amaran kepada orang Melayu.

"Kalau bangsa Melayu tak sedar diri beginilah jadinya. Bangsa kita akan disapu bangsa lain," tulisnya lagi.

Tujuan sebenar pihak yang membawa penyapu itu tidak jelas.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, terdapat pihak yang membawa alat pembersih rumah itu sebagai simbolik membersihkan Malaysia daripada masalah yang melanda.

Sebelum ini media prokerajaan dan pemimpin BN mengaitkan perhimpunan BERSIH 4 dengan dominasi DAP dan kaum Cina.

Bantahan anti-Najib itu bagaimanapun memang memperlihatkan pecahan kaum yang ketara, terutamanya pada hari pertama.

Ia antaranya dikaitkan dengan ketiadaan kerahan anggota oleh PAS, parti Melayu kedua dengan keanggotan terbesar selepas Umno.

Seorang anggota jawatankuasa pemandu BERSIH bagaimanapun dalam ucapan di Dataran Merdeka menegaskan mereka tidak nampak Melayu, Cina atau India dalam perhimpunan itu, tetapi "rakyat Malaysia".


Gelaran Dato' Kepada Anak Zahid Jadi Pertikaian

Posted: 02 Sep 2015 07:30 PM PDT



KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu kritikan beliau terhadap peserta Perhimpunan Bersih, nama Nurulhidayah Ahmad Zahid terus menjadi topik perbualan warga media sosial.

Terbaharu, status dan gelaran Dato' yang dibawanya mula menjadi persoalan ramai.

Semuanya bermula apabila beberapa laman Facebook memuat naik gambar Nurul sedang ditemu ramah sebuah stesen televisyen dengan nama beliau terpapar di skrin. Dalam paparan itu, nama Nurul didahului dengan gelaran Dato'.

Netizen kebanyakan mempersoalkan fakta bagaimana gelaran Dato' seharusnya diberi seiring dengan sumbangan.

Dato' Nurul Hidayah? Who is she? Ikon belia? Seriously icon? Apa sumbangan dia? Ctdk okla kalau nak kata ikon. Not that Dato' nurul



Menurut laporan beberapa portal media, Nurul adalah Ketua Komunikasi Bahagian Korporat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan merupakan graduan Universiti Putra Malaysia. Beliau juga aktif dalam Askar Wataniah.

Najib menghina orang miskin dengan berkata RM41.60 sebulan cukup untuk orang miskin..... suarakami

Posted: 02 Sep 2015 07:00 PM PDT



Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan kepada para hadirin, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diberikan adalah cukup untuk 'makanan' satu tahun.

Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

Menurut Perdana Menteri, dengan duit RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

"Bantuan Rakyat 1 Malaysia…RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita (kerajaan) telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo (kilogram), minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.

"Maknanya, kalau kita (rakyat) hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan (satu tahun) yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan (BN)," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, hari ini, Sabtu 23 Februari.

Bahkan, katanya bantuan BR1M 2.0 juga adalah lebih baik dari BR1M 1.0 kerana turut diagihkan kepada orang bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Beliau turut mengambil terjemahan al-Quran yang menyebut tentang pendustaan terhadap agama, menghina anak yatim serta tidak memberi makan orang miskin.

"Tahukah kamu tahu orang yang mendustakan agama, orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan, memberi makan orang miskin".

Ini firman Allah dalam al-Quran. Maknanya, kalau kita tidak tolong orang miskin dosa besar. Kalau kita sebagai sebuah kerajaan tidak bantu rakyat dosa besar.

"Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya, 'Kalau kita bantu orang-orang miskin seumpama fisabilillah, seumpama kita solat malam tidak henti-henti dan berpuasa secara berterusan'. Itu Rasulullah kata. Maknanya, apa?...maknanya BR1M lah.

"Saya hendak beritahu tuan-tuan, BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 diagih kepada 4.3 juta isi keluarga dapat faedah seluruh negara.

"BR1M 2.0 lebih baik dari BR1M 1.0 sebab kita tambah orang bujang. Orang bujang umur 21 tahun ke atas, pendapatan RM2,000 ke bawah dapat juga separuh BR1M iaitu RM250," jelasnya dihadapan 5,000 hadirin.

Tak betul jatuh talak tiga, kata Hatta

Posted: 02 Sep 2015 06:30 PM PDT




Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob bahawa beliau kini secara automatik bercerai talak tiga dengan isterinya.

New Straits Times hari ini melaporkan, Ahmad mendakwa Hatta dengan sendirinya bercerai talak tiga dengan isterinya kerana meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

Ahmad dilaporkan berkata, ia berikutan bai'ah yang pernah dilakukan wakil rakyat PAS sebelum ini.

"Tak betul semua tu (cerai talak tiga)", kata Hatta ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, dengan nada sinis, Hatta mengucapkan 'terima kasih' kepada pesuruhjaya PAS Kelantan itu kerana mengaturkan hidup beliau.

"Terima kasih dekat dia (Ahmad) kerana mengaturkan hidup saya. Tak ada apa pun.

"Biarlah. Dia tak ada urusan dengan keluarga saya," kata Hatta yang juga bekas pengarah pilihan raya PAS itu.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai bai'ah yang pernah dilakukan sebelum ini, Hatta enggan mengulas lanjut dan hanya berkata:

"Dah banyak penulisan orang mengenai perkara itu (bai'ah). Biarlah, saya tak nak komen apa-apa," ujarnya.

Sumpah bai'ah dilakukan oleh setiap wakil rakyat PAS yang bertujuan untuk menghalang mereka dairpada melompat parti.

Dipercayai PAS setiap negeri mempunyai sumpah bai'ah masing-masing dan yang paling kontroversi adalah di Kelantan dan Terengganu yang memasukkan klausa perceraian.

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah dilaporkan berkata, wakil rakyat parti itu yang gagal mematuhi sumpah bai'ah perlu bersedia menerima laknat oleh Allah dan Rasulullah SAW.

Hadi dilaporkan berkata, lafaz sumpah taat setia kepada parti terkandung dalam bai'ah yang ditandatangani sebelum bersetuju menjadi calon atas tiket PAS dalam pilihan raya umum lalu, sama ada menang atau kalah.

Isu sumpah bai'ah ini timbul ekoran beberapa wakil rakyat PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini, telah membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dan kemudiannya menubuhkan parti baru, AMANAH.

KECOH !!! MEDIA UTAMA INDONESIA MELAPORKAN, ERA KEKUASAAN & PEMERINTAHAN PM NAJIB RAZAK SEMAKIN BERAKHIR ...

Posted: 02 Sep 2015 06:00 PM PDT

Azrin Shah Aziz
Azrin Shah Aziz's photo.

Sebuah akhbar harian yang cukup berpengaruh di Indonesia telah menyamakan perhimpunan BERSIH 4.0 hujung minggu lalu dengan pemberontakan anti Suharto pada akhir 90an, menunjukkan saat akhir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin hampir.

"Pemergian Najib hanya menunggu masa dan sedang mencari formula menyelamatkan 'maruah'."Ini adalah masa yang tepat bagi rakyat Malaysia menyediakan hala tuju baharu bagi negara mereka. Suka atau tidak, mereka perlu menerima demokrasi beroperasi sepenuhnya," kata seorang pengarang akhbar berbahasa Inggeris The Jakarta Post, hari ini.

Akhbar itu membuat perbandingan antara reaksi Najib dengan Suharto semasa demonstrasi "reformasi" di Jakarta yang memaksa diktator paling lama berkhidmat itu meletakkan jawatannya pada Mei 1998.

"Dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap perdana menteri semakin kuat dan beliau nampaknya gagal meyakinkan rakyat yang beliau tidak bersalah," kata akhbar itu lagi.

"Seperti Suharto, Najib cuba meredakan kesan bantahan awam dengan mengatakan beliau tidak akan mendengar kepada penunjuk perasaan yang digambarkan sebagai 'berfikiran cetek dan semangat kebangsaan yang lemah."

Najib, bertindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4 yang menyaksikan puluhan ribu berkumpul di Kuala Lumpur pada 29 Ogos dan 30, menyifatkan penunjuk perasaan sebagai "cetek dan miskin" dalam semangat patriotik mereka.

SEDARLAH NAJIB, PENOLAKAN SUDAH ADA DI MANA-MANA!! - by Shahbudin Husin

Posted: 02 Sep 2015 05:30 PM PDT



 
Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih sedar diri ketika ini. Hakikat bahawa beliau semakin ditolak dan tidak dikehendaki lagi memimpin negara ini sudah boleh dilihat di mana-mana.

Jika selama ini penolakan itu lebih banyak tersimpan dalam hati atau lebih kerap diluahkan di kedai-kedai kopi atau dalam kata-kata melalui hujung jari, tetapi kini ia tidak lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

Sudah ada yang berani meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan UMNO sendiri. Di Langkawi, seorang perwakilan bernama Anina Saaduddin menyifatkan Najib selama ini telah "kencing" tiga juta ahli UMNO  serta menyarankan MT UMNO membawanya segera berubat.

Di Pasir Gudang, seorang Ketua Wanita UMNO cawangan yang juga AJK Bahagian, Norwati Abdul Manaf telah menyerahkan sendiri memorandum 12 perkara kepada Najib ketika beliau hadir merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Pasir Gudang, Ahad lalu.

Memorandum yang didakwa mewakili 107 cawangan itu antaranya meminta Najib berehat daripada jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan yang dibuat sebelum ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Labis juag mahukan Najib berehat buat sementara sehingga siasatan mengenai 1MDB diselesaikan.

Selain itu, pelbagai cara lagi dilakukan unfuk meluahkan perasaan bagi menunjukkan penolakan itu. Ada yang membuat kain rentang, pelekat kereta, tulisan di baju dan macam-macam lagi. 

Di media sosial atau percakapan hari-hari, barangkali tidak sah jika tidak menyebut perlunya Najib segera berundur sama ada bagi menyelamatkan UMNO atau pun negara.

Di bawah ini antara tanda-tanda penolakan yang dapat dikumpulkan oleh blog ini untuk tatapan kita bersama. Selepas ini pasti lebih banyak lagi penolakan yang sama yang muncul di depan mata kita. Tidak mustahil juga lebih ramai pemimpin UMNO sendiri meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan yang sedang berlangsung di seluruh negara.

Melalui benih penolakan yang mulai merata di mana-mana ketika ini, bukan saja dakwaan Najib bahawa tiga juta ahli UMNO tetap menyokongnya boleh dipersoalkan, malah yang lebih perlukan jawapan ialah berapa lamakah lagi beliau mampu bertahan?

Ada sesiapa yang boleh berikan jawapan? (SH 11/08/2015)

Dahsyat wanita UMNO Langkawi ni...

Wanita UMNO Johor yang juga tidak kurang dahsyatnya...

Pemuda UMNO pun bersuara sama...

Luahan perasaan yang sebenarnya sedang dikongsi majoriti rakyat....

Di sini pun jadi untuk menyampaikan mesej...

Seorang pemuda sedang menyiapkan kain rentang...

Cara ini lagi gempak....

Mesej yang jelas, terang lagi nyata.....

Di perhentian bas pun ada...

Luahan hati orang Johor berikutan pemecatan Muhyiddin...

Salute bro....

Relakslah Mykmu, lawanlah dengan hujah...

 
 
Seorang lagi pemilik kereta yang berani, tabiklah....

Amanah tolak cadangan Anwar masukkan PAS dalam Pakatan baharu

Posted: 02 Sep 2015 05:00 PM PDT


Parti Amanah Negara (Amanah) menolak cadangan untuk memasukkan PAS dalam gabungan pembangkang baharu, Pakatan Rakyat 2.0 yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata jurucakapnya Mohamed Hanipa Maidin.

Hanipa berkata langkah itu tidak realistik kerana kemasukan PAS tidak diyakini akan membawa permuafakatan dan menguntungkan gabungan pembangkang baharu itu.

"Maka saya penuh yakin, mengambil kira realiti politik sekarang, keberadaan PAS dalam permuafakatan politik baru atau PR 2.0 (Pakatan Rakyat 2.0) bagi menggantikan PR tidak akan menguntungkan mana-mana parti dalam PR 2.0 itu nanti.

"Bagi saya dengan sikap, gaya politik dan stail saf kepimpinan PAS yang ada sekarang saya tidak rasa PAS adalah aset kepada PR 2.0," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata kemasukan PAS tidak dapat diterima DAP yang sememangnya diketahui berbeza pendapat dengan pemimpin parti Islam itu.

"Saya juga tidak nampak bagaimana DAP boleh menerima keberadaan PAS dalam PR 2.0 setelah apa yang DAP rasai dalam PR dulu," katanya.

TUJUAN DS ANWAR ADALAH SUPAYA ORANG2 MELAYU TIDAK BERPECAH

Hanipa mengakui kekuatan PAS yang memiliki sokongan orang Melayu perlu diambil kira, tetapi gabungan baharu juga perlu memikirkan kesan daripada para pengundi bukan Melayu yang tidak menyokong PAS kerana sikap mereka dalam PR sebelum ini.

"Apa yang lebih membimbangkan kerusi DAP dan PKR juga akan menerima kesan besar melalui hukuman yang pengundi bukan Melayu kenakan kerana melibatkan PAS dalam PR 2.0," katanya.

Hanipa berkata, mengambil kira faktor tersebut, gabungan pembangkang baharu tidak perlu melibatkan PAS dan membiarkan mereka berdiri secara solo dalam pilihan raya depan.

"Saya menyimpulkan PR atau PR 2.0 hanya mampan jika PAS tidak dilibatkan sebaliknya ia hanya meliputi PKR, DAP dan Parti Amanah Rakyat saja.

"Biarlah PAS dengan politik solonya dan tidak diganggu untuk membawa agendanya secara solo," katanya. – TMI


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Terkini: Najib mempunyai 4 syarikat yang di kawal oleh Jho Low......Sebarkan... suarakam

Posted: 02 Sep 2015 04:15 PM PDT



LAPORAN POLIS TRRHADAP SYARIKAT-SYARIKAT DIKAWAL OLEH NAJIB TUN RAZAK DAN KELUARGA JHO LOW DI IBU PEJABAT POLIS HONG KONG
Saya secara rasminya telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis Hong Kong pada 30 ogos 2015 jam 2 petang waktu tempatan keatas empat buah syarikat yang mana najib tun razak menjadi 'signatory' serta syarikat-syarikat yang dimilikki oleh jho low serta keluarganya.

Khairuddin Abu Hassan

Dalam laporan polis di Hong Kong; saya telah memohon pihak berkuasa di sana untuk menyiasat secara rapi terhadap empat buah syarikat iaitu:
1) ALLIANCE ASSETS INTERNATIONAL LIMITED
2) CITYFIELD ENTERPRISES LIMITED
3) BARTINGALE INTERNATIONAL LIMITED
4) WONDER QUEST INVESTMENTS LIMITED
Syarikat-syarikat ini amat meragukan kerana difahamkan bahawa najib tun razak adalah 'signatory' nya dan di dalam akaun-akaun syarikat ini pernah mempunyai rekod simpanan sejumlah RM1.125 billion yang disimpan melalui bank CREDIT SUISSE HONG KONG BRANCH.
Saya turut memohon pihak polis Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan komprehensif mengenai sumber kewangan syarikat ini dan transaksi dananya.
Pada masa yang sama, saya turut membuat laporan polis keatas syarikat-syarikat yang dimilikki oleh jho low dan ahli keluarganya merangkumi syarikat-syarikat:
1) JYNWELL CAPITAL (HK)
2) JYNWELL CHARITABLE FOUNDATION
3) STRATEGIC RESOURCES (GLOBAL LIMITED)
Satu siasatan yang teliti akan dilaksanakan oleh pihak polis Hong Kong bagi menyiasat samada syarikat-syarikat milik kepentingan jho low serta keluarganya pernah berusurusan ataupun tidak dengan syarikat 1MDB yang mencecah hutang piutang sejumlah RM42 billion setakat bulan mac 2014.
Saya juga memohon pihak polis Hong Kong untuk menyiasat samada syarikat-syarikat milik jho low serta keluarganya pernah membuat apa-apa pelaburan ataupun tidak bagi pihak syarikat 1MDB di Hong Kong?!
Laporan polis di Hong Kong dibuat adalah semata-mata kerana saya mahu pihak polis dari negara luar menyiasat secara komprehensif, telus serta tanpa sebarang pengaruh dari Perdana Menteri Malaysia yang nampak kini sedang menyalah-guna kuasa bagi mengambil pelbagai tindakan terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang sedang menyiasat kes skandal 1MDB ini!!
Sepertimana yang saya pernah katakan; secara jujur dan ikhlas saya tidak lagi mempunyai kepercayaan mahupun keyakinan terhadap PDRM, Bank Negara Malaysia serta Pejabat Peguam Negara Malaysia.
Badan-badan berkuasa ini tidak berani untuk menyiasat kes skandal 1MDB secara bebas, adil, telus serta komprehensif!! Keseluruhan rakyat dah mula sedar seolah-olah ada 'tangan ghaib' yang sedang mebuat 'kawalan jauh' untuk memperlahankan seterusnya kemungkinan menutup kes penyelewangan skandal syarikat 1MDB!!
Dengan izin Allah swt; seandainya berlaku pertukaran kepimpinan di negara kita maka kesemua pegawai tertinggi badan-badan berkuasa ini bersama sesiapa saja yang terlibat di dalam konspirasi untuk menutup kemungkaran kes skandal syarikat 1MDB mesti didakwa dan dihukum secara setimpalnya!!
Kalangan ini telah menodai dan mengkhianati amanah Allah swt serta rakyat Malaysia untuk melaksana tanggungjawab secara teramanah yang mungkin!!
Adalah tidak keterlaluan sekiranya saya katakan puak-puak haprak ini adalah pengkhinat kepada bangsa, agama mahupun tanahair kita yang tercinta ini!!

Takut datang IACC....mudahnya "sekor bangsat" nak perbodohkan rakyat..!!!

Posted: 02 Sep 2015 09:00 AM PDT

Encik Politik Encik Polotik
Encik Politik Encik Polotik's photo. Alasan yg diberi Najib tak hadir ke persidangan antirasuah ini "KERANA FAKTOR KESELAMATAN..."

HAKIKATNYA.. jika Najib Razak dtg ke mana Najib nak sorok dgn DUA PERSOALAN dlm persidangan ‪#‎16IACC‬ ‪#‎Malaysia‬ hari ini..

1) SIAPA BAYAR DAN KENAPA BAYAR ?

2) KE MANA DUIT RM2.6 BILION ITU PERGI ?

HANYA seorang saja yg boleh jawab soalan tersebut...

Detik akhir Najib semakin pasti, kata akhbar Indonesia

Posted: 02 Sep 2015 08:30 AM PDT


i

Akhbar harian berpengaruh Indonesia menyamakan perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu dengan pemberontakan anti Suharto pada akhir 90an, menunjukkan saat akhir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin hampir.

"Pemergian Najib hanya menunggu masa dan sedang mencari formula menyelamatkan 'maruah'.

"Ini adalah masa yang tepat bagi rakyat Malaysia menyediakan hala tuju baharu bagi negara mereka. Suka atau tidak, mereka perlu menerima demokrasi beroperasi sepenuhnya," kata seorang pengarang akhbar berbahasa Inggeris The Jakarta Post, hari ini.

Akhbar itu membuat perbandingan antara reaksi Najib dengan Suharto semasa demonstrasi "reformasi" di Jakarta yang memaksa diktator paling lama berkhidmat itu meletakkan jawatannya pada Mei 1998.

"Dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap perdana menteri semakin kuat dan beliau nampaknya gagal meyakinkan rakyat yang beliau tidak bersalah," kata akhbar itu.


Dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin kuat dan gagal meyakinkan rakyat yang beliau tidak bersalah.

"Seperti Suharto, Najib cuba meredakan kesan bantahan awam dengan mengatakan beliau tidak akan mendengar kepada penunjuk perasaan yang digambarkan sebagai 'berfikiran cetek dan semangat kebangsaan yang lemah."

Najib, bertindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4 yang menyaksikan puluhan ribu berkumpul di Kuala Lumpur pada 29 Ogos dan 30, menyifatkan penunjuk perasaan sebagai "cetek dan miskin" dalam semangat patriotik mereka.

"Tidakkah mereka faham, adakah semangat patriotisme dan kecintaan mereka begitu cetek dan miskin? Tidakkah mereka memahami negara ini dibina atas darah dan keringat pejuang kemerdekaan kita?" katanya kepada perwakilan Umno pada mesyuarat hari pertama perhimpunan tersebut.

Perhimpunan, yang ke-4 anjuran kumpulan gabungan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 diadakan ekoran hubung kait Najib dengan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan pendedahan beliau menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Najib sejak awal menafikan sebarang salah laku dengan berkata wang itu diterima daripada seorang penderma dari Timur Tengah atas dasar mempercayai Umno.

Sambil berkata tiada apa yang baharu bagi mendiamkan perbezaan pendapat rakyat, The Jakarta Post berkata Najib kini semakin sukar memandangkan terdapat pembangkang dari dalam Umno dan juga mentor bekas politik, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir secara terbuka menyokong bantahan dan menggesa "kuasa rakyat" untuk menjatuhkan Najib.

"Malaysia hanya boleh mengamalkan demokrasi sebenar jika Perlembagaan menjamin hak-hak dan tanggungjawab yang sama untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum dan agama. Selagi negara menentang pemikiran revolusi ini, ia akan kekal sebagai negara berasingan.

"Pemergian Najib hanya satu langkah dalam usaha Malaysia untuk mencapai wawasan yang masih jauh," tambah akhbar itu. – TMI

Phahrolrazi sahkan sertai parti Amanah

Posted: 02 Sep 2015 08:00 AM PDT


Phahrolrazi sahkan sertai parti AmanahADUN Pengkalan Kundor Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi daripada PAS mengesahkan telah menyertai parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).

Bekas Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah dan Exco kerajaan negeri itu berkata dengan itu keanggotaannya dalam PAS gugur secara automatik.

Bagaimanapun, beliau akan terus kekal sebagai wakil rakyat DUN itu, katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini.

Isnin lepas Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu mengumumkan Amanah digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.

Katanya HB telah mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia dan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara, dan butirannya akan diserah kepada RoS bagi mendapatkan kelulusan.

Sementara itu Pengerusi Penaja Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh yang turut hadir pada sidang media itu berkata, Amanah Kedah akan dilancarkan secara rasmi oleh penasihat umumnya Ahmad Awang pada 9 September ini.-MalaysiaKini

Bekas peguam kerabat diraja Johor ditahan polis

Posted: 02 Sep 2015 07:30 AM PDT


Bekas peguam kerabat diraja Johor ditahan polisJOHOR BAHRU - Polis Johor mengesahkan penangkapan seorang bekas peguam kepada kerabat diraja Johor yang dikehendaki di Singapura, pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, pihaknya telah menghantar pegawai bagi membawa pulang peguam tersebut ke negeri ini yang dikaitkan dengan kes jenayah pecah amanah, tiga tahun lalu.

Difahamkan, peguam berusia 40-an itu tiba di Singapura malam semalam dari Timur Tengah bagi menziarahi saudaranya yang dirawat di sebuah hospital di negara tersebut.-SinarHarian

Dr Mahathir berani kerana Anwar di penjara

Posted: 02 Sep 2015 06:45 AM PDT


Meskipun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu bersama isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali dialu-alukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ramai melihat keberanian Dr Mahathir hanya apabila Anwar di penjara.

Sebelum ini beliau juga berani menziarahi allahyarham Pak Brahim, ayahanda Anwar di kediamannya ketika Anwar masih belum sampai untuk menziarahi ayahnya.

Dr Mahathir yang satu ketika dulu turut mengundang kemarahan rakyat atas tindakannya menyingkirkan Anwar sebagai timbalannya dengan tuduhan liwat, hari ini dilihat bijak menggunakan peluang mengaburi mata rakyat Malaysia dengan mengambil tindakan seolah-olah bersih daripada sebarang penyalahgunaan kuasa.

Dr Mahathir berani kerana Anwar di penjara Laungan reformasi yang mendorong penyokong Anwar turun ke jalan raya memenuhi ibu kota, menyaksikan ramai aktivis di"ISA"kan Dr Mahathir. 

Dengan kekuasaan penuh yang ada pada Dr Mahathir dan jaringan media sosial yang masih belum berkembang pada waktu itu, beliau berjaya menangani kebangkitan rakyat menggunakan undang-undang, menghumban sesiapa saja yang dirasakan ancaman kepadanya ke penjara.

Dr Mahathir hanya berani kerana Anwar di penjara. Sekiranya Bersih 4 berlangsung dengan kehadiran Anwar, ramai percaya Dr Mahathir hanya akan mengintai dari jauh dan mungkin mengambil sikap sebaliknya terhadap perhimpunan ini.

Dr Mahathir bijak menguruskan musuh. Caturannya cukup luar biasa. Sehinggakan ramai pemimpin yang dulunya bermati-matian menghentam beliau, tiba-tiba bersikap lunak terhadapnya sehinggakan ada yang mahu menyarankan supaya idea Dr Mahathir dibincangkan semua ahli politik untuk dilaksanakan dan ada juga yang mahu menubuhkan 

Majlis Perundingan Negara dengan beliau sebagai mursyidul. Mungkin inilah kesan "rejim hybrid" yang diamalkan Dr Mahathir dalam sebuah artikel yang ditulis Faisal Tehrani.

rr

Kebijaksanaan politik yang diamalkan Dr Mahathir sungguh membingungkan ramai pemerhati. Beliau berjaya mewujudkan aruhan dalam minda rakyat. 

Mereka yang membenci Najib dikatakan menyokong Dr Mahathir. Mereka yang membenci Dr Mahathir dikatakan menyokong Najib. 

Walhal hakikatnya ramai yang membenci kedua-duanya kerana mereka merosakkan negara dengan pelbagai skandal dan penyelewengan. 

Cuma besar kecilnya penyelewengan dan kerosakan yang dilakukan membezakan mereka.

Rakyat harus sedar dan diberi maklumat sewajarnya pemimpin Barisan Nasional (BN) kini tidak boleh diberi harapan lagi. D Mahathir merosakkan sistem dalam negara sejak dulu lagi. 

Lalu dihumbankan kerosakan yang dilakukannya kepada pemimpin yang ada sekarang.

Pemimpin yang ada pula dinaikkan hasil tangan Dr Mahathir dan tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan pembaharuan terhadap kerosakan yang diwarisi malah menambah kerosakan tersebut. Inilah kesan yang terpaksa dihadapi rakyat pada ketika ini.

Kerosakan yang dilakukan Dr Mahathir juga harus dibongkar supaya pengundi tahu apa yang berlaku pada hari ini kesan tangan Dr Mahathir. Bukan sejak 1MDB ditubuhkan. Bukan sejak Sarawak Report melaporkan isu RM2.6 bilion. Ia sudah lama rosak.

BN harus ditumbangkan. Pemimpin yang benar-benar bersih harus diangkat untuk mentadbir negara. Pada ketika itu, kita lihat, adakah Dr Mahathir benar-benar berani berdepan dengan Anwar di luar penjara. – TMI

 
 

KETUA NGO ANTIRASUAH DUNIA MENUNTUT JAWAPAN DARI NAJIB RAZAK ...

Posted: 02 Sep 2015 06:00 AM PDT

Azrin Shah Aziz's photo.

Pengerusi Transparency International (TI) Jose Ugaz menuntut jawapan terhadap dakwaan skandal melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ucapan pembukaan dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa ke-16 (IACC) di Putrajaya hari ini, Ugaz berkata kerajaan mengambil banyak inisiatif untuk menangani masalah rasuah.

"Kita mahu lihat lebih banyak kemajuan tetapi perkara itu tidak dapat berlaku selagi terdapat soalan tidak berjawab berhubung AS$700 juta yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri," katanya disambut tepukan.

Ugaz membangkitkan perkembangan minggu-minggu terakhir ini yang menyaksikan peguam negara diganti, pasukan petugas khas dimansuhkan dan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis atau dipindah keluar dari suruhanjaya itu.

Begitu juga dengan penggantungan akhbar, kata Ugaz.

"Ini bukan tindakannya untuk sebuah kerajaan yang melawan rasuah," katanya, sekali lagi disambut tepukan hadirin.

"Terdapat dua persoalan yang perlu dijawab: siapa bayar wang itu dan kenapa, dan ke mana ia pergi?

"Seorang lelaki boleh jawab soalan-soalan ini," katanya kepada Malaysiakini..

MAHATHIR MEMANG MAHU DITANGKAP POLIS.

Posted: 02 Sep 2015 05:26 AM PDT


MAHATHIR MEMANG MAHU DITANGKAP POLIS.

Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebanyak dua kali dalam Bersih 4 bukan saja mengundang perhatian ramai serta kecaman daripada para pemimpin UMNO, tetapi turut memancing tindakan pihak polis untuk menyiasatnya.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri itu akan disiasat mengenai kehadirannya dalam perhimpunan tersebut serta dakwaan yang dibuatnya berkaitan rasuah terhadap pemimpin tertentu dalam UMNO.

tt

Katanya, pihak polis akan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu.

Selain itu, terdapat juga pemimpin UMNO yang mahukan beliau diambil tindakan berikutan kehadiran dalam Bersih 4 yang disifatkan sebagai tindakan bersekongkol dengan gerakan parti-parti pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN.

Malah ada yang menyarankan agar dalam mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini, bukan saja Muhyiddin Yassin yang banyak membangkitkan mengenai 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterima Najib, diambil tindakan pemecatan keahliannya sebagai ahli parti, tetapi patut melibatkan Tun Mahathir juga.

Bagi kebanyakan pemimpin UMNO yang pro Najib, serangan dan kritikan Tun Mahathir jauh lebih serius berbanding apa yang dilakukan oleh Muhyiddin.

Berhadapan kemungkinan akan dipecat bersama-sama Muhyiddin pada 9 September ini, Tun Mahathir juga sebenarnya akan berhadapan penyiasatan oleh pihak polis kerana kehadirannya dalam perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini.

Apakah Tun Mahathir takut dengan semua tindakan itu dan beranikah Najib bertindak demikian?

Melihat kepada gerakan Tun Mahathir untuk menurunkan Najib daripada jawatannya sejak lebih setahun yang lalu, yang jelas beliau kini sudah sampai ke peringkat sanggup melakukan apa saja bagi mencapai matlamat dan tujuannya itu.

Menyerang melalui media, menulis di blog, memulaukan program melibatkan Najib, menjelajah ke beberapa negeri, mahu undi tidak percaya diusulkan di Parlimen dan akhirnya turun ke perhimpunan Bersih 4 adalah isyarat jelas mengenai kesediaannya melakukan apa saja untuk menjatuhkan Najib.


Selepas ini, percayalah, lebih banyak tindakan mengejutkan bakal diambilnya demi meneruskan tekanan dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Najib.

Ketika di Bersih 4 baru-baru ini, antara serangan Tun Mahathir terhadap Najib ialah rosaknya sistem undang-undang yang ditunjukkan melalui pemecatan Peguam Negara, pembubaran pasukan petugas khas, gangguan terhadap Gabenor Bank Negara, ancaman terhadap siasatan SPRM dan menggagalkan peranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC yang dilakukan semata-mata untuk menyelamatkan kedudukannya.

Dengan semua tindakan itu, kata-kata "tunggulah siasatan dahulu" atau "tunggulah laporan audit" sebelum meneruskan kecaman terhadap 1MDB dan Najib seolah-olah sudah tidak bermakna apa-apa lagi.

Dengan menghadiri Bersih 4, bahkan melakukannya sebanyak dua kali, Tun Mahathir kini bukan saja menunjukkan kebersamaannya untuk sehati dan sejiwa dengan rakyat, bahkan sedang cuba membuktikan kebenaran dakwaannya bahawa Najib sanggup melakukan apa saja melalui cengkaman undang-undang kepada sesiapa juga untuk terus kekal berkuasa.

Jika tangkapan dilakukan terhadap Tun Mahathir, bermakna benarlah semua semua dakwaannya selama ini.

Disiasat dan ditangkap polis serta dipecat daripada UMNO tidak lain adalah kemahuan Tun Mahathir sendiri untuk lebih menjadikan Najib kian ditolak rakyat. Jika ketika era Tun Abdullah dulu, beliau bertindak keluar UMNO sebagai klimaks meneruskan tekanan, pengorbanannya sekarang beralih agar dipecat dan ditangkap pula atas arahan Najib.

Tun Mahathir sekarang seperti sedang menari dan mengalunkan muzik agar Najib dan para pemimpin UMNO turut melangkah dan menggoyangkan mengikut irama yang diorkestrakan olehnya.

Memecat dan menangkap Tun Mahathir bukan saja menyebabkan rakyat lebih memihak kepadanya, bahkan ahli dan penyokong UMNO di peringkat akar umbi juga akan lebih berpecah kerananya.

Kiranya Najib merasakan beliau mampu bertahan sehingga tarikh PRU 14 akan datang sebelum menyerahkan kepada rakyat membuat penentuan, memecat dan menangkap Tun Mahathir akan membuatkan "tarikh perginya" lebih awal daripada itu.

Membiarkan Tun Mahathir bebas lepas dan terus-terusan menyerang Najib tanpa diambil apa-apa tindakan pula, khususnya berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta akan membuatkan Najib lebih sukar berhadapan rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Secara nyatanya, Najib sebenarnya semakin tidak mempunyai pilihan lagi dalam berhadapan dengan Tun Mahathir ini.-BlogSpot