Selasa, 1 September 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Nak tahu kenapa Peguam Negara di pecat... suarakami

Posted: 01 Sep 2015 08:00 PM PDT



Hari tu Najib bagi tahu rakyat, mantan Peguam Negara, Gani Patail dipecat atas alasan kesihatan .... kawan tu tinggal sebulan sahaja lagi untuk bersara...Kena pecat mengejut gitu sahaja.

Tak ada majlis meraikan sebagaimana lazimnya 'Jasa Mu Dikenang....Gani Patail dimalukan dengan pemakluman khidmatnya ditamatkan ketika beliau datang ke pejabatnya untuk bertugas seperti biasa.... 


Setiausaha Negara Ali Hamsah siap menunggu diluar pintu pejabat dan melarangnya dari masuk. Ungkapan popular oleh Donald Trump dan Tony Fernandes dalam siri teevee 'The Apprentice Worldwide' suatu ketika dulu seolah-olah dilakonkan semula secara live oleh Ali Hamsah :


 "You are fired!" katanya kepada Gani Patail yang terpinga-pinga sebab dia sendiri pun tidak tahu kenapa!

Tapi hari ini, mantan Peguam Negara, Gani Patail harus tahu kenapa beliau kena pecat.


Boss operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan pegawai-pegawainya juga harus tahu kenapa mereka disoalsiasat, pejabat dan rumah mereka kena geledah malah ada yg kena tukar seketika....


Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan mengatakan pemecatan Gani Patail adalah kerana  Gani terlibat dengan pasukan petugas yang menyiasat wang RM2.6 billion yang dimasukan ke akaun peribadi Najib.


Rahman kata, "tidah sah!" Woit! Hanya kerana tidak sah maka Gani kena pecat dengan cara yang memalukan, begitu ker?


Hanya kerana "tidak sah" 7 pegawai tinggi SPRM kena soal siasat, kena geledah dan kena tukar ?? Woit! Apa pelik sangat cerita ni??


Kalau ikut pendedahan Sarawak Report , Shahril Samad boleh RM1juta, Ahmad Maslan boleh ke dia RM2juta..... mamat ni dah dapat berapa juta agaknya?? Kuat sangat gosoknya sampai melecet ...!!! Cer baca berita berikut :


Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "tidak sah".


"Sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan hal itu.


"Pasukan khas asal ditubuhkan bagi melihat keseluruhan polisi sistem perbankan seperti pengubahan wang haram, aliran dana haram, pengurup wang yang menggunakan cara yang haram untuk memindahkan wang dari dalam dan luar negara, transaksi wang secara haram melibatkan pengganas dan penjualan dadah serta kelemahan yang ada di dalam sistem.


"Ini adalah sebab kenapa peguam negara, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis terlibat," katanya dalam wawancara dengan The Star Online.


Selain itu, Abdul Rahman berkata, peguam negara tidak sepatutnya terlibat dalam penyiasatan itu demi memastikan pengasingan kuasa.


Pasukan petugas khas itu dibubarkan dengan serta merta selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dipecat daripada jawatan tersebut dan diganti dengan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.


Walaupun pembubaran pasukan petugas khas itu, Abdul Rahman, yang juga menteri kabinet menegaskan bahawa siasatan masih boleh diteruskan.

Blogger Seks, Alvin Tan Ugut Perkosa Anak Zahid Hamidi

Posted: 01 Sep 2015 07:30 PM PDT




Kuala Lumpur – Sekali lagi blogger seks, Alvin Tan menimbulkan isu kontroversi apabila dengan sengaja mengugut untuk memperkosa anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi status 'Facebook'nya.

Alvin yang bersetuju dengan status yang dimuat naik NurulHidayah Ahmad Zahid yang menyifatkan peserta terlibat Bersih 4.0 sebagai kerja bodoh terus sahaja memuat naik status ugutan perkosaan tersebut.

Malah, Alvin juga turut menyifatkan Nurulhidayah seorang perempuan yang cukup hangat sekali gus menawarkan kepada sesiapa yang mahu meneyrtainya untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu.

Terbaru blogger seks itu memuat naik status bersifat hasutan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad sambil menyifatkan sangat meluat kepada orang beragama Islam.

Malah, dia juga cuba membuat perbandingan antara agama Islam dan agama Buddha.

Antara tulisannya berbunyi seperti "Aku meluat setiap kali orang Islam kata Islam itu sempurna, Islam itu indah.. bacalah Qur'an, ihat berapa rangkap yang suruh pengikut Islam bunuh kafir, bunuh murtad, bunuh Yahudi. Agama yang sempurna tidak akan mengajar pembunuhan tak kira apa jua keadaan,"katanya.

Sementara itu Nurulhidayah sebelum ini yang memuat naik status menggunakan bahasa kasar untuk meluahkan pandangannya.

"Nak sangat pertahankan negara konon? Pergi masuk Askar la. Jaga sempadan. Pegi Ops Pasir.. segala mak bapak Ops korang bole rasa," katanya di Facebook.

Dalam status dikongsinya itu juga, Nurulhidayah turut mendakwa dahulunya dia pernah melakukan tindakan sama.

"Time tu aku suruh Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang mcm tu dulu. Tapi zaman sekarang dah tak releven babe kat atas jalan ni! Negara luar tu dok perhati jer nak Malaysia ni huru hara," jelasnya lagi.



Komen:

 

Zar Ali's photo.Lain kali BETINA SAMPAH ni harus menghurmati PERLEMBAGAAN yag membenarkan rakyat berhimpunan untuk menegakkan KEBENARAN DAN KEADILAN.... jangan memalukan BAPA KAMU yang dulunya Orang Kanan Bapa Reformasi Dato Seri Anwar Ibrahim, 
 
JANGAN INGAT BAPA KAMU AKAN MENONGKAT DUNIA INI, satu hari dia juga akan JATUH apabila UMNO/BN Hancur.... 
 
Tunggu kami akan BONGKAR SALAHLAKU bapak kamu yang mendera dan memukul kekasih kakak kamu....lagi banyak kamu bercakap lagi banyak kami akan bongkar.

Gempar: Baju merah akan buat serangan balas..... suarakami

Posted: 01 Sep 2015 07:00 PM PDT



Gempar!!!! Himpunan Sejuta Baju Merah Sokong Najib Oktober Ini!!

Himpunan satu juta menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diadakan pada Oktober ini untuk mengatasi jumlah peserta perhimpunan Bersih 4.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata himpunan sejuta orang menyokong Najib itu akan diadakan pada 10 Oktober ini dengan memakai t-shirt merah.
Jamal berkata, beliau sangat yakin dapat mengatasi jumlah peserta yang berkumpul di Dataran Merdeka bagi bersih 4.

"Kami telah memilih 10 Oktober untuk perhimpunan kami. Kami akan berkumpul di Low Yat, Bukti Bintang dan 1 juta 'Baju Merah' akan turun bagi menunjukkan sokongan terhadap Najib", katanya selepas perasmian mesyuarat UMNO bahagiannya.


Jamal baru-baru ini menubuhkan kumpulan Anti Bersih bagi berhadapan dengan peserta Bersih tetapi dibatalkan di saat-saat akkhir selepas dinasihat polis.

Adakah tindakan ke atas Tun Mahathir satu langkah bijak? suarakami

Posted: 01 Sep 2015 06:30 PM PDT



Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron percaya situasi politik negara akan menjadi keruh sekiranya tindakan dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai perhimpunan Bersih 4.
Idris berkata pada masa ini ruang perbincangan serta peluang negarawan itu 'kembali ke pangkal jalan' luas terbuka dan khuatir tindakan itu mungkin menutup segala jalan untuk menjernihkan situasi politik di negara ini.
Beliau juga percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendorong atau mempengaruhi Tun Dr Mahathir dengan memberikan maklumat tidak tepat berasaskan emosi serta persepsi, sehingga beliau menyertai perhimpunan itu.
"Beliau (Dr Mahathir) melakukan sesuatu di luar kebiasaan (apabila menyertai Bersih 4) yang saya percaya ada pihak tidak bertanggungjawab di sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas mengadiri Perarakan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Melaka di Bandar Hilir di Melaka hari ini.
Idris berkata kerajaan negeri mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4 di sekitar Bandaraya Melaka sejak Sabtu lepas.
"Mereka ingin merosakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa tema Sehati Sejiwa tidak berlaku di negara ini, saya tegaskan mereka (penganjur Bersih 4) gagal kerana kita rakyat Malaysia bersatu menyambut kemerdekaan negara hari ini dengan meriah dan gembira," katanya.

WAKIL RAKYAT BN MESTI SOKONG UNDI TIDAK PERCAYA NAJIB Oleh Mahathir Mohamad

Posted: 01 Sep 2015 06:00 PM PDT


Saya hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih pada 29-30 Ogos. Ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah jadi penyokong Bersih. Apakah saya sokong parti lawan DAP dan Kit Siang. Ada juga yang bertanya saya sudah

memihak kepada orang Cina.

Saya pernah menyatakan demonstrasi jalanan tidak harus diguna untuk tekanan politik kerana ia menjejaskan perniagaan terutama perniagaan kecil dan ekonomi Negara. Apakah sekarang perbuatan saya tidak menunjuk sifat berdolak-dalik dalam politik.

Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang boleh digunakan untuk menekan Kerajaan apabila menyalahguna kuasa.

Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan Pendakwa Raya akan ambil tindakan, menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.

Tetapi sekarang Najib sudah bubar dan musnahkan institusi-institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat. Apabila dituduh telah lesapkan duit Kerajaan melalui 1MDB, Najib serah siasatan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC – Public Accounts Committee) Dewan Rakyat. Rakyat disuruh tunggu sehingga siasatan oleh badan-badan ini selesai.

Apabila wang sebanyak RM2.6 bilion terdapat dalam akaun peribadi Najib, dan dia tak dapat menafi duit ini ada dalam akaunnya, dan ramai bertanya daripada mana duit ini datang, dan penjelasan yang munasabah tidak dapat diberi oleh Najib, maka satu pasukan bertugas (task force) dibentuk untuk secara rasmi menyelidik wang ini.

Pasukan ini terdiri daripada Pendakwa Raya, Ketua Polis Negara, Ketua Badan Pencegah Rasuah dan Gabenor Bank.

Rakyat menunggu hasil siasatan ini. Tiba-tiba Pendakwa Raya disingkir oleh Najib, Ketua Badan Pencegah Rasuah diarah bercuti, dan Gabenor Bank diugut kononnya kerana Bank Negara bocor maklumat. Dan terhentilah siasatan oleh badan ini.

Di masa yang sama Pengerusi PAC dan tiga lagi ahli diberi jawatan dalam Kerajaan dan siasatan berkenaan wang 1MDB oleh PAC pun dihentikan.

Beberapa pegawai polis dan lain-lain pegawai dipindah ke jawatan lain supaya tidak lagi dapat meneruskan siasatan.

Yang ditinggal dan yang baru dilantik adalah orang yang tidak tunjuk minat untuk membuat siasatan, bahkan sengaja menghalang apa-apa siasatan terhadap 1MDB dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Najib.

Semua saluran untuk menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib sudah tidak lagi ada.

Sebaliknya Najib dan konco-konconya sering mendakwa duit RM2.6 bilion adalah derma. Tidak pula diperkenalkan penderma, punca kekayaannya, bentuk wang yang diberi, bank yang terlibat dan lain-lain butiran. Sebenarnya dakwaan ini tidak boleh diterima akal.

Kepada pemimpin UMNO Najib mendakwa bahawa RM2.6 bilion ini adalah untuk pilihanraya ke-14. Jika untuk parti belanja membeli nasi lemak atau minuman atau sewa kereta seperti dahulu, jumlah ini beratus kali ganda wang yang diperlukan.

Tetapi untuk sogok pemimpin dan ahli Dewan Rakyat dengan berjuta tiap seorang, untuk sogok pegawai supaya menipu, besar kemungkinan wang sebanyak RM2.6 bilion diperlukan.

Jika Najib menang kerana sogok wang, dia akan perlu lebih banyak wang lagi untuk mengekalkan dirinya sebagai PM dan untuk PRU 15. Dari mana akan datang berbilion lagi jika tidak secara haram. Malaysia akan diperintah oleh seorang Perdana Menteri yang bergantung kepada rasuah. Najib sendiri berkata "Cash is King" "Wang Tunai adalah Raja". Raja inilah yang disembah oleh Najib.

Najib akan nafi tetapi keadaan Negara sekarang amat buruk. Hubungan kaum tegang. Nilai Ringgit dan saham jatuh dengan teruknya jauh lebih teruk dari Thailand, Singapura dan lain-lain Negara. Kos sara hidup melambung naik kerana GST dan lain-lain. Hutang Negara bertimbun dan lain-lain.

Inilah masa depan Malaysia jika Najib kekal. Segala cara menukar Perdana Menteri yang mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara sudah ditutup oleh Najib. Hanya dengan suara keramat rakyat dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan Negara daripada perasuah.

Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah, dan saya rayu kepada ahli Dewan Rakyat UMNO dan BN supaya menyokong undi tidak percaya kepada Najib. BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti.

Selagi Najib berkuasa semala itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang Negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbilion duit rakyat disalahgunakan.

Inilah nasib yang menunggu Malaysia kerana Najib. -chedet.cc

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Shahrizat: Wanita Umno kecewa dengan Dr M Anne Muhammad

Posted: 01 Sep 2015 05:30 PM PDT


Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa anggota pergerakan itu kecewa dan sedih dengan kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan BERSIH 4.

Shahrizat mendakwa, majoriti rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan Mahathir dan masih menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"(Wanita Umno) minta saya keluarkan kenyataan yang amat sedih dan kecewa dengan kehadiran Tun Mahathir di perhimpunan haram yang dinamakan BERSIH.

"Dari maklum balas yang kami dapat bahawa sebenarnya majoriti rakyat Malaysia masih menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib selaku PM, kami bawa suara akar umbi dan terus menyokong Datuk Seri Najib.

"(Kami) menyatakan dengan jelas dengan nyata kami wanita BN kesemuanya sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia dan pengerusi BN," kata Shahrizat.


Zar Ali's photo.

Shahrizat mengulas mengenai tindakan Mahathir yang muncul sebanyak dua kali di perhimpunan BERSIH 4, hujung minggu lalu.

Mahathir hadir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan ke acara yang antara lainnya diadakan bagi menuntut Najib berundur dari jawatan PM.

Perhimpunan BERSIH 4 selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu dan dianggarkan dihadiri lebih 200,000 pada waktu kemuncaknya.

Penganjur pula menganggarkan jumlah kehadiran adalah seramai 500,000 orang sepanjang tempoh perhimpunan berlangsung.

'Bawa hal parti ke mahkamah, keahlian Anina gugur serta merta' Zulaikha Zulkifli

Posted: 01 Sep 2015 05:00 PM PDT


Anina Saaduddin - perwakilan wanita Umno Langkawi yang menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak - terlucut keahlian Umno berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof mengesahkan perkara itu dan berkata, keahlian Anina gugur kerana membawa hal berkaitan parti ke mahkamah.

"Secara automatik (keahlian Anina) dah terlucut berdasarkan Akta Pertubuhan parti sebab membawa hal parti ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Surat mengenai perkara itu, yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan telah dihantar kepada Anina.

Bila dihubungi melalui WhatsApp, Tengku Adnan mengesahkan surat tersebut.

Sementara itu, peguam yang mewakili ahli Umno Langkawi Anina Saaauddin yang memfailkan saman terhadap Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, mereka akan berhujah di mahkamah, berikutan ancaman pemecatan anak guamnya itu.


Hanif Khatri Abdullah (gambar) berkata, insya-Allah, mereka akan bersedia untuk berhujah mdngenai perkara dari semua sudut.

"Apa sahaja tindakan (untuk menentang ancaman pemecatan itu) kami akan lakukan di mahkamah. Kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, "katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Anina telah memfailkan saman pada hari Jumaat melalui firma guaman Hanif untuk mendapatkan sebahagian daripada RM2.6 bilion sumbangan untuk parti yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Sebanyak AS$650 juta dikatakan baki daripada jumlah asal AS$681 juta (RM2.6 bilion) perdana menteri telah terima sebagai sumbangan.

Pemindahan AS$650 juta ke Singapura, didakwa berlaku pada 30 Ogos 2013, hari yang sama Najib didakwa menutup akaunnya.

Selain menamakan Najib, Anina turut menamakan setiausaha kerja Umno, Abdul Datuk Rauf Yusoh sebagai defendan lain.

Hanif berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan peguam Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang Anina akan dipecat dari Umno sebaik sahaja Najib menerima saman itu.

Menurut Sin Chew Daily, Pejabat Umno akan mengeluarkan notis kepada Anina untuk membatalkan keahliannya.

Hafarizam dilaporkan berkata, di bawah Pendaftar Akta Pertubuhan 1966, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mendengar atau membuat keputusan mengenai hal ehwal parti dan oleh itu, Anina akan boleh hilang keahliannya.

Dalam samannya itu, Anina memohon injunksi terhadap Najib dan Abdul Rauf atau ejen dan/atau pekerja dalam lembaga disiplin, Majlis Tertinggi, badan perhubungan negeri,bahagian, dan cawangan, supaya dihalang daripada membuang, menggugurkan, menggantung dan/atau mengambil sebarang disiplin terhadapnya sementara menunggu pelupusan kes itu,

Oleh itu, permohonan injunksi ini perlu didengar terlebih dahulu sebelum saman itu.

Hanif memberitahu Malaysiakini bahawa tarikh pengurusan kes telah ditetapkan pada 21 September di hadapan timbalan pendaftar.


"Mungkin masa itu kita akan tahu," tambahnya.

PKR persoal niat Putrajaya untuk beli kapal perang RM3.5b Kow Gah Chie

Posted: 01 Sep 2015 09:00 AM PDT


PKR mempersoalkan hasrat Putrajaya untuk membeli sebuah kapal perang Mistral buatan Perancis yang berharga RM3.5 bilion ketika negara sedang menghadapi kegawatan ekonomi.


Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli merujuk laporan dalam The International Daily bertarikh 26 Ogos, yang berkata Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian mengetuai delegasi industri pertahanan ke Malaysia berkaitan urusan tersebut.

Delegasi itu dilaporkan tiba semalam, dan akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Surat Terbuka Syed Mokhtar - Yayasan Dakwa Penulis Menyamar

Posted: 01 Sep 2015 08:15 AM PDT


Zar Ali's photo.

Hartawan korporat dan pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, bukan penulis artikel bertajuk 'Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak' yang pertama kali muncul pada Sabtu (29 Ogos).

Yayasan Albukhary dalam kenyataan hari ini, berkata artikel itu telah memperdaya orang ramai untuk berfikir atau mempercayai bahawa Syed Mokhtar yang telah menulisnya.

Ia mendakwa artikel ini telah mendapat perhatian dan telah diterbitkan semula dalam laman sosial dan turut disebarkan menerusi aplikasi khidmat mesej WhatsApp.

"Kami tidak akan membiarkan perbuatan menyamar sebagai Tan Sri Syed Mokhtar, termasuk menggunakan nama beliau secara salah di sisi undang-undang atau tanpa kebenaran.

"Untuk mengelak kesangsian atau kekeliruan, laman web Yayasan Albukhary kekal menjadi satu-satunya wadah awam rasmi bagi Syed Mokhtar," katanya dan menurutnya, yayasan mendoakan kejayaan dan pertumbuhan berterusan bagi Malaysia.

Dua hari lepas, artikel bertajuk 'Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak' menjadi viral dalam laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp.


- Bernama

Posted by Jeebond BLM

Lebih baik Najib diam – Rafizi Ramli

Posted: 01 Sep 2015 07:30 AM PDT

Zar Ali's photo.

Semakin banyak Perdana Menteri memberikan komen mengenai Bersih 4.0 semakin menjunam popularitinya di mata rakyat. bersih-4,-

Rafizi-Ramli,-najib PETALING JAYA: 

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, dia akan menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya `diam' daripada membuat sebarang kenyataan mengenai perhimpunan Bersih 4.0 sekiranya dia menjadi penasihat kepada Perdana Menteri. 

Katanya, semakin banyak Najib memberikan komen berhubung Bersih 4.0 semakin menjunam popularitinya di mata rakyat. 

"Dia (Najib) hanya perlu berkata ok, saya mendengar anda dan kita lihat apa yang boleh dilakukan. 

"Saya fikir itu adalah lebih baik daripada dia (Najib) berkata mereka tidak menyokong saya tetapi terdapat ramai lagi orang yang menyokong saya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Selasa. 

Dalam perutusan Hari Merdeka Sabtu lalu, Najib berkata, perhimpunan Bersih 4.0 merupakan satu acara kurang bijak, berfikiran cetek dan menunjukkan kekurangan semangat kebangsaan. 

Najib berkata, kerajaan menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang mengganggu kententeraman awam sambil menambah ia tidak mencerminkan kematangan. 

Rafizi berkata, rakyat yang tidak datang menyertai perhimpunan itu tidak bermakna mereka menyokong Najib. 

"Najib tidak mempunyai sokongan majoriti rakyat sama ada mereka yang datang ke perhimpunan itu atau tidak. 

"Oleh itu, mereka yang tidak datang ke perhimpunan Bersih 4.0 bukan bermakna memberi sokongan kepada Najib," katanya. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Akhirnya Pemimpin BN Merayu Minta Pertolongan

Posted: 01 Sep 2015 06:45 AM PDT


Akhirnya Pemimpin BN Merayu Minta Pertolongan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu mengubah dirinya dulu untuk memenangi semula keyakinan rakyat, bukannya dengan mendesak wartawan supaya "memberikan gambaran yang baik mengenai mereka", kata seorang wakil rakyat DAP hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, wartawan berperanan melaporkan fakta dan kebenaran dan jika sesiapa, baik BN mahupun pembangkang, digambarkan dalam keadaan buruk, ia bukan salah media tetapi salah pihak yang terbabit.

"Untuk menyelesaikan persepsi negatif BN tidak susah. Ia hanya perlu bermula dengan Umno-BN melalui kenyataan pemimpin mereka dan dasar kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bukan kerja wartawan 'membantu menggambarkan' BN dalam keadaan yang baik. Menjadi peranan wartawan untuk melaporkan fakta dan kebenaran berhubung sebarang kejadian dan aktiviti.

Akhirnya Pemimpin BN Merayu Minta Pertolongan

"Sekiranya kebenaran menggambarkan sesiapa dalam keadaan yang buruk, tidak kira sama ada ia parti pemerintah atau pembangkang, kesalahan itu terletak pada pihak berkenaan itu mereka sendiri, dan bukan wartawan."

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merayu pertolongan pemberita agar mengembalikan sokongan pengundi Cina dan India kepada BN.

Naib presiden Umno itu berkata, beliau yakin pengundi komuniti itu tidak menyisihkan BN secara mutlak kerana media yang diikuti kaum India dan Cina masih memberikan liputan kepada majlis Umno dan gabungan pemerintah itu.
"Sekarang ni mereka tak yakin dengan kita. Mereka bukannya benci sangat dengan kita. Cuba tanya pemberita, (mereka) tak benci kita pun. Kalau benci, mereka tak akan datang sini pun, betul tak?" kata Zahid sewaktu merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Puchong.

Beliau kemudian memalingkan badannya ke arah kumpulan pemberita yang bertugas dan menyampaikan pesanan berikut: "Tolong ubah minda orang Cina dan India supaya mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Löe bacalah sendiri......

Posted: 01 Sep 2015 06:00 AM PDT


Kelab Che Det's photo.

Artikel terbaru Tun Dr. Mahathir

BERSIH www.chedet.cc

1. Saya hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih pada 29-30 Ogos. Ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah jadi penyokong Bersih. Apakah saya sokong parti lawan DAP dan Kit Siang. Ada juga yang bertanya saya sudah
memihak kepada orang Cina.


2. Saya pernah menyatakan demonstrasi jalanan tidak harus diguna untuk tekanan politik kerana ia menjejaskan perniagaan terutama perniagaan kecil dan ekonomi Negara. Apakah sekarang perbuatan saya tidak menunjuk sifat berdolak-dalik dalam politik.

3. Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang boleh digunakan untuk menekan Kerajaan apabila menyalahguna kuasa.

4. Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan Pendakwa Raya akan ambil tindakan, menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.

5. Tetapi sekarang Najib sudah bubar dan musnahkan institusi-institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat.

6. Apabila dituduh telah lesapkan duit Kerajaan melalui 1MDB, Najib serah siasatan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC – Public Accounts Committee) Dewan Rakyat. Rakyat disuruh tunggu sehingga siasatan oleh badan-badan ini selesai.

7. Apabila wang sebanyak RM2.6 bilion terdapat dalam akaun peribadi Najib, dan dia tak dapat menafi duit ini ada dalam akaunnya, dan ramai bertanya daripada mana duit ini datang, dan penjelasan yang munasabah tidak dapat diberi oleh Najib, maka satu pasukan bertugas (task force) dibentuk untuk secara rasmi menyelidik wang ini.

8. Pasukan ini terdiri daripada Pendakwa Raya, Ketua Polis Negara, Ketua Badan Pencegah Rasuah dan Gabenor Bank.

9. Rakyat menunggu hasil siasatan ini. Tiba-tiba Pendakwa Raya disingkir oleh Najib, Ketua Badan Pencegah Rasuah diarah bercuti, dan Gabenor Bank diugut kononnya kerana Bank Negara bocor maklumat. Dan terhentilah siasatan oleh badan ini.

10. Di masa yang sama Pengerusi PAC dan tiga lagi ahli diberi jawatan dalam Kerajaan dan siasatan berkenaan wang 1MDB oleh PAC pun dihentikan.

11. Beberapa pegawai polis dan lain-lain pegawai dipindah ke jawatan lain supaya tidak lagi dapat meneruskan siasatan.

12. Yang ditinggal dan yang baru dilantik adalah orang yang tidak tunjuk minat untuk membuat siasatan, bahkan sengaja menghalang apa-apa siasatan terhadap 1MDB dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Najib.

13. Semua saluran untuk menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib sudah tidak lagi ada.

14. Sebaliknya Najib dan konco-konconya sering mendakwa duit RM2.6 bilion adalah derma. Tidak pula diperkenalkan penderma, punca kekayaannya, bentuk wang yang diberi, bank yang terlibat dan lain-lain butiran. Sebenarnya dakwaan ini tidak boleh diterima akal.

15. Kepada pemimpin UMNO Najib mendakwa bahawa RM2.6 bilion ini adalah untuk pilihanraya ke-14. Jika untuk parti belanja membeli nasi lemak atau minuman atau sewa kereta seperti dahulu, jumlah ini beratus kali ganda wang yang diperlukan.

16. Tetapi untuk sogok pemimpin dan ahli Dewan Rakyat dengan berjuta tiap seorang, untuk sogok pegawai supaya menipu, besar kemungkinan wang sebanyak RM2.6 bilion diperlukan.

17. Jika Najib menang kerana sogok wang, dia akan perlu lebih banyak wang lagi untuk mengekalkan dirinya sebagai PM dan untuk PRU 15. Dari mana akan datang berbilion lagi jika tidak secara haram. 

Malaysia akan diperintah oleh seorang Perdana Menteri yang bergantung kepada rasuah. Najib sendiri berkata "Cash is King" "Wang Tunai adalah Raja". Raja inilah yang disembah oleh Najib.

18. Najib akan nafi tetapi keadaan Negara sekarang amat buruk. Hubungan kaum tegang. Nilai Ringgit dan saham jatuh dengan teruknya jauh lebih teruk dari Thailand, Singapura dan lain-lain Negara. Kos sara hidup melambung naik kerana GST dan lain-lain. Hutang Negara bertimbun dan lain-lain.

19. Inilah masa depan Malaysia jika Najib kekal. Segala cara menukar Perdana Menteri yang mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara sudah ditutup oleh Najib. Hanya dengan suara keramat rakyat dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan Negara daripada perasuah.

20. Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah, dan saya rayu kepada ahli Dewan Rakyat UMNO dan BN supaya menyokong undi tidak percaya kepada Najib. BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti.

21. Selagi Najib berkuasa semala itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang Negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbilion duit rakyat disalahgunakan.

22. Inilah nasib yang menunggu Malaysia kerana Najib.

Saya Berhak Untuk Bersuara Dan Tidak Akan Berdiam Diri - Nurulhidayah Ahmad Zahid

Posted: 01 Sep 2015 05:24 AM PDT




Jika sebelum ini tindakan Nurulhidayah yang merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan tindakan penganjuran perhimpunan Bersih 4 sebagai bodoh, dia telah menerima pelbagai kritikan dan ada juga yang memberi semangat.

Namun kerana tindak balas netizens berkenaan, Nurul hari ini sekali tampil menjawab segala kritikan berkenaan dengan menyatakn dia juga merupakan rakyat Malaysia dan berhak bersuara.

Menurut Nurul, apa yang dikatakan olehnya sebelum ini telah disalah faham oleh segelintir pengguna media sosial membuatkan mereka jadi tidak berpuas hati.

"Saya telah diserang secara peribadi. Saya tak menyentuh perkauman atau bangsa. Saya cuma pertikaikan kewarasan segelintir anda yang tidur dijalanan kononnya untuk menyatakan kebenaran."

"Beberapa bulan lepas ketika insiden di Low Yatt, saya juga lantang menyatakan ia tidak patut berlaku. Kenapa? Kerana perbuatan bergaduh sedemikan rupa, terlarang oleh mana2 agama sekali pun,"katanya.

BACA: Anak Zahid Hamidi Selar Perhimpunan Bersih 4

BACA: Anak Perempuan Zahid Hamidi Luah Perasaan Di Instagram Selepas Bapanya DiKritik Ramai

Beliau menegaskan tidak akan berdiam diri dan akan terus bersuara mengenai sebarang perkara yang boleh menggugat negara.

"Benar, saya bertanggungjawab dengan kata-kata saya. Saya bertanggungjawab dengan 'Freedom Of Speech' saya. Saya bertanggungjawab dengan tidak rela melihat rakyat 'diheret' dijalanan."

"Saya juga bertanggungjawab untuk tidak melihat segelintir kita diperalatkan. Waima Kerajaan atau Pembangkang semua kena berubah. Ramai yang menyalah anggap tetapi ada juga yang mengerti. Saya tidak mengupah sesiapa dalam berkomunikasi di sosial media. Ini suara saya. Suara hati saya antara 30 juta rakyat Malaysia," tegas beliau lagi.

Bagaimanapun kerana kritikan yang diterima sebelum ini Nurul menyatakan dia sudah memaafkan mereka yang telah menghina kelaurganya dan memohon kepada tuhan supaya seluruh keluaga dan keturunannya dilindungi. - Siakapkeli.my