ZAKRI ALI |
- "JANGAN MIMPI PM NAJIB MAHU BERUNDUR !!
- BERSIH 4 tamat, semua selamat
- TERKINI BERSIH 4 (HARI KE-2) - LANGSUNG DARI DATARAN MERDEKA. 100,000 PADA MALAM TERAKHIR. SUMBER DARI MALAYSIAKINI
- VIDEO - Najib enggan undur kerana takut ke penjara - Mahathir
- MP Umno perlu berani buat undi tidak percaya - Mahathir
- PM: Demo tak matang, minda cetek - Shakira Buang
- Ketua Polis KL puji peserta BERSIH 4 Anne Muhammad
- VIDEO - Sokong BERSIH demi kematangan demokrasi - Bekas Menteri UMNO
- TERKINI BERSIH 4 (HARI KE-2) - LANGSUNG DARI DATARAN MERDEKA SUMBER DARI MALAYSIAKINI
- Bersih 4.0- Skandal terbaru Najib akan dibongkar, kata Rafizi By canang
- VIDEO - Mahathir turun demo BERSIH lagi
- Najib Terkedu Lihat Gambar Ini..
- KALAU SUDAH BEGINI KEBENCIAN RAKYAT, APA LAGI...."UNDURLAH NAJIB".... shahbudindotcom
- Mahathir Turun Sekali Lagi Sertai BERSIH Hari Ke-2
- TERIMA KASIH ABANG POLIS - Ketua Polis KL Puji Perserta BERSIH
- Ribuan BANTAH Penyingkiran Muhyiddin di Johor?? Oleh Zainuddin Maidin
- TERKINI: PERHIMPUNAN BERSIH 4.0 – HARI KEDUA THE RAKYAT POST
"JANGAN MIMPI PM NAJIB MAHU BERUNDUR !! Posted: 30 Aug 2015 10:30 PM PDT 'Bila sauh berlabuh, pantang toleh ke belakang'Ketika puluhan ribu berhimpun hampir 34 jam di sekitar Dataran Merdeka bagi mendesak pengundurannya, Datuk Seri Najib Razak tampil menegaskan tidak akan sesekali mengalah atau menoleh ke belakang. "Saya ingin mengulangi, setelah layar telah dikembangkan, apabila sauh telah dilabuhkan, pantang ketua kapal dan anak-anak kapal menoleh ke belakang," ucap perdana menteri dalam amanat hari Kebangsaan 2015 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam ini. Malah, Najib berkata barisan kabinet barunya serta BN dan beliau sendiri akan terus memacu negara ke hadapan. Tegasnya ini kerana beliau telah mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Sementara itu, Bernama melaporkan beliau berikrar beliau dan barisan pentadbirannya tidak akan membiarkan Malaysia jatuh, malah akan terus membangunkan tanah air supaya kekal makmur di persada dunia. Perdana Menteri berkata beliau dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta rakan-rakan yang lain akan meneruskan usaha itu walau apa pun cabaran yang mendatang serta dugaan yang melanda. Ketika menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini, Najib melahirkan rasa kesal atas tindakan segelintir pihak yang yang sanggup dan tergamak mencetuskan bibit-bibit persengketaan serta api permusuhan menjelang ulang tahun kemerdekaan negara. "Sesungguhnya, kami tidak akan membenarkan sesiapa sahaja sama ada dari dalam atau luar (negara), untuk dengan mudahnya datang dan mencuri, merosakkan atau memusnahkan apa yang telah kami bina selama ini. "Beringatlah semua, jika kita tidak bersatu, hilang solidariti dan hilang kesepaduan, segala masalah tidak akan dapat diselesaikan, bahkan segala yang kita bina secara susah payah selama ini akan hancur begitu sahaja," katanya. |
Posted: 30 Aug 2015 10:00 PM PDT Selepas berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti selama 34 jam, peserta BERSIH 4 bersurai dengan aman sejurus selepas jam 12 tengah malam. Ia selaras dengan rancangan penganjur yang menamatkan perhimpunan kali ini pada jam 11.59 malam. Sebelum bersurai, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah melaungkan kalimah "Merdeka sebanyak 10 kali, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-58 hari ini. Kecuali beberapa kejadian kecil dan terpencil, keseluruhan BERSIH 4 adalah terkawal, malah turut mendapat pujian Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa kerana berdisiplin dan mematuhi arahan pihak berkuasa tidak masuk ke Dataran Merdeka. BERSIH kali ini juga berbeza berbanding perhimpunan lain kerana bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat dua kemunculan singkat, masing-masing pada Jumaat dan Sabtu. Bagaimanapun, di sebalik rasa teruja sebahagian peserta terhadap Dr Mahathir, sesetengah yang lain memandang sinis kehadiran beliau dan mengaitkannya dengan cara bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu mentadbir kerajaan sebelum ini. |
Posted: 30 Aug 2015 09:19 PM PDT 12am Jalan TAR - Peserta yang berhimpun di jalan TAR menyanyikan lagu Negaraku pada jam 12 tengah malam. Setelah selesai penantian jam 12 tengah malam, peserta himpunan mula bersurai dari jalan TAR sambil menyanyi lagu "Bersih". Sementara itu, Polis Kuala Lumpur pula memberi jaminan keadaan bandar raya Kuala Lumpur selamat untuk sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-58 yang akan berlangsung esok. Malah, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan memastikan keselamatan mereka sentiasa terjamin.[Baca lanjut] 11.55 Jalan Parlimen - Kira-kira 10 anggota polis dan trafik berkawal di lampu isyarat simpang Jalan Parlimen untuk memantau perhimpunan BERSIH 4. Tidak kelihatan sebarang kendaraan FRU atau trak polis di lokasi tersebut. 11.45pm: Pentas utama - Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam ucapannya berkata, jika ada BERSIH 5 selepas ini ia akan menjadi "pesta rakyat". Beliau juga meminta orang ramai meyakinkan ahli parlimen masing-masing supaya menyokong undi tidak percaya terhadap perdana menteri jika ia diusulkan nanti. 11.45pm: Jalan Parlimen - Bukan hanya orang biasa yang menyertai BERSIH 4. Pelakon filem dan drama, Jesse Lim, turut mengambil peluang datang untuk meninjau keadaan di sekitar perhimpunan. "Selepas empat kali diadakan, ini kali pertama saya datang ke perhimpunan BERSIH. "Mungkin sebab sebelum ini hanya diadakan waktu siang. Kali ini berlangsung selama 34 jam. "Saya sempat datang waktu malam sebab siang hari ada penggambaran," katanya kepada Malaysiakini. Kehadiran pelakon berusia 44 tahun itu turut diambil peluang oleh peserta lain untuk bergambar dengannya. Ditanya mengenai BERSIH 4, Jesse berkata, sesuatu perkara dilakukan mesti mempunyai sebab. "Kalau seorang merayu mungkin salah faham. Kalau 100 orang mungkin mereka menganggap kita berdengki. "Tapi kalau 1,000 orang merayu kepada seseorang itu mungkin kita tak boleh nak nilai. Kalau berjuta orang sudah marah kepada seseorang itu, mesti orang itu adalah masalah," katanya yang baru selesai penggambaran filemMulut dan Koncu arahan Datuk A Razak Mohaideen. 11.40pm - Jalan Tun Perak - Orang ramai kelihatan mula bergerak meninggalkan kawasan utama melalui Jalan Pudu dan Jalan Sultan. Pada masa sama hanya beberapa orang anggota polis kelihatan bertugas agak jauh dari situ. Keadaan lampu jalan berhampiran Dataran Maybank yang terpadam tiba-tiba menyebabkan orang ramai bersorak namun keadaan kembali tenang sejurus selepas itu apabila lampu berkenaan kembali menyala. 11.30 pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman - Quratulain Atiqah, 24, datang menyertai BERSIH 4 bersama 20 kawannya seja semalam. Katanya, semalam tidak ramai Melayu menyertai BERSIH mungkin disebabkan kurang yakin terhadap keselamatan masing-masing selepas diugut dengan pelbagai cara, termasuk mengharamkan baju. "Tapi mereka tengok semalam OK saja, polis pula tak gunakan kekasaran. Ini antara sebab peserta Melayu tambah malam ini," katanya kepada Malaysiakini. Atiqah berkata sebagai anak muda, dia percaya himpunan aman merupakan satu manifestasi rakyat. "Mungkin tiada perubahan berlaku serta-merta (kesan perhimpunan aman) tetapi ini adalah kekuatan kita," katanya. 11.27pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman- Peserta Melayu ramai berkumpul di sekitar kawasan ini. Salah seorang daripada mereka ialah Mohd Saidi, 55, yang datang bersama isteri dan empat anak mereka, serta dua kawan lain untuk mendengar ucapan di pentas utama berhampiran Dataran Merdeka. Beliau mengaku hadir di Dataran Merdeka semalam. "Saya rasa semalam peserta Melayu hanya 10 peratus tetapi malam ini ada 30 peratus. Ini adalah merangsangkan. "Bagaimanapun, saya rasa turn out peserta Melayu secara keseluruhan kurang berbanding BERSIH 3 kerana ketika itu turn out mencapai 80 peratus," katanya kepada Malaysiakini. Ditanya sebab peserta Melayu malam ini lebih ramai, Saidi berkata mungkin orang ramai berasa selamat selepas tiada kejadian tidak diingini berlaku semalam. "Semalam mereka takut keluar kerana ingat polis akan ambil tindakan atau ada apa-apa kekacauan," katanya. "Orang Melayu sebenarnya marah dengan pentadbiran kerajaan BN terutamanya perlaksanaan GST," katanya. 11.20pm: Jalan Parlimen - Hayat, 22, kali pertama turun menyertai BERSIH hari ini. Asalnya, kata Hayat, dia mahu datang semalam tetapi terpaksa membatalkan niat itu kerana bekerja. "Mungkin orang lain juga begitu. Sebab itu tak ramai Melayu semalam," katanya dan dipersetujui beberapa rakannya yang ada bersama. Nordin, 51, pula berkata dia menjadi peserta BERSIH 4 sejak semalam tetapi tidak tidur di Dataran Merdeka. Ditanya mengenai BERSIH 4, Nordin berkata dia tidak menjangkakan Datuk Seri Najib Razak akan melepaskan jawatannya kerana protes kali ii. "Dia akan berundur jika dia nak berundur. Tapi menyertai BERSIH ni memang berbaloi," katanya. 10.17pm: Jalan Parlimen - Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba bersama anaknya, Nurul Nuha Anwar. Wan Azizah berkata, beliau akan menyampaikan ucapan kepada peserta BERSIH 4 selepas ini. Beliau kemudian dikerumuni orang ramai yang mahu bergambar dengannya. Laungan "Reformasi" juga kedengaran ketika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berjalan ke arah pentas berhampiran Dataran Merdeka. 10.15pm: Dataran Merdeka - Di depan pentas utama BERSIH 4, orang ramai menyanyi lagu Standing in the Eyes of the World bersama penyanyi Eddy dan Wimii. Sambil menyanyi mereka menggerakkan tangan dan menghidupkan lampu telefon bimbit masing-masing, selain ada mengibarkan Jalur Gemilang. 10.10pm Menara Maybank - Pemimpin DAP Lim Kit Siang menggesa rakyat memastikan tiada perdana menteri seperti Datuk Seri Najib Razak muncul lagi dalam politik Malaysia. Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pula mahu orang ramai tidak mempercayai Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bekas perdana menteri itu "bukan rakan" sebaliknya hanya mahu mengambil kesempatan. 10pm: Pusat Konvensyen KL - Datuk Seri Najib Razak berikrar beliau dan barisan pentadbirannya tidak akan membiarkan Malaysia jatuh, malah akan terus membangunkan tanah air supaya kekal makmur di persada dunia. Perdana menteri berkata beliau dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta rakan-rakan lain akan meneruskan usaha itu walau apa pun cabaran yang melanda. 8.30pm - Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown yang dikehendaki polis Malaysia, menyertai perhimpunan BERSIH 4 di London. Beliau memakai pakaian kuning sambil membawa belon warna sama bertulis perkataan "free media" (bebaskan media). Kira-kira 1,000 orang hadir dalam perhimpunan itu. Acara sama anjuran Global BERSIH itu turut berlangsung di lebih 70 bandar di seluruh dunia. 7.30pm Jalan Raja – Seorang lelaki didakwa mabuk muncul di Dataran Merdeka dan mengganggu peserta, termasuk menolak mereka. Polis membawa beliau pergi selepas laporan polis dibuat terhadapnya. 7.25pm Jalan Raja - Bunyi bising vuvuzela kini senyap bagi menghormati masukkan waktu Maghrib. Yang lainnya cuba berteduh dari hujan. 7.45pm Jalan Tuntuk Abdul Rahman - Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) dan bekas timbalan presiden PAS mengimami solat Jumaat berjemaah. 6.15pm: Masjid Jamek - Walaupun PAS sebelum ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi meminta ahlinya untuk menyertai himpunan BERSIH 4, namun kelihatan Naib Presidennya Idris Ahmad turut berada di perhimpunan ini. Beliau yang memakai baju korporat PAS Perak yang berwarna kuning ditemani beberapa rakannya. Turut kelihatan bersama beliau, bekas anggota jawatankuasa PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin. Ditanya mengapa beliau hadir pada perhimpunan hari kedua ini, Idris hanya tersenyum. Ditanya lagi mengapa pimpinan lain tidak turut serta dalam perhimpunan BERSIH 4, beliau hanya ketawa dan enggan mengulas. 2.30pm: Dataran Merdeka - Selepas mesyuarat dengan Ketua Polis Dang Wangi Zainol Samad, Pegerusi BERSIH Maria Chin Abdullah memberitahu bahawa sambutan ambang kemerdekaan dipindahkan ke Bukit Jalil. "Sambutan malam ini diadakan di Bukit Jalil, tapi perarakan Merdeka esok akan diadakan di sini (Dataran Merdeka)," katanya. Maria kemudiannya berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada polis kerana bekerjasama dan beliau berjanji akan menamatkan perhimpunan BERSIH sebelum tengah malam. Sementara itu, Maria berkata beliau tidak ambil berat khabar angin bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat penampilan sekali lagi dalam perhimpunan itu. "Jika dia datang, kita akan sambutnya sebagai peserta," kata Maria. Sementara itu, Bernama melaporkan persiapan akhir sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka terjejas kerana laluan masuk dihalang oleh peserta perhimpunan Bersih 4 yang berkumpul memenuhi kawasan sekitar lokasi itu. Pengerusi Jawatankuasa Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2015, Datuk Seri Othman Mahmood berkata persiapan untuk acara Hari Kebangsaan yang akan disambut esok itu tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. "Setakat pagi ini, saya dan beberapa pegawai dari Jabatan Perdana Menteri hanya dapat menyempurnakan persiapan sambutan sebanyak 50 peratus sahaja. "Banyak peralatan dan barangan keperluan tidak dapat dibawa masuk ke Dataran Merdeka dan kami hanya mempunyai kurang daripada 17 jam untuk menyempurnakan persiapan itu," katanya ketika ditemui oleh pemberita di ibu negara, hari ini. 1pm: Jalan Raja - Bersih mengumumkan bahawa sebarang mesej yang tersebar di WhatsApp meminta peserta hadir ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) untuk mengutip elaun RM200 adalah palsu. "Jika anda mahu derma, pergi mencari Najib. Kami tidak memberikan sumbangan. Kita hadir di sini ikut kemahuan kita sendiri," kata seorang juruhebah. 1pm: Pihak berkuasa akan mengenakan tindakan tegas terhadap dalang yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4, kata Datuk Seri Zahid Hamidi, lapor Bernama. Menteri dalam negeri juga berkata pihak berkuasa memantau "setiap perkataan" yang disampaikan dalam perhimpunan tersebut, dijadual selama 34 jam sehingga tengah malam ini. Bercakap selepas merasmikan mesyuarat agung Umno Ipoh Timur hari ini, Zahid berkata tindakan terhadap mereka boleh diambil menggunakan Akta Perhimpunan Aman, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Polis. 12.45pm Jalan Tun Perak - Walaupun matahari memuncak di atas kepala dan masa makan tengah hari, kira-kira 30,000 peserta Bersih 4 memenuhi jalan-jalan berdekatan Dataran Merdeka sambil tidak henti-henti melaungkan "Bersih". Mereka yang berbaju kuning kembali memenuhi jalan ini mulai dari Menara Maybank ke arah simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman, kira-kira 200 meter dari Dataran Merdeka. Tinggal lagi 11 jam menjelang tengah malam untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-58. Bersih menganjurkan perhimpunan ini selama 34 jam mulai 2 petang semalam. 10.20am: Jalan Raja - Semangat mula dikobarkan untuk hari kedua yang secara rasminya bermula jam 9 pagi tadi. Ucapan pagi disampaikan antaranya Timbalan Ketua Meteri Pulau Pinang, Rashid Hasnon dan wakil rakyat Parit Buntar, Mujahid Yusof. Aktivis muda Adam Adli menyanyikan lagu dengan iringan kumpulan rakan-rakannya, 'BangsArt'. Ada juga yang menari, memberikan semangat kepada peserta Bersih 4. Sebelumnya, di langit Kuala Lumpur, beberapa jet pejuang dan helikopter kelihatan merentasi kawasan Dataran Merdeka bagi meneruskan latihan penerbangan untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-58 esok. 10.18am: Masjid Jamek - Kira-kira 1,000 orang, yang baru saja tiba, kelihatan sedang berarak dari stesen LRT Masjid Jamek ke arah Dataran Merdeka untuk menyertai peserta lain di sama. Mereka melaungkan "Bersih, Bersih, Bersih!" 9.50am: Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,500 penyokong Bersih berlegar-legar di jalan-jalan berdekatan Dataran Merdeka. Ada yang masih tidur dan ada juga yang baru bangun. Beberapa kumpulan peserta muncul dari arah stesen LRT Masjid Jamek dan beberapa ratus lagi bergerak dari arah Pudu Sentral. Mereka yang menuju ke kawasan lapang berhampiran Dataran disambut wakil rakyat Bakri, Er Teck Hwa, yang membahagi-bahagikan roti dari sebuah lori yang dibawanya dari Johor. 9.40am: Jalan Raja - Seorang peserta perhimpunan, Isaiah Jacob, tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapan. Orang Kurang Upaya (OKU) ini, yang sudah tiga kali menyertai demonstrasi Bersih, mengajak peserta memperjuangkan hak dan menuntut perubahan. "Najib, dengarlah rintihan rakyat," katanya. Ucapan beliau mendapat tepukan gemuruh. Selepas ucapan, beberapa peserta mengucapkan terima kasih, ada juga peserta yang mengambil kesempatan bergambar bersama Isaiah. Peserta di Dataran Merdeka bertambah menjadi kira-kira 7,000 kerana ramai peserta akan hadir pada hari kedua perhimpunan. Ratusan para peserta berdiri tegak sambil menyanyikan Negaraku. 9.28pm - Jalan Raja - Penganjur mengumumkan program hari ini dengan tiga pentas dibina berdekatan Dataran Merdeka, di Masjid Jamek depan Bank OCBC dan di Jalan TAR. Mereka turut mengarahkan peserta berhenti menggunakan vuvuzela kerana ia mengganggu pihak keselamatan dan pengawalan peserta. Mereka juga meminta setiap orang meminimakan muatnaik foto dan video ke internet kerana ia mengurangkan kualiti talian internet kepada orang lain dalam himpunan itu. 9.00am - Senaman diikuti ibadat keagamaan masing-masing 10am-12pm - Pesembahan BangsART, Awake (Chinese band), persembahan Bangra, ucapan oleh Yi Leong & Khairol Najib 12pm-2pm - Pengumuman dan makan tengahari 2pm -7pm - Persembahan dan ucapan 7pm -9pm - Pengmuman dan makan malam. 7.30pm - Solat Maghrib 7.50pm - Solat Hajat 8.10pm Zikir/Doa Munajat 8.40pm - Solat Isyak 9.00pm - Tazkirah 9pm-11.59pm - Ucapan tentang 'What next?' Diketuai oleh pemimpin Bersih dari pelbagai tempat Tengah malam - Penutupan oelh Maria Chin Abdullah & Nyanyian NegaraKu. 9am Dataran Merdeka - Kira-kira 40 polis bermotosikal tiba di belakang sekatan. Dalam jarak jauh dari sekatan itu, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Ivy Josiah berada di atas pentas mengetuai senaman dengan peserta. Beliau berjaya memujuk Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah untuk bersamanya di atas pentas. "Putrajaya, perlu bersih, kami memerhatikan anda," Josiah berkata sambil mengetuai senaman tarian. Peserta hadir untuk menyertainya. Aktiviti itu berakhir apabila Ivy mengingatkan mereka supaya menjaga kebersihan jalan, mematuhi peraturan dan yang paling tidak memecahkan sekatan. Dengan acara itu, BERSIH memulakan aktivitinya hari ini. |
VIDEO - Najib enggan undur kerana takut ke penjara - Mahathir Posted: 30 Aug 2015 05:30 PM PDT |
MP Umno perlu berani buat undi tidak percaya - Mahathir Posted: 30 Aug 2015 05:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Semua ahli Parlimen Umno perlu berani membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika mahu dipilih lagi dalam PRU akan datang. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin Umno perlu berani bertindak jika mereka sayangkan parti. "Kita nak singkir Najib sahaja, BN kekal, tetapi beliau tidak akan letak jawatan. Jika undi tak percaya mahu berjaya, MP Umno yang setia kepada parti perlu sokong undi tidak percaya. "Lepas itu kerajaan Najib akan jatuh. Kerajaan selepas itu perlu BN kerana BN ada majoriti," katanya kepada pemberita ketika turun ke Pasar Seni sebentar tadi bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Menurut Mahathir lagi, perhimpunan Bersih 4.0 tidak mungkin boleh menurunkan Najib melainkan dengan undi tidak percaya yang dibuat ahli Parlimen. "Saya minta MP Umno sedia (undi tidak percaya). Saya melihat demonstrasi terhadap Presiden Guatemala, mereka demonstrasi berhari-hari, tapi dia tidak berundur. "Sokong MP anda, jika tidak sokong undi tak percaya, kami tidak akan undi sebagai MP lagi. Sekarang ini tugas rakyat utk menjadikan negara ini ditadbir tanpa rasuah," katanya. - SH Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com. |
PM: Demo tak matang, minda cetek - Shakira Buang Posted: 30 Aug 2015 04:30 PM PDT Sejak semalam, beribu-ribu penunjuk perasaan berdemonstrasi di ibu negara untuk mendesak perdana menteri meletakkan jawatan ekoran kontroversi 1MDB serta sejumlah RM2.6 bilion derma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau. Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata meskipun pihak polis telah mengisytiharkan acara itu menyalahi undang-undang, dan ia tidak dibenarkan tetapi mereka tetap meneruskan. Malah, Najib turut peserta himpunan BERSIH 4 sebagai "tidak matang" dan "berminda cetek" sekali gus memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang serta pengkhianat yang mahu memusnahkan negara. "Seperti yang kita semua tahu, apa yang telah berlaku sejak dua hari lepas adalah sangat tidak sesuai. Ia menunjukkan mentaliti cetek. Malah mufti Kelantan telah menyatakan bahawa demonstrasi jalanan dan BERSIH 4 adalah haram dari segi hukum Islam," kata Najib dalam perutusan Hari Merdeka malam ini. |
Ketua Polis KL puji peserta BERSIH 4 Anne Muhammad Posted: 30 Aug 2015 09:00 AM PDT Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memuji peserta BERSIH 4 yang disiplin dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ke Dataran Merdeka termasuk membuat sebarang kekacauan. Katanya, keadaan masih terkawal tanpa sebarang tangkapan dilakukan di Kuala Lumpur membabitkan peserta perhimpunan itu. "Setakat ini okay. Peserta ramai dan keadaan terkawal. Peserta BERSIH dilihat berdisiplin dan patuh pada arahan. "Tidak ada sebarang tangkapan di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Menurutnya, sehingga kini anggota polis yang dikerah untuk mengawal sebahagian tempat di Kuala Lumpur mencukupi. "Kita dah rancang dan memang anggota yang mengawal mencukupi," katanya sambil menganggarkan seramai 26,000 peserta turun ke jalan raya masuk hari kedua hari ini. Ditanya ada mengeluarkan arahan untuk menggunakan trak FRU atau kelengkapan lain berkata: "Tidak ada arahan untuk guna kelengkapan lain termasuk FRU. Kita akan pantau, lihat perkembangan semasa,"katanya. Sementara itu mengikut tinjauan Malaysiakini, kira-kira 8 trak FRU dan 10 trak polis ditempatkan parkir di Ibu Pejabat polis Daerah Kuala Lumpur. |
VIDEO - Sokong BERSIH demi kematangan demokrasi - Bekas Menteri UMNO Posted: 30 Aug 2015 08:30 AM PDT Bekas Ahli Majlis tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini tampil mengajak orang ramai menyokong perhimpunan BERSIH 4 di Kuala Lumpur bermula esok demi kematangan demokrasi negara ini. Melalui satu video yang dimuat naik di Youtube, katanya, perhimpunan yang dibenarkan oleh perlembagaan ini perlu disokong oleh semua rakyat. |
TERKINI BERSIH 4 (HARI KE-2) - LANGSUNG DARI DATARAN MERDEKA SUMBER DARI MALAYSIAKINI Posted: 30 Aug 2015 08:00 AM PDT 7.30pm Jalan Raja – Seorang lelaki didakwa mabuk muncul di Dataran Merdeka dan mengganggu peserta, termasuk menolak mereka. Polis membawa beliau pergi selepas laporan polis dibuat terhadapnya. 7.25pm Jalan Raja - Bunyi bising vuvuzela kini senyap bagi menghormati masukkan waktu Maghrib. Yang lainnya cuba berteduh dari hujan. 7.45pm Jalan Tuntuk Abdul Rahman - Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) dan bekas timbalan presiden PAS mengimami solat Jumaat berjemaah. 6.15pm: Masjid Jamek - Walaupun PAS sebelum ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi meminta ahlinya untuk menyertai himpunan BERSIH 4, namun kelihatan Naib Presidennya Idris Ahmad turut berada di perhimpunan ini. Beliau yang memakai baju korporat PAS Perak yang berwarna kuning ditemani beberapa rakannya. Turut kelihatan bersama beliau, bekas anggota jawatankuasa PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin. Ditanya mengapa beliau hadir pada perhimpunan hari kedua ini, Idris hanya tersenyum. Ditanya lagi mengapa pimpinan lain tidak turut serta dalam perhimpunan BERSIH 4, beliau hanya ketawa dan enggan mengulas. 2.30pm: Dataran Merdeka - Selepas mesyuarat dengan Ketua Polis Dang Wangi Zainol Samad, Pegerusi BERSIH Maria Chin Abdullah memberitahu bahawa sambutan ambang kemerdekaan dipindahkan ke Bukit Jalil. "Sambutan malam ini diadakan di Bukit Jalil, tapi perarakan Merdeka esok akan diadakan di sini (Dataran Merdeka)," katanya. Maria kemudiannya berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada polis kerana bekerjasama dan beliau berjanji akan menamatkan perhimpunan BERSIH sebelum tengah malam. Sementara itu, Maria berkata beliau tidak ambil berat khabar angin bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat penampilan sekali lagi dalam perhimpunan itu. "Jika dia datang, kita akan sambutnya sebagai peserta," kata Maria. Sementara itu, Bernama melaporkan persiapan akhir sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka terjejas kerana laluan masuk dihalang oleh peserta perhimpunan Bersih 4 yang berkumpul memenuhi kawasan sekitar lokasi itu. Pengerusi Jawatankuasa Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2015, Datuk Seri Othman Mahmood berkata persiapan untuk acara Hari Kebangsaan yang akan disambut esok itu tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. "Setakat pagi ini, saya dan beberapa pegawai dari Jabatan Perdana Menteri hanya dapat menyempurnakan persiapan sambutan sebanyak 50 peratus sahaja. "Banyak peralatan dan barangan keperluan tidak dapat dibawa masuk ke Dataran Merdeka dan kami hanya mempunyai kurang daripada 17 jam untuk menyempurnakan persiapan itu," katanya ketika ditemui oleh pemberita di ibu negara, hari ini. 1pm: Jalan Raja - Bersih mengumumkan bahawa sebarang mesej yang tersebar di WhatsApp meminta peserta hadir ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) untuk mengutip elaun RM200 adalah palsu. "Jika anda mahu derma, pergi mencari Najib. Kami tidak memberikan sumbangan. Kita hadir di sini ikut kemahuan kita sendiri," kata seorang juruhebah. 1pm: Pihak berkuasa akan mengenakan tindakan tegas terhadap dalang yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4, kata Datuk Seri Zahid Hamidi, lapor Bernama. Menteri dalam negeri juga berkata pihak berkuasa memantau "setiap perkataan" yang disampaikan dalam perhimpunan tersebut, dijadual selama 34 jam sehingga tengah malam ini. Bercakap selepas merasmikan mesyuarat agung Umno Ipoh Timur hari ini, Zahid berkata tindakan terhadap mereka boleh diambil menggunakan Akta Perhimpunan Aman, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Polis. 12.45pm Jalan Tun Perak - Walaupun matahari memuncak di atas kepala dan masa makan tengah hari, kira-kira 30,000 peserta Bersih 4 memenuhi jalan-jalan berdekatan Dataran Merdeka sambil tidak henti-henti melaungkan "Bersih". Mereka yang berbaju kuning kembali memenuhi jalan ini mulai dari Menara Maybank ke arah simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman, kira-kira 200 meter dari Dataran Merdeka. Tinggal lagi 11 jam menjelang tengah malam untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-58. Bersih menganjurkan perhimpunan ini selama 34 jam mulai 2 petang semalam. 10.20am: Jalan Raja - Semangat mula dikobarkan untuk hari kedua yang secara rasminya bermula jam 9 pagi tadi. Ucapan pagi disampaikan antaranya Timbalan Ketua Meteri Pulau Pinang, Rashid Hasnon dan wakil rakyat Parit Buntar, Mujahid Yusof. Aktivis muda Adam Adli menyanyikan lagu dengan iringan kumpulan rakan-rakannya, 'BangsArt'. Ada juga yang menari, memberikan semangat kepada peserta Bersih 4. Sebelumnya, di langit Kuala Lumpur, beberapa jet pejuang dan helikopter kelihatan merentasi kawasan Dataran Merdeka bagi meneruskan latihan penerbangan untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-58 esok. 10.18am: Masjid Jamek - Kira-kira 1,000 orang, yang baru saja tiba, kelihatan sedang berarak dari stesen LRT Masjid Jamek ke arah Dataran Merdeka untuk menyertai peserta lain di sama. Mereka melaungkan "Bersih, Bersih, Bersih!" 9.50am: Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,500 penyokong Bersih berlegar-legar di jalan-jalan berdekatan Dataran Merdeka. Ada yang masih tidur dan ada juga yang baru bangun. Beberapa kumpulan peserta muncul dari arah stesen LRT Masjid Jamek dan beberapa ratus lagi bergerak dari arah Pudu Sentral. Mereka yang menuju ke kawasan lapang berhampiran Dataran disambut wakil rakyat Bakri, Er Teck Hwa, yang membahagi-bahagikan roti dari sebuah lori yang dibawanya dari Johor. 9.40am: Jalan Raja - Seorang peserta perhimpunan, Isaiah Jacob, tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapan. Orang Kurang Upaya (OKU) ini, yang sudah tiga kali menyertai demonstrasi Bersih, mengajak peserta memperjuangkan hak dan menuntut perubahan. "Najib, dengarlah rintihan rakyat," katanya. Ucapan beliau mendapat tepukan gemuruh. Selepas ucapan, beberapa peserta mengucapkan terima kasih, ada juga peserta yang mengambil kesempatan bergambar bersama Isaiah. Peserta di Dataran Merdeka bertambah menjadi kira-kira 7,000 kerana ramai peserta akan hadir pada hari kedua perhimpunan. Ratusan para peserta berdiri tegak sambil menyanyikan Negaraku. 9.28pm - Jalan Raja - Penganjur mengumumkan program hari ini dengan tiga pentas dibina berdekatan Dataran Merdeka, di Masjid Jamek depan Bank OCBC dan di Jalan TAR. Mereka turut mengarahkan peserta berhenti menggunakan vuvuzela kerana ia mengganggu pihak keselamatan dan pengawalan peserta. Mereka juga meminta setiap orang meminimakan muatnaik foto dan video ke internet kerana ia mengurangkan kualiti talian internet kepada orang lain dalam himpunan itu. 9.00am - Senaman diikuti ibadat keagamaan masing-masing 10am-12pm - Pesembahan BangsART, Awake (Chinese band), persembahan Bangra, ucapan oleh Yi Leong & Khairol Najib 12pm-2pm - Pengumuman dan makan tengahari 2pm -7pm - Persembahan dan ucapan 7pm -9pm - Pengmuman dan makan malam. 7.30pm - Solat Maghrib 7.50pm - Solat Hajat 8.10pm Zikir/Doa Munajat 8.40pm - Solat Isyak 9.00pm - Tazkirah 9pm-11.59pm - Ucapan tentang 'What next?' Diketuai oleh pemimpin Bersih dari pelbagai tempat Tengah malam - Penutupan oelh Maria Chin Abdullah & Nyanyian NegaraKu. 9am Dataran Merdeka - Kira-kira 40 polis bermotosikal tiba di belakang sekatan. Dalam jarak jauh dari sekatan itu, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Ivy Josiah berada di atas pentas mengetuai senaman dengan peserta. Beliau berjaya memujuk Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah untuk bersamanya di atas pentas. "Putrajaya, perlu bersih, kami memerhatikan anda," Josiah berkata sambil mengetuai senaman tarian. Peserta hadir untuk menyertainya. Aktiviti itu berakhir apabila Ivy mengingatkan mereka supaya menjaga kebersihan jalan, mematuhi peraturan dan yang paling tidak memecahkan sekatan. Dengan acara itu, BERSIH memulakan aktivitinya hari ini. |
Bersih 4.0- Skandal terbaru Najib akan dibongkar, kata Rafizi By canang Posted: 30 Aug 2015 07:15 AM PDT KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, beliau akan membuat pendedahan terbaharu mengenai skandal yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malam ini. Katanya, pendedahan itu akan dibuat di malam kemuncak Himpunan Bersih 4.0 di Pentas Dataran Merdeka malam ini. "Malam ini saya akan berucap lagi....ada pendedahan skandal baharu yang akan saya sampaikan," katanya ketika menyampaikan ceramah di Jalan Masjid Jamek hari ini. Dalam pada itu, Rafizi berkata, mesej peserta Bersih 4.0 jelas iaitu mahukan pembaharuan di dalam sistem pemerintahan. "Kita mahukan kerajaan yang bersih," katanya. Himpunan Bersih 4.0 yang berlangsung sejak semalam akan berakhir tepat 12 malam ini.SH |
VIDEO - Mahathir turun demo BERSIH lagi Posted: 30 Aug 2015 06:30 AM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali sekali lagi tampil ke perhimpunan BERSIH 4 dengan menaiki keretapi komuter dan muncul di Stesen Komuter KL dan kemudiannya menuju ke arah kumpulan ribuan penyokong BERSIH 4 di Jalan Tun Perak. Beliau yang diiringi bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim, kelihatan disambut beberapa penyokong BERSIH di stesen ini sebelum bercakap kepada wartawan. |
Najib Terkedu Lihat Gambar Ini.. Posted: 30 Aug 2015 06:15 AM PDT Lagi Kejutan Dari BERSIH 4.0. Walaupun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Bersih 4 mengejutkan penganjur perhimpunan itu, ribuan yang berkumpul di sekeliling Dataran Merdeka malam ini sangat gembira apabila perdana menteri paling lama berkhidmat itu datang di situ. Dr Mahathir, yang beberapa jam sebelum itu memberitahu ahli Umno di Johor beliau berfikir untuk menghadiri perhimpunan itu, diserbu ribuan rakyat Malaysia, menjerit "Bersih, Bersih" sekuat hati mereka. Meskipun ia hanya persinggahan sebentar, di mana beliau hanya melambai dan bersalaman dengan beberapa peserta, orang ramai terus-terusan meraikan bekas perdana menteri itu, yang kini menjadi pengkritik tegas kerajaan. Malah, beliau ada berkata beberapa perkataan, "Teruskan, teruskan", menggesa mereka yang berkumpul untuk perhimpunan Bersih 4 teruskan perjuangan untuk mendapatkan kerajaan bersih. Ketika beliau masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi, khalayak menjerit lebih kuat, menandakan kemenangan moral diperoleh mereka dalam menentang kerajaan pemerintah. Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata beliau tidak menjangka Dr Mahathir akan menghadiri perhimpunan itu, walau hanya seketika meskipun beliau ada mempertimbangkannya. "Saya tidak menjangka. Beliau berfikir mengenainya, ya. Pastinya beliau berfikir dengan sangat cepat," katanya. Lagi Kejutan Dari BERSIH 4.0 Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih New Sin Yew berkata semua orang dijemput ke perhimpunan Bersih 4 dan tidak akan ada diskriminasi terhadap sesiapa yang menghadirinya. "Ini tempat awam. Kami tidak diskriminasi sesiapa. Kami mengalu-alukan semua orang," katanya. Sementara itu, sepasang warga emas dalam lingkungan 50-an yang turut menyertai perhimpunan itu memberitahu The Malaysian Insider, amat seronok melihat Dr Mahathir di perhimpunan itu, tetapi berkata negarawan bersara itu ada "misi dalam fikirannya". "Dia ada misi dalam mindanya. Misinya ialah untuk menjatuhkan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak). Tidak semestinya untuk menjatuhkan kerajaan yang rasuah," kata mereka. "Tetapi kita mesti pandai untuk guna dia (Dr Mahathir) berbuat demikian." Pasangan itu yang datang bersama anak lelaki mereka berkata mereka juga membuat keputusan untuk hadir kerana kerajaan pada saat akhir melarang Bersih 4 semalam. "Saya mahu beritahu kerajaan jika mereka larang perkara seperti ini, lebih ramai yang akan datang," katanya. |
KALAU SUDAH BEGINI KEBENCIAN RAKYAT, APA LAGI...."UNDURLAH NAJIB".... shahbudindotcom Posted: 30 Aug 2015 05:30 AM PDT Walaupun perhimpunan Bersih 4 secara umumnya menuntut empat perkara asas iaitu pilihanraya bersih, kerajaan bersih, menyelamatkan ekonomi dan hak rakyat untuk membantah, tetapi rata-rata yang hadir lebih mahukan pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Melalui hari pertama perhimpunan yang menyaksikan ratusan ribu sedia turun dengan baju berwarna kuning, sejarah juga tercatit di mana rakyat sedia berhimpun selama dua haru satu malam semata-mata untuk meluahkan perasaan mereka. Sudah tentu kesediaan rakyat berkorban meninggalkan tempat tidur yang selama di rumah masing-masing semata-mata untuk membantah adalah kerana satu sebab yang paling asas iaitu keinginan menolak Najib dan menyaksikan beliau segera digantikan sebagai peneraju negara ini. Dengan kesediaan berhimpun dalam tempoh 34 jam dan sehingga ini menyaksikan semangat mereka tidak kendur walau sedikit pun, jika Najib tidak sedia mendengar suara rakyat ini, perhimpunan rakyat akan berterusan lagi di masa-masa akan datang dan mungkin berlangsung dalam tempoh yang lebih lama lagi. Bersih 4 kali ini bukan saja luahan suara penolakan sebenarnya, tetapi juga jeritan kebencian terhadap Najib. Jika sekadar menuntut empat perkara asas tersebut tanpa disertai dengan keghairahan untuk melihat agar Najib segera berundur, tidak mungkin peserta Bersih 4 daripada berbilang kaum begitu bersemangat seperti ini. Selepas Tun Mahathir Mohamad juga turut sama turun memberi sokongan kepada peserta Bersih dengan kata-kata "teruskan, teruskan", gelombang penyertaan rakyat di hari kedua dijangka akan terus meningkat sehingga ia berakhir pada malam nanti. Tidak mustahil menjelang penutup perhimpunan ini nanti, peserta perhimpunan akan mencecah angka 250 hingga 300 ribu ramainya. Ahli dan penyokong UMNO tetapi mahukan Najib berundur berikutan pelbagai masalah yang ditimbulkannya sejak akhir-akhir ini, tentu saja tidak keberatan untuk turun sama memeriahkan dan memberi sokongan kepada Bersih 4 ini, terutama selepas Tun Mahathir dan isteri, Tun Siti Hasmah turut hadir memberi sokongan. Sepertimana kata Tun Mahathir di Johor Bahru semalam, oleh kerana undang-undang telah dicabuli dan rakyat telah hilang keyakinan kepada sistem dalam kerajaan, maka rakyat tiada pilihan selain menyatakan bantahan mereka secara terbuka melalui demonstrasi. Setelah perhimpunan hari pertama Bersih 4 yang tentunya Najib sendiri sudah mendapat pelbagai laporan melalui gambar dan video mengenainya, sebenarnya inilah masanya untuk beliau bermuhasabah dan menyedari di mana nilainya dirinya di mata rakyat sekarang. Selain rakyat sudah secara terbuka menyatakan bantahan dan menunjuklan kebencian, suara yang membelanya juga semakin sayup-sayup dan tidak lagi kedengaran. Pemimpin kanan dalam parti dan kerajaan, termasuk sayap-sayap yang selama ini dikenali sebagai barisan gagah dan berani, hampir semuanya menghilang diri atau menyembunyikan diri dan seolah-olah tidak mampu lagi mempertahankan kedudukan Najib yang kian tenat di hati rakyat ketika ini. Kepada Najib, berhentilah untuk terus bergayut pada kuasa dan imbaslah kembali sejarah ramainya pemimpin dunia yang akhirnya bukan saja kecundang tetapi hidup dalam kehinaan semata-mata kerana ingin berterusan melawan suara keramat rakyat. Apabila suara rakyat makin membuak-buak, ia adalah isyarat "pergi" yang tidak perlu dilewat-lewatkan lagi. Sokongan berdasarkan "cash is king" daripada Ketua-Ketua Bahagian juga sudah tidak bermakna lagi dalam situasi ini. Suara penolakan dan kebencian tiada ubatnya lagi, kecuali penawarnya ialah pengunduran Najib dengan serta-merta. Jika tidak, episod demi episod bantahan rakyat bukan saja berlarutan sehingga tarikh pilihanraya akan datang, malah ia akan menyebabkan ketidaktentuan yang berterusan kepada negara. Bersih 4 adalah isyarat "bye bye" paling nyata dan menunjukkan sudah tiada jalan selamat lagi buat Najib. Buat pertama kali peserta demo sanggup tidur di atas jalan berselimutkan angin malam dan bertilamkan batu sebagai lapik badan... |
Mahathir Turun Sekali Lagi Sertai BERSIH Hari Ke-2 Posted: 30 Aug 2015 04:45 AM PDT 5.15pm: Pasar Seni - Dalam sidang medianya, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau turun ke Kuala Lumpur sebagai menyatakan sokongan kepada rakyat yang sedang mengadakan bantahan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Ditanya sama ada beliau menyokong BERSIH, mantan perdana menteri berkata beliau menyatakan solidariti dengan orang ramai. Ditanya beliau bersetuju menggunakan demonstrasi untuk menukar kerajaan, Dr Mahathir berkata: "Kalau kerajaan tidak peduli undang-undang, (kita) kenalah menggunakan demonstrasi sebagai pilihan terakhir. "Lihat apa yang terjadi sewaktu Ferdinand Marcos memerintah Filipina, rakyat terpaksa menggulingkannya." 4.55pm: Pasar Seni - Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media di sebuah restoran di sebelah Pasar Seni. Sebelumnya beliau menyampaikan ucapan di depan kompleks tersebut setelah bergerak dari stesen Komuter KL. Beliau dan isteri diiringi oleh Datuk Zaid Ibrahim. 4.30pm: Stesen Komuter KL - Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Dr Siti Hasmah Ali telah tiba, dijangka sedang menuju ke arah kumpulan ribuan penyokong BERSIH 4 di Jalan Tun Perak. Dr Mahathir, yang diiringi bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim, kelihatan disambut beberapa penyokong BERSIH di stesen ini. Sementara itu, bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik muncul di perhimpunan BERSIH 4 di Perth, Australia semalam. |
TERIMA KASIH ABANG POLIS - Ketua Polis KL Puji Perserta BERSIH Posted: 30 Aug 2015 04:09 AM PDT 5.15pm: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memuji peserta BERSIH 4 yang disiplin dan patuh pada arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ketempat larangan serta membuat sebarang kekacauan. Katanya, keadaan masih terkawal tanpa sebarang tangkapan dilakukan di Kuala Lumpur membabitkan peserta perhimpunan itu. "Setakat ini okay. Peserta ramai dan keadaan terkawal. Peserta BERSIH dilihat berdisiplin dan patuh pada arahan. "Tidak ada sebarang tangkapan di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Tambahnya, sehingga kini anggota polis yang dikerah untuk mengawal sebahagian tempat di Kuala Lumpur mencukupi. "Kita dah rancang dan memang anggota yang mengawal mencukupi," katanya sambil menganggarkan seramai 26 ribu peserta turun ke jalan raya masuk hari kedua hari ini. Ditanya ada mengeluarkan arahan untuk menggunakan trak FRU atau kelengkapan lain berkata: "Tidak ada arahan untuk guna kelengkapan lain termasuk FRU. Kita akan pantau, lihat perkembangan semasa,"katanya. Sementara itu mengikut tinjauan Malaysiakini, kira-kira 8 trak FRU dan 10 trak polis ditempatkan parkir di Ibu Pejabat polis Daerah Kuala Lumpur. Sumber - mkini & sukan star tv |
Ribuan BANTAH Penyingkiran Muhyiddin di Johor?? Oleh Zainuddin Maidin Posted: 30 Aug 2015 12:00 AM PDT Ribuan rakyat Johor yang keluar menghadhiri BICARA NEGARAWAN oleh Tun Dr. Mahathir di Pasir Gudang Johor jam 2 petang ini,tidak sahaja untuk mendengar ucapan Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir tetapi juga untuk menunjukan penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang mempertahankan mereka dari terus diperbodohkan dan juga untuk membantah ketidakadilan dan penginanyaan terhadap Tan Sri Muhyiddin. Apapun anggapan terhadap Tan Sri Muhyiddin tetapi apabila dihina oleh seorang Ketua Bahagian UMNO Selangor sebagai penderhaka yang perlu disingkirkan maka ini telah menyentuh hati sebahagian besar orang Melayu Johor dan tidak hanya penyokong UMNO yang mengenali Muhyiddin sebagai pejuang sejati UMNO. Sambutan hangat kepada perhimpunan petang ini adalah juga didorongkan oleh kabar-kabar angin yang mengatakan Tan Sri Muhyiddin akan disingkirkan dari jawatan Timbalan Presiden UMNO pada mesyauarat MKT 9 September ini. Usaha-usaha melobi untuk mempastikan sokongan kepada rancangan ini sedang dijalankan. Tun Dr.Mahathir tentulah akan menyentuh semua pekara mengenai keadaan politik dan ekonomi negara sekarang ini khususnya krisis keyakinan diri dalam UMNO sendiri dan ketidakpercayaan kepada pimpinan Datuk Seri Najib di bawah tajuk MALAYSIA HARI INI KEMANA KITA? kerana UMNOlah yang akan menentukan nasib masa depan negara. Seperti kata bekas Naib Ketua Pemuda Johor Datuk Khairul Anwar ucapan Mahathir di perhimpunan hari ini benar-benar akan mendedahkan segala-galanya kerana ia merupakan The Return of Nothing2Hide yang gagal dilaksanakan oleh beliau di PWTC tidak lama dahulu. Katanya ,"Mahathir's appearance in Pasir Gudang this Saturday can be described as 'The return of Nothing2Hide'. "The warrior spirit and nobleness to face the public, proves that a leader does not run away from responsibility," he added in a statement today. Dijangkakan majlis BICARWA NEGARAWAN Tun Mahathir itu tidak sahaja akan dihadiri oleh orang Johor tetapi juga ramai orang dari seulruh negara terutama dari Melaka yang akan menjadikan perhimpuan ini penuh bersejarah dalam menunjukan keperhatinan terhadap nasib UMNO yang dilahirkan di Istana Johor. MAHATHIR SERU RAKYAT TUNJUKAN KUASA Dalam perhimpunan RETRUN OF NOTHING2HIDE yang dihadiri oleh ribuan rakyat termasuk ketua-ketua UMNO di Pasir Gudang petang ini, Bekas Perdana Menteri menyeru supaya rakyat tunjukan kuasa. Beliau masih mempertimbangkan saamada akan menyertai himpunan Bersih yang puncaknya adalah esuk di Kuala Lumpur. Hari ini himpunan itu telah berjaya mengumpulkan lebih 30,000 yang berjalan secara aman. Mereka mahu tumbangkan kerajan rasuah yang dipimpin oleh Najib Tun Abdul Razak. Di bawah ini adalah laporan Mahathir di Johor yang dipetik dari Malaysiakini. Former premier Dr Mahathir Mohamad is still undecided on whether to attend the Bersih 4 rally tomorrow. "I'm still thinking," he said in response to a question during an event in Pasir Gudang, Johor, this afternoon. However, the 90-year-old former prime minister encouraged Malaysians to demonstrate their "people power". Earlier, his arrival at the event titled: "Malaysia hari ini: Ke mana kita" (Malaysia today: where are we heading) was met with a rousing applause and cheers of "Hidup Tun". Some 3,000 people attended the event at the Pasir Gudang indoor stadium. Among others, the 34-hour Bersih 4 rally is calling for Prime Minister Najib Abdul Razak's resignation. Mahathir too has repeatedly called on Najib to relinquish his post. - http://zamkata.blogspot.com/. Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com. |
TERKINI: PERHIMPUNAN BERSIH 4.0 – HARI KEDUA THE RAKYAT POST Posted: 29 Aug 2015 11:15 PM PDT Laporan perhimpunan Bersih 4.0 oleh: Rajvinder Singh, Fernando Fong, Nawar Firdaws, Michael Murty, SM Amin, Qurnisha Hamka, Ikhwan Hazwan, Azizi Sunip, Noraizura Ahmad, Ahmed Syahril Zulkeply, Dennis Wong, Sandra Sokial, A Azim Idris, Akmal Hakim, Gambar dan video oleh: Azrol Ali, Daniel Chan, Mokhsin Zamani, Arif Kartono, Adib Hakim, Desmond Prashan, Khairul Hasnor LAPORAN TERKINI PERHIMPUNAN BERSIH 4.0 DI KUALA LUMPUR, KOTA KINABALU DAN KUCHINGPerhimpunan aman Bersih 4.0 anjuran yang dijadual berlangsung selama 34 jam, diteruskan pada hari kedua, hari ini dengan program dijangka berakhir jam 11.59 malam ini. 7.30pg (KK)Di Kota Kinabalu, polis menyekat semua laluan masih ke Teluk Likas 2. Kumpulan Bersih 4 Kota Kinabalu (B4KK) dinasihatkan oleh peguam mereka untuk kekal berada di taman berkenaan. Mereka akan memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil selepas perbincangan dengan peguam mereka dibuat. 9.45pg (KK)Sehingga kini, hampir 300 penyokong berkumpul di kawasan awam Teluk Likas 2. Bagaimanapun, belum dimaklumkan mengenai perkembangan terkini berhubung acara Berjalan Kaki Untuk Demokrasi. Malah, sejumlah besar polis turut berkumpul di sini. 9.50pg (KK)Pengerusi Bersih Sabah, Jannie Lasimbang mengangkat sepanduk yang bertulis Corruptor (pengamal rasuah), sebagai menunjukkan bantahannya. Dia kemudian berkata, mereka memutuskan untuk berjalan di laluan jogging di taman awam Teluk Likas 2. Penganjur memberi taklimat kepada penyokong mengenai peraturan dan laluan yang akan digunakan. 10pg (KK)Acara Berjalan Kaki Untuk Demokrasi bermula sambil penyokong melaungkan "Bersih, Bersih" dan "Reformasi" 10.30pg (KL)Demonstrasi di ibu negara bermula ceria dengan acara di atas pentas utama dimulakan tepat jam 10 pagi oleh kumpulan BangArt, bersama ketukan dram yang disambung dengan laungan `Bersih' oleh peserta di perkarangan Dataran Merdeka. Sejurus selepas itu, mereka turut dihiburkan dengan tarian oleh penari klasik, Geetha Shankaran Lam, 46, selain kumpulan Awake. 11PG (KUCHING)Perhimpunan #Bersih4 di Sarawak yang menyaksikan kira-kira 500 penyokong berkumpul pada hari kedua, dihentikan serta merta oleh penganjur akibat masalah teknikal. Pengerusi Penganjur Bersih 4.0 di Kuching, Nicholas Mujah Ason berkata acara itu dibatalkan serta-merta berikutan pelanggaran syarat antaranya termasuk kehadiran kanak-kanak dan kerugian akibat sistem pembesar suara (PA) yang diambil balik oleh penyewa. 12.05TENGAHARI (KL)#Bersih4 KL berehat, program akan disambung jam 2 petang. Kehadiran pagi ini dianggarkan lebih 10,000 peserta 12.05TENGAHARI (KK)Bersih 4 Kota Kinabalu bersurai |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |