Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Ahli UMNO berpaling tadah sertai perhimpunan Bersih tumbangkan Najib - suarakami

Posted: 29 Aug 2015 10:33 PM PDT



Bekas calon Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Sabah pada 2013, Amsor Tuah sanggup terbang ke ibu negara pada malam Jumaat untuk menyertai Perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung kira-kira 2 petang Sabtu.

Amsor tiba di Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu pada pukul 11 malam Jumaat.

Ahli Umno berusia 46 tahun itu berkata, beliau menyertai perhimpunan berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan sikap kepimpinanan tertinggi Barisan Nasional (BN) negeri itu.

"Saya bukan datang untuk mendesak perdana menteri untuk letak jawatan. Saya datang mewakili suara rakyat Sabah yang sehingga hari ini masih terpinggir dengan arus permodenan.

"Perdana menteri kata berbilion dana disalurkan untuk memberi manfaat kepada rakyat tapi penduduk di kampung tak dapat apa-apa. Masih ada lagi kampung yang tiada bekalan air bersih. Jadi ke mana dana berbilion ringgit itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Leboh Pasar di sini.

Amsor tewas kepada penyandang Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Datuk Dr Salleh Tun Said Keruak yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia pada pemilihan Umno bahagian dua tahun lalu.

Beliau yang juga tenaga pengajar di Akademi Bina Malaysia (Wilayah Sabah) CIDB Inanam menegaskan, tidak takut sekiranya keahliannya dilucutkan kerana menyertai perhimpunan tersebut.

"Saya tak takut (kena pecat), saya mewakili suara rakyat. Biar mereka tengok kad keahlian saya. Saya tak tipu, saya ahli Umno yang sah," kata Amsor sambil menunjukkan kad keahlian Umno miliknya.

ALBUM BERSIH Rakaman BERSIH pada 29 08 2015

Posted: 29 Aug 2015 09:45 PM PDT

DIPEKARANGAN MASJID NEGARA














































BERSIH 4 - LANGSUNG DARI DATARAN MERDEKA SUMBER DARI MALAYSIAKINI

Posted: 29 Aug 2015 09:15 PM PDT




Ratusan para peserta berdiri tegak sambil menyanyikan Negaraku.

9.28pm - Jalan Raja - Penganjur mengumumkan program hari ini dengan tiga pentas dibina berdekatan Dataran Merdeka, di Masjid Jamek depan Bank OCBC dan di Jalan TAR.

Mereka turut mengarahkan peserta berhenti menggunakan vuvuzela kerana ia mengganggu pihak keselamatan dan pengawalan peserta.

Mereka juga meminta setiap orang meminimakan muatnaik foto dan video ke internet kerana ia mengurangkan kualiti talian internet kepada orang lain dalam himpunan itu.

9.00am - Senaman diikuti ibadat keagamaan masing-masing

10am-12pm - Pesembahan BangsART, Awake (Chinese band), persembahan Bangra, ucapan oleh Yi Leong & Khairol Najib

12pm-2pm - Pengumuman dan makan tengahari

2pm -7pm - Persembahan dan ucapan

7pm -9pm - Pengmuman dan makan malam.

7.30pm - Solat Maghrib

7.50pm - Solat Hajat

8.10pm Zikir/Doa Munajat

8.40pm - Solat Isyak

9.00pm - Tazkirah

9pm-11.59pm - Ucapan tentang 'What next?' Diketuai oleh pemimpin Bersih dari pelbagai tempat

Tengah malam - Penutupan oelh Maria Chin Abdullah & Nyanyian NegaraKu.

9am Dataran Merdeka - Kira-kira 40 polis bermotosikal tiba di belakang sekatan. Dalam jarak jauh dari sekatan itu, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Ivy Josiah berada di atas pentas mengetuai senaman dengan peserta.

Beliau berjaya memujuk Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah untuk bersamanya di atas pentas. "Putrajaya, perlu bersih, kami memerhatikan anda," Josiah berkata sambil mengetuai senaman tarian.

Peserta hadir untuk menyertainya. Aktiviti itu berakhir apabila Ivy mengingatkan mereka supaya menjaga kebersihan jalan, mematuhi peraturan dan yang paling tidak memecahkan sekatan.

Dengan acara itu, BERSIH memulakan aktivitinya hari ini.

Rakyat bantah amaran kerajaan, penuhi jalan raya tuntut Najib letak jawatan - OLEH JULIA YEOW, PENGARANG BERITA

Posted: 29 Aug 2015 08:45 PM PDT

Seorang peserta memakai penutup mulut dengan perkataan 'kembalikan suara rakyat' ketika menyertai perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur, semalam

Seorang peserta memakai penutup mulut dengan perkataan 'kembalikan suara rakyat' ketika menyertai perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur, semalam.

Puluhan ribu rakyat Malaysia berhimpun di bawah terik mentari sehingga malam tiba buat pertama kalinya dalam himpunan semalaman bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut kerajaan bebas rasuah.

Penganjur himpunan Bersih 4 berkata, himpunan kali ini adalah satu pungutan suara terhadap kepimpinan Najib, yang digasak kritikan bertubi-tubi susulan siri skandal kewangan.

Ratusan peserta mula memasuki pusat bandar Kuala Lumpur seawal 10 pagi hari ini dengan berbaju kuning, membantah arahan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan baju rasmi warna kuning Bersih 4.

"Kami tak peduli dengan larangan itu. Hakikat kami berada di sini merupakan satu keingkaran awam - mereka sudah umumkan himpunan ini tidak sah di sisi undang-undang, jadi apa lagi mahu ditakutkan dengan baju-T?," kata seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai David.

"Lagi pun, semua penjara dalam negara ini tidak akan mampu menempatkan kami semua."

Ratusan peserta Bersih 4 berkumpul di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur selepas datang dari pelbagai lokasi pertemuan. –

Ratusan peserta Bersih 4 berkumpul di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur selepas datang dari pelbagai lokasi pertemuan. –

Kehadiran himpunan ini sebanyak 200,000 orang (berdasarkan anggaran penganjur), petanda jelas ketidakpuasan hati orang awam, kata penganjur dan peserta.

"Kami tahu himpunan sebegini tak akan mampu memaksa Najib meletak jawatan," kata Amy Teh, peserta yang kali pertama menyertai perhimpunan itu.



"Tapi kami mahu partinya, Umno dan Barisan Nasional melihat jumlah kami dan ingat jika mereka tidak berbuat apa-apa tentang Najib, mereka akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang," katanya yang bekerja sebagai perunding kewangan.

Teh berkata, mesej yang disampaikan ribuan rakyat Malaysia hari ini kepada kerajaan sangat jelas - rakyat Malaysia di bandar bersatu dalam kemarahan mereka terhadap satu demi satu skandal kewangan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terdahulu, pengerusi Bersih 2 yang menganjurkan himpunan ini, Maria Chin Abdullah berkata Najib gagal memimpin dengan integriti dan ketelusan, dan perlu meletak jawatan.

"Kami mahukan kerajaan yang bersih dan adil.

"Najib menghampakan Malaysia dalam aspek ini dan kerana itu, beliau perlu letak jawatan," kata Maria disambut tepukan bergemuruh khalayak sewaktu himpunan bermula.

Pengkritik Najib yang paling lantang, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, muncul secara mengejut pada himpunan ini di Dataran Merdeka sebaik saja matahari terbenam.

Ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, sokongan Dr Mahathir terhadap himpunan ini yang kebiasaannya didominasi ahli politik pembangkang, memberikan lonjakan kepada tuntutan penganjur.

Menjelang himpunan hari ini sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan beberapa sekatan terhadap acara itu.

Ia termasuklah mengumumkannya tidak sah di sisi undang-undang serta amaran secara tidak langsung kemungkinan tentera dikerahkan bagi mengawal keadaan.

Namun, kehadiran polis kelihatan tidak begitu ramai sepanjang hari dan penganjur juga tidak melaporkan sebarang kes gangguan atau serangan.

Himpunan Bersih ini turut berlangsung di Kuching dan Kota Kinabalu, serta kira-kira 70 kota di seluruh dunia.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

BERSIH HARI KEDUA : "Kalian Yang Lain Bila Lagi?"

Posted: 29 Aug 2015 08:30 PM PDT

TERBUKTI BERSIH 4:0 PERHIMPUNAN AMAN !

Posted: 29 Aug 2015 08:00 PM PDT


Pasukan Tangkapan Segera Bersih hari ini mengesahkan 26 individu yang ditangkap polis kerana memakai kemeja-T kuning Bersih dibebaskan hari ini. 

Tangkapan Segera Bersih hari ini mengesahkan 26 individu yang ditangkap polis kerana memakai kemeja-T kuning Bersih dibebaskan hari ini. – 

Seramai 26 individu yang ditangkap malam tadi kerana didakwa memakai kemeja-T Bersih kini bebas, kata pasukan Tangkapan Segera Bersih hari ini.

Seorang anggota pasukan itu, Tarmizi Anuwar, mengesahkan 25 orang dari Melaka dan seorang dari Nilai yang ditahan mengikut Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA) 1984 sudah dibebaskan.

 
"Ya, mereka semua sudah dibebaskan," katanya, sambil menambah pasukan mereka itu masih sedang mengumpul maklumat lanjut berhubung kes itu.

Dalam satu kenyataan malam tadi, pasukan itu mengutuk tangkapan itu, menyifatkannya sebagai cubaan menakut-nakutkan orang ramai supaya menghindari Bersih 4 yang bermula jam 2 petang semalam.

"Bersih berjaya membuktikan pada hari pertamanya yang perhimpunan itu aman. Dan kami percaya ia akan terus berjalan dengan aman sekiranya tiada provokasi dari pihak polis.

"Kami gesa rakyat Malaysia menyertai perhimpunan Bersih itu dan jangan pedulikan sebarang provokasi yang tidak bertanggungjawab," kata pasukan itu yang ditubuhkan Bantuan Guaman Majlis Peguam.

Pada Jumaat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengharamkan penggunaan warna kuning dengan perkataan "Bersih 4" pada pakaian atau bahan bercetak lain sebelum perhimpunan itu, di bawah arahan yang dikeluarkan mengikut PPPA.

Bagaimanapun, polis tidak mengambil tindakan terhadap ribuan yang menyertai demonstrasi itu di Kuala Lumpur sejak tengahari semalam. – 30 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

BERSIH DI AUSTRALIA ?

Posted: 29 Aug 2015 07:15 PM PDT





Bersih Sabah tekad teruskan jalan kaki demokrasi walaupun diberi amaran OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Posted: 29 Aug 2015 06:45 PM PDT



Peserta Bersih 4 di Sabah digalakkan memberitahu rakan-rakan mereka untuk menghadiri jalan kaki demokrasi.

Peserta Bersih 4 di Sabah digalakkan memberitahu rakan-rakan mereka untuk menghadiri jalan kaki demokrasi.

Selepas tamat hari pertama Bersih 4 di Sabah semalam, penganjur perhimpunan kini bersiap sedia untuk kemuncak acara hari ini – jalan kaki demokrasi yang diharap akan dapat melihat kehadiran lebih ramai peserta berbanding semalam yang mungkin mengundang lebih masalah dengan pihak polis.

Polis Daerah Kota Kinabalu petang semalam mengulangi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai hari ke-2 perhimpunan tersebut, selepas kehadiran lebih 3,000 orang pada hari pertama melebihi jangkaan penganjur, walaupun pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan itu haram.

Tetapi penganjur Bersih Sabah Jannie Lasimbang malam tadi mengingatkan peserta untuk menghebahkan yang perjalanan demokrasi akan bermula pada jam 9 pagi ini.

"Saya pasti anda semua gembira hari ini tetapi kita mempunyai acara yang serius esok dan sebelum tidur saya mahu anda beritahu sekurang-kurangnya 10 kawan anda untuk keluar esok," katanya kepada peserta Bersih 4 di Sabah ketika mereka mula membentangkan tikar dan bersedia untuk tidur di Taman Teluk Likas Dua.

Penganjur berkata, perjalanan demokrasi sejauh 6km itu "tidak digalakkan" oleh pihak polis kerana ia menyerupai perarakan.

Penganjur merancang untuk berjalan di atas trek jogging sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens dari taman itu ke arah pusat bandar Kota Kinabalu tetapi mereka belum pasti destinasi terakhir mereka.

Lasimbang hanya berkata mereka akan berjalan selagi polis membenarkannya.

Acara itu akan berakhir dengan ucapan daripada pihak penganjur dan ahli politik.

Difahamkan polis akan meletakkan penghadang untuk menghalang mereka daripada memasuki pusat bandar.

Seorang lagi ahli jawatankuasa Bersih Sabah Matthew Yong berkata, bilangan yang keluar untuk acara berjalan kaki hari ini kemungkinan lebih besar daripada acara semalam berdasarkan apa yang terjadi semalam.

"Orang ramai melihat, ketika mereka keluar, tiada apa yang berlaku. Tiada keganasan, tiada hasutan. Pihak polis juga tidak perlu masuk. Jadi, mungkin lebih ramai yang akan menyertai jalan kaki hari ini."

Perhimpunan mereka di taman itu semalam merupakan acara bebas dengan muzik, ucapan, membersihkan pantai dan melihat matahari terbenam di pantai Teluk Likas. – 30 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Najib Menggelupur Dengan Kenyataan Mahathir Ini..

Posted: 29 Aug 2015 06:10 PM PDT


Zar Ali's photo.
Najib Menggelupur Dengan Kenyataan Mahathir Ini. Ringgit akan terus menjunam dengan kejatuhan semasanya melainkan 'orang' tertentu sudah tidak ada lagi, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Meskipun beliau tidak menamakan orang itu, ramai yang mengandaikan negarawan bersara itu merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir berkata pencapaian semasa mata wang Malaysia lebih teruk berbanding ketika krisis kewangan Asia pada 1997/1998.

Memetik baht Thailand sebagai contoh, beliau berkata dalam keadaan paling teruk sekalipun, kadar tukaran antara ringgit dan mata wang Thailand ialah RM1 kepada 10 baht.

Bagaimanapun, sekarang tukaran itu menjadi RM1 kepada hanya 7 atau 8 baht. "Mengapa ini berlaku? Ia kerana orang sudah tidak percaya kepada ekonomi Malaysia, mereka mahu lari dan buang ringgit kerana nilainya mungkin akan jatuh lagi esok.

"Ini akan jadi lebih teruk pada masa depan. Saya tidak nampak ia boleh diperbaiki melainkan orang itu sudah tidak ada lagi," katanya di program bual bicara Malaysia Hari Ini: Ke Mana Kita? Di stadium Pasir Gudang, Johor hari ini.

Dr Mahathir adalah salah seorang pengkritik paling lantang Najib dan berkali-kali mendesak perdana menteri itu meletakkan jawatan kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan "derma" RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah yang tidak diketahui ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Najib Menggelupur Dengan Kenyataan Mahathir Ini

Dr Mahathir hari ini berkata ringgit hari ini sangat lemah sehingga ada orang yang tidak mahu langsung guna mata wang itu, dan mereka yang memilikinya lebih suka untuk menukarnya kepada mata wang lain lebih kukuh.

Beliau berkata ramai rakyat Malaysia, terutama mereka yang mempunyai anak belajar di luar negara, bersusah payah untuk bertahan dengan kelemahan ringgit.

Di sebalik jaminan Putrajaya mengenai asas negara kukuh, kebimbangan mengenai keadaan ekonomi tetap kekal berikutan ringgit, mencatat pencapaian paling teruk dalam tempoh setahun ini, turun melebihi RM4 berbanding dolar AS sementara rizab tukaran asing jatuh di bawah AS$100 bilion bulan lalu, pertama kali sejak 2010.

Najib berdepan kritikan teruk susulan derma AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada penderma Timur Tengah yang tidak diketahui ke dalam akaun peribadinya sementara pada masa sama, syarikat pelaburan diilhamkannya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdepan pelbagai siasatan kerana dakwaan salah guna kewangan.

Negara ini juga berdepan dengan tanggapan campur tangan kerajaan apabila Tan Sri Abdul Gani Patail disingkirkan daripada jawatan peguam negara sementara pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (SPRM) diserbu dan pegawainya ditahan untuk disoal siasat polis kerana dituduh membocorkan maklumat berkaitan 1MDB.

Pada Selasa, Najib mengumumkan satu jawatankuasa baharu untuk memastikan pertubuhan ekonomi Malaysia dalam menghadapi apa yang digambarkannya sebagai "waktu yang tidak tentu dan mencabar".

"Objektif jawatankuasa itu ialah memastikan momentum pertumbuhan Malaysia akan berterusan untuk satu jangka masa dan mampu menjana kemakmuran dalam masa yang agam tidak menentu dan mencabar," katanya.

Najib bagaimanapun berkata butir terperinci jawatankuasa itu akan diumumkan "tidak lama lagi".


ADDIN

Perhimpunan BERSIH 4 bersambung hari kedua

Posted: 29 Aug 2015 05:40 PM PDT


Selepas para peserta berihat, perhimpunan BERSIH 4 di Kuala Lumpur, Kuching dan Sabah bersambung untuk hari kedua hari ini.

Sekitar jam 6 pagi, aktiviti bersambung di Jalan Tunku Abdul Rahmah dan Jalan Tun Perak, apabila para peserta mula bangun dari tidur dan mengemas barangan mereka.

Peserta yang beragama Islam pula bangun untuk mengerjakan solat Subuh.

Ada yang menyediakan tempat solat di atas jalan, manakala sesetengahnya pula pergi ke sebuah masjid berdekatan.

Di Sabah, peserta perhimpunan itu yang diadakan di Taman Awam Likas di Kota Kinabalu bersurai pada pukul 9 malam dan perhimpunan itu akan disambung kembali pada pukul 8 pagi ini, lapor Bernama.

Di Kuala Lumpur, peserta malam tadi perhimpunan itu mendengar ceramah pemimpin pembangkang dan NGO dari atas badan lori yang diubah suai menjadi pentas lengkap dengan sistem pembesar suara.

Ceramah mereka juga diselangi dengan deklamasi sajak dan persembahan lawak jenaka, selain daripada persembahan lagu yang bermesej politik.

Sebahagian daripada peserta juga meluang masa untuk makan malam di restoran berhampiran sementara yang lain membeli-belah di Pasar Seni, Jalan Petaling dan kawasan berdekatan.

Di Kuching, peserta kembali ke padang Song Kheng Hai pada pukul 9 malam tadi dan mendengar ceramah dan deklamasi sajak. Mereka juga menyalakan lilin.

Wartawan di lapangan juga mendapati keadaan di kedua-dua tempat berada dalam keadaan terkawal walaupun ribuan peserta memenuhi kawasan sekitar Dataran Merdeka.


Malaysiakini

Pimpinan Tertinggi DAP - PKR DAN GHB Bermalam Dalam Khemah.

Posted: 29 Aug 2015 05:23 PM PDT




Jalan Raja - Mohamad Sabu mendirikan dua buah khemah di hadapan sekatan polis.

Katanya, beliau akan bermalam di situ bersama para peserta BERSIH pada malam ini.

Tindakan itu bertentangan dengan arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak mahu para peserta mendirikan khemah.

Mohamad memberitahu wartawan, beliau ingin memastikan para peserta tidak melanggar sekatan dan memasuki kawasan Dataran Merdeka.


 
 9.22pm Simpang Jalan Raja-Jalan Parlimen – Pemimpin GHB, Mohammad Sabu dalam ucapannya gambarkan Jho Low sebagai usahawan yang mencuri wang.

Beliau dengan berjenaka berkata, isteri PM, Rosmah Mansor akan "kurus" jika melihat jumlah hadirin pada malam ini.

Katanya, Najib kini lebih teruk dari Mahathir.

"Walapun dia (Mahathir) menghadapi beberapa isu, beliau berpendapat Najib lebih teruk dari dia," katanya yang disambut dengan ketawa oleh para hadirin.

- mkini

VIDEO BERSIH 4:0 - PANAS - UCAPAN TUN MAHATHIR MALAM INI TADI !

Posted: 29 Aug 2015 09:00 AM PDT












Dr M: Kalau bangsat tu pergi, kita tak bangsat la...

Posted: 29 Aug 2015 08:16 AM PDT



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu tidak akan menjadi "bangsat" sekiranya orang yang membuat dakwaan sebegitu, meninggalkan Umno, sekali gus tidak memerintah negara lagi.

"Orang yang mahu membangsatkan bangsa (Melayu) bukan Umno, tetapi orang ini," katanya.
Malah, tegas Mahathir lagi, perkataan sedemikian tidak sepatutnya keluar daripada mana-mana mulut pemimpin di negara ini.

"Saya ingat kalau bangsat tu pergi, kita tak bangsat la," tambahnya.

"Ia bukan salah Umno, awak yang salah. Jika awak pergi, segala-galanya akan selesai," kata Tun M dengan disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di stadium tertutup Pasir Gudang hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

Najib dilaporkan sebagai berkata: "Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap..

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat, kalau tiada Umno, akan hilang segala-galanya jika Umno hilang kuasa," Najib yang juga presiden Umno dilaporkan ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno untuk bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau.

Beliau selaku menteri kewangan turut menggesa kepimpinan Umno untuk mencari jalan sekiranya terdapat masalah dalaman dalam negara.


KedahLanie

BERSIH 4:0 Berjaya Menghadirkan Lebih 1 Juta Rakyat Berbagai Kaum !

Posted: 29 Aug 2015 08:51 AM PDT















 


 
 
 

 

 

 

 

 

 

 
 


 

 



 

 

 

 

 

 

 

Kehadiran Bukti Mahathir Sokong BERSIH Dan Kuasa Rakyat




9pm: Tian Chua memberitahu Malaysiakini, kedatangan Mahathir menunjukkan bekas PM itu sendiri memberi sokongan kepada BERSIH.

Ia juga menunjukkan Mahathir akur bahawa saluran paling berkesan untuk membetulkan keadaan dan buat perubahan ialah melalui kuasa rakyat, katanya.

"Ini bagi saya satu kemenangan rakyat Malaysia dalam menarik sokongan dari semua pihak.

"Mahathir terpaksa juga akur kuasa rakyat itu ialah saluran paling berkesan."

Mahathir Dan Siti Hasmah Buat Kejutan Turun Ke BERSIH 4




Teruskan, kata Tun Mahathir


Keadaan yang perlahan-lahan tenang di sekitar Dataran Merdeka tiba-tiba bertukar kecoh apabila orang ramai mula menyedari kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Ali.

"Teruskan, teruskan," katanya kepada orang ramai yang berkumpul dan berebut-rebut mahu bersalaman dengan beliau.

Keadaan sangat tidak terkawal apabila para petugas media dan orang ramai tolak-menolak untuk mengambil gambar beliau.

Ketika tiba, beliau cuma berjalan dari Jalan Parlimen menuju ke Jalan Tun Perak sambil diiringi pengawal keselamatannya.

Bagaimanapun disebabkan keadaan terlalu sesak, Dr Mahathir kemudian berpatah balik dan menuju ke keretanya.

Keadaan tolak menolak dan kelam kabut itu berlanjutan kira-kira 10 minit.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita apakah tujuannya hadir pada hari ini, beliau hanya berkata: "Just to look around (saja nak melihat-lihat).

Sebelum Dr Mahathir memasuki keretanya, beliau sempat melambaikan tangannya dan meninggalkan kawasan berkenaan bersama Dr Siti Hasmah.





7.48pm Dataran Merdeka - Siti Hasmah Alli ketika diminta mengulas kehadirannya ke Dataran Merdeka berkata: "Ini kuasa rakyat"

7.30pm Tun Dr Mahathir Mohamad mengejutkan banyak pihak dengan hadir dalam perhimpunan BERSIH 4 hari ini. Baca lanjut di pautan ini.

Kenyataan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke perhimpunan BERSIH 4 menyuntik semangat baru kepada peserta.

Diminta mengulas kehadirannya ke Dataran Merdeka sebentar tadi Siti Hasmah berkata, itu adalah kuasa rakyat.

"Ini kuasa rakyat," katanya.


 

 
 

 




BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT