Jumaat, 28 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Pas Jelebu Umum Keluar Parti

Posted: 28 Aug 2015 10:15 PM PDT



JELEBU - Seramai 24 Anggota Jawatankuasa Pas Kawasan Jelebu termasuk Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kawasan ini, mengisytiharkan keluar parti itu, hari ini dan menyertai Gerakan Harapan Baru.

Timbalan Pengerusi Harapan Baru Jelebu Muhammed Zabidi Abdullah berkata mereka berbuat demikian kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pas yang baru dipilih dalam Muktamar Agung Pas ke-61, baru-baru ini.

"Kami, seramai 24 orang daripada 28 Ahli Jawatankuasa termasuk DHPP Kawasan Jelebu dengan ini mengumumkan peletakan semua jawatan berkuat kuasa serta-merta.

"Dengan ini juga, pejabat Pas kawasan Jelebu dengan rasminya ditutup dan bangunan ini menjadi pejabat Harapan Baru daerah Jelebu," katanya dalam sidang media di
sini hari ini.

Muhammed Zabidi yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Pas Jelebu berkata mereka akan menghantar surat peletakan jawatan kepada Pas Pusat minggu hadapan, manakala keahlian mereka pula hanya akan terlucut selepas menyertai parti baharu.


 


"Setakat ini kami menerima keahlian Harapan Baru di sini seramai 180 orang yang bukan sahaja terdiri daripada kalangan ahli Pas, tetapi juga dari pelbagai latar belakang," katanya.

Muhammed Zabidi berkata pihaknya menyasarkan 500 ahli pertubuhan itu akan didaftarkan sehingga hujung tahun ini.

Kesemua mereka turut membuat penyerahan borang keahlian kepada Pengerusi Harapan Baru Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar selepas sidang media diadakan. - 



Bernama

Bersih 4 berlangsung di seluruh dunia sebagai sokongan himpunan di Malaysia OLEH EILEEN NG

Posted: 28 Aug 2015 09:30 PM PDT


Biarpun ribuan rakyat Malaysia di 70 bandaraya seluruh dunia akan mengadakan perhimpunan hari ini bagi menyatakan solidariti terhadap Bersih 4, namun penganjur Bersih di Brisbane/Gold Coast, Australia memutuskan untuk membuat pendekatan berbeza – meronda sekitar dua bandaraya berkenaan menggunakan bas.

Bas memuatkan 24 tempat duduk yang terpampang perkataan Bersih 4 di kiri dan kanan badannya, akan menyebarkan kesedaran tentang perhimpunan itu dengan perjalanan dari ibu negeri Queensland di Brisbane ke bandaraya Gold Coast dari jam 9 pagi waktu tempatan hari ini dan akan berhenti di beberapa lokasi ikonik seperti Southbank, Movie World dan Surfer's of Paradise.

Setiap perhentian akan mengambil masa kira-kira 30 minit yang membolehkan orang ramai untuk turun dan naik bas, mengambil gambar, menyanyi dan menyiarkannya ke media sosial.

Penganjurnya Denzel Koh berkata menggunakan bas untuk perjalanan di sekitar bandaraya akan membolehkan mereka pergi ke lebih banyak tempat dan menyebarkan kesedaran mengenai perhimpunan itu kepada lebih ramai orang.

Pada masa sama, ia akan membolehkan peserta di dalam bas untuk bersuka ria.

"Semua fikir ia idea yang cukup bagus. Kami penduduk Queensland suka untuk berfikir di luar kotak. Tidak lama lagi musim bunga akan tiba di sini dan udaranya segar serta nyaman. Kuntuman bunga mula mekar dan burung bersiulan sepanjang hari. Kami tidak mahu terlepas semua itu," katanya dalam e-mel kepada The Malaysian Insider.

Salah sebuah poster mempromosikan Bersih 4 di Australia, antara negara yang mengambil bahagian pada perhimpunan kali ini. – Gambar Facebook, 29 Ogos, 2015. Salah sebuah poster mempromosikan Bersih 4 di Australia, antara negara yang mengambil bahagian pada perhimpunan kali ini. – Gambar Facebook, 29 Ogos, 2015.
Beliau berkata sambutan amat menggalakkan, dengan semua 24 tempat duduk sudah ditempah.

Mereka yang terlepas masih boleh berkumpul di Southbank pada jam 9 pagi waktu tempatan untuk berhimpun sebentar sebelum bas berlepas.

Koh yang akan memandu bas itu berkata akan menanggung segala kos bahan api bas berkenaan yang dianggarkan sekitar AUS$80.

Koh dan peserta lain antara ribuan rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk dunia bermula di Jakarta hingga ke Rio de Janeiro yang akan mengambil bahagian dalam perhimpunan solidairti bersama rakan mereka di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching hujung minggu ini sebagai sebahagian daripada pergerakan perpaduan global mengenai pembaharuan.

Berbekalkan kain rentang dan t-shirt kuning tertulis logo Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), rakyat Malaysia yang menetap di luar negara akan mengadakan perhimpunan bagi menyokong perhimpunan selama 34 jam Bersih 4 diadakan di Malaysia hari ini.

Walaupun jauh dari tanah air, rakyat Malaysia yang menetap di luar negara merancang untuk hadir di perhimpunan di negara tempat tinggal mereka bagi menunjukkan mereka masih mempunyai rasa cinta kepada Malaysia serta memberi sokongan terhadap tuntutan Bersih 4 bagi menjalankan pilihan raya bersih, kerajaan bebas rasuah, hak untuk membantah, mengukuhkan demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara.

"Kami lihat banyak masalah dihadapi dengan sistem di Malaysia dan mahu menyumbang sebahagian daripada perubahan itu dan memperbaiki negara ini," kata seorang penganjur Bersih 4 di Hong Kong yang hanya mahu dikenali sebagai James.

Kira-kira 300 orang dijangka hadir pada perarakan di bekas tanah jajahan British itu.

Peserta akan berkumpul di Luard Road, berhampiran Taman Permainan Southorn antara jam 2.30 petang dan 3 petang waktu tempatan sebelum berarak menuju ke konsulat Malaysia di Gloucester Road, di mana mereka akan berkumpul untuk melakuakan bantahan.

Agenda utama perhimpunan di sana adalah untuk mendapatkan tandatangan peserta yang hadir di atas pepanji (banner) dan meminta peserta menyanyi sebuah lagu digubah oleh seorang rakyat Malaysia yang berkerja di Hong Kong.

Pihak penganjur juga akan menyediakan bahan perhimpunan dan mengingatkan orang ramai untuk menyemak status mengundi mereka.

Bancian susulan juga akan dibuat terhadap peserta bagi memastikan bagaimana kesedaran itu dikekalkan.

James berkata penganjur sudah mengumpulkan maklumat perhubungan peserta sejak perhimpunan Bersih 3 pada April 2012 dan mereka akan menganjurkan satu lagi perhimpunan bagi menunjukkan sokongan kepada perhimpunan di Malaysia.

"Semua orang mempunyai tugas masing-masing. Setiap rakyat Malaysia di Hong Kong akan memberitahu orang lain dan menggalakkan rakan-rakan dan keluarga mereka di Malaysia untuk menyertai Bersih 4.

"Melalui proses ini, kami berharap lebih ramai orang akan menyertai Bersih 4 di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu atau Kuching serta memahami 5 tuntutan dan memahami apa yang mereka perlu lakukan untuk menyelamatkan negara kita.

"Mereka yang terdapat dalam maklumat perhubungan itu perlu memastikan mereka berdaftar sebagai pengundi, terus menyemak status pengundi mereka, mempertimbangkan untuk menjadi pembantah dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya persempadanan akan datang; bersedia untuk mengundi – sama ada pulang ke tanah air untuk berbuat demikian atau sebagai pengundi pos – pada pilihan raya umum akan datang mereka perlu memikirkan bagaimana untuk memastikan setiap rakyat Malaysia di Hong Kong akan melakukan perkara yang sama.

"Jadi, kami merasakan kami menganjurkan perhimpunan yang jauh dari Kuala Lumpur secara tidak langsung akan membuat cara yang berbeza," katanya kepada The Malaysian Insider dalam e-mel.

Penganjur Bersih Global Jakarta S K S Sivananthan berkata perhimpunan Bersih di Jakarta akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang tidak dapat menyertai keluarga dan rakan mereka untuk pulang ke tanah air bagi menyuarakan pandangan mereka.

"Kami fikir ia akan membawa perubahan dengan menunjukkan sokongan kami di peringkat global, kita akan mengambil perhatian seluruh dunia pada perjuangan kita bagi menunjukkan keadaan buruk politik negara, keadaan ekonomi yang tidak stabil dan merosot, kegagalan kerajaan pemerintah dan keamanan global rakyat Malaysia yang berarak secara aman bagi menjadikan negara yang lebih baik," katanya.

Perhimpunan Bersih di Jakarta hari ini akan diadakan di Liquid Exchange di pusat beli-belah Epicentrum Walk dari jam 10.30 pagi hingga 2 petang waktu tempatan.

Kira-kira 200 peserta dijangka menghadiri perhimpunan itu.

Sivananthan, 35, yang sudah bekerja di ibu negara Indonesia itu sejak 10 tahun yang lalu mengatakan rasuah, jenayah, bajet defisit, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kejatuhan ringgit jatuh sebagai antara kebimbangan rakyat Malaysia di luar negara.

"Saya lebih bimbang tentang masa depan anak-anak saya dan saya menyayangi negara saya sepenuh hati… kami mahu negara yang kami cintai makmur, bebas daripada jenayah kolar putih dan jumlah rasuah yang tinggi serta mempunyai ekonomi dan keselamatan yang lebih baik," katanya.

Sementara itu, Presiden Bersih Global Colin Rajah, mengutuk dakwaan Putrajaya yang cuba menghalang perhimpunan Bersih di luar negara dengan melancarkan ancaman membatalkan biasiswa pelajar Malaysia yang ditaja kerajaan di luar negara kerana menyokong Bersih 4.

Beliau juga mendakwa penganjur menghadapi masalah dengan polis tempatan kerana "laporan yang mengelirukan" daripada kedutaan Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri juga sudah mengumumkan semalam semua pakaian berwarna kuning serta pakaian dengan perkataan "Bersih 4" dan juga bahan juga dicetak berhubung perhimpunan itu, adalah dilarang di perhimpunan tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan perintah ini di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang berkuat kuasa semalam.

Terdahulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman web rasmi Bersih 2.0. – 29 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
Kepada Rakyat yang "BERJIWA BESAR" -  Ayuh mari lah keluar bersama -  jangan pentingkan diri sendiri dan duduk dibawah "KETIAK ISTERI".
Orang lain yang berjuang,  kamu yang akan dapat hasil dan kenikmatanya apabila BERSIH BERJAYA.  Tak rasa BERSALAH KAH KAMU ??

Pelajar universiti boleh sertai Bersih 4, kata timbalan menteri

Posted: 28 Aug 2015 08:45 PM PDT


Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon, larangan ke atas pelajar universiti dan kolej daripada menyertai Bersih 4 tidak terpakai berikutan pindaan terhadap Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) 4 tahun lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon, larangan ke atas pelajar universiti dan kolej daripada menyertai Bersih 4 tidak terpakai berikutan pindaan terhadap Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) 4 tahun lepas.

Pelajar institusi pengajian tinggi kini dibenarkan menyertai perhimpunan 34 jam Bersih 4 yang akan akan bermula esok walaupun pada awalnya mereka dilarang berbuat demikian, kata timbalan menteri pendidikan Chong Sin Woon.

Katanya, larangan ke atas pelajar universiti dan kolej daripada menyertai pergerakan masyarakat sivil itu tidak terpakai berikutan pindaan terhadap Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) 4 tahun lepas.

"Mereka bebas untuk mengekspresi diri mereka," beliau dipetik berkata portal berita The Star Online hari ini.

Pada 24 November, 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pindaan kepada Seksyen 15 AUKU bagi menggugurkan sekatan terhadap penyertaan pelajar dalam politik.

Pindaan itu – dibuat selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan penting mengatakan akta itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan - memberi pelajar universiti lebih kebebasan politik.

Seksyen 15 (1) akta itu menyatakan seorang pelajar universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan, kumpulan atau mana-mana parti politik di dalam dan di luar Malaysia.

Dua hari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin memberi amaran kepada pelajar universiti agar tidak terbabit dalam perhimpunan Bersih 4.

Beliau berkata, pelajar yang didapati menyertai perhimpunan tersebut akan dikenakan tindakan disiplin sama ada digantung atau dibuang.

Pada hari yang sama, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara Prof Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar memberi amaran kepada pelajarnya supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut.

Sementara itu, Chong yang juga Ketua Pemuda MCA itu berkata, ahli sayap parti itu dibenarkan menyertai perhimpunan Bersih 4 dan tidak akan dikenakan tindakan.

"Tetapi, apa yang saya cuma hendak katakan ialah, tolong jangan langgar undang-undang, berdisiplin dan jaga diri masing-masing," katanya sambil menggesa polis melindungi peserta. – 28 Ogos, 2015.

.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Majlis Peguam desak Putrajaya pertahan kebebasan maklumat !!

Posted: 28 Aug 2015 08:00 PM PDT



 
Presiden Majlis Peguam Steven Thiru berkata, pendekatan menyekat laman sesawang yang mempromosikan himpunan Bersih 4 merupakan satu bentuk salah guna kuasa oleh SKMM jika sekatan dilakukan terhadap laman yang mempromosi, menyebar dan menggalak orang ramai ke himpunan itu. –

Presiden Majlis Peguam Steven Thiru berkata, pendekatan menyekat laman sesawang yang mempromosikan himpunan Bersih 4 merupakan satu bentuk salah guna kuasa oleh SKMM jika sekatan dilakukan terhadap laman yang mempromosi, menyebar dan menggalak orang ramai ke himpunan itu. –

Majlis Peguam menggesa Putrajaya menjunjung kebebasan maklumat selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikatakan akan menyekat laman sesawang yang mempromosikan himpunan Bersih 4.

Presidennya Steven Thiru berkata, pendekatan itu merupakan satu bentuk salah guna kuasa oleh SKMM jika sekatan dilakukan terhadap laman yang mempromosi, menyebar dan menggalak orang ramai ke himpunan itu.

Beliau berkata, ini kerana keputusan SKMM itu dibuat susulan kenyataan Kementerian Dalam Negeri sebelum ini yang "Bersih 4.0" bukan sebuah badan berdaftar.

"Pendirian yang diambil kementerian itu satu salah tanggap. Tiada acara atau entiti yang dikenali sebagai 'Bersih 4.0'.

"Bersih 4 adalah satu acara. Penganjur Bersih 4 merupakan satu entiti yang dikenali sebagai Bersih 2.0 yang mana Mahkamah Tinggi dalam kes Datuk Ambiga Sreenevasan melawan menteri dalam negeri mengiktirafnya sebagai persatuan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

"Oleh itu, keputusan yang dibuat oleh kementerian itu, berkaitan satu peristiwa yang tidak wujud atau entiti yang tidak diketahui (Bersih 4.0), adalah tidak berasas," kata Thiru.



Katanya, sehubungan itu, sebarang pergantungan SKMM terhadap satu "keputusan yang silap" oleh kementerian, tidak akan dapat dipertahankan mengikut undang-undang.

"Ia sama dengan salah guna kuasa pengawalseliaan yang diletakkan di bawah SKMM mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).

"Dalam apa jua keadaan, usaha SKMM menyekat akses kepada laman web bertentangan dengan Seksyen 3(3) AKM, yang memperuntukkan 'apa-apa dalam akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet', dan bertentangan juga dengan Bil Jaminan MSC Malaysia No. 7, yang menjamin tiada penapisan Internet."

Thiru berkata, keputusan SKMM juga bercanggah dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pada 25 Ogos yang mengatakan pihak berkuasa tidak akan menyekat akses kepada mana-mana laman web atau platform media sosial semasa perhimpunan Bersih 4.

Bersih 4 yang dijadual berlangsung selama 34 jam akan bermula esok. Ia akan diadakan di Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu dan beberapa bandar utama lain di seluruh dunia. Puluhan ribu peserta dijangka mengambil bahagian dalam acara itu.

Perhimpunan itu diadakan bertujuan melakukan pembaharuan pilihan raya, kerajaan yang bersih, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, hak untuk berhimpun secara aman dan menyelamatkan ekonomi. – 28 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

RoS tolak permohonan GHB guna nama Parti Progresif Islam

Posted: 28 Aug 2015 07:30 PM PDT


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak permohonan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam sebagai nama parti baharu yang hendak ditubuhkan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Islam adalah hak untuk semua yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik hanya boleh menyebabkan kekeliruan.

"Mereka mengharapkan agar golongan yang berada dalam PAS tetapi tidak setuju dengan ulama tetapi setuju dengan Islam yang progresif, dapat menyokong parti itu.

Saya ingin nyatakan bahawa kita tidak akan benarkan mana-mana parti menggunakan nama agama kerana Islam bukan untuk mereka sahaja, tetapi juga untuk kita dan untuk orang Islam yang tidak ada parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Marang di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, di Marang hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Umno Bahagian Marang A Latif Awang.

Zahid berkata sebagai menteri dalam negeri yang bertanggungjawab, beliau tidak mahu mengulangi kesilapan lepas yang membenarkan sebuah parti politik menggunakan nama Islam sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang Islam di negara ini.

"Kita tidak mahu kesalahan dulu yang memberikan keizinan kepada sebuah parti menggunakan nama Islam sehingga memberi tanggapan seolah-olah hanya dengan menyertai parti itu kita memperjuangkan Islam dan masuk syurga.

Sehubungan itu, katanya RoS akan memberikan surat kepada pemimpin GHB agar memilih nama lain untuk digunakan pada parti baharu berkenaan.

Zahid berkata, sebagai sebuah negara yang demokratik, kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu di negara.

Namun dalam masa yang sama, katanya beliau berharap parti baharu yang ditubuhkan itu tidak memecah belahkan orang Melayu.

"Jangan cuba memecah belahkan perpaduan orang Melayu. Kita mahu seluruh Melayu, jika atas agenda memperkasakan Melayu dan negara, perlu bersatu hati tidak kira dalam parti politik mana sekalipun (kita) berada," katanya.

Dalam masa yang sama Zahid turut mengulangi gesaan supaya anggota Umno supaya kembali memperkukuhkan parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, tidak kira apa permasalahan yang sedang dihadapi kini.

"Kita sukar tumbang jika diserang dari luar, tetapi akan mudah hancur jika kita berperang sesama sendiri.

Jadi kita asahlah kuku dan tanduk dari sekarang agar jangan parah diserang musuh nanti. Gunakan ia untuk menyerang musuh di luar supaya Umno dapat rampas kerusi yang dimenangi pembangkang sebelum ini," katanya. – Bernama, 28 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Zahid: Jangan biar presiden keseorangan

Posted: 28 Aug 2015 07:00 PM PDT



Semua pemimpin Umno di peringkat bahagian hingga ke akar umbi diingatkan agar keluar daripada zon selesa dan tidak bermegah dengan jawatan yang mereka sandang sehingga lupa amanah kepada parti.

Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin yang dipilih oleh anggota peringkat akar umbi perlu sedar tanggungjawab besar mereka adalah untuk memastikan Barisan Nasional (BN) kekal memerintah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Kita perlu melakukan muhasabah, apa yang telah silap kita lakukan. Allah mahu menguji kita akibat kita berada dalam zon terlalu selesa.

"Kita lupa janji-janji kita ketika sebelum jadi wakil rakyat, sebelum menjadi ketua bahagian, sebelum menjadi menteri, tidak peduli pada orang yang pernah tolong kita... baliklah ke pangkal jalan," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Hulu Terengganu di dewan Akademi Binaan Malaysia di Hulu Terengganu hari ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari merangkap Ketua Umno Hulu Terengganu.

Ahmad Zahid berkata kegagalan sesebuah organisasi dan parti itu disebabkan individu yang telah diamanahkan gagal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Katanya Umno hari ini menghadapi cabaran yang besar walaupun ia tidaklah sehebat krisis kepimpinan Umno tahun 1998.

"Kita sedang hadapi cabaran, cabaran ini datang dan pergi, fikirkan apa kaedah untuk tangani masalah itu terutama persepsi negatif dari mahkamah pendapat umum," katanya.

Beliau berkata ketika ini bukan sahaja organisasi Umno yang diasak hebat pembangkang malah presiden Umno sendiri turut diserang dengan pelbagai fitnah dan tohmahan.

"Nakhoda kita (presiden), jangan biar dia keseorangan, ujian itu datang, dengan izin Allah ia akan pergi. Jangan biar dia berseorangan, kita di akar umbi, ketika pemimpin susah, dia mahu harapkan sokongan akar umbi untuk menang PRU14," katanya.

Menurutnya krisis dalam Umno bukan sahaja berlaku hari ini malah sejak zaman pemimpin terdahulu lagi, namun semua masalah dapat ditempuhi dengan kekalnya sokongan kuat daripada akar umbi.



Bernama

Bekas peguam PAS bantu BERSIH 4

Posted: 28 Aug 2015 06:30 PM PDT


Sekumpulan peguam yang pernah bergiat dalam Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) dalam Pemuda PAS, menubuhkan NGO bagi memantau perhimpunan BERSIH 4 dan membantu memberi khidmat guaman kepada peserta.

Presiden Pertubuhan Pengamal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam) Norazmir Zakaria berkata selain itu mereka juga akan memantau lokap atau balai polis bagi tujuan prosiding reman jika berlaku tangkapan.

"ProGuam menyatakan sokongan kepada penganjuran Bersih 4. Sebagai komitmen ProGuam kepada Bersih 4, ProGuam menyediakan 80 orang peguam yang akan berkhidmat sepanjang penganjuran Bersih 4 tersebut," katanya.

Dalam kenyataannya, Norazmir berkata pihaknya juga melancarkan tiga talian bagi membolehkan para peserta Bersih 4 menghubungi sekiranya berlaku tangkapan iaitu 017-394 1559, 017-394 1561 dan 017-303 2591.

Beliau berkata ProGuam turut melancarkan panduan ringkas undang-undang kepada peserta himpunan berkaitan hak-hak peserta jika ditahan polis dan ia akan disebar melalui media sosial termasuk Facebook, Twitter, dan Whatsapp bagi kemudahan orang ramai.

Menjawab kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim bahawa Bersih 4 telah bergiat secara tidak sah, Norazmir berkata Mahkamah Tinggi.

Kuala Lumpur pada 24 Julai 2012 telah mengenepikan pengisytiharan menteri dalam negeri bahawa Bersih adalah pertubuhan haram.
Malah keputusan Mahkamah Tinggi tersebut tidak pun dirayu dan masih kekal hingga kini, katanya lagi.

"Justeru, ProGuam menegaskan bahawa kenyataan ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri di atas adalah bertentangan dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut serta boleh mengundang rasa kebimbangan yang tidak berasas kepada masyarakat.

"ProGuam percaya kenyataan ini lebih kepada ingin menakut-nakutkan rakyat daripada hadir menyertai perhimpunan aman terbabit," katanya sambil menyeru kepada rakyat untuk tidak berasa takut selagimana hak mereka dijamin undang-undang.

Sebaliknya, beliau menyarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berganding bahu bagi memastikan perjalanan perhimpunan Bersih 4 tersebut berjalan dengan aman dan tanpa sebarang provokasi.

"Secara tidak langsung, ia boleh memartabatkan imej Negara sebagai Negara yang mendaulatkan hak-hak demokrasi dan hak-hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Malaysiakini

Tengku Adnan, bagaimana Bersih boleh sama dengan rusuhan Low Yat? oleh V Shuman

Posted: 28 Aug 2015 06:00 PM PDT


Rapat umum Bersih 4 yang akan diadakan pada 29-30 Ogos boleh berakhir seperti rusuhan Low Yat, amaran diberikan oleh seorang ahli Umno. Orang tersebut tidak lain tidak bukan ialah Menteri Wilayah Persekutan Tengku Adnan Tengku Mansor, yang kebelakangan ini, hanya mengeluarkan kenyataan "macam keluar dari kepala lutut".

Dalam sebuah temuramah dengan Malay Mail Online, Tengku Adnan memberikan amaran bahawa ada kemungkin peserta perarakan berada di bawah pengaruh dadah, sama seperti penyagak yang terlibat dalam kejadian rusuhan di kompleks membeli belah itu.

"Jangan bermain api, sebab sekiranya anda bermain api dan api jadi marak, kita akan ada masalah.

"Sekurangnya di Low Yat, kita berjaya menyelesaikannya kerana kita tahu si pencuri telefon itu di bawah pengaruh dadah. Inilah masalahnya.

Kita tidak tahu siapa yang akan menyertainya. Dan mungkin ada orang yang akan berarak di bawah pengaruh dadah dan macam-macam lagi," dia dipetik berkata.

Menurutnya, rusuhan boleh tercetus sekiranya ada "orang gila" yang mula melempar barang kepada peserta rapat umum itu. "Apabila rusuhan berlaku, apakah yang akan berlaku, sama seperti yang berlaku di Plaza Low Yat."

Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, juga berkata yang pihak berkuasa tidak akan membenarkan para peserta tidur di jalanan. "Jika anda mahu tidur, pergi ke hotel dan tidurlah.

Ada banyak hotel murah, kalau anda banyak duit pergi hotel lima bintang. "Jangan tidur tepi jalan. Kami tak akan benarkan kerana kita sudah banyak masalah gelandangan di Kuala Lumpur yang kami sedang cuba selesaikan."

Menurutnya, kumpulan majoriti diam lebih besar daripada mereka yang terlibat dalam rapat umum jalanan, menyifatkan pesertanya sebagai tin kosong yang buat bising. Logik pincang apakah yang dimiliki Tengku Adnan. Bagaimana Bersih boleh dibandingkan dengan rusuhan Low Yat?

Kejadian Low Yat ialah kes jelas kesan pencurian, di mana kawan-kawan penyangak yang ditahan mencuri, merusuh untuk membalas dendam. Ia juga berlaku disebabkan polis hilang kawalan ketika pergaduhan pertama tercetus, menyebabkan ia tidak terkawal.

Rapat umum Bersih pula perhimpunan yang dihadiri oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang- miskin dan kaya, tua dan muda, untuk menyuarakan kekecewaan mereka kepada pentadbiran, yang selama ini tidak dipedulikan oleh kerajaan.

Penganjur Bersih juga mengatakan yang mereka akan berkumpul dan bersurai secara aman, dan telah menasihatkan peserta supaya tidak bertindak ganas, walau apa pun yang berlaku.

"Orang gila" yang dikatakan Tengku Adnan hanyalah mereka yang sengaja "diletakkan" oleh pihak yang tidak diketahui, untuk mencetuskan keadaan huru hara dan menyebabkan polis masuk campur.

Ini kemudiannya akan membenarkan kerajaan untuk menuduh penganjur Bersih tidak mematuhi janji untuk berarak secara aman. Kita telah melihat ianya berlaku dan ia boleh berlaku lagi.

Orang Malaysia bukannya baru dilahirkan semalam, Tengku Adnan. Dalam isu yang lain,

Tengku Adnan tidak layak untuk bercakap tentang menguruskan orang gelandangan kerana dia adalah orang yang sama cuba menutup dapur jalanan yang memberi makanan kepada orang gelandangan di KL.

Inilah sikap prihatinnya kepada mereka yang tidak bernasib baik. Dan lawak apakah ini apabila seorang ahli kabinet menggelarkan rakyat Malaysia sebagai "tin kosong"?

Amaran Tengku Adnan timbul selepas beberapa kenyataan hampir serupa yang dikeluarkan oleh rakan sejawat kabinetnya. Pada hari Khamis,

Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed telah memberikan amaran bahawa ada anarkis yang akan cuba melawan polis sehingga polis terpaksa menggunakan kekerasan kepada peserta rapat umum itu.

Angkatan Tentera Malaysia juga mengumumkan yang mereka akan masuk campur sekiranya situasi menjadi tidak terkawal. Seolah-olah pentadbiran kerajaan BN sangat yakin yang situasi akan menjadi tidak terkawal sewaktu rapat umum itu.

Sekiranya itu berlaku, ini adalah pesanan kepada semua peserta rapat umum. Sentiasa mematuhi peraturan penganjur dan jangan sesekali memberikan tindak balas kepada provokasi sesiapa sahaja yang mereka temui sewaktu perarakan.

Ini bagi memastikan anda tidak menjadi pencetus kepada situasi kacau bilau, dan menyebabkan pengisytiharan darurat. Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com


Posted by mountdweller

Saturday, August 29, 2015 Berfikir dengan kepala lutut pun boleh jadi menteri? Tengku Adnan, bagaimana Bersih boleh sama dengan rusuhan Low Yat? 09:30PM Ogos 28 2015 oleh V Shuman KOMEN: Rapat umum Bersih 4 yang akan diadakan pada 29-30 Ogos boleh berakhir seperti rusuhan Low Yat, amaran diberikan oleh seorang ahli Umno. Orang tersebut tidak lain tidak bukan ialah Menteri Wilayah Persekutan Tengku Adnan Tengku Mansor, yang kebelakangan ini, hanya mengeluarkan kenyataan "macam keluar dari kepala lutut". Dalam sebuah temuramah dengan Malay Mail Online, Tengku Adnan memberikan amaran bahawa ada kemungkin peserta perarakan berada di bawah pengaruh dadah, sama seperti penyagak yang terlibat dalam kejadian rusuhan di kompleks membeli belah itu. "Jangan bermain api, sebab sekiranya anda bermain api dan api jadi marak, kita akan ada masalah. "Sekurangnya di Low Yat, kita berjaya menyelesaikannya kerana kita tahu si pencuri telefon itu di bawah pengaruh dadah. Inilah masalahnya. Kita tidak tahu siapa yang akan menyertainya. Dan mungkin ada orang yang akan berarak di bawah pengaruh dadah dan macam-macam lagi," dia dipetik berkata. Menurutnya, rusuhan boleh tercetus sekiranya ada "orang gila" yang mula melempar barang kepada peserta rapat umum itu. "Apabila rusuhan berlaku, apakah yang akan berlaku, sama seperti yang berlaku di Plaza Low Yat." Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, juga berkata yang pihak berkuasa tidak akan membenarkan para peserta tidur di jalanan. "Jika anda mahu tidur, pergi ke hotel dan tidurlah. Ada banyak hotel murah, kalau anda banyak duit pergi hotel lima bintang. "Jangan tidur tepi jalan. Kami tak akan benarkan kerana kita sudah banyak masalah gelandangan di Kuala Lumpur yang kami sedang cuba selesaikan." Menurutnya, kumpulan majoriti diam lebih besar daripada mereka yang terlibat dalam rapat umum jalanan, menyifatkan pesertanya sebagai tin kosong yang buat bising. Logik pincang apakah yang dimiliki Tengku Adnan. Bagaimana Bersih boleh dibandingkan dengan rusuhan Low Yat? Kejadian Low Yat ialah kes jelas kesan pencurian, di mana kawan-kawan penyangak yang ditahan mencuri, merusuh untuk membalas dendam. Ia juga berlaku disebabkan polis hilang kawalan ketika pergaduhan pertama tercetus, menyebabkan ia tidak terkawal. Rapat umum Bersih pula perhimpunan yang dihadiri oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang- miskin dan kaya, tua dan muda, untuk menyuarakan kekecewaan mereka kepada pentadbiran, yang selama ini tidak dipedulikan oleh kerajaan. Penganjur Bersih juga mengatakan yang mereka akan berkumpul dan bersurai secara aman, dan telah menasihatkan peserta supaya tidak bertindak ganas, walau apa pun yang berlaku. "Orang gila" yang dikatakan Tengku Adnan hanyalah mereka yang sengaja "diletakkan" oleh pihak yang tidak diketahui, untuk mencetuskan keadaan huru hara dan menyebabkan polis masuk campur. Ini kemudiannya akan membenarkan kerajaan untuk menuduh penganjur Bersih tidak mematuhi janji untuk berarak secara aman. Kita telah melihat ianya berlaku dan ia boleh berlaku lagi. Orang Malaysia bukannya baru dilahirkan semalam, Tengku Adnan. Dalam isu yang lain, Tengku Adnan tidak layak untuk bercakap tentang menguruskan orang gelandangan kerana dia adalah orang yang sama cuba menutup dapur jalanan yang memberi makanan kepada orang gelandangan di KL. Inilah sikap prihatinnya kepada mereka yang tidak bernasib baik. Dan lawak apakah ini apabila seorang ahli kabinet menggelarkan rakyat Malaysia sebagai "tin kosong"? Amaran Tengku Adnan timbul selepas beberapa kenyataan hampir serupa yang dikeluarkan oleh rakan sejawat kabinetnya. Pada hari Khamis, Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed telah memberikan amaran bahawa ada anarkis yang akan cuba melawan polis sehingga polis terpaksa menggunakan kekerasan kepada peserta rapat umum itu. Angkatan Tentera Malaysia juga mengumumkan yang mereka akan masuk campur sekiranya situasi menjadi tidak terkawal. Seolah-olah pentadbiran kerajaan BN sangat yakin yang situasi akan menjadi tidak terkawal sewaktu rapat umum itu. Sekiranya itu berlaku, ini adalah pesanan kepada semua peserta rapat umum. Sentiasa mematuhi peraturan penganjur dan jangan sesekali memberikan tindak balas kepada provokasi sesiapa sahaja yang mereka temui sewaktu perarakan. Ini bagi memastikan anda tidak menjadi pencetus kepada situasi kacau bilau, dan menyebabkan pengisytiharan darurat. Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com Posted by mountdweller

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

ATM : Tolong Jangan Jadi Balachi

Posted: 28 Aug 2015 05:30 PM PDT

Bhai/DeeDee semua...

Just nak bagitau simple je.... Masa banjir besar melanda Pantai Timur Malaysia tahun lepas, haram Kerajaan Malaysia tak isytiharkan darurat... Macam-macam alasan yang diberikan... Hampeh...semua alasan macam celaka jer...

La nih pasai perhimpunan aman Bersih 4.0 ... Laju ja nak isytiharkan darurat... Macam siot ja kan... Yang Panglima ATM nih lebih sudu dari kuah nih aper hal.... Urusan keselamatan dalam negara biar la PDRM yang jaga... Buat apa ATM nak campur tangan.. Aper daa...

Kalu berminat nak main politik... Sila la letak jawatan....

Kerana Buat Laporan Polis Terhadap Najib, Wanita Ini Dipecat Dari Umno

Posted: 28 Aug 2015 05:00 PM PDT


Penasihat undang-undang Umno Datuk Hafarizam Harun berkata anggota parti Anina Saaduddin yang menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, kononnya untuk mendapatkan kembali AS$650 juta dana parti, secara automatik akan kehilangan keahlian beliau.

Ini kerana, kata Hafarizam, berdasarkan Fasal 20.7 Perlembagaan Umno yang menyatakan bahawa mana-mana anggota parti yang membawa hal ehwal parti ke mahkamah maka keahlian mereka dalam parti gugur serta merta.

Menurut Sin Chew Daily, Hafarizam berkata ibu pejabat Umno itu masih belum menerima dokumen itu.

Beliau berkata ibu pejabat akan mengeluarkan notis kepada Anina membatalkan keahliannya apabila dokumen itu diterima.

Anina memfailkan saman itu pagi ini selepas laman web Sarawak Report mendakwa AS$650 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib telah dipindahkan ke luar negara.

Najib telah menafikan wujudnya sebarang unsur rasuah dalam menerima dana manakala penyokongnya mendakwa ia adalah derma politik.

- mkini

Interpol Tolak Notis PDRM Tangkap Editor Sarawak Report - Malaysiakini

Posted: 28 Aug 2015 04:17 PM PDT




Polis Antarabangsa Interpol menolak permohonan polis Malaysia supaya mengeluarkan notis merah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Notis merah sama seperti dengan waran tangkap antarabangsa di mana negara-negara ahli dimaklumkan mengenai individu yang mahu untuk ekstradisi.

Dalam surat kepada NGO Fair Trial International, Setiausaha Agung Interpol Jurgen Stock mengesahkan menolak permohonan pihak berkuasa Malaysia.

Dalam surat itu, Stock berkata kebiasaannya Interpol tidak mengulas mengenai kes tertentu atau melibatkan individu.

Bagaimanapun, berdasarkan signifikan laporan akhbar mengenai kes itu, beliau mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima permohonan notis merah untuk Clare Rewcastle Brown daripada pihak berkuasa Malaysia.

"Sejajar dengan prosedur operasi standard kami, satu kajian semula telah dijalankan dan, pada 9 Ogos permintaan untuk notis merah itu telah ditolak," kata Stock.

Menurutnya lagi, semua 190 negara anggota dimaklumkan keputusan itu dan dinasihatkan supaya tidak menggunakan saluran Interpol berhubung kes itu dan juga memohon untuk mengeluarkan sebarang data daripada database negara mereka.

Surat tersebut bertarikh 27 Ogos kepada Ketua Eksekutif Fair Trials International Jago Russell, sebagai maklumbalas kepada pertanyaannya pada 25 Ogos.

Clare, seorang wartawan penyiasatan yang berpangkalan di UK, telah membuat liputan berhubung dakwaan salahguna 1MDB milik negara Malaysia dan deposit berbilion ringgit kepada Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak.

Pada 4 Ogos lalu, polis Malaysia telah memperolehi waran tangkap terhadap Clare yang dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

T E R K I N I !!!! KDN haramkan pakaian kuning, perkataan ‘Bersih 4’

Posted: 28 Aug 2015 09:00 AM PDT


Zar Ali's photo. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan perintah mengharamkan pakaian kuning serta pakaian dengan perkataan 'Bersih 4' dan bahan juga cetak berkaitan dengan perhimpunan tersebut di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang berkuat kuasa hari ini. –

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan perintah mengharamkan pakaian kuning serta pakaian dengan perkataan 'Bersih 4' dan bahan juga cetak berkaitan dengan perhimpunan tersebut di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang berkuat kuasa hari ini. 

Kementerian Dalam Negeri mengharamkan pakaian kuning serta pakaian dengan perkataan "Bersih 4" dan bahan juga cetak berkaitan dengan perhimpunan yang bakal berlangsung esok dan Ahad di Kuala Lumpur dan beberapa bandar lain.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan perintah tersebut di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang berkuat kuasa hari ini.

MERKA TAKUT PADA T - SHIRT 
KUNING YANG INI ?


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan perintah tersebut di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang berkuat kuasa hari ini.

Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 22) 2015 menyenaraikan sebagai "dilarang sama sekali di seluruh Malaysia" item berikut:

"Mana-mana pakaian berwarna kuning dan yang mengandungi perkataan 'Bersih 4' dan 'Mana-mana bahan bercetak lain dan risalah yang membawa kepada perhimpunan Bersih 4'.

Satu salinan perintah itu dalam Warta Kerajaan Persekutuan boleh didapati dalam talian. Ia bertarikh 27 Ogos dan mula berkuat kuasa hari ini. – 28 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Penjawat awam berhak sertai Bersih 4, kata warga guaman OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 28 Aug 2015 08:30 AM PDT


Hakim Mahkamah Persekutuan bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pekerja sektor awam bebas melakukan apa yang mereka mahu semasa hujung minggu dan cuti umum. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Ogos, 2015.
 
Hakim Mahkamah Persekutuan bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pekerja sektor awam bebas melakukan apa yang mereka mahu semasa hujung minggu dan cuti umum.

Hakim Mahkamah Persekutuan bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pekerja sektor awam bebas melakukan apa yang mereka mahu semasa hujung minggu dan cuti umum

Kakitangan sektor awam boleh menyertai perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini kerana mereka hanya menjalankan hak demokratik masing-masing, kata seorang hakim bersara dan para peguam.

Mereka berkata, penjawat awam tidak perlu bimbang kerana undang-undang menyediakan perlindungan sama rata kepada seluruh rakyat.

Hakim Mahkamah Persekutuan bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pekerja sektor awam bebas melakukan apa yang mereka mahu semasa hujung minggu dan cuti umum.

"Sebarang percubaan untuk tidak menggalakkan mereka hadir ke program pilihan mereka adalah tidak rasional dan tidak munasabah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian mengulas peringatan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid supaya guru mengelak daripada menyertai mana-mana perhimpunan yang melanggar kontrak mereka dengan kerajaan.

Menteri yang baru kira-kira sebulan memegang jawatan itu berkata, guru sebagai pejawat awam, sepatutnya sedar akan peranan mereka selepas mengangkat sumpah.

"Sekiranya mereka berani (menyertai perhimpunan) mereka patut bersedia untuk berdepan akibatnya," katanya dalam temuramah eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Sri Ram berkata, ugutan menteri tersebut sama seperti memberitahu penjawat awam dengan siapa mereka patut memihak.

"Kebebasan berpersatuan di dalam Perlembagaan Persekutuan bermakna pilihan untuk menyertai atau tidak menyertai persatuan."

Peguam Ragunath Kesavan berkata, beliau tidak nampak sebarang pelanggaran disiplin di kalangan penjawat awam hanya kerana menyertai perhimpunan aman itu.

"Undang-undang akan melindungi mereka, sama seperti rakyat lain sekiranya mereka berhimpun untuk menuntut apa yang mereka mahu secara aman."

Beliau mendakwa, ugutan menteri itu bertujuan menakut-nakutkan para guru yang mungkin bercadang menyertai perhimpunan tersebut.

Seorang lagi peguam G Subramaniam Nair berkata, terdapat peruntukan di dalam Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Disiplin) 1993 yang mengatakan tindakan boleh diambil terhadap penjawat awam kerana "mencemarkan nama jabatan".

"Mengenakan tindakan disiplin ke atas penjawat awam kerana menyertai perhimpunan boleh dicabar undang-undang," kata Subramaniam yang banyak mengendalikan kes pembuangan kerja melibatkan sektor awam.

Beliau berkata, sama seperti kerajaan tidak boleh menghukum penjawat awam yang mengundi selain Barisan Nasional dalam pilihan raya, ia juga tidak boleh bertindak terhadap rakyat yang ingin menggunakan hak berhimpun mereka bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara yang aman.

"Mahkamah kita menetapkan, ia merupakan hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman dan meluahkan pendapat mengikut dalam lingkungan had yang dibenarkan undang-undang," katanya.

Bersih 4 merupakan perhimpunan 34 jam yang menuntut pembaharuan institusi serta peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – 28 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Penjawat awam berhak sertai Bersih 4, kata warga guaman

Hakim Mahkamah Persekutuan bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pekerja sektor awam bebas melakukan apa yang mereka mahu semasa hujung minggu dan cuti umum. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Ogos, 2015.Hakim Mahkamah Persekutuan bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pekerja sektor awam bebas melakukan apa yang mereka mahu semasa hujung minggu dan cuti umum. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Ogos, 2015.Kakitangan sektor awam boleh menyertai perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini kerana mereka hanya menjalankan hak demokratik masing-masing, kata seorang hakim bersara dan para peguam.
Mereka berkata, penjawat awam tidak perlu bimbang kerana undang-undang menyediakan perlindungan sama rata kepada seluruh rakyat.
Hakim Mahkamah Persekutuan bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pekerja sektor awam bebas melakukan apa yang mereka mahu semasa hujung minggu dan cuti umum.

"Sebarang percubaan untuk tidak menggalakkan mereka hadir ke program pilihan mereka adalah tidak rasional dan tidak munasabah," katanya kepada The Malaysian Insider.  Beliau berkata demikian mengulas peringatan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid supaya guru mengelak daripada menyertai mana-mana perhimpunan yang melanggar kontrak mereka dengan kerajaan.
Menteri yang baru kira-kira sebulan memegang jawatan itu berkata, guru sebagai pejawat awam, sepatutnya sedar akan peranan mereka selepas mengangkat sumpah.
"Sekiranya mereka berani (menyertai perhimpunan) mereka patut bersedia untuk berdepan akibatnya," katanya dalam temuramah eksklusif dengan The Malaysian Insider.
Sri Ram berkata, ugutan menteri tersebut sama seperti memberitahu penjawat awam dengan siapa mereka patut memihak.
"Kebebasan berpersatuan di dalam Perlembagaan Persekutuan bermakna pilihan untuk menyertai atau tidak menyertai persatuan."
Peguam Ragunath Kesavan berkata, beliau tidak nampak sebarang pelanggaran disiplin di kalangan penjawat awam hanya kerana menyertai perhimpunan aman itu.
"Undang-undang akan melindungi mereka, sama seperti rakyat lain sekiranya mereka berhimpun untuk menuntut apa yang mereka mahu secara aman."
Beliau mendakwa, ugutan menteri itu bertujuan menakut-nakutkan para guru yang mungkin bercadang menyertai perhimpunan tersebut.
Seorang lagi peguam G Subramaniam Nair berkata, terdapat peruntukan di dalam Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Disiplin) 1993 yang mengatakan tindakan boleh diambil terhadap penjawat awam kerana "mencemarkan nama jabatan".
"Mengenakan tindakan disiplin ke atas penjawat awam kerana menyertai perhimpunan boleh dicabar undang-undang," kata Subramaniam yang banyak mengendalikan kes pembuangan kerja melibatkan sektor awam.
Beliau berkata, sama seperti kerajaan tidak boleh menghukum penjawat awam yang mengundi selain Barisan Nasional dalam pilihan raya, ia juga tidak boleh bertindak terhadap rakyat yang ingin menggunakan hak berhimpun mereka bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara yang aman.
"Mahkamah kita menetapkan, ia merupakan hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman dan meluahkan pendapat mengikut dalam lingkungan had yang dibenarkan undang-undang," katanya.
Bersih 4 merupakan perhimpunan 34 jam yang menuntut pembaharuan institusi serta peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – 28 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penjawat-awam-berhak-sertai-bersih-4-kata-warga-guaman#sthash.YF32S7qF.dpuf

Peristiwa Luar Jangka Akan Berlaku Di Johor Sekiranya..

Posted: 28 Aug 2015 07:45 AM PDT


Peristiwa Luar Jangka Akan Berlaku Di Johor Sekiranya. Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini bakal menjadi penentuan "hidup dan mati" bagi masa depan politik Muhyiddin Yassin dalam parti itu. 
 
Jika beliau dipecat, maka berakhirlah sejarah panjangnya bersama parti itu, tetapi kiranya tiada sebarang tindakan dalam mesyuarat itu nanti, bererti selamatlah masa depannya dan kekallah beliau dengan jawatan nombor dua itu sehingga pemilihan UMNO seterusnya.

Untuk mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dalam mesyuarat MT yang berikutnya tentu saja tidak relevan lagi, kecuali jika Timbalan Presiden UMNO itu terus lantang mengkritik Perdana Menteri, Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta secara terbuka.

Walaupun Muhyiddin mula mendapat sokongan dan simpati daripada pelbagai pihak sebaik terdengar ura-ura beliau akan dipecat pada 9 September ini, kemungkinan yang berlaku di Johor barangkali di luar jangkaan jika pemecatan itu benar-benar berlaku.

Seorang pemimpin UMNO Johor yang enggan namanya disebut memberitahu, banyak cawangan UMNO di negeri itu akan dibubarkan jika Muhyiddin dipecat pada mesyuarat MT UMNO 9 September nanti.

Katanya, tindakan pembubaran itu diambil sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan yang dihadapkan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu memandangkan beliau tidak terbabit dengan sebarang kesalahan jenayah atau moral yang mewajarkan pemecatan diambil terhadapnya.

Jika dipecat, kata pemimpin itu, kesalahan Muhyiddin hanyalah kerana bercakap benar dan berterus terang untuk menyelamatkan UMNO.

Katanya, cawangannya sendiri adalah antara yang paling awal dibubarkan sekiranya nasib buruk menimpa Muhyiddin pada mesyuarat MT UMNO itu.

Beliau menambah, mereka hanya mengambil keputusan membubarkan cawangan UMNO yang bermakna akan menghentikan segala aktiviti dan kegiatan berkaitan parti, tetapi tetap bersama UMNO sebagai ahli biasa sahaja.

Peristiwa Luar Jangka Akan Berlaku Di Johor Sekiranya

Meskipun tidak dapat menjangka jumlah tepat cawangan UMNO yang akan dibubarkan sebagai tanda protes itu, pemimpin terbabit meramalkan akan terdapat antara tiga hingga lima cawangan dari setiap bahagian akan mengambil keputusan tersebut.

Ini bermakna, dengan UMNO Johor mempunyai 26 bahagian, pemecatan Muhyiddin bakal melumpuhkan kira-kira 100 cawangan di negeri itu. Dan ini sekaligus merupakan berita baik bagi pembangkang di Johor yang sudah pun mempunyai 18 kerusi DUN di negeri itu.

Muhyiddin pula, meskipun sedang bercuti di luar negara bersama keluarga ketika ini, namun tidak santai dibuatnya lantaran menyedari kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO ibarat "telur di hujung tanduk" menjelang mesyuarat MT yang akan datang ini.

Seolah-olah turut mengesan gerakan untuk menyingkirkannya sedang giat dijalankan di dalam negara, beliau lantas mengingatkan bahawanya dirinya bukanlah pengkhianat parti seperti yang dituduh oleh banyak pihak.

Dalam kenyataan medianya semalam, Muhyiddin mengatakan sumbangannya kepada parti sudah melebihi tempoh 40 tahun dan ketika pelbagai krisis melanda UMNO, beliau tetap setia bersama parti itu.

Malah, katanya, ketika UMNO diharamkan dahulu, beliau mengambil tanggungjawab membina semula UMNO di Johor sehingga ia kembali kuat dan menjadi penyumbang kepada kemenangan BN setiap kali pilihanraya diadakan.

Beliau sebaliknya mahukan kemelut yang melanda ketika ini harus dihadapi secara berani dan berdepan atau akan mengakibatkan terjerumus menjadi negara yang gagal.

Blog ini pula, dua lalu lalu telah mendedahkan pengakuan seorang pegawai tinggi di ibu pejabat UMNO yang mengatakan akan terdapat "operasi kedua" dalam masa terdekat ini yang akan menyaksikan semua masalah Najib dalam parti itu dapat diselesaikan.


Pegawai itu berkata, selepas "operasi kedua" yang menyaksikan Najib tiada masalah lagi dalam parti, beliau seterusnya dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada usaha menghadapi pilihanraya ke 14 yang dijangka akan diadakan pada 2018 nanti.


ADDIN

BERSIH 4.0 - Semua Laman Web Berkaitan Demo Esok Disekat SKMM

Posted: 28 Aug 2015 07:00 AM PDT



Laman web BERSIH dilaporkan telah disekat dari internet mulai lewat petang semalam.

Pengguna penyedia perkhidmatan tertentu telah melaporkan tidak dapat mengakses laman web tersebut, dengan mendapat paparan halaman 404 yang menunjukkan laman web ini tidak boleh diakses.

Langkah itu ekoran amaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam bahawa semua laman web yang "menggalakkan" perhimpunan yang dirancang hujung minggu ini untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meletak jawatan, akan disekat dengan mendakwa "laman web itu boleh mengganggu-gugat kestabilan negara".

Bagaimanapun halaman error yang dihadapi oleh para pengguna sejak semalam itu, tidak membawa sebarang disclaimer SKMM untuk menunjukkan satu sekatan rasmi dan tidak semua alamat DNS terjejas.

Malaysiakini sedang berusaha untuk menghubungi SKMM bagi mengesahkan sama ada error itu adalah kerana sekatan rasmi.

Perhimpunan ini akan diadakan pada hari Sabtu ini di Kuala Lumpur dan juga di Kuching serta Kota Kinabalu.

Pengkritik telah membidas kerajaan atas tindakan tersebut. Seorang pemimpin Umno, bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah, turut mengkritik tindakan SKMM itu.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh tiga bulan selepas SKMM menyekat sebuah laman web terkemuka apabila ia menghentikan akses tempatan ke laman web Sarawak Report dengan mendakwa laporannya tentang skandal 1MDB skandal tidak mempunyai bukti.

- mkini

Pejabat Pos Lembab - Wanita Mengamuk Apabila Sistem Offline

Posted: 28 Aug 2015 06:15 AM PDT



BACHOK: Gara-gara terlalu lama menunggu gilirannya di pejabat pos dan semasa sampai gilirannya alat biometrik cap jari pula "offline" menyebabkan seorang wanita telah mengamuk di Pejabat Pos Bachok, Jalan Besar di sini semalam.

Berdasarkan cerita sumber yang kami terima, kejadian ini berlaku kira-kira jam 1 petang wanita berumur 40-an berkenaan telah menuggu nombor gilirannya untuk mengeluarkan wang daripada akaun Amanah Saham Bumiputera.

Punca kemarahannya berdasarkan sumber adalah kerana pejabat pos berkenaan hanya beroperasi satu kaunter dari empat kaunter yang ada dan setelah lama menunggu tiba-tiba dimaklumkan sistem "offline" menyebabkan dia mengamuk menjatuh dan merosakkan barangan di dalam pejabat pos berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan

Apa kesudahan kisah Najib? by paklang Oleh Raja Ahmad Iskandar

Posted: 28 Aug 2015 05:30 AM PDT


Zar Ali's photo. Al-Hiss Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita yang hangat diperkatakan masyarakat kampung, di kedai kopi sehinggalah masyarakat antarabangsa di sidang Parlimen mereka disebabkan sumbangan derma kepada seorang yang bernama Datuk Seri Najib Razak. 

Siapa tidak mengenali Najib yang ketika itu perdana menteri merangkap menteri kewangan dan juga presiden Umno yang menerima sumbangan derma yang "dikatakan" berjumlah AS$700 juta (RM 2.6 bilion), adakah ianya benar? 

Melalui enjin carian Google menerusi kata kunci "Najib RM2.6 bilion" terdapat pelbagai kisah tersebut termasuk paparan gambar Najib yang berjumlah lebih 700,000 jaringan dalam pelbagai bahasa yang menunjukkan ramai yang berminat akan kisah yang berlaku. 

Bermula pada 5 Julai 2015 dengan laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang juga sebuah syarikat akhbar harian antarabangsa yang berpengaruh yang diterbitkan di New York City, 

Amerika Syarikat (AS) dengan peredaran di seluruh negara dengan cetakan hampir 2.6 juta naskhah jualannya. WSJ untuk rekod pernah disaman hartawan kasino AS, Sheldon Adelson pada 2 Mac 2013 kerana dikatakan memfitnahnya berikutan artikel Kate O'Keeffe pada 22 Februari 2013 yang diterbitkan pada 5 Disember 2012 yang bertajuk "Fired Executive Rankles Casino Business". 

Pelbagai pihak mentafsir artikel WSJ tersebut sebagai satu yang mengejutkan, sungguh memanaskan politik Malaysia sehinggakan berlakunya rombakan Kabinet pada 28 Julai 2015 lalu. WSJ mendedahkan tentang sebuah bank yang dikaitkan dengan sebuah negara dari Timur Tengah iaitu Kuwait yang sebelum ini dikejutkan tentang kes pembunuhan pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi pada 29 Julai 2013. 

Pada Mac 2015 lalu, Pascal Najadi, pengasas dan presiden Firma Penasihat Antarabangsa Perbankan Switzerland, Najadi and Partners Ltd anak kepada Pengasas Arab-Malaysian Bank tersebut mengatakan masih menunggu kes pembunuhan bapanya yang belum selesai. 

Untuk rekod, sejumlah RM1.63 Juta zakat perniagaan Kumpulan AmBank bagi tahun kewangan 2013 dan bagi tahun kewangan 2012 pula ianya menunjukkan lebihan RM9,000 perbezaan tahun tersebut yang lebih baik bersifat tahun kewangannya. 

Manakala bagi bayaran cukai perniagaan Kumpulan AmBank pula bagi tahun 2012 ialah RM499 juta berbanding 2013 sebanyak RM484.7 juta yang jelas menunjukkan pencapaian kewangan pada 2012 adalah lebih baik walaupun terdapat pendeposit wang yang besar pada 2013. 

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013, Barisan Nasional (BN) di bawah Najib memenangi 133 kerusi parlimen daripada 222 kerusi keseluruhannya dan selebihnya dimenangi Pakatan Rakyat (PR) sebanyak 89 kerusi parlimen. 

Umum mengetahui timbalan presiden Umno yang juga merangkap timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pengerusi pengurusan Pentadbiran Umno yang juga sering diberikan tugas sebagai pengarah pilihan raya kecil beberapa kali. 

Manakala bendahari agung Umno yang juga bendahari BN adalah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan beliau juga adalah menteri kewangan kedua di mana bosnya adalah Najib yang boleh menjawab isu dana pilihan raya serta isu derma yang panas tersebut. 

Jika kembali kepada sejarah berkaitan tokoh politik dengan skandal kewangannya, pada 11 April 1998 ianya berlaku terhadap Tan Sri Muhammad Taib, bekas menteri besar Selangor yang terpaksa meletak jawatan selepas Mahkamah Majistret Brisbane, Australia memutuskannya bersalah. 

Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland, membawa keluar wang tunai sebanyak RM2.4 juta ke Australia dalam bentuk ringgit Singapura, 

Malaysia dan New Zealand. Beliau didakwa di bawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia, perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 yang bertujuan membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. 

Malaysia memperkenalkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) di dalam usaha mencegah "kuasa ketiga" menentukan suasana dan keadaan dalam negara kita dengan kewangan yang disalurkan. 

Bank Negara Malaysia bertanggungjawab meminda Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan untuk memperkukuh lagi sistem kewangan dalam negara kita yang diperkenalkan pada Oktober 2013 lalu. 

Pelaburan wang haram dalam undang-undang AS adalah amalan melibatkan urusan kewangan untuk menyembunyikan pengenalan, sumber, atau destinasi wang yang diperoleh secara haram yang diberikan kepada pihak yang ketiga. 

Dalam undang-undang United Kingdom, takrifan common law tentang harta milik dalam bentuk yang sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya hasil jenayah yang akan menyamarkan fakta harta milik itu adalah hasil jenayah atau mengaburkan kepemilikan bermanfaatan harta milik itu. Istilah "pelaburan wang haram" digunakan hanya pada urusan kewangan berkaitan jenayah terancang, kini takrifannya diperluas kepada mana-mana urusan kewangan yang menghasilkan aset atau suatu nilai disebabkan tindakan haram, yang mungkin melibatkan tindakan seperti pengelakan cukai atau perakaunan palsu. 

Hasil kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM129 bilion, bagi tahun 2014 pula sebanyak RM133.7 bilion berjaya dikutip dan sebanyak RM124.87 bilion pada 2012 yang menunjukkan peningkatan setiap tahun, adakah termasuk cukai RM2.6 bilion tersebut? 

Individu yang diketagorikan dikenakan bayaran cukai, LHDN memperuntukkan Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menetapkan kesalahan, denda dan penalti kepada mereka yang disenaraikan. Kerajaan Malaysia menubuhkan Pasukan penyiasat khas terdiri daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. 

Rakyat Malaysia adalah "hakim terakhir" untuk memutuskan kisah Najib berdasarkan hujah-hujah pelbagai pihak yang menjadi peguam rakyat dengan tujuan untuk menyelamatkan Malaysia daripada "dakwaan dan kesalahan" yang perlu dijatuhkan hukuman. * Penulis adalah Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar). 


Posted by mountdweller

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BAHAGIAN II - KEBEBASAN ASASI

Posted: 28 Aug 2015 05:00 AM PDT

MaCai-MaCai (MCMC) - Takut kebenaran? Memang jelas! — Dennis Prem Kumar

Posted: 28 Aug 2015 04:30 AM PDT

PANAS - Sultan Johor Beri Amran Keras Kepada 2 Orang Ahli Politik Umno

Posted: 28 Aug 2015 04:04 AM PDT




Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik Umno.

Baginda "menasihatkan" ahli politik, khususnya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.

Sultan Ibrahim juga memberi amaran keras kepada menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini memberi amaran untuk "membelasah" Tengku Mahkota Johor (TMJ) jika baginda campur tangan dalam politik.

"Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap, dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila; dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak "whack" anakanda saya (TMJ).

"Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati? Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".

Pertelingkahan Nazri dan TMJ tercetus selepas anakanda sultan Johor memperli kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ke majlis dialog terus terang #Nothing2Hide berkaitan isu 1MDB di Kuala Lumpur.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di ibu pejabat polis kontinjen Johor.

Petikan ucapan itu dimuat naik ke Facebook rasmi pasukan bola sepak negeri Johor Southern Tigers.

Sementara itu, dalam ucapan sama, baginda juga bertitah tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik.

Titah baginda, walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa, baginda hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu.

"Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor," titah baginda.

Timbalan Muhyiddin Yassin sebelum ini mengadap baginda selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, yang dispekulasikan beliau mendapat dukungan istana.


- mkini