ZAKRI ALI |
- PR tak dibatal, Jessica mahu terus kehidupan dengan tenang
- Tanggungjawab polis dan keselamatan melindungi perhimpunan Bersih 4 – Rafizi Ramli
- Rupanya Ini Yang Ditakutkan Pemimpin BN Pasal BERSIH 4..
- Mereka Ini dari Awal Sudah Tahu Akan Kecelakaan Pemimpin2 UMNO !
- TMB Kelantan Datuk Nik Mohd Amar mengaku beli Range Rover
- 'Dunia tahu siapa Najib yang sebenar'
- Sakit jantung, mahkamah tangguh penghakiman Khir Hafiz Yatim
- Pembangkang tawar bantu singkir Najib, bebas Anwar
- VIDEO - Gerakan Harapan Baru: Politik Islam Progresif.
- VIDEO - Rafizi Ramli: Only Take 1 Small Push, Najib May Occupy The Cell Where Anwar Is Today
- Bekas duta AS ramal Najib 'game over' lepas BERSIH 4
- BERSIH 4: Tentera campur tangan jika darurat
- Salleh: Hayati pengertian sebenar Hari Kebangsaan
- Kadir Jasin: Protes jalanan tak boleh jatuhkan Najib - Zulaikha Zulkifli
- BERSIH 4 referendum rakyat, kata bekas timbalan menteri - Zulaikha Zulkifli
PR tak dibatal, Jessica mahu terus kehidupan dengan tenang Posted: 27 Aug 2015 06:30 PM PDT Jessica Gurmeet Kaur, pegawai yang dipecat daripada Pejabat Peguam Negara di tengah-tengah skandal 1MDB, bersyukur kerana dapatkan mengekalkan statusnya sebagai penduduk tetap Malaysia. Beliau amat berterima kasih kepada Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim yang mengesahkan statusnya penduduk tetap, tidak dibatalkan. Jessica menyatakan demikian dalam satu kenyataan melalui peguamnya petang ini. Jessica juga turut mengucapkan terima kasih kepada peguamnya atas usaha gigih mereka. Beliau juga meminta pihak media menghormati privasinya supaya dia boleh meneruskan kehidupan tenang. Jessica, seorang warganegara Singapura, yang berkahwin dengan rakyat Malaysia, telah berkhidmat sebagai ketua pentadbiran dan kewangan untuk urus setia pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB. Pasukan petugas itu menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam deposit ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Jessica ditahan tiga hari selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail digantikan dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali - bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang bersara yang dilihat sebagai sekutu perdana menteri. Jessica kemudiannya dipecat dan Apandi membubarkan pasukan petugas khas itu. Peguam Jessica telah melahirkan kebimbangan bahawa Putrajaya juga cenderung untuk membatalkan statusnya sebagai penduduk tetap dan berkata Jessica akan memfailkan "afidavit yang meletup" berhubung situasi yang membawa kepada pemecatannya. Pada hari Selasa, Jabatan Imigresen berkata ia tidak akan membatalkan status penduduk tetap Jessica . Jessica diwakili peguam Lim Chee Wee , Khoo Guan Huat, Preetha Pillai , Shan Kanesalingam dan Nimalan Devaraja. |
Tanggungjawab polis dan keselamatan melindungi perhimpunan Bersih 4 – Rafizi Ramli Posted: 27 Aug 2015 06:00 PM PDT Saya kecewa dengan kenyataan-kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad yang baru yang seolah-olah mahu menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih 4. Kenyataan beliau yang dipetik media turut menyebut tentang kewujudan anasir yang kononnya ingin menimbulkan huru-hara. Hari ini juga, saya terkejut dengan kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan menyekat laman-laman yang mempromosikan Bersih 4. Ini ditambah pula dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin yang menyebut bagaimana pihak tentera akan mengambil alih sekiranya kerajaan mengumumkan darurat. Tindakan dan kenyataan-kenyataan ini adalah keterlaluan dan tidak membantu memastikan satu perhimpunan rakyat yang aman sedangkan Bersih 4 adalah satu perhimpunan yang menepati hak rakyat seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah, keputusan mahkamah dengan jelas menegaskan berkali-kali perhimpunan Bersih adalah sah di sisi undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan. Kerana itu, saya menyeru supaya pihak berkuasa baik Kementerian Dalam Negeri, SKMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya bertenang dan tidak membuat kenyataan atau tindakan yang boleh mengganggu kelancaran Perhimpunan Bersih 4. Pengalaman sebelum ini dari perhimpunan Bersih yang pertama hingga Bersih 3 menunjukkan ratusan ribu rakyat akan tetap turun ke jalan raya di sekitar Kuala Lumpur untuk melahirkan pandangan mereka selaras dengan hak mereka di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak kira apa tindakan atau sekatan yang diambil pihak berkuasa. Demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan peserta Perhimpunan Bersih 4 yang turun mengikut peruntukan undang-undang, lebih baik sekiranya pihak berkuasa mengambil langkah membantu kelancaran perhimpunan ini. Kenyataan atau tindakan yang cuba menyekat rakyat dari turun tidak akan berkesan dan hanya menimbulkan ketegangan yang tidak diperlukan dalam keadaan rakyat sudah matang mengenai hak mereka berhimpun secara aman. Saya juga ingin mengingatkan setiap anggota polis dan keselamatan yang bertugas sepanjang Perhimpunan Bersih 4 ini bahawa kami berhimpun demi memperjuangkan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka juga: 1. Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka tidak perlu dibebankan dengan cukai GST dan tekanan ekonomi yang mendesak kehidupan mereka. 2. Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka dapat hidup dalam sebuah negara yang menghormati undang-undang. 3. Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka berkerajaankan pimpinan yang tidak makan rasuah dan menyeleweng wang rakyat. Saya yakin sahabat-sahabat dari kalangan anggota polis dan keselamatan akan bertindak profesional sepanjang perhimpunan Bersih 4 untuk melindungi keselamatan dan hak peserta seperti amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. – sumber |
Rupanya Ini Yang Ditakutkan Pemimpin BN Pasal BERSIH 4.. Posted: 27 Aug 2015 05:30 PM PDT Pelbagai analisis sudah dibuat tentang Bersih 4 ini. Ada yang berpendapat harus dan ada pula yang berpendapat bahawa Bersih 4 ini hanyalah sekadar satu gimik politik pembangkang dalam terus mengukuhkan cengkaman survival politik mereka di negara ini. Namun persoalannya, siapa yang sebenarnya memberikan 'nyawa' kepada Bersih 4 ini untuk kembali bangkit dalam arena politik negara? Andaikata isu-isu berat seperti 1MDB mahupun isu dana politik ini diadili sewajarnya oleh Perdana Menteri serta pasukannya maka hari ini Bersih hanyalah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Dalam erti kata lain, Barisan Nasional yang sebenarnya membuka ruang kepada kumpulan ini untuk mengambil kesempatan dengan segala kekusutan politik saat ini. Haruskah Kerajaan Tegas pada Bersih 4? Benarkah Bersih 4 ini bakal membawa harapan baru kepada rakyat negara ini serta menjadi satu platform rakyat untuk sampaikan mesej meminta Perdana Menteri berundur. Atau Bersih 4 ini hanyalah sekadar satu hiburan hujung minggu semata-mata? Realitinya, segala permasalahan hari ini dalam politik negara adalah berpunca daripada ketidakcekapan pemerintah dalam menafi serta melawan pelbagai persepsi dan spekulasi negatif yang melibatkan kredibiliti Perdana Menteri. Ini ditambah pula dengan serangan demi serangan oleh media antarabangsa yang gagal ditangkis oleh media tempatan pro pemerintah. Maka ketika rakyat memerlukan satu platform untuk melepaskan kekecewaan terhadap ketidakupayaan pemerintah dalam berdepan isu-isu politik ini lalu muncullah Bersih 4 ini bak wira yang kononnya menggalas suara 30.9 juta rakyat Malaysia. Adalah sia-sia andaikata kerajaan cuba untuk mengekang kumpulan ini daripada berhimpun kerana hakikatnya persepsi kononnya kerajaan bersifat autokratik dan menindas suara rakyat Malaysia daripada berhimpun secara aman akan dimainkan dan diviralkan dalam media sosial. Soalnya, jika Bersih 4 ini berhimpun sekalipun apa manfaat kepada negara? Bersih, dimana Bersihnya? Apa sebenarnya yang telah tercapai dan dicapai sejak penganjuran Bersih 1 hinggalah kepada Bersih 3? Harus diakui bahawa kesemuanya gagal sama sekali memberikan momentum kepada politik negara. Tiada sebarang pembaharuan dalam politik pemerintah. Apa lagi yang dapat diwar-warkan sebagai pencapaian terbaik kumpulan pro Bersih 4 ini selain daripada perhimpunan ini dijadikan medan ceramah oleh politikus pembangkang yang kemudiannya bertukar ganas dengan pergaduhan antara para peserta demonstrasi dan pihak berkuasa. Malah, ada pandangan sinis pula menyimpulkan Bersih 4 ini lebih bertumpu kepada strategi menjual cenderamata seperti tshirt berbanding benar-benar gerakkan rakyat marhaen untuk melakukan revolusi menumbangkan kerajaan. Di Malaysia, sebelum berevolusi, harus menjual dan mempromosikan cenderamata Bersih terlebih dahulu serta keuntungan diutamakan berbanding objektif perhimpunan itu sendiri. Hakikatnya, Bersih secara langsung bukannya tentang revolusi rakyat marhaen tetapi menjadi medan memperalat kuasa membeli rakyat. Apa Harapan Rakyat? Apakah rakyat masih ada harapan di negara ini sedangkan kerajaan semacam lembap dalam mendengar suara rakyat sementara pembangkang pula berpura-pura mendengar suara rakyat sedangkan hakikatnya tidak sebegitu. Pembangkang perlukan kuasa. Bersih 4 perlukan sokongan rakyat. Maka hubungan Bersih 4 dan pembangkang ini umpama simbiosis. Atau dalam kata lain, 'I jaga you, you jaga I.' Terimalah kenyataan bahawa revolusi tidak mungkin sama sekali akan berlaku dinegara ini kerana walau apa jua terjadi sekalipun, selepas himpunan bersih 4 ini, rakyat marhaen harus kembali bekerja dan mengharungi rutin harian seperti biasa sementara kerajaan akan tetap berfungsi tanpa apa-apa perubahan dalam konteks kepimpinan. Dan yang paling penting, Barisan Nasional akan terus berkubu di Putrajaya. Inilah realiti politik di Malaysia. Raziq Michael adalah pembaca FMT |
Mereka Ini dari Awal Sudah Tahu Akan Kecelakaan Pemimpin2 UMNO ! Posted: 27 Aug 2015 05:00 PM PDT |
Posted: 27 Aug 2015 04:30 PM PDT Walaupun saya tidak bersetuju dalam beberapa hal dengan MD dan Ex Ketua Pengarang Akhbar The Star Datuk Wong Chun Wai tetapi hari ini saya angkat tabik hormat kepadanya. Star sedapat mungkin dalam keadaan yang amat tertekan membuktikan dirinya sebagai akhbar berani bersuara untuk rakyat, moderate dalam artikata tidak extreme dalam hendak menyembunyikan fakta dalam keadaan rakyat dahagakannya . Hari ini The Star menyiarkan pembelaan seorang bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor terhadap seorang bekas pegawainya yang bagitu setia dan dedikasi,bijak dan pengalaman yang amat berguna yang telah dipindahkan dengan mengejut ke Jabatan Perdana Menteri. Ada pihak yang mengatakan bahawa PM Najib tidak terlibat dengan pertukaran ini. Mereka hinakan rakyat dengan anggapan berada di darjah satu. Bolehkah kita percaya bahawa PM tidak tahu menahu mengenai kedudukan tenaga-tenaga penting dalam Polis Diraja Malaysia .? Adakah beliau tidak diberitahu dan beliau tidak mengambil tahu mengenai perubahan penting yang akan dilakukan dalam Jabatan Polis Diraja Malaysia? Jika demikian maka apakah beliau seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab? Saya berharap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin,Menteri Besar Johor, Menteri Besar Kedah,Ketua Menteri dan lain lain Menteri Besar bacalah dengan teliti interviu Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dengan akhbar The Star muka 6 hari ini. Walaupun berita ini dikecilkan tetapi sangat besar artinya kepada keselamatan negara. Adalah sejawarnya malah wajib bagi seorang Ketua Pemuda UMNO tidak memikirkan kepentingan dirinya sahaja,beranilah menemui Bekas Timbalan Pengarah SB Datuk Abdul Hamid yang merasa dirinya terinanya supaya Pemuda UMNO seluruhnya mendapat gambaran sebenar. Janganlah kerana takut pada Najib,tidak pula mahu menemuinya. Temuilah beliau dan juga Tan Sri Rahim Noor demi kepentingan UMNO,demi keselematan bangsa dan negara. Janganlah memikirkan kepentingan masa depan yang tidak pasti. Di bawah ini adalah sebahagian dari terjemahan Berita TRANSFER OF ABDUL HAMID WORRYING,SAYS FORMER IGP di muka 6 The Star hari ini: Petaling Jaya: Keadaan sekitaran mengenai pertukaran Timbalan Pengarah Bahagian Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid adalah "amat membimbangkan,"kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor. Katanya, telah pun timbul kebimbangan apabila Ketua Bahagian Khas DCP Datuk Akhil Bulat telah digantikan pada Julai lalu, beberapa minggu sebelum kontraknya tamat. " Nombor Satu sudah tidak lagi disana dan sekarang No Dua juga sedang dipindahkan " Sesiapa juga yang berfikiran waras akan tahu untuk kesinambungan,adalah lebih baik tidak ditukar dua orang tertinggi dengan serentak" katanya. Rahim menyatakan bahawa beliau tidak memihak tetapi merasa terpaksa untuk menyuarakan perasaan tidak puas hatinya diatas cara pemindahan itu dilakukan. DCP Abdul Hamid telah bekerja di bawah Rahim ketika dia menjadi Pengarah Bahagian Khas hampir empat tahun(1986-1989). Menurut Rahim "Dia adalah sangat pintar dan dedikasi. Dia benar-benar seorang pegawai yang bijak( intelligence officer through and through).Itu adalah dalam darahanya. " Sebagai seorang ketua , saya tidak pernah mempunyai prasangka terhadapnya,Kepentingan keselamatan dan negara adalah yang paling utama baginya. " Dedikasinya adalah kepada SB. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjamin integriti,imej dan keagungan SB" Rahim berkata bagi pihak dirinya dia sangat bersimpati dengan DCP Abdul Hamid. " Ini seolah-olah ada suatu gerakan untuk menutup mulut siapa juga yang menentang kepentingan pihak tertentu dalam isu 1MDB". Rahim juga memuji DCP Abdul Hamid kerana sanggup mendedahkan kepada umum mengenai pertukarannya. " Bahawa dia sanggup membuat kenyataan semasa dia masih dalam kerajaan menunjukan keperibadiannya yang sebenar. Itulah orangnya. " Dia berani kerana dia percaya dia benar" kata Rahim sambil menambah Kebenaran mesti dipertahankan mengenai 1MDB". (Kredit to: zamkata.blogspot.com) |
TMB Kelantan Datuk Nik Mohd Amar mengaku beli Range Rover Posted: 27 Aug 2015 12:21 PM PDT HOT DI KELANTAN - MB BINA BANGLO RM2 JUTA, TMB BELI KERETA MEWAHKUALA LUMPUR: Setelah tersebar di media sosial dakwaan memiliki beberapa kenderaan mewah, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan pacuan empat roda Range Rover bernilai RM200,000. Harakahdaily melaporkan naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand). "Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baharu sekitar RM300,000," katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu. Namun Harakahdaily tidak melaporkan sama ada pendapatan Mohd Amar selaku timbalan menteri besar melayakkan beliau memiliki beberapa buah kereta mewah seperti yang tersebar di media sosial. Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pula didakwa membina lima rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta. "Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut. Ia tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta," katanya. Katanya, dakwaan itu tidak bertanggungjawab dan merupakan fitnah berat terhadap menteri besar memandangkan perkara itu tidak wujud. "Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Hakikatnya, beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat). "Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi menteri besar dan memulangkan kembali elaun yang sepatut diperolehnya kepada kerajaan negeri," katanya. - astroawani |
'Dunia tahu siapa Najib yang sebenar' Posted: 27 Aug 2015 05:15 AM PDT Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott berkata, masyarakat dunia kini sudahpun dapat wajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Malott berkata, imej Najib di persada antarabangsa – yang digilap oleh agensi perhubungan raya dengan kos sehingga jutaan ringgit – amat berbeza dengan wajah "korup" perdana menteri itu di ceruk rantau ini. "Hari ini, (hasil laporan) akhbar dan majalah berprestij dunia, seluruh dunia tahu siapa Najib yang sebenar," katanya dalam tulisan rencana disiarkan Malaysiakini hari ini. Malott seterusnya membangkitkan mengenai kekangan kebebasan di bawah pentadbiran Najib, termasuk kekasaran polis ke atas peserta demonstrasi BERSIH dan penahanan ahli politik serta aktivis bawah Akta Hasutan. "Dialah Najib yang korup, orang yang mengatur pembelian kapal selam Scorpene yang terlalu mahal, walau tidak berfungsi. "Dan terbaru (dialah) orang di belakang 1MDB dan jutaan ringgit yang hilang. Dialah Najib yang menerima AS$700 juta dalam akaun bank peribadinya. "Dialah Najib, yang mana beg tangan Birkin dan rantai leher zamrud jutaan dollar isterinya menjadi bahan pendedahan tiga halaman dalam The New York Times," kata Mallot. Malott memerhatikan bahawa Najib sering bercakap mengenai Global Movement of Moderates, reformasi ekonomi Malaysia dan usaha untuk mengubah Malaysia untuk menjadi model dunia. "(Itu adalah) Najib yang palsu, Najib internasional, Najib yang bercakap muluk-muluk di luar negara. "Najib itu disokong oleh jutaan dolar dalam bentuk yuran perhubungan raya. (Najib) malah berjaya mengecek presiden Amerika Syarikat untuk bermain golf, Krismas lalu," tulis Malott. Tambahnya, Najib pasti akan menggunakan kaedah sama pada hujung minggu ini melalui kekerasan polis untuk menyuraikan perhimpunan aman BERSIH 4. "Najib akan gunakan gas pemedih mata, air kimia dan belantan polis untuk mengekalkan kekuasaannya. "Seluruh dunia akan melihat dan akhirnya sedar siapakan (Najib) yang sebenar. "Dan Najib akan berakhir." |
Sakit jantung, mahkamah tangguh penghakiman Khir Hafiz Yatim Posted: 27 Aug 2015 04:30 AM PDT Ini berikutan Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan penangguhan yang diminta oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah berikutan Khir sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara. Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan penangguhan itu walaupun mahkamah sedia untuk menyampaikan penghakimannya. Shafee berkata, beliau bimbang jika keputusan tidak berpihak kepada mereka, hak Khir untuk didengar dalam mitigasi (rayuan sebelum hukuman dijatuhkan) akan tidak ada. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud membantah dengan berkata keputusan boleh dibuat seperti dalam kes duluan, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Hakim-hakim lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma'arop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali. Khir dirawat semalam kerana disyaki serangan sakit jantung. Shafee berkata, Khir akan menjalani prosedur angiogram di IJN pada kira-kira jam 5 petang ini berikutan denyutan jantung anak guamnya yang tidak teratur. "Khir dijangka dimasukkan ke wad untuk beberapa hari di IJN dan kita tidak tahu berapa lama beliau akan berada di sana," katanya. |
Pembangkang tawar bantu singkir Najib, bebas Anwar Posted: 27 Aug 2015 03:45 AM PDT Pembangkang menawarkan bantuan kepada MP BN untuk memperolehi majoriti baru bagi menyingkirkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan menukar kepada pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara. Perkara ini merupakan satu daripada beberapa syarat yang ditetapkan pembangkang dalam kenyataan oleh DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru. "Ahli-ahli parlimen dari DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru bersedia membincang mengenai cadangan-cadangan dari ahli-ahli palimen Barisan Nasional untuk membentuk suatu majoriti baru untuk menggantikan kerajaan Datuk Seri Najib Razak dengan pembaharuan politik sebagai agenda utama kerajaan baru berkenaan. "Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua tahanan politik yang lain harus menjadi tugas pertama majoriti baru ini. Semua penganiayaan politik harus dibatalkan," kata mereka. Tawaran itu diputuskan selepas pertemuan antara anggota parlimen ketiga-tiga wakil parti itu di parlimen semalam. Kumpulan MP itu turut memutuskan dua lagi perkara, menyokong perhimpunan aman BERSIH 4 hujung minggu ini dan akan menyertai Majlis Perundingan Kebangsaan mengenai pembiayaan politik. Bagaimanapun, mereka bersedia menyertai majlis itu jika isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam bank peribadi oleh suatu pihak asing ditangani dahulu. Selain itu, kata mereka, skop majlis diperluaskan kepada pembaharuan pilih raya dan kebebasan diberikan kepada SPRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kenyataan itu dipersetujui oleh Lim Kit Siang, Loke Siew Fook, Teresa Kok, Liew Chin Tong dan Teo Kok Seong dari DAP. Rafizi Ramli, Datuk Johari Abdul, Wong Chen, Sim Tze Tzin dan S Manikavasagam dari DAP. Manakala Gerakan Harapan Baru diwakili Kamaruddin Jaafar, Dr Hatta Ramli dan Khalid Samad. |
VIDEO - Gerakan Harapan Baru: Politik Islam Progresif. Posted: 27 Aug 2015 03:00 AM PDT |
VIDEO - Rafizi Ramli: Only Take 1 Small Push, Najib May Occupy The Cell Where Anwar Is Today Posted: 27 Aug 2015 02:15 AM PDT |
Bekas duta AS ramal Najib 'game over' lepas BERSIH 4 Posted: 27 Aug 2015 01:45 AM PDT Malott menjangkakan polis akan bertindak keras menangani protes yang diyakininya bakal dihadiri puluhan ribu orang. "Sudah pasti Najib, individu yang berdiri dengan tebal muka di forum-forum antarabangsa dan mengistirahatkan dirinya reformis dan liberal, akan menghantar pasukan polis menyuraikan perhimpunan itu. "Najib akan gunakan gas pemedih mata, air kimia dan cota polis untuk memastikan kelangsungan pemerintahannya. Seluruh dunia akan memerhati – dan akhirnya akan sedar lelaki jenis apakah beliau ini. "Ini benar-benar game over untuk Najib," katanya. Ia dilihat bakal memberi kesan besar kepada kewibawaan perdana menteri yang sedang berdepan isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya, kontroversi 1MDB dan kejatuhan teruk nilai ringgit. |
BERSIH 4: Tentera campur tangan jika darurat Posted: 27 Aug 2015 01:33 AM PDT Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya akan campur tangan dalam perhimpunan BERSIH 4 jika kerajaan mengisytiharkan darurat, kata panglimanya Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Zulkifeli berkata ATM setakat ini tidak terlibat menghalang perhimpunan itu daripada diteruskan kerana keadaan masih belum memerlukan tindakan itu diambil, lapor The Star Online. "ATM hanya akan campur tangan dalam perhimpunan itu jika kerajaan isytihar darurat. "Jika keadaan dikategorikan sebagai ancaman kepada ketenteraman awam, kami akan ambil peranan polis untuk membendung keadaan," beliau dipetik sebagai berkata dalam sidang media di Kementerian Pertahanan hari ini. Polis sekarang memulakan siasatan terhadap kumpulan anti-BERSIH yang berkata akan berlatih dengan menggunakan parang untuk mempertahankan diri. BERSIH 4 akan berlangsung 34 jam bermula Sabtu ini di tiga kota besar, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching. Ia berlangsung ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berdepan isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya, kontroversi 1MDB serta kejatuhan teruk nilai ringgit. Malaysiakini Dia tak baca PERLEMBAGAAN MALAYSIA |
Salleh: Hayati pengertian sebenar Hari Kebangsaan Posted: 27 Aug 2015 12:30 AM PDT Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak menyeru rakyat Malaysia supaya menghayati pengertian sebenar Hari Kebangsaan, iaitu mengenai semangat cintakan negara dan bukannya tentang sama ada seseorang itu menyokong kerajaan atau pembangkang. Beliau berkata rakyat Malaysia perlu bersatu atas semangat perpaduan walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan fahaman politik. "Kita mungkin tidak sependapat dalam politik tetapi di situlah percanggahan pendapat kita harus berakhir. Kita tidak harus melebarkan lagi jurang perselisihan dan mewujudkan dua kelompok rakyat Malaysia. "Kita kata kita rakyat Malaysia. Kita kata kita setia kepada negara kita. Kita kata kita sedia berkorban untuk negara. Tetapi kita tidak bersedia untuk mengorbankan perbezaan politik hanya untuk sehari demi bersama-sama sebagai rakyat Malaysia yang bersatu," kata Mohd Salleh menerusi catatannya dalam laman blognya sskeruak.blogspot.com semalam. Menurutnya dalam sukan, rakyat Malaysia nampaknya boleh mengenepikan perbezaan etnik atas nama nasionalisme dan dapat mendukung semangat Malaysia, dan ia adalah semangat sama yang didukung bagi menyambut Hari Kebangsaan. "Kita dapat bersatu sebagai rakyat Malaysia dan tidak berpecah menerusi sambutan berasingan mengikut agama, bangsa atau kecenderungan politik. "Tetapi, malangnya sekarang keadaan telah berubah. Boleh tak hanya untuk sehari, kita ketepikan perbezaan politik dan bersatu sebagai rakyat Malaysia?,"soal beliau. Sehubungan itu, Mohd Salleh menyeru rakyat supaya mengembalikan semangat Hari Kebangsaan seperti sebelum ini, dan tidak menjadikan sambutan itu sebagai platform politik. Ini kerana sambutan Hari Kebangsaan berkisar kepada semangat cintakan negara dan bukannya membenci satu sama lain hanya kerana perbezaan politik, jelas beliau. Bernama |
Kadir Jasin: Protes jalanan tak boleh jatuhkan Najib - Zulaikha Zulkifli Posted: 27 Aug 2015 12:00 AM PDT Tokoh Wartawan Datuk A Kadir Jasin berpendapat, sekiranya perhimpunan BERSIH 4 bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, perkara itu tidak mungkin akan berlaku dalam waktu yang terdekat. Beliau berkata, tindakan mengadakan protes di jalanan juga tidak akan mengubah kedudukan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara. "Kalau tujuan (perhimpunan) BERSIH harap untuk menjatuhkan Najib, ia tidak akan berlaku. Tunjuk perasaan, protes jalanan tidak akan mengubah Najib. Beliau tidak akan berhenti walaupun kita berpanas, berjemur, berpeluh menunjuk perasaan," katanya. Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk '1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat' anjuran Malaysiakini malam tadi. Panelis lain diforum itu ialah bekas timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, bekas timbalan menteri belia dan sukan, Gan Ping Sieu serta Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah. Selain itu, dengan nada sinis, bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu berkata, tidak pernah dalam sejarah negara ini di mana seorang perdana menteri masih lagi kekal berkuasa walaupun telah dihina. "Tak ada perdana menteri dalam sejarah Malaysia dihina sedemikian rupa tapi masih kekal berkuasa. Jawapannya sangat mudah. Dia (Najib) ada seorang perdana menteri yang sangat eksklusif. "Dia mungkin beritahu anda bahawa dia adalah seorang yang sederhana dan inklusif tetapi sebenarnya tidak. Di dalam hati kecilnya, beliau sangat eksklusif dalam kelompoknya," kata Kadir lagi. Malah, Kadir berkata, Najib yang juga presiden Umno, dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak memerlukan rakyatnya. Justeru itu, sama ada protes rakyat mahupun melalui Dewan Rakyat untuk menjatuhkan Najib, perkara itu dilihat sukar untuk dilakukan, kata Kadir. "Kita kini berdepan dengan perdana menteri yang tak perlukan kita semua, (dan) yang hadiri (perhimpunan) BERSIH. Dia tak perlu kita pun. Jadi, secara kesimpulannya, sama ada protes rakyat atau Dewan Rakyat tidak akan boleh menjatuhkan dia. "Dia sangat yakin dan ini boleh menunjukkan bahawa tidak akan ada undi tak percaya terhadapnya. Jadi, saya melihat apa yang berlaku tak ada kemungkinan untuk Najib berundur. Beliau akan kekal jadi perdana menteri sehingga pilihan raya akan datang. "Saya rasa, beliau tahu kalau dia pergi sekarang, banyak masalah akan menimpa beliau. Kuasa, walau sedikit, ada kuasa adalah lebih berguna daripada tak ada kuasa," kata Kadir lagi. |
BERSIH 4 referendum rakyat, kata bekas timbalan menteri - Zulaikha Zulkifli Posted: 26 Aug 2015 11:30 PM PDT Bekas timbalan menteri belia dan sukan Gan Ping Sieu berkata, perhimpunan BERSIH 4 akan menjadi referendum suara rakyat berhubung isu-isu yang berlaku di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Malah, bekas naib presiden MCA itu berkata, kehadiran orang ramai pada perhimpunan yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini juga adalah bertujuan bagi melahirkan rasa marah dan kecewa yang dihadapi rakyat berhubung pelbagai krisis yang melanda negara. "Bagi saya BERSIH 4 adalah referendum rakyat tentang keadaan semasa di bawah pemerintahan Najib. Dan orang yang menghadiri BERSIH kerana satu sebab yang mudah iaitu mereka marah, kecewa dengan krisis yang dihadapi. "Kita kena menegaskan bahawa perhimpunan ini ialah satu perhimpunan yang aman dan untuk menikmati Perlembagaan yang ada iaitu tentang hak untuk bersuara melalui aktiviti yang dianjurkan oleh BERSIH," katanya. Beliau berkata demikian dalam forum anjuran Malaysiakini yang bertajuk '1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat'. Antara panelis lain dalam forum itu ialah tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin, bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah serta Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah. Sementara itu, seorang lagi ahli panel Saifuddin pula berpandangan BERSIH 4 dilihat sebagai satu perhimpunan rakyat yang wajar disertai oleh semua parti politik terutamanya Umno. Menurutnya, Umno perlu menjadi sebuah parti politik yang lebih komprehensif bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14. "BERSIH 4 sebahagian daripada proses demokrasi matang dan progresif. Jadi ia harus disokong oleh semua parti politik termasuk Umno dan BN . "Umno perlu jadi parti politik yang lebih kompetitif kerana pilihan raya akan datang akan lebih kompleks. "Umno tak boleh ke pilihan raya ke-14 dengan paradigma lama. Mesti pergi dengan perjuangan yang ditambah dengan satu harapan dan wacana baru," katanya lagi. Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |