Rabu, 26 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Amaran IGP pada 'baju merah' terhadap ugutan jenayah

Posted: 26 Aug 2015 11:00 PM PDT


Amaran IGP pada 'baju merah' terhadap ugutan jenayahKetua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan amaran keras kepada semua pihak agar tidak menggalakkan keganasan, dan ini termasuk kumpulan anti-BERSIH.

"Walaupun kita telah mengisytiharkan perhimpunan BERSIH sebagai haram, kita tidak akan bertolak ansur dengan tindakan ugutan jenayah oleh sesiapa sahaja terhadap mereka yang mengambil bahagian," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa kumpulan anti-BERSIH akan berlatih dengan parang dan pedang sebagai persediaan berikutan perhimpunan BERSIH 4 yang dijadualkan hujung minggu ini.

Pemimpin kumpulan itu, ketua bahagian Umno, Jamal MD Yunos berkata latihan itu adalah untuk mempertahankan diri dan bukan untuk mencetuskan keganasan.

Bagaimanapun, Khalid berkata perbuatan itu boleh ditafsirkan sebagai ugutan jenayah dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berkumpul di jalan-jalan dengan senjata.

"Mengapa berlatih dengan pedang jika anda tidak berniat untuk membawanya pada hari itu? Jika itu berlaku, maka pihak polis akan menangkap mereka yang didapati memiliki senjata.



"Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kumpulan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

Khalid juga mengulangi amaran polis kepada orang ramai untuk mengelakkan perhimpunan BERSIH dan perhimpunan yang dirancang oleh kumpulan yang lain.

Jamal bercadang untuk menggerakkan 30,000 orang untuk berdepan dengan perhimpunan semalaman BERSIH, yang antara lain untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdu Razak.

Dengan memakai kameja-T merah, kumpulan anti-BERSIH merancang untuk berkumpul di Low Yat Plaza.
Semalam, kumpulan itu mempersembahkan seni mempertahankan diri di luar pusat beli-belah Sogo, di mana peserta memecahkan jubin dan kayu. - M'kini


Sanusi Junid: Pemimpin Umno yang bangsat

Posted: 26 Aug 2015 10:30 PM PDT


Sanusi Junid: Pemimpin Umno yang bangsatPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengejutkan masyarakat apabila berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

Bagaimanapun veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid berkata bangsa Melayu tidak bangsat sebaliknya pemimpin yang menjadikan Umno kalah adalah bangsat.

"Orang yang menyebabkan Umno itu kalah, adalah punca yang harus dicari sebagai penyebab kepada bangsat.

"Saya rasa bukan bangsa Melayu yang bangsat, pemimpin yang menyebabkan Umno kalah adalah pemimpin yang bangsat," katanya dalam sesi wawancara di Youtube.

Ia dimuat naik oleh pengguna Internet yang menggunakan nama "Din Turtle".

Tanpa menamakan mana-mana individu, Sanusi berkata ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad, Umno tidak mengalami kekalahan.

"Umno BN pada waktu itu dapat dua per tiga majoriti bermakna waktu itu tak bangsat. Sekarang ini ancaman Melayu itu bangsat kalau Umno itu kalah," katanya.

'Kencing' dan 'bangsat' sama taraf

Sanusi berkata "bangsat" adalah sama taraf seperti perkataan "kencing" yang dilontarkan oleh perwakilan Wanita Bahagian Langkawi Anina Saaduddin sebelum ini.

Dalam ucapan keras dan bernada tinggi Anina berkata tiga juta anggota Umno kini menjadi mangsa "kencing" Najib mengenai dana derma bernilai RM2.6 bilion.

"Jadi kencing dengan bangsat ini saya rasa dah sama taraf dah dia punya degree penggunaan bahasa yang cukup tinggilah," katanya.

Jangan sampai Malaysia jadi negara gagal, kata Muhyiddin

Posted: 26 Aug 2015 10:00 PM PDT


Jangan sampai Malaysia jadi negara gagal, kata MuhyiddinTimbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada ahli parti Melayu itu Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara gagal jika kemelut yang melanda sekarang tidak ditangani secara berani dan berdepan.

Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata, iklim ekonomi dunia tidak menentu, nilai ringgit merudum, kemelut politik luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing tidak terkawal dan sentimen pelabur dingin terhadap Malaysia merupakan bibit menjadi sebuah negara yang gagal.

"Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan," katanya dalam satu kenyataan malam ni.

Ahli Parlimen Pagoh itu pada masa sama berkata beliau menghargai pendirian Pemuda Umno yang masih menghormati jawatannya sebagai timbalan presiden parti walaupun disingkirkan daripada Kabinet.

"Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani kedua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.

"Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda Umno dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul," katanya.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin kelmarin berkata, pergerakan itu membuat ketetapan masih menghormati Muhyiddin walaupun beliau tersingkir daripada Kabinet.

"Jawatan ini (timbalan presiden) tak boleh dilantik, ia jawatan yang dipilih.

"Kita mengakui dan masih menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden dalam Umno," katanya.

Khairy berkata demikian ketika mengulas usul yang dibuat dalam Persidangan Perwakilan Gabungan Umno Keningau dan Pensiangan yang mahu mencalonkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan presiden Umno pada pemilihan akan datang. – TMI

MH370: KALAU TAHU ADA ALAT PENGESAN LEBIH CANGGIH KENAPA GUNA YANG HAPRAK?

Posted: 26 Aug 2015 09:30 PM PDT

 


Sudah beberapa hari penyiasat Peranchis kata tiada bukti bahawa flaperon yang ditemui itu cebisan peasawat yang hilang di selatan Lautan Hindi Selatan.

Tiada, No, Nein, Nahīṁ, Hayır, Illek, Méiyǒu. 

PENYIASAT GAGAL CARI BUKTI IA CEBISAN MH370 (GR)

Bukan Yong cakap yer. Ini penyiasat Peranchis yang cakap. Yong antara orang yang setuju dengan teori fisik gelombang air laut - Yakni debris boleh terdampar di sekitar timur Afrika jika benar pesawat MH370 jatuh di selatan Lautan Hindi Selatan.

Tak tau siapa nasihat Najib sampai yakin benar dia mendahului penyiasat!

PAKAR DARI MANA TU? (MALAYSIAKINI)

Yong tunggu kalau-kalau ada kenyataan baru dari penyiasat, atau Boeing, atau dari pihak Malaysia mengenai flaperon tersebut, tetapi...

Tiada, No, Nein, Nahīṁ, Hayır, Illek, Méiyǒu.

Patutlah keluarga mangsa dakwa bahawa "mereka" tidak bercakap benar:

SIAPA MEREKA YANG DIDAKWA KELUARGA "BERBOHONG" ITU? (INDEPENDENT)

Hari ini Australia heboh nak guna peralatan baru. Konon lebih canggih. Yang dulu, kononnya semakin dalam ke dasar lautan, imej semakin blur (kabur).

BERSUNGGUH NAK CARI ATAU NAK SHOW-OFF? (GLOBALNEWS)

Hok-aloh!....kalau dah tahu ada alat yang canggih, apa pasal tak guna? Buat apa guna alat yang tak canggih? Nak bagi business pada kroni kah? Australia pun main kroni jugak kah?

SONAR INI TAK CUKUP CANGGIH (DAILYMAIL)

Atau...adakah sememangnya pesawat itu tiada di situ? Guna alat canggih mana pun takkan jumpa. Jadi, apakah tujuannya? Untuk dijadikan " a good story telling" perniagaan?

Kalau tak jumpa sebab alat pengesan itu tak canggih, takde bezalah dengan alat ini:

ALAT RAJA BOMOH

Jangan salahkan Yong kalau kepercayaan kepada team pencari MH370 ni semakin lama semakin tipis.

********************

Sekadar perkongsian dan ingatan untuk diri sendiri.

Surah Al-Anfal, ayat 27:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya) (Al Anfal: 27).


Lima perkara Najib perlu lakukan sekarang - Chandra Muzaffar

Posted: 26 Aug 2015 09:00 PM PDT


MELIHAT pada keadaan yang berlaku di negara kita sekarang, adalah penting sekiranya kita lihat semula kuasa yang berkaitan dengan Perdana Menteri Malaysia.

Ini kerana sikap terhadap kuasa ini adalah perkara utama dalam kontroversi yang melanda negara kita pada masa ini.

Tidak ramai yang tahu bahawa Perdana Menteri pertama kita, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri untuk tempoh tiga bulan pada 1959 kerana ingin memperkukuhkan partinya, iaitu Perikatan, sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Persekutuan selepas parti berkenaan tewas di dua negeri, Kelantan dan Terengganu, dalam Pilihan Raya Negeri yang ketika itu diadakan sebelum pilihan raya di peringkat pusat.

Kesediaan Tunku untuk berundur adalah satu tindakan luar biasa dan ia menunjukkan bahawa beliau tidak mementingkan kedudukannya.

Tunku menegaskan bahawa adalah salah baginya untuk terus menerima ganjaran sebagai Perdana Menteri ketika sedang memberi tumpuan kepada tugas-tugas parti.

Beberapa tahun kemudian, berikutan kekalahan Perikatan dalam Pilihanraya Umum 1969, yang diikuti dengan kritikan yang semakin memuncak berhubung kepimpinannya, Tunku memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, parti utama dalam Perikatan.

Beliau memilih untuk tidak terus memegang pada kuasa.

Pengganti Tunku, Tun Abdul Razak, berkuasa penuh selaku Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran), yang ditubuhkan untuk memulihkan keadaan berikutan rusuhan kaum 13 Mei.

Tanpa meneruskan kuasa di bawah pemerintahan Mageran – di mana beliau boleh lakukan – Razak dan pemimpin lain berjaya memulihkan pemerintahan demokrasi berparlimen.

Ternyata bahawa Razak lebih cenderung kepada kuasa demokratik walaupun kuasa itu lebih terhad berbanding dengan kuasa besar di bawah pemerintahan mutlak.

Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, memerintah selama lebih lima tahun dan terpaksa berundur berikutan masalah kesihatan. Kesediaannya untuk berundur difahami dan disanjungi oleh rakyat.

Berbanding Perdana Menteri sebelumnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagaimanapun memerintah lebih lama.

Beliau menjadi Perdana Menteri untuk tempoh selama 22 tahun, namun beliau juga melepaskan jawatannya dengan rela hati. Penyerahan kuasa kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dilakukan dengan lancar.

Abdullah berkhidmat hanya selama lima tahun, empat bulan. Kegagalan Barisan Nasional yang memerintah untuk mengekalkan majoriti di Parlimen dan kekalahan di lima negeri menyebabkan agak sukar bagi Abdullah meneruskan pemerintahan sebagai Perdana Menteri.

Lalu beliau memilih untuk melepaskan jawatan yang tertinggi itu dengan cara yang terhormat. Ketika berkuasa, beliau mewujudkan lebih banyak ruang untuk rakyat menyuarakan perbezaan pendapat dan ini dipermudahkan oleh media baru.

Dalam demokrasi, perbezaan pendapat sememangnya dibenarkan.

Penggantinya, Datuk Seri Najib Razak melakukan beberapa reformasi demokrasi menerusi Akta Perhimpunan Aman dan meminda Akta Penerbitan dan Percetakan serta Akta Universiti Kolej Universiti.

Beliau juga melakukan apa yang perdana menteri sebelumnya tidak berani melakukan. Beliau memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan peruntukan untuk menahan tanpa perbicaraan dan beberapa peruntukan Darurat yang lain pada September 2011.

Dengan melakukannya, beliau mengurangkan kuasa eksekutif untuk mendominasi dan mengawal rakyat. Najib dilihat sebagai bertindak untuk mengurangkan kuasa besar yang ada padanya.

Namun dalam tempoh beberapa bulan yang lepas berikutan kontroversi besar yang berkaitan integriti dan kejujuran, Najib mempamerkan sikap bahawa beliau akan terus memegang kuasa yang ada padanya tidak kira apa yang berlaku.

Ketika beliau sepatutnya memudahkan usaha serta mempercepatkan penyiasatan mengenai 1MDB, sebaliknya beliau menggugurkan dua rakan Kabinetnya – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri, Datuk Seri Shafie Apdal – berikutan suara mereka yang paling kuat dalam menuntut Kabinet menunaikan janji untuk mendedahkan kepada umum cerita sebenar mengenai 1MDB.

Najib dan penyokongnya juga menganggu tugas beberapa agensi yang diamanahkan untuk mendedahkan operasi syarikat milik kerajaan itu, dengan memecat bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail; memindahkan dan mengancam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); menyiasat kakitangan Bank Negara; dan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) dengan melantik empat daripada anggotanya sebagai menteri dan timbalan menteri.

Apa yang lebih menimbulkan kemarahan sebahagian besar rakyat adalah ketidakmampuannya untuk memberi penjelasan sejujur mungkin mengenai wang tunai berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya pada 2013.

Beberapa cubaan lucu oleh rakan-rakan Perdana Menteri bagi mewajarkan kemasukan jumlah sebesar itu ke akaunnya sebagai derma yang digunakan untuk Umno dan BN atau sebagai penghargaan terhadap dasar-dasar kerajaan Malaysia daripada keluarga kaya tertentu di negara Arab telah menyebabkan kredibilitinya terjejas.

Ternyata bahawa kredibiliti Najib kini semakin tercalar. Keyakinan rakyat terhadapnya sudah sampai ke tahap paling rendah. Terdapat jurang keyakinan yang besar di antara beliau dan orang ramai.

Justeru, bagi memulihkan keyakinan rakyat beliau sepatutnya:
1) Bersikap jujur dan terbuka mengenai kedua-dua 1MDB – di mana beliau menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya – dan wang yang berada di dalam akaunnya. Sebilangan orang sudah pun membuat gesaan ini beberapa kali.

2) Menyeru dengan secara terbuka agar Ketua Audit Negara menyelesaikan penyiasatan secepat mungkin dan tidak menunggu sehingga Disember.

3) Membolehkan PAC meneruskan tugasnya dengan serta-merta dengan mengisikan kekosongan dalam jawatankuasa itu tanpa berlengah lagi.

4) Memberi sokongan sepenuhnya kepada pegawai SPRM dalam menyiapkan siasatan tanpa takut atau menyebelahi mana-mana pihak.

5) Mengisytiharkan dengan terbuka bahawa memandangkan Bank Negara telah menyerahkan hasil penyiasatannya kepada Peguam Negara dan berharap agar beliau bertindak ke atas perakuannya,

Peguam Negara hendaklah bertindak dengan kadar segera. Peguam Negara hendaklah juga bertindak dengan berani berdasarkan perakuan SPRM dan PAC apabila tiba masanya.

Sekiranya Perdana Menteri tidak bertindak secara jujur dan berintegriti dan keadaan menjadi semakin teruk dengan kesan yang melanda ekonomi dan politik, gesaan agar beliau meletakkan jawatan yang kini pun sudah semakin kuat didengar dijangka menjadi bertambah kuat lagi tidak lama lagi. - SH

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/

Zar Ali's photo. Ini sekor lagi Lembu perliharaan UMNO - beliau khianat kepada PERJUANGAN DS ANWAR IBRAHIM.... Jangan percaya SATU PUN apa yang dikatakan. 

Dulu, Dr.Chandra bukanlah seorang yang kecil-kecil anak kepada perjuangan Anwar. Beliau merupakan seorang yang tegar sokongannya terhadap Anwar Ibrahim.

MALU WEHH...ORANG ASLI PUN TAK PERCAYA DUIT RM2,600 JUTA SEBAGAI DERMA Oleh Shahbudin Husin

Posted: 26 Aug 2015 08:30 PM PDT


MALU WEHH...ORANG ASLI PUN TAK PERCAYA DUIT RM2,600 JUTA SEBAGAI DERMAIsu wang sebanyak RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak dan dikatakan derma terus menjadi perdebatan umum. Ada yang percaya, tetapi rasanya lebih ramai yang sukar menerimanya semata-mata sebagai derma ikhlas semata-mata.

Dalam mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian-bahagian yang sebahagian besarnya sudah berlangsung, ia dilaporkan menjadi isu paling hangat dibincang dan diperdebatkan. 

Sudah tentu perbincangan itu lebih menjurus luahan perasaan yang sama iaitu sukar menerima wang sebanyak itu sebagai derma serta mahukan Najib memberi penjelasan lebih jujur mengenainya.

Susulan daripadanya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilaporkan mahu menemui Najib bagi menyampaikan sendiri pandangan keseluruhahan usul daripada Pemuda bahagian yang dianggap mewakili akar umbi generasi muda itu.

Sudah tentu ini merupakan tekanan secara langsung dan isyarat penolakan yang cuba disampaikan oleh Pemuda UMNO kepada Najib nanti.


Bekas Ketua Wanita UMNO, Rafidah Aziz, walaupun sudah bersara dan mungkin lebih banyak masanya bermain dengan cucu-cucu, turut tidak dapat menahan perasaan daripada meluahkan keraguan terhadap derma sebesar RM2,600 juta itu.

Beliau lantas melontarkan persoalan, apakah mungkin wujud pakatan tertentu yang boleh menggugat kedaulatan negara di sebalik wang tersebut?

Persoalan yang dilontarkan beliau memang ada logiknya untuk difikirkan oleh kita semua. Mustahil derma sebesar itu tiada apa-apa hasrat terlindungnya?

Walaupun Nazri Aziz pernah mengatakan derma itu datangnya daripada sebuah negara kecil yang tidak mampu menggugat Malaysia, kemungkinan negara tersebut menjadi alat atau perantaraan kuasa besar lain tidak harus diketepikan.

Sebagaimana wang RM2,600 juta itu juga disimpang-siurkan sebelum berlabuh di destinasi akhir ke akaun peribadi Najib, tentulah tidak mustahil perkara yang sama boleh dilakukan oleh kuasa besar atau pihak lain untuk melundungi identiti mereka.

Apa pun, peringatan Rafidah itu tidak harus diabaikan begitu saja. Ia merupakan hak kita untuk menilai dan membuat keputusan mengenainya.


Selain itu, rata-rata rakyat daripada pelbagai kelompok turut meragui dan mempersoalkan mengenai wang tersebut. 

Suara-suara bantahan dan tidak puas hati boleh didengari di mana-mana saja, tetapi yang paling mengejutkan ialah Orang Asli juga berpendirian sama.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, Naib Presiden Jaringan Orang Asli SeMalaysia, Yusri Ahon berkata, masyarakat Orang Asli turut meragui mengenai wang tersebut dan ia menjejaskan kepercayaan mereka terhadap kerajaan berikutan kegagalan Perdana Menteri memberi penjelasan mengenainya.

Katanya, jika benar wang tersebut merupakan sumbangan derma daripada negara Arab, ia tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, sebaliknya mestilah melalui akaun organisasi atau parti.

"Sekiranya orang lain menerima wang seperti itu, bukankah ia akan menjadi isu besar?," tanya beliau.

Malu wehh...Orang Asli pun dah cerdik atau lagi cerdik dan boleh memikir antara betul dengan salah.

Walaupun berita yang disiarkan di Free Malaysia Today itu hanya kecil dan mungkin tidak disedari oleh banyak pihak, ia sebenarnya memberi nilai yang bermakna kepada kita semua.

Penyokong Najib yang sekolah tinggi-tinggi tak rasa malu ke?
Kebenaran tetap kebenaran, Orang Asli pun nampaknya dah tahu menilainya. Lagi pula negara Islam atau PBB pun hanya dapat "ciput" saja walaupun untuk memerangi keganasan global.


Janganlah diambil kira Ahmad Maslan yang sanggup "ditembak" dan beberapa Ketua UMNO Bahagian yang berikrar sanggup "mati" demi mempertahankan Najib kerana mereka sebenarnya sudah digelapkan mata dan pandangan berikutan turut menerima habuan daripada RM2,600 juta itu.

Ahmad Maslan sebagaimana yang didedahkan oleh Sarawak Report dapat RM2 juta, Shahrir Samad dapat kecil sedikit iaitu RM1 juta dan sudah tentu Ketua-Ketua UMNO Bahagian lain turut dapat bahagian masing-masing.

Itulah nilai hidup mereka dan adakah kita juga mahu sama seperti mereka? Lu fikirlah bro....

Perhimpunan Bersih 4 diteruskan walaupun jalan tutup, kata Maria Chin

Posted: 26 Aug 2015 08:00 PM PDT


Demonstrasi Bersih 4 akan tetap dilaksanakan, namun lokasi penganjuran demonstrasi berkenaan akan dimuktamadkan esok, susulan terdapat beberapa laluan dan jalan yang akan ditutup sebagai persediaan untuk menyambut Hari Merdeka hujung minggu ini, kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Maria berkata, sebaik sahaja mereka memuktamadkan lokasi di kawasan sekitar Dataran Merdeka untuk demonstrasi pada 29 Ogos hingga 30 Ogos, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi jaminan keselamatan dan lalu lintas kepada mereka.

"Perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos selama 24 jam itu akan diteruskan, tetapi akan berlaku beberapa penutupan jalan untuk persediaan sambutan Hari Kemerdekaan, kami ambil maklum dan akan bekerjasama dengan polis," kata Maria kepada pemberita selepas bertemu PDRM di Kuala Lumpur hari ini.

"Pertemuan hari ini bagus, kami berunding bagaimana untuk melaksanakannya dan polis berkata akan bantu kami dari aspek keselamatan peserta, bila kita dah tetapkan butiran, harap polis akan berikan kebenaran," katanya.

Jaminan daripada PDRM itu katanya adalah bagi membolehkan himpunan tersebut menjadi perhimpunan aman.

"Lokasi Bersih kita akan rancang semula dan kita akan selesaikannya esok," kata Maria.

Pihaknya turut berkata, tiada keperluan untuk gabungan 90 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mereka tidak akan memasuki kawasan Dataran Merdeka.

"Kami tidak memasuki Dataran Merdeka, kami hanya berada di persekitaran Dataran Merdeka dan sebelum sambutan Merdeka perhimpunan kami akan selesai," katanya.

Maria berkata, PDRM juga tidak memaklumkan kepadanya dalam pertemuan hari ini untuk mengubah lokasi perhimpunan ke stadium.

"Polis tidak maklumkan lokasi alternatif, sama ada di stadium, sejak mula kita kata di kawasan sekitar Dataran Merdeka," katanya.

Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara dilaporkan akan ditutup secara berperingkat mulai hari ini sehingga Isnin minggu depan bagi memberi laluan kepada raptai dan sambutan Hari Kebangsaan pada hujung minggu ini.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain dilaporkan berkata, penutupan jalan itu akan bermula pada jam 6 pagi.

Antara jalan-jalan yang ditutup termasuk Jalan Hishamuddin (Dayabumi), Jalan Kinabalu/Jalan Hishamuddin (Susur Bukit Aman), Jalan Lembah/Jalan Cenderasari.

Turut terlibat, Leboh Pasar Besar/Jalan Hang Kasturi, Leboh Ampang/Jalan Tun Perak, Jalan Dang Wangi/Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Kuching/Bulatan Dato Onn, Jalan Kinabalu/Bulatan Dato Onn, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Hishamuddin/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Parlimen/Bulatan Dato Onn (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), Jalan Dato Onn/Jalan Raja (Kelab Diraja Selangor) dan Jalan Mahkamah Persekutuan.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata, kementerian itu mendapati Bersih 4 mampu menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Beliau berkata Bersih 4 juga menyebarkan propaganda menghasut orang ramai yang bersifat negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah tertentu yang boleh mengundang bahaya.

Kementerian itu juga mendakwa pelbagai aktiviti Bersih 4 mendatangkan imej negatif terhadap negara ini, sambil menambah ia boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan, kemakmuran ekonomi, kedaulatan negara dan keharmonian kaum.

Bersih 4 sebelum ini dilaporkan akan menganjurkan perhimpunan selama 34 jam bertujuan menggesa pembaharuan institusi dan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Maria berkata mereka berjaya mengumpul dana lebih RM1.5 juta hasil sumbangan daripada orang ramai, dipercayai lebih 3 kali ganda daripada jumlah yang diterima untuk Bersih 3 pada 2012.

Perhimpunan Bersih tahun ini adalah yang pertama diadakan dalam tempoh 3 tahun, dengan yang kali terakhir diadakan pada April 2012 bagi memperbaharui sistem pilihan raya.

Perhimpunan sebelum ini yang diadakan pada 2007, 2011 dan 2012 menarik puluhan ribu rakyat Malaysia ke jalanan.

Perhimpunan pada 2012 berakhir dengan adegan keganasan polis dan penunjuk perasaan yang bertempur dan juga menyaksikan wartawan dikasari oleh pihak polis. – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Najib berhenti perbodohkan rakyat: Tun M... suarakami 06:57 Blogger

Posted: 26 Aug 2015 07:30 PM PDT



Tulisan Terkini Tun Mahathir

Jangan Anggap Rakyat Malaysia Bodoh

1. Dato' Sri Najib dan para penyokongnya perlu berhenti dari meyakinkan rakyat Malaysia bahawa 2.6 bilion Ringgit di dalam akaun peribadi beliau adalah derma.

2. Tidak ada seorang pun percaya atau boleh percaya sejumlah wang yang besar boleh didermakan oleh sesiapa kepada Dato' Sri Najib atau kepada sesiapa dengan tujuan apa sekalipun.

3. Penjelasan bahawa ia diberikan atas sebab Malaysia menentang Islamic State adalah tidak masuk akal kerana Islamic State telah mempromosi kegiatan keganasan mereka hanya pada 2014 sedangkan wang tersebut muncul pada 2013 atau sebelumnya.

4. Dengan mengatakan kerana amalan kesederhanaan Malaysia di dalam Islam adalah sama sekali tidak masuk akal kerana Malaysia langsung tidak ekstrem dalam mengamalkan Islam.

5. Mengapa 700 juta dolar? Sesungguhnya ini adalah terlalu besar untuk keperluan pilihanraya di Malaysia, kecuali jika ia adalah untuk merasuah pengundi. Mengapa ada orang mahu merasuah pengundi supaya Najib boleh menang. Rakyat Malaysia telah menyokong Barisan Nasional tanpa perlu diberi rasuah yang besar oleh sesiapapun lebih-lebih lagi dari orang asing.

6. Timbalan Perdana Menteri yang baharu mengatakan bahawa beliau telah bertemu dengan orang Arab yang telah memberikan wang tersebut. Kemudian biar beliau buktikan bahawa orang Arab ini mempunyai wang yang banyak untuk diberikan kepada Malaysia dan negara-negara yang lain. Dari manakah sumber wang ini?

Perniagaan apakah yang dibuat? Apakah nama bank yang digunakan. Tunjukkan akaun beliau dalam bank tersebut, cek yang telah dikeluarkan, terutamanya 700 juta USD. Bank penerima semestinya memegang cek tersebut.

7. Kesemua maklumat ini mungkin telah disahkan oleh empat petugas terbabit. Tetapi Najib telah menghapuskan pasukan petugas dengan memecat Peguam Negara, menghantar Ketua SPRM bercuti, menuduh Bank Negara membocorkan rahsia Kerajaan.

8. Sekarang ini SPRM dikatakan masih menyiasat 2.6 bilion. Dengan SPRM sahaja tidak berkesan. Jika Najib serius untuk menyiasat 2.6 bilion Ringgit di Ambank, beliau perlu membentuk semula pasukan petugas khas yang luhur. Satu pasukan petugas baru yang dianggotai orangnya tidak mempunyai kredibiliti.

9. Pihak bank perlu mengekalkan kerahsiaan perbankan. Tetapi bank-bank juga dikehendaki melaporkan penggubahan wang haram yang disyaki. Bank-bank Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika tidak perlu menyimpan rahsia perniagaan mereka dengan wang yang disyaki dicuri. Apa yang telah mereka lakukan?

10. Apabila wang yang dicuri dimasukkan ke bank, tujuannya adalah untuk menghalalkannya. Namun wang itu telah hilang dari Ambank kerana akaun telah ditutup.

11. Apabila akaun ditutup, ia tidak bermakna bahawa jumlah wang yang besar itu telah dikeluarkan secara tunai. Ia mesti telah dipindahkan ke bank yang lain. Namun kita tidak dengar laporan dari mana-mana bank yang mengakui wang ini ada dalam simpanan mereka.

Dua akaun dilaporkan telah dibekukan di Singapura. Itu sahajakah? Sesungguhnya pemegang akaun perlu disiasat. Tetapi setakat ini tiada apa yang didengar. Adakah bank-bank menyimpan wang ini! Jika ini tidak dilaporkan ke pihak berkuasa untuk diambil tindakan, jelas wang telah digubah.

12. Jika ini benar apa perlunya bank meneliti jumlah wang yang telah didepositkan kepadanya. Mereka juga mungkin tidak meneliti jika wang besar yang curiga ini, yang mempunyai kaitan dengan kontrovesi ini disimpan oleh mereka.

13. Orang ramai mempunyai hak untuk tahu kerana orang ramai tidak percaya wang 2.6 bilion Ringgit merupakan hadiah peribadi kepada PM Malaysia untuk tujuan memenangi pilihanraya.

Rakyat Malaysia tidak ingin percaya calon untuk pejabat tertinggi di negara adalah seorang calon dari negara lain. Apa yang menjadi tanggungjawab kepada penyokongnya. Adakah beliau akan berkhidmat kepada rakyat Malaysia atau negara asing.

14. Berhentilah menganggap bahawa rakyat Malaysia bodoh.

Kembalikan Muhyiddin TPM panjangkan hayat Umno, kata Perkasa OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 26 Aug 2015 07:00 PM PDT


Pulangkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kelangsungan politik Umno, kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Pulangkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kelangsungan politik Umno, kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.


Umno hanya dapat meneruskan survival politiknya di Malaysia jika Datuk Seri Najib Razak mengembalikan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, jika Muhyiddin tidak dikembalikan sebagai timbalan perdana menteri maka jawatan nombor 2 kerajaan itu hanya akan dipegang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

"Muhyiddin ini talian hayat Umno. Kalau betul Muhyiddin dipecat 9 hari bulan ini bererti ini orang ngantuk disorong bantal. Maknanya lubang yang digali makin dalam.

"Kalau bijak, pada saya Najib mengembalikan jawatan timbalan perdana menteri pada Muhyiddin, pada saya ini boleh menjadi talian hayat pada Umno.

"Dia (Zahid) masih jadi menteri. Kalau kesian, dia jadi timbalan perdana menteri setakat 2 tahun ini. PRU14 kalah, habislah. Usah kata TPM, jawatan menteri pun hilang," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Najib akhir-akhir ini kerap mempertahankan dirinya, Ibrahim berkata Najib dikelilingi penasihat yang salah di sekitarnya.

Katanya, kenyataan pemimpin Umno di peringkat bahagian baru-baru ini juga disifatkannya sebagai luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Saya mungkin silap tetapi dalam banyak perkara, Najib menerima nasihat yang salah sekelilingnya.

"Najib kena semak balik penasihat yang diberi tanggungjawab perkara tertentu sama ada mereka menguntungkan atau menjahanamkan beliau," katanya.

Ibrahim berkata sudah tiba masanya pemimpin Umno mencerminkan diri mereka kerana rakyat akan membuat penilaian kepada kerajaan setiap 5 tahun sekali melalui pilihan raya.

Katanya, kebanyakan kenyataan pemimpin Umno pada masa ini lebih banyak mengundang kemarahan rakyat melalui kenyataan yang seolah-olah memperbodohkan rakyat.

"Banyak tindak-tanduk pemimpin Umno yang bukan menarik sokongan orang tetapi buat orang marah. Kenyataan takbur, ego dan serang orang.

"Saya cadang menteri ini fikir 100 kali setengah jam sebelum buka mulut. Bila buka mulut, orang tak gembira. Kenyataan seolah-olah mempersendakan minda rakyat.

"Kalau tongkat langit tak apa. Kalau nak diperiksa 4 tahun sekali dalam pilihan raya, jangan takbur," katanya. – 26 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Dengan adanya GHB, PAS bakal rugi meskipun bersama Umno. - Hazlan Zakaria SUARA LANTANG:

Posted: 26 Aug 2015 06:30 PM PDT



PAS bakal rugi walau pun bersama Umno ??

Dengan semakin ramai ahli di peringkat akar umbi keluar parti, mungkin PAS perlu gusar tentang kesan penubuhan entiti yang dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Meskipun kepimpinan ulama di dalam PAS menafikannya dan bersikap tidak acuh dengan pihak yang dianggap sebagai serpihan, mereka seharusnya mengambil perhatian terhadap GHB yang bakal menubuhkan parti politiknya sendiri.

Penganalisa menjelaskan, ia bukan seperti Hamim atau Berjasa, yang dahulu dicetuskan golongan serpihan PAS.

PAS bukan melakukan pembersihan dengan keluarnya golongan yang tidak puas hati ini. Sebenarnya ia lebih dilihat sebagai pendarahan.

Di masa lalu, golongan yang keluar PAS tidak mampu menggugatnya tetapi keadaan GHB hari ini berbeza.

PAS perlu sedar bahawa ia juga dahulu tertubuh daripada Umno yang berlainan ideologi, apabila ahli-ahli Umno yang berpaksikan Islam keluar parti.

Walaupun PAS tidak dianggap ancaman kepada Umno, ia menjadi parti pembangkang yang kukuh terutama selepas ia menjadi platform bagi menunjukkan halatuju yang baru.

Dalam kes PAS, ahlinya percaya Umno memperjuang Bangsa dan Negara, berbanding Agama.

Dan kini bagi kumpulan GHB, mereka percaya Islam perlu menjadi kuasa penggerak umat Islam yang tidak mengekang atau terlalu ketat.

Gerakan baru ini mahu prinsip Islam ditekankan, namun bukan melalui kanun jenayah hudud yang boleh dilakukan kemudian dalam usaha tidak menakut-nakutkan golongan bukan Islam serta umat Islam moden.

Seakan serupa dengan PAS, GHB telah bermula dengan menganjur siri jelajahnya dan juga forum tentang pentadbiran Islam, membentang kertas putih tentang bagaimana Islam dapat diintegrasi di dalam pentadbiran negara. Satu cadangan diasaskan Piagam Madinah, yang tidak menekankan larangan ekstremis.

Jelas mereka punyai nilai di sebalik usaha dan kini menyaingi PAS di dalam pandangan mengenai ciri-ciri negara Islam. Seharunya PAS melihat bagaimana kumpulan ini menyusun organisasi di peringkat negeri dan bahagian yang seakan dengannya.

Dan ahli di peringkat akar umbi memberi sokongan kepada mereka. Pendarahan yang berlaku sewajarnya mendatangkan kebimbangan kepada PAS tentang bertapa seriusnya keadaan di mana ahlinya keluar beramai-ramai.

Namun PAS masih mengekalkan majoriti ahli di peringkat akar umbi yang berdisiplin. Pun begitu, perlu disedari bahawa kumpulan GHB besar kemungkinan mampu menarik sokongan bukan Islam dan Melayu bandar selepas terjadinya tsunami politik pada PRU12 yang lalu.

Peningkatan ahli, penerimaan dan jangkauannya dibantu juga kerjasama dengan PKR dan DAP. Dalam pada itu, PAS pula telah kehilangan persona dan kepimpinan tokohnya Nik Aziz Nik Mat, yang bertanggungjawab menjadikan PAS sebagai parti politik arus perdana.

Kumpulan progresif di dalamnya pula bertanggungjawab merapatkan jurang dengan DAP dan PKR sedikit masa dahulu.

Ketika PAS masih dibelenggu kerangka Pakatan Rakyat yang telah musnah, dengan menghadapi tentangan DAP kerana hudud dan impian Negara Islamnya, golongan progresiflah yang memulihkan keadaan.

Namun dengan presiden hari ini yang keras kepala, sukar bagi PAS kembali ke dalam gabungan pembangkang. Dan GHB dilihat lebih sesuai dengan PKR dan DAP.

Selain kehilangan ahli-ahli bijaksana yang menjadikan PAS diterima ramai, parti itu kini tidak mampu menawarkan apa-apa lagi kepada gabungan pembangkang.

Jadi apa usaha yang perlu dilakukannya bagi menjauhi kesulitan yang bakal terhasil? Bagaimana ia mahu mengekalkan ahlinya?

Itu tak mungkin berlaku. Tindakan disiplin ke atas GHB akan menjadikan keadaan bertambah parah dan semakin ramai yang akan keluar parti kelak. PAS kini dianggap kalah dari segi persepsi dan tiada lagi modal politik bagi mengelakkan kebinasaan.

Mungkin ia akan kembali sebagai parti terpencil seperti dahulu kala. Namun ironinya, sekiranya spekulasi boleh dipercayai, PAS mungkin bekerjasam bagi kembali ke persada Umno atas nama hudud.

Walaupun demikian PAS tetap akan tewas, kerana pemerhati berpendapat Umno tidak mungkin membenarkan pentadbiran Islam terlaksana.

Hazlan Zakaria merupakan anggota Semut Harian yang gemar membaca dan memerhati dunia tanpa selindungan. Komen dan cadangan dapat disampaikan kepada hazlan@hckmedia.com.
 

Posted by mountdweller.

INI FATWA HARUSSANI, SAPE LAWAN KERA..JAAN HALAL DARAHNYA DI BUNUH, APA KATA ULAMAK?

Posted: 26 Aug 2015 06:00 PM PDT

Muhyiddin Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Khairy Dan Pemuda Umno

Posted: 26 Aug 2015 05:30 PM PDT




KENYATAAN MEDIA

YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

 

26 OGOS 2015

Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, dan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion kepada Perdana Menteri. 


Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani Ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.

Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan Saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden UMNO yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti. 


Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan UMNO, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda UMNO dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul. 


Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau "take the bulls by the horns", saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state). Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na'uzubillahi min zalik.

Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera. 


Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi. 

Saya lakukan ini kerana saya sayangkan UMNO. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam UMNO sendiri yang lantang mengkritik saya. Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita. Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. 


Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan. Seorang Ketua Bahagian di negeri Selangor antara yang paling kuat mendesak saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan. 

Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.
Kepada mereka ini ingin saya ingatkan.

Sejarah sumbangan saya kepada UMNO cukup panjang. Saya telah berjuang di dalam UMNO lebih 40 tahun. Malah, ketika UMNO diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk membina semula UMNO di Johor sehingga UMNO kembali kuat dan negeri Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya umum. 


Saya juga tetap setia bersama parti ketika UMNO menghadapi pelbagai krisis. Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.

Namun, semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan daya juang saya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara. 


Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

LAPORAN POLIS KEATAS AKAUN PERIBADI NAJIB TUN RAZAK DAN PENIPUAN ARUL KANDA KANDASAMY DI IBU PEJABAT POLIS ,

Posted: 26 Aug 2015 05:00 PM PDT


Zar Ali's photo. SINGAPURA Setelah membuat satu laporan polis keatas syarikat Petrosaudi International dan 1MDB di Balai Polis Chairing Cross, London minggu lepas, kini Khairuddin Abu Hassan, bekas naib Ketua Umno Batu Kawan telah membuat dua laporan polis di ibu pejabat polis jalan Cantonment, 

Singapura. Dua laporan itu dibuat, satu keatas kes akaun peribadi najib tun razak, kedua ialah kes penipuan arul kanda kandasamy mengenai simpanan tunai Brazen Sky Limited (anak syarikat 1MDB) di bank BSI Singapura telah dibuat secara rasminya pada jam 10:30 pagi di jabatan 'Commercial Affairs Department' di ibu pejabat polis Singapura. 

Menurut Khairuddin, kes akaun peribadi Najib Tun Razak telah melibatkan 'Falcon Private Bank' yakni 'Swiss Private Banking' cawangan Singapura maka secara langsung ianya mempunyai satu asas yang kukuh agar laporan polis dibuat di Singapura agar pihak 'Legal Enforcement Authority' di sini dapat menyiasat kes ini secara professional dan telus di bawah pengubahan wang haram. 

Pihak penyiasat dari 'Commercial Affairs Department' Singapura telah memberi jaminan untuk menyiasat kes ini secara komprehensif berteraskan segala bahan bukti yang telah diberikan kepada mereka, jelasnya lagi. 

Laporan polis keatas Arul Kanda Kandasamy dibuat ke atas kenyataan berunsur 'fitnah' serta menipu di dalam kes simpanan wang tunai berjumlah usd1.103 billion di bank BSI Singapura. Khairuddin berkata,

"Demi untuk menyelamatkan negara kita dari sebarang unspenyelewengan dana syarikat 1MDB serta untuk mencari kebenaran hakikat punca permasalahan syarikat ini maka adalah wajar untuk saya serahkan kepada undang-undang antarabangsa bagi menyiasatnya secara telus mahupun adil kerana mereka tidak mempunyai kepentingan langsung dalam kes skandal kewangan ini!! 

"Sesiapa saja yang tidak amanah tanpa mengira pangkat serta darjat walaupun beliau seorang Perdana Menteri sebagai contohnya harus dikemukakan ke muka pengadilan atas setiap perbuatan mungkar mereka!!"~ sumber

Pagi Petang Siang Malam....... Asyik Menipu Saja !!

Posted: 26 Aug 2015 04:30 PM PDT

Mafiaboss Melayu Ori's photo.Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikan lantangnya terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kali ini menyerang timbalannya berhubung kenyataan mengenai penderma dari Timur Tengah yang didakwa memberi RM2.6 bilion kepada Najib.

Melalui laman blognya, bekas perdana menteri itu mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan siapa penderma itu memandangkan beliau sebelum ini mengakui bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah itu

"Timbalan perdana menteri yang baharu berkata, beliau sudah berjumpa dengan orang Arab yang memberi derma tersebut.

"Jadi biar beliau buktikan orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberi kepada Malaysia dan banyak negara lain.

"Negara mana. Dari mana sumber duit itu. Apakah perniagaan yang dilakukannya. Apakah nama bank yang digunakannya.

"Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya wang AS$700 juta itu. Bank penerima bank sepatutnya memegang cek tersebut," katanya dalam posting terbarunya hari ini.

Dr Mahathir berkata segala maklumat tersebut sebenarnya boleh disahkan pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development iaitu Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.

 


"Namun Najib membubarkan pasukan petugas itu dengan memecat peguam negara, menghantar ketua SPRM bercuti dan menuduh Bank Negara membocorkan rahsia kerajaan," katanya.

Zahid pada 22 Ogos mengakui bertemu secara peribadi dengan wakil penderma dari Timur Tengah itu dan berkata sumbangan itu adalah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya bertemu dengan ketua pegawai pelaburan penderma itu dan saya juga bertemu dengan pemegang amanah dana itu

"Dia beritahu saya, negara tuan bukan satu-satunya negara yang kami salurkan sumbangan. Terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang kami beri derma," katanya.

Beliau berkata mereka membantu BN kerana komitmen kerajaan dalam menangani keganasan dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara ahli sunnah wal jamaah.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti penderma itu, hanya mengatakan mereka adalah "satu keluarga tertentu dari negara tertentu".

Pendedahan mengenai wang derma RM2.6 bilion itu pertama kali dilaporkan Sarawak Report pada awal 


Julai. – 26 Ogos, 2015 -TMI

Objektif ni lebih bagus daripada gulingkan Najib... tahniah kematangan politik PR..

Posted: 26 Aug 2015 09:00 AM PDT


Berita M'sia Menarik Di Indonesia, Jom Berpayung.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 26 Aug 2015 08:15 AM PDT


 
Salat dipayungi. ©facebook.com/Sukan Star TV
BEGINI bunyi beritanya..
Satu lagi kisah indah soal toleransi beragama yang ditunjukkan para siswa berbeda agama. Kali ini terjadi di negeri Jiran Malaysia. 
Datuk Prof Dr Kamaruddin Hussin memposting beberapa foto yang menunjukkan kegiatan siswa di alam terbuka. Semacam outbond di kaki Bukit Perlis. Foto itu kemudian diposting ulang oleh Sukan TV di fanpage mereka, Senin (24/8). 
Siswa Muslim tampak menuaikan ibadah di sela-sela kegiatan. Namun tiba-tiba hujan turun. Melihat itu, para siswa dari etnis China dan India bergegas memayungi mereka dengan terpal. 
Dengan sabar mereka melakukan hal itu sampai rekan mereka selesai menuaikan salat."Sehati sejiwa hubungan etnis bertepatan dengan Bulan Kemerdekaan.
Perbedaan bangsa dan agama tidak membataskan hubungan apabila pelajar berbangsa China dan India memayungi pelajar beragama Islam yang sedang menuaikan salat dalam hujan," tulis Prof Kamaruddin Hussin.
 
 
Foto-foto ini mendapat simpati dari netizen Malaysia. (Diangkat dari Merdeka.com)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah berita Malaysia yang menarik di Indonesia. Sebenarnya, alangkah baiknya, jika 'payung' itu adalah Islam, yang boleh menaungi manusia peibagai agama dan kaum di seluruh dunia. Jom, mari berpayung. (IH)

POLITIK MALAYSIA PEMIMPIN KORUPSI

Posted: 26 Aug 2015 07:30 AM PDT

Nurliyana Abdullah's photo.

POLITIK di Malaysia ini memang teruk dan rata2 akrapi politik visi mereka jelas kumpul sebanyak mungkin harta buat diri, anak-anak, korni, kerabat suku sakat dan sebagainya.

Raja segala visi ini pasti tidak lain dipelopori oleh parti bangsa Melayu yang menamakan UMNO yang asalnya UNO kesan ditambah oleh pendita Zaabah menjadi UMNO ditubuhkan di istana Johor oleh kerabat suku sakat yang berbangsa bugis.

Memang tidak ada disebut bangsa melayu ketika itu kecuali ada grup dari Selangor yang menamakan diri mereka sebagai Persatuan Guru Melayu negeri Selangor dan itu sajalah yang terkait nama bangsa Melayu itu sendiri.

Selainnya yang menubuhkan UMNO itu terdiri mereka yang datang dari pelbagai negeri terdiri kalangan sakai, jakun, orang asli dan pelbagai yang tinggal di Malaya dan mereka namakan diri mereka sebagai bangsa Melayu yang dari keturunan kepulauan Melayu.

Setelah merdeka dan berkuasa, maka ini berlanjutan hingga sekarang bermula zaman Mahathir perjuangan demi bangsa itu sudah mula pudar dan kemudian menjadi berjuang demi kepentingan diri, suku sakat dan keluarga terdekat dan akhirnya sesiapa saja duduki kerusi menteri maka merekalah yang maha berkuasa.

Pemimpin dalam era Mahathir sudah mula sikap demikian dan kemudian Najib pula punya pengalaman dan cara itu agak melampau di zaman PM Najib dan bila isterinya berlagak seolah pemimpin negara dan mula mengikut jejak Emelda Marcos hidup bermewah.

Kesan maha berkuasa dan Najib siap ikut telujuk bininya yang bernama Rosma keliling digunakan segala jet harta kerajaan yang hanya untuk seorang PM dan bukan seorang Najib dan seorang Rosma.

Kesannya maka siaplah khazanah negara 42 bilion hilang ketika ditanya jawaban selalu tidak menentu dan tambah memburuk bila RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun diri seorang PM bernama Najib dan kesannya negara dalam bahaya.

Ekonomi bangsa kita menjadi tidak menentu dan ditambah dengan pemikiran2 menteri yang bijak tetapi sebenarnya menajadi bangang kesan mereka ini bersikap berjuang untuk selamatkan diri dan kesannya para menteri yang dilantik hanyalah tukang ampu bodek yang siap membinasakan negara bangsa.

Kesan sikap tidak ketelusan dan tidak jujur sebab konsep sertai politik mahu kayakan diri secepat2nya, maka 30 juta rakyat Malaysia sekarang hidup dalam derita dan siap menghadapi perjalanan yang cukup getir dan bahaya.

Apa saja yang boleh kita lakukan untuk mengatasi persoalan ini, kala membantah siap kena tendang atau sumbat ke dalam penjara, maka cara terbaik rakyat Malaysia tanpa kira apa parti, agama atau kepercayaan MESTI menolak BN di PRU14 akan datang.

Meski demikian, tentu saja bukan semudah yang difikir untuk semula memulihkan ekonomi bangsa kita yang sukar dan rakyat harus faham dan berkerjasama dengan kerajaan yang nanti dibentuk untuk selesaikan hutang negara sekitar RM900 bilion.

Salam kasih buat semua rakyat Malaysia


NURLIYANA ABDULAH.

TERKINI - PERKASA BENARKAN AHLI SERTAI BERSIH 4.0

Posted: 26 Aug 2015 06:45 AM PDT




Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali membenarkan ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan BERSIH 4 hujung minggu ini kerana menurutnya Dewan Rakyat telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman pada 2012.

"Hak individu untuk pergi berhimpun atau tidak, PERKASA turut tidak ada masalah untuk ahli untuk turut serta," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya sama ada bersetuju dengan perhimpunan itu, Ibrahim berkata:

"Saya selaku presiden PERKASA, pendapat peribadi saya adalah mengambil langkah untuk berdiam diri untuk menyokong perhimpunan itu atau tidak," katanya.

DS Khir Toto Rebah Ketika Berjogging Pagi Tadi ?

Posted: 26 Aug 2015 06:00 AM PDT

Mohamad Khir dirawat di IJN

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr  Mohamad Khir Toyo disahkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi.

Mengesahkan berita tersebut, sumber terdekat kepada Mohamad Khir berkata, keadaan beliau dilaporkan stabil.

Menurut sumber tersebut lagi, Mohamad Khir dimasukkan ke Hospital Selayang pagi tadi selepas terjatuh ketika berjoging.

"Doktor akan tahan beliau untuk malam ini. Pemeriksaan sudah dilakukan dan buat masa sekarang, kami semua masih menunggu keputusan daripada ujian tersebut.

"Pada mulanya beliau dimasukkan ke Hospital Selayang, kemudiannya beliau dirujuk ke IJN," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Menurut sumber itu lagi, Mohamad Khir ditemani isterinya di pusat perubatan tersebut.

Mohamad Khir dijadualkan mendengar keputusan rayuan akhir penghakimannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan tanah dan unit banglo.

Sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak kepadanya, Mohamad Khir akan dibebaskan namun, jika keputusan sebaliknya, beliau akan menjalani hukuman penjara mulai esok.

Pada 23 Dis 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Mohamad Khir, 49, bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isterinya Zahrah Kechik, 47, dua plot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, pada 2007 daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni, dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadapnya.

VIDEO - Khalid Samad: Parti Islam Yang Baru, Yang Perjuangkan Konsep Bersuadaraan Insaniah

Posted: 26 Aug 2015 06:00 AM PDT


Akhbar Perancis Dedahkan "Tiada Apa Yang Membenarkan Flaperon Diperakui 100 Peratus Milik Pesawat MH370!"

Posted: 26 Aug 2015 05:15 AM PDT

Pemimpin PAS Terkejut Dengan Artikel Ini?

Posted: 26 Aug 2015 04:30 AM PDT



Pemimpin PAS Wajib Artikel Ni. PAS seharusnya memberikan keadilan kepada pemimpin dan ahlinya sebelum memberikan keadilan kepada rakyat, kata bekas naib presidennya Datuk Husam Musa hari ini.

Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya, bagaimana ia boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia, soal beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Kerian

Husam yang masih tidak sihat dan sedang menerima rawatan berkata, menjelang muktamar baru-baru ini segala bentuk fitnah dan caci maki di luar adab Islam berlaku.

"Apa pendirian Majlis Syura PAS dan PAS Pusat? Adakah ini dibenarkan oleh Islam?" soal beliau dalam perutusan bertulisnya sempena majlis dialog di kawasannya pada Isnin.

Dalam perutusan itu, Husam juga mempertikaikan tindakan PAS membentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Dewan Rakyat.

Katanya, akta yang hanya satu alat politik ini menyebabkan PAS bersama Umno memecahbelahkan parti, merosakkan imej dan melemahkan kedudukan PAS.

Akta itu dibawa sebagai rang undang-undang persendirian yang mengikut rancangan asal dibentangkan pada sidang Parlimen bulan April tetapi kemudiannya dibawa ke bulan Jun dan kemudian ditangguhkan ke hujung tahun ini.

Pemimpin PAS Terkejut Dengan Artikel Ini?

"Namun, selepas 2 sesi Parlimen berlalu dengan kehampaan, seakan PAS dipermainkan oleh Umno. Soalnya, mengapa PAS semudah itu diputar belit Umno?" soalnya.

Beliau juga mempertikaikan tindakan membawa rang undang-undang itu ke Parlimen secara terburu-buru tanpa pengetahuan PAS Pusat.

"Mengapa ia dibawa tergesa-gesa tanpa pengetahuan PAS Pusat? Akhirnya difahamkan, diputuskan untuk diserahkan semula kepada kerajaan Pusat," katanya.

Dalam perutusan itu, Husam juga mempertikaikan kedudukan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

"Keadaan pentadbiran Kelantan sekarang menjadi buah mulut rakyat.

"Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Al-Marhum Tok Guru," katanya merujuk kepada bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antaranya kata Husam, melibatkan kemewahan hidup para pemimpin, lawatan ke luar negara yang sangat kerap dan pengagihan kekayaan negeri kepada kroni tanpa tender.

Perkara ini kata Husam, sepatutnya dipantau PAS Pusat.

Dato Mursyidul Am, lain kali potong pulut kuning udah lah..

Posted: 26 Aug 2015 03:45 AM PDT

Adoi,adoi,,, sengaja gatai duk pi cari penyakit, yang gatai duk usik-usik buat apa.. kan dah duk kena jawab lagi.. 

Entahlah, dalam jiwa aku, aku tak boleh tengok sesuatu yang aku rasa tak berapa nak kena dengan budaya dan agama islam sendiri,, jadi aku sekadar tegur... 

 Aku terjumpa gambar ni.. memang tersentuh perasaan...



bila dlm gambar tu, gambar potong kek, selalunya bila acara sebegini upara sambut ulang tahun, atau kalau pengantin yang dalam acara program majlis kahwin... tak ada pulak potong kek sempena nak bersunat ,.... 

Bagi pada mulanya masuk dlm FB kerana aku sedih juga, bila terbaca  dan juga terpandang dalam berita di TV 3....


Apa cerita ni,, kalau waktu banjir dulu, ketika Najib di tunjuk tgh main golf dgn Obama,  aku pun turut rasa tak puas hati... 

Tiba-tiba time nak raya,,, lebih kurang sama... di ketika ada rakyat di negeri yang Pas tadbir berlaku sesuatu yang tak sepatutnya berlaku,,, ada pula pimpinan tertinggi Pas boleh pakai lawa. potong kek tunjuk kat public... apa cerita... 

Namun aku kena hentam diruangan komen, sebabnya hentam ulama,,, tak boleh ka aku nak komen kalau rasa tak berapa nak bertepatan dengan keadaan.. ada yang suruh aku pi belajaq lagi. sebab perkara yang dilakukan tu tak salah.... dan yang paling sedih kata aku sengaja nak hentam ulama sebab geng ulama yang menang dlm muktamar baru-baru ni... ikut suka hangpa lah... jadi bila bab salah atau tidak,, aku tak boleh nak kata apa,, aku hanya blogger merapu yag tak seberapa tak kena,, hanya pandai komen orang... 

Namun dalam pada masa yang sama,, aku duk belajaq jugaa,, cuma aku tak duk cerita kat orang,, nak heboh satu dunia....  aku belajaq sebagai nak melengkap amal ibadat ku mengikut sunnah nabi... maka aku terjumpa dengan isu yang aku tulis ni dalam buku di bawah ni.. 



Bermula dari muka surat 181 - 187...

















Tak boleh di nafikan, potong kek budaya orang kafir,, bukan budaya kita,, budaya kita potong pulut kuning... buat lah,, tak tiru sesiapa... 
Moga-moga sesiapa yang ada rasa ingin ikut sunnah nabi, tinggallah perkara sedemikian, banyak lagi acara yang tak bertentangan dgn islam boleh kita buat,,, 
Aku sendiri hairan, kenqapa kita nak berbangga dengan budaya sedemikian, kalau ya pun rasa nak makan kek beli makan sudah lah,, apa halnya nak potong-potong macam tu,,, heran aku.. 


Tukar Pegawai Kanan Polis Perlu Melalui Suruhanjaya

Posted: 26 Aug 2015 03:00 AM PDT



Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata pertukaran pegawai berpangkat Asisten Superintenden ke atas ke mana-mana jabatan perlu melalui mendapat kelulusan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Beliau berkata suruhanjaya itu akan bersidang setiap kali berlaku pertukaran pegawai, lapor Sinar Harian hari ini.

"Sebarang pertukaran pegawai kanan tidak boleh dilakukan dengan cakap mulut sahaja. Perlu melalui suruhanjaya.

"Pertukaran pegawai yang perlu mendapat kelulusan suruhanjaya adalah berpangkat Asisten Superintenden ke atas. Jika di bawah pangkat itu adalah melalui bidang kuasa Ketua Polis Negara," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Musa mengulas pertukaran bekas timbalan pengarah cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dalam laporan yang sama, Musa berkata tindakan Abdul Hamid yang membuat kenyataan antara lain berkaitan peranan dan tanggungjwab Cawangan Khas, pertukarannya ke JPM dan tekanan penjawat awam, tidak sepatutnya dilakukan.

"Sebagai penjawat awam, seseorang itu terikat dengan peraturan dan etikanya. Kalau tidak berpuas hati elok kiranya bertemu dan berbincang dengan ketua.

"Namun kalau atas kapasiti individu saya rasa itu adalah hak beliau (Abdul Hamid)," katanya.

Dalam laporan itu juga, Musa berkata beliau mengenali Abdul Hamid yang dianggapnya sebagai pegawai yang baik, rajin, boleh dipercayai dan mempunyai integriti.






Zar Ali's photo.PM Najib tidak perlukan Suruhanjaya yang dibentuk - dia bertindak mengikut HATI DAN PERASAAN.

17 tahun ditekan, difitnah, dianiaya

Posted: 26 Aug 2015 02:24 AM PDT


17 tahun ditekan, difitnah, dianiaya
Walau jasad terpenjara.

Walau keluarga terputus bicara
Auranya tetap membara
Pemangkin semangat rakyat jelata.
17 tahun ditekan, difitnah, dianiaya
Dia dibelasah dipenjara
Namun, berundur bukan kamusnya
Malah, lantang dia bersuara: ‪#‎LawanTetapLawan‬
Dia dituduh pengkhianat negara
Dia dituduh penipu bangsa
Hakikatnya, ‪#‎Umno‬ mencipta dusta
Untuk terus memegang tahta.
Kini rakyat tahu segala
Siapa pengkhianat, siapa pembela
InshaaAllah, Umno bakal temui ajalnya
Rakyat bangkit menuntut kuasa.
Doaku buatmu; tenanglah di sana
Bersama semangat terus membara
Anwar, engkaulah pembela
Pembela Agama Bangsa dan Negara.


Zar Ali's photo.
Kami Senantiasa BERDOA agar DS Anwar Ibrahim diberi Allah Kekuatan Dan Kesabaran LUAR BIASA !! 
 AMIN YA RABBAL ALAMIN.
#‎KerajaanRakyat‬ l ‪#‎Politik‬ l ‪#‎BicaraMinda‬