Selasa, 25 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Projek Jambatan Bengkok: Mahkamah putuskan Eskay tidak berhak terima RM20 juta

Posted: 25 Aug 2015 11:15 PM PDT


 
Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, semalam memutuskan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah tidak berhak menerima bayaran komisyen RM20 juta daripada Merong Mahawangsa Sdn Bhd untuk khidmatnya mendapatkan projek "Jambatan Bengkok" di Johor Baru.

Panel 5 anggota dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum sebulat suara membenarkan rayuan oleh syarikat pemaju, Merong Mahawangsa dan Pengarah Eksekutifnya Datuk Yahya Abdul Jalil serta memutuskan kontrak yang melibatkan perbuatan menjaja pengaruh adalah tidak sah dan bercanggaah dengan dasar awam.

Panel itu juga memerintahkan Eskay membayar kos RM100,000 kepada 2 perayu, Merong Mahawangsa dan Yahya.

Mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan mereka membayar bayaran komisyen RM20 juta kepada Eskay kerana khidmat yang beliau sumbangkan.

Panel itu turut dianggotai Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang kini peguam negara dan Tan Sri Abu Samah Nordin.

Apandi menganggotai panel berkenaan ketika pendengaran rayuan itu (sebelum dilantik menjadi peguam negara). Apandi tidak hadir hari ini dan menurut Melanjum, Apandi  membaca deraf penghakiman itu.

Pada 5 Mei 2011, Mahkamah Tinggi menolak saman sivil Eskay terhadap Merong Mahawangsa dan Yahya yang dikatakan melanggar kontrak selepas beliau (Eskay) tidak berhak menuntut bayaran itu kerana projek berkenaan dibatalkan.

Projek Gerbang Antarabangsa Malaysia-Singapura itu (dikenali sebagai Jambatan Bengkok) bagi menggantikan Tambak Johor, dibatalkan kerajaan pada 12 April 2006, walaupun kerja awalnya  dimulakan.

Kerajaan membayar ganti rugi RM155 juta kepada Merong Mahawangsa berikutan pembatalan projek itu.

Dalam penghakiman yang dibacakan Tan, mahkamah mendapati  mengikut Seksyen 24 Akta Kontrak Malaysia 1950, adalah bercanggah dengan dasar awam Malaysia seseorang itu diambil berkhidmat dengan diberi wang atau pertimbangan berharga, untuk menggunakan kedudukan dan kepentingannya bagi memperoleh manfaat daripada kerajaan kerana perbuatan menjaja pengaruh boleh mengakibatkan perbuatan rasuah dan melemahkan

keyakinan orang ramai terhadap kerajaan, yang seterusnya boleh memudaratkan kepentingan awam.

Tan berkata komisyen RM20 juta itu adalah sebagai bayaran bagi khidmat Eskay untuk mendapatkan projek berkenaan dan beliau (Eskay) mengaku yang beliau "menggunakan" pengaruh serta hubungan baiknya dengan kerajaan untuk mendapatkan projek jambatan asal itu untuk manfaat dan kepentingan Merong Mahawangsa.

Tan berkata, dalam kenyataan saksinya, Eskay menegaskan tentang fakta itu dan malah memberi butiran terperinci tentang pengaruhnya serta cara beliau menggunakan pengaruhnya dan meyakinkan para menteri persekutuan berkenaan.

"Suatu perjanjian, yang inti patinya ialah menggunakan pengaruh terhadap para menteri kerajaan bagi mendapatkan keputusan yang menguntungkan, boleh merosakkan pentadbiran yang baik dan berwibawa.

Ia menunjukkan wujudnya kecenderungan untuk merasuah atau mempengaruhi penjawat awam supaya membuat keputusan menguntungkan, yang tidak mengikut merit sebenar. Perjanjian seperti ini adalah bercanggah dengan dasar awam. Tidak kisahlah sama ada orang yang hendak dipengaruhi itu tunduk atau tidak kepada syor yang dikemukakan," kata hakim itu.

Beliau berkata berdasarkan fakta serta keadaan yang ada, adalah jelas dan nyata  pertimbangan itu bercanggah dengan undang-undang, manakala surat aku janji antara Merong Mahawangsa dan Eskay juga adalah tidak sah.

"Atas alasan inilah, tuntutan itu (oleh Eskay) perlu ditolak," kata Tan.

Hakim itu berkata apabila projek jambatan berkenaan ditarik balik, yang faktanya tidak dipertikaikan, maka penganugerahannya sudah tidak lagi bermakna.

"Apabila projek jambatan itu ditarik balik, penganugerahan projek jambatan berkenaan secara automatik turut ditarik balik. Dalam hubungan ini, kami bersetuju dengan dapatan hakim perbicaraan  apabila projek jambatan itu ditarik balik, maka RM20 juta berkenaan tidak perlu dibayar, tetapi jika sudah dibayar, surat aku janji menyebut  ia perlu dikembalikan," katanya.

Eskay memfailkan saman itu pada 2002 dengan mendakwa  pada 1998, Yahya memohon pertolongannya untuk mendapatkan projek berkenaan daripada kerajaan dan mendapatkan pembiayaan dari luar negara untuk projek berharga RM640 juta itu.

Ketika membela dirinya, Yahya menafikan beliau menggunakan hubungan baik Eskay dengan kerajaan kerana perbuatan seperti itu "bercanggah dengan dasar awam dan melanggar undang-undang."

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Merong Mahawangsa dan Yahya, manakala Eskay diwakili peguam Datuk C.V. Prabhakaran. – Bernama

Posted: 25 Aug 2015 10:30 PM PDT

Peluang terakhir beli baki 6,000 kameja-T BERSIH 4


1862
   

Mereka yang berhasrat untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 4 hujung minggu ini tetapi gagal untuk mendapatkan kameja-T rasmi, mempunyai peluang terakhir untuk mendapatkannya esok.

Menurut pegawai Urusetia BERSIH, Mandeep Singh, pihaknya akan menerima baki 6,000 kameja-T esok yang boleh dibeli pada harga RM20.

Ini selepas kameja-T berwarna kuning gerakan itu telah habis dijual sekali lagi hari ini, menjadikan jualan setakat ini berjumlah kira-kira 35,000 helai.



Mandeep (foto), hari ini sahaja 5,000 kemeja-T telah dijual kepada orang ramai di ibu pejabat BERSIH di Petaling Jaya.

"Saya tidak pernah melihat orang seramai itu beratur di luar ibu pejabat BERSIH," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mandeep berkata bilangan orang yang berkumpul di ibu pejabat BERSIH turut menyebabkan kesesakan lalulintas di jalan raya di luar.

Sesetengahnya, kata Mandeep, terpaksa pulang tangan kosong kerana stok kameja-T BERSIH cepat habis dijual.

Bagaimanapun, Mandeep berkata mereka yang datang adalah menyokong BERSIH dan tidak marah walaupun tidak sempat untuk membeli kameja-T BERSIH.


KALPANA M adalah wartawan pelatih di Malaysiakini

MB Pahang Sindir Najib Dan Menteri Kabinet?

Posted: 25 Aug 2015 10:00 PM PDT


MB Pahang Sindir Najib Dan Menteri Kabinet? Menteri Besar Pahang bersama 12 Ahli Exco Kerajaan Negeri akan mengisytiharkan harta masing-masing sebagai usaha berterusan menangani rasuah.

Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pengisytiharan berkenaan akan dilakukan secepat mungkin iaitu selepas perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Exco esok.

"Kita akan isytihar harta yang kita ada dan mungkin dari semasa ke semasa kalau ada tambahan atau pelupusan harta, kita akan lapor kepada SPRM.

"Saya sendiri akan mengemukakan penyata kewangan dan akaun kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan ini mungkin mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 minggu.

"Justeru saya harap SPRM dapat memberi masa kepada kerajaan negeri untuk mengisytiharkan harta masing-masing sebagai satu komitmen untuk menangani gejala rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan wacana SPRM Pahang bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Senator di Kuantan, hari ini.
MB Pahang Sindir Najib Dan Menteri Kabinet?

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali, Pengarah SPRM Pahang, Datuk Zainul Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, (JKMR) Datuk Fauzi Abd Rahman.

Mengulas lanjut, Adnan berkata pada masa kini Exco Pahang merupakan negeri pertama yang mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM.

"Kita tidak minta pujian mana-mana pihak tapi mungkin kita negeri pertama (isytihar harta)... tapi saya ingat langkah ini boleh menyedarkan masyarakat bahawa kerajaan negeri Pahang, Menteri Besarnya, dan Exconya ada bersama untuk memerangi rasuah," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa berkata pihaknya menyambut baik langkah pemimpin kerajaan negeri Pahang yang bersatu dalam memerangi rasuah.

"Ini memperlihatkan ketulusan dan integriti yang wujud dalam kerajaan negeri dan perkara ini boleh diperluaskan secara menyeluruh," katanya.

Sementara itu, Fauzi berkata keberanian pemimpin negeri Pahang untuk mengisytiharkan harta masing-masing adalah satu perkara luar biasa dan harus menerima pujian.

"Sebelum ini kita pernah cuba buat di tempat lain, tapi susah. Alhamdulillah di negeri ini (ia mampu dibuat) dan ini mungkin boleh menjadi dorongan kepada pemimpin negeri lain mahu pun di peringkat pusat untuk mengikut langkah sama.

"JKMR juga dalam masa sama sukacita untuk memaklumkan selepas meneliti rekod negeri ini dalam tempoh tiga tahun, tidak ada satu pun laporan malah surat layang berkaitan isu rasuah diberikan kepada ahli politik di negeri ini... ini sesuatu yang patut dibanggakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota itu

Putrajaya cuba kelirukan rakyat dengan isytihar perhimpunan haram, kata Bersih

Posted: 25 Aug 2015 09:30 PM PDT

Zar Ali's photo. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendakwa Putrajaya cuba mengelirukan orang ramai dengan mengisytiharkan perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini sebagai sebuah "pertubuhan haram". 

Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, Bersih 4, sama seperti 3 perhimpunan sebelum ini adalah satu acara. 

"Bersih 4 adalah acara, bagaimana anda mentafsirkannya sebagai haram? 

Saya fikir mereka sudah salah. "Adakah mereka mengatakan kita perlu mendaftar dengan kerajaan untuk setiap acara yang kita mahu lakukan? 

"Mereka cuba untuk mengelirukan keadaan," katanya. 

Beliau berkata Bersih 2.0 adalah gabungan kumpulan yang sudah lama ditubuhkan dan menegaskan badan pemantau pilihan raya itu tidak perlu didaftarkan. 

"Majoriti ahli kami adalah NGO berdaftar. 

Kami sentiasa kekal sebagai gabungan, kami tidak perlu pendaftaran,"
katanya. 


Maria, bagaimanapun berkata, Bersih mempunyai syarikat berdaftar yang dikenali sebagai Bersih & Adil Network Sdn Bhd bagi tujuan perakaunan, sambil menambah dana yang dikumpulkan untuk perhimpunan itu akan diaudit dalam tempoh 3 hingga 4 minggu akan datang.


HARAPAN DAN IMPIAN BARU..
Putrajaya cuba kelirukan rakyat dengan isytihar perhimpunan haram, kata Bersih Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendakwa Putrajaya cuba mengelirukan orang ramai dengan mengisytiharkan perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini sebagai sebuah "pertubuhan haram". Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, Bersih 4, sama seperti 3 perhimpunan sebelum ini adalah satu acara. "Bersih 4 adalah acara, bagaimana anda mentafsirkannya sebagai haram? Saya fikir mereka sudah salah. "Adakah mereka mengatakan kita perlu mendaftar dengan kerajaan untuk setiap acara yang kita mahu 9lakukan?9 "Mereka cuba untuk mengelirukan keadaan," katanya. Beliau berkata Bersih 2.0 adalah gabungan kumpulan yang sudah lama ditubuhkan dan menegaskan badan pemantau pilihan raya itu tidak perlu didaftarkan. "Majoriti ahli kami adalah NGO berdaftar. Kami sentiasa kekal sebagai gabungan, kami tidak perlu pendaftaran," katanya. Maria, bagaimanapun berkata, Bersih mempunyai syarikat berdaftar yang dikenali sebagai Bersih & Adil Network Sdn Bhd bagi tujuan perakaunan, sambil menambah dana yang dikumpulkan untuk perhimpunan itu akan diaudit dalam tempoh 3 hingga 4 minggu akan datang.

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

GHB Akan Sertai Amanah Enggan Letak Jawatan Kerusi Parlimen, DUN

Posted: 25 Aug 2015 09:00 PM PDT


Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) yang menyertai parti baharu, Parti Amanah Rakyat atau Amanah enggan meletakkan jawatan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun diarahkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berbuat demikian.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, GHB enggan duduk di kerusi Bebas dalam Parlimen, sebaliknya mahu menunggu pengisytiharan rasmi penubuhan Amanah sekaligus keahlian dalam PAS terbatal secara automatik.

"Kalau kita letak jawatan kita akan jadi wakil rakyat Bebas. Kita tak nak jadi Bebas, kita nak jadi wakil rakyat parti.

"Kita nak ada parti supaya duduk dalam Parlimen kita akan dilihat sebagai satu kumpulan bukan Bebas," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

Hadi minggu lalu mengarahkan wakil rakyat yang menang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baharu diasaskan GHB itu.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, mereka perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu. – The Malaysian Insider/ 25 Ogos, 2015.
 
 
DCM

Siapa sebenarnya yang ‘membangsatkan’ Melayu, Najib? Oleh Dzulkefly Ahmad

Posted: 25 Aug 2015 08:30 PM PDT

Tidak pasti apa respons saya sebenarnya. Sedih atau suka apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kata Melayu akan jadi 'bangsat' sekiranya Umno kalah dan hilang kuasa kerajaan persekutuan.

Secara ikhlasnya memang ada perasaan sedih dan kecewa mengenangkan masih ramai orang Melayu yang percaya akan khurafat dan doktrin hanya Umno mampu membela Melayu. Untuk membebaskan Melayu daripada doktrin ini sangat sukar.

Orang Melayu khasnya di luar bandar bahkan juga di bandar, yang kurang bermaklumat atau mendapat maklumat daripada akhbar perdana seperti Utusan dan RTM, akan terus percaya hanya Umno yang mampu membela Melayu.

Ya, memang sedih dan kesian orang Melayu terbelenggu dengan khurafat ini. Mereka kekal dalam politik perlindungan atau 'patronage' ini. Mereka mudah ditakut-takutkan atau diugut. Mungkin sampai kiamat agaknya.

Hendak ketawa dan merasa lucu ya juga, sebab PM ini tidak habis-habis hendak 'berjenaka'. Dengan 'expose' atau pendedahan yg dibuat media antarabangsa seperti WSJ dan New York Time (NYT) tentang pelbagai skandal, termasuk terkini hal 'derma', melibatkan Najib selaku pengerusi Lembaga Penasihat syarikat 1Malaysian Development Berhad atau 1MDB, dia masih mencuba. Ini melucukan.

Kalau dulu Umno memang jelas membantu rakyat khasnya orang Melayu. Contoh mudah, allahyarham Tun Razak, ayahanda Najib, membangunkan kaum Melayu dan Bumiputera dengan projek pembangunan seperti Felda. Sebaliknya, hari ini Umno di bawah Najib merungkaikan dan merencat usaha membangunkan warga peneroka.

Kini mereka dimangsakan. Ketika Felda Global Venture (FGV) akhirnya disenaraikan menjana hampir RM10 bilion, 112, 635 peneroka hanya diperuntukkan 91 juta saham dan berakhir dengan mendapat kurang daripada satu lot (800 unit).

Mereka meminjam RM3,563 untuk membeli saham tersebut. Mutakhir, harga saham Felda merudum tinggal RM1.50 sesaham berbanding RM4.55 sesaham ketika diapung dulu. Peneroka terbeban hutang kerana membeli saham dahulu. Yang untung pihak korporat dan pengurusan. Yang merana peneroka. Umno membela peneroka Melayu?

Umum belum melupai bagaimana FGV Berjaya membeli 51% pegangan saham Koperasi Peneroka Felda (KPF) dalam Felda Holding Berhad (FHB) dengan harga murah daripada sepatutnya sebanyak RM4.1 bilion. Sekali lagi Melayu yakni kelompok peneroka ditipu korporat Melayu Umno!

Ramai yang mula celik sekarang ini dan tahu peneroka yg mengusahakan kebun sendiri mendapat pendapatan lebih lumayan daripada berurusan dengan pihak korporat Felda. Ada juga pihak tertentu terbukti sabit menipu peneroka tentang perahan minyak sawit.

Tun Razak sebagai Umno Asal atau Original, bangunkan Melayu, Umno sekarang tipu Melayu. Inilah 'Melayu tipu Melayu'.

Cerita terkini tentunya hal 1MDB. Bayangkan dana berbilion ringgit yang boleh digunakan untuk membangunkan orang Melayu dan juga kaum lain kalau tidak digunakan untuk 'bailout' dan selamatkan 1MDB. Hutang korporatnya mencecah lebih RM42 bilion. Seandainya gagal dilunaskan 1MDB, semua akan terbeban ke atas kerajaan persekutuan.

Berapa kali kerajaan bailout dengan diberi pula line kredit RM950 juta untuk digunakan 1MDB bila-bila masa.

Nah, bayangkan kalau tidak ada Umno dan Najib, maka tidak akan ada angkara 1MDB. Seluruh dana berbilion ringgit ini boleh kita gunakan membangunkan rakyat. Maka sekali lagi Umno bangsatkan rakyat khasnya bangsa Melayu.

Dengan kata lain, sebab angkara Najib dan Umnolah berbilion dana-dana awam ini 'koyak' dek mereka. Jadi siapa yang 'kencing dan tipu' Melayu. Umno!

Satu lagi contoh Najib 'tipu' Melayu ialah dengan menjual tanah diperuntukkan Pak Lah untuk Perbadanan Hartanah Bumiputera Berhad (PHBB) kepada 1MDB. Itulah tanah yang kini hendak dibangunkan projek TRX Exchange.

Tanah itu asalnya diberikan kepada PHBB utk dibangunkan oleh mana-mana pemaju Bumiputera sebagai pembangunan hartanah Bumiputera dan akhirnya akan menerbitkan REIT seumpama Amanah Hartanah Bumiputera (ASH) untuk orang Melayu dan Bumiputera. Ini penting untuk bangunkan Melayu supaya memiliki saham dalam aset 'prima' di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Sebab Najib dan Umno 'tipu dan bangsatkan' Melayu, maka semua perancangan baik dulu dikorbankan Umno hari ini. Menjadi lebih celaka dan bangsat kerana dijual kepada 1MDB dgn harga kroni sebanyak RM60 kaki persegi (kps), tetapi dijual semula kepada seumpama Tabung Haji setinggi RM2,700 kps dan terkini kepada Affin Bank melebihi RM4,700 kps. Apa yang orang Melayu dapat?

Dengan hanya mengambil beberapa contoh ini saja, cukup untuk saya buktikan Umno sekarang ini yang 'membangsatkan' Melayu! Naratif penuhnya terlalu panjang, dengan kisah pembangsatan bangsa Melayu yang sangat mengaibkan. Tolak tepilah hal urusan kewangan yang sangat culas, boros dan khianat yang mengakibatkan rakyat dibebani cukai GST yang ganas regresif.

Najib tidak sedar apabila beliau mengatakan kalau Umno kalah Melayu menjadi bangsat bermakna selain Umno, Melayu akan jadi bangsat! Tetapi hakikat sebaliknya tidak beliau sedari sehingga kini.

Nah untuk menamatkan program 'pembangsatan' Melayu, maka Melayu mesti tolak Najib dan Umno dalam pilihan raya akan datang. Tegasnya, Melayu akan selamat dan sejahtera apabila Umno hilang kuasa di peringkat persekutuan!

Dengan kata lain, siapa yang 'membangsatkan' orang Melayu? Najib dan Umno! – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

DAULAT TUANKU :Jangan perbodohkan rakyat, titah Sultan Johor.

Posted: 25 Aug 2015 08:00 PM PDT




Zar Ali's photo.
Menjunjung Kasih Diatas Keperihatinan Kebawah Duli Sultan Johor Terhadap Rakyat Malaysia. 
 DAULAT TUANKU.

 

Pemuda Umno akan bertemu Najib, Zahid bincang dana politik, 1MDB

Posted: 25 Aug 2015 07:30 PM PDT


Pemuda Umno akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan usul yang dibawa sayap parti berkenaan pada mesyuarat di peringkat bahagian sebelum ini, kata Khairy Jamaluddin.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, pertemuan yang dijangka akan diadakan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi itu akan meneliti isu dana politik dan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kita akan mohon berjumpa timbalan perdana menteri baru supaya perkara sama dapat kita sampaikan kepada kedua-dua pemimpin utama kerajaan, iaitu perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

"Ia berkenaan isu-isu dan pandangan dari akar umbi Pemuda supaya tindakan dapat diambil terhadap kerisauan dan keresahan mereka.

"Contoh isu, seperti mana kita tahu, berkenaan derma politik, persepsi rakyat, siasatan 1MDB dan sebagainya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Menara Dato Onn petang ini.

Khairy berkata isu yang akan dibincangkan bersama Najib dan Zahid bukanlah isu yang menjadi kerisauan Pemuda Umno sahaja tetapi ia juga menjadi polemik di kalangan anak muda.

Katanya, walaupun Pemuda Umno mahu segala isu yang melanda pentadbiran negara diselesaikan segera namun masa juga perlu diberikan agar penyelesaian dapat disempurnakan menerusi saluran tertentu.

"Kita akan terus memperkukuhkan lagi Umno dalam berdepan dengan pelbagai masalah. Pemuda akan komited menguatkan lagi jentera dan menguatkan parti.

"Kita juga mengambil ketetapan memberi masa untuk isu besar yang dihadapi kerajaan dan parti diselesaikan melalui proses tertentu.

"Ini semua isu yang bukan hanya dibincang di peringkat Pemuda, tetapi di kalangan rakyat, terutamanya pengundi anak muda Malaysia di luar parti," katanya. – TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Majlis Peguam tawar bantuan guaman untuk peserta Bersih 4

Posted: 25 Aug 2015 07:00 PM PDT


Sepasukan peguam dari Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam akan menyediakan bantuan guaman sepanjang dua hari berlangsungnya himpunan Bersih 4 hujung minggu ini di Kuala Lumpur.

Majlis Peguam berkata pasukan itu yang diberi nama "Urgent Arrest" akan memberikan bantuan guaman kepada peserta Bersih 4 sekiranya mereka ditahan polis sepanjang himpunan itu.

"Orang awam boleh menghubungi pasukan 'Urgent Arrest' di talian 018-321 1506 dan 011-1214 0877.

"Sila kirim SMS kepada nombor tersebut dengan menyatakan nama anda; nama, nombor MyKad dan nombor telefon orang yang ditangkap dan balai polis yang akan dibawa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan "Urgent Arrest" akan cuba menghubungi mereka yang ditangkap dan mengaturkan bantuan guaman secepat mungkin, menurut kenyataan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa hari ini menyifatkan himpunan Bersih 4 sebagai 'tidak dibenarkan' atau haram kerana tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya, berdasarkan Seksyen 9 akta tersebut, pihak penganjur perlu mendapat kebenaran pemilik tempat.

Namun sehingga kini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertegas tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL serta kawasan sekitarnya, katanya. - TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

'Jambatan bengkok' -Shazryl Eskay kalah RM20j komisen 1.4K44 Hafiz Yatim

Posted: 25 Aug 2015 06:54 PM PDT





 Kontraktor Merong Mahawangsa Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak projek jambatan bengkok, hari ini menang dalam rayuannya berhubung pembayaran RM20 juta kepada ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan syarikat itu kerana ia menganggap kontrak untuk membayar Shazryl RM20 juta kerana mendapat projek itu adalah tidak sah kerana ia bertentangan dengan dasar awam.

Penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Tan Sri Jeffrey Tan ‎Kok Wha. Panel hakim dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.


Mahkamah memutuskan mengenai persoalan undang-undang, iaitu, sama ada sesuatu perjanjian untuk menyediakan perkhidmatan bagi mempengaruhi keputusan seseorang pembuat keputusan awam untuk menganugerahkan kontrak, adalah kontrak yang bertentangan dengan dasar awam, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 24 (e) Kontrak Akta 1950, dan oleh itu ia tidak sah.

Berkaitan dengan soalan tersebut, Hakim Tan menjawab bahawa ianya tidak sah.

Ia walaupun Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa 'perkhidmatan' yang diberikan oleh Eskay tidak bertentangan dengan dasar awam.

Mahkamah mengarahkan Shazryl Eskay membayar RM100,000 sebagai kos.

Kes itu mendapat perhatian pada 2012 apabila ia difailkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan Eskay untuk mendapatkan RM20 juta sebagai bayaran komisen.[Baca berita penuh/asal]

Sementara itu Bernama melaporkan, pada 5 Mei 2011, Mahkamah Tinggi menolak saman sivil Eskay terhadap Merong Mahawangsa dan Yahya yang dikatakan melanggar kontrak setelah beliau (Eskay) tidak berhak menuntut bayaran itu kerana projek berkenaan dibatalkan.

Projek Gerbang Antarabangsa Malaysia-Singapura itu (dikenali sebagai Jambatan Bengkok) bagi menggantikan Tambak Johor, dibatalkan kerajaan pada 12 April 2006, walaupun kerja awalnya telah dimulakan.

Kerajaan membayar ganti rugi RM155 juta kepada Merong Mahawangsa berikutan pembatalan projek itu.

Dalam penghakiman yang dibacakan Tan, mahkamah mendapati bahawa mengikut Seksyen 24 Akta Kontrak Malaysia 1950, adalah bercanggah dengan dasar awam Malaysia seseorang itu diambil berkhidmat dengan diberi wang atau pertimbangan berharga, untuk menggunakan kedudukan dan kepentingannya bagi memperoleh manfaat daripada kerajaan kerana perbuatan menjaja pengaruh boleh mengakibatkan perbuatan rasuah dan melemahkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan, yang seterusnya boleh memudaratkan kepentingan awam.

Tan berkata komisyen RM20 juta itu adalah sebagai bayaran bagi khidmat Eskay untuk mendapatkan projek berkenaan dan beliau (Eskay) mengaku yang beliau 'menggunakan' pengaruh serta hubungan baiknya dengan kerajaan untuk mendapatkan projek jambatan asal itu untuk manfaat dan kepentingan Merong Mahawangsa.

Tan berkata, dalam kenyataan saksinya, Eskay menegaskan tentang fakta itu dan malah memberi butiran terperinci tentang pengaruhnya serta cara beliau menggunakan pengaruhnya dan meyakinkan para menteri persekutuan berkenaan.

"Suatu perjanjian, yang inti patinya ialah menggunakan pengaruh terhadap para menteri kerajaan bagi mendapatkan keputusan yang menguntungkan, boleh merosakkan pentadbiran yang baik dan berwibawa.

"Ia menunjukkan wujudnya kecenderungan untuk merasuah atau mempengaruhi penjawat awam supaya membuat keputusan menguntungkan, yang tidak mengikut merit sebenar. Perjanjian seperti ini adalah bercanggah dengan dasar awam. 

Tidak kisahlah sama ada orang yang hendak dipengaruhi itu tunduk atau tidak kepada syor yang dikemukakan," kata hakim itu.

Beliau berkata berdasarkan fakta serta keadaan yang ada, adalah jelas dan nyata bahawa pertimbangan itu bercanggah dengan undang-undang, manakala surat aku janji antara Merong Mahawangsa dan Eskay juga adalah tidak sah.

"Atas alasan inilah, tuntutan itu (oleh Eskay) perlu ditolak," kata Tan.

Hakim itu berkata apabila projek jambatan berkenaan ditarik balik, yang faktanya tidak dipertikaikan, maka penganugerahannya sudah tidak lagi bermakna.

"Apabila projek jambatan itu ditarik balik, penganugerahan projek jambatan berkenaan secara automatik turut ditarik balik. Dalam hubungan ini, kami bersetuju dengan dapatan hakim perbicaraan bahawa apabila projek jambatan itu ditarik balik, maka RM20 juta berkenaan tidak perlu dibayar, tetapi jika sudah dibayar, surat aku janji menyebut bahawa ia perlu dikembalikan," katanya.

Eskay memfailkan saman itu pada 2002 dengan mendakwa bahawa pada 1998, Yahya memohon pertolongannya untuk mendapatkan projek berkenaan daripada kerajaan dan mendapatkan pembiayaan dari luar negara untuk projek berharga RM640 juta itu.

Ketika membela dirinya, Yahya menafikan beliau menggunakan hubungan baik Eskay dengan kerajaan kerana perbuatan seperti itu "bercanggah dengan dasar awam dan melanggar undang-undang."

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Merong Mahawangsa dan Yahya, manakala Eskay diwakili peguam Datuk C V Prabhakaran.



MALAYSIAKINI


 
ALLAHUAKABAR : Masih kah kalian ingat kepada KUMPULAN DATUK T ?? Datuk Eskay + Tan Sri Rahim Chik Dan Dato Shuib. MEREKA INI ADALAH Kumpulan yang MEMFITNAH DS ANWAR IBRAHIM dengan VIDEO SEKS, Dan ditayangkan buat pertama kali di SERI CARCOSA Negara kepada Wartawan2 untuk MEMFITNAH DS ANWAR. - 
 
Allah Maha Mengetahui - Akhirnya mereka Kantoi dan dibonggkar oleh Dato Johari PKR.  Akhirnya mereka dikenakan DENDA oleh Makhamah dan menghilangkan diri.

Polis Tangkap 16 Mahasiswa Yang Berkumpul Depan Parlimen

Posted: 25 Aug 2015 05:55 PM PDT



Polis menangkap 16 orang pelajar -13 lelaki dan tiga wanita - yang berkampung di luar perkarangan Parlimen dan membawa mereka ke balai polis Jinjang.

Tidak lama selepas mereka ditangkap pada kira-kira jam 10.30 malam, seorang lagi aktivis ditangkap kerana mengambil gambar barangan yang dirampas.

Beberapa pegawai polis cuba menghalang wartawan daripada merakam gambar semasa tangkapan yang kedua.

Aktivis itu kelihatan berdarah pada kakinya.

Sebelum itu, sekumpulan 30 anggota polis yang memakai jaket polis meminta pelajar-pelajar yang berkhemah di situ sejak semalam supaya beredar dari situ.

Mereka telah meminta sekumpulan kira-kira 20 pelajar supaya meninggalkan tempat itu atau ditangkap.

Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy berkata mereka telah memberi pelajar tersebut lebih 24 jam untuk berkhemah di situ dan apa yang dilakukan pelajar berkenaan boleh menjadi suatu kesalahan di bawah 124B Kanun Keseksaan.

Katanya, memaksa seseorang untuk meletakkan jawatan melalui demonstrasi jalanan adalah haram.

Bagaimanapun, jurucakap #Langkahsiswa Khairul Najib berkata mereka tidak akan berganjak.

Sebelum ini mereka memberi tempoh 24 jam untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berbincang dengan mereka mengenai isu-isu semasa.

Khairul memberitahuMalaysiakini bahawa satu sidang media akan diadakan pada tengah malam esok jika kerajaan masih tidak memberi perhatian kepada mereka.

Katanya, mereka memberikan kerajaan tempoh 24 jam lagi untuk respons kepada gesaan mereka supaya Najib berundur berhubung peranannya dalam 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion.

Khairul berkata Najib perlu memberi perhatian serius kepada suara pelajar dan tuntutan mereka.

Kira-kira 20 pelajar bermandikan hujan semalam untuk berarak sejauh 1.5km dari Bank Negara ke Parlimen, menuntut Najib berundur dan kerajaan bertemu dengan mereka.

Malam ini, mereka turut mengadakan himpunan nyalaan lilin dengan sokongan orang ramai dan NGO.


Pertukaran ketua nombor 2 SB ‘amat membimbangkan’, kata bekas KPN

Posted: 25 Aug 2015 05:30 PM PDT


Zar Ali's photo.

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor menyifatkan pertukaran bekas timbalan pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador sebagai "amat membimbangkan".


Rahim berkata, kebimbangan itu bertambah kuat apabila bekas ketua Cawangan Khas, Datuk Seri Akhil Bulat turut digantikan pada Julai lalu, seminggu sebelum kontraknya tamat.

"Orang nombor 1 sudah tiada lagi di sana dan kini nombor 2 dipindahkan.

"Orang yang waras akan berfikir adalah lebih baik untuk tidak menukar 2 individu tersebut serentak," katanya seperti dilaporkan The Star hari ini.

Laporan sama menyebut Hamid pernah bekerja di bawah penyeliaan Rahim sewaktu bekas KPN itu menjadi pengarah Cawangan Khas.

Rahim berkata, Hamid seorang pegawai perisik yang sangat tekun dalam melaksanakan tugasnya.

"Dia sangat bijak dan berdedikasi. Beliau seorang pegawai perisikan 100%. Ia ada di dalam darahnya.

"Sebagai bos, saya tidak pernah meragui beliau dan keselamatan negara sentiasa menjadi keutamaannya.

"Beliau amat dedikasi dengan unit Cawangan Khas. Beliau akan melakukan apa saja untuk melindungi integriti, imej dan maruah Cawangan Khas," katanya.

Rahim yang terkenal dengan ketegasannya itu turut memuji keberanian anak buahnya itu bersuara sewaktu masih berkhidmat dalam kerajaan.

"Hakikatnya beliau berani mengeluarkan kenyataan semasa masih dalam perkhidmatan kerajaan, itu menunjukkan warna sebenarnya. Beliau berani kerana benar," kata Rahim.

Hamid, yang memulakan kerjayanya dengan unit risikan polis, Cawangan Khas, baru-baru ini ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai timbalan pengarah di bahagian jenayah rentas sempadan, melapor terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau pada mulanya berang dengan pertukaran mendadak itu dan mempunyai sehingga 17 September untuk buat keputusan sama ada menerima atau tidak jawatan berkenaan.

Pertukarannya dibuat selepas tindakan turut diambil terhadap agensi penguatkuasa lain yang terlibat dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hamid berjanji akan mendedahkan lebih banyak lagi mengenai "isu semasa" dan berkata beliau tidak takut tindakan akan dikenakan terhadapnya.

Hamid berkata beliau masih dibayar gaji oleh kerajaan dan sedia maklum mungkin ada akibatnya kerana bercakap secara terbuka, tetapi menambah kesetiaannya adalah kepada negara dan agama. – TMI


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

MUFLIS DI DEPAN PINTU KITA

Posted: 25 Aug 2015 05:00 PM PDT



SAYA sudah cakap. Macam2 saya cakap. Itu ini dan segala macam cakap tapi tiada yang percaya. Orang bila saya gila atau benci melulu sama BN.Bukan saja tidak percaya, malah saya dimaki hamun hina dikata memfitnah dan memburukkan kerajaan BN terutama UMNO yang berkeris kontot dan berkarat seribu.

Macam2 alasan diberi dikata Malaysia terbaik dan PM juga terbaik antara semua PM kata Rahman Dahlan dan apakah semuanya buta hati dan buta mata tidak melihat apa yang berlaku di depan mata.

Nanti dikata bebal dan menteri maha bangang, kelak saya pula dimarah dan tak dikata olah mereka menjadi-jadi dan terus ampu bodek puji melangit tinggi lupa diri lupa asal usul dan lupa rakyat kasih kuasa.

Inilah bila berfikir tidak ikut otak dan akal bijak tetapi lebih kepada mahu bersilat kata dan mempertahankan pemimpin yang jelas tidak bijak urus negara dan kesannya negara dalam bahaya bakal muflis dan anak-anak merempat hidup susah derita sengsara.

Didendangkan di TV media pak turut yang yang ekonomi dalam keadaan baik. Apa yang baik kalau pelanjawaan kita asyik defisit dan hutang negara membengkak dan duit hak rakyat diselewengkan kala ditanya jawaban lintang pukang tak satu bisa diyakini dan rakyat terus diam terpinga macam cacing kepanasan kesan hidup susah.

Undi BN
Undi BN
Undi BN
mampus lo!

Saya sudah kata ulang2, bukan sekali kta dan bukan 10 kali, bukan 100 kali malah ribu2 kali yang BN perintah utamakan poket sendiri, anak bini kroni dan segala macam tidak serius majukan negara dan itu sebab Sabah dan Sarawak kaya sumber menjadi termiskin no satu dan 4 di Malaysia.

Kenapa jadi demikian dan apalah ini kerana ekonomi dunia dan kenapa pula wang singapura tidak menurut dan demikian juga negara brunei dan kenapa Malaysia sungguh malang sekali.

Malaysia memang kaya sumber, tetapi ke mana saja kekayaan itu dan kenapa sabah termiskin nombir satu dan sarawak termiskin no 4?

Apalah dikatakan oleh para ekonomis negara soal kasus ini dan apa saja kata pembodek2 BN yang terus2an mempertahankan Najib?

ada kata ini perkara biasa kesa getah harga turun dan sawit sama. kepala otak kamulah mengata begitu alasannya kalau bukan wang negara diselewengkan dan pelabur cabut lari, lalu dikatakan salah lim kit siang dan anwar ibrahim.

apakah luar negara percaya kata2nya lim dan katanya anwar? bangang punya otak usaha memberikan jawaban yang karut dan auta. bangang lo!

Memang Najib dan kabinet yang ada tidak bijak dan kesannnya memang kita dalam bahaya, pun masih mereka katakan kita dalam keadaan yang baik dan pembangang hanya bijak memutar fakta.

kenapa wang kita jatuh dan malah ada waktu2 dan tempatnya langsung tidak laku dan apa sudah jadi negara kita ini? cukup memalukan 30 juta Malaysia dan kita memang dalam keadaan susah payah.

Memang kita dalam bahaya dan keadaan ini sudah saya katakan berulang kali, berpuluh kali, beribu kali malah juta kali. muak bosan laknat jadinya.

siaplah menghadapi segalanya kala inilah pilihan rakyat Sabah Sarawak yang di election lalu selamatkan BN/UMNO dulu hingga PM najib beruasa dan rosma sesukahati mengarahkan najib songlap bilion khazanah negara dan rasalah diramal september akan datang ini merupakan titik akhirnya.

atau tunggu oktober, november atau bulan-bulan selanjutnya nanti.

ISMAILY BUNGSU~sabah

Rafidah: Adakah RM2.6bil dorong k'jaan dipengaruhi?

Posted: 25 Aug 2015 04:30 PM PDT


Zar Ali's photo. Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz mempersoal sama sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menyebabkan kerajaan terhutang budi kepada penderma dan membolehkan kerajaan dipengaruhi pihak luar.

"Umno adalah parti tunjang kerajaan BN. Mempengaruhi Umno akan bererti mempengaruhi kerajaan," katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.

Dalam laporan itu juga, bekas ketua wanita Umno itu turut mempersoalkan sama ada wujud pakatan tertentu di sebalik 'derma' itu.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata wang ringgit dilihat seolah-olah begitu penting sehingga memerlukan penderma asing untuk menggerakkan parti.

"Persoalan saya ialah apa agaknya pakatan-pakatan tertentu di sebalik sumbangan tersebut? Apa agaknya yang dijanjikan kepada mereka (penderma)?

"Pendekatan apa agaknya yang dijangka dan diharapkan oleh penderma yang sanggup menderma wang sebegitu besar jumlahnya?" soal beliau yang dipetik dalam laporan itu.

Akhbar itu juga melaporkan Rafidah mendakwa bahawa politik wang menjadi kebiasaan dalam Umno dan ia menjadi masalah yang begitu serius.

"Sebenarnya, setiap ahli Umno wajar merasakan isu RM2.6 bilion sebagai masalah mereka sendiri. Ia pada asasnya memaparkan bagaimana politik wang dalam Umno telah mencapai satu tanda aras tinggi yang baru.

"Bagaimana wang ringgit telah menjadi penggerak tunggal untuk kerja berjalan di peringkat akar umbi. Ia merupakan corak dan ciri-ciri budaya politik Umno pada masa sekarang dan menuju ke hadapan," katanya.

Laporan itu juga menyebut, Rafidah berkata politik wang akan menghancurkan keperibadian parti dan merosakkan semangat juang, berusaha dan berkhidmat dalam kalangan pemimpin parti. - M'kini


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.

BERSIH 4:0 - Polis tidak guna senjata renjat kepada peserta Bersih 4, kata timbalan KPN

Posted: 25 Aug 2015 09:00 AM PDT

 Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan senjata renjat kepada peserta himpunan Bersih 4 hujung minggu ini seperti mana yang dilaporkan akhbar berbahasa Cina semalam, kata Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Timbalan ketua polis negara itu berkata senjata berkenaan hanya akan digunakan pada masa akan datang selepas ia terbukti mampu melumpuhkan mangsa buat tempoh sementara.

"Bukan untuk ini sebab senjata renjat itu melumpuhkan sementara siapa yang ditembak.

"Ia terbukti melalui kajian saintifik dan praktikal dapat melemahkan sesiapa juga perusuh atau penjenayah.

"Di masa hadapan, kita akan lebih banyak menggunakan senjata jenis ini," katanya pada satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Rashid berkata senjata berkenaan masih dalam peringkat pengedaran kepada anggota polis yang berada di bandar-bandar besar seluruh negara. Semalam, akhbar berbahasa Cina,

Oriental Daily melaporkan polis mungkin akan menggunakan senjata renjat terhadap peserta himpunan Bersih 4 jika berlaku rusuhan atau keganasan.


HARAPAN DAN IMPIAN BARU.

Patut pun Mahathir kata hanya bodoh saja ada dalam UMNO!

Posted: 25 Aug 2015 08:15 AM PDT



Halau dulu penerima RM2.6: Hanya yang bengap saja ada dalam UMNO!

DAPkah yang huru harakan rakyat dengan ekonomi mencekik? DAPkah yang balun duit rakyat berbilion-bilion?

DAPkah yang pijak kepala lembu? DAPkah yang jual tanah TUDM Sungai Besi? Halau saya?

Halau dulu penerima RM2.6 bilion –

UMNO Shah Alam mendakwa Khalid Samad sebagai alat DAP dan telah memecah belahkan orang Melayu di Shah Alam. khalid,aszari SHAH ALAM : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad 'memulang paku buah keras' kepada pemimpin UMNO yang mendesak beliau dinyah atau dihalau dari bandaraya itu.

Khalid berkata, UMNO sepatutnya menumpukan usaha menghalau penerima derma RM2.6 bilion sebelum berfikir untuk menghalaunya.


Khalid Samad Khairil Ashraf | August 25, 2015
 
"Nasihat saya kepada mereka untuk imej UMNO itu sendiri, tumpukan usaha nyahkan penerima derma RM2.6 bilion daripada nak nyahkan saya.

"Yang nak nyahkan saya sangat apa salah saya?," katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Selasa. Khalid berkata, UMNO tiada hak untuk menghalau atau membuang dia dari Shah Alam.

Baru-baru ini, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari mendakwa Khalid sebagai alat DAP dan bertanggungjawab memecah-belahkan pengundi Melayu di Shah Alam.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, Gerakan Harapan Baru (GHB) dijangka akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada tahun hadapan.

Katanya, jika PR 2.0 terdiri daripada PKR, DAP, Pas dan GHB, maka tidak ada akan ada pertembungan kerusi atau tiga penjuri di kawasan yang ditandingi.

"Namun begitu, sekiranya Pas bersendirian tetapi ada membuat kerjasama dengan PR 2.0 juga tidak akan berlaku pertandingan tiga penjuru melainkan perjanjian dikhianati.

"Sekiranya Pas mengambil keputusan untuk bersendiri dan tidak membuat sebarang kerjasama maka sudah pasti akan berlakunya tiga penjuru di hampir setiap kawasan," katanya.

Katanya, jika Pas bergerak bersendirian, maka PR 2.0 yang ditubuhkan itu akan membiarkan rakyat membuat keputusan untuk memilih calon yang diinginkan.

"Biarlah rakyat yang menentukan sama ada mereka inginkan calon yang tidak kisah menang atau kalah dalam pilihan raya kerana hanya mahu keredaan Allah semata-mata," katanya.


Posted by mountdweller
Tuesday, August 25, 2015 Halau dulu penerima RM2.6: Hanya yang bengap saja ada dalam UMNO! Patut pun Mahathir kata hanya bodoh saja ada dalam UMNO! DAPkah yang huru harakan rakyat dengan ekonomi mencekik? DAPkah yang balun duit rakyat berbilion-bilion? DAPkah yang pijak kepala lembu? DAPkah yang jual tanah TUDM Sungai Besi? Halau saya? Halau dulu penerima RM2.6 bilion – Khalid Samad Khairil Ashraf | August 25, 2015 UMNO Shah Alam mendakwa Khalid Samad sebagai alat DAP dan telah memecah belahkan orang Melayu di Shah Alam. khalid,aszari SHAH ALAM : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad 'memulang paku buah keras' kepada pemimpin UMNO yang mendesak beliau dinyah atau dihalau dari bandaraya itu. Khalid berkata, UMNO sepatutnya menumpukan usaha menghalau penerima derma RM2.6 bilion sebelum berfikir untuk menghalaunya. "Nasihat saya kepada mereka untuk imej UMNO itu sendiri, tumpukan usaha nyahkan penerima derma RM2.6 bilion daripada nak nyahkan saya. "Yang nak nyahkan saya sangat apa salah saya?," katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Selasa. Khalid berkata, UMNO tiada hak untuk menghalau atau membuang dia dari Shah Alam. Baru-baru ini, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari mendakwa Khalid sebagai alat DAP dan bertanggungjawab memecah-belahkan pengundi Melayu di Shah Alam. Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, Gerakan Harapan Baru (GHB) dijangka akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada tahun hadapan. Katanya, jika PR 2.0 terdiri daripada PKR, DAP, Pas dan GHB, maka tidak ada akan ada pertembungan kerusi atau tiga penjuri di kawasan yang ditandingi. "Namun begitu, sekiranya Pas bersendirian tetapi ada membuat kerjasama dengan PR 2.0 juga tidak akan berlaku pertandingan tiga penjuru melainkan perjanjian dikhianati. "Sekiranya Pas mengambil keputusan untuk bersendiri dan tidak membuat sebarang kerjasama maka sudah pasti akan berlakunya tiga penjuru di hampir setiap kawasan," katanya. Katanya, jika Pas bergerak bersendirian, maka PR 2.0 yang ditubuhkan itu akan membiarkan rakyat membuat keputusan untuk memilih calon yang diinginkan. "Biarlah rakyat yang menentukan sama ada mereka inginkan calon yang tidak kisah menang atau kalah dalam pilihan raya kerana hanya mahu keredaan Allah semata-mata," katanya. Posted by mountdweller

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Nazir bimbang ekonomi, ketengah arca lembu rebah

Posted: 25 Aug 2015 07:30 AM PDT


 
Pihak di tampuk kuasa patut berhenti mengeluarkan "kata-kata bodoh" supaya tidak menjejaskan pemulihan ekonomi negara, kata Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak.

Beliau hari ini memuat naik sekeping gambar arca lembu yang rebah untuk menggambarkan keadaan pasaran yang lemah serta melontarkan persoalan sama ada ia telah mati.
"Mati atau cedera? China akan tentukan," tulis adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu ketika menyentuh berhubung pasaran-pasaran baru.
 
 
"Terima atau sesuaikan dengan segera.
 
"Sementara itu, modal bersifat amat sensitif; berita buruk dan petanda buruk lebih memberi kesan, jadi orang 'berkuasa' mesti elak cakap perkara bodoh," tulisnya lagi.

Nazir membuat kenyataan itu selepas ringgit melepasi tahap RM4 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS), prestasi terburuk dalam 17 tahun.
Berbanding ekonomi serantau juga, ringgit juga menunjukkan nilai lemah.
Sebagai contoh, pada Isnin, ringgit mencecah 3 untuk sedolar Singapura, sebuah rekod rendah terbaru.

Kelembapan ekonomi global antaranya banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi China.
 
 
Malaysiakini

Mat Sabu gesa semua wakil rakyat PAS letak jawatan

Posted: 25 Aug 2015 06:45 AM PDT

Semua Adun Dan MP PAS Termasuk Presiden Yang Kaki Ponteng Patut Letak Jawatan

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menggesa wakil rakyat PAS, sama ada ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Adun), melepaskan jawatan masing-masing, lapor Utusan Malaysia hari ini. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dipetik akhbar milik Umno itu berkata, kemenangan wakil rakyat PAS dalam pilihan raya umum lalu merupakan kemenangan atas tiket pakatan pembangkang.

"Mereka (ahli PAS) yang sepatutnya letak jawatan, kerana tidak lagi berada dalam pakatan pembangkang, yang turut disertai DAP dan PKR," katanya selepas majlis pelancaran GHB peringkat negeri di Bukit Mertajam malam tadi.

Pada masa sama, Mat Sabu mendakwa terdapat lebih ramai ahli PAS di seluruh negara meninggalkan parti itu selepas ini dan menyertai GHB.

"Mereka secara berperingkat akan umum keluar PAS dan dalam hal ini, kami (GHB) tidak memaksa, dan memberi arahan kepada mereka supaya berbuat demikian, sebaliknya dilakukan atas kerelaan sendiri," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, GHB bersedia mengambil alih peranan PAS yang gagal menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum sejak beberapa penggal lalu dan prestasi itu tidak setanding dengan DAP dan PKR.

"Di negeri ini (Pulau Pinang), kita bagi bertanding di 5 kerusi DUN tetapi menang satu saja berbanding PKR yang menang 10 kerusi, manakala DAP paling cemerlang kerana menang di kesemua 19 kerusi.

"Jadi, baki 4 kerusi DUN yang gagal ditawan oleh parti lama saya, akan digunakan GHB untuk bertanding," katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bekas ahli PAS yang menyertai parti baharu, termasuk GHB, perlu meletak jawatan mereka kerana sudah berbai'ah sewaktu menerima tawaran bertanding menjadi wakil rakyat. -TMI


Provokasi Dan Niat Jahat Kumpulan Anti BERSIH 4.0

Posted: 25 Aug 2015 06:00 AM PDT




KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2015 : Satu demonstrasi yang difahamkan sebagai aksi mempertahankan diri dibuat kumpulan Anti-Bersih di depan Sogo hari ini, lapor TheRakyatPost.

Kumpulan tersebut dilihat memakai pakaian merah di dalam aksi tersebut manakala kumpulan Bersih 4.0 akan memakai baju bewarna kuning.

Kumpulan tersebut membabitkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Melayu. Kumpulan terbabit diketuai oleh Datuk Jamal Md Yunos yang berkata, demonstrasi itu sebagai persiapan pertahanan diri jika berlaku keganasan antara 'merah' dan 'kuning.

"Jika penganjur Bersih 4.0 mengotakan kata-kata mereka, untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100,000 orang menyertai perhimpunan haram itu, maka, pihak berkuasa sudah tentu akan menghadapi masalah untuk memberi jaminan keselamatan kepada semua peserta kuning dan juga kami.

"Kami tidak akan memulakan sebarang keganasan tetapi sekiranya pasukan kuning berbuat demikian, maka, orang-orang kami yang berpakaian mereka berkemampuan mempertahankan diri masing-masing," kata Jamal.

Menurut Jamal, seramai 30,000 penyokong anti-Bersih sudah siap sedia dan akan berkumpul di kawasan sekitar Low Yat pada Sabtu 9 Pagi sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.




"Semua 30,000 penyokong sudah menandatangani borang persetujuan bahawa sebarang keganasan fizikal menimpa mereka, kami tidak akan bertanggungjawab, tetapi kami menyediakan insurans kemalangan untuk mereka," kata Jamal.

Namun, Jamal turut berkata sekiranya Bersih 4.0 dibatalkan, mereka juga akan mengundurkan diri dari perhimpunan.

"Kami berhimpun untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan yang dipilih oleh majority rakyat Malaysia, dan memastikan Malaysia kekal sebagai negara aman dan harmoni.

"Jadi, jika mereka membatalkan Bersih 4.0, kami akan membatalkan perhimpunan aman kami."

Video persembahan yang dimuat naik oleh TheRakyatPost Network di Youtube itu memperlihatkan aksi beberapa kumpulan tersebut memukul sesama sendiri menggunakan kayu dan juga aksi memecahkan atap siling menggunakan kepala.

Bersih 4.0 dijangkan akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Sumber : Therakyatpost



PENDEDAHAN KESAH KERUSI DUN PAYA JARAS TAHUN 2013

Posted: 25 Aug 2015 05:15 AM PDT



Asalnya calon Paya Jaras utk PAS adalah Sdr Izham Hashim.


Nama beliau telah pun disahkan dlm mesyuarat AJK PAS Pusat.

Namun, dua tiga hari sebelum penamaan calon rombongan telah dihantar untuk bertemu dengan Cikgu Pa supaya nama Khairuddin Othman dicalonkan.

Rombongan tersebut asalnya mahu berjumpa Abg Mat Sabu tiba2 terserempak dgn Cikgu Mustafa Ali.

Rombongan itu terus berjumpa dgn Cikgu Pa dan terus membentang kes mereka mahukan Khairuddin sebagai calon.

Hasilnya nama Izham digugurkan diganti dgn Khairuddin.

Di kala itu dlm PKR sesiapa mahu melobi menjadi calon akan bertemu Anwar dan dlm DAP merela bertemu Lim Kit Siang.

Tapi dlm PAS mereka bertemu Mustafa Ali dan bukan Presiden.

Begitu mudah Mustafa Ali menentukan siapa jadi calon dan siapa tidak.

Tak hairanlah Khairuddin Othman sleg ni kesana kemari menjual dirinya konon sebagai pendokong PAS menentang GHB.

Padahal cerita sebenarnya dia dah kena pegang dgn Mustafa Ali kerana dpt jadi.calon walaupun nama dah kena gugur.

Bukan setakat Paya Jaras tapi wakil2 dari negeri lain pun turut pergi melobi dengan Mustafa Ali.

Semua ini berlaku selepas pendedahan video seks warna warni dan berbunyi yang dikatakan Mustafa Ali di dalam nya.

TIGA PENJURU JUGA ANGKARA MUSTAFA ALI?

Kesemua tiga penjuru kecuali Kota Damansara adalah melalui watikah perlantikan yang di keluarkan oleh Dato Mustafa Ali.

Mustahil Mustafa Ali tidak tau akan berlaku tiga penjuru di Labuan, Sg Acheh dan 2 DUN di Terengganu.

PENUTUP

Ahli2 PAS merasa diri istiqamah dan wala pada ulama.

Sebenarnya istiqamah dan wala untuk Mustafa Ali.

Bolehkah parti Islam membenarkan ahlinya yang masih dalam siasatan di atas skandal video seks terus memegang jawatan besar dan tinggi dalam parti?

TULANG BESI

Yang Kerap Ponteng Parlimen Itulah Yang Khianat Dan Bakal Terlaknat...

Posted: 25 Aug 2015 04:30 AM PDT



Mat Sabu: MP, ADUN PAS tak perlu kosong kerusi

Semua wakil rakyat daripada PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu meletak jawatan sebagai anggota parlimen atau dewan undangan negeri kerana kemenangan mereka adalah atas tiket Pakatan Rakyat, kata Mohamad Sabu.
Bekas timbalan presiden PAS itu berkata soal peletakan jawatan tidak timbul kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa wakil rakyat yang menyertai parti lain mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum.

"Sebaliknya, wakil rakyat (PAS) di luar Pakatan yang seharusnya melepaskan jawatan mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian GHB Pulau Pinang di Butterworth.

Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengulas desakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parlimen dan Adun PAS berkenaan meletak jawatan.

Sementara itu, Mohamad yang akan menjadi pengerusi parti baru itu berkata beliau yakin jumlah keanggotaan GHB akan meningkat dalam beberapa minggu lagi berikutan beberapa peletakan jawatan dan keahlian dalam PAS sekarang, dan didakwa akan terus berlaku. -Bernama


Mat Sabu gesa semua wakil rakyat PAS letak jawatan

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menggesa wakil rakyat PAS, sama ada ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Adun), melepaskan jawatan masing-masing, lapor Utusan Malaysia hari ini. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dipetik akhbar milik Umno itu berkata, kemenangan wakil rakyat PAS dalam pilihan raya umum lalu merupakan kemenangan atas tiket pakatan pembangkang.

"Mereka (ahli PAS) yang sepatutnya letak jawatan, kerana tidak lagi berada dalam pakatan pembangkang, yang turut disertai DAP dan PKR," katanya selepas majlis pelancaran GHB peringkat negeri di Bukit Mertajam malam tadi.

Pada masa sama, Mat Sabu mendakwa terdapat lebih ramai ahli PAS di seluruh negara meninggalkan parti itu selepas ini dan menyertai GHB.

"Mereka secara berperingkat akan umum keluar PAS dan dalam hal ini, kami (GHB) tidak memaksa, dan memberi arahan kepada mereka supaya berbuat demikian, sebaliknya dilakukan atas kerelaan sendiri," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, GHB bersedia mengambil alih peranan PAS yang gagal menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum sejak beberapa penggal lalu dan prestasi itu tidak setanding dengan DAP dan PKR.

"Di negeri ini (Pulau Pinang), kita bagi bertanding di 5 kerusi DUN tetapi menang satu saja berbanding PKR yang menang 10 kerusi, manakala DAP paling cemerlang kerana menang di kesemua 19 kerusi.

"Jadi, baki 4 kerusi DUN yang gagal ditawan oleh parti lama saya, akan digunakan GHB untuk bertanding," katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bekas ahli PAS yang menyertai parti baharu, termasuk GHB, perlu meletak jawatan mereka kerana sudah berbai'ah sewaktu menerima tawaran bertanding menjadi wakil rakyat. -TMI


ULASAN GB

Presiden PAS menyatakan wakil rakyat yang tak letak jawatan akan dilaknat. Sebelum ini Mursyidul Am PAS, Dr.Haron Din mengeluarkan "fatwa"nya haram gaji dan elaun jika wakil rakyat PAS menyertai parti lain.

Memang pelik dan teruk sekali kenyataan-kenyataan berkenaan kerana jika demikian, kesemua wakil rakyat PAS kena letak jawatan sebab PAS sendiri telah khianat denagn rakan-rakan sepakatan sehinggan Pakatan Rakyat kini sudah hancur binasa. Kesemua gaji dan elaun wakil-wakil rakyat PAS yang masih kekal di dalam PAS itulah yang sebenarnya haram kerana rakyat mengundi mereka bukan kerana mereka PAS semata-mata tetapi adalah kerana pada pilihanraya rakyat mengundi di atas dasar mereka adalah calon Pakatan Rakyat.

Jika mengundi di atas dasar PAS semata-mata, cuba lihat di kerusi-kerusi dimana pertandingan tiga penjuru iaitu di

1) Dun Kota Damansara (Selangor)
2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang)
3) Dun Panti (Johor)
4) Dun Kota Putra (Trengganu)
5) Dun Bukit Besi (Trengganu)
7) Dun Seberang Takir (Terengganu)
6) Parlimen Labuan.

Ketujuh-tujuh kerusi tersebut akhirnya terlepas kepada Umno/BN! Di Sungai Acheh PAS dengan calonnya Mohd Yusni Mat Piah TELAH HILANG DEPOSIT dengan hanya mendapat 690 undi. Jadi jangan lupa, dengan restu Hj Hadi, PAS telah mengkhianati tahalluf siyasi dengan rakannya sewaktu PRU-13 lepas dan PAS kecundang di tempat-tempat yang tidak dibantu rakan dari Pakatan Rakyat. Lagi mahu sembang kencang dan mahu tunjuk lagak.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan dimana calon-calon PAS yang khianat dengan Pakatan Rakyat itulah yang bakal dihukum oleh rakyat. Gaji dan elaun merekalah yang lebih "syubhah".

Selain itu sebelum ini GB pernah menyatakan bahaimana pula wakil rakyat PAS yang gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat sepertimana yang diamanahkan? Mengapa Majlis Syura tidak mengeeluarkan hukum tentang gaji dan elaun yang diterimanya? Petikan:

Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali.

Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu tiga undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan dan Undang-undang GST.

Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun!

Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi.

Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie.

Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga. Bukankah ahli parlimen juga ada mengangkat sumpah semasa ditabalkan menjadi seorang MP untuk berkhidmat dengan amanah dan jujur

Lepas tu hebat dan segera pula nak barua, celaka, mentololkan orang lain dan kini nak melaknat orang.

Kita menunggu hukum kebenaran dan keadilan yang akan terus berjalan untuk menghukum pimpinan tertinggi PAS dan PAS sendiri lantaran pengkhianatannya kepada rakyat. Nanti akan ketahuilah semua siapa yang barua, celaka, tolol dan terlaknat yang sebenarnya....

InsyaAllah, berani kerana benar!



ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





Posted: 25 Aug 2015 03:45 AM PDT

Panglima Utara's photo.Kalau GHB bukan ancaman buat PAS kenapa presideng pas asyik serang GHB 

Harapan Baru ibarat 'nyamuk kecil'

ALOR SETAR - Pas menyifatkan Harapan Baru umpama 'nyamuk kecil' yang mengganggu ketenteraman parti, namun ia bukanlah suatu masalah besar kepada parti.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu pernah berdepan cabaran lebih besar sebelum kemunculan Harapan Baru dan semua masalah itu mampu diatasi sebaiknya.


"Kita anggap ia seperti nyamuk kecil, bukan cabaran besar. Pas pernah hadapi cabaran lebih besar pada tahun 80-an apabila presiden Pas keluar parti, diikuti lebih 10 pimpinan utama sehingga hanya tinggal seorang ahli parlimen ketika itu, iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik 



Mat," katanya, pada sidang media, selepas merasmikan Himpunan Tolak BN atau Perhimpunan Beristiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 8.0), di Kompleks Pas Kedah, semalam.

Menurutnya, parti itu mampu bangkit semula selepas apa yang berlaku dan membuktikan kes terpencil seperti kewujudan Harapan Baru, mampu diatasi.


"Masalah itu lebih mencabar dari sekarang ini. Kita boleh bangkit semula malah dapat menarik lebih ramai penyertaan dari golongan muda," katanya.


Mengulas dakwaan konon Pas kini seolah-olah kembali kepada parti bertaraf kampung atau mengundur, Abdul Hadi bertegas mengatakan hanya pendekatan parti yang berubah.


"Dasar dan matlamat parti tidak berubah, hanya pendekatan kita berubah. Kita dapat lihat kini Pas bukan lagi parti kampung kerana sudah melibatkan semua peringkat masyarakat.


"Ahli Pas bukan sahaja dari golongan agamawan, tetapi termasuk profesional di mana penyertaan mereka semakin meningkat," katanya.


Mengulas mengenai tema perhimpunan, 'Istiqamah Hingga Kemenangan', Abdul Hadi berkata, ia mengingatkan ahli supaya sentiasa beristiqamah secara konsisten dan tidak berganjak daripada dasar dan perjuangan Pas yang membawa rahmat kepada seluruh masyarakat majmuk.

Pas Selangor Umum Pengganti Khalid Dan Dr. Mariah

Posted: 25 Aug 2015 03:00 AM PDT


SHAH ALAM - Badan Perhubungan Pas Selangor hari ini mengumumkan pihaknya telah mengambil alih pentadbiran tiga kawasan Pas di negeri itu iaitu di Kota Raja, Shah Alam dan Kelana Jaya.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pengambilalihan tiga kawasan tersebut dibuat mengikut peruntukan dalam Fasal 26(9)(j) Perlembagaan Pas (Pindaan 2011).

"Jawatankuasa Tadbir Sementara ini berkuasa untuk melaksanakan fungsi-fungsi dan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan dan ia bagi melicinkan proses mengisi kekosongan jawatan.

"Pentadbiran Pas Kota Raja dan Shah Alam, proses pelantikan jawatan-jawatan pemangku dan ahli jawatankuasa kerja kawasan itu telah disahkan setiausaha agung Pas Pusat dalam satu pertemuan pada 21 Ogos lalu di Pejabat Agung Pas," katanya pada sidang media di Badan Perhubungan Pas Selangor, di sini, hari ini.

Beliau mengulas peletakan jawatan beramai-ramai ahli jawatankuasa Pas Selangor di beberapa kawasan termasuk semalam seramai 10 pemimpin dari kawasan Hulu Langat.

Ahmad Yunus juga turut mengumumkan muka baharu bagi menggantikan Yang Dipertua Pas Kota Raja dan Shah Alam, masing-masing ialah Muhammad Diah Baharom dan Abdul Halim Omar, manakala Kelana Jaya akan diumumkan pada minggu ini.

Jawatan tersebut menjadi kosong apabila Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Khalid Samad (Shah Alam) mengumumkan meletakkan jawatan dalam Pas, pada minggu lalu.

Dalam pada itu, Ahmad Yunus berkata lagi, peletakkan jawatan itu tidak menjejaskan urusan pentadbiran dan pengurusan Pas di tiga kawasan terbabit.

"Peletakkan jawatan ahli-ahli tersebut juga tidak memberi kesan terhadap status pembubaran kawasan dan cawangan kerana kuasa untuk membubarkan cawangan adalah di bawah kuasa Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berdasarkan Fasal 26(9)(j)," katanya lagi
 
 

Pas Selangor Cabar GHB Kosong Kerusi

Posted: 25 Aug 2015 02:15 AM PDT



PAS Selangor tidak akan berkompromi dengan anggota Gerakan Harapan Baru (GHB) jika mereka mahu turut bertanding di kawasan yang ditandingi calon PAS dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Kalau mereka anggap PAS akan beri laluan dalam pilihan raya umum akan datang, PAS tidak akan beri laluan sebab itu kerusi kita," kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, lapor Bernama.

Katanya jika anggota GHB bercadang untuk bertanding dalam pilihan raya, adalah lebih baik mereka bertanding di kerusi yang tidak ditandingi calon PAS.

"30 tahun akan datang sejarah akan mengingati GHB sebagai parti yang memenangkan BN dalam PRU akan datang dan inilah faktor kekalahan kalau berlaku pertandingan tiga penjuru," kata Mohd Khairuddin dalam sidang media semalam.

Ditanya mengapa PAS tidak memecat serta-merta anggota yang meletak jawatan dan menyertai GHB, Mohd Khairuddin berkata Perlembagaan PAS menyebut bahawa keanggotaan akan terlucut dengan sendirinya apabila mana-mana anggota menyertai parti lain.

"Jika gentleman kosongkan kerusi (bagi ADUN dan anggota Parlimen yang berhasrat sertai GHB), ...biar rakyat tentukan," katanya sambil mendakwa anggota GHB seolah-olah bertindak seperti jurucakap kepada DAP yang menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.

Kelmarin, sebanyak 18 AJK PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Yang Dipertuanya Izham Hashim meletak jawatan bagi menyertai GHB. Sebelum ini beberapa pemimpin PAS kawasan Shah Alam, Kota Raja, Klang dan Kapar juga telah meletak jawatan.

- Bernama

Apa Dah Jadi Dgn Msiaku Yg Tercinta?Byk Betul Benda2 Pelik Yg Berlaku Akhir2 Ini..

Posted: 25 Aug 2015 01:30 AM PDT

Mohd Nizam's photo.
-Tpm Digugurkan Krana Persoalkan Skandal 1MDB.
-Peguam Negara Yg Sdang Kendalikan Kes 1MDB Ditamatkan Tugas.


-Pasukan Penyiasat Khas Skandal 1MDB, Tiba2 Dibubarkan.


-Pegawai Sprm Yg Sdang Siasat Skandal 1MDB Ditahan Dan Disoal Siasat Polis.


-Pegawai Sprm Yg Siasat Skandal 1MDB,Tiba2 Ditukarkan Ke JPM.


-Tiba2 Pertukaran Pegawai2 Sprm Itu Ke JPM Itu Pula Dibatalkan.


-Timbalan Pengarah Cawangan Khas Yg Siasat Skandal 1MDB Itu Pula Tiba2 Ditukarkan Ke JPM,Yg Pelik Jawatan Beliau Di JPM Itu Blmpun Wujud.


-Yg Terbaru,Yg Paling Pelik Drp Segala Perkara Yg Pelik Ialah Terpinggirnya Sprm Drp Pasukan Petugas Khas,National Revenue Recovery Enforcement 


Team,Yg Ditugaskan Utk Mnyiasat Isu 1MDB..

-Nak Siasat Penyelewengan,Salahguna Kuasa Dan Rasuah Dlm Skandal 1MDB,TAPI SPRM DIPINGGIRKAN?Ajaib..Ajaib..


-Mungkin Lps Ini,Sprm Hanya Diberi Tugas Utk Menyiasat Serangga2 Yg Merosakkan Tanaman Bersama Jabatan Pertanian Kot?