Ahad, 23 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Ditukarkan ke JPM, tapi jawatan tidak wujud MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

Posted: 23 Aug 2015 11:00 PM PDT


Abdul Hamid Bador


DAMANSARA - Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador berkata, ada sesuatu yang pelik berlaku terhadap pertukaran beliau ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ujarnya, walaupun beliau diminta untuk ditukarkan ke JPM namun katanya semakan beliau ke atas JPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) jawatan beliau ke JPM itu belum wujud.

"Sekarang ini saya akan tunggu 17 September ini (hari terakhir lapor diri), mereka beri sebulan untuk saya lapor diri di JPM, yang hairankan saya, bila saya tanya JPM, jawatan tu 'tak ready' (tidak sedia) lagi. 

Masih nak berbincang dengan JPA.

"Kalau dah ada jabatan itu, dalam cuti pun saya sanggup pergi, saya batal cuti lapor diri, jawatan pun tiada lagi. Kalau kata ini pengiktirafan, minta maaflah...

"Pada saya, kalau dah jawatan pun belum bersedia, JPA tidak tahu, jadi saya tunggulah. Sama ada saya akan lapor atau tidak," katanya.

Mengulas lanjut Abdul Hamid berkata, pertukaran beliau ke JPM telah dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Dua minggu sebelum ini pada Jumaat tiga petang saya dipanggil oleh TPM untuk ke pejabat beliau di tingkat 31, Bukit Aman, sebagai pegawai kerajaan yang taat saya pun pergi menghadap beliau.

"Apabila saya dipanggil masuk, perkataan pertama yang keluar dari Zahid Hamidi ialah, Datuk kita kawan tuk. Kita sahabat kita kenal satu sama lain. Saya hanya nak sampaikan pada datuk bahawa saya sudah jumpa PM dan PM telah beri saya dua pilihan. Sama ada saya ditukar ke Majlis Keselamatan Negara atau ke Jabatan Perdana Menteri.

"Saya tergamam dan terkejut sebab sebelum ni saya ada merayu pada Tan Sri Khalid Abu Bakar, saya rayu secara peribadi dengan beliau. Beliau akur wujudnya desas-desus. Saya tak tau macam mana dia dapat tahu tetapi mungkin dimaklumkan dalam mesyuarat," katanya.

Katanya, kenyataan Ahmad itu sangat berat baginya kerana merasakan seperti jasanya tidak dihargai.
"Berat betul hukuman saya terima, sampai kena keluar PDRM saya kata dalam hati. 

Macam seolah-olah saya dah lakukan dosa besar tak boleh diampunkan, kena dijinak di luar PDRM. Saya kata Alhamdulillah.

"Saya tidak bertanya banyak, saya tanya TPM, saya tahu datuk, tahu sebab apa saya tidak dikehendaki dalam PDRM," katanya.

Namun ujarnya dia tidak kecewa sebaliknya akan terus memberi bakti dan bercakap perihal yang dirasakannya benar.

"Ada kata saya kecewa sebab tidak jadi pengarah, bukan."

"Tetapi pertukaran ini tidak akan menghentikan saya daripada saya melontarkan pandangan, saya ada hak di bawah perlembagaan dan undang-undang, dan saya tahu keterbatatasan dan apa yang perkara apa tidak boleh saya bercakap," katanya.


Dicatat oleh ELBI RISALAH

PM Singapura Mngeluarkan "PERIBAHASA"

Posted: 23 Aug 2015 10:15 PM PDT

Isnin, 24 Ogos, 2015.

LCD Text Generator at TextSpace.net Najib Menanti Saat Umno Pecah Berderai Abu Hassan Adam Jikalau aku tak silap, pernah pada suatu ketika dalam tahun-tahun 1960an, selepas penubuhan Malaysia, Saudara Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura mengeluarkan 'peribahasa' mengatakan bahawa 'orang yang mengantuk adalah makanan si jaga dan si bodoh adalah makanan si cerdik'. Tentu ada sebabnya mengapa beliau menyatakan 'peribahasa' berkenaan.

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web
Perdana Menteri Singapura mengeluarkan 'peribahasa' mengatakan bahawa 'orang yang mengantuk adalah makanan si jaga dan si bodoh adalah makanan si cerdik'.

Tentu ada sebabnya mengapa beliau menyatakan 'peribahasa' berkenaan. Yang aku boleh rasakan bahawa beliau menyatakan demikian ialah dalam suasana orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu, dilihat sebagai golongan yang tidak begitu cerdik dan boleh diputar-belitkan, disamping mengingatkan rakyat Singapura supaya sentiasa cerdik dan waspada dalam menghadapi apa juga keadaan ketika itu ( dalam suasana politik yang amat genting yang akhirnya membawa kepada perpisahan antara Singapura dari Malaysia).

Suasana politik di Malaysia kini kelihatan seolah-olah DS Najib bergantung kepada 'talian hayat' yang menghubungkan beliau dengan sebahagian besar ahli UMNO yang masih boleh 'diperkotak-katikan'.

Kepada merekalah para pemimpin memberikan berbagai alasan (yang diciptakan sendiri oleh mereka) untuk meyakinkan para ahli UMNO peringkat akar umbi bahawa sebenarnya DS Najib menerima sumbangan wang sejumlah RM 2.6 billion dari seseorang penderma dari Timur Tengah.

Ahli UMNO akar umbi yang merupakan golongan yang mudah percaya tentang apa saja yang dikatakan oleh pemimpin mereka terus percaya dan yakin tanpa banyak bicara dan tidak pernah terfikir untuk mempersoalkan rasional dan lojik tidaknya penjelasan yang diberikan.

Rakyat Malaysia yang waras cara berfikirnya telah melemparkan tuduhan 'bodoh' kepada ahli UMNO yang bersikap demikian.

Ada juga alasan mengapa golongan yang berpelajaran ini menggelarkan golongan ahli UMNO itu sebagai golongan yang agak 'bodoh' kerana boleh ditipu dan diputar-belit oleh pemimpin mereka.

Hairan juga mengapa golongan UMNO yang sebegini boleh yakin dan percaya dengan penjelasan yang diberikan sedangkan terlalu banyak fakta yang 'tidak masuk akal' yang diberikan oleh para pemimpin dalam usaha meyakinkan golongan UMNO akar umbi itu.

Namun dengan penjelasan yang sedemikian para pemimpin UMNO berjaya dalam usaha meyakinkan pengikut supaya memberikan sokongan kepada kepimpinan tertinggi UMNO.

Aku merasakan bahawa pemimpin akar umbi UMNO tidak bodoh tetapi 'lurus bendul'. Mereka tidak langsung mahu menyusahkan fikiran mereka memikirkan perkara-perkara yang semacam tidak kena mengena dengan kehidupan seharian mereka.

Mereka tidak merasakan keperitan hidup seharian mereka sekiranya nilai mata wang kita terus merudum kerana mereka tidak merasakan keperitannya sekiranya berkunjung ke laur negara.

Mereka tidak pernah pun keluar negara. Dengan demikian mereka tidak akan dapat merasakan keperitan sedemikian. Mungkin bagi mereka yang mempunyai anak belajar di luar negara akan merasa keperitan sedemikian. Itupun atas tajaan kerajaan.

Justeru mereka semacam 'tidak peduli' tentang apa yang berlaku. Mereka begitu 'bersyukur' dengan kehadiran pemimpin negara di mesyuarat UMNO di tempat mereka dan dapat pula bertemu muka dan beramah mesra dengan pemimpin 'kesayangan' mereka.

Disamping itu pasti pula diberikan 'cenderahati' dan 'buah tangan' yang pastinya lumayan yang semacam seumur hidup tidak pernah dinikmati oleh mereka.

Lantas mereka akan 'mengangguk' dan 'terus mengangguk' dengan apa saja yang diperkatakan oleh pemimpin mereka tanpa berfikir panjang, apatah lagi untuk mempersoalkan kerasionalan apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka.

Aku tak kata semuanya begitu tetapi kebanyakannya semacam begitulah. Sebenarnya bukan ahli UMNO itu yang bodoh tetapi diperbodohkan oleh setengah pemimpin UMNO yang memberikan penjelasan yang cuba 'membohongi' ahli UMNO itu sendiri.

Rakyat Malaysia pada umumnya sudah faham dan jelas tentang hal-hal yang berkaitan dengan IMDB dan RM 2.6 billion itu. Jelas.

Tetapi yang nampak kurang jelas ialah para ahli UMNO yang terus mengangguk apabila dijelaskan oleh para 'pemimpin' mereka. Maknanya mereka setuju 100% apa yang disampaikan oleh para pemimpin mereka.

Sampai bila agaknya keadaan jadi begini. Golongan yang bimbang dengan keadaan yang akan menimpa negara ini terus menerus 'melolong' dan 'melalak' seperti anjing menyalak bukit sedangkan golongan yang mempertahankan 'status Quo' menggunakan ahli UMNO peringkat akar umbi sebagai menyambung 'talian hayat' mereka untuk terus menerus memerintah negara ini.

Dan yang paling malangnya ialah sudah kelihatan semacam negara ini sudah tidak berperaturan dan undang-undang dimana para pemimpin sudah sewenang-wenangnya melakukan apa saja yang terlintas di hati dan kepala mereka. Mungkin agaknya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang menunggu saat-saat negara tercinta ini menjadi 'padang jarak padang terkukur'.

Atau pun mungkin mahu mellihat negara ini menjadi nasi yang sudah menjadi bubur. Dan sekiranya negara ini dapat diselamatkan, kedudukan UMNO belum tentu selamat.

Mungkin DS Najib menunggu dan menanti saat UMNO pecah berderai……

abuhassanadam ( KERENGGA )

UNDI TAK PERCAYA: TIBA MASANYA MP BN CINTA SEJARAH!

Posted: 23 Aug 2015 09:30 PM PDT

Undi tak percaya: Tiba masanya MP BN cinta sejarah!

WAKIL RAKYAT SERTAI GHB TIDAK PERLU LETAK JAWATAN – AHMAD AWANG

Posted: 23 Aug 2015 09:00 PM PDT


JAWAPAN AZMIN ALI DI DEWAN UNDANGAN NEGERI

Posted: 23 Aug 2015 08:30 PM PDT


 
JAWAPAN AZMIN ALI DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR MENGENAI DEIG MENGAMIT LEBIH BANYAK KEMUSYKILAN DAN KESANGSIAN DARI KEYAKINAN 

Nampaknya segala penjelasan yang diberikan oleh Azmin Ali dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru masih tidak dapat memuaskan hati rakyat ... lagi diberikan penjelasan lagi menimbun persoalan ragu dan sangsi terbentuk diminda rakyat. 

Jalan terbaik ialah buat debat terbuka yang membolehkan rakyat menilai ... biar ahli ekonomi kedua belah piahk mengambil bahagian dengan para penonton dibenarkan mengajukan soalan-soalan.






 Nampaknya segala penjelasan yang diberikan oleh Azmin Ali dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru masih tidak dapat memuaskan hati rakyat ... lagi diberikan penjelasan lagi menimbun persoalan ragu dan sangsi terbentuk diminda rakyat. 

Jalan terbaik ialah buat debat terbuka yang membolehkan rakyat menilai ... biar ahli ekonomi kedua belah piahk mengambil bahagian dengan para penonton dibenarkan mengajukan soalan-soalan.


Blogger:  Omak Kau !!!
JAWAPAN AZMIN ALI DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR MENGENAI DEIG MENGAMIT LEBIH BANYAK KEMUSYKILAN DAN KESANGSIAN DARI KEYAKINAN Nampaknya segala penjelasan yang diberikan oleh Azmin Ali dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru masih tidak dapat memuaskan hati rakyat ... lagi diberikan penjelasan lagi menimbun persoalan ragu dan sangsi terbentuk diminda rakyat. Jalan terbaik ialah buat debat terbuka yang membolehkan rakyat menilai ... biar ahli ekonomi kedua belah piahk mengambil bahagian dengan para penonton dibenarkan mengajukan soalan-soalan.

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Pasai apa Najib masih tak saman Sarawak Report, WSJ...

Posted: 23 Aug 2015 08:00 PM PDT


DAP hari ini mengajukan soalan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum menyaman Sarawak Report dan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan mereka mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dikatakan dipindahkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Ia susulan pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mengatakan tiada satu sen pun dari wang itu datang daripada dana pencen kerajaan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, laman web pemberi maklumat dan akhbar kewangan itu mendakwa dengan jelas, RM42 juta dana yang berasal dari bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd, disalurkan terus ke dalam akaun bank peribadi Najib.

"Kalau Zahid begitu pasti tiada wang yang masuk ke akaun perdana menteri datangnya dari SRC International, yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada KWAP, kenapa Najib tidak menyaman kedua-dua WSJ dan Sarawak Report kerana membuat fitnah?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagaimana timbalan perdana menteri yang baru ini boleh buat kesimpulan yang ketuanya tidak pernah menerima satu sen pun dari SRC International, yang dibiayai sepenuhnya dengan wang RM4 bilion daripada KWAP, dijamin oleh Kerajaan Persekutuan?

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata sekiranya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi begitu pasti tiada wang yang masuk ke akaun perdana menteri datangnya dari SRC International, mengapa beliau tidak menyaman kedua-dua WSJ dan Sarawak Report kerana membuat fitnah?

"Oleh itu, adakah Zahid berbohong, bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada ahli Umno, hanya untuk membantu perdana menteri supaya terus berkuasa, sebagai ganjaran kerana menaikkan pangkat beliau?" soal Pua. Zahid berkata semalam, wang AS$700 juta itu bersumberkan hanya seorang penderma dari Timur Tengah, dan ia disalurkan melalui pelbagai syarikat untuk mengelak daripada dikesan.

"Tiada wang KWAP digunakan oleh Umno atau didepositkan ke dalam akaun Najib. Saya lihat dokumen-dokumennya," katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri Gading di Johor. "AS$100 juta yang pertama adalah cek atas nama Najib.

Pemindahan dana berikutnya melalui pelbagai saluran dan firma kerana penderma tidak mahu dilihat yang satu cek besar ditulis di bawah nama Najib," katanya.

Zahid berkata, semua sumbangan yang dibuat penderma itu bertujuan membantu Umno sebagai pembiayaan politik. – tmi Why hasn't Najib sued Sarawak Report, WSJ... Ridhuan_Abdul_600 Another folklore... 'Arab king and prince' gave Najib the RM2.6billion...

An Umno divisional leader said today that an "Arab king and prince" had donated the US$700 million (RM2.6 billion) in funds reportedly deposited in private bank accounts in the name of Umno president and prime minister Najib Razak. Kepong Umno division chief Ridhuan Abdul Hamid said the money was meant to be a political donation for use in the 2013 general election.

He said the Arab family had made the donation "because of Najib's anti-Jewish stance", according to Malay Mail Online. "Because of that, the Arab king,

Arab prince generously made the political donation for use during the 13th general election," he was quoted as saying in a speech at the division's delegates meeting. News reports last month had linked the deposit to companies associated with the governent's investment arm 1Malaysia Development Bhd which is under investigation after reports of its debts and dubious financial investments.

However Najib said the money was a donation and the anti-corruption agency MACC said it had come from donors in the Middle East.

Yesterday, Umno vice-president Ahmad Zahid Hamidi revealed that he had met with representatives of the Middle Eastern donor's family and was told that the money was to help keep Umno and the Barisan Nasional in power, as Malaysia was a Sunni country. - fmt Nasi Putih -

Another new piece of info - king and prince. What's next after this. Why don't you all sit down with your spin doctors and work out a cohesive and 360° story with no inconsistencies among the various appointed defenders ?instead of ridiculous blunders as if there's a challenge to see who is more stupid. Barney Muthu -

WOW! this guy Ridhuan Abdul Hamid msut have been beside Najib in Saudi Arabia with Ahmad Zaid when the money was handed over to Najib. First eye witness. Thomas Chong -

Seem like UMNO is very good in making up and telling fairy tales. Yes! Plenty of fairy tales come soon from UMNO again and again! Aren't they have something more important to do than telling fairy tales? Lim Hong Kai - Why the Arabs are so generous to UMNO only? There are many countries in the region who are against extremists in Islam. They never receive billion dollar help from them. Why? Why? Very suspicious.

Derek Lim - Yeah, you are right. An Arab king and prince not only gave him rm2.6 billions, but a flying carpet and a magical lamp too to aid him in fighting the Zionist..lol...Never mind that Zionist and Jews don't exist in bolehland . He can now put his hardly used little dumb brain to turbo mode and fantasise that he is riding on the flying carpet and whacking the head of those non existant jews with the magical lamp... Tahukah siapa 'Geng Hang Tuah' dan 'Si Kitol'...

Dalam suasana kemusykilan tentang misteri pemindahan kakitangan dan penamatan kontrak pegawai dalam badan penguatkuasaan dan entiti penyiasatan kawal selia yang berkaitan dengan agensi pelaburan kerajaan yang diselubungi hutang 1MDB, bekas orang nombor dua polis Cawangan Khas (SB) telah mendakwa satu penutupan sedang dilakukan. Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, bekas timbalan pengarah SB Abdul Hamid Bador telah mendakwa kewujudan sebuah kumpulan sulit yang beliau gelar "Geng Hang Tuah" sedang cuba untuk menggagalkan penyiasatan 1MDB.

Walaupun enggan untuk mendedahkan identiti mereka yang terlibat buat masa ini, Abdul Hamid memberitahu portal berita itu tentang konspirasi yang dikatakan apabila beliau ditanya mengenai mesej WhatsApp palsu yang tersebar yang melibatkan beliau.

Mesej palsu itu mendakwa bahawa beliau akan membuat satu laporan ke atas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa terlibat dalam satu konspirasi dengan editor laman sesawang pemberi maklumat Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak. Menyalahkan Geng Hang Tuah untuk mesej palsu itu,

Abdul Hamid mendakwa bahawa kumpulan itu didalangi oleh 'Si Kitol', menggunakan nama pengkhianat yang menjual rahsia ketenteraan Melaka kepada Portugis, justeru membenarkan kuasa Barat itu mengalahkan kerajaan Melayu. "Saya pasti ianya datang dari kumpulan Hang Tuah yang bertanggungjawab terhadap maklumat palsu ini, termasuklah individu yang dikenali sebagai Si Kitol,"

Abdul Hamid memberitahu portal berita itu, berikrar untuk mendedahkan individu itu apabila tiba masanya.

Beliau dilaporkan berkata bahawa kumpulan sulit itu mahu menghentikan sebarang siasatan atau soal jawab berkaitan 1MDB dan sanggup untuk "mencium tangan untuk melindungi kepentingan peribadi".

Abdul Hamid turut memberitahu portal itu bahawa beliau telah diberi amaran supaya berjaga-jaga tentang perkara ini, tetapi berikrar untuk tetap memberitahu perkara sebenar. Bekas orang nombor dua SB itu telah dipindahkan ke Jabatan Perdana

Menteri untuk ditangungjawabkan menjaga jabatan sekuriti baru dan juga telah diarahkan untuk bercuti sebelum melakukan tugas baru beliau.

Beliau mendakwa kurang jelas tentang sebabnya walaupun KPN Khalid Abu Bakar berkata bahawa pemindahan itu adalah normal.

Pemindahan Abdul Hamid diikuti persaraan ketua SB Akhil Bulat bulan lau, telah menjurus kepada persoalan adakah cawangan perisikan hebat polis itu sedang 'dibersihkan'. - Hazlan Zakaria,theantdaily Jom join kami... cheers.



Posted by ali allah ditta

NAJIB SEMAKIN HARI SEMAKIN MERAPU ? Saya juga ada hak dalam parti, kata Najib

Posted: 23 Aug 2015 07:30 PM PDT

 
Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star di Alor Star, hari ini. Beliau menegaskan akan terus memimpin parti kerana dipilih menerusi sistem yang demokratik.

Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star di Alor Star, hari ini. Beliau menegaskan akan terus memimpin parti kerana dipilih menerusi sistem yang demokratik. .

Sebagai presiden Umno yang dipilih oleh perwakilan menerusi sistem pemilihan parti yang demokratik, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mempunyai hak di dalam parti.

Oleh kerana itulah, katanya beliau akan terus memimpin Umno.

"Saya juga ada hak dalam parti. Saya dipilih oleh perwakilan dalam sistem yang paling demokratik dalam Umno, tiada undi bonus, tiada kuota, terbuka, ahli Umno pilih saya. Selagi ahli Umno pilih saya, mahu pada saya, saya tetap akan terus memimpin Umno," katanya.

Perdana menteri berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star di Alor Star hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah.

Najib berkata sebagai "orang parti" yang berkecimpung di dalam politik selama lebih 40 tahun, beliau akan terus mempertahankan maruah dan kepentingan parti.

Katanya, ada juga yang mengatakan beliau "tidak cengeng" dan lembut dalam memimpin parti dan kerajaan.

"Orang kata saya tak cengeng, saya lembut tetapi jangan, (kerana) ada hadnya. Saya berpegang kepada prinsip, jangan 'korek kapal,'" katanya yang merujuk kepada mereka yang merosakkan parti daripada dalam.

Najib berkata, ada perkara dan benda yang tidak sepatutnya "dikorek" dan sekiranya mahu "mengoreknya" juga, boleh bertemu dengan beliau secara tertutup.

"Kalau nak korek, datang jumpa saya secara tertutup, saya hormat. Tapi jangan buat secara terbuka dan rosakkan parti, saya tak hormat," katanya.

Perdana menteri memberikan analogi permainan bola sepak iaitu beliau sebagai pengurus pasukan memiliki kata putus di dalam pemilihan pemain-pemain dan posisi mereka sama ada di bahagian pertahanan, tengah dan penyerang.

"Kita main sebagai satu pasukan dan jikalau ada orang jaringkan gol sendiri, apa saya nak buat sebagai pengurus?" katanya.

Najib berkata apa yang penting di dalam Umno adalah anggotanya mengamalkan sikap dan semangat berpasukan yang tinggi bagi memastikan parti dapat mengatasi cabaran yang mendepaninya.

Katanya kerjasama erat sesama anggota, kesetiaan dan kasih sayang terhadap parti akan memastikan kejayaan Umno dan Barisan Nasional (BN) di dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Sebagai presiden Umno dan pengerusi BN, katanya beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap parti dan anggotanya.

Beliau mahu anggota Umno mencontohi kesetiaan yang ditunjukkan oleh Bashah yang tidak membantah ketika Mukhriz dipilih sebagai menteri besar Kedah walaupun ketika itu beliau merupakan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. – Bernama,


- See more at: http://www.themalaysianinsider.

Saya juga ada hak dalam parti, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star di Alor Star, hari ini. Beliau menegaskan akan terus memimpin parti kerana dipilih menerusi sistem yang demokratik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 Ogos, 2015.Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star di Alor Star, hari ini. Beliau menegaskan akan terus memimpin parti kerana dipilih menerusi sistem yang demokratik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 Ogos, 2015.
Sebagai presiden Umno yang dipilih oleh perwakilan menerusi sistem pemilihan parti yang demokratik, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mempunyai hak di dalam parti. Oleh kerana itulah, katanya beliau akan terus memimpin Umno.
"Saya juga ada hak dalam parti. Saya dipilih oleh perwakilan dalam sistem yang paling demokratik dalam Umno, tiada undi bonus, tiada kuota, terbuka, ahli Umno pilih saya. Selagi ahli Umno pilih saya, mahu pada saya, saya tetap akan terus memimpin Umno," katanya.

Perdana menteri berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star di Alor Star hari ini. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah.
Najib berkata sebagai "orang parti" yang  berkecimpung di dalam politik selama lebih 40 tahun, beliau akan terus mempertahankan maruah dan kepentingan parti.
Katanya, ada juga yang mengatakan beliau "tidak cengeng" dan lembut dalam memimpin parti dan kerajaan.
"Orang kata saya tak cengeng, saya lembut tetapi jangan, (kerana) ada hadnya. Saya berpegang kepada prinsip, jangan 'korek kapal,'" katanya yang merujuk kepada mereka yang merosakkan parti daripada dalam.
Najib berkata, ada perkara dan benda yang tidak sepatutnya "dikorek" dan sekiranya mahu "mengoreknya" juga, boleh bertemu dengan beliau secara tertutup.
"Kalau nak korek, datang jumpa saya secara tertutup, saya hormat. Tapi jangan buat secara terbuka dan rosakkan parti, saya tak hormat," katanya.
Perdana menteri memberikan analogi permainan bola sepak iaitu beliau sebagai pengurus pasukan memiliki kata putus di dalam pemilihan pemain-pemain dan posisi mereka sama ada di bahagian pertahanan, tengah dan penyerang.
"Kita main sebagai satu pasukan dan jikalau ada orang jaringkan gol sendiri, apa saya nak buat sebagai pengurus?" katanya.
Najib berkata apa yang penting di dalam Umno adalah anggotanya mengamalkan sikap dan semangat berpasukan yang tinggi bagi memastikan parti dapat mengatasi cabaran yang mendepaninya.
Katanya kerjasama erat sesama anggota, kesetiaan dan kasih sayang terhadap parti akan memastikan kejayaan Umno dan Barisan Nasional (BN) di dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Sebagai presiden Umno dan pengerusi BN, katanya beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap parti dan anggotanya.
Beliau mahu anggota Umno mencontohi kesetiaan yang ditunjukkan oleh Bashah yang tidak membantah ketika Mukhriz dipilih sebagai menteri besar Kedah walaupun ketika itu beliau merupakan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. – Bernama,
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-juga-ada-hak-dalam-parti-kata-najib#sthash.kIGLRXka.dpuf

Siasatan terhadap RM2.6 bilion dalam akaun Najib masih berjalan, kata SPRM

Posted: 23 Aug 2015 07:00 PM PDT


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menjelaskan siasatannya terhadap derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih diteruskan.

Ia menegaskan yang ia sebelum ini hanya menyebut, melalui kenyataan akhbar bertarikh 3 dan 5 Ogos, yang dana RM2.6 bilion itu merupakan sumbangan daripada penderma berasal dari Timur Tengah dan bukannya dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Merujuk kepada kenyataan beberapa pihak berhubung isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri, SPRM menafikan Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed atau SPRM sendiri, pernah mengeluarkan kenyataan yang siasatan berkenaan isu dana RM2.6 bilion itu ditutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Sehubungan itu, SPRM menekankan siasatan berkenaan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion masih berjalan."

Selain dana RM2.6 bilion itu, agensi itu juga meneliti SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, yang kini milik Kementerian Kewangan.

SPRM semalam mengeluarkan notis meminta 3 individu, ahli perniagaan hartawan Low Taek Jho, bekas pengarah urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan pengarah Datuk Suboh Mohd Yassin tampil membantu siasatan.

SPRM berkata, tiada pihak sepatutnya membuat sebarang kenyataan yang akan mengelirukan orang ramai dan menimbulkan persepsi negatif terhadap agensi itu.

Najib baru-baru ini mendakwa beliau sudah dibersihkan SPRM berhubung wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya, yang beliau ulangi, diterimanya bagi pihak Umno, atas kapasiti sebagai presiden, dan bukan untuk kegunaan peribadinya.

Penyokongnya, termasuk anggota Kabinet, bersatu menyokong perdana menteri, mengatakan tiada salahnya wang disalurkan ke dalam akaun peribadi beliau kerana beliau salah seorang pemegang amanah bagi Umno.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata semalam, penderma itu membuat sumbangan kepada Umno supaya ia boleh mengalahkan DAP, yang didakwanya dibiayai Yahudi, sementara ketua bahagian Umno Kuantan Wan Adnan Wan Mamat berkata, RM2.6 bilion itu disumbangkan kepada Najib oleh Arab Saudi kerana menghargai pendiriannya menentang militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Tuduhan berhubung RM2.6 bilion dalam akaun Najib itu pertama kali didedahkan laporan The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai, memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata, beliau dan bendahari parti itu tahu mengenai kewujudan RM2.6 bilion itu.

The Star Online melaporkan beliau berkata, perkara itu sudah "dijelaskan berulang kali".

"Kami berkali-kali menjelaskan isu ini. Sebagai setiausaha agung, saya sedar mengenainya dan begitu juga bendahari parti," beliau dipetik sebagai berkata dalam ucapannya ketika mesyuarat Umno bahagian Setiawangsa pada Ogos 16. - TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.

Kami sayang Pas tapi kecewa...

Posted: 23 Aug 2015 06:30 PM PDT


Zar Ali's photo. SUNGAI PETANI - Bekas pimpinan Pas yang bertindak menubuhkan Harapan Baru mengakui masih sayang kepada parti itu.

Oleh itu, mereka tidak mahu bermusuh dengan parti Islam itu kerana sudah lama berkhidmat dengannya.

Bekas Ketua Muslimat Pas Pusat, Jamilah Ibrahim berkata, tindakan mereka menubuhkan parti baharu adalah untuk meneruskan kesinambungan perjuangan gerakan Islam.

"Saya sudah 30 tahun berkhidmat dalam Pas tetapi dalam keadaan sekarang kita tidak bermusuh dengan Pas.

"Kita sayang Pas dan tidak memusuhi mereka. Tapi kita kecewa apabila sudah hampir untuk mencapai ke Putrajaya, pimpinan tertinggi buat keputusan yang kita sendiri tidak mampu ikut," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Harapan Baru peringkat negeri di Dewan Hock Teik Soo, Sungai Lalang, di sini, malam tadi.

Disebabkan keputusan itu, beliau berkata, beberapa pimpinan Pas bertindak menubuhkan parti baharu untuk meneruskan perjuangan bersama PKR dan DAP.

"Saya akui kita tidak boleh bersendirian kalau nak berlawan dengan BN. Saya harap pimpinan dan ahli Pas tidak marah kepada Harapan Baru.

"Kami akan bersatu untuk tumbangkan Umno dan BN. Kita akan pastikan juga semua rakyat Kedah bersama parti baharu ini menjelang PRU14," katanya. - SH


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

'Tuduh DAP 'dibiayai' Yahudi fitnah jahat'

Posted: 23 Aug 2015 06:00 PM PDT


Zar Ali's photo. DAP menyifatkan kenyataan Ketua Umno Sri Gading Datuk Ab Aziz Kaprawi bahawa DAP "dibiayai" Yahudi sebagai "fitnah jahat dan terdesak" demi menutup skandal 1MDB dan sumbangan politik melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan pemimpin Umno itu sebagai "hilang akal dan janggal" sekaligus membuktikan parti itu kehilangan idea untuk memerintah dengan menutup dakwaan skandal rasuah dalam kerajaan.

"Oleh itu mereka akan buat fitnah besar yang bodoh tentang konspirasi Yahudi bersama dengan DAP, sungguhpun tidak benar sama sekali," kata Lim dalam satu kenyataan.

"Adalah lebih baik kerajaan persekutuan BN menjelaskan mengapa mereka berhubungan dengan syarikat kewangan besar antarabangsa yang dimiliki oleh Yahudi dalam urusan kewangan 1MDB," katanya lagi.



Semalam Ketua Umno Sri Gading Datuk Ab Aziz Kaprawi mendakwa derma diberi pihak tertentu dari Timur Tengah kepada Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bertujuan untuk membiayai perjuangan melawan DAP "yang dibiayai Yahudi".

Beliau berkata, jika parti itu kalah dalam pilihan raya, DAP yang disokong Yahudi akan berkuasa.
Mengulas lanjut, Lim berkata tidak logik langsung bahawa DAP boleh berkuasa sedangkan parti itu bertanding dalam 51 daripada 222 kerusi Parlimen.

Malah, katanya lagi, jika DAP menang semua pun tak mungkin jadi parti terbesar atau berkuasa.
"DAP hanya berdepan dengan calon Umno dalam dua kerusi Parlimen, di mana DAP menang satu dan kalah satu. Takkan perlu RM2.6 bilion untuk lawan DAP dalam dua kerusi Parlimen," kata Lim.

Sehubungan itu, Lim berkata pihaknya akan membuat laporan polis bagi mendesak tindakan diambil terhadap timbalan menteri pengangkutan tersebut ekoran tuduhan yang tidak berasas itu.

"Umno tidak boleh mencari jalan menutup skandal kewangan mereka dengan mengalihkan perhatian menerusi fitnah sedemikian," kata ketua menteri Pulau Pinang itu. - M'kini


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.

CIRI CIRI ORANG MUNAFIQ ADA PADA UMNO 

Apabila Orang PAS bercakap berbunyi macam umno

Posted: 23 Aug 2015 05:15 PM PDT


 
SHAH ALAM - Umno Bahagian Shah Alam mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebagai alat DAP yang mana seolah-olah bertanggungjawab memecah-belahkan pengundi Melayu di kawasan tersebut. 

Ketuanya Datuk Azhari Shaari berkata, oleh itu Khalid Samad perlu disingkirkan daripada bumi Shah Alam.
"Sekarang DAP sedang merangka gerak kerja untuk menghancurkan Pas dengan menaja penubuhan gerakan Harapan Baru yang lebih menjurus kepada DAP.

"Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam juga salah seorang perlu dinyahkan dari bumi Shah Alam," katanya dalam ucapan dasar Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam, di Wisma PKPS hari ini.

Jelas beliau, DAP yang disifatkan sebagai pencipta fitnah itu mampu memecah-belahkan bangsa Melayu tidak kira Umno mahupun Pas.

"DAP memang bijak dan mahir di dalam strategi politik mereka, lihat bagaimana mereka merobek dan memecah-belahkan rakan sekutu mereka iaitu Pas, dulu berpeluk arab bagai, makan bersuap sedulang, tidur sekatil sebantal, berpentas ceramah bersama.

 
"Tetapi sekarang Pas dianggap pengkhianat PR kerana memperjuangkan hukum ALLAH iaitu Hudud," jelasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada ahli Umno supaya sentiasa berfikiran rasional, matang serta mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pucuk pimpinan parti.


"Parti kini memerlukan sokongan yang tidak berbelah dari kita semua dalam mengharungi badai politik yang dicipta pembangkang terutamanya DAP untuk memecahbelahkan kita dan menghancurkan agenda menegakkan syiar Islam dan ketuanan Melayu di bumi bertuah Malaysia," ujarnya lagi.


Posted by Hati Muda

Zar Ali's photo.UMNO yang wajib disingkirkan dari bumi Shah Alam, kerana seluruh Negeri Selangor adalah dibawah Pentadbiran dan KuasA Kerajaan, PARTI PKR/DAP/GHB.....UMNO hanya tinggal segelintir sahaja.....

"Hari ini saya tampil menjelaskan mengenai empat perkara ini demi rakyat Malaysia.

Posted: 23 Aug 2015 04:30 PM PDT

Abdul Hamid Bador DAMANSARA:
 
Zar Ali's photo. Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri hari ini tampil mendedahkan empat perkara kepada umum. 

Abdul berkata empat perkara itu adalah mengenai peranan dan tanggungjawab beliau dalam Cawangan Khas; pertukaran beliau ke JPM; tekanan penjawat awam terhadap pihak atasan dan nadi rakyat. 

"Hari ini saya tampil menjelaskan mengenai empat perkara ini demi rakyat Malaysia. "Tiada niat saya untuk popular atau untuk mengkhianati sesiapa," katanya kepada media di Kota Damansara, hari ini. 

Mengulas mengenai perananya dalam unit tersebut, Abdul berkata, pelbagai tohmahan dan kata nista dikatakan mengenai Cawangan Khas tetapi beliau tetap menganggap ia sebagai satu badan yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas memelihara negara.

"Yang pertama yang hendak saya sebut ialah tentang Cawangan Khas banyak telah diperkatakan mengenainya dan banyak pernah dipersendakan dengan pelbagai nama sebelum ini, oleh mereka yang nakal.
Ada yang kata kami ini semua bohong, ada yang baik kata semua betul ada yang nakal panggil siput babi, macam-macam akronim mereka bagikan tetapi selepas 36 tahun lebih saya dalam Cawangan Khas. 

"...yakinlah kesemua yang mendengar penjelasan saya pada pagi ini, Cawangan Khas adalah sebuah organisasi yang amat bertanggungjawab, menjalankan kerja dengan penuh amanah, dedikasi tanpa takut malahan ramai pegawai-pegawai yang menjalankan tanggungjawab, sebelum ini. Unit ini adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh semua kaum dan bukan badan risikan yang dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja. 

"Unit ini dianggotai oleh segenap lapisan kaum, masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama, latar belakang sama ada anak orang kaya atau miskin, berdasarkan kepada merit, dan juga berdasarkan siasatan ke atas latar belakang mereka, ini berani saya cakap. 

"Sejak penubuhan atau diberikan nama sebagai SB pada tahun 1952 sehingga ke hari ini lebih kurang 63 tahun unit ini dijalankan peranannya untuk mengutip risikan daripada bawah diangkat ke atas dianalisa di peringkat atas, pertengahan selepas itu diangkat dijadikan laporan, dan laporan-laporan inilah akan disampaikan kepada pucuk pimpinan.

"Ia dirangkumkan dalam bentuk amaran, teguran, nasihat cadangan diangkat ke atas, tetapi risikan oleh Cawangan Khas ini akan ditapis, diadun ,disuling edit, akan dibanding dengan maklumat dan sumber-sumber lain, menentukan kesahihan dan ketepatannya, bukan maklumat kualiti rendah atau palsu," katanya.
Sementara mengulas mengenai misteri perpindahan beliau ke JPM beliau berkata perkara itu sudah lama kedengaran.

"Sementara misteri mengenai perpindahan saya, desas-desus mengenai akan berlaku dalam pucuk pimpinan unit sudah lama kedengaran, kami mendapat maklumat-maklumat bahawa ada pihak yang tidak menyukai kepimpinan yang sedia ada, atas sebab apa saya tidak tahulah, mengapa? 

Saya dijadikan 'alat' dalam perkara ini, sedangkan saya tidak ada membuat apa-apa tindakan yang salah.
"Saya hanyalah seorang pegawai kerajaan yang hanya mengutamakan pelaksanaan tanggungjawab saya, rezeki pangkat saya ataupun jawatan saya itu tidak menjadi perkiraan didalam diri saya, tidak pernah saya, mengatakan saya yang akan mengantikan Pengarah SB, tidak! 

Tidak meletakkan matlamat saya, untuk jadi pengarah tetapi ada pihak meragui dan tidak menyukai wajah saya ke? Ataupun peranan saya disitu...jadi baru-baru ini keluar perintah ditamatkan. Perkhidmatan kontrak dengan serta- merta. 

"Dalam pada itu keluarlah cerita, nombor dua akan dikeluarkan sebab ada kuasa halimunan tidak mahu saya kesitu, Alhamdulillah saya kata, saya dengan penuh kesabaran kalau mereka berkata begituinilah rahmat, saya tidak menjadi sebahagian institusi digunakan seterusnya untuk berbuat atau menggunakan tindakan ikut kehendak kuasa halimunan tadi.
"Sebagai saya seorang insan biasa, tidak lihat kepada jawatan dan pangkat itu sebagai rezeki, saya turut melihat pada kesihatan saya penting. "Dalam hal ini saya tidak dinamakan dikekalkan dalam jawatan itu sebagai rahmat yang ALLAH berikan. Sedikit saya tidak sedih, saya terima dengan terbuka dan kosongkan pejabat saya. 

"Saya terima sekarang selepas ini saya akan tunggu selepas 17 haribulan perintah pertukaran saya, beri tempoh saya sampai satu bulan untuk saya lapor diri kepada PM, yang menghairankan saya apabila saya tanya pihak JPM adalah jawatan itu belum sedia lagi, masih hendak berbincang dengan pihak JPA, Ya ALLAH kalau dah ada jabatan itu dalam cuti ini saya sanggup
pergi saya batalkan cuti saya, saya laporan diri, jawatan pun tiada lagi jadi? Kalaulah ini satu pengiktirafan mintak maaf Ketua IGP saya tidak anggap begitulah. 

"Kalau JPA tidak tahu, saya tunggu saya lapor atau tidak sebelum 17 saya sekarang saya cuti, saya hendak kosongkan pejabat untuk puaskan nafsu halimunan ini, takut sangat saya duduk disitu, saya okay, saya tidak sempat salam, ramai anak buah saya yang tidak tahu saya sudah kluar dari bukit aman, apabila keluar perintah, mereka tidak tahu. "Satu masa saya akan jumpa, tiada emosi tiada marah,
Apa yang saya cakap itulah kebenaran, saya harap apa yang keluar dari mulut saya kebenaran," katanya. 

Manakala ketika mengulas mengenai tekanan penjawat awam dalam menjalankan tugas Abdul berkata tekanan banyak dihadapi oleh pegawai kerajaan dalam bidang pengutkuasaan. 
"Saya tidak terbabit langsung dalam menangkap pegawai SPRM atau lain-lain sewaktu saya sebagai Timbalan Pengarah SB. 

"Jadi bila berlaku titik hitam ini tindakan maha luar biasa ke atas pegawai SPRM ini saya rasa amat terpanggil untuk beri penjalesan komen, perkara ini sebenarnya menjijikan atas alasan apapun kita mesti lihat semangat undang-undang yang telus.

"Kenapa kuasa tangkap harus digunakan pegawai SPRM yang berintegriti tinggi bukan penjenayah bukan samseng dan ajaran sesat dan bukan IS mereka pegawai SPRM kenapa tangkap mereka? "Selepas keluar kenyataan untuk takutkan pegawai ini perlakuan jijik dan hina kenapa keluarkan amaran ini malaysia negara maju Kenapa ugut? 

"Saya seru kepada mereka yang ada kuasa di Putrajaya jangan gunakan taktik sebegini untuk takutkan pegawai kerajaan, pegawai kerajaan taat kenapa mereka ditakutkan, khusus bidang penguatkuasaan," katanya. 

Manakala menyentuh mengenai nadi rakyat, Abdul berkata ada mesaj yang hendak disampaikan terutama sekali kepada 'orang atasan'. 

"Saya nak sampaikan mesej di Putrajaya. Mereka yang punya ijazah tinggi melangit, bidang pengurusan universiti ternama, mereka yang ada kuasa politik di Putrajaya saya seru bukalah mata, buka telinga, jangan pekakkan telinga. "Buang 'denial syndrom'. Ni adalah faktanya. Rakyat gelisah, rakyat keliru, tertekan dibawah. 

Segenap lapisan tanpa kira kaum, agama, umur, profession, wilayah. Sama ada di Tawau atau di Kuala Perlis. Rakyat gelisah, marah dengan apa yang berlaku sekarang," ujarnya.


-sinarharian-
Abdul Hamid Bador DAMANSARA: ‎Bekas‎ Timbalan Pengarah Cawangan‎ Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri hari ini tampil mendedahkan empat perkara kepada umum. Abdul berkata empat perkara itu adalah mengenai peranan dan tanggungjawab beliau dalam Cawangan Khas; pertukaran beliau ke JPM; tekanan penjawat awam terhadap pihak atasan dan nadi rakyat. "Hari ini saya tampil menjelaskan mengenai empat perkara ini demi rakyat Malaysia. "Tiada niat saya untuk popular atau untuk mengkhianati sesiapa," katanya kepada media di Kota Damansara, hari ini. Mengulas mengenai perananya dalam unit tersebut, Abdul berkata, pelbagai tohmahan dan kata nista dikatakan mengenai Cawangan Khas tetapi beliau tetap menganggap ia sebagai satu badan yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas memelihara negara. "Yang pertama yang hendak saya sebut ialah tentang Cawangan Khas banyak telah diperkatakan mengenainya dan banyak pernah dipersendakan dengan pelbagai nama sebelum ini, oleh mereka yang nakal. Ada yang kata kami ini semua bohong, ada yang baik kata semua betul ada yang nakal panggil siput babi, macam-macam akronim mereka bagikan tetapi selepas 36 tahun lebih saya dalam Cawangan Khas.‎ "...yakinlah kesemua yang mendengar penjelasan saya pada pagi ini, Cawangan Khas adalah sebuah organisasi yang amat bertanggungjawab, menjalankan kerja dengan penuh amanah, dedikasi tanpa takut malahan ramai pegawai-pegawai yang menjalankan tanggungjawab, sebelum ini. Unit ini adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh semua kaum dan bukan badan risikan yang dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja. "Unit ini dianggotai oleh segenap lapisan kaum, masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama, latar belakang sama ada anak orang kaya atau miskin, berdasarkan kepada merit, dan juga berdasarkan siasatan ke atas latar belakang mereka, ini berani saya cakap. "Sejak penubuhan atau diberikan nama sebagai SB pada tahun 1952 sehingga ke hari ini lebih kurang 63 tahun unit ini dijalankan peranannya untuk mengutip risikan daripada bawah diangkat ke atas dianalisa di peringkat atas, pertengahan selepas itu diangkat dijadikan laporan, dan laporan-laporan inilah akan disampaikan kepada pucuk pimpinan. "Ia dirangkumkan dalam bentuk amaran, teguran, nasihat cadangan diangkat ke atas, tetapi risikan oleh Cawangan Khas ini akan ditapis, diadun ,disuling edit, akan dibanding dengan maklumat dan sumber-sumber lain, menentukan kesahihan dan ketepatannya, bukan maklumat kualiti rendah atau palsu," katanya. Sementara mengulas mengenai misteri perpindahan beliau ke JPM beliau berkata perkara itu sudah lama kedengaran. "Sementara misteri mengenai perpindahan saya, desas-desus mengenai akan berlaku dalam pucuk pimpinan unit sudah lama kedengaran, kami mendapat maklumat-maklumat bahawa ada pihak yang tidak menyukai kepimpinan yang sedia ada, atas sebab apa saya tidak tahulah, mengapa? Saya dijadikan 'alat' dalam perkara ini, sedangkan saya tidak ada membuat apa-apa tindakan yang salah. "Saya hanyalah seorang pegawai kerajaan yang hanya mengutamakan pelaksanaan tanggungjawab saya, rezeki pangkat saya ataupun jawatan saya itu tidak menjadi perkiraan didalam diri saya, tidak pernah saya, mengatakan saya yang akan mengantikan Pengarah SB, tidak! Tidak meletakkan matlamat saya, untuk jadi pengarah tetapi ada pihak meragui dan tidak menyukai wajah saya ke? Ataupun peranan saya disitu...jadi baru-baru ini keluar perintah ditamatkan. Perkhidmatan kontrak dengan serta- merta. "Dalam pada itu keluarlah cerita, nombor dua akan dikeluarkan sebab ada kuasa halimunan tidak mahu saya kesitu, Alhamdulillah saya kata, saya dengan penuh kesabaran kalau mereka berkata begituinilah rahmat, saya tidak menjadi sebahagian institusi digunakan seterusnya untuk berbuat atau menggunakan tindakan ikut kehendak kuasa halimunan tadi. "Sebagai saya seorang insan biasa, tidak lihat kepada jawatan dan pangkat itu sebagai rezeki, saya turut melihat pada kesihatan saya penting. "Dalam hal ini saya tidak dinamakan dikekalkan dalam jawatan itu sebagai rahmat yang ALLAH berikan. Sedikit saya tidak sedih, saya terima dengan terbuka dan kosongkan pejabat saya. "Saya terima sekarang selepas ini saya akan tunggu selepas 17 haribulan perintah pertukaran saya, beri tempoh saya sampai satu bulan untuk saya lapor diri kepada PM, yang menghairankan saya apabila saya tanya pihak JPM adalah jawatan itu belum sedia lagi, masih hendak berbincang dengan pihak JPA, Ya ALLAH kalau dah ada jabatan itu dalam cuti ini saya sanggup pergi saya batalkan cuti saya, saya laporan diri, jawatan pun tiada lagi jadi? Kalaulah ini satu pengiktirafan mintak maaf Ketua IGP saya tidak anggap begitulah. "Kalau JPA tidak tahu, saya tunggu saya lapor atau tidak sebelum 17 saya sekarang saya cuti, saya hendak kosongkan pejabat untuk puaskan nafsu halimunan ini, takut sangat saya duduk disitu, saya okay, saya tidak sempat salam, ramai anak buah saya yang tidak tahu saya sudah kluar dari bukit aman, apabila keluar perintah, mereka tidak tahu. "Satu masa saya akan jumpa, tiada emosi tiada marah, Apa yang saya cakap itulah kebenaran, saya harap apa yang keluar dari mulut saya kebenaran," katanya. Manakala ketika mengulas mengenai tekanan penjawat awam dalam menjalankan tugas Abdul berkata tekanan banyak dihadapi oleh pegawai kerajaan dalam bidang pengutkuasaan. "Saya tidak terbabit langsung dalam menangkap pegawai SPRM atau lain-lain sewaktu saya sebagai Timbalan Pengarah SB. "Jadi bila berlaku titik hitam ini tindakan maha luar biasa ke atas pegawai SPRM ini saya rasa amat terpanggil untuk beri penjalesan komen, perkara ini sebenarnya menjijikan atas alasan apapun kita mesti lihat semangat undang-undang yang telus. "Kenapa kuasa tangkap harus digunakan pegawai SPRM yang berintegriti tinggi bukan penjenayah bukan samseng dan ajaran sesat dan bukan IS mereka pegawai SPRM kenapa tangkap mereka? "Selepas keluar kenyataan untuk takutkan pegawai ini perlakuan jijik dan hina kenapa keluarkan amaran ini malaysia negara maju Kenapa ugut? ‎"Saya seru kepada mereka yang ada kuasa di Putrajaya jangan gunakan taktik sebegini untuk takutkan pegawai kerajaan, pegawai kerajaan taat kenapa mereka ditakutkan, khusus bidang penguatkuasaan‎," katanya. Manakala menyentuh mengenai nadi rakyat, Abdul berkata ada mesaj yang hendak disampaikan terutama sekali kepada 'orang atasan'‎. "Saya nak sampaikan mesej di Putrajaya. Mereka yang punya ijazah tinggi melangit, bidang pengurusan universiti ternama, mereka yang ada kuasa politik di Putrajaya saya seru bukalah mata, buka telinga, jangan pekakkan telinga. "Buang 'denial syndrom'. Ni adalah faktanya. Rakyat gelisah, rakyat keliru, tertekan dibawah. Segenap lapisan tanpa kira kaum, agama, umur, profession, wilayah. Sama ada di Tawau atau di Kuala Perlis. Rakyat gelisah, marah dengan apa yang berlaku sekarang," ujarnya. -sinarharian-

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

"Kalau nak Mati, Kita Mati Bersama Najib" - Ketua UMNO Bahagian Kepong

Posted: 23 Aug 2015 01:38 PM PDT


KUALA LUMPUR, 23 Ogos : Ketua UMNO Bahagian Kepong, Senator Datuk Ridzuan Abdul Hamid berkata mati dalam politik lebih baik dari mati dalam kemalangan.

"(saya) Takkan bergerak walau seinci bersama Najib bahkan akan terus berjuang bersama UMNO.

"Kami akan sentiasa berperang dengan musuh. Kalau nak mati, kita mati bersama Najib. Itu Ikrar, mati dalam politik lebih baik daripada mati katak atau mati dalam eksiden," katanya memetik satu laporan dari MalaysiaKini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong di Hotel Hilton hari ini.

Selain itu, Ridzuan juga turut meluahkan perasaan kecewa dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang seringkali mempersoalkan isu derma RM2.6 billion.


 





"Dia makin dipecat makin garang, pergi ke merata bahagian, dan persoalkan RM2.6 bilion. Bukankah mereka berjanji untuk mempertahankan Najib.

"Tetapi mengapakah mereka sering menghentam dan membawa masalah seperti isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu RM2.6 bilion," tegasnya.

Ridzuan juga berkata sikap Muhyiddin memang seorang yang berpendidikan tinggi dalam bidang agama namun sikapnya berbeza apabila dia tidak setia kepada seorang pemimpin.

"Orangnya beragama, bapanya adalah seorang yang yang disanjung tinggi, tapi anaknya baru dua tahun dua bulan jadi Timbalan Perdana Menteri, tidak setia kepada Perdana Menteri," katanya - siakapkeli

Petua Kecantikan Petua Bulu Kening Lebat

Posted: 23 Aug 2015 04:30 AM PDT




Kening tyang lebat dan rapi sememangnya menjadi pujaan setiap lelaki ataupun wanita. 


Untuk mereka tampil dengan penuh berkeyakinan. Anda boleh mencuba petua mudah ini untuk dapatkan kening selebat elfira loy. 

Selamat mencuba!

  1. Ambil Daun Lidah Buaya
  2.  
  3. Sapukan Lendirnya pada bulu kening berulang kali

Tidak adil minta wakil rakyat PAS sertai GHB kosongkan kerusi, kata Dzulkefly

Posted: 23 Aug 2015 03:45 AM PDT


Dr Dzulkefly Ahmad berkata undang-undang tidak memaksa Adun dan ahli Parlimen PAS yang menyertai GHB untuk meletakkan jawatan.

Dr Dzulkefly Ahmad berkata undang-undang tidak memaksa Adun dan ahli Parlimen PAS yang menyertai GHB untuk meletakkan jawatan.

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu mengosongkan kerusi yang diwakili kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa mereka berbuat demikian, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Setiausaha GHB itu berkata, sukar untuk berhujah hanya dengan menggunakan faktor parti sahaja jika mahu menuntut calon tersebut mengundur diri.

Malah, katanya, ia tidak adil kerana sistem politik pilihan raya negara tidak akan membenarkan mereka bertanding semula selama 5 tahun.

"Mungkin ada kewajaran untuk meneliti dan menimbang kembali perkara ini.

"Buat masa ini, sistem politik dan pilihan raya adalah tidak adil buat Adun dan ahli Parlimen yang meletak jawatan kerana mereka tidak dapat bertanding semula selama 5 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata baru-baru ini, wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baru diasaskan GHB, Parti Amanah Rakyat.

Hadi berkata, mereka perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu.

"Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," kata Hadi di Kota Sarang Semut, Kedah.

Dzulkefly berkata, kemenangan seseorang calon bukan hanya bergantung kepada hak mutlak parti semata-mata tetapi atas faktor ketokohan calon, sokongan rakyat, isu dan gelombang semasa.

"Tentunya untuk memastikan yang mana faktor lebih penting bagi setiap kerusi yang dipertandingkan, kita harus bersabar.

"Sebabnya? Perkara ini hanya akan dapat dibuktikan dalam satu pertandingan dan persaingan dalam pilihan raya akan datang," katanya. – 23 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
Sunday, August 23, 2015 PKR wants share of power to vote out Najib Conditions set: to be part of a transition government, and immediate press and electoral reforms najib-PKR KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat has committed its 20 MPs to vote against Prime Minister Najib Razak, if the party is part of a transition government to take over with immediate effect media, electoral and economic reforms to be carried out. PKR demanded that a transition government be formed until the next general election which must be held by 2018 The transition government must comprise members of both the Barisan Nasional and the opposition, and must carry out immediate reforms for free elections, free the media, strengthen parliamentary democracy, and take measures on the economy. They called for an emergency economic committee to be set up to deal with the weakening ringgit, the Goods and Services Tax, increased living costs, and to deal with crony capitalism. An independent royal commission must also be formed immediately to fully implement the Malaysia Agreement 1963. In a joint statement today, the 20 MPs said they would work with all members of Parliament irrespective of party to support a no-confidence motion against Najib in the Dewan Rakyat. A confidence motion needs 112 votes to be carried by a simple majority of the 222-member House. Barisan Nasional commands 132 seats in the Dewan Rakyat, of which Umno have 88 and the non-Umno parties 44. The combined opposition and independent members make up the rest. The PKR decision comes after months of campaigning by opposition politicians for a confidence vote and for a new coalition of MPs to form a government after voting out Najib and his cabinet. Last week, former prime minister Dr Mahathir Mohamad finally declared support for a confidence motion after leading a campaign all year to force Najib out of office as Umno president and prime minister. The PKR statement was jointly signed by Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai); Rafizi Ramli (Pandan); Tian Chua (Batu); Sivarasa Rasiah (Subang); Zuraida Kamaruddin (Ampang); Lee Boon Chye (Gopeng); Johari Abdul (Sungai Petani); Darell Leiking (Penampang); Fuziah Salleh (Kuantan); Sim Tze Tzin (Bayan Baru); Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju); Mohd Imran Abdul Hamid (Lumut); Wong Chen (Kelana Jaya); William Leong (Selayang); Fauzi Abdul Rahman (Indera Mahkota); Dr Michael Teo Yu Keng (Miri); Dr Azman Ismail (Kuala Kedah); Manivanan Gowin (Kapar); Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan); and Gooi Hsiao Leung (Alor Setar). They said they felt duty bound to support the confidence motion if it is tabled in the House "in order to restore democracy and the moral integrity and independence of our public institutions".

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Cerita #DEIG - Apa Yang Anda Perlu Tahu. - AMENO WORLD

Posted: 23 Aug 2015 03:00 AM PDT


Dalam masa beberapa hari je cerita DEIG dihebahkan menerusi laporan berita, terus viral sehingga berjaya mensenyapkan skandal 1MDB. Hebat tak hebat juga la cerita DEIG Azmin kau neh.

Ramai dikalangan penyokong pembangkang sendiri menolak kewujudan DEIG. Kecuali yang memang tegar atau penyokong setia Azmin. Mungkin ini disebabkan beberapa adun dari PAS dan DAP sendiri mengkritik kewibawaan dan keupayaan DEIG yang diwujudkan untuk menguruskan aset2 bawah MBI.

DEIG dijangka mula beroperasi pada tahun 2016. Tetapi skandal DEIG dah kecoh di media sosial meskipun belum ada apa2 salahlaku lagi. Yang dipertikaikan kini ialah kewujudan DEIG mungkin jalan keluar bagi menyedut wang kerajaan negeri untuk diserahkan kepada pihak berkepentingan. Dalam erti kata lain, kaedah untuk menyeleweng cara jenayah kolar putih. Ini yang depa hebohkan sekarang. Jawapan dari kerajaan negeri tentang DEIG sebelum ini sangat tidak menyakinkan dan aku harap kerajaan negeri boleh soal jawab sikit dengan penyebaran2 di laman sosial. 


Lebih2 lagi isu pembayaran zakat. Isu zakat ditimbulkan oleh adun dap, Bee Yin. Katanya jika DEIG belum beroperasi, kenapa bayar zakat 5 juta? Dan satu lagi. Adun dari DAP juga, Lau Weng San mempersoalkan kenapa iklan mengenai RFP & RFI dibawah DEIG dan bukan dibawah MBI jika ;

- DEIG dibawah MBI

 
- DEIG belum beroperasi

Turut dipersoalkan pembayaran gaji kepada kakitangan DEIG. Sudah bermula atau belum. Untuk rekod, adun PAS, Shaari Sungip sendiri bentang usul agar pelaksanaan DEIG ditangguhkan di persidangan DUN. So, aku harap kerajaan negeri di bawah pentadbiran Azmin dapat menjawab sebaik2nya persoalan yang dibangkitkan dan dibahaskan di media sosial seperti sebaran2 kat bawah neh hah. Jelas menyebabkan kami terkeliru siapa benar siapa menipu. Jujur cakap. Rakyat memang goyang bila geng2 pembangkang sendiri dok sebar, pertikai dan persoalkan isu DEIG neh tau. Bukan setakat geng2 pro pembangkang bahkan adun2 depa sendiri.

Baca key ;

Episod 1 - 'Conflict of Interest' Tahap Tertinggi
1. MBI tubuh Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sebuah syarikat yang fokus kepada pelaburan bagi memperoleh pendapatan daripada syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) negeri Selangor seperti PKNS, PNSB, Kumpulan Perangsang, KDEB dan banyak lagi.

2. Dalam perkara ini, terlibat tiga peringkat dan pihak yang terlibat iaitu MBI > DEIG > GLC Selangor

3. Menurut dokumen rasmi SSM, DEIG hanya mempunyai dua orang pemilik iaitu:-


a) Raja Shahreen Raja Othman
b) Soffan Affendi Aminuddin

4. Bukti penubuhan DEIG oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali ini adalah 'Conflict of Interest' tahap tertinggi adalah Raja Shahreen memegang jawatan CEO di MBI dan DEIG, manakala Soffan pula memegang jawatan COO di MBI dan DEIG.

5. Lebih parah, Raja Shahreen dan Soffan turut memegang jawatan di 4 buah GLC Selangor, KESEMUANYA sebagai AHLI LEMBAGA PENGARAH iaitu di :-


a) Kumpulan Perangsang 
b) Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 
c) Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) 
d) Kumpulan Hartanah Selangor 

6. Adakah ini bukan 'conflict of interest' namanya? Sudah terang lagi bersuluh.

7. Soalnya, siapakah dan apakah latar belakang Raja Shahreen Raja Othman dan Soffan Affendi Aminuddin sehingga memegang banyak jawatan termasuk di MBI, DEIG dan 4 buah GLC Selangor?

8. Adakah Selangor sudah ketandusan anak jatinya dalam bidang korporat? Adakah sudah tiada anak Selangor lain sehingga anak negeri lain (Soffan) dilantik memegang pelbagai jawatan di MBI, DEIG dan 4 buah GLC Selangor? Kroni?

9. Nantikan Episod 2 pendedahan #DedahDEIG untuk mengetahui lebih lanjut.

--
Head
Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Malaysia




Episod 2 - Profil & Biodata Soffan Affendi Aminuddin

1. Bukan anak Selangor, anak kelahiran negeri Perak dan mengundi juga di Perak iaitu di DUN Manjoi dan Parlimen Tambun.
 
2. Isteri - Fadzlina Binti Ismail (No K/P: 76022314****)
 
3. Kenderaan - AGB96**, WDP13**, AJY14** (Berdaftar atas nama Soffan)

- BFL93**, WNT57** (Berdaftar atas nama Isteri Soffan)
 
4. Tidak ramai rakyat Malaysia hidup mewah sehingga mampu memiliki 5 buah kenderaan seperti keluarga Soffan.
 
5. FBI Malaysia masih memegang beberapa maklumat seperti identiti adik-beradik, jenis kenderaan dan lain-lain.
 
6. FBI Malaysia tidak teragak-agak untuk melepaskan maklumat penuh yang diperolehi jika Azmin Ali tidak menerangkan mengapa Soffan diberi banyak jawatan besar di Selangor.
 
7. Jawatan Soffan sebagai COO di MBI dan DEIG dan seterusnya Ahli Lembaga Pengarah di 4 buah GLC Selangor menunjukkan amalan favoritism yang diamalkan oleh Azmin Ali.
 
8. Adakah Selangor sudah ketandusan anak jati dan ahli korporatnya sendiri sehingga Soffan diberi keistimewaan untuk membolot jawatan di negeri Selangor?
 
9. Nantikan pendedahan #DedahDEIG untuk maklumat lanjut. Untuk Raja Shahreen Raja Othman, tunggu giliran anda!
--
Head

Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Malaysia

Ini pula sebaran wassap di kalangan group penyokong2 pembangkang sendiri ;

Ringkasan Fakta Skandal RM 30 Billion Wang Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor

1. Menteri Besar Selangor Azmin Ali menubuhkan sebuah syarikat bernilai RM 2 baharu iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd ( DEIG )

2. Terdapat sebanyak 74 GLC kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini dibawah MBI kini akan BERADA dibawah pengurusan DEIG. ( menurut ADUN DAP Yeo Bee Yin).

3. Syarikat ini ditubuhkan dengan memiliki niat untuk mengendalikan aset dan kewagan kerajaan negeri Selangor tanpa pengetahuan Dewan Undangan Negeri sebelum ini ( menurut ADUN DAP ) .
4. Disebabkan syarikat ini ditubuhkan atas Company Act maka segala aktiviti dan operasi serta kewangan dan pengurusan status kewangan dan pelaburan ini tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri.

Secara tidak langsung akan menandakan syarikat ini bebas membuat apa - apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa. ( hanya kepada board of director syarikat ).

5. Keadaan ini juga bermakna segala aktiviti kewangan syarikat ini tiada undang - undang atau akta untuk audit atau bagi mereka melaporkan kepada DUN atau kerajaan Negeri.

6. Wang dan aset kerajaan negeri kini terletak dibawah pengurusan syarikat bernilai RM 2 yang ditubuhkan oleh Azmin Ali tanpa pengetahuan rakan - rakan parti komponennya sebelum ini.
7. Apakah nasib aset wang dan rakyat negeri Selangor kini hendak diletakkan atas sebuah syarikat bernilai RM 2 yang diketuai oleh 2 individu dalam syarikat tersebut?
8. Jangan lupa setelah PKR/DAP memerintah negeri Selangor maka sudah terdapat kenaikan cukai PBT sehingga 400%.
Kadar baru lesen perniagaan di negeri Selangor meningkat sehingga 300%.
Sebagai contohnya , perniagaan bagi premis yang menjual kenderaan terpakai mengalami kenaikan sebanyak 282 peratus iaitu dari RM390 sebelum ini kepada RM 1,490.
Pakatan pembangkang menaikkan bayaran 90 jenis lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Malahan kenaikkan cukai pintu ini turut melibatkan rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya, pusat penjagaan kanak-kanak.
Pihak berkuasa tempatan turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan cukai pintu 10 kali ganda bagi penduduk di kawasan Kampung Baru, Sungai Buloh, dan Kampung Baru Subang. Ini bakal membebankan rakyat.
Kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. Senario yang cukup membebankan apabila penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011 telah menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013.
Apakah kenaikan - kenaikan ini kesemuanya digunakan dan diperjudikan dibawah syarikat RM 2 ?
Apakah wang rakyat jelata negeri Selangor kini dibawah pengurusan 2 individu dibawah syarikat bernilai RM 2 ?
Mengapa wang kerajaan negeri dan rakyat jelata memerlukan sebuah syarikat untuk menguruskannya ?
9. Bayangkan situasi sebegini berlaku pada pihak Barisan Nasional pada hari ini? Bayangkan sekirannya kerajaan negeri Johor dibawah BN meletakkan kesemua aset dan kewangan negeri dibawah sebuah syarikat baharu yang hanya akan dikendalikan oleh 2 orang individu ?
10. Mengapa Ambiga , Anwar , Rafizi Ramli , Red Bean Army , Malaysiakini , BERSIH dan Tony Pua belum lagi bersuara ? Mengapa kini diam tidak berkata ?

Untuk perbincangan yang lebih menyeluruh, berikut disertakan jawapan kerajaan negeri tentang isu DEIG. Dan siri penerangan mengenai DEIG juga akan diadakan bagi memberi kefahaman kepada rakyat Selangor kenapa ia harus diwujudkan.

DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP BERHAD (DEIG)

DEIG adalah milikan penuh (100%) oleh MBI dan mempunyai modal berbayar sejumlah RM10 juta. Carian terkini dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membuktikan fakta ini.
Dari segi operasi,DEIG akan ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Setiausaha Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai Operasi MBI serta disokong oleh golongan professional yang pakar dalam bidang pelaburan strategik.
Asas Penubuhan
MBI tidak pernah menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri melalui dividen.
Ini disebabkan 12 kumpulan anak syarikat milik MBI menguruskan sendiri portfolio bisnes mereka serta dibebani dengan legasi masing- masing.
Justeru itu, aset-aset milik MBI harus dirasionalisasi dan konsolidasi untuk mengelakkan pertindihan serta untuk mendapat pulangan hasil yang baik. Sebelum ini, MBI bertindak sebagai pentadbir dan pengurus pelaburan untuk membuat keuntungan serta melaksanakan aktiviti CSR.
Sehubungan dengan itu, aktiviti anak syarikat harus mempunyai pengkhususan (core business).

Contoh : Yayasan Selangor bertujuan untuk menyediakan akses kepada pendidikan bagi anak-anak Selangor. Tetapi ia juga menjalankan aktiviti bisnes pelaburan hartanah untuk menanggung kos bagi melaksanakan objektif utama untuk menyediakan pendidikan. Ini menyebabkan Yayasan Selangor telah lari daripada tujuan asal penubuhan.
Inilah yang berlaku di dalam MBI di mana pertindihan core business berlaku di antara anak syarikat. Ada anak syarikat melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan dan tanggungjawab sosial mengakibatkan fokus yang tidak tetap.
Tahap Akauntabiliti Tinggi

PAC dan Jawatankuasa Pilihan ABAS (Anak Syarikat Kerajaan Negeri) mempunyai akses untuk meneliti pengurusan dan kewangan DEIG sepertimana anak syarikat Kerajaan Negeri yang lain.
Laporan kewangan DEIG akan dikonsolidasikan diperingkat MBI. Maksudnya segala perincian kewangan di peringkat DEIG akan direkod doperingkat MBI melalui kaedah 'Consolidated Account'.

Contoh : Sekiranya DEIG mempunyai 1,000 ekar tanah, ia akan direkod di Consolidated Account MBI.
10. DEIG didaftarakan mengikut Akta Syarikat 1965, Seksyen 169, Sub Seksyen 1 Akta berkenaan mewajibkan penyata kewangan DEIG diaudit dan dibentangkan kepada pemegang saham serta dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat setiap tahun. Orang awam boleh melihat perincian laporan kewangan berkenaan menerusi laman web SSM.
11.Diperingkat MBI, Enakmen No. 3 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 1994 akan ditambah baik untuk memastikan segala laporan kewangan termasuk DEIG yang telah dikonsolidasikan di peringkat MBI akan dibentang di Dewan.

12.Demi menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban, segala keputusan komersil dan pelaburan DEIG akan ditentukan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemilihan, Tender, Audit dan Pelaburan.
13.DEIG akan mempunyai struktur tatakelola dan "check and balance" yang menurut best practice industri korporat.

14.Kerajaan Negeri akan memastikan DEIG ditadbir menurut ketelusan, tatakelola korporat, akauntabiliti dan kawalan dalaman yang ketat. Pengurusan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor akan subscribe to the highest form of governance.
Falsafah Kerajaan
15.Falsafah yang menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh melibatkan diri dalam bisnes tidak boleh digunapakai sepenuhnya. Kerajaan harus juga melibatkan diri dalam bidang-bidang strategik seperti perumahan mampu milik, kesihatan awam, pembekalan air bersih dan sebagainya.
16.Kerajaan Negeri akan fokus untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk bisnes.
17.Kerajaan Negeri juga akan memastikan keadilan dalam pengagihan menerusi program-program keadilan sosial seperti (perumahan, pendidikan dsb).
18.Kerajaan Negeri akan memastikan tiada lagi perjanjian yang berat sebelah dan tidak memberi keuntungan setimpal untuk anak syarikat milik Kerajaan Negeri.




Satu perkara menarik dalam isu DEIG ini ialah, bila yang start mempersoalkan kredibliti DEIG ialah datangnya dari adun2 PR itu sendiri. Bukannya dari adun2 BN. Adun2 BN selepas itu sekadar jadi tukang tambah cerita je. 
 
Buat bagi sedap kekononnya. Aku suka tengok situasi yang mana adun2 PR ini mempersoalkan DEIG dalam memerangi penyelewengan yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan. DEIG tiada skandal/konspirasi penyelewengan ye. Jangan salah faham. 
 
Tetapi sesetengahnya mempercayai ia akan mendorong ke arah proses melakukan penyelewengan. So nak anggap ia skandal seperti 1MDB sama sekali tidak bertepatan. Apa pun kita tengokla diskusi mereka nanti macam mana. Harap2 semua dun sepakat demi kebaikan rakyat. 
Kbai.

PM: Melayu 'terbangsat' jika Umno hilang kuasa

Posted: 23 Aug 2015 02:15 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

"Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap.

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat, kalau tiada Umno, akan hilang segala-galanya jika Umno hilang kuasa," katanya sambutan disambut dengan sorakan hadirin.

Najib yang juga presiden Umno menyampaikan ucapan merasmikan mesyuarat perwakilan Umno untuk bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau.

 
 
 
Beliau selaku menteri kewangan turut menggesa kepimpinan Umno untuk mencari jalan sekiranya terdapat masalah dalaman dalam negara.

Menurutnya, parti itu pernah berdepan dengan masalah sejak ditubuhkan dan sudah pasti terdapat formula bagi Umno untuk menyelesaikan masalah.

Sekalipun beliau dikritik dan terdapat cubaan mengaitkan beliau dengan pelbagai skandal, Najib berkata beliau akan meneruskan taggungjawabnya memperkukuhkan parti kerana beliau tidak mencuri wang rakyat atau melanggar undang-undang.

"Saya sudah pasti tidak akan merosakkan parti. Arwah ayah saya yang membina parti ini," katanya.

Jho Low Sedia Bantu SPRM

Posted: 23 Aug 2015 01:30 AM PDT





Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low akan membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malahysia (SPRM) dalam siasatan berkaitan SRC International Sdn. Bhd, menurut jurucakap ahli perniagaan itu, malam tadi.

Jurucakap itu dalam satu kenyataan berkata bahawa wakil Low akan menghubungi SPRM untuk mengetahui bagaimana beliau dapat membantu.

Dalam kenyataan satu perenggan, jurucakap itu berkata: "Low telah melihat laporan akhbar bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta bantuannya.

Ini kali pertama Low menyedari wujudnya permintaan seperti itu. Beliau belum menerima atau diberikan sebarang notis.

"Wakil Low akan menghubungi SPRM untuk mengetahui bagaimana beliau dapat membantu," kata kenyataan itu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, dalam satu kenyataan hari ini, berkata Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, Pengarahnya Datuk Suboh Md Yassin dan Low perlu menghubungi SPRM dengan segera untuk membantu siasatan berkaitan SRC International.

Beliau juga berkata mereka dikehendaki hadir di Bahagian Operasi Khas SPRM di Aras 7, Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya dan juga dikehendaki menghubungi para pegawai SPRM.

-Bernama

Abdul Hamid dakwa ada usaha sembunyi saksi skandal 1MDB ??

Posted: 23 Aug 2015 12:45 AM PDT


Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Abdul Hamid Bador hari ini mendakwa terdapat usaha untuk menyembunyikan saksi utama 1MDB dengan bantuan "kuasa-kuasa tertentu".

Tanpa memberi maklumat secara terperinci, Abdul Hamid mendakwa salah seorang saksi utama itu sebelum ini bersembunyi di Indonesia dan Thailand.

Bagaimanapun, Abdul Hamid mendakwa salah seorang saksi itu kini berada di New Zealand untuk menyembunyikan dirinya.

"Ada usaha untuk sembunyikan saksi utama 1MDB.

Mereka ialah saksi yang dikehendaki oleh SPRM.


"Salah seorang saksi utama telah berjaya larikan diri.

Mula-mula ke Indonesia, kemudian Thailand.

Sekarang dia bersembunyi di New Zealand.

"Ada usaha (supaya) saksi menyembunyikan diri dengan bantuan kuasa-kuasa tertentu," katanya dalam sidang media hari ini.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Haram jatuhkan pemimpin cara kekerasan, kata Shahidan

Posted: 23 Aug 2015 12:00 AM PDT

susulan pendedahan timbalan perdana menteri wujud kumpulan tertentu dalam Umno yang berhasrat berbuat demikian.

Bercakap pada majlis pembukaan mesyuarat perwakilan parti bahagian Kangar, Arau dan Padang Besar di Kangar hari ini, pengerusi badan perhubungan Umno negeri
itu bagaimanapun berkata, majlis fatwa membenarkan orang di bawah mengkritik pemimpin mereka.

"Tetapi, sekiranya seorang pemimpin dijatuhkan dengan cara paksa, itu haram. Kalau buat benda haram, masuk neraka, tahu?" katanya memberi amaran kepada ahli parti pada mesyuarat yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Semalam, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat boleh menggulingkan atau menjatuhkan kerajaan yang mungkar atau zalim menerusi sistem demokrasi pilihan raya ataupun undi di Parlimen.

Katanya, agama menuntut umatnya bertegas dalam membenci dan membantah kemungkaran dan kezaliman pemerintah, tetapi Nabi Muhammad melarang rakyat memerangi pemerintah Islam menggunakan senjata selagi mereka menunaikan solat.

Bagaimanapun, sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi pandangan, tindakan menggulingkan kerajaan adalah haram di sisi Islam kerana kerajaan atau pemerintah sudah dipilih rakyat melalui cara yang sah.

"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak boleh berbuat demikian," beliau dipetik berkata Harian Metro Online pada Khamis. – 23 Ogos, 2015.




PEN BURUK ONLINE