Sabtu, 22 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kekalkan K'jaan BN Yang Goyang Di Bawah Najib, Tidak Perlu Usul Tak Percaya. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 22 Aug 2015 11:15 PM PDT



KL: Kekalkan kerajaan BN yang goyang di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang, daripada wujudnya kerajaan BN yang dibangunkan kembali setelah Najib dijatuhkan dalam sidang Dewan Rakyat pada Oktober ini. 

Kerana kerajaan BN yang baru sudah tentu kuat dan kukuh akan memperlambatkan kejatuhan BN menjelang Pilihan raya umum Ke 14 akan datang.

Demikian pandangan yang dikemukakan oleh Weblog Ibnu Hasyim.

"Jadi, untuk kempen selamatkan Malaysia, tidak perlu dilakukan menerusi usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang Dewan Rakyat Oktober ini. 

"Apa lagi bila ada gesaan pihak-pihak tertentu yang cuba mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya memberi jaminan bahawa kesemua Ahli Parlimen Pas menyokong sebulat suara usaha tersebut. 
 
Presiden PAS dan Ahli Parlimennya pun ada hak kebebasan bersuaranya sendiri." Jelas editornya Dr Hj Mohd Hasyim.

Hj Mohd mengulas kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menegaskan usul itu boleh selamat jika sekurang-kurangnya 78 Ahli Parlimen pembangkang bersatu untuk menyokong dan selebihnya daripada Ahli Parlimen Umno dan BN.
 
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mempunyai bukti mengenai komplot menggulingkan kerajaan iaitu dokumen akuan bersumpah yang menyasarkan 37 Ahli Parlimen BN. 
 
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, dokumen itu juga disiapkan untuk ditandatangani oleh 87 Ahli Parlimen pembangkang dan satu daripada Bebas.


Mengenai masalah negara, Hj Mohd bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, iaitu kerajaan perlukan rombakan menyeluruh dan tidak memadai dengan menurunkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri sahaja. (IH)

Umno Selangor ikrar desak Azmin batalkan DEIG, kata Noh Omar OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 22 Aug 2015 10:30 PM PDT


Zar Ali's photo.
Umno Selangor akan terus mendesak menteri besar batal penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd, kata Datuk Seri Noh Omar. 

Umno Selangor akan terus mendesak menteri besar batal penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd, kata Datuk Seri Noh Omar.

Umno Selangor hari ini berikrar akan terus memberi desakan kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Sdn Bhd, kata Datuk Seri Noh Omar.

Beliau yang merupakan pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu menyifatkan tindakan Azmin menubuhkan DEIG bagi menguruskan aset kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) seperti 'tikus membaiki labu'.

"MBI itu entiti berbeza. MBI ada enakmen yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, bermakna aset dilepaskan kepada syarikat.

"Jadi, apa jaminan syarikat yang uruskan RM30 bilion tanpa memberi jawapan kepada kerajaan negeri? 

Kalau syarikat ini bankrap, yang akan rugi rakyat Selangor," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Umno Selangor akan memfailkan tindakan undang-undang bagi membantah tindakan kerajaan negeri itu dan membatalkan penubuhan DEIG.

Azmin sejak Selasa lalu dikritik kerana menubuhkan DEIG yang tidak tertakluk di bawah enakmen negeri dan tidak perlu melaporkan penyata kewangan dalam DUN walaupun bertanggungjawab menguruskan RM6.3 bilion aset pelaburan negeri.

Namun katanya, isu dana RM30 bilion tidak timbul kerana nilai pembangunan kasarnya (GDV) sentiasa berubah-ubah.

Malah, beliau juga pagi tadi enggan memberi komen terhadap kritikan pemimpin Umno yang dilemparkan terhadapnya. 

"RM2.6 bilion itu derma, ini (DEIG) pelaburan. Kalau itu pun tak faham jangan tanya saya, pergi tanya Rahman," kata Azmin kepada pemberita di Shah Alam pagi tadi, merujuk kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Mengulas keengganan menteri besar itu memberi sebarang komen, Noh berkata, beliau melihat Azmin sebagai seorang yang biadab.

Katanya, Azmin bukan sahaja biadab apabila membabitkan isu DEIG, namun isu lain seperti mengingatkan polis supaya mengikut undang-undang dalam menguruskan protes Bersih 4 pada hujung bulan ini.

"Siapa menteri besar ini? Nak urus tadbir negara pun tidak reti, nak tubuh syarikat pun tidak betul, tapi nak ajar polis tadbir negara. Kita masing-masing ada tugas, biarlah mereka jalankan tugas.

"Kalau betul mereka nak beri sokongan kuat (kepada Bersih), kenapa kena bawa ke Dataran Merdeka? 

Kenapa tidak di Selangor? Apa niatnya untuk huru-hara dan memberi imej buruk kepada negara?" soalnya.

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim turut membidas tindakan Azmin dengan mempersoalkan keputusan menteri besar tersebut menubuhkan DEIG untuk dijadikan dana politik.

"Mengapa sebuah anak syarikat ditubuhkan di bawah MBI, sedangkan MBI itu sudah diluluskan di dalam sidang DUN?" soalnya.

Beliau juga bertanya sama ada Azmin akan tetap meneruskan keputusannya menubuhkan DEIG meskipun menerima tentangan hebat termasuk daripada parti pembangkang.

DUN Selangor pada Rabu mendengar pembentangan usul daripada Adun Hulu Kelang Saari Sungib yang mencadangkan supaya operasi DEIG ditangguhkan selama 6 bulan sehingga kertas putih mengenainya, yang menerangkan mengenai keperluan ia diwujudkan, dibentangkan dalam Dewan.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

DAP nafi dakwaan Umno terima sumbangan dari Yahudi YB Anthony Loke DAP.

Posted: 22 Aug 2015 09:45 PM PDT


SHAH ALAM - DAP hari ini menafikan parti itu mendapat sumbangan kewangan daripada mana-mana sumber asing termasuk melibatkan musuh Islam iaitu regim Yahudi.

Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke menegaskan dakwaan tersebut hanyalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar iaitu penyaluran dana RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya juga ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno bahawa apa pun usaha mereka untuk mengalihkan perhatian rakyat, isu RM2.6 billion akan terus menghantui Najib dan Umno, kini dan selama-lamanya!

"Saya nak bertanya kepada pemimpin-pemimpin Umno sama ada mereka sedar atau tidak bahawa mereka menunjukkan tahap kebodohan yang tiada batasannya dalam perlumbaan mereka untuk menyelamat dan mempertahankan Najib dalam isu RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya," 

 

katanya dalam satu kenyataan, hari ini yang mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang mendedahkan bahawa sumbangan dari Timur Tengah itu kepada Presiden Umno itu bagi membolehkan parti Melayu itu berupaya melawan DAP pada PRU13 lalu yang kononnya dibiayai oleh Yahudi.

Abdul Aziz berkata, penderma tersebut dikatakan khuatir dengan pengaruh Yahudi akan meresap di Malaysia melalui DAP dan memusnahkan Kerajaan Islam yang diketuai oleh pemimpin BN.


Posted by Kedah Lanie

Hadi minta wakil rakyat PAS sertai Amanah kosongkan kerusi OLEH LOOI SUE-CHERN

Posted: 22 Aug 2015 09:00 PM PDT



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama penyokong mengibar bendera parti pada perhimpunan PAS Tolak BN di Kota Sarang Semut, Kedah, petang tadi. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama penyokong mengibar bendera parti pada perhimpunan PAS Tolak BN di Kota Sarang Semut, Kedah, petang tadi. 

Wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baru yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat, yang dijangka dilancarkan pada Hari Merdeka, perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu.

"Terpulang kepada maruah mereka. Mereka membuat sumpah bai'ah sebagai wakil rakyat PAS.

"Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," katanya kepada media pada perhimpunan PAS Tolak BN di Kota Sarang Semut, Kedah petang ini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai parti baru yang dirancang GHB, yang diketuai pemimpin PAS progresif yang disingkirkan pada pemilihan parti Jun lalu.

Amanah juga bersedia menggantikan PAS, yang kini dikuasai puak ulama diketuai Hadi, dalam pakatan pembangkang yang baharu dengan DAP dan PKR.

Menurut perlembagaan PAS, ahli parti yang menyertai parti politik lain secara automatik akan hilang keahlian mereka.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin bahagian PAS di Selangor dan Melaka sudah mengumumkan peletakan jawatan mereka apabila menyertai GHB.

Hadi berkata beliau tidak melihatnya sebagai satu cabaran besar kepada PAS.

"PAS pernah melalui cabaran lebih teruk sebelum ini. Pada 1980-an, presiden sendiri tinggalkan parti. Kira-kira 10 orang pemimpin pusat keluar parti.

"PAS tinggal seorang saja ahli Parlimen, arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kita lawan balik dan menang Kelantan pada 1990.

"Itu lagi mencabar daripada sekarang. Kita boleh bangkit semula. Apa yang menarik sekarang ialah, anak muda mula datang kepada PAS," katanya.

Hadi juga menafikan cakap-cakap yang banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam menyertai GHB.

"Sebahagian besar NGO Islam bersama kami. Ada kenyataan media dibuat mengenainya," katanya.

Mengulas kritikan yang PAS kini tidak progresif dan mundur, Hadi berkata, parti itu tidak pernah mengubah dasar dan matlamatnya.

"Kita bukan parti kampung. Kita bukan hanya ada tokoh agama, kita juga ada profesional. Bilangannya semakin ramai.

"Pada muktamar baru-baru ini, kita lihat barisan kepimpinan PAS Pusat yang baharu terdiri daripada ustaz, pensyarah, peguam dan lain-lain.

"Kita ada ramai orang seperti ini dibandingkan sebelum ini. Kami juga terima permohonan keahlian baharu. Setakat ini kami terima 9,000 tetapi hanya sempat memproses kira-kira 6,000. 


Banyak lagi akan datang," katanya.

Mufti Perak diminta Jangan 'double standard'

Posted: 22 Aug 2015 08:30 PM PDT


http://assets.bharian.com.my/images/articles/28mufti_cropped.transformed.jpgGEORGETOWN - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta tidak mengeluarkan kenyataan 'double standard' berhubung isu tindakan menggulingkan kerajaan.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan Harussani itu jelas menunjukkan kenyataan bersifat peribadi yang menyebelahi kerajaan semata-mata.

Beliau tidak pasti sama ada kenyataan itu adalah fatwa atau pandangan peribadi kerana dalam Islam jelas menunjukkan, jika seseorang pemimpin itu tidak membela dan menindas rakyat, maka dia perlu ditegur atau digantikan.

"Saya tidak nampak di mana dalam Islam yang menyatakan menggantikan seseorang pemimpin yang jelas menindas rakyat itu adalah haram.

"Pada saya, beliau bersifat double standard. Mengapa satu ketika dahulu BN merampas Perak, beliau diam sahaja? Tidak pula keluar fatwa atau kenyataan sebegini?" katanya kepada media semalam.

Menurutnya, Harussani perlu membuat kajian berhubung nas dalam al-Quran terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Tindakan kita ini bersifat demokrasi bagi mengembalikan integriti dalam kepimpinan negara. Dalam Islam pun menyatakan, siapa sahaja buat perkara yang tidak betul, perlu ditegur atau jika perlu, ditangkap.

"Saya harap selepas ini, beliau buat kajian terlebih dahulu sebelum buat kenyataan. Kenyataannya itu dilihat lebih cenderung untuk mempertahankan kerajaan sedia ada," katanya.

YANG INI KAMU DIAMKAN !!


Terdahulu, Harussani dalam kenyataannya menyebut, tindakan mengguling kerajaan adalah haram kerana tindakan itu tidak terdapat dalam ajaran Islam.

Beliau berkata, sebagai seorang Islam perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Menurutnya, orang Islam diwajibkan untuk menasihati kerajaan jika terdapat unsur kezaliman dalam pentadbiran dan itu merupakan jihad terbesar.

Dalam perkembangan lain, Mujahid berkata sehingga kini, ahli Harapan Baru di Pulau Pinang sudah mencecah sehingga 1,000 orang walaupun tiada kempen dibuat setakat ini.

Beliau yang juga Pengerusi Harapan Baru Pulau Pinang berkata, keahlian parti yang bakal ditubuhkan sedikit masa lagi terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.



Belanja Lebih Dari Gaji ?

Posted: 22 Aug 2015 08:00 PM PDT

Mafiaboss Melayu Ori's photo.

Dengan Amanah Yang Suci PM Najib Telah Membelanjakan RM3.5 juta Menggunakan Kad Kredit Semasa Bercuti Di Eropah Pada Bulan Ogos 2014 !!

Sarawak Report kacau Najib Razak lagi. Kali ini dengan pendedahan PM berbelanja USD1 juta (atau RM3.5 juta) menggunakan 2 kad kredit CIMB dan Maybank semasa bercuti di Eropah dalam bulan Ogos 2014. 

Saya cuba congak-congak dengan gaji Perdana Menteri. Mula saya rasa macam tidak masuk akal. Kemudian saya terfikir: mesti ada orang derma lagi ni, Najib kan pejuang Islam terulung!

Bekas timbalan pengarah SB ikrar buat lebih banyak pendedahan

Posted: 22 Aug 2015 07:30 PM PDT




Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador (berdiri) berkata beliau tidak takut tindakan akan dikenakan terhadapnya kerana berjanji akan mendedahkan lebih banyak lagi mengenai 'isu semasa'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015.


Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador berjanji akan mendedahkan lebih banyak lagi mengenai "isu semasa" dan berkata beliau tidak takut tindakan akan dikenakan terhadapnya.

Hamid berkata beliau masih dibayar gaji oleh kerajaan dan sedia maklum mungkin ada akibatnya kerana bercakap secara terbuka, tetapi menambah kesetiaannya adalah kepada negara dan agama.

"Insya-Allah, saya akan berpegang kepada janji untuk mendedahkan perkara berkaitan isu semasa. Kesetiaan saya kepada negara dan Tuhan. Jika saya mati ketika melindungi dua perkara ini, saya puas hati," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Mereka boleh ambil tindakan terhadap saya, tetapi tidak kepada 30 juta rakyat Malaysia," katanya.

Beliau bagaimanapun agak segan apabila diminta menjelaskan isu yang akan didedahkannya itu.

Hamid, yang memulakan kerjayanya dengan unit risikan polis, Cawangan Khas, baru-baru ini ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai timbalan pengarah di bahagian jenayah rentas sempadan, melapor terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau pada mulanya berang dengan pertukaran mendadak itu dan mempunyai sehingga 17 September untuk buat keputusan sama ada menerima atau tidak jawatan berkenaan.

Pertukarannya dibuat selepas tindakan turut diambil terhadap agensi penguatkuasa lain yang terlibat dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Awal bulan ini, dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukarkan selepas agensi itu disiasat atas tuduhan membocorkan maklumat berkaitan siasatan 1MDB dan draf kertas pertuduhan ke atas Najib yang disiarkan laman web Sarawak Report bulan lalu.

Bagaimanapun, berikutan ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu, dua pegawai kanan berkenaan dikembalikan semula kepada jawatan asal mereka dua hari kemudian.

Semalam, Hamid bercakap mengenai satu kumpulan rahsia yang dikatakan cuba membenam skandal 1MDB dan menghalang lebih banyak isu daripada menjadi perhatian.

Beliau menggelar kumpulan itu "Geng Hang Tuah", diambil sempena pahlawan Melayu ketika zaman kesultanan Melaka yang terkenal dengan kesetiaannya terhadap Raja.

Hamid menyebut mengenai kumpulan itu dalam satu temubual dengan Malaysiakini ketika menjelaskan siapa yang beliau anggap menjadi dalang dalam pesanan Whatsapp yang mendakwa beliau akan memfailkan laporan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana beliau dengan cepat menafikannya.

Putrajaya didakwa cuba menutup siasatan 1MDB selepas Najib merombak Kabinetnya pada 28 Julai, menyingkirkan beberapa menteri yang kritikal terhadap caranya mengendalikan syarikat sarat hutang itu.

Rombakan itu turut menyaksikan kenaikan pangkat empat wakil rakyat yang juga ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang menyiasat 1MDB, menyebabkan pendengaran siasatan mengenai 1MDB itu tergendala hingga ahli baharu dipilih.

Peguam negara juga ditukar ketika siasatan 1MDB berlangsung, disusuli dengan pembubaran pasukan petugas khas yang mengetuai penyiasatan berkenaan.

Pada masa sama, tujuh pegawai SPRM disoal siasat atas tuduhan membocorkan maklumat, sementara bekas penasihat SPRM dan pegawai guaman di Pejabat Peguam Negara juga ditahan serta disoal mengenai dakwaan kebocoran maklumat berkaitan 1MDB itu.

Terbaru, pegawai di Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur, diberhentikan kontrak perkhidmatannya dan taraf pemastautin tetapnya di Malaysia ditarik balik.

Beberapa pegawai Bank Negara Malaysia juga turut disoal siasat.

Pemindahan Hamid digambarkan sebagai "biasa" oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang menafikan dakwaan menyingkirkannya daripada Cawangan Khas. 



Bloglist Malaysia

Rosmah sedia bantu peniaga lebar jaringan

Posted: 22 Aug 2015 07:00 PM PDT



Jika anda seorang usahakan yang mencari peluang melebarkan jaringan ke perintang antarabangsa, Datin Seri Rosmah Mansor mungkin boleh membantu.

Isteri perdana menteri itu menyatakan, untuk berjaya dalam bidang perniagaan, seseorang tidak hanya perlu memberi perhatian kepada pasaran luar, malah penting mencari peluang di luar negara.

"Untuk mencari pasaran antarabangsa, anda mesti mempunyai rangkaian. (Untuk) rangkaian itu, saya boleh bantu anda," katanya.

Rosmah berucap di Konvensyen Ekonomi Wanita Cina Malaysia di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Rosmah, jika ada ahli perniagaan datang menemuinya untuk mendapatkan pinjaman, beliau tidak dapat memberi bantuan.

Katanya ada banyak tempat lain yang boleh dikunjungi ahli perniagaan bagi mendapatkan bantuakn kewangan.

"Tetapi untuk mencari hubungan bagi perniagaan, rangkaian, saya boleh tolong.

Wanita yang baik

"Ia bukan sangat mengenai cita-cita saya. Saya dah berumur, tapi saya sedia bersama anda semua untuk mencapai impian anda," katanya.

Mengulangi ikrar Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau adalah "perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia" Rosmah menekankan kedudukannya juga adalah "isteri kepada perdana menteri semua rakyat Malaysia".

Namun beliau menyatakan, kini pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya di Internet.

"Apa saja yang anda dengar, anda baca, jangan percata. Saya sama sekali bukan seperti apa yang anda baca, anda dengar, di blog... blog itulah," katanya.

Selepas terdiam seketika, Rosmah tersenyum sambil menyambung: "Saya rasa saya wanita yang baik" sebelum disambut tepukan gemuruh hadirin.

Kasihan.... Orang Melayu Sememang Suka Diperbodohkan !!

Posted: 22 Aug 2015 06:30 PM PDT

Tinjauan: Derma parti kena uar-uarkan


Ada ahli akar umbi Umno berpendapat, tindakan memasukkan wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi presiden mereka bukan sesuatu yang wajar.

Jika transaksi itu masih diperlukan, kata seorang veteran Umno Kuala Nerus, ia sepatutnya diuar-uarkan kepada beberapa pihak.

Beliau yang mahu dikenali sebagai Pak Syed, 75, juga berkata penerangan secara berterusan ke pihak bawahan juga penting bagi memastikan semua ahli jelas denga segala perkara berlaku.

"Secara terus terang, mereka (akar umbi) tak setuju dengan masukkan wang ke akaun peribadi.

"Tetapi kalau masukkan pun, biar beberapa orang lain juga tahu. 

Jika tidak, ia seolah-olah hak peribadi. Saya memang rasa tindakan (masuk duit ke akaun peribadi) itu tak tepat. Sepatutnya tak perlu begitu.

"(Tapi) penerangan juga penting dan kena turun ke akar umbi dan beri penerangan sejelas-jelasnya," kata beliau yang menganggotai Umno lebih dari 50 tahun.

Selain itu, menyentuh mengenai masalah dalaman yang melanda Umno ketika ini, beliau berkata sikap taat pada ketua perlu diamalkan.

Katanya, setiap masalah juga perlu diselesaikan secara diplomasi dan bukan dengan menentang antara satu sama lain.

"Kita ahli-ahli ini sepatutnya bersama di belakang ketua.

"Kita tak kata ketua kita betul 100 peratus, tetapi cara penyelesaian itu bukan dengan membelakang, menentang atau mendedahkan.

"Sepatutnya secara rundingan dalaman dan diplomasi," katanya lagi.

Percaya kebijaksanaan PM

Bagi ketua Umno cawangan Kampung Telaga Daing, Wan Hamzah Wan Yusof (gambar atas), walaupun sebelum ini terdapat akar Umno yang tidak berpuas hati berhubung dakwaan wang derma disalurkan ke akaun peribadi Najib, beliau menyerahkan perkara itu pada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti.
 
"Pada asalnya sebahagian tidak berpuas hati tapi dengan ada penjelasan, sedikit sebanyak kita serahkan pada kebijaksanaan pucuk pimpinan dan Najib untuk buat yang terbaik untuk rakyat.

"Mungkin dia ada agenda yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Perwakilan Wanita Umno Normazlira Zakaria (kanan) pula berkata, walaupun meragui penyaluran RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri itu, namun beliau berfikiran positif dan yakin Najib mempunyai misinya tersendiri.

"Mula-mula difikirkan memang ada keraguan, tetapi sebab saya berfikiran positif, mungkin Najib ada dia punya visi dan misi masing-masing," katanya.

Berita Gempar Hari Ini.. ??

Posted: 22 Aug 2015 06:00 PM PDT

 


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kata diberitahu, derma AS$700 juta (RM2.67 bilion) adalah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi pilihan raya umum ke-13. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau secara peribadi bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah yang menderma AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada Datuk Seri Najib Razak.




Beliau berkata, mereka memberitahunya sumbangan itu adalah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi pilihan raya umum ke-13."Saya bertemu dengan ketua pegawai pelaburan penderma itu dan saya juga bertemu dengan pemegang amanah dana itu," kata Zahid ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Sri Gading di Parit Raja, Johor hari ini.

Dia beritahu saya, negara tuan bukan satu-satunya negara yang kami salurkan sumbangan. Terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang kami beri derma.
"Beliau berkata mereka membantu BN kerana komitmen kerajaan dalam menangani keganasan dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara ahli sunnah wal jamaah.
ADDIN

APA ITU DEIG ? AZMIN BETUL ATAU SALAH?

Posted: 22 Aug 2015 05:30 PM PDT

DEIG - AZMIN ALI



BANYAK perbahasan pro dan kontranya di dalam isu DEIG yang cuba diwujudkan oleh Kerajaan PR Selangor di bawah MB. Azmin Ali.  Isu ini masih hangat diperbahaskan di dalam Dun Selangor.  Aku tabik dengan beberapa Adun dari PR yang mampu berdiri dan berhujah secara kritikal di dalam Dun bagi mendapatkan penjelasan dari MB. 

Ertinya, di Dun Selangor kesemua Adun berhak mengeluarkan suara termasuk mantan MB Selangor, TSKI.  Adun-adun dari Dap juga lantang bersuara.  Tabik juga buat MB yang tidak lari dari menjawab persoalan. 

Di bawah ini, boleh kita kongsikan serba sedikit berkaitan isu ini;  (Untuk ikuti lebih lanjut, klik saja sini --->  http://tv.selangorku.com/79504/rakaman-penuh-jawapan-mb-berhubung-isu-deig/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter

 DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP BERHAD (DEIG) 

DEIG adalah milikan penuh (100%) oleh MBI dan mempunyai modal berbayar sejumlah RM10 juta. Carian terkini dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membuktikan fakta ini. 

Dari segi operasi,DEIG akan ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Setiausaha Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai Operasi MBI serta disokong oleh golongan professional yang pakar dalam bidang pelaburan strategik. 

Asas Penubuhan 

MBI tidak pernah menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri melalui dividen. 

Ini disebabkan 12 kumpulan anak syarikat milik MBI menguruskan sendiri portfolio bisnes mereka serta dibebani dengan legasi masing- masing.

 Justeru itu, aset-aset milik MBI harus dirasionalisasi dan konsolidasi untuk mengelakkan pertindihan serta untuk mendapat pulangan hasil yang baik. 

Sebelum ini, MBI bertindak sebagai pentadbir dan pengurus pelaburan untuk membuat keuntungan serta melaksanakan aktiviti CSR. 

Sehubungan dengan itu, aktiviti anak syarikat harus mempunyai pengkhususan (core business). 

Contoh : Yayasan Selangor bertujuan untuk menyediakan akses kepada pendidikan bagi anak-anak Selangor. Tetapi ia juga menjalankan aktiviti bisnes pelaburan hartanah untuk menanggung kos bagi melaksanakan objektif utama untuk menyediakan pendidikan. Ini menyebabkan Yayasan Selangor telah lari daripada tujuan asal penubuhan. 

Inilah yang berlaku di dalam MBI di mana pertindihan core business berlaku di antara anak syarikat. Ada anak syarikat melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan dan tanggungjawab sosial mengakibatkan fokus yang tidak tetap. 

Tahap Akauntabiliti Tinggi PAC dan Jawatankuasa Pilihan ABAS (Anak Syarikat Kerajaan Negeri) mempunyai akses untuk meneliti pengurusan dan kewangan DEIG sepertimana anak syarikat Kerajaan Negeri yang lain. 

Laporan kewangan DEIG akan dikonsolidasikan diperingkat MBI. Maksudnya segala perincian kewangan di peringkat DEIG akan direkod doperingkat MBI melalui kaedah 'Consolidated Account'. Contoh : Sekiranya DEIG mempunyai 1,000 ekar tanah, ia akan direkod di Consolidated Account MBI. 

10. DEIG didaftarakan mengikut Akta Syarikat 1965, Seksyen 169, Sub Seksyen 1 Akta berkenaan mewajibkan penyata kewangan DEIG diaudit dan dibentangkan kepada pemegang saham serta dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat setiap tahun. Orang awam boleh melihat perincian laporan kewangan berkenaan menerusi laman web SSM. 

11.Diperingkat MBI, Enakmen No. 3 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 1994 akan ditambah baik untuk memastikan segala laporan kewangan termasuk DEIG yang telah dikonsolidasikan di peringkat MBI akan dibentang di Dewan.

 12.Demi menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban, segala keputusan komersil dan pelaburan DEIG akan ditentukan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemilihan, Tender, Audit dan Pelaburan. 

13.DEIG akan mempunyai struktur tatakelola dan "check and balance" yang menurut best practice industri korporat. 

14.Kerajaan Negeri akan memastikan DEIG ditadbir menurut ketelusan, tatakelola korporat, akauntabiliti dan kawalan dalaman yang ketat. Pengurusan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor akan subscribe to the highest form of governance. 

Falsafah Kerajaan 

15.Falsafah yang menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh melibatkan diri dalam bisnes tidak boleh digunapakai sepenuhnya. Kerajaan harus juga melibatkan diri dalam bidang-bidang strategik seperti perumahan mampu milik, kesihatan awam, pembekalan air bersih dan sebagainya. 

16.Kerajaan Negeri akan fokus untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk bisnes. 

17.Kerajaan Negeri juga akan memastikan keadilan dalam pengagihan menerusi program-program keadilan sosial seperti (perumahan, pendidikan dsb). 

18.Kerajaan Negeri akan memastikan tiada lagi perjanjian yang berat sebelah dan tidak memberi keuntungan setimpal untuk anak syarikat milik Kerajaan Negeri. 
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS  

SPRM Cari Jho Low, Nik Faisal, Suboh Bantu Siasatan SRC

Posted: 22 Aug 2015 05:00 PM PDT

SPRM Dedah Foto Dan Alamat Terakhir Jho Low, Nik Faisal Dan Suboh



KUALA LUMPUR: Tiga individu diminta segera tampil menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan berkata, tiga individu itu adalah Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil; Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin dan ahli perniagaan Low Taek Jho yang turut dikenali sebagai "Jho Low".

"Ketiga-tiga individu itu dikehendaki hadir di Bahagian Operasi Khas SPRM di Aras 7, Menara Prisma, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

"Kesemua individu itu dikehendaki menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu Penolong Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 010-3187757 atau 03-88900752, atau Penolong Pesuruhjaya Norkhafizin Isa di talian 019- 6000345 atau 03-88900754," katanya.

Kata Azam lagi, Nik Faisal memiliki kad pengenalan bernombor 710304-10-6303 dan pasport bernombor A31780240, serta alamat terakhirnya dipercayai No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor.

"Suboh pula memiliki kad pengenalan bernombor 510111-10-5521 dan pasport bernombor D021678 dan R016029 serta alamat terakhir yang dikesan ialah 3-15-2, No 3, The Residence, Jalan Wan Kadir 5, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

"Sementara Jho Low pula memiliki kad pengenalan bernombor 811104-07-5701 beralamat 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang," katanya.

Jelas Azam, SPRM juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat di mana ketiga-tiga mereka berada agar menghubungi Penolong Pesuruhjaya Rosli Husain atau Penolong Pesuruhjaya Norkhafizin Isa atau pun mana-mana Pejabat SPRM yang terdekat.


Zahid - Dalang Mahu Guling Kerajaan Takut Dirakam Media

Posted: 22 Aug 2015 09:00 AM PDT


 

Tokoh Umno yang didakwa merancang untuk menggulingkan kerajaan tidak hadir bertemu perdana menteri pada hari yang dijanjikan kerana dia enggan wajahnya dirakam media.

Menjelaskan perkara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau hadir ketika perbincangan untuk mempertemukan individu dirahsiakan itu dengan Datuk Seri Najib Razak dibuat.

"Dia tidak hadir kerana tidak mahu gambarnya diambil media," kata Ahmad Zahid ketika ditemui media selepas merasmikan mesyuarat Umno Sekijang, Johor hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian sebagai mengulas persoalan apakah benar wujud dalang mahu menggulingkan kerajaan seperti mana yang didakwa sebelum ini.

Ahmad Zahid sebelum ini mendedahkan ada rancangan untuk tokoh terbabit mengadakan pertemuan dengan Najib.

Katanya, pemimpin berkenaan telah sedar kesalahannya dan bersedia untuk bertemu dengan Najib dan pertemuan itu dijangka diadakan 6 petang.

Bagaimanapun, pertemuan dijanjikan itu tidak berlaku kerana tiada sesiapa hadir pada hari dan waktu yang dijanjikan.


- mkini

Shafie Apdal - Najib Jangan Salahkan Soros Ringgit Jatuh

Posted: 22 Aug 2015 08:30 AM PDT




Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini meminta Datuk Seri Najib Razak agar tidak menyalahkan orang lain berhubung kedudukan ekonomi negara kini.

Malah, Mohd Shafie berkata kerajaan juga tidak boleh menyalahkan hartawan terkenal, George Soros menjadi punca kejatuhan nilai mata wang ringgit.

"Kita tidak ada George Soros seperti yang pada masa lalu. Jika ia adalah kerana Soros, kita boleh faham, " katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno Jerlun hari ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa Soros (gambar) sebagai pihak bertanggungjawab menyebabkan krisis kewangan melanda Asia pada 1997 dan 1998.

Mohd Shafie yang digugurkan daripada jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah akhir bulan lalu berkata, negara sekali lagi menghadapi kejatuhan nilai mata wang dengan ringgit berada pada paras terendah sejak 17 tahun lalu.

Nilai bagi ringgit ketika ini ialah RM4.10 bagi setiap AS$1.


"Satu-satunya keuntungan kita adalah daripada cukai barangan dan perkhidmatan. Ia tidak bermakna GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tidak perlu dilaksanakan, namun ia membebankan rakyat, " kata Shafie.

Salahkah bertanya

Beliau mengakui banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan enam peratus GST sejak 1 April lalu.

Mohd Shafie bagaimanapun berkata, beliau faham krisis ekonomi yang berlaku kini adalah sebahagian daripada masalah global seperti penurunan nilai mata wang China yang turut menyebabkan ringgit jatuh.

"Tetapi bagaimana pula dengan masalah dalaman kita sendiri?" katanya.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata, kelemahan nilai ringgit disebabkan penurunan harga komoditi dan perubahan dasar kewangan di AS serta China, selain spekulasi keadaan politik di negara ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Shafie bertanyakan kepada perwakilan apakan beliau salah apabila bertanyakan soalan mengenai 1MDB.

Lantas 1,000 perwakilan yang hadir pada mesyuarat bahagian itu menjawab dengan tegas: "Tidak!".

Malah, Mohd Shafie juga mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak terlibat dalam pasukan petugas baru yang dilaporkan akan ditubuhkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"Jika kita mahu untuk menyiasat penyelewengan dana, SPRM seharusnya berada di dalam pasukan petugas itu," kata Shafie.


- mkini


Bohong Dan Terus Berbohong ?

Posted: 22 Aug 2015 08:00 AM PDT

Mafiaboss Melayu Ori's photo.
Tidak ada satu sen pun daripada AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak datang daripada dana pencen kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata, wang itu bersumberkan hanya seorang penderma dari Timur Tengah, dan ia disalurkan melalui pelbagai syarikat untuk mengelak daripada dikesan.

"Tiada wang KWAP digunakan oleh Umno atau didepositkan ke dalam akaun Najib. Saya lihat dokumen-dokumennya," kata Zahid ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri Gading hari ini.

(Kredit to: TMI)

KENAPA UMNO SHAH ALAM "MEROYAN" ??

Posted: 22 Aug 2015 07:30 AM PDT



SHAH ALAM - Umno Bahagian Shah Alam mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebagai alat DAP yang mana seolah-olah bertanggungjawab memecah-belahkan pengundi Melayu di kawasan tersebut.‎



Ketuanya Datuk Azhari Shaari berkata, oleh itu Khalid Samad perlu disingkirkan daripada bumi Shah Alam.



"Sekarang DAP sedang merangka gerak kerja untuk menghancurkan Pas dengan menaja penubuhan gerakan Harapan Baru yang lebih menjurus kepada DAP.‎



"Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam juga salah seorang perlu dinyahkan dari bumi Shah Alam," katanya dalam ucapan dasar Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam, di Wisma PKPS hari ini.



Jelas beliau, DAP yang disifatkan sebagai pencipta fitnah itu mampu memecah-belahkan bangsa Melayu tidak kira Umno mahupun Pas.



"DAP memang bijak dan mahir di dalam strategi politik mereka, lihat bagaimana mereka merobek dan memecah-belahkan rakan sekutu mereka iaitu Pas, dulu berpeluk arab bagai, makan bersuap sedulang, tidur sekatil sebantal, berpentas ceramah bersama.



"Tetapi sekarang Pas dianggap pengkhianat PR kerana memperjuangkan hukum ALLAH iaitu Hudud," jelasnya lagi.






Sehubungan itu, beliau menyeru kepada ahli Umno supaya sentiasa berfikiran rasional, matang serta mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pucuk pimpinan parti.



"Parti kini memerlukan sokongan yang tidak berbelah dari kita semua dalam mengharungi badai politik yang dicipta pembangkang terutamanya DAP untuk memecahbelahkan kita dan menghancurkan agenda menegakkan syiar Islam dan ketuanan Melayu di bumi bertuah Malaysia," ujarnya lagi.

PAS tak halang ahli sertai Bersih 4, kata naib presiden OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 22 Aug 2015 06:45 AM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad menolak dakwaan ahli parti dihalang menyertai Bersih 4 hujung bulan ini.

PAS tidak menghalang ahlinya turun menyokong perhimpunan Bersih 4 yang dijadualkan pada 29 dan 30 Ogos ini, kata Naib Presiden Datuk Iskandar Abdul Samad.

Katanya, pihaknya tidak ada masalah membenarkan ahli parti menyertai perhimpunan 34 jam tanpa henti itu yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

"Ada tuduhan kata kita halang, itu tidak benar. Saya nak tegaskan, kita tak pernah halang ahli kita untuk turun Bersih 4," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program rumah mampu milik Selangorku di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, hari ini.

PAS dilaporkan membuat keputusan menganjurkan himpunan mereka sendiri dan tidak akan mengerahkan ahlinya menyertai himpunan Bersih 4 yang dianjurkan Bersih 2.0 itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 9 Ogos lalu berkata, pihaknya hanya akan menghantar 3 wakil ke perhimpunan Bersih 4 kerana ia bukan dikepalai parti itu.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dua wakilnya iaitu naib presiden Idris Ahmad dan Kamaruzaman Mohamad dihantar bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai himpunan tersebut.

"Sebarang arahan kepada ahli akan dikeluarkan setelah mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang himpunan yang akan diadakan nanti," katanya dalam satu kenyataan pada 10 Ogos. – 22 Ogos, 2015.


Posted by mountdweller

VIDEO - Terkini!!! Mat Sabu sedia berundur dari GHB... Jom terjah!!

Posted: 22 Aug 2015 06:00 AM PDT


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sedia memberi laluan kepada orang lain untuk meneraju Gerakan Harapan Baru (GHB). 

Katanya, dia akan meletak jawatan sekiranya jawatankuasa sementara yang ada mampu mencari pemimpin yang lebih sesuai. 

"Jika ahli-ahli jawatankuasa percaya bahawa terdapat seorang pemimpin yang lebih baik maka saya bersedia untuk berundur. 


 "Tidak ada seorang pun yang akan kekal selama-lamanya. Apa yang kita percaya adalah kepimpinan kolektif," katanya yang dipetik daripada Mstar Online. 

Dia berkata demikian pada sidang akhbar pelancaran GHB peringkat negeri Terengganu di Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu. 

GHB ditubuhkan Julai lalu dan dipengerusikan Mat Sabu. 

Ia menjadi platform kepada mereka yang kalah dan tidak sealiran dengan kepimpinan Pas sedia, selepas calonnya yang bertanding kalah pada pemilihan pada Muktamar Pas yang lalu.



Sedaka Sejahtera

Bekas Bos SB Dedah Geng Sulit Cuba Lindung Dan Tutup Kes 1MDB

Posted: 22 Aug 2015 05:15 AM PDT

'Geng Hang Tuah, Si Kitul lindungi 1MDB'




Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador mendakwa ada kumpulan sulit yang cuba menutup isu 1MDB.

Menggelarkan kelompok itu sebagai Geng Hang Tuah, Abdul Hamid bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mereka.

Beliau menyebut nama kumpulan itu ketika Malaysiakini bertanya mengenai kemunculan mesej WhatsApp palsu mendakwa dia akan memfailkan aduan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya Geng Hang Tuah menyebarkan mesej palsu yang mendakwa dia akan mengadakan sidang media di Bukit Aman untuk mendedahkan pembabitan Dr Mahathir dengan Sarawak Reportmendedahkan maklumat 1MDB demi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Hamid juga mendakwa kumpulan rahsia itu diketuai Si Kitol.

Katanya, beliau berjanji akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai dalang kumpulan itu selepas ini.

"Saya pasti mereka daripada kumpulan Hang Tuah yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat salah.

"Saya akan dedahkan nama Si Kitul tak lama lagi," katanya.

Si Kitol merujuk kepada nama pengkhianat yang membocorka rahsian Melaka kepada Portugis pada abad ke-16 sehingga menyebabkan kerajaan Melayu itu runtuh.

Ditanya lebih lanjut Abdul Hamid berkata, mereka mahu mengelak isu 1MDB dipersoalkan.

"Kumpulan ini cium tangan pun mahu demi melindungi kepentingan peribadi," katanya.

Mati hanya sekali

Sementara itu Abdul Hamid berkata sehingga kini beliau menerima pelbagai panggilan telefon yang menasihatinya agar berhati-hati.

Kata Abdul Hamid, pihak tersebut mendakwa ada kelompok sudah "gelap mata" dan sanggup mengambil tindakan luar biasa terhadapnya.

Meskipun pasrah dengan apa yang terjadi, beliau yang berkhidmat dengan PDRM selama 37 tahun itu tegas dengan ikrar janji yang dibuat sebelum ini.

Katanya ketika menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Mei 1980, anggota PDRM berikrar untuk mempertahankan kebenaran walaupun nyawa menjadi galang gantinya.

"Saya pasrah. Saya hanya takutkan kemurkaan Allah. Saya tetap memegang kepada sumpah ikrar tamat latihan asas polis di Pulapol pada Mei 1980 dulu.

"(Saya) sanggup mati untuk pertahankan kebenaran demi negara tercinta. Pada lambang polis tersemat pada topi polis itu ada tertera kalimah Allah (dan) Muhammad.

"Itulah yang dijunjung oleh lebih 100 ribu warga PDRM selama ini. (Lagi pun) mati itu sekali saja.

Beliau turut berkata jika ada mana-mana pihak membunuhnya, ia tetap tidak dapat menutup jenayah yang dilakukan.

"Membunuh saya tidak akan dapat menutup jenayah yang dilakukan," katanya.

- mkini

Rupa-Rupanya Aziz Kaprawi Lebih Bebal Dari Ahmad Maslan

Posted: 22 Aug 2015 04:30 AM PDT


Dana RM2.6b untuk hadapi DAP, Yahudi


Seorang pemimpin Umno mendakwa derma diberi pihak tertentu dari Timur Tengah kepada Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bertujuan untuk membiayai perjuangan melawan DAP "yang dibiayai Yahudi".

Ketua Umno Sri Gading Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, jika parti itu kalah dalam pilihan raya, DAP yang disokong Yahudi akan berkuasa.

"Rakan-rakan (di kalangan) pemimpin Islam menyedari ancaman DAP ini.


 

"Kalau kerajaan Islam Malaysia tumbang, rosaklah perjuangan Islam seluruh dunia," katanya di mesyuarat tahunan Umno bahagian itu di Johor hari ini.

Ahli Parlimen Sri Gading itu bercakap demikian merujuk kepada dana bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian perdana menteri menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013 lalu.

Azmin: Pergi tanya Rahman Dahlan

Posted: 22 Aug 2015 03:45 AM PDT



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini secara sinis meminta pihak yang mempertikaikan agensi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) supaya merujuk kepada Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Kata Azmin DEIG adalah agensi kerajaan negeri yang memiliki dana sebanyak RM30 bilion dan akan digunakan untuk pelaburan.

Justeru, katanya, ia tidak boleh disamakan dengan agensi pelaburan tajaan kerajaan pusat, 1MDB.

"Duit RM2.6 bilion (yang dikaitkan dengan 1MDB) itu derma, (DEIG) ini pelaburan. Kalau itu pun tak faham jangan tanya saya. Pergi tanya Rahman Dahlan," kata Azmin kepada media di Shah Alam hari ini.

Abdul Rahman sebelum ini menyifatkan isu DEIG itu lebih besar berbanding derma bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


 

"Apabila RM2.6 billion, respon macam nak kiamat tapi bila RM30 bilion? Kami masih lagi melihat soalan-soalan yang dijawab dalam DUN Selangor tidak memuaskan hati bukan sahaja kepada kerajaaan persekutuan malah Pakatan Rakyat.

"Jumlahnya agak besar, RM30 billion, jauh lebih besar daripada RM2.6 bilion. Kalau tengok garis masa akaun media sosial pemimpin Pakatan Rakyat, mereka cuba mengalihkan isu ini," kata Rahman Dahlan.

Menurut Rahman Dahlan lagi beliau pelik kerana sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor yang bernilai RM2 mempunyai kuasa menguruskan aset bernilai melebihi RM30 bilion.

Formula lima K Najib elak Umno karam

Posted: 22 Aug 2015 03:00 AM PDT


Datuk Seri Najib Razak menasihati ahli Umno itu supaya tidak mengamalkan sikap "mengorek kapal" bagi memastikan parti itu tidak "tenggelam".

Dengan memberikan formula lima "K", Najib mengumpamakan Umno sebagai sebuah kapal dan menasihati akar umbinya tidak mengkhianati parti.

Menjelaskan maksud "K" itu perdana menteri berkata, pertama ialah jangan "khianat" kepada parti dengan mengamalkan sikap peteh keting (tikam belakang).

"K yang kedua, jangan korek kapal. Kalau kita korek kapal apa akan terjadi? Maknanya kita semua akan mati lemas. Ini mesti dielakkan.

"Semangat kepartian mesti ada. Setia kawan mesti ada. Susah senang kita kena bantu," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat Umno Kuala Nerus, Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno bahagian itu yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Jaga aib masing-masing

Selain itu, Najib berkata, perkara yang perlu diamalkan oleh semua ahli parti ialah menanamkan semangat "kerjasama", "kemampuan" dan "keyakinan" kepada parti.

Sementara itu, Najib turut memberi peringatan kepada kira-kira 400 perwakilan Umno Kuala Nerus supaya tidak mengaibkan antara satu sama lain.

Menurut Najib, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa di dalam parti.

Namun, katanya, perbezaan dan perbalahan yang wujud tidak wajar dihebohkan bagi menjaga aib masing-masing.

"Perbezaan pendapat biasa dalam Umno, dalam sejarah kita. Tapi perbezaan pendapat biarlah cara beradab. Orang Melayu ni ada seni dia, seni orang Melayu.

"Ibarat kita sama kita berbalah, jangan kita singkap semua habis barai semua orang tahu. Akhirnya kita akan ditertawakan.

"Tapi kalau kita ada pendapat berbeza, tegur cara beradab. Jaga keaiban kita kerana Islam menyuruh kita menjaga keaiban orang. Jangan jatuhkan dan aibkan orang," kata Najib lagi.

Si puaka senyum je tgk macai2 ni sedang khusyuk menjilat...

Posted: 22 Aug 2015 02:15 AM PDT

Chuleed Yusri Yk's photo.Najib pula berlapang dada kerana masih ramai lagi yg sanggup menjawap bagi pihak dia..walaupun jawapan2 tersebut jadi bahan lawak...satupun xleh pakai..
 


Tp dia lupa kerana banyak pihak sedang berusaha dgn pelbagai cara utk menjatuhkan kelompok penjilat ni...
‪#‎yangbanggangtuumnoyangumnotumemangbanggang‬

Asal berpurdah sahaja, teroris. Fahaman begini juga ajaran sesat.??

Posted: 22 Aug 2015 01:30 AM PDT

Dia Gadis Teroris, Benarkah? Lihat Penjelasan Ini..



Dikabarkan gabung ISIS, Desty buka suara lewat FB

Orangtua Desty Anggraini.


TEKA-TEKI soal sosok seorang mahasiswi Universiti Sriwijaya (Unsri) Palembang, Desti Anggraini, diduga bergabung dengan Negara Islam Iraq dan Syria (Islamic State of Iraq and Syiria / ISIS), sedikit menemui titik terang. Sebab, Desti akhirnya buka suara tentang kewujudan dan aktivitinya melalui jejaring sosial Facebook.

Melalui akaun Facebook bernama UmmuSumayyah miliknya ditulis pada Khamis (20/8), Desti membantah pemergiannya ke Ciamis, Jawa Barat, lantaran bergabung dengan ISIS. Dia mengatakan sedang belajar ilmu agama dan berniat menghafal Al-Quran di Pondok Pesantren Tahfidz Al-quran Anshorulloh.

Di akhir statusnya, Desti juga menyampaikan permintaan maaf jika menyakiti pihak-pihak tertentu. Dia tidak ingin terjadi fitnah sehingga tersebar luas ke masyarakat umum.

Seperti diberitakan sebelumnya, Desti, mahasiswi semester tujuh FKIP program pengajian PAUD Unsri Palembang, diduga bergabung dengan ISIS selepas berangkat menimba ilmu agama di Pondok Pesantren Tahfidz Al-quran Anshorulloh, Kudat, Jawa Barat, sejak 6 Ogos 2015. Sembilan hari kemudian, kewujudan Desty tak lagi diketahui.

Saat pergi, Desty hanya membawa tas ransel berisi pakaian dan wang saku sebanyak RM 50 ribu (kira-kira RM15). Sedangkan, dia mengaku kos kehidupan sehari-hari sudah dijamin oleh rakannya yang sama-sama berangkat ke Jawa.

Keluarga bimbang, Desty bergabung dengan ISIS, kerana di kamarnya ditemukan sejumlah kalimat tentang syahid. Desty sejak setahun terakhir memutuskan mengenakan purdah dan berpakaian serba hitam. Bahkan, Desty juga mengancam akan memutuskan hubungan keluarga jika diminta melepas pakaian itu.

Berikut kenyataan penjelasan yang ditulis Desti Anggraini dalam akaun Facebook UmmuSumayyah:

Assalamu'alaikum warrahmatullaahi wabarakatuh ..

Saya Desti Anggraini pemilik rasmi akaun FB ummusumayyah (Desti devon Anggraini), yang juga merupakan bekas mahasiswi FKIP Paud angkatan 2012 Unsri, membuat kenyataan ini secara sedar dan tanpa tekanan dari pihak manapun.

Keputusan untuk keluar dari kampus dan belajar ke pondok Anshorullaah Ciamis Jawa Barat bukanlah tanpa alasan. Semua di mulai dari banyaknya permasalahan yang timbul sejak saya memutuskan untuk mengaplikasikan perintah Allah azza wa jalla pada surat Al-Ahzab ayat 59.

  • "Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak kamu, dan isteri orang-orang mukmin hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi maha penyayang."
Walaupun terdapat perbezaan pendapat antara majoriti jumhur ulama 'yang mengatakan penggunaan purdah adalah wajib dan lain-lain mengatakan sunnah. Tetapi saya lebih memilih untuk mengenakannya, kerana saya tidak mahu menjadi penghalang terbukanya pintu syurga bagi kedua orang tua, terutama ayah saya yang sudah tiada. Seperti kita ketahui bahawa anak perempuan boleh menjadi sebab bagi orang tua untuk memasuki pintu syurga apabila ia mematuhi syariat Allah. Tetapi boleh juga menjadi sumber fitnah terbesar apabila dia tidak menjaga izzah dan 'iffahnya.

Permasalahan-permasalahan yang menghampiri saat menggunakan cadar datang dari semua pihak. Semasa di kampus terdengar khabar bahawa akan adanya pemberhentian dari pihak kampus atau saya harus melepas cadar saya. Belum lagi pihak yang menakut-nakutkan bahawa wanita bercadar itu terdedah diculik intel yang biasanya menjatuhkan vonis tuduhan menyiksa, bahkan membunuh tanpa alasan yang jelas.

Seiring berjalannya waktu, saya sering dipanggil oleh pensyarah perihal cadar yang saya gunakan mereka mengatakan, "Apabila masih ingin berada di kampus kamu harus mengikuti aturan di kampus."

Qadarullaah, bekas kampus saya tercinta berada di bumi Allah jadi automatik seharusnya kita harus mengikuti aturan Allah. Terlepas dari wajib atau sunnahnya perintah purdah bagi jumhur ulama 'yang jelas saya tidak melanggar syari'at.

Dari tekanan-tekanan yang saya rasakan, kemudian saya mengambil keputusan untuk berhijrah demi menyelamatkan iman, kerana saya juga adalah manusia yang tidak boleh menjamin untuk mengekalkan keimanan saya, apabila berada di persekitaran yang penuh dengan syubhat dalam mempertahankan syari'at Dien yang haq ini.

Kalaupun saya ingin melanjutkan kuliah saya, pada akhirnya saya juga ingin belajar di pondok dan fokus menempa diri untuk menjadi muslimah yang taat pada suami. Apabila saya menjadi wanita kerjaya seperti yang banyak orang harapkan pada saya, maka itu bukanlah cita-cita saya, kerana pendidikan anak pada masa golden age merupakan momen-momen yang sangat berharga yang perlu dimaksimumkan.

Kerana pada usia tersebut perkembangan otak anak tumbuh sangat pesat. Apa jadinya ketika masa golden age tersebut, anak-anak saya nantinya ditemani oleh pengasuh atau orang lain, sehingga saya tidak boleh mengambil alih dalam mendidik generasi yang akan siap menyambut kemenangan Islam yang sudah dijanjikan.

Pemergian saya ke pondok Anshorullah pada tarikh 6 Ogos 2015, kira-kira pukul 6.30 pagi, mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa, bahkan diantar langsung oleh ayah tiri saya. Saat berlepas bas, saya juga mengkhabarkan ibu saya via telefon dan meminta doanya. Pun setelah sampai di pondok, saya juga memberi khabar kepada ibu saya.

Selepas satu minggu saya berada di pondok, ibu saya menelefon saya. Awalnya beliau hanya menanyakan khabar dan kegiatan saya di pondok. Lalu tiba-tiba dengan nada bicara seperti ketakutan, ibu meminta saya untuk pulang. Sebelumnya pada malam hari sebelum ibu menelefon saya, salah seorang rakan menghantar mesej ringkas berisikan perintah untuk saya segera menelefon pensyarah yang qadarullaah saat itu sedang sakit, dan semoga Allah memeberikan kesembuhan padanya.

Pensyarah saya tersebut menjanjikan untuk memudahkan urusan PPL saya di kampus, seperti meletakkan saya ke tadika yang tidak ada pengajar laki-lakinya. Selepas kejadian tersebut, salah satu pihak keluarga menghubungi saya via BBM yang memaksa saya untuk pulang dan meneruskan kuliah, serta menyuruh saya untuk boleh menjadi wanita kerjaya agar dapat menaikkan derajat keluarga dalam ukuran dunia.

Jelas saja saya menolak, dan beliau langsung memvonis bahawa saya mempunyai ideologi sesat, dan saya telah dipukau (membasuh otak). Banyak sekali hujatan beliau yang menyakitkan hati saya, bahkan mengatakan bahawa saya adalah anak derhaka. Padahal jelas saya di sini hanya ingin menjadi penghafal Al-Quran, sehingga dapat memberikan hadiah berupa mahkota kepada kedua orang tua saya kelak di syurga.

Saat itu juga ibu sering menghubungi saya meminta saya untuk pulang. Beberapa kali saya cuba untuk menjelaskan kepada ibu saya untuk tetap tenang, dan jangan mudah percaya atas provokasi yang dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu. Pihak-pihak tersebut terdiri dari beberapa orang yang bahkan tidak pernah menjalankan solat wajib 5 waktu. Namun dengan sombongnya dia bercakap soal agama dan menghukum saya mengikuti aliran sesat.

Komunikasi saya dengan ibu tidak berjalan dengan lancar. Ibu sendiri seolah tidak mahu mendengar penjelasan dari saya. Pada akhirnya saya merasa lelah dan cuba kembali untuk menghubungi ibu, tetapi telefon saya tidak diangkat dan akhirnya tidak dapat dihubungi lagi. Dari situ saya merasa kecewa dan tidak mengaktifkan HP selama 24 jam, hingga timbullah berita- berita di media yang seolah pendapat orang ramai ingin digiring pada pemahaman saya yang disebut radikal.

Terbukti dengan penyebutan "bendera hitam tulisan arab" terhadap bendera tauhid yang dipamerkan di bilik kostan saya. Padahal semua muslim juga tahu bahawa tulisan itu adalah dua kalimat syahadat yang mengajak untuk mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apapun.

Ekspresi ibu dalam video yang dishare oleh Tribunnews.com, seolah ada yang sedang menuntun ibu untuk bercakap di hadapan kamera serta terucap kalimat pernyataan "pengambilan kader-kader ISIS." Padahal ibu saya adalah orang awam dan tidak biasa menggunakan bahasa-bahasa se-intelek itu.

Dan himbauan saya kepada semua pihak yang tidak mengetahui kebenaran berita ini, tolong jangan ikut memprovokasi awam dengan menggiring pendapat dengan hal-hal yang boleh merosakkan imej agama Islam, dan bahagian-bahagian syari'atnya, salah satunya adalah cadar.

Tadabur QS. Al-Hujurat 49: 6,


  • "Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan dan kelalaian, yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."
QS. At-Taubah 9: 65,

  • "Dan jika kamu tanyakan kepada mereka, nescaya mereka akan menjawab, 'sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja.' Katakanlah, 'mengapa kepada Allaah, dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok. 
  •  
  • Tidak perlu kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman.' Jika kami memaafkan sebahagian dari kamu (kerana telah taubat), nescaya kami akan mengazab golongan yg lain. Karena sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (selalu) berbuat dosa. "
Sekian kenyataan dari saya yang tak luput dari kesalahan. Saya meminta maaf jika terdapat kenyataan dari saya yang menyakiti pihak-pihak tertentu, kerana ini saya lakukan untuk menjelaskan fitnah yang sedang tersebar.

Jazakumullah khairan kepada semua pihak-pihak yang telah membantu berupa do'a maupun perbuatan semoga sentiasa mengikuti jalan yang lurus. Wassalamualaikum warrahmatullaahi wabarakatuh ..

Oleh Al-faqir Desti Anggraini.

[ary/IH]

" Bersih, Cekap Dan Amanah " menjadi phobia kepada Umno/BN?

Posted: 22 Aug 2015 12:45 AM PDT


Apakah Umno kini memang sudah tidak mahu lagi mengamalkan,  tiga dasar amalan baik yang suatu ketika dahulu pernah menjadi motto kerajaan Umno/BN iaitu  "Bersih, Cekap, Amanah" (BCA)

Objektif utama dasar ini ingin menerapkan ke jiwa setiap golongan pekerja dan rakyat dengan nilai-nilai Islam yang murni :

 'Bersih' iaitu mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisiplin, tidak menyeleweng dan tidak rasuah. Berkecuali iaitu tidak memihak ke mana-mana atau berat sebelah. dan idak mementingkan diri sendiri, tidak khianat, hasad dan dengki. (Boleh baca lagi di sini)

Walau pun pemimpin nombor satu Umno/BN  jelas terlibat dengan penyelewengan 1MDB, janganlah pula kalut sangat sehingga orang lain yang cenderung kepada nilai-nilai Islam tersebut juga turut dihalang.

Kini cogankata "Bersih, Cekap Dan Amanah" seolah-olah menjadi sangat phobia kepada Umno/BN!

Guan Eng: Tema Merdeka Pulau Pinang adalah 'Bersih, Cekap, Amanah'

 P. Pinang mengubah tema Merdeka kepada
 'Bersih, Cekap, Amanah'. - foto: K.E. Ooi
Sambutan Merdeka Pulau Pinang bertemakan "Bersih, Cekap, Amanah" (BCA), Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan hari ini selepas sekolah telah dilarang daripada mengambil bahagian disebabkan oleh kebimbangan terhadap kemungkinan berkaitan dengan perhimpunan Bersih pilihan raya bebas dan adil.

 Ahli parlimen Pulau Pinang berkata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan tema sebenar untuk sambutan peringkat negeri Merdeka tahun ini. 

 "Jika mereka mengharamkan, maka kita akan meneruskan juga. Biarkan mereka mengisytiharkan BCA menyalahi undang-undang," katanya dalam satu mesej kepada Malay Mail Online.

 "Bersih, Cekap, Amanah, (Bersih, Adil, Amanah)" adalah motto yang digunakan sebelum ini oleh pentadbiran Mahathir.

 Lim, yang kini berada di Hong Kong, berkata demikian ketika menjawab satu pekeliling oleh Jabatan Pelajaran Negeri memberitahu sekolah supaya menunggu kelulusan jabatan itu sebelum mengambil bahagian dalam perarakan kemerdekaan peringkat negeri minggu depan.

 Lim berada di Hong Kong untuk menyampaikan ucapan mengenai topik "Update mengenai Situasi Politik Malaysia  &  mengenai masa depannya" di Asia Society Hong Kong Center.

 Semalam, Jabatan Pelajaran Negeri mengeluarkan pekeliling untuk semua sekolah Pulau Pinang menunggu kelulusan jabatan itu sebelum mengambil bahagian dalam perarakan tahunan.

 Para pemimpin negeri Pulau Pinang telah menyatakan kemarahan mereka ke atas arahan itu, dengan Timbalan Ketua Menteri II Prof P. Ramasamy berkata ia adalah satu arahan yang tidak masuk akal terutama apabila perkataan "bersih" hanya bermakna bersih dan tidak merujuk kepada perhimpunan Bersih 4 .

 Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo Liang juga mengeluarkan kenyataan mengutuk arahan tersebut.

 "Saya pengerusi Hal Ehwal Rasmi Negeri dan saya bertanggungjawab ke atas majlis itu supaya mengikut protokol, pendidikan negara mesti memberitahu saya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa arahan kepada sekolah-sekolah," katanya.

 Undang-undang juga menuntut penjelasan daripada Jabatan Pelajaran Negeri bagi apa-apa arahan yang tidak rasional, yang dilihat sebagai menghalang pelajar daripada meraikan Merdeka.

 Beliau berkata ini tidak pernah berlaku dalam semua tahun-tahun sambutan Merdeka peringkat negeri sebagai sekolah-sekolah, badan-badan yang band dan beruniform sentiasa mengambil bahagian dalam perarakan tanpa sebarang isu.

 Awal hari ini, Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan kepada Malay Mail Online bahawa langkah itu berdasarkan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara, yang melahirkan kebimbangan bahawa "Bersih" dalam tema Pulau Pinang amat membahayakan kepentingan negara.  ~ sumber