Jumaat, 21 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Bekas pemimpin Umno buat laporan polis terhadap 1MDB, Petrosaudi, di London

Posted: 21 Aug 2015 11:00 PM PDT

Zar Ali's photo.
Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata cara terbaik untuk mencari keadilan terhadap 1MDB adalah melalui undang-undang antarabangsa kerana pengubahan wang haram yang dikatakan itu berlaku di sekurang-kurangnya enam negara.

Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata cara terbaik untuk mencari keadilan terhadap 1MDB adalah melalui undang-undang antarabangsa kerana pengubahan wang haram yang dikatakan itu berlaku di sekurang-kurangnya enam negara.

Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan dengan polis British terhadap syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International berhubung dakwaan kes pengubahan wang haram.

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata menerusi posting di akaun Facebook miliknya, beliau membuat laporan di Balai Polis Charing Cross semalam pada pukul 6.30 petang waktu London.

Beliau ditemani peguamnya Matthias Chang, yang merupakan pembantu kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Laporan polis ini adalah berkisar kepada pengubahan wang haram 'money laundering' di antara syarikat Petrosaudi International dan 1MDB untuk disiasat 'The Proactive Money Laundering Investigative Team'.

"Pihak Polis Metropolitan London juga menghubungi peguam saya Matthias Chang dan berikrar untuk memberi kerjasama dalam melaksanakan penyiasatan aktiviti penggubahan wang haram rentas sempadan ini secara komprehensif serta telus," katanya.

Khairuddin yang dipecat daripada Umno tahun ini selepas beliau diisytiharkan bankrap berkata, Chang juga mengesahkan beliau dihubungi polis UK semalam.

Beliau berkata, cara terbaik untuk mencari keadilan ialah melalui undang-undang antarabangsa kerana pengubahan wang haram yang dikatakan itu berlaku di sekurang-kurangnya enam negara.

"Biarlah kita serahkan juga kepada proses undang-undang antarabangsa bagi menyiasat, seterusnya menzahirkan secara terbuka kepada 30 juta rakyat Malaysia di manakah punca kesilapan kes skandal 1MDB ini!

"Undang-undang antarabangsa ini juga sikit sebanyak dapat membantu kerajaan Malaysia yang nampak tidak mampu serta tidak berkesan bagi mencari kebenaran kes skandal 1MDB secara mutlak!" katanya. – 22 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Bekas pemimpin Umno buat laporan polis terhadap 1MDB, Petrosaudi, di London

Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata cara terbaik untuk mencari keadilan terhadap 1MDB adalah melalui undang-undang antarabangsa kerana pengubahan wang haram yang dikatakan itu berlaku di sekurang-kurangnya enam negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015.Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata cara terbaik untuk mencari keadilan terhadap 1MDB adalah melalui undang-undang antarabangsa kerana pengubahan wang haram yang dikatakan itu berlaku di sekurang-kurangnya enam negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015.Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan dengan polis British terhadap syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International berhubung dakwaan kes pengubahan wang haram.
Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata menerusi posting di akaun Facebook miliknya, beliau membuat laporan di Balai Polis Charing Cross semalam pada pukul 6.30 petang waktu London.
Beliau ditemani peguamnya Matthias Chang, yang merupakan pembantu kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Laporan polis ini adalah berkisar kepada pengubahan wang haram 'money laundering' di antara syarikat Petrosaudi International dan 1MDB untuk disiasat 'The Proactive Money Laundering Investigative Team'. "Pihak Polis Metropolitan London juga menghubungi peguam saya Matthias Chang dan berikrar untuk memberi kerjasama dalam melaksanakan penyiasatan aktiviti penggubahan wang haram rentas sempadan ini secara komprehensif serta telus," katanya.
Khairuddin yang dipecat daripada Umno tahun ini selepas beliau diisytiharkan bankrap berkata, Chang juga mengesahkan beliau dihubungi polis UK semalam.
Beliau berkata, cara terbaik untuk mencari keadilan ialah melalui undang-undang antarabangsa kerana pengubahan wang haram yang dikatakan itu berlaku di sekurang-kurangnya enam negara.
"Biarlah kita serahkan juga kepada proses undang-undang antarabangsa bagi menyiasat, seterusnya menzahirkan secara terbuka kepada 30 juta rakyat Malaysia di manakah punca kesilapan kes skandal 1MDB ini!
"Undang-undang antarabangsa ini juga sikit sebanyak dapat membantu kerajaan Malaysia yang nampak tidak mampu serta tidak berkesan bagi mencari kebenaran kes skandal 1MDB secara mutlak!" katanya. – 22 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-pemimpin-umno-buat-laporan-polis-terhadap-1mdb-petrosaudi-di-london#sthash.e52lp7Kv.dpuf

VIDEO - LATEST: KALAU NAJIB TAK LETAK JAWATAN, SEMUA MASUK PENJARA

Posted: 21 Aug 2015 10:15 PM PDT



Najib, Lebih baik berundurlah - Rayuan Tun Dr. Mahathir




VIDEO - DAP cabar ahli parlimen Umno sokong Muhyiddin

Posted: 21 Aug 2015 09:30 PM PDT






Berceramah lebih produktif daripada dengar Bung di Parlimen, kata Rafizi OLEH KC NAZARI

Posted: 21 Aug 2015 08:45 PM PDT


Zar Ali's photo.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bercakap kepada hadirin di forum Quo Vadis Malaysian Parliamentary Reform: Democracy, Not Autocracy di Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCH) di Kuala Lumpur semalam. 

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bercakap kepada hadirin di forum Quo Vadis Malaysian Parliamentary Reform: Democracy, Not Autocracy di Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCH) di Kuala Lumpur semalam. 

Sistem Parlimen Malaysia belum cukup mantap bagi membolehkan perbahasan yang berkualiti dilakukan terhadap sesuatu rang undang-undang, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Secara sinis, beliau berkata lebih rela menghabiskan masa dengan berceramah politik daripada "menyeksa" dirinya dengan mendengar ucapan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin di Dewan Rakyat.

"Apa yang orang ramai tidak faham adalah, kebanyakan ahli Parlimen perlu hadir pada jam 10 pagi dan dengar Bung Moktar bercakap sehingga 12 tengah malam.

"Itu satu seksaan yang paling besar dan ia tidak produktif kerana Parlimen adalah kedai kopi – tiada perkara dibincangkan dengan sempurna dan tiada tindakan diambil.

"Saya lebih rela keluar, bantu orang ramai dan berceramah. Saya rasa itu mempunyai lebih kesan dalam mengubah negara ini berbanding mendengar Bung Moktar," katanya pada forum membincangkan hala tuju parlimen bertajuk "Quo Vadis Malaysian Parliamentary Reform: Democracy, Not Autocracy" malam tadi.
Rafizi berkata, beliau kini melakukan 3 perkara bagi melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan di Parlimen – menyebarkan rakaman video ucapannya di Dewan Rakyat berkenaan isu-isu penting sehingga ia menjadi viral, mengadakan sidang akhbar isu semasa di perkarangan Parlimen, dan menghadiri pengundian isu-isu penting.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong pula berpandangan sistem Parlimen Malaysia tidak berevolusi sepantas sistem Westminster Parlimen British.

"Kita meniru sistem Westminster, tetapi sejak 50 tahun lalu sistem Westminster sendiri sudah banyak berubah," katanya.

Menurut Liew, bekas perdana menteri British Margaret Thatcher mewujudkan jawatankuasa Parlimen bagi memantau setiap kementerian sejak tahun 1979 lagi.

"Itu adalah baru dan satu ciri Parlimen British yang berevolusi," katanya.

Namun perkara sebaliknya berlaku kepada Malaysia yang merupakan satu "pusaran ke dasar", katanya sambil menambah, malah Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri diserang apabila anggotanya "dibuang" menjadi timbalan menteri dan menteri.

"Kabinet menjadi tempat pembuangan sampah," katanya.

Turut hadir pada forum malam tadi adalah bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dan Ahli Dewan Undangan Negeri Senai Wong Shu Qi yang bertindak sebagai pengacara forum.

Forum tersebut dianjurkan badan pemikir DAP, Research for Social Advancement dan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. – 22 Ogos, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Perlu Rombakan Menyeluruh, Bukan Turunkan Najib Saja -PAS Jawab Dr M.- Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 21 Aug 2015 08:00 PM PDT

 
Masalah negara perlukan rombakan menyeluruh dan tidak memadai dengan menurunkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, apa yang dialami negara ketika ini berpunca daripada warisan ditinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Katanya, Dr Mahathir (gambar) merupakan separuh daripada masalah negara ini kerana budaya dan pentadbiran korup berpunca padadari warisan beliau.
Jelasnya lagi, rombakan menyeluruh harus dilakukan bagi membetulkan sistem dengan menukar parti menerajui negara.
"Bagi PAS, selagi tidak dibuat rombakan menyeluruh untuk membetulkan sistem yang sudah korup dengan menukarkan parti yang menerajui Malaysia, tidak mungkin negara ini dapat diselamatkan," katanya.
Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas kenyataan Tun Mahathir semalam yang menggesa pembangkang mencari formula untuk menyingkirkan Najib tanpa mengganggu kerajaan BN.
Mengulas lanjut, kata Tuan Ibrahim, cadangan Dr Mahathir itu adalah "separuh masak" dan sekadar cubaan untuk menggunakan pembangkang bagi menukar Najib dan menyelamatkan Umno yang sudah tidak berupaya memperbetulkan diri kerana masalah politik wang.
"Cadangan Dr Mahathir bukan penyelesaian kepada masalah negara kerana bebanan hasil dari salah urus tadbir negara akan terus terikat di bahu rakyat.
"Isu GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang membebankan rakyat, hutang 1MDB serta isu RM2.6 bilion 'sumbangan' ke dalam akaun PM, gejala rasuah yang kini boleh dikenali sebagai derma dan kedudukan daya saing negara dalam ekonomi global dan serantau akan terus menjadi isu utama di bawah budaya BN," katanya. (MK)
 
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

Tinggalkan DAP Kerana Strategi DAP Kuasai PKR/PAS -Shen Yee Aun (SYA) Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 21 Aug 2015 07:30 PM PDT



Bekas aktivis DAP, Shen Yee Aun (SYA) (gambar di sebelah) mendedahkan bagaimana strategi licik DAP menguasai PKR dan PAS sebagai modus operandi untuk memecahkan undi Melayu/Islam di Malaysia.
Menurutnya, dengan perpecahan undi Melayu/Islam kepada UMNO, PAS, PKR dan parti Islam baharu, ia bakal menguntungkan DAP sebagai 'King Maker' politik di negara ini.
SYA adalah bekas Setiusaha DAP, Taman Gembira, Klang, Ketua Pemuda DAP Klang dan Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan.
Agenda DAP Menguasai PKR dan PAS
1. Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan protes membebaskan Anwar Ibrahim ketika Anwar disabitkan secara sah dan benar bersalah oleh mahkamah. Keadaan ini melenyapkan perjuangan aura dan karisma Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dan jambatan dalam Pakatan Pembangkang. Tiada sambutan dalam beberapa protes yang dianjurkan untuk menyokong Anwar Ibrahim.
2. DAP memberi sokongan penuh terhadap Wan Azizah dalam PKR untuk menjadi MB (Selangor) dalam pertembungan MB Selangor pada suatu ketika dahulu. Hal ini disebabkan Wan Azizah dilihat sebagai seorang individu yang mudah untuk dikawal. DAP tidak perlu lagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim. Mereka hanya perlu berhadapan dengan seorang pemimpin patung yang lemah dan lembab.
3. Kekayaan, kekuatan dan pengaruh DAP semakin kuat selepas mereka menguasai negeri Pulau Pinang yang kaya selama 2 penggal. Kekuatan ini memberi banyak ruang dan peluang untuk mereka untuk meluaskan kuasa dan pengaruh mereka.
4. DAP sangat marah terhadap PAS dan Hadi Awang kerana mengagalkan rancangan mereka untuk meletakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Tanpa PAS dan Hadi Awang, Azmin Ali tidak akan sesekali menjadi MB Selangor. Peliknya, Azmin Ali tidak mengenang budi PAS dan ibaratkan kacang lupakan kulit apabila tidak berani berhadapan dengan DAP untuk memberi sokongan kepada Hadi Awang dan PAS yang suatu ketika dahulu menjadi kunci utama beliau menjadi MB. Keadaan ini hanya menandakan DAP begitu kuat sehingga Azmin Ali yang hebat juga tidak berani berhadapan dengan mereka.
5. Menurut Ketua Pemuda PAS Kuantan DAP telah memberi dana sokongan sebanyak RM 1.5 juta setahun kepada PASMA untuk memecahbelahkan PAS. Perjudian politik DAP adalah sekirannya PASMA mampu menggulingkan kesemua ulama dalam PAS maka DAP akan mampu menguasai parti PAS. Malangnya, rancangan DAP tidak kesampaian apabila kesemua mereka yang ditaja oleh DAP disingkirkan dalam pemilihan PAS yang terbaharu.
6. Namun begitu, LGE dan DAP bukanlah calang – calang orang. Mereka sudah menyedari bahawa perjudian ini bukanlah merupakan satu perjudian yang mudah. Oleh itu, semasa kempen dan pemilihan PAS, LGE dan DAP sengaja menyerang Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam PAS. Hal ini disebabkan Lim Guan Eng (LGE) dan DAP sememangnya mahu kesemua pemimpin dan kumpulan yang ditaja oleh mereka ditewaskan dalam pemilihan tersebut. Serangan terhadap ulama hanya akan menyatukan ahli PAS untuk menyingkirkan pemimpin – pemimpin tajaan DAP.
7. Mengapa DAP/LGE mahu mereka disingkirkan ? Keadaan ini akan memberi peluang untuk mereka untuk menamatkan kerjasaman dengan PAS dan menyingkirkan PAS daripada Pakatan pembangkang. Seterusnya , individu dan kumpulan yang ditaja oleh mereka akan terus disuntik dana untuk menubuhkan parti dan blok politik baharu untuk menjadi rakan komponen mereka. Dengan ini, DAP akan dapat menguasai dan mengawal kepimpinan Melayu dalam Pakatan Pembangkang.
8. Sekirannya Pembangkang berjaya merampas Putrajaya dan calon Perdana Menteri Melayu daripada Pakatan tersebut juga adalah alat kawalan dan boneka DAP. Dengan ini DAP akan menjadi lebih berkuasa seperti mana pihak Yahudi menguasai kesemua Presiden Amerika Syarikat.
9. Keadaan ini juga membuka ruang untuk memecahbelahkan undi masyarakat Melayu. Sekirannya terhadap parti politik Melayu/Islam baharu dalam Pakatan Rakyat maka kebarangkalian untuk pertembungan 3 pihak akan berlaku ( PAS VS UMNO VS Parti Baharu Melayu/Islam Pembangkang ). Keadaan ini akan memberi kelebihan lebih kepada DAP untuk terus memenangi kerusi terbanyak dan selepas ini mungkin lebih banyak dalam pakatan pembangkang mereka.
10. Ketika PAS vs UMNO undi Melayu sudah berpecah kepada 50% 50%. Bayangkan kini ada puak ketiga ?
Berapakah lagi peratusan pengaruh Melayu dalam arena politik di negara kita ?
(Diangkat dari https://jamaahdalamjamaah.wordpress.com)
 
Bersambung..  SHEN YEE AUN: SAYA TINGGALKAN DAP KERANA PALING CEPAT BERASUAH DI DALAM DUNIA, ANWAR ROSAKKAN DAP.

VIDEO - Hormat penjawat awam berani tentang penyelewengan

Posted: 21 Aug 2015 07:00 PM PDT



Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya sudah boleh ditahan dibawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Posted: 21 Aug 2015 06:30 PM PDT




Kenyataan Dr Mahathir dalam blog dan sidang media beliau terlalu banyak tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas terhadap perdana menteri, 1MDB, wang derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, serta kerajaan, menyebabkan rakyat menjadi keliru.

Beliau juga boleh dikatakan menghasut rakyat supaya membenci dan menyumbang kepada ketidakstabilan ekonomi dan politik negara. Ini cukup membahayakan negara dan perdana menteri Malaysia.

Muhyiddin pula di setiap mesyuarat Umno Bahagian yang beliau rasmikan masih menbangkit perkara sama, iaitu seakan cuba menghasut ahli-ahli Umno bangkit melawan kerajaan di bawah pemerintahan Najib, perdana menteri Malaysia yang sah.

Tuduhan dan tohmahan daripada bekas perdana menteri dan timbalan perdana menteri ini amat merbahaya kepada negara. Ia perlu dihentikan daripada memberi kesan buruk kepada negara secara amnya.

Tindakan perlu diambil segera oleh pihak polis bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara. Mereka berdua ini sudah sepatutnya ditahan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan segera.

Walaupun penerangan dan penjelasan sudah diberi, serta jawapan sudah tercalar, namun Dr Mahathir dan Muhyiddin masih membuat tuduhan dan tohmahan berniat menghasut membenci kerajaan di bawah pemerintahan Najib. *

Syed Rosli Jamalullail merupakan ketua penerangan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Selangor.


MOUNTDWELLER.

Husam ganti Anwar peneraju PR 2.0 - Mohd Azhar Abd Rahman Nama

Posted: 21 Aug 2015 06:00 PM PDT



Husam Musa tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat di Malaysia.

Pandangan dan sentuhan ahli politik ini dalam memperkatakan sesuatu isu sering dinanti dan menjadi perhatian pihak media.

Terbaru beliau mengajukan persoalan berkaitan kelulusan pembalakan kawasan di hutan simpan Ulu Sat yang terlibat dengan laluan lebuh raya rakyat.

Namun, dalam kerancakan rakyat Malaysia membincangkan ketidaktentuan politik negara kini, kita jarang mendengar kritikan dan ulasan terus daripada beliau sejak akhir-akhir ini.

Khabarnya kesihatan beliau kurang baik tetapi sudah beransur pulih dan sedang menunggu masa sesuai untuk membuat penampilan semula. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik kepadanya.

Lontaran Husam ganti Datuk Seri Anwar Ibrahim ini bukanlah untuk mengenepikan tokoh besar ketua Umum PKR dalam mengepalai gagasan pembangkang dalam berdepan Barisan Nasional.

Namun persediaan mencari pengganti Anwar harus difikirkan bagi meneruskan perjuangan bersepakat parti-parti pembangkang ketika ini. Persediaan ini juga menjadi keutamaan bagi seluruh pengundi di Malaysia untuk melihat siapa yang bakal menjadi kata pemutus dalam setiap isu yang berlaku melibatkan pakatan parti-parti pembangkang.

Kita tidak mahu idea yang bukan-bukan, seperti separuh penggal orang lain jadi ketua dan separuh penggal lagi orang lain. Husam merupakan salah seorang pimpinan PAS yang berperanan dalam mengarus perdanakan perjuangan PAS.

Terlibat secara aktif dalam PAS sejak zaman mahasiswa mematangkan beliau dalam dunia politik. Rekod beliau tidak perlu dipertikai meskipun terdapat berbagai-bagai tohmahan yang merencatkan perjalanan politik beliau sehinggalah tersingkir dalam saf kepimpinan PAS Pusat dalam Muktamar PAS pada Jun lalu. Melalui ulasan beliau pada tanggal 3 Syawal lalu,

Husam kelihatan berminat untuk bersama dengan barisan GHB bagi menjadi wadah baru memperjuangkan prinsip "Islam rahmat untuk semua".

Perkembangan ini sangat positif bagi sebahagian besar penyokong beliau. Ramai pendokong yang sefikrah dengan GHB mengharapkan Husam dapat bersama dengan pasukan GHB yang bakal membentuk sebuah parti baru dalam masa terdekat.

Dengan adanya Husam, pengalaman beliau dalam pentadbiran negeri Kelantan adalah sangat berharga untuk dimanfaatkan. 
Berdasarkan perkembangan tersebut, adalah sesuatu yang sangat baik sekiranya Husam diangkat pada kedudukan yang membolehkan beliau menjadi nakhoda kepada gerakan Pakatan Rakyat 2.0 bagi meneruskan perjuangan rakyat yang selama ini dikepalai Anwar.

Dalam banyak hal yang membabitkan PAS dan DAP sebelum ini, Husam dilihat bersederhana dan mementingkan kesepakatan dalam meneruskan tekanan kepada BN daripada bercakaran yang tidak mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Namun tidak dinafikan, dengan kedudukan beliau sebagai naib presiden pada ketika itu tidak memberi banyak kesan dalam setiap apa yang cuba dilakukan beliau.

Pada muktamar yang lalu beliau mendapat pencalonan sebagai Presiden yang menggambarkan terdapat sokongan di peringkat akar umbi untuk melihat beliau diletakkan sebagai orang penting dalam PR tetapi beliau menolak pencalonan tersebut atas beberapa faktor.

Meskipun jumlah pencalonannya tidak setanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun hasrat untuk 'mempresidenkan' Husam wujud di kalangan ahli-ahli PAS sebelum ini.

Keakraban beliau dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz sejak zaman mudanya sudah pasti memberi banyak kesan terhadap gaya politik dan pendekatan beliau dalam berpolitik. Seperti yang semua maklum,

'Tok Guru Sepanjang Zaman' ini sangat dihormati segenap lapisan masyarakat dan sering menjadi rujukan dalam banyak hal. Husam sudah semestinya tahu mengapa TGNA disayangi ramai orang dan mudah-mudahan beliau dapat mewarisi sedikit-sebanyak seni politik Allahyaraham TGNA ini.

Sokongan golongan muda kepada beliau turut menjadi pendorong kepada lontaran Husam ganti Anwar ini. Melihat kepada usahanya dalam membantu musibah banjir Kelantan melalui Yayasan Darul Hijrah, ramai anak muda sedia menjadi tulang belakang kepada gerak kerja tersebut. 
Kehadiran beliau dalam menyantuni anak muda dapat dilihat dalam banyak program yang melibatkan beliau dan golongan muda sebelum ini.

Justeru sebagai seorang yang menaruh harapan tinggi kepada PR 2.0 yang dikhabarkan akan dilancar dalam masa terdekat, Husam haruslah bersedia dan diberi kepercayaan untuk menjadi orang nombor satu PR 2.0.

Tindakan ini pasti memberi lonjakan sokongan dan keyakinan kebanyakan rakyat di Malaysia untuk berdepan dengan BN terutamanya pada Pilihan Raya Umum akan datang di kala Anwar Ibrahim masih dizalimi


-detikdaily-

Foto Harapan Baru Gegar Terengganu Malam Tadi

Posted: 21 Aug 2015 05:30 PM PDT




Kuala Terengganu : 3000 orang membanjiri majlis pelancaran Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Mohamad Sabu (Mat Sabu)  Pengerusi GHB Malaysia di Dataran Shah Bandar disini malam tadi.

Secara sah YBM Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu menjadi Pengerusi GHB bagi Negeri Terengganu.

Harapan kami (GHB) dibumi Terengganu ini agar rakyat bersama – sama dengan gerakan baru ini yang mana akan memperjuangkan amanah rakyat dengan secara adil dan saksama.

"Kita akan lawan dengan UMNOBN sampai mereka hancur dan orang yang sokong UMNOBN turut kita hancurkan(merujuk kepada PAS)"

"Pakatan Rakyat yang dulu sudah berpecah dan kini kita tubuhkan Pakatan Baru tanpa PAS"

"Pakatan BARU ini akan dikongsikan bersama DAP, PKR dan NGO-NGO yang menyokong kita", katanya.

Tambah beliau, pada tanggal 31 Ogos ini akan lahirnya sebuat Parti Islam yang baru dan diberi nama Parti Amanah Rakyat "AMANAH".

"Kita akan menentang sesiapa sahaja menyokong UMNOBN termasuk PAS sendiri kalau mereka bersama dengan Parti yang Zalim itu"

"Kali ini kita Pakatan Baru tidak mengenal siapa, langgar tetap langgar demi menyelamatkan Malaysia ini" tambahnya lagi.

Hampir keseluruhan pemimpin GHB datang ke Terengganu malam ini bagi memberi sokongan kepada Pengerusi GHB Terengganu Raja Bahrin dan  antaranya Ustaz Ahmad Awang, Khalid Samad, Dr. Zukifly, Mujahid Rawa, Aisah, Mawar, Suhaizat Kayat dan beberapa orang lagi.





Lagi seruan 'undur'! Jika PAS mahu kembali gemilang Hadi perlu berundur!

Posted: 21 Aug 2015 05:00 PM PDT


 

KOMEN pembaca Semut Harian Mohd Jamari Ideris: Hadi perlu berundur. 

Dia melakukan beberapa kesilapan selaku presiden PAS; keangkuhan dan kedangkalan mindanya mengheret parti itu ke bawah. 

Dia tidak berpandangan jauh dan kualiti kepimpinan yang rendah untuk mengembalikan PAS ke puncak kegemilanganya dahulu. Charles Yii: 

Hadi patut meletakan jawatan untuk menghalang lebih ramai ahli PAS keluar parti dan melemahkannya.
Pemimpin parti yang patut dipersalahkan kerana masalah sekarang. Mustafa Nor: 

Mengapa orang luar parti yang mendesaknya meletakan jawatan? Desakan itu perlu datang daripada parti.
Tetapi itu tidak akan berlaku kerana dia mempunyai sokongan kuat daripada majoriti ahli. 

Tidak mungkin orang Melayu akan bekerjasama dengan parti seperti DAP. Ingat dia menerima 80% undi dan dia masih disukai oleh ramai ahli. 

Sudahlah! Syed Malick Syed Imam: Jujurnya, 

PAS akan menjadi lebih kuat sebaik sahaja semua parasit ini lenyap. 

Shahrul Akmal: Jangan bimbang…PAS akan kekal kuat untuk mereka yang ikhlas dan mahu bekerja untuk parti. 

Dan untuk mereka yang tidak mahu berkorban untuk parti, mereka punyai pilihan sekarang- keluar sahaja! Alicia Ng: Dia telah memusnahkan PAS yang dahulunya hebat dan berkuasa! William Wong Choon Wah: 

Saya masih menyimpan harapan yang semua parti pembangkang bekerjasama kembali. Teik Lee: Saya rasa Hadi sudah tidak peduli. Eugene Kl: Bungkus lah, PAS. 

Menyesal saya mengundi parti ini dalam pilihanraya lepas. Simon Tan: Orang tua ni tak rugi apa-apa.
Dia telah mencapai matlamatnya. Dia hanya duduk memerhatikan apa yang akan berlaku sekarang. Dia tidak tunggu lama untuk melihat kesannya. Stanley Rozario: 

Dia tidak kisah kerana dia berkawan baik dengan seorang pemimpin Umno. Anda tahu siapa! Tc Ling: 

Tahap penafian Hadi hampir sama dengan PM kita. Mereka ini keras kepala seperti baghal dan kulit tebal macam batu. 

Mike Wong: PAS? Lupakan sahaja parti ini. 

Harinya semakin singkat dan hanya akan jadi sejarah tak lama lagi. Garry Ee: Hadi nanti akan menjadi jeneral tanpa tentera. Ng John: Oh Hadi! 

Saya kesian tengok awak. Shahrul Akmal: Selaku ahli PAS kami tak takut dengan DAP atau GHB. 

Tetapi kami takut dengan parasit dalam parti! Komentar-komentar ini ialah maklumbalas kepada rencana, " Bermulanya penghijrahan ahli PAS ke GHB, Hadi mula bimbang?" yang disiarkan pada 20 Ogos.



Posted by mountdweller

Roboh Kg Melayu Pulo: 'Saya Tantang Ahok..' -Fahira Idris, Senator Jakarta . Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 21 Aug 2015 04:30 PM PDT


Zar Ali's photo.

Jakarta: Senator dari Jakarta, Fahira Idris, geram dengan cara Gubernur DKI Jakarta Ahok menggusur pemukiman warga Kampung Pulo, Jatinegara, Jakarta Timur, yang katanya untuk mengatasi banjir di Jakarta. 

"Saya sangat menyesalkan penggusuran ini berujung bentrokan antara warga KampungPulo dengan polisi dan Satpol PP.

"Saya yakin, pasti ada alasan yang kuat sehingga warga Kampung Pulo berani melawan petugas dan polisi. Pemprov DKI harusnya bisa bersikap bijak untuk sementara memoratorium (penghentian sementara)
penggusuran kampung-kampung lain di Bantaran Ciliwung, sampai benar-benar ada kesepakatan dengan warga dan mencari tahu apakah kampung yang akan digusur pernah dijanjikan akan dibangun kampung deret/tidak! 


"Dulu ternyata sempat dijanjikan akan dibangun kampung deret di lokasi yang sekarang diratakan. Bukan direlokasi ke rusun! Bahkan saya dengar konsepnya sudah dipresentasikan ke Pemprov DKI! Nah, kalau tiba-tiba berubah, warga pasti kecewa. Apalagi, saat alat berat datang, di lokasi masih ada warga!" 

Kata Fahira Idris lewat akun Twitter-nya.

Memang, tambahnya, kalau berpikir praktis, warga yang digusur akan mendapatkan rusun dan persoalan selesai. 

"Tetapi, masalahnya tidak sesederhana itu karena mereka sudah tiga generasi tinggal di Kampung Pulo, sehingga sudah terbangun pranata-pranata sosial, terutama ikatan kekeluargaan yang kuat serta dimensi ekonomi dan sosial yang sudah lekat dalam keseharian mereka," ujar Fahira.

Ia pun menyarankan agar penataan Kampung Pulo mencontoh penataan Kali Code di Yogyakarta atau memakai pendekatan penataan stren kali di Surabaya, yang melibatkan penuh warga yang dibantu akademisi, arsitek, dan organisasi kemasyarakatan.

"Indonesia itu sudah punya banyak pengalaman normalisasi sungai yang tidak harus menggusur! Saya lihat Pemprov DKI ini mau praktisnya saja, 

gusur, relokasi, selesai. Padahal, ada solusi lain yang lebih baik! Kalau memang Pemprov DKI konsisten membebaskan Jakarta dari banjir, saya tantang Pak Ahok untuk menggusur juga permukiman-pemukiman elite serta pusat-pusat perbelanjaan yang berdiri di atas lahan yang sebenarnya adalah resepan air! 


"Karena, lahan-lahan tersebutlah yang sebenarnya adalah resepan air dan menjadi penyebab banjir begitu ramah menghampiri Jakarta! 

Pak Ahok Jangan hanya keras dan berani kepada warga kecil saja! Saya tantang Pak Ahok untuk berani menggusur juga perumahan-perumahan elite dan mal yang berdiri di lahan yang seharusnya menjadi resapan air!" tutur Fahira seperti ditulis pribuminews.(rd/eramuslim.com).

PKR gesa rakyat sertai Bersih 4, sahut cabaran Najib ambil mandat jadi PM OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 21 Aug 2015 08:30 AM PDT


Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil Fahmi Fadzil bercakap pada sidang akhbar di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menggesa orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 4 sebagai meraikan demokrasi. 

Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil Fahmi Fadzil bercakap pada sidang akhbar di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini. 

Beliau menggesa orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 4 sebagai meraikan demokrasi. 

Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil hari ini menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai perhimpunan Bersih 4 yang akan diadakan minggu depan sebagai menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman Facebook beliau hari ini.

"Saya menganggap ini sebagai satu cabaran Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat untuk mengambil mandat itu kembali.

"Saya harap rakyat Malaysia akan beramai-ramai turun bukan saja di Kuala Lumpur, tetapi di Kota Kinabalu dan Kuching untuk memeriahkan proses demokrasi di Malaysia," katanya kepada pemberita ketika mengedar risalah Bersih 4 di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Najib hari ini dalam kenyataan di Facebooknya berkata, sebagai seorang perdana menteri, ia menjadi tanggungjawabnya untuk membuat pilihan yang tepat untuk semua rakyat Malaysia.

"Ia satu amanah yang suci dan tiada siapa sepatutnya cuba campur tangan atau merampas kewajipan untuk memimpin.

"Ini untuk orang yang mengundi saya, dan saya bangga dan rendah diri memikul mandat tersebut – diberikan rakyat dan boleh ditarik oleh rakyat. Ia bukan milik mana-mana individu walaupun yang terkenal," katanya di Facebook.

Sementara itu, Naib Ketua Gerakan Anak Muda Harapan Baru Mohd Fakhrulrazi turut menjemput seluruh rakyat Malaysia melakukan perkara sama pada 29 dan 30 Ogos itu.

"Hari ini kami daripada sekretariat ‪#‎KitaLawan‬ serta gabungan NGO anak muda yang bersama rakyat Malaysia yang benci kezaliman dan penindasan dilakukan kerajaan dan Umno-Barisan Nasional hari ini berkumpul untuk menyebarkan risalah, mengajak rakyat Malaysia menghadiri himpunan Bersih 4.0

"Tujuan kita berhimpun ini untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihan raya yang lebih telus dan jujur serta lebih bersih. Ia juga demi menyuarakan bantahan tentang segala penyelewengan yang semakin banyak berlaku di negara ini dan kerakusan pimpinan Najib mencabuli undang-undang, demokrasi dan pentadbiran negara," katanya.

Tambahnya semasa himpunan itu nanti, skuad anak muda Amal Relief akan turut menyertai bagi memastikan keselamatan perhimpunan tersebut terjamin. – 21 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

BERSIH jadi jutawan, kumpul RM1.2 juta

Posted: 21 Aug 2015 07:45 AM PDT


Gabungan proreformasi pilihan raya BERSIH berjaya mengumpulkan dana lebih RM1 juta ringgit hasil derma dan jualan baru perhimpunan BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos ini.

Jumlah itu diumumkan di Facebook rasmi BERSIH malam tadi.

"Jumlah terkini dari derma dan penjualan baju yang telah kami terima ialah RM1,221,419.02.

"Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah menderma kepada kami.

Kepada yang belum, teruskan menderma!" menurut status itu.

Selain menjual baju kemeja T, BERSIH juga sebelum ini menganjurkan kutipan derma "cabaran baldi ais" yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia sebelum ini.


Transaksi RM42 juta: PM belum jelaskan

Posted: 21 Aug 2015 07:00 AM PDT


Datuk Seri Najib Razak belum menjelaskan kepada pemimpin Umno mengenai wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendiriannya oleh anak syarikat SRC International.

Ditanya mengenai kemungkinan wang berkenaan adalah sumbangan derma, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata: "Saya tak tahu. Ia terserah kepada beliau (Najib)".

SRC International adalah sebuah firma milik Kementerian Kewangan yang diketuai Najib. Ia juga pernah menjadi anak syarikat 1MDB.

Laporan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu melaporkan, sejumalh RM50 juta dipindahkan dari SRC International kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari sebelum dialihkan kepada satu lagi anak syarikat, Ihsan Perdana.

Ihsan Perdana kemudian memindahkan RM42 juta ke akaun Najib.


Transaksi itu dilaku

'Formula Dr M boleh diguna, elak mimpi ngeri'

Posted: 21 Aug 2015 06:15 AM PDT


Pembangkang mungkin keberatan untuk menyokong penyingkiran awal Datuk Seri Najib Razak kerana percaya mereka boleh menang andainya perdana menteri menerajui BN dalam pilihan raya umum ke-14.
Tetapi, kata aktivis Umno Shahbuddin Husin, ia boleh bertukar menjadi sekadar mimpi ngeri kepada mereka.

"Biar pun pembangkang boleh terus berharap untuk memenangi pilihan raya akan datang andainya Najib terus kekal sebagai perdana menteri, ia boleh bertukar menjadi mimpi ngeri kepada mereka kerana kuasa yang terlalu berpusat memberi kelebihan kepada si pemegang takhta.
"Jika Putrajaya boleh membuang Peguam Negara, melengahkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), membubarkan pasukan petugas khas dan melakukan gangguan terhadap tugas SPRM, maka dengan kuasa yang ada, kemenangan pembangkang dalam pilihan raya juga tidak mustahil boleh ditahan daripada menjadi kenyataan," katanya dalam blognya hari ini.

Najib sedang menghadapi beberapa skandal termasuk deposit sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi beliau, yang menurut Shahbudin boleh digunakan terhadap pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Sokong cadangan Dr M

Oleh itu, Shahbudin menggesa pembangkang menyokong saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bergabung tenaga dengan beberapa ahli Parlimen BN untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Najib.

Mahathir telah meminta pembangkang membiarkan BN membentuk kerajaan baru bagi menggantikan pentadbiran Najib tetapi ia mendapat respons yang negatif.

Bagaimanapun, Shahbudin (gambar) mencadangkan kerajaan campuran atau kerajaan peralihan yang melibatkan semua parti, manakala Sabah dan Sarawak boleh dipertimbangkan lebih kuasa autonominya di bawah kerajaan baru itu.

Parti-parti pembangkang kini mempunyai 87 ahli Parlimen yang mungkin akan disertai oleh seorang lagi Ahli Parlimen bebas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang merupakan bekas pemimpin PKR.

Shahbudin berkata, ini bermakna hanya 24 lagi ahli Parlimen BN yang diperlukan untuk mencapai majoriti mudah terhadap Najib di Parlimen yang mempunyai 222 MP.

"Setelah pemecatan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, (Datuk Seri) Shafie Apdal dan beberapa menteri lain baru-baru ini, usaha mendapatkan sokongan 24 ahli Parlimen ini tidaklah mustahil sebenarnya jika betul cara runding dan tawar-menawarnya," katanya.

Tambahnya, dengan Mahathir sendiri menggesa pembangkang mengemukakan usul tersebut, ia secara tidak langsung bermakna bekas perdana menteri itu sudah sedia memberi sokongan dalam mendapatkan ahli Parlimen BN menyokong usul tersebut dan mungkin akan disokong oleh Umno Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas menteri Tun Daim Zainuddin.

Dr M: Adakah Najib membeli pemimpin Umno?

Posted: 21 Aug 2015 05:30 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Datuk Seri Najib Razak 'membeli' Ahli Parlimen BN yang bersifat kritikal terhadap bekas perdana menteri itu, termasuk seorang yang mendakwa memiliki bukti salah laku Presiden Umno tersebut.

Dalam tulisan terbaru di blog beliau, Dr Mahathir berkata, Ahli Parlimen BN kini terhutang budi kepada Najib selepas mereka diberikan - dan menerimanya - jawatan dalam kerajaan.

"Malah mereka yang pernah datang berjumpa saya untuk mengadu mengenai pentadbiran Najib sebelum ini, selepas diberi jawatan dalam kerajaan, kini mengubah pendiriannya.

"Seorang daripada mereka mendakwa memiliki bukti dokumentari salah laku Najib, kini dengan gembira menyokong beliau (Najib) selepas menjadi menteri," tulis perdana menteri keempat Malaysia itu.

PKR perlu 25 ahli Parlimen BN untuk singkir Najib

Posted: 21 Aug 2015 04:45 AM PDT


Hanya 25 ahli Parlimen Barisan Nasional diperlukan untuk sokong undi tidak percaya terhadap perdana menteri, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.
 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pihak pembangkang cuma memerlukan 25 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sanggup menyokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sekali gus menyingkirkan perdana menteri itu.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau percaya jumlah itu boleh dicapai memandangkan ahli Parlimen BN juga sebenarnya bersama sentimen rakyat yang bosan dengan suasana politik dan ekonomi negara.

"Saya yakin ahli Parlimen daripada parti pembangkang atau BN faham sentimen ini.

"Sebab itu saya masih menaruh harapan akan ada 25 ahli Parlimen BN yang masih mempunyai kesedaran dan kecintaan kepada rakyat untuk berani tampil menyokong satu undi tidak percaya untuk menukar perdana menteri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, beliau percaya ahli Parlimen BN itu akan berdepan pelbagai cubaan seandainya mereka bersetuju menyingkirkan Najib.

"Namun, saya juga percaya mereka gelisah dengan perkembangan yang berlaku dan mereka masih ada kesedaran untuk membezakan yang benar berbanding tidak benar," katanya.

Najib Bakal Menggelupur Lepas Ni?.. Saksikanlah

Posted: 21 Aug 2015 04:00 AM PDT


Najib Bakal Menggelupur Lepas Ni? Jessica Kaur dan keluarganya dijangka memfailkan semakan kehakiman dengan afidavit 'meletup' mengapa pihak berkuasa cenderung menamatkan perkhidmatannya di Pejabat Peguam Negara dan membatalkan statusnya sebagai penduduk (PR).

Beliau telah menjadikan Malaysia tempat kediamannya selama lebih 20 tahun sebelum tindakan secara tiba-tiba dalam beberapa hari, yang bermula dengan siasatan pihak berkuasa terhadapnya dan bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang didakwa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Semakan kehakiman itu akan mencabar pemecatannya, pembatalan status PR dan dakwaan pengusiran secara paksa dari Malaysia.

"Beliau akan memfailkan afidavit 'meletup' mendedahkan mengapa mereka melakukan perkara ini," kata sumber yang rapat dengannya.

Semalam dilaporkan bahawa Jessica tiba-tiba ditamatkan perkhidmatannya di Pejabat Peguam Negara.
 
 
ADDIN

UNDI TAK PERCAYA DI PARLIMEN, INI KALI BAGI JADILAH....

Posted: 21 Aug 2015 03:15 AM PDT


Zar Ali's photo.

Penyelesaian terbaik kemelut politik negara ketika ini tidak lain ialah melakukan undi tidak percaya di Parlimen bagi menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. 

Hakikatnya Najib tidak mungkin disingkirkan melalui UMNO dalam acuan yang dibentuknya sekarang, bahkan belum tentu juga beliau mampu diketepikan dalam pilihanraya. 

Semua pihak tidak boleh bertahan lebih lama lagi berketuakan Najib memimpin negara ini kerana trend yang ditunjukkan dalam mempertahankan kuasanya kebelakangan ini memperlihatkan hampir tiada jaminan kepada sesiapa yang dilihat memberi ancaman kepadanya. 

Jika Putrajaya boleh membuang Peguam Negara, melengahkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, membubarkan pasukan petugas khas dan melakukan gangguan terhadap tugas SPRM, maka dengan kuasa yang ada, kemenangan pembangkang dalam pilihanraya juga tidak mustahil boleh ditahan daripada menjadi kenyataan. 

Biar pun pembangkang boleh terus berharap untuk memenangi pilihanraya akan datang andainya Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri, ia boleh bertukar menjadi sekadar mimpi ngeri kepada mereka kerana kuasa yang terlalu berpusat memberi kelebihan kepada si pemegang takhta. 

Untuk jangka singkat ini, pakatan pembangkang yang mempunyai 88 kerusi Parlimen seharusnya tidak mengambil masa terlalu lama untuk mempertimbangkan idea yang dilontarkan secara terbuka oleh Tun Mahathir Mohamad semalam yang mahukan mereka segera mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen tetapi terus mengekalkan kuasa BN sebagai kerajaan. 

Ini bermakna melalui usul yang hanya memerlukan sokongan 24 Ahli Parlimen BN saja lagi, tetapi BN tetap dikekalkan sebagai kerajaan dan Perdana Menteri baru menggantikan Najib juga daripada BN, menggamit sokongan Ahli-Ahli Parlimen lain untuk menyokong usul tersebut yang semata-mata untuk menukar Perdana Menteri nyata lebih mudah berbanding jika melalui usul yang sama menyebabkan BN tersungkur kuasanya.
Setelah pemecatan Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan beberapa menteri lain baru-baru ini, usaha mendapatkan sokongan 24 Ahli Parlimen ini tidaklah mustahil sebenarnya jika betul cara runding dan tawar-menawarnya. 

Itu belum diambil kira lagi kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah yang masih sebagai Ahli Parlimen dan pengaruh Tun Mahathir serta Tun Daim yang mungkin lebih memudahkan lagi usaha ke arah itu.

Dengan Tun Mahathir sendiri menggesa pihak pembangkang mengemukakan usul tersebut, secara tidak langsung bermakna bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sudah sedia menjadi sebahagian yang akan memastikan kejayaannya. 

Jika usul ini berjaya dan Najib dapat disingkirkan, ia kemudian akan membentuk sebuah kerajaan campuran atau kerajaan peralihan yang melibatkan semua parti. 

Parti-parti yang menguasai kerajaan negeri pula boleh kekal dengan status quo sedia ada, begitu juga Sabah serta Sarawak yang boleh dipertimbangkan lebih kuasa autonominya. 

Kerajaan campuran atau peralihan ini boleh jadi merupakan penyelesaian jangka pendek sehingga pilihanraya akan datang dengan matlamat semata-mata untuk menyelamatkan negara daripada pelbagai kerosakan dan caca marba yang didatangkan Najib, malah jika semua parti selesa dengannya, ia juga boleh diteruskan melalui formula yang sama selepas pilihanraya nanti. 

Andainya kerajaan campuran itu tidak mahu diteruskan selepas pilihanraya akan datang, masing-masing boleh bersaing secara sihat dan terbuka sama ada melalui sistem dua parti iaitu BN dan PR atau pun melalui kekuatan parti sendiri. 

Tetapi dengan memberi laluan kepada penyingkiran Najib, ia bukan saja membuatkan semua parti disanjung rakyat kerana sedia berkorban untuk bertoleransi demi menyelamatkan negara, yang jauh lebih penting ia juga memberi peluang yang sama rata, baik kepada BN mahupun PR untuk memenangi pilihanraya. 

Ini kerana berbanding jika Najib terus menjadi Perdana Menteri, walaupun harapan memenangi pilihanraya juga nampak terbuka, tetapi taktik di saat-saat akhir mungkin menyebabkan kemenangan itu tidak menjadi realiti akhirnya. 

Lagi pula dengan derma sebanyak RM2,600 yang pastinya masih banyak berbakinya untuk digunakan dalam pilihanraya ke 14 nanti, cabaran dan tentangan pembangkang untuk mengaut jumlah majoriti sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi membentuk kerajaan tidaklah mudah sebenarnya. 

Daripada menunggu kemenangan dalam pilihanraya belum pasti lagi, lebih baik mereka merebut peluang yang sedang terbuka sekarang. 

Mendapatkan tambahan 24 kerusi Parlimen untuk menjadikan usul tidak percaya itu menjadi kenyataan bukan saja tidak mustahil berikutan situasi politik UMNO yang kacau bilau sekarang, bahkan ia juga lebih mudah kerana dalam BN sendiri ramai yang bimbang nasib masing-masing masih bercahaya atau sebaliknya selepas pilihanraya nanti. 

Tetapi, dengan memastikan usul ini berjaya, semua pihak boleh bergembira dengannya. 

Negara dapat diselamatkan, rakyat mendapat harapan baru dan semua parti berkongsi rasa kek yang sama. Sebahagian menteri yang ada pula, terutama yang ada intergriti, jujur, amanah dan tidak rasuah, tentu saja boleh dikekalkan dalam kerajaan baru itu nanti. 

Tiada yang berbezanya melalui kejayaan usul tidak percaya itu, kecuali Najib yang membawa sengsara dapat dibersarakan lebih awal daripada yang sepatutnya. 

Kepada semua parti yang terlibat dan Ahli-Ahli Parlimen yang sayangkan negara ini, janganlah dilengahkan lagi dan bawalah khabar gembira untuk rakyat yang sudah lama menderita. 

Sama seperti yang pernah berlaku di Perak, ini kali bagi jadilah... 


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Bekas Pegawai Peguam Negara bakal dedahkan maklumat sulit kertas pertuduhan keatas Najib

Posted: 21 Aug 2015 02:30 AM PDT


Zar Ali's photo. Pegawai Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur dijangka memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar perintah pengusiran yang dikeluarkan terhadapnya oleh Kementerian Dalam Negeri. 

Jessica sudah menetap di Malaysia selama lebih 20 tahun sebelum tindakan secara drastik dalam beberapa hari ini, yang bermula dengan siasatan pihak berkuasa terhadapnya dan bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang dikatakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. 

Sumber memberitahu The Malaysian Insider peguamnya sedang menyediakan kertas mahkamah untuk semakan kehakiman atas alasan perintah itu tidak munasabah, arbitrari dan tidak adil.

 
"Dia tidak diberi hak untuk didengar," kata sumber dekat dengan peguam Jessica. 

Sumber itu berkata, tindakan terhadap Jessica sebenarnya adalah gangguan dan intimidasi terhadap kakitangan awam. 

"Dia berkhidmat dengan setia dan bersungguh-sungguh dalam perkhidmatan awam Malaysia dan tidak adil untuk mengusirnya ketika dia tidak melakukan kesalahan," kata sumber itu. 

Jessica juga dijangka memfailkan afidavit yang akan mendedahkan mengapa pihak berkuasa begitu mahu memberhentikan perkhidmatannya, lapor Malaysiakini. 

"Beliau akan memfailkan afidavit 'meletup' mendedahkan mengapa mereka melakukan perkara ini," kata sumber yang rapat dengannya kepada Malaysiakini. 

Jessica, seorang warga Singapura, dibatalkan jaminan polis pada Jumaat lepas dan permit pemastautin tetap anaknya juga dibatalkan, kata sumber kepada The Malaysian Insider malam tadi. 

Seorang peguam yang enggan namanya disiarkan mengesahkan perkhidmatan Jessica dengan Jabatan Peguam Negara ditamatkan minggu lepas tetapi berkata tidak mengetahui perintah pengusiran itu. 

"Saya terkejut bagaimana ia sebaliknya terjadi dan menjangka pihak berkuasa Malaysia akan menahannya di sini kerana beliau mempunyai banyak maklumat sulit," kata peguam itu. 

Beliau berkata Jessica tidak akan tertakluk kepada undang-undang Malaysia seperti Akta Rahsia Rasmi sebaik saja keluar dari negara ini. 

"Kita akan tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas ini," katanya. – 21 Ogos, 20.


themalaysianinsider.

Sucilah Sangat !!

Posted: 21 Aug 2015 02:00 AM PDT


Mafiaboss Melayu Ori's photo. "Rakyatlah yang memilih saya, dan saya bangga serta rendah diri memikul mandat ini – yang menjadi hak rakyat untuk memberi atau menarik balik.

"Ia bukan milik seorang individu, tak kira betapa terkemuka pun," katanya tanpa menyebut nama mana-mana pihak secara langsung.

Menulis di Facebook, Najib berkata, sebagai perdana menteri menjadi tanggungjawabnya untuk membuat keputusan tepat untuk rakyat Malaysia.

"Lebih dari itu, ia tanggungjawab saya," katanya.
Selain pembangkang, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara individu paling lantang mendesak pengundurannya daripada tampuk kuasa.

Selain itu, dalam masa terdekat, perhimpunan besar BERSIH dirancang diadakan di tiga kota besar, termasuk Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos ini, yang dilihat terus meningkatkan tekanan padanya.


(Kredit to: MalaysiaKini)

Pendedahan Mustafa Ali Jadi Bukti Hadi Awang Khianat Pakatan Rakyat

Posted: 21 Aug 2015 01:33 AM PDT




Pendedahan oleh Mustapa Ali, sebuah cerita lama bagaimana Pas membuat keputusan anih yang boleh ditafsirkan sebagai pengkhianat menjelang pilihan raya ke-13 dahulu yang mana mahu menukarkan jawatan perdana menteri daripada Anwar Ibrahim kepada Tengku Razaleigh Hamzah sekiranya Pakatan Rakyat menang, bukan mendedahkan ketulusan Mustapa dan Pas, sebaliknya membuka kelemahan diri dan parti sendiri.

Mustapa sekonyong-konyong menjelaskan usaha menukar jawatan PM daripada Anwar kepada Tengku Razaliegh Hamzah dicadangkan oleh Pas. Tujuan Mustapa mendedahkan cerita "benar" yang dianggap tidak ada moral dan setiakawan bagi Pas itu bagi membela dan mempertahankan presiden Pas, yang dituduh oleh DAP menolak Anwar.

Penjelasan Mustapa itu tidak menguntungkan Pas sebenarnya, tetapi mendedah hakikat yang selama ini dipersoalkan oleh umum terhadap presiden parti itu. Apabila Pas mencadangkan nama Tengku Razaleigh sebagai menjadi PM, tetapi tidak nama Abdul Hadi Awang, jelas menunjukkan presiden Pas itu tidak layak untuk menjadi PM.

Abdul Hadi bagi Pas sendiri tidak disenaraikan sebagai pemimpin nombor satu Malaysia.


Bertolak dari realiti itulah mungkin maka berlaku protes dari kalangan bekas pimpinan Pas kepada Abdul Hadi Awang. Mereka malu dan segan untuk berketuakan kepada orang yang tidak tersenarai sebagai perdana menteri.

Sekiranya Abdul Hadi mencapai standard sebagai PM, sudah tentu nama beliau dicadang menggantikan Anwar Ibrahim apabila Majlis Syura Ulama (MSU) membuat pertimbangan dari segi moral Anwar tidak layak. Nama Abdul Hadilah paling layak apabila nama Lim Kit Siang juga bermasalah selepas nama Anwar tidak diperlukan bukannya Tengku Razaleigh orang yang berada di luar lingkungan Pakatan Rakyat.

Tanpa Pas menamakan presidennya sendiri sebaliknya menggadaikan jawatan itu kepada Tengku Razaleig menunjukkan Abdul Hadi dalam keadaan teruk dan tidak bermutu. Tanpa disedari penamaan Tengku Razaleigh itu sebagai penghinaan secara halus terhadap Abdul Hadi yang mungkin hanya disengehinya sahaja.

Yang merujakan lagi bukan sahaja kalangan Jawatankuasa kerja Pas tidak mencadangkan Abdul Hadi menjadi PM, tetapi MSU badan yang dikira tertinggi dimana Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Mursyidul juga tidak terliur dengan Abdul Hadi.

Walasil balik, walasal balik asil, pendedahan Mustapa bertujuan untuk memburuk-buruk Lim Kit Siang dan menunjukkan Pas, khasnya Abdul Hadi baik dan bersih, jadi sebaliknya. Pendedahan itu secara tidak langsung merenah-rendahkan martabat Abdul Hadi sebagai pemimpin bertaraf dunia yang disanjungi, dan ia jelas tidak setanding dengan status yang diraih Anwar.

Makanya lain kalau Mustapa hendak membuat kejutan dan membuka cerita-cerita sebenar yang misteri dan berlapis, harus berfikir banyak kali dan melihat apakah implikasi daripada yang dilakukan. Jangan pula kerana hendak membungkus nangka, kain kita pula terkoyak. [wm.kl.6:54 pm 20/08/15] - msomelayu





Zar Ali's photo.Zar Ali Kenapa Datuk Mustafa Ali simpanan rahsia itu begitu lama ?? 
 
Bermakna TG Hj Hadi ini jenis TIKAM BELAKANG lah yer?