Khamis, 20 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - DEIG dibincang secara matang, tidak seperti 1MDB, kata speaker Selangor.

Posted: 20 Aug 2015 09:00 PM PDT






Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh hari ini melahirkan rasa bangganya terhadap perdebatan berhubung isu Pelaburan Kewangan Darul Ehsan (DEIG) kerana ia didebatkan secara terbuka.

Yeoh berkata, perkara itu tidak terjadi seperti isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kekal tidak dijawab sehingga sekarang.

"Apa yang terjadi semalam adalah sangat menarik, sedangkan isu 1MDB juga masih kekal tidak berjawab setelah sekian lama. Apa yang berlaku di Selangor, walaupun DEIG belum terdapat sebarang aktiviti, seperti yang dikatakan menteri besar, jawatankuasa pilihan sudah pun membentangkan kertas kerja.

"Terdapatnya 'check and balance' dan semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dwi-partisan semalam mengambil masa untuk berdebat," katanya kepada pemberita di lobi DUN, di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, orang ramai sepatutnya maklum dengan apa yang terjadi di DUN semalam kerana ia merupakan satu bentuk tadbir urus tertinggi

"Walaupun ramai tidak biasa dengan (perdebatan seperti) ini, sama ada ini pergaduhan besar sesama mereka di DUN, (tapi) ini merupakan sesuatu yang normal berlaku (di DUN), bukannya tidak normal.

"Jika dilihat debat DEIG, ia merupakan isu yang sangat dasar. Maknanya mereka hanya fokus kepadanya (isu DEIG) dan ia hanya dwi-partisan," katanya sambil mengatakan Umno, PAS, PKR dan DAP turut menyuarakan pandangan mereka mengenai isu tersebut.

Semalam dilaporkan Azmin dikritik hebat Adun kerajaan dan pembangkang dalam dewan kerana menubuhkan DEIG.

Azmin sebaliknya berkata, beliau menyambut baik teguran itu kerana ia mencerminkan demokrasi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor berbeza dengan Putrajaya.

"Namun dalam keghairahan kita membentangkan usul ini, kena berhati-hati. Saya mahu pembentangan kita, dan apabila penyata disokong, ia harus berdasarkan fakta.

"Bukan kerana ada skrip atau pengaruh luar yang diarah menyokong atau buat sesuatu keterangan," katanya.

Beliau turut membidas hujah Adun mengkritik DEIG tanpa mengkaji fakta yang dianggapnya sebagai perkara remeh.

Azmin turut menafikan dakwaan beliau cuba menyembunyikan motif penubuhan syarikat itu dan memberi jaminan akan menjelaskan mekanisme DEIG secara terperinci melalui jawapan bertulis pada sesi akan datang.

sumber...TMI 


 
Penjelasan yang panjang lebar dari YAB Dato MB Selangor - Terbaik !

SENARIO YANG TIDAK AKAN BERLAKU DALAM NEGARA KITA...

Posted: 20 Aug 2015 08:15 PM PDT


Dr Mahathir nasihat pembangkang ikhtiar singkir Najib tapi kekalkan BN

Posted: 20 Aug 2015 07:45 PM PDT



Tun Dr Mahathir Mohamad yakin ada ahli Parlimen tidak percaya penjelasan wang RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Razak, namun mereka tidak akan menyokong undi tak percaya jika ia menyebabkan kerajaan Barisan Nasional tumbang.

Tun Dr Mahathir Mohamad yakin ada ahli Parlimen tidak percaya penjelasan wang RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Razak, namun mereka tidak akan menyokong undi tak percaya jika ia menyebabkan kerajaan Barisan Nasional tumbang.

Pembangkang perlu mencari jalan bagi menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi pada masa sama mengekalkan pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu yakin ada di antara ahli Parlimen tidak percaya penjelasan tentang wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib namun mereka tidak akan menyokong undi tak percaya jika ia menyebabkan kerajaan BN tumbang.

"Ia bukan sesuatu yang akan dilakukan ahli Parlimen BN. Mereka tidak mahu memainkan peranan dalam menumbangkan kerajaan BN.

"Jika pembangkang bersungguh mahu menyingkirkan Najib, mereka hanya dapat berbuat demikian jika Najib ditolak tetapi kerajaan BN kekal, dipimpin pemimpin lain," tulis Dr Mahathir dalam artikel di blognya bertajuk "Upside Down Law". – 20 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Ambiga: BERSIH 4 tetap disambut rakyat

Posted: 20 Aug 2015 07:15 PM PDT


Protes BERSIH 4 akan menyaksikan kehadiran orang ramai secara besar-besaran walaupun kempen menentang gerakan itu dilancarkan dari semasa ke semasa.

Bekas Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga berkata penentang protes itu masih menggunakan retorik sama untuk menghalalkan bantahan mereka.

"Tiada perubahan dalam retorik anti-BERSIH. Mereka menggunakan alasan antikerajaan, menjejaskan perniagaan, mencetukan kekacauan, selain gambar Maria (Abdullah) dicemari. Kumpulan itu kehabisan idea dan tak ada sesiapa lagi benar-benar mempedulikan mereka," katanya hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas sekumpulan aktivis penyokong perdana menteri mengadakan perhimpunan membantah BERSIH 4 di Kuala Lumpur hari ini.

Kumpulan itu diketuai Datuk Jamal Md Yunos yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar di Selangor.

Ambiga berkata, berdasarkan jualan ribuan helai baju T BERSIH setiap hari, mereka menjangkakan protes pada 29 dan 30 Ogos ini akan mendapat sambutan ramai.

Berkumpul kerana cinta negara

"Rakyat amat bosan terhadap pentadbiran tidak jujur di negara tercinta ini dan sudah sampai masanya untuk pemimpin menyedari mereka tidak dapat membodohkan rakyat dengan respon mengarut.

Ini adalah masa untuk mereka menyedari betapa rakyat menyayangi negara ini," katanya.

Pada masa sama, Ambiga juga berharap anggota keselamatan bersikap adil pada hari protes diadakan.
"Kepada polis dan penguat kuasa lain, silakan laksana tugas anda, tetapi biarlah adil.

"Kami adalah rakyat Malaysia, bukan musuh anda.
"Malah kami berjuang untuk masa depan anak anda juga. Tidakkah anda mahu demokrasi di negara ini kukuh dan kekayaan diagih secara saksama?

"Kami akan berhimpun pada 29 dan 30 Ogos ini. Ia adalah hak kami. Apabila anda melihat kami, ingatlah kita berada di sana kerana kita cintakan negara," katanya.
Ambiga juga mengajak pemimpin negara menyertai perhimpunan itu dan berjalan bersama rakyat.

"Anda mungkin tidak bersetuju dengan semua tuntutan BERSIH tetapi (kehadiran) anda akan menunjukkan anda tetap menghormati hak kami untuk berkumpul dan bersuara," katanya


Malaysiakini

1MDB - Seorang Pegawai Pejabat AG Dipecat Dan Dilucut Taraf Penduduk Tetap

Posted: 20 Aug 2015 06:45 PM PDT



T E R K I N I ? ? ? ?




Pegawai di Pejabat AG ditamat perkhidmatan, PR dibatalkan


Seseorang pegawai yang bertugas di Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur, yang disiasat oleh pihak polis berkaitan dengan dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang didakwa mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dikatakan telah ditamatkan perkhidmatannya.

Juga difahamkan bahawa Jessica, seorang warganegara Singapura, turut dibatalkan statusnya sebagai penduduk tetap (PR).


Sumber-sumber memetik dia telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai ketua pentadbiran dan kewangan sekretariat pasukan petugas khas, dan juga dari Pejabat Peguam Negara.

Satu sumber yang mengetahui dari Pejabat Peguam Negara mengesahkan bahawa kontraknya dengan pejabat tersebut telah ditamatkan.

Seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, yang tidak mahu namanya disebut, mengesahkan seseorang telah bertanya pihaknya baru-baru ini tentang prosedur, selepas mendengar bahawa status penduduk tetap orang itu telah dibatalkan.

Jessica, dan bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Rashpal Singh, ditahan polis pada 31 Julai, berkaitan dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang dilaporkan dalam Sarawak Report.



Turut ditahan ialah timbalan pendakwaraya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi beberapa jam kemudiannya pada 1 Ogos.

Selain Jessica dan Rashpal, tujuh pegawai SPRM termasuk Ahmad Sazilee, sedang disiasat berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan itu.

Pasukan petugas yang menyiasat 1MDB pada asalnya dipengerusikan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, sebelum perkhidmatannya ditamatkan secara tiba-tiba pada pada 27 Julai.

Pasukan penyiasat antara jabatan itu, telah dibubarkan oleh AG baru Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Bloglist Malaysia.

Petikan Surat Dr. Yusuf Al Qardawi : Ulama Besar Dunia

Posted: 20 Aug 2015 06:30 PM PDT

Lebih ramai ADUN, MP dijangka tinggalkan Pas – Mustafa Ali Mustafa Ali,pas PETALING JAYA: Lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Pas dijangka akan keluar parti, kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali. Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan ramai ahli parti menyatakan hasrat dan menunjukkan minat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB). "Ada lagi ADUN dan Ahli Parlimen Pas akan keluar. Kita pun sudah jangka apabila mereka (ahli Pas) mahu menyertai NGO itu. "Kita tunggu sajalah sekiranya mereka isytihar untuk keluar ataupun mereka menunggu untuk terkeluar secara automatik apabila masuk parti lain, " katanya ketika dihubungi FMT. Mengulas pengumuman Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud keluar Pas, Mustafa berkata, Pas menghormati keputusan itu "Itu hak dia dan kita tidak boleh menghalangnya daripada menyertai parti yang diminatinya. Kita guna hak demokrasi dan dia boleh pilih parti mana nak masuk, mana nak keluar. "Apa yang saya boleh maklumkan kita akan isi kekosongan yang ditinggalkannya itu," katanya.

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Potensi hubungan bank Switzerland-1MDB diteliti

Posted: 20 Aug 2015 06:00 PM PDT



Pengawal selia kewangan Switzerland Finma sedang memeriksa beberapa bank negara itu sama ada mereka mempunyai urusan perniagaan dengan 1MDB, menurut jurucakapnya di Zurich semalam.

Siasatan Bank Negara berkaitan 1MDB, yang lembaga penasihatnya dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sudah diselesaikan awal bulan ini.

Syarikat itu sedang bergelut sekitar kontroversi sekitar hutang besar lebih RM40 bilion itu.

Media antarabangsa The Wall Street Journal pada Julai melaporkan bahawa penyiasat meneliti jejak hampir AS$700 juta yang dipindahkan daripada akaun Falcon Private Bank di Singapura ke akaun-akaun di Malaysia yang mereka percaya milik Najib.

Falcon berpangkalan di Switzerland.

Falcon sebelum ini berkata sentiasa berhubung dengan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) dan akan bersikap telus sepenuhnya.

"Finma berhubung dengan beberapa bank berhubung perkara ini," lapor jurucakapnya.

"Dalam rangka peranan penyeliaan kami, kami sedang mengesahkan sama ada dan ke tahap mana bank-bank ini terlibat dan bagaimana undang-undang dan peraturan Switzerland dilaksanakan."

Pengawal selia itu enggan mengulas kegiatan kawal selianya atau nama individu yang dijejakinya, menurut jurucakap lagi.

Awal tahun ini, MAS juga berkata sentiasa berkata sentiasa berhubung dengan pengawal selia Malaysia selepas kerajaan Malaysia menjelaskan 1MDB sudah menebus AS$1.1 daripada Kepulauan Cayman dan meletakkannya sebagai "unit" di bank peribadi Switzerland BSI.

Wakil-wakil Falcon dan BSI tidak dapat memberikan reaksi segera berhubung kenyataan jurucakap Finma itu.

Coretan Dato Paduka Khairuddin Abu Hassan Mengenai 1MDB

Posted: 20 Aug 2015 05:15 PM PDT

SAYA BERSAMA PEGUAM TELAH HANTAR BAHAN BUKTI KES SKANDAL 1MDB KE PEJABAT PEGUAM NEGARA SWITZERLAND DI BERN.

Syukur ke hadrat Allah swt yang telah memberkati kelicinan urusan penyerahan semua bahan bukti mengenai kes skandal 1MDB di pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.

Saya akan serahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan 'swiss financial regulator finma' untuk buat siasatan secara komprehensif terhadap semua salahlaku penyelewengan kes skandal 1MDB yang membabitkan swiss bank serta beberapa bank antarabangsa.

Kunjangan saya ke pejabat peguam negara switzerland di bern telah ditemani oleh peguam saya Matthias Chang.

 

Kami telah menyerahkan segala bahan bukti dan kronologi kes skandal 1MDB kepada peguam negara switzerland yang beribu pejabat di Bern pada hari selasa (18 ogos 2015) jam 2:30 petang waktu tempatan.

Salahlaku dalam kes skandal 1MDB ini mesti dilawan secara habis-habisan demi untuk menyelamatkan dana kerajaan mahupun wang rakyat di tanahair kita dari sebarang unsur penyelewangan!!

Saya bersama peguam iaitu Matthias Chang berikrar untuk menangani kes skandal 1MDB serta menyerahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan kewangan antarabangsa bagi membantu menyiasat penyelewengan ini secara telus, adil, saksama serta komprehensif.

 

Masakini, saya amat kecewa dengan pihak penguatkuasaan undang-undang dan kewangan di negara kita yang nampak secara ketara tidak menyiasat kes ini secara professional dan telus!!

Lain yang saya laporkan kepada pihak polis diraja malaysia (PDRM) dan Bank Negara (BNM) tetapi malangnya lain yang disiasat!! 

Sebagai contohnya pihak PDRM asyik sibuk nak siasat justo dan clare brown (editor sarawak report) tetapi penyangak Jho low tidak pernah disiasat pun dan masih bebas sehingga kini!!

Beberapa laporan polis telah dibuat keatas penyangak jho low tetapi sehingga kini masih tiada kelihatan sebarang daya-usaha untuk memanggil seterusnya menyiasat pembabitannya dengan urus niaga 1MDB!! Mengapa??!!

Secara rasminya saya turut membuat laporan kepada SPRM, BNM serta Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengenai penyangak jho low ini!! Apa istimewanya dengan penyangak jho low ini yang masih tidak disentuh oleh pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita??!!

Secara jujurnya saya sudah mula hilang kepercayaan dan tidak yakin dengan pihak penguatkuasaan undang-undang di tanahair kita masakini!!

Sepatutnya penjawat awam dan penguatkuasa undang-undang di negara kita harus memikul tanggungjawab mereka secara teramanah yang mungkin!!

Mereka harus takut pada Allah swt bukan takut sesama manusia!! Kalangan ini juga jangan lupa bahawa mereka bakal disoal di Padang Mashar di hari akhirat kelak!! 

Bertindaklah selaras dengan ajaran agama Islam tanpa takut walaupun sebesar zarah terhadap manusia sesama manusia khususnya kalangan puak yang mungkar serta korup!!

Zar Ali's photo. Peserta himpunan tidur di jalan raya ibu kota, kata penganjur Bersih 4

Posted: 20 Aug 2015 04:45 PM PDT

Zar Ali's photo.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, peserta himpunan kini akan bermalam atas jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. 

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, peserta himpunan kini akan bermalam atas jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Selepas permintaan berhimpun di Padang Merbok dan Dataran Merdeka ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penganjur Bersih 4 kini mengubah strategi mereka dan mengumumkan peserta himpunan akan bermalam atas jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata pihaknya kini menarik semula gesaan membawa khemah yang sebelum ini dianjurkan kepada peserta himpunan selama 34 jam itu pada 29 dan 30 Ogos ini.

"Kami sekarang menggesa peserta membawa beg tidur, selimut dan payung di samping makanan dan minuman.

"Oleh kerana Dataran Merdeka dan Padang Merbok tiba-tiba tidak boleh digunakan, peserta sekarang terpaksa bermalam atas jalan raya di Kuala Lumpur.

"Kami menyeru DBKL agar menerima keputusan ini," katanya dalam kenyataan.

Maria berkata, penganjur juga akan melayan permintaan DBKL yang mahu mereka menyediakan sendiri satu tong sampah besar bagi mengumpul sampah daripada himpunan itu.

"Bersih 2.0 menggesa peserta menyimpan sebarang sampah yang mungkin terhasil seperti botol minuman dan pembalut makanan dengan mereka, sehingga ia boleh ditempatkan di tempat mengumpul sampah.

"Bersih 2.0 juga akan melayani permintaan DBKL supaya kami menghubungi Alam Flora bagi menempatkan tong sampah besar tambahan," katanya.

Maria turut menyambut baik kenyataan DBKL yang mereka akan memastikan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa tempatan itu akan beroperasi sepenuhnya pada hari itu.

Katanya, penganjur berjanji akan memastikan himpunan berlangsung dengan aman dan tiada sebarang pencerobohan halangan akan berlaku.

"Kami gembira DBKL berkata kamera CCTV akan beroperasi penuh dan menyeru DBKL agar menyiarkan sepenuhnya rakaman itu nanti kepada orang awam dan bukan menyiarkan bahagian tertentu saja," katanya.

Himpunan Bersih 4 akan diadakan serentak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah serta bandar utama di seluruh dunia.

Acara di Dataran Merdeka akan berlangsung selama 34 jam dalam menuntut pembaharuan seperti pilihan raya bersih, sebuah kerajaan yang bebas rasuah, hak untuk membantah, mengukuhkan demokrasi Parlimen dan menyelamatkan ekonomi. – 20 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

'Ku Li terima tawaran PM dari PAS sebelum PRU13'

Posted: 20 Aug 2015 04:15 PM PDT



Umno Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada satu ketika pernah menerima tawaran PAS sebelum pilihan raya umum ke-13 untuk menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya, dakwa bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Bagaimanapun, menurut Mustafa, disebabkan bantahan PKR yang bertegas mahukan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, maka PAS akhirnya menerima keputusan PKR atas semangat Pakatan.

Pengarah pilihan raya PAS itu memberitahu satu sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam bahawa rancangan awalnya adalah supaya Tengku Razaleigh menjadi perdana menteri selama tiga tahun jika Pakatan menang pilihan raya, kemudian menyerahkan jawatan itu kepada Anwar sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

Menurut laporan Sin Chew Daily, PAS memilih Tengku Razaleigh untuk menjadi perdana menteri kerana beliau mempunyai sokongan kuat orang Melayu yang boleh membantu Pakatan untuk menarik lebih banyak undi Melayu, kata Mustafa.

Menurutnya, mereka membuat cadangan itu kepada Tengku Razaleigh dan beliau bersetuju.

"Kami kemudian membawa perkara itu kepada Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, di mana beliau berkata, DAP tidak membantah jika Anwar bersetuju," katanya.

Tambahnya, para pemimpin yang terlibat dalam mesyuarat itu termasuk Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Haron Din, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden PAS ketika itu Mohamad Sabu, Anwar, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution.

Katanya, PKR dalam jawapannya dua hingga tiga minggu selepas mesyuarat tersebut, menolak cadangan itu dan bertegas supaya Anwar menjadi perdana menteri.

"Kami menghormati keputusan PKR itu dan membatalkan rancangan tersebut," katanya.

Beliau menekankan bahawa Hadi tidak pernah menentang Anwar menjadi perdana menteri tetapi hanya mencadangkan agar Tengku Razaleigh dan Anwar bergilir untuk menjadi perdana menteri.

Oleh itu, beliau menggesa Lim supaya berhenti bercakap bohong yang Hadi menentang Anwar menjadi perdana menteri.

DEIG dibincang secara matang, tidak seperti 1MDB, kata Speaker Selangor OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 20 Aug 2015 09:00 AM PDT



Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh berkata isu Pelaburan Kewangan Darul Ehsan (DEIG) tidak terjadi seperti isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh berkata isu Pelaburan Kewangan Darul Ehsan (DEIG) tidak terjadi seperti isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh hari ini melahirkan rasa bangganya terhadap perdebatan berhubung isu Pelaburan Kewangan Darul Ehsan (DEIG) kerana ianya didebatkan secara terbuka.
Yeoh berkata, perkara itu tidak terjadi seperti isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kekal tidak dijawab sehingga sekarang.
"Apa yang terjadi semalam adalah sangat menarik, sedangkan isu 1MDB juga masih kekal tidak berjawab setelah sekian lama. Apa yang berlaku di Selangor, walaupun DEIG belum terdapat sebarang aktiviti, seperti yang dikatakan menteri besar, jawatankuasa pilihan sudah pun membentangkan kertas kerja.
"Terdapatnya 'check and balance' dan semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dwi-partisan semalam mengambil masa untuk berdebat," katanya kepada pemberita di lobi DUN, di Shah Alam hari ini. – 20 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Dr Mahathir dakwa ahli Umno masih suka Muhyiddin sebagai TPM

Posted: 20 Aug 2015 08:15 AM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ahli-ahli Umno masih sukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ahli-ahli Umno masih sukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ahli-ahli Umno masih sukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

Menurutnya, satu-satunya kesilapan Muhyiddin sewaktu memegang jawatan itu adalah bertanyakan terlalu banyak soalan.

"Isu ini (pengguguran Muhyiddin) banyak kontroversinya. Ada yang duit tiba-tiba hilang, ada pula yang tiba-tiba masuk dalam akaun sendiri. Mungkin ada baiknya dia (Muhyiddin) jadi timbalan dulu, jangan banyak bertanya... inilah kesannya.


"Tapi saya yakin, kalau tanya ahli Umno, ramai masih suka Muhyiddin jadi TPM," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum "Social Evolution in Malaysia: What's Next?" di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak semalam.

Muhyiddin dipecat daripada jawatannya pada 27 Julai lalu menerusi rombakan Kabinet yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau digantikan dengan naib presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – 20 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Perhimpunan Bersih 4 mahu guling Najib, kata Nur Jazlan OLEH JENNIFER GOMEZ

Posted: 20 Aug 2015 07:30 AM PDT



Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa penganjur Bersih 4 menghormati pihak polis yang disifatkannya amat bertolak ansur.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa penganjur Bersih 4 menghormati pihak polis yang disifatkannya amat bertolak ansur. –

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mengatakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4 mempunyai niat untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.

Beliau juga berkata, pihak polis sudah sangat bertolak ansur dengan pihak penganjur kerana mencadangkan tempat-tempat lain, dan mempersoalkan niat sebenar Bersih 2.0 yang berdegil mengadakan perhimpunan pada minggu Hari Kebangsaan.

"Saya tidak akan mengambil bahagian kerana Bersih tidak mempunyai niat sebenar, mereka hanya mahu menjatuhkan perdana menteri, dan saya merupakan seorang anggota pentadbiran," kata bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu.



Nur Jazlan mempersoalkan keengganan pihak penganjur berundur dan mengubah tarikh perhimpunan tersebut agar tidak mengganggu persiapan untuk sambutan Hari Kebangsaan.

"Sebab itu niat mereka dipersoalkan, pihak polis yang sedia ada amat bertolak ansur," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, tidak ada polis yang lain di dunia ini bertolak ansur seperti polis Malaysia, dan mereka mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keamanan.

"Bersih harus menghormati polis. Pihak polis bertanggungjawab untuk keselamatan rakyat. Mereka diberi kuasa oleh kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang," katanya. – 20 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Selcat boleh siasat penstrukturan air Selangor, kata Azmin OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 20 Aug 2015 06:45 AM PDT


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (gambar, kanan) menyambut baik saranan pendahulunya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar kos sebenar perbelanjaan yang ditanggung kerajaan negeri dalam proses mengambil alih industri air itu didedahkan kepada umum

Azmin berkata beliau bersedia sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mahu menyiasat penstrukturan semula jadi air di negeri itu.

Khalid semasa sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkata, rakyat ingin tahu mengenai kos sebenar perbelanjaan ditanggung kerajaan negeri dalam proses mengambil alih industri air supaya rakyat lebih tahu perkara sebenar mengenainya.

"Kita (boleh bincang secara) terbuka cuma saya tidak boleh arahkan Jawatankuasa Selcat untuk tentukan apa perkara yg nak dibincangkan. Tapi kita terbuka. Tiada istilah sorok. Istilah sorok cukup kerap dibincangkan minggu ini.

"Saya bagi pihak kerajaan dokong sebarang usaha mencari kebenaran, kalau Selcat rasa ada keperluan silakan, kerajaan negeri akan beri keterangan", katanya.

Terdahulu Khalid lantang mempersoalkan kenyataan Azmin berhubung pengambilalihan 4 syarikat konsesi air yang hanya menyentuh kos RM2 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion.

Khalid menegaskan penjelasan berkaitan baki RM7.65 bilion itu penting kerana dikhuatiri akan menyebabkan tarif di negeri itu meningkat.



Terdahulu hari ini, ketika sesi soal jawab, Azmin turut menjelaskan mengenai kenaikan 18% tarif air di Selangor merupakan cadangan Khalid ketika beliau masih memegang jawatan sebagai menteri besar.

"Kadar tarif sehingga 18% itu pendirian Adun Pelabuhan Klang, saya mahu jangan dibebankan kepada rakyat kerana rizab negeri ini tidak boleh dibelanjakan sewenangnya", katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Sepat Mohd Haslin Hassan.

Namun, disebabkan Khalid tidak berpuas hati dengan jawapan Azmin, Adun Pelabuhan Klang itu bangun sambil membidasnya dengan berkata; "Apakah fakta yang menyatakan saya buat kenyataan 18% dan saya boleh ingatkan Tuan Speaker mengadakan Selcat supaya perkara yang tersimpan dan tidak betul boleh dibincangkan di khalayak ramai."

Ketika masih menjadi menteri besar, Khalid berjanji tiada kenaikan tarif air dalam tempoh 3 hingga 4 tahun selepas penstrukturan air selesai dan kenaikan selepas itu tidak melebihi 15%. – 20 Ogos, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article

PKR sasar 20,000 ahli sertai Bersih 4

Posted: 20 Aug 2015 06:00 AM PDT



Pada 23 Ogos akan diadakan taklimat kerahan kepada semua pimpinan dan wakil rakyat PKR dari seluruh negara untuk menjayakan sasaran 20,000 anggota hadir ke perhimpunan Bersih 4.

.Pada 23 Ogos akan diadakan taklimat kerahan kepada semua pimpinan dan wakil rakyat PKR dari seluruh negara untuk menjayakan sasaran 20,000 anggota hadir ke perhimpunan Bersih 4.

PKR menyasarkan 20,000 ahlinya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha agung PKR itu berkata, mereka akan memberi sepenuh sokongan dan bantuan untuk menjayakan perhimpunan bersejarah kali ini.

"Saya sudah mengeluarkan pekeliling kepada seluruh cabang-cabang PKR dan pimpinan di setiap peringkat untuk menggerakkan kerahan bagi mencapai sasaran ini," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata pada 23 Ogos ini, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang akan mengadakan taklimat kerahan kepada semua pimpinan dan wakil rakyat parti itu dari seluruh negara untuk menjayakan sasaran 20,000 anggota hadir ke perhimpunan tersebut .

"Bersih 4 akan mencipta sejarah sebagai suatu perhimpunan rakyat yang terbesar di saat-saat negara melalui krisis politik dan ekonomi yang meruncing akibat hilangnya kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR.

PKR juga juga katanya dijemput menjadi sebahagian daripada petugas keselamatan untuk memastikan Bersih 4 berjalan dengan baik dan lancar.

"Skuad Angkatan Muda Keadilan (Skuad AMK) sudah bersetuju untuk melatih dan mempersiapkan 700 sukarelawan sebagai petugas keselamatan di bawah kendalian YB Chang Lih Kang, setiausaha AMK," katanya.

Rafizi berkata, latihan bersama dengan sukarelawan Bersih yang lain sudah bermula sejak 2 minggu lalu. – 20 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Kes 1MDB: Ahli Umno serah bukti pada Switzerland

Posted: 20 Aug 2015 05:30 AM PDT



Bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyerahkan bukti berhubung skandal 1MDB kepada peguam negara Switzerland dua hari lalu.

Dalam kenyataan dalam Facebooknya hari ini, Khairuddin berkata beliau menyerahkan bukti dan kronologi skandal itu kelmarin jam 2.30 petang waktu tempatan.

"Kunjangan saya ke pejabat peguam negara Switzerland di Bern telah ditemani oleh peguam saya, Matthias Chang," katanya.

Katanya, beliau menyerahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang negara itu untuk membuat siasatan komprehensif terhadap semua dakwaan salahlaku firma itu yang membabitkan bank di negara itu serta beberapa bank antarabangsa.

Chang adalah bekas pembantu mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.


Penyokong Johor Mengganas Di Lebuhraya.. 3 Bas Diserang.

Posted: 20 Aug 2015 05:00 AM PDT





IPOH - Seorang penyokong bola sepak Perak cedera apabila salah bas yang membawa penyokong pasukan bola sepak itu dibaling besi dan pelbagai objek lain oleh sekumpulan individu di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Machap, Johor.

Dalam kejadian kira-kira jam12.30 malam itu, tiga buah bas tersebut membawa penyokong pasukan Perak bertolak dari Stadium Larkin pulang ke Ipoh setelah tamat perlawanan.

Wakil penyokong Arfaeez Abd Rahman, 25, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, ketiga-tiga bas yang membawa 118 penyokong itu baru bertolak dari Stadium Larkin di Johor untuk pulang ke Ipoh.

Menurut wakil penyokong, Arfaeez Abd Rahman, pada mulanya mereka diekori oleh sekumpulan individu yang menaiki kereta dan motosikal sebelum dibaling dengan pelbagai objek.

Tambahnya lagi, sebaik sahaja bas-bas mereka memasuki lebuh raya, sudah ada kumpulan lain yang menunggu di setiap persimpangan dan membaling pelbagai objek seperti batu, besi dan kayu.

"Bila tiba je di persimpangan Machap, satu besi dibaling dan terkena cermin hadapan bas dan masuk ke dalam bas serta terkena salah seorang penyokong mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.

"Kami terpaksa minta bantuan polis untuk iring kami sebelum memberhentikan bas di tepi lebuh raya,  dan untuk ambulans bawa mangsa ke hospital," katanya memetik laporan Sinar Harian.


Mangsa yang cedera di dahi itu dibawa ke Hospital Melaka dan menerima 15 jahitan sebelum membuat laporan polis.

Katanya juga, ketiga-tiga buah bas yang terlibat turut mengalami kerosakan akibat kejadian.

Haram gulingkan kerajaan, kata mufti Perak

Posted: 20 Aug 2015 04:30 AM PDT


Zar Ali's photo.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan menggulingkan kerajaan adalah haram di sisi Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Ogos, 2015.Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan menggulingkan kerajaan adalah haram di sisi Islam.

Tindakan menggulingkan kerajaan adalah haram di sisi Islam, sebaliknya mereka wajib menasihati pemerintah yang zalim sebagai satu jihad terbesar, kata mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Menurut laporan Harian Metro Online, Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung terdapat usaha individu tertentu ingin menggulingkan kerajaan.
"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak boleh berbuat demikian," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.
Beliau berkata, ini adalah kerana kerajaan atau pemerintah sudah dipilihi rakyat melalui cara yang sah.
"Sebab itu diwajibkan bagi setiap orang Islam pergi untuk menasihati pemerintah dan tindakan atau usaha menasihati kerajaan yang didapati zalim adalah jihad terbesar," katanya.
Menurutnya, usaha menasihati kerajaan memang sudah dilakukan dengan penubuhan Majlis Ulama dan Umarak yang terdiri daripada perdana menteri, menteri-menteri serta para ulama. – 20 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

'Saya tak ada apa sangat pun nak isytihar'

Posted: 20 Aug 2015 03:45 AM PDT

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini bersikap positif terhadap gesaan berterusan pembangkang supaya anggota kabinet mengisytiharkan harta masing-masing.
"Ini OK. Ini cadangan yang bagus.
"Sudah tentu saya tidak ada banyak aset pun untuk isytihar, bukan satu masalah," katanya.
Pembangkang sejak 2004 sudah menggesa kerajaan mengisytiharkan harta.
Baru-baru ini, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa pembangkang memulaukan usaha berkaitan undang-undang dana politik selagi perdana menteri dan kabinet enggan mengisytiharkan harta masing-masing.

SETELAH TERPEDAYA, KINI GILIRAN PAS 'MENGAJAR' NAJIB

Posted: 20 Aug 2015 03:00 AM PDT


Dana RM2.6 Bilion : Hj Hadi dan Haron Din terkancing gigi....??

Haji Hadi dan Haron Din dua orang tokoh ulama pun mudah diperdayakan oleh Najib sebab dia memang pakar putar alam.

Atau mungkinkah mereka bertiga ini memang sama level, saling sokong menyokong, sahut bersahutan sesama mereka?

Hahahaha... spekulasi aku sahaja. Sehingga kini dua orang tokoh ulama ini masih belum membuat kenyataan untuk membetulkan semula apa yang pernah mereka nyatakan sebelum ini.

Apakah Hj Hadi dan Haron Din masih belum percaya bahawa dana RM2.6 billion itu telah benar-benar dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib?

Apa yang menjadikan mereka berdua ni terkancing gigi, waima Najib sendiri telah mengakuinya? SPRM pun akuinya ....

Mahu saksi apa lagi? Adalah penting bagi mereka memperbetulkan kenyataan mereka yang terdahulu itu. Menurut Shahbudin, kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya...ikuti tulisannya berikut :

SETELAH TERPEDAYA, KINI GILIRAN PAS 'MENGAJAR' NAJIB

Masihkah kita ingat apa antara kata-kata Najib Razak apabila mula didedahkan wang sejumlah RM2,600 juta mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian Pas melalui Mursyidul Amnya,

Dr Haron Din turut tidak mempercayai dakwaan tersebut? Berikut petikan berita Malaysiakini bertarikh 5 Julai 2015:-

Perdana Menteri Najib Razak melahirkan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ).



Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai wang yang dipercayai daripada dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

"Saya berterima kasih ramai yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Dr Haron Din.

Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.

Kata Perdana Menteri, beliau menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini yang mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.

"Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itu pun kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya di sini

Lihat...walaupun pada hakikatnya Najib tahu wang RM2,600 juta itu benar-benar sudah mengalir ke dalam akaun peribadinya, malah ketika itu akaun itu sudah pun ditutupnya dan wangnya dipindahkan entah ke mana, beliau tetap "berlakon" seolah-olah dirinya seorang yang suci bersih dan mangsa fitnah semata-mata.

Siap mengungkapkan "baeeek punya ayat", "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia."

Sekarang kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya... Dr Haron Din, seorang yang warak dan tinggi ilmu agama ternyata boleh terpedaya dengan "lakonan" Najib, malah siap mengucapkan terima kasih dan penghargaan lagi kepada Mursyidul Am Pas itu bagi menunjukkan kepada umum beliau seolah-olah tidak tergamak menerima kemasukan wang tersebut ke dalam akaun peribadinya. Najib melahirkan penghargaan itu berikutan kenyataan Dr Haron Din yang menyatakan tidak masuk akal dakwaan WSJ itu kerana berpendapat jika seseorang mahu melakulannya, ia tentunya melalui akaun rahsia dan bukannya akaun peribadi. (Baca di sini).

Presiden Pas Haji Hadi Awang pula, walaupun mengatakan Najib bukan malaikat tetapi turut meragui dakwaan terhadap Perdana Menteri itu sambil mengatakan, "kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang."( Baca di sini)

Setelah terbukti wang tersebut benar-benar masuk ke dalam akaun peribadi Najib, walaupun berubah-ubah penjelasannya daripada dana politik, selepas itu sebagai derma dan kemudian kononnya sebagai tanda penghargaan kepada Malaysia untuk memerangi IS, meskipun pada Mac 2013 ketika wang disalurkan, daulah Islamiah itu belum wujud lagi, hakikatnya Najib sudah terperangkap dalam tindakan paling tidak bermoral sekali sebagai pemimpin.

Apa pun hujah dan alasannya, tidak masuk akal ada seseorang sanggup menderma atau bersedekah dengan jumlah yang sebegitu besar, bak kata Tun Mahathir Mohamad, ia adalah "bullshit".

Apatah lagi, siasatan yang pada mulanya dijalankan untuk mencari kebenaran mengenai wang itu oleh pelbagai agensi penguatkuasa kerajaan juga digagalkan melalui pembubaran pasukan petugas khas, pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara dan kacau ganggu termasuk serbuan dan rampasan fail, dokumen serta komputer riba terhadap SPRM.

Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang banyak bertanya mengenai wang itu pula dipecat daripada kabinet. Najib kemudian "berlakon" lagi dengan mengumumkan penubuhan jawatankuasa pembiayaan dana politik untuk memantau sumbangan yang diterima oleh parti-parti politik.

Sekali lagi...di sebalik gagal menjelaskan dengan jujur, berterus terang dan atas nama Tuhan mengenai wang RM2,600 juta, Najib tetap mahu mempamerkan dirinya seperti kain putih di depan umum di mana dana politik, derma atau sebagainya mesti dipantau pengalirannya.

Meskipun Pas, terutamanya Haji Hadi dan Dr Haron Din, terlihat ingin bertolerasi dan bersangka baik dengan Najib, isu wang RM2,600 juta ini seharusnya menyedarkan Pas hakikat yang sebenarnya. Pas harus segera meletakkan titik noktahnya terhadap Najib demi menyelamatkan masa depan negara ini dengan turut sama menyokong jika ada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri mahu dibentangkan di Parlimen.

Sekadar Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mustapha Ali memperakukan sokongan parti itu terhadap undi tidak percaya masih belum memadai sebenarnya. Haji Hadi sebagai Presiden dan Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am harus tegas menyatakan pendirian rasmi Pas untuk menyokong usul tersebut.

Sokongan tersebut bukan saja untuk menyelamatkan negara ini daripada kerakusan seterusnya yang mungkin lebih dahsyat daripada wang RM2,600 juta, tetapi juga sebagai "mengajar" Najib kerana tindakannya "memperperdaya" dan "berlakon suci bersih" terhadap golongan ulama.

Menyokong usul di Parlimen dan memastikan Najib tersingkir sekurang-kurangnya dapat mengembalikan maruah serta harga diri kedua-dua pimpinan utama Pas itu yang selama ini mungkin "tersilau" dan "terpedaya" tanpa disangka.

Tambahan lagi, ia juga bertepatan dengan kata-kata Haji Hadi sendiri yang mengikut asas Islam, "yang baik disokong, yang tak baik ditentang." (SH 20/08/2015) ~

shahbudin

'Bobrok' kata Anwar Ibrahim

Posted: 20 Aug 2015 02:15 AM PDT

 

Demokrasi kerajaan Malaysia hari ini telah ditembak mati olih seseorang yang sedang bermasalah sehingga menyebabkan rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk dunia bertanya masih efektif kah sistem pentadbiran negara kita?

Sudah terang dengan cahaya matahari ditambah lagi dengan bantuan cahaya 'torclight', maka tersangatlah terangnya rakyat telah melihat bahawa pada hari ini sistem kehakiman negara, Bank Negara, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah tidak berfungsi dengan baik dan mempunyai 2 buah buku undang-undang.

lalu teringatlah akan kata-kata Anwar Ibrahim ... "sistem yang sudah bobrok!".

Rakyat melihat badan-badan ini telah goyang dan 'melelong' macam orang mabuk yang baru minum 'todi' semata-mata demi mahu melindungi dan menyelamatkan seseorang yang sedang bermasalah itu.

Rakyat juga melihat bahawa negara kini sedang diperintah olih seseorang yang sedang bermasalah yang perlu dilindungi dan diselamatkan.

Rakyat dari segala ceruk juga sedang melihat bahawa barisan kabinet sendiri juga sedang terhoyong-hayang macam P.Ramlee dalam filim Anak Bapak yang baru balik dari 'Bar' selepas pekena empat lima kati punya 'stout' @ 'anjing bodo' dalam menengani kemelut negara pada hari ini.

Rakyat dari seluruh pelusuk negara juga dapat melihat bahawa semua agensi dan badan penguatkuatkuasa negara sudah seperti orang yang menggunakan kerusi roda disebabkan kaki yang telah kudung dipotong kerana kencing manis ekoran tindakan seorang pemimpin.

Keadaan bukan saja haru bin biru tetapi juga merupakan satu bencana apabila beberapa individu-individu yang terlibat dalam penyiasatan akaun dan kes 2.6 biliun ini di terajang dan di penendang keluar dan dikenakan tindakan berpindah dengan serta merta.

Teringat lagi pesanan Anwar Ibrahim dari tembok batu dan jeriji besi ... KITA HARUS BERTINDAK SEGERA !!!

 


dollah yankee -
Ini lah malaysia-Ku sekarang ini ...

Petanda Terbaru Putrajaya Bakal Melingkup ??

Posted: 20 Aug 2015 01:30 AM PDT

 
Zar Ali's photo.

Petanda Terbaru Putrajaya Bakal Melingkup. 

Kepercayaan terhadap Putrajaya di Twitter amat rendah berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata firma penyelidik media sosial tempatan, dan menambah apa juga kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau Putrajaya tidak berjaya menambah tarikan.

Hasil dapatan Politweet mengenai bagaimana skandal 1MDB digunakan hingga tercetusnya desakan Najib meletak jawatan kerana salah pengurusan syarikat pelaburan milik kerajaan itu dan kerana menerima RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya sebagai derma politik.

Maklumat salah mengenai 1MDB di Twitter kini sudah sampai ke peringkat di mana orang ramai masih berfikir RM2.6 bilion itu ada kaitan dengan 1MDB di sebalik fakta ia dinafikan oleh pihak berkuasa, kata firma itu.

"Salah maklumat sedia diterima sebagai kebenaran asalkan ia mengukuhkan kepercayaan sedia ada. Pengguna tanpa nama dianggap ada lebih kredibiliti berbanding agensi kerajaan.

"Kenyataan palsu yang tersebar di atas talian berjaya menjadi benar kerana penyokong Najib dan pembela 1MDB tidak ada capaian yang sama di Twitter.


"Pembetulan dan kenyataan penjelasan tidak sampai kepada khalayak massa, menyebabkan mereka terpengaruh dengan pengguna lebih popular," kata Politweet dalam posting di blognya hari ini mengenai kajian persepsi terhadap 1MDB dan Najib.

Petanda Terbaru Putrajaya Bakal Melingkup

Syarikat itu juga memberi amaran tekanan terhadap media sosial, yang dicadangkan menteri Kabinet baharu, mungkin akan memberi kesan yang terhadap dalam membendung berita palsu, tetapi ia mungkin boleh memberi kesan buruk kepada Putrajaya jika ia mula mengganggu pengguna berpengaruh.

"Laporan polis boleh digunakan untuk akaun palsu seperti @BeritaTV3," kata Politweet, merujuk kepada akaun Twitter yang terkenal kerana menyebarkan berita palsu di bawah penyamaran nama stesen televisyen popular TV3.

"Namun, cubaan untuk kawal media sosial atau ganggu pengguna berpengaruh nampaknya akan menyebabkan kesan negatif dan pengguna akan bertukar kepada rangkaian lebih privasi seperti Whasapp, Facebook," kata Politweet.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sebelum ini berkata Putrajaya akan bertemu dengan syarikat media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk menyekat "maklumat palsu dan khabar angin".


ADDIN

PAS Selangor bakal lumpuh – Mohd Sayuti Omar

Posted: 20 Aug 2015 12:40 AM PDT

Lagi Keluar PAS Sertai GHB Di Selangor, PAS Selangor Bakal Lumpuh...

18 lagi AJK PAS Shah Alam letak jawatan

Shah Alam: Selepas 183 ahli dan pimpinan PAS kawasan Kota Raja, Klang meletakkan jawatan di dalam parti itu petang semalam, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Shah Alam turut berbuat demikian beberapa jam kemudian.

Seramai 18 AJK PAS Shah Alam sesi 2015-2017 diketuai Yang Dipertuanya Azli Yusof mengumumkan peletakan jawatan mereka.

Selain itu AJK PAS kawasan, pemimpin PAS bagi Dewan Muslimat, Pemuda dan Himpunan Penyokong PAS turut mengumumkan tindakan sama.

Azli berkata, peletakan jawatan itu sudah dimaklumkan secara rasmi dalam Mesyuarat PAS Kawasan Shah Alam Kali Kelima sesi 2015-2017 yang berlangsung petang semalam.

"Selain saya, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam turut berbuat demikian.

"Penyerahan tugas sudah dilakukan kepada Setiausaha PAS Kawasan Shah Alam dalam suasana penuh persefahaman dan kasih sayang," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, peletakan jawatan itu bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam tetapi kerana ingin bersama usaha perjuangan Islam melalui wadah yang lebih diyakini mereka.

Kami selaku Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam mengumumkan perletakan jawatan berkuatkuasa Rabu 19 Ogos 2015, bersama-sama dengan 18 orang lagi AJK PAS Kawasan Shah Alam sessi 2015-2017.

Selain itu, Ketua Muslimat, Timbalan Ketua Muslimat dan Naib Ketua Muslimat turut meletakkan jawatan bersama-sama 11 orang AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam.

Keseluruhan AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP Kawasan Shah Alam juga meletakkan jawatan mereka.

Terdahulu, Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda telah meletakkan jawatan mereka bersama-sama dengan 10 orang AJK Dewan Pemuda PAS Shah Alam.

Perletakan jawatan-jawatan ini telah dimaklumkan secara rasmi di dalam Mesyuarat PAS Kawasan Shah Alam Kali Ke-5 sessi 2015-2017 yang berlangsung pada Selasa, 19 Ogos 2015, di mana penyerahan tugas telah dilakukan kepada Setiausaha PAS Kawasan Shah Alam dalam suasana penuh persefahaman dan kasih-sayang.

Perletakan jawatan ini bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam, tetapi kerana ingin bersama usaha perjuangan Islam melalui wadah yang lebih kami yakini.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK PAS Kawasan dan Dewan-dewan, Ketua dan Setiausaha PAS Cawangan serta seluruh ahli-ahli PAS Kawasan Shah Alam yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang kami diamanahkan memimpin PAS Kawasan Shah Alam.

Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada PAS Kawasan Shah Alam di bawah kepimpinan yang baru nanti.

Mudah-mudahan semua akan terus istiqamah dengan perjuangan Islam.

Azli Bin Yusof
Yang Dipertua

Zulkifli Mohd Nani
Timbalan Yang Dipertua

Mohamad Jamil Abd Rahim
Naib Yang Dipertua

19 Ogos 2015 / 4 Zulkaedah 1436H

PAS Selangor bakal lumpuh – Mohd Sayuti Omar

Dari segi politik tindakan ahli Parlimen Kota Raja yang juga naib ketua PAS Kawasan itu Dr Mariah Mahmud mengumumkan keluar daripada PAS bersama beberapa ahli jawatankuasa PAS kawasan itu merupakan satu tindakan memberi bekas kepada PAS Selangor.

Mariah dan pimpinan PAS Kota Raja umum lepas jawatan.

Ia adalah permulaan tindakan ekoran rasa tidak puas hati kepada kepimpinan PAS yang baru dipilih pada muktamar beberapa bulan lalu. Walaupun tindakan Mariah dan beberapa yang lain tidak melumpuhkan PAS Selangor tetapi tindakan itu memberi moral yang buruk kepada PAS Selangor.

Tindakan dan keputusan Mariah dan yang lain-lain merupakan satu "hentakkan" yang kuat kepada PAS Selangor yang cuba mempamerkan mereka sebagai golongan agamawan, ad-Din.

Apa yang berlaku di Kota Raja hari ini adalah permulaan, dijangka lebih ramai lagi ahli PAS dan pemegang jawatan akan mengumumkan melepas jawatan. Tindakan Mariah itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi mereka yang lain untuk berbuat demikian.

Saya percaya tindakan itu menjadi momentum untuk diikuti PAS di beberapa kawan lain, termasuk juga Gombak yang dilihat kuat mendokong kepimpinan agamawan.

Apa lagi seperti mana jelasnya selepas beberapa orang wakil rakyat PAS akan mengambil tindakan sama, mengumum keluar PAS atau pun melepaskan jawatan yang dipegangnya. Tindakan seperti itu boleh menganggu stabiliti PAS dan menyebabkan rasa hormat kepada PAS dari kalangan orang ramai terhakis.

Sudah tentu berita perletakan jawatan ramai-ramai di Kota Raja itu menganggu konsentrasi orang ramai kepada PAS yang diharap menjadi parti pengganti Umno sebelum ini. Beberapa lagi tindakan sama diambil tokoh PPAS dalam GHB, akan menghakiskan kepercayaan umum kepada PAS.

Dari konteks lain, apa yang berlaku itu ia menggambarkan kegagalan pimpinan PAS Selangor membendung gegajala keluar parti beramai-ramai. Mungkin juga tindakan itu menjadi cepat apabila ada sesetengah pimpinan kecil PAS di Selangor lantang mengkritik golongan itu, GHB dengan tindakan mereka.

Tiada ada usaha untuk merapatkan saf atau mengemaskan barisan dalam PAS sejak muktamar dahulu di Selangor, sebaliknya kesan muktamar itu menjadi jurang perbezaan lebih luas. Paling mendukacitakan tidak ada usaha langsung daripada pimpinan tertinggi PAS sebalinya mereka hanya jaminan-jaminan bersifat sinikal bersifat sombong yang penyedap rasa sahaja.

Di Selangor sendiri tidak ada tokoh yang bersifat orang tua yang boleh mempersatukan PAS. Selepas ketiadaan Hassan Shukri, Selangor seakan-akan kekeringan pemimpin yang tulus dalam perjuangan. Walaupun satu masa PAS Selangor memiliki Adun Meru, Dr Rani Osman sebagai pesuruhjaya tetapi kehadirannya sekejap sahaja.

Walaupun Dr Rani tidak sehebat Hassan Shukeri tetapi penampilan dan semangat ukhwah yang dibentuknya sangat menarik dan ia mencerminkan PAS Selangor semasa bawah pimpinannya dapat mempersatukan semula keretakan yang dicaingkan Hassan Ali. Sayang Ibu Pejabat PAS tidak dapat melihat kelunakan dan semangat setia kawan yang ada kepada Dr Rani.

Melihat kepada sambutan terhadap GHB dan penubuhan parti baharu yang semakin hangat di Selangor tidak mustahil kalau PAS Selangor berada dalam keadaan sengit sebelah. Walaupun ada jaminan daripada seorang pemimpin PAS, kononnya apa yang berlaku di Selangor itu umpama gelora ombak dilautan dimana ia boleh ditenangkan, tetapi kerja untuk menenangkan ombak itu sesuatu yang melelahkan.

Politik bukan boleh diselesaikan atas kertas tetapi harus kena buat (praktis) dan turun ke bawah. Pemimpin yang seorang ini saya lihat lebih lunak bercakap atas kertas daripada turun menjajahi ke segenap ceruk dan lorong untuk membendung masalah dalam PAS.

Apa yang terjadi itu ialah, wujud kerana kedegilan dan ego pimpinan PAS. Mereka silap dalam membuat perhitungan dengan merendah-rendahkan keupayaan golongan GHB. Dengan tindakan Mariah dan beberapa pemimpin lain itu membuktikan mereka GHB, bukan bergurau untuk menjadi alternatif kepada Pas, tetapi ia sesuatu yang serius.

Mungkin golongan lama dalam PAS, mereka berusia 60 tahun ke atas serta anak-anak atau cucu cicit mereka yang obses kepada agama, tidak terliur kepada PAS, tetapi anak-anak muda yang bebas, berfikiran terbuka akan menyokong GHB. Indikator sejauh mana sambutan kepada GHB nanti ialah pada himpunan Bersih hujung bulan ini dan juga selepas terbentuknya parti dokongan mereka.

Satu sifat yang perlu disedari, anak muda dalam bermain politik mereka tidak sangat memikirkan soal prinsip dan asas perjuangan sesebuah parti, jauh sekali menghayati ideologi dan akidah, tetapi apa yang ada kepada mereka ialah trend semasa.

Mereka akan mengikut trend semasa. Kewujudan GHB atau parti baharu bagi mereka ada kesenimbungan harapan mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Kerja menumbangkan kerajaan bagi mereka adalah sebagai trend semasa yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Bertolak dari hakikat itu GHB bakal mendapat sambutan dan berada di hati anak-anak muda. Kekuatan sambutan ini bukan sahaja setakat di Pantai Barat, bahkan mungkin boleh merebakkan negeri-negeri di Pantai Timur juga, walaupun masa ini ia dilihat sebagai sukar. Yang perlu difikirkan pimpinan PAS, politik itu sesuatu yang hidup dan berkembangkan.

Langkah-langkah lebih ketat, tersusun dan berhemah adalah wajar dilakukan pimpinan baharu PAS kini untuk membendung atau pun menganjatkan perjalanan GHB.

Akhirnya syabas kepada Mariah atas keputusan yang dibuat. Apa dilakukan sikap terpuji dan berani sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Ketua Wanita GHB.

Nampaknya Dr Mariah bakal menjadi pimpinan wanita baharu menerusi parti baharu selepas beliau selama ini hanya berada di belakang Siti Zailah Mat Yusuf menjadi orang dibalik tabir jarang.

 msomelayu.blogspot.com


Langkah Mayat ahli-ahli Umno Kalau Nak Jatuhkan Najib - Zahid Hamidi

Posted: 20 Aug 2015 12:03 AM PDT



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi amaran kepada mana-mana pemimpin Umno yang ingin bekerjasama dengan pemimpin pembangkang didalam cubaan menggulingkan kerajaan.

Zahid juga menegaskan bahawa pemimpin Umno tersebut perlu melangkah mayat ahli Umno terlebih dahulu jika niat mereka mahu mengkhianati Presiden parti.

"Langkah mayat ahli-ahli Umno kalau nak tukar kerajaan dan Perdana Menteri guna jalan belakang," tegas Zahid.

Zahid berkata, beliau akan mencari jalan agar pemimpin Umno tidak berkomplot untuk menggulingkan kerajaan bersama pemimpin pembangkang.

Katanya, beliau akan memastikan tiada satu pun wakil rakyat komponen Barisan Nasional (BN) tidak kira ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyertai komplot tersebut.

"Susah-susah adakan pilihan raya, kita menang majoriti walau tidak dua pertiga. Bila kapal bergoyang, ombak melanda, ada yang nak korek kapal, bagi air laut masuk dalam kapal.

"Kita akan cari jalan tidak akan berlaku lompat parti, ahli Parlimen dan Adun kita. Sebelum nasi menjadi bubur, saya sebagai naib presiden, saya akan pastikan konspirasi itu tidak akan terjadi," katanya.

Zahid yang menyentuh mengenai maklumat mengenai surat Aku Janji menjatuhkan Najib berkata, beliau sudah mendapat maklumat yang sahih mengenai surat tersebut dan didapati terdapat beberapa pemimpin BN telah menandatangani surat terbabit.

Beliau bagaimanapun berkata, tidak akan mendedahkan nama pemimpin tersebut.

"Surat sumpah akaun janji itu disiapkan untuk ditandatangani bukan sahaja 87 ahli Parlimen pembangkang, tapi 1 BN dan mereka sasarkan 37 lagi ahli Parlimen BN untuk bersama mereka.

"Saya tidak menamakan sesiapa, Alhamdulillah kalau penafian dilakukan mana-mana tokoh," jelasnya.