Rabu, 19 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Anwar: Janganlah dera keluarga saya...

Posted: 19 Aug 2015 11:00 PM PDT


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi supaya tidak mengetatkan urusan pertemuan beliau dengan keluarga serta peguam beliau.

Anwar turut merayu supaya kerajaan tidak mendera keluarganya apabila sukar bertemu dengannya, walaupun beliau "tiada masalah" jika ia diperlakukan ke atas dirinya.

"Saya minta pertimbangan Datuk Seri Zahid Hamidi berkaitan urusan keluarga dan peguam. Semuanya terlalu ketat. Nak dera Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah.

"Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah... bagilah jumpa sekejap. Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh.

"Saya mintak Datuk Seri Zahid timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan peguam," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR.

Hari ini Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah Anwar mendakwa pihak penjara mengurangkan akses kepada bapanya ekoran timbul dakwaan usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mendakwa lawatan pemimpin pembangkang antaranya Lim Kit Siang dan Rafizi Ramli turut disekat.

Malah lawatan Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang dibatalkan sejurus tercetusnya dakwaan tersebut, dakwa Nurul Izzah lagi.

Beliau turut mendakwa penjara mengurangkan masa pertemuan dengan peguam daripada dua jam kebiasaannya kepada kurang 45 minit dan juga akses ke perpustakaan di mana Anwar berada dalam penjara.

Imej berita palsu M'kini diedar

Posted: 19 Aug 2015 10:15 PM PDT



Malaysiakini mengesan pengedaran dua imej berita palsu yang dikaitkan dengan Malaysiakini.

Imej pertama bertajuk "Daim: Saya akan pastikan ringgit merosot ke paras RM 4.50 berbanding USD" dikesan disebarkan mulai semalam dan imej kedua "Saya perlukan syarikat (DEIG) untuk urus RM6.3 bilion duit rakyat Selangor" disebarkan hari ini.

Kedua-dua imej tersebut bukan berita daripada laman web Malaysiakini.

Pembaca dan orang ramai dinasihatkan agar menyemak kesahihan berita Malaysiakini di: www.malaysiakini.com atau http://m.malaysiakini.com/language

Pembaca dan orang ramai boleh menghubungi editor@malaysiakini.com jika menemui imej-imej berita kami yang mencurigakan.

'Tiada kawasan, cawangan PAS akan terbubar' ??

Posted: 19 Aug 2015 09:30 PM PDT


Zar Ali's photo.

PAS menegaskan bahawa tidak akan ada kawasan yang terbubar walaupun terdapat pimpinannya dan sebahagian ahli keluar dari parti Islam itu, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata parti itu mengambil maklum adanya usaha beberapa pimpinan kawasan dan cawangan yang akan bertindak demikian, namun terdapat peruntukan perlembagaan parti membenarkan aktiviti parti diteruskan.

"Kawasan akan terus kekal dengan barisan kepimpinan baru yang akan mengambil alih pentadbiran kawasan dan cawangan berkenaan.

"Sebagaimana ombak di lautan yang tidak dihenti dijana, PAS mempunyai sumber kekuatan untuk menggantikan ombak yang hilang," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi pimpinan dan ahli yang ingin meninggalkan parti, beliau berkata PAS mengucapkan terima kasih di atas khidmat dan sumbangan yang diberikan dan PAS menghormati ha untuk kekal atau keluar parti.

"Walaupun ini bukan penyelesaian terbaik, namun ia tetap ialah satu penyelesaian.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh ahli PAS yang terus istiqamah dengan parti," katanya.

Beliau menyeru kepada ahli dan pemimpin PAS lain supaya meneruskan perjuangan dan aktiviti parti dan bersabar demi menempuh segala mehnah dalam perjuangan.

"Selagi mana kita berada di atas landasan benar, Allah akan membantu kita. Insya-Allah," katanya lagi.


Malaysiakini.

Panel mahu kumpulan pelaburan ditangguhkan

Posted: 19 Aug 2015 08:45 PM PDT


Sebuah jawatankuasa DUN Selangor telah mencadangkan supaya penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) ditangguhkan sementara menunggu penyerahan kertas putih.

ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dipetik oleh New Straits Times sebagai berkata di luar dewan hari ini bahawa operasi DEIG perlu dihentikan selama sekurang-kurangnya enam bulan.

"Kami mahu tahu mengapa terdapat keperluan terhadap DEIG apabila sudah ada Menteri Besar Inc (MBI)," Saari dipetik sebagai berkata.

Beliau dipetik sebagai berkata, apabila DEIG ditubuh dan dikendalikan oleh orang yang sama seperti MBI di bawah Menteri Besar Azmin Ali, pihaknya bimbang tidak ada 'semakan dan imbangan' yang mencukupi.

Saari mengetuai Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS), yang membentangkan laporannya dan cadangannya kepada Dewan Undangan Negeri hari ini.

Difahamkan bahawa laporan itu diterima sebulat suara oleh dewan hari ini, berikutan perdebatan hangat mengenai DEIG dan kebimbangan ADUN di kedua-dua belah pihak yang ianya kekurangan 'semakan dan imbangan'.

Syarikat itu dilaporkan ditubuhkan pada Disember tahun lalu dan dilancarkan pada Mei tahun ini untuk menguruskan pelaburan anak syarikat MBI.

Antara lain, ia telah dibangkitkan dalam sidang dewan bahawa DEIG telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, dan oleh itu, tidak seperti MBI, ia tidak perlu melaporkan prestasinya kepda dewan.

Ketika diminta menjelaskannya, ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata kerajaan negeri boleh memilih untuk menerima atau menolaknya.

Jawatankuasa pilihan DUN itu tidak mempunyai kuasa untuk memaksa Azmin atau kerajaannya untuk berbuat apa-apa, selaras dengan prinsip pengasingan kuasa, katanya.

Ng juga menjelaskan bahawa bertentangan dengan laporan berita awal hari ini bahawa Saari telah membentangkan usul, apa yang dibentangkan sebenarnya adalah laporan fakta JP-Abas.

"Usul yang dibentangkan adalah untuk membentangkan penyata [...] Dalam (laporan itu), terdapat cadangan mengenai idea ini untuk menubuhkan sebuah entiti baru.

"Sebahagian daripada anggota jawatankuasa itu bimbang dan merasakan perlu ada lebih pemantauan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Sementara itu di Facebook, Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh juga menjelaskan bahawa apa yang telah diluluskan hari ini adalah laporan JP-Abas mengenai DEIG.

Katanya, laporan itu mengandungi hasil penemuan jawatankuasa itu dan cadangan mengenai DEIG untuk pertimbangan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri, katanya, perlu membentangkan di DUN jawapannya kepada cadangan jawatankuasa itu di sidang akan datang pada bulan November.

Nasib ahli terlibat GHB, PAS putuskan 11 Sept

Posted: 19 Aug 2015 08:00 PM PDT


Nasib ahli dan pemimpin PAS yang dipercayai terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan ditentukan dalam mesyuarat parti itu 11 September ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata semua Badan Perhubungan PAS negeri diminta mengemukakan laporan berhubung perkara itu pada mesyuarat itu nanti.


"PAS Pusat akan buat semakan sama ada kes ada bukti kukuh atau tiada bukti untuk diambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Mohd Amar berkata empat tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang mengkhianati parti adalah mengemukakan surat tunjuk sebab, diberi amaran, digantung keanggotaan dan dipecat sebagai anggota parti.


- Bernama

Keluar PAS Bukan Bermakna Keluar Islam - Dr. Siti Mariah

Posted: 19 Aug 2015 07:30 PM PDT


Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan hari ini, tindakan individu yang keluar meninggalkan PAS bukan bererti mereka murtad atau terkeluar daripada agama Islam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai sumpah atau bai'ah yang dikatakan dibuat setiap ahli PAS sewaktu menyertai parti itu.

"Bai'ah itu adalah ikrar. Seperti juga di Parlimen. Kita ada nas dan ijtihad daripada alim ulama. Tetapi, na'uzubillah (minta dilindungi Allah), keluar daripada PAS bukan keluar Islam.

"Ia adalah penghijrahan dari satu pertubuhan kepada satu pertubuhan," katanya pada sidang media mengumumkan peletakan jawatan beliau bersama ahli parti lain dari PAS Kawasan Kota Raja.

Dr Siti Mariah bagaimanapun berkata, peletakan jawatan beramai-ramai oleh ahli dalam kawasan Parlimen Kota Raja itu bukanlah sesuatu yang dibanggakan.

"Kami lakukan ini untuk bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam memenangi Putrajaya," beliau menjelaskan.

Anggota PAS Kota Raja hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing di peringkat cawangan dan kawasan di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja di Klang.

Bekas yang di pertua PAS Kota Raja, Jaafar Samsudin berkata, 9 daripada 38 ketua cawangan di kawasan itu meletakkan jawatan mereka dalam parti itu hari ini.

"Kami menyahut saranan atau arahan pimpinan agar semua ahli yang hendak bergerak atas wadah baru perlu meletakkan jawatan," katanya merujuk kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dimaksudkan sebagai wadah baru itu.

"Dengan rasa penuh tanggungjawab kami merasakan peletakan ini adalah untuk memudahkan ahli jawatankuasa (AJK) yang masih bersama PAS dapat menjalankan tugas atau aktiviti di Kawasan Kota Raja," katanya.

Dr Siti Mariah, yang meletak jawatan sebagai naib yang dipertua PAS Kota Raja berkata, tindakan beliau bukan satu pengkhianatan kepada rakyat.

"Saya tidak khianati amanah rakyat. Saya masih dalam perjuangan Islam. Tetapi, pendekatan politik kami sudah berbeza," katanya.

Pada majlis hari ini, lebih 30 orang pimpinan dan AJK kawasan serta cawangan, termasuk 22 ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), menyuarakan sokongan mereka terhadap peletakan jawatan berkenaan.

Dua lagi ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dijangka akan mengambil tindakan sama dalam masa terdekat.

Mereka ialah Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib.

Seramai 183 ahli yang memegang jawatan dalam PAS Kota Raja meletakkan jawatan selain 227 ahli PAS Kapar dan 3 PAS Klang hari ini.

Peletakkan jawatan pimpinan PAS Kota Raja hari ini susulan tindakan semua AJK 9 cawangan di kawasan itu menyertai GHB, kumpulan serpihan parti PAS.

GHB berperanan menyambung kerjasama dengan PKR dan DAP serta sekaligus membentuk PR yang baharu. 

Namun, mereka menegaskan, penghijrahan itu tidak bermakna mereka bermusuhan dengan PAS kerana GHB Kota Raja sentiasa membuka ruang persahabatan untuk merapatkan persaudaraan. – The Malaysian Insider/19 Ogos, 2015.

INILAH MULUT PEMIMPIN UMNO !!!

Posted: 19 Aug 2015 07:00 PM PDT


MASIH INGAT TUDUHAN ZAHID pada 3 pemimpin pembangkang pada isu Lahad Datu 2 tahun yg lepas !!!..

Hingga kini tiada bukti ditunjukkan Zahid..

KINI BUAT PERANGAI LAGI... isu guling kerajaan plok..

Akhirnya... Sendiri soal, sendiri dakwa, sendiri ugut, sendiri jelaskan, sendiri jawab...


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Demi kelangsungan PM Najib....'do or die' !

Posted: 19 Aug 2015 06:30 PM PDT


Zar Ali's photo. Sehubungan dengan rombakan kabinet oleh PM Najib yang menyaksikan beberapa menteri kanan termasuk Timbalan Perdana Menteri disingkirkan, beberapa siri pertukaran yang melibatkan pegawai-pegawai tertinggi keselamatan negara pula turut berlaku. 

Apa sebenarnya yang sedang berlaku di sebalik perkembangan yang tidak menentu kebelakangan ini? 

Dan apa yang lebih menghairankan dan menjadi pertanyaan ialah ianya dilakukan dengan cara mendadak seolah-olah satu tindakan nekad 'do or die' demi kelangsungan pentadbiran PM Najib. 

1) Pada 28 Julai lalu, Dato' Seri Akil Bulat tidak dilanjutkan jawatan dan tempat beliau sebagai Pengarah Cawangan Khas PDRM diambil alih oleh Pesuruhjaya Polis Dato' Seri Mohd Fuzi Harun berkuatkuasa serta merta. 

2) Tindakan tersebut berlaku serentak dengan pengumuman penamatan khidmat Tan Sri Ghani Patail sebagai Peguam Negara Malaysia oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa. Penggantian Ghani ini sangat mengejutkan kerana kontrak beliau akan berakhir pada 5 Oktober 2015 dan tiada sebarang gosip penggantian lebih awal.~ sumber 

3) Pada 7 Ogos, 2 pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan ke JPM berkuat kuasa serta merta. 

Arahan itu dibatalkan pada 10 Ogos selepas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob bertemu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Kedua-duanya kemudiannya kembali semula ke jawatan asal mereka dalam badan anti-rasuah itu. 

4) Terkini Timbalan Pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador ditukarkan ke sebuah bahagian keselamatan baharu di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Difahamkan arahan pemindahan itu dikeluarkan semalam, semasa Hamid masih bercuti panjang. 

Beliau dijangka melaporkan diri di JPM selepas cutinya berakhir pada 28 Ogos. Beliau tidak tahu kenapa secara tiba-tiba beliau diarahkan bertukar. "Saya tidak tahu mengapa saya ditukarkan. Mungkin mereka tidak mahu saya berada di sana," Hamid memberitahu Malaysiakini hari ini.– 19 Ogos, 2015. 

Apa lagi yang akan berlaku esok? 

Tiada apa yang mustahil boleh berlaku bila orang gila kuasa yang berkuasa!



HARAPAN DAN IMPIAN BARU.

Orang No 2 SB Tak Tahu Alasan Ditukar Ke JPM

Posted: 19 Aug 2015 06:00 PM PDT



Bekas timbalan pengarah cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador berang ekoran ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Abdul Hamid yang telah berkhidmat dengan PDRM selama 37 tahun, menerima surat pertukarannya semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak tahu alasan mengapa pertukaran itu dibuat.

"Saya tak tahu atas alasan apa saya ditukarkan. Mungkin mereka tidak mahu saya berada di situ," katanya kepada Malaysiakini.

"Hal pertukaran saya ini, awak kena tanya IGP (Tan Sri Khalid Abu Bakar) kerana beliau yang mengesahkan surat pertukaran saya," katanya ketika dihubungi.

Diasak berikutnya, Abdul Hamid berkata beliau sebenarnya "tiada masalah" ditukarkan ke mana sahaja.

"Saya OK, tidak ada masalah (ditukarkan ke mana-mana). Jangan tanya saya kenapa saya ditukarkan, tanya mereka lah. saya tidak mahu buat spekulasi," katanya.

Ditanya sama ada pertukarannya berkaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Hamid berkata: "Tiada komen."

Sementara itu, ketika dihubungi Khalid mengesahkan pertukaran Abdul Hamid ke JPM tetapi tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenainya.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata beliau secara rasmi telah melepaskan jawatannya pagi tadi tetapi belum lagi membuat keputusan sama ada akan menerima jawatan di JPM.

"Saya belum terima jawatan di JPM. Saya haya melepaskan jawatan saya saja. Pagi tadi saya lepaskan jawatan saya," katanya.

Perkara ini merupakan perubahan terkini yang berlaku dalam Jabatan Cawangan Khas dalam minggu selepas Datuk Mohamad Fuzi Harun menggantikan Akhil Bulat selaku pengarah cawangan khas.

Ini bukan pertama kali pegawai tertinggi kerajaan ditukarkan.

Pengarah bahagian operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob turut ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Pertukaran itu kemudiannya dibatalkan.

- mkin

PAS; KESAN SALAH TINGKAH ( kita sayang PAS tetapi apakan daya...)

Posted: 19 Aug 2015 05:30 PM PDT


 
SESUNGGUHNYA adanya ALLAHYARHM TG NIK AZIZ dulu PAS kian mendapat tempat di hati mereka yang bukan muslim terutama kalangan Tionghua dan India disamping yang intelek, tetapi kesan salah tingkah maka kita tahu juga apa sudahnya.

PRU13 DAP dan PKR bersama PAS dalam kumpulan dinamakan PR telah meraih undi 52% sedang BN hanya 46% plus, kesan BN menang lebih 33 kerusi MP maka berjayalah Najib duduki kerusi PM dan memerintah.

Lalu Anwar meramal di musim PRU14, PR akan memperolehi 60% pengundi dan ini secara tidak langsung BN bisa diramal akan tersungkur, tetapi dalam keadaan kapal UMNO bakal tersungkur, tiba2 HADI pula buat masalah yang difahami bakal kawini UMNO dan sekian lama berjinak dengan UMNO dan kurang mesra dengan DAP dan selalu saja mencari helah untuk tidak bersama tetapi masih "sayang2 "kasih.

Kesan Hadi sendiri menimbulkan masalah, lain dikata lain jadinya dan kalangan intelek disingkir diatur caranya secra halus, maka ini kesannya bermula titik runtuhan sedikit demi sedikit dan kesannya lagi dalam muafakat sudah ditubuh Gerakan Harapan Baru.

Dan saya perhatikan pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) mula sudah meletakkan jawatan masing-masing dalam parti Islam itu selepas nama parti baharu diumumkan.

Langkah ini diambil menjelang penubuhan parti Islam baharu dinamakan Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang akan diperkenalkan kepada umum semasa sambutan hari kemerdekaan negara 31 Ogos ini.

Mengikut perlembagaan PAS, selepas menyertai parti baharu, keahlian dalam parti Islam itu akan gugur secara automatik.

Petang ini satu sidang media khas akan diadakan di kawasan Parlimen Kota Raja bagi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing di peringkat cawangan dan kawasan.

Selain meletakkan jawatan, 9 cawangan PAS dijangka dibubarkan di kawasan Kota Raja hari ini apabila semua AJK mereka menyertai GHB.

Lebih 30 pemimpin dan AJK kawasan serta cawangan termasuk pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan hadir pada sidang media ini/ini kenyataan yang dikeluarkan penggerak GHB Kota Raja hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud adalah Ketua Wanita GHB yang kini dalam proses mendaftarkan nama parti mereka.

Selain Kota Raja, PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Izham Hashim selaku yang dipertua kawasan juga dijangka akan mengambil langkah sama.

Ini kerana, selain Izham yang merupakan penyelaras GHB negeri Selangor, majoriti AJK PAS kawasan Kelana Jaya adalah penyokong GHB.

Walaupun sebahagian pemimpin cuba memujuk ahli mereka agar kekal dengan parti itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil sikap berbeza.

Hadi menyifatkan keluarnya pemimpin dan simpatisan GHB daripada PAS sebagai satu langkah pembersihan kepada parti itu tetapi hakikat nyata hanya Hadi saja tahu betapa mereka dalam kekhuatiran yang amat sangat.

Seorang meninggalkan parti, maka tentu anak bini famili ada yang ikut sama dan bila 1000 orang terlibat, maka kita tahu akan kesannya dan jika tiang2 sesebuah rumah mula patah dan melarikan diri, maka sebuah rumah akan mudah jatuh tersungkur.

Kita lihatlah nanti apa sudahnya dan GHB tetap gah menjulang PR bersama DAP dan PKR untuk siap hadapi PRU14 dan PAS akan terkapai2 sendirian melawan BN atau kawini BN bakal menjilat ludah yang dihambur dulu.

PKR dan DAP serta GHB tetap melawan BN meski mati dan lawan tetap lawan undur tidak sekali.

 
ISMAILY BUNGSU
sabah
19/8/2015

Posted: 19 Aug 2015 05:00 PM PDT

Sandiwara PAS Dalam Menghadapi Kebangkitan GHB




PERHATIAN:

Apa2 yg Tuan Ibrahim kata, Nik Abduh kata, Ustaz Idris Ahmad, Taqiyuddin, keputusan mesyuarat PAS Pusat mahupun usul Muktamar PAS sekalipun tidak mewakili PAS.

Semua yang mereka kata hanyalah pendapat mereka ataupun sandiwara ataupun cadangan sahaja.

Apa yg laku dan boleh dipakai sebagai pendirian PAS adalah kata2 Hadi Awang mahupun Harun Din SAHAJA.

Misalnya, Ustaz Dato Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kata PAS minta siasatan rapi dlm isu 1MDB.

Haji Hadi pula kata kena ada dua saksi yg adil utk kes 1MDB.

Kata2 Haji Hadi itulah pendirian PAS yang sebenar.

Kata2 Tuan Ibrahim hanya sandiwara dan lakonan sahaja konon nak tunjuk PAS ni anti UMNO.

Haji Hadi Awang terbukti manusia yang kata2nya tidak boleh dipegang.



Bloglist Malaysia

Azwan Ali - Penentang Najib Di Bawah Tapak Kaki Saya

Posted: 19 Aug 2015 04:30 PM PDT



Azwan Ali, atau lebih dikenali sebagai Diva AA menyifatkan pihak yang menentang Perdana Menteri berada di bawah tapak kakinya.

"Kepada semua pihak yang menentang pemerintahan Perdana Menteri, mereka berada di bawah tapak kaki saya," katanya memetik laporan dari Sinar Harian Online.

Tambah Azwan Ali lagi, hak untuk menyokong Perdana Menteri adalah hak mutlaknya yang dijamin oleh perlembagaan.

"Kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen," katanya.

"Beberapa tahun lalu, saya hampir membenci Perdana Menteri kerana termakan dengan segala fitnah dan bidaah, tetapi saya bersyukur, saya kembali berpihak kepada kerajaan selagi Datuk Seri Najib tidak dijatuhkan apa-apa hukuman atas apa-apa pertuduhan di mana-mana mahkamah dalam Malaysia, mahupun di luar negara," tambahnya lagi.

Mengulas laporan polis yang dibuat berkenaan ugutan yang diterima olehnya di laman Instagram baru-baru ini, Azwan menyifatkan individu yang membuat ugutan itu sebagai biadap.

"Pada saya, tindakan suspek yang mengugut saya itu adalah biadap!

"Saya salute kepada PDRM kerana mengambil kes ini sebagai serius dan terjumlah di bawah kesalahan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman dua tahun penjara atau lebih," kata Azwan.

Selain dari itu, beliau turut menasihatkan pengguna media sosial Instagram yang bersikap anti Najib supaya bermuhasabah diri sebelum meringkuk dalam penjara.

"Saya mendapat sokongan besar daripada sebahagian penyokong saya yang kini melebihi 95,000 orang dan saya siap menyeru agar semua berdoa, supaya kes ini sangkut sebagai pengajaran kepada semua.

"Saya juga kesal apabila perspektif saya ke atas Datuk Seri Najib dilaga-lagakan dengan perspektif oleh Menteri Besar Selangor kerana dalam soal politik, tiada ruang berkompromi tentang apa yang benar. Saya pertahankan dan menyokong Datuk Seri Najib bukan kerana menghadap mana-mana habuan daripada kerajaan.

"Azwan Ali hanya takut kepada ALLAH SWT, dan tidak perlu mengugut saya walaupun anda anti Perdana Menteri," katanya di akhir temuramah itu.

Sumber : sinarharian





Betul Ker Polis Hipokrit ?

Posted: 19 Aug 2015 09:00 AM PDT

Mafiaboss Melayu's photo.

Pas menyifatkan kelewatan polis bertindak ke atas individu yang dikaitkan untuk mengguling kerajaan sebagai perbuatan hipokrit.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membangkitkan persoalan itu berhubung siasatan pihak berkuasa ke atas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan 'orang tua misteri' yang didakwa terlibat dengan komplot menggulingkan kerajaan.

Tegasnya, mereka perlu disiasat di bawah Seksyen 124B kerana memudaratkan Demokrasi Berparlimen.

"Mengapa Ketua Polis Negara masih tidak bertindak menyiasat para ahli parlimen BN dan "orang tua misteri" yang didakwa terlibat dengan komplot menggulingkan Perdana Menteri di bawah Seksyen 124B "memudaratkan Demokrasi Berparlimen" Malaysia?

"Mengapa masih tiada tindakan membeku para ahli parlimen BN dan "orang tua misteri" yang dituduh itu keluar negara seperti yang terkena pada beberapa ahli pembangkang dan pemimpin NGO sebelum ini?

"Mengapa tiada tangkapan, serbuan ke rumah dan sebagainya sebagaimana yang dialami para pegawai SPRM dan Bank Negara?

"Mengapa polis tiba-tiba menjadi lambat bertindak?

Bukankah itu satu hipokrisi? ?," Dakwanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Dalam kenyataan yang sama, Tuan Ibrahim memaklumkan parti Islam itu akan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keputusan itu diambil susulan kegagalan beliau menjelaskan pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan dirinya.
Bagaimanapun memaklumkan, ia akan berbuat demikian sekiranya usul berkenaan dibentangkan di Parlimen.

"Sebagaimana yang dikatakan Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, jika ada undi tidak 
percaya terhadap Perdana Menteri, Pas akan turut sama kerana tindakan terhadap 1MDB dan jawapan berhubung derma RM2.6 bilion jelas tidak dapat diterima rakyat," katanya.

Masuk GHB, Pas Kawasan Kota Raja Umum Letak Jawatan

Posted: 19 Aug 2015 08:30 AM PDT


Dalam satu sidang media yang diadakan oleh PAS Kota Raja sebentar tadi, seluruh kepimpinan kawasan tersebut mengumumkan perletakkan jawatan mereka.

Bukan itu sahaja, 9 Ketua Cawangan Dewan Himpunan Penyokong Pas kawasan tersebut turut bertindak melepaskan posisi mereka.


Keputusan tersebut dibuat bagi menyahut seruan pemimpin tertinggi parti agar ahli yang ingin bergerak ke wadah baru, iaitu menerusi Gerakan Harapan Baru atau bakal dinamakan Parti Amanah Rakyat, untuk melepaskan jawatan mereka.

SELAMAT TINGGAL PAS !!

Posted: 19 Aug 2015 07:45 AM PDT

Pemimpin Dan Ahli Harapan Baru Akan Letak Jawatan Dari PAS Beramai-Ramai Bulan Hadapan




Pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) mula meletakkan jawatan masing-masing dalam parti Islam itu selepas nama parti baharu diumumkan.

Langkah ini diambil menjelang penubuhan parti Islam baharu dinamakan Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang akan diperkenalkan kepada umum semasa sambutan hari kemerdekaan negara 31 Ogos ini.

Mengikut perlembagaan PAS, selepas menyertai parti baharu, keahlian dalam parti Islam itu akan gugur secara automatik.

Petang ini satu sidang media khas akan diadakan di kawasan Parlimen Kota Raja bagi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing di peringkat cawangan dan kawasan.

Selain meletakkan jawatan, 9 cawangan PAS dijangka dibubarkan di kawasan Kota Raja hari ini apabila semua AJK mereka menyertai GHB.

"Lebih 30 pemimpin dan AJK kawasan serta cawangan termasuk pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan hadir pada sidang media ini," kata satu kenyataan yang dikeluarkan penggerak GHB Kota Raja hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud adalah Ketua Wanita GHB yang kini dalam proses mendaftarkan nama parti mereka.

Selain Kota Raja, PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Izham Hashim selaku yang dipertua kawasan juga dijangka akan mengambil langkah sama.

Ini kerana, selain Izham yang merupakan penyelaras GHB negeri Selangor, majoriti AJK PAS kawasan Kelana Jaya adalah penyokong GHB.

Walaupun sebahagian pemimpin cuba memujuk ahli mereka agar kekal dengan parti itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil sikap berbeza.

Hadi menyifatkan keluarnya pemimpin dan simpatisan GHB daripada PAS sebagai satu langkah pembersihan kepada parti itu.

"Itu pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri. Apabila berlaku banjir bah, pasir berubah.

"Tidak risau, tidak risau. Gembira... gembira," katanya ketika hadir di Majlis Hari Raya Terbuka PAS



"Tiada Guna Saya Sebagai TMJ, Hanya Untuk Duduk Jadi BONEKA" ??

Posted: 19 Aug 2015 07:00 AM PDT


Kuasa Eksekutif Menjejaskan Demokrasi Dalam Usaha Terdesak Membersihkan Nama Najib Dan 1MDB

KELIHATAN tekanan yang tidak berkesudahan oleh kuasa Eksekutif dalam usahanya membersihkan Perdana Menteri dan syarikat pelaburan gergasi -1MDB yang didukung kerajaan dari persepsi skandal pengkhianatan amanah.

Yang terbaharu setelah berminggu-minggu dihurung spekulasi dan bersikap tidak mengendahkan persoalan kewujudan akaun peribadi miliknya di sebuah bank tempatan. Maka satu kenyataan daripada SPRM berhubung sejumlah wang RM2.6 bilion yang dijumpai dalam akaun peribadi Perdana Menteri itu hanyalah bersumber dari hasil pungutan derma, kedengaran sangat aneh.

Kendatipun terjemahannya dalam bahasa Melayu adalah 'derma', namun dalam lingkungan pemahaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ia adalah - "suapan" : 'suapan' membawa pengertian rasuah – (a) wang, derma, alang, pinjaman … atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.

Definisi ini membuka pintu yang luas untuk mencari individu bertanggungjawab – dalam menerima atau memberi rasuah – menjadi suatu kesalahan dalam Seksyen 3 dan Seksyen 50 dalam akta MACC.

Hukuman penjara hampir 20 tahun diperuntukkan kepada mereka yang didapati bersalah sebagai sorotan Seksyen 16 dalam akta tersebut.

Jika Eksekutif cuba menghalang SPRM dari melaksanakan tugas; justeru tindakan itu jelas merupakan langkah paling merosakkan amalan sistem demokrasi berparlimen negara.

Sementara SPRM berusaha cuba menyelesaikan dilemanya daripada menerbitkan kenyataan yang tidak ditandatangani kepada berdoa pada saat-saat akhir agar bebas dari korupsi serta menjadi berintegriti; kita tertanya-tanya peranan institusi-institusi seperti Bank Negara.

Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, Gabenor Bank Negara sedang dicari Ketua Polis Negara untuk siasatan yang berkaitan dengan Seksyen 124B sesuatu yang menjejaskan demokrasi berparlimen - ia berlaku pada masa yang tepat tatkala rakyat menanti hasil siasatan pasukan petugas khas dipengerusikan oleh beliau dalam skandal 1MBD dan ke atas Perdana Menteri (Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB).

Sebarang ancaman dan gangguan terhadap Gabenor Bank Negara yang merupakan benteng kepada ekonomi Malaysia dan kebajikan dari segi kewangan – adalah satu ancaman kepada demokrasi berparlimen kita.

Sementara tangkapan dan penyiasatan seolah-olah menjadi arahan semasa – kita memerlukan jawapan:

Adakah BNM punyai apa-apa pendapat ke atas aliran dana yang begitu besar?

Bagaimana pemindahan RM2.6 bilion terlepas daripada pengawasan akta sedia ada AMLA?

Siapakah insan maha kaya dari Timur Tengah yang begitu pemurah mendermakan wangnya kepada PM? Pendedahan berkadar segera harus dikeluarkan dari negara-negara Timur Tengah yang tidak terbilang banyaknya.Adakah penderma tersebut daripada SRC International Sdn Bhd dan bagaimana wang tersebut digunakan?

Adakah wang tersebut digunakan untuk biayai kempen PRU 2013 Barisan Nasional?

Badan Eksekutif juga tidak terlepas daripada penghinaan masyarakat lantaran tindakan PM melucutkan timbalannya dan ahli-ahli Kabinet yang lantang mengkritik beliau berhubung kemelut 1MDB.

Walaupun perlucutan jawatan para pemimpin Umno/BN itu telah digantikan dengan pemimpin yang lebih lunak, namun cara yang sama tidak boleh diterima dalam kes penyingkiran Peguam Negara tatkala tersebar khabar angin - dikatakan bahawa beliau sedang menyediakan kertas pertuduhan ke atas Perdana Menteri.

Terbaharu kita mempunyai Peguam Negara baharu yang juga bekas ahli Umno. Beliau dilihat tidak punya sebarang keinginan untuk mendedahkan laporan interim siasatan atau sebarang perkembangan terbaharu penyiasatan oleh pasukan khas Peguam Negara yang dibentuk ke atas 1MDB.

Di manakah Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)? Semangat keberanian beberapa ahli jawatankuasa tersebut terlalu mudah menjadi pudar dengan pengangkatan pangkat ekoran perubahan Kabinet - manakala ahli-ahli berbaki terhalang daripada meneruskan mesyuarat, perbincangan, serta akses kepada pejabat PAC.

Pihak pemberi maklumat juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa Eksekutif – terbaharu The Edge Financial Daily yang telah menunjukkan kesungguhan dalam usahanya mendedahkan epik 1MDB saga ini telah dikenakan sekatan penerbitan tiga bulan.

Laman web maklumat seperti Sarawak Report juga bukan sahaja ditutup aksesnya malah waran tangkap juga dikeluarkan terhadap pemiliknya.

Jelas sekali, pihak pemberi maklumat sedang diserang teruk – suatu langkah yang amat memudaratkan amalan demokrasi berparlimen.

Kebajikan rakyat dan kelangsungan negara bangsa ini adalah berdasarkan kepada demokrasi berparlimen yang berperanan mengimbangi kuasa dan bukannya pemusatan kuasa ala pemerintahan maharaja.

(Kredit to: YB Nurul Izzah Anwar)

SAHAM FGV JATUH KE RM 1.38.

Posted: 19 Aug 2015 06:15 AM PDT



Kenyataan Media: DI MANA PERTANGGUNGJAWABAN KERAJAAN?

Persatuan ANAK Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) amat menyesali dengan sikap Kerajaan mengenai kedudukan kritikal FGV. Meskipun saham FGV berada pada tahap yang begitu rendah(RM1.38 hingga 18 Ogos)tiada sebarang kenyataan resmi dikeluarkan oleh Kerajaan untuk menanganinya. Apa pendirian Kerajaan pada waktu ini?

Sebaliknya, YAB Perdana Menteri dalam Majlis Jamuan Hari Raya Felda baru baru ini menyokong cadangan FGV untuk membeli 37% kepentingan dalam Syarikat Perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantation yang bernilai RM2.37 bilion, harga yang begitu mahal berbanding harga pasaran. Saya sendiri mengetuai Ngo ANAK membuat lawatan kerja meninjau lokasi perladangan tersebut di Kalimantan dan banyak isu yang tidak selesai. Ia suatu pelaburan berisiko tinggi dan tidak berbaloi dalam konteks memberi nilai tambah terhadap FGV.Ia bukan sahaja tidak merangsang kedudukan FGV, sebaliknya kejatuhan berterusan saham FGV.

ANAK telah berusaha berbagai cara melalui pendekatan diplomasi dalam menangani isu FGV. Rombongan ANAK ke FGV yang sepatutnya mendapat taklimat resmi, tidak mendapat layanan yang sepatutnya. Memorandum ANAK kepada Bursa Malaysia tidak diketahui statusnya pada waktu ini.

Kebimbangan begitu dirasai mengenai kedudukan saham FGV di mana Felda, Felda Asset, Tabung Haji, KWSP, KPF dan KWAP mempunyai kepentingan saham yang amat besar. Kerugian ini di tanggung seluruh rakyat Malaysia!

Tanah Felda Plantation seluas 360 ribu hektar yang di pajak selama 99 tahun oleh FGV, apa akan berlaku jika sebarang kemungkinan lebih buruk melanda FGV?

Operasi anak2 syarikat di bawah FGV yang ada kaitan dengan peneroka, umpamanya kilang kelapa sawit(Palm Oil Industries) bagaimana keadaannya di masa hadapan?

Desakan ANAK agar Tan Sri Isa Samad, Dr Emir Mavani di pecat dan rombakan besar besaran di lakukan terhadap pengurusan FGV sebagai plan pemulihan; tiada sebarang respon dari Kerajaan.

ANAK memberi amaran, jika sikap berdiam diri@pekak badak Kerajaan berterusan, demonstrasi besar besaran di Menara Felda akan dilakukan!

Ini bukan ugutan, tapi sebagai isyarat atas pendirian Kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

' Menerajui Perubahan '

Mazlan Aliman
Presiden ANAK
19 Ogos 2015

Penemuan Jongkong Emas Peninggalan Tentera Jepun Di Kunak

Posted: 19 Aug 2015 05:29 AM PDT



Kunak: Benarkah jongkong emas bernilai jutaan ringgit ditemui di terowong peninggalan tentera Jepun di Ladang Mostyn, di sini, seperti yang tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu?

Sehingga kini tiada jawapan pasti kerana pihak bertanggungjawab masih menyiasat dakwaan itu

Pegawai Daerah Kunak Susilo Sumarto berkata, pihaknya turut menerima maklumat sama mengenai 'penemuan' itu tetapi tiada individu tempatan atau pekerja ladang mengakuinya.

"Jongkong emas ini didakwa ditemui dalam terowong tinggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di ladang itu.

Saya sendiri ada menghubungi pengurus ladang pagi tadi (semalam) dan beberapa penduduk bagi mengesahkan penemuan ini tetapi tiada maklumat lanjut mengenainya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susilo berkata, pihaknya gagal mengesan individu yang menemuinya dan lokasi emas yang didakwa ditemui .

"Menerusi maklumat disebarkan orang ramai, beberapa individu mendakwa menemui jongkong emas tertera perkataan 'Sumatra' dipercayai dari Sumatera di terowong berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Muzium Sabah Joanna Kitingan berkata, pihaknya ada melakukan pemeriksaan di terowong berkenaan awal tahun ini selepas dimaklumkan pemilik ladang mengenai kewujudannya.

"Terowong sepanjang lapan kilometer dipercayai mampu dilalui lori 10 tan ini ditemui pekerja ladang yang membersihkan kawasan tersebut pada 1970-an.

"Laluan ini digunakan tentera Jepun bagi mengangkut atau menyimpan peralatan perang tetapi ia tiada kaitan dakwaan penemuan emas seperti disebarkan," katanya.

Joanna berkata, pihaknya tidak dapat memastikan mengenai kebenaran penemuan emas itu.

"Kami hanya melakukan pemeriksaan sama ada ia adalah tinggalan sejarah atau sebaliknya," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Abd Rashid Abdullah berkata, pihaknya sudah menghantar satu pasukan khas bagi memantau lokasi berkenaan dan sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai penemuan emas di kawasan ladang itu.



hmetro dan fb

Anak Tidak Mirip Ayah dan Ibunya

Posted: 19 Aug 2015 01:00 AM PDT



PADA umumnya, seorang anak mempunyai persamaan wajah dengan salah satu dari kedua orang tuanya. Bahkan ada yang mirip dengan kedua orang tuanya sekaligus dari sisi wajah dan gayanya. Ada yang wajahnya mirip ibu, sementara gaya berjalannya mirip ayah. Ada yang matanya mirip sang ayah, sementara dagunya mirip sang ibu. Ada juga yang wajah dan gayanya hanya mirip sang ibu atau sang ayah saja.



Untuk jenis yang terakhir, Fatimah binti Rosulillah barangkali adalah contoh yang tepat. Menurut Aisyah Rodhiyallahu Anha, Fatimah sangat mirip dengan ayahnya, Rasulullah Muhammad shollahu 'alaihi wasallam baik dari sisi wajah maupun gaya. Hal ini sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunan-nya.



Dari Aisyah Rodhiyallahu 'Anha, beliau berkata, "Aku tidak melihat orang yang paling mirip dengan Rasulullah Shallahu' Alaihi wasallam wajah dan gayanya selain Fathimah".



Dalam Shahih Bukhari no. 3623 dan Muslim 2450 juga didapati keterangan bahawa gaya berjalan Fathimah mirip dengan Rasulullah. Dari 'Aisyah: "Fathimah berjalan seperti jalannya Rasulullah"



Namun, tidak semua anak mirip dengan ayah atau ibunya. Ada anak yang wajahnya berbeza dengan ayah maupun ibunya. Jika menemui anak yang tidak mirip dengan ayah atau ibunya, boleh jadi di antara kita ada yang meragukan sang anak sebagai anak kandung dari kedua orang tuanya, yang secara tidak langsung kita menuduh bahawa sang anak adalah hasil dari perbuatan zina. Naudzubillahi min dzalika.



Padahal ada kemungkinan lain, dan kemungkinan ini lebih selamat kerana ditunjukkan oleh as-Sunnah dan sejarah para nabi.



Ketika ada seorang lelaki yang datang menghadap Nabi dan meragukan anak yang dilahirkan isterinya, Nabi yang mulia menyatakan bahawa sang anak tidak mirip dengan ayah atau ibunya kerana boleh jadi mirip dengan bapa saudara atau datuknya.



Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, berkata "Seorang lelaki dari Bani Fazarah mendatangi Nabi Shallahu' Alaihi Wassalam dan berkata, 'Istriku telah melahirkan anak yang berkulit hitam.'" Nabi berkata, "Apakah kamu punya unta?" "Ya" jawab laki- laki itu. "Apa warnanya?" Tanya Nabi. "Merah", jawabnya. "Apakah di antara anaknya ada yang berwarna hitam?" Tanya Rasulullah. "Ya ada", jawabnya.



"Dari mana datangnya? Tanya Nabi. "Mungkin mirip dengan datuknya atau bapa saudaranya." (HR Bukhari 684 dan Muslim 1500).



Bukti lain bahawa anak boleh saja tidak serupa dengan orang tuanya tetapi mirip dengan datuk atau neneknya juga dibuktikan oleh sejarah para nabi. Sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Mustafa al-Adawi misalnya, "Yusuf 'Alaihissalam, seorang nabi yang dianugerahi ketampanan yang luar biasa sehingga dikatakan bahawa beliau ini diberi ketampanan separuh ketampanan manusia di alam ini. Ternyata Yusuf ini adalah cucu dari seorang wanita tercantik pada zamannya, iaitu Sarah. "(Syaikh Musthofa Al Adawi, Tarbiyatul Abna 'Bagaimana Nabi SAW Mendidik Anak, Media Hidayah, Jogjakarta, 2005. Hal. 55)



Cucu yang dimaksudkan oleh Syaikh Mustafa al-Adawi adalah cicit mengikut bahasa kita. Hal ini kerana menurut Jihad Muhammad Hajjaj yang berpunca dari Qashashu al-Anbiya, hlm. 222, Nabi Ishaq 'alaihissalam yang merupakan anak dari Nabi Ibrohim' Alaihissalam dan Sarah, menikah dengan Ribka binti Betwaeil. Dari pernikahan dengan Ribka itulah terlahir Esau dan Nabi Ya'qub 'alaihissalam yang merupakan ayah dari Nabi Yusuf' Alaihissalam. (Jihad Muhammad Hajjaj, Umur & Silsilah Para Nabi, Qisthi Press, Jakarta, 2010. Hal. 79)



Jadi, jika kita melihat ada anak yang tidak mirip dengan ayah atau ibunya, sebaiknya tidak berburuk sangka apalagi menuduh bahawa sang anak adalah hasil perzinaan. Kerana boleh jadi, sang anak tidak mirip ayah ibunya tetapi mirip dengan bapa saudara, datuk, ibu saudara, nenek, walaupun buyutnya. Meski pada masa yang sama, orang tua juga harus menjaga diri dari pergaulan bebas sekular yang merosakkan, agar nasabnya benar-benar terjaga. Allahua'lam bi showaab.



*sumber islampos.com

PEMANDANGAN MESYUARAT UMNO BAHAGIAN SIK 2015 YANG CUKUP HAMBAR

Posted: 19 Aug 2015 12:15 AM PDT



Mesyuarat UMNO Bahagian Sik dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri Pelajaran Dato' Seri Mahzir Khalid di Dewan Institut Kemahiran MARA Sik pada 14hb Ogos lalu.

Datuk Seri Mahdzir Khalid menasihatkan anggota-anggota parti supaya menghindari perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dalaman parti.

Beliau berkata sekiranya mereka mahu mengkritik atau menegur pemimpin, ia perlu dibuat mengikut platform yang betul.

"Contohnya, ketua cawangan dan ketua bahagian, ada platform bagi ketua cawangan nyatakan sesuatu kepada ketua bahagian...boleh berjumpa secara peribadi atau luahkan dalam mesyuarat melalui ucapan penangguhan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sik di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berhubung isu seorang anggota UMNO yang didakwa ditaja pihak tertentu untuk mengkritik kepimpinan Presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkataan kesat.

Mahdzir berkata sebarang bentuk teguran atau kritikan yang bertujuan menghina pemimpin tidak wajar dilakukan oleh anggota UMNO terutamanya yang bertujuan untuk mengaibkan dan memalukan. "...jika ada usaha untuk sengaja menjatuhkan seseorang, pada saya itu sangat tidak baik.

Bukan sahaja orang yang bercakap, tetapi orang yang menaja, jika betul dakwaan itu, ia sangat tidak baik untuk sebuah perjuangan," katanya.

PEMANDANGAN MESYUARAT UMNO BAHAGIAN SIK 2015 YANG CUKUP HAMBAR Mesyuarat UMNO Bahagian Sik dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri Pelajaran Dato' Seri Mahzir Khalid di Dewan Institut Kemahiran MARA Sik pada 14hb Ogos lalu. Datuk Seri Mahdzir Khalid menasihatkan anggota-anggota parti supaya menghindari perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dalaman parti. Beliau berkata sekiranya mereka mahu mengkritik atau menegur pemimpin, ia perlu dibuat mengikut platform yang betul. "Contohnya, ketua cawangan dan ketua bahagian, ada platform bagi ketua cawangan nyatakan sesuatu kepada ketua bahagian...boleh berjumpa secara peribadi atau luahkan dalam mesyuarat melalui ucapan penangguhan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sik di sini, hari ini. Beliau mengulas laporan sebuah portal berhubung isu seorang anggota UMNO yang didakwa ditaja pihak tertentu untuk mengkritik kepimpinan Presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkataan kesat. Mahdzir berkata sebarang bentuk teguran atau kritikan yang bertujuan menghina pemimpin tidak wajar dilakukan oleh anggota UMNO terutamanya yang bertujuan untuk mengaibkan dan memalukan. "...jika ada usaha untuk sengaja menjatuhkan seseorang, pada saya itu sangat tidak baik. Bukan sahaja orang yang bercakap, tetapi orang yang menaja, jika betul dakwaan itu, ia sangat tidak baik untuk sebuah perjuangan," katanya.

Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web