Selasa, 18 Ogos 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


SEJAK BILA USUL TAK PERCAYA DI PARLIMEN SUATU KESALAHAN JENAYAH?

Posted: 18 Aug 2015 11:30 PM PDT


 
Gagal membuktikan kata-katanya untuk mendedahkan siapakah pemimpin UMNO yang dimaksudkannya sedang berusaha menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya di Parlimen, Zahid Hamidi akhirnya berdalih dengan mengatakan telah menyerahkan segala maklumat berkaitan kepada pihak polis.

Kenapa serah kepada polis? Apakah mengusulkan undi tak percaya di Parlimen suatu jenayah?

Apa yang polis boleh lakukan sedangkan ia adalah urusan Ahli-Ahli Parlimen yang dibenarkan oleh perlembagaan?

Kalau jenayah, adakah menjatuhkan kerajaan Perak pada 2009 dahulu yang diketuai Najib Razak juga merupakan jenayah?

Begitu juga di Sabah sebelum ini di mana beberapa kali pertukaran kerajaan berlaku melalui aksi lompat-melompat wakil rakyatnya, adalah ia turut merupakan jenayah sama?

Pada mulanya memang ramai  yang bangga apabila Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau adalah pemimpin Perak pertama dilantik ke jawatan itu. Ditambah dengan kedudukan Najib yang semakin lemah dan banyak masalah, ada yang mula berangan dan berdoa agar Zahid juga berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri akhirnya.

Tetapi belum pun sampai sebulan, sudah ada yang malu mengaku berasal dari Perak. Tindakan Zahid yang gagal meletakkan dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seolah-olah masih merasakan dirinya Ketua Pemuda UMNO atau Setiausaha Politik kepada Najib, membuatkan ramai yang kecewa dengan penampilannya.

Caranya menangani isu undi tak percaya yang dikaitkan dengan usaha menggulingkan kerajaan yang didedahkannya sendiri, menjadikan wataknya menjadi perbualan di mana-mana.

Sudahlah gagal mendedahkan siapa pemimpin yang dimaksudkannya itu, beliau juga dilihat "propa" apabila kata-katanya bahawa pemimpin tersebut akan berjumpa Perdana Menteri pada jam 6 petang Ahad lalu, turut tidak menjadi kenyataan.
 
Dengan selamba Zahid kemudiannya berkata, pemimpin terbabit membatalkan pertemuannya dengan Najib kerana "ramai wartawan menunggu di pintu masuk Seri Perdana."

Akhirnya wartawan pun turut diletakkan beban kesalahan atas kegagalan membuktikan kebenaran dakwaannya itu. Bukankah beliau sendiri yang mengatakan pertemuan itu akan diadakan pada hari Ahad jam 6 petang?

Adakah Zahid sebenarnya mengharapkan wartawan akan pergi bercuti atau bersiar-siar di KLCC apabila  beliau mendedahkan mengenai pertemuan itu? Bukankah kerja wartawan mengejar berita?

Setelah gagal mendedahkan siapakah pemimpin tersebut dan pertemuan dengan Najib itu pula tidak menjadi kenyataan, Zahid kemudian berkata, segala info mengenai perkara itu sudah diserahkan kepada pihak polis dan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya?

Kenapa berselindung di sebalik polis dan Peguam Negara? Bukankah ketika mendedahkannya pada Sabtu lalu, Zahid berkata, sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau akan berusaha menghalang undi tidak percaya itu daripada menjadi kenyataan?

Ini adalah isu politik dan ia seharusnya dihadapi secara politik. Alih-alih serah pada polis akhirnya. Sedarkah Zahid bahawa undi tidak percaya sama ada di Parlimen atau pun dengan membuktikan adanya majoriti lalu mengadap Agong, adalah dibenarkan dalam perlembagaan dan ia bukanlah plot dalam bentuk kekerasan atau angkat senjata.

Ahli Parlimen diberikan imuniiti untuk menukar kerajaan melalui kelebihan jumlah kerusi yang dimiliki berdasarkan politik itu sendiri adalah "game of numbers".

Ada PhD takkan tak faham mengenainya?

Anwar Ibrahim sendiri pernah berusaha melakukannya sebelum ini melalui "Projek 16 September"  sehingga Ahli-Ahli Parlimen BN dilarikan ke Taiwan untuk mengelakannya daripada menjadi kenyataan. 

Kenapa ketika itu Zahid tidak bersuara atau mahu membuat laporan polis? Adakah sebab Anwar, bekas "bosnya" yang melakukannya, maka ia tidak pula dianggap salah?

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sendiri sebelum ini ada berkata, pihaknya tidak mencampuri urusan berkaitan parti, sebaliknya hanya melihat jika usaha itu bertentangan dengan perlembagaan saja.

Habis, buat apa Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri mahu membebankan polis lagi?
 
 
Soalnya, di mana letaknya mengumpul "nombor" di kalangan Ahli-Ahli Parlimen ini suatu kesalahan? Selain PKR dan DAP sudah sedia menyatakan sokongan, terbaru ini Pas juga sudah mulai senada. Barangkali ia mungkin disebabkan Pas turut tertipu dengan isu derma RM2,600 juta sebelum ini sehingga Haji Hadi Awang dan Dr Haron Din pada mulanya tidak percaya Najib sanggup menerima wang sebesar itu ke dalam akaun peribadinya.

Belum sampai sebulan menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri dan hanya melalui isu undi tak percaya yang secara jelas menampakkan kedangkalannya, sudah ramai yang menganggap penampilan Zahid sekarang ini hanyalah ibarat "penglipur lara" dalam kerajaan yang tempat itu sebelum ini dimonopoli oleh Hasan Malek yang sudah tiada dalam kabinet dan Ahmad Maslan sudah kurang merapunya sejak dipindahkan ke kementerian lain.

Apa lagi hiburan daripada Zahid selepas ini agaknya?  (SH 19/08/2015)
 
 

Sama ada Rahman atau AG telah berbohong,?? kata Nurul

Posted: 18 Aug 2015 10:45 PM PDT



 






Salah seorang mereka telah berbohong mengenai kesahihan satu kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Samada Pengarah komunikasi strategik BN, Abdul Rahman Dahlan atau Peguam Negara Mohamed Apandi Ali, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Rahman baru-baru ini kepada The Star Online adalah hampir pengakuan bahawa kertas pertuduhan itu adalah sahih. Berbeza dengan kenyataan Apandi sebelum ini bahawa ia adalah palsu.

"Siapa yang berbohong ini?" Tanya beliau.

Merujuk kepada kenyataan Rahman yang Najib telah menghentikan proses memfailkan tuduhan terhadapnya, bahawa ia merupakan kes "jelas" penyalahgunaan kuasa.

"Jelas sekali tangkapan hendaklah dibuat untuk menunjukkan bahawa agensi-agensi kita tidak mudah dibentuk oleh hawa nafsu beberapa maharaja seperti PM," katanya di sini 'Najib terpaksa hentikan kertas pertuduhan daripada dilaksanakan' 16 Ogos 2015 :

Pengarah komunikasi strategik BN Abdul Rahman Dahlan berkata Perdana Menteri Najib Abdul Razak terpaksa "mengeluarkan orang" selepas kertas pertuduhan yang didakwa terhadapnya muncul.

 "Memandangkan senario begitu, apa yang anda akan lakukan? Anda akan mengambil tindakan drastik bukan?

"Okay, keluarkan orang-orang ini dahulu, supaya keadaan akan kembali seperti sediakala dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

"Jika anda boleh menghargai senario bahawa maka anda akan memahami keadaan tergesa-gesa tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri," katanya dalam temu bual dengan The Star Online.

Abdul Rahman berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada kertas pertuduhan adalah sebenar.

Beliau menyifatkan kertas pertuduhan sebagai "plot menjenayahkan Perdana Menteri".

Abdul Rahman berkata, beliau tidak pasti mengenai kesahihan kertas pertuduhan tetapi berkata ia mungkin telah dibuat tanpa proses.

Abdul Rahman, yang juga Kesejahteraan Bandar, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menunjukkan akan terdapat kesan serius jika kertas pertuduhan yang dikatakan telah diserahkan kepada Najib.

Siapakah Sebenarnya Awek Cun JPJ Ini Sampai Ada Yang Rela Disaman

Posted: 18 Aug 2015 10:00 PM PDT



Bermain di dada laman sosial terutamanya Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp gambar seorang awek 'cun' yang berpakaian seragam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  di mana ia menjadi bualan ramai terutama bagi kaum lelaki.

Ada yang memuatnaik gambar berkenaan dengan kapsyen "tolonglah saman saya!", "Kalau awek JPJ mcnni . Awak nak saman saya banyak mana pun saya sanggup . Tolong la saya merayu . Saman la saya" dan macam-macam lagi kepsyen yang menggelikan hati.

Tapi tahukah anda semua siapa sebenarnya awek atau gadis JPJ yang membuatkan 'tulang rusuk lelaki tiba-tiba bergetar' ini?.

Beliau adalah seorang model Hijabista, blogger, pengacara qari junior dan juga merupakan pelakon di dalam drama 'Dunia Lola' yang memegang watak bernama Laila.

Beliau dikatakan berbaju seragam JPJ berkenaan untuk menjayakan telemovie komidi bertajuk Din Sardin yang bergandingan bersama Izue Islam dan Amir Raja Lawak di mana sudahpun dalam proses pergambaran.



PAS bahtera penyelamat negara? “Rombakan Kabinet: Bersama PAS Selamatkan Negara” by paktam

Posted: 18 Aug 2015 09:15 PM PDT


Zar Ali's photo. Rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebenarnya hanyalah langkah untuk menyelamatkan beliau sendiri dan bukan untuk menyelamatkan Umno, jauh sekali menyelamatkan negara serta memberikan keyakinan kepada rakyat. 

Secara zahirnya, golongan digugurkan beliau ialah mereka yang membangkitkan persoalan-persoalan berlegar di kalangan rakyat berhubung ketelusan pengurusan kewangan membabitkan wang pembayar cukai. Keraguan rakyat berhubung isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh diselesaikan dengan penyusunan semula kabinet. 

Suara-suara menentang mungkin boleh disenyapkan di dalam kabinet, namun ia tetap menjadi persoalan utama yang akhirnya akan mencetuskan kebangkitan rakyat. 

Ditambah pula dengan isu-isu lain seperti skandal pembelian hartanah MARA, Tabung Haji, Felda Global Venture (FGV), kenaikan kos sara hidup, kenaikan tol dan sebagainya. 

Rakyat sebenarnya boleh menjatuhkan hukuman 'total' kepada Umno dan Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Jelas sekali, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno tidak berhasrat untuk menyelamatkan negara. 

Beliau hanya ingin diselamatkan dirinya dan kepentingan golongan yang berkaitan. 

Tiada harapan lagi untuk ahli-ahli Umno kepada kepimpinan yang jujur dan telus dari Presiden mereka pada hari ini. Tiba masanya untuk beralih kepada bahtera penyelamat yang sebenar. 

Kuasa politik umat Islam wajib diberikan keutamaan. Sampai masanya untuk PAS menjadi alternatif sebenar kepada seluruh pengundi, sama ada untuk umat Islam khususnya mahupun masyarakat majmuk berbilang agama, 

Melayu mahupun bukan Melayu, ahli Umno yang ingin berhijrah mahupun mereka hanya ingin menterjemahkan sokongan melalui kotak undi. 

Mari membina Malaysia Baru. Malaysia yang bebas dari korupsi. Malaysia yang berkebajikan. Malaysia yang ditunjangi kuasa politik Islam sebagai asas penyelamat. Tiada harapan lagi bagi Umno di era kepimpinan ini. 


AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia



Posted by mountdweller.

Puad Zarkashi gagal lindungi KEADAAN SEBENAR hubungan Najib dengan Istana Oleh Zainuddin Maidin

Posted: 18 Aug 2015 08:30 PM PDT


Pengarah JASA, Puad Zarkashi gagal untuk melindungi keadaan sebenar hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim apabila anaknya Tunku Mahkota Johor, Brigidier Jeneral, Tunku Ismail mengatakan kepada Puad "Tak Tahu hal sebenar, jangan cakap."

MStar telah melaporkan Puad sebagai berkata, tiada sebarang masalah antara Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Najib.

Berikutan dengan itu, blog zamkata telah mempersoalkan kenyataan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu, tentang dakwaannnya mengatakan hubungan Najib dengan Istana Johor dalam keadaan baik.

Kata Zam kenyataan itu mengambarkan seolah-olah Puad seorang jurucakap Istana. "Bilakah Puad dilantik menjadi jurucakap Istana atau hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," tanya Zam

Sementara itu Tunku Mahkota Johor dalam facebook Johor Southern Tigers menegur Puan Zarkashid seorang pemimpin Umno Johor kerana membuat kenyataan, bahawa tiada masalah antara Sultan Johor dan Perdana Menteri.

Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, seseorang itu tidak perlu membuat sebarang kenyataan tanpa menyedari cerita sebenar berkaitan perkara itu.

"Merujuk pernyataan yang dibuat oleh seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara Sultan Johor dan perdana menteri; ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar," katanya.

Menulis di Facebook Johor Southern Tigers Tunku Ismail juga berkata hanya ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.

"...dan oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum," tulisnya.



Mstar kelmarin melaporkan Puad (gambar) sebagai berkata tiada sebarang masalah antara Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak

Kenyatan itu dibuat selepas muncul gambar Sultan Ibrahim dan Najib menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura di republik itu pada 9 Ogos lalu menjadi viral di media sosial.

Ia menunjukkan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah berjalan di hadapan Sultan dan anakandanya Tunku Ismail.

"Saya bertemu dengan beliau (Najib) baru-baru ini dan beliau memberitahu saya tidak ada salah faham dengan Sultan.

"Malah, Najib turut menyapa baginda sebelum permulaan perarakan Hari Kebangsaan di Padang," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno bahagian di Batu Pahat.

KENYATAAN PENUH TMJ


Merujuk pernyataan yang dibuat oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara Sultan Johor dan Perdana Menteri; ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar.

Jangan membuat spekulasi berkenaan DYMM Tuanku ada masalah dengan Perdana Menteri atau tidak, kerana hanya DYMM Sultan dan saya sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut, dan oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum.




DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

 

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Kebebasan bersuara: Bersediakah ambil risiko - exco Pemuda

Posted: 18 Aug 2015 08:00 PM PDT

SHAH ALAM - Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin menegaskan amalan kebebasan bersuara hendaklah seiring dengan kebertanggungjawaban penegaknya.

Katanya, kebebasan bersuara adalah bagi memberikan peluang seseorang individu untuk bercakap tetapi perlu ada kebertanggungjawaban dan akauntabiliti.

"Bukan hanya kepada yang memberi platform, tetapi kepada pengguna platform.

"Kita tidak harus membiarkan ruang ini di manipulasi ekstremisme, perkauman, tanya diri kita dan kawan-kawan. Adakah kita bersedia dengan apa yang kita buat?" katanya pada wacana yang berlangsung di Auditorium Sultan Muhammad Ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Wacana kali ini menampilkan bakat-bakat muda dalam dunia politik tanah air, antaranya Dyana Sofya Mohd Daud, dari DAP; Pemuda Harapan Baru, Faiz Fadhil dan Presiden Ikram Siswa, Marwan Abdullah dan dikendalikan oleh Moderator, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Bagaimanapun, beliau percaya segelintir rakyat sudah ada sifat ini, tanggung jawab terhadap diri sendiri.

Tanyanya lagi: "...adakah bersedia bertanggung jawab terhadap apa yang diperkatakan, pendapat yang dilontarkan dan perbuatan dari hari ke hari?". - SH

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Pembunuhan Sosilawati: Mahkamah tangguh keputusan rayuan 4 lelaki ?

Posted: 18 Aug 2015 07:30 PM PDT


Mahkamah Rayuan di Putrajaya menangguhkan keputusannya berhubung rayuan 4 lelaki yang  disabitkan dan dihukum mati kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 pembantunya.

Tiga anggota panel yang dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali  selesai mendengar penghujahan peguam yang mewakili 4 lelaki dan daripada pihak pendakwaan.

Anggota panel hakim itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam,  mendengar penghujahan selama 6 hari bermula Isnin lepas.

Hakim Aziah berkata mahkamah menangguhkan keputusannya kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan mahkamah akan memaklumkan pihak pendakwaan dan pembelaan tentang tarikh itu.

Bekas peguam N. Pathmanabhan, 45, dan 3 pekerja ladang T.Thilaiyalagan, 23; R.Matan, 24 dan Kathavarayan dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan membunuh Sosilawati, 47; pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38 dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Mei, 2013, melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Sosilawati dan 3 pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka pergi ke Banting atas urusan tanah. Kehilangan mereka menjadi tajuk utama akhbar.

Keempat-empat lelaki itu ditangkap dan kemudiannya didakwa di mahkamah pada 2011.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir, dalam penghakimannya memutuskan soal tanah merupakan motif utama bagi pembunuhan Sosilawati disebabkan ketidakupayaan Pathmanabhan  menjelaskan pembayaran cek yang dikeluarkan kepada Sosilawati.

Beliau berkata mereka yang mengiringi Sosilawati hanya berada di tempat dan waktu yang salah.

Hakim Aktar Tahir berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis menjumpai kesan bakar di belakang ladang itu, dan apabila menggali kawasan terbakar itu, polis menemui beberapa tulang yang kemudiannya disahkan pakar sebagai tulang manusia yang  rentung, menunjukkan mereka dibakar pada darjah suhu amat tinggi.

Katanya siasatan lanjut di ladang itu menemui satu kawasan dengan mempunyai kesan darah dan kayu pemukul kriket dengan kesan darah dan analisis ke atas darah itu oleh ahli kimia menunjukkan darah itu ada yang sepadan dengan Sosilawati dan rakan-rakannya.

Peguam Manjeet Singh Dhillon mewakili Pathmanabhan, Gurbachan Singh dan Hisyam Teh Poh Teik bagi Thilaiyalagan, Amer Hamzah Arshad bagi Matan dan Kathavarayan diwakili M. Stanislaus Vethanayagam. Pasukan pendakwaan diketuai timbalan pendakwa raya Ishak Mohd Yusoff. – Bernama, 18 Ogos, 2015

.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Surah Al Ikhlas

Posted: 18 Aug 2015 07:00 PM PDT

Zar Ali's photo.Saya telah membaca hadis ini maka mengalirlah kedua air mata, memohon kepada Rabbi agar dpt disampaikan perkara ini kepada semua yg saya sayangi.

Hadis kudsi yang menggetarkan segenap tubuh serta menunjukkan kebesaran Sang Pencipta. 

Allah swt berfirman :

Wahai anak adam 👤 Aku jadikan engkau dalam perut ibumu, dan aku tutup wajahmu dengan penutup supaya tak lemas/ terhidu engkau dalam rahim. Dan Aku jadikan engkau tenang dilindungi disebalik rahim ibumu. Aku cukupkan bagi engkau makanmu. 


Dan Aku jadikan di samping kanan dan kirimu tempat berpaut. Di kananmu hati (liver) dan di kirimu hempedu (spleen) ibumu.

Setelah itu, Aku ajarkan engkau utk tetap dan duduk di dalam badan ibumu. Adakah yang lain selain dariKu yang mampu menjadikannya sedemikian??

Setelah berakhir penciptaanmu dan disempurnakan kejadian mu, aku arahkan kerajaanKu dengan penuh kasih dan sayang utk mengeluarkanmu dari rahim, maka dikeluarkanlah dirimu. Tiada bagimu gigi utk mengunyah, jua tangan utk menggapai, juga kaki utk berdiri. 



Engkau tidak punya apa2. Aku jadikan susu yg lengkap lagi bersih dari dada ibuMu, yg sejuk di musim panas dan panas di musim sejuk. Dan Aku letakkan cinta dan kasih kepada engkau dalam diri kedua org tuamu. 

Tidak meniarap engkau sebelum mampu, tidak duduk engkau sebelum mampu, tidak merangkak engkau sebelum mampu, tidak berdiri engkau sebelum mampu.

Apabila engkau telah kuat utk berjalan sekarang, engkau bermaksiat saat engkau berseorangan! Dan engkau langsung tidak malu padaKu. Maka Aku tetap peringatkan : jika engkau berdoa, Aku makbulkan. Jika engkau meminta, Aku berikan. Jika engkau bertaubat, Aku bawa engkau kepadaKu.

Sungguh ajaib engkau wahai anak adam 👤. Ketika dilahirkan engkau diazankan dan diiqamatkan tanpa disertai solat. Dan bila kau mati engkau disolatkan tanpa didahulukan azan.

Sungguh ajaib bagimu wahai anak adam 👤.
Ketika lahir tidak kau ketahui siapa yang mengeluarkanmu dari tubuh ibumu, dan ketika kau mati tidak juga kau tahu siapa yang memasukkan engkau ke kuburmu.

Sungguh ajaib perihalmu anak adam 👤.
Ketika kau dilahirkan ada yang menggosok dan membersihkanmu, dan setelah kau mati ada juga yang menggosok dan membersihkanmu.

Sungguh ajaib perihalmu anak adam 👤.
Ketika lahir tidak kau tahu siapa yang gembira dan tersenyum atas kelahiranmu, dan setelah ajalmu masih engkau tidak tahu siapa yang menangisi dan sedih ke atasmu.

Ajaib sungguh perihalmu anak adam 👤.
Ketika engkau di perut ibumu Aku jadikan engkau dalam tempat yang sempit lagi gelap, dan apabila mati dijadikan bagi engkau kubur yang sempit lagi gelap.

Ajaib sungguh perihalmu anak adam. 👤
Lahirmu terus engkau dibalut dengan kain putih utk menutupimu, matimu juga engkau dikafankan dengan kain putih utk menutupimu.

Ajaib sungguh perihalmu anak adam 👤
 

Apabila engkau lahir ditanyakan manusia mengenai syahadah dan perihalmu. Dan setelah engkau mati engkau ditanyakan malaikat ttg amal2 engkau yg soleh dan apa bekalmu utk akhirat?

Paksakan utk sebut di hati dua kalimah syahadah. **Asy hadu an lailahaillallah, muhammada rasulullah.**

Bacakan juga surah Al Ikhlas.

 
**Bismillah. Qul huwallah hu ahad. Allah hu somad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yaqullahu kufuwan ahad

** jika dapat engkau sebarkan maka setiap yg membacanya telah pun membaca sepertiga quran atas perkara yg engkau sebarkan.

 
Zar Ali ALLAHUAKBAR !!

NAJIB MENGATASI UNDANG-UNDANG..?

Posted: 18 Aug 2015 06:30 PM PDT


1. Apa yang berlaku di Malaysia hari ini belum pernah terjadi sebelumnya. Kedaulatan undang-undang telah dibongkarkan dan orang seolah-olah tidak berdaya untuk berbuat apa-apa untuk meletakkan ia tegak semula.

2. Ini adalah kerana pemimpin yang diamanahkan dengan menegakkan undang-undang yang telah menjadi subjek sesuatu proses kerana undang-undang. 
 
Dikatakan bahawa beliau telah melanggar undang-undang. Oleh kerana tiada sesiapa pun yang mengatasi undang-undang, ia mengikuti bahawa ia harus disiasat untuk menentukan sama ada sungguh ia telah melanggar undang-undang.

3. Walaupun ini belum pernah berlaku di Malaysia, ini telah berlaku di banyak negara lain, termasuk di Barat maju.

4. Ingat kes Presiden Nixon dari Amerika Syarikat. Beliau telah menggunakan pegawai kerajaan untuk mengintip pesaing politiknya. Ini dianggap sebagai salah guna kuasa di Amerika Syarikat

5. Akhirnya beliau telah dicabar dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden AS Naib Presiden mengambil alih dan dalam pilihan raya tidak lama telah diadakan. Naib Presiden dimenangi. Akhir masalah.

6. Di negara-negara lain kaedah yang lebih ganas digunakan untuk membuang seorang Presiden yang tidak popular, sama ada dipilih atau yang dikenakan oleh tentera atau kumpulan-kumpulan politik yang berkuasa.

7. Sekarang Malaysia tidak akan mahu melihat keganasan digunakan. Jadi instrumen atau institusi Kerajaan dijangka untuk menyiasat dan menentukan sama ada dakwaan terhadap PM adalah benar atau tidak.

8. Institusi yang biasanya diharapkan untuk melakukan ini adalah terutamanya polis. Institusi lain yang mempunyai keupayaan untuk menyiasat juga dijangka untuk melakukan ini. Dalam kes-kes yang melibatkan wang, Bank Negara dijangka akan menyiasat dan laporan. 

9. Maka ada badan khas diwujudkan untuk mengawasi bagaimana wang Kerajaan diuruskan. Ini adalah Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Awam Parlimen. Selain itu ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

10. Mereka bagaimanapun terhad kepada penyiasatan dan penyediaan laporan. Mereka sendiri tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa. Untuk ini, Peguam Negara perlu membuat keputusan dan mengambil tindakan undang-undang. 
 
Jika Peguam Negara memutuskan tiada kes untuk dijawab, walaupun jenayah yang paling terang-terangan tidak akan dibicarakan di mahkamah.

11. Satu-satunya proses lain bagi pemecatan seseorang PM adalah undi tidak percaya di Parlimen. Ia memerlukan majoriti mudah. Dengan kejatuhan PM, seluruh Kerajaan akan jatuh. 
 
Tetapi dengan keputusan majoriti dalam Parlimen, Kerajaan baru boleh ditubuhkan. Ia boleh menjadi parti yang sama atau pihak yang berbeza. Sebagai alternatif pilihan raya boleh diadakan.

12. Ini adalah saluran tebus rugi undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang Malaysia.

13. Oleh kerana sifat serius tuduhan terhadap pemimpin tertinggi Kerajaan, satu pasukan petugas empat, yang terdiri daripada Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara dan ketua Rasuah Malaysia Suruhanjaya Rasuah telah ditubuhkan untuk mengumpul semua bukti yang relevan untuk Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai tindakan yang akan diambil.

14. Semua agensi-agensi dan institusi berada di tengah-tengah siasatan mereka apabila PM melanda. Beliau pertama memecat AG dan dilantik seorang lelaki untuk jawatan itu. 
 
Maka dia benar-benar telah membubarkan Jawatankuasa Kira-kira Awam dengan melantik Pengerusi dan tiga orang anggota lain sebagai Timbalan Menteri dan jawatan lain. 
 
Ahli-ahli SPRM yang berterusan untuk menyiasat kes itu telah diganggu oleh pihak polis yang menuduh mereka bocor rahsia. Dua dipindahkan ke PMO.

15. Khabar angin telah bertiup kencang bahawa Gabenor Bank Negara sedang disiasat kerana rasuah. Walaupun ia tetap tinggal Gabenor, kakitangan Bank Negara telah diganggu dan dituduh membocorkan maklumat kepada akhbar.

16. The Edge, kertas yang telah mendedahkan skandal 1MDB itu ditutup. Pemilik Kertas Rizab Malaysia diberitahu menjualnya kembali kepada pemilik sebelumnya.

17. Najib juga memecat Timbalan Perdana Menteri dan salah satu daripada menteri-menteri yang telah lantang mempersoalkan rekod kewangan 1MDB dan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadi Najib.

18. Dengan tindakan ini, Najib telah berkesan berhenti siasatan berhubung kehilangan berbilion Ringgit dilaburkan oleh 1MDB dan kemunculan 2.6 bilion dalam akaun Najib. 
 
Kini tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Najib sebagai dakwaan tidak dapat dibuktikan. Tetapi tindakan-Nya membuktikan bahawa terdapat bahan dalam dakwaan yang dibuat terhadap beliau.

19. Pendapat awam itu kekal kukuh dalam mahu Najib meletak jawatan sebagai PM. Akibatnya timbul cakap-cakap tentang berpindah undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen.

20. Ini adalah sangat sukar kerana hampir semua ahli UMNO seolah-olah terhutang budi kepadanya. Dan pembangkang tidak mempunyai ahli yang mencukupi untuk meluluskan usul itu.

21. Jadi ada jalan buntu. Tetapi ekonomi bertindak balas dengan cara sendiri. Ringgit menyusut nilai kepada di bawah kadar lama tetap RM3.80 kepada USD. Ia kini di 4 plus Ringgit dan mungkin jatuh lagi. 
 
Kesannya adalah untuk menjadikan negara yang miskin. Membayar hutang oleh 1MDB dalam USD akan lebih mahal. Sudah 1MDB tidak mampu walaupun untuk perkhidmatan hutangnya.

22. Pasaran saham telah semua tetapi runtuh. Para pelabur, terutamanya pelabur asing mengambil wang mereka ke tempat-tempat yang lebih selamat di luar negara.

23. Kerajaan kekurangan dana. Ia mempunyai untuk memotong peruntukan bajet untuk semua kementerian. Pengenalan GST hanya menyebabkan peningkatan kos sara hidup membuat kejatuhan nilai Ringgit lebih akut.

24. Najib mungkin boleh membeli jalan melalui dalam pilihan raya akan datang tetapi dia tidak akan dapat memperoleh dana bagi mengekalkan pembeliannya populariti. Kerajaan dipimpinnya tidak akan dapat untuk meminjam. Ekonomi negara akan runtuh. 
 
Dan rakyat akan menderita. Ini adalah gambar yang suram yang ada di kedai untuk rakyat Malaysia kerana Najib telah dicuri pada dasarnya Kerajaan.

 
(Kredit to: Tun M)

Mahu bersama PKR atau tidak, PAS hantar mesej keliru

Posted: 18 Aug 2015 06:00 PM PDT

PAS Sokong TSKI Dan Hentam PKR?



PAS gagal memberi isyarat jelas kepada penyokongnya samada mahu terus bekerjasama dengan PKR atau tidak selepas berpisah dengan DAP, kata penganalisis.

Ini kerana, dalam isu saman bekas menteri besar Selangor terhadap PKR, jelas PAS terus menyalahkan PKR dan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Bagi saya PAS gagal memberikan isyarat yang jelas kepada penyokongnya apakah mereka mahu terus bekerjasama dengan PKR atau bergaduh dengan parti itu," kata Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar.

Bagi Hisomudin, jika PAS mahu bekerjasama dengan PKR sebagaimana dinyatakan kepimpinannya sebelum ini, parti Islam itu tidak seharusnya memihak kepada individu yang sudah terpisah daripada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Khalid.

"Namun PAS mengambil kesempatan daripada krisis undang-undang antara PKR dan Khalid dengan memihak secara jelas kepada bekas MB itu dan secara tidak langsung menyalahkan pimpinan PKR khasnya Anwar sendiri," katanya merujuk kepada Anwar yang kini berada dalam penjara. 


KDL

Zaid mahu rampas kerusi Kota Bharu

Posted: 18 Aug 2015 05:30 PM PDT


Bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim kini merancang untuk bertanding di kawasan parlimen yang diwakilinya sebelum ini, Kota Bharu, dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau membayangkan perkara itu dalam tulisan di blognya, zaid.my dengan menyatakan ikrar untuk "menghabiskan" pemimpin Umno dan PAS di kawasan itu.

"Saya akan bekerja keras. Saya rasa agak yakin bahawa saya akan dapat menghabiskan mereka semua," tulisnya.

Beliau merujuk kepada ketua Umno bahagian itu, Datuk Muhammad Fatmi Che Salleh yang merupakan orang kanan perdana menteri, dan juga peguam negara yang baru dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Kawasan berkenaan kini diwakili MP PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, yang juga setiausaha agung parti Islam itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Zaid mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum akan datang.

Khalid-Azmin ‘bertegang urat’ bahas isu pampasan MBI

Posted: 18 Aug 2015 05:00 PM PDT


Zar Ali's photo. Suasana Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tegang seketika apabila Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dan pendahulunya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim saling berbalah mengenai isu pampasan RM2.6 juta kepada lapan bekas pegawai Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Khalid dalam sesi soal jawab bangun mempertikaikan Azmin mewujudkan satu entiti pengurusan risiko pelaburan baru, iaitu Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) di bawah MBI.

Entiti khas bebas audit itu menurut penjelasan Azmin dalam DUN sebelum itu diwujudkan pada Mei lalu.

Khalid bagaimanapun menyifatkan DEIG itu sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), apabila menjadi pihak tengah (intermediary) yang akan menyebabkan DUN tidak dapat memantau pergerakan entiti itu secara telus.

Adun Pelabuhan Klang itu membandingkan dengan cara pentadbirannya terdahulu yang menguruskan MBI di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

"Jika benar MBI diambil alih oleh satu kedudukan yang tidak jelas di bawah KDEB dan letakkan entiti baru, bunyi sedap tapi dari segi pelaksanaan?

"Bagaimana MBI boleh dibayar pampasan dengan jumlah yang tinggi tanpa kelulusan? Di mana ketelusan yang menyatakan tujuan MBI bertanggungjawab kepada Dewan tapi tak dimaklumkan? Lembaga MBI juga tidak dimaklumkan secara terbuka?" bidas Azmin.

Khalid kemudian cuba mencelah kata-kata Azmin: "Saudara jangan cakap begitu... itu sedang dalam mahkamah, tak payah bincang."

Perbalahan itu kemudian cuba dileraikan Speaker DUN Hannah Yeoh.

"Dua-dua Adun sila duduk. Adun Bukit Antarabangsa sila kembali kepada DEIG. Mengenai isu pampasan jangan sebut sebab dalam mahkamah lagi," katanya.

Khalid ketika ditemui pemberita di luar DUN berkata, DEIG, syarikat berdaftar di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat 1965 akan mengurangkan ketelusan kerana urusan hutang dan bayarannya tidak dibincangkan dalam dewan.

"Saya berpendapat kerajaan negeri memang tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan aset-aset seperti pengalaman yang berlaku di kerajaan persekutuan oleh sebab itu semua perkara ini perlu dibawa untuk dibahaskan di dewan.

"Pasal puas hati atau tidak perkara lain, itu biasa dalam usaha kita mencari jalan untuk menentukan kepentingan rakyat diutamakan, itu tidak menjadi masalah. Pada saya patut diperbahaskan lagi itulah tanggungjawab ahli dewan," katanya.

Lapan pegawai bekas Khalid sebelum ini menerima pampasan Skim Pengasingan Bersama (MSS), dibuat pada akhir tempoh perkhidmatannya sebelum Azmin mengambil alih jawatan menteri besar pada September tahun lalu.

MBI pada 11 Mei lalu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam menuntut semua defendan membayar faedah 5% ke atas jumlah yang dituntut, pampasan kewangan lain dan kos jika keputusan mahkamah memihak kepada MBI.

Saman itu difailkan atas alasan defendan tidak layak menerima pampasan itu.

Defendan terbabit ialah bekas ketua pegawai eksekutif MBI, Faekah Husin dan tujuh lain iaitu Rohani Talib, Arfa'eza Abdul Aziz, Mustapha Mohd Talib, Rahimah Kamarudin, Dr Sulaiman Masri, Abdul Halim Mohamed Yusof dan Tuan Nazuri Tuan Ismail. - TMI


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Mari Kita Berdoa.....

Posted: 18 Aug 2015 04:30 PM PDT

 

 

Usul tak percaya lebih mudah jika Zahid sendiri MENGETUAINYA Oleh Shahbudin Husin

Posted: 18 Aug 2015 09:00 AM PDT


Usul tak percaya lebih mudah jika Zahid sendiri MENGETUAINYASudah masuk hari ketiga hari ini, tetapi Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi masih gagal membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai pemimpin UMNO yang disebutnya Sabtu lalu mahu menjatuhkan Perdana Menteri melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, dalam masa yang sama, turut gagal membuktikan kesahihan dakwaannya sehari selepas itu bahawa pemimpin UMNO terbabit akan datang menemui Najib Razak pada jam 6 petang Ahad lalu untuk meminta maaf.

Bermakna, bukan saja pemimpin UMNO yang didakwanya mahu menjatuhkan Najib itu tidak berjaya dibuktikan sehingga kini, malah dakwaannya pemimpin tersebut akan meminta maaf kepada Najib tidak lebih seperti "maklumat tepi jalan" atau "gossip cerita artis" semata-mata.

Dengan ini, tentulah ramai yang hairan bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri boleh membuat "dakwaan kosong" sebegitu rupa dan ia barangkali tidak pernah dilakukan oleh mana-mana penyandang jawatan itu sebelum ini.

Oleh kerana Zahid masih terbelenggu dengan "janji lama" dalang Lahad Datu dan bukti Syiahnya Mohamad Sabu yang yang masih belum ditunaikannya, beliau kini mempunyai dua pilihan untuk dilakukannya.

Pertama, segera membuktikan kebenaran dakwaannya terbaru itu dengan menyebut nama pemimpin UMNO terbabit supaya beliau dilihat benar-benar berwibawa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ada harapan menjadi Perdana Menteri di masa depan.

Kedua, terus membuat "dakwaan-dakwaan kosong" atau bersandarkan "kicauan burung" ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO pada minggu-minggu seterusnya agar dirinya kekal dikenali dengan watak seperti "pembawa gossip artis" untuk selama-lamanya.

Mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen hakikatnya sukar dilakukan oleh pihak di luar daripada hireaki UMNO. 

Oleh kerana pembangkang sendiri mempunyai kerusi yang sedikit dan orang di luar UMNO dan kerajaan pula tidak mempunyai kekuatan pengaruh yang mencukupi, laluannya tidaklah semudah yang dijangka.

Ia lebih mungkin dilakukan oleh pihak dalam hireaki UMNO dan kerajaan sendiri kerana mereka lebih mudah mendekati rakan-rakan Ahli Parlimen dalam parti sendiri serta melakukan tawar-menawar dengan pihak pembangkang.

Dalam situasi kedudukan Najib yang kian lemah berikutan isu derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya yang bertambah kalut hari demi hari, harus diakui kedudukan UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang turut bertambah sukar.

Muhyiddin sendiri baru-baru ini berkata, jika dalam sepuluh orang yang ditanya, terdapat dua atau atau tiga yang menyokong BN, ia sudah dikira cukup beruntung.

Generasi muda tambah parah lagi kedudukannya, lihat sahaja gelombang dalam Pemuda UMNO. Selain beberapa Pemuda UMNO bahagian secara terbuka mendesak Najib berehat dan berundur, rata-rata yang lain turut menolaknya dalam diam sehingga sayap kanan itu tidak lagi dilihat berperanan sebagai benteng utama mempertahankan Najib.

Oleh yang demikian, jika Zahid memahami situasi penolakan terhadap Najib ketika ini, beliau bukan saja patut menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen demi menyelamatkan masa depan UMNO dan kerajaan, bahkan harus menjadi sebahagian pendahulunya.

Alang-alang sudah menyebut ada tokoh UMNO mahu berbuat demikian dan ia terus memalukannya kerana tidak berjaya dibuktikan, lebih baik ia dijadikan kenyataan dengan Zahid sendiri melakukannya.

Lagi pula menolak Najib adalah kehendak majoriti ahli UMNO dan rakyat yang makin membesar dan tidak dapat disembunyikan lagi. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Azalina, shit Najib lebih busuk daripada shit Mahathir

Posted: 18 Aug 2015 08:15 AM PDT


SELEPAS JOGGING

Azalina Othman Said.
Berbaloi juga Najib Razak membawa masuk semula bekas puteri Umno Azalina Othman Said ke dalam kebinet. Tidak pasti kenapa dahulu Azlina digugurkan dari jemaah menteri, dan kini dia dibawa masuk semula. Apakah Najib dapat merasakan kabinetnya semacam kekurangan tanpa Azalina?

Apakah Azalina digugurkan dahulu kerana menteri itu ada disiasat oleh SPRM yang membabitkan wang ratusan ribu ringgit yang ditemui dalam kereta bekas Setiausaha Politiknya? Azalina juga turut sama dikaitkan dengan satu projek dibawah kementerian Pelancongan yang dipegangnya yang menimbulkan meraguan.

Apakah kemasukan semula Azlina ke dalam kabinet itu menunjukkan menteri yang belum berkahwin tetapi mempunyai seorang anak lelaki itu sudah suci dan bersih dari nifah politik?


Apa yang jelasnya, Azalina sudah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik sebaik beberapa hari memegang jawatan menteri. Tugas dan tanggungjawabnya bukan kepada kerajaan menerusi porfolio yang dipegangnya, tetapi kepada Najib.

Azalina yang dikatakan bertanggungjawab kepada badan kehakiman dan parlimen mengambil alih daripada Shahidan Kassim, belum membuat apa-apa arahan kepada Jabatan Peguam Negara khususnya dalam kes membabitkan pendakwaan terhadap Najib.

Abdul Ghani Petail sebelum dihambat keluar dari kamar Jabatan Peguam Negara dikatakan sudah merangka deras pertuduhan ke atas Najib. Dan gara-gara deraf itulah maka beliau dihalau turun sebelum sampai ke "setesen" sebenarnya. Abdul Ghani tamat tempoh persaraan bulan Oktober depan.

Sebaliknya Azalina sudah menunjukkan kejantanannya membela Najib, meletakkan Najib lebih penting daripada negara dengan mencadangkan supaya diadakan satu deklarasi taat setia terbuka kepada Najib. Deklarasi itu juga termasuk kepada ahli-ahli parlimen BN sebagai menokhtahkan terhadap spekulasi dan masalah yang berbangkit kini, yakitu projek untuk menggulingkan Najib.

Cadangan Azalina itu adalah sejajar dengan perkembangan muasir dalam Umno kini yang mana dikhabarkan ada kalangan ahli parlimen Umno dan BN yang ingin menjatuhkan Najib. Azalina bangkit membela Najib daripada jatuh.

Cadangan Azalina itu tidak ada kena mengena dengan kedudukan negara dan bangsa yang harus beliau perjuangkan. Deklarasi itu sebagai untuk menyatakan taat setia dan menjujung kasih kepada Najib yang mengambilnya berada dalam kabinet semula. Bukankah tindakan Azalina itu sebagai satu pengampuan besar?

Untuk pengetahuan Azalina, deklarasi taat setia itu tidak perlu sama sekali. Najib tidak memerlukan taat setia daripada ahli parlimen Umno atau BN, kerana taat setia dan sanjungan yang ada sudah mencukupi. Ketaatan sesetengah ahli parlimen Umno kepada Najib lebih kuat daripada ketaatan anjing kepada tuanya. Sesetengahnya sebelum Najib terbatuk sudah berlari mendapatkan ubat, atau pun Najib baru terkentut setengah sudah mengambil air mebersihnya. Teruk.

Jawatan, projek dan segala macam kedudukan yang diberikan termasuk timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri, pengerusi agensi kerajaan dan sebagainya telah menjadi satu upahan paling mahal oleh Najib kepada mereka untuk taat kepadanya. Saya percaya kalau Azalina tidak diberikan jawatan itu, cadangan deklarasi itu juga tidak kedengaran. Bukankah cadangan itu terbit daripada upahan menerusi jawatan?

Yang diperlukan Najib kini ialah kepercayaan dan keyakinan daripada rakyat. Rakyat hari ini sudah tidak percaya lagi kepada Najib, baik dari segi perbuatan, cakap dan juga amalannya. Cakap-cakap Najib hanyalah permainan kata-kata indah, begitu juga penampilan dirinya penuh berwibawa tidak membawa makna langsung buat rakyat dan negara.

Hakikat ini dapat dilihat kepada apa yang berlaku kepada negara dewasa ini. Para pemuja Najib tetap mengatakan kejatuhan nilai ringgit tidak memberi kesan kepada negara. Setengah ada yang berkata kejatuhan nilai ringgit membawa rahmat kepada negara. Ngor. Sedangkan hakikat dari kelemahan nilai ringgit menyusah dan membebankan rakyat.

Begitu juga penyonglapan wang RM2.6 billion yang dikata dari dana 1MDB ke dalam akaun peribadi Najib tidak ada apa-apa masalah berbangkit. Pemuja Najib menerima sebaiknya dengan mendakwa wang itu dari sumber yang halal dan bersih. Mereka terima seadanya seperti kura-kura melihat gajah.

Apa yang berlaku kepada kakitangan kerajaan khasnya badan-badan penguasa dan keselamatan sesuatu yang tidak boleh disebut lagi. Badan-badan penguasa itu kini dalam keadaan tertekan dan delima. Nasib diterima oleh pegawai SPRM yang diganggu tugas mereka telah menghilangkan integriti Najib sebagai perdana menteri. Kacau ganggu ke atas SPRM adalah pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia secara terbuka.

Najib dan timbalannya sudah menggunakan veto politik.

Begitu juga dengan arahan ke atas sesetengah pegawai polis yang cuba berkhidmat dengan jujur mengikut piagam perkhidmatan dan sumpah ikrar mereka, diganggu dan dikucar kerana hendak menyelamatkan Najib. Jiwa dan hati orang-orang ini semua berada dalam keadaan sakit dan pedih. Hubungan pegawai kerajaan dengan Najib kini berada dalam keadaan tidak sangat selesa. Implikasi daripada itu menyebabkan semangat mereka untuk berkerja menjadi "tawar lember."

Justeru daripada Azalina menganjurkan deklarasi taat setia kepada Najib lebih afdal kalau beliau bercakap dan mengaturkan kaedah bagaimana mahukan perdana menteri itu turun dari takhtanya. Usaha itu lebih berguna.

Azalina harus melupai manfaat yang diperolehinya daripada Najib tetapi memikir faedah besar untuk bangsa dan negara. Bagi orang bergelar pemimpin berfikir tentang nasib dan masa depan rakyat, adalah lebih baik dari memikir mengenai diri sendiri. Pemimpin yang tidak bersedia mengorbankan kepentingan untuk rakyat adalah pemimpin yang munafik.

Azalina boleh jadi seperti Muhyiddin Yassin dan Shafei Afdal mereka sanggup dibuag daripada jemaah menteri kerana tidak mahu bersekongkol melindungi kebusukan Najib. Kepada Azalin dan mereka yang bermati-matian untuk mewangikan Najib percayalah, kebusukan yang meruap dalam rongga usus Najib lebih teruk daripada shit yang ada dalam usus Dr Mahathir suatu masa dulu. [wm.kl.8:32 am 18/08/15] 
 
 

Menteri Dedah Dalang Guling Najib?

Posted: 18 Aug 2015 07:30 AM PDT



Menteri Dedah Dalang Guling Najib? Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berpendapat desas-desus komplot menggulingkan kerajaan dengan kerjasama pembangkang datang dari dalam Umno sendiri.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, dakwaan itu dibuat mereka yang mahu mengeruhkan suasana dalam parti."Ini kerja orang Umno yang sengaja mahu pecah-belahkan parti sendiri.

"Mereka nampak keadaan parti lemah mereka sengaja mahu keruhkan lagi keadaan," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sementara itu, Sinar Harian turut melaporkan, Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad menyifatkan dakwaan itu adu domba dalaman parti.

"Saya percaya ada pihak yang mahu melaga-lagakan dan memecah-belahkan kami," katanya dilaporkan akhbar sama.

Turut dilapor menafikan penglibatan mereka dalam dakwaan komplot itu adalah 5 orang lagi ahli Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baharu), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) dan Normala Abdul Samad (Pasir Gudang).
 
 
ADDIN

Hisap ‘vape’ Haram, kata Majlis Fatwa, Tapi K'jaan... Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 18 Aug 2015 06:45 AM PDT


 
Kesan buruk merokok elektronik atau vape adalah sama dengan rokok dan shisha yang diharamkan sebelum ini, kata Majlis Fatwa Kebangsaan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 18 Ogos, 2015.

Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan rokok elektronik atau vape yang semakin popular di kalangan masyarakat terutama orang muda adalah haram. Pengerusinya Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum itu berdasarkan keputusan mengharamkan shisha sebelum ini.

"Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang

  • pertama membahayakan, 
  • kedua ia membazirkan dan 
  • ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, 
maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakan ia haram.
"Kita telah putuskan dan tiada masalah mengenai perkara ini. Sebenarnya Kementerian Kesihatan memaklumkan yang mereka sedang menunggu pakar-pakar mereka tetapi kita mendahului kerana daripada segi asasnya, jika ia memudaratkan dan membazir maka daripada segi agama kita tidak setuju perkara seperti itu," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Perak 2015 di Ipoh, semalam Shisha sebelum ini diputuskan haram pada Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 17 Julai 2013.

Perkara itu diputuskan selepas mendengar pembentangan dan penjelasan pakar Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti perubatan dan saintifik yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan buruk terhadap kesihatan umat Islam, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang. - 18 Ogos, 2015.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Vape sama seperti rokok, fatwa dan kerajaan kata haram. Sehingga dikatakan rokok membunuh rakyat. Tetapi hakikatnya, kerajaan yang mempromosikan, kerana sanggup menagih cukainya yang besar ke atas pembunuhan rakyat tersebut.

Ini yang sedang berlaku pada vape, perusahaan yang sedang dimajukan. Kerana kepentingan cukai sanggup membunuh rakyat sendiri.. Begitulah cara fikir pemimpin-pemimpin BN, yang tidak takut kepada pembalasan Hari Akhirat.

Plot Guling Kerajaan Makin Panas, Zahid Serah Bukti Kepada Polis

Posted: 18 Aug 2015 06:00 AM PDT


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau telah menyerahkan maklumat berhubung gerakan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya ingin nyatakan bahawa saya dah serahkan maklumat pada polis untu membuat siasatan dan peguam negara untuk buka kertas pertuduhan (kemudiannya)," katanya kepada pemberita di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Zahid, yang juga menteri dalam negeri, kemudian membersihkan nama anggota parlimen termasuk timbalannya Datuk Nur Jazlan Mohamad, yang dikaitkan dengan gerakan itu.

"Tapi tak ada sorang pun dari 20 nama yang terpapar dalam blog yang telah didekati untuk tandatangan SD (akuan bersumpah).

"Saya nak sahkan tiada dari 20 orang itu tandatangan . Maka clear (bersih) nama mereka," katanya.

Beliau yang juga MP Bagan Datoh mendakwa "orang tua" daripada pemimpin Umno itu sedang mengumpul akuan bersumpah itu untuk menunjukkan tidak menyokong kepada Najib.

Kalau RM2.6 Billion Itu Duit Sunni Pulangkan Pada Sunni - ABIM

Posted: 18 Aug 2015 05:15 AM PDT


Perdana menteri didesak menjelaskan dakwaan Umno Kuantan bahawa derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya susulan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah negara ini.

Angkata Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, jika benar dakwaan itu, ia seharusnya disalurkan kepada rakyat dan bukan Datuk Seri Najib Razak secara peribadi.

"Ini kerana setiap rakyat yang memerangi radikalisme IS (kumpulan bersenjata Negara Islam) berhak untuk menikmati sumbangan tersebut," kata presidennya Amidi Abdul Manan.

Malah, kata Amidi lagi, usaha Malaysia memperteguhkan aliran Sunni bukan ikhtiar Najib semata-mata, tetapi dipelopori rantaian ulama dan pendakwah dari zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. 

"Oleh itu sewajarnyalah ia dipulangkan kepada rakyat khususnya yang beraliran Ahlus Sunnah wal Jamaah kerana terus komited mempertahankan rantau ini khususnya Malaysia sebagai rantau Sunni," katanya lagi.

Ketua Umno Kuantan Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat pada 16 Ogos lalu berkata derma ke dalam akaun Najib adalah sumbangan politik daripada Arab Saudi.

Ia, katanya, sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beberapa negara lain turut menerima sumbangan wang daripada Arab Saudi selain daripada negara ini.

Menurutnya penderma sebenar wang tersebut didedahkan dan dijelaskan kepada 146 Ketua Umno Bahagian ketika perjumpaan bersama perdana menteri pada Rabu lalu di mana wang tersebut adalah sumbangan politik dari Arab Saudi kepada negara ini.

Selain itu, Amidi juga berkata penjelasan seperti dibuat Wan Adnan itu "cubaan yang mengelirukan" dan tidak mampu memberikan kesan positif kepada imej Najib yang kian buruk.

"ABIM menegaskan jika benar seperti yang didakwa dan dilaporkan oleh media maka Umno apatah lagi Najib tidak layak ke atas sumbangan tersebut.

"Ini kerana segala usaha memerangi pengaruh IS dan mempertahankan ajaran Sunni adalah usaha bersama secara kolektif semua pihak yang terlibat," katanya lapor  


Malaysiakini

Wakil rakyat BN jauhkan diri daripada dakwaan Zahid tentang guling kerajaan.

Posted: 18 Aug 2015 04:30 AM PDT



 Tan Sri Shahrir Samad (duduk, tengah) bersama ahli Parlimen BN lain pada sidang media bagi menjauhkan mereka daripada dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai komplot guling kerajaan melibatkan pemimpin Umno

Tan Sri Shahrir Samad (duduk, tengah) bersama ahli Parlimen BN lain pada sidang media bagi menjauhkan mereka daripada dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai komplot guling kerajaan melibatkan pemimpin Umno.

Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) hari ini menjarakkan diri daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang komplot menjatuhkan kerajaan. Pengerusi BNNBC,

Tan Sri Shahrir Samad berkata kenyataan Zahid itu bukan satu lesen bagi mana-mana blog memalsukan cerita mengaitkan ahli Parlimen BN.

"Pokoknya orang yang buat cerita ini tak tanya pun timbalan perdana menteri. Dan spekulasi ni datang tak berikan sebab untuk orang yang lain membuat spekulasi (lain) pula," katanya pada sidang media khas BNBBC di Parlimen petang ini. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Shahrir Samad Dapat 1 Juta & Ahmad Maslan Dapat 2 Juta Dari Najib Razak.

Posted: 18 Aug 2015 03:45 AM PDT


FMT melaporkan ;

Integriti Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad sebagai pemimpin berprinsip boleh dipersoalkan kerana gagal menafikan telah menerima RM1 juta daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir berkata, Shahrir gagal menafikan pendedahan yang dibuat Sarawak Report itu. "Integriti beliau yang sebelum ini dianggap sebagai seorang berprinsip sehinggakan suara beliau yang kadang kala tidak selari dengan UMNO kini amat diragui. 

"Mungkin tidak hairanlah sejak skandal 1MDB diketahui umum, kenyataan demi kenyataan oleh Tan Sri Shahrir begitu cenderung atau bersungguh-sungguh mempertahankan Najib," katanya dalam kenyataan pada Isnin. 

Katanya, Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu perlu menjawab tiga persoalan susulan kegagalan beliau menyangkal pendedahan yang dibuat Sarawak Report. 

1.Adakah Tan Sri tidak terasa terhutang budi kepada Dato' Seri Najib kerana derma yang dinyatakan itu datang dari akaun peribadi Dato' Seri Najib? Apakah permintaan atau syarat yang ditetapkan oleh Dato' Seri Najib bagi membolehka

n Tan Sri menerima sumbangan RM 1 juta ini?. 
2. Jika Tan Sri menganggap sumbangan peribadi Dato' Seri Najib adalah sesuatu yang normal, bolehkah Tan Sri memberi jaminan bahawa Tan Sri mampu meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi Dato' Seri Najib Razak?," soalnya. 

3.Adakah derma yang diterima Tan Sri sebanyak RM1 juta telah dibayar cukai? 

Akmal berkata, jika benar beliau menerima sumbangan tersebut daripada Perdana Menteri, ia jelas mengecewakan rakyat Johor terutamanya rakyat kawasan Johor Baharu yang mengundinya. "Saya pasti rakyat khususnya rakyat Johor Bahru amat kecewa.

Maka hilanglah satu suara yang sebelum ini lantang membangkitkan isu-isu rakyat dan kini hanya menjadi suara 'yes-man'," katanya. 


- Najib, Ahmad Maslan dan Shahrir kena jawab. Samada pendedahan itu benar atau fitnah.

- Dana 2.6b kata SR. Jika benar, bukan kah ianya sepatutnya untuk tujuan PRU. Apesal pula Shahrir dapat sejuta dan Ahmad Maslan dapat 2 juta dari situ? Kesemua wang tersebut diterima selepas PRU berakhir.

- Pendedahan derma ini dibuat oleh Sarawak Report. Bahkan bukan ini sahaja. SR turut melaporkan bagaimanakah baki wang dari 2.6b itu telah dipindahkan ke SG.

- Namun account berkenaan telah dibekukan di SG. Atas 'kesalahan undang2'.

- Berulang kali Najib ke SG untuk mendapatkan semula wang derma tersebut namun gagal.

- Tujuan derma kepada Najib atas nama mengekang kegiatan keganasan aka ISIS di Malaysia. Tapi kenapa guna untuk PRU pula? Dana PRU lepas menggunakan kos USD 100 juta. So memang ada baki. Baki itulah dipindahkan semula ke account Tanore Finance Corporation (BVI)  di SG dan kemudiannya acc tersebut dibekukan.

- Ketika wang tersebut berada di Malaysia, Najib sempat menderma kepada beberapa individu. Antaranya ; Shahrir, Ahmad Maslan dan Mas Ermieyanti. Mas terima 50k.

Jika korang perasan, ketiga2 individu di atas memang pembekap kuat Najib dalam isu 1MDB. Dan sampai sekarang, berbanding saman, kerajaan lebih selesa block website Sarawak Report dari diakses oleh rakyat Malaysia. Kenapa agaknya ek? Lue fikirlah sendiri sementara tunggu respon dari penerima2 derma Najib Razak k.

KAH KAH KAH.

Memang ada perbezaan pendapat, tapi tak semestinya ada komplot - Shahrir

Posted: 18 Aug 2015 03:00 AM PDT


Guling Kerajaan - Zahid Terus 'Dibedal'




SHAHRIR: Kenapa perlu ada-adakan cerita? 20 ahli Parlimen BN ini langsung tidak terlibat.


KUALA LUMPUR: Dakwaan 20 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan adalah tidak benar sama sekali, kata Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Samad.

"Kami rasa kecewa terhadap penyebaran fitnah ini.

"Memang ada perbezaan pendapat tetapi tidak semestinya wujud komplot untuk jatuhkan kerajaan," kata Shahrir.

Ditanya mengenai keperluan timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendedahkan dalang komplot, Shahrir berkata itu merupakan isu yang berbeza.

"Kenapa perlu ada-adakan cerita? 20 ahli Parlimen BN ini langsung tidak terlibat," kata Shahrir.

-astroawani

Dimaki Peniaga Cina Hanya Kerana Sebiji Strawberi..??

Posted: 18 Aug 2015 02:15 AM PDT



Seorang pengunjung Cameron meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap seorang peniaga pasar malam yang didakwa biadab terhadap pelanggan. Hanya kerana ibu mentuanya merasa sebiji buah strawberi, peniaga terbabit memaki hamun mereka.

Baca aduan Abd Halim di bawah:

Aku bercuti ke Cameron baru-baru ini. 15 Ogos 2015, kejadian berlaku di tapak pasar malam kerana buah strawberi sebiji, kami dimaki hamun oleh Cina ini.

Ketika hendak membeli buah strawberi di kedai Cina ini, mak mentua saya merasa sebiji buah strawberi. Ketika kami sedang berbincang sama ada nak beli atau tidak, saya terdengar perempuan Cina itu maki hamun dalam bahasa mandarin.

Saya pun bertanya kepada Cina itu, berapa ringgit sebiji buah strawberi yang dirasa oleh mak mentua saya. Cina itu meminta RM2.00. Saya pun bayar seperti yang diminta, kemudian saya kata,

"Lain kali tak payah maki. You maki dalam bahasa mandarin, saya faham,".
Lelaki Cina itu terus memaki hamun kami dengan sekuat hati sampai semua orang dengar seolah-olah kami ini bangsat sangat seperti pencuri.

Patutkah lelaki itu buat begitu? Kami sudah bayar, kena maki lagi.



Kesimpulannya, Cina ini memang kurang ajar. Yang mana nak bercuti ke Cameron, tak payahlah beli buah strawberi dari Cina ini. Lagi satu, Cina ini cakap, ini tempat Cina. Jadi, kalau tempat Cina, orang Cina boleh maki hamun sesuka hati ka?

Cina ini kena ingat, kalau orang Melayu tak pergi bercuti di Cameron, berapa orang saja orang Cina nak pergi ke sana? Mujurlah saya ini fasih berbahasa Cina. Jadi saya tahu apa yang mereka maki atau kata pada kita orang Melayu. - Abd Halim

Sewajarnya tidak perlulah memaki hamun pelanggan yang ingin mencuba buah yang diniagakan kerana sudah tentu pelanggan mahu memilih buah yang benar-benar enak dan menepati cita rasa tekak masing-masing.

Sebagai peniaga, jangan difikirkan sangat keuntungan. Keuntungan soal kedua, yang pertama adalah cara layanan terhadap pelanggan. Silap-silap, langganan yang baik tetapi buah tak manis mana, pelanggan tetap akan datang beli juga.

Dalam hal ini, tidak perlulah membabitkan bangsa Cina. Jangan kerana seorang dua Cina bersikap biadab, habis semua Cina disamakan.

- THEHYPEMEDIA.COM

Rakyat atau masyarakat malaysia Ada 5 jenis ketegori..

Posted: 18 Aug 2015 01:30 AM PDT


1..benci kezaliman kerajaan tetapi
Malas bertindak protes..jenis ini bijak
Bijak bodoh
 

2.benci kezaliman dan bertindak protes
Tetapi untuk Kepentingan dirinya...
Ini jenis terlibat dlm kepartian..jenis ni
Sijahil yang bijaksana
 

3..benci dan tahu ada kezaliman tetapi
Selagi dia boleh makan tidur kerja selesa
Dia hanya pandai berkokok..jenis ini masih ramai..jenis ini sedar bijak tetapi
Bodoh Dan specific
 

4..tahu ada kezaliman berlaku,dan dia
Turut terlibat protes kezaliman tetapi
Tiada Kepentingan diri ,,jenis ini bijak
Berani tetapi jenis ini orang bodoh anggap mereka bodoh dan jahil
 

5..ada kezaliman dia nampak.tetapi tak
Bertindak langsung ...katanya itu Bukan
Tugasnya betulkan keadaan.jenis orang
Mcm ini adalah sampah negara


Mohon terasa..

PARAH!!! (Gambar2) Program Da'i Musim 3 Dikritik HEBAT, Netizen Mohon TV3 Buka Mata.. Jom Terjah!!!

Posted: 18 Aug 2015 12:45 AM PDT



Program Da'i musim ketiga mendapat kritikan ramai apabila dikatakan tidak menjaga batas-batas yang sepatutnya dijaga di dalam adab pergaulan.

Pandangan seorang pengguna Facebook, Emmelynn Amal Alyn, yang mengkritik program itu disokong oleh ramai pengguna Facebook yang lain.

"Saya mengambil inisiatif untuk tonton semula rancangan da'i 3 ni. Takut semalam marah sangat sampai tahap halusinasi.", tulis Emmelynn.

Emmelynn juga memberikan beberapa perkara yang dilihat tidak kena dalam program tersebut. Antara satunya adalah sesi luahan cinta yang tidak kesampaian.

"Saya puji dengan inisiatif pihak tv3 dalam mengadakan program sebegini. Namun apa yang saya lihat semalam adalah:
1. Batas-batas pergaulan tak dijaga
2. Wargame lelaki perempuan
3. Pumping lelaki perempuan sekali
4. Para daieyah kurang menjaga adab, duk menjerit sana sini main wargame
5. Kawat sebelah menyebelah tanpa jarak
6. Daieyah buat sesi luahan pasal cinta tak kesampaian
7. Da'i ikat kaki dengan da'iyah semasa explorace atas alasan denda.
Sambil menyifatkan episod pertama program itu sudah menjelekkan, Emmelynn turut memberi nasihat kepada pihak TV3 supaya sedar dan membuka mata akan perkara itu selain menyeru peserta Da'i 3 supaya lebih lantang menyuarakan pendirian terhadap hal-hal sebegini.
"Saya mohon pada pihak tv3, murrabi, murabbiah serta mursyid meneliti semula perkara-perkara ini kerana asas dalam membina kekuatan sebagai seorang da'i adalah dengan menjaga batas pergaulan itu sendiri."

"Janganlah asbab program itu merupakan program tv, dan itu hanyalah permainan maka dihalalkan ikhtilat yang hukumnya adalah haram kalau tiada bersebab?"

"Mohon sama pihak tv3 sedar dan mulai buka mata, episod pertama semalam sudah cukup menjelekkan dan cukup banyak perkara yang boleh menimbulkan fitnah dalam kalangan pendakwah itu sendiri."

"Mohon sama peserta da'i 3 lebih tegas menyuarakan pendirian terhadap hal hal begini kerana in the end antum la yang akan menjadi ikon remaja--kata ustaz syarhan. Jagalah asolah antum sebagai da'i"

"Saya berharap sangat episod akan datang, hal ini dapat dielakkan. Sebolehnya asingkanlah aktivit antara lelaki dan perempuan."

"Cukup cukuplah wahai tv3 menjadi asbab fitnah kepada peserta, asatizah dan pendakwah generally. Kami dah jelek!", tulisnya panjang.

Kritikan dari Emmlynn telah dikongsi oleh netizen yang sependapat dengannya. Setakat ini, status itu dikongsi sebanyak 2,429 kali. 
 
Siakapkeli.my